PDA

View Full Version : Khalil Yaakob 'juara' bida nombor plat kereta negara


eishen
30-07-2008, 09:54 AM
MELAKA, 30 Julai (Hrkh) - Gejala pembaziran yang berlaku di kalangan pemimpin Umno seperti 'irama dan lagu' yang tidak boleh dipisahkan walaupun pelbagai pendedahan telah dibuat, namun ianya tidak memberikan kesan kepada mereka.
Iklan




Terbaru, Yang Dipertua (YDP) Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob, yang juga merupakan bekas Menteri Besar Pahang, sekali lagi membida nombor pendaftaran kenderaan untuk dua buah kereta di Jabatan Pengangkutan Jalan Melaka, sebanyak RM55,558.

Bidaan tersebut dibuat atas nama Tun Mohd Khalil Yaakob dengan nombor kad pengenalan 371229-06-5295 bagi nombor pendaftaran MBQ 1 sebanyak RM47,300 dan ianya merupakan jumlah bidaan yang tertinggi untuk nombor siri MBQ.

Manakala, beliau juga turut membida satu lagi nombor pendaftaran iaitu MBQ 11 sebanyak RM8,258 dan ini menjadikan jumlah bidaan yang dibuat oleh Tun Khalil sebanyak RM55,558.

Pada akhir November lalu, penduduk Melaka telah digemparkan apabila beliau bertindak membida dua nombor pendaftaran bagi nombor siri MBN iaitu bagi MBN 1 sebanyak RM56,100 dan MBN 8 dengan harga RM22,000 dan ini menjadikan nilai bidaan yang telah dibuat oleh Tun Khalil pada masa itu berjumlah RM78,100.

Secara keseluruhannya jumlah bidaan yang dibuat oleh Tun Khalil bagi empat buah kereta adalah sebanyak RM133,658 seterusnya mengalahkan rekod yang dipegang oleh bekas Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Shahidan Kassim yang menender nombor plat RG 1, RG 9, RG 12 dan RG 17 sehingga mencecah RM120,000.

Dalam pada rakyat dibebankan dengan kenaikkan harga minyak yang melampau sehinggakan ada yang makan pagi kais pagi, makan petang kais petang namun pada ketika yang sama pemimpin Umno-BN berlawan sesama sendiri mempamerkan kekayaan mereka secara terang kepada rakyat dan melakukan pembaziran wang rakyat tanpa rasa bersalah.

Penduduk Melaka juga mempersoalkan bagaimana kerajaan negeri tergamak memberi pampasan yang sedikit, di mana cuma sebanyak RM1,600 kepada nelayan yang hilang punca pendapatan akibat daripada projek penambakan laut di sepanjang pantai Melaka tetapi pemimpin negeri boleh pula membazirkan ratusan ribu untuk membeli plat kereta!

Jadi amat wajarlah saranan Ketua Pemuda PAS Melaka, Ustaz Kamarudin Sidek, supaya bacaan doa yang khas dibacakan kepada YDP Melaka selepas 'Khutbah Jumaat' dihentikan kerana ianya menimbulkan suasana tidak tenteram dan kurang senang di kalangan jemaah solat yang tidak mahu bersubahat mendoakan kesejahteraan hidup seorang pemimpin yang membazir.

Apatah lagi, dua individu iaitu bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Pahang, Razali Alias dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Berserah, Pahang, Dato' Fauzi Abdul Rahman, yang masing-masing telah membuat laporan kepada pihak berkuasa terhadap penyalahgunaan kuasa oleh bekas Menteri Besar Pahang itu dalam isu balak.

Satu lagi laporan polis terhadap Khalil juga pernah dibuat oleh Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak) Pahang pada bulan September lalu tetapi kes tersebut telah diistiharkan ditutup oleh Pengarah Siasatan BPR, Dato' Mohd Shukri Abdul, baru-baru ini. - mks. _

marlen
30-07-2008, 09:56 AM
mmg membazir tp beria suruh rakyat ubah cara hidup...cakap xserupa bikin

tirani
30-07-2008, 09:56 AM
org ada duit..bukan belanja pakai akai..tp tu duit sapa..dia sendiri ka sapa..

AlchemisT
30-07-2008, 09:58 AM
mmmm diorg byk duit...

nanonano
30-07-2008, 10:11 AM
'1 lagi projek kerajan barisan nasional'

dek_ang
30-07-2008, 10:14 AM
mmmm diorg byk duit...


dorang banyak duit..masalahnye bukan sume duit dorg..duit kite pon termasuk skali dalam tuh..

cikepong
30-07-2008, 10:15 AM
emmmm sedap dia je guna duit rakyat buat pembaziran...

tokputih
30-07-2008, 10:17 AM
ala dia bida pun bukan guna duit dia.. duit rakyat apa dia nak heran....

akay
30-07-2008, 10:19 AM
mentang2 guna title TYT...

moneymaker3000
30-07-2008, 10:19 AM
diorang ingat rakyat suke sgt ke diorang ni pakai keter2 mewah, hidup mewah? Kerajaan skang ni mmg betul2 nak jadikan kerajaan zaman kesultanan melaka dulu...yang hidup senang hanya org2 istana, kerajaan dan pembesar2 negeri, rakyat takleh hidup senang..sumer susah

badawidollah
30-07-2008, 10:32 AM
'1 lagi projek kerajan barisan nasional'

best la sume project BN

ExAvantz
30-07-2008, 10:40 AM
sebab dari dulu dah biasa pulun duit rakyat !

vw golf
30-07-2008, 10:40 AM
kubur dah panggil pun masih nak melaram ...........nelayan kt melaka hilang pendapatan .....

ratusanRM
30-07-2008, 10:44 AM
ala dia bida pun bukan guna duit dia.. duit rakyat apa dia nak heran....


tu la prinsip AMENO & Be End :(scam :(scam :(scam

shadow
30-07-2008, 10:52 AM
mati cepat la pemimpin2 macam ni

KrisSMerah
30-07-2008, 10:53 AM
1 lagi projek kerajan barisan nasional'

xpe la. utk pemimpin kita jugak kan. apa ada hal. duit petronas kan byk lagi.

reeez80
30-07-2008, 12:51 PM
mcm nie ke nak jadi contoh kepada rakyat??? hehehe... membazir tak tentu arah...

begpower
30-07-2008, 12:58 PM
gunakan duit dengan cara yang betul dah tu.. beli mahal2 pun dapat kat gomen jugak..hehehe (mcm menteri beso pahang ckp)

badawidollah
30-07-2008, 01:34 PM
membazir wang x habis2 UMNO ni

samyu
30-07-2008, 08:14 PM
mmg membazir tp beria suruh rakyat ubah cara hidup...cakap xserupa bikin

macam mana nak ikut kalau sikepala sendiri pun tak betul.

kawecool
30-07-2008, 08:36 PM
ore umeno mmg pembazir.. kecian kat ore melaka..kenapala org negeri pahang jadi YDP..dh xder ke org MElaka yg boleh jd YDP???

ambik org pahang..dhla kaki makan rasuah..x RESPEK langsung aku..

kut2 dpt banyak duit hasil jual title- DAtuk dsb..

hampes!!

aHmadDaniEL
30-07-2008, 08:38 PM
kecewa siot baca brita nih...

redha79
30-07-2008, 08:45 PM
Suyal tul lah.... nombor plate nyer pasal sanggup berpuluh ribu abis.... memang suyal sesuyal suyal nyer..... Baik duit tuh bagi aku langsaikan utang ked kredit nii.... huarghhhhhh!!!!:mad:

fms
30-07-2008, 10:52 PM
'1 lagi projek kerajan barisan nasional'

YDP Melaka bukan dari BN ke?? camne leh jadi YDP plak??
x salah ex-MB Pahang nih..
xleh ke gulingkan dier je..huhu..
derhaka btol aku nih..
dah laa org Melaka..

zinedine
30-07-2008, 11:44 PM
YDP Melaka bukan dari BN ke?? camne leh jadi YDP plak??
x salah ex-MB Pahang nih..


Memang la dia ni bekas MB Pahang. Lepas Adnan Yaakob ganti dia jadi MB Pahang, Dr.M lantik si Khalil ni jadi Menteri Penerangan & Setiausaha Agung UMNO tahun 1998 ganti Sabaruddin Chik. Lepas PRU11 2004, dia jadi YDP Melaka la pulak.

Hanya orang yg berfahaman Islam Hadari & berpegang kpd parti UMNO-BN saja yg boleh jadi YDP Melaka, Pulau Pinang, Sabah & Sarawak.

royal_berlian
31-07-2008, 12:02 AM
tuan tanah kene tukarlah title tue dari 'juara' ke 'jaguh' :)

PopIsDead
31-07-2008, 12:07 AM
aku mmg anti TYT impot nih..

apa raa..

kasik org Pahang jd TYT kat melaka...

akai ada ka..

gihaz
31-07-2008, 12:21 AM
nanti menjawab la didepan Allah dengan semua harta & kuasa yg dianugerahkan... msa tu xde maaf2 lagi... padan muka!!

zinedine
31-07-2008, 12:24 AM
aku mmg anti TYT impot nih..

apa raa..

kasik org Pahang jd TYT kat melaka...

akai ada ka..

Kalau tak mau YDP Melaka diimport dari negeri lain, engko dan semua rakyat Melaka carilah seseorang yg boleh dilantik jadi Sultan Melaka atau Raja Melaka. Bukan ke keturunan Sultan Alaudin Riayat Shah masih hidup kat Johor? Tapi kalau nak angkat sultan/raja utk negeri Melaka, mesti kena dapat restu dari Ali Rustam Al-Pembeliti dulu. :D

sevenx17
31-07-2008, 12:26 AM
emmm..bgus dok ada..kalo pkai duit sendiri,xpe
tapi kalo pkai duit rakyat,jwb kat akhirat la yek

jejantas
31-07-2008, 12:32 AM
emmm..bgus dok ada..kalo pkai duit sendiri,xpe
tapi kalo pkai duit rakyat,jwb kat akhirat la yek

Duit sendiri pun... allah akan tanya jugak nanti :D . Jgn fikir duit kita itu adalah hak kita 100% .... itu hanya dugaan :D

clorox_bersih
31-07-2008, 12:34 AM
ni kan tokoh2 pujaan pak mido n pak kordi ni..

g r a n p a
31-07-2008, 12:37 AM
umno = membazir = rasuah

memang da jd sebati....

PopIsDead
31-07-2008, 12:39 AM
Kalau tak mau YDP Melaka diimport dari negeri lain, engko dan semua rakyat Melaka carilah seseorang yg boleh dilantik jadi Sultan Melaka atau Raja Melaka. Bukan ke keturunan Sultan Alaudin Riayat Shah masih hidup kat Johor? Tapi kalau nak angkat sultan/raja utk negeri Melaka, mesti kena dapat restu dari Ali Rustam Al-Pembeliti dulu. :D

tak kuasa la aku nak layan..

ngabeh boreh jer..

memorex lagik baik!

sERaiTok
31-07-2008, 10:31 PM
apa nk hairan... dah lumrah puak Bee End yng nk End

MANNIJAM
31-07-2008, 10:46 PM
Itu Lah Pemimpin Yang Dilahirkan Oleh "umno"

anakomar
01-08-2008, 02:23 AM
pak lah kata jangan....

clorox_bersih
01-08-2008, 02:31 AM
ala..nnt kate diorang..ni sume utk kerajaan negeri..ceh..tapi aku slalu pasal biasenye klu no plate ni XXX 1-9,mesti orang2 yg bersangkut paut kerajaan je yg dapat pakai..hmm:-?:-?

hishammarmin
01-08-2008, 03:40 AM
Duit tak habis pakai...gitu ler dihabiskan.....

sammy08
01-08-2008, 04:33 PM
yang dipertua nyanyuk dia ni

begpower
01-08-2008, 07:44 PM
Dapat duit haram.. belanje sesuka hati pun tak kisah.. lepas ni ramai lg yang sudi memberi suap..mcm tak tau

porek
01-08-2008, 09:16 PM
proxi dia tok K aahh..tu yg kaya raya tok T

Brad Pitt
02-08-2008, 10:33 AM
Tahniah utk Tan Sri...sememangnyer tiada yg mustahil bg Tan Sri...syabas...syabas....:D :D

levitez
02-08-2008, 10:47 AM
siot tol...nombor mcm ni pon nak sampai 100K. memang sengkek kepala la...

tawkeyestate
02-08-2008, 12:06 PM
aku dulu tender no kete aku bgs xx rm230 je, dtg surat jpj dia offer rm250 amik jugak la. time tu bgs 1 rm70k kalau tak silap...

abir
02-08-2008, 12:11 PM
itulah masalah org2 UMNO ni...dah byk duit lupa diri...pi heboh satu malaya...kan dah kantoi...iskh!iskh!!

DDos
02-08-2008, 12:14 PM
org ada duit..bukan belanja pakai akai..tp tu duit sapa..dia sendiri ka sapa..

duit "dia" tapi yg dia songlap masa jadi MB pahang dulu, kekekeke

:eek: :eek: :(scam :(scam

belakepare
02-08-2008, 12:23 PM
kalu plate MKY 1 (Mohd Khalil Yakob)berapo la plok dia sanggup bayo

bila tukar kerajaan nanti tahula korang suma....

irsaffy
02-08-2008, 12:36 PM
kalo dh spesis Bee end..mmg mcm ni lah

ExAvantz
02-08-2008, 12:39 PM
kat melaka ni ramai lagi rakyat miskin oooiii

levitez
02-08-2008, 12:46 PM
kasi dia pingat emasss!!

nash_d
04-08-2008, 10:47 AM
nak melingkup agaknya org tua ni...

nonama
04-08-2008, 12:34 PM
biar r die, xyah dengki pun, duit die byk, ujung˛ dpt kat gomen balik gak... huhuhu~~~

vardenq
04-08-2008, 01:32 PM
sumer tuh anak2 buah paklahla tu...

vardenq
04-08-2008, 01:33 PM
bapak borek anak cirit

leiskfuture
04-08-2008, 02:09 PM
kompem sgt ker pakai duit rakyat nih??? ala byk citer pasal bida2 nom plat nih.... susah nak caya lah.....

abusuffian
04-08-2008, 06:20 PM
camana khalil yaakob tu boleh diangkat jadi yang dipertua negeri melaka???

baik derang suruh aku je yg jd ketua menteri melaka....

rissa
05-08-2008, 01:24 PM
tahniah gabenor! bid jgn tak bid lgi

lekiu75
05-08-2008, 01:48 PM
kalau duit tu bagi bebudak nak sambung belajar ramai yg boleh masuk Universiti. Pemimpin bersama rakyat ke ni?:(( :(( :((