PDA

View Full Version : [Realiti TV] Gadis Melayu TV9


misscordelia
10-10-2008, 04:55 PM
Persaingan peradaban gadis Melayu

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
liza.zakaria@utusan.com.my

http://www.utusan.com.my/pix/2008/1010/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_01.1.jpg


MENJUNJUNG tinggi adat dan nilai kemelayuan, 10 jelitawan dengan satu harapan, nekad mencari jati diri bergelar gadis Melayu sejati.

Yakin dengan keperibadian Melayu anugerah Ilahi yang sedia terpelihara sejak azali, mereka mempertaruhkan paras rupawan, kebijaksanaan, asas agama serta seni dan budaya bagi merebut gelaran gadis Melayu terunggul.

Bukan sahaja memberi pendedahan kepada para peserta, rancangan realiti taruhan terbaru TV9, Gadis Melayu itu juga bakal dilihat sebagai sebuah program unggul dalam mempelopori kecantikan ‘dunia’ gadis Melayu yang mewah disaluti nilai dan adat kesopanan yang tinggi.

Disiarkan setiap hari Khamis bermula 16 Oktober ini pukul 9.30 malam, sepanjang 13 episod, mereka bakal diuji dengan sifat kesabaran, membentuk keyakinan diri, penampilan dalaman dan luaran, cara berkomunikasi, membina asas agama dan asas rumah tangga serta seni dan budaya.

Arus kemodenan yang galak diancam globalisasi dewasa ini sememangnya tidak lekang dari suara-suara yang menyatakan identiti dan sifat kemelayuan di kalangan gadis Melayu semakin terhakis.

Menyedari hakikat itu, Media Prima melalui saluran Dekat Di Hati itu merangka rancangan realiti tersebut bagi membuktikan bahawa gadis Melayu moden masa kini masih lagi mengekalkan ciri-ciri kemelayuan dan adap sopan biarpun diasak dengan kemodenan dunia global.

Selain disertai oleh penyanyi remaja, Zehra Zambri, peserta lain yang terpilih termasuklah Wan Hafizah Wan Abdullah, Khairul Noormaidah Zali, Noor Afzan Mohd. Afzul Khan, Siti Nurashikin Mohd Noor, Nurul Khusna Uma, Ayunaliza Atan, Wan Fariza Mustafa, Efi Norfiani Aris Setiawan dan Nur Aishah Zainal.

Tidak pandai bergaya, berkain batik dengan wajah bersih tanpa dikotori sebarang solekan, seringkali dituding kepada gadis-gadis Melayu desa yang dianggap masyarakat umum sebagai gadis Melayu sejati.

Tanggapan sedemikian ada kebenarannya.

Namun, bagaimana pula dengan gadis-gadis kota metropolitan yang seringkali dipandang serong oleh masyarakat umum biarpun hakikatnya mereka masih lagi mengekalkan ciri-ciri kemelayuan yang sarat sebagai jati diri mereka?.

Persepsi inilah yang cuba diubah oleh TV9 agar masyarakat umum tidak hanya memikirkan bahawa gadis Melayu sejati hanya wujud di ceruk desa tetapi juga boleh ditemui di kalangan gadis kota yang masih lagi tebal dengan nilai dan adat budaya Melayu.

Pada majlis pelancaran rancangan realiti itu yang diadakan di Villamay, Seksyen 7, Shah Alam Selangor baru-baru ini, Ketua Pegawai Operasi TV9, Bukhari Che Muda memberitahu, rancangan yang julung kali diperkenalkan ke kaca televisyen itu bukan sahaja sebagai santapan hiburan semata-mata malah, ia bertujuan memberi pelbagai pengajaran kepada penonton setia saluran itu.

Memasak, mengemas rumah, melipat kain, menyanyikan lagu-lagu irama asli, mengenal rempah ratus, menjaga penampilan diri bakal menjadi sajian dalam rancangan itu.

“Gadis-gadis yang terpilih datang daripada pelbagai latarbelakang berbeza dari Kedah sampailah ke Sarawak. Justeru, rancangan ini nanti tentulah kaya dengan amalan budaya serta nilai masyarakat tempatan,” kata Bukhari.

Turut hadir menyempurnakan majlis pelancaran tersebut adalah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk seri Farid Ridzuan.

Berdurasi selama satu jam, rancangan kelolaan pelakon tampan, Fahrin Ahmad itu mengajak penonton menilai dan mempelajari tatacara bagaimana figura seorang gadis Melayu menghadapi ujian getir pada setiap minggu.

Biarpun diasak pelbagai dugaan dan tekanan penyingkiran yang bakal bermula pada minggu ketujuh rancangan itu, kaedah menangani kemarahan dengan kesabaran serta sikap saling membantu juga turut diberi penilaian.

Tiga juri tetap dipertanggungjawabkan dalam membuat penilaian serta hasil kerja 10 jelitawan itu setiap minggu.

Mereka ialah Toh Puan Seri Diraja Noor Aini Abdullah; pakar bahasa dan Karyawan Tamu di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Prof Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim dan penceramah agama, Ustazah Siti Norbaiyah Mahmood.

Rancangan tersebut diadili 100 peratus oleh juri profesional serta juri jemputan pada setiap minggu.

Bagaimanapun, 50 peratus undian khidmat pesanan ringkas (SMS) akan diadakan pada dua minggu terakhir rancangan itu iaitu pada episod ke-12 dan -13.

Rancangan yang diterbitkan oleh Nurirjuana Mohd. Ishar serta penerbit eksekutifnya, Nuraesah Malik dan Ezzah Aziz Fawzy itu menawarkan ganjaran berupa wang tunai RM10,000, pakej percutian, set barang kemas Habib Jewel, perkakas elektrik serta pelbagai produk kecantikan kepada pemenang rancangan itu.

Seperti rancangan realiti TV9 yang lain, menurut Pengurus Besar Penjenamaan dan Komunikasi TV9, Farah Ezrin Mohd. Rashidi, pemenang rancangan itu nanti bakal diserapkan ke dalam program-program tertentu sebagai wartawan penyiaran di saluran itu.

“Kita akan berikan kontrak antara enam hingga satu tahun kepada mereka yang berkelayakan untuk bekerja di TV9,” katanya.

Berbicara tentang skop tugasan yang bakal diberikan kepada para peserta sepanjang berlangsungnya rancangan itu, menurut Ezzah, tugasan bakal meliputi perkara asas yang perlu diketahui oleh seseorang gadis Melayu.

“Semasa diuji bakat, mereka bukan sahaja diadili sebagai gadis Melayu tradisi, tetapi juga sebagai gadis Melayu moden yang punya cita-cita dan kekal dengan jati diri kemelayuan.

“Walaupun tidak seperti gadis Melayu yang benar-benar tulin, namun setidak-tidaknya mereka kenal akan rempah ratus yang sering digunakan dalam masakan serta kebudayaan Melayu,” kata Ezzah lagi.

misscordelia
10-10-2008, 04:56 PM
Pengacara Fahrin Ahmad

http://farm4.static.flickr.com/3175/2927949304_45af111d0a.jpg

sevenx17
10-10-2008, 04:58 PM
xsabar nk tgk ni..betoi2 gadis melayu sejati x

misscordelia
10-10-2008, 04:59 PM
Antara yang bertanding:

http://farm4.static.flickr.com/3272/2927949460_2be7758400.jpghttp://farm4.static.flickr.com/3225/2927092675_50d7f8a55f.jpg
http://farm4.static.flickr.com/3128/2927092821_55cb63a9bb.jpghttp://farm4.static.flickr.com/3153/2927102955_b5db26bfa7.jpg
http://farm4.static.flickr.com/3221/2927103073_67e25eed87.jpghttp://farm4.static.flickr.com/3279/2927103195_82eecc14db.jpg
http://farm4.static.flickr.com/3270/2927103303_af77ddae85.jpghttp://farm4.static.flickr.com/3234/2927103597_0147760817.jpg
http://farm4.static.flickr.com/3284/2927103743_1d7054db95.jpghttp://farm4.static.flickr.com/3074/2927103845_b3c32354db.jpg

alonso
10-10-2008, 05:01 PM
zehra zambri pun masuk gak ke??

selambeyaya
10-10-2008, 05:15 PM
Ni ada undi sms x?

kalau ade.. aku nak undi yang berbaju biru bertudung tuh...

nampak macam berkenan di hati :):):">:">:">

LuvHoneY
10-10-2008, 05:18 PM
http://farm4.static.flickr.com/3270/2927103303_af77ddae85.jpg
Yg nie comei...:D:">

orange76
10-10-2008, 05:24 PM
aku minat awek pakai baju kebaya purple...
sapa bilang gadis melayu tak menawan......

BizClub
10-10-2008, 05:25 PM
sepupu aku ada sorang...korang jgn tanya la yg mana..aku x gtau punya..

korang bukan leh caya kekekee...

BizClub
10-10-2008, 05:27 PM
sepupu aku ada sorang...korang jgn tanya la yg mana..aku x gtau punya..

korang bukan leh caya kekekee...:D

ruffboyz
10-10-2008, 05:31 PM
bile start nih..?

eLLYaNa
10-10-2008, 05:34 PM
Pengacara Fahrin Ahmad

http://farm4.static.flickr.com/3175/2927949304_45af111d0a.jpg

aku nak vote yg ni bole x?:))

aduhhhhh ensemnyer fahrin neh:x:x:x

airden
10-10-2008, 05:45 PM
aku vote yg tudung biru tuh....cair siot:p

kawe78
10-10-2008, 05:50 PM
tudung biru tudung biru tudung biru tudung biru......:D

Diefeng
10-10-2008, 06:14 PM
manis nye yg baju putih tudung biru....sape name??

AshFaQue
10-10-2008, 06:16 PM
kalau semua pakai tudung kan cantik

little_lily
10-10-2008, 06:46 PM
kalau semua pakai tudung kan cantik

kalo lily masuk nie sure audition pun tak lepas
ganas sgt#:-S

little_lily
10-10-2008, 06:47 PM
aku nak vote yg ni bole x?:))

aduhhhhh ensemnyer fahrin neh:x:x:x

fulamak dah jb abatar tu :))

little_lily
10-10-2008, 06:49 PM
bkn yg plg cun yg baju kaler purple gelap tu ker?
mata laki ngan pompuan lain kot :-?

misscordelia
10-10-2008, 08:44 PM
aku nak vote yg ni bole x?:))

aduhhhhh ensemnyer fahrin neh:x:x:x

cumel kan elly? :">

kainlangsir
10-10-2008, 11:06 PM
http://farm4.static.flickr.com/3270/2927103303_af77ddae85.jpg
Yg nie comei...:D:">

bertudung tp nampak plak lubang kat dada tu..ni yang aku lomah ni..

NEMO
15-10-2008, 06:21 AM
sepupu aku ada sorang...korang jgn tanya la yg mana..aku x gtau punya..

korang bukan leh caya kekekee...:D

kalu xnak bgtau..xyerler..ckp sepupu ko masuk sini:)):)):))

WnB
15-10-2008, 07:34 AM
biasa jer tengok semua tu.... hehehe... pagi2 ni sebab masih suci... tu yg tak tergoda tu.... cuba tengok petang karang.... wakakakakakakakakakaakakakakakakaaaaaaaaaaa

miXxer
15-10-2008, 07:39 AM
Antara yang bertanding:

http://farm4.static.flickr.com/3279/2927103195_82eecc14db.jpg


nak yg ni leh x? :">:">

psti akan kubimbing smp bertudung litup..

ladyhera
17-10-2008, 12:50 PM
ngee.. aku tgk gadis melayu ni smlm kat 9tv.
bersopan santun semua nya...

ade yg kene test pakai kain batik.
ade yg kene test i.q

bagus2......terapkan nilai2 adab melayu. melayu boleh!


p/s : sepohon kayu daun nya rembun.....

badangiler
17-10-2008, 12:57 PM
aaa..x tgk pon..x minat...
:eek::)):eek::)):eek:

gengjawa
17-10-2008, 12:57 PM
sepupu aku ada sorang...korang jgn tanya la yg mana..aku x gtau punya..

korang bukan leh caya kekekee...:D

wak percaya jer..

Gitaris Berapi
17-10-2008, 01:02 PM
bertudung tp nampak plak lubang kat dada tu..ni yang aku lomah ni..

ahahahaha...den pun prasan.. dah dah dah.. jom p solat.... nnti smbung...:D

nyleaa_27
17-10-2008, 01:34 PM
Antara yang bertanding:

http://farm4.static.flickr.com/3272/2927949460_2be7758400.jpghttp://farm4.static.flickr.com/3225/2927092675_50d7f8a55f.jpg
http://farm4.static.flickr.com/3128/2927092821_55cb63a9bb.jpghttp://farm4.static.flickr.com/3153/2927102955_b5db26bfa7.jpg
http://farm4.static.flickr.com/3221/2927103073_67e25eed87.jpghttp://farm4.static.flickr.com/3279/2927103195_82eecc14db.jpg
http://farm4.static.flickr.com/3270/2927103303_af77ddae85.jpghttp://farm4.static.flickr.com/3234/2927103597_0147760817.jpg
http://farm4.static.flickr.com/3284/2927103743_1d7054db95.jpghttp://farm4.static.flickr.com/3074/2927103845_b3c32354db.jpg


kalau akak,akak nak vote yg baju kurung putih,tudung biru muda tuh..ayu je muko dio..muko melayu asli lah tu org kato..:)).tapi yg baju kurung oren tu..cam budak baru baligh yo..berapa umur tuh?:))

Nars
17-10-2008, 01:40 PM
ayoooo... kata melayu sejati... kening tetap cukur.. hehehe

Qy_viceVersa
17-10-2008, 02:16 PM
sepupu aku ada sorang...korang jgn tanya la yg mana..aku x gtau punya..

korang bukan leh caya kekekee...:D

sape sape :D:D

hamzah
24-10-2008, 11:31 AM
haih... esah (baju pink) pun nak masuk gak ke.. xcukup ngn 8tv most beauty dlu kut hehe..

xpe la, mana tau rezeki dia kat sini kut kan hehe

(esah, nnti menang jgn lupa dak2 kelas huhu :p)