PDA

View Full Version : Siapa pernah bukak Perniagaan Mengurup Wang


thariq_shahalam
28-08-2008, 09:32 PM
Salam,

just want to know siapa yang ada experience jalankan perniagaan mengurup wang? Kalau amik license tu saya tahu dah...

any info is very much appreciated. thx!

thariq_shahalam
02-09-2008, 06:40 PM
takde orang kat CG ni tahu ker?

selalu aku tengok money changer ni memanjang orang india jer. takde orang melayu yang ceburi bidang ni ker?

inspiron
02-09-2008, 06:43 PM
takut kena tembak ... :p :D

anuarinvestor
02-09-2008, 06:44 PM
biasa persatuan dorang bynklah bukak biz ni (India Muslim).....

thariq_shahalam
02-09-2008, 06:45 PM
dia orang memang conquer bisness ni. orang melayu bila lagi?

MrMama
02-09-2008, 06:47 PM
apa beza mengurup wang cara tradisional (cam yg ada sekarang) dengan main forex (pun cam yg ada sekrg):-? :-?

smate
02-09-2008, 06:49 PM
aku pon nk tau gak

bisnes nie untung besar tp risiko pon besar

traderfox
02-09-2008, 06:52 PM
Pengurup wang ni pakai sempoi aje kain gulung bentuk spender besar tapi dalam tu duit juta2 woooo...korang dah tau ni jgn pulak :(scam mamak2 tu masa diorg keluar dari kedai :eek: :eek: :eek:

thariq_shahalam
02-09-2008, 06:58 PM
tulah juta2 tu kutipan diaorang. ingat tak kes curi kat airport tu? berapa juta duit money changer tu kena kebas...

mr reyes
02-09-2008, 09:20 PM
hmm... best gak ni...
nak men forex xpndai....
ada orang bley ajar???

drebarbas
04-09-2008, 11:56 PM
kalau korang nak blaja boleh gi www.trendvalasindo.com

ada kursus camne nak operate money changer ni, camne nak bukak company ni korang bukak website BNM www.bnm.gov.my ada application form utk bukak company money changer, pastu jangan lupa baca act 1998 ngan 1953 pasal money changer ni.

kat indon, uk ngan filipina ada franchise money changer ni, kat malaysia takde lagi.

bagusnya money changer ni dalam tempoh 7 bulan boleh pulang modal. duit tak kurang tapi makin bertambah sebab kita pegang duit tu, tak perlu risau barang tak laku sebab kita takde inventori.

2007 moeny changer sumbang 10% daripada KDNK malaysia, dekat berapa billion tah dan industri ni hanya ada dalam 760 ke 790 je orang yang buat, bahagi la berapa billion tu ngan 700+ orang yang buat pastu anggap untung dalam 10% paling konservatif, agak2 korang berapa dorang untung? sebab tu kena rompak biasanya tulis berjuta2 diorang ni bawak

aku setakat ni ada dapat respons daripada filipina tapi aku prefer nak gi training kat indon sebab lagi dekat utk training, tapi indon tak respons2 lagi

drebarbas
04-09-2008, 11:57 PM
ada satu company offer software dan consultation utk money changer ni www.efox.com.my

gerbangkayangan
05-09-2008, 10:48 AM
erm aku pun teringin gak nak bukak bisnes ni..

drebarbas
05-09-2008, 11:58 AM
kalau ko minat contact la aku boleh kita kongsi2 maklumat, atau start group kita sendiri, nak join mamak segan la pulak tiba2 tak kenal tahu2 nak mintak join group money changer diorang, nak carik yg melayu tak penah jumpa la pulak

thariq_shahalam
05-09-2008, 12:04 PM
aku tahu modal kena ada paling minimum RM100,000. Dan RM100,000 nilai dia tak boleh susut sebab rugi. Maksudnya kita tak boleh sentuh RM100K ni. Jadi sebenarnya modal dia lebih la.

drebarbas
05-09-2008, 06:14 PM
benar, paid up capital adalah RM100,000, banyak yang tutup perniagaan atau lesen dimatikan kerana sejak 1998 syarikat yg terlibat ngan money changer perlu meningkatkan paid up capital syarikat kepada RM100,000 mana yang gagal ditamatkan lesennya.

kalau mengikut artikel kat trendvaalsindo tu diorang anggarkan perlu dalam 460,000 modal pusingan yang mana, separuh diorang simpan rupiah macam kita kena simpan ringgit dan separuh lagi dalam pelbagai notes macam USD AUD EUR dan macam2 lagi sebab banyaknya tourist datang nak tukar kepada ringgit dan juga locals yang ada notes lebih nak tukar kepada ringgit.

income lain adalah bila mana company besar perlukan matawang asing, atau mana yg nak tunaikan travellers cheque dan sebagainya. langkah seterusnya korang boleh jadi agent moneygram atau western union sebagai remittance services.

jadi at least sebenarnya korang perlu ada 100k tambah kurang2 450k dah 550k. sebab tu ada yg guna lesen orang lain jadi tak perlu buka kompeni, ko pakai lesen dia tapi bayar sikit la fee. jadi korang tak perlu setup company dengan paid up capital 100k.

no 1 money changer dan uaexchange adalah contoh money changer yg telah diversify dari money changer kepada financial services company yg besar.

Jazz & blues
05-09-2008, 06:34 PM
menarik nih..heheh

thariq_shahalam
05-09-2008, 06:38 PM
hmm boleh jugak tu pakai license dia dulu, bila ada duit sendiri baru amik license sendiri. Tempat aku rasa kita pilih sama ada tempat yang banyak pendatang atau banyak tourist. Tempat banyak pendatang ni aku tahulah. Kita jual IDR jer :))

ajax932
05-09-2008, 06:40 PM
mmmm....menarik ni....

market memang luas...

cuma bab2 safety je kena jaga lebih...

123hahaha
05-09-2008, 06:41 PM
pengurup wang untung banyak jika di tempat yang betul

gerbangkayangan
07-09-2008, 05:39 AM
byk jugak duit nak kena guna ek..aku dengar duit tu xle dtg dari pinjaman kena duit sendiri betul ke..

anuarinvestor
07-09-2008, 05:52 AM
dia orang memang conquer bisness ni. orang melayu bila lagi?

Insya'allah,melayu x akan dapat buka sampai bila-bila pun:D

alisha_qistina
07-09-2008, 06:01 AM
risiko tinggi...kena tembak...hehehe

beautifulmind
07-09-2008, 08:37 AM
Insya'allah,melayu x akan dapat buka sampai bila-bila pun:D

kenapa cakap macam ni?

:-? :-? :-? :-?

gerbangkayangan
07-09-2008, 08:54 AM
Insya'allah,melayu x akan dapat buka sampai bila-bila pun:D

apala lu ni..bg la smgt sikit kat org yg nak bukak bisnes..

gerbangkayangan
07-09-2008, 08:56 AM
aku tgk tempat aku ada jugak melayu dah bukak tapi blom ramai cam kaum len..skang ni melayu dah brani nak cuba berniaga cam kaum len..

maliq7776
07-09-2008, 08:56 AM
aku pikir paling sedikit ada 5 rakan kongsi.
seorg 100K.
baru ok.

levitez
07-09-2008, 09:08 AM
Mmm...bagus gak bisness ni. takda yab menceburinya ka?? :D

thariq_shahalam
07-09-2008, 01:36 PM
insya allah kita usaha betul2 kita akan berjaya dalam perniagaan ini.

clorox_bersih
07-09-2008, 01:53 PM
tulah juta2 tu kutipan diaorang. ingat tak kes curi kat airport tu? berapa juta duit money changer tu kena kebas...

bukan yg kene kebas tu beg pakaian je ke??:-?

thariq_shahalam
07-09-2008, 02:06 PM
aku ckp pasal robbery kat klia ari tu...

drebarbas
07-09-2008, 07:07 PM
ada melayu yg dah bukak money changer ni tapi betul2 sikit, kalau check kat senarai ahli DPMM setiap negeri ada la sorang kadang2 takde langsung, mana yg betul2 berminat tu kena buat homework dan tambah ilmu, insyaAllah berjaya.

taufic
07-09-2008, 07:21 PM
sorang kena start.. especial melayu islam.. :)
nk selamat skit bukak premise tu tepi balai polis + bdoa utk keselamatan + kesejahteraan bisnis :D

endingman86
12-09-2008, 03:35 AM
yang syok jadi money changer nie asyik berjalan2 jer....pegi singapore,india n mane2 untuk tukar duit dorang tue...untung kat situ jek...huhu...yang lain x tau ler...

fanlee
12-09-2008, 04:30 AM
untung ke buka money change ni aku tengok ygbanyak bukaa memeng india
mata wang die kire mcm mne kalu down rugi la kan

leh untung juta-juta:-? :-? :-?
takde org melayu nak ceburi bidang ni ke

emasstech
12-09-2008, 07:38 AM
insya allah kita usaha betul2 kita akan berjaya dalam perniagaan ini.

Yup mmg betull tapi kena fokus laa...

p/s: macam mana projek website ko??? ermmm banyak tul rancangan ko nih...ermmmm fokus satu2 aaa

thariq_shahalam
15-09-2008, 04:42 PM
projek website aku tu aku ada idea tapi kena simpan dulu sebab tgh cari orang yang pandai buat website...

hanzahar
15-09-2008, 05:29 PM
siapa nk kongsi lesen?

RM 100k utk lesen je...buat duit la...

parking minat utk future...

king_diamond
15-09-2008, 05:35 PM
pengurup wang berlesen ni tak susah sangat kejenya, beli banyak2 duit RM, apstu bukak kedai, pastu gantung banner..."MONEY CHANGER"...pastu tunggu org indon dan bangla datang tukar....

as easy as ABC .. :)) :))

edrais
15-09-2008, 05:40 PM
kat melaka dah ader melayu bukak dah, yg kena rompak dengan adik dia dulu, ader kuwar metro 2-3 tahun lepas.tapi top lagi mamat tu.aku denagr dia ader 3 cawangan kat melaka ajer.

MyBroadband
15-09-2008, 06:44 PM
kat melaka dah ader melayu bukak dah, yg kena rompak dengan adik dia dulu, ader kuwar metro 2-3 tahun lepas.tapi top lagi mamat tu.aku denagr dia ader 3 cawangan kat melaka ajer.

cable power ngan bank. rate dapat sedap. pastu kene pandai main kencing ngan mat bangla ngan indon..tak best la kerja tak bersih.baik jual popia..lagi halal

fanlee
16-09-2008, 04:26 PM
kat melaka dah ader melayu bukak dah, yg kena rompak dengan adik dia dulu, ader kuwar metro 2-3 tahun lepas.tapi top lagi mamat tu.aku denagr dia ader 3 cawangan kat melaka ajer.

peehh abang sendiri pun nak rompak ke

thariq_shahalam
17-09-2008, 05:10 PM
cable power ngan bank. rate dapat sedap. pastu kene pandai main kencing ngan mat bangla ngan indon..tak best la kerja tak bersih.baik jual popia..lagi halal

tak payah pun main kencing. Bagi rate yang competitive tapi masih boleh bagi kita untung :)

mutex37
20-09-2008, 11:26 AM
kena recognize fake note...jem jugak... kalau duit2 luar negara... palsu.. kena tanggung kerugian bro...

thariq_shahalam
20-09-2008, 07:05 PM
oh betul gak tu. tak terpikir lak. thanks for the info :)

NEMO
20-09-2008, 07:21 PM
kena recognize fake note...jem jugak... kalau duit2 luar negara... palsu.. kena tanggung kerugian bro...

mesti ada detector kan..biz camni

my.name.is.nad
20-09-2008, 07:40 PM
biar betik perlu 500k nih .. ???

thariq_shahalam
20-09-2008, 07:49 PM
minimum 100K tak boleh kacau, pastu kena ada modal nak buat exchange, modal nak bukak kedai....so at least 500k tu ok lah kot

gerbangkayangan
23-09-2008, 10:35 PM
minimum 100K tak boleh kacau, pastu kena ada modal nak buat exchange, modal nak bukak kedai....so at least 500k tu ok lah kot

peh 500k tu mana nak cekau...tapi aku tgk cina ni klau bukak bisnes modal setakt 500k ni kecik je mana diorg dpt duit ek..aku ada jugak tanya taukey2 kedai ni mana diorg dpt modal beso2 diorg ckp pinjam sedara mara maaa..mau pinjam bank myk susah...

akuslamberjer
23-09-2008, 10:46 PM
macam best gak kan bisnes mengurup wang nih...mana nak cari info ek..

thariq_shahalam
24-09-2008, 09:59 AM
aku pun tgh kumpul info ni. setakat apply license tu tahulah. boleh check kat website bank negara. tapi kalau cara2 nak manage biz ni aku tak berapa tahu lagi...

AlchemisT
24-09-2008, 10:06 AM
mak ai 500k bayk tu..stgh juta...

lelakigila
24-09-2008, 10:16 AM
cable ngan pengurup wang lain kena ada... :D

thariq_shahalam
24-09-2008, 11:23 AM
agaknya pasal tu la mamak je yang conquer, dia orang support satu sama lain...

badawidollah
24-09-2008, 01:43 PM
agaknya pasal tu la mamak je yang conquer, dia orang support satu sama lain...

nak jadi pengurup wang ke
aku ade info best
tapi korang kena bayar
keh keh keh

akuslamberjer
24-09-2008, 02:02 PM
aku pun tgh kumpul info ni. setakat apply license tu tahulah. boleh check kat website bank negara. tapi kalau cara2 nak manage biz ni aku tak berapa tahu lagi...

aku pun minat gak nak tahu...license dia susah tak bro?berapa kos utk license?

badawidollah
24-09-2008, 02:38 PM
aku pun minat gak nak tahu...license dia susah tak bro?berapa kos utk license?

xde license pun boley gak

thariq_shahalam
24-09-2008, 03:14 PM
ini syarat2 nak amik license money changer

Application for Money Changing Licence

KRITERIA BAGI LESEN PERNIAGAAN PENGURUPAN WANG

1. Kriteria di bawah Peruntukan Akta Pengurupan Wang 1998 (Akta):

1.1. Pemohon mestilah sebuah syarikat yang didaftarkan dibawah Akta Syarikat 1965
1.2. Mempunyai modal berbayar minimum sebanyak RM100,000 tidak terjejas oleh kerugian
1.3. Pengarah syarikat memenuhi syarat “layak dan sesuai” berdasarkan maklumat:
1.3.1. Status kebankrapan dari Jabatan Insolvensi Malaysia; dan
1.3.2. Pengesahan keselamatan dari Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan

2. Syarat-syarat perlesenan:

2.1. Syarikat hanya boleh menjalankan perniagaan pengurupan wang sahaja
2.2. Pegangan saham tidak lebih dari 30% bagi bukan pemastautin/rakyat Malaysia
2.3. Pemegang saham syarikat tidak boleh mempunyai kepentingan samada dalam bentuk saham atau jawatan didalam perniagaan pengurupan wang yang lain

3. Kelayakan dan kekompetenan bagi pengarah/pegawai syarikat

3.1. Kelayakan minimum bagi pengarah/pegawai syarikat:
3.1.1 sekurang kurangnya berkelulusan SPM; atau
3.1.2 mempunyai pengalaman kerja tidak kurang dari satu tahun dalam bidang yang berkaitan
3.2. Penilaian kelayakan dan kekompetenan pengarah/pegawai syarikat berdasarkan:
3.2.1. lulus ujian penilaian (pengetahuan berkenaan Akta) ; dan
3.2.2. temuduga

KRITERIA BAGI LESEN CAWANGAN


1. Pematuhan terhadap peruntukan Akta Pengurupan Wang 1998 (Akta)

1.1. memenuhi kriteria “layak dan sesuai” bagi pengarah, pemegang saham dan pegawai syarikat yang telah dilesenkan berdasarkan maklumat:
1.1.1. Status kebankrapan dari Jabatan Insolvensi Malaysia
1.1.2. Pengesahan keselamatan dari Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan
1.2. Telah mengemukakan penyata kewangan tahunan terkini yang diaudit juruaudit bertauliah
1.3. Telah mengemukakan dokumen/gambar yang menunjukkan pematuhan syarikat terhadap peruntukan Akta:
1.3.1. mempamerkan lesen perniagaan yang sebenar di setiap tempat perniagaan pergurupan wang dijalankan;
1.3.2. melekatkan/mempamerkan papan tanda di luar tempat perniagaan pengurupan wang dengan nama syarikat dan perkataan “pengurup wang berlesen” dan “licensed money-changer” dengan jelas;
1.3.3. memaparkan papan kadar tukaran mata wang asing dengan jelas di tempat perniagaan pengurupan wang; dan
1.3.4. mengeluarkan resit berpendua bagi setiap transaksi yang dijalankan dengan pelanggan

2. Syarat-syarat perlesenan cawangan:

2.1. Modal berbayar tidak terjejas kerugian sebanyak RM50,000 bagi setiap cawangan yang dimiliki
2.2. Telah menjalankan perniagaan pengurupan wang lebih dari setahun

aku amik dari website bank negara. link dia ni: http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=191&pg=543&ac=34&tpl_id=181&typ=1

thariq_shahalam
24-09-2008, 03:14 PM
xde license pun boley gak

xde license? mcm mana tu? kira illegal ker? :-?

James Yau
02-02-2009, 03:44 PM
hi, nampaknya sini bincang pasal money changer.. boleh tanya siapa yg ada minat nak jadi remittance merchant - seperti western union la, kirim duit utk pekerja asing - indon, bangladesh, vietnam dan nepal.. saya adalah salah seorg master agency bagi kompani yg mana dah ada lesen sebagai remittance operator di malaysia.. paid up capital kat BNM adalah 22 juta, sekarang nak cari agent dan remit merchant.. ada apa soalan, sila tanya saja la. memandangkan malaysia ada lebih daripada 2 juta pekerja asing, yg mana kebanyakan masih kirim duit mereka dgn cara underground seperti melalui money changer yg tak ada lesen utk remittance. sekarang BNM membenarkan kompani ini utk memberi kuasa kepd kedai seperti mini market, phone shop, stationery shop etc utk kiriman wang asing bagi pekerja asing..

akuslamberjer
02-02-2009, 04:16 PM
hi, nampaknya sini bincang pasal money changer.. boleh tanya siapa yg ada minat nak jadi remittance merchant - seperti western union la, kirim duit utk pekerja asing - indon, bangladesh, vietnam dan nepal.. saya adalah salah seorg master agency bagi kompani yg mana dah ada lesen sebagai remittance operator di malaysia.. paid up capital kat BNM adalah 22 juta, sekarang nak cari agent dan remit merchant.. ada apa soalan, sila tanya saja la. memandangkan malaysia ada lebih daripada 2 juta pekerja asing, yg mana kebanyakan masih kirim duit mereka dgn cara underground seperti melalui money changer yg tak ada lesen utk remittance. sekarang BNM membenarkan kompani ini utk memberi kuasa kepd kedai seperti mini market, phone shop, stationery shop etc utk kiriman wang asing bagi pekerja asing..

James, better u create new thread bincang pasal remittance merchant.. u explain detail..then nanti mesti ramai yang akan bagi feedback.. rasanya mesti ada yang berminat..:)

James Yau
02-02-2009, 04:26 PM
James, better u create new thread bincang pasal remittance merchant.. u explain detail..then nanti mesti ramai yang akan bagi feedback.. rasanya mesti ada yang berminat..:)

new thread hv been created, thanks for your suggestion.. under 'real offline biz ...'.

Megat Sri Rama
02-02-2009, 06:52 PM
cable power ngan bank. rate dapat sedap. pastu kene pandai main kencing ngan mat bangla ngan indon..tak best la kerja tak bersih.baik jual popia..lagi halal

jual popia kalau tauge kurang satu pun boleh jadi haram tu

Megat Sri Rama
02-02-2009, 06:54 PM
James, better u create new thread bincang pasal remittance merchant.. u explain detail..then nanti mesti ramai yang akan bagi feedback.. rasanya mesti ada yang berminat..:)

orang tu dah cakap melayu kau boleh speaking. macam mana cina nak cakap melayu...

James Yau
02-02-2009, 11:05 PM
orang tu dah cakap melayu kau boleh speaking. macam mana cina nak cakap melayu...

tak apa, sama sama belajar saja..

Megat Sri Rama
03-02-2009, 08:22 PM
Apa kata pakat duduk ramai-ramai kita bincang...

Tak mahu kongsi, susah...

apa kata seorang pergi mintak lesen, yang lain sewa lesen.

Kalau 5 orang dan RM1000 sebulan, dah RM5000 sebulan. Lepas 20 bulan owner lesen dah gandakan duit tu.

Megat Sri Rama
03-02-2009, 10:29 PM
Cuba korang tengok website ini (http://www2.treasury.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&catid=146%3Abahagian-pengurusan-pinjaman-dan-pasaran-kewangan&id=582%3Aadakah-lesen-pengurup-wang-dikeluarkan-oleh-bpka&Itemid=259&lang=en)

Kat situ ada kata lesen pengurup wang bawah pihak berkuasa tempatan/ Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

macam mana tu

skidd
16-02-2009, 09:46 PM
salams...

aku ada pengalaman mcm mana nak track rate..macam mana nak kenal pasti duit tuh palsu ke tak...aku leh bantu...aku really need people to make this dream come true...takder free lunch beb kat dunia nie...so need help plss msg aku....

skidd
16-02-2009, 09:48 PM
aku nak buat bleh?? aper benda yg nak kena tau? western union aku penah buat...tak jadi masalah ...sending receiving sumer aku tau aper nak buat...tak jadi hal...so biler aku bleh join or biler aku bleh jumper untuk bincang??

email aku...sirskidd@yahoo.com

skidd
16-02-2009, 09:50 PM
James, better u create new thread bincang pasal remittance merchant.. u explain detail..then nanti mesti ramai yang akan bagi feedback.. rasanya mesti ada yang berminat..:)

aku nak cuber buat bleh? aku tau cam ne nak buat western union...sumer aku tau..nak tambahkan pengalaman pon boleh...aku nak sangat ....plssss teach me...and contact me sirskidd@yahoo.com

AlchemisT
16-02-2009, 09:50 PM
modaL BESAR BEB

328i
22-02-2009, 04:38 PM
ada sesiapa di sini ada kawan money changer tak?...
nak minta tolong adjust tt $ ke oversea.....
kalau boleh rate kasi cun la................
kalau dapat area lembah klang...............
kalau ada kasi tau aku......................

ym/pm aku
ad_zone74@yahoo.com

Megat Sri Rama
24-09-2009, 06:13 PM
bump untuk mengapungkan semula thread ni....

hafizuka
24-09-2009, 06:58 PM
sape yg dah bukak huhuhu

Megat Sri Rama
24-09-2009, 11:25 PM
aku pun tunggu je ni...

kut-kut dah ada yang bukak...

dari 1998 sehingga tahun lepas, had maksimum matawang asing yang boleh disimpan dalam satu-satu masa adalah RM250,000 jadi aku rasa modal tak cecah RM500,000 pun tak apa lagi.

boleh ada siapa-siapa terangkan dari mana dapatnya kenyataan "RM100,000 tu tak boleh usik"?

RM100,000 untuk lesen tu kan modal berbayar... bererti aset syarikat setelah ditolak liabiliti mestilah lebih RM100,000. apa masalahnya kalau RM100,000 tu adalah pada modal pusingan sekiranya tiada hutang/tanggungan lain?

kalaulah pun boleh rugi, sebelum declare akaun syarikat tu carilah cover.

ini cuma spekulasi aku, mintak diterangkan oleh yang lebih mengetahui ya...

zulco
25-09-2009, 09:22 AM
ermmm... best gak buka bisness nie tapi skrg nie majoriti kaum india lak pegang.....

Megat Sri Rama
28-09-2009, 04:02 AM
daripada india tu, biasanya mamak...

anak_jatiperak
29-12-2009, 09:48 PM
salam..sy pun nak tahu da