PDA

View Full Version : Pelabur Dalam Penternakan Arnab Pedaging Secara Besar2

Riger
21-06-2008, 05:39 PM
SALAM SEJAHTERA, KEPADA WARGA CG

SAYA INGIN BERTANYA KEPADA WARGA CG YANG BERMINAT DALAM INDUSTRI PERTENAKAN ARNAB PEDAGING YANG BERMINAT MENJADI PELABUR

JIKA INGIN PENERANGAN DAN MAKLUMAT SILA HUBUNGI 013 3332069 SAYA ATAU EMAIL bashar0214@yahoo.com.sg:))

mj12
21-06-2008, 05:41 PM
bagus nie...

fordLASER
21-06-2008, 05:41 PM
Arnab......
Bro... ramai berminat kat sini...
Boleh detailkan sbb ramai nak tahu...

Riger
21-06-2008, 05:48 PM
untuk memulakan projek ini saya dan pelabur kenalah keluarkan duit dulu. modal untuk memulakan ini dalam angaran 100k.
ternakan yang permulaan sebanyak 5000 ekor. tempat di hulu langat selangor dalam keluasan 4 ekar. disini saya hanya memelukan paling maksimun 5 pelabur sahaja.untuk memasarkan daging arnab tersebut saya telah mempunyai pembeli secara kontrak.

miskhi
21-06-2008, 05:57 PM
x pernah sey makan daging arnab...

Riger
21-06-2008, 06:00 PM
daging arnab sangat bagus untuk kaum lelaki tau bagi pawer.

tokmat™
21-06-2008, 06:05 PM
daging arnab ni memang sodap.... :D

hannuz1010
21-06-2008, 06:13 PM
sate kajang hj samuri daging arnab dia sedap.mmmmmmmmm

Riger
21-06-2008, 07:40 PM
salam besok saya akan masukan data penternakan yang saudara mahukan jika berminat boleh lah hubungi terus kepada saya, projek ini amat bebaloi jika saudara menyertainya....

akuslamberjer
21-06-2008, 07:41 PM
wahhh..lama tak makan daging arnab..bestnyer..

projek ni pun bagus gak..cuma nak tanya tuan tanah dah berapa lama xperience ternak arnab nih?

Trader@Investor
21-06-2008, 08:00 PM
wahh...mcm best je nih...

mattop
21-06-2008, 08:02 PM
satu lagi cabang pertanian yg bagus... tahniah tuan...

bg sket detail ttg term and condition.... pelabran dan pulangan... :D

ulam
21-06-2008, 08:16 PM
Tuan tanah kasi detail ckit story... :D

kemolok
21-06-2008, 11:30 PM
hmmm..dulu ada projek kambing...dah lingkup dengarnya...member aku labur 5k, hangus camtu jer...alasan kambing mati...
so yang ni, bukan aku nak dengki ke ape, tapi nak suruh korang hati2 jer...cek betul2...sebelum labur duit..
adios...peace...

wan_ensem501
21-06-2008, 11:36 PM
hmmm..dulu ada projek kambing...dah lingkup dengarnya...member aku labur 5k, hangus camtu jer...alasan kambing mati...
so yang ni, bukan aku nak dengki ke ape, tapi nak suruh korang hati2 jer...cek betul2...sebelum labur duit..
adios...peace...

tq krana mengingatkan...

marvelous
22-06-2008, 09:21 AM
hmmm..dulu ada projek kambing...dah lingkup dengarnya...member aku labur 5k, hangus camtu jer...alasan kambing mati...
so yang ni, bukan aku nak dengki ke ape, tapi nak suruh korang hati2 jer...cek betul2...sebelum labur duit..
adios...peace...

buat dan usaha sendiri lagi baik..:)

tokey jutawan
22-06-2008, 09:37 AM
buat dan usaha sendiri lagi baik..:)

btul 2..untung rugi tanggung sendiri...nti x pasal2 kne kejar ngn warga cg...wakakakakaka:eek: :)) :eek: :)) :eek: :)) :)cgrock :)cgrock

revolusi
22-06-2008, 10:27 AM
dah lamo den tak makan lauk arnab..best woo daging dia..

myaura
22-06-2008, 11:09 AM
klu buat rendang pun sodappppppppppp.... nnti ada lg projek daging katakkkkkkk.. huhuhuh

Riger
22-06-2008, 11:50 AM
:-? salam sejahtera,

Disini pihak kami telah menjalankan pemerhatian yang agak lama dalam projek penternakan arnab daging ini... dalam kajian kami untuk memulakan projek ternakan arnab ini pihak kami memelukan modal permulaan .... yang mana seterusnya akan kami cari dari jabatan2 kerajaan yang berbentu geran. apa yang saya nak katakan ini ... pelabur yang saya ingin cari adalah yang memang meminati industri penternakan..pihak kami hanya memelukan sekurang2nya 5 orang sahaja yang betul2 minat dan ingin melabur.

pelabur mempunyai 2 pilihan :

1.pelabur turut serta dalam aktiviti perternakan. yang mana akan berada di ladang ternakan memehatikan ternakan, pemberian makan,dan lain kerja yang perlu dilakukan oleh seorang penternakn pelabur akan lakukan bersama.

2.pelabur hanya melaburkan modal dan berapa banyak modal yang di labur akan dikira sabagai rakan kongsi.cth: 10k bersamaan dangan 10% perkongsian bersama rakan kongsi yang lain lagi 50% pegangan akan dimiliki oleh pihak kami.

disini ingin diberi tahu pihak kami akan menerangkan lagi maklumat yang mana pihak kami akan membuat perjanjian bertulis sebagai rakan kongsi.

mengenai pasaran pihak kami mempunyai pasaran yang memelukan 1 tan sebulan dengan ikatan kontrak farming.

untuk maklumat pelabur juga saya adalah salah seorang ahli pertubuhan peladang kawasan ulu langat utara.AJK unit batu 16 dusun tua selangor.

seperti di perenggan satu diatas pihak kami akan mencari modal tambahan dari jabatan kerajaan yang akan membantu sedikit sebanyak projek ini tidak memerlukan pimjaman bank... itu yang paling kami utamakan.

untuk pembahagian keuntungan pihak kami akan menerangkan apabila pelabur yang betul berminat dan datang berjumpa dgn pihak kami sahaja......

di sini ingin diingatkan bahawa pihak kami memerlukan hanya 5 pelabur yang berminat sahaja untuk melabur :D

ratusanRM
22-06-2008, 11:53 AM
mcm2 cara nak menyekam skrg ni...

kambing, ikan keli...

yg terkini arnab plak

:eek::eek::eek:

hati2 bro!

StanNero
22-06-2008, 11:54 AM
Berhati2 la ngan sistem perkongsian modal mcm nie..

Just a friendly reminder.. dah byk dah cam kambing Dll.Bakal pelabur leh rujuk thread terdahulu..jgn trus labur ..

Sygi duit anda..

Reminder nie umum bukan tuju kat tuan tanah je k..

notrexdame
22-06-2008, 11:57 AM

tq mod..:)paid :)paid

ratusanRM
22-06-2008, 11:57 AM
bape byk thread arnab mau bukak daaaaa!!

:mad::mad:

notrexdame
22-06-2008, 11:59 AM
bape byk thread arnab mau bukak daaaaa!!

:mad::mad:

arnab cpt membiak skrg..:eek: :eek: :eek: musim mengawan kot

Riger
22-06-2008, 12:24 PM
untuk maklumat kemolok

latar belakang kami adalah bidnag penternakan ....
untuk maklumat semua pihak kami telah menjalankan projek penternakan kambing sudah hampir 9 tahun. yang berada di batu 14 ulu langat selangor. jika berminat nak melihat datang keladang kami. sekarang ini ternakan kami tak lah banyak cuma 300 ekorsahaja. pihak kami pengimport kambing boer baka dan pejantan berdaftar terpilih.

nokaki
22-06-2008, 01:26 PM
limitednya. berapa pelaburan tu? butir agreement? profit? pls explain

nak hidup : http://farmu.blogspot.com

Riger
22-06-2008, 01:32 PM
salam thank kerana bertanya?

modal sebanyak rm 10,000.00 seorang peratus perkongsian 10% akan mendapat keuntung selepas jualan setelah ditolak kos operasi. untuk di maklumkan ini bukan skim cepat dapat duit. saya mengigatkan lagi saya mencari yang betul2 minAT dalam bidang penternakan bukan melabur hari ini nak untung besok dengan serta merta.....

tengkubasri
22-06-2008, 02:27 PM

so 10% dari 10K??? meaning 10 person for 10K == 1 person 1K X 10

Riger
22-06-2008, 02:55 PM
salam , thank

ok 10k untuk peratus perkongsian 10% kita hanya buka kepada pelabur 50% sahaja ini bermakna 5 orang saja yang diperlukan dalam projek ini. dan 50% selebihnya adalah milik pihak penggurusan

matttiya88
22-06-2008, 02:56 PM
mcm best....

Riger
22-06-2008, 03:10 PM
PENTERNAKAN ARNAB PEDAGING SECARA KOMERSIAL
A. SISTEM PENGELUARAN
BAGAIMANA MENTERNAK ARNAB DAGING SECARA KOMERSIAL ?
Peternakan arnab daging secara komersial hendaklah meliputi dua bahagian utama yang saling berkaitan tetapi dalam sistem pengurusan yang berbeza sedikit iaitu:-
1. Unit pembiakan baka.
Penternakan untuk pembiakan baka adalah untuk menghasilkan baka baka mengikut jurusan tertentu, dalam hal ini adalah jurusan pedaging, dan kumpulan ini dipangil stok induk. Dari stok lnduk ini pula melalui program pembiakan yang di tetapkan akan menghasilkan pula stok induk tual.
2. Unit pengeluaran daging.
Kumpulan stok induk tuai tadi dengan melalul program pembiakan akan menghasilkan pula anak-anak. Semua anak-anak ini akan digemukkan dalam masa 2-3 bulan untuk mendapatkan dagingnya.
Penternakan arnab selain untuk pengeluaran daging juga digunakan untuk pengeluaran fur (kulit bersama bulunya) dan wol (bulu). Bagaimanapun cara pengurusan adalah belainan sedikit.
B. BAKA
APAKAH BAKA ARNAB YANG SESUAI DITERNAK UNTUK PENGELUARAN DAGING SECARA KOMERSIAL ?
Baka-baka yang sesuai untuk pengeluaran daging adalah seperti:
1. New Zealand White.
2. Calfornian.
3. Carolina.
4. New Simonare.
5. Sepanyol.
C. PEMILIHAN BAKA
APAKAH PERBEZAAN ANTARA ARNAB BAKA IMPORT DAN BAKA TEMPATAN ?
Amab tempatan mempunyai berbagai warna yang bertompok seluruh badan. Keistemewaan amab tempatan ini adalah mempunyai lebih ketahanan terhadap serangan penyakit tetapi kadar tumbesarannya lambat. Untuk permulaan boleh juga menggunakan amab tempatan. Tetapi untuk pengeluaran komersial adalah digalakkan menggunakan baka pedaging.
Pemillhan baka Peddging biasanya diimport diimport di atas adalah kerana berapa cirl pedaging yang ada pada amab import lebih ketara berbanding pada amab tempatan, seperti:
1. Purata bilangan anak peranakan 7-9 ekor.
2. Purata bilangan anak masa cerai susu 6-8 ekor.
3. Berat akhir boleh dicapai pada masa umur 2 bulan.
4. Berat dalam masa dua bulan adalah lebih kurang 2 kg.
D. PUSAT JUALAN BAKA
DI MANAKAH BAKA-BAKA ARNAB BOLEH DIDAPATI DAN BERAPAKAH HARGANYA ?
Baka arnab jurusan pedaging ini adalah baka-baka arnab yang boleh dimport dari negara-negara seperti United Kingdom, German Barat, ltali dan Peranchis.
Namun begftu, terdapat beberapa ladang di negara kita yang telah menjual baka-baka ini, dan harganya adalah lebih murah berbanding dengan import secara terus. Senarai ladang-ladang dalam appendix 1.
E. SAIZ EKONOMI
BERAPAKAH SAIZ EKONOMI PETERNAKAN ARNAB PEDAGING
1. Untuk hobi atau permulaan boleh menggunakan satu set iaftu satu pejantan (arnab jantan dewasa) dan 5 ekor induk (arnab betina dewasa)
2. Untuk secara sampingan pula boleh mulakan secara sederhana besar iaitu 50 induk dan 10 pejantan.
3. Untuk pengeluaran secara penuh masa boehiah memulakan 500 induk dan 100 pejantan.

Riger
22-06-2008, 03:11 PM
F. PEMILIHAN KAWASAN
APAKAH CIRI-CIRI PEMILIHAN KAWASAN YANG BAIK UNTUK MENTERNAK ARNAB PEDAGING ?
Beberapa ciri yang boleh dijadikan garis panduan dalam pemilihan sesuatu kawasan untuk menternak arnab seperti dibawah:
1. Berhampiran dengan pusat jualan dan pemprosesan.
2. Jauh dari kawasan industri, perbandaran, perumahan dan aktivfti ternakan/ ternakan lain.
3. Mempunyal kemudahan infrastruktur seperti jalan, bekalan letrik, dan sumber air yang bersih.
4. Peredaran udara yang balk dan memuaskan.
5. Dataran tanah membolehkan kedudukan panjang bangsal dibina secara selari dengan arah terbit/terbenam matahari.
G. KAWALAN PENYAKIT
APAKAH LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MENCEGAH DARI SERANGAN PENYAKIT ?
Untuk panduan umum, langkah-langkah kawalan penyakit yang minimum adalah seperti berikut:
1. Sekftar kawasan hendaklah bersih
2. Hadkan pegerakan pekerja dan kurangkan pelawat masuk
3. Langkah kebersihan hendaklah diamalkan semasa menyentuh setiap arnab
4. Lakukan rawatan seberapa yang boleh. Kalau tidak berjaya bolehlah ditakal (terutama kalau bilangan arnab banyak) dan cara ini telah diamalkan dikebanyakan negara lain.
5. Tanamkan arnab yang mat! dalam lubang yang jauh dari reban jika tidak/selepas post mortem).
6. Dapatkan stok arnab dari ladang arnab yang mempunyai mutu kesihatan yang tinggi.
7. Jika berlaku kematian yang mengejud dan melibatkan bilangan arnab yang banyak, lapor dengan segera kepada Pejabat Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang berhampiran.
H. MENYIMPAN REKOD
APAKAH KEPENTINGAN MENYIMPAN REKOD DALAM PENTERNAKAN ARNAB ?
Kepentingan menyimpan rekod adalah untuk:
1. Mengetahui jumlah ternakan arnab mengikut peringkat umur, jantina dan baka.
2. Untuk mengetahui pretasi setiap ekor terutama dalam pemilihan anak untuk dijadikan baka.
3. Untuk memudahkan program pembiakan.
4. Memudahkan kerja harian seperti menguruskan (mengendalikan) arnab yang bunting, beranak dan menjalankan proses cerai susu.
I. MAKANAN UTAMA
DIMANAKAH MAKANAN PELET ARNAB BOLEH DIBELI ?
Makanan ini boleh dibeli dikedai-kedai makanan ternakan arnab dan dikeluarkan dalam beberapa jenama. Makanan ini berbentik pelet atau untilan yang keras, yang mempunyai saiz garispusat 4 mm dan paniang 2-3 sm.
Diisi dalam beg-beg dan berat setiap beg mengandungi 50 kg pelet. Makanan ini mengandungi segala zat-zat untuk pertumbuhan badan arnab sekurang-kurangnya pada kadar kuantiti yang minimum. Disamping itu makanan ini boleh disimpan untuk jangka masa yang lebih lama dalam stor dan boleh digunakan apabila dikehendaki.
Senarai pembuat makanan ternakan arnab seperti dalam appedix 2.
J. CARA PEMBERIAN MAKANAN
ADAKAH APA-APA MASALAH DALAM PENGUNAAN MAKANAN PELET INI ?
Masalah dalam pengunaan makanan ini adalah mutunya tidak tetap. Juga banyak untilan yang mudah pecah dan lebih banyak berdebu. Kerapkaii kandungan zat-zat tidak tetap dalam setiap beg makanan yang dibeli. Oleh ftu pillhiah jenania dari pengeluar makanan arnab yang disyorkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan.
Kerap kali, apabila bedaku masalah ini, penternak menukar makanan arnab kepada jenama lain. Perbuatan ini adalah tidak digalakkan, kerana akan memberi masalah yang lebih besar kepada arnab seperti kembung dan boleh mengakibatkan kematian.
Kalau perlu membuat penukaran makanan (atau memberi makanan yang baru dibeli walaupun dari jenama yang sama), lakukan percampuran dengan makanan yang sedia ada secara perlahan-lahan dalam masa 1 minggu. Jangan lakukan pertukaran secara mendadak atau sekaligus.
K. MAKANAN TAMBAHAN
ADAKAH DAUN-DAUN BOLEH DIBERI KEPADA ARNAB PEDAGING ?
Pemberian bahan hijau ini hendaklah diingati sebagai makanan tambahan sahaja. Jumlah yang patut diberi adalah mengikut jumlah yang boleh dimakan oleh arnab itu.
Bahan-bahan hijau yang boleh digunakan seperti daun keledek dan daun kangkung. Lebihan kegunaan dapur juga boleh dimanfaatkan seperti daun kobis, sawi dan kacang panjang. Satu perkara yang perlu diambil perhatian dalam pemberian bahan hijau ini ialah kebersihan dan kandungan air pada bahan hijau tersebut.
Untuk ini daun-daun tersebut hendaklah dibasuh dulu beberapa kaii dan kemudian dikeringkan pada panas matahari selama 2-3 jam. Kemudiannya bolehlah diberikan kepada amab.
Lebihan sisa-sisa bahan hijau pada keesokkan harinya hendaklah dibuang, dan jangan digunakan lagi.
Makanan utama iaitu makanan pelet arnab hendaklah diberikan dan boieh didapati dikedai jualan makanan ternakan.
L. PEMBIAKAN
BAGAIMANAKAH CARA MENGAHWINKAN ARNAB ?
Sebenarnya cara mengahwinkan arnab adalah mudah dan ringkas. Masukan arnab betina dalam sangkar arnab jantan. Jangan lakukan sebaliknya, kerana arnab betina mempunyai "territorial behaviour" yang kuat dan akan menyerang serta mungkin akan membunuh arnab jantan tersebut.
Masa mengawan antara 1-5 minft sahaja. Kemudian ambil semula arnab betina dan kembalikan dalam sangkarnya. Jangan tinggalkan arnab betina dalam sangkar arnab jantan tersebut lebih dari tempoh tadi.
Lakukan waktu proses mengawan amab ini dalam keadaan cuaca yang selesa seperti awal pagi atau lewat petang. Elakkan proses mengawan diwaktu tengahari kerana suhu yang tinggi akan mengurangkan kadar kesuburan.
M. KEKERAPAN MENGAWAN
BERAPA KERAP ARNAB JANTAN BOLEH DIKAHWINKAN ?
Arnab jantan dewasa yang subur hanya boleh digunakan sekali dalam masa 3 hari ataupun 3 kali seminggu. Ada juga yang mengsyorkan pengunaan 2 kali sehari dan kemudian direhatkan selama 3 hari. Pengunaan pejantan boleh dftingkatkan secara pelahan kepada sekali sehari.
Pengunaan arnab jantan yang berlebihan akan mengurangkan kadar kebernasan dan kesuburan. Menggunakan seseekor penjantan yang terlalu kerap boleh menjejaskan keupayaan seksual arnab penjantan tersebut.
N. KAHWIN SELANJUTNYA
BILAKAH IBU ARNAB YANG TELAH BERANAK BOLEH DIKHAWINKAN SEMULA ?
Pada keadaan semuiajadi (di hutan) arnab betina akan mengawan semula dalam masa 24-48 jam selepas beranak. Keadaan ini tidak digalakkan dalam penternakan arnab komersial, kerana arnab betina tidak boleh digunakan lebih lama.
Dalam pentemakan amab komersial arnab betina akan dikahwinkan semula dalam tempoh antara 3-4 minggu selepas tempoh beranak. Ataupun dalam masa proses anak cerai susu, arnab betina tersebut boleh dikhawinkan semula.
O. MENINGGIKAN KEBERNASAN
BAGAIMANAKAH MEMPASTIKAN PROSES KAHWIN TELAH BERLAKU DENGAN SEMPURNA ?
Untuk memastikan arnab tersebut sudah mengawan lalah apabila arnab jantan memanjat arnab betina untuk seketika dan kemudian arnab jantan akan menurunkan badannya seperti keadaan mengelunsur kebelakang atau terlentang.
Untuk memastikan kebernasan, proses mengavvan yang pertama pada jam 8-10 pagi dan yang kedua boleh dilakukan 5-6 jam selepas proses mengawan yang pertarna. iaitu pada waktu petang.
P. TEMPOH BUNTING
BERAPAKAH LAMA TEMPOH ARNAB INDUK BUNTING DAN APAKAH TANDA-TANDANYA ?
Tempoh bunting amab betina antara 29 hingga 31 hari lagi. Bunting berat adalah pada minggu keempat kebuntingan. Pada peringkat lni kotak sarang beranak bolehlah diletakkan dalam sangkar amab tersebut. Tujuannya adalah supaya amab tersebut dapat menyesualkan dirinya lebih awal dengan kotak sarang tersebut.
Tanda-tanda arnab tersebut hampir beranak jelas kelihatan pada hari ke 27-29 dimana ia akan berkeadaan gelisah dan kemudian akan mencabut bulu dari bahaglan bawah perutnya serta membuat sarang beranak dari bulu tersebut.
Pada keadaan ini arnab tersebut hendaklah dibiarkan bersendirian dan jangan digangu, melainkan jika untuk menukarkan kotak sarang. Makanan dan minuman hendaklah disediakan secukupnya.
Q. BUNTING PALSU
BAGAIMANAKAH MENGESAN BUNTING PALSU ?
Terdapat juga kejadian apa yang dipanggil "bunting paisu", keadaan ini boleh dikesan pada masa kebuntingan hari ke 12 -17, pada masa itu arnab telah menunjukkan tanda-tanda hendak beranak dengan cuba membuat sarang dari bulu yang dicabut. Jika keadaan in! dikesan, arnab betina tersebut hendaklah dikahwinkan semula.
R. ANAK ARNAB
BAGAIMANAKAH KEADAAN ANAK ARNAB YANG BARU LAHIR?
Setelah arnab betina tersebut beranak, pastikan anak-anak arnab berada dalam kotak sarang. Jika terdapat anak arnab berada diluar kotak sarang, masukan dalam kotak sarang supaya tidak kesejukan.
S. Apabila sudah memegang salah satu dari anak-anak amab, tangan yang sama hendaklah disapukan untuk seketika pada hidung ibunya, ini untuk mengelakkan ibu tersebut menyingkirkan atau membunuh anaknya kerana terdapat bau lain pada badan anaknya.
Anak arnab yang baru lahir berkeadaan bogel (tidak mempunyai bulu), buta dan pekak. Bulu akan mula tumbuh pada umur seminggu. Sementara mata dan telinga akan berfungsi pada hari ke 7 hingga ke 10.
Pada masa ini makanan utama ialah susu dari ibunya. Sehinggalah pada umur umur 14-16 hari anak arnab akan keluar dari kotak sarang dan mula cuba makan makanan ibunya.
S. MASA MENYUSU ANAK
BILAKAH MASA IBU ARNAB MENYUSUKAN ANAKNYA ?
lbu arnab akan menyusukan anaknya pada waktu malam. Biasanya sebanyak sekali dan paling kerap sebanyak dua kali sahaja. Yang paling penting dalam pemberian susu ini ialah susu awalan. Oleh kerana pemberian susu hanya sekaii atau dua kali, ini sudah tentu tidak mencukupi terutama disiang hari. Setiap kali ibu arnab masuk kedalam kotak sarang, anaknya akan cuba menyusu tetapi biasanya ibu arnab tersebut tidak akan memberi susu. Keadaan ini adalah normal dan tidak perlu dibimbangkan.

Riger
22-06-2008, 03:13 PM
T. IBU ANGKAT
APAKAH YANG PERLU DI LAKUKAN SEKIRANYA BILANGAN ANAK MELEBIHI DARI BILANGAN PUTING SUSU IBUNYA ?
Sekiranya bilangan anak melebehi bilangan puting susu ini sudah tentu menimbulkan masalah. Bilangan puting susu biasanya lapan. Oleh itu anak yang lebih perlu diberi kepada ibu angkat.
Pemilihan ibu angkat ialah dengan memilih ibu amab yang telah beranak dalam masa 48 jam dalam masa anak arnab itu lahir. Anak arnab yang diletakkan pada ibu angkat perlu dftandakan dengan warna pada bahagian kepala.
Kemudian sapukan apa-apa wangi-wangian kepada ibu dan semua anak termasuk anak amab tersebut yang berada dalam kotak sarang yang sama. Wangian tersebut akan menutup perbezaan bau antara anak betul dan anak angkat.
Susu awalan ini hanya pada tiga hari yang pertama dan mengandungi antibodi untuk ketahanan badan anak. Oleh itu pastikan anak arnab mendapat susu awalan tersebut. Susu selepas tempoh tersebut adalah susu blasa. Kemudian pemberian susu tersebut boleh diteruskan sehingga 2-4 minggu.
U. CERAI SUSU
BILAKAH UMUR ANAK-ANAK ARNAB PERLU DICERAI SUSU ?
Anak arnab boleh dibiarkan dalam sangkar ibunya dari umur sehari hingga mencapai peringkat cerai susu. Umur cerai susu ialah umur anak amab dipisahkan terus dari ibunya. Biasanya apabila anak anak amab berumur 1 bulan.
Selepas itu anak arnab boleh dibuat pemilihan iaku sama ada untuk dijadikan baka atau untuk tujuan pengemukan. Pemillhan untuk dijadikan baka heridaklah berdasarkan kepada rekod prestasi yang dicatik dari masa kesemasa.
Setiap amab yang dipilih hendaklah dilekatkan tag telinga sebagai tanda pengenalan individu. Anak-anak amab ini hendaklah disimpan dalam sangkar individu ataupun 2 ekor dalam satu sangkar.
Setelah dibuat pemilihan untuk baka, baki anak-anak amab yang tidak dilpilih akan dijadikan untuk pengemukan (pengeluaran daging). Anak-anak amab ini boleh disimpan dalam sangkar secara kumpulan seiama 30-45 hari lagi.
V. PENENTUAN JANTINA
BAGAIMANA MENENTUKAN JANTINA ARNAB YANG MASIH DIPERINGKAT ANAK ?
Penentuan jantina boleh dilakukan dengan menekan secara pedahan bahagian lubang di atas dubur. Anak jantan akan menunjukkan tanda bonjolan yang membulat. Sementara anak arnab betina akan menunjukkan tanda belahan mengarah kedubur.
W. HASIL SAMPINGAN
KULIT DARI ARNAB PEDAGING SESUAI UNTUK DIGUNAKAN UNTUK APA ?
Kulit yang bermutu datangnya dari arnab yang berumur 5-6 bulan keatas dan diperolehi dari baka-baka jurusan pengeluaran fur (seperti Flemish Giant). Sementara kulit dari arnab pedaging berumur antara 2-3 bulan sahaja. Kulit adalah hasil sampingan dalam peternakan arnab pedaging (seperti New Zealand White).
Dari kulit arnab pedaging tersebut juga boleh dibuat:
1. Glu (gam)
2. Baja (baja kompos)
X. CARA MUDAH MENTERNAK ARNAB
BAGAIMANAKAH CARA YANG MUDAH SAYA BOLEH MENTERNAK ARNAB ?
Menternak arnab adalah mudah dan boleh dilakukan oleh ahli keluarga yang lemah seperti suri-suri rumah dan anak-anak. Peternakan arnab boleh juga dilakukan secara sambilan atau sepenuh masa.
Disamping membekal keperluan protein kepada keluarga dan negara, ia boleh menjadi sumber pendapatan sampingan kepada aktiviti utama sesebuah keluarga.
Sebeium menternak secara komersial elok mulakan secara kecilan dulu. Kemudian apabila sudah mempunyai keupayaan, kemahiran dan pengalaman bolehiah memikirkan untuk menjalankannya secara komersial dengan cara besarkan pelahan-lahan.
Untuk memulakan secara kecilan anda perlu sediakan/dapatkan beberapa perkara yang di bawah ini,
1. buah sangkar dawai BRC (10-14 gauge) berukuran 2 ka x 3 ka x 1.5 ka setiap sangkar. Setiap sangkar untuk menempatkan seekor arnab baka.
2. Reban kecil untuk memuatkan sangkar di dalamnya berukuran lebihkurang 4 ka x 22 ka x 6 ka. Sangkar dimasukkan dalam reban ini. Bumbung hendaklah dipasang bersama.
3. Sumber air minuman yang bersih dan segar.
4. Sumber makanan yang berzat, bersih dan segar.
5. 5 buah kotak sarang plastik, 6 buah bekas makanan tembikar dan 6 buah bekas minuman.
6. 1 set arnab dewasa berumur 3-5 bulan iaitu 1 ekor jantan dan 5 ekor betina.
Pada permulaan adalah dinasihatkan mengunakan baka kacukan tempatan yang lebih murah berbanding mengunakan arnab import dan arnab kacukan tempatan lebih mudah dibeli. Setelah itu bolehlah mengunakan arnab baka pedaging yang diimport.

+kOoL+
22-06-2008, 05:09 PM
faq @ info2 ni semua amek mana bro??.. :-?

fahrur
22-06-2008, 05:13 PM
wahhh.. projek daging arnab?? bagus ni.. semoga successsss :D

Riger
22-06-2008, 05:22 PM
salam wak ... kan saya ckp tadi kita ni memang ada pengalaman dalam penternakan kita ada line denga moa,mardi,upm dan jph malaysia. dah lama dah buat kerja ni

epoi2405
26-06-2008, 01:59 AM
salam wak ... kan saya ckp tadi kita ni memang ada pengalaman dalam penternakan kita ada line denga moa,mardi,upm dan jph malaysia. dah lama dah buat kerja ni

aku pun buat gak ternkan cara share nie,tapi ngan member2 ar,dlm 4 org,sama2 buat keje,dari bersihkan ladang,beli barang,penjagaan buat sama2 ar,taular cash flow tu gi maner,aku buat cacing ngan ikan keli,so far so good,sampai ari nie takder aper2 masaalh lagi

ini pendapat aku secara umum ar,pengalaman aku sendiri,bukak kedai makan ngan member lingkup tak sampai setahun,baru kenal la member nie tak sampai stahun pun.

so disini aku ingin katakan,nak share2 nie boleh bukan yer tak boleh,tapi aku prefer kepada org yg aku kenal ar.

eboss
01-07-2008, 02:13 AM
untuk memulakan projek ini saya dan pelabur kenalah keluarkan duit dulu. modal untuk memulakan ini dalam angaran 100k.
ternakan yang permulaan sebanyak 5000 ekor. tempat di hulu langat selangor dalam keluasan 4 ekar. disini saya hanya memelukan paling maksimun 5 pelabur sahaja.untuk memasarkan daging arnab tersebut saya telah mempunyai pembeli secara kontrak.

5000 ekor. Dah ler arnak nie kuat projek sekejap saja boleh ajdi 15000 ekor.

:eek: :eek: :eek: :eek:

eboss
01-07-2008, 02:14 AM
x pernah sey makan daging arnab...

pekena roti jala ngan kari arnab nie fuh jangan kata mak mertua lalu kat belakang pun tak nampak...

:eek: :eek: :eek: :eek: :eek:

sapa suruh lalu kat belakang...memang ler tak nampak

:(scam :(scam :(scam :(scam

eboss
01-07-2008, 02:15 AM
sate kajang hj samuri daging arnab dia sedap.mmmmmmmmm

ada ker satay daging arnab kat samuri nie

:-? :-? :-? :-?

eboss
01-07-2008, 02:18 AM
hmmm..dulu ada projek kambing...dah lingkup dengarnya...member aku labur 5k, hangus camtu jer...alasan kambing mati...
so yang ni, bukan aku nak dengki ke ape, tapi nak suruh korang hati2 jer...cek betul2...sebelum labur duit..
adios...peace...

arnab nie mudah mati. Kalau hari hujan ribut campur dengan kilat guruh sure ada yang mati punya. Jantung tak kuat. Aku pernah tengok arnab nazak nak mati sebab terkejut guruh campur petir cepat2 kawan aku semelih. Tak jadi nak balik aku petang tu makan arnab dulu baru balik...rezeki jangan ditolakkkkkk

:eek: :eek: :eek: :eek:

eboss
01-07-2008, 02:20 AM
mcm2 cara nak menyekam skrg ni...

kambing, ikan keli...

yg terkini arnab plak

:eek::eek::eek:

hati2 bro!

jom buat projek ternak toyol ler pula

garenti boleh bayar investor sebab toyol pi mencurik tiap hari

:eek: :eek: :eek: :eek: :eek:

cikepong
01-07-2008, 02:35 AM
harga daging arnab sekilo berapa kalau dekat pasaran.

+kOoL+
01-07-2008, 08:50 AM
ada ker satay daging arnab kat samuri nie

:-? :-? :-? :-?

ade je kalo tak salah ak.. tapi orang kata mahai wooo... :p

MelayuSedar
31-12-2009, 11:11 AM
jom buat projek ternak toyol ler pula

garenti boleh bayar investor sebab toyol pi mencurik tiap hari

:eek: :eek: :eek: :eek: :eek:

ni la orang malaysia nih...tuan punya thread nih bagus-bagus nak bagi peluang perniagaan...dipermainkan pula oleh orang tak sedar diri..hampeh.

kalu tak minat join penternakan arnab nih blah!!jangan nak buat lawak ***** kat sini...sedih hati tuan punya thread nih kamu memperlekehkan minat orang lain..apa kerjadah kamu nih??

toyol?? pasal tipu la, temberang la...kalu takut jangan kaco kat sini la...:(scam

virtualmetal
31-12-2009, 11:18 AM
Aku rasa tuan tanah lagi sedih sebab dah kena permanent banned. huhu. Tak sempat lagi BNM nak singgah dtg beli arnab. atau adakah encik melayusedar ni tuan tanah dengan ID baru? ermm...

MelayuSedar
31-12-2009, 11:22 AM
pekena roti jala ngan kari arnab nie fuh jangan kata mak mertua lalu kat belakang pun tak nampak...

:eek: :eek: :eek: :eek: :eek:

sapa suruh lalu kat belakang...memang ler tak nampak

:(scam :(scam :(scam :(scam

ntah apa punya lawak....

MelayuSedar
31-12-2009, 11:24 AM
Aku rasa tuan tanah lagi sedih sebab dah kena permanent banned. huhu. Tak sempat lagi BNM nak singgah dtg beli arnab. atau adakah encik melayusedar ni tuan tanah dengan ID baru? ermm...

tidak...sya bukan tuan tanah tur...tapi sya nih salah seorang penternak arnab jugak...jadi saya tak suka pada orang yang memperlekehkan bidang ini

siapa kata penternakan arnab nih tidak boleh menambahkan pendapatan?

gee91
31-12-2009, 12:44 PM
tok sah gaduh2 lah
kita idup aman damai:D:D:D:D
good luck kpd :)cgrock

amazinggold88
31-12-2009, 12:51 PM
tidak...sya bukan tuan tanah tur...tapi sya nih salah seorang penternak arnab jugak...jadi saya tak suka pada orang yang memperlekehkan bidang ini

siapa kata penternakan arnab nih tidak boleh menambahkan pendapatan?

wah,bro ternak arnab jgk ke
kat mane ye.sya pn bru nk jinak2 ngn arnab nie

MelayuSedar
01-01-2010, 12:07 AM
wah,bro ternak arnab jgk ke
kat mane ye.sya pn bru nk jinak2 ngn arnab nie

bagus bro...teruskan bidang nih bro...pasaran untuk arnab sekarang dah makin meningkat..lebih2 lagi bila persatuan penternak arnab malaysia ditubuhkan..semua dah mula terhidu pasaran arnab..

dan bagi yang tak minat pasal arnab tur...tolong la, jangan buat bising kat sini..

sya penternak arnab kat sabah bro..

haudli
01-01-2010, 12:12 AM
wah,bro ternak arnab jgk ke
kat mane ye.sya pn bru nk jinak2 ngn arnab nie

byk tul income hang ni ye izan..nanti pas kat pokdin downline sket k..:)paid

sokia
01-01-2010, 12:21 AM
bagus bro...teruskan bidang nih bro...pasaran untuk arnab sekarang dah makin meningkat..lebih2 lagi bila persatuan penternak arnab malaysia ditubuhkan..semua dah mula terhidu pasaran arnab..

dan bagi yang tak minat pasal arnab tur...tolong la, jangan buat bising kat sini..

sya penternak arnab kat sabah bro..

satay arnab pun mahal......

shahrirober
01-01-2010, 12:53 AM
harap pelabur bukan sahaja menilai dari segi pembahagian keuntungan, tetapi juga pembahagian risiko. biasanya on paper memang nampak cantik ....

cyberiz
01-01-2010, 01:36 AM
ni la orang malaysia nih...tuan punya thread nih bagus-bagus nak bagi peluang perniagaan...dipermainkan pula oleh orang tak sedar diri..hampeh.

kalu tak minat join penternakan arnab nih blah!!jangan nak buat lawak ***** kat sini...sedih hati tuan punya thread nih kamu memperlekehkan minat orang lain..apa kerjadah kamu nih??

toyol?? pasal tipu la, temberang la...kalu takut jangan kaco kat sini la...:(scam

rilek beb... eboss tu gurau2 jer, mgkin dia x berniat nk memperlekehkan sapa2...
dia sendiri pun terlibat dlm penternakan jugak..
pasni mgkin dia kata nk buat satay lintah plak..:))

amazinggold88
01-01-2010, 01:39 AM
bagus bro...teruskan bidang nih bro...pasaran untuk arnab sekarang dah makin meningkat..lebih2 lagi bila persatuan penternak arnab malaysia ditubuhkan..semua dah mula terhidu pasaran arnab..

dan bagi yang tak minat pasal arnab tur...tolong la, jangan buat bising kat sini..

sya penternak arnab kat sabah bro..

sya bru kck2 jek bro,tnggu yng ade nie bersalin.klu ok jek,bru nk serius dlm nie :D:D

amazinggold88
01-01-2010, 01:40 AM
byk tul income hang ni ye izan..nanti pas kat pokdin downline sket k..:)paid

:D:D:D
bru nk stat pokdin
tngh try n error jek nie dlu

cyberiz
01-01-2010, 01:50 AM
sya bru kck2 jek bro,tnggu yng ade nie bersalin.klu ok jek,bru nk serius dlm nie :D:D

dari kecik la dia akn jd BESAR
bakal tokey arnab nih...:)cgrock
brapa harga kalu nk beli arnab pedaging ni sepasang? nk try bela blakang rumah laa..
nnti kalu dia dh besar beranak pinak, aku jual kat ko la kasi sembelih...

amazinggold88
01-01-2010, 01:54 AM

INsyaAllah bos
skrng nie xde stok lgi
nnt den tnye ngn kwn k..hrga nnt kte bncng
trbaik dri ladang :)paid

am2020
01-01-2010, 07:08 AM
cam ner rasa dgg arnab yer..x h=jauh dr rmh aku nie..leh g tgk ladang dia..batu 14 kat mana bro...

donat88
01-01-2010, 07:14 AM
huhu..bagus gak ni...tp yang aku tonton dpt agrotek hari tu..nangka..tapi yang buat jabtan pertanian kawasan..konsep mcm felcra..tp kena ingat bidang penternakan berisiko tinggi..

hanissyazwan
03-01-2010, 04:12 AM
jap2...kenape thread starter pamenent banned..ada unsur2 scam.tipu duit org ke dia ni??

MelayuSedar
04-01-2010, 09:14 AM
huhu..bagus gak ni...tp yang aku tonton dpt agrotek hari tu..nangka..tapi yang buat jabtan pertanian kawasan..konsep mcm felcra..tp kena ingat bidang penternakan berisiko tinggi..

yupss, bidang penternakan memang ada risiko...sebab tur sebelum terjun bidang nih kena ada plan yang kuat..semua aspek kena dikira, promosi, ketepatan masa dan banyak lagi...

yang penting lagi, ilmu kena kuat... :)
belajar dari taiko2 arnab yang lama paling penting...

MelayuSedar
04-01-2010, 09:21 AM
sya bru kck2 jek bro,tnggu yng ade nie bersalin.klu ok jek,bru nk serius dlm nie :D:D

bagus bagus, memang macam tur la bro...dia memang kena start dari kecik....blajar dulu rutin harian arnab, bila nak makan, bila sakit, bila macam2 lagi la pasal arnab...

aku dulu pun, memula pelihara hanya 5 jer sekadar hobi2...pelan2 baru upgrade.. :)

MelayuSedar
04-01-2010, 09:24 AM
dari kecik la dia akn jd BESAR
bakal tokey arnab nih...:)cgrock
brapa harga kalu nk beli arnab pedaging ni sepasang? nk try bela blakang rumah laa..
nnti kalu dia dh besar beranak pinak, aku jual kat ko la kasi sembelih...

arnab pedaging ada banyak jenis bro...yang mana satu nak? kalu arnab pedaging yang memang betul2 untuk pedaging biasanya harga sampai RM250 seekor..harga tur aku nampak kat melaka...bro joe punya katalog..

tapi untuk permulaan, arnab local pun boleh gak jadi arnab pedaging, sebagai permulaan..untuk jimat kos sikit.

MelayuSedar
04-01-2010, 09:26 AM
rilek beb... eboss tu gurau2 jer, mgkin dia x berniat nk memperlekehkan sapa2...
dia sendiri pun terlibat dlm penternakan jugak..
pasni mgkin dia kata nk buat satay lintah plak..:))

oke, bukan aper...sekarang nih dah ramai penternak arnab kat malaysia nih...bila nampak orang cakap macam tur...memang tak sedap hati la....

sekarangkan dah ada persatuan penternak arnab malaysia...bayangkan kalu thread nih masuk dalam perbincangan dorang...huhuh

MelayuSedar
04-01-2010, 09:41 AM
harap pelabur bukan sahaja menilai dari segi pembahagian keuntungan, tetapi juga pembahagian risiko. biasanya on paper memang nampak cantik ....

memang betul kata tuan...pendapat aku plak, kalu takat nak ternak arnab tak payah nak cari pelabur2, buat sendiri lagi best sebab ternak arnab nih tak susah sangat pun..

tapi pasal tuan punya thread nih aku rasa dia nak bukak ternak arnab yang besar2an...melibatkan eksport import, agaknya...dan kalu tak silap aku ...tuan punya thread nih dah bukak taman arnab kan..paling besar kat malaysia..kalu tak silap la.

satu2nya taman arnab terbesar kat malaysia nih boleh menampung 30ribu ekor arnab dan mempunyai tamannya sendiri boleh jadi tempat pelancongan la plak...hebat kan.

amazinggold88
04-01-2010, 10:18 AM
bagus bagus, memang macam tur la bro...dia memang kena start dari kecik....blajar dulu rutin harian arnab, bila nak makan, bila sakit, bila macam2 lagi la pasal arnab...

aku dulu pun, memula pelihara hanya 5 jer sekadar hobi2...pelan2 baru upgrade.. :)

:D:D
aku pn mla ngn 5 ekor jek

amazinggold88
04-01-2010, 10:19 AM
arnab pedaging ada banyak jenis bro...yang mana satu nak? kalu arnab pedaging yang memang betul2 untuk pedaging biasanya harga sampai RM250 seekor..harga tur aku nampak kat melaka...bro joe punya katalog..

tapi untuk permulaan, arnab local pun boleh gak jadi arnab pedaging, sebagai permulaan..untuk jimat kos sikit.

wuish,otai bsr bro joe tu :)cgrock:)cgrock

mdhazrin
04-01-2010, 12:57 PM
salam..,aku baru start ternak arnab..,3 ekor jer...,tunggu kandang siap baru tambah lagi arnab yg ada..Jemput singgah blog sy :D

http://arnabcorner.blogspot.com/

amazinggold88
04-01-2010, 12:58 PM
salam..,aku baru start ternak arnab..,3 ekor jer...,tunggu kandang siap baru tambah lagi arnab yg ada..Jemput singgah blog sy :D

http://arnabcorner.blogspot.com/

wslm..samelh kte bro
bela ckt2 jek dlu

anak_jatiperak
04-01-2010, 01:21 PM
Salam....ok bro blh citer sikit dgn lebih lanjut

MelayuSedar
05-01-2010, 08:58 AM
Salam....ok bro blh citer sikit dgn lebih lanjut

ada info yang bro ingin kongsi pasal penternakan nih? :)

MelayuSedar
05-01-2010, 08:59 AM
salam..,aku baru start ternak arnab..,3 ekor jer...,tunggu kandang siap baru tambah lagi arnab yg ada..Jemput singgah blog sy :D

http://arnabcorner.blogspot.com/

tahniah bro.. :)

MelayuSedar
05-01-2010, 09:05 AM
salam..,aku baru start ternak arnab..,3 ekor jer...,tunggu kandang siap baru tambah lagi arnab yg ada..Jemput singgah blog sy :D

http://arnabcorner.blogspot.com/

saya dah lihat arnab bro kat blog tur...agaknya yang putih tur NZW(New Zealand White)..sebab ciri2nya badan dia putih bersih dan mata warna merah...tapi rasanya ada mix sikit ngan baka lain, sebab bro cakap bulu dia tebal kan...sebab setahu saya NZW bulu dia tak tebal..tu pendapat saya la..kalu ada taiko2 lain tolong betulkan yer

darkkiller
05-01-2010, 05:13 PM
Kat mana nak dapatkan Arnab NZW tu ye?berapa seekor untuk jantan dan betina??

aes
05-01-2010, 05:59 PM
ada thread utk pelabur dalam penternakan arnab ..... tp sayang dah tak active le plk

MelayuSedar
07-01-2010, 10:31 AM
ada thread utk pelabur dalam penternakan arnab ..... tp sayang dah tak active le plk

yer bro aes,thread nih dah lama tak aktif...tuan punya pun dah hilang...huhuuh

MelayuSedar
07-01-2010, 10:35 AM
Kat mana nak dapatkan Arnab NZW tu ye?berapa seekor untuk jantan dan betina??

bro area mana? cuba tanya bro aes...dia tur banyak koleksi arnab...hehehe

aes
07-01-2010, 11:07 AM
ada ke yg nak melabur dlm penternakan arnab ?

Kaji market sblm amik keputusan melabur

aes
07-01-2010, 11:08 AM
bro area mana? cuba tanya bro aes...dia tur banyak koleksi arnab...hehehe

takde le byk mana, tp tgh upgrade baka utk pets dan pedaging.

Biar lmbt berjaya drp kena sumpah seranah org.

tokputih
07-01-2010, 01:15 PM
tok hanya supply burger arnab jer... hehehe...

aes
07-01-2010, 02:32 PM
tok hanya supply burger arnab jer... hehehe...

entah bila dpt meeting ngan Tok :D

akuslamberjer
07-01-2010, 03:36 PM
TT dah permanently banned..hehe

aes
07-01-2010, 03:40 PM
TT dah permanently banned..hehe

tumpang tanah utk discuss psl pelaburan arnab .... nak bkk thread br nanti bertindih2 plk

gee2660
08-01-2010, 03:57 PM
salam besok saya akan masukan data penternakan yang saudara mahukan jika berminat boleh lah hubungi terus kepada saya, projek ini amat bebaloi jika saudara menyertainya....

terima kasih bro saya minat gak :):):)

aes
08-01-2010, 04:28 PM
terima kasih bro saya minat gak :):):)

mana ada lagi .....

arafatprofit
09-01-2010, 12:09 AM
tengok arnab, teringat kucing....daging arnab...daging ku777g...haiyaaa

MelayuSedar
11-01-2010, 09:25 AM
takde le byk mana, tp tgh upgrade baka utk pets dan pedaging.

Biar lmbt berjaya drp kena sumpah seranah org.

betul, biar lambat asal halal... Bro aes dah berapa lama ternak arnab nih? :)

MelayuSedar
11-01-2010, 09:27 AM
terima kasih bro saya minat gak :):):)

kalu nak start, bagus buat sendiri dulu...tengok dulu rutin harian arnab...belajar cara arnab..bila dah ready upgrade pelan2..:D

sipout
07-10-2010, 10:23 PM
sepi gks thread arnab nie..huhuhu...daging arnab ni selain dari sate kat mane kita sesuai tuk pasarkan??ade sesapa yang dh jual daging arnab nie...

abesoff
13-02-2011, 04:05 PM
sepi thread ni..saya baru mula berjinat-jinat dengan arnab..kat rumah dah ada 7 ekor arnab...baka apa tak tahu lagi.Marilah kita kongsi cara perternakan arnab sebagai hobi dan seterusnya boleh buat duit..

donicapello009
13-02-2011, 05:12 PM
sepi thread ni..saya baru mula berjinat-jinat dengan arnab..kat rumah dah ada 7 ekor arnab...baka apa tak tahu lagi.Marilah kita kongsi cara perternakan arnab sebagai hobi dan seterusnya boleh buat duit..

uish...byk tuh bro...arnab tuh bpe jantan bpe betina bro?
arnab ni cpat membiak...lpas umo dia 3 bln dia da leh start mengawan.then every 3 month dia akn beranak.mse ak bela dlu ak wat survey arnab ni ley beranak 3 pusingan stat dri umo dia 3 bln smpai umo 9 bln.after dat da jarang2 dia nk branak.

mse ak bela dlu purata satu kli beranak pling cikai 3 ekor skali kluar.pling byk 9 ekor.

bela arnab nih best!tp masalah pd makanan dia...kuat membelahak binatang ni.:))

aes
14-02-2011, 09:54 AM
wat sendiri je .... sikit2 pun kita pny tp kalau betul2 ada market blh wat besau2

bomber
15-02-2011, 12:22 AM
ape bende die mkn? sayur2 tu tak bley tanak sndiri ke

putihperang
15-02-2011, 01:41 AM
pesal tt kena banned?

bobgedik
15-02-2011, 02:21 AM
elok2 berkawan nanti jadi lawan plakss... aduisss, aku serik dah :((:((:((:((

aes
16-02-2011, 10:45 AM
ape bende die mkn? sayur2 tu tak bley tanak sndiri ke

arnab kena bagi dedak gak .... klu bagi makan sayur mungkin hny seswai utk arnab kampung

sipout
18-02-2011, 10:19 PM
arnab kena bagi dedak gak .... klu bagi makan sayur mungkin hny seswai utk arnab kampung

rasenye bley je kot bg sayo 100% tp kena ternak bebas la..tu pun lau laman byk sayo,lau sket bagi dedak je la..

sipout
18-02-2011, 10:20 PM
elok2 berkawan nanti jadi lawan plakss... aduisss, aku serik dah :((:((:((:((

berkwn atas nama biznes,ok la...berkawan atas nama duet,mmg tak kemana la...huhuhu