PDA

View Full Version : Misteri Kehilangan Geran Kereta Didalam Simpanan Bank

awiena
12-07-2013, 11:54 AM
Salam ramadhan,

Kisah nya begini, aku ada dua biji kereta..satu kereta Viva dan satu lagi kereta Hyundai Matrix...Viva ni dibeli pada tahun 2011 dan dibuat dengan sebuah bank M utara tanah air dan satu lagi kereta telah dibeli awal awal lagi pada tahun 2008 dengan sebuah bank A cawangan kota bharu.Kedua dua kereta ini telah kami buat full settlement pada bulan 4 lepas dan kami dijanjikan akan menerima geran tersebut yang akan dipos ke cawangan bank masing masing seminggu selepas tempoh pembayaran tersebut.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan..oleh kerana sibuk kerja, kami tak pergi jengok pun status geran dengan bank tersebut sehinggalah pada hari ini apabila kami nak tukar kereta baru, nak trade dengan kereta lama

apabila ditanya status kereta viva aku pada bank M, mereka cakap, cawangan asal di utara tuh kata..geran dah out pada bulan 4 dan sudah sepatutnya sampai ke bank cawangan di alor setar,namun tiada dalam rekod simpanan bank M di alor setar ( bank yang sepatutnya menerima geran tersebut). status tidak diketahui. MIA?

setelah terkejut dengan berita ini, aku check pula dgn status geran kereta Hyundai Matrix aku dengan Bank A yang berpusat di kota bharu. lagi best. status geran telah dicollect oleh seseorang. bila masa kami ambil, sepatutnya geran tu kena pos dekat cawangan bank A di alor setar ( tempat yang kami nak kutip, siap dah byar kos pos lagi)

persoalannya sekarang:

1. korang pernah ker jadi mcm ni?

2. apa perlu aku buat?

3. adakah aku boleh buat legal action dekat bank kalau geran geran ini masih tidak dijumpai ?

aku ada masalah satu lagi...kereta baru aku dah nak keluar....loan dah lulus...jadi camni lak

terima kasih

updated: petang ini sekiranya geran-geran tersebut tidak dijumpai, repot polis akan dibuat..sebagai langkah pertama...akan disusuli dengan complaint kepada pihak pihak berwajib termasuk BNM ttg kecuaian bank buat kerja

updated: bank A cawangan kota bharu dah call..terhegeh hegeh mintak maaf..salah dieorang key in info *&^*&^%*%^* apa benda ntah..ahad ni baru nak pos ke Kedah:(scam:(scam

Bank M masih lagi terkapai kapai

update: bank M last last sekali ngaku, depa hilangkan geran...depa suruh buat baru.nama di JPJ dah di potong atas nama aku full dah...ayam betui...hangpa punya salah...aku kena buat? bang ang nya bank

update: bank dah jumpa geran aku...tp dgn muka tak minta mahap buat muka seposen

response BNM:

Tuan,

Kami merujuk kepada e-mel tuan bertarikh 12 Julai 2013.

Untuk membolehkan pihak kami mengambil tindakan lanjut, sukacita sekiranya tuan dapat mengemukakan maklumat-maklumat berikut kepada pihak kami:

1) Nama penuh;
2) Nombor kad pengenalan;
3) Alamat surat-menyurat;
4) Nombor telefon; dan
5) Maklumat akaun dan bank/cawangan yang terbabit.

Untuk makluman tuan, pihak kami akan memanjangkan aduan yang diterima kepada Unit Pengurusan Aduan dan Khidmat Nasihat kami setelah menerima maklumat-maklumat seperti yang diminta di atas untuk tindakan lanjut unit ini.

Terima kasih.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang amaran penipuan kewangan, sila layari
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=216&pg=701&ac=98 dan http://www.bnm.gov.my/microsites/fraudalert/index.htm

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perbankan, insurans & takaful, sila layari
http://www.bankinginfo.com.my & http://www.insuranceinfo.com.my

Liong Wai Mun
BNMTELELINK
Bank Negara Malaysia
No Tel : 1-300-88-5465
No Faks : 03-21741515
Emel: bnmtelelink@bnm.gov.my

fine net
12-07-2013, 11:56 AM
gi jpj wt geran baru rm50 je klu x silap....

magnesium
12-07-2013, 11:56 AM
Jadi?

Awak x bertekak ke dgn bank?

Apa kata bank?

awiena
12-07-2013, 11:58 AM
gi jpj wt geran baru rm50 je klu x silap....

masalahnyer..apa bukti kenderaan tu milik aku bro? nak bawa doc apa?..takkan aku lak menanggung rugi :((

awiena
12-07-2013, 11:59 AM
Jadi?

Awak x bertekak ke dgn bank?

Apa kata bank?

bank akan call balik..depa tgh siasat ..semua ni salah depa..kan bagus masa dulu dulu hangpa bg aku pegang geran gatai sangat nak peganng geran kenderaan orang..amik ubat..

arezam0509
12-07-2013, 12:00 PM
bank statement buat full settlement bukan boleh jadi bukti..transaction history

magnesium
12-07-2013, 12:00 PM
masalahnyer..apa bukti kenderaan tu milik aku bro? nak bawa doc apa?..takkan aku lak menanggung rugi :((

Jpj ada semua rekod pemilik

Termasuk nama ic lesen dll

Felix23
12-07-2013, 12:01 PM
mak au be je wat geran kete baru smala kt jpj.. sbb kes sama ngan TT la

awiena
12-07-2013, 12:01 PM
Jpj ada semua rekod pemilik

Termasuk nama ic lesen dll

oo yer ker hmm..cuma aku tak puas hati...geran aku..sape lak amek..camne leh ilang...bank ni tak ada SOP ke? ker keje mcm budak sekolah? pakai taruk ajer geran orang merata rata :-?

fine net
12-07-2013, 12:02 PM
masalahnyer..apa bukti kenderaan tu milik aku bro? nak bawa doc apa?..takkan aku lak menanggung rugi :((

ugut bank bro...klu x settle, ko akan amik legal action..masuk dlm surat khabar.....suruh dia kuarkan surat bro....kot2 surat tu bleh guna kt jpj ke...

ringgit_maker
12-07-2013, 12:03 PM
masalahnyer..apa bukti kenderaan tu milik aku bro? nak bawa doc apa?..takkan aku lak menanggung rugi :((

Tak perlu bawa apa apa,ckp dengan pegawai geran hilang dan nak buat baru..nanti jpj cek dalam sistem

syed5245
12-07-2013, 12:03 PM
Bank ada rekod sistem semua.. Buat report polis dulu..bagi no plat je pada jpj, Nama dan rekod semua keluar dalam sistem.. Cuba la pergi jpj tanya atau call je.

awiena
12-07-2013, 12:03 PM
ugut bank bro...klu x settle, ko akan amik legal action..masuk dlm surat khabar.....suruh dia kuarkan surat bro....kot2 surat tu bleh guna kt jpj ke...

tu laaa..aku rasa nak kene ugut bank lak..masa ni la nak ugut...asyik depa saja dok ugut kita :eek::eek:

fxjunior
12-07-2013, 12:03 PM
jpj ada maklumat yang sgt lengkap sebenarnya... berapa hutang tinggal pon jpj tahu...

awiena
12-07-2013, 12:05 PM
yang aku pelik...kedua dua kereta dari bank berlainan...dan kedua dua bank ni boleh hilangkan...siap keluarkan bg orang lain pun ada..gila ker aper

syed5245
12-07-2013, 12:05 PM
ugut bank bro...klu x settle, ko akan amik legal action..masuk dlm surat khabar.....suruh dia kuarkan surat bro....kot2 surat tu bleh guna kt jpj ke...

yang ni pun betul.. Nak ajo bank buat keje ko saman jeee...

awiena
12-07-2013, 12:06 PM
Tak perlu bawa apa apa,ckp dengan pegawai geran hilang dan nak buat baru..nanti jpj cek dalam sistem

ok bro..tp kite la kene byr? bank lepas tangan ker? :-?

johnK
12-07-2013, 12:06 PM
ugut bank bro...klu x settle, ko akan amik legal action..masuk dlm surat khabar.....suruh dia kuarkan surat bro....kot2 surat tu bleh guna kt jpj ke...

ni yg terbaik, bising2 sikit, try bincang dgn peguam utk buat action

aku anggap ni kes serious, kalau ade org nk sabotaj, die bawak geran asal dgn potostet ic owner, tadaaaaaaaa, kereta bertukar nama

photostet geran ade simpan? insurance ke?

awiena
12-07-2013, 12:08 PM

aku langsung apa pun tarak :((:((:((:((:((

ahmad boestaman
12-07-2013, 12:08 PM
Sori TT,nk tupe,pasal geran TT hilang2,agak2 berapa tahun kita boleh amik geran keta kat bank.risau plak tau TT ada mslah mcmni.

awiena
12-07-2013, 12:09 PM
aku ada masalah satu lagi...kereta baru aku dah nak keluar....loan dah lulus...jadi camni lak :((:((:((

epozer
12-07-2013, 12:09 PM
Salam ramadhan,

Kisah nya begini, aku ada dua biji kereta..satu kereta Viva dan satu lagi kereta Hyundai Matrix...Viva ni dibeli pada tahun 2011 dan dibuat dengan sebuah bank M utara tanah air dan satu lagi kereta telah dibeli awal awal lagi pada tahun 2008 dengan sebuah bank A cawangan kota bharu.Kedua dua kereta ini telah kami buat full settlement pada bulan 4 lepas dan kami dijanjikan akan menerima geran tersebut yang akan dipos ke cawangan bank masing masing seminggu selepas tempoh pembayaran tersebut.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan..oleh kerana sibuk kerja, kami tak pergi jengok pun status geran dengan bank tersebut sehinggalah pada hari ini apabila kami nak tukar kereta baru, nak trade dengan kereta lama

apabila ditanya status kereta viva aku pada bank M, mereka cakap, cawangan asal di utara tuh kata..geran dah out pada bulan 4 dan sudah sepatutnya sampai ke bank cawangan di alor setar,namun tiada dalam rekod simpanan bank M di alor setar ( bank yang sepatutnya menerima geran tersebut). status tidak diketahui. MIA?

setelah terkejut dengan berita ini, aku check pula dgn status geran kereta Hyundai Matrix aku dengan Bank A yang berpusat di kota bharu. lagi best. status geran telah dicollect oleh seseorang. bila masa kami ambil, sepatutnya geran tu kena pos dekat cawangan bank A di alor setar ( tempat yang kami nak kutip, siap dah byar kos pos lagi)

persoalannya sekarang:

1. korang pernah ker jadi mcm ni?

2. apa perlu aku buat?

3. adakah aku boleh buat legal action dekat bank kalau geran geran ini masih tidak dijumpai ?

terima kasih

bahaya ni,..ntah2 keta dah kena jual kat org lain...

plasticruler
12-07-2013, 12:11 PM
naya jg kalau ada org nak buat jahat..napa pla bank nak thn2 geran..keta aku beli 2nd tak abis bayar pun dah dpt geran sbb nak hantar balik kampung kat borneo sana..ni dh bayar habis pun bank nak hold2 lagi...saman je bank..cll reporter semua..biar lepas ni bank lebih bertanggungjawab.

awiena
12-07-2013, 12:11 PM
bahaya ni,..ntah2 keta dah kena jual kat org lain...

nak jual camne...takkan die jual..keta ada kat aku...buyer lak takkan sengal beli tanpa tgk keta :D biol la buyer tu

rumahemas4u
12-07-2013, 12:12 PM
pandangan saya, 1, geran hilang buat report polis dulu ditakuti ada org dalam buat klon kereta atau insuran dan rtax, bila tuan nak buat ins dan rtax tak boleh, skg macam2 boleh jadi. 2. buat baru kat jpj rm50 dan buat batal hak milik terus, senangkan kerja TT dikemudian hari. sekadar pandangan.

:)cgrock

awiena
12-07-2013, 12:13 PM
Sori TT,nk tupe,pasal geran TT hilang2,agak2 berapa tahun kita boleh amik geran keta kat bank.risau plak tau TT ada mslah mcmni.

kalau ikut bank...lepas byr abeh semua la..kecuali ko kate ko nak kene pegi sabah sarawak ker :D (itu alasan dulu laaa)

awiena
12-07-2013, 12:14 PM
pandangan saya, 1, geran hilang buat report polis dulu ditakuti ada org dalam buat klon kereta atau insuran dan rtax, bila tuan nak buat ins dan rtax tak boleh, skg macam2 boleh jadi. 2. buat baru kat jpj rm50 dan buat batal hak milik terus, senangkan kerja TT dikemudian hari. sekadar pandangan.

:)cgrock

ok terima kasih atas idea tuan :)cgrock:)cgrock

hartanah_tender
12-07-2013, 12:14 PM
nak jual camne...takkan die jual..keta ada kat aku...buyer lak takkan sengal beli tanpa tgk keta :D biol la buyer tu

dia jual geran..jgn terperanjat nanti tetiba ada sebiji keta yg sama nombor berada dijalan raya mahupun lebuhraya

sidang muda
12-07-2013, 12:15 PM
pergi je jpj wat salinan gran baru satu rm 50

ahmad boestaman
12-07-2013, 12:15 PM
kalau ikut bank...lepas byr abeh semua la..kecuali ko kate ko nak kene pegi sabah sarawak ker :D (itu alasan dulu laaa)

Thanks TT.:).Hope problem TT dapat diselesaikan.

awiena
12-07-2013, 12:15 PM
dia jual geran..jgn terperanjat nanti tetiba ada sebiji keta yg sama nombor berada dijalan raya mahupun lebuhraya

oo yer ker ~X(~X(~X(~X(

rumahemas4u
12-07-2013, 12:16 PM
aku ada masalah satu lagi...kereta baru aku dah nak keluar....loan dah lulus...jadi camni lak :((:((:((

kaya TT ni, apa ada hal, duit dah terlebih ye tak....:D

:)cgrock

orga21
12-07-2013, 12:16 PM
report bank negara...bank buat kerja macam bank tu dia punya....

awiena
12-07-2013, 12:19 PM
kaya TT ni, apa ada hal, duit dah terlebih ye tak....:D

:)cgrock

aku buat loan peribadi dulu....MBSB..settlekan kereta...zaman 20 thn dulu laa :)):))

awiena
12-07-2013, 12:20 PM
report bank negara...bank buat kerja macam bank tu dia punya....

akan disusuli :)cgrock

hartanah_tender
12-07-2013, 12:22 PM
aku buat loan peribadi dulu....MBSB..settlekan kereta...zaman 20 thn dulu laa :)):))

mesti TT ada banyak umah ni

magnesium
12-07-2013, 12:26 PM
Kalau saya,

X nak pening kepala.

Bg tempoh pd bank untuk setelkan dgn hitam putih dan ugut nak report pd bank negara.

Habis tempoh, buat report polis dan juga report ke bank negara.

Time tu juga tt pergi buat geran baru.

Satu geran rm50 sahaja kalau nak bandingkan serabut kat kepala.

awiena
12-07-2013, 12:27 PM

yup..thats the plan

liverpool
12-07-2013, 12:31 PM
Report polis 1st,, 2nd buat geran baru

awiena
12-07-2013, 12:33 PM
pihak bank A sudah di warning utk beri status by today kalau tak report polis akan dibuat....pihak Bank M...masih line busy..tak sempat nak kasi warning..kali ni...kes ni aku nak bawak ke BNM dan legal...oo..asyik asyik bank ajer boleh gertak pengguna...kali ni kita tgk sape gertak sapa..:)

awiena
12-07-2013, 12:34 PM
Report polis 1st,, 2nd buat geran baru

kene duit lagi aduhh ~X(~X(~X(

tangtadiy
12-07-2013, 12:37 PM
Orang Bank ni buat kerja ikut suka hati. Lepas tu tak mahu bertanggungjawab, lepas tangan atas masalah yang tuan kena hadapi. Buat repot polis kemudian pi kacau minta Bank setelkan sampai tuan dapat balik geran tu walau denganapa cara sekalipun. kalau tak saman saja. Ini saja caranya.

stop loss
12-07-2013, 12:38 PM
macam sama je kes..
geran hilang di bank tutttt..
report polis siap dia blh kata "biasa la bank tutttt.. selalu buat hilang"
buat baru di JPJ pun dia kata macam tuu.. dia cek keta aku 3 saat kemudian terus buat geran baru tanpa was-was..

awiena
12-07-2013, 12:39 PM

aku suspek sindiket wat keje ni ..jual geran

agen14
12-07-2013, 12:40 PM
keta aku tahun depan baru abis bayar tapi geran tu dah lama aku simpan.. time ambik kat bank masa nak renew roadtex dulu aku terus simpan.. tak hantar balik dah...

ediman4u
12-07-2013, 12:41 PM
Salam ramadhan,

Kisah nya begini, aku ada dua biji kereta..satu kereta Viva dan satu lagi kereta Hyundai Matrix...Viva ni dibeli pada tahun 2011 dan dibuat dengan sebuah bank M utara tanah air dan satu lagi kereta telah dibeli awal awal lagi pada tahun 2008 dengan sebuah bank A cawangan kota bharu.Kedua dua kereta ini telah kami buat full settlement pada bulan 4 lepas dan kami dijanjikan akan menerima geran tersebut yang akan dipos ke cawangan bank masing masing seminggu selepas tempoh pembayaran tersebut.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan..oleh kerana sibuk kerja, kami tak pergi jengok pun status geran dengan bank tersebut sehinggalah pada hari ini apabila kami nak tukar kereta baru, nak trade dengan kereta lama

apabila ditanya status kereta viva aku pada bank M, mereka cakap, cawangan asal di utara tuh kata..geran dah out pada bulan 4 dan sudah sepatutnya sampai ke bank cawangan di alor setar,namun tiada dalam rekod simpanan bank M di alor setar ( bank yang sepatutnya menerima geran tersebut). status tidak diketahui. MIA?

setelah terkejut dengan berita ini, aku check pula dgn status geran kereta Hyundai Matrix aku dengan Bank A yang berpusat di kota bharu. lagi best. status geran telah dicollect oleh seseorang. bila masa kami ambil, sepatutnya geran tu kena pos dekat cawangan bank A di alor setar ( tempat yang kami nak kutip, siap dah byar kos pos lagi)

persoalannya sekarang:

1. korang pernah ker jadi mcm ni?

2. apa perlu aku buat?

3. adakah aku boleh buat legal action dekat bank kalau geran geran ini masih tidak dijumpai ?

aku ada masalah satu lagi...kereta baru aku dah nak keluar....loan dah lulus...jadi camni lak

terima kasih

updated: petang ini sekiranya geran-geran tersebut tidak dijumpai, repot polis akan dibuat..sebagai langkah pertama...akan disusuli dengan complaint kepada pihak pihak berwajib termasuk BNM ttg kecuaian bank buat kerja

inilah masanya untuk saman bank akibat cuai dan sebagai pengajaran :D

ameant
12-07-2013, 12:43 PM
aku bulan ke-2 amik kereta seken dah mintak geran kat bank, sebab tukar engine.

bank suruh pulang selepas siap endorse. sampai abis bayar (5 tahun)aku tak pulangkan :D

azamnetwork
12-07-2013, 12:43 PM
aku suspek sindiket wat keje ni ..jual geran

-kereta dari seberangkan nak guna geran banyak. kehkehkeh.
-bro buat geran baru aje kat jpj tapi suruh bank bayarkan sebagai ganti rugi.
-bro trade in kereta viva dan matrix dapat berapa harga? tahun berapa? apa cc?

mutanic
12-07-2013, 12:44 PM
bank kena bertanggungjawab sbb hilang semasa berada dlm jagaan bank, x kira HQ ka branch ka tetap bank gak...bank kena wat report polis & selesaikan menda ni...

awiena
12-07-2013, 12:44 PM
inilah masanya untuk saman bank akibat cuai dan sebagai pengajaran :D

yup...mana tau dapat duit raya seribu dua dah ler :D

art_director
12-07-2013, 12:45 PM
keta aku tahun depan baru abis bayar tapi geran tu dah lama aku simpan.. time ambik kat bank masa nak renew roadtex dulu aku terus simpan.. tak hantar balik dah...

Runner banyak buat keje mcm nih.
mmg dari dulu lagi geran boleh dibawak keluar dari bank walaupun oleh org yg tak berkenaan

awiena
12-07-2013, 12:45 PM
-kereta dari seberangkan nak guna geran banyak. kehkehkeh.
-bro buat geran baru aje kat jpj tapi suruh bank bayarkan sebagai ganti rugi.
-bro trade in kereta viva dan matrix dapat berapa harga? tahun berapa? apa cc?

bibah dapat 16 K ajer...pakai kati..

art_director
12-07-2013, 12:46 PM
-kereta dari seberangkan nak guna geran banyak. kehkehkeh.
-bro buat geran baru aje kat jpj tapi suruh bank bayarkan sebagai ganti rugi.
-bro trade in kereta viva dan matrix dapat berapa harga? tahun berapa? apa cc?

ni yg kete tomyam dengan temasek yg jual murah2 kat CG ni ke?

azamnetwork
12-07-2013, 12:50 PM
bibah dapat 16 K ajer...pakai kati..

bibah ko auto ke manual? tahun berapa?

jerul
12-07-2013, 12:52 PM
klu aku terbalik dh meja bank tu..report je polis bro..diorg ni sendikit

awiena
12-07-2013, 12:53 PM
bibah ko auto ke manual? tahun berapa?

manual http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?threadid=447075

awiena
12-07-2013, 12:54 PM
klu aku terbalik dh meja bank tu..report je polis bro..diorg ni sendikit

hehe kene wat keje cara pro bro..kita nak kasi bank takut...bank ni takut dgn BNM ajer...takat terbalikkan meja...die dah biasa :p

juweialhaj
12-07-2013, 12:59 PM
klu aku terbalik dh meja bank tu..report je polis bro..diorg ni sendikit

ramadhan ni bro. sabo :D

baca2 posting lain. kiranya geran ni takde la penting mana penjagaannya ek. kira suka2 pun boleh buat geran baru.:-?

awiena
12-07-2013, 01:03 PM
ramadhan ni bro. sabo :D

baca2 posting lain. kiranya geran ni takde la penting mana penjagaannya ek. kira suka2 pun boleh buat geran baru.:-?

ni lah namanya ketirisan didalam pentadbiran..melibatkan semua organisasi

azamnetwork
12-07-2013, 01:22 PM
manual http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?threadid=447075

dah jual ke bro...kalau belom ada yg confirm aku nak beli viva ko..

liverpool
12-07-2013, 01:29 PM
kene duit lagi aduhh ~X(~X(~X(

Kena sikit takpe ada jgk bukti laporan polis kalau ada sindikit

awiena
12-07-2013, 02:19 PM
updated: bank A cawangan kota bharu dah call..terhegeh hegeh mintak maaf..salah dieorang key in info *&^*&^%*%^* apa benda ntah..ahad ni baru nak pos ke Kedah:(scam:(scam

Bank M masih lagi terkapai kapai

ceria28
12-07-2013, 02:26 PM
yang aku pelik...kedua dua kereta dari bank berlainan...dan kedua dua bank ni boleh hilangkan...siap keluarkan bg orang lain pun ada..gila ker aper

jika masih geram dgn pihak bank....buat report polis dulu kemudian panggil media utk buat liputan, biar 1 dunia tahu, barulah pihak bank buka mata, jika tak...mmg tak kemana lah

awiena
12-07-2013, 02:32 PM
jika masih geram dgn pihak bank....buat report polis dulu kemudian panggil media utk buat liputan, biar 1 dunia tahu, barulah pihak bank buka mata, jika tak...mmg tak kemana lah

media nak call ....nak ker dgr masalah ni..depa sibuk ngan PRU di Ganu nuhh

awiena
12-07-2013, 02:41 PM
dah jual ke bro...kalau belom ada yg confirm aku nak beli viva ko..

lom...ko nak ? call aku 0132688845..kalau ko tak nak aku nak let go kat kedai ajer...

eday84
12-07-2013, 02:44 PM
bank of M? hurmm..
agak ada org target ko kot

jerul
12-07-2013, 03:28 PM
updated: bank A cawangan kota bharu dah call..terhegeh hegeh mintak maaf..salah dieorang key in info *&^*&^%*%^* apa benda ntah..ahad ni baru nak pos ke Kedah:(scam:(scam

Bank M masih lagi terkapai kapai

lambat sgt ajak naik kapai:)cgrock

awiena
12-07-2013, 03:32 PM
lambat sgt ajak naik kapai:)cgrock

updated: bank M utara sudah confirmkan dah poskan benda tu ke AS..sekarang ada di AS..hilang dalam simpanan bank di AS....aku tak kira..korang carilah sampai dapat

jerul
12-07-2013, 03:41 PM
updated: bank M utara sudah confirmkan dah poskan benda tu ke AS..sekarang ada di AS..hilang dalam simpanan bank di AS....aku tak kira..korang carilah sampai dapat

masing2 tgh panas bontut tu:))

awiena
12-07-2013, 03:46 PM
masing2 tgh panas bontut tu:))

caw perlis dah siap faxkan slip penerimaan dari bank di AS...mmg ada orang dah received...siap ada cop dari caw bank lagi...penat laa dieorang....pasni...aku nak complaint kow kow

honda_primo
12-07-2013, 03:50 PM
aku rasa kalo geran hilang bleh p direct jpj kuar yg baru tp owner kn pegi..kalo x silap lah

awiena
12-07-2013, 05:07 PM
aku rasa kalo geran hilang bleh p direct jpj kuar yg baru tp owner kn pegi..kalo x silap lah

kereta kene bawak pi tak :-?

capachou
12-07-2013, 05:22 PM
keta baru dah angkat dah ka bro

awiena
12-07-2013, 06:34 PM
keta baru dah angkat dah ka bro

nak angkat camna..geran kereta viva bank ilangkan....nak jual mcm mana...*&*(&(*& punya bank

haudli
12-07-2013, 08:07 PM
kalau ade senlebih, amek lawyer baik sikit, bukak kes
masukkan sekali

saman emosi terganggu
saman gantirugi masa yg terbuang
saman nama baik tercalar sebab urusniaga x berjalan lancar
saman lain2 kos

.

SmartBrain™
12-07-2013, 08:12 PM
ni sbb jazz dah turun harga la tt g jenguk geran.. kalu x turun harga.. mgkn tt x jenguk lg kot geran tu :D

helmi1984
12-07-2013, 08:50 PM
Kalau Kete mmg boleh terus buat geran eh.dulu geran motor kena mkn dgn anai2 motor pun kena bwk utk periksa puspakom. Baru blh dpt geran.

capachou
12-07-2013, 09:47 PM
nak angkat camna..geran kereta viva bank ilangkan....nak jual mcm mana...*&*(&(*& punya bank

kita bagi ilang geran kena denda, depa bagi ilang, denda la depa.. cover kos gantirugi booking kereta baru dah!

capachou
12-07-2013, 09:48 PM
Kalau Kete mmg boleh terus buat geran eh.dulu geran motor kena mkn dgn anai2 motor pun kena bwk utk periksa puspakom. Baru blh dpt geran.

motor yang dah makan anai2 tu sbb dah lebih setahun.. kenderaan lebih setahun road tax mati kena check puspakom.

sepek
12-07-2013, 09:53 PM
bahaya juga kalau ada bank jenis cuai.

Kbyne
12-07-2013, 09:56 PM
Toksah geran kereta,geran tanah pun diorang ilangkan...hangin betul customer lepas full settlement dah nak buat discharge,geran tak dapat carik dalam filing bank...

helmi1984
12-07-2013, 10:17 PM
motor yang dah makan anai2 tu sbb dah lebih setahun.. kenderaan lebih setahun road tax mati kena check puspakom.

Motor tu xlbh sethn lg.perasan sbb roadtax nak Mati tgk geran dah berlubang. Tu yg g jpj tny nk buat geran baru.dia suruh g puspakom br buat geran baru.

awiena
13-07-2013, 12:35 AM
kita bagi ilang geran kena denda, depa bagi ilang, denda la depa.. cover kos gantirugi booking kereta baru dah!

dah sembang dengan loyer...dia kata..geran boleh apply baru...bank kene tanggungjawab...kalau depa lepas tangan..baru kita saman:D

ratusanRM
13-07-2013, 12:59 AM
Ada peluang nak saman bank, kasi saman lor.

Kalau dengan customer, bukan main lagi gertak2. Kali ini kasi gertak sama bank.

Dulu den pernah bertekak dengan bank sebab nak amik geran.

Alhamdulilah, 3 kereta yang den beli semua simpan geran sendiri.

awiena
13-07-2013, 01:09 AM

dah sembang dgn member lawyer..die kata suruh bank ganti geran baru...kalau depa lepas tangan...baru amik legal action:">

Hairan
13-07-2013, 01:12 AM
Salam ramadhan,

Kisah nya begini, aku ada dua biji kereta..satu kereta Viva dan satu lagi kereta Hyundai Matrix...Viva ni dibeli pada tahun 2011 dan dibuat dengan sebuah bank M utara tanah air dan satu lagi kereta telah dibeli awal awal lagi pada tahun 2008 dengan sebuah bank A cawangan kota bharu.Kedua dua kereta ini telah kami buat full settlement pada bulan 4 lepas dan kami dijanjikan akan menerima geran tersebut yang akan dipos ke cawangan bank masing masing seminggu selepas tempoh pembayaran tersebut.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan..oleh kerana sibuk kerja, kami tak pergi jengok pun status geran dengan bank tersebut sehinggalah pada hari ini apabila kami nak tukar kereta baru, nak trade dengan kereta lama

apabila ditanya status kereta viva aku pada bank M, mereka cakap, cawangan asal di utara tuh kata..geran dah out pada bulan 4 dan sudah sepatutnya sampai ke bank cawangan di alor setar,namun tiada dalam rekod simpanan bank M di alor setar ( bank yang sepatutnya menerima geran tersebut). status tidak diketahui. MIA?

setelah terkejut dengan berita ini, aku check pula dgn status geran kereta Hyundai Matrix aku dengan Bank A yang berpusat di kota bharu. lagi best. status geran telah dicollect oleh seseorang. bila masa kami ambil, sepatutnya geran tu kena pos dekat cawangan bank A di alor setar ( tempat yang kami nak kutip, siap dah byar kos pos lagi)

persoalannya sekarang:

1. korang pernah ker jadi mcm ni?

2. apa perlu aku buat?

3. adakah aku boleh buat legal action dekat bank kalau geran geran ini masih tidak dijumpai ?

aku ada masalah satu lagi...kereta baru aku dah nak keluar....loan dah lulus...jadi camni lak

terima kasih

updated: petang ini sekiranya geran-geran tersebut tidak dijumpai, repot polis akan dibuat..sebagai langkah pertama...akan disusuli dengan complaint kepada pihak pihak berwajib termasuk BNM ttg kecuaian bank buat kerja

updated: bank A cawangan kota bharu dah call..terhegeh hegeh mintak maaf..salah dieorang key in info *&^*&^%*%^* apa benda ntah..ahad ni baru nak pos ke Kedah:(scam:(scam

Bank M masih lagi terkapai kapai

Apa lagi... SAMAN LA... mintak ganti rugi teladan...:)):)):))

ratusanRM
13-07-2013, 01:29 AM
dah sembang dgn member lawyer..die kata suruh bank ganti geran baru...kalau depa lepas tangan...baru amik legal action:">

Nanti tolong update kes dengan bank 1 lagi.

awiena
13-07-2013, 05:49 AM
Nanti tolong update kes dengan bank 1 lagi.

pepehal isnin laa baru leh follow up..smlm sehari suntuk bank M janji nak call balik....sampai tutup bank die tak call balik.....h###m j###h betui....sensored posa ~X(

phrozen
14-07-2013, 02:25 AM
Sy pernah gaks kes macam tt nies..
Sudah nye sy p JPJ buat geran baru ajee..
Nasib masa tue dh dpt Surat settlement dr bank.

Nak saman bank etc nie boley ajee klu kene cara and masa..
Itu yg selalu org ignore sbb masa Dan emosi mmg tersangat mencabar
Lagi2 klu xtau cara nye

awiena
14-07-2013, 02:32 AM

masalah aku ..surat yang patut aku sign release letter tuh aku belom sign bro...itu yang aku pening..kalau aku dah sign selamber ajer lah pi JPJ wat baru..ntahlah..wait and see..tp pada aku...geran ni hilang dalam simpanan bank...so tanggungjawab bank selesaikan masalah ni...bukan masalah aku....release letter pun lom sign..camne aku nak claim geran copy kat jpj

phrozen
14-07-2013, 02:56 AM

Hohoho itu mmg fenin aaa..
Bank selalunya akan protect dia punya interest ajee
So klu bro Ada kaki yg bley advice legally bagus juga..
Sesekali dpt kene kan bank nie bagus juga baru depan sedar diri skit..

awiena
14-07-2013, 03:02 AM

aku dah deal dgn kawan aku lawyer...kalau bank ni lepas tangan siap la...polis report sampai...pastu SK ke bank negara..pastu aku nak amik legal action...mana tau nak dapat duit raya

awiena
15-07-2013, 10:59 AM
update: bank M last last sekali ngaku, depa hilangkan geran...depa suruh buat baru.nama di JPJ dah di potong atas nama aku full dah...ayam betui...hangpa punya salah...aku kena buat? bang ang nya bank

sylarempire
15-07-2013, 11:02 AM
update: bank M last last sekali ngaku, depa hilangkan geran...depa suruh buat baru.nama di JPJ dah di potong atas nama aku full dah...ayam betui...hangpa punya salah...aku kena buat? bang ang nya bank

Soh dwang yang uruskan dari A sampai Z..kalau boleh setiap jam tepon da siap ke belum

awiena
15-07-2013, 11:09 AM
Soh dwang yang uruskan dari A sampai Z..kalau boleh setiap jam tepon da siap ke belum

sepatutnya kan? ******* tak? depa yang buat silap..kita kene settlekan...apa citer niii.....buduhh

oxygenO2
15-07-2013, 11:16 AM
ala bro,ko maki jer bank tuhh..pastu wat geran br kt jpj..ko nk tggu derang wat kejela,then nk trade in keta lg..last2 planning yg tertangguh..

oxygenO2
15-07-2013, 11:18 AM
update: bank M last last sekali ngaku, depa hilangkan geran...depa suruh buat baru.nama di JPJ dah di potong atas nama aku full dah...ayam betui...hangpa punya salah...aku kena buat? bang ang nya bank

bt baru jelah bro..ko nk layan lawyer lg kena charge lg..ko p jpj wat geran br rm50..

The DarkNess Forex
15-07-2013, 11:23 AM
saman je kedua2 bank ni... menang saman dapat keluar kete baru sebijik cash...hehehehehe...

sidang muda
15-07-2013, 11:34 AM
buat gran baru , lepas tu buat claim dengan bank , aku pernah advice cust aku buat , claim transpot dengan calaim buat gran , bank cimb

lanun2013
15-07-2013, 11:36 AM
baru nak p mbik geran kat bank cawangan B yg telah di transfer dari bank yg smpn geran keta aku....hope xda berlaku mcm kes tt....

tisu_tandas
15-07-2013, 12:34 PM
bank tak boleh simpan geran..selepas beli kita boleh minta keluar geran tak payah bg alasan memang hak pengguna

awiena
15-07-2013, 07:12 PM
bt baru jelah bro..ko nk layan lawyer lg kena charge lg..ko p jpj wat geran br rm50..

terbaru: bank dah jumpa geran..salah filing sistem ~X(~X(~X(~X(

awiena
18-07-2013, 06:04 AM
Tuan,

Kami merujuk kepada e-mel tuan bertarikh 12 Julai 2013.

Untuk membolehkan pihak kami mengambil tindakan lanjut, sukacita sekiranya tuan dapat mengemukakan maklumat-maklumat berikut kepada pihak kami:

1) Nama penuh;
2) Nombor kad pengenalan;
3) Alamat surat-menyurat;
4) Nombor telefon; dan
5) Maklumat akaun dan bank/cawangan yang terbabit.

Untuk makluman tuan, pihak kami akan memanjangkan aduan yang diterima kepada Unit Pengurusan Aduan dan Khidmat Nasihat kami setelah menerima maklumat-maklumat seperti yang diminta di atas untuk tindakan lanjut unit ini.

Terima kasih.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang amaran penipuan kewangan, sila layari
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=216&pg=701&ac=98 dan http://www.bnm.gov.my/microsites/fraudalert/index.htm

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perbankan, insurans & takaful, sila layari
http://www.bankinginfo.com.my & http://www.insuranceinfo.com.my

Liong Wai Mun
BNMTELELINK
Bank Negara Malaysia
No Tel : 1-300-88-5465
No Faks : 03-21741515
Emel: bnmtelelink@bnm.gov.my

response BNM :D:D:D..amacam nak proceed ker tak...hehehe..seb beik geran dah jumpa..kalau tak mampos ko bank