BTC USD 85,846.4 Gold USD 4,359.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

pyan habib

kapak

Legendary Member
gem
Messages
19,651
Joined
May 30, 2008
Messages
19,651
Reaction score
271
Points
141
Pyanhabib, satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi bagi peminat puisi di Malaysia. Pyanhabib dapat dikenal seperti biodata ini. Dilahirkan di Taiping, Perak pada 27 Mei 1958 dengan nama Mohd Supyan bin Abdul Rahman. Katanya, pada 1973 beliau bercita-cita menjadi penyair, bercita-cita menjadi orang yang menulis puisi. Di usia 15 tahun beliau berkongsi bergilir-gilir membaca akhbar Utusan Zaman bertulisan jawi di kedai runcit di kampung. Melihat-membaca puisi-puisi yang menempel dalam ruangan cerpen dalam akhbar bertulisan jawi itu mendorong beliau bercita-cita menjadi penyair.

menjadi penyair dan menulis puisi tidak semestinya datang ke Kuala Lumpur, tetapi pada 1975 Pyan telah datang ke Kuala Lumpur untuk menulis puisi dan menjadi penyair. Beliau mula menaip puisi dengan menggunakan mesin taip Olivetti milik A. Latif Mohidin di kamar Latif di Anak Alam pada tahun 1976, disiarkan oleh Usman Awang dalam Dewan Sastera pada tahun 1980-an. Demikianlah perjalanan penyair Pyanhabib ini dalam peta puisi Malaysia. Dua buah kumpulan puisinya secara indie ialah ' Suara ' dan ' Saraf Dukaku '. Dan ' Balada Pyanhabib ' adalah koleksi terlengkap kepenyairan beliau.

Pyan hilang pendengarannya ketika berusia 12 tahun setelah diserang demam panas. Kehilangan pendengarannya ini yang menyebabkan Pyan terlalu rindu terhadap suara. Dan puisi ' Suara ' adalah mukadimahnya untuk meletakkan dirinya sebagai penyair yang menyuarakan sesuatu dengan caranya sendiri.[perlu rujukan] Bahasa Pyan dapat difahami dengan puisi ' di bawah terik siang hari'. Puisi-puisi yang tertera dalam buku ini meliputi tahun 1975 hingga 2011. Namun kekuatan sebenar Pyan adalah pada tahun 1975-1988. Puisi-puisi yang ditulis ketika di Anak Alam adalah puisi-puisi penuh luka dan bara.

Puisi yang membuka segala tabir kehidupan yang bernama Pyanhabib. Terlalu banyak rahasia yang perlu diuraikan dalam puisi-puisi kecilnya yang bersuara besar. Pyanhabib adalah wajah lain dari puluhan penyair besar tanah air. Beliau tidak diselidiki secara mendalam. Melihat keseluruhan puisi yang terpapar dalam ' Balada Pyanhabib ' ini, saya merasakan harus ada sebuah kumpulan khas puisi Pyan yang dilihat secara rasional. Puisi Pyan yang diasingkan dari dunia glamor seorang artis. Saya melihat puisi Pyan sepanjang tahun 1975-1988 ini cukup berisi dan menyentak - berbeda dengan angkatan sebelum dan selepasnya. Suara surealisme dalam lelehan sahabat dan mentornya Latif Mohidin. Sama ada ITBM atau Dewan Bahasa dan Pustaka, sebuah kumpulan puisi Pyanhabib yang tiada memperkatakannya sebagai seorang pelakun film, harus disegerakan penerbitannya. Pyanhabib harus dilihat sebagai ' Chairil Anwar ' yang membawa aliran tersendiri dalam puisi-puisinya. Memberi makna kepada puisi Pyan sama artinya memberi kehidupan ke dalam dunia puisi yang bermutu tinggi.

Pada tahun 1986 beliau bersama-sama M. Nasir dan Nasir Jani terjun ke bidang lakonan menerusi filem Kembara Seniman Jalanan. Namun bakat lakonannya benar-benar dipuji apabila muncul dalam filem arahan Rahim Razali yang berjudul Tsu Feh Sofiah yang sarat membawa falsafah keagamaan. Di Festival Filem Malaysia ke-7, Pyan telah dicalonkan untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem itu dan kemudiannya memenangi anugerah tersebut. Namun beliau telah menolak penganugerahan tersebut atas alasan beliau terkilan tidak dipertandingkan menerusi filem "Kembara Seniman Jalanan". Beliau menjadi satu-satunya pelakon Malaysia yang menolak pengiktirafan tertinggi dalam industri filem di negara ini sehingga kini.[perlu rujukan] Arshad Mahuri dipilih juga untuk menerima anugerah yang sama pada acara tersebut.

PYAN.jpg
[/CENTER][/IMG]


http://www.youtube.com/watch?v=2Pi3UmGN_5g


http://www.youtube.com/watch?v=slEvd3mUblg


http://www.youtube.com/watch?v=gi55fKdmVKs
 
Kenal. Dulu dia pernah tulis tentang tun m
 
Anak Alam di KBN...ada kantin makan,Pak Nawi yg niaga...

Tapak tu dah jadi ASWARA...
 
Balik pakai seluar, kasi rock..
 
Filem seniman kembara jalanan smpi skrg tk tayang tv..

Mmg lejen...
 
cara dia belakan funny bila dia membaca kan dialog...
rupanya orang hebat dia ni
 
Tak silap dulu zaman gemilang diorang kerap pergi overseas,copenhagen,sydney Australia,japan...cultural show...
 
Back
Top
Log in Register