PDA

View Full Version : Jelmaan wak-wak hantui penjebak

balqis07
23-12-2012, 05:55 PM
http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.114850.1356234058!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_400/image.jpg
Burung wak-wak ini dipercayai boleh menyembuhkan pelbagai penyakit.

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.114849.1356234007!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_400/image.jpg

Burung wak-wak ataupun nama saintifiknya Amaurornis phoenicurus mempunyai banyak kisah misteri dalam kalangan penjebak atau penangkap burung.

Burung yang dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 itu dipercayai mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

Sehubungan itu, ada dalam kalangan mereka yang sanggup mengeluarkan ribuan ringgit semata-mata untuk mendapatkan seekor burung berkenaan.

Namun, menangkap burung itu bukan perkara mudah selain kemungkinan berhadapan dengan jelmaan wak-wak yang amat menyeramkan.

Ramli Dahawang, 65, ataupun lebih dikenali sebagai Pak Da ialah antara penjebak yang aktif pada awal tahun 70-an dan 80-an.

Walaupun telah ‘cuci tangan’ dalam aktiviti menjebak wak-wak ini, Pak Da tidak lokek untuk berkongsi pengalamannya menjebak wak-wak sejak umurnya berusia 15 tahun lagi.

Anak kelahiran Kampung Charuk Bemban Mukim Kupang, Baling, Kedah ini tidak menafikan banyak kisah misteri di sebalik keghairahan menangkap spesies yang kian terancam ini.

Menceritakan pengalamannya, Pak Da pernah bersama beberapa rakannya pernah terserempak dengan seekor wak-wak yang bersaiz luar biasa pada awal tahun 80-an.

Menurutnya, kehadiran burung itu disertai angin yang kuat selain gegaran kuat pada jaring yang digunakan untuk menangkap burung wak-wak itu.

“Ketika itu, saya dan rakan kuatkan semangat pergi ke arah jaring. Ternyata jaring kami koyak akibat dirempuh oleh sesuatu yang besar. Tapi, tiada apa yang melekat di jaring itu.

“Itulah pengalaman yang bukan sahaja berlaku kepada saya malah mungkin kepada mereka yang pernah menjadi pemburu wak-wak ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Jelmaan burung indera kayangan

Pak Da berkata, penjebak lama sering mengaitkan jelmaan burung itu merupakan burung indera kayangan yang sukar dilihat manusia.

Menurutnya, burung indera kayangan itu hanya berada di kawasan tinggi ataupun pergunungan, mereka yang bernasib baik sahaja kemungkinan boleh melihat burung ini.

“Ini adalah cerita orang lama-lama, ketika itu, saya pun masih kecil. Kemungkinan ia hanyalah mitos semata-mata. Tetapi, pengalaman berdepan dengan jelmaan wak-wak adalah benar. Kebanyakan penjebak pasti merasai pengalaman ini,” katanya.

Bapa kepada tujuh anak ini berkata, terdapat pelbagai jenis teknik menangkap burung wak-wak yang berubah mengikut perubahan masa.

Menurutnya, ketika awal tahun 70-an, pemburu wak-wak menggunakan seruling atau dipanggil pipit untuk menangkap burung ini.

Kemudian, barulah datangnya denak ataupun dipanggil burung pemikat bagi menarik perhatian wak-wak masuk ke dalam jebak (perangkap).

Kini, ada yang hanya menggunakan radio ataupun perakam suara untuk menangkap burung ini. Namun begitu, aktiviti menjebak semakin berkurangan disebabkan faktor penguatkuasaan undang-undang selain perubahan zaman.

Pak Da berkata, terdapat juga beberapa teknik yang jarang digunakan oleh penjebak antaranya jerat bidas atau menggunakan pancing.

“Kedua-dua kaedah ini akan menyeksa burung ini malah, boleh membunuh sekiranya penjebak lambat melepaskan burung yang terperangkap. Disebabkan itu, kebanyakan kaedah ini tidak digunakan,” katanya.

Pak Da yang cukup bersemangat menceritakan pengalaman itu turut berkongsi cara membesarkan denak iaitu anak burung wak-wak untuk dijadikan burung pemikat.

Katanya, membesarkan denak bukan perkara yang mudah kerana denak tidak akan mengeluarkan suara memikat sekiranya tidak dibesarkan dengan sempurna.

Denak sebagai burung pemikat

Pak Da berkata, untuk memastikan denak itu jinak sehingga boleh dijadikan burung pemikat, denak perlu dibiarkan bercampur dengan anak ayam agar mereka dapat berkawan.

“Denak tidak makan dedak ayam, tetapi bila denak melihat ayam memakan dedak, secara langsung, denak akan terikut-ikut seterusnya akan memudahkan proses penjagaan.

“Penjagaan yang baik boleh menjinakkan denak. Justeru, denak akan bersuara semasa diletakkan di dalam jebak seterusnya boleh dijadikan burung pemikat. Kegagalan menjinakkan denak akan mengakibatkan denak menjadi liar. Keadaan ini akan menakutkan burung lain, bukannya untuk memikat,” katanya.

Antara faktor keghairahan penjebak memburu burung wak-wak adalah kerana burung ini dipercayai mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

Burung ini akan dijadikan minyak sebelum dibekalkan kepada pengamal perubatan tradisional atau untuk diri sendiri.

Disebabkan itu, ada yang sanggup mengeluarkan ribuan ringgit semata-mata untuk mendapatkan seekor burung ini.

Namun, tiada kajian saintifik yang mengatakan minyak burung wak-wak ini mempunyai khasiat tertentu kepada masyarakat.

Pak Da menambah, menjebak boleh dijadikan hobi pada masa lapang demi memastikan aktiviti menjebak ini dapat terus disampaikan kepada generasi yang akan datang.

sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/jelmaan-wak-wak-hantui-penjebak-1.114848

FAUZEY_FX
23-12-2012, 05:58 PM
tidak pernah ku dengar burung wak2 ni..

mADaN
23-12-2012, 05:58 PM
burung cenderawasih cm ne lak?

balqis07
23-12-2012, 06:01 PM
pernah dengar aje sebelum ni.

mujhi
23-12-2012, 06:02 PM
pengalaman aku tengok pada tempat juga.. bukan burung..kalau tempat tu memang ada penghuni lain memang lah..

Megat Sri Rama
23-12-2012, 06:09 PM
karut.... senang cerita, kalau nak beli dengan dia, jangan jerat sendiri.

burung wak-wak ni banyak lagi kat area paya.

roslanab
23-12-2012, 06:09 PM
oh ini burung wak2 rupanya.
burung ni selalu lepas belakang rumah aku cari makan.
tapi aku tak layan sangat.

Faizudin
23-12-2012, 06:15 PM
macam tu rupa burung wak-wak.

orangseni
23-12-2012, 06:31 PM
pernah dengar xpernah tengok ...

zed82
23-12-2012, 06:31 PM
Dah lama x mkn daging ni..

estacoco
23-12-2012, 06:31 PM
dulu masa pakcik aku sihat selalu dia gi tangkap kat semak kampung. pastu bawak balik goreng. rasa ada la macam puyuh tapi isi kurang. baik makan puyuh laa

elan
23-12-2012, 06:36 PM
Masa aku kat kpg dulu selalu menjerat burung ni.... heheheh...

satriahitam
23-12-2012, 06:44 PM
Sedap daging burung nie... aku masa kecik2 suka jaring burung nie kat sawah kat kg aku dulu...

cheagil
23-12-2012, 06:48 PM
kucing wa selamba land jer wat balik umah selang sari..nak pupus dah wak2 ni kat umah aku..
sib baik wak2 lain ramai.:D.

4Qul
23-12-2012, 06:50 PM
kepercayaan mistik melayu....

mrlan09
23-12-2012, 06:52 PM
lagi sedap burong sintar

amieshoro
24-12-2012, 10:33 AM
pernah baca pasal burung nie dalam buku "bercakap dengan Jin"..

KLVIPER
24-12-2012, 10:52 AM
Masa saya kecil dulu banyak tangkap burung ni dengan menggunakan jaring yang di rentang di tengah petak paya yang kering berumput panjang. Dan juga meracik menggunakan denak macam tangkap ayam hutan tu. tak ada apa yang special pun pasal burung ni.

wak_handalan
24-12-2012, 10:57 AM
dah lame x makan daging wak2 ni..ms aku kecik2 selalu jgk la makan

AuraSuccess_88
24-12-2012, 10:58 AM
sedap burung nie..

AuraSuccess_88
24-12-2012, 10:59 AM
tidak pernah ku dengar burung wak2 ni..

ada bro..lau belah2 paya..bendang..dok ada lagi.. :)cgrock:)cgrock

mai tempat saya tengok2... :)cgrock:)cgrock

FAUZEY_FX
24-12-2012, 11:01 AM
ada bro..lau belah2 paya..bendang..dok ada lagi.. :)cgrock:)cgrock

mai tempat saya tengok2... :)cgrock:)cgrock

oh.. bro tinggal kt area bendang ka..

AuraSuccess_88
24-12-2012, 11:02 AM
oh.. bro tinggal kt area bendang ka..

tk de laha rea bendang tapi memang dekat ler..umah nenek saya... :)paid

farr1z
24-12-2012, 11:04 AM
kecik² dulu selalu dok lastik burung ni
makan pun sedapp

FAUZEY_FX
24-12-2012, 11:04 AM
tk de laha rea bendang tapi memang dekat ler..umah nenek saya... :)paid

oh i see.. :D:D

northbioasli
24-12-2012, 11:06 AM
karut.... senang cerita, kalau nak beli dengan dia, jangan jerat sendiri.

burung wak-wak ni banyak lagi kat area paya.

bersepah kat hutan lagi burung ni...bendang pun sama

ajipai
24-12-2012, 11:10 AM
dulu my father tangkap burung ni pakai pancing..kalo pancing ikan letak umpan dalam air,tp yg ni gantung je umpan..guna umpan belalang...pas dapat terus sembelih...masa paya belakang umah aku bapak aku wat bendang la...skang wat kelapa sawit...ada IBAB yg banyak...

ada satu kali tu,bapak aku tgh bersawah,nampak burung wak2 ni ngan anak2 dia...sekali bapak aku hambat,mak dia lari,tinggai anak dia...so,bela je la anak dia...makanan utama dia belalang...so,tiap2 malam masa belalang tgh tido bapak aku tangkap belalang kat daun keladi...

loleng
24-12-2012, 11:37 AM
burung wak2 ni burung keruak ka?

jamtulenmurah
24-12-2012, 11:41 AM
belakang rumah saya berlambak burung wak wak ni. tambah lepas hujan. Berkeliaran cari makan. :)

WakMedS
24-12-2012, 11:51 AM
tidak pernah ku dengar burung wak2 ni..

kalau kat kampong den panggil burung ayam-ayam .... :D

cipakuk
24-12-2012, 11:57 AM
sedap wooo wak2 ni...sama sedap cam burung punai...siyes..:)paid

den penah jugak dulu p tahan wak2 ni guna pukat n galah...masa tu kat kg temoyong langkawi..p dgn kawan org langkawi...tapi dapat tak berapa banyak malam tu...tiup pangge dia guna sejenih alat cam buluh pendek gitu..sayup2 ja....uuu wak wak..uuu wak wak...lebih kurang cenggitu la..:D...lama gak pangge,baru depa mai...huhu

cuma...kejadian aneh tu blum jumpa lagi la..#:-S

Don Malaya
24-12-2012, 12:01 PM
laaa ..korunk x tau ke burung nie??? sedap wehhh...

masih aku ingt lagi..lebih 15 tahun yg lalu...

aku dgn pakcik aku pergi menjaring burung wak2...bukan pki jerat...tapi JARING...lebih kurang macam nie..

http://2.bp.blogspot.com/_g-r7JlCAczw/TRmIO3ZRjSI/AAAAAAAAALU/wuRmrB4BfNs/s1600/jaring.jpg

panjangxlebar..lebih kurang 10mx5m

lepas tu..aku pki radio..pasang kaset burung..tunggu dalam 10~14minit...nanti dia dtg...hehehe

alhadullilah xde bende pelik2 berlaku....satu malam buleh tangkap lebih 30~40ekor..

total terbanyk pernah aku tangkap...199 ekor selama seminggu tiap2 malam....

aku sembelih...wat masak sambal..mmg sedap...dagingnye rangup..lebih kurang macam PUYUH..

skng ni dah x tangkap...sibuk sgt...tp mmg bnyk lagi burung nie kat tmpat aku.... :D

daging nye mmg kecik...mcm x berbaloi klu jual atau beli..baik tangkap sendiri ..makan sendiri...

jamtulenmurah
24-12-2012, 12:04 PM

haha.

Nostalgia.

Kat Perlis dulu tepi laut berlambak org memukat burung camni. :)paid:)cgrock

PS : Ni gambar kat perlis ke? Seberang ramai? Dulu ada sekarang dah takde. Sawah pun dorang tebus buat rumah. huhu

Don Malaya
24-12-2012, 12:05 PM
sedap wooo wak2 ni...sama sedap cam burung punai...siyes..:)paid

den penah jugak dulu p tahan wak2 ni guna pukat n galah...masa tu kat kg temoyong langkawi..p dgn kawan org langkawi...tapi dapat tak berapa banyak malam tu...tiup pangge dia guna sejenih alat cam buluh pendek gitu..sayup2 ja....uuu wak wak..uuu wak wak...lebih kurang cenggitu la..:D...lama gak pangge,baru depa mai...huhu

cuma...kejadian aneh tu blum jumpa lagi la..#:-S

pakcik aku ckp..klu salah tiup,,,bende lain yg dtg...huhuhuuuuu...:D

nazar
24-12-2012, 12:09 PM
daging wak2 ni memang sedap

Don Malaya
24-12-2012, 12:12 PM
haha.

Nostalgia.

Kat Perlis dulu tepi laut berlambak org memukat burung camni. :)paid:)cgrock

PS : Ni gambar kat perlis ke? Seberang ramai? Dulu ada sekarang dah takde. Sawah pun dorang tebus buat rumah. huhu

:)):))mmg nostalgia..dulu mane ade mase nak mainan bende2 mahal...zaman kecik2 dulu..main ape yg ade je...salah satu nye....tangkap burung wak2x...memancing..tangkap ayam hutan.. salah satu hobi hujung minggu... budak skng mane dtauuu...tau nye...main game kat CC...dota ..dota...dota...x abis2...ekekekek:)) :))

aku tak tau gmabar tu kat mane..aku amik kat google...aku nak tunjukkan jaring tu je...rasenye mcm kat sebelah utara...kawasan bendang padi...ehheheh :D :D

Bro_Izantie
24-12-2012, 12:14 PM
penipu la sanggup keluarkan beribu ringgit utk burung ni..
kalau burung denak paling tinggi rm300 org jual..

bambi1773
24-12-2012, 12:15 PM
pengalaman aku sendiri .. nk kata mitos tu tak tahu la pulak.. masa zaman sekolah rendah dulu.. ikut bebudak kampung menjaring burung wak2 ni kat area lembah. ..lebih kurang kul 6.50 ptg ,sekali panggil ngan seruling.. datang sekor jer tapi memang gebu burungnya..so angkut isi dalam guni..pastu tiup lg makin bnyk datang.. dapatlah dlm 10 ekor.. bila bw balik tgk guni mcm ada benda lain kat dalam.. pastu tuang guni dalam sangkar rotan..peeerghh...tu dia.. burungnya cuma ada 3 ekor jer yg lain hilang ..dapt ular warna perang 2 ekor..lepas peristiwa tu.. tobat aku tk berani nk ikut bebudak nie g menjaring..

Don Malaya
24-12-2012, 12:22 PM

ko salah tarik seruling nie...klu aku ...aku pki kaset je... :D

pastu ular tu ko buat ape??? kan ular tu masuk dlm sangkar...besar x ular nye???

mrfs1978
24-12-2012, 12:23 PM
daging wak2 nie sedap.....dah lama x makan.....

bart72
24-12-2012, 12:25 PM
baru lepas makan gulai burung wak2 gan yam2

fauzizul
24-12-2012, 12:26 PM
otai pokcik nim :)

cipakuk
24-12-2012, 12:28 PM
pakcik aku ckp..klu salah tiup,,,bende lain yg dtg...huhuhuuuuu...:D

haha..penah jugak dengaq org kata camtu...kawan den tu pun penah kena...sekali gerombalan wak2 terjah pukat dia sampai rebah,klu ikut anggaran ada kot dalam 500ekoq.....tapi bila tgk ada 5 ekoq ja..kecik2 plak tu...fuhhh..#:-S

maxbiz77
24-12-2012, 12:32 PM
dulu kecik2 pak aku selalu bawak balik burung wak wak nih. sodap wooo!

brozul
24-12-2012, 12:49 PM
pernah join menangkap burung wak2 lewat malam...

jaring panjang... pasang kaset...

fuh...

khairuls
24-12-2012, 01:41 PM
oo..dah jadi spesis terkawal ke skrg ni? tak tau lak aku...

bambi1773
24-12-2012, 01:52 PM
ko salah tarik seruling nie...klu aku ...aku pki kaset je... :D

pastu ular tu ko buat ape??? kan ular tu masuk dlm sangkar...besar x ular nye???

masa dulu mana belajar lg pakai kaset nie..otak tk pick up lg.. ularnya hanya besar ibu jari kaki jer.. tapi aku memang geli ular nie..

pastu lepas jer semuanya..lantak la burung ngan ular tu ..pandai2 keluar sendiri.. aku cabut terus la..

Don Malaya
24-12-2012, 02:00 PM

:)):)) patot laa...x besar pon ular nye...nie angkara setan jugak nie..maklum laa ...mmg kawasan dia...yg penting ko selamat...:D

azrulazman
24-12-2012, 02:02 PM
tempat aku byk. tapi susah nak tangkap burung ni

hannuz1010
24-12-2012, 02:03 PM
Sedap ni mkn gulai wakwak..susah nak jmpa kat kg..kat shah alam seng2 je

haki
24-12-2012, 02:04 PM
karut.... senang cerita, kalau nak beli dengan dia, jangan jerat sendiri.

burung wak-wak ni banyak lagi kat area paya.

burung wak2 dok kt bendang.....:D

tp mmg ade khasiat die burung ni....n dh xbanyak berbanding dulu...

skYnEt-gEnIUs
24-12-2012, 02:05 PM
bersepah kat paya burung wak2 nih...

http://carigold.com/portal/forums/images/ranks/cgelite.gifhttp://carigold.com/portal/forums/images/ranks/cgs.gifhttp://carigold.com/portal/forums/images/ranks/cm2.gifhttp://carigold.com/portal/forums/images/ranks/cgls_1.gifhttp://carigold.com/portal/forums/images/ranks/cgelite.gif

driftking
24-12-2012, 02:10 PM
alah...atok aku sekali tangkap beratus ekor dapat..raya je buat rendang ...

GreenDay
24-12-2012, 02:36 PM
Antara Cara2 Tangkapan...
Nyapong Dan Jerat Kolo...:D:)paid

copy left
24-12-2012, 02:50 PM
http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.114850.1356234058!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_400/image.jpg
Burung wak-wak ini dipercayai boleh menyembuhkan pelbagai penyakit.

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.114849.1356234007!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_400/image.jpg

Burung wak-wak ataupun nama saintifiknya Amaurornis phoenicurus mempunyai banyak kisah misteri dalam kalangan penjebak atau penangkap burung.

Burung yang dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 itu dipercayai mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

Sehubungan itu, ada dalam kalangan mereka yang sanggup mengeluarkan ribuan ringgit semata-mata untuk mendapatkan seekor burung berkenaan.

Namun, menangkap burung itu bukan perkara mudah selain kemungkinan berhadapan dengan jelmaan wak-wak yang amat menyeramkan.

Ramli Dahawang, 65, ataupun lebih dikenali sebagai Pak Da ialah antara penjebak yang aktif pada awal tahun 70-an dan 80-an.

Walaupun telah ‘cuci tangan’ dalam aktiviti menjebak wak-wak ini, Pak Da tidak lokek untuk berkongsi pengalamannya menjebak wak-wak sejak umurnya berusia 15 tahun lagi.

Anak kelahiran Kampung Charuk Bemban Mukim Kupang, Baling, Kedah ini tidak menafikan banyak kisah misteri di sebalik keghairahan menangkap spesies yang kian terancam ini.

Menceritakan pengalamannya, Pak Da pernah bersama beberapa rakannya pernah terserempak dengan seekor wak-wak yang bersaiz luar biasa pada awal tahun 80-an.

Menurutnya, kehadiran burung itu disertai angin yang kuat selain gegaran kuat pada jaring yang digunakan untuk menangkap burung wak-wak itu.

“Ketika itu, saya dan rakan kuatkan semangat pergi ke arah jaring. Ternyata jaring kami koyak akibat dirempuh oleh sesuatu yang besar. Tapi, tiada apa yang melekat di jaring itu.

“Itulah pengalaman yang bukan sahaja berlaku kepada saya malah mungkin kepada mereka yang pernah menjadi pemburu wak-wak ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Jelmaan burung indera kayangan

Pak Da berkata, penjebak lama sering mengaitkan jelmaan burung itu merupakan burung indera kayangan yang sukar dilihat manusia.

Menurutnya, burung indera kayangan itu hanya berada di kawasan tinggi ataupun pergunungan, mereka yang bernasib baik sahaja kemungkinan boleh melihat burung ini.

“Ini adalah cerita orang lama-lama, ketika itu, saya pun masih kecil. Kemungkinan ia hanyalah mitos semata-mata. Tetapi, pengalaman berdepan dengan jelmaan wak-wak adalah benar. Kebanyakan penjebak pasti merasai pengalaman ini,” katanya.

Bapa kepada tujuh anak ini berkata, terdapat pelbagai jenis teknik menangkap burung wak-wak yang berubah mengikut perubahan masa.

Menurutnya, ketika awal tahun 70-an, pemburu wak-wak menggunakan seruling atau dipanggil pipit untuk menangkap burung ini.

Kemudian, barulah datangnya denak ataupun dipanggil burung pemikat bagi menarik perhatian wak-wak masuk ke dalam jebak (perangkap).

Kini, ada yang hanya menggunakan radio ataupun perakam suara untuk menangkap burung ini. Namun begitu, aktiviti menjebak semakin berkurangan disebabkan faktor penguatkuasaan undang-undang selain perubahan zaman.

Pak Da berkata, terdapat juga beberapa teknik yang jarang digunakan oleh penjebak antaranya jerat bidas atau menggunakan pancing.

“Kedua-dua kaedah ini akan menyeksa burung ini malah, boleh membunuh sekiranya penjebak lambat melepaskan burung yang terperangkap. Disebabkan itu, kebanyakan kaedah ini tidak digunakan,” katanya.

Pak Da yang cukup bersemangat menceritakan pengalaman itu turut berkongsi cara membesarkan denak iaitu anak burung wak-wak untuk dijadikan burung pemikat.

Katanya, membesarkan denak bukan perkara yang mudah kerana denak tidak akan mengeluarkan suara memikat sekiranya tidak dibesarkan dengan sempurna.

Denak sebagai burung pemikat

Pak Da berkata, untuk memastikan denak itu jinak sehingga boleh dijadikan burung pemikat, denak perlu dibiarkan bercampur dengan anak ayam agar mereka dapat berkawan.

“Denak tidak makan dedak ayam, tetapi bila denak melihat ayam memakan dedak, secara langsung, denak akan terikut-ikut seterusnya akan memudahkan proses penjagaan.

“Penjagaan yang baik boleh menjinakkan denak. Justeru, denak akan bersuara semasa diletakkan di dalam jebak seterusnya boleh dijadikan burung pemikat. Kegagalan menjinakkan denak akan mengakibatkan denak menjadi liar. Keadaan ini akan menakutkan burung lain, bukannya untuk memikat,” katanya.

Antara faktor keghairahan penjebak memburu burung wak-wak adalah kerana burung ini dipercayai mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

Burung ini akan dijadikan minyak sebelum dibekalkan kepada pengamal perubatan tradisional atau untuk diri sendiri.

Disebabkan itu, ada yang sanggup mengeluarkan ribuan ringgit semata-mata untuk mendapatkan seekor burung ini.

Namun, tiada kajian saintifik yang mengatakan minyak burung wak-wak ini mempunyai khasiat tertentu kepada masyarakat.

Pak Da menambah, menjebak boleh dijadikan hobi pada masa lapang demi memastikan aktiviti menjebak ini dapat terus disampaikan kepada generasi yang akan datang.

sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/jelmaan-wak-wak-hantui-penjebak-1.114848

ape punye penulis buat citer tahyul.
'Sehubungan itu, ada dalam kalangan mereka yang sanggup mengeluarkan ribuan ringgit semata-mata untuk mendapatkan seekor burung berkenaan'.
mase aku budak2 dulu senang jerk nak jerat burung wak2 nih xde plak jumpe hantu ke ape ke.:eek:

husinlempoyang
24-12-2012, 02:53 PM
kalau kat kampung aku - klate/tranung - burung ni namanya burung 'ruok' (ada sabdu pada hurup 's')...

kalau 'wak' ni, sorang jer yg aku kenal - WAK LAN.. :)) :))

Uzyr R
24-12-2012, 04:09 PM
masa kecik2 dulu banyak kali jugak dpt burung ni..guna perangkap biasa2 je..

e.k.
24-12-2012, 04:33 PM
burung wak2 ni burung keruak ka?

betul le tu...keruok..kalo org jawa panggil aktiviti tangkap burung ni de'kut pakai seruling buluh dan jaring cacak pakai galah (ukuran dalam 10-20 meter)...bukan semua org dibenarkan utk tiup panggil burung.. hanya yg tahu tiup je dibenarkan..

sedap gak daging burng ni....goreng / masak kari pun sodap

sembelih pas tu buang bulu dia dgn siat kulit kalo buang mcm buang bulu ayam jenuh le nak siap..

kalo tangkap sekor je mmg tak de apa2..

kalo aktiviti ni di buat dekat sebelah hutan dan belah malam...mmg ada dengar citer ada burung besar lalu koyak jaring...semua cabut balik umah

kalo musim sekali bawak palik dekat dua tiga guni...pas tu tong tong la..

bebudak jaman sekarang mana ada ikut aktiviti cam ni...pegang PS2 Ps3 tau le..

oimates
24-12-2012, 05:51 PM
bapak aku dulu selalu tangkap burung ni...goreng pun sedap...lebih kurang macam burung puyuh je...

mrlan09
24-12-2012, 06:02 PM
pernah juga dulu malam-malam ajuk burok wak2 ni,..tangkap pakai jaring,..tak pernah pula alami perkara2 pelik,..tapi kalu kena hambat dgn pegawai mergastua adalah :)):))..

KLVIPER
24-12-2012, 06:06 PM
Orang temeloh pangil burung ku- war. Bela dari anak buat denak.

DAN-kelisa
24-12-2012, 06:32 PM
Saper yg pernah baca buku cerita hantu Bercakap Dengan Jin,tulisan Tamar Jalis,dlm buku ni selalu diceritakan ttg burung Wak Wak,tp aku tak tau lah yer ke tidak...... :D

Luqmanul Hakim
26-12-2012, 02:17 AM
Masa saya kecil-kecil dulu, dua orang bapa saudara saya cukup obses dengan wak-wak nie...

Luqmanul Hakim @ CariGold.com

kopiais
26-12-2012, 02:23 AM
xpenah dgr burung wak2 ni..kalo Wak Lan tu pernah la dgr..hehe

Don Malaya
26-12-2012, 02:26 AM
Masa saya kecil-kecil dulu, dua orang bapa saudara saya cukup obses dengan wak-wak nie...

Luqmanul Hakim @ CariGold.com

berikan sebab2x pakcik anda obses :D kene kacau ke?

anakmalaya
26-12-2012, 02:27 AM
kalo duduk kawasan sawah padi masa nak tuai padi mesti burung ni banyak.. masa tu la nak jaring burung ni.. yang penting jangan tamak nanti ade yang demam seminggu..

balqis07
26-12-2012, 09:25 PM
mungkin burung wak2 ini ada penunggunya...memandangkan nak tangkap pun pada waktu malam, sebab tulah kalau tak kena gaya boleh demam di buatnya.

adar
26-12-2012, 09:27 PM
sedap oo rasa burung wak2 ni. masa duduk jengka dulu selalu la makan.

adar
26-12-2012, 09:31 PM
baru2 ni masuk pulau meranti dekat puchong, g kandang kambing. masa lalu waktu2 petang dekat dgn marghrib, banyak gila tgk burung ni melepak. rasa geram je.

kni
26-12-2012, 09:58 PM
burung wak2 ni byk kat kawasan sawah... badan hitam dada putih...

dulu pun org tua2 cerita burung ni ada gembalanya... taktau la betul atau tidak...

kni
26-12-2012, 10:04 PM
Saper yg pernah baca buku cerita hantu Bercakap Dengan Jin,tulisan Tamar Jalis,dlm buku ni selalu diceritakan ttg burung Wak Wak,tp aku tak tau lah yer ke tidak...... :D
betul bro... tamar jalis ada citer pasal wak2...

1 lagi burung yg diceritakan dlm siri tamar jalis tu "burung belibis."

Ahmad Pintu8_8
26-12-2012, 10:07 PM
Dulu masa sekolah , selalu dgn arwah abang pergi tangkap burung ni, start malam la dalam pkul 12 sampai pukul 3..nak kata seram tu tiadala..biasa2 je...:">

pernah sekali burung hantu pun sangkut da..:p

orange76
27-12-2012, 04:03 AM
banyak kat depan umah...jinak2 pulak