PDA

View Full Version : ~ Hari Khamis Malam Jumaat ~


wanzex
06-11-2008, 06:49 PM
kisah ari khamis malam jumaat ....


Jumaat Penghulu segala hari
Adam dijadikan hari Jumaat
di masukkan ke Syurga hari Jumaat
dikeluarkan dari Syurga hari Jumaat
tidak berlaku kiamat melainkan hari Jumaat

Pada malam jumaat
elok banyakkan amalan sunat
Membaca al Quran, berzikit dan selawat
lebih bermakna di sempurnakan amalan sunat
bersama isteri dengan rasa kasih sayang

Menjelang malam Jumaat hatiku berbunga-bunga
"Malam Jumaat malam sunat,"kataku
"Abang tidurlah dulu
saya nak gosok baju," balas isteriku.

Sementara menunggu isteri menggosok baju
aku membaca surah Yasin
" Yaasin…." aku mula membacanya
" Dah siap menggosok baju bang…" kata isteriku
" Sodaqallahal azimmm…" surat Yasin kututup segera.

Isteriku ketawa.:)):)):))

dipetik dari: ehoza.com

wanzex
06-11-2008, 06:54 PM
hahahaa... bersemangat betol tu..

orbitkl
06-11-2008, 06:57 PM
jgn buat main2 ngan islam kerana tangan badan binasa di akhirat nanti dibalas tuhan...peace

orbitkl
06-11-2008, 06:58 PM
buat la cite ayam belaga ker kuda tempang ker ape ker hehehheh kan bagus tak pun arnab ngan kura2 ehehehe

wanzex
06-11-2008, 09:12 PM
buat la cite ayam belaga ker kuda tempang ker ape ker hehehheh kan bagus tak pun arnab ngan kura2 ehehehe

apa silapnya yup??? :o:o:o

wanzex
06-11-2008, 09:26 PM
Syeikh Abdul Qadir Jailani (SAQJ) mengatakan malam Jumaat lebih banyak dari malam lailatulqadar, ia berulang-ulang (50 kali setahun). SAQJ adalah seorang wali besar umat Muhammad, Orang Baghdad, bermazhab Hambali.

wanzex
06-11-2008, 09:27 PM
Lelaki yang mandi di pagi hari Jumaat gugur dosa seperti bayi baru lahir. Sama ada mandi kerana Hari Jumaat (Mazhab Hanafi) atau mandi untuk pergi Solat Jumaat(Mazhab Syafie).

wanzex
06-11-2008, 09:29 PM
Pahala kedatangan Solat Jumaat

Hari Jumaat Allah hantar malaikat khas untuk duduk dipintu masjid dan menulis nama orang yang hadir sehingga khatib naik ke mimbar. Selepas itu tiada rekod kehadiran. Pahala bagi orang yang pertama datang seperti unta, selepas itu seperti lembu, kambing, ayam, burung ciak dan telur.

wanzex
06-11-2008, 09:31 PM
Musafir di hari Jumaat

Walaupun ada yang mengatakan kena keluar sebelum Subuh jika hendak musafir, namun itu hanya nilaian /pendapat sahaja.

Mazhab Syafie pada mulanya mensyaratkan 12 orang untuk solat Jumaat, tapi kemudiannya apabila beliau ke Mesir, syarat itu ditukar kepada hanya 40 orang. Mazhab lain tidak mensyaratkan 40 orang, cukup sekadar 3 atau 4 orang.

wanzex
06-11-2008, 09:32 PM
Yang dikecualikan dari solat Jumaat ialah orang yang uzur, wanita dan musafir (walaupun 3 kali berturut, contohnya terpaksa balik setiap Jumaat menjaga ibu yang sakit di kampung).

cay3869
06-11-2008, 09:34 PM
Yang dikecualikan dari solat Jumaat ialah orang yang uzur, wanita dan musafir (walaupun 3 kali berturut, contohnya terpaksa balik setiap Jumaat menjaga ibu yang sakit di kampung).

info bagus... tp avatar mengoda... =P~ :D

Biggie
06-11-2008, 11:37 PM
tnx mokku.....:)

wanzex
07-11-2008, 07:31 AM
info bagus... tp avatar mengoda... =P~ :D

menggoda xpe asalkan iman x tergugat :D:D:D

wanzex
07-11-2008, 07:31 AM
salam pagi jumaat hai kawan2 semua!

izack1981
07-11-2008, 07:34 AM
hok aloh.. bab2 agama ni x elok kot dibuat jenaka..

ulam
07-11-2008, 07:38 AM
salam pagi jumaat hai kawan2 semua!

selamat pagi... :D

wanzex
07-11-2008, 07:41 AM
hok aloh.. bab2 agama ni x elok kot dibuat jenaka..

mokku petik dr forum lain tu...maaf la yer! :D

wanzex
07-11-2008, 07:42 AM
selamat pagi... :D

awal ulam masuk sini...
dh sarapan ke blom...?

ulam
07-11-2008, 07:54 AM
awal ulam masuk sini...
dh sarapan ke blom...?

ada masa free skjap pagi nie, sebelum nak pg keja...
Tq belom lagi ler mokku... :D
mokku dah sarapan..

Rizza
07-11-2008, 10:42 AM
eh,ni dah jd topic lain
jenaka,agama,ruang bersembang
kire all in one la ye

dlee
07-11-2008, 10:45 AM
haha.....:)

wanzex
07-11-2008, 11:35 AM
petikan dr blog lain.....(terima kasih!)

SOALAN: Setelah bekerja lebih 20 tahun, dan umur saya sekarang menjangkau hampir 50-an, barulah bulan lepas saya diberi rehat, tidak bekerja pada hari Jumaat. Saya amat berterima kasih kepada ustaz andainya dapat menerangkan kelebihan hari Jumaat yang menyebabkan hari tersebut dianggap hari kebesaran dalam seminggu. Apakah amalan-amalan yang patut dilakukan pada hari berkenaan.

- SHAFIE (LAN), Taman Tasik Jaya, Seremban.

Jawapan: Hari Jumaat dianggap sebagai hari raya mingguan dalam Islam. Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud: Sebaik-baik hari yang matahari terbit pada hari berkenaan ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam telah dijadikan, pada hari itu juga ia dimasukkan dalam syurga, dan pada hari itu juga ia dikeluarkan darinya.

Nama lain bagi hari berkenaan ialah yaumul `l-mazid (hari pemberian tambahan), kerana pada hari tersebut Allah akan memberi rahmat yang banyak kepada hamba-Nya. Segala permohonan yang diminta akan dikabulkan andainya permohonan itu menepati waktu yang dinamakan “waktu mustajab.”

Waktu mustajab ini tidak mempunyai ketentuan khusus. Dijadikan demikian bertujuan agar setiap hamba itu sentiasa beribadah dan berdoa kepada Allah dalam usaha mencari waktu berkenaan, yang terangkum pada hari Jumaat tadi.

Mengenai waktu mustajab ini Baginda s.a.w. ada bersabda: Malaikat Jibrail r.a., telah datang kepadaku, sedangkan di tapak tangannya ada satu cermin putih. Ia berkata: Ini adalah hari Jumaat, yang telah disediakan untukmu oleh Tuhanmu, untuk menjadi satu hari raya bagimu dan umatmu selepas kau. Di tengah-tengah cermin ini ada satu titik. Aku (Muhammad) bertanya: Titik apakah ini? Ia menjawab: Ia adalah satu saat daripada dua puluh empat jam, barang siapa berdoa kepada Allah taala pada saat itu, nescaya Allah s.w.t. memperkenankan permohonannya. Ia (Jumaat) adalah penghulu semua hari.

Mengenai kemustajaban doa orang yang memohon, yang menepati waktu mustajab ini, Baginda s.a.w. ada bersabda seperti yang tersebut dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah: Pada hari Jumaat itu ada satu saat yang apabila bertepatan dengan seorang Islam ketika ia sedang sembahyang, memohon sesuatu kepada Allah s.w.t., nescaya Allah s.w.t. akan memperkenankannya. Sambil ia mengisyaratkan dengan tangannya, menunjukkan sedikitnya waktu yang dimaksudkan itu.

Biarpun telah dijelaskan tentang tidak adanya ketetapan masa khusus bagi waktu mustajab menurut kebanyakan ulama, namun terdapat pendapat ulama yang berbeza mengenainya.

Dalam sebuah hadis daripada Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a. beliau telah berkata bahawa Abdullah bin Umar r.a. pernah mendengar Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa waktu mustajab berkenaan ialah antara duduknya iman di atas mimbar sehinggalah sembahyang sempurna dilakukan.

Terdapat hadis lain menyatakan bahawa Baginda s.a.w. ada menjelaskan bahawa waktu tersebut ialah selepas waktu asar pada hari berkenaan. Barang siapa berdoa dan menepati waktu tersebut, maka Allah akan memperkenankan permohonan berkenaan.

Dalam sebuah hadis daripada Abi Salamah bin Abdul Rahman, beliau berkata, ada sekumpulan sahabat Rasulullah s.a.w. duduk berkumpul, lalu mereka membincangkan waktu mustajab yang terdapat pada hari Jumaat. Mereka kemudian pergi setelah menetapkan bahawa saat itu ialah pada akhir waktu hari Jumaat.

Jelasnya, penghulu segala hari dalam seminggu ialah hari Jumaat. Sebagai seorang hamba Allah yang ingin bertakarub, menghampirkan diri kepada Allah, dan melakukan sesuatu yang terbaik, seseorang itu perlu mengambil peluang dengan kehadiran hari yang mempunyai banyak fadilat, yang didatangkan sekali dalam seminggu dengan beribadah agar kehadiran manusia di muka bumi ini bertepatan dengan firman Allah (az-Zariyat:56), iaitu untuk beribadah kepadanya.

Setiap hari Jumaat, Allah s.w.t. mengutuskan malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah s.w.t. mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.

Pada hari Jumaat, Allah taala mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat. Allah berfirman: Wahai malaikatKu, demi kemuliaan dan kebesaranKu, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka tidak berdosa sedikitpun.

Kebesaran hari Jumaat bukan hanya dimaklumi oleh manusia atau malaikat, tetapi semua makhluk Allah, termasuk kejadian lain seperti bumi, langit, angin dan lain-lain lagi. Kesemuanya memohon belas kasihan kepada Allah pada hari berkenaan.

Penghulu segala hari ialah hari Jumaat. Itulah hari yang teragung di sisi Allah taala, dan ia adalah lebih besar daripada hari raya fitrah dan korban. Pada hari itu terjadi lima peristiwa: Allah ciptakan Adam a.s. Allah turunkan Nabi Adam a.s. ke bumi. Pada hari tesebut Allah mematikan Nabi Adam, dan pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hambapun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram. Pada hari itu juga terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.

Di antara amalan yang perlu dilakukan pada hari berkenaan ialah:

* Memperbanyakkan istighfar. Rasulullah s.a.w. ada bersabda menyatakan bahawa barang siapa banyak beristighfar, Allah akan beri jalan keluar pada setiap masalah yang dihadapi, akan digembirakan andainya mengalami dukacita, dan akan diberi rezeki yang banyak.

* Memperbanyakkan selawat. Berselawat bererti berdoa, iaitu memohon berkat dan rahmat. Selawat daripada Allah s.w.t. bererti rahmat dan keberkatan. Allah melahirkan keutamaan dan kemuliaan serta meletakkan diri baginda lebih hampir kepada-Nya.

Selawat manusia ke atas Rasul s.a.w. bererti pengakuan tentang kerasulannya, juga permohonan kepada Allah agar Allah melahirkan keutamaan dan kemuliaan, iaitu memuliakan agama yang dibawa, serta melahirkan kemuliaannya terhadap kemuliaan nabi-nabi yang lain.

Tersebut dalam hadis-hadis tentang kelebihan berselawat, di antaranya ialah mendapat rahmat Allah. Menghampirkan diri kepada Allah. Memperoleh hubungan rapat dengan nabi.

Seseorang yang berselawat dan memberi salam, selawat dan salam itu akan sampai kepada Nabi s.a.w. Allah memberi pahala dengan berlipat ganda kepada orang yang berselawat pada hari Jumaat.

Rasulullah s.a.w. ada menjelaskan: Bahawa barang siapa berselawat untukku sekali, nescaya Allah s.w.t. berselawat untuknya sepuluh kali.

Rasulullah s.a.w. menyuruh agar setiap orang memperbanyakkan selawat kerana selawat itu akan menjadi cahaya bagi orang yang berkenaan pada hari kiamat kelak.

Barang siapa berselawat ke atas nabi pada waktu pagi sepuluh kali, dan petang sepuluh kali, maka dia akan mendapat syafaat s.a.w. pada hari kiamat kelak.

Setiap doa yang dipohon hendaklah disertakan dengan selawat. Doa seorang hamba itu terawang-awang di antara langit dan bumi, tidak berganjak sedikitpun sehinggalah seseorang itu berselawat ke atas nabi.

Rasulullah s.a.w. menggesa agar setiap orang itu memperbanyak selawat pada hari Jumaat. Pada hari kiamat nanti, semua amalan baik dan jahat akan diperlihatkan. Setiap selawat yang dituturkan akan diperlihatkan kepada Rasulullah s.a.w.

Allah mengampunkan dosa-dosa mereka yang berselawat. Rasulullah s.a.w. ada bersabda menyatakan: Siapa berselawat ke atasku pada hari Jumaat lapan puluh kali, diampunkan baginya dosa-dosa selama lapan puluh tahun.

Amalan lain yang perlu dilakukan ialah membaca al-Quran. Sebaik-baik ibadah ialah orang yang membaca al-Quran dan mengajarnya.

Dalam sebuah hadis dijelaskan Rasulullah s.a.w. ada bersabda menyatakan: Barang siapa membaca surah al-Kahf pada hari Jumaat, maka memancarlah cahaya dari bawah tapak kakinya hingga ke puncak langit. Cahaya itu terus menyinarinya pada hari kiamat dan diampunkan antara dua Jumaat.

Menurut sebuah hadis lain. Rasulullah s.a.w. bersabda: Barang siapa membaca surah al-Kahf di malam Jumaat dan di siang Jumaat, Allah s.w.t. akan mengampuni dosa-dosanya hinggalah ke Jumaat berikutnya, dan memohon kesejahteraan baginya tujuh puluh ribu malaikat sehingga pagi, dan ia terpelihara daripada penyakit sopak, kusta dan fitnah dajal.

wanzex
07-11-2008, 11:38 AM
RAHSIA JUMAAT

Oleh: Kapt Hapidi bin Hussin


Hari Jumaat ialah hari kebesaran Islam bagi orang mukmin. Hari yang mulia ditentukan buat umat Muhammad SAW. Pada hari itu kepada sesiapa yang berdoa Allah akan memakbulkan doanya. Setiap muslim dikehendaki mempersiapkan diri untuk hari Jumaat mulai dari hari Khamis dengan membersihkan pakaian dan memperbanyakkan tasbih serta memohon keampunan kepada Allah SWT pada malam Jumaat lagi. Kerana pada masa itu nilai mulianya sama dengan masa yang dirahsiakan oleh tuhan pada hari Jumaat


Amalan Sunat Hari Jumaat


Pada subuh hari Jumaat, maka setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur kumis, memotong kuku dan menggosok gigi.


Sesudah itu bersegeralah ke masjid.. Sabda Rasulullah SAW: " Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah"


Kemudian apabila seseorang memasuki masjid, maka ambillah saf pertama dan apabila saf itu sudah penuh ambillah tempat yang kosong dan jangan melangkahi bahu orang lain serta jangan lalu di hadapan orang sedang sembahyang.


Solat Sunat dan Bacaan Surah Pilihan


Kerjakanlah sembahyang tahiyatul masjid dan yang paling afdhal hendaklah menunaikan sembahyang itu empat rakaat dengan membaca setiap rakaat sesudah Fatihah dengan bacaan Surah Al-Ikhlas sebanyak 50 kali. Dalam sebuah hadis dinayatakan: "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang itu tidak akan mati sebelum ia melihat tempat di syurga"


Jangan tingggalkan sembahyang tahiyatul masjid sekalipun imam sedang berkhutbah. Di Dalam sunnah dinyatakan bahawa sangat baik jika membaca dalam keempat-empat rakaat sembahyang itu dengan surah Al-Anaam, Al-Kahfi atau Yasin. Jika tidak mampu maka bacalah Surah Yasin atau Surah ad-Dukhan atau Alif Lam As-Sajdah atau surah Al-Mulk tetapi jangan sampai tidak membaca surah-surah itu pada malam Jumaat, kerana di dalamnya terdapat beberapa kelebihan.


Manakala pada hari Jumaat pula hendaklah ia memperbanyakkan membaca surah al-Ikhlas dan selawat ke atas Nabi. Apabila Imam naik ke mimbar hentikanlah sembahyang sunat dan juga berkata-kata, jawablah seruan muazzin kemudian perhatikan khutbahnya.. Apabila selesai dari sembahyang Jumaat, maka bacalah Al-Fatihah 7 kali sebelum berkata-kata dan surah Al-Ikhlas, Surah Ma'uzatain (Surah Al-Falak dan An-Nas) amalan sebanyak 7 kali (Lihat Kitab Sirussalikin Jil 1 - 2. m.s 82).


Hal itu dapat memelihara diri seseorang muslim dari satu Jumaat hingga Jumaat akan datang dan memeliharanya dari syaitan.


Kemudian beradalah di masjid hingga waktu Asar atau sampai Maghrib dan hendaklah memperelokkan dalam beribadah pada waktu yang baik iaitu sepanjang hari Jumaat.

wanzex
07-11-2008, 11:40 AM
Imam Al-Ghazzali berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat.Pada hari itu dijadikan Adam a.s. dan pada hari Jumaatlah terjadinya kiamat.

"Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan semulia-mulia hari di sisi Allah."

Imam Al-Ghazzali menambah bahawa Kaab Al-Ahbar (seorang tabien dan ulama yahudi yang memeluk ugama islam pd zaman Saiyidina Abu Bakar) berkata burung-burung dan haiwan apabila bertemu satu sama lain pada hari Jumaat mengucapkan "Selamat, selamat hari yang baik".

Imam Al-Ghazzali juga berkata malam Jumaat mempunyai banyak kelebihan dan disunnahkan pd mereka yg mempunyai isteri bersatu pd malam itu.


Doa Antara Dua Khutbah

Kebanyakan ulama berpendapat waktunya adalah antara dua khutbah, iaitu pd saat imam sedang duduk setelah khutbah pertama sebelum beliau bangun utuk khutbah kedua. Saat inilah saat yang paling dimustajabkan doa.


Sedekah Pada Hari Jumaat

Bersedekah membawa pahala yang besar. Ia menjauhkan bala, menjauhkan penyakit dan mendekatkan diri kepada Allah. Apalagi jika dilakukan pada hari Jumaat.


Mati Pada Malam Jumaat

Hadis nabi "Tidak seorang muslim yg mati pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali diselamatkan Allah daripada fitnah kubur".


Kelebihan Menunaikan Sembahyang Jumaat

Nabi bersabda "Barangsiapa yg dapat menunaikan sembahyang Jumaat maka baginya disisi Allah pahala seratus orang yg mati syahid. Dan barangsiapa meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak 3 kali tanpa darurat, maka Allah akan mengecap hatinya".Ibadah pada hari Jumaat.
Perjalan ke masjid - adalah sunnah mengambil jln yg jauh tetapi apabila pulang sunnah ambil jln yang dekat - Imam Al-Ghazzali.


Selawat

Sabda nabi "Banyakkanlah berselawat ke atasku pd hari Jumaat kerana sesungguhnya ia adalah hari saksi (hari Jumaat) disaksikan oleh para malaikat.

Mandi dan Pakaian

Sunnah pada hari Jumaat memakai pakaian yang bersih, baru dan berwarna putih.


Memotong Kuku

Ibn Masud berkata "Mereka yg memotong kuku pd hari Jumaat, Allah akan sembuhkan dia dari segala penyakit dan berikannya keselamatan.

wanzex
07-11-2008, 11:42 AM
Renungan Islam, Kelebihan Di Hari Jumaat

http://megat.net/wp-content/uploads/2008/10/blog10.jpg
Masjid Kristal Kuala Terengganu.

Sabda Rasulullah SAW, maksudnya :

“Apabila seseorang berwudhu lalu dia memperelokkan wudhunya kemudian dia keluar (pergi) ke masjid, dia tidak keluar kecuali untuk menunaikan sembahyang, tidak dia melangkah satu langkah kecuali ditinggikan satu darjat baginya dan dihapuskan baginya satu kesalahan, apabila dia bersembahyang Malaikat sentimemohonkan rahmat ke atasnya selama mana dia masih di tempat sembahyang dan belum berhadas, Malaikat memohonkan: “Wahai Allah berilah rahmat ke atasnya, wahai Allah sayangilah dia!” - (Hadis Riawayat Al-Bukhari).

*klik gambar untuk besarkan imej.

Dalam hadis tersebut memperjelaskan beberapa perkara seperti :

* Ganjaran yang besar kepada mereka yang berjemaah di masjid lalu sedia berwudhu dan terus ke masjid.
* Setiap langkah ke masjid dikira sebagai penghapus dosa maka semakin naik darjatnya.
* Para malaikat akan sentiasa memohonkan keampunan kepada mereka yang sedemikian
* Orang yang berwudhu dari rumah digambarkan bahawa mereka menepati waktu sembahyang.

Tersenarai di atas adalah salah satu dari kelebihan Jumaat. Marilah bersama-sama mengejar pahala dan bersyukur dengan apa yang kita miliki.

Dan yang paling penting kita saling berpesan-pesan akan kebaikan, moral dan keindahan di dalam agama kita, islam.

wanzex
07-11-2008, 05:17 PM
hari jumaat juga paling baik tuk
bace al-Quran terutama surah yaasin!

zaisan
08-11-2008, 12:45 AM
sokong bebenor..TAPI HARUS DI INGAT HADIRNYA HARI KIAMAT NANTI PUN PADA HARI JUMAAT

wanzex
16-11-2008, 05:38 PM
jumaat - penghulu segala hari....!

aHmadDaniEL
16-11-2008, 05:57 PM
laju jer....:))

wanzex
16-11-2008, 05:59 PM
laju jer....:))

semangat la tu....

g_one84
16-11-2008, 10:12 PM
jgn main2...

GT
16-11-2008, 10:43 PM
main apa nye?

wanzex
16-11-2008, 10:50 PM
Daripada Abu Salmah daripada Abu Hurairah r.a daripada Nabi s.a.w sesungguhnya baginda telah bersabda; 'Sesungguhnya hari yang terbaik di mana matahari terbit padanya adalah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan. Pada hari itu juga dia dimasukkan ke dalam syurga dan pada hari itu juga dia dikeluarkan daripada syurga. Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.'

wanzex
16-11-2008, 10:50 PM
Abdullah bin Mundzir telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda; 'Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan yang terbesar di sisi Allah. Ia adalah hari yang lebih besar di sisi Allah daripada hari raya fitri. Pada hari itu telah terjadi lima perkara iaitu penciptaan Adam, pada hari itu dia dikeluarkan daripada dari syurga, pada hari itu juga dia diwafatkan dan pada hari itu terdapat satu masa di mana tidaklah seorang hamba itu meminta sesuatu daripada Tuhannya melainkan akan dikurniakan kepadanya selagi tidak meminta yang haram. Pada hari itu kiamat akan terjadi dan tidaklah seorang malaikat muqarrabin pun di sisi Allah azza wajalla melainkan ia takut pada hari Jumaat, (tetapi) tidak langit dan tidak bumi melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat.'

wanzex
16-11-2008, 10:51 PM
Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh para sahabat mengapa hari tersebut dinamakan hari Jumaat. Rasulullah menjawab; 'Lantaran pada hari itulah tanah yang dijadikan darinya Adam diuli dan diadun, pada hari itu terjadinya tiupan sangkakala yang pertama (kiamat terjadi pada hari Jumaat) dan hari kebangkitan dan pada hari itu juga doa seseorang dikabulkan oleh Allah s.w.t.'

wanzex
16-11-2008, 10:52 PM
Kalau difahami satu persatu kata-kata Rasulullah s.a.w itu telah menyampaikan berita gembira dan berita sedih lagi menakutkan kepada umat baginda sebagai bahan berfikir dan bertindak menuju keredaan Allah Taala.
Berita gembira ialah tentang kejadian Adam, Adam dimasukkan ke syurga dan janji Allah memakbulkan doa orang-orang yang beriman.
Berita sedih lagi menakutkan ialah Adam dikeluarkan dari syurga, tentang kematian, tiupan sangkakala, hari kiamat dan hari pembalasan.

wanzex
16-11-2008, 10:53 PM
Orang berniaga mengambil berkat Jumaat. Orang yang inginkan kelapangan rezeki mengambil berkat Jumaat. Pelajar mengharapkan kelebihan Jumaat. Apatah lagi orang berjuang di jalan Allah lebih-lebih lagi mengharapkan keberkatan Jumaat. Berdoalah untuk kesejahteraan dan kebaikan pemimpin, jamaah, sahabat, keluarga, masyarakat serta umat. Tan Sri Muhyiddin Yassin pun memilih hari ini untuk membuat perisytiharan apa jawatan yang ingin ditandingi kerana mengambil berkat hari Jumaat.
Kita semua daripada keturunan Adam. Semoga setiap turun naik nafas dan langkah kita adalah untuk menuju kembali ke syurga. Al-Quran dan as-Sunnah adalah panduannya. Muhasabahlah kita!

wanzex
16-11-2008, 10:55 PM
Kelebihan Hari Jumaat

Imam Al-Ghazali berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat.Pada hari itu dijadikan Adam a.s. dan pada hari Jumaatlah terjadinya kiamat.

"Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan semulia-mulia hari di sisi Allah."

Imam Al-Ghazali menambah bahawa Kaab Al-Ahbar (seorang tabien dan ulama yahudi yang memeluk ugama islam pd zaman Saiyidina Abu Bakar) berkata burung-burung dan haiwan apabila bertemu satu sama lain pada hari Jumaat mengucapkan "Selamat, selamat hari yang baik".

Imam Al-Ghazali juga berkata malam Jumaat mempunyai banyak kelebihan dan disunnahkan pd mereka yg mempunyai isteri bersatu pd malam itu.

wanzex
16-11-2008, 10:57 PM
Sedekah Pada Hari Jumaat

Bersedekah membawa pahala yang besar. Ia menjauhkan bala, menjauhkan penyakit dan mendekatkan diri kepada Allah. Apalagi jika dilakukan pada hari Jumaat.

Mati Pada Malam Jumaat

Hadis nabi "Tidak seorang muslim yg mati pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali diselamatkan Allah daripada fitnah kubur".

wanzex
16-11-2008, 10:58 PM
jgn main2...

saper yg main plak ni...? :o:o:o

<amir>
17-11-2008, 12:37 AM
satu dakwah yg baguh,.. tapi gambo tengku ni seksi sgt ler, ...

sosazr
17-11-2008, 01:26 AM
Macam ni la bakal pasangan yang den cari-cari...

wanzex
20-11-2008, 09:59 PM
satu dakwah yg baguh,.. tapi gambo tengku ni seksi sgt ler, ...

tang mana sexy nyer pandika amir? :)):)):D

wanzex
20-11-2008, 10:01 PM
hari ini hari khamis malam jumaat.
dah baca ke apa2 yg patut. baca al-quran
ke. surah yaasin ke. malam ni dan hari
esok sgt besar pahalanya jika melakukan
ibadat secara ikhlas dgn hati yg bersih!

wanzex
20-11-2008, 10:02 PM
Macam ni la bakal pasangan yang den cari-cari...

pasangan yg camana kome cari...? :D

Pistia
20-11-2008, 11:03 PM
hari ini hari khamis malam jumaat.
dah baca ke apa2 yg patut. baca al-quran
ke. surah yaasin ke. malam ni dan hari
esok sgt besar pahalanya jika melakukan
ibadat secara ikhlas dgn hati yg bersih!

erm.. sgt setuju.. :)

ikscentre
20-11-2008, 11:07 PM
mlm ni mlm jumaat..hikhik.. :)

cucu_tok_saman
20-11-2008, 11:20 PM
info yang sangat baik untuk menjadi baik

farouck
21-11-2008, 01:00 AM
jd la org baik...
kelak baru jd org jahat..
btul!!!!

wanzex
21-11-2008, 08:08 AM
jd la org baik...
kelak baru jd org jahat..
btul!!!!

xbetul ni...apa la farouck....:o:o:o

wanzex
21-11-2008, 08:09 AM
salam pagi jumaat sumer....pekabo?

badrush
21-11-2008, 08:10 AM
memain plak budak2 ni...tang agama tu...

osen1979
12-12-2008, 04:59 PM
nama cousin kamek jumaat.

rakyat_jelata
12-12-2008, 05:05 PM
ermm..
khamis mlm jumaat..
hari perjuangan para isteri terhadap suami turr...

ikscentre
12-12-2008, 05:06 PM
mane Tengku ni menghilang sejak CG down rasanye x pnh nmpk dia lg dah.. :-?

lovelylace
12-12-2008, 05:11 PM
ha ha ha...
:)) :))

L.O.V.E
12-12-2008, 05:13 PM
tengku dah pakai id lain kot :-?

ikscentre
12-12-2008, 05:17 PM
knp lak dia nk gne id len.. :-?

xde sape2 yg knl Tengku secara lebih dkt ker..
contact2 lah tanye kabo.. selalunye tiap2 hr ade je
thread baru yg dia akn bukak.. :D

sureheboh.com
12-12-2008, 05:21 PM
Malam Jumaat memang malam sunat TETAPI malam lain malam WAJIB .. muahahhaa

wanzex
02-05-2010, 10:12 PM
ekekekekekek......sape si suami tuh? :)):))

muz79
02-05-2010, 10:14 PM
Mak aih! sanggup tinggalkan yassin...

serai
02-05-2010, 11:35 PM
malam keliwon

azwanf017
03-05-2010, 10:25 AM
Gnakan keistimewaan malam jumaat dgn amal2 yg baik... jgn ingat amal project dgn isteri je... Baca al-quran, solat ptut lebih d utamakan... :)

wanzex
15-07-2010, 09:06 PM
diorg ni buat main2 plak dgn ayat2 quran...huhuhuhu!

wanzex
22-07-2010, 09:31 PM
lebih baik baca yassin dan al-Quran...