PDA

View Full Version : "Area 51" Lokasi Sulit Projek Haram Tentera ????

wanchaidek
04-04-2013, 03:53 PM
salam kepada sume cgrians :)
1st aku nk mintak maaf kat MOD klu aku salah section sbb aku rasa bnda yg aku nk cerita ni dh mcm mitos je. Dan tujuan aku bukak thread ni xlain dan xbukan sbb nk cgrians memberi pendapat pasal bnda ni :D:))

ketika bosan2 td, aku terjumpa satu kisah best yang cuba dirungkai oleh pihak History Channel. Tajuk dia berkaitan Rahsia Area 51 di amerika syarikat.

http://s18.postimg.org/w2le3tzi1/images.jpg (http://postimage.org/)
free image hosting (http://postimage.org/)

Dikatakan Area 51 ni merupakan pengkalan tentera udara yg terdapat banyak jet. Dan banyak kali kapal makhluk asing yang dikenali sbgi UFO kerap kelihatan :o:o

Bukan tu je, Amerika Syarikat juga sekarang ni disyaki sedang membangunkan senjata biologi menggunakan teknologi seperti makhluk asing, selain tu, dyeorg juga sekarang dikesan sedang membina sebuah mesin teleport untuk mengangkut atau menghantar tentera mereka dan mesin masa depan yang bertujuan digunakan untuk menghantar askar mereka untuk mengubah masa depan.

Hasil carian di pakcik google aku berjaya jumpa bnda2 mcm ni yang sama dikeluarkan mcm kat HISTORY CHANNEL tu.

korg sume dikurniakan akal untuk berfikir dan nilai la sendiri untuk percaya atau tak, jgn korg ckp aku ni sebat bnda2 khurafat plak :)):)):))

http://www.youtube.com/watch?v=1LNA4ZXcqXc
http://www.youtube.com/watch?v=J6CSaq1J5T8
http://www.youtube.com/watch?v=WIOihcJXl9M

wanchaidek
04-04-2013, 03:53 PM
Melalui perisian GoogleEarth™, Pengkalan Tentera Udara Amerika Syarikat di lokasi yang dikenali Area 51 telah berjaya dirakamkan. Namun, apa yang mengejutkan adalah pengkalan tersebut langsung tidak menunjukkan sebuah pengkalan tentera udara Amerika Syarikat. Tiada langsung kelibat kapal terbang, jet pejuang mahupun helikopter. Cuma yang dapat dilihat adalah tiga buah binaan yang mempunyai binaan yang pelik; sebuah piramid dan dua buah bangunan yang janggal.!

Area 51 sememangnya bereputasi sebagai sebuah tempat yang misteri. Orang perseorangan yang tiada pas tentera tidak dibenarkan masuk. Ia adalah lokasi yang cukup rahsia. Ramai mempercayai kerajaan Amerika Syarikat membina pelbagai alatan ketenteraan canggih terutama membabitkan tentera udara di Area 51.

Ini dapat dibuktikan apabila ramai saksi kerapkali melihat jet pejuang Stealth Bomber lama sebelum Stealth Bomber diperkenalkan secara rasmi semasa Perang di Afghanistan. Itu belum lagi cerita-cerita mengenai kemunculan piring terbang (UFO) yang terlampau kerap di Area 51. Ini menguatkan teori bahawa Area 51 sememangnya lokasi bagi pembuatan alatan canggih ketenteraan Amerika Syarikat.

Desas-desus menyatakan kerajaan Amerika Syarikat telah membina tapak pembinaan di bawah tanah yang cukup canggih dan berteknologi tinggi. Ia diperkuatkan dengan lokasi Area 51 dilihat daripada udara langsung tidak menunjukkan sebuah pengkalan tentera udara Amerika Syarikat. Dengan kata lain, ia langsung tidak menunjukkan sebuah pengkalan yang sering diwar-warkan sebagai antara sebuah pengkalan tentera udara yang canggih. Sekarang, pembaca boleh lihat sendiri gambar yang dirakam menggunakan GoogleEarth™ di Area 51. Apakah benar mereka membina rangkaian pangkalan bawah tanah yang serba canggih dan moden?

http://s24.postimg.org/ae29349qd/190431_196521613714758_8158759_n.jpg (http://postimage.org/)
image sharing (http://postimage.org/)
Sebuah bangunan berbentuk piramid.

http://s24.postimg.org/q777jkwn9/189615_196521723714747_1005457_n.jpg (http://postimage.org/)
free picture hosting (http://postimage.org/)
Adakah bangunan ini pintu masuk ke binaan bawah tanah yang jauh lebih besar?

Dari sekian banyak pusat penelitian yang terkenal di dunia , adalah Area 51, merupakan fasiliti pengembangan dan pengujian militer yang sangat rahsia (top secret), yang dioperasikan oleh angkatan Udara Amerika Serikat. Area 51 berlokasi di dalam daerah pelatihan dan pengujian Nevada . Lokasi Area 51 berada di Lincoln Country berjarak 115,5 km sebelah utara Las Vegas dengan luas dianggarkan 103 kilometer persegi.Area 51 didirikan pada tahun 1955 yang pada awalnya diperuntukkan melakukan pengujian pengembangan pesawat mata-mata Amerika Syarikat Siri U-2 yang baru diciptakan. Pesawat U-2 dapat terbang sampai ketinggian 70.000 kaki. Selama operasinya U-2 telah secara bebas terbang di atas wilayah Uni Sovyet sampai akhirnya satu pesawat U-2 tertembak jatuh pada tahun 1960. Akhirnya U-2 dicat berwarna hitam pada tahun 1960-an. Ia untuk menampakkan seolah-olah adanya penampakan benda angkasa yang tak dikenal biasa disebut UFO (Unditified Flying Object), beberapa U-2 dicat dengan warna silver mengkilat. Sejak itu Area 51 terus berkembang dan digunakan untuk berbagai pengembangan suatu projek yang disebut sebagai Projek Hitam (Black Project) yang terdiri dari pesawat siri Blackbird, siri Stealth Fighter dan siri Stealth Boomber. Siri Blackbird merupakan kelanjutan dari seri U-2 yang dimulai tahun 1962 dengan rancangan type A-12 dan SR-71. Sebagai contoh, type SR-71 memiliki kecepatan jelajah mencapai 3500 km/jam dengan ketinggian efektif jelajah 4830 km.Sejalan dengan penelitian pesawat tempur yang canggih, diperoleh pula data-data tentang adanya kehadiran mahluk angkasa yang menuju Bumi, yang lebih dikenal dengan nama Alien. Akhirnya sampailah kita pada suatu pertanyaan seberapa besar kemungkinan keberadaan Alien di alam semesta ini. Untuk hal itu, Area 51 telah terlibat dalam penyelidikan teknologi Alien. Berdasarkan isu yang sahih dan dipercaya oleh banyak pakar, bahawa team Area 51 telah menemui dan menyelidiki secara rahsia runtuhan UFO yang ditemukan di daerah Roswell, negara bahagian New Mexico, Amerika Serikat, tahun 1947. Walau pun belum terdapat bukti yang jelas, beberapa pakar luar telah menduga bahawa ilmuwan Area 51 memiliki dan merawat satu mahluk Alien di suatu tempat yang sangat rahsia. Ia diperkuat lagi dengan pengakuan Bob Lazar seorang fisikawan, pada tahun 1989 bahawa dia telah bekerja disalah satu tempat penelitian yang berada pada daerah selatan Area 51 dan bahawa Area 51 telah melakukan pengujian pesawat terbang yang luar biasa canggihnya dan juga telah melakukan komunikasi dengan Alien.Keberadaan Alien di Area 51 ini menimbulkan satu teori konspirasi yang merupakan hasil pengumpulan data dari runtuhan pesawat Alien yang jatuh di Roswell dan pengakuan Bob Lazar pernah terlibat pada kegiatan tersebut, seperti pertemuan dengan keadaan di angkasa dengan menggunakan peralatan secukupnya, pengembangan senjata canggih sangat tinggi dan kegiatan-kegiatan yang secara luas di seluruh dunia. Berdasarkan isu yang beredar kegiatan teori konspirasi ini dilakukan di Danau Groom yang berada di sekitar lokasi Area 51. Namun sampai sejauh ini belum ada suatu penjelasan ilmiah yang dapat menjelaskan keberadaan Alien yang sesungguhnya. Usaha yang dilakukan adalah mengumpulkan data berupa laporan dan foto UFO dari internet.

wanchaidek
04-04-2013, 03:54 PM
http://s7.postimg.org/7igjbcxsb/Area_51_satellige_image_July_03.jpg (http://postimage.org/)
upload foto (http://postimage.org/)

Area 51 merupakan fasiliti pengembangan dan pengujian militer yang sangat rahsia (top secret), yang dioperasikan oleh angkatan Udara Amerika Serikat.
Lokasi Area 51 ialah di dalam daerah pelatihan dan pengujian Nevada. Lokasi Area 51 berada di Lincoln Country berjarak 115,5 km sebelah utara Las Vegas dengan luas 103 kilometer persegi.

Area 51 didirikan pada tahun 1955 yang pada awalnya diperuntukkan melakukan pengujian pengembangan pesawat pengitip Amerika Syarikat Seri U-2 yang baru diciptakan.
Pesawat U-2 dapat terbang sehingga ketinggian 70.000 kaki. Selama beroperasinya U-2, ia telah secara bebas terbang diatas wilayah Uni Soviet sehingga akhirnya satu pesawat U-2 ditembak jatuh pada tahun 1960.

Akhirnya U-2 dicat berwarna hitam pada tahun 1960-an. Pihak mereka melakukannya untuk mengaburi seolah-olah adanya penampakkan benda
angkasa yang tidak dikenali, sering disebut UFO (Unditified Flying Object), beberapa U-2 dicat dengan warna silver mengilat.

Sejak itu Area 51 terus berkembang dan digunakan untuk pelbagai eksprimen. Suatu projek yang disebut sebagai Projek Hitam (Black Project) yang
terdiri dari pesawat siri Blackbird, siri Stealth Fighter dan siri Stealth Boomber.

http://s22.postimg.org/bpaxec375/sr_71_blackbird.jpg (http://postimage.org/)
free photo hosting (http://postimage.org/)
BLACK BIRD JET

http://s21.postimg.org/44chwlxk7/f117_stealth_fighter.jpg (http://postimage.org/)
photo hosting sites (http://postimage.org/)
STEALTH FIGHTER

http://s23.postimg.org/4uhc2xj5n/b2_06.jpg (http://postimage.org/)
free photo upload (http://postimage.org/)
STEALTH BOMBER JET

Siri Blackbird merupakan sambungan daripada siri U-2 yang dilancarkan pada tahun 1962 dengan rancangan type A-12 dan SR-71. Sebagai contoh, type SR-71 memiliki kecepatan jelajah mencapai 3500 km/jam dengan ketinggian efektif jelajah 4830 km.

Siri Stealth Fighter merupakan pesawat tempur ghaib pertama yang dirancang pada akhir tahun 1970-an. Pesawat ini sangat digerunu apabila beroperasi di malam hari. Type yang sangat dikenal adalah F-117 Nighthawk. Siri Stealth atau siluman merupakan suatu idea agar pesawat "ghaib" dari pantauan radar. Kecepatan jelajah pesawat ini dianggarkan 1040 km/jam dengan ketinggian yang baik sejauh 2110 km. Prestasi operasinya telah diperlihatkan pada perang teluk dan masih ditugaskan untuk melaksanakan target-target yang telah ditetapkan.

Siri Stealth Boomber merupakan kesinambungan pesawat ghaib dari Seri Stealth Fighter yang telah dikembangkan secara meluas. Siri pesawat ghaib yang terkenal ini adalah type Black Manta dan B2. Daya jelajah lebih cepat dan lebih sukar dikesan radar daripada seri Stealth Fighter. Walau pun demikian, strategi penyerangannya masih bergantung pada formasi dari target.

Saat ini projek masa depannya ditunjukkan untuk mengembangkan teknologi anti radar (Stealth Technology), pesawat pengintai tak berawak (UAVs or unmanned aerial vehicles) dan pesawat tempur (UCAVs, unmanned combat aerial vehicles), memungkinkan dapat menjelajah dengan kelajuan tinggi pada daerah jelajah yang sangat luas yang dikenal sebagai "AURORA". Oleh sebab pesawat-pesawat ini tak berawak, maka pesawat ini dipercaya dapat digerakkan dengan kelajuan yang sangat dahsyat. Dengan erti kata yang lain,
manusialah yang benar-benar dapat membuat jet pejuang yang tak dikenali itu.

Bersamaan dengan itu muncul lagi idea pengembangan pesawat angkasa X-33 yang secara teknologi belum dilakukan pengujian. Akan tetapi pesawat angkasa X-33 telah diyakini akan menjadi versi Aurora yang bersifat PUTIH (untuk kepentingan kedamaian). Seiring dengan penelitian pesawat tempur yang canggih, diperoleh pula data-data tentang adanya kehadiran mahluk angkasa yang menuju Bumi, yang lebih dikenali dengan nama Alien. Akhirnya benda ini akan menjadi pertanyaan dan bualan orang ramai tentang kemungkinan adannya Alien di alam semesta ini.

Untuk hal itu, Area 51 telah terlibat dalam penyelidikan teknologi Alien.
Berdasarkan maklumat yang telah diperoleh dan dipercayai oleh banyak pakar, Team Area 51 telah menemui dan menyelidik secara rahsia kejatuhan UFO yang ditemui di daerah Roswell, negara bahagian New Mexico, Amerika Syarikat, tahun 1947.

http://s7.postimg.org/b9q3xobgr/roswell_crash.jpg (http://postimage.org/)
free picture hosting (http://postimage.org/)
UFO SPACE SHIP :)):eek:

Walau pun belum terdapat bukti yang cukup jelas, beberapa pakar luar telah menduga bahawa ilmuwan Area 51 diminta untuk memiliki dan merawat satu mahluk Alien di suatu tempat yang sangat rahsia.
http://s10.postimg.org/t83tfdazd/Roswell0807_468x360.jpg (http://postimage.org/)
upload (http://postimage.org/)

http://s21.postimg.org/f2scsjbjb/images.jpg (http://postimage.org/)
image hosting (http://postimage.org/)

dhiaperfumes
04-04-2013, 03:55 PM
wow.. mcm cerita pelik jer...

jamtulenmurah
04-04-2013, 03:57 PM
Bace je ni dah menjawap persoalan.

Tak wujud ufo dan tech ufo semua tu.

Semua tech nazi yg us curik dan test aje.......

UFO Haunebu Hasilan Ciptaan NAZI German! UFO itu Buatan Manusia (http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=402694)

ed_zero
04-04-2013, 04:09 PM
dah tau lama UFO ni US punya pesawat..

wanchaidek
04-04-2013, 04:21 PM
wow.. mcm cerita pelik jer...

saya pon pelik gak :-?:D

wanchaidek
04-04-2013, 04:23 PM
Bace je ni dah menjawap persoalan.

Tak wujud ufo dan tech ufo semua tu.

Semua tech nazi yg us curik dan test aje.......

UFO Haunebu Hasilan Ciptaan NAZI German! UFO itu Buatan Manusia (http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=402694)

ye dan dikatakan makhluk2 asing sume tu sebernanya mangsa eksperimen oleh saintis nazi dan russia yang dh ubah kanak2 smpi jadi pelik mcm ni :eek::eek:

1jalan
04-04-2013, 04:30 PM
hahahaha aku rasa macam cerita stargate ke apa tah yang bersiri tu... hahaha

Dreamboxjb
04-04-2013, 04:33 PM
usa curi nazi kalo xsilap... ada satu movie di tv

wanchaidek
04-04-2013, 04:42 PM
usa curi nazi kalo xsilap... ada satu movie di tv

usa curi nazi??? :-?

wanchaidek
04-04-2013, 04:42 PM
hahahaha aku rasa macam cerita stargate ke apa tah yang bersiri tu... hahaha

ni stargate real pnya tuan :eek::))

jialitrading
04-04-2013, 04:53 PM
dashyat laa beb...

1jalan
05-04-2013, 11:45 AM
ni stargate real pnya tuan :eek::))

ye ke???
kalau cam tu aku nak try balik masa dulu la... nak amik upsr, pmr, ngan spm sekali lagi... hahahaha:eek::eek::eek::eek:
kompom aku dapat A+ semua subjek....:eek::eek::eek:

wanchaidek
05-04-2013, 03:03 PM
ye ke???
kalau cam tu aku nak try balik masa dulu la... nak amik upsr, pmr, ngan spm sekali lagi... hahahaha:eek::eek::eek::eek:
kompom aku dapat A+ semua subjek....:eek::eek::eek:

tuan nak kena ceroboh dulu then masuk makmal bawah tanah dyeorg la :eek::eek::eek:

koboygurun
05-04-2013, 03:25 PM
tempat nie betul2 ada ker atau hanya kaburan semata2...

mr.nazc
05-04-2013, 03:48 PM
dah lama tak dengar cerita pasal area 51. UFO wujud?

dragger
05-04-2013, 04:45 PM
usa curi nazi kalo xsilap... ada satu movie di tv

curi ke culik?~X( Nazi tu bkn geng Hitler ker?

coq_kodok
05-04-2013, 04:49 PM
benda dah memang tak wujud sengaja direka oleh kaum yahudi ntuk bagitau ALLAH tak wujud sebab tu mcm2 direka oleh mereka......bo.doh punya yahudi.....

boyz371
05-04-2013, 04:57 PM
dalam deep web takde ke info2 sal menda ni?

anoyz
05-04-2013, 05:09 PM
area 51 ni maybe bawah tanah kot

amerika mesti ada tempat top secret untuk test senjata gak

ikutkan teknologi sekarang, memang senang sangat nak buat UFO tu

alien lak mesti diorang cipta dgn hybrid manusia & berok..haha
gurau je TT

tapi takde semua yg dunia tahu tu telus
setiap negara simpan secret weapon masing-masing

secret weapon kita?
Doa dan pertolongan daripada Allah..lagi hebat

wanchaidek
05-04-2013, 05:10 PM
tempat nie betul2 ada ker atau hanya kaburan semata2...

area 51 mmg ad bro, ni merupakan pengkalan udara us xsilap aku :)

wanchaidek
05-04-2013, 05:13 PM
area 51 ni maybe bawah tanah kot

amerika mesti ada tempat top secret untuk test senjata gak

ikutkan teknologi sekarang, memang senang sangat nak buat UFO tu

alien lak mesti diorang cipta dgn hybrid manusia & berok..haha
gurau je TT

tapi takde semua yg dunia tahu tu telus
setiap negara simpan secret weapon masing-masing

secret weapon kita?
Doa dan pertolongan daripada Allah..lagi hebat

yang kes alien tu mmg ad
tp aku lupa jeneral rusia ap nama ntah
jeneral tu dgn saintis nazi ad wat ujian biologi yg ubah kanak2 jadi alien

dan kat history channel tu ad ckp, dulu kecoh area 51 diserang makhluk asing padahal yg serang tu jet nazi dna penumpang tu sume bdk2 yg diubah genetik dia

xtw betul ke tak :-?:-?:-?

n senang ctew bg aku alien yg kecoh2 sgt tu sebernanya bdk2 yg dh diubah genetik dyeorg

Craft
05-04-2013, 05:15 PM
Wow........

kozu
05-04-2013, 05:19 PM
biasa disebut dalam cite2......

Hitman™
05-04-2013, 05:22 PM
memang ada pengkalan bawah tanah kat situ,
dan memang ada pembangunan reverse engineering kat situ.

tapi autopsy mayat alien tue dah terbukti hoax tahun 2006.

tuduhan pembangunan senjata kat situ bukan sekarang.
dah lama dah.

wanchaidek
05-04-2013, 05:22 PM
biasa disebut dalam cite2......

ctew star gate ke star wars :D

wanchaidek
05-04-2013, 05:26 PM
memang ada pengkalan bawah tanah kat situ,
dan memang ada pembangunan reverse engineering kat situ.

tapi autopsy mayat alien tue dah terbukti hoax tahun 2006.

tuduhan pembangunan senjata kat situ bukan sekarang.
dah lama dah.

presiden f kennedy xsilap saya, dh tanda tangan satu dokumen
yg area 51 ni dikecualikan dalam sume tindakan asap yg mencemarkan alam sekitar.

dan semua dokumen atau ap2 je dilarang bawak keluar dari kwsn ni
dan dyeorg dh siap2 korek lubg kat kwsn situ untuk buang sume dokumen tersebut dan dicampur dengan minyak jet untuk dibakar

1jalan
05-04-2013, 10:18 PM
tuan nak kena ceroboh dulu then masuk makmal bawah tanah dyeorg la :eek::eek::eek:

ang ada idea macam mana nak ceroboh tak:-?:-?:-?:-?:-?:)):)):)):)):D:D:D

d_conan
05-04-2013, 11:08 PM
tempat nie betul2 ada ker atau hanya kaburan semata2...

Betul tuan.. Google la..

aqu_fadhil
05-04-2013, 11:25 PM
kena tipu di US kje ni. hehe...

ir mizan
06-04-2013, 11:16 AM
ini semua 1 pembohongan us. kita tngk sejarah perang dingin antara us dan soviet union misi ke bulan. us sangup menyiapkan satu studio untuk mengambarkan mereka telah sampai lebih awal dari kesatuan soviet pada masa itu. ini smua teori konpirasi us saja...

d_conan
06-04-2013, 11:20 AM
http://www.youtube.com/watch?v=87PRVP4EQAo

jom layan video ni..

Abu_
06-04-2013, 12:08 PM
kalau pernah main red alert mesti tau superwepon amreka kawal cuaca dgn teleport askar..macam pembayang..

wanchaidek
06-04-2013, 12:55 PM
kalau pernah main red alert mesti tau superwepon amreka kawal cuaca dgn teleport askar..macam pembayang..

klu dyeorg mmg betul2 dh cipta senjata mcm ni

dyeorg nk guna untuk apa???

untuk serang negara yg serang dyeorg ke :-?:-?

asdasdasd
06-04-2013, 12:59 PM
salam kepada sume cgrians :)
1st aku nk mintak maaf kat MOD klu aku salah section sbb aku rasa bnda yg aku nk cerita ni dh mcm mitos je. Dan tujuan aku bukak thread ni xlain dan xbukan sbb nk cgrians memberi pendapat pasal bnda ni :D:))

ketika bosan2 td, aku terjumpa satu kisah best yang cuba dirungkai oleh pihak History Channel. Tajuk dia berkaitan Rahsia Area 51 di amerika syarikat.

http://s18.postimg.org/w2le3tzi1/images.jpg (http://postimage.org/)
free image hosting (http://postimage.org/)

Dikatakan Area 51 ni merupakan pengkalan tentera udara yg terdapat banyak jet. Dan banyak kali kapal makhluk asing yang dikenali sbgi UFO kerap kelihatan :o:o

Bukan tu je, Amerika Syarikat juga sekarang ni disyaki sedang membangunkan senjata biologi menggunakan teknologi seperti makhluk asing, selain tu, dyeorg juga sekarang dikesan sedang membina sebuah mesin teleport untuk mengangkut atau menghantar tentera mereka dan mesin masa depan yang bertujuan digunakan untuk menghantar askar mereka untuk mengubah masa depan.

Hasil carian di pakcik google aku berjaya jumpa bnda2 mcm ni yang sama dikeluarkan mcm kat HISTORY CHANNEL tu.

korg sume dikurniakan akal untuk berfikir dan nilai la sendiri untuk percaya atau tak, jgn korg ckp aku ni sebat bnda2 khurafat plak :)):)):))

http://www.youtube.com/watch?v=1LNA4ZXcqXc
http://www.youtube.com/watch?v=J6CSaq1J5T8
http://www.youtube.com/watch?v=WIOihcJXl9M

diorg tengah build army nk lawan alien kelak...tak lama dah, alien pun ada spy jugak kat bumi. bukan dtg main terjah je.. (aku tak bergurau ye..harapp maklum..)

wanchaidek
06-04-2013, 01:01 PM
diorg tengah build army nk lawan alien kelak...tak lama dah, alien pun ada spy jugak kat bumi. bukan dtg main terjah je.. (aku tak bergurau ye..harapp maklum..)

tuan ni salah satu spy alien ke :eek::eek:
jgn marah gurau je :D

asdasdasd
06-04-2013, 01:11 PM
tuan ni salah satu spy alien ke :eek::eek:
jgn marah gurau je :D

eh...takdelah, cuma Army Manusia untuk alien tu je kelak..dan pasti aku dituduh sebagai pengkianat umat manusia sbb sanggup bersetongkol dengan alien.. boleh baca hadis, dan renungkan..

asdasdasd
06-04-2013, 01:13 PM
teleport aku percaya us buat..
mesin masa depan aku tak percaya...
mesin pegi masa lalu aku percaya us buat. tapi buat apa, pergi masa lalu tak akan ubah masa kini..

ichigo26
06-04-2013, 01:26 PM
teleport aku percaya us buat..
mesin masa depan aku tak percaya...
mesin pegi masa lalu aku percaya us buat. tapi buat apa, pergi masa lalu tak akan ubah masa kini..

penah dengar cite pasal john titor tahun 2000 dulu? askar mase depan yang travel ke 1975 untuk amik potable computer pertama didunia.. die singgah ke tahun 2000 untuk jumpe ngn family die.. wlaupn benda ni nmpak tipu tapi amat menarik untuk di bace hehe.. (sesuai bagi peminat sains fiksyen)

asdasdasd
06-04-2013, 01:30 PM

pernah sgt...siap tunjuk lagi mesin masa dia. tapi ramalan dia tahun 2000 semua karut marut, satu pun tak jadi...:eek: pergi ke masa lalu aku percaya, pegi ke masa depan aku tak percaya sbb ia bercanggah dengan Al-Quran dan hadis..

hangit
06-04-2013, 01:40 PM
park dlu ..heheh

ichigo26
06-04-2013, 01:45 PM
pernah sgt...siap tunjuk lagi mesin masa dia. tapi ramalan dia tahun 2000 semua karut marut, satu pun tak jadi...:eek: pergi ke masa lalu aku percaya, pegi ke masa depan aku tak percaya sbb ia bercanggah dengan Al-Quran dan hadis..

dalam al-quran ade sebut ke pasal mengembara ke mase silam? :-?

asdasdasd
06-04-2013, 01:53 PM
dalam al-quran ade sebut ke pasal mengembara ke mase silam? :-?

ada sebut, tapi takut salah tafsir, tapi takde dinyatakan yg kita tak boleh kembali melihat ke masa silam, melihat bagaimana Allah binasakan umat2 yg durhaka dizaman silam dahulu.. kalu salah, betulkan..

ichigo26
06-04-2013, 02:08 PM
ada sebut, tapi takut salah tafsir, tapi takde dinyatakan yg kita tak boleh kembali melihat ke masa silam, melihat bagaimana Allah binasakan umat2 yg durhaka dizaman silam dahulu.. kalu salah, betulkan..

kene tnye pada yang lebih arif, saya sendri pon x brani gak takot salah tafsir.. :-?

myrul369
06-04-2013, 03:51 PM
wahhh tq tt... menarik terbaik

puterakota
06-04-2013, 06:28 PM
http://s21.postimg.org/f2scsjbjb/images.jpg

pic fake turun temurun..:)

wanchaidek
07-04-2013, 12:51 AM
http://s21.postimg.org/f2scsjbjb/images.jpg

pic fake turun temurun..:)

mana tuan taw ni fake :-?

wanchaidek
07-04-2013, 12:52 AM
wahhh tq tt... menarik terbaik

ur welkam

saya cuma share je dan xtw betul atau tak bnda ni berlaku :)

wanchaidek
07-04-2013, 12:54 AM
pernah sgt...siap tunjuk lagi mesin masa dia. tapi ramalan dia tahun 2000 semua karut marut, satu pun tak jadi...:eek: pergi ke masa lalu aku percaya, pegi ke masa depan aku tak percaya sbb ia bercanggah dengan Al-Quran dan hadis..

saya suka setiap pencerahan tuan :)

mtvortex
07-04-2013, 01:00 AM
US atau pihak-pihak yg mempunyai agenda feed kita/dunia dgn pelbagai cerita mengenai Area 51. Cerita UFO, pengkalan rahsia, Alien dan mcm2 supaya kita confuse "fakta" yg mana perlu dipercayai. Melindungi rahsia dgn rahsia.

wanchaidek
07-04-2013, 01:03 AM

tuan rasa rahsia ap yg sedang disembunyikan :-?

irsaffy
07-04-2013, 01:08 AM
penuh misteri...

Pelantar Mega
07-04-2013, 01:11 AM
Area 51 nih mmg wujud kan? ada tgk kat discovery hari tuh.

wanchaidek
07-04-2013, 01:15 AM
Area 51 nih mmg wujud kan? ada tgk kat discovery hari tuh.

indeed tuan :eek:

Abu_
07-04-2013, 01:16 AM
klu dyeorg mmg betul2 dh cipta senjata mcm ni

dyeorg nk guna untuk apa???

untuk serang negara yg serang dyeorg ke :-?:-?

mungkin la kot..aku pon tak tau..

ir mizan
07-04-2013, 04:24 PM
Kita sebagai orng islam tidak blh percaya kewujudan alien takut terpesong akidah. Memang wujud area 51 sebagai lokasi sulit tentera us.

ir mizan
07-04-2013, 04:27 PM
Klau kita nk tahu bnyk lagi cuba cari maklumat dalam deep web( torbrower). masa ak masuk dulu page 1 dapat baca ckit yang lain undermaintenen...

Hitman™
07-04-2013, 04:38 PM
Klau kita nk tahu bnyk lagi cuba cari maklumat dalam deep web( torbrower). masa ak masuk dulu page 1 dapat baca ckit yang lain undermaintenen...

isi kandungan deepweb sama je.

tiada apa yang rahsia pown.

infact deepweb made by 4chan member to trolls.

so bukan sahaja kau kena kencing, malah kau lebih mudah kena serangan siber.

HangPC2
29-04-2013, 05:33 PM
Bace je ni dah menjawap persoalan.

Tak wujud ufo dan tech ufo semua tu.

Semua tech nazi yg us curik dan test aje.......

UFO Haunebu Hasilan Ciptaan NAZI German! UFO itu Buatan Manusia (http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=402694)

Jawapanya '' PROJEK PAPER CLIPS ''

MHHR6a9ZzwA

timur & barat
01-05-2013, 05:23 PM
Dari Nazi - USA...suma ni rahsia dorg...
Belakang dorg Freemason..:-?

lithium08
08-05-2013, 05:56 PM
projek nk ternak alien belaan haha :eek:

drab
09-05-2013, 12:09 PM
ngarot

The message you have entered is too short. Please lengthen your message to at least 10 characters.

azam74
13-05-2013, 04:51 PM
Kita sebagai orng islam tidak blh percaya kewujudan alien takut terpesong akidah. Memang wujud area 51 sebagai lokasi sulit tentera us.

atas dasar apa tuan, kalau percaya kewujudan alien ni leh terpesong akidah?

sharemalaysia
14-05-2013, 05:48 PM
atas dasar apa tuan, kalau percaya kewujudan alien ni leh terpesong akidah?

ntah tu, dia percaya malaikat, jin, tumbuhan, haiwan dan manusia jer kot..