PDA

View Full Version : epf atau pencen? mana satu pilihan anda

wfl
24-08-2008, 09:45 PM
ini pun bab saving jugak.

ada orang kata better ambil EPF coz when kita pencen kita boleh ambil duit itu untuk berniaga, saving dalam others investment yg lebih menguntungkan contohnya unit trust.

tetapi if kita guna pencen so duit tu akan diberi dalam kuantiti yg sedikit setiap bulan....maybe sekarang nih kita rasa dengan duit pencen contohnya sebanyak 2k sebulan adalah banyak tetapi when pencen nanti maybe tiada nilainya(inflation punya pasal). so dengan duit yg sedikit itu how to survive?

tetapi org kata untung dengan pencen ni coz boleh sampai pada anak bini if umurnya tak panjang.

emmm....anda pulak macam mana?

thariq_shahalam
24-08-2008, 10:41 PM
aku rasa utk orang yang memang biasa makan gaji dan mentaliti memang makan gaji amik la pencen. tapi pada otak bisnes, memang takde soalan lagi...

alluring_angel
24-08-2008, 10:51 PM
mcm my family,my dad ade pencen..my mum plak ade epf...kalo i la i choose pencen...sbb mcm my dad die kje lain,pencen tu buat side income die...

petite_amie
25-08-2008, 04:40 PM
Mmmmmm.....dua2 tak cukup....pilih mana2 pun tetap kena buat savings + investment kat tempat lain....huhu

MOD jr.
25-08-2008, 04:44 PM
nak busines buat la awal2 pi pinjam bank tu :D :D pencen la...umo tak panjang ada la pewaris....walaupun sikit at least..leh wat makan tapi tak tahu la harga beras 20thn akan datang..rm50 sekilo...sedih merangkap tenat la

keepitreal
25-08-2008, 04:47 PM
ini pun bab saving jugak.

ada orang kata better ambil EPF coz when kita pencen kita boleh ambil duit itu untuk berniaga, saving dalam others investment yg lebih menguntungkan contohnya unit trust.

tetapi if kita guna pencen so duit tu akan diberi dalam kuantiti yg sedikit setiap bulan....maybe sekarang nih kita rasa dengan duit pencen contohnya sebanyak 2k sebulan adalah banyak tetapi when pencen nanti maybe tiada nilainya(inflation punya pasal). so dengan duit yg sedikit itu how to survive?

tetapi org kata untung dengan pencen ni coz boleh sampai pada anak bini if umurnya tak panjang.

emmm....anda pulak macam mana?

aku ambik pencen.... keje pun bhg pencen....kebiasaanya pencen akan naik bila kerajaan umumkan kenaikan gaji contohnya bulan 7 tahun lepas..gaji naik pencen pun naik....

building
25-08-2008, 04:48 PM
ini pun bab saving jugak.

ada orang kata better ambil EPF coz when kita pencen kita boleh ambil duit itu untuk berniaga, saving dalam others investment yg lebih menguntungkan contohnya unit trust.

tetapi if kita guna pencen so duit tu akan diberi dalam kuantiti yg sedikit setiap bulan....maybe sekarang nih kita rasa dengan duit pencen contohnya sebanyak 2k sebulan adalah banyak tetapi when pencen nanti maybe tiada nilainya(inflation punya pasal). so dengan duit yg sedikit itu how to survive?

tetapi org kata untung dengan pencen ni coz boleh sampai pada anak bini if umurnya tak panjang.

emmm....anda pulak macam mana?

aku xpaham btoi arr dengan ayat ko ni. Ko citer pasal EPF ke PENCEN??

watakutama
25-08-2008, 04:54 PM
EPF la..bila nak berenti kerja..tak ralat sangat...kalo amik pencen after 10 years service..pastu rasa nak berenti sbb bisnes baik punya..tapi ralat la..sbb langsung takde epf...ade pun yg 3 tahun awai2 tu..

aidiryatim
25-08-2008, 05:07 PM
pada aku still pencen the best.. EPF tu adalah tabungan kita sendiri..tul x? ibarat org gomen.. gaji bersih sbln RM1500.. potong je la 11%..masuk dlm ASB.. anggap 11% td cam EPF gak.. x silap aku , klu umur 55..org gomen still dpt imbuhan yg agak byk gak sekaligus kn.. sbb aku dah wat kira2 nih dulu..
n yg jelas..knp org gomen tolak EPF.. sbb EPF mmg merugikn .. ini jelas dan nyata...

numanuma
25-08-2008, 07:05 PM
pecen sampai ke suami/isteri sahaja.. tak sampai ke anak ..
kalo suami/isteri kawen lain.. pencen stop

fms
25-08-2008, 07:10 PM
pencen khas utk org yg suka berbelanja..nnt joli duit x sedar duit dah abis..kat sini pencen ade kelebihan..
klu jenis berjimat, xde masalah terima EPF..

bangzaf
25-08-2008, 07:15 PM
tak de pilihan lain mmg kena ambik EPF sbb aku keje swasta:D

Emil
25-08-2008, 07:17 PM
pada aku still pencen the best.. EPF tu adalah tabungan kita sendiri..tul x? ibarat org gomen.. gaji bersih sbln RM1500.. potong je la 11%..masuk dlm ASB.. anggap 11% td cam EPF gak.. x silap aku , klu umur 55..org gomen still dpt imbuhan yg agak byk gak sekaligus kn.. sbb aku dah wat kira2 nih dulu..
n yg jelas..knp org gomen tolak EPF.. sbb EPF mmg merugikn .. ini jelas dan nyata...

Hee..Gov, untung kalau ramai org mcm u ni..sbb tak yah nak top-up 13% kat U setiap bulan.
Kalau amik EPF, gaji kena potong 11% & Syarikat allocate 13%, so simpanan tiap bulan
24% dari gaji..ehem, kalau gaji RM10,000..simpanan EPF: RM2,400, sebulan..
Tiap-2 3 bulan labur dalam Unit-trust..Berbaloi!!

Kalau pencen...Duit kita Gov rolling kat bon-bon lah, depa bedal lah..tah apa-apa lagi
tak rela aku...:p :p

edagangnetwork
25-08-2008, 07:20 PM
tak de pilihan lain mmg kena ambik EPF sbb aku keje swasta:D

Same ler kite..:D

chrome76
25-08-2008, 07:23 PM
pecen sampai ke suami/isteri sahaja.. tak sampai ke anak ..
kalo suami/isteri kawen lain.. pencen stop

ada syarat dia utk sampai ke anak.. kalau meninggal.. dpt kt bini.. kalau bini meninggal ada anak2 yg bawah 18 tahun @ anak2 blum bekerja (study kt universit) still dpt kt depa...

dan skang ni ada rules baru.. kalau meninggal.. pencen suami dpt kt bini.. kalau bini tu g kawin lain.. dan laki baru dia pun meninggal dan ada pencen dia dpt jugak pencen laki tu.. tapi kalau laki2 aku tak tau applicable tak utk kawin lain.. tapi pencen isteri still dpt kt dia...

aku amik pencen.. bini aku pun amik pencen.. sebab apa?? sebab kalau amik EPF.. tiap2 tahun kita dpt keuntungan dlm 5% saja.. tapi inflasi kita adalah around 6%.. so kalau sepuluh tahun kita akan dpt untung 50%++ saja.. tapi susutnilai duit kita adalah 60%.. kalau duit dlm epf ada 100K lepas sepuluh tahun kuasa membeli duit tu adalah 90K saja... tambah lagi sepuluh tahun duit kita akan hilang 20%... manakala pencen kalau gomen revise gaji sektor awam selalunya depa akan revised skali pencen.. means akan naik selaras dgn kenaikan gaji sektor awam...

selain dari nilai duit.. org2 yg amik epf ni akan hilang keistimewaan kalau masuk hospital selepas bersara.. org yg amik pencen still dpt kesihatan percuma... tu plus factor aku amik pencen la.. sebab time dah pencen tu time badan kita dah tak berapa nak sihat.. jadik kalau masuk hospital tu terjamin sket la... xyah byr...

dan kalau org yg bersara.. akan dpt saguhati persaraan yg akan dikirakan berdasarkan tahun servis.. contoh mak ayah aku bersara last year depa dpt dlm 70K++ sorang gak la.. kalau pegawai lagi tinggi lagi byk depa dpt.. so dgn duit tu still bleh buat bisnes lagi... epf mmg bleh kuar segedebuk.. tapi kalau habis yg tu habis la...

chrome76
25-08-2008, 07:25 PM
Hee..Gov, untung kalau ramai org mcm u ni..sbb tak yah nak top-up 13% kat U setiap bulan.
Kalau amik EPF, gaji kena potong 11% & Syarikat allocate 13%, so simpanan tiap bulan
24% dari gaji..ehem, kalau gaji RM10,000..simpanan EPF: RM2,400, sebulan..
Tiap-2 3 bulan labur dalam Unit-trust..Berbaloi!!

Kalau pencen...Duit kita Gov rolling kat bon-bon lah, depa bedal lah..tah apa-apa lagi
tak rela aku...:p :p

kalau amik pencen pun.. gomen still kuarkan 12% tu.. masuk dlm tabung amanah pencen.. tu la dia duit yg depa akan byr saguhati masa bersara nanti..

irsaffy
25-08-2008, 10:03 PM
Oooo ini diskus utk staff gomen ek?? ermmm staff gomen ada option ek utk pilih skim pencen atau epf...baru tau hehe kitaorg keja swasta ni ada EPF jer..:D:D

ladyboss
25-08-2008, 10:28 PM
pencen....kelebihan dia...hospital masih ditanggung masa pencen, dah le tua2 le nak banyak berdamping ngan spital

ajax932
25-08-2008, 10:35 PM
Ntah la.. dua2 ada kelebihan, tp rasanya pencen lebih bagus...

BizClub
26-08-2008, 09:38 AM
kalo keja gomen baik amik pencen...senang hari tua walaupon x mewah sgt pencen tur..

bapa aku relaks je skrg ni goyang kaki..tiap2 bulan pi jolok, siap leh wat personal loan lagi tuh..jeles aku kekeke...

puyong
26-08-2008, 09:42 AM
kalau keja gov,bagi aku ko leh ambik pencen..tu je keistimewaan ko keja ngan gov..nak harapkan gaji besar keja ngan gov ni ko pun tau la..:D

wfl
26-08-2008, 09:46 AM
tapikan tak kena if duit kita sepatutnya dapat banyak tetapi diberi sikit-sikit tika pencen tu....tak kena dari hukum finance.

stucke
26-08-2008, 11:21 PM
Pilihan EPF atau pencen adalah bergantung pada matlamat persaraan setiap individu. Yang lebih penting, adakah simpanan EPF atau pencen yang diterima dapat menampung kehidupan semasa bersara nanti ? Maklumlah mahu atau tidak mahu, inflasi tetap berlaku.

Kalau 20 tahun lepas, 3 hidangan sehari boleh dibeli dengan RM10. Akan tetapi sekarang, 3 hidangan sehari dapat dibeli dengan RM25.
20 tahun akan datang, dengan kadar inflasi 4% setahun (sekarang inflasi 7%), 3 hidangan sehari hanya dapat dibeli dengan harga RM54.

Kalau ada EPF, kita boleh maksimumkan simpanan melalui unit amanah. COntohnya:

Situasi 1
Dengan caruman KWSP sebanyak RM1000 sebulan dan purata pulangan 4.5% setahun, anda akan memperolehi RM338,124 dalam jangka masa 20 tahun.

Situasi 2
Dengan caruman KWSP sebanyak RM1000 sebulan dan anda membuat pengeluaran RM5000 setiap suku tahun untuk melabur di unit amanah islamik CIMB dengan purata pulangan 8% setahun, pada penghujung tahun ke 20 anda akan mempunyai sebanyak RM1,357,000.

Jika kita memilih skim pencen, kita juga masih boleh membuat simpanan di dalam unit amanah untuk persaraan nanti. Simpanan bulanan ke unit amanah islamik CIMB boleh dibuat minima RM200 sebulan. Jika simpanan RM200 bulanan selama 25 tahun dengan pulangan 12% setahun, selepas 25 tahun, simpanan akan berjumlah RM379,527.

Sekurang-kurangnya kita tidak hanya bergantung kepada pencen dan menunggu skim pencen dikaji untuk menampung kenaikan harga barangan. Harga barang keperluan asas memang tak perlu dikaji, tetap naik walaupun pencen tak naik. :)

wfl
27-08-2008, 12:19 AM
emmm...ni contoh untuk invest dalam unit trust.

giant killer
27-08-2008, 12:24 AM
mestilah epf bole labur dlm public mutual

mustopa_a
27-08-2008, 12:25 AM
baik ambil pencen.. sebab .. income ada .. setiap bulan sehingga mati.. walau sikit

mustopa_a
27-08-2008, 12:27 AM
kalau epf ..dapat seketul .. pastu .. mengalir macam air .. dan hilang.. akhir .. nga nga..

wfl
27-08-2008, 12:39 AM
kalau epf ..dapat seketul .. pastu .. mengalir macam air .. dan hilang.. akhir .. nga nga..

dapat seketul if pandai guna so dapat berketul2 banyaknya.

wfl
27-08-2008, 12:48 AM
aku bukak thread ni khas untuk bincangkan org yg kerja goverment....dilema nak pilih skim pencen or epf...itu motive nya....so lets discus.....

eemmmm aku jumpa something...

http://www.eghrmis.gov.my/wp_content2/pekeliling/SP91/SP91Bil02/SP91Bil02.htm

top.gif (4398 bytes)

____________

SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 2 TAHUN 1991
____________

TAWARAN OPSYEN SKIM PENCEN ATAU KUMPULAN WANG SIMPANAN
PEKERJA (KWSP)
1. TUJUAN

1.1 Tujuan Surat Pekeliling Perkhidmatan ini ialah untuk memaklumkan keputusan Kerajaan mengenai tawaran opsyen kepada pegawai-pegawai yang baru dilantik ke perkhidmatan sektor awam, sama ada memilih skim pencen atau skim KWSP dan juga untuk menetapkan garis panduan kepada Pihak Berkuasa Melantik dan Ketua-ketua Jabatan bagi melaksanakan keputusan ini.

2.
KEPUTUSAN

2.1 Kerajaan telah memutuskan supaya "seseorang pegawai yang baru dilantik ke perkhidmatan sektor awam hendaklah, sebelum disahkan dalam jawatannya, diberi opsyen sama ada memilih skim pencen atau skim KWSP. Opsyen tersebut hendaklah dibuat kepada Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan."

3.
PEGAWAI YANG LAYAK DIBERI OPSYEN

3.1 Pegawai yang layak diberi opsyen ialah pegawai yang pertama kalinya dilantik ke perkhidmatan sektor awam pada atau selepas 12 April 1991.

4.
PERLAKSANAAN

4.1 Iklan Kekosongan Jawatan dan Surat Tawaran Jawatan
4.1.1 Pihak Berkuasa Melantik diminta supaya meminda sebutan taraf jawatan dalam iklan kekosongan jawatan dan surat tawaran jawatan daripada "tetap dan berpencen" kepada "tetap" sahaja.
4.2 Tawaran Opsyen

4.2.1 Sebelum seseorang pegawai diperakukan untuk pengesahan dalam jawatan, Ketua Jabatan hendaklah memberitahu pegawai berkenaan supaya membuat pilihan sama ada memilih skim pencen atau skim KWSP serta mengedarkan kepadanya borang opsyen mengikut format seperti pada Lampiran "A" Surat Pekeliling ini.

4.2.4 Selepas seseorang pegawai disahkan dalam jawatan, Ketua Jabatan hendaklah mencatatkan dalam buku Kenyataan Perkhidmatan mengenai opsyen yang telah dibuat oleh pegawai berkenaan.
4.2.5 Opsyen tersebut adalah muktamad.

5. TARIKH KUATKUASA
5.1 Tarikh kuatkuasa Surat Pekeliling Perkhidmatan ini ialah mulai 12 April 1991.

6. PEMAKAIAN

6.1 Surat Pekeliling Perkhidmatan ini adalah meliputi Perkhidmatan Awam Negeri, Badan-badan Berkanun dan Penguasa-penguasa Tempatan.

sign_shaharijabar.jpg (5287 bytes)

(MOHD. SHAHARI BIN AHMAD JABAR)

Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam 1,

b.p. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,

Malaysia

Tarikh: 29 Julai 1991

Semua Ketua Setiausaha Kementerian.

Semua Ketua Jabatan Persekutuan.

Semua Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan.

Semua Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri.

Semua Ketua Pengurusan Badan-badan Berkanun.

Semua Ketua Pengurusan Kuasa-kuasa Tempatan.

mukasurat 2

4.2.2 Borang opsyen yang telah diisi oleh pegawai yang berkenaan hendaklah dikemukakan oleh Ketua Jabatan kepada Pihak Berkuasa Melantik bersama-sama dengan perakuan pengesahan dalam jawatan.

4.2.3 Surat pengesahan dalam jawatan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Melantik hendaklah menyatakan opsyen yang telah dibuat oleh pegawai berkenaan.

mukasurat 1

wfl
27-08-2008, 12:54 AM
http://www.idesa.net.my/modules/news/article.php?storyid=1317

Belia : Skim Pencen Baru - Bermanfaat Atau Tidak Kepada Kakitangan Kerajaan?
Dihantar oleh johaidah81 on 2006/7/20 16:14:21 (474 bacaan)

PENCEN Terbitan yang dinikmati kakitangan kerajaan kini dijangka akan dimansuhkan dan digantikan dengan sistem pencen bercarum melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pelaksanaan sistem baru itu dijangka akan membabitkan 10,000 penjawat awam yang baru berkhidmat dengan kerajaan dilihat akan merugikan kakitangan yang terlibat.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Nordin Abdul Hamid dalam kenyataan akhbarnya menyatakan Skim Pencen Terbitan memberikan faedah yang lebih baik kerana dianggap sebagai penghargaan daripada kerajaan.

Skim pencen baru yang bakal diperkenalkan itu dikatakan berbeza dengan skim Pencen Terbitan kerana skim pencen baru memerlukan

anggota mencarum daripada simpanan sendiri.

Ianya berbeza dengan skim pencen terbitan yang mana mengikut Akta Pencen 1980, setiap individu yang berkhidmat dengan sempurna berhak mendapat habuan pencen yang sesuai.

Pencen Terbitan yang diperuntukkan di bawah Seksyen 14 & 15 Akta Pencen 1980 (Akta 227) dan Seksyen 15 & 16 Akta Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239) memberikan faedah kepada orang-orang tanggungan anggota yang mati dalam perkhidmatan dan yang mati dalam persaraan.

Mengikut skim Pencen Terbitan mereka yang layak menerimanya terdiri daripada :
1. Balu atau duda kepada anggota Perkhidmatan Awam dan anggota Badan-badan Berkanun dan Pihak-pihak Berkuasa Tempatan (BBKT) yang mati dalam perkhidmatan/selepas bersara

2. Duda kepada anggota Perkhidmatan Awam dan BBKT yang telah berkhidmat pada dan selepas 1 Julai 1980 dan mati dalam perkhidmatan atau selepas bersara

3. Anak-anak gemulah yang masih di bawah umur 21 tahun dan belum berkahwin termasuk anak angkat, anak tiri dan anak tak sah taraf.Anak-anak yang telah mencapai umur 21 tahun tetapi masih menuntut di Institusi Pendidikan Tinggi bagi mendapat diploma / ijazah pertama; dan

4. Anak-anak cacat otak atau anggota secara kekal dan tidak berupaya untuk menanggung nafkah sendiri

Bagaimanapun pembayaran Pencen Terbitan perlu melalui syarat-syarat yang telah ditetapkan antaranya Pencen Terbitan kepada balu atau duda anggota yang mati dalam perkhidmatan akan dibayar pada kadar penuh sehingga 12 2 tahun dari tarikh kematian, selepas itu pencen akan terus dibayar pada kadar 70 peratus dengan syarat bermastautin di Malaysia.

Selain itu, bayaran pencen terbitan kepada anak akan dihentikan apabila mencapai umur 21 tahun atau berkahwin mengikut mana yang terdahulu.

Bayaran kepada anak yang mencapai umur 21 tahun boleh dilanjutkan jika masih menuntut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di peringkat diploma atau ijazah pertama. Walau bagaimanapun, bayaran pencen terbitan kepada anak cacat yang memenuhi syarat Seksyen 2 (b) Akta Pencen 1980 adalah seumur hidup.

Syarat yang terakhir adalah Pencen Terbitan kepada balu atau duda yang dikahwini semasa dalam persaraan dan anak hasil perkahwinan tersebut hanya layak dibayar bagi baki tempoh 12 2 tahun dari tarikh persaraan jika masih ada. Selepas tempoh tersebut tiada pencen terbitan yang kena dibayar.

Jika berlaku kematian anggota kerajaan dalam perkhidmatan dan persaraan, balu atau duda atau waris hendaklah mengambil tindakan berikut dengan melaporkan segera kepada Ketua jabatan di mana anggota berkenaan berkhidmat dengan mengemukakan salinan dokumen-dokumen yang berkaitan dan mengisi borang-borang yang dikemukakan oleh ketua jabatan.

Mengulas dari hasrat kerajaan yang bercadang untuk memansuhkan Pencen Terbitan ianya perlu dikaji dengan lebih mendalam. Jika kerajaan mahu menggunakan skim baru menggantikan skim pencen sedia ada ianya perlulah disesuaikan dengan kos kehidupan golongan berpendapatan rendah yang tinggal di bandar.

Banyak persoalan yang bakal timbul dari pelaksanaannya jika tiada ketelitian dan kajian mendalam terhadap kesan dan akibatnya kepada masyarakat terutamanya kakitangan kerajaan. Adakah pencen akan terus dibayar walaupun caruman dalam KWSP telah habis?

Melalui sistem pencen baru itu kakitangan yang bersara akan menikmati pencen bulanan daripada simpanan KWSP. Bermaksud jika tabungan KWSP seorang kakitangan yang bersara ialah RM100,000 maka pencennya akan dibayar menggunakan wang simpanan tersebut.

Persoalannya, bagaimana jika usianya panjang mencecah lebih 80 tahun dan ketika itu simpanan KWSP habis, adakah pencennya akan dibayar dan dalam tempoh persaraan tiba-tiba berlaku kematian, adakah balunya akan menerima pencen daripada KWSP sepertimana yang diperolehi dari Pencen Terbitan.

Masyarakat boleh menerima setiap sistem baru termasuk sistem pencen jika ianya memberi manfaat kepada mereka tetapi jika ianya hanya mendatangkan kerugian maka sistem yang sedia ada perlu dikekalkan.

Oleh itu, kajian penambahbaikan dalam setiap skim yang bakal diperkenalkan perlulah dibuat dan turut mengambil kira pendapat dan pandangan masyarakat supaya kedua-dua pihak iaitu kerajaan dan rakyat mendapat kebaikan daripada apa yang dilaksanakan.

wfl
27-08-2008, 12:57 AM
http://www.sarawak.com.my/info/rakansarawak/052005/news/nw02.shtml

Kerajaan Cadangkan Skim Pencen Baru Bagi Kakitangan Awam

Kerajaan telah mengumumkan cadangan memperkenalkan skim persaraan baru kepada pekerja sektor awam atas alasan kerajaan menanggung kos yang besar dan menunjukkan peningkatan dari setahun ke setahun. Ini ternyata membebankan kewangan kerajaan

Dengan pelaksanaan skim baru itu nanti, kerajaan dikatakan dapat mengurangkan bebanan kerajaan membayar wang persaraan yang menjangkau RM4 bilion setahun iaitu meningkatan empat kali ganda sejak 10 tahun.

Sememangnya ramai kakitangan awam telah memilih skim pencen kerana bayaran pencen ini bukan sahaja dinikmati sepanjang hayat mereka tetapi masih boleh diterima oleh isteri atau anak selepas mereka meninggal.

Bayaran pencen juga adalah daya penarik utama bagi orang ramai untuk berkhidmat dengan sektor awam berbanding swasta, walaupun gaji yang ditawarkan dalam kerajaan lebih rendah serta perkembangan kerjaya yang perlahan.

Berkenaan perkara ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah memberi ulasan bahawa skim ini lebih baik berbanding skim sedia ada.

Kini, Bahagian Pencen Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kini sedang memperincikan butiran skim itu yang akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pengurusan dan Gaji Pekerja di Sektor Awam yang dipengerusikan Perdana Menteri.

Skim baru ini mirip kepada skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pula memberi jaminan skim persaraan baru ini adalah lebih baik daripada skim persaraan sedia ada.

Beliau berkata, kerajaan tidak akan memperkenalkan sesuatu yang merugikan kakitangan awam sebaliknya akan memastikan skim itu kelak memberi faedah yang lebih besar kepada mereka yang bersara.

“Pendekatan skim itu sedang dalam pertimbangan supaya kita dapat kurangkan bebanan kerajaan dan dengan formula yang ditentukan, kita harap pihak yang mencarum akan mendapat faedah yang lebih besar.”

“Saya memang beritahu kepada pihak yang berkenaan iaitu apa juga kaedah yang dicadangkan pastikan jangan mengurangkan faedah yang diperoleh oleh pegawai dan kakitangan kerajaan yang akan bersara nanti,” katanya di Kepala Batas, Oktober lalu.

Menurut Abdullah, skim persaraan baru itu adalah untuk kakitangan awam yang akan bersara dan bukannya bagi mereka yang telah bersara.

Menurutnya, pelbagai aspek akan diteliti sebelum skim baru itu dilaksanakan seperti dari segi had umur kakitangan yang menyertainya serta faedah-faedah lain.

Bagaimanapun pasti semua kakitangan awam berharap skim ini mampu memberi keuntungan atau faedah tanpa membebankan mereka dari segi potongan bulanan yang tinggi.

Jika skim persaraan baru ini dikatakan sebagai mirip kepada skim yang pernah dilaksanakan oleh KWSP, maka biar kita lihat atau menilai semula apa yang pernah cuba diusahakan oleh pihak berkenaan.

KWSP pernah memperkenalkan Skim Anuiti pada tahun 2000, ia bertujuan memberi atau menyalurkan pendapatan bulanan kepada ahlinya untuk sepanjang hayat, tetapi ia dibatalkan selepas bantahan sesetengah pihak dan kebimbangan terhadap syarikat insurans yang tidak mampu menguruskannya.

Selain itu, anggota perkhidmatan awam yang memilih skim KWSP juga dikatakan menghadapi kerugian dari segi faedah persaraan. Ruginya ialah dari segi gantian cuti rehat, gratuiti dan faedah lain selepas bersara walaupun jumlah caruman di dalam KWSP yang akan diterima ketika bersara adalah lebih sedikit berbanding jumlah yang diterima oleh mereka yang memilih skim persaraan.

Apa sekalipun, kakitangan awam yang memilih KWSP berbanding skim pencen tidak harus menyalahkan kerajaan memandangkan kedua-duanya ada keistimewaannya.

Kakitangan awam yang telah memilih skim persaraan akan memperolehi satu pertiga gaji pokok terakhir setiap bulan sedang pencarum KWSP pula akan mendapat semua simpanan mereka sekaligus.

Tidak syak lagi berbelanja dengan berhemah dan menjalani kehidupan penuh kesederhanaan selain mengeksploit potensi diri adalah ciri penting menjamin kesejahteraan masa depan tidak kira seseorang itu memilih skim pencen atau KWSP.

Sebagai kesimpulannya, apa yang menjadi harapan di hati kecil kebanyakan keluarga yang suami, isteri, ibu atau bapa dan juga anak mereka yang ada berkhidmat dalam agensi kerajaan kini ialah skim baru yang dicadangkan itu akan mempermudahkan kehidupan ribuan kakitangan awam jika kerajaan tetap mengambil keputusan untuk melaksanakannya.

Ini kerana rata-rata rakyat kini berpendapat skim pencen sedia ada sudah cukup baik dan mempunyai beberapa kelebihan yang sememangnya diharapkan kakitangan awam apabila mereka bersara kelak.

Apa pun bakal berlaku sememangnya diyakini bahawa setiap sesuatu perubahan atau pindaan kepada dasar yang sedia ada kini adalah merupakan satu ‘penambahbaikan’ yang akan memberi faedah serta manfaat kepada semua pihak yang berkenaan, baik kerajaan atau rakyat keseluruhannya.

wfl
27-08-2008, 01:00 AM
http://perkhidmatanawam.blogspot.com/2008/05/nasib-kakitangan-pilih-skim-kwsp.html

NASIB KAKITANGAN PILIH KWSP TERABAI

Utusan Online

SAYA terpanggil untuk memberikan komen atas pengumuman kerajaan terhadap kakitangan awam baru-baru ini khususnya mereka yang memilih skim pencen. Sejak dahulu hingga kini perjuangan CUEPACS lebih tertumpu kepada kakitangan awam yang memilih skim pencen. Kami amat menghormati usaha CUEPACS ini dan mengucapkan tahniah kepada semua kakitangan awam yang memilih skim pencen atas manfaat yang kerajaan berikan kepada mereka.

Namun di sebalik usaha CUEPACS ini dan keprihatinan pihak kerajaan terhadap kakitangan awam, golongan pemilih skim KWSP yang terdiri hanya lima peratus sahaja dari mereka amat terabai dan dianaktirikan.

Rasanya berpuluh surat telah dipaparkan di dada akhbar dan isu ini telah diketengahkan kepada CUEPACS tetapi sayangnya golongan pemilih skim KWSP langsung tidak pernah diberikan perhatian oleh kerajaan mahupun diperjuangkan oleh CUEPACS. Sedangkan dengan jumlah yang kecil (5%) sepatutnya usaha untuk memberikan kebajikan kepada golongan ini adalah lebih mudah dan tidak melibatkan kos yang tinggi. Kami yang telah memilih skim ini akur atas keputusan yang telah dibuat disebabkan maklumat oleh majikan ketika itu adalah kabur dan tidak berpeluang untuk menukar kepada skim pencen.

Atas sebab itu kami merayu pihak kerajaan dan CUEPACS agar memberikan pertimbangan yang khusus kepada golongan pemilih skim KWSP iaitu:

l Menambah caruman majikan (kerajaan) kepada 17 peratus (sekarang 12 peratus).

l Menentukan dan menjamin jumlah dividen yang wajar untuk pencarum KWSP iaitu melebihi tujuh peratus setahun.

l Pemilih skim KWSP wajar dihargai atas sumbangan dengan perkhidmatan kerajaan dengan menerima ganjaran (graduiti) berdasarkan tempoh perkhidmatan.

l Pengeluaran khas untuk mengerjakan fardu haji pada usia muda (35 tahun ke atas) - syaratnya wang ini dibayar oleh KWSP terus kepada Tabung Haji.

l Kemudahan rawatan dan perubatan percuma di hospital kerajaan selepas bersara. (Apa yang dikesalkan ialah selepas ber- sara, pemilih skim KWSP tidak langsung dihargai sumbangannya).

Cadangan ini adalah amat wajar dipertimbangkan seterusnya diluluskan kerana pencarum KWSP dari kalangan kakitangan kerajaan tidak lagi mempunyai pendapatan selepas bersara, kos sara hidup yang semakin tinggi pada ketika usia tua, kadar inflasi yang menjejaskan simpanan, duit tabungan yang terpaksa dibelanjakan untuk perubatan dan kos-kos lain yang tidak dijangkakan. Segala kajian terhadap skim pencen selepas dari ini dan seterusnya tidak menguntungkan pemilih skim KWSP kerana mereka tidak terlibat apabila tamat perkhidmatan dengan kerajaan.

Pemilih KWSP yang terdiri dari hanya lima peratus dari keseluruhan kakitangan awam berharap agar kerajaan dan CUEPACS tidak terlepas pandang akan nasib mereka yang sehingga kini tiada pembelaan. Kepada CUEPACS yang sedang memperjuangkan kebajikan kakitangan awam, pandanglah juga pemilih skim KWSP yang selama ini diabaikan. Bantulah kami yang juga anggota perkhidmatan awam sama seperti pemilih skim pencen.

WAKIL PEMILIH SKIM KWSP

Kuala Nerang, Kedah.

wfl
27-08-2008, 01:06 AM
JIKA MEMILIH PENCEN

1. GANJARAN PERKHIDMATAN

7.5% X Jumlah Bulan PErkhidamatan X Gaji Akhir

2. PENCEN BULANAN
1/600 X Jumlah Bulan Perkhidmatan X Gaji Akhir
(Tertakluk kepada pencen maksimum setengah daripada gaji akhir)

3. Faedah Perubatan untuk suami / isteri , anak kurang
upaya, anak bawah 18 tahun atau masih dalam institusi pendidikan dan
ibubapa
* Ibubapa hanya semasa pegawai dalam perkhidmatan

4. Pencen Terbitan untuk balu / duda / anak.

JIKA MEMILIH KWSP

1. Caruman KWSP bulanan mengikut kadar untuk majikan (12 %) dan
pekerja (11 %)

2. Menerima semua faedah dalam SSM seperti guru lain semasa dalam
perkhidmatan

3. Hilang faedah perubatan apabila bersara.

4. Tidak ada bayaran ganjaran pencen bulanan.

5. Terpaksa membayar balik baki pinjaman perumahan sekaligus apabila
bersara.

alibindin
17-09-2008, 08:30 PM
Pilihan EPF atau pencen adalah bergantung pada matlamat persaraan setiap individu. Yang lebih penting, adakah simpanan EPF atau pencen yang diterima dapat menampung kehidupan semasa bersara nanti ? Maklumlah mahu atau tidak mahu, inflasi tetap berlaku.

Kalau 20 tahun lepas, 3 hidangan sehari boleh dibeli dengan RM10. Akan tetapi sekarang, 3 hidangan sehari dapat dibeli dengan RM25.
20 tahun akan datang, dengan kadar inflasi 4% setahun (sekarang inflasi 7%), 3 hidangan sehari hanya dapat dibeli dengan harga RM54.

Kalau ada EPF, kita boleh maksimumkan simpanan melalui unit amanah. COntohnya:

Situasi 1
Dengan caruman KWSP sebanyak RM1000 sebulan dan purata pulangan 4.5% setahun, anda akan memperolehi RM338,124 dalam jangka masa 20 tahun.

Situasi 2
Dengan caruman KWSP sebanyak RM1000 sebulan dan anda membuat pengeluaran RM5000 setiap suku tahun untuk melabur di unit amanah islamik CIMB dengan purata pulangan 8% setahun, pada penghujung tahun ke 20 anda akan mempunyai sebanyak RM1,357,000.

Jika kita memilih skim pencen, kita juga masih boleh membuat simpanan di dalam unit amanah untuk persaraan nanti. Simpanan bulanan ke unit amanah islamik CIMB boleh dibuat minima RM200 sebulan. Jika simpanan RM200 bulanan selama 25 tahun dengan pulangan 12% setahun, selepas 25 tahun, simpanan akan berjumlah RM379,527.

Sekurang-kurangnya kita tidak hanya bergantung kepada pencen dan menunggu skim pencen dikaji untuk menampung kenaikan harga barangan. Harga barang keperluan asas memang tak perlu dikaji, tetap naik walaupun pencen tak naik. :)

askum..
rumusan dari perbincangan korang pada aku biar berpencen,utk backup simpan 10-20% gaji dlm unit amanah CIMB contohnya,nak tanya bro. 12% memang ada jaminan ke sampai 20thn lagi misalnya still sama 12%?
atau ada unit amanah lain yg leh dapat lagi tinggi dgn jaminan?

chai
25-09-2008, 04:18 PM
better pencen...
klu si suami meninggal anak bini ada lah dapat duit skit untuk hidup...
kira bekalan kewangan tak terputus untuk jangka masa yang lama...

jaih
25-09-2008, 05:11 PM
go for pencen..pasal aku pun choose pencen..my wife pun pencen..so insyallah kalau umur panjang kitaorg akan jadi org tua berpencen heheh..

kebiasaanya yg ambik skim kwsp neh pegawai kump 1..maknanya start dari 41 ke atas...kalau 40 dan kebwh mmg rugi ambik kwsp..pasal caruman sket jer..

begpower
25-09-2008, 05:21 PM
aku pilih epf pasal aku kerja swasta..hehehe

amirrash
25-09-2008, 05:51 PM
kelebihan epf ialah lepas pencen blh dapat "segebuk" duit kat tangan (asasnya). jadi ini lebih baik untuk mereka yang ingin membuat perniagaan. tapi perlu ingat, duit Rm300,000 dalam akaun sekarang ini tak akan sama nilai macam duit Rm300,000 pada 30 tahun lagi. kena kira juga inflasi. maknanya nilai duit pada 30 tahun telah susut nilai akibat inflasi. RM300,000 sekarang = RM250,000 pada 30 tahun lagi. harus juga dikira nilai kos perubatan untuk masa hadapan yang akan naik berkali ganda. duit yang membukit pun akan hilang jika digunakan terus menerus untuk penjagaan kesihatan yang mahal.

Pencen bukan sahaja berkenaan dengan soal duit tetapi lebih kepada benefit kesihatan. duit yang kita terima untuk pencen pada masa depan nilainya mungkin susut. Kalau kita terima Rm1000 sebulan tahun 2008, takkan sama nilainya dengan Rm1000 pada tahun 2028. nilai pasti susut.

cuma apa yang penting ialah, dengan kad pencen, kita akan dapat manfaat kesihatan. kos untuk penjagaan kesihatan pada tahun-tahun mendatang akan meningkat berkali ganda terutama untuk golongan veteran (pencen). jadi dengan adanya kad pencen, sekuran-kurangnya kos kesihatan yang mahal ini akan ditanggung kerajaan dan ia boleh dipanjangkan ke anak-anak dan isteri (isteri-isteri jika ada). suka juga diingatkan bahawa pencen adalah berkaitan gaji. maknannya kalau ada kenaikan gaji, maka secara automatiknya pencen juga akan naik. berbanding epf yang statik.

cyberiz
25-09-2008, 06:20 PM

betul ke kerajaan akan tanggung kos rawatan keseluruhan?? atau mungkin percuma utk kos katil atau bilik dan mungkin makan kat hospital tu... kalu pesakit pesara kerajaan mengalami penyakit kronik dan mendapatkan rawatan di hospital kerajaan dan kos rawatan berjumlah puluhan ribu ringgit, adakah kerajaan akan tanggung semua kos tu... tu baru seorang sedangkan pesara kerajaan ni dah berjuta2 org... lagi satu... pegawai2 kerajaan yg masih berkhidmat kalu sakit pun rasanya2 x pergi dapatkan rawatan di hospital2 kerajaan nih (bkn semua). Mereka lebih rela pergi hospital swasta..kenapa ekk??? biasanya hospital2 kerajaan ni pesakit yg dtg adalah dari golongan miskin dan kurang mampu..
sory, rasanya dah off topik nih... tapi sengaja diungkit utk difikir2kan...:D

Wea Izre
25-09-2008, 06:33 PM
due due aku x de,sebab keje sendiri,huhu

okawa
25-09-2008, 09:10 PM
betul ke kerajaan akan tanggung kos rawatan keseluruhan?? atau mungkin percuma utk kos katil atau bilik dan mungkin makan kat hospital tu... kalu pesakit pesara kerajaan mengalami penyakit kronik dan mendapatkan rawatan di hospital kerajaan dan kos rawatan berjumlah puluhan ribu ringgit, adakah kerajaan akan tanggung semua kos tu... tu baru seorang sedangkan pesara kerajaan ni dah berjuta2 org... lagi satu... pegawai2 kerajaan yg masih berkhidmat kalu sakit pun rasanya2 x pergi dapatkan rawatan di hospital2 kerajaan nih (bkn semua). Mereka lebih rela pergi hospital swasta..kenapa ekk??? biasanya hospital2 kerajaan ni pesakit yg dtg adalah dari golongan miskin dan kurang mampu..
sory, rasanya dah off topik nih... tapi sengaja diungkit utk difikir2kan...:D

sorry tu say, sape kata yg pg hospital kerajaan tu suma yg miskin aje, kalo u nk tahu, yg kaya(berlagak kaya) tu la lagi demand macam2 kalo masuk hospital kerajaan ni. byk songeh..!

and, yg free tu bukan utk katil, wad and makanan. free utk servis mcm pembedahan, jumpa doktor, ubat.
wad tu ada bayaran cuma murah berganda dari org bukan kerajaan. pencen separuh harga dari pekerja awam. dan yg wad percuma utk wad kelas ketiga.. ala, wad kelas kedua dan pertama pun tak banyak, kira jimat la..

u all tak tahu, cina yg suka rebut peluang utk guna servis ni(bukan cina yg takde duit ek), org melayu sombong(sorry to be racist)..

i tahu la, sbb i pernah jaga kaunter bil hopsital dulu..

mmg berbeza harga pencen dan harga bukan pencen walau dia bekas awam.

okawa
25-09-2008, 09:21 PM
back to topic..
i choose pencen.

kalo kira2 kurang cerdik i la.

pencen lagi untung.

EPF tu kira mcm kita buat simpanan tiap2 bulan.

Pencen tak tolak gaji kita tiap2 bulan, tp kita bole amik duit tu simpan. Simpan la kt UT,ASB and so on..
Pastu, da pencen dpt lg duit tiap bulan, ikut servis kita.

amirrash
25-09-2008, 10:30 PM
betul ke kerajaan akan tanggung kos rawatan keseluruhan?? atau mungkin percuma utk kos katil atau bilik dan mungkin makan kat hospital tu... kalu pesakit pesara kerajaan mengalami penyakit kronik dan mendapatkan rawatan di hospital kerajaan dan kos rawatan berjumlah puluhan ribu ringgit, adakah kerajaan akan tanggung semua kos tu... tu baru seorang sedangkan pesara kerajaan ni dah berjuta2 org... lagi satu... pegawai2 kerajaan yg masih berkhidmat kalu sakit pun rasanya2 x pergi dapatkan rawatan di hospital2 kerajaan nih (bkn semua). Mereka lebih rela pergi hospital swasta..kenapa ekk??? biasanya hospital2 kerajaan ni pesakit yg dtg adalah dari golongan miskin dan kurang mampu..
sory, rasanya dah off topik nih... tapi sengaja diungkit utk difikir2kan...:D

itu lah negara kebajikan. membantu dan tanggung kos. malas nak ulas panjang2. tapi renung2 kan, kalau blh dapat free (walau pun kena tambah skit duit sendiri) tidak itu dah mengurangkan beban. manusia ni suka diskaun, terutama bila kena bayar. tapi nak cakap lah, yang kena bayar skit tu apabila masuk wad je. katil tu kena la bayar, tapi operation dan ubatan free. kalau pergi klinik kerajaan untuk rawatan dapat le free. tak nak? tak pe, saya ambilkan (kalau encik kerja kerajaan la).

pasal hospital untuk orang miskin dan kurang kemampuan. saya rasa itu statement yang agak keterlaluan. ramai JUSA dan turus yang pergi ke hospital kerajaan umpama macam hospital putrajaya, kelengkapan dia mengalahkan hospital swasta. jadi yang tak nak pergi ke hospital itu mungkin dia dah banyak sangat duit dan mungkin tak dapat free kot.

anyway itu pilihan masing2. ada kembung kocek blh la ke swasta. tapi dalam masa 30 tahun lagi, wallahuallam.

p.s terlebih ulas pulak. :">

gooddjinn
25-09-2008, 10:31 PM
better pencen la.. bulan2 ade je duit..

:D :D :D

MrMama
26-09-2008, 01:34 AM
gaji kecik better amik pencen coz pencen ada minimun amount sapa gaji besau amik la epf

azizriadi
27-09-2008, 01:11 PM
itu lah negara kebajikan. membantu dan tanggung kos. malas nak ulas panjang2. tapi renung2 kan, kalau blh dapat free (walau pun kena tambah skit duit sendiri) tidak itu dah mengurangkan beban. manusia ni suka diskaun, terutama bila kena bayar. tapi nak cakap lah, yang kena bayar skit tu apabila masuk wad je. katil tu kena la bayar, tapi operation dan ubatan free. kalau pergi klinik kerajaan untuk rawatan dapat le free. tak nak? tak pe, saya ambilkan (kalau encik kerja kerajaan la).

pasal hospital untuk orang miskin dan kurang kemampuan. saya rasa itu statement yang agak keterlaluan. ramai JUSA dan turus yang pergi ke hospital kerajaan umpama macam hospital putrajaya, kelengkapan dia mengalahkan hospital swasta. jadi yang tak nak pergi ke hospital itu mungkin dia dah banyak sangat duit dan mungkin tak dapat free kot.

anyway itu pilihan masing2. ada kembung kocek blh la ke swasta. tapi dalam masa 30 tahun lagi, wallahuallam.

p.s terlebih ulas pulak. :">

Emm, nak ulas sikit pasal Hospital Gomen.

Tak semestinya kembung kocek. Tapi ada yang cerdik, diorang amik insurance/takaful (make sure yang ada cover bil hospital (medical card)).

Lagi pun kalau tak amik, kena jugak income tax. Sebab, kalau income kalau dah lebih RM 3K, sebulan dah kena PCB (Potongan Jadual Berkala). So, better amik insurance/takaful, dapat examption. Lepas tu at least ada backup kalau masuk govtment lambat dapat service sebab senarai menunggu panjang, boleh le kita pegi ke private.

Memang tak disangkal, staff gomen dapat free. Tapi, kalau ada equipment (contoh patah tulang, masuk besi), besi kena bayar sendiri. Upah pasang free. So, nak tak nak keluar duit jugak.

Tapi sebenarnya yang paling penting kalau kena Q sekurang2nya ada backup plan.

Staff Gomen, rakyat Malaysia yg tak de insurance/takaful, Staff Gomen yang Pencen....berapa punya ramai.

Itu je..

Tapi kalau suruh pilih pencen atau EPF, baik amik pencen. EPF nie, sesilap gaya, dah retire dapat duit selepuk, terpengaruh dengan skim cepat kaya, habih lebur duit. Lagi naya.

p/s: Sebab dah pernah jumpa sorang Hamba Allah yang kena mcm nie....Kesian, pengabihnya, jadi jaga kedai emas.

azizriadi
27-09-2008, 01:14 PM
go for pencen..pasal aku pun choose pencen..my wife pun pencen..so insyallah kalau umur panjang kitaorg akan jadi org tua berpencen heheh..

kebiasaanya yg ambik skim kwsp neh pegawai kump 1..maknanya start dari 41 ke atas...kalau 40 dan kebwh mmg rugi ambik kwsp..pasal caruman sket jer..

Gaji pegawai yang dah besar untung la. Kalau gaji kakitangan yang kecik, rugi.

Setuju dengan Jaih.

azizriadi
27-09-2008, 01:18 PM
aku rasa utk orang yang memang biasa makan gaji dan mentaliti memang makan gaji amik la pencen. tapi pada otak bisnes, memang takde soalan lagi...

Orang bisnes kalau diorang fikir pasal passive income and multiple income stream, benda nie pun mcm pencen jugak.

Mcm nie, orang meniaga, beli aset banyak. Kalau by the time pencen, ada rumah sewa yang dah tak de loan dengan bank 20 biji, rumah kedai 3-4 biji. Collect sewa bulan2, itu pencen le bang....utk orang yang tak keja gomen.

Masing2 punya pemahaman pasal pencen. Cuma nama je tak 'pencen', tujuan sama je.

Kena ingat, umur 25 sampai 55, masa productive utk cari income. Then after 55 sampai meninggal dunia, masa kita guna apa yang kita kumpul masa productive period.

Gegel
08-10-2009, 08:39 PM
Memang tak disangkal, staff gomen dapat free. Tapi, kalau ada equipment (contoh patah tulang, masuk besi), besi kena bayar sendiri. Upah pasang free. So, nak tak nak keluar duit jugak.

Sape kata equipment tu semua kena bayar? Sila buka laman JPA, cari perkeliling mengenai alat2 otepedik. Boleh dapat free, tp kena mohon. Kemudahan hospital (kalau sakit kronik (pembedahan atau sbg..)kerajaan akan tanggung perbelanjaan dahulu dan akan dipotong dari pencen bulanan :)

Insurans? Kalau nk travel walaupon atas tujuan peribadi, kerajaan akan keluarkan kad insruans utk kegunaan pegawai nya di luar negeri :)

Sape kata spital GOV teruk? maybe saudara cuma memandanga pada hospital KL kot... Tahukan saudara yg HUKM/PPUM juga free bg kikitgn kerajaan :)

Sekiranya seseorg itu disahkan hilang upaya utk bekerja oleh satu lembaga perubatan, ia layak menerima pencen hilang upaya... kalau pilih KWSP tak ada peruntukan ini...
kadarnya,... 1/500 x gaji pokok terakhir x bulan genap perkhidmatan... jumlah pencen yg dibayar hendaklah tidak kurang dpd 1/5 gaji pokok terakhir.... :)

Jgn sangka bila pencen, pegawai kerajaan cuma dpt pencen bulanan sahaja. Tetapi mereka juga akan dapat duit gratitude yg bernilai puluhan sehingga ratusan ribu (ini diberikan sekaligus)

Formula Ganjaran:

7.5 % X Jumlah genap bulan perkhidmatan yang dimasukkira X Gaji Akhir yang diterima.

Kakitgn kerajaan juga boleh mendapat Duit Cuti Gantian (4 bln gaji)
Formula GCR
1/30 X Jumlah Cuti Terkumpul X Gaji Akhir dan Imbuhan Tetap yang lain.

p/s : Sila rujuk buku perintah am..bab pencen :)

hazri99
09-10-2009, 09:41 AM
elok yg keje kerajaan nih walaupun kompom dpt pencen, kene ader simpanan jugak. leh buat mcm konsep KWSP. retirement planning.

2bz4money
12-10-2009, 02:26 AM
Aku opt Pencen dari EPF awal tahun ni..Knape?
- Pulangan EPF semakin merosot..mungkin leh sampai par 2.5%.
- Caruman EPF dari majikan x penah ditambah2, maintain 12% je, boring tul.
- EPF tiada kemudahan Kad Pesara iaitu diskaun 50%, kesihatan & penginapan cuti.
- Pencen menitik berat waris2, so kebajikan anak bini aku terjaga.
- Congak2 balik bila pencen 58, mmg lumayan Pencen bulanan + Ganjaran + GCR..

MalaysiaMalaysia
12-10-2009, 05:23 AM
Pencen is much better sebab dapat setiap bulan sampai org itu expire kan?

xalimx
12-10-2009, 11:24 AM
aku dah keje kat sini 3 bulan, masih dlm probation, tp takde kwsp lagi...camne erk??? aku dah buat aduan kat kwsp, dah siap isi borang semua...n dia kata mmg lama laa kalo nak buat siasatan, agak2 camne aku nak percepatkan supaya kes ni cepat selesai...

ismailosman
23-03-2010, 10:04 PM
salam
member grup aku ada kemuskilan..kalau kerja kerajaan start umur 36 tahun dan pilih pencen by 58 baru 22tahun..nak dapat jumlah pencen separuh gaji asal kena kerja 25tahun...katakan lepas umur 58tahun kerja lagi sebagai kontrak sampai umur 61 tahun untuk cukupkan 25 tahun boleh ke?

bagaimana nak kira jumlah gratitude yg akan diterima selepas pencen?
adakah org yg memilih epf akan mendapat gratitude,sebab ada yg cakap dapat ada pula cakap tak dapat?

bolabola_la
24-03-2010, 11:17 AM
bagi yang rasa pandai nak manipulate duit better amik KWSP.....

kalau yang malas nak pening2 kepala masa dah tua nanti amik la pencen...

azanney
24-03-2010, 11:22 AM
gua angkat EPF :)paid:)paid:)paid:)paid

Melancong 48
24-03-2010, 11:23 AM
Siapa tak mahu duit banyak apabila bersara..ya EPF mmng
dapat sekali gus kaya raya tapi waspada diluar sana ada
kutu kaki kelentong nanti menyesal sampai tak sudah..bagi
yang berpencen untunglah sampai isteri serta anak dibawah 18
tahun dapat hasilnya...kemudahan hospital dll..fikir2 lah
demi masa depan yang bahagia..

shazliana
24-03-2010, 11:36 AM
Pencen, income bulan2 terjamin.

ADI78
24-03-2010, 11:51 AM
pencen la terjamin...tgk cam mak apak aden...alhamdulillah leh gak idup kek kl ngan wit pencen...adenni plak yg tak sanggup lari ke kedah ekekke

amirrash
24-03-2010, 12:48 PM
salam
member grup aku ada kemuskilan..kalau kerja kerajaan start umur 36 tahun dan pilih pencen by 58 baru 22tahun..nak dapat jumlah pencen separuh gaji asal kena kerja 25tahun...katakan lepas umur 58tahun kerja lagi sebagai kontrak sampai umur 61 tahun untuk cukupkan 25 tahun boleh ke?

bagaimana nak kira jumlah gratitude yg akan diterima selepas pencen?
adakah org yg memilih epf akan mendapat gratitude,sebab ada yg cakap dapat ada pula cakap tak dapat?

1. tempoh perkhidmatan layak untuk dikira dalam pencen
- min 25 tahun untuk dapat rm750 tapi tak lebih dari 30 tahun . maknanya kalau kau keje 36 tahun pun, bagi pencen, yang dikira hanya setakat 30 tahun sahaja. kalau kurang daripada tu akan dibuat secara prorata (ada kiraan).

2. tempoh berkhidmat kontrak
-tempoh berkhidmat kontrak TIDAK boleh dikira dalam pencen. jadi kalau tak cukup 25 tahun, lepas tu keje kontrak dengan harapan untuk cukupkan tempoh pengiraan bagi faedah pencen, blh kirim salam je lah.

3. kiraan ganjaran.
ganjaran dibayar mengikut GCR. GCR pula ialah ganti cuti rehat. maknanya, kalau kita kumpul cuti rehat kira setiap tahun sampai tempoh kita pencen, maka semua cuti itu akan digantikan dengan wang ringgit. kiraan :
7.5%xjumlah genap bulan perkhidmatan yang boleh dimasuk kira (max 90 hari dalam kes aku)x gaji akhir diterima.

4. adakah orang pilih epf dapat ganjaran?
Tak dapat. kecuali kalau mereka ini dulunya kakitangan awam dan ditukar lantik kepada jawatan swasta. contoh macam TNB yang dulunya lembaga letrik negara.

sekian.

amirrash
24-03-2010, 12:50 PM
apa yang best ttg pencen?

1. korang dapat pencen tiap2 bulan selepas bersara. dan lagi best kalau gaji naik, pencen pun naik.

2. korang dapat faedah kemudahan perubatan percuma sampai mati. dan kemudahan diberikan juga kepada anak2 dan mak ayah.

3. kalau korang mati awal, anak2/isteri yang layak menerima pencen akan tetap dapat pencen korang secara full (kalau korang terima rm1k sebulan, isteri/anak2 korang pun akan terima 1k lepas korang mati)

4. korang dapat GCR yang boleh mencecah puluhan ribuan ringgit.

Niyang
24-03-2010, 02:59 PM
]Pencen is much much much much better ... Just believe... huhuh. Aku salah seorang kakitangan pencen...kekekke tp lame lagi uuuwaaarrrrrggghhhh......[/B]

johnjai
24-03-2010, 05:01 PM
pencen x bagus.akan datang, duit pencen xleh cover expenses.kadar inflasi meningkat tiap-tiap tahun.nilai wang dah jadi kecil.

ismailosman
24-03-2010, 05:45 PM
1. tempoh perkhidmatan layak untuk dikira dalam pencen
- min 25 tahun untuk dapat rm750 tapi tak lebih dari 30 tahun . maknanya kalau kau keje 36 tahun pun, bagi pencen, yang dikira hanya setakat 30 tahun sahaja. kalau kurang daripada tu akan dibuat secara prorata (ada kiraan).

2. tempoh berkhidmat kontrak
-tempoh berkhidmat kontrak TIDAK boleh dikira dalam pencen. jadi kalau tak cukup 25 tahun, lepas tu keje kontrak dengan harapan untuk cukupkan tempoh pengiraan bagi faedah pencen, blh kirim salam je lah.

3. kiraan ganjaran.
ganjaran dibayar mengikut GCR. GCR pula ialah ganti cuti rehat. maknanya, kalau kita kumpul cuti rehat kira setiap tahun sampai tempoh kita pencen, maka semua cuti itu akan digantikan dengan wang ringgit. kiraan :
7.5%xjumlah genap bulan perkhidmatan yang boleh dimasuk kira (max 90 hari dalam kes aku)x gaji akhir diterima.

4. adakah orang pilih epf dapat ganjaran?
Tak dapat. kecuali kalau mereka ini dulunya kakitangan awam dan ditukar lantik kepada jawatan swasta. contoh macam TNB yang dulunya lembaga letrik negara.

sekian.

terima kasih atas jawapan anda...

pertanyaan ini adalah utk adik saya sebenarnya beliau berkhidmat sebagai pensyarah...itulah org kata kalau dah gaji taraf profesional baik pilih epf kalau pandai manage duit..bayangkan kiraan epfnya kalau dah 22thn anggaran sekurang2nya ada 500k..kalau labur kat asb 2 nama atau pelaburan yg menguntungkan lain..lepas setahun makan dividen je.dah kira macam pencen...
pokok 500k tu leh bahagi kat anak lepas meninggal,org pencen cuma dapat kat pasangan atau anak bwh 18thn..

cuma bab perubatan ada 3 kaedah yg saya nampak pertama kalau rajin derma darah dari muda setahun 2-3 kali sampai pencen,masa tu dah layak kos perubatan free,cara kedua beli insuran perubatan siap2 dari muda lagi dgn hajat kalau sakit tua nanti boleh guna,cara ketiga pastikan salah sorang anak kerja kerajaan maka dapatlah balik kemudahan hospital tu..
ini perancangan kita lagi 22thn macam2 akan berubah mungkin pencen masa tu bukan 58thn tukar pada 65thn macam negara maju buat atau kos hospitalpun free macam kat uk,cuma kena beli ubat,pembedahan yg ribu2 tu kerajaan tanggung.

Jadi masih 50-50 nak bagi idea kat adik ni,sebelum dia kena buat pilihan thn depan.

Sir Capone
24-03-2010, 06:09 PM
Aku rasa pencen yg terbaik...

soulsix
24-03-2010, 09:02 PM
kalau ada pilihan antara pencen atau epf, pilih la pencen. kalau pilihan yg ada cuma epf, terima je la dpd takde epf lg la teruk

2bz4money
25-03-2010, 04:32 PM
terima kasih atas jawapan anda...

pertanyaan ini adalah utk adik saya sebenarnya beliau berkhidmat sebagai pensyarah...itulah org kata kalau dah gaji taraf profesional baik pilih epf kalau pandai manage duit..bayangkan kiraan epfnya kalau dah 22thn anggaran sekurang2nya ada 500k..kalau labur kat asb 2 nama atau pelaburan yg menguntungkan lain..lepas setahun makan dividen je.dah kira macam pencen...
pokok 500k tu leh bahagi kat anak lepas meninggal,org pencen cuma dapat kat pasangan atau anak bwh 18thn..

cuma bab perubatan ada 3 kaedah yg saya nampak pertama kalau rajin derma darah dari muda setahun 2-3 kali sampai pencen,masa tu dah layak kos perubatan free,cara kedua beli insuran perubatan siap2 dari muda lagi dgn hajat kalau sakit tua nanti boleh guna,cara ketiga pastikan salah sorang anak kerja kerajaan maka dapatlah balik kemudahan hospital tu..
ini perancangan kita lagi 22thn macam2 akan berubah mungkin pencen masa tu bukan 58thn tukar pada 65thn macam negara maju buat atau kos hospitalpun free macam kat uk,cuma kena beli ubat,pembedahan yg ribu2 tu kerajaan tanggung.

Jadi masih 50-50 nak bagi idea kat adik ni,sebelum dia kena buat pilihan thn depan.

Saya pun pada mulanya memilih epf, tetapi menyedari bahawa gomen kurang memberi insentif bagi mereka yg memilih epf; contohnya kadar caruman kerajaan 12% yg langsung tak dinaikkan..Pilihan pelaburan kwsp terhad kepada UT yg tertentu shj, tiada pilihan utk ASB..

Saya bersyukur kerna tahun lepas, 2009 telah memberi peluang ke2 utk saya menukar opsyen ke pencen..dan semestinya saya telah bertekad untuk makan gaji sampai pencen 58 tahun dan kos rawatan perubatan saya ditanggung gomen walaupun telah berpencen:)..:)cgrock

gelygeleman
06-10-2010, 01:16 AM
firasat saya, polisi tentang epf bg k/tgn kjn pd masa dpn pasti akn berubah. peningkatan faedah epf akan seiring dgn peningkatan faedah pencen k/tgn kjn. Jgn cpt mmilih pencen, stay tune dlm epf & kita lihat prestasi & perubahan yg akan berlaku pd masa depan. Sy menjangkakan pada masa depan;

1. caruman majikan akn meningkat dari 12% ke 15-17% melalui epf.
2. K/tgn awm yg mmlih pencen juga akan menikmati graduiti 7.5% mngikut tempoh perkhidmatan & gaji akhir.

Bagi k/tgn gred 41 keatas, pilihan terbaik ialah epf. Peluang k/tgn awm yg mmlih epf untuk masuk semula ke skim pencen tetap ada pada masa depan. tapi tidak dari pencen ke epf. so jgn bimbang berada dlm kelompok epf. Juga kena ingat, apabila tuan sign persetujuan pencen 58tahun, pencen akan mula dbayar apabila tuan mencapai umur 58tahun w/pun tuan sudah pencen awal 55 atau 56 tahun. dan ketika berumur 58 tahun tsb, agak mustahil seseorg mmpunyai anak d bwh umur 18 tahun kecuali beliau berkahwin baru @ kawin lagi @ kawin 2 pd umur 40 tahun keatas.

dgn anggapan umur purata penduduk msia 65tahun. faedah pencen dapat dnikmati selama 7 tahun bermula umur 58. katakan pencen RM3000 sebulan, dapatlah merasa 252k lebih kurang... tu pun di bagi runcit2 tak boleh bagi banyak2 nti habis ssh.. akan dtg apa kata umur pesara ditingkatkan lagi kpd 60 atau 65 tahun? kan lebih bagus.. lagi banyak jumlah pencen bulanan.. lebih jimat wang rakyat d belanjakan..

jiwo kacau
06-10-2010, 01:27 AM
amik pencen lah bai......skim pencen tk kojo pun nnti ado gak gj walaupun separuh janji tiap2 bulan masuk duit....renung2kan...:D:D

katani17
06-10-2010, 08:35 AM
firasat saya, polisi tentang epf bg k/tgn kjn pd masa dpn pasti akn berubah. peningkatan faedah epf akan seiring dgn peningkatan faedah pencen k/tgn kjn. Jgn cpt mmilih pencen, stay tune dlm epf & kita lihat prestasi & perubahan yg akan berlaku pd masa depan. Sy menjangkakan pada masa depan;

1. caruman majikan akn meningkat dari 12% ke 15-17% melalui epf.
2. K/tgn awm yg mmlih pencen juga akan menikmati graduiti 7.5% mngikut tempoh perkhidmatan & gaji akhir.

Bagi k/tgn gred 41 keatas, pilihan terbaik ialah epf. Peluang k/tgn awm yg mmlih epf untuk masuk semula ke skim pencen tetap ada pada masa depan. tapi tidak dari pencen ke epf. so jgn bimbang berada dlm kelompok epf. Juga kena ingat, apabila tuan sign persetujuan pencen 58tahun, pencen akan mula dbayar apabila tuan mencapai umur 58tahun w/pun tuan sudah pencen awal 55 atau 56 tahun. dan ketika berumur 58 tahun tsb, agak mustahil seseorg mmpunyai anak d bwh umur 18 tahun kecuali beliau berkahwin baru @ kawin lagi @ kawin 2 pd umur 40 tahun keatas.

dgn anggapan umur purata penduduk msia 65tahun. faedah pencen dapat dnikmati selama 7 tahun bermula umur 58. katakan pencen RM3000 sebulan, dapatlah merasa 252k lebih kurang... tu pun di bagi runcit2 tak boleh bagi banyak2 nti habis ssh.. akan dtg apa kata umur pesara ditingkatkan lagi kpd 60 atau 65 tahun? kan lebih bagus.. lagi banyak jumlah pencen bulanan.. lebih jimat wang rakyat d belanjakan..

Betul tue. Bagi kami yang keje swasta mmg piley epf lar~X(

faizk
06-10-2010, 08:54 AM
klu gomen beter amik pencen le
dpt imbuhan lagi, GCR lagi

Green Apple
06-10-2010, 09:27 AM
pencen dapat separuh gaji kan?kawan aku cakap dia amik skim pencen pasal dapat gaji penuh..kalau sebelm pencen gaji rm3k,pencen pun dapat rm3k..cam best la pulak.aku bgtau kalau dapat separuh..baik amik epf ,duit tu labur kat asb je.boleh la guna mane tau ade anak nak belaja ke

Atie Yolanda
06-10-2010, 09:51 AM
i pencen..

kalau
06-10-2010, 09:57 AM
oleh kerana aku takda pencen, cuma ada epf je......

aku rancang nak amik duit epf tue utk top up asb

yg aku ada skang.......amik lam 200K........

tahun pertama bayar je la ngan dividen acc asb yg aku ada

at present (aku congak2 dapat bayar......1K++ sebulan, agak2 lam 15K

per year) pas tahun pertama dapat la dividen utk 200K + acc asb

yg ada skang.........setkan dividen yg tahun kedua utk reserve

setahun utk bayar installment setahun in advance.....go figure...

hanamichie
06-10-2010, 10:00 AM
sapa yg gaji besar baik amik EPF.. kalau setakat kerani mcm akuni amik PENCEN je la..

keepitreal
06-10-2010, 10:11 AM
pencen dapat separuh gaji kan?kawan aku cakap dia amik skim pencen pasal dapat gaji penuh..kalau sebelm pencen gaji rm3k,pencen pun dapat rm3k..cam best la pulak.aku bgtau kalau dapat separuh..baik amik epf ,duit tu labur kat asb je.boleh la guna mane tau ade anak nak belaja ke

kalau keje lebih 30 thn pencen dpt 3/5 daripada gaji akhir...
dah dapat ganjaran dan GCR nanti bolehlah labur dlm ASB....
ganjaran adalah duit sumbangan kerajaan
epf adalah duit daripada gaji kita + sumbangan kerajaan..

skyhill
06-10-2010, 10:51 AM
skim pencen... Saya misti pileyyy....

Green Apple
06-10-2010, 11:18 AM
sape keje gomen ,ade pilihan skim pencen@epf..pening2 pilih je skim cepat kaya..kalau kena meletup terus benti keje..tak kena gaya kayap ..ramai dah org gomen pilih skim cepat kaya..loan rm30k+ join hai-o.FC,DLL..hehe

Green Apple
06-10-2010, 11:21 AM
orang gomen jgn marah aaa..keje gomen senang buat loan.. amik loanrm15k senang je lepas..guna OPM ,amik 200k.takat loan rm15k bape sgt bulan.dah ade saving.sib baik la aku x keje gomen.

Niyang
06-10-2010, 11:26 AM
Pencen la ok.... x yah semak pale nk wat itu ini... tp kalau dah ade plan utk bizz yg superb... x salah pilih EPF, Tp kt tmpt keje aku ramai owg yg pilih EPF dok sibuk nyesal nk tukar ke pencen...huhuhuh... Pencen nih kelebihan owg keje gorment jerk...huhuhuuh, Kalo owg yg bergaji besar cam CEO ker adviser ker... Mmg berbaloi EPF pasal leh cecah juta ooo...

aiman27
06-10-2010, 12:34 PM
pada aku still pencen the best.. EPF tu adalah tabungan kita sendiri..tul x? ibarat org gomen.. gaji bersih sbln RM1500.. potong je la 11%..masuk dlm ASB.. anggap 11% td cam EPF gak.. x silap aku , klu umur 55..org gomen still dpt imbuhan yg agak byk gak sekaligus kn.. sbb aku dah wat kira2 nih dulu..
n yg jelas..knp org gomen tolak EPF.. sbb EPF mmg merugikn .. ini jelas dan nyata...

ada ramai gak yg dulu amik epf tp bila kerajaan bg peluang kedua baru2 ini dia tukar kpd skim pencen lak...mmg pd aku baik amik skim pencen...epf ikut statistik dlm masa 3thn dah abis diguna kan... epf 12% gov + 11% pekerja... baik simpan dan labur yg 11% tu div pun lbh tinggi drp epf... 12% drp gov tu xperla xdpt pun sbb akan cover dgn pencen nt...

gelygeleman
06-10-2010, 02:32 PM
sorry double post

gelygeleman
06-10-2010, 02:32 PM
Panduan memilih Epf @ Pencen oleh Kakitangan Kerajaan

Gred 1 hingga Gred 37 - Skim Pencen (tak perlu fikir untuk memilih)
Gred 41 hingga Gred 44 - Skim Pencen @ Epf (boleh buat pilihan mengikut portfolio diri sendiri)
Gred 48 hingga Jusa A - Skim EPF (memberi pulangan menarik jangkapanjang)
Gred Turus - Skim Pencen (harusss tunjukkan kesetiaan kpd negara)

Jika Gred dibawah Gred 41, tak perlu lah berfikir banyak dan hendak cuba memilih, pilih sahaja Pencen sebab gaji asas yang kecil cuma menghasilkan pulangan jangka panjang epf yang kurang menarik. lagipun gred dibawah 41 tak boleh naik pangkat ke 41 kecuali sambung belajar dpt ijazah sarjana.

Bagi Gred 41 keatas, anda mmpunyai masadepan yg cerah dlm perkhidmatan kerajaan. Skim anda boleh membawa anda ke pangkat seterusnya hingga mencapai Gred 54 atau jusa (mana tau rezeki anda). Tuan boleh membuat kiraan menggunakan excel starting gaji gred 41 bagi mengetahui pulangan epf pada masa depan.

gelygeleman
06-10-2010, 02:48 PM
Semoga cuepacs berjaya memperjuangkan kakitangan kerajaan yg mmilih skim epf:

i. Menambah caruman majikan (kerajaan) kepada 15-17% (sekarang 12%)

ii. menerima ganjaran (graduiti) sama spt skim pencen atas dasar mereka juga telah memberi sumbangan kepada kerajaan dlm tempoh perkhidmatan mereka sama spt kakitangan berpencen.

iii. Pengeluaran khas untuk mengerjakan fardu haji pada usia muda (35 tahun ke atas) - syaratnya wang ini dibayar oleh KWSP terus kepada Tabung Haji.

keepitreal
06-10-2010, 02:49 PM
ramai ke kakitangan kerajaan duk dlm skim epf skrg nie...hari tu open tukar skim pun ramai bertukar ke skim pencen

PELIKAN
06-10-2010, 03:02 PM
apa pun ada pro con bebe
pencen nyawa panjang dapat le rasa...atau tiba2 ada kes masa keje gomen..jgn harap le...
epf..dah tua gayut..bru ada duit byk....nak enjoy masa umur camgitu...,?...hah!

highway
06-10-2010, 04:27 PM
tentulah semestinyaaaaaaa EPF yg terbaekkkk...(pengurusan kwsp x bagos tp xde option dah...)

let say kalo dapat EPF 300k

pastu sumbat ASB 300k (tumpang akaun bini/anak)

300k x 8% = 24k

24k / 12 bln = 2k / month

pencen 2k sebulan:)paid :)paid:)paid:)paid

sangbogol
07-10-2010, 03:09 PM
pecen sampai ke suami/isteri sahaja.. tak sampai ke anak ..
kalo suami/isteri kawen lain.. pencen stop

sapa kata pencen akan stop klu isteri/suami kawin lain? sapa kata pencen x dapat sampai ke anak? demo ketinggalan zaman kot, skrg nih dah boleh kawin dan pecen tidak akan distop dan pecen jugak akan dpt kepada anak si mati jika umur meraka dibawah 18thn kebawah.
Bapak aku meninggal masa umur aku 10 tahun dan aku adik beradik dapat merasa pencen bapak aku sampai umor 18 tahun.Kepada sesiapa yang bergaji kecil eloklah ambil skim pencen dan bg mereka yang bergaji besor lebih baik ambil kwsp.

keepitreal
07-10-2010, 03:16 PM
satu lg untuk anak OKU (tidak dpt menyara hidup)...pencen dpt seumur hidup maaa
jika pesara berkahwin dlm persaraan dan mininggal..balu dpt pencen sehingga 12 tahun 1/2 daripada tarikh persaraan....

Untouchable
07-10-2010, 03:17 PM
dua-dua boleh....

sangbogol
07-10-2010, 03:21 PM
bukan setakat dapat pencen jer keja ngan gomen nih, Pencen + bonus (sagu hati) darap dengan berapa lama service Wow! duit pon dapat pencen pun dapat ok lah tuh.

Zul.H
07-10-2010, 03:22 PM
Buat lah pool...

sure 99.9 percen pilih pencen...

Zul.H
07-10-2010, 03:25 PM
rugi amik epf...

sangbogol
07-10-2010, 03:35 PM
rugi amik epf...

rugi bg org yang bergaji kecil, tetapi tidak bg org yang bergaji besor.Org yang bergaji besor mmg bagus sekiranya ambil epf,sbb bila dah pencen nanti dapat seketol beratus ribu, epf + sagu hati pastu gunakan duit itu laburkan semula dalam apa2 skim amanah ikut pandai tuan punya badan lah.Dengan modal yang besor mmg mudah untuk menjana duit sebenarnya, cuma kena bijak lah mencari peluang.
Tetapi bg org yang gaji ciput nih ambil lah pencen, klu ambil epf rugi lah sbb gaji kecil sudah tentu hasil yang dia akan dapat nanti tak seberapa.Dengan itu sudah pastu amat sukar sedikit untuk dia menjana duit itu, tp terpulang atas kepandaian diri sendiri masing2 lah

kalam79
07-10-2010, 04:25 PM
Sape kata equipment tu semua kena bayar? Sila buka laman JPA, cari perkeliling mengenai alat2 otepedik. Boleh dapat free, tp kena mohon. Kemudahan hospital (kalau sakit kronik (pembedahan atau sbg..)kerajaan akan tanggung perbelanjaan dahulu dan akan dipotong dari pencen bulanan :)

Insurans? Kalau nk travel walaupon atas tujuan peribadi, kerajaan akan keluarkan kad insruans utk kegunaan pegawai nya di luar negeri :)

Sape kata spital GOV teruk? maybe saudara cuma memandanga pada hospital KL kot... Tahukan saudara yg HUKM/PPUM juga free bg kikitgn kerajaan :)

Sekiranya seseorg itu disahkan hilang upaya utk bekerja oleh satu lembaga perubatan, ia layak menerima pencen hilang upaya... kalau pilih KWSP tak ada peruntukan ini...
kadarnya,... 1/500 x gaji pokok terakhir x bulan genap perkhidmatan... jumlah pencen yg dibayar hendaklah tidak kurang dpd 1/5 gaji pokok terakhir.... :)

Jgn sangka bila pencen, pegawai kerajaan cuma dpt pencen bulanan sahaja. Tetapi mereka juga akan dapat duit gratitude yg bernilai puluhan sehingga ratusan ribu (ini diberikan sekaligus)

Kakitgn kerajaan juga boleh mendapat Duit Cuti Gantian (4 bln gaji)

p/s : Sila rujuk buku perintah am..bab pencen :)

pergh lulus aras 4 ko pye PTK nie:):)

keepitreal
07-10-2010, 04:33 PM
untuk rawatan dialisis boleh dilakukan di pusat pusat dialisis yang berdaftar dengan bahagian pencen JPA (semua negeri ada) tak perlu keluarkan duit.....untuk peralatan ortopedik....perlulah bayar dahulu kemudian claim balik ke bhg pencen, JPA....untuk ubat ubat yang tidak dpt dibekalkan oleh hospital kerajaan bolehlah dibeli dahulu kemudian claim...ubat ubat untuk cancer kebiasaannya dalam 6-10K sebulan maa...malah ader yang tak perlu byr dahulu, bhg pencen yang bayarkan ubat ini terus kpd pembekal disebabkan ketidakmampuan pesara....

keepitreal
07-10-2010, 04:34 PM
setiap kali kerajaan umumkan bayaran saguhati/bantuan kewangan/ bonus...pesara akan menerimanya jugak...begitu juga jika ader kenaikan gaji...pelarasan pencen akan dilakukan...naik pencenlah...

keepitreal
07-10-2010, 04:43 PM
bukan itu sahaja..jika pesara dikehendaki hadir ke mahkamah (biasanya polis) claim perjalanan boleh dibayar....
begitu juga jika pesara dikehendaki hadir ke hospital contohnya hospital queen elizebeth (sabah) meminta pesara ke IJN (KL) claim perjalanan boleh dibuat....bayar dululah duit flight, tambang teksi, hotel, dll......

gelygeleman
07-10-2010, 05:46 PM
umur pencen telah dinaikkan dari 55 tahun ke 58 tahun sekarang. akan dtg umur pencen dinaikkan ke 60 tahun. seterusnya ke 65 tahun spt negara2 maju. Ini bagus bagi tujuan menjimatkan perbelanjaan emolumen kerajaan & penjimaatan wang rakyat untuk jangka masa panjang.

gelygeleman
07-10-2010, 05:50 PM
rugi bg org yang bergaji kecil, tetapi tidak bg org yang bergaji besor.Org yang bergaji besor mmg bagus sekiranya ambil epf,sbb bila dah pencen nanti dapat seketol beratus ribu, epf + sagu hati pastu gunakan duit itu laburkan semula dalam apa2 skim amanah ikut pandai tuan punya badan lah.Dengan modal yang besor mmg mudah untuk menjana duit sebenarnya, cuma kena bijak lah mencari peluang.
Tetapi bg org yang gaji ciput nih ambil lah pencen, klu ambil epf rugi lah sbb gaji kecil sudah tentu hasil yang dia akan dapat nanti tak seberapa.Dengan itu sudah pastu amat sukar sedikit untuk dia menjana duit itu, tp terpulang atas kepandaian diri sendiri masing2 lah

jika gred 38 kebawah tu pilih lah pencen. epf memang merugikan. kalau gred 41 keatas tu, epf memberi pulangan 12% (portion majikan) yang besar sepanjang tempoh berkhidmat. duit dh byk beli insurans + saving. cover insuran & ada saving pada umur pencen nanti. dua2 dapat. yg penting tak perlu que di hosp kerajaan lagi.

2bz4money
07-10-2010, 06:15 PM
Opsyen slps confirm dulu, pilih epf kerna ingatkan x lama dlm gomen dan juga sbb x tahu sangat kelebihan pencen.

Bila diberi peluang tahun lepas, terus amik opsyen pencen krn concern dgn kemudahan kesihatan dan kad pesara lepas pencen nanti. Dgn golden hand shake max 4bln, dan carry forward GCR 15 hari setiap tahun memberi advantage kpd yg mempunyai cuti tahun 35 hari..

gelygeleman
07-10-2010, 07:44 PM

bro pun gred 48 ni cuti 35 hari :) anyway, ktgn kjn yg mmilih skim pencen ataupun epf kedua2nya layak utk golden hand shake max 4bln dan carry forward GCR 15 hari setiap tahun. sepanjang tempoh perkhidmatan juga, kedua2 golongan layak mendapat kemudahan kesihatan yg sama di semua hospital kjn. tiada lebih tiada kurang. cuma slps tamat perkhidmatan shj, kemudahan kesihatan ktgn yg mmilih skim epf akan tamat.

2bz4money
09-10-2010, 03:01 PM

Disebabkan pilih EPF, ada Boss yg x rekomen naik pangkat atau peluang kursus luar negeri atau sambung belajar postgrad; atas dasar persepsi pemilih EPF akan cabut lari (berhenti) bila2 masa dlm servis..

gelygeleman
09-10-2010, 10:54 PM
ya, ada betulnya tu. mungkin boleh berlaku di agensi2 yg kurang berintegriti. harap2 pemimpin peringkat atasan kita tidaklah berfikiran cetek seperti itu. tiada pekeliling perkhidmatan atau SPP yg dikeluarkan oleh JPA berhubung perkara tersebut. tak mungkin kerajaan mmberi kakitangan pilihan memilih pencen @ epf, kemudian mereka menghukum ktgn yg mmilih epf dgn tiada kenaikan pangkat @ peluang kursus. kerajaan kita amat adil dgn kakitangan awamnya. so far, alhamdulillah sy tetap dpt kenaikan pangkat & kursus dibbrapa negara luar w/pun mmilih skim epf.

ismailosman
05-05-2011, 07:49 PM
Rawatan percuma kepada pesara kakitangan awam skim KWSP disambut baik
23rd March, 2011

KUALA LUMPUR: Persatuan Bekas Pesara Kerajaan Malaysia hari ini menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menawarkan kemudahan perubatan percuma kepada pesara wajib sektor awam yang memilih skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Presidennya Datuk Raja Wan Mahmood Pawanteh berkata sebelum ini kakitangan awam yang berkhidmat di bawah skim KWSP tidak menerima perubatan percuma selepas bersara wajib kerana ia hanya diperuntukkan kepada mereka yang memilih skim pencen.

Beliau berkata itu adalah bukti keprihatinan Perdana Menteri kepada kakitangan awam tidak kira yang memilih skim pencen atau skim KWSP.

“Kita gembira bagi pihak pesara dan bakal pesara ini kerana selepas ini mereka juga bakal menerima kemudahan perubatan percuma selepas bersara.

“Sebelum ini ada di antara mereka yang berasa tercicir tetapi kini terubat selepas Perdana Menteri mengumumkannya hari ini,” katanya ketika dihubungi Bernama kelmarin.

Raja Wan Mahmood mengulas pengumuman Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan ketika berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-12 di Putrajaya kelmarin.

Menurut Najib penjawat awam skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang bersara pada umur wajib atau mengikut Seksyen 6A (6), Akta 227/239 termasuk anggota keluarga tanggungan mereka layak menerima kemudahan rawatan perubatan percuma selepas ini.

Selain itu, kerajaan juga memutuskan bahawa ganjaran akan dibayar seratus peratus kepada anggota sektor awam yang bersara pilihan di bawah Skim Pencen, sekaligus memansuhkan penangguhan bayaran sebahagian ganjaran sebelum ini.

Perdana Menteri berkata keputusan itu adalah sebagai tanda penghargaan kepada penjawat awam yang telah berjasa.

Pada 1992, melalui Skim Saraan Baru (SSB), kakitangan kerajaan yang dilantik selepas 12 April 1992 ditawarkan skim KWSP sebagai alternatif kepada Skim Pencen seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 6A(1) Akta Pencen 1980 dan Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980.

Pada 2009, kerajaan telah menawarkan opsyen skim pencen kepada seramai 66,733 anggota sektor awam yang telah memilih skim KWSP memberi peluang kepada mereka untuk menikmati faedah persaraan yang lebih baik.

2bz4money
05-05-2011, 09:04 PM

saya antara 66,733 yg mengambil opsyen pencen dan menghadiri taklimat Cuepac & Bhgn Pencen JPA di UKM..:)cgrock

ismailosman
06-05-2011, 10:56 PM
saya antara 66,733 yg mengambil opsyen pencen dan menghadiri taklimat Cuepac & Bhgn Pencen JPA di UKM..:)cgrock

katakan kita ambil contoh seorang pensyarah yg memilih epf anggaran minimum yg dia dpt masa bersara lebih kurang rm600k dan dapat kemudahan hospital sama seperti dia bekerja berbanding mereka yg mimilih skim pencen anggaran grc dlm rm300k lepas campur cuti 150hari dan kemudahan hospital..kalau lepas pencen dapat hidup umur macam dr. mahathir memang lumayan berbanding yg pilih epf.

gelygeleman
09-05-2011, 05:13 PM
saya pula antara 66,733 yg menolak opsyen pencen setelah mendengar taklimat Bhgn Pencen JPA di Dewan Shah Alam yg lalu.. alhamdulillah, kini pesara skim epf telah berjaya mendptkn kemudahan kesihatan yg sama seperti pesara pencen. langkah seterusnya cuepec perlu perjuangkan supaya pesara skim epf mendapat ganjaran (graduity) yang sama seperti pesara skim pencen. atas dasar hadiah kerajaan kpd semua k/tgn awm atas sumbangan mereka dlm perkhidmatan awam. tak kira skim pencen ataupun epf. kedua2nya telah memberikan sumbangan yang sama & layak menerima hadiah ganjaran tersebut. Wallahhuaklam.

wer
10-07-2011, 09:31 AM
ini pun bab saving jugak.

ada orang kata better ambil EPF coz when kita pencen kita boleh ambil duit itu untuk berniaga, saving dalam others investment yg lebih menguntungkan contohnya unit trust.

tetapi if kita guna pencen so duit tu akan diberi dalam kuantiti yg sedikit setiap bulan....maybe sekarang nih kita rasa dengan duit pencen contohnya sebanyak 2k sebulan adalah banyak tetapi when pencen nanti maybe tiada nilainya(inflation punya pasal). so dengan duit yg sedikit itu how to survive?

tetapi org kata untung dengan pencen ni coz boleh sampai pada anak bini if umurnya tak panjang.

emmm....anda pulak macam mana?

bg sy ler elok amik pencen sbb pencen kita dapat tiap2 bulan.Kalau kita invest pun belum tentu dapat tiap2 bulan. Kedua kalau amik EPF kita akan dapat banyak duit. Bagi mereka yg tak biasa pegang duit banyak macam2 terlintas difikiran kita nak berniagalah, nk tukar kereta, nk baii rmh dan macm2 lg yang tidak dapat sebelum ni.Berniaga tadak pengalaman nanti habis modal.Nak melabor setahun dua dapat bertahan lg. Lama2 keluarkan duit pelaburan plk.Kalau amik pencen kan govt bg jgk gratuity tu. Boleh guna duit tu tuk melabur.

Kalau pencen dapat skit2 pun berterusan . Kalau umur tk panjang dapat anak/bini.

pikir-pikirkanlah

melbo2820
10-07-2011, 10:45 AM
Satu lagi, bila ada pelarasan gaji, pencen jugak dapat kesan, kalau dapat bonus, pencen jugak dapat bonus...hehehe

gelygeleman
10-07-2011, 02:17 PM
Pandangan sy, elok dpt lumsump RM30 sebulan berbanding diberi RM1 setiap hari. Blnja harian rm1 cukup la utk mneruskn hidop. Rm30 ada sedikit peluang utk seseorg usaha meningkatkn pndptn spt berniaga, trading & lain2. Apatah lg pesara skim epf skrg sdh dpt kmudahan kesihatan yg sama spt pncen.

gelygeleman
10-07-2011, 08:47 PM
Org kata bila umur pencen dh meningkat ke 58 tahun ni, elokla cpt2 kawin bini muda spy pencen tak cpt putus. Hehe. Statistk mnunjukkn sgt kurang ada pesara umur 58 yg msih ada ank umur bwh 18 tahun kcuali amalan tgkat ali spnjg masa bliau mnjadi :)

ismailosman
30-08-2011, 04:33 PM

Kurang faham maksud hang...adakah pencen akan dapat penuh kalau ada anak bawah 18?

syam82s
30-08-2011, 05:35 PM
saya pula x fikir sangat pasal tu.yg penting duit sentiasa mengalir msk dlm ac sampai ke tua..

adrawza
30-08-2011, 05:36 PM
pencen sebab kita tak tahu sampai umur berapa kita hidup..:D

tirin012
30-08-2011, 05:49 PM
masa pi induksi dulu2 penceramah tue cakap kalu laki bini amik pencen kita bleh buat amal jariah even daah mati dgn duit pencen....kita amik anak angkat yg daif secara sah...tapi biar la anak tadi dengan family dia....then bila kita mati duit tadi akan terus diwarisi sampai anak angkat tadi mati juga...kalu anak normal bleh sampai umo 18 shj...p/s kalu nak buat pastikan semua anak kita dah lepas 18..anak tadi daif dan guna pencen wife...kalu kita mati wife leh dpt pencen kita juga...xrugi apa2...

nkcariduithalal
30-08-2011, 07:25 PM
mcm my family,my dad ade pencen..my mum plak ade epf...kalo i la i choose pencen...sbb mcm my dad die kje lain,pencen tu buat side income die...

apsal u alls nk kacuk language..i xberapa understnd la to read:D

gelygeleman
31-08-2011, 02:31 AM
Kurang faham maksud hang...adakah pencen akan dapat penuh kalau ada anak bawah 18?

Ya, pencen terbitan akn dpt penuh oleh ank shgga ank tsb genap umur 18 tahun kemudian putus. Jika anak OKU, pencen dpt seumur hidup ank tsb. Tapi amat jarang sekali jumpa pesara umur 58 yg msih mmpunyai ank umur dbwh 18 tahun.
Pencen ada tempoh masa, ia tak akan berterusan, tak boleh d warisi & tak boleh dbhagi mngikut kehendak pemberi.

gelygeleman
31-08-2011, 02:37 AM
pencen sebab kita tak tahu sampai umur berapa kita hidup..:D

Bro, sbb kita tak tau smpi bila kita boleh hidup lah elok amik epf. Kalau tau boleh hidup smpai 80thn, elok amik pencen. Jika ada ank OKU amiklah pencen utk masa depn dia.

adib
31-08-2011, 03:09 AM
bagi aku pencen da besttt...kalau aku disiplin dari skrang, dari duit bulan2 aku bagi pada kwsp...baik duit tu aku guna untuk pelaburan asb/unit trust skrang....dah tua..lump sump ade...duit pencen pun ada

tirin012
31-08-2011, 08:29 AM
pencen boleh diwarisi jika kita ramai2 amik anak angkat oku secara sah...means berdaftar dengan jpn.. tapi biarlah anak angkat tadi dengan familynya...biasanya org buat mcm nie bila dah msk 50 thn keatas.

gelygeleman
31-08-2011, 01:38 PM
bagi aku pencen da besttt...kalau aku disiplin dari skrang, dari duit bulan2 aku bagi pada kwsp...baik duit tu aku guna untuk pelaburan asb/unit trust skrang....dah tua..lump sump ade...duit pencen pun ada

Betul tu. Harap2 dpt la org pencen amalkn sikap menyimpan yg ini. Kwsp satu skim yg kjn bentuk utk pelan menabung bagi pekerja2 utk masa tua. Div tahunan sekitar 5.5% diberi oleh kwsp sbg pulangan. Pencarum kwsp juga boleh mengeluar sebahagian duit utk pembelian rmh, beli saham PNB, unit trust, dll.

gelygeleman
31-08-2011, 01:41 PM
pencen boleh diwarisi jika kita ramai2 amik anak angkat oku secara sah...means berdaftar dengan jpn.. tapi biarlah anak angkat tadi dengan familynya...biasanya org buat mcm nie bila dah msk 50 thn keatas.

Satu cad yg sgt baik tuan. Sy sokong. Hrp rmailh pesara mmbuat amalan mulia spt ini. Kalaulah pencen boleh diwarisi berterusan spt kwsp turun kpd anak2 kpd OKU ini alangkah baiknya.

mosat_network
01-09-2011, 07:59 PM
pencen mmg best..duduk jer dapat duit mcm org kerja..

nurkamar
02-09-2011, 08:45 AM
pencen satu je masalahnya, nilai duit tu menyusut saban tahun.

cth, zaman dulu pencen rm200 boleh la nak beli macam2... skrg rm200 dah terasa cam 20 sen...

kwsp ok.. sebab sekali dapat banyak. tp jejaga, kalau ada sangkut cukai kene selesaikan dului. kalau tak tak blh nak keluarkan. pastu.. kalau tak pandai kawal kewangan, memang habis tak berganti

reen7
02-09-2011, 09:31 AM
aku nk pencen

mentadaklaut
02-09-2011, 09:38 AM
den pilih pencen ... tp 10% drp duit gaji den setiap bulan, den akan masukkan dlm tabung haji ... lebih kurang cam epf jugak la... hehe...
yang penting, disiplin kena tiptop ...

sangbogol
11-09-2011, 10:54 AM
klu sapa yg gaji kecil tuh baik ambil pencen saja,klu org yg gaji besor tuh baik ambil kwsp.

gelygeleman
12-09-2011, 01:23 AM
klu sapa yg gaji kecil tuh baik ambil pencen saja,klu org yg gaji besor tuh baik ambil kwsp.

Betul kata tuan. Calculation guna excel tlh mmbuktikn jk gaji besar lbih baik ambil epf.

ismailosman
12-09-2011, 09:34 PM
pencen boleh diwarisi jika kita ramai2 amik anak angkat oku secara sah...means berdaftar dengan jpn.. tapi biarlah anak angkat tadi dengan familynya...biasanya org buat mcm nie bila dah msk 50 thn keatas.

benarkah selain niat membantu,tujuan lain adalah supaya berterusan boleh dapat gaji basic(tanpa elaun?)penuh sepanjang hayat?...
kalau tidak mereka hanya merasa separuh gaji basic atau 60% jika yg kerja 30thn ke atas je kan?...

adakah mereka yg buat kaedah ini akan salur separuh gajinya ke oku tersebut atau sekadar keperluan sahaja?...
dan jika si pencen tu mati tanpa pasangan tapi ada anak berumur lebih 18thn,adakah penbadanan pencen akan salur terus ke akaun oku tersebut dgn nilai penuh?....
takut anak2 si pencen pulak yg rembat selepas kematian si pencen tersebut...

ismailosman
13-09-2011, 03:59 PM
mana pergi sifu semua??

PedangSetiawan
15-10-2011, 11:53 PM
medical care benefit untuk kwsp dia cover macam mane ek?

gelygeleman
16-10-2011, 01:13 AM
Serupa tiada beza dgn pencen

medical care benefit untuk kwsp dia cover macam mane ek?

RembauWebSolution
16-10-2011, 02:18 AM
Rasanya pencen la.
Kalau EPF gaji 3k baru 12% dan bila 55 tahun nanti dapat pun sure habis cepat.
Pencen pula 3k dapat setengah gaji pastu sampai ke mati, dan sambung pula ke isteri nanti.

PedangSetiawan
16-10-2011, 02:29 AM
kalau aku bercadang nak quit lagi 5-10 tahun, better kwsp la ek? tu la nak tanya minimum year service untuk pencen efektif ada x?

wakaziz
16-10-2011, 01:36 PM
ambik pencen la. sbb kat tmpt aku keje ada bekas exec kwsp. kalau keje gomen ambik pencen la. graduiti tetap dapat. at least 200K boleh dapat. ada iras epf lah tu kan... tengok gaji laaa..
tuan rujuk di website jpa..semak pencen anda. masuk data..dapatla anggaran

tq.

mamin
16-10-2011, 01:48 PM
Pencen ,,, banyak kelebihan pencen ,,,
Epf ,,, money management kene power,,,,
malangnyer aku boros,,,,hahaha

PedangSetiawan
16-10-2011, 06:53 PM
nak tanya lagi satu, aku ada terbaca, betol ke kalau kita kwsp, bila masa kita quit tu, kita, duit kwsp kita akan diolak hutang rumah dulu. balance baru kita dapat.?

PedangSetiawan
16-10-2011, 07:57 PM
Betul kata tuan. Calculation guna excel tlh mmbuktikn jk gaji besar lbih baik ambil epf.

tuan kira gaji besar tu, besar mane tuan?

gelygeleman
21-10-2011, 03:34 PM
tuan kira gaji besar tu, besar mane tuan?

bukan lah besar mana sgt tuan, lebih menguntungkn bila bermula dgn gred 41.

pesona
21-10-2011, 04:10 PM
tentu saya pilih EPF kerana sebelum 55tahun kita boleh mempelbagai kan investment kita dengan EPF, beli saham BSKL, beli UT dan invetment yang dibenarkan oleh EPF.:)):))

weena
21-10-2011, 05:43 PM
bukan lah besar mana sgt tuan, lebih menguntungkn bila bermula dgn gred 41.

Ye ke gred 41 bleh untung? Kalu UD41 (doktor) untunglah kot. Sbb lebih kurg je gred 29 pun. Lg2 yg ada kritikal elaun. Gred 29 entitle 10% dr gaji basic, gred 41 pulak 5% je. N gred 29 ni siap bleh claim ot lagi. Kira bulan2 boleh dpt lg bykla dr 41

2bz4money
22-10-2011, 05:00 PM
pencen satu je masalahnya, nilai duit tu menyusut saban tahun.

cth, zaman dulu pencen rm200 boleh la nak beli macam2... skrg rm200 dah terasa cam 20 sen...

kwsp ok.. sebab sekali dapat banyak. tp jejaga, kalau ada sangkut cukai kene selesaikan dului. kalau tak tak blh nak keluarkan. pastu.. kalau tak pandai kawal kewangan, memang habis tak berganti

Mulai 1/1/2009, Pencen terendah dinaikkan daripada RM280 kepada RM720 dengan tempoh perkhidmatan 25 tahun ke atas. Menghitung pencen mengikut formula berasaskan tempoh perkhidmatan 30 tahun ke atas dan pencen terhad kepada 3/5 gaji akhir (60%).

3 Hadiah Kepada Pesara Kerajaan Malaysia
Cebisan Ucapan Y.A.B Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak
Sempena Pembentangan Bajet 2012 Di Dewan Rakyat
7 Oktober 2011

Antara kandungan ucapan Y.A.B Perdana Menteri yang berkaitan dengan dasar baru persaraan dan pencen :

1. Kerajaan sentiasa prihatin dengan beban kewangan yang ditanggung oleh pesara. Dengan perlaksanaan SBPA (Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam), lebih 600 ribu pesara kerajaan akan menikmati pelarasan pencen yang melibatkan peruntukan 600 juta ringgit.

Nota:
Penyelarasan pencen yang dimaksudkan ialah yang dilaksanakan melalui perjalanan undang- undang , khususnya Akta Penyelarasan Pencen 1980 (Akta 238), berkuatkuasa mulai perlaksanaan gaji baru, iaitu 2012

2. Mulai tahun 2013 nanti, Kerajaan akan melaksanakan kenaikan tahunan pencen pesara sebanyak dua peratus setahun tanpa perlu menunggu sebarang semakan sistem saraan atau pelarasan gaji.

3. “….. sukacita saya mengumumkan tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum 500 ringgit sebulan dan bayaran bantuan 500 ringgit kepada pesara kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011. Ini akan menjadikan jumlah bonus bagi tahun 2011 bersamaan dengan sebulan gaji dengan bayaran minimum seribu ringgit bagi penjawat awam dan bantuan seribu ringgit bagi pesara kerajaan.”

Sebagai peringatan utk yg belum buat opsyen lagi..
Lebih kurang 70% daripada penyumbang-penyumbang yang mengeluarkan wang simpanan KWSP mereka pada umur 55 tahun habis membelanjakan wang simpanan tersebut dalam tempoh tiga tahun.-Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) – (Sumber: NST, 27 Disember 2008)

Yang dah opsyen KWSP tu, Bajet 2012 juga bagi tambahan 1% caruman majikan, so dari 23% naik kpd 24% simpanan. Tapi ingatlah, jangan tersilap buat pilihan pelaburan dan sentiasa belajar mengurus kewangan anda.

p/s: pencen, saya mesti pileh. x pening2 kepala memikirkan hal wang dgn mendapat income yg sekadar mencukupi utk persaraan nanti.:)cgrock

soulsix
22-10-2011, 05:08 PM
kat tpt aku ni pensyarah je ramai yg amik epf ni. kalau pengurusan mmg takde la yg amik epf

SiRentap
22-10-2011, 08:35 PM
keja swasta mmg EPF jer la..pencen wat sendiri dkt ASB..moga semua urusan persaraan kelak dipermudahkan :D

weena
22-10-2011, 09:00 PM
kat tpt aku ni pensyarah je ramai yg amik epf ni. kalau pengurusan mmg takde la yg amik epf

So far tmpt aku ni rasanya yg pangkat tinggi2 pun ambik pencen

weena
22-10-2011, 09:01 PM
keja swasta mmg EPF jer la..pencen wat sendiri dkt ASB..moga semua urusan persaraan kelak dipermudahkan :D

Insya-Allah rezeki ada utk yg berusaha...

2bz4money
23-10-2011, 12:58 AM
kat tpt aku ni pensyarah je ramai yg amik epf ni. kalau pengurusan mmg takde la yg amik epf

Pilihan EPF buat pensyarah bagi mudahkan mereka melompat ke U lain. Lagipun mungkin kebanyakkan pensyarah ini bijak dalam mengurus kewangan masing2. Kat area aku, Dr2 ni beli tanah lot utk bina banglo masing2..mmg depa pandai buat duit.:)

gelygeleman
23-10-2011, 08:20 PM
Gov epf & swasta epf ada bezanya. Klebihan pasti kpd pesara gov epf.
Gov epf layak utk menikmati semua hak dlm akta kwsp. Tambahan dari itu, kerajaan akn menanggung kos perubatan pesara gov epf spnjang perkhidmatan hgga akhir hayat.

2bz4money
27-10-2011, 09:07 PM

Bajet 2012: Dasar Transformasi Nasional
Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara
Ulasan KWSP

KWSP mengalu-alukan usaha berterusan Kerajaan dalam memastikan pertumbuhan ekonomi kekal di landasan yang betul walaupun berhadapan dengan ketidakpastian luaran terutamanya ekonomi G3. Inisiatif strategik yang diumumkan baru-baru ini tertumpu kepada pemantapan aktiviti domestik terutamanya dalam perkembangan sektor baru dan pelaburan. Pada masa yang sama, ia juga memastikan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah dan pertengahan tidak terlalu dibeban oleh kemerosotan ekonomi global dan kenaikan harga terutamanya apabila laporan Model Ekonomi Baru menunjukkan bahawa sebanyak 40 peratus isi rumah masih berpendapatan rendah terutamanya di kawasan luar bandar. Dengan langkah-langkah yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan untuk meringankan bebanan rakyat, perkembangan positif telah dapat dilihat dalam corak perbelanjaan.

Memandangkan bilangan warga tua semakin meningkat, KWSP menyambut baik cadangan melanjutkan usia persaraan kakitangan Kerajaan ke 60 tahun dari 58 tahun sekarang. Mengikut laporan Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10), jangka hayat rakyat Malaysia telah meningkat ke usia 74 tahun di antara 1990 dan 2008 dari 71.5 tahun sebelum itu. Oleh kerana itu, rakyat mesti lebih giat menyimpan supaya mempunyai simpanan mencukupi untuk jangkamasa persaraan lebih panjang pada masa kini berbanding 60 tahun lalu. Ini akan meringankan bebanan pembayaran gratuiti dan pencen yang ditanggung Kerajaan.

Dengan kos sara hidup kian meningkat, KWSP mengalu-alukan langkah yang dicadangkan dalam Bajet 2012 untuk menambah kadar caruman KWSP majikan dari 12 peratus ke 13 peratus bagi ahli berpendapatan RM5,000 ke bawah. Ini merupakan satu langkah positif kerana akan dapat meningkatkan simpanan persaraan ahli KWSP di mana kajian KWSP menunjukkan 70 peratus dari pesara akan menghabiskan simpanan mereka dalam masa 10 tahun dan ramai ahli KWSP yang berpendapatan rendah mungkin tidak mempunyai simpanan mencukupi apabila mereka bersara kelak. Mengikut data KWSP, jumlah ahli aktif yang berpendapatan RM5,000 ke bawah pada 31 Disember 2010 adalah seperti berikut:-

Klik Jadual (http://www.kwsp.gov.my/index.php?ch=p2news&pg=bm_p2news_press&ac=3686)

(Anggaran tambahan RM70 – RM100 juta setiap bulan apabila caruman majikan dinaikkan kepada 13 peratus)

Kenaikan 1 peratus caruman majikan akan melibatkan 5,329,152 ahli KWSP iaitu kira-kira 93 peratus keseluruhan ahli aktif KWSP. Cadangan bajet ini dapat meningkatkan jumlah simpanan persaraan pekerja.

Dalam menjalani kehidupan harian yang padat, Kerajaan menyedari tentang pentingnya untuk orang Islam menyambut seruan Haji mengikut Rukun Islam kelima. Kerajaan juga sedar ketidakmampuan mereka yang berpendapatan rendah untuk menyimpan bagi tujuan tersebut memandangkan kos sara hidup kian meningkat. Oleh itu, cadangan bagi ahli KWSP menghadang RM1,300 dalam Akaun 2 iaitu amaun minimum untuk pendaftaran Haji akan membolehkan ahli mendaftar awal dengan menggunakan simpanan tersebut. Ia tidak akan memberikan sebarang kesan terhadap simpanan persaraan mereka kerana amaun RM1,300 itu akan kekal dalam Akaun 2 sehingga mereka layak mengeluarkannya pada usia 55 tahun.

Selain itu, cadangan Kerajaan untuk membolehkan pekerja asing mengeluarkan simpanan KWSP mereka untuk membeli rumah disambut baik oleh sektor hartanah memandangkan ia memanfaatkan sektor itu dan juga selaras dengan program “Malaysia My Second Home” yang diperkenalkan oleh Kerajaan untuk menggalakkan warga negara asing memiliki rumah di Malaysia.

Cadangan Kerajaan untuk memperluaskan pelepasan cukai sehingga RM6,000 untuk caruman kepada KWSP dan insurans hayat kepada Dana Pencen Swasta yang kini kenali sebagai Skim Persaraan Swasta akan mengukuhkan lagi langkah-langkah yang telah diambil untuk memastikan kebajikan pesara terjamin. Ini kerana ia akan menggalakkan rakyat mempelbagaikan dan menambahkan lagi simpanan persaraan mereka.

Bajet 2012 merupakan bukti bahawa Kerajaan komited terhadap penggabungan fiskal untuk mengurangkan defisit fiskal secara berperingkat memandangkan persekitaran global yang mencabar. Kerajaan juga terus memberikan penekanan kepada pertumbuhan yang diterajui oleh sektor swasta seperti yang berlaku dalam perkongsian awam-swasta, selaras dengan usaha untuk mengurangkan penglibatan Kerajaan secara langsung dalam ekonomi negara.

Dikeluarkan oleh:
Norasikin Abdul Hamid
Ketua Ekonomi
Kumpulan Simpanan Wang Pekerja
07 Oktober 2011

alex
27-10-2011, 09:11 PM
aku rasa bgus amik pencen sbb x tau bila kita mati n bila kiamat. so duit gaji yg ada korg boleh la gunakan utk anak & isteri. x amik epf jgn la duit tu abis sampai x beli insuran.

pokyo
27-10-2011, 09:28 PM
Kalau berpangkat & gaji bersar ambik lah EPF.
Teman tengok sr manager & GM kat opis bini teman bila pencen EPF dia sampai jutaan ringgit.
letak tepi sikit buat investment, monthly boleh dpt RM8k utk duit poket

aquawave1
27-10-2011, 09:52 PM
aku memang kena ambik EPF sbb x ada pencen...

RS SERIES
13-02-2012, 09:57 PM
salam geng2 CG,

1. betul ke jadi Guru Siswazah, dah xde option EPF?
maknanya memang kena pilih pencen?

2. let say dahde akaun KWSP disebabkan dulu kerja ngan swasta, jika join kerja kerajaan (jadi Guru Siswazah), boleh ke withdraw kesemua amount duit epf tu? kalau boleh kluar semua, bagaimana caranya? kena tunggu surat sah jawatan atau dpt surat tawaran kerja pun dh bole apply?

3. sekarang tempoh sah jawatan dlm kerajaan 1 tahun je ke atau masih sama 3 tahun?

carjunk_boyz
13-02-2012, 11:40 PM
dua2 xckop klu dah pencen nanti klu xsediakan payung dari sekarang..
sebabnya mase tua nanti mungkin inflation rate makin meningkat..
sape yg tahu kan..
kos hidup makin tinggi..
http://www.carigold.com/portal/forums/attachment.php?attachmentid=71027&stc=1&d=1327230401

saya ada cara tuk gandakan duit EPF dan simpanan anda tuk kegunaan hari persaraan anda semua..
boleh hhubungi saya tuk dapatkan pencerahan..

AARCEMARA
14-02-2012, 09:03 AM
bagi aku pencen da besttt...kalau aku disiplin dari skrang, dari duit bulan2 aku bagi pada kwsp...baik duit tu aku guna untuk pelaburan asb/unit trust skrang....dah tua..lump sump ade...duit pencen pun ada

epf pun ada dividen dan boleh juga withdraw utk beli saham amanah yg dibenarkan...

ADI78
14-02-2012, 09:06 AM
salam geng2 CG,

1. betul ke jadi Guru Siswazah, dah xde option EPF?
maknanya memang kena pilih pencen?

2. let say dahde akaun KWSP disebabkan dulu kerja ngan swasta, jika join kerja kerajaan (jadi Guru Siswazah), boleh ke withdraw kesemua amount duit epf tu? kalau boleh kluar semua, bagaimana caranya? kena tunggu surat sah jawatan atau dpt surat tawaran kerja pun dh bole apply?

3. sekarang tempoh sah jawatan dlm kerajaan 1 tahun je ke atau masih sama 3 tahun?

kalu tak silap la kan...dah kompom 3thn nt leh kuar sume wit epf...tp akan ditolak apa yg dah gomen byr kt bro selama berkhidmat selama 3thn kalu tak silap la

braintrust
14-02-2012, 09:16 AM
salam geng2 CG,

1. betul ke jadi Guru Siswazah, dah xde option EPF?
maknanya memang kena pilih pencen?

2. let say dahde akaun KWSP disebabkan dulu kerja ngan swasta, jika join kerja kerajaan (jadi Guru Siswazah), boleh ke withdraw kesemua amount duit epf tu? kalau boleh kluar semua, bagaimana caranya? kena tunggu surat sah jawatan atau dpt surat tawaran kerja pun dh bole apply?

3. sekarang tempoh sah jawatan dlm kerajaan 1 tahun je ke atau masih sama 3 tahun?

1. yg tu aku x tau, kalo penjawat awam lain die mmg bg option EPF @ pencen.

2&3. boleh kuarkn semua duit epf, tupun hanya akaun pertama, kalo x silaplh, tupun around RM 10K gaklah, tu selepas 3 tahun bekerja di gomen (eventhough ko dh kompom less then 1 year). sila rujuk pada unit HR sbb yg kuarkn surat kompom dlm jawatan & kompom dlm gomen tu mmg keje HR. borang ntuk kuarkn duit boleh di donlot dr website KWSP.

bropenang
20-03-2012, 08:20 PM
ambil skim pencenlah untung...lepas pencen dpt gratuti selambak lagi...

zaha7777
20-03-2012, 08:26 PM
ambil skim pencenlah untung...lepas pencen dpt gratuti selambak lagi...

Setuju...:D

radi4042
20-03-2012, 09:15 PM
pencen lagi bagus dan untung...byk kelebihan

mohdamin
20-03-2012, 09:16 PM
Persoalan yAng bagus. Epf atau pencen? Boleh datang ke seminar saya yang tertera di atas. Segala tentang kewangan peribadi akan di bincangkan. Pada pandangan saya sebagai perancang kewangan... Yang terbaik sekali ialah pencen. Kenapa? Saya ada alasan2 yang matematically yang akan dibincangkan. Boleh daftar sekarang sekiranya berminat

alibindin
30-10-2012, 04:26 PM
ada member kerja malaysia 10thn kemudian buat study sampai postdoc. kat uk dan dpt pencen..tua nanti dua2 dpt..kat msia punya ciput sikitlah..

AdsMsia
30-10-2012, 04:28 PM
lama gak thread ni ye....

soleq
30-10-2012, 04:54 PM
terpaksa amik epf coz kije swasta....tp epf dividen bagi ciput ..baik masuk kat asb...lagi tinggi divide

2bz4money
30-10-2012, 05:59 PM
terpaksa amik epf coz kije swasta....tp epf dividen bagi ciput ..baik masuk kat asb...lagi tinggi divide

Dividen EPF 2011 - 6% SUMBER (http://www.kwsp.gov.my/portal/ms/web/kwsp/about-epf/investment-highlights/dividend-rates)

Dibandingkan dengan produk ASNB SUMBER (http://www.kwsp.gov.my/pv_obj_cache/pv_obj_id_C34D7745642D9DDAB9582A190FE31E2D14EB0100/filename/Amanah_Saham_Nasional_Berhad.pdf)
AS1M - 6.5%
ASW - 6.5%
ASD - 6.6%

Walaupun x pilihan pencen, namun masih mempunyai pilihan utk mendapat ROI lebih tinggi..:)cgrock:)paid

OnlineRobot
30-10-2012, 06:04 PM
asnb tu semua bukan ada capital gain ke?
or dividen je?
asb tau la cuma ada dividen je....

ada baca kat CG ni gak unit trust bagi tinggi juga

tapi kalau dah keje swasta memang la kena ada epf kan... dah syarat kerajaan, keje govt ada option ke masuk epf? tatau la aku , aku keje swasta hehehe

2bz4money
30-10-2012, 06:21 PM

kenapa perlu bandingkan dgn ASB? yg bole dikuarkan utk yg harga tetap hanyalah 3 produk yg disebut kat atas tu..yg berubah2 utk capital gain pun ada..cuba semak dan study, anda buat anda dpt..:)

alibindin
02-11-2012, 08:09 AM
JPA perjelas status kakitangan diserap sertai GLC

Bernama
6:13AM Nov 2 2012

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini menjelaskan bahawa mereka yang terlibat dengan penswastaan dan diserap ke syarikat berkaitan kerajaan (GLC) telah diberi opsyen sama ada memilih Skim Ala Kerajaan atau Skim Syarikat.

JPA dalam satu kenyataan berkata bagi mereka yang memilih Skim Ala Kerajaan, tempoh dan gaji akhir semasa berkhidmat dengan syarikat akan diambil kira bagi tujuan pengiraan pencen dan ganjaran.

Skim Syarikat pula menawarkan gaji serta faedah lebih lumayan tetapi tempoh dan gaji akhir sewaktu berkhidmat dengan syarikat tidak diambil kira bagi tujuan pengiraan pencen dan ganjaran.

Demi memelihara prinsip kesamarataan kepada semua pesara, kerajaan tidak bercadang meminda undang-undang berkenaan, kata kenyataan itu yang merujuk kepada surat pembaca bertajuk 'Pesara Kakitangan GLC Dapat Pencen RM290' yang disiarkan sebuah akhbar 22 Oktober lalu.

"Tidak dinafikan terdapat pesara yang terlibat dengan penswastaan dan diserapkan ke GLC atau sebagainya, mereka menerima amaun pencen yang agak kecil memandangkan tempoh perkhidmatan yang boleh diambil kira yang singkat dan gaji akhir sehari sebelum mereka diserapkan di dalam syarikat agak kecil," kata
kenyataan itu.

JPA berkata bagi pesara yang memilih Skim Ala Kerajaan, mereka memperoleh hanya satu faedah persaraan (pencen, ganjaran, wang tunai gantian cuti rehat dan faedah perubatan) berdasarkan tempoh perkhidmatan dengan kerajaan termasuk perkhidmatan dengan syarikat.

Bagi pesara yang memilih Skim Syarikat pula, mereka memperoleh dua faedah iaitu faedah persaraan (pencen, ganjaran, wang tunai gantian cuti rehat dan faedah perubatan) berdasarkan tempoh perkhidmatan dengan kerajaan serta faedah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja berdasarkan tempoh perkhidmatan dengan syarikat.

- Bernama

xalimx
02-11-2012, 08:18 AM
epf + asb + duit sewa umah = alhamdulillah... next 31 years

peel
02-11-2012, 08:32 AM
Aku ambik pencen & gabungkn skali dgn pasif income

2bz4money
02-11-2012, 09:00 AM
Aku ambik pencen & gabungkn skali dgn pasif income

Pencen terbaik dgn kenaikan 2% setahun mulai tahun 2012. Tangani inflasi dgn maintain life style ..:)cgrock

peel
02-11-2012, 09:24 AM
salam geng2 CG,

1. betul ke jadi Guru Siswazah, dah xde option EPF?
maknanya memang kena pilih pencen?

2. let say dahde akaun KWSP disebabkan dulu kerja ngan swasta, jika join kerja kerajaan (jadi Guru Siswazah), boleh ke withdraw kesemua amount duit epf tu? kalau boleh kluar semua, bagaimana caranya? kena tunggu surat sah jawatan atau dpt surat tawaran kerja pun dh bole apply?

3. sekarang tempoh sah jawatan dlm kerajaan 1 tahun je ke atau masih sama 3 tahun?

sekrg ni semua yg keje gomen dh takde yg epf.....sah jawatan dlm masa 1 hingga 3 thn..
Duit pf bole kluar seme lps cukup 3 tahun..duit drp keje swasta bole kluar seme & yg gomen dia tolak duit bhg dia masuk.

2bz4money
02-11-2012, 09:47 AM

itu la strategi utk bersihkan tabung epf dgn cara join gomen keje jawatan tetap dan berpencen..:)cgrock:)paid

apoilenjau
02-11-2012, 12:26 PM
bergantung pada individu tu nak pencen ke nak EPF. Tepuk dada tanya hati.

2bz4money
02-11-2012, 03:17 PM
bergantung pada individu tu nak pencen ke nak EPF. Tepuk dada tanya hati.

mrk yg pilih EPF pasal rasa x lama dlm gomen dan selalunya mrk ni bujang 'happy go lucky', tiada tanggungan apa2 lagi. tapi sekiranya nak bertapak terus dlm gomen dan berumah tangga dgn anak max 5 dan pakai guna fasiliti loan 100%; pencen jadi pilihan.

2bz4money
03-11-2012, 07:22 AM
1. yg tu aku x tau, kalo penjawat awam lain die mmg bg option EPF @ pencen.

2&3. boleh kuarkn semua duit epf, tupun hanya akaun pertama, kalo x silaplh, tupun around RM 10K gaklah, tu selepas 3 tahun bekerja di gomen (eventhough ko dh kompom less then 1 year). sila rujuk pada unit HR sbb yg kuarkn surat kompom dlm jawatan & kompom dlm gomen tu mmg keje HR. borang ntuk kuarkn duit boleh di donlot dr website KWSP.

02 November, 2012 21:24 PM

6,406 Pegawai Lantikan SPA Diberi Pengesahan Perkhidmatan Bulan Lepas - Pengerusi SPA

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Seramai 6,406 pegawai lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan diberi taraf berpencen, bulan lepas.

Pengerusi SPA Tan Sri Mahmood Adam berkata sepanjang bulan lepas juga SPA mengadakan empat mesyuarat suruhanjaya melibatkan 54 kertas pelantikan membabitkan 1,922 calon lantikan tetap, 82 kertas rayuan tatatertib dan 15 kertas rayuan naik pangkat.

Dalam satu kenyataan Jumaat, beliau berkata setiap keputusan yang dibuat adalah teratur dan muktamad setelah menimbang dengan teliti dan mengambil kira pandangan setiap ahli mesyuarat supaya keputusan yang dibuat adalah bertepatan.

"Segala keputusan akan dimaklumkan kepada calon/penjawat awam yang terlibat dengan kadar segera," katanya.
-- BERNAMA

mm2003
05-11-2012, 01:13 PM
jawatan kontrak w/pun gred 41 tp x de pilihan, terpaksa ambik epf...tp memandangkan umo yg semakin meningkat, brp sgt la blh dpt kalo amik pencen?

croody
14-12-2012, 05:49 PM
kalu kita amik skim pencen..pastu masuk private, boleh aktifkan blk epf ke?