BTC USD 83,682.6 Gold USD 4,129.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Produk herba kuat seks Catuaba dirampas

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
je_05.1.jpg


Kamarul Azhar Kamaruddin (kanan) menunjukkan produk kesihatan yang mengandungi racun berjadual dalam serbuan di Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 31 Julai - Berselindung di sebalik kandungan herba asli dari Brazil yang kononnya boleh meningkatkan kemampuan seks golongan lelaki, satu produk kesihatan dikesan boleh mendatangkan bahaya kerana mengandungi racun berjadual.

Susulan itu, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan hari ini menyerbu sebuah premis di Jalan Sarikei di sini dan merampas tujuh kotak produk tersebut yang dianggarkan bernilai RM840.

Ketua Unit Perhubungan Media Bahagian Perkhidmatan Farmasinya, Kamarul Azhar Kamaruddin berkata, hasil ujian makmal yang dijalankan sebelum ini, produk yang dirampas itu dikesan mempunyai racun berjadual serta boleh mendatangkan mudarat kepada pengguna.

"Produk itu mengandungi sildenefil iaitu sejenis racun berjadual yang memerlukan preskripsi doktor bagi pengambilannya yang biasanya digunakan oleh pesakit tekanan melampau.

"Kesan daripada pengambilan bahan itu boleh menyebabkan penggunanya mati secara mengejut," katanya selepas menyertai operasi itu.

Menurut Kamarul Azhar, serbuan kira-kira pukul 11 pagi itu hasil risikan pihaknya serta maklumat orang ramai.

"Produk ini dikesan telah banyak diiklan di Facebook dan menarik minat ramai pengguna dalam kalangan lelaki berusia pertengahan tahun," katanya.




sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130801/je_05/Produk-herba-kuat-seks-dirampas#ixzz2almUffrI
 
Last edited:
ni produk MLM...
kena serbu syrkt MLM yang bekal kan benda nie..

atau ni brand tiruan..??

kalu ikut syrkt MLM..dah dapat kelulusan KKM
 
Banyka lagi yang guna Sidenfill..Kopi Herba yang harga smp RM8/paket..
 
kenapa ada orang jual.. bagitau ada kelulusan KKM.. confius aku...
 
ni produk MLM...
kena serbu syrkt MLM yang bekal kan benda nie..

atau ni brand tiruan..??

kalu ikut syrkt MLM..dah dapat kelulusan KKM

ada no kelulusan dia tak.. sbb aku check kt KKM .. mmg x ada...
 
ada no kelulusan dia tak.. sbb aku check kt KKM .. mmg x ada...

ni org MLM yg declare bohh...:D:D:D
kawe pun x pasti..
tp produk ni dah lama..tp skrg baru nak serbu..
nasib laa sapa yang menggunakan produk nie..
 
Back
Top
Log in Register