PDA

View Full Version : Share/Info Rebate RM200 Telefon untuk belia


GamezStar
31-12-2012, 09:15 PM
REGISTER OPEN!
http://komunikasibelia.skmm.gov.my

umobile da ade pakej menarik :-? masalahnya bulan2 berape plak ni

http://nbi.skmm.gov.my/Advertorial/PKB.pdf

http://img210.imageshack.us/img210/5594/youthpackagechart.jpg




FAQ

1. S: Apakah Pakej Komunikasi Belia?
J: Pakej Komunikasi Belia adalah salah satu projek kerajaan Malaysia melalui SKMM di bawah bajet 2013 dan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) untuk mempertingkatkan taraf hidup rakyat terutamanya golongan belia. Kerajaan menyasarkan golongan belia ini sebagai golongan yang mampu memberi impak yang besar dalam memacu pertumbuhan ekonomi terutamanya dalam bidang e-perdagangan (e-commerce).

Pakej ini dilaksanakan pada 1 Januari 2013 dan dijangka dapat memanfaatkan 1.5 juta belia di Malaysia. Program ini menawarkan rebat sebanyak RM 200 untuk pembelian telefon pintar tahap permulaan melibatkan peruntukan sebanyak RM 300 juta.


2. S: Apakah syarat kelayakan untuk memohon Pakej Komunikasi Belia?
J: Syarat kelayakan adalah:

Pemohon berumur di antara 21-30 tahun
Berpendapatan kasar bulanan RM 3000 dan ke bawah
Sekiranya belum melanggan mana-mana pakej jalur lebar daripada penyedia perkhidmatan, dikehendaki melanggan pakej jalur lebar yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terlibat.





3. S: Bilakah saya boleh mula memohon?

J: Permohonan boleh dibuat dari 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013, atau sehingga peruntukan sebanyak RM 300 juta telah dipenuhi; yang mana terdahulu.



4. S: Bagaimana cara untuk saya memohon?

J: Bagi memudahkan proses permohonan, borang pra-pendaftaran perlu diisi secara dalam talian di laman sesawang www.skmm.gov.my. Sekiranya tiada akses internet, pemohon boleh hadir ke Pusat Internet 1Malaysia yang berhampiran atau wakil-wakil penyedia perkhidmatan terlibat.



5. S: Siapakah penyedia perkhidmatan yang terlibat dalam inisiatif ini?

J: Penyedia perkhidmatan yang terlibat ialah Maxis Berhad, Celcom Axiata Berhad, DiGi Telecommunications Sdn Bhd, U Mobile, YTL Communications, Tune Talk dan Clixster.


6. S:Berapa lamakah tempoh masa untuk membuat tuntutan rebat ini ?
J: Anda diberi masa selama 1 (satu) bulan daripada tarikh pra-pendaftaran untuk membuat tuntutan. Pra-pendaftaran akan dianggap terbatal sekiranya tiada tuntutan dibuat dalam jangka masa tersebut. Anda dibenarkan untuk mendaftar semula selepas 1 bulan.



7. S: Selepas saya membuat pra pendaftaran laman sesawang, apakah yang patut saya lakukan?
J: Anda akan memperolehi status permohonan dengan serta-merta. Jika status anda berjaya, paparan status tersebut boleh dicetak dan/atau diemel kepada anda. Cetakan atau nombor rujukan tersebut perlu dibawa ke wakil-wakil penyedia perkhidmatan yang sah untuk membuat tuntutan dengan cara pembelian terus.


8. S: Di manakah saya boleh dapatkan senarai wakil-wakil penyedia perkhidmatan yang sah?
J: Senarai wakil-wakil penyedia perkhidmatan yang sah boleh didapati di laman sesawang penyedia perkhidmatan terlibat mulai 1 Januari 2013.


9. S: Apakah dokumen yang perlu dikemukakan kepada wakil-wakil penyedia perkhidmatan semasa membuat tuntutan?
J: Dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat tuntutan ialah seperti berikut:

Salinan MyKad / Kad Polis / Kad Tentera;
Salinan kad pelajar bagi pelajar sepenuh / separuh masa



10. S: Bagaimana cara untuk menuntut rebat ini?

J: Selepas pengesahan dilakukan di wakil-wakil penyedia perkhidmatan , anda boleh memilih telefon pintar yang ditawarkan dan rebat RM 200 akan diberi dengan serta merta. Pemohon hanya perlu membayar baki harga telefon tersebut.


11. S: Sekiranya saya belum mempunyai langganan jalur lebar, apa yang perlu saya buat?

J: Anda dikehendaki melanggan pakej jalur lebar yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan terpilih bagi melayakkan anda menuntut rebat ini.

Harga, terma serta syarat-syarat pakej langganan tertakluk kepada penyedia perkhidmatan tersebut.



12. S: Sekiranya saya telah melanggan pakej jalur lebar, perlukah saya membuat langganan yang baru untuk
menuntut rebat tersebut ?
J: Tidak perlu. Walau bagaimanapun anda tetap layak untuk menuntut rebat tersebut.



13. S: Apakah jenis-jenis telefon yang boleh di beli?

J: Anda boleh membeli jenis telefon pintar tahap permulaan yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan. Senarai telefon yang termasuk di dalam skim ini boleh didapati di laman sesawang penyedia perkhidmatan mulai 1 Januari 2013.


14. S: Apakah yang boleh menyebabkan sesuatu permohonan tidak berjaya?

J: Permohonan tidak berjaya disebabkan oleh perkara-perkara berikut:

Anda tidak memenuhi syarat yang telah ditetapkan
Nombor kad pengenalan, nombor fail LHDN, atau nombor KWSP didapati tidak sah
Anda telah mendaftar lebih daripada sekali


15. S: Sekiranya saya bekerja sendiri atau penggajian, perlukah saya mendapat pengesahan pendapatan bulanan atau membawa slip gaji ?

J: Tidak perlu. Sah akuan yang telah ditanda oleh pemohon di dalam borang pendaftaran dalam talian adalah bukti bahawa maklumat yang diberi adalah benar.

Walau bagaimanapun kami ingin memperingatkan bahawa sesiapa yang didapati bersalah memberi maklumat palsu boleh disabitkan kesalahan di bawah seksyen 193 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dijatuhkan hukuman penjara selama maksimum tiga (3) tahun dan denda.



16. S: Saya seorang pelajar, adakah saya layak memohon Pakej Komunikasi Belia?
J: Pelajar sepenuh masa atau separuh masa adalah layak memohon pakej tersebut sekiranya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.



17. S: Keuntungan bersih sebagai peniaga kecil-kecilan adalah RM 3,200 sebulan dan selepas ditolak perbelanjaan keluarga, pendapatan saya tinggal RM 2,000 sahaja. Adakah saya layak?

J: Tidak layak.



18. S: Bagaimanakah cara saya ingin mengekalkan nombor yang sedia ada tetapi ingin menukar kepada pakej yang baru yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan yang lain?
J: Anda dikehendaki untuk membuat Mobile Number Portability (MNP) terlebih dahulu sebelum melanggan pakej baru dengan mana-mana penyedia perkhidmatan.

MNP adalah keupayaan bagi pengguna untuk beralih kepada penyedia perkhidmatan mudah alih yang baru, dengan mengekalkan nombor mudah alih sedia ada.


19. S: Sekiranya saya ada pertanyaan, kepada siapa patut saya tujukan?
J: Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui email iaitu komunikasibelia@cmc.gov.my atau telefon 1-800-88-4040
(Isnin sehingga Jumaat kecuali cuti umum dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang) mulai 1 Januari 2013. Selain itu anda juga boleh menghubungi penyedia perkhidmatan yang terlibat atau hadir terus ke wakil-wakil penjual yang sah.


20. S: Adakah pendaftaran secara dalam talian ini akan beroperasi 24 jam?
J: Sistem dalam talian ini akan diberhentikan seketika pada pukul 11:00 malam sehingga 7:00 pagi setiap hari. Ini bertujuan agar penyelenggaraan sistem dan kerja mengemaskini data dapat dilakukan.

kiddd2
31-12-2012, 09:23 PM
kalo umor 3o..

layak lagi tak???

fauzizul
31-12-2012, 09:23 PM
kene ambek ngn pekej ke.. xleh ke ambek tepon je :-?

aidiryatim
31-12-2012, 09:32 PM
celkom pn ade nk kuarkn plan baru ka nnt?
ooo, prepaid, ingatkn pospaid, kira berbaloi gak gula2 nih.

ade saper tau senarai/location dealer utk gula2 nih x?

aidiryatim
31-12-2012, 09:40 PM
UMI28 ni, blnn RM28 ja, tp kita boleh pilihkn xnk langgan sbb da ade pakej broadband.
Umobile tunetalk RM20 blnn

GamezStar
31-12-2012, 09:43 PM
UMI28 ni, blnn RM28 ja, tp kita boleh pilihkn xnk langgan sbb da ade pakej broadband.
Umobile tunetalk RM20 blnn

handphone je pon boleh balik baca FAQ cume kebanyakkan model pakai os lame and HP kecik je

GamezStar
31-12-2012, 09:44 PM
celkom pn ade nk kuarkn plan baru ka nnt?
ooo, prepaid, ingatkn pospaid, kira berbaloi gak gula2 nih.

ade saper tau senarai/location dealer utk gula2 nih x?

umobile kata leh dapatkan dari dealer2 dia org umobile branch .. so tak semestinya senQ @ senheng

syababulzahab
31-12-2012, 09:53 PM
pas msuk web skmm.gov.my nk klik kt link mne???

GamezStar
31-12-2012, 10:04 PM
pas msuk web skmm.gov.my nk klik kt link mne???

click kt banner iklan...

aidiryatim
31-12-2012, 10:06 PM
sok pagi 7am lincah register, haha, gula2 sedap tu

GamezStar
01-01-2013, 08:21 AM
website skmm congested

GamezStar
01-01-2013, 08:26 AM
link update! REGISTER OPEN!


ade limit regiser 1.5m belia sahaja! sape cepat dia dapat

okada_kodo
01-01-2013, 08:52 AM
link busy giler siot...

GamezStar
01-01-2013, 12:52 PM
server down... sabow ja

slvrchair
01-01-2013, 01:40 PM
yg takde no kwsp camno? staff gomen yg amik opsyen pencen setau aku takde acc epf ni...mana nak sebat no ahli kwsp...tahleh jgk la register yer?

hampeh...sembang kencang btul kerajaan ni...adoiiilaaa

Rizal
01-01-2013, 02:10 PM
nasib baik aku dh daftar :D celcom 1 malaysia dh ade.layak kot ni

syakirin
01-01-2013, 04:23 PM
tq TT...info yang cukup lengkap...

afifdaud
01-01-2013, 04:28 PM
http://sphotos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/407382_10151163163411073_1919789466_n.jpg

hangit
03-01-2013, 03:10 PM
Jem la..xleh masuk

tutuptin
03-01-2013, 03:12 PM
tunggu malam ckit kot baru line clear..
skang org dok kerumun..

slvrchair
03-01-2013, 03:18 PM
nk register asik error jer sistem...apo bondo ni??? adehhhh

The parameterized query '(@data1 varchar(50),@data2 varchar(12),@data3 varchar(30),@data4' expects the parameter '@data23', which was not supplied.

wtf??

m.raiful
04-01-2013, 07:17 AM
nk register asik error jer sistem...apo bondo ni??? adehhhh



wtf??

ya la.. aku langsung tak boleh buka
"This web page is not available"
macam mana daftar ni..aduiii

arang67
04-01-2013, 07:21 AM
nk register asik error jer sistem...apo bondo ni??? adehhhh



wtf??

menda camni..tiba website tu kena serbu ramai2 memang jem la jawabye

zeal_tech
04-01-2013, 07:45 AM
kalau udah pakai SKMM or Celcom 1M, kire kite dah ada data plan le kan..??

UdangGalah
04-01-2013, 07:51 AM
PERHATIAN

Server di tutup sementara bermula jam 11.00 malam sehinggga 7.00 pagi bagi kerja-kerja penyelenggaraan. Terima Kasih.


hahaha..ramai sangat yang serbu website skmm..

wantecz
04-01-2013, 09:15 AM
maksudnya klau nk beli hp pkai rebate ni kena amik skali ngn data plan? then kena bayaq bulan2 jugak la camtu?

GamezStar
04-01-2013, 09:16 AM
server kene ddos attack

slvrchair
04-01-2013, 09:38 AM
"Pendaftaran anda tidak boleh diproses buat masa ini"
hahahah tak effisien langsung...budus...

jidi
04-01-2013, 09:50 AM
aku nk register tp sistem ckp aku da memohon. padahal baru 1st time nk register..xkn ade org gune nama aku kot..nk call hotline asyik busy je..

mns9178
08-01-2013, 09:30 AM
aku dah mohon..lepas tu dia keluar, status pendaftaran:

Tahniah, permohonan anda telah diterima.no rujukan permohonan anda ialah ........

aku dah blh beli hp ker?guna no rujukan tu? ke mcm mane?

apoilenjau
08-01-2013, 09:37 AM
aku dah mohon..lepas tu dia keluar, status pendaftaran:

Tahniah, permohonan anda telah diterima.no rujukan permohonan anda ialah ........

aku dah blh beli hp ker?guna no rujukan tu? ke mcm mane?

Dh boleh beli. Print out paparan status tersebut. Bw fotostat ic juga semasa nk beli tu.

mns9178
08-01-2013, 09:41 AM
Dh boleh beli. Print out paparan status tersebut. Bw fotostat ic juga semasa nk beli tu.

Tq bro...:):D

apoilenjau
08-01-2013, 10:17 AM
ada member suruh tanya kalau nak beli tablet boleh x? tablet tu termasuk senarai smartphone ke? :D

apoilenjau
08-01-2013, 03:38 PM
Dah ada ke yg beli guna rebet? kalau dah ada sila update kat sini. share pengalaman korang.

Scorpions10
09-01-2013, 05:30 PM
beli smartfon klon blh ke guna rebet nih..:D

mazri_myie
05-02-2013, 11:59 AM
pakej data tu ada kontrak ke?kalau kita takmo pakai leh ke?

hazmine
17-02-2013, 04:12 AM
Agak2 boleh gabung x dgn org lain?

wan2trifor5
17-02-2013, 04:17 AM
pakej data tu ada kontrak ke?kalau kita takmo pakai leh ke?

nak tanyer jugak bab ni

life_b4diezz
24-02-2013, 04:28 PM
xde ke sape2 yg nk jual murah2 rebat dia?

life_b4diezz
04-03-2013, 02:10 PM
kalau sape2 area puchong nk tolak jual rebat dia murah2,bgtau la sy ye.

selistones
15-09-2013, 04:09 PM
ada lagi tak rebet nie? kekasih aku belum apply lagi

msat1891
16-09-2013, 03:26 PM
ada lagi tak rebet nie? kekasih aku belum apply lagi

baru open balik,:)cgrock:)cgrock

Norazwan
17-09-2013, 05:41 PM
aku dh apply tp tak tunaikan lg.. dh expired dh... camno ni.. nk tunaikan rebet hari tu, takleh sbb aku lupa nk print.. tnya kedai, kedai taknak terima.. tp semalam g jalan2 ke bpmall.. digi sana nk terima tp aku yer rebat dh expired..sedih2x.. takleh merasa duit "kerajaan" rm200..

m0mo~
17-09-2013, 05:43 PM
aku dh apply tp tak tunaikan lg.. dh expired dh... camno ni.. nk tunaikan rebet hari tu, takleh sbb aku lupa nk print.. tnya kedai, kedai taknak terima.. tp semalam g jalan2 ke bpmall.. digi sana nk terima tp aku yer rebat dh expired..sedih2x.. takleh merasa duit "kerajaan" rm200..

kalau dah expired sepatutnya boleh mohon baru la..
makin ketat kot syarat..sudah mohon mesti beli..tak beli hangus..:))

akkula
23-09-2013, 04:57 PM
26 september ni setat..tengok dalam website skmm

pinto kiri
02-10-2013, 08:02 PM
boss boleh senaraikan x telefon yg boleh d rebet d kedai boss

akkula
03-10-2013, 03:39 PM
bila nak bukak rebat ni balik?cina kdai cakap xbukak lagi...

sape2 da info?

sgramaldalam
03-10-2013, 03:46 PM
skang ni rebet skmm tu leh terus buat kat kedai2 hp...kat kedai tu nanti dia tlg registerkan...semalam ada gi tanya...dia ckp mcm tu...tapi aku dah tak layak la...dah lebih umur...

akkula
03-10-2013, 04:01 PM
skang ni rebet skmm tu leh terus buat kat kedai2 hp...kat kedai tu nanti dia tlg registerkan...semalam ada gi tanya...dia ckp mcm tu...tapi aku dah tak layak la...dah lebih umur...

owh yeke...cina bukit 2 cakap lain lak ambe g tanya...dia cakap xbukak ag...mungkin minggu dpn bukak..2 pon 1 hari je bukak...