PDA

View Full Version : Proses TukarMilik geran kete dari bank ke owner.

DDos
26-09-2008, 12:32 PM
salam semua

aku nak habiskan bayaran kete lepas raya ni. loan dari public bank.

geran dah dok dalam tangan aku, cuma proses pertukaran nama tu camana? adakah kena pi JPJ atau just setel je kat bank? ada sesapa tahu camana dan apa barang nak sediakan?

tq

sconsult
26-09-2008, 05:54 PM
Pergi bank dulu, setel baki pinjaman, lepas tu bank akan keluarkan surat kpd JPJ (biasanya runner bank uruskan!)untuk batalkan tuntutan hak ke atas kereta tu. Bila JPJ dah batalkan nanti, barulah geran tu clear. Jadi geran tu nanti MUNGKIN kau kena serah dulu ke bank untuk urusan pembatalan tuntutan.

aKuLaH
26-09-2008, 05:57 PM

betul tu...aku punya loan keter dah settle awal tahun ni tadi... bank akan kasi surat utk melepaskan tuntutan hak milik... surat tu bawak pegi JPJ utk batalkan "Hakmilik dituntut oleh bank" kat dalam geran tu...

DDos
26-09-2008, 06:44 PM
ok, tq semua. nak bayo sekali gus 4 bulan ni, malas nak tanggung lagi. dari situ leh concentrate kat umah plak

eboss
27-09-2008, 01:18 AM
ok, tq semua. nak bayo sekali gus 4 bulan ni, malas nak tanggung lagi. dari situ leh concentrate kat umah plak

alhamdulillah bila dah selesai hutang kereta memang rasa satu bebanan dah selesai. :)paid:)paid:)paid

emoney
27-09-2008, 09:12 AM
ok, tq semua. nak bayo sekali gus 4 bulan ni, malas nak tanggung lagi. dari situ leh concentrate kat umah plak

Fuh hebat tu...keta pakcik jugak ada lagi 5 Tahun:(( Berjinggut lagi nak bayor..:(

sconsult
27-09-2008, 09:16 AM
ok, tq semua. nak bayo sekali gus 4 bulan ni, malas nak tanggung lagi. dari situ leh concentrate kat umah plak

dah setel nanti, umumkanlah kat CG nanti.

DDos
27-09-2008, 11:56 AM
Fuh hebat tu...keta pakcik jugak ada lagi 5 Tahun:(( Berjinggut lagi nak bayor..:(

aku ada duit lebih skit jadi dari dok tanggung umah ngan kete, baik aku setel yg dah nak abis, kalu tak jenuh nak kuarkan duit kat 2k untuk umah ngan kete :(

so leh ringankan beban bulanan skit :D

DDos
27-09-2008, 11:57 AM
dah setel nanti, umumkanlah kat CG nanti.

beresss, mungkin lepas raya nanti kut, skrang dah tak sempat :)paid

sideskirt
27-09-2008, 12:00 PM
2 bulan lepas settle jangan lupa rikki keta baru lak ... :p:D:D

DDos
27-09-2008, 12:02 PM
2 bulan lepas settle jangan lupa rikki keta baru lak ... :p:D:D

yg ni kena tgk bajet lu, klau takde beban baru leh :D

skrang semua nak kena jimat dan bajet ikut keprluan, kalu tak perlu kita reserve dulu, kekeke

sideskirt
27-09-2008, 12:04 PM
yg ni kena tgk bajet lu, klau takde beban baru leh :D

skrang semua nak kena jimat dan bajet ikut keprluan, kalu tak perlu kita reserve dulu, kekeke

umur kalu bawah 50thn takde utang keta tak syok bro ... :)):))

DDos
27-09-2008, 12:06 PM
umur kalu bawah 50thn takde utang keta tak syok bro ... :)):))

kalu satu utang kete je ok, kekeke

ni utang CC, umah, dah berkerak ni, sebulan je dok bayar 3.5k, yg ni saje :)):)):))

mr reyes
27-09-2008, 12:07 PM
congratz bro... dah setel keter...
aku bru setel byr bulan ke 3... untuk 9 tahun...
ada duit lebih mmg nk setelkan awal...
keter ni libiliti... bukan aset..
hehe

sideskirt
27-09-2008, 12:08 PM
kalu satu utang kete je ok, kekeke

ni utang CC, umah, dah berkerak ni, sebulan je dok bayar 3.5k, yg ni saje :)):)):))

ok la bro, aku doa kan ko boleh tahan nafsu ko tuu ... :)):))

ahib0205
05-10-2008, 09:47 PM
salam semua

aku nak habiskan bayaran kete lepas raya ni. loan dari public bank.

geran dah dok dalam tangan aku, cuma proses pertukaran nama tu camana? adakah kena pi JPJ atau just setel je kat bank? ada sesapa tahu camana dan apa barang nak sediakan?

tq

Halamak... caya la CG. :)cgrock

Baru saya dok belek2 nak cari dah ada ke belum tentang thread ni. Saya ingat nak bubuh tajuk gini: PROSEDUR PENUKARAN NAMA KERETA :D

er.. bro kata gran dah ada kat tangan bro, tapi tajuk thread ni Proses dapatkan geran kete dari bank :-?

Hm... ok. cuba bro tengok kat geran kete bro tu. Tengok kat muka depan under:

UNTUK KEGUNAAN PEJABAT

ada tulis tak:
HAKMILIK DITUNTUT OLEH: PUBLIC BANK dot dot .. NO SIRI SURAT: xxxxx

Kalo ada, tengok pulak ada garis tak? garis atas tulisan tu. Kalo ada garis tu, maksudnya bank dah tamatkan. So memang kete dah jadi milik owner. Bro la owner tu kan? Maksud saya bro tak beli keta 2nd hand kan? (er... maaf la saya kurang sikit bab bagi penjelasan dengan menaip ni. Kalo cakap, Insya Allah :) )

Tapi kalo belum digaris, bro kena mintak bank tu matikan hak milik tu. Caranya bro bagitau je kat bank tu. Hanya owner saja yang boleh matikan hak milik dituntut tu.

Orait, abis bab geran tu. Ada apa nak tanya? :D

Next, bab proses pertukaran nama. Untuk proses pertukaran nama bagi kereta, mesti kena pegi inspection kat PUSPAKOM. MESTI. Tapi kalo nak tukar nama motorsika, tak perlu nak pegi check kat PUSPAKOM.

Orait, tentang barang apa nak bawa tu gini. NAnti nak pegi inspection kat PUSPAKOM, perlu bawa geran + kereta (yang nak buat inspection tu) :)paid

Habis bab kat atas tu. Itu memang takat tu je saya tau. Sebab saya pun baru nak pegi PUSPAKOM kat Indera Mahkota esok pagi, Insya Allah.

Ha... saya nak tambah. Kalo nak buat inspection kat PUSPAKOM mana-mana pun takpa. Tapi kalo nak buat urusan tukar nama kat JPJ, better pergi ke JPJ negeri mana geran tu. Er.. paham ke? #:-S

Lepas inspection, kita akan diberi tempoh sebulan kot (tak pasti. nanti saya update bagitau sini ye), untuk kita pergi ke JPJ atas urusan tukar nama.

Prosedur tukar nama kat JPJ pulak, bro perlu ambil borang PERMOHONAN PERTUKARAN MILIKAN KENDERAAN MOTOR SECARA SUKARELA (TM-1)

Ala senang gini je bang. Pegi kat kaunter pertanyaan JPJ tanya dia. Saya nak borang tukar nama kereta boleh tak? :)

So dalam borang tu, bro perlu dapatkan tandatangan penjual, tandatangan pembeli, potostat IC depan belakang penjual, dan potostat IC depan belakang pembeli.

Fuhhh #:-S abis dah saya kongsi sini. Puas tau berkongsi ilmu ni. :) Sekali lagi saya mohon maaf sebab saya agak payah nak jelaskan panjang lebar melalui tulisan.

Wallahu a'alam

:)cgrock

ahib0205
05-10-2008, 09:51 PM
betul tu...aku punya loan keter dah settle awal tahun ni tadi... bank akan kasi surat utk melepaskan tuntutan hak milik... surat tu bawak pegi JPJ utk batalkan "Hakmilik dituntut oleh bank" kat dalam geran tu...

Betul2 :)

:)cgrock

Sureduit
05-10-2008, 09:54 PM
baru aku nak cakap..
tapi memba dah kasik detail..
ko baca laa Doss oii :D:D

ahib0205
05-10-2008, 09:55 PM
Pergi bank dulu, setel baki pinjaman, lepas tu bank akan keluarkan surat kpd JPJ (biasanya runner bank uruskan!)untuk batalkan tuntutan hak ke atas kereta tu. Bila JPJ dah batalkan nanti, barulah geran tu clear. Jadi geran tu nanti MUNGKIN kau kena serah dulu ke bank untuk urusan pembatalan tuntutan.

eh ye ke bank akan kuarkan surat kpd JPJ? Kalo betul, saya baru tau ni. :)

Er.. JPJ yang batalkan tuntutan hak milik tu ke? Hm.. apa yang saya paham setelah sembang dengan pegawai bank, bank yang akan batalkan tuntutan hak milik tu.

Geran tak perlu serahkan balik rasanya. Er.. entahla. hehe.. Saya pun baru belajar bab ni.

Takpa sama-sama kita share sini ye :)

:)cgrock

ahib0205
05-10-2008, 09:57 PM
baru aku nak cakap..
tapi memba dah kasik detail..
ko baca laa Doss oii :D:D

ye ke details? kot ada tertinggal ke. Ha boleh bro jelaskan lebih lanjut lepas step pergi inspection kat PUSPAKOM tu? :-?

DDos
05-10-2008, 09:59 PM
Halamak... caya la CG. :)cgrock

Baru saya dok belek2 nak cari dah ada ke belum tentang thread ni. Saya ingat nak bubuh tajuk gini: PROSEDUR PENUKARAN NAMA KERETA :D

er.. bro kata gran dah ada kat tangan bro, tapi tajuk thread ni Proses dapatkan geran kete dari bank :-?

Hm... ok. cuba bro tengok kat geran kete bro tu. Tengok kat muka depan under:

UNTUK KEGUNAAN PEJABAT

ada tulis tak:
HAKMILIK DITUNTUT OLEH: PUBLIC BANK dot dot .. NO SIRI SURAT: xxxxx

Kalo ada, tengok pulak ada garis tak? garis atas tulisan tu. Kalo ada garis tu, maksudnya bank dah tamatkan. So memang kete dah jadi milik owner. Bro la owner tu kan? Maksud saya bro tak beli keta 2nd hand kan? (er... maaf la saya kurang sikit bab bagi penjelasan dengan menaip ni. Kalo cakap, Insya Allah :) )

Tapi kalo belum digaris, bro kena mintak bank tu matikan hak milik tu. Caranya bro bagitau je kat bank tu. Hanya owner saja yang boleh matikan hak milik dituntut tu.

Orait, abis bab geran tu. Ada apa nak tanya? :D

Next, bab proses pertukaran nama. Untuk proses pertukaran nama bagi kereta, mesti kena pegi inspection kat PUSPAKOM. MESTI. Tapi kalo nak tukar nama motorsika, tak perlu nak pegi check kat PUSPAKOM.

Orait, tentang barang apa nak bawa tu gini. NAnti nak pegi inspection kat PUSPAKOM, perlu bawa geran + kereta (yang nak buat inspection tu) :)paid

Habis bab kat atas tu. Itu memang takat tu je saya tau. Sebab saya pun baru nak pegi PUSPAKOM kat Indera Mahkota esok pagi, Insya Allah.

Ha... saya nak tambah. Kalo nak buat inspection kat PUSPAKOM mana-mana pun takpa. Tapi kalo nak buat urusan tukar nama kat JPJ, better pergi ke JPJ negeri mana geran tu. Er.. paham ke? #:-S

Lepas inspection, kita akan diberi tempoh sebulan kot (tak pasti. nanti saya update bagitau sini ye), untuk kita pergi ke JPJ atas urusan tukar nama.

Prosedur tukar nama kat JPJ pulak, bro perlu ambil borang PERMOHONAN PERTUKARAN MILIKAN KENDERAAN MOTOR SECARA SUKARELA (TM-1)

Ala senang gini je bang. Pegi kat kaunter pertanyaan JPJ tanya dia. Saya nak borang tukar nama kereta boleh tak? :)

So dalam borang tu, bro perlu dapatkan tandatangan penjual, tandatangan pembeli, potostat IC depan belakang penjual, dan potostat IC depan belakang pembeli.

Fuhhh #:-S abis dah saya kongsi sini. Puas tau berkongsi ilmu ni. :) Sekali lagi saya mohon maaf sebab saya agak payah nak jelaskan panjang lebar melalui tulisan.

Wallahu a'alam

:)cgrock

tq for panjang lebar penerangan, semoga berguna untuk kita semua

ahib0205
05-10-2008, 10:06 PM
tq for panjang lebar penerangan, semoga berguna untuk kita semua

er.. bro dah settle ke? :-?

reeez80
06-10-2008, 02:38 AM
takkan nak tukar nama kat geran kena check keta kat jpj negeri geran dikeluarkan kot.. sakit la aku kalau macam tu.. keta aku beli kat kuching... kalau aku pindah semenajung balik, takkan nak kena setel menda nie kat kuching bro... hadus.. masak aku nanti... aku rasa memadai ngan surat bank ngan batalkan hak milik dituntut kat geran tu aje bro... wat kat mana2 pejabat jpj...

chai
06-10-2008, 09:29 AM
gud luck..
gud luck bro..

ratusanRM
06-10-2008, 09:33 AM
kalu tukar nama keta camne plak????

bukan dgn bank....

sori. off topik :D:D

azrine
06-10-2008, 10:40 AM
sepatutnya tajuk dia: PEMBATALAN HAKMILIK KENDERAAN..

mr reeez80 - tak perlu gi Kuching..nak batalkan hakmilik gi mana2 JPJ negeri..depa online..

ratusanRM - tukau nama kete??? JPJ silap type ke kat geran?? kete baru ker nie??? kalu yg nie..kene gi balik kat dealer tu..suruh depa buat pembetulan..coz salah depa.. and sumer doc ader ngan depa..kena buat Puspakom inspection..

ahib0205 - bank akan kuarkan surat kat JPJ utk pembatalan hakmilik bersama2 ngan surat pembatalan milik bank (nama dia release letter)..tanpa surat tu..JPJ tak mo layan beb..

lagi satu..kalu nak batal hakmilik saja..tak perlu buat Puspakom..tapi kalu nak jual..yg tu kene buat Puspakom..

:)cgrock

ahib0205
06-10-2008, 08:12 PM

perfect! :)cgrock

So harap semua paham pasal prosedur penukaran hak milik kereta ni.

Alhamdulillah inspection kat JPJ pagi tadi LULUS :D Now proses penukaran nama. MEsti mau ada release letter mcm bro azrine kata. Kalo tak, bawak la balik borang tu :eek:

StanNero
06-10-2008, 08:13 PM
Dah habis jgn tambah utang plak ye hehhe

azrine
06-10-2008, 11:42 PM
perfect! :)cgrock

So harap semua paham pasal prosedur penukaran hak milik kereta ni.

Alhamdulillah inspection kat JPJ pagi tadi LULUS :D Now proses penukaran nama. MEsti mau ada release letter mcm bro azrine kata. Kalo tak, bawak la balik borang tu :eek:

sekadar membantu..

dulu penah keje ngan finance selama 14 taun..

skang melepak..:)):)):))

:)cgrock

ahib0205
07-10-2008, 09:33 PM
sekadar membantu..

dulu penah keje ngan finance selama 14 taun..

skang melepak..:)):)):))

:)cgrock

La patut la. Tapi... napa berenti lak? ok saya nak tanya ni. Contoh owner dah authorized suruh pembeli pegi amik surah pengesahan batal milik kat bank, memang pembeli kena pegi amik ek? kalo mintak tolong orang lain ambik tapi tunjuk surat tu kat bank boleh tak? :-?

azrine
17-01-2009, 01:56 PM

wooo..lamanya baru nak jawab..sowie ler..terlepas pandang..:D

actually..release letter tu adalah antara document yg paling penting dlm urusan pembatalan hakmilik..

so..if owner dah authorized kat sesiapa yg berkaitan..org tu lah jer yg dibenarkan utk mengambil document tu..

kalu..org yg diberikan kuasa tak bule nak amik..bank takan kuarkan pada sapa2 pon..walaupun tunjukkan surat tu kat bank..walaupon menangis airmata darah sekali pon..

skang byk penipuan..so..pihak bank lebih berhati2 dlm kes2 cam nie..

kalu release letter tu hilang..samada pembeli or penjual bule saman bank tu..coz berikan document to pada org yg bukan sepatutnya..

but nak buat balik release letter tuh..kire2 buat duplicate copy..coz kat bank cuma dlm RM3 hinggit jer..depa charge kat customer..+/- RM20 - RM25..hhehehehee..

tu jer..:D

:)cgrock

yusry2007
17-01-2009, 03:21 PM
susah jugk nak sattlekan kete nie.. ingt senang jerk...

azrine
17-01-2009, 04:36 PM
susah jugk nak sattlekan kete nie.. ingt senang jerk...

actually tak susah sebenarnya nak settlekan kete nie..

cam yg good paymaster..spai tempoh dia..last payment tu..pi jer kat bank..buat final installment..then tunggu jer +/- 1 jam..kuar ler release letter tu..

then pi ler mana2 JPJ..batalkan hakmilik bank tuh..

kalu yg ader duit lebih..nak buat full settlement..cam tu gak proses dia..

tak susah sebenarnya..cuma kene sabor skit..nak tunggu release letter tu kuar..tu jer..

:)cgrock