Wea Izre
Legendary Member

- Messages
- 14,042
- Joined
- Apr 13, 2007
- Messages
- 14,042
- Reaction score
- 34
- Points
- 120
1.Sebagaimana yg kita maklum, kita mempelajari sejarah di
sekolah atau baca di laman-laman web kerajaan-kerajaan di dunia
ini adalah berdasarkn maklumat yg telah dikumpulkan oleh pihak-
pihak tertentu yg dilantik secara rasmi oleh mereka.
2.Maka sejarah yg kita pelajari di sekolah atau dibaca di laman-
laman tersebut adalah mengikut pandangan pihak yg menulis buku
teks tersebut. Jadi kadangkala terdapat 'bias' atau perbezaan
pendapat mengenai tokoh-tokoh tertentu didalam penulisan teks
tersebut.
3.Contohnya pada masa dahulu pada pandangan warga Tanah Melayu
orang-orang seperti Mat Kilau, Tok Janggut dan Abdul Rahman
Limbong merupakan "wira" tetapi pada pandangan penjajah British
pada masa itu mereka ini merupakan "pemberontak".
4.Contoh yg lain pula adalah seperti Yassir Arafat dan David Ben
Gurion. Pada pandangan penduduk Israel, Yassir Arafat adalah
"terrorist besar" dan David Ben Gurion adalah "wira dan pengasas
Israel" tetapi pada pandangan penduduk Palestin puka Yassir
Arafat adalah "pejuang kebebasan" dan David Ben Gurion adalah
"perosak yg menghalau warga Palestin dari kampung halaman mereka".
5.Jadi disini sy membuka thread ini adalah untuk kita sama-sama
berkongsi maklumat sejarah alternatif yg berbeza dari sejarah
rasmi yg ramai ketahui selama ini disection ini. Tidak kiralah sama ada
sejarah alternatif tersebut adalah sejarah di dalam negara kita
ataupon di luar negara.
6. Dengan ini sy ucapkn Selamat Berposting kepada rakan-rakan CG
dan salam pengenalan dari sy selaku wakil CG disection ini. Dan
seperti biasa, kurangkn offtopic atau tiadakn terus offtopic.
Sekian Terima Kasih. Semoga maklumat yg anda kongsikan disini
boleh memberi kesedaran kepada warga CG yang lain mengenai
pandangan mengenai sesuatu sejarah yg berbeza dari yg rasmi.
![]()
salah satu link untuk sejarah alternatif:
http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/
Renung-renungkan dan fikir-fikirkanlah...
Last edited by a moderator: