PDA

View Full Version : Cawangan CIMB Kuala Terengganu ditutup kerana kesilapan ingkar

eboss
16-09-2008, 03:46 AM
Ismail, Kuala Terengganu, disita berikutan penghakiman ingkar yang didakwa diperoleh oleh seorang pelanggan terhadap bank itu.

“Kami sudah memfailkan pembelaan terhadap saman ini pada Julai dan oleh itu terkejut kerana penghakiman ingkar dikenakan terhadap kami,” kata jurucakap CIMB Group dalam satu kenyataan hari ini.

“Tidak ada rekod mengenai penghakiman sudah diserahkan kepada para peguam kami mengikut prosedur undang-undang, dan kami percaya tidak ada asas untuk tindakan yang diambil hari ini,” kata jurucakap itu.

CIMB Group hari ini memperoleh penangguhan pelaksanaan penghakiman dan sudah memohon untuk mengetepikan penghakiman itu.

Ia juga sedang menyiasat perkara itu dan berkata ia tidak teragak-agak untuk menggunakan semua peruntukan undang-undang, termasuk memfailkan laporan polis.

“Kami memohon maaf terhadap kesusahan yang dialami oleh pengguna dan kami akan memastikan mereka dapat melakukan urusan perbankan masing-masing di Jalan Sultan Sulaiman (cawangan) mulai esok,” kata jurucakap itu. - Bernama

eboss
16-09-2008, 03:48 AM
Pejabat CIMB Bank Wilayah Timur disita kerana gagal jelas tuntutan saman RM15.6 juta

KUALA TERENGGANU: Kesemua aset CIMB Bank Wilayah Timur termasuk bangunan tiga tingkat, mesin ATM, bilik kebal serta barangan pejabat di Jalan Sultan Ismail di sini disita hari ini ekoran kegagalan bank itu menjelaskan tuntutan saman ganti rugi RM15.6 juta kepada sebuah syarikat kontraktor di Kota Baharu, Kelantan.

Saman itu dikenakan ekoran kegagalan CIMB Bank Kota Baharu memenuhi perjanjian bagi pinjaman RM11 juta yang dibuat dengan Syrikat Zima Properties Sdn Bhd pada Mac tahun 2005 bagi membangunkan satu projek perumahan di Pasir Mas, Kelantan.

Writ penyitaan dan penjualan barangan itu dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Kota Baharu pada 1 September lalu dan pelaksanaan tindakan terhadap aset CIMB itu dilakukan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu

MUTAKHIR Pejabat CIMB Bank Wilayah Timur disita kerana gagal jelas tuntutan saman RM15.6 juta

Writ penyitaan dan penjualan barangan itu dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Kota Baharu pada 1 September lalu dan pelaksanaan tindakan terhadap aset CIMB itu dilakukan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.

Proses inventori penyitaan dilakukan oleh wakil peguam daripada Tetuan Wan Zainuddin & Co, bailif Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dan wakil pelelong awam pada 9.30 pagi tadi menyebabkan semua urusan bank berkenaan digantung pada hari ini.

Mengikut writ itu, CIMB Bank Wilayah Timur diberi tempoh dua minggu untuk menjelaskan jumlah saman ganti rugi khas itu kepada syarikat Zima Properties Sdn Bhd di Kota Baharu, dan kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan kesemua aset bank itu dilelong.

Wan Zainuddin Wan Musa, selaku peguam syarikat kontraktor itu berkata, anak guamnya telah membuat permohonan pinjaman sebanyak RM11 juta bagi tujuan pembelian hartanah dan pembangunan sebuah projek perumahan di Pasir Mas Kelantan dan ia telah diluluskan oleh pihak bank berkenaan pada Mac 2005.

“Bagaimanapun pada Disember 2005, pihak bank telah mengeluarkan satu perjanjian baru yang menstruktur semula perjanjian itu dengan tawaran pinjaman kali ini diberikan hanya RM4 juta. Tetapi anak guam kami enggan menandatanganinya,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Ekoran itu, plaintif memfailkan saman pada 29 Mei 2008 memohon CIMB Bank membayar ganti rugi khas kerana kehilangan keuntungan, kos yang telah dibelanjakan untuk pembangunan projek perumahan itu, faedah yang telah dibayar kepada defendan dan ganti rugi am kerana kejatuhan maruah, nama baik, reputasi serta potensi perniagaan.

Wan Zainuddin berkata kelewatan pembelaan oleh pihak defendan kemudiannya telah menyebabkan penghakiman yang dilakukan pada 6 Ogos di Mahkamah Tinggi Kota Baharu memihak kepada anak guamnya dan mahkamah telah mengarahkan defendan membayar ganti rugi khas bagi keuntungan yang bakal diperoleh plaintif sebanyak RM7.8 juta.

CIMB Bank juga dikehendaki membayar ganti rugi bagi kos yang telah dibelanjakan untuk pembelian hartanah dan pembinaan projek sebanyak RM6.6 juta, ganti rugi khas untuk faedah yang telah dibayar oleh plaintif kepada defendan sehingga 30 April sebanyak RM957,343, dan faedah sebanyak lapan peratus setahun bermula tarikh penghakiman dilakukan sebanyak RM225.

Wan Zainuddin berkata pembayaran untuk kos ganti rugi am kerana kejatuhan maruah, nama baik, reputasi serta potensi perniagaan belum diputuskan oleh mahkamah.

“Sehingga pukul 12.30 tengah hari tadi, pihak defendan masih gagal menjelaskan tuntutan ini, dan sekiranya ia masih gagal berbuat demikian dalam tempoh 14 hari, kesemua aset CIMB Bank Wilayah akan dilelong,” katanya.

Seorang pegawai bank yang dihubungi enggan mengulas. - Bernama

dek_ang
16-09-2008, 03:53 AM
adeh..bank pon kena sita eh...

reeez80
16-09-2008, 04:05 AM
bank pun boleh jadi macam nie.. hehehe.. macam2 lah kes sekarang nie...

miXxer
16-09-2008, 04:13 AM
elok la tu.. jgn kasi muka na dgn bank neh..

dino
16-09-2008, 05:09 AM
Ekekekeee....padan gak muka CIMB bank,biasa dia yg laju sita org,sekarang...amik ko............... :))

kambing gurun
16-09-2008, 05:34 AM
Pergh!!!! tu laaaaaaaaaaa, slalu sgt tarik duit org, kali nih rasakan..... Hikmat kubah berdarah 27 petala langit.............. :D

MOD jr.
16-09-2008, 05:40 AM
semalam aku pi maybank...tergelak sakan ada solek bapak besar depan pintu,,,,adeh...bank pun kena sita ke...hyip scam ke =))=))

mj12
16-09-2008, 05:42 AM
bank adik najib nie kan?:-?

gUeSs
16-09-2008, 05:48 AM
semalam aku pi maybank...tergelak sakan ada solek bapak besar depan pintu,,,,adeh...bank pun kena sita ke...hyip scam ke =))=))

apsal maybank yg kena solex plak??:-? :p

lau_kau
16-09-2008, 05:53 AM
biasa la bank 150tahun pun xleh tahan
nie kan bank biasa ja
hehehehe.....................

zamreda
16-09-2008, 05:56 AM
bank nie makan duit nie.

abahmu
16-09-2008, 06:02 AM
padam muka cimb hehe..zima properties tu pemaju perumahan dan tokei Ready Mix Trustar sejak 80an lg di kelantan..projek di pasir mas dia tu projek besar..patut pun tersekat sekerat jalan projek dia..rupa2nya psl ni..xpe2 hj othman...dpt duit saman nnt jgn lupa belanja ahli2 REHDA nnt :D

AmzarUmar
16-09-2008, 07:55 AM
apa nk jd cimb ni...dh byk kali dh kena sita:))
tulah, lain kali bla da klah, cpt2 la bayar:p
best woo..dpt sita cimb ni..aku da ada pengalaman bw rantai pegi ugut nk kunci cimb square point dlu :))

MOD jr.
16-09-2008, 07:57 AM
apsal maybank yg kena solex plak??:-? :p

maybank rimau malaya...ada bran ke :D

building
16-09-2008, 08:02 AM
uikh .. bank kena tarik hihihi.. tu arr kita bayar lewat sket pinjaman keta trus kena bayaran penalty hampeh

MOD jr.
16-09-2008, 08:05 AM
uikh .. bank kena tarik hihihi.. tu arr kita bayar lewat sket pinjaman keta trus kena bayaran penalty hampeh

padan muke bank hehehe...baru diorang rase kena sita cam mana :p

panglima
16-09-2008, 08:16 AM
Tu la pasai..amik interest tinggi kat org..kan dh kena sita:D

moneymania
16-09-2008, 08:57 AM
cerik aso cimb...selalu nagih utang aku

nqfaq
16-09-2008, 09:32 AM
best nya aku dengar cerita ni, yg selalu sapa ada hutang bank nak sita, sekarang ni bank pulak kena sita....

irsaffy
16-09-2008, 09:49 AM
baru diorg tau mcmana rasa kena sita..:D:D:p

add
16-09-2008, 11:18 AM
bikin malu aje mesti lawyer cimb tu tido sampai tak tau ada perintah mahkamah

desire
16-09-2008, 03:24 PM
semalam aku pi maybank...tergelak sakan ada solek bapak besar depan pintu,,,,adeh...bank pun kena sita ke...hyip scam ke =))=))

Sir,

Demo gi amik gambar CIMB yang kena solek tuh.

Pastu letak kat CG gambar tu :D

ratusanRM
16-09-2008, 03:29 PM
Ekekekeee....padan gak muka CIMB bank,biasa dia yg laju sita org,sekarang...amik ko............... :))

betul tu... sibuk dok sita customer... :(scam :(scam

last2 bank sendiri pun kena :eek: :eek: :eek: :eek: :eek:

AlchemisT
16-09-2008, 03:30 PM
Sir,

Demo gi amik gambar CIMB yang kena solek tuh.

Pastu letak kat CG gambar tu :D

hahhaa g la ambik..esok da bukak...bank pun kena sita...:-?

ratusanRM
16-09-2008, 03:30 PM
bikin malu aje mesti lawyer cimb tu tido sampai tak tau ada perintah mahkamah

sama cam paklah :(scam :(scam :(scam

begpower
16-09-2008, 03:34 PM
pasni siap ler peminjan yang liat nak bayo hutang..makin naik ler bunga2 korang nanti..

azrine
16-09-2008, 05:47 PM
budak yg buat silap sama ngan lawyar yg tak effisen tu..mungkin akan menjadi penganggur terhormat lepas nie..

errkk lawyar tu pon sama...co org ramai dah tak akan deal ngan dia punyer..

budak CIMB tu..memang sah sah kene buang punyer

Flynn
16-09-2008, 05:53 PM
bagusbagus, maybank sita pun bagus .......poor services
:D

badawidollah
17-09-2008, 11:42 PM
Pejabat CIMB Bank Wilayah Timur disita kerana gagal jelas tuntutan saman RM15.6 juta

KUALA TERENGGANU: Kesemua aset CIMB Bank Wilayah Timur termasuk bangunan tiga tingkat, mesin ATM, bilik kebal serta barangan pejabat di Jalan Sultan Ismail di sini disita hari ini ekoran kegagalan bank itu menjelaskan tuntutan saman ganti rugi RM15.6 juta kepada sebuah syarikat kontraktor di Kota Baharu, Kelantan.

Saman itu dikenakan ekoran kegagalan CIMB Bank Kota Baharu memenuhi perjanjian bagi pinjaman RM11 juta yang dibuat dengan Syrikat Zima Properties Sdn Bhd pada Mac tahun 2005 bagi membangunkan satu projek perumahan di Pasir Mas, Kelantan.

Writ penyitaan dan penjualan barangan itu dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Kota Baharu pada 1 September lalu dan pelaksanaan tindakan terhadap aset CIMB itu dilakukan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu

MUTAKHIR Pejabat CIMB Bank Wilayah Timur disita kerana gagal jelas tuntutan saman RM15.6 juta

KUALA TERENGGANU: Kesemua aset CIMB Bank Wilayah Timur termasuk bangunan tiga tingkat, mesin ATM, bilik kebal serta barangan pejabat di Jalan Sultan Ismail di sini disita hari ini ekoran kegagalan bank itu menjelaskan tuntutan saman ganti rugi RM15.6 juta kepada sebuah syarikat kontraktor di Kota Baharu, Kelantan.

Saman itu dikenakan ekoran kegagalan CIMB Bank Kota Baharu memenuhi perjanjian bagi pinjaman RM11 juta yang dibuat dengan Syrikat Zima Properties Sdn Bhd pada Mac tahun 2005 bagi membangunkan satu projek perumahan di Pasir Mas, Kelantan.

Writ penyitaan dan penjualan barangan itu dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Kota Baharu pada 1 September lalu dan pelaksanaan tindakan terhadap aset CIMB itu dilakukan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.

Proses inventori penyitaan dilakukan oleh wakil peguam daripada Tetuan Wan Zainuddin & Co, bailif Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dan wakil pelelong awam pada 9.30 pagi tadi menyebabkan semua urusan bank berkenaan digantung pada hari ini.

Mengikut writ itu, CIMB Bank Wilayah Timur diberi tempoh dua minggu untuk menjelaskan jumlah saman ganti rugi khas itu kepada syarikat Zima Properties Sdn Bhd di Kota Baharu, dan kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan kesemua aset bank itu dilelong.

Wan Zainuddin Wan Musa, selaku peguam syarikat kontraktor itu berkata, anak guamnya telah membuat permohonan pinjaman sebanyak RM11 juta bagi tujuan pembelian hartanah dan pembangunan sebuah projek perumahan di Pasir Mas Kelantan dan ia telah diluluskan oleh pihak bank berkenaan pada Mac 2005.

“Bagaimanapun pada Disember 2005, pihak bank telah mengeluarkan satu perjanjian baru yang menstruktur semula perjanjian itu dengan tawaran pinjaman kali ini diberikan hanya RM4 juta. Tetapi anak guam kami enggan menandatanganinya,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Ekoran itu, plaintif memfailkan saman pada 29 Mei 2008 memohon CIMB Bank membayar ganti rugi khas kerana kehilangan keuntungan, kos yang telah dibelanjakan untuk pembangunan projek perumahan itu, faedah yang telah dibayar kepada defendan dan ganti rugi am kerana kejatuhan maruah, nama baik, reputasi serta potensi perniagaan.

Wan Zainuddin berkata kelewatan pembelaan oleh pihak defendan kemudiannya telah menyebabkan penghakiman yang dilakukan pada 6 Ogos di Mahkamah Tinggi Kota Baharu memihak kepada anak guamnya dan mahkamah telah mengarahkan defendan membayar ganti rugi khas bagi keuntungan yang bakal diperoleh plaintif sebanyak RM7.8 juta.

CIMB Bank juga dikehendaki membayar ganti rugi bagi kos yang telah dibelanjakan untuk pembelian hartanah dan pembinaan projek sebanyak RM6.6 juta, ganti rugi khas untuk faedah yang telah dibayar oleh plaintif kepada defendan sehingga 30 April sebanyak RM957,343, dan faedah sebanyak lapan peratus setahun bermula tarikh penghakiman dilakukan sebanyak RM225.

Wan Zainuddin berkata pembayaran untuk kos ganti rugi am kerana kejatuhan maruah, nama baik, reputasi serta potensi perniagaan belum diputuskan oleh mahkamah.

“Sehingga pukul 12.30 tengah hari tadi, pihak defendan masih gagal menjelaskan tuntutan ini, dan sekiranya ia masih gagal berbuat demikian dalam tempoh 14 hari, kesemua aset CIMB Bank Wilayah akan dilelong,” katanya.

Seorang pegawai bank yang dihubungi enggan mengulas. - Bernama

bank ni sebalah MayBank ke?
depan bangunan UMNO?

sebab kat KT ade 2 CIMB agaknye.

MyBroadband
18-09-2008, 05:56 AM
budak yg buat silap sama ngan lawyar yg tak effisen tu..mungkin akan menjadi penganggur terhormat lepas nie..

errkk lawyar tu pon sama...co org ramai dah tak akan deal ngan dia punyer..

budak CIMB tu..memang sah sah kene buang punyer

bukan setakat budak cimb kene buang, bos2 semue kene buang! :eek: :eek: elok2 deal 11juta, nak kasi discount plak jadi 4 juta.ingat ni deal nak beli ikan kering ke :eek: :eek:

kozu
18-09-2008, 06:03 AM
dia tak byr zakat kot..
ni kira zakat dia lah ni..

remi
18-09-2008, 11:11 AM
so apa status skarang ye... dah rampas ke belum barang-barnag...

badawidollah
18-09-2008, 02:44 PM
ni cimb depan bangunan umno ke tepi pantai?

sTawBeRrY
18-09-2008, 02:47 PM
lorh
macam2 da,,,,,,,,,

zainurin1
19-09-2008, 05:48 AM
Bila politik masuk campur ..ni la jadinyer...

g r a n p a
19-09-2008, 11:26 PM
duit aku ada 10hengget dalam akaun CIMB mcm ne ek?

:p

panglima_ayam
23-09-2008, 05:47 AM
cimb sekarang memang teruk,aku pun ada pengalaman dgn bank ni sejak adik najib ambik semua orang atas dia bagi kepercayaan dekat indian dan cina ... melayu ada sikit,memang tak guna bank ni

abahmu
23-09-2008, 05:53 AM
lps ni cimb makin berkembang la sbb abg nazir si najis tu jd menteri kewangan :)) :))

badawidollah
23-09-2008, 02:00 PM
wang ku pindah maybank
cimb ni banyak korap
bahaya
silap2 wang hilang plak

najis la pulak

ikscentre
23-09-2008, 02:04 PM
pergh..kecoh tul skrg nih..
ape la nk jadi..

EL Van persie
23-09-2008, 02:47 PM
pergh..kecoh tul skrg nih..
ape la nk jadi..

itu laa pasal..

SHO6
23-09-2008, 03:50 PM
Lepas raya baru bukak balik nampaknya..:eek: :))