PDA

View Full Version : Jangan kau ucap Selamat Hari natal / Merry Christmas

miecs
19-12-2012, 01:48 AM
Muslim : bagaimana Hari Christmas kamu ?

Christian : baik, kenapa kau tidak mengucapkan Selamat Hari Christmas padaku?

Muslim : tidak, agama kami menghargai toleransi antara agama, termasuk agamamu, tapi masalah ini, agama saya melarangnya...

Christian : tapi kenapa, bukankah hanya sekadar kata-kata? Teman muslimku yg lain, mengucapkan nya kepada aku ?

Muslim : mungkin mereka belum mengetahuinya... David, kau boleh mengucapkan dua kalimat syahadat, dalam bahasa melayu pun tak mengapa ?

Christian : oh tidak, saya tidak boleh mengucapkannya...Itu akan mengganggu kepercayaan saya selama ini...

Muslim : kenapa? Bukankah hanya kata-kata? Ayuh, ucapkanlah ;)...

Christian : sekarang........., saya mengerti.. ;)

Jadi Haram Hukumnya Mengucapkan Selamat Natal/Hari Christmas & Tahun Baru krn ada dalam Hadist Nabi:
"Barang Siapa yg Meniru, Mengucapkan Selamat kepada Agama Lain Bererti ia Telah Kafir & Neraka Janahamlah Tempatnya" (HR.Bukhari Muslim) Menghuraikan bahawa orang islam tidak boleh meniru perbuatan yang bertentangan dengan Islam oleh kaum bukan muslim.

Silakan KONGSIKAN jika bermanfaat...

-non Islam maaf ya jika terasa hati... peace :)

Kat sini ada soal jawab mengenai isu UCAP MERRY CHRISTMAS kepada non muslim yang telah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus. Yang ni jawapan-jawapan yang telah dikumpulkan untuk dibuat satu entri lengkap supaya semua dapat baca terus semua. Semoga bermanfaat untuk semua. (diambil dari FB Kami Peminat Ustaz Azhar Idrus)

Soalan 1 : Ramai sangat ke Kristian kat Malaysia ni? setahu saya ada 9.1% je Kristian. tapi kenapa ramai yang sungguh-sungguh tanya pasal Christmas ni? seolah-olah Kristian yang ada kat Malaysia ni bukan 9.1%, tapi 91.0% pulak (Jawab) Ustaz Azhar Idrus ( Original ) tu la…tak sibuk nak ucap yang Nabi saw suruh ucap…doa dan zikir banyak lagi yang tak reti..

Soalan 2 : Betul dok ni? ..Jangan Ucap Merry christmas!! . Christmas adalah hari untuk orang kristian. Dan menurut kristian apabila anda mengucap “Merry Christmas” anda secara tidak sengaja mengaku Allah mempuyai anak. (Jawab) Ustaz Azhar Idrus ( Original ) dah larang sokmo tapi jenis melayu ni degil..

Soalan 3 : Apa hukum kalau pergi ke rumah orang yang buat jamuan sempena majlis perayaan krismas? (Jawab) Ustaz Azhar Idrus ( Original ) harus cuma jangan buat amalan-amalan berkait agama mereka.

Soalan 4 : (1) Apa hukum seseorang mengucapkan selamat hari krismas pada rakan-rakan yg menyambutnya? (2) Sekiranya, rakan-rakan (daripada Sabah Sarawak) membuat majlis sambutan krismas bersama sedikiit jamuan makan, boleh ke kita turut serta dlm jamuan tersebut? (Jawab) Ustaz Azhar Idrus ( Original ) 1. ucap tahniah sahaja. Jangan ucap merry atau selamat. 2. boleh jika rakan kerja atau jiran sebelah. Jangan ucap atau buat apa-apa yang berkait dengan agama mereka, sekadar hadir menjamah jamuan yang halal sahaja.

Soalan 5 : Mengucapkan merry christmas kepada non muslim.. jatuh haram ke? ..orang non muslim ni dah tau dah kita x leh ucapkan merry xmas.. so diaorg pun x ucapla selamat hari raya…jadi mana keharmonian kat situ? .. Nabi sendiri pun bile didatangi tetamu/raja non muslim.. baginda layan elok2.. (Jawab) Ustaz Azhar Idrus ( Original ) bolih ucap dgn lafaz ..tahniah sahaja..jgn ucapkan dgn lafaz salam.. kalau kafir tak mau ucap selamat hari raya tak jadi msalah dan bukan tanda tak harmoni kalau kafir tak ucap selamat hari raya… zaman Rasulullah saw masih hidup pun kafir2 tak ucap selamat hari raya.. harmoni bukan dengan saling ucap selamat hari raya.. harmoni ialah dengan ditegakkan hukum dan perintah agama di mana saja kita berada..

Soalan 6 : Perayaan2 etnik terbesar diMalaysia seperti krismas, deepavali, raya cino dll….Setakat mana umat Islam dapat merayaknnya? (Jawab) Ustaz Azhar Idrus ( Original ) harus hadir ke rumah kafir pada hari-hari raya mereka dengan tidak membuat amalan agama mereka atau ucapan agama mereka.

Soalan 7 : Ape hukum seseorang Islam menyambut perayaan orang agama lain macam contoh Krismas or Tahun Baru Cina? (Jawab) Ustaz Azhar Idrus ( Original ) tak bolih sambut..yg bolih ialah ziarah rumah jiran yg kafir pd hari raya mereka sahaja..

Soalan 8 : Rumah terbuka sempena christmas.. (Jawab) Ustaz Azhar Idrus ( Original ) sunat orang islam tidak berpakaian cantik pd hari2 raya kafir kerana menunjukkan tidak meraikan perayaan kafir yg batil dari Kitab Bahrulmmazi.

http://www.anakulucheka.com/hukum-ustaz-azhar-idrus-menjawab-mengenai-ucap-merry-christmas/

jemi3886
19-12-2012, 02:00 AM
terbaek.... gud info tt

“Barang siapa mencari agama selain dari agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) dari padanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”. [Ali Imrân/3 : 85].

kopirait
19-12-2012, 02:03 AM
TQ for the info.
Baru tahu.

putrazan
19-12-2012, 04:40 AM
yg selalu diperkatan pada hari natal, tapi tidak pada CNY,Deepavali,Gawai dan sebagainya.. selalu perhatikan situasi begini...

airaura88
19-12-2012, 05:25 AM
thanks for sharing...

miecs
19-12-2012, 05:28 AM
yg selalu diperkatan pada hari natal, tapi tidak pada CNY,Deepavali,Gawai dan sebagainya.. selalu perhatikan situasi begini...

sebab maksud merry christmas tu sendiri kalu xsilap selamat menyambut hari kelahiran jesus...

kalu salah tolong betulkan...ingat2 lupa dah maksudnya.

Lancelot
19-12-2012, 05:51 AM
owh baru tahu .. thanks :)

NB7879
19-12-2012, 06:01 AM
betul dah tu...krismas adalah perayaan agama...

CNY adalah budaya..begitu juga dgn hari raya puasa (1 hari) dan hari raya haji (3 hari)..wesak day pun haram kita beri ucapan..

H-S
19-12-2012, 06:53 AM
"Barang Siapa yg Meniru, Mengucapkan Selamat kepada Agama Lain Bererti ia Telah Kafir & Neraka Janahamlah Tempatnya" (HR.Bukhari Muslim)

hadis ni mcm xpernah dgr...

bukan setakat bg ucapan je.. datang rumah terbuka @ jamuan dah di kira meraikan..

syukranjz
19-12-2012, 07:04 AM
good info..

jahnemo
19-12-2012, 11:25 AM
Roger tt,thnks for d info

zakiyudin78
19-12-2012, 08:21 PM
ramai islam murtad tanpa sedar sekarang ni..sebab amalan sebegini.
Jauhkan diri anda....

kapandikapan
19-12-2012, 08:27 PM
Hadis yang tadi tu macam tak pernah dengar pulak TT..

Tapi kalau hadis ni ada la...

“Barangsiapa menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk golongan mereka.” (HR. Abu Dawud)

orangkuatumno
19-12-2012, 08:28 PM
Kat sekolah dulu xde pun ustaz ajar! Ke aku tidoq masa belajar dulu? Sekarang pun xde jakim ke jawi ke rumi ke yg beritahu, yg dok heboh hanya hari kekasih! TT boleh tak jumpa jamil khir, cakap ngan dia supaya perkara ni semua orang tau, dimulakan dari tadika lagi. Kalau boleh jadikan mata pelajaran wajib dlm upsr, pmr, spm, stpm & muet! Jgn tidak tidak tau! Kalau boleh sok pagi pagi pi putrajaya, jumpa jamil dan habaq bende ni no! Ingat tanggungjawab akidah rakyat islam malaysia terletak di bahu TT mulai sekarang. Tak pasal pasal kang nanti, kita sama sama kena tanggung dosa lak. Terima kasih:D

Yusri Muda
20-12-2012, 04:45 AM
ucap krismas jadi kristian
ucap deepavali jadi hindu
ucap sawadikap jadi buddha

tolong sesiapa bagi aku pencerahan kenpa jadi macam tu ?

jemi3886
20-12-2012, 11:04 AM
ucap krismas jadi kristian
ucap deepavali jadi hindu
ucap sawadikap jadi buddha

tolong sesiapa bagi aku pencerahan kenpa jadi macam tu ?

Barangsiapa menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk golongan mereka.” (HR. Abu Dawud)"

zulutravel
20-12-2012, 11:14 AM
Barangsiapa menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk golongan mereka.” (HR. Abu Dawud)"

avatar dan nickname engkau pon menyerupai kaum lain..

hehe gurau je bro :)

jemi3886
20-12-2012, 11:18 AM
avatar dan nickname engkau pon menyerupai kaum lain..

hehe gurau je bro :)

hehehe..xdak hal bro. 3886 tu no umh aku ngn plet kete aku. jemi tu nme aku la jemi...ekekekeke. avatar tu bese r, gambo je... :))

zulutravel
20-12-2012, 11:23 AM
hehehe..xdak hal bro. 3886 tu no umh aku ngn plet kete aku. jemi tu nme aku la jemi...ekekekeke. avatar tu bese r, gambo je... :))

jemi?? zaimi kot.. x amareka la kalau panggil zaimi, kan? gurau je bro hehe..

ye, gambo jer.. kaum lanun suka pakai lambang tengkorak nih.. xpe, gambar je.. letak lambang salib pon xpe, gambo je

jemi3886
20-12-2012, 11:28 AM
jemi?? zaimi kot.. x amareka la kalau panggil zaimi, kan? gurau je bro hehe..

ye, gambo jer.. kaum lanun suka pakai lambang tengkorak nih.. xpe, gambar je.. letak lambang salib pon xpe, gambo je

hehehehe..apa2 jela tuan zulutravel..

komen la pd topic skit, jgn offtopic sgt.

Yusri Muda
20-12-2012, 04:47 PM
Barangsiapa menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk golongan mereka.” (HR. Abu Dawud)"

apa relevan ucapan dengan menyerupai:o

jemi3886
20-12-2012, 04:57 PM
apa relevan ucapan dengan menyerupai:o

erk... payoh jugak nk jawab ni.

org kristian - org kristian : selamat ari natal
org islam - org kristian : selamat ari natal

dimana relevan dan xrelevan antara 2 kt ats tu?

Yusri Muda
20-12-2012, 05:00 PM
erk... payoh jugak nk jawab ni.

org kristian - org kristian : selamat ari natal
org islam - org kristian : selamat ari natal

dimana relevan dan xrelevan antara 2 kt ats tu?

masih tak relevan contoh yang kau bagi tu
apa relevan ucapan dengan jadi golongan tu:-?

muzica
20-12-2012, 05:15 PM
Kat sini ada soal jawab mengenai isu UCAP MERRY CHRISTMAS kepada non muslim yang telah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus. Yang ni jawapan-jawapan yang telah dikumpulkan untuk dibuat satu entri lengkap supaya semua dapat baca terus semua. Semoga bermanfaat untuk semua. (diambil dari FB Kami Peminat Ustaz Azhar Idrus)

Soalan 1 : Ramai sangat ke Kristian kat Malaysia ni? setahu saya ada 9.1% je Kristian. tapi kenapa ramai yang sungguh-sungguh tanya pasal Christmas ni? seolah-olah Kristian yang ada kat Malaysia ni bukan 9.1%, tapi 91.0% pulak (Jawab) Ustaz Azhar Idrus ( Original ) tu la…tak sibuk nak ucap yang Nabi saw suruh ucap…doa dan zikir banyak lagi yang tak reti..

Soalan 2 : Betul dok ni? ..Jangan Ucap Merry christmas!! . Christmas adalah hari untuk orang kristian. Dan menurut kristian apabila anda mengucap “Merry Christmas” anda secara tidak sengaja mengaku Allah mempuyai anak. (Jawab) Ustaz Azhar Idrus ( Original ) dah larang sokmo tapi jenis melayu ni degil..

Soalan 3 : Apa hukum kalau pergi ke rumah orang yang buat jamuan sempena majlis perayaan krismas? (Jawab) Ustaz Azhar Idrus ( Original ) harus cuma jangan buat amalan-amalan berkait agama mereka.

Soalan 4 : (1) Apa hukum seseorang mengucapkan selamat hari krismas pada rakan-rakan yg menyambutnya? (2) Sekiranya, rakan-rakan (daripada Sabah Sarawak) membuat majlis sambutan krismas bersama sedikiit jamuan makan, boleh ke kita turut serta dlm jamuan tersebut? (Jawab) Ustaz Azhar Idrus ( Original ) 1. ucap tahniah sahaja. Jangan ucap merry atau selamat. 2. boleh jika rakan kerja atau jiran sebelah. Jangan ucap atau buat apa-apa yang berkait dengan agama mereka, sekadar hadir menjamah jamuan yang halal sahaja.

Soalan 5 : Mengucapkan merry christmas kepada non muslim.. jatuh haram ke? ..orang non muslim ni dah tau dah kita x leh ucapkan merry xmas.. so diaorg pun x ucapla selamat hari raya…jadi mana keharmonian kat situ? .. Nabi sendiri pun bile didatangi tetamu/raja non muslim.. baginda layan elok2.. (Jawab) Ustaz Azhar Idrus ( Original ) bolih ucap dgn lafaz ..tahniah sahaja..jgn ucapkan dgn lafaz salam.. kalau kafir tak mau ucap selamat hari raya tak jadi msalah dan bukan tanda tak harmoni kalau kafir tak ucap selamat hari raya… zaman Rasulullah saw masih hidup pun kafir2 tak ucap selamat hari raya.. harmoni bukan dengan saling ucap selamat hari raya.. harmoni ialah dengan ditegakkan hukum dan perintah agama di mana saja kita berada..

Soalan 6 : Perayaan2 etnik terbesar diMalaysia seperti krismas, deepavali, raya cino dll….Setakat mana umat Islam dapat merayaknnya? (Jawab) Ustaz Azhar Idrus ( Original ) harus hadir ke rumah kafir pada hari-hari raya mereka dengan tidak membuat amalan agama mereka atau ucapan agama mereka.

Soalan 7 : Ape hukum seseorang Islam menyambut perayaan orang agama lain macam contoh Krismas or Tahun Baru Cina? (Jawab) Ustaz Azhar Idrus ( Original ) tak bolih sambut..yg bolih ialah ziarah rumah jiran yg kafir pd hari raya mereka sahaja..

Soalan 8 : Rumah terbuka sempena christmas.. (Jawab) Ustaz Azhar Idrus ( Original ) sunat orang islam tidak berpakaian cantik pd hari2 raya kafir kerana menunjukkan tidak meraikan perayaan kafir yg batil dari Kitab Bahrulmmazi.

http://www.anakulucheka.com/hukum-ustaz-azhar-idrus-menjawab-mengenai-ucap-merry-christmas/

my-elance
20-12-2012, 05:17 PM
tak boleh ye

muzica
20-12-2012, 05:26 PM
masih tak relevan contoh yang kau bagi tu
apa relevan ucapan dengan jadi golongan tu:-?

jawapankat atas tu relevan tak tuan?:cool:

muzica
20-12-2012, 05:28 PM
ucap krismas jadi kristian
ucap deepavali jadi hindu
ucap sawadikap jadi buddha

tolong sesiapa bagi aku pencerahan kenpa jadi macam tu ?

kena paham dulu maksud perkataan sebelum kita berkata2
jgn hembus je:)

Yusri Muda
21-12-2012, 05:23 AM
jawapankat atas tu relevan tak tuan?:cool:

apa yg relevannya:-?

ikhmal_ok
21-12-2012, 05:50 AM
Mana boleh ucap selamat kepada hari (agama) yang tidak diiktiraf oleh Allah. Allah hanya iktiraf Islam sebagai agamanya !

farr1z
21-12-2012, 05:57 AM
betul²
tiada istilah selamat bagi orang² kafir

Yusri Muda
21-12-2012, 06:00 AM
Mana boleh ucap selamat kepada hari (agama) yang tidak diiktiraf oleh Allah. Allah hanya iktiraf Islam sebagai agamanya !

habis tuhan mana yg buat manusia agama lain tu:p
kau jadi islam baru ni je ke, atau lahir-lahir je dah jadi islam ?

ikhmal_ok
21-12-2012, 06:40 AM
habis tuhan mana yg buat manusia agama lain tu:p
kau jadi islam baru ni je ke, atau lahir-lahir je dah jadi islam ?

Agama lain adalah agama ciptaan manusia ! agama yang menjadikan patung2 sebagai sembahan (perantaraan).

Yusri Muda
21-12-2012, 06:41 AM
Agama lain adalah agama ciptaan manusia ! agama yang menjadikan patung2 sebagai sembahan (perantaraan).

boleh bagi bukti ? jadi tuhan lain lah yang cipta dorang ye ?

ikhmal_ok
21-12-2012, 06:45 AM

Hanya Islam yang tidak menjadikan patung2 sebagai idolanya, contoh kristian dengan patung jesusnya, hindu dengan patung khrishnanya, buddha dengan patung budhism gautama nya, sikh dengan patung sikhnya. Sila lihat di kuil2 utama mereka !

itu je kau boleh cakap , soalan aku lagi satu , tuhan lain ke cipta dorang tu ?

ikhmal_ok
21-12-2012, 06:47 AM
itu je kau boleh cakap , soalan aku lagi satu , tuhan lain ke cipta dorang tu ?

Firman Allah SWT maksudnya : “Sesungguhnya agama yang diredhai Allah ialah islam….” (al-‘imran :19)

ikhmal_ok
21-12-2012, 06:49 AM
Firman Allah SWT maksudnya : “Sesungguhnya agama yang diredhai Allah ialah islam….” (al-‘imran :19)

Sesiapa yang memilih selain dari agama Islam maka mereka adalah sesat.

Yusri Muda
21-12-2012, 06:51 AM
Firman Allah SWT maksudnya : “Sesungguhnya agama yang diredhai Allah ialah islam….” (al-‘imran :19)

tu psl kau guna kitab org islam , kau pernah baca atau study kitab agama lain tak:))

soalan aku masih tak berjawab, tuhan lain ke cipta manusia beragama lain tu ?

ikhmal_ok
21-12-2012, 06:55 AM
tu psl kau guna kitab org islam , kau pernah baca atau study kitab agama lain tak:))

soalan aku masih tak berjawab, tuhan lain ke cipta manusia beragama lain tu ?

Kalau kau tidak mengiktiraf kitab orang islam (al quran) bermakna kau telah murtad ! jika kau dahulunya orang islam, jais tengah giat menjalankan tangkapan terhadap individu2 yang didapati murtad.

Yusri Muda
21-12-2012, 06:58 AM
Kalau kau tidak mengiktiraf kitab orang islam (al quran) bermakna kau telah murtad ! jika kau dahulunya orang islam, jais tengah giat menjalankan tangkapan terhadap individu2 yang didapati murtad.

pusing cerita lak kau ni:))
aku tanya kau pernah baca tak kitab lain tak , jgn jumud sangat dan suka menghukum je

baca dan nilaikan baru buat keputusan , soalan aku tuhan lain ke cipta orang bukan islam tu masih tak terjawab:)

ikhmal_ok
21-12-2012, 07:05 AM

Allah yang menciptakan orang2 kafir dan Allah jualah yang menciptakan syaitan dan Iblis. Dan Allah jualah yang melaknat mereka !

Yusri Muda
21-12-2012, 07:06 AM
Allah yang menciptakan orang2 kafir dan Allah jualah yang menciptakan syaitan dan Iblis. Dan Allah jualah yang melaknat mereka !

oooo:o:-?

camane lak dgn ayat ni:">

"Dan jika Allah menghendaki, tentulah Ia men"jadikan mereka satu umat (yang bersatu dalam agama Allah yang satu); akan tetapi Allah (tidak merancang yang demikian)"

boleh komen:D

ikhmal_ok
21-12-2012, 07:07 AM

lebih elok kalau debat face to face, saya boleh beri penerangan.:)

sharemalaysia
21-12-2012, 07:08 AM
pusing cerita lak kau ni:))
aku tanya kau pernah baca tak kitab lain tak , jgn jumud sangat dan suka menghukum je

baca dan nilaikan baru buat keputusan , soalan aku tuhan lain ke cipta orang bukan islam tu masih tak terjawab:)

Soalan ni agak tak berapa agno sebenarnya, sepatutnya boleh dijawab laju2.. beri pendapat pun jadilah.. :)

Yusri Muda
21-12-2012, 07:09 AM
lebih elok kalau debat face to face, saya boleh beri penerangan.:)

so buat apa ada internet ni:p
kalau kau boleh bagi jawapan kat sini , sama je kalau kita face to face pun:))

kalau muka kau mcm nora danish sanggup gak aku dtg jauh2 jmpa kau:eek:

Yusri Muda
21-12-2012, 07:10 AM
Soalan ni agak tak berapa agno sebenarnya, sepatutnya boleh dijawab laju2.. beri pendapat pun jadilah.. :)

aku tanya , pastu mamat ni terus defensif dn main ugut2 lak:))
tak tau apa yg nk disorokkan:D

ikhmal_ok
21-12-2012, 07:10 AM
so buat apa ada internet ni:p
kalau kau boleh bagi jawapan kat sini , sama je kalau kita face to face pun:))

kalau muka kau mcm nora danish sanggup gak aku dtg jauh2 jmpa kau:eek:

ko takda telo memey lar:) (memang lar)

Yusri Muda
21-12-2012, 07:12 AM
ko takda telo memey lar:) (memang lar)

mencarut pulak:))
sib baik aku tak gi jmpa aku , akhlak pun tak elok:))
lagi nak cerita psl al quran ke , tp jais tak tngkap org kurang ajar mcm kau:D

Yusri Muda
21-12-2012, 08:24 AM
ustat mencarut yang memalukan agama islam
dah kalah berbincang , mencarut pulak
ikut hadis mana ntah

Abdillah0812
24-12-2012, 11:41 AM
oooo:o:-?

camane lak dgn ayat ni:">

"Dan jika Allah menghendaki, tentulah Ia men"jadikan mereka satu umat (yang bersatu dalam agama Allah yang satu); akan tetapi Allah (tidak merancang yang demikian)"

boleh komen:D

Allah SWT adalah pencipta sekalian Alam. Dan Allah tidak pernah berhenti untk mncipta. Kita hambanya tidak boleh mempertikaikn kekuasaanNya sebagai al-Khaliq dan kepelbagaian umat itu menunjukkan betapa besarnya kuasa Ilahi. Itu semua adalah urusan dan rahsiaNya, & sebagai hamba, otak kita mempunyai batasn utk terus lanjut memikirkannya.

rimau_belang
24-12-2012, 11:55 AM
tq TT baru tahu

hurairah01
24-12-2012, 12:05 PM
Allah SWT adalah pencipta sekalian Alam. Dan Allah tidak pernah berhenti untk mncipta. Kita hambanya tidak boleh mempertikaikn kekuasaanNya sebagai al-Khaliq dan kepelbagaian umat itu menunjukkan betapa besarnya kuasa Ilahi. Itu semua adalah urusan dan rahsiaNya, & sebagai hamba, otak kita mempunyai batasn utk terus lanjut memikirkannya.

Betul bro. Sebab nak pikir melampaui batasan tu la, kita jadi terpesong.

arzaraza
24-12-2012, 12:10 PM
Allah yang menciptakan orang2 kafir dan Allah jualah yang menciptakan syaitan dan Iblis. Dan Allah jualah yang melaknat mereka !

hang takpayah hujah dgn depa tu,
last nanti dia akan tanya "Quraan tu lengkap ke tidak"?

Abdillah0812
26-12-2012, 08:18 PM
sy bukan ustaz :D dan sy percaya, kbykkan yg post kt sni bkn nye golgn murabbi atau alim ulama'. tp, psl tauhid ni, da diajar d pringkat sekolah dlm pend. Islam. Sia2 je ad silibus tue klu msih ad yg mpersoalkn pasal ni.:-?
#Hati2 dgn gerakan Melayu Kristian yg kian aktif di Malaysia.

Jiraiya-sama
26-12-2012, 08:27 PM
Pendapat yang mengharuskan

Manakala

Islam merangkap Mufti kerajaan Qatar , Prof.

berpendapat

selamat

bukan

adalah harus, jika mereka memulakan ucapan selamat Hari Raya kepada kita.

Al-Qardhawi berpendapat, Islam tidak melarang kita berbuat baik terhadap ahli kitab yang tidak bermusuh dengan kita. Kita harus berbuat baik kepada mereka sebagaimana mereka berbuat baik

firman

Mumthanah ayat 8,

"Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil kepada orang yang tidak memerangi kamu kerana agama

mengeluarkan

halaman kamu ; sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil".

Pendapat

Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah, dengan fatwa yang dikeluarkan seperti berikut,

Sesungguhnya mengucapkan selamat kepada orang bukan Islam pada hari perayaan

daripada

mengucapkan

perayaan Islam. Hujahnya ialah kerana kita

perlakuan baik dengan perlakuan yang serupa dan membalas ucapan selamat dengan ucapan yang sama baiknya. Allah SWT berfirman,

Apabila

sesuatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik

serupa).

menghitungkan

(Surah An-Nisaa’ : 86)

Oleh yang demikian, tidak ada suatu pun yang

daripada

kepada orang bukan Islam baik secara lisan

menghantar kad dengan syarat kad yang

lambang atau kata-kata agama yang bertentangan

Islam.

Jiraiya-sama
26-12-2012, 08:29 PM
Adoyai ni la sbbnya aku malas nk post esp copy paste. Pakai phone mmg susah skit. Sorila kwn2 pandai2la korg baca ye :)

AuraSuccess_88
26-12-2012, 08:31 PM
terima kasih tt...

bambi1773
26-12-2012, 08:43 PM
thanks atas info..