PDA

View Full Version : Nak tahu Kedai Perabot/Kedai Elektrik yang ada Ansuran Kedai..

raynasofia
06-01-2013, 07:33 PM
Salam semu.. Ada lagi satu pertolongan nak mintak kat warga CG ni.. Ada tak sesiapa kat sini tahu mana2 kedai perabot/elektrik area Klang Valley ni especially KAJANG yang ada offer ansuran kedai..

Bukan apa, tengok banyak thread yang bagitahu betapa menyusahkan kalau buat installment ngan AEON atau Courts.. Ala2 ALONG berlesen gitu..

Jadi minta tolong sesiapa yang tahu kedai2 macam ni untuk share kat thread ni agar kita boleh sama2 bukak pilihan selain dari AEON dan Courts.. Kalau sesiapa warga CG yang ada kedai perabot/elektrik sendiri dan nak offer ansuran kedai kat kami2 warga CG ni dialu2kan jugak..

Saya akan update senarai2 kedai yang diberitahu kat 2nd post insyaAllah untuk kegunaan kita bersama.. Kalau boleh dalam format nama kedai, alamat (kalau ada), landmark yang berhampiran..

:)cgrock:)cgrock

raynasofia
06-01-2013, 07:33 PM
reserved....

raynasofia
06-01-2013, 07:34 PM
reserved jugak untuk list kedai..

hairy84
06-01-2013, 07:42 PM
bro kajang kat mane?? arah jalan reko ade gak perabot.. kalau kajang hiway bukit dukung arah lekas tepi tu ade perabot jugak... kalau semenyih pun banyak gak tepi jalan... rasenye semua boleh hutang kedai... xyah buat loan.

..............................................

aku plak tgh cari kedai barangan perabot ofis 2nd.. area kajang

raynasofia
06-01-2013, 07:57 PM

Alamak bro.. cun sesangat la tuh.. mekasih bebanyak atas info.. aku area kajang gak.. saujana Impian.. tadi jenuh gi dari satu kedai ke satu kedai.. semua kata ansur boleh.. tapi Aeon la pengansurnya.. huhuhu.. dengar Aeon terus aku blah..

Ofis 2nd.. hmm.. tak sure la bro.. tapi kalau search kat mudah banyak gak perabot 2nd ni..

hairy84
06-01-2013, 08:22 PM

ler,, jiran rupenye... aku dok jenaris :p

tgh dok layan mudah laa nie.hehehe

nsr7777
06-01-2013, 10:13 PM
kt kjg ade kdai perabot 2nd...

kwsn dkt dgn byk kedai kete..sblm tmpt u turn nye fly over dr tesco

semenyih kt seberang esso...sebelah dgn kedai potong....(dkt dgn kwsn kilang tong gas meletup)

Missy^Dreamy
07-01-2013, 02:48 AM
haha ramai org kajang rupenya.

nnt bgtau ek sapa da pegi kedai perabot 2nd tu. dekat je ngan umah aku tapi x penah menjenguh.

maikel
07-01-2013, 02:53 AM
ada banyak kedai perabot guna instalment yg bayar 10 kali ....ada runner dtg umah collect ... du
u masa aku baru kawin ada la amik .....
kalo brg letrik Kawanku Electronic ok gak ....byk gak branch dia kat kl ni

raynasofia
07-01-2013, 08:50 AM
ler,, jiran rupenye... aku dok jenaris :p

tgh dok layan mudah laa nie.hehehe

ler jenaris je.. suke gak lepak jenaris.. banyak kedai makan kat tepi jalan tu..

raynasofia
07-01-2013, 08:51 AM
kt kjg ade kdai perabot 2nd...

kwsn dkt dgn byk kedai kete..sblm tmpt u turn nye fly over dr tesco

semenyih kt seberang esso...sebelah dgn kedai potong....(dkt dgn kwsn kilang tong gas meletup)

oo ni 2nd eh.. aku nak carik kedai yang jual barang baru.. huhu..:D

raynasofia
07-01-2013, 08:52 AM
ada banyak kedai perabot guna instalment yg bayar 10 kali ....ada runner dtg umah collect ... du
u masa aku baru kawin ada la amik .....
kalo brg letrik Kawanku Electronic ok gak ....byk gak branch dia kat kl ni

maksudnya, kawanku ni buat ansuran kedai la ye? new info ni.. selalu lalu je depan kedai tu.. tq bro..

WMComm
07-01-2013, 08:59 AM
Salam semu.. Ada lagi satu pertolongan nak mintak kat warga CG ni.. Ada tak sesiapa kat sini tahu mana2 kedai perabot/elektrik area Klang Valley ni especially KAJANG yang ada offer ansuran kedai..

Bukan apa, tengok banyak thread yang bagitahu betapa menyusahkan kalau buat installment ngan AEON atau Courts.. Ala2 ALONG berlesen gitu..

Jadi minta tolong sesiapa yang tahu kedai2 macam ni untuk share kat thread ni agar kita boleh sama2 bukak pilihan selain dari AEON dan Courts.. Kalau sesiapa warga CG yang ada kedai perabot/elektrik sendiri dan nak offer ansuran kedai kat kami2 warga CG ni dialu2kan jugak..

Saya akan update senarai2 kedai yang diberitahu kat 2nd post insyaAllah untuk kegunaan kita bersama.. Kalau boleh dalam format nama kedai, alamat (kalau ada), landmark yang berhampiran..

:)cgrock:)cgrock

kebanyakan kedai2 elektrik dimiliki orang bangsa cina dan mereka pasti support aeon ma. so agak susah nak cari kedai yang ada ansurannya sendiri melainkan kau undurkan masa 20 tahun ke belakang :)

aku beli barang lebih dari 1 menggunakan aeon. ok je. xda masalah. :D

SayaBudakBaruBelajar
07-01-2013, 09:35 AM
Dulu aku selalu beli barang singer....:D

AureLia
07-01-2013, 09:45 AM
Beli barang secara ansuran, lebih mahal dari beli secara tunai, kan? Berapa besar 'mahalnya'? Boleh korang terangkan tak (utk yg dah pernah ambil secara ansuran)?

raynasofia
07-01-2013, 09:50 AM
kebanyakan kedai2 elektrik dimiliki orang bangsa cina dan mereka pasti support aeon ma. so agak susah nak cari kedai yang ada ansurannya sendiri melainkan kau undurkan masa 20 tahun ke belakang :)

aku beli barang lebih dari 1 menggunakan aeon. ok je. xda masalah. :D

aeon cina punya ke? aku ingatkan company jepun..:-?

raynasofia
07-01-2013, 09:51 AM
Beli barang secara ansuran, lebih mahal dari beli secara tunai, kan? Berapa besar 'mahalnya'? Boleh korang terangkan tak (utk yg dah pernah ambil secara ansuran)?

lagi lama ambik lagi mahal la.. kalau courts tu, amik 3 tahun pun dah boleh jadi sekali ganda mahalnya..~X(

AureLia
07-01-2013, 09:56 AM
lagi lama ambik lagi mahal la.. kalau courts tu, amik 3 tahun pun dah boleh jadi sekali ganda mahalnya..~X(

Bukankah ini termasuk di dalam RIBA? Membayar harga barangan lebih daripada apa yg sepatutnya telah ditetapkan?

raynasofia
07-01-2013, 10:02 AM
Bukankah ini termasuk di dalam RIBA? Membayar harga barangan lebih daripada apa yg sepatutnya telah ditetapkan?

memang dah.. kalau boleh kena elakkan.. tapi kalau ikut kata ustaz2 yang aku pernah jumpa, kita ni tertakluk pada sistem yang diamalkan di negara tempat kita bermastautin.. kalau terpaksa memang takdapat nak buat apa la.. macam beli kereta.. berapa ramai yang leh beli cash..?? beli rumah.. ada ke yang leh keluarkan rm300k sekaligus.. so nak tak nak kita ni terpaksa mengikut.. kalau ada option lain yang lebih islamik lebih baik la follow yang tu..

macam aku ni.. nak masuk rumah baru beli dah sangat2 sebab dah kena keluar dari rumah sewa.. perabot sume tuan rumah sewa dulu tu punya.. tapi nak beli sekaligus nak furnish kan rumah 20k-30k memang tak dapek la..

maafkan aku kalau statement aku ni salah.. huhuhu..

ahmad boestaman
07-01-2013, 10:09 AM
AEON setahu aku,syer KWSP ada jgk dalam tu...klu salah tolong betulkan.

AureLia
07-01-2013, 10:19 AM
memang dah.. kalau boleh kena elakkan.. tapi kalau ikut kata ustaz2 yang aku pernah jumpa, kita ni tertakluk pada sistem yang diamalkan di negara tempat kita bermastautin.. kalau terpaksa memang takdapat nak buat apa la.. macam beli kereta.. berapa ramai yang leh beli cash..?? beli rumah.. ada ke yang leh keluarkan rm300k sekaligus.. so nak tak nak kita ni terpaksa mengikut.. kalau ada option lain yang lebih islamik lebih baik la follow yang tu..

macam aku ni.. nak masuk rumah baru beli dah sangat2 sebab dah kena keluar dari rumah sewa.. perabot sume tuan rumah sewa dulu tu punya.. tapi nak beli sekaligus nak furnish kan rumah 20k-30k memang tak dapek la..

maafkan aku kalau statement aku ni salah.. huhuhu..

Ada 1 lagi option lain. Beli jer barangan letrik 2nd hand, banyak kat kedai 2nd hand. Polish elok2, Insya Allah akan jadi macam baru. Bila dah mampu sedikit, kalau rasa nak beli baru, belilah baru. Yg 2nd tu boleh jual balik kat orang lain... riba ni, Allah istiharkan perang ke atas kita... bukan calang2, tapi PERANG... bayangkan.. PERANG... dan dosa paling ringan dalam riba, ialah seperti berzina dengan ibu sendiri... sama2 la kita berusaha mengelakkan, semampu kita...

Ibn Raffar
07-01-2013, 10:21 AM
ambe dulu pergi mana2 kedai perabot/elektrik yang boleh guna Zero Interest card credit, macam berbaloi je bagi ambe (tak terbeban sangat)..hehe

raynasofia
07-01-2013, 10:30 AM
Ada 1 lagi option lain. Beli jer barangan letrik 2nd hand, banyak kat kedai 2nd hand. Polish elok2, Insya Allah akan jadi macam baru. Bila dah mampu sedikit, kalau rasa nak beli baru, belilah baru. Yg 2nd tu boleh jual balik kat orang lain... riba ni, Allah istiharkan perang ke atas kita... bukan calang2, tapi PERANG... bayangkan.. PERANG... dan dosa paling ringan dalam riba, ialah seperti berzina dengan ibu sendiri... sama2 la kita berusaha mengelakkan, semampu kita...

erkkk.. maaf tanya ye.. ermm just nak tau bro beli rumah and kereta cash ye.. jangan salah faham ye.. saya bukan niat nak sindir.. cuma kalau tengok ayat bro tu, memang bro betul2 anti interest ni..:-? jarang jumpa orang yang camni skarang..:)paid

hairulMD
07-01-2013, 10:32 AM
kebanyakan kedai2 elektrik dimiliki orang bangsa cina dan mereka pasti support aeon ma. so agak susah nak cari kedai yang ada ansurannya sendiri melainkan kau undurkan masa 20 tahun ke belakang :)

aku beli barang lebih dari 1 menggunakan aeon. ok je. xda masalah. :D

sama je aeon dgn courts tp pada aku kalau nak hutang baik dgn aeon,aku penah ambik brg utang ngan aeon@ACS credit dulu,byr melalui potongan gaji,bila kira balik ok la x byk sgt interestnya..

AureLia
07-01-2013, 10:51 AM
erkkk.. maaf tanya ye.. ermm just nak tau bro beli rumah and kereta cash ye.. jangan salah faham ye.. saya bukan niat nak sindir.. cuma kalau tengok ayat bro tu, memang bro betul2 anti interest ni..:-? jarang jumpa orang yang camni skarang..:)paid

Saya takde rumah (sewa) dan takde sebarang kenderaan (naik lrt/bas/teksi). Anti interest? Dah kalau hukum dalam Al Quran sendiri Allah dah berfirman, DIA istiharkan PERANG ke atas orang2 yg mengambil riba, kita nak lawan ke? Agak2 sapa menang? Kita nak senang kat dunia ke, senang kat akhirat? Berapa lama jer kita hidup kat dunia ni? Bukankah kehidupan di akhirat tu lebih lama? Tercongok kat padang mahsyar jer pun dah makan masa beribu-ribu tahun. Saya sekadar berpesan-pesan, kalau tak suka, minta maaflah. Terpulang kpd pilihan masing-masing...

raynasofia
07-01-2013, 11:05 AM

woww hebat bro.. tak perlu sejauh itu nak elakkan riba.. untuk pengetahuan bro duit gaji aku masuk dalam Bank Islam (sebab aku keja UIA), aku beli kereta dengan finance dari bank Muammalat (Ijarah Thumma Al-Bai), beli rumah pun share laki bini pakai Bai Murabahah..

Post awal aku just cakap tentang kedai yang bagi beli barang secara ansuran.. takder plak aku cakap pasal riba.. Kat kedai perabot pakistan boleh beli secara ansuran dengan syarat ada akad dan kita setuju dengan jumlah keuntungan yang dia ambil.. biasanya tak lebih 20%.. Tak perlu la sampai kembali ke zaman dulu tanpa kereta dan rumah sebab tu dah jadi keperluan hidup untuk keluarga..

raynasofia
07-01-2013, 11:09 AM
perghh dah off topic dah.. hmm sapa yang tau kedai2 perabot ansuran ni? kalau melayu lagi bagus.. aku dah jumpa satu.. tapi jauh sangat.. kat sungai buloh.. PeraboT Ali.. Ingat petang ni nak survey.. huhuhu..

AureLia
07-01-2013, 11:12 AM
woww hebat bro.. tak perlu sejauh itu nak elakkan riba.. untuk pengetahuan bro duit gaji aku masuk dalam Bank Islam (sebab aku keja UIA), aku beli kereta dengan finance dari bank Muammalat (Ijarah Thumma Al-Bai), beli rumah pun share laki bini pakai Bai Murabahah..

Post awal aku just cakap tentang kedai yang bagi beli barang secara ansuran.. takder plak aku cakap pasal riba.. Kat kedai perabot pakistan boleh beli secara ansuran dengan syarat ada akad dan kita setuju dengan jumlah keuntungan yang dia ambil.. biasanya tak lebih 20%.. Tak perlu la sampai kembali ke zaman dulu tanpa kereta dan rumah sebab tu dah jadi keperluan hidup untuk keluarga..

Memang la kamu tak sebut tentang riba, tapi bila dah bercakap psl nak beli barangan secara ansuran, memang ia dah membabitkan riba. Dan kebetulan saya masuk ke thread ini, jadi saya lontarkanlah sedikit pandangan. Ramai orang memang tak suka bila ada orang lain yg sebut psl riba. Saya faham. Saya tak kata pun kamu beli rumah guna duit riba. Tapi kamu sendiri yg tanya saya, saya beli rumah dan kereta guna cash atau tak. Jadi saya jelaskanlah. Dan utk pengetahuan kamu, penggunaan AKAD dlm Islam tidak bererti ia bebas-riba. Tapi ia lebih kepada backdoor riba, yg mana lebih teruk dari direct riba kerana menggunakan terma-terma Islamik utk mengelabui pandangan umum yg rata-rata tak faham tentang konsep riba, gharar dan maisir. Nak tahu lebih lanjut, rajin2lah godek thread psl riba dlm CG ni, banyak dah dikupas. Maaf sekali lagi jika saya off topic. Saya sekadar berpesan2 sesama kita, dan pesanan saya berakhir di sini.

TT
07-01-2013, 11:16 AM
hutang kedai utk perabut ni klo kt pekan2, bandar2 kecil adela..tauke pun tau rumah ko kt mane, mmg dh kenal, silap2 tauke dgn mak bapak satu sekolah dulu..die pun berani bg hutang

klo org tua senangla..klo muda die xkenal mmg xdapekla

raynasofia
07-01-2013, 11:56 AM
Memang la kamu tak sebut tentang riba, tapi bila dah bercakap psl nak beli barangan secara ansuran, memang ia dah membabitkan riba. Dan kebetulan saya masuk ke thread ini, jadi saya lontarkanlah sedikit pandangan. Ramai orang memang tak suka bila ada orang lain yg sebut psl riba. Saya faham. Saya tak kata pun kamu beli rumah guna duit riba. Tapi kamu sendiri yg tanya saya, saya beli rumah dan kereta guna cash atau tak. Jadi saya jelaskanlah. Dan utk pengetahuan kamu, penggunaan AKAD dlm Islam tidak bererti ia bebas-riba. Tapi ia lebih kepada backdoor riba, yg mana lebih teruk dari direct riba kerana menggunakan terma-terma Islamik utk mengelabui pandangan umum yg rata-rata tak faham tentang konsep riba, gharar dan maisir. Nak tahu lebih lanjut, rajin2lah godek thread psl riba dlm CG ni, banyak dah dikupas. Maaf sekali lagi jika saya off topic. Saya sekadar berpesan2 sesama kita, dan pesanan saya berakhir di sini.

huhu takyah melenting bro.. ilek2.. kita cuma berbincang je.. beli kereta pun secara ansuran.. so memang confirm ke riba kalau dalam sistem perbankan Islam ada kaedah yang membenarkan bayaran tertangguh.. backdoor to riba? hmm rasanya kalau keuntungan 20% sahaja takde masalah.. asalkan sebelum akad kita dah tahu harga sebenar barang dan berapa peratus keuntungan yang penjual nak ambil.. yang penting dua2 pihak redha dan tak ada rasa tertindas.. macam aku beli katil kat kedai paki ni.. harga dalam 7 ratus, bayar rm 85 selama sepuluh bulan.. so aku dah dimaklumkan RM150 keuntungan yang dia akan ambil.. kat mana riba tu ye..

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara saling redha-meredhai di antara sesama kamu”
- (an-Nisa’: 29).

AureLia
07-01-2013, 12:16 PM
huhu takyah melenting bro.. ilek2.. kita cuma berbincang je.. backdoor to riba? hmm rasanya kalau keuntungan 20% sahaja takde masalah.. asalkan sebelum akad kita dah tahu harga sebenar barang dan berapa peratus keuntungan yang penjual nak ambil.. yang penting dua2 pihak redha dan tak ada rasa tertindas.. macam aku beli katil kat kedai paki ni.. harga dalam 7 ratus, bayar rm 85 selama sepuluh bulan.. so aku dah dimaklumkan RM150 keuntungan yang dia akan ambil.. kat mana riba tu ye..

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara saling redha-meredhai di antara sesama kamu”
- (an-Nisa’: 29).

Kenapa pula saya yg nak melenting? Saya berpesan2 demi kebenaran. Terpulanglah kalau nak terima atau tak. Secara ringkasnya, riba ialah sebarang pembayaran yg dibuat, MELEBIHI pembayaran yg sepatutnya. Tak kiralah ada akad ke takde akad. Bukan itu soalnya. Apabila pembayaran ditangguh, sehingga menerbitkan keuntungan yg mana keuntungan itu diambil dari 'ketidakmampuan pembeli utk menjelaskan hutangnya dlm tempoh sepatutnya', maka keuntungan itu sebenarnya terbit akibat 'penindasan'. Mana ada orang nak bayar LEBIH dari sepatutnya? Ada ke? Takde bukan? Melainkan dlm keadaan TERPAKSA.

Ya, sebab terpaksalah kita kata YA, saya setuju dgn akad itu. Dan keadaan terpaksa itulah, yg membawa kepada penindasan. Dan inilah sebenarnya yg tidak dibenarkan di dalam Islam, walaupun kita kata kita setuju. Tapi kena ingat. Riba ni membabitkan RAMAI ORANG, bukan hanya setakat membabitkan seorang pembeli dan penjual saja. Bila ia membabitkan ramai orang, maka efeknya lebih besar dan menyeluruh. Sebab itu Allah sendiri istiharkan PERANG ke atas golongan yg mengamalkan riba, tak kiralah yg mengamalnya tu seorang ulama sekalipun.

Saya tahu benda ni off topik, sebab tu saya kata tadi, pesanan saya berakhir di sini. Dan saya minta maaf sebab 'menyelit menyampaikan pesan' dlm thread anda. Kalau anda nak tahu lebih lanjut di mana ribanya, semuanya ada di hujung jari, tinggal klik butang Search atau Google saja. Hendak atau tak, diri sendiri yg tentukan.

raynasofia
07-01-2013, 12:32 PM
Kenapa pula saya yg nak melenting? Saya berpesan2 demi kebenaran. Terpulanglah kalau nak terima atau tak. Secara ringkasnya, riba ialah sebarang pembayaran yg dibuat, MELEBIHI pembayaran yg sepatutnya. Tak kiralah ada akad ke takde akad. Bukan itu soalnya. Apabila pembayaran ditangguh, sehingga menerbitkan keuntungan yg mana keuntungan itu diambil dari 'ketidakmampuan pembeli utk menjelaskan hutangnya dlm tempoh sepatutnya' - kalau jelaskan dalam tempoh sepatutnya tak jadilah riba tak gitu bro huhuhu, maka keuntungan itu sebenarnya terbit akibat 'penindasan'. Mana ada orang nak bayar LEBIH dari sepatutnya? Ada ke? Takde bukan? Melainkan dlm keadaan TERPAKSA.

Ya, sebab terpaksalah kita kata YA, saya setuju dgn akad itu. Dan keadaan terpaksa itulah, yg membawa kepada penindasan. Dan inilah sebenarnya yg tidak dibenarkan di dalam Islam, walaupun kita kata kita setuju. Tapi kena ingat. Riba ni membabitkan RAMAI ORANG, bukan hanya setakat membabitkan seorang pembeli dan penjual saja. Bila ia membabitkan ramai orang, maka efeknya lebih besar dan menyeluruh. Sebab itu Allah sendiri istiharkan PERANG ke atas golongan yg mengamalkan riba, tak kiralah yg mengamalnya tu seorang ulama sekalipun.

Saya tahu benda ni off topik, sebab tu saya kata tadi, pesanan saya berakhir di sini. Dan saya minta maaf sebab 'menyelit menyampaikan pesan' dlm thread anda. Kalau anda nak tahu lebih lanjut di mana ribanya, semuanya ada di hujung jari, tinggal klik butang Search atau Google saja. Hendak atau tak, diri sendiri yg tentukan.

huhuhu... kalau macam tu semua perbankan Islam dalam Malaysia ni mengamalkan riba jugaklah ye? Walaupun dah diendorse oleh MFK.. sebabnya harga kereta RM50k tapi selepas proses akad kena bayar RM65k habis tempoh 9 tahun.. kena tipulah aku dengan bank muamalat kalau macam ni..:D

Dan nampak gayanya ramailah yang tak mampu beli rumah.. sebab jika beli rumah secara perbankan Islam sekalipun, bila habis bayaran dia akan jadi lebih daripada harga asal rumah tersebut..

Aku tak arif tentang sistem kewangan Islam ni, so aku just ikut apa yang dah diluluskan oleh MFK sebab diaorang lebih tahu dan lebih pakar tentang perkara ini..

Sorry mod.. off topic.. ni yang last.. ok back to the original topic?? sapa tahu ada mana2 lagi tak kedai perabot yang offer ansuran kedai..

maikel
07-01-2013, 12:59 PM
maksudnya, kawanku ni buat ansuran kedai la ye? new info ni.. selalu lalu je depan kedai tu.. tq bro..

ye.....ok la sket dr Courts Mammoth.....dah 5 barang aku amik dr Kawanku ....lagi 1 kedai everybody electrical dekat chow kit tu bole ansuran gak

raynasofia
07-01-2013, 01:03 PM
ye.....ok la sket dr Courts Mammoth.....dah 5 barang aku amik dr Kawanku ....lagi 1 kedai everybody electrical dekat chow kit tu bole ansuran gak

apa dokumen kena bawak ye? pastu bayaran balik camner plak?

maikel
07-01-2013, 01:06 PM
apa dokumen kena bawak ye? pastu bayaran balik camner plak?

kalo 1st time biasa la slip gaji ngan ic je.....pastu reference sorang

raynasofia
07-01-2013, 01:08 PM
kalo 1st time biasa la slip gaji ngan ic je.....pastu reference sorang

berapa paling lama leh wat bro?

maikel
07-01-2013, 01:33 PM
berapa paling lama leh wat bro?

seingat aku ada 6, 12, 18, 24 bulan .... 36 x sure plak ....ko call je tanya Phone number: +60 (0)3 9200-8978 .....tanya branch terdekat gak

raynasofia
07-01-2013, 01:47 PM
seingat aku ada 6, 12, 18, 24 bulan .... 36 x sure plak ....ko call je tanya Phone number: +60 (0)3 9200-8978 .....tanya branch terdekat gak

ok tq bro.. nice sharing.. ti aku update kat depan..:)paid

nsr7777
07-01-2013, 08:45 PM
sy mula2 masuk umh ada beli brg 2nd jgk...yg penting ok...

heheh....tt nak beli ansuran perabot sampai satu umh ke....

wah..ni btul2 semangat umh baru ni.....

nasihat sy.....

kalu nak ansuran jgk...

amik yg penting dulu...

cth peti ais..dapur gas...tv..set sofa...set katil

tu pon mau cecah dkt 5 ..6 k jgk tu....

aslkan mampu bayar...sila kan....

slmt maju jaya tt

raynasofia
07-01-2013, 08:55 PM

betul tu bro.. sy pun nak ambik yang penting2 je.. bukan satu rumah.. huhuhu.. nak carik mesin basuh, tv, aircond, meja makan dan set bilik tidur je.. peti ais, sofa set, install kitchen kabinet dah beli cash dah ari tu.. anyway tq bro..

nsr7777
07-01-2013, 09:16 PM
kalu g tu..

np tak try wat kt court...atau yg ada aeon nye bulanan...

mesin basuh mau rm 700, tv rm 1200, aircond rm 1000, meja makan rm 700 dan set bilik tidur rm 1000....

kalu g ni instalment kedai....goyang jgk bang kdai nak bg....

babyblacky
28-04-2014, 03:17 PM
area shah alam/ puncak alam ader tak?

epozer
28-04-2014, 05:16 PM
kalu g tu..

np tak try wat kt court...atau yg ada aeon nye bulanan...

mesin basuh mau rm 700, tv rm 1200, aircond rm 1000, meja makan rm 700 dan set bilik tidur rm 1000....

kalu g ni instalment kedai....goyang jgk bang kdai nak bg....

baru kawin ke bro..... aircond dan set bilik tidur tu hold dulu....

peti sejuk... dan mesin basuh utamakan dulu

meja makan kiv... beli meja biasa2 dulu....

bilik tido kumpul duit siket sbb aku beli yg murah dulu goyang la... pastu tilam xbest...

klau boleh beli cash la...sbb mmg banyak beza sangat kalau beli hutang.... peti sejuk kalau boleh beli paling besar yg bro mampu...klau x nanti keja nak upgrade je....mein basuh xpe... boleh cuci 2-3 kali klau xmuat...