BTC USD 84,354.1 Gold USD 4,151.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perniagaan stesen minyak bukan lagi 'lubuk emas'

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
stesenminyak_3.jpg


Perniagaan stesen minyak bukan lagi 'lubuk emas' seperti yang disangkakan ramai pihak, pengusaha perniagaan itu sebaliknya menerima tekanan daripada pelbagai perkembangan semasa.

Keuntungan stesen minyak umpamanya terjejas oleh sistem apungan harga, pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) serta persaingan yang sengit.

Pelbagai tekanan itu menyebabkan banyak stesen minyak terutamanya di sekitar Lembah Klang menggulung tikar.

"Sejak Disember lalu, terdapat hampir 10 stesen minyak di Selangor dan Kuala Lumpur telah gulung tikar dan jumlahnya dijangka terus bertambah," kata sumber kepada China Press.

Akhbar itu melaporkan, pertambahan jumlah stesen minyak yang rancak merupakan fenomena yang sukar dinafikan dan keadaan itu meningkatkan persaingan antara pengusaha.

Di satu lokasi di Bandar Baru Bangi di Selangor, terdapat lapan buah stesen minyak dalam lingkungan kira-kira tiga kilometer. Daripadanya, tiga stesen minyak adalah daripada jenama syarikat minyak yang sama.

Dalam pada itu, ramai pengusaha juga mengeluh tidak dapat membiasakan diri dengan sistem apungan harga minyak yang mengkehendaki mereka memantau harga pasaran dunia.

Sebagai contoh, terdapat pengusaha membeli bekalan berlebihan pada Disember tanpa menyangka harga minyak jatuh pada Januari. Mereka terpaksa menanggung kerugian kerana stok lama yang dibeli lebih mahal perlu dijual pada harga murah.

Ramai pemilik kereta juga gemar membanjiri stesen minyak apabila mereka menjangkakan kenaikan harga minyak. Keadaan itu juga bermakna stesen minyak akan lengang selama tiga hingga empat hari selepas kenaikan harga minyak.

Selain itu, GST turut menambah tekanan kerana pengusaha perlu membeli perisian berharga RM4,000 selain membayar RM1,200 setahun untuk penyelenggaraan.

Berikutan daripadanya, pengusaha stesen minyak meminta syarikat minyak meningkat komisen untuk jualan minyak.

Pada masa ini, komisen jualan ditetapkan pada kira-kira 10 sen seliter untuk RON95 dan RON97 dan 6 sen untuk diesel.

Kos elektrik yang dibayar setiap bulan untuk stesen minyak ialah RM3,000 hingga RM4,000 untuk operasi sehingga 12 tengah malam, manakala stesen minyak 24 jam perlu membayar bil elektrik antara RM6,000 hingga RM10,000.

GST yang dikenakan ke atas tarif elektrik juga menambah beban pengusaha.

Walaupun sistem layan diri dilaksanakan, pengusaha stesen minyak tetap perlu menyediakan pekerja di pam untuk pelbagai urusan.


http://malaysiagazette.com/ms/akhbar-cina/stesen-minyak-bukan-lagi-lubuk-emas
 
adakah menteri kita gembira dgn keadaan ini?
 
komisen 10sen seliter pun kata tak untung??jual juboq la klau nk kaya cepat wahai pengusaha minyak yg xda otak
 
aku tgok keta tokey minyak semua besau 2 blake. xtau susah tang mana.
 
Huh...pelik la...xkan la pengusaha bndar xde untung..? Kereta bertalu arus je..lain la stesen dok area kampung..aku kenal sorang anak tokey mnyak nih..family biz agknye..

Relek je..dah jarang g stesen.harap pkerje..untung la tmpat strategik kt bndar..
 
Lagi pelik tengok stesen minyak bukak sebelah2.. dah tau ade orang bukak, pegi la cari tempat lain.. Atas highway MEX yang panjang tu, takde langsung stesen minyak kat RNR. Ce gi bukak kat situ.. #:-S
 
Back
Top
Log in Register