PDA

View Full Version : Kontraktor Rumah Impian


akuworld
30-07-2008, 05:47 PM
Assalamualaikum semua,

Saya merupakan ejen bagi syarikat WAWASAN INTACT CONSTRACTION SDN BHD yang bersedia memberikan perkhidmatan terbaik kepada anda bagi merialisasikan impian anda dalam membina, membeli dan mengubah suai rumah impian anda. Syarikat yang berpengalaman sejak tahun 1970.

Syarikat WIC juga bersedia memberikan perkhidmatan percuma dari segi rekaan plan, sebut harga pembinaan, urusan khidmat guaman dan urusan pinjaman kerajaan / bank.

Syarikat WIC berpusat di Melaka dan mempunyai cawangan di Selangor (Banting), Johor (Muar, Batu Pahat)

Jika ada yang berminat untuk membina banglo di tanah sendiri dan mencari-cari kontraktor yang berwibawa, bolehlah menghubungi saya. Begitu juga jika ada yang berminat membeli rumah teres yang dimajukan oleh pihak WIC dikawasan Melaka dan Johor, boleh juga menghubungi saya.

"LETS US MAKE YOUR DREAM HOMES COMES TRUE"

Sang_Buana
30-07-2008, 10:40 PM
berapa bajet buat umah banglo satu tingkat 5 bilik..
tanah tuan umah sendiri..just nak tahu kos umah banglo tersebut..dari awal hingga siap pembinaan ...termasuk kos upah dah sbgainya..
leh bagi anggaran tak ??? terima kasih

yusry2007
31-07-2008, 03:50 PM
berapa bajet buat umah banglo satu tingkat 5 bilik..
tanah tuan umah sendiri..just nak tahu kos umah banglo tersebut..dari awal hingga siap pembinaan ...termasuk kos upah dah sbgainya..
leh bagi anggaran tak ??? terima kasih

btol tu, den pon bermint gakk..

akuworld
31-07-2008, 05:49 PM
berapa bajet buat umah banglo satu tingkat 5 bilik..
tanah tuan umah sendiri..just nak tahu kos umah banglo tersebut..dari awal hingga siap pembinaan ...termasuk kos upah dah sbgainya..
leh bagi anggaran tak ??? terima kasih

Terima kasih tuan,

Anggaran Bajet sebuah rumah banglo setingkat 5 bilik mengikut keadaan semasa selepas kenaikan harga minyak baru-baru ini ialah amtara 190k hingga 250K. Itu itu bergantung kepada jenis dan kualiti bahan binaan & kemasan yang digunakan serta jenis tanah.

Pihak syarikat sudah ada beberapa reka bentuk rumah.Tuan boleh membuat memilih dan membuat pengubahsuaian.Kalau tuan dah ada design sendiri pun tak menjdi masalah.Pihak syarikat juga bersedia memberi pandangan dan menjadi jururunding tentang kesesuaian sesuatu reka bentuk rumah.

Apa kata kita jumpa dan berbincang mana-mana yg patut... Banyak kelebihan yang akan tuan dapat nanti..insyaallah

sideskirt
31-07-2008, 05:51 PM
JB tak cover ka ... :-?

akuworld
31-07-2008, 06:20 PM
btol tu, den pon bermint gakk..

tak de hal...cadangan nak buat umah kat mana ni bro yus?

akuworld
31-07-2008, 06:23 PM
JB tak cover ka ... :-?

JB cover gak..Pihak syarikat akan turun jumpa customer

cput
31-07-2008, 06:31 PM
landlord, if aku nak betulkan umah je bleh, sambil tue merenovate umah? bley ka

ejoybaik
31-07-2008, 06:37 PM
wahh cam bes ajer offer nih...
rumah impian aku cam nih...
rumah sedia ada nih aku tak mo kosek...aku cuma nak topap kat atas ajer then.. kalo buleh kat tingkat atas tuh ada dalam 3 bilik ajer cukup dan satu swiming pool sekali kat tingkat atas tuh... hehhe
agak2 kalau idea sengal aku nih.. brapa duit aku kene standby

akuworld
31-07-2008, 06:42 PM
Proses Kerja Pembinaan (selepas perbincangan):

1) Penyiasatan Tapak
Menyiasat Tanah - Tujuan penyiasatan tanah ialah mengenal pasti lapisan tanah dan kekuatan tanah serta untuk membuktikan kesahihan dan menambahkan maklumat terkumpul.

Maklumat yang diperoleh akan digunakan untuk menyediakan reka bentuk binaan yang selamat dan ekonomi.

Mengenal pasti kesesuaian asas bangunan yang lebih selamat dan ekonomi.
- Tanah padat (Solid soil): menggunakan Asas Pad (Pad foundation)
- Tanah tidak padat / tanah gambut (Non-solid soil): menggunakan Cerucuk (Piling)

2. Reka Bentuk Struktur

Struktur bangunan dibina mengikut Undang-undang Bangunan.

Wawasan menggunakan 'Isolated Pad Footing'/Frame Design.


Wawasan Intact menggunakan sistem dinding tidak galas / tanggung beban iaitu membina struktur kerangka bangunan dahulu sebelum menjalankan kerja bata.

Kelebihan menggunakan sistem dinding tidak galas beban ialah:-

- Dinding bangunan tidak mudah runtuh jika anak-anak atau cucu tuan rumah hendak menjalankan kerja-kerja pembaikan (renovation) ke atas rumah tersebut pada masa akan datang.
- Dinding tidak akan tanggung beban yang banyak.
- Pembaikan boleh dibuat tanpa rasa takut bumbung bangunan runtuh.

3. Konkrit

Wawasan menggunakan konkrit bancuh siap untuk membina struktur bangunan.


- Bancuhan dibuat di loji pusat membancuh, kemudian dibekalkan kepada tapak binaan melalui trak penggaul konkrit.

Kelebihan menggunakan konkrit bancuh siap ialah:-


- Bancuhan konkrit lebih bermutu.
- Jika bancuhan konkrit dilakukan sendiri di tapak, tiada kontraktor dapat mengawasi kerja-kerja bancuhan di tapak binaan selama 24 jam. Nisbah bancuhan yang tidak tepat akan menjejaskan mutu konkrit yang dikehandaki.
- Perangai pekerja.
- Tidak cukup tangan membuat kerja.
- Jimat masa.

Kelebihan menggunakan sistem dinding tidak galas beban ialah:-


- Dinding bangunan tidak mudah runtuh jika anak-anak atau cucu tuan rumah hendak menjalankan
kerja-kerja pembaikan ke atas rumah tersebut pada masa akan datang.
- Dinding tidak akan tanggung beban yang banyak.
- Pembaikan boleh dibuat tanpa rasa bimbang bumbung bangunan runtuh.

Bancuhan konkrit yang Wawasan gunakan ialah ready mix grade 25 iaitu bersama dengan 'conventional mix' nisbah campuran konkrit (1 : 1 : 3) iaitu 1 simen : 1 batu baur halus : 3 batu baur kasar dan air.

Pasir / Batu halus yang dikeluarkan oleh kilang konkrit telah menjalani ujian terlebih dahulu. Ini bertujuan bagi memastikan pasir terhindar dari segala kekotoran kerana:-


- Jika pasir mengandungi sulfur / garam, akan menghakis besi tetulang dan menggalakkan pengaratan - mempengaruhi kekuatan bangunan.
- Jika mengandungi lumpur atau minyak akan menjejaskan kualiti konkrit.
- Pasir yang kotor/mengandungi kekuatan bangunan.

Wawasan menggunakan acuan logam untuk kerja-kerja acuan struktur. Kelebihan-kelebihan menggunakan acuan logam:-


- Dapat mengelakkan kehadiran anai-anai.
- Tidak melakukan pembaziran paku dan paku tidak bersepah di tapak bina - dapat mengelakkan kemalangan dari berlaku.
- Lebih cepat dan selamat.
- Mesra alam (enviroment friendly) - tiada pembakaran kayu.

4.Lapisan Kalis Air untuk Rasuk Luar & Penurunan Aras

Fungsi lapisan kalis air ialah memberikan perlindungan tang memuaskan kepada dinding luar iaitu mengelakkan kelembapan dinding yang akan mengakibatkan fungus/kulat/cendawan.

Kedudukan yang baik untuk pemasangan lapisan kalis air ialah:-


- Pada permukaan dalam rasuk lantai.
- Pada permukaan dalam bagi setiap penurunan.

5. Kaedah-kaedah pembinaan struktur lantai

1) Masukkan lapisan kalis air pada permukaan dalam rasuk lantai.
2) Masukkan tanah
3) Padatkan tanah dengan menggunakan mesin.
4) Masukkan crusher run (3-4 inch). - Berfungsi untuk memampatkan sedikit lapisan tanah.
- Untuk menambah satu (1) lapisan antara tanah dan konkrit.

5) Ratakan permukaan crusher run dengan menggunakan mesin rammer.
6) Semburkan ubat anai-anai di atas crusher run (2 tin / 8 Liter ubat anai-anai) sebagai perlindungan tambahan (extra protection).
7) Tutup permukaan dengan plastic sheet sebagai lapisan kalis air dan kelembapan.
8) Letakkan bar reinforcement (BRC) size G65 di atas permukaan.
9) Tuang konkrit 'site mix' sebagai Konkrit lantai.
10) Sebelum kerja bata dilakukan, lapisan kalis lembab (LKL) / damp-proof course (DPC) diletakkan di atas rasuk lantai sebagai rintangan kelembapan.


sambungan...

sideskirt
31-07-2008, 06:43 PM
JB cover gak..Pihak syarikat akan turun jumpa customer

nampak mcm beso je projek ko ni , renovate ko layan tak?

akuworld
31-07-2008, 06:46 PM
landlord, if aku nak betulkan umah je bleh, sambil tue merenovate umah? bley ka

Pasal nak betulkan umah skit2 ni, rasanya syarikat tak berapa nak buat la. Syarikat lebih tumpu pada pembinaan rumah baru. Tapi tak pe nanti aku roger2 pengurus. Mana tau setuju plak dia nak buat. Lokasi kat mana bro?

akuworld
31-07-2008, 06:50 PM
nampak mcm beso je projek ko ni , renovate ko layan tak?

Syarikat ni memang dah berpenagalaman. Banyak projek perumahan dah buat kat Melaka & Johor. Rumah juta2 di KL pun dah banyak bina. Pasal renovate ni, syarikat tak berapa nak ambik. Tapi aku cuba tanya dulu..kot2 ada terbukak hati dia nak buat

akuworld
31-07-2008, 06:54 PM
wahh cam bes ajer offer nih...
rumah impian aku cam nih...
rumah sedia ada nih aku tak mo kosek...aku cuma nak topap kat atas ajer then.. kalo buleh kat tingkat atas tuh ada dalam 3 bilik ajer cukup dan satu swiming pool sekali kat tingkat atas tuh... hehhe
agak2 kalau idea sengal aku nih.. brapa duit aku kene standby

Idea ko tu dahsyat gak...rumah jutawan tu, siap ada kolam renang.
Ko sedia je 100000juta rupaih, hehehehe

akuworld
31-07-2008, 07:03 PM
sambungan..

6. Kerja Bata

Bata dihasilkan daripada tanah liat yang digunakan untuk membina dinding bangunan.

Kelebihan-kelebihan ialah:-


- Menghindari kemerosotan pada struktur.
- Mengelakkan kerosakkan kemasan pada dinding, lantai, perabot juga mengganggu kesihatan pengguna.

Pada setiap empat (4) lapisan bata, mesti diletakkan jaring besi bagi menambahkan kekuatan ikatan bata.


- Setiap empat ketul bata, letak jaring besi untuk menambahkan kekuatan ikatan bata.

Pada tiang atau jenang pintu, mesti diletakkan fish tail untuk mengukuhkan ikatan bata dengan tiang / pintu.


7. Bumbung

Wawasan menggunakan kayu masak (Grade B)/kayu keras untuk membina bumbung supaya tidak mudah diserang anai-anai.


- Kayu masak adalah kayu yang telah disapu/sembur ubat anai-anai.

Kecerunan bumbung yang biasa digunakan dalam pembinaan bumbung Wawasan ialah 30 .

Keperluan minimum untuk arkitek:-


- 25 untuk bumbung Genting.
- 22 untuk bumbung Ardek.

Kecerunan bumbung:-

- Bumbung yang akan nampak cantik/stabil.
- Bumbung yang 30 dapat kurangkan kepanasan.
- Kayu/rasuk pada bumbung yang tidak curam akan mudah patah atau melenduk.
- Bebanan kurang.

Sebab-sebab mengapa Wawasan menggunakan kecerunan tersebut ialah:-

- Kelihatan lebih cantik (Aesthetic).
- Memudah air hujan untuk mengalir juga mengelakkan kebocoran.
- Kurang beban.

Sebelum pemasangan penutup genting, Kertas Aluminium/kertas kilat harus dibentangkan.

Kelebihan penggunaan kertas kilat adalah:-


- Dapat mementulkan haba.
- Supaya suhu dalam bangunan lebih sejuk.

8. Kerja Plaster

Sebelum kerja plaster dilakukan:-

- Benang hendaklah ditarik pada permukaan dinding sebagai penanda bertujuan mendapatkan kelurusan permukaan dinding plaster yang sekata - jarak maximum 6 kaki.

Untuk permukaan dinding dalam - Wall coat cement dicampurkan untuk mendapatkan permukaan yang lebih licin.

Untuk permukaan dinding luar - Simen gam / Adhesive cement (saiz molekul pasir 1mm) digunakan untuk mendapatkan permukaan yang lebih rata.

9.Pembahagi antara Siling dan Dinding

Pembinaan skirting di antara siling dan dinding juga mempengaruhi pembinaan bumbung.

Kelebihan penggunaan skirting adalah:-

- Kelihatan lebih cantik
- Dapat mengelakkan habuk dari jatuh

10. Anggaran Kos

Wawasan menggunakan kaedah 'Break Down'.

Tujuan:-
- Memudahkan tuan rumah memahami kaedah pengiraan kos rumah.
- Kontraktor mudah ambil tindakan lanjut jika terdapat kerja-kerja tambahan.
- Memudahkan kerja-kerja pengiraan jika terdapat perubahan.
- Mengelakkan salah faham dalam kerja pengiraan kos bangunan.
- Membuat klien lebih berpuas hati dengan anggaran kos bangunan.
- Kerja-kerja pembinaan akan berjalan dengan lebih lancar.

Kotesyen pembinaan rumah berdasarkan harga setiap item yg digunakan. Kaedah ini lebih telus.

misterkrul
07-10-2009, 12:40 AM
nak tny, sy bercadang membeli tanah di melaka saiz lebih kurang 6000 kaki. nak tny brape kos utk buat rumah 2 tingkat yg ade 5 bilik? klo bleh reply segera ke emel misterkrul@gmail.com

sconsult
07-10-2009, 12:45 AM
nak tny, sy bercadang membeli tanah di melaka saiz lebih kurang 6000 kaki. nak tny brape kos utk buat rumah 2 tingkat yg ade 5 bilik? klo bleh reply segera ke emel misterkrul@gmail.com

mesti kena buat cantik2 ni

adranath
10-10-2009, 04:18 PM
Terima kasih tuan,

Anggaran Bajet sebuah rumah banglo setingkat 5 bilik mengikut keadaan semasa selepas kenaikan harga minyak baru-baru ini ialah amtara 190k hingga 250K. Itu itu bergantung kepada jenis dan kualiti bahan binaan & kemasan yang digunakan serta jenis tanah.

Pihak syarikat sudah ada beberapa reka bentuk rumah.Tuan boleh membuat memilih dan membuat pengubahsuaian.Kalau tuan dah ada design sendiri pun tak menjdi masalah.Pihak syarikat juga bersedia memberi pandangan dan menjadi jururunding tentang kesesuaian sesuatu reka bentuk rumah.

Apa kata kita jumpa dan berbincang mana-mana yg patut... Banyak kelebihan yang akan tuan dapat nanti..insyaallah


rege minyak dah lame turun..rege ade turun x?...hehehhe

ilarazali
10-10-2009, 07:58 PM
uish semuanya dok story umh besar ehh :D

kalau nk reno umh teres kat area shah alam boleh mai ke?

sconsult
10-10-2009, 08:10 PM
uish semuanya dok story umh besar ehh :D

kalau nk reno umh teres kat area shah alam boleh mai ke?

tahniah le...mesti lebih selesa lepas ni

kancil biru
10-10-2009, 08:31 PM
bump buat TT..he he

azhar86
10-10-2009, 08:40 PM
TT bg la contoh gambar rumah & plan rumah...
Aku ngah planning baik punyer nih...

Bg yg cun2 yea...

:)cgrock

sconsult
10-10-2009, 08:49 PM
Insya'Allah next week, aku start aktif dengan sebuah syarikat pembinaan. Buat masa ni, aku cover Johor Utara (Bt Pahat, Muar, Tangkak), Melaka & N.Sembilan. Kebetulan aku dilantik sebagai salah seorang Pengarah Kejuruteraan syarikat tersebut. Kalau ada yang minat nak buat rumah banglo, dah bolehlah hubungi aku.

Sang_Buana
12-10-2009, 03:27 PM
semalam tak silap member syarikat yg sama call aku...bagus2 insyallah hujung tahun ni balik bincang pasap buat umah...
kalau bajet RM270K umah mcm mana leh dpt ?
siap dengan pagar lagi aku nak sekeliling umah..

ada pic gambaran tak ?
gambar2 yg lepas ke ...
contoh umah yg dah siap ker..kasi je nak layan tengok2 dulu

Sang_Buana
12-10-2009, 03:28 PM
TT bg la contoh gambar rumah & plan rumah...
Aku ngah planning baik punyer nih...

Bg yg cun2 yea...

:)cgrock

ye betul.pic please..:D

Sang_Buana
12-10-2009, 09:21 PM
http://img2.mudah.my/images/13/1301143520.jpg

yg pic ni saya copy dari mudah.com
harga dia org jual umah ni rm338k
termasuk tanah luas 5000 kps lebih tak silap
so kalau tuan tanah tengok design ni secara kasar agak2 berapa kos bina rumah tersebut. pihak owner sediakan tanah sendiri just kos bina rumah sahaja

sconsult
12-10-2009, 09:30 PM
semalam tak silap member syarikat yg sama call aku...bagus2 insyallah hujung tahun ni balik bincang pasap buat umah...
kalau bajet RM270K umah mcm mana leh dpt ?
siap dengan pagar lagi aku nak sekeliling umah..

ada pic gambaran tak ?
gambar2 yg lepas ke ...
contoh umah yg dah siap ker..kasi je nak layan tengok2 dulu

Nanti aku usahakan pic yang dah siap & sedang buat.

sconsult
12-10-2009, 09:32 PM
http://img2.mudah.my/images/13/1301143520.jpg

yg pic ni saya copy dari mudah.com
harga dia org jual umah ni rm338k
termasuk tanah luas 5000 kps lebih tak silap
so kalau tuan tanah tengok design ni secara kasar agak2 berapa kos bina rumah tersebut. pihak owner sediakan tanah sendiri just kos bina rumah sahaja

Sekitar 270k...bergantung juga kepada material. Apa2pun kena tengok detail pelan juga.

Sang_Buana
13-10-2009, 08:20 AM
ok thanks................

Sang_Buana
16-10-2009, 07:32 PM
up sikit lg untuk TT hehehe

aryan_audi
17-05-2010, 10:05 AM
up sikit..

aryan_audi
17-05-2010, 10:07 AM
aku pn tgh buat renovation rumah sekarang...ada sapa2 berminat ke?

syahmi_177
27-06-2010, 10:57 PM
sy nk wt rumah 2 tingkat 4 bilik...duk muar...cmne nk jumpe?

aryan_audi
16-10-2010, 12:28 PM
sy nk wt rumah 2 tingkat 4 bilik...duk muar...cmne nk jumpe?

ko masih berminat ke?boleh aku bg no contact kontraktor tu:)

noor.sensei
27-10-2010, 09:55 AM
Assalammualaikum...

Saya nak bina rumah tuk famili kat pagoh..
tanah tu tak besar just 3/4 ekar aje....
agak2 bape ek anggaran tuk bina rumah kat sana?...
banglo leh tak?

Thanks...

sconsult
27-10-2010, 09:59 AM
siapa nak buat rumah/renovate, pm je aku, beri nama & no tel. nanti aku arrange utk appointment.

_killer_
27-10-2010, 10:00 AM
boleh buat rumah dgn kos 50k tak? 3 bilik 2 bilik air.

cipen
10-02-2012, 11:31 AM
Buat rumah kos RM50,000 , 3 bilik dan 2 bilik air, cukup, tapi kena out source sendiri la

Kiraan :
Gaji 4 ke 5 orang pekerja mahir Indonesia selama 1 bulan bekerja
RM10,000
Bahan2 binaan RM39,000 .
Wiring RM1,000

Dinding batu blok
atap zink yang bentuk mcm atap genting tu
tingkap ako
pintu RM70 playwood punya
sistem kumbahan stail perigi bertutup
lagi apa ye, seme basic2 punya la
boleh la duduk dgn selesa

Keju Massam
10-02-2012, 11:44 AM
impian wa.. nk ada banglo ala2 resort... hehehe