PDA

View Full Version : gambar & info anatomi manusia dalam islam


david.cronenberg
26-03-2013, 11:15 PM
Anatomi

Anatomi ialah bidang sains yang berkaitan dengan struktur tubuh manusia. Anatomi juga dikenali sebagai morfologi atau sains bentuk. Bidang ini mula dikaji sejak 2300 tahun dahulu dan masih berkembang sehingga kini. Perkataan anatomi berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud memotong atau membelah anggota badan untuk melihat strukturnya.

Selain itu, anatomi terbahagi kepada beberapa subdisiplin seperti anatomi kasar (gross) dan mikroskopik. Anatomi kasar mengkaji tentang struktur tubuh yang dapat dilihat dengan mata kasar seperti struktur tulang, paru-paru dan otot. Anatomi mikroskopik (histologi) ialah kajian tisu dengan bantuan mikroskop.

Fisiologi

Anatomi berkait rapat dengan fisiologi iaitu mengkaji fungsi struktur tubuh badan. Sebagai contoh, tulang-tulang kaki yang panjang dan tebal seperti femur, tibia dan fibula dapat menyokong berat badan kita.

Organisasi Struktur Manusia

Tubuh badan manusia terdiri daripada unit-unit kecil yang dikenali sebagai atom dan berada pada aras pertama struktur manusia iaitu aras kimia. Atom ini bergabung sesama sendiri untuk membentuk molekul-molekul dan menjadi aras sel. Sel merupakan benda hidup paling kecil pada badan manusia serta berfungsi sebagai pengangkut nutrien dan oksigen, menjalankan tindak balas metabolism dan mengeluarkan CO2 daripada tubuh manusia.

Seterusnya adalah aras tisu iaitu sekumpulan sel yang menjalankan fungsi khusus yang sama. Terdapat empat jenis tisu dalam badan manusia iaitu tisu epitilium, tisu penghubung, tisu otot dan tisu saraf.

Aras organ merupakan struktur diskrit yang terbentuk hasil daripada gabungan dua atau lebih tisu. Kebanyakan organ mempunyai keempat-empat jenis tisu seperti hati, ginjal dan jantung. Aras sistem terbentuk hasil daripada gabungan beberapa organ yang berbeza bagi menghasilkan tugas-tugas tertentu seperti organ-organ sistem respiratori. Seterusnya, aras organisasi tertinggi ialah aras organisma yang merangkumi kesemua aras yang berfungsi untuk mencapai kesejahteraan kehidupan

Definisi Anatomi

1- kajian @ pengetahuan mengenai binaan tubuh dsb hidupan ( manusia,binatang @ tumbuh-tumbuhan ), kaji bina tubuh ( Kamus Dewan, Edisi Keempat, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 52 )

2- ilmu yang mengkaji berkenaan sesuatu komponen anggota tubuh ( al-Mu’jam al-Wasit, Cetakan Kedua, tahun 1972, al-Maktabah al-Islamiyyah, halaman 478 – rujuk التشريح )

3- ilmu berkenaan struktur haiwan @ tumbuhan ( Pocket Oxford Dictionary – comp. version, key word : anatomy )

4- ilmu yang mengajar berkenaan komponen anggota tubuh makhluk-makhluk hidup secara am ( samada tumbuhan, haiwan dan manusia ); dan kebiasaannya dengan membedah tubuh manusia selepas kematiannya (autopsi ). Autopsi ini dilaksanakan sama ada untuk pendidikan, atau untuk mengetahui perkara yang menyebabkan kematian, atau untuk memastikan kematian disebabkan jenayah atau tidak. ( rujuk halaman 199 , al-Mausu’ah at-Tibbiyyah al-Fiqhiyyah )

Kesimpulan Umum : Anatomi adalah segala yang berkaitan dengan tubuh atau organ tubuh manusia, haiwan mahupun tumbuhan samada dengan mengetahui lokasi organ dalam badan dan hubungannya dengan organ penting yang lain ( seperti saraf dan salur darah ). Ilmu yang sangat penting dalam pembedahan. Ilmu ini adalah lebih umum dari fisiologi yang hanya membincangkan organ tertentu sahaja.

* Ilmu-ilmu berkaitan dengan Anatomi :

Anatomi adalah satu cabang ilmu yang luas. Ilmu ini mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan ilmu Fisiologi, Autopsi. Malah ia juga merupakan satu ilmu yang wajib dikuasai oleh doktor bedah.

02. Perkaitan Anatomi & Islam ( Kenapa Anda Perlu Tahu Ilmu Ini ?! ):

1 – Merupakan salah satu ilmu. Umat Islam dituntut menuntut ilmu untuk mendekatkan diri mereka kepada Allah.

2 – Hukum Anatomi :- Ilmu ini tidak dibincangkan ulamak Islam yang terdahulu tambahan pula perbuatan seumpama ini ( autopsi ) yang dianggap berdosa berdasarkan hadith Nabi Muhammad – صلى الله عليه و سلم – yang berbunyi : كسر عظم الميت ككسره حيا ( hadith Hasan , rujuk al-Jami’ as-Soghir juzuk 4 ). Namun terdapat beberapa bentuk perbuatan yang mirip autopsi dibenarkan seperti mengeluarkan bayi dari perut ibu yang mati, atau mengeluarkan harta milik orang lain dalam perut si mati dan seumpamanya. Berdasarkan kepada ini, maka ulamak kontemporari bermula dengan Syeikh al-Azhar al-‘Allamah Ahmad bin Abdul Mun’im ( wafat 1192 H ) telah membenarkan autopsi ini demi maslahah yang lebih besar. Antara pihak yang turut membenarkannya adalah keputusan al-Lajnah ad-Daimah lil Buhuth ‘Ilmiyyah wal Ifta’ di Arab Saudi pada 1976 M , seterusnya Fatwa Hai’ah Kibar ‘Ulama’ kali ke-9 di Arab Saudi pada 1396 H , dan Fatwa Majma’ Fiqhi di bawah ar-Rabitoh al-‘Alam al-Islami kali ke-10 pada 1408 H. Menurut Majma’ Fiqhi ini ia dibenarkan dengan syarat diyakini bahawa si mati benar-benar mati, ada dhorurah yang memerlukan ia dilakukan, persetujuan si mati sebelum mati atau pihak yang berkenaan dengan si mati ( namun jika autopsi untuk kes jenayah, boleh dijalankan walaupun tanpa kebenaran ), tidak dibolehkan bermain-main dengan mayat, dan mayat perlu dikumpulkan dan dikebumikan mengikut adabnya selepas selesai digunakan.

3 – Ilmu ini amat penting bagi doktor. Menurut az-Zahrawi dalam kitabnya at-Tasrif bahawasanya doktor yang bertanggungjawab dalam melakukan pembedahan perlulah menguasai ilmu anatomi sehingga dia mampu memahami manfaat setiap anggota, bentuknya dan kaitan antara satu sama lain. Malah bagi mereka yang tidak menguasai ilmu ini pasti tidak akan lepas dari kesilapan yang boleh membunuh nyawa pesakit yang dibedah. Selain itu, bagi pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan lesen atau izin kepada pengamal perubatan seperti berbekam untuk menguasai ilmu ini supaya tidak menyebabkan pendarahan yang kronik akibat kesilapan dalam mengenal pasti kawasan dan anggota yang sepatutnya dielakkan ketika berbekam ( rujuk halaman 417 , al-Mausu’ah at-Tibbiyyah al-Fiqhiyyah ) & rujuk ayat 14 surah Fathir, ayat 59 surah al-Furqan

4 – Anatomi merupakan antara aplikasi dan tanda kebesaran Allah. Merupakan salah satu sudut I’jaz ‘Ilmi. Namun ini bukan menunjukkan bahawa kita hanya beriman setelah mengetahui fakta-fakta ini. Mukjizat al-Qur’an dan Hadith Baginda yang ditunjukkan melalui kajian ilmu anatomi merupakan bukti kebenaran agama Islam dan sesuai dijadikan hujah dan elemen dakwah terhadap golongan Kuffar khususnya di kalangan ahli ilmu .Rujuk ayat 18 surah Ali ‘Imran. ( Rujuk juga VCD al-‘I’jaz al-‘Ilmi : Syahadat ‘Ulama al-Ghorb oleh Syeikh Abdul Majid az-Zindani terbitan Makkah lil Barmajiyyat – Meccasoft ) . Bagi orang-orang yang beriman sewajarnya kita merenungi Firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 111-115

5 – Dalil-dalil dari al-Qur’an jelas memerintahkan kita untuk memperhatikan kejadian diri manusia, haiwan dan tumbuhan. Ini jelas dinyatakan dalam ayat-ayat berikut :-

Surah al-Ghashiyyah , ayat 17

Surah al-Mulk , ayat 19

Surah at-Toriq , ayat 5- 7

Surah az-Zariat , ayat 21

Surah al-An’am, ayat 99

Surah ‘Abasa, ayat 24-32

Surah al-Baqarah, ayat 259

03. Sejarah Anatomi Islam :

1- Secara asasnya bagi Muslim , boleh dikatakan sejarah ilmu ini bermula sebaik sahaja al-Qur’an mula diturunkan kepada Nabi Muhammad – صلى الله عليه و سلم – namun hajat masyarakat ketika itu tidak menzahirkan lagi ilmu ini

2 – Terdapat beberapa ulamak Islam yang menulis secara khusus berkenaan anatomi antaranya Mansur b Muhammad b Ahmad b Yusuf b Ilyas yang menghasilkan sebuah karya yang dikenali sebagai ‘Mansur’s Anatomy’. Karya beliau menerangkan tentang 5 sistem tubuh; tulang,saraf,otot,saluran darah dan nadi. Setiap sistem disertakan dengan gambarajah. Selainnya, Abdul Latif al-Baghdadi ( wafat 629 H ) yang menulis tentang rahang dan tulang belakang. Hunain b Ishaq yang terkenal dengan kitab al-Masail fi at-Tibb juga antara ulamak Islam yang banyak menulis tentang anatomi di dalam kitabnya yang bertajuk Kitab al-Manazir. Beliau juga menulis 10 artikel panjang berkenaan anatomi yang dianggap sebagai penulisan anatomi Arab yang paling bersistematik.

3 – Pakar bedah Islam juga merupakan orang terawal yang menggunakan ubat pelali dalam pembedahan. Selain itu al-Majusi ( wafat 994 H ) dianggap sebagai ahli teori pertama dalam bidang anatomi dan fisiologi. Beliau juga orang pertama yang menggunakan sejenis bahan yang dipanggil (tourniquet ) untuk menghentikan pendarahan dalaman. Tidak ketinggalan Abu al-Qasim Kholaf bin al-Abbas yang dikenali sebagai al-Zahrawi ( meninggal 1013 H ) yang menulis ensiklopedia bertajuk at-Tasrif Li Man ‘Ajiza ‘an at-Ta’lif yang merangkumi obstetrik ( ilmu perubatan dan pembedahan bersalin ) , pediatrik ( ilmu kaji penyakit kanak-kanak ), perbidanan dan anatomi.

4 – Juga Ibn an-Nafis ( wafat 687 H ) yang mengkaji berkenaan peredaran darah dalam tubuh dan perincian berkenaan proses pembedahan malahan beliau juga bertanggungjawab dalam menetapkan kadar dan unit piawaian yang seragam bagi berat dan sukatan yang digunakan dalam pembedahan dan di farmasi. Beliau juga bertanggungjawab menjelaskan anatomi sebenar bagi paru-paru dan individu pertama yang mengetahui proses aliran darah ke jantung. Namun kajiannya tidak diketahui dan difahami ramai ketika itu sehinggalah 300 tahun kemudian apabila karyanya diterjemah ke bahasa Latin oleh Andrea Alpago pada 1547. Para saintis dan doktor ketika itu mengiktiraf dan mengakui kebenaran fakta yang dinyatakan beliau.

5 – Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa kajian anatomi telah mula dijalankan oleh saintis Greek sejak kurun 2 yang bernama Galen. Ini dibuktikan dengan lakaran struktur mata dan rahang. Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa masyarakat Mesir di zaman Fir’aun adalah perintis kepada anatomi berdasarkan kepada mumia yang ditinggalkan.

Ringkasan Tokoh-tokoh Islam Yang Terkemuka dalam bidang Anatomi :

- Ibnu Sina : Abu ‘Ali al-Hasan bin Abdullah bin Sina ( meninggal 428 H ). Ahli falsafah dan doktor. Dilahirkan berhampiran dengan Bukhara. Belajar ilmu agama dan akal, dan menguasai bidang perubatan, falak, matematik dan falsafah sebelum berusia 20 tahun. Penulisannya menjangkau 200 buah dan yang paling terkenal adalah kitab al-Qanun fi at-Tibb yang ditulis dalam 5 juzuk yang merupakan manual asas para doktor sehingga 1650 M. Beliau perintis yang menggunakan ubat pelali bagi pesakit sebelum dibedah, dan beliau juga mendefinisikan beberapa jenis sakit dan tanda-tanda penyakit yang kronik ketika itu.

04. Beberapa Aspek dan Contoh Anatomi Islam :

Surah al-An’am ayat 95

Surah an-Nahl ayat 68-69

Surah an-Naml ayat 18

Surah al-An’am ayat 38

Surah an-Nur ayat 45

Surah Fathir ayat 27-28

Surah al-Baqarah ayat 22

Surah Yasiin ayat 36

Surah al-Hijr ayat 22

Surah al-Ahzab ayat 4

07. Rujukan & Panduan :

01. Laman Web ( Islamic_Medicine )

02. Tafsir Quran Karim, Prof Dr H Mahmud Yunus & Abd Wahab Saleh, cetakan 1, 1990, Klang Book Centre

03. الموسوعة الطبية الفقهية ، الدكتور أحمد محمد كنعان، الطبعة الأولى ، 2000 م ، دار النفائس

04. Majalah Bulanan : National Geographic , July 2006 , National Geographic Society, Washington

05. موسوعة الإعجاز العلمي في القرآن الكريم ، عبد الرحيم مار ديني، الطبعة الأولى، 2004-2005م، دار المحبة للطباعة والنشر

06. موسوعة الإعجاز العلمي في الحديث النبوي الشريف، عبد الرحيم مار ديني، الطبعة الأولى، ، دار المحبة للطباعة والنشر

07. A Brief Illustrated Guide to Understanding Islam, I.A Ibrahim, 2nd Edition, 1997, al-Attique Publishers Inc

08. Majalah Mingguan : TIME , March 11, 2002 / vol. 159 no. 10

09. مجلة شهرية : الفتوى ، العدد 138 ، شعبان 1425 هـ / تشرين الأول 2004م ، دار الأنبار للطباعة و النشر

10. Majalah Bulanan : Dewan Kosmik , Disember 2003 , Media Network Sdn Bhd, Dewan Bahasa dan Pustaka

11. المعجم المفهرس لألفاظ القرآن الكريم، محمد فؤاد عبد الباقي، الطبعة 2000م ، دار الفكر

12. Majalah Pelajar Jordan : al-Haq, Bil. 9, Musim Bunga 1995

13. Majalah Sisipan Utusan Malaysia : estidotmy, 27 Nov 2002, Edisi Ke-10, Utusan Melayu Berhad

14. Majalah Sisipan Utusan Malaysia : estidotmy, 27 April 2005, Edisi Ke-38, Utusan Melayu Berhad

15. Majalah Sisipan Utusan Malaysia : estidotmy, 30 Mac 2005, Edisi Ke-37, Utusan Melayu Berhad

16. Majalah : Sinar Rohani, tahun 7, Bil 11, Disember 2004, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

17. Majalah : Cahaya, Ogos 2004, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

18. Majalah : Massa, 2-8 Mac 2002, Tahun 7, Utusan Melayu ( Malaysia ) Berhad

19. Majalah Mingguan : TIME , March 18, 2002 , Time Warner Publishing, Amsterdem

20. Bukti Kewujudan Allah Secara Saintifik, Harun Yahya,terjemahan Mohd Nazri Zainuddin dll, al-Azhar Media

21. مجلةشهرية : الفرقان، الجمعية المحافظة على القرآن الكريم الأردن، السنة السابعة، العدد 53، حزيران 2006

22. مجلة شهرية : أيات ، العدد التاسع ، أيلول 2004م، المبدعون للتصميم الإعلاني

23. مجلة شهرية : أيات ، العدد الثامن ، آب 2004م، المبدعون للتصميم الإعلاني

24. مجلة شهرية : أيات ، العدد الخامس ،نيسان 2004م، المبدعون للتصميم الإعلاني

25. مجلة شهرية : أيات ، العددالحادي عشر،كانون أول 2004م، المبدعون للتصميم الإعلاني

26. مجلة شهرية : أيات ، العدد العاشر ، تشرين أول 2004م، المبدعون للتصميم الإعلاني

27. مجلة شهرية : أيات ، العدد الثاني عشر ، تموز 2005م، المبدعون للتصميم الإعلاني

28. مجلة شهرية : أيات ، العدد السادس ، أيار 2004م، المبدعون للتصميم الإعلاني

29. مجلة شهرية : أيات ، العدد السابع ،تموز 2004م، المبدعون للتصميم الإعلاني

30. مجلة شهرية : أيات ، العدد الرابع ، أذار 2004م، المبدعون للتصميم الإعلاني

31. . مجلة شهرية : أيات ، العدد الأول ،تشرين أول 2003م، المبدعون للتصميم الإعلاني

32. . مجلة شهرية : أيات ، العدد الثاني ،كانون أول 2003م، المبدعون للتصميم الإعلاني

33. . مجلة شهرية : أيات ، العددالثالث ،شباط 2004م، المبدعون للتصميم الإعلاني

34. مجلةشهرية : الفرقان، الجمعية المحافظة على القرآن الكريم الأردن، السنة السابعة، العدد 52، أيار 2006

http://wannuraanatomi.files.wordpress.com/2010/07/anatomi-dalam-islam1.jpg?w=803&h=1024

http://wannuraanatomi.files.wordpress.com/2010/08/sistem-sistem-tubuh-manusia1.jpg?w=803&h=1024

http://4.bp.blogspot.com/-qWhc9Ycnr30/T18zYnu9G5I/AAAAAAAAAUc/cpyW01Nv0LI/s1600/saraf.jpg

http://3.bp.blogspot.com/-jlPVhEbEUZg/T5m6LmfIqeI/AAAAAAAAAXw/thQzgTpNTos/s1600/brain+anatomy+and+functions.png

http://kb4brainfunction.com/wp-content/uploads/2013/01/Brain-Anatomy-Pictures_7.jpg

http://wannuraanatomi.files.wordpress.com/2010/08/sistem-pernafasan.jpg?w=803&h=1024

http://wannuraanatomi.files.wordpress.com/2010/08/sistem-endokrin.jpg?w=816

http://sihatmasayu.files.wordpress.com/2010/01/sistem-pencernaan.jpg

http://3.bp.blogspot.com/-rU8gJCwmmN0/UD2HxwErIuI/AAAAAAAAJeM/qzUCP5VpkIs/s1600/sistem-perkumuhan.jpg

http://wannuraanatomi.files.wordpress.com/2010/08/sistem-pembiakan-wanita.jpg?w=803&h=1024

http://wannuraanatomi.files.wordpress.com/2010/08/sistem-pembiakan-lelaki.jpg?w=803&h=1024

http://wannuraanatomi.files.wordpress.com/2010/07/struktur-dan-fungsi-kulit.jpg

http://wannuraanatomi.files.wordpress.com/2010/07/struktur-dan-fungsi-kulit1.jpg?w=803&h=1024

http://wannuraanatomi.files.wordpress.com/2010/07/darah-manusia-dan-fungsinya8.jpg

http://wannuraanatomi.files.wordpress.com/2010/07/darah-manusia-dan-fungsinya7.jpg?w=803&h=1024

Peredaran darah dalam jantung

1. Darah terdeoksigen dari semua bahagian badan mengalir balik ke atrium kanan jantung melalui vena kava.

2. Apabila atrium kanan mengecut, darah dipamkan ke dalam ventrikel kanan. Injap trikuspid tertutup untuk menghalang darah daripada mengalir balik ke atrium kanan.

3. Ventrikel kanan kemudiannya mengecut dan darah terdeoksigen didesak keluar melalui arteri pulmonari ke paru paru. Injap sabit di pangkal arteri pulmonari tertutup untuk menghalang pengaliran balik darah ke dalam ventrikal kanan.

4.Darah beroksigen dari peparu dibawa balik ke atrium kiri melalui vena pulmonari.

5.Apabila atrium kiri mengecut, darah mengalir masuk ke ventrikel kiri. Injap bikuspid tertutup menghalang pengaliran balik darah ke atrium kiri.

6. Darah beroksigen didesak keluar melalui aorta ke semua bahagian badan kecuali peparu apabila ventrikel kiri mengecut.

7.Injap sabit di pangkal aorta akan tertutup untuk menghalang pengaliran balik darah dalam aorta ke dalam ventrikel kiri.

- Perentak ialah sekumpulan gentian kardium halus di dalam dinding atrium kanan yang menjanakan impuls untuk memulakan pengecutan jantung.

-Perentak menerima dua saraf dari otak, iaitu saraf simpatetik yang meningkatkan kadar denyutan jantung dan saraf parasimpatetik yang menurunkan kadar denyutan jantung.

-Denyutan jantung terdiri daripada fasa sistol dan fasa diastol. Sistol merujuk kepada pengecutan otot jantung manakala diastol merujuk kepada pengenduran otot jantung.

- Setiap denyutan jantung diiringi oleh bunyi “lub-dup”. Bunyi “lub” disebabkan oleh penutupan injap bikuspid dan trikuspid, manakala bunyi “dup” disebabkan oleh penutupan injap-injap sabit.


http://wannuraanatomi.files.wordpress.com/2011/01/organ-tubuh-badan-dan-saraf-tulang-belakang.jpg?w=803&h=1024


http://wannuraanatomi.files.wordpress.com/2010/07/darah-manusia-dan-fungsinya6.jpg?w=803&h=1024


http://wannuraanatomi.files.wordpress.com/2011/01/anatomi-kehamilan.jpg?w=803&h=1024

http://wannuraanatomi.files.wordpress.com/2010/08/sistem-otot.jpg?w=816

http://wannuraanatomi.files.wordpress.com/2010/08/sistem-rangka.jpg?w=803&h=1024

http://wannuraanatomi.files.wordpress.com/2010/08/sistem-peredaran.jpg?w=803&h=1024

http://wannuraanatomi.files.wordpress.com/2010/08/sistem-saraf.jpg?w=803&h=1024

http://wannuraanatomi.files.wordpress.com/2010/08/sistem-imun.jpg?w=803&h=1024


sumber & terima kasih

david.cronenberg
26-03-2013, 11:17 PM
http://wannuraanatomi.files.wordpress.com/2012/10/mulut-dan-lidah.jpg?w=720&h=960

Anatomi Mulut

Mulut merupakan jalan masuk sistem pencernaan berisi organ assesoris berfungsi dalam proses awal pencernaan. Rongga vestibulum terletak antara gigi, bibir dan pipi sebagai batas luarnya. Rongga oral utama, dibatasi gigi dan gusi bahagian depan, palatum lunak dan keras di bahagian atas, lidah di bahagian bawah dan orofaring bahagian belakang.

Bibir ; tersusun dari otot rangka (orbikularis mulut) dan jaringan ikat.

Fungsi; Permukaan luar bibir di lapisi kulit mengandungi folikel rambut, kelenjar keringat (peluh) serta kelenjar subasea. Area transisional, memiliki epidermis transparen (nipis/ lutsinar). Permukaan dalam bibir adalah membran mukosa.

Pipi, mengandung otot buksinator mastikasi.

Lidah, dilekatkan pada dasar mulut oleh frenulum lingua. Berfungsi untuk menggerakkan makanan semasa dikunyah atau ditelan, untuk pengecapan (rasa) dan produksi wicara.

1. Otot extrinsik, lidah berawal pada tulang dan jaringan di luar lidah berfungsi dalam pergerakan lidah secara keseluruhan

2. Otot intrinsik lidah memiliki serabut yang menghadapi pelbagai arah untuk membentuk sudut satu sama lain.

3. Papila adalah elevasi jaringan mukosa dan jaringan ikat pada permukaan dasar lidah

4. Tonsil lingua adalah agregasi jaringan limfoid pada sepertiiga bahagian belakang lidah. Gigi tersusun dari pundi (alvioli) pada mandibula dan maksila

Anatomi gigi

Manusia memiliki dua susunan gigi iaitu :

a. Gigi primer (desiduous, gigi susu), dimulai dari ruang di antara dua gigi depan iaitu 2 gigi kacip, 1 gigi taring, 2 gigi geraham (mollar) 20 biji gigi

b. Gigi sekunder (gigi kekal), mulai keluar pada usia 5 – 6 tahun iaitu 2 gigi kacip, 1 gigi taring, 2 gigi premolar dan 3 gigi geraham (trikupid 32 biji gigi

Komponen gigi.

a. Mahkota (crown) – bahagian gigi yang terlihat
b. Gingiva (gusi) – mahkota dan akar bertemu pada leher
c. Membran peridontal merupakan jaringan ikat yang melapisi pundi alviolar dan melekat pada sementum di akar.
d. Rongga pulpa dalam mahkota melebar ke dalam saluran akar, saluran akar membuka ke tulang melalui foramenapikale.

Dentin menyelubungi rongga pulpa dan membentuk bahagian terbesar gigi. Dentin pada bahagian mahkota tertutup oleh enamel dan bahagian akar oleh sementum.

Fungsi gigi ;

sebagai proses mastikasi (pengunyahan) makanan yang masuk ke dalam mulut; di potong menjadi bahagian kecil dan bercampur saliva (air liur) membentuk bolus makanan yang dapat ditelan.

http://wannuraanatomi.files.wordpress.com/2012/10/mulut-dan-lidah1.jpg?w=720&h=960

Kelenjar ludah (saliva)

Kelenjer ludah (saliva) disekresi ke dalam rongga mulut (oral). Saliva terdiri dari cairan encer yang mengandung enzim dan cairan kental mengandungi mukus. Kelenjar saliva terdiri atas 3 (tiga) pasang:

1. Kelenjar parotid; merupakan kelenjar saliva terbesar, terletak agak kebawah di depan telinga dan membuka melalui duktus parotid (stenser) menuju suatu elevasi kecil (papila) yang terletak berhadapan dengan gigi molar kedua pada kedua sisi.

2. Kelenjar submaksilaris (submandibularis); terletak di permukaan dalam pada mandibula, membuka melalui ductus wharfar menuju dasar mulut pada kedua sisi frenulum lingua

3. Kelenjar sublingua; terletak di dasar mulut dan membuka melalui duktus sublingua kecil menuju ke dasar mulut.

Komposisi kelenjar saliva (air liur), terdiri daripada :

sekresi serosa iaitu 98 % air dan mengandungi enzim amilase serta jenis ion (natrium, klorida, bikarbonat dan kalium)
sekresi mukus, lebih kental dan sedikit mengandungi gliko protein, ion dan air .

Fungsi saliva (kelenjar air liur) :-

1. melarutkan makanan secara kimia untuk pengecapan rasa.
2. melembabkan dan melumatkan makanan.
3. amilase pada saliva, menguraikan zat tepung menjadi polisakarida dan maltosa.
4. zat buangan, seperti asam urat dan urea dan zat lain seperti ubat, virus dan logam diekresi ke dalam saliva.
5. zat anti bakteri dan antibodi berfungsi untuk membersihkan rongga mulut dan memelihara kesihatan oral serta mencegah kerosakan gigi.

Kendali saraf

1. Aliran saliva dapat di pacu melalui stimulus psikis (fikiran akan makanan), mekanis (keberadaan makanan),kimiawi (jenis makanan).

2. Stimulus di bawa melalui serabut aferent saraf kranial menuju nuklei salivatory inferior dan superior dalam medula. Semua kelenjar saliva di persarafi serabut simpatik dan parasimpatik.

3. Volume dan komposisi saliva, sesuai jenis stimulus dan jenis inervasinya.
a. Stimulus parasimpatik – vasodilatasi pembuluh darah dan sekresi serosa
b. Stimulus simpatik – vasokontriksi pembuluh darah – sekresi mukus lebih kental dan lengket

Lidah

Lidah adalah alat indera yang peka terhadap rangsangan berupa zat kimia larutan. Lidah memiliki otot yang tebal, permukaannya dilindungi oleh lendir dan penuh dengan bintil-bintil. Kita dapat merasakan rasa pada lidah kerana terdapat reseptor yang dapat menerima rangsangan.

Reseptor itu adalah vavila pengecap atau kuncup pengecap. Kuncup pengecap merupakan kumpulan hujung-hujung saraf yang terdapat pada bintil-bintil lidah. Tidak semua bahagian lidah peka terhadap zat kimia dan daerahnya juga khusus untuk rasa tertentu. Pada saat kita makan sambal, kita sering merasakan kepedasan. Rasa pedas bukan hasil dari kepekaan rasa pada kuncup pengecap. Tetapi merupakan suhu panas pada papilla sehingga mengembang dan menyebabkan timbulnya rasa pedas. Gangguan pada lidah boleh di sebabkan oleh makan atau minum sesuatu yang bersuhu terlalu tinggi (sangat panas) dan terlalu rendah (sangat sejuk) sehingga lidah ‘mati rasa’. Gangguan ini hanya bersifat sementara.Gangguan yang bersifat kekal misalnya terjadi pada orang yang mengalami trauma pada bahagian tertentu pada otak. Pada lidah juga sering terjadi iritasi (jangkitan) kerana luka atau kekurangan vitamin C.

http://wannuraanatomi.files.wordpress.com/2012/08/hidung5.jpg?w=960&h=720

Hidung

Hidung terdiri daripada bahagian luaran (eksternal) dan dalaman (internal). Bahagian eksternal terdapat dipermukaan muka dan terdiri daripada rangka penyokong yang dibentuk oleh tulang dan rawan. Rangka hidung diliputi oleh kulit dan permukaan dalamnya dilapisi oleh membran mukus. Di bawah hidung terdapat dua pembukaan yang disebut lubang hidung atau nares eksternal. Bahagian internal hidung terdiri daripada kaviti yang besar di tengkorak terletak atas dari mulut dan di antara dua kaviti orbit. Bahagian dalam hidung eksternal dan internal dibahagikan kepada bahagian kanan dan kiri oleh pembahagi vertikal yang dikenali sebagai septum hidung. Setiap kaviti hidung mempunyai atap, lantai, dinding lateral dan dinding medial (septum hidung). Kaviti hidung membuka di anterior melalui lubang hidung. Posterior, kaviti ini berhubung dengan farinks melalui pembukaan hidung internal.

Fungsi Hidung

Bulu hidung di dalam kaviti hidung menapis debu dan mikroorganisma dari udara yang masuk dan lapisan mukus yang memerangkapnya. Bekalan darah yang banyak ke membran mukus membantu mengawal udara yang masuk menjadi hampir sama dengan suhu badan di samping melembabkannya. Selain itu hidung juga berfungsi sebagai organ untuk membau kerana reseptor bau terletak di mukosa bahagian atas hidung. Hidung juga membantu menghasilkan dengungan (fonasi)


http://wannuraanatomi.files.wordpress.com/2012/08/mata3.jpg?w=720&h=960

Alat pancaindera penglihatan pada manusia adalah mata. Indera penglihat (mata) disebut juga fotoreseptor kerana mata sangat peka terhadap rangsangan cahaya. Mata memiliki sejumlah reseptor khusus untuk mengenali perubahan sinar dan warna. Selain itu terdapat alat tambahan yang terdiri dari :

Alis mata
Bulu mata
Otot penggerak bola mata
Kelopak mata
Kelenjar air mata

Alis mata
Terdiri dari rambut kasar melintang di atas mata, berfungsi untuk mempercantik wajah dan melindungi mata dari peluh yang mengalir dari dahi. Bulu mataMerupakan barisan rambut yang terdapat pada hujung kelopak mata, berfungsi melindungi bola mata dari masuknya debu dan partikel. Pada bulu mata terdapat kelenjar sebasea(kelenjar minyak) yang disebut kelenjar zeis, terletak pada akar bulu mata. Infeksi pada kelenjar sebasea disebut bintik (hordeolum).
Otot penggerak bola mata pada setiap mata terdapat enam otot lurik yang menghubungkan bola mata dengan tulang di sekitarnya. Otot ini berfungsi untuk menggerakkan bola mata, sehingga mata dapat mengerling ke kanan, kiri, atas, dan bawah. Gerakan bola mata berada di bawah kesedaran.Kelopak mataKelopak mata terdiri dari dua bahagian iaitu pada kelopak mata atas dan kelopak mata bawah yang berfungsi melindungi bola mata dari kerosakan. Mulai dari dalam menuju ke arah luar, kelopak mata terdiri atas lima lapis, iaitu:

1. konjungtiva, adalah selaput lendir yang melapisi bahagian dalam kelopak mata dan melapisi juga permukaan bola mata.
2. Kelenjar meibomian yang dapat menghasilkan lemak untuk mencegah pelekatan kedua kelopak mata.
3. Lapisan tarsal, iaitu lapisan jaringan ikat yang kuat untuk menunjang kelopak mata.
4. Otot orbikularis okuli, iaitu otot yang berfungsi menutup bola mata.
5. Jaringan ikat.

Kelenjar Air Mata
Pada indera penglihatan kita di dalamnya terdapat Kelenjar air mata (Aparatus lakrimalis). Kelenjar air mata letaknya di sudut lateral atas pada rongga mata, dan berfungsi untuk menghasilkan air mata. Dari kelenjar ini keluar kurang lebih dua belas duktus lakrimalis, yaitu saluran-saluran yang mengalirkan air mata menuju ke konjungtiva kelopak mata atas.

Bola Mata
Bola mata manusia berdiameter kira-kira 2,5 cm dengan 5/6 bagian nya terbenam dalam rongga mata dan hanya 1/6 bagiannya saja yang tampak dari luar dengan bagian depan yang bening. Bola mata bagian luar tersusun atas lapisan jaringan ikat yang berwarna putih dan kuat yang disebut sklera dan lapisan dalam mempunyai pigmen tipis dan banyak pembuluh darah yang disebut koroid.

Sklera
Dipermukaan sklera terdapat sel-sel epitel yang membentuk membran mukosa dan berfungsi untuk mempertahankan mata agar tetap lembab. Pada bagian depan sklera terdapat selaput yang transparan (tembus cahaya) yang disebut kornea, dan berfungsi untuk memfokuskan cahaya yang masuk kedalam mata. Kornea dilindungi oleh selaput yang disebut konjungtiva, kornea tidak mengandung pembuluh darah tetapi banyak mengandung serabut saraf.

Koroid
Koroid yaitu lapisan tipis yang dibentuk oleh jaringan ikat yang mengandung banyak pembuluh darah dan sejumlah sel pigmen. Dengan adanya pembuluh darah koroid ini berperan sebagai penyuplai makanan kelapisan retina mata. Koroid terletak sebelah dalam sklera, bagian belakang lapiasan mata ini ditembus oleh saraf optik (saraf otak II).

Iris
Iris merupakan selaput yang menggantung diantara lensa dan kornea.Iris dikenal sebagai selaput pelangi dan berperan mengatur banyak sedikitnya cahaya yang masuk ke dalam bola mata. Pengaturan ini berlangsung diluar kesedaran kita (otonom). Lubang bulat ditengah iris di sebut pupil. Didalamnya terdapat otot dilator pupil yang berfungsi untuk memperkecil diameter pupil. Iris banyak mengandung pembuluh darah dan pigmen, jumlah pigmen akan menentukan warna mata. Bila tidak ada pigmen maka mata kita akan berwarna merah. Jika ada sedikit pigmen maka mata kita akan berwarna biru. Jika jumlah pigmennya bertambah maka mata kita akan berwarna abu-abu, coklat, atau hitam.

Retina
Retina merupakan lapisan terdalam dari bola mata. Retina terdiri dari tiga lapisan neuron yaitu:
Lapisan sel batang dan sel kerucut.
Lapisan neuron bipolar.
Lapisan neuron ganglion.

Sel batang dan sel kerucut merupakan reseptor yang sensitif terhadap cahaya. Sel batang digunakan untuk melihat pada cahaya remang-remang (cahaya redup) atau melihat bayangan. Sedangkan sel kerucut digunakan untuk melihat pada cahaya terang atau warna. Sel kerucut banyak terdapat pada fovea centralis yaitu suatu lekukan pada bintik kuning (macula lutea) yang terletak tepat pada sumbu penglihatan mata. Impuls sel batang dan sel kerucut akan menjalar melalui sinaps ke neuron bipolar, kemudian ke neuron ganglion. Akson dari neuron ganglion akan membentuk seberkas saraf, yaitu saraf otak II yang akan menembus koroid dan sklera optikus. Sklera optikus tidak mengandung sel batang maupun sel kerucut, sehingga apabila tidak ada cahaya yang jatuh pada sklera optikus maka mata kita tidak dapat melihat apa-apa, bagian ini disebut bintik buta. Sedangkan bayangan benda terbentuk pada bintik kuning dari retina.

Lensa
Mata Lensa mata terletak dibelakang pupil dan iris, berbentuk cembung, bersifat transparan, serta dikelilingi oleh jaringan yang mengikatnya ( ligamentum suspensorium). Lensa mata terdiri atas lapisan serat protein. Apabila lensa mata menjadi keruh maka akan mengganggu penglihatan, ini disebut katarak.Lensa mata membagi mata menjadi dua ruangan yaitu ruang antara kornea dengan lensa (ruang muka), dan ruang belakang lensa (ruang belakang). Kedua ruang tersebut berisi cairan kental dan transparan seperti jeli. Ruang muka berisi aqueous humor, yang berfungsi menjaga bola mata serta memberi nutrisi untuk kornea dan lensa. Sedang ruang belakang berisi vitreus humor, yang berfungsi untuk menyokong struktur lensa dan bola mata.

Tahap-tahap terbentuknya bayangan pada mata
Mata kita dapat melihat suatu benda bila menerima cahaya. Adapun tahap-tahap terbentuknya bayangan pada mata adalah : cahaya masuk ke dalam mata melalui lubang pupil, pertama cahaya menembus kornea, aqueous humor, lensa, dan viterus humor sehingga bayangan jatuh tepat pada retina. Kemudian retina membentuk impuls yang dijalarkan ke saraf otak II , lalu ke otak untuk di interpretasikan sebagai penglihatan.

http://wannuraanatomi.files.wordpress.com/2012/08/telinga1.jpg?w=720&h=960

Anatomi telinga dibahagi kepada 3 bahagian, iaitu telinga luar, tengah dan dalam. Telinga mempunyai dwi fungsi iaitu sebagai indera pendengaran dan sebagai alat bantu keseimbangan tubuh badan. Sebagai indera pendengaran, telinga sangat penting dalam proses pembelajaran pertuturan/bahasa. Seorang anak bahkan sejak dari dalam kandungan menggunakan indera pendengaran untuk belajar hal-hal baru dari dunia luar. Gangguan pada pendengaran jika terjadi sejak lahir akan mempengaruhi pada kemampuan berbahasa seseorang, sehingga seorang yang tuli dari lahir biasanya juga menderita tidak dapat bertutur ; kerana dia memang belum pernah mendengarkan bagaimana sebenarnya sebuah kata diucapkan.

Anatomi telinga manusia
Setiap vertebrata (mahluk hidup bertulang belakang) memiliki sepasang telinga yang letaknya berlawanan yang berfungsi untuk menangkap gelombang suara untuk selanjutnya diteruskan ke otak melalui susunan saraf yang menghubungkan telinga ke otak iaitu nervus vestibulokoklearis. Dan sebagai alat keseimbangan dan untuk mengetahui posisi tubuh. Secara anatomi, telinga manusia dibezakan menjadi tiga bahagian sebagai berikut :

1. Anatomi telinga luar manusia
Telinga luar manusia terdiri dari daun telinga, lubang telinga luar dan saluran telinga luar (liang telinga). Bentuk dan susunan daun telinga yang komplek berfungsi untuk menangkap dan mengarahkan gelombang suara menuju liang telinga yang akan ditangkap oleh gendang telinga (membran timpani).

2. Anatomi telinga tengah manusia
Telinga tengah terdiri dari gegendang telinga (membran timpani), tulang pendengaran (tulang martil, tulang landasan dan tulang sanggurdi). Getaran suara yang diterima gendang telinga akan diteruskan oleh tulang pendengaran, iaitu dari tulang martil ke tulang landasan dan terakhir ke tulang sanggurdi yang merupakan tulang pendengaran terkecil. Dari tulang sanggurdi, getaran akan diteruskan ke koklea atau rumah siput. Dalam keadaan normal, ruang pada telinga tengah berisi udara yang tidak berhubungan langsung dengan udara luar. Saluran yang menghubungkan udara di telinga tengah adalah saluran eustasia yang menghubungkan telinga tengah ke faring. Saluran eustsia akan tertutup dan terbuka pada saat manusia mengunyah dan menguap. Ini adalah mekanisme untuk menyamakan tekanan udara di luar dan di dalam telinga tengah.

3. Anatomi telinga dalam manusia

A. Organ Pendengaran
Telinga dalam terdiri atas labirin osea atau labirin tulang iaitu sebuah rangkaian rongga pada tulang pelipis yang dilapisi periosteum yang berisi cairan perilimfe dan labirin membranasea, yang terletak lebih dalam dan memiliki cairan endolimfe.

Di depan labirin terdapat koklea (rumah siput) . Penampang melintang koklea terdiri daripada tiga bahagian iaitu skala vestibuli, skala media dan skala timpani. Bahagian dasar dari skala vestibuli berhubungan dengan tulang sanggurdi melalui tingkap berselaput yang disebut tingkap oval, sedangkan skala timpani berhubungan dengan telinga tengah melalui tingkap bulat.
Bahagian atas skala media dibatasi oleh membran vestibularis atau membran Reissner dan sebelah bawah dibatasi oleh membran basilaris. Di atas membran basilaris terdapat organo corti yang berfungsi mengubah getaran suara menjadi impuls. Organo corti terdiri dari sel rambut dan sel penyokong. Di atas sel rambut terdapat membran tektorial yang terdiri dari gelatin yang lentur, sedangkan sel rambut akan dihubungkan dengan bahagian otak dengan saraf vestibulokoklearis.

B. Organ Keseimbangan
Selain bahagian pendengaran, bahagian telinga dalam terdapat Indra Pengatur Keseimbangan atau organ Vestibular. Bahagian ini secara strukturnya terletak di belakang labirin yang membentuk struktur utrikulus dan sakulus serta tiga saluran setengah lingkaran atau Saluran Gelung atau semisirkular. Kelima bahagian ini berfungsi mengatur keseimbangan tubuh dan memiliki sel rambut yang akan dihubungkan dengan bahagian keseimbangan dari saraf pendengaran.

Setelah mengetahui begitu rumit dan luar biasanya ciptaan dan rekabentuk anatomi telinga, sudah semestinya kita sebagai manusia selalu bersyukur akan nikmat Allah SWT yang di anugerahkan pada setiap manusia seperti salah satunya adalah nikmat pendengaran !

david.cronenberg
26-03-2013, 11:20 PM
http://www.anatomystuff.co.uk/repository/product/user/img_img_9781587791420_hand_wrist_chart.jpg


http://2.bp.blogspot.com/-YyYx_OxzvNU/UIk1ZeNrvII/AAAAAAAAJf4/6v4ORwtybL4/s1600/anatomy+leg.jpg

david.cronenberg
26-03-2013, 11:23 PM
Lukisan anatomi oleh Leonardo da Vinci

http://media.npr.org/assets/img/2012/03/08/vitruvian_custom-1aec8af0be87f882d1072de10ccbc7028faecc2a-s6-c10.jpg

http://copypasterepost.com/wp-content/uploads/2013/03/shoulderandneck2.jpg

http://www.drawingsofleonardo.org/images/skull2.jpg

http://1.bp.blogspot.com/-v8NxYE-lCZY/T5YmMz9WzmI/AAAAAAAACdg/mH9X28RsL9o/s1600/leonardo-muscles.jpg

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/c/c9/Da_Vinci_Studies_of_Embryos_Luc_Viatour.jpg

AuraSuccess_88
26-03-2013, 11:25 PM
dulu dok belajar sket2..larink...farink berkaitan pernafasan..kekeke..lupa banyak dah bab2 nie

shamfj7
26-03-2013, 11:25 PM
terima kasih atas penjelasan yang terperinci...

nikprofit
26-03-2013, 11:34 PM
ini dah macam belajar biologi masa SPM ni...

david.cronenberg
27-03-2013, 12:01 AM
dulu dok belajar sket2..larink...farink berkaitan pernafasan..kekeke..lupa banyak dah bab2 nie
haha.. tekenang semasa dulu.

david.cronenberg
27-03-2013, 11:18 AM
terima kasih atas penjelasan yang terperinci...
selamat datang ke cg. tq melawat :)

cikzue
27-03-2013, 11:29 AM
dokter dokter tu kena blajar ni sume ke ??

david.cronenberg
27-03-2013, 11:45 AM
dokter dokter tu kena blajar ni sume ke ??
iyek terutama surgeon, doc gigi, ENT specialist, physiotherapist, neurologist dan banyak lagi. tq cikzue melawat :)

david.cronenberg
27-03-2013, 04:55 PM
ibnu sina genius islam tiada tolok bandingan. orang barat kagum ngan beliau.

http://psychologyoftheeast.umwblogs.org/files/2012/11/avicenna-2-sized.jpg

david.cronenberg
05-04-2013, 10:51 AM
http://www3.pmo.gov.my/webNotesApp/RqrMainM.nsf/9ca3c988a579811f48256722002425dc/27a720601a19c487482566cd00325adb/RqrKaligrafi/0.70?OpenElement&FieldElemFormat=gif

Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).

orizasatipa
05-04-2013, 10:55 AM
keren banget, informasinya komplit sob....:D

Kedai.Emas GCP
05-04-2013, 11:05 AM
Perrrgggghhh DETAILS!!

david.cronenberg
05-04-2013, 11:42 AM
keren banget, informasinya komplit sob....:D
selamat datang ke CG. kamu dari seberang?

aHLoNGYaKuZa
05-04-2013, 11:47 AM
Masyallah...indahnya ilmu yg dipinjamkan ALLAH pd manusia

ssiming
05-04-2013, 12:10 PM
Moga ALLAH ganda lagi ilmu pengetahuan tt

jimbajimbi
05-04-2013, 02:04 PM
Thanx TT...teringat zaman skolah la pulak....

hehehehe :)