PDA

View Full Version : MAS Tawar Diskaun Tambang Sehingga 45 Peratus


Luqmanul Hakim
02-12-2012, 06:08 PM
MAS Tawar Diskaun Tambang Sehingga 45 Peratus


KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Malaysia Airlines (MAS) menawar tambang menarik menerusi Jualan Akhir Tahun (YES) dari 3 hingga 17 Dis ini untuk perjalanan antara 5 Dis 2012 hingga 30 Sept 2013.

Naib Presiden Kanan Serantau MAS bagi Malaysia dan Wilayah Asean, Muzammil Mohamad berkata jualan itu menawarkan tambang kelas ekonomi sehingga 30 peratus dari kadar pasaran untuk perjalanan domestik dan antarabangsa sementara bagi tambang kelas perniagaan, tambang akan diberi potongan sehingga 45 peratus.

"Tawaran ini meliputi tambang dari Malaysia ke pelbagai destinasi MAS di Asia Tenggara, Asia Utara, Asia Selatan, Australia, Amerika Utara dan Eropah.

"Jualan ini bagi membolehkan pelanggan terlebih dahulu merancang percutian mereka hingga ke separuh kedua 2013 kerana tempoh perjalanan telah dipanjangkan hingga akhir September," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, tambang 'all-inclusive' kelas ekonomi YES ke London bermula dari hanya RM3,409 dan semua penerbangan ke London kini adalah menerusi pesawat A380 dengan pengenalan perkhidmatan Kuala Lumpur-London dua kali sehari.

Muzammil berkata MAS juga menawarkan tawaran menarik ke banyak destinasi di Asia Tenggara. Keseluruhan tambang pergi-balik bagi kelas ekonomi dari Kuala Lumpur ke Bali bermula dari RM679 sementara bagi kelas perniagaan bermula dari RM2,279.

Tambang pergi-balik kelas ekonomi ke Hanoi, bandaraya Ho Chin Minh, Yangon dan Manila masing-masing bermula dari RM779, RM569, RM679 dan RM869. Bagi kelas perniagaan, tambangnya bermula masing-masing dari RM1,179, RM1,879, RN2,279 dan RM2,479.

Bagi di dalam negara, tambang kelas ekonomi dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, Langkawi, Johor Baharu atau Kota Baharu masing-masing bermula dari RM224, RM274, RM254 dan RM274.

Bagi kelas perniagaan ke destinasi tersebut, tambang bermula dari RM768.

Tambang pergi-balik bagi kelas ekonomi dari Kuala Lumpur ke Kuching, Kota Kinabalu, Sibu atau Miri bermula dari hanya masing-masing RM1,568, RM1,968, RM1,868 dan RM1,768.

"Tiada lagi tawaran ke setiap destinasi MAS melalui jualan ini dan kami menyeru pelanggan tidak melepaskan peluang ini untuk mengembara dan meneroka dunia." kata Muzammil.

Untuk mendapat maklumat lanjut mengenai jualan ini, pelanggan boleh melayari www.malaysiaairlines.com atau menghubungi talian bebas tol 24 jam 1300 88 3000, MH Buddy in Malaysia Airlines Facebook, MHmobile, pejabat tiket Malaysia Airlines dan ejen yang dilantik di seluruh Malaysia.

-- BERNAMA

bplanduser
02-12-2012, 07:07 PM
Nak fight harga gan Air Asia lah ni...
Bagus gak mudah2an penumpang/pengguna jugak yg untung... :D

atlantis
02-12-2012, 07:12 PM
Tambang pergi-balik bagi kelas ekonomi dari Kuala Lumpur ke Kuching, Kota Kinabalu, Sibu atau Miri bermula dari hanya masing-masing RM1,568, RM1,968, RM1,868 dan RM1,768.

ni biar betiq... bapak mahal

alkhawarizmi
02-12-2012, 07:14 PM
Muroh palo otok mu. Air asia aku beli kl-kb baru 26.11 je. Promosi mu sama dgn tiket on the sport air asia. Cihhhh

waktong.UMOFX
02-12-2012, 07:21 PM
tipu gila cakap promosi..ayer asia rm 26.11-86 jer

pengemis_pip90
02-12-2012, 07:22 PM
Muroh palo otok mu. Air asia aku beli kl-kb baru 26.11 je. Promosi mu sama dgn tiket on the sport air asia. Cihhhh

beza naik MAS ngan air asia..aku dh naik dua2 perjlanan KL-Sandakan & sebaliknya..memang perbezaan dari segi keselesaan&mas lebih murah dari air asia sebenarnya bila ko pndai carik&kena pd tarikhnya..

suadrif86
02-12-2012, 07:25 PM
MAS Tawar Diskaun Tambang Sehingga 45 Peratus


KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Malaysia Airlines (MAS) menawar tambang menarik menerusi Jualan Akhir Tahun (YES) dari 3 hingga 17 Dis ini untuk perjalanan antara 5 Dis 2012 hingga 30 Sept 2013.

Naib Presiden Kanan Serantau MAS bagi Malaysia dan Wilayah Asean, Muzammil Mohamad berkata jualan itu menawarkan tambang kelas ekonomi sehingga 30 peratus dari kadar pasaran untuk perjalanan domestik dan antarabangsa sementara bagi tambang kelas perniagaan, tambang akan diberi potongan sehingga 45 peratus.

"Tawaran ini meliputi tambang dari Malaysia ke pelbagai destinasi MAS di Asia Tenggara, Asia Utara, Asia Selatan, Australia, Amerika Utara dan Eropah.

"Jualan ini bagi membolehkan pelanggan terlebih dahulu merancang percutian mereka hingga ke separuh kedua 2013 kerana tempoh perjalanan telah dipanjangkan hingga akhir September," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, tambang 'all-inclusive' kelas ekonomi YES ke London bermula dari hanya RM3,409 dan semua penerbangan ke London kini adalah menerusi pesawat A380 dengan pengenalan perkhidmatan Kuala Lumpur-London dua kali sehari.

Muzammil berkata MAS juga menawarkan tawaran menarik ke banyak destinasi di Asia Tenggara. Keseluruhan tambang pergi-balik bagi kelas ekonomi dari Kuala Lumpur ke Bali bermula dari RM679 sementara bagi kelas perniagaan bermula dari RM2,279.

Tambang pergi-balik kelas ekonomi ke Hanoi, bandaraya Ho Chin Minh, Yangon dan Manila masing-masing bermula dari RM779, RM569, RM679 dan RM869. Bagi kelas perniagaan, tambangnya bermula masing-masing dari RM1,179, RM1,879, RN2,279 dan RM2,479.

Bagi di dalam negara, tambang kelas ekonomi dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, Langkawi, Johor Baharu atau Kota Baharu masing-masing bermula dari RM224, RM274, RM254 dan RM274.

Bagi kelas perniagaan ke destinasi tersebut, tambang bermula dari RM768.

Tambang pergi-balik bagi kelas ekonomi dari Kuala Lumpur ke Kuching, Kota Kinabalu, Sibu atau Miri bermula dari hanya masing-masing RM1,568, RM1,968, RM1,868 dan RM1,768.

"Tiada lagi tawaran ke setiap destinasi MAS melalui jualan ini dan kami menyeru pelanggan tidak melepaskan peluang ini untuk mengembara dan meneroka dunia." kata Muzammil.

Untuk mendapat maklumat lanjut mengenai jualan ini, pelanggan boleh melayari www.malaysiaairlines.com atau menghubungi talian bebas tol 24 jam 1300 88 3000, MH Buddy in Malaysia Airlines Facebook, MHmobile, pejabat tiket Malaysia Airlines dan ejen yang dilantik di seluruh Malaysia.

-- BERNAMA

ape punye diskaun daa..aku bli tiket pegi blk jb-kk baru rm245 utk bln 3 ni..tu barula diskaun..:o

clorox_bersih
02-12-2012, 07:25 PM
ni biar betiq... bapak mahal

Aku rasa ni biz klas return..normal pun dah +-700 ..
plg murah aku dpt mas oneway ke kk rm 234 kot..siap service n airport takx

alkhawarizmi
02-12-2012, 07:26 PM
beza naik MAS ngan air asia..aku dh naik dua2 perjlanan KL-Sandakan & sebaliknya..memang perbezaan dari segi keselesaan&mas lebih murah dari air asia sebenarnya bila ko pndai carik&kena pd tarikhnya..

Cuba ko cari tiket mas yg lebih murah dari air asia utk aku...tak kisah la KL-sdkn, kl-kk. Yg penting murah dr air asia sbb baru2 ni aku beli air asia rm 86nett KL-SANDAKAN

mamatganu
02-12-2012, 07:26 PM
ni biar betiq... bapak mahal

Yg ni ak stuju..biase ak naik mas one way g bintulu 600 je kot..jb-kl-bintulu..

abe mat
02-12-2012, 07:29 PM
**** punya diskaun..mahal nak mampos

pengemis_pip90
02-12-2012, 07:32 PM
Aku rasa ni biz klas return..normal pun dah +-700 ..
plg murah aku dpt mas oneway ke kk rm 234 kot..siap service n airport takx

aku paling murah dpt naik mas KL-sandakan 330++ pegi&balik la..kalo naik air asia plak pada tarikh yg sama 300++ tiket pergi shj..

yg buat aku rasa murah..bagasi 20kg free..dpt mkn free..service cabin crew yg bgs..confort kit free..x cam air asia..semua nk kena charge..

pengemis_pip90
02-12-2012, 07:45 PM
Cuba ko cari tiket mas yg lebih murah dari air asia utk aku...tak kisah la KL-sdkn, kl-kk. Yg penting murah dr air asia sbb baru2 ni aku beli air asia rm 86nett KL-SANDAKAN

ko try carik tiket time2 cuti sekolah..ko akan nmpak bezanya..pastu plak..apayg free pd mas..ko amik pd air asia..ko akan nmpk murah..cntoh mcm bagasi 20kg pd mas free..kalo air asia rm25++mkn 1 set meal air asia rm 12..(mas nye mkn 1 set..tp minuman blh minum smpai lebam..kalo bawak budak2/anak2 lg untung..siap dpt mainan untuk budak2..air susu kotak..coklat tmbahan..mcm2 la..

lpsoldier007
02-12-2012, 07:50 PM
MAS mana boleh compare dgn Air Asia. Air Asia tu penerbangan tambang murah. MAS tu Flag Carrier Malaysia.

Harga MAS tu dah termasuk luggage 20 KG, makanan, insurans, takde org sorong troli masa flight, kalau long haul flight entertainment kit pn dpt jgk, dan yang paling penting jarang delay mcm Air Asia.

Kalau ikut bintang pun, Air Asia baru 3 bintang. Tapi MAS 5 bintang. Kalau hotel pun, logikke hotel 3 bintang dibandingkan dengan hotel 5 bintang? :))

skYnEt-gEnIUs
02-12-2012, 08:05 PM
murah sket la drpd biase,tp kalo airasia xde diskaun pn mmg lg murah...haha..

afifdaud
02-12-2012, 09:31 PM
MAS RM15++ tu harga promosi?
nak gelak ke nak apa nih?

~X(:)):eek:

clorox_bersih
02-12-2012, 10:04 PM
aku paling murah dpt naik mas KL-sandakan 330++ pegi&balik la..kalo naik air asia plak pada tarikh yg sama 300++ tiket pergi shj..

yg buat aku rasa murah..bagasi 20kg free..dpt mkn free..service cabin crew yg bgs..confort kit free..x cam air asia..semua nk kena charge..

murah giler...uhuh..biasa aku tgk mas tix murah pun rm 159, pastu campur tax n service +- 70++ tak silap

feer6452
02-12-2012, 10:08 PM
keh3.. bagi MAS, promosi la tu... jgn la kutuk2 pulak.. kalo tak suke jangan naik... :)):)):))

pengemis_pip90
02-12-2012, 11:02 PM
murah giler...uhuh..biasa aku tgk mas tix murah pun rm 159, pastu campur tax n service +- 70++ tak silap

harga tiket yg aku dpt rm109 belum masuk cukai..

mamaimran
03-12-2012, 12:42 AM
aku paling murah dpt naik mas KL-sandakan 330++ pegi&balik la..kalo naik air asia plak pada tarikh yg sama 300++ tiket pergi shj..

yg buat aku rasa murah..bagasi 20kg free..dpt mkn free..service cabin crew yg bgs..confort kit free..x cam air asia..semua nk kena charge..

mama beli tiket ke goldcoast sorang je baru RM800(return)je.Sebenar menda yg u nyatakan tu bukannya free all include dlm rege tix tu.:):)

pengemis_pip90
03-12-2012, 01:51 AM
mama beli tiket ke goldcoast sorang je baru RM800(return)je.Sebenar menda yg u nyatakan tu bukannya free all include dlm rege tix tu.:):)

kalo include..kira murah la kn..??cuba dia kasi asing2..sama je ngan air asia murahnya..

CikguMusi
03-12-2012, 02:00 AM
ikut kemampuan masimg-masing...kalau aku confirm air asia lah...

alkhawarizmi
03-12-2012, 08:47 AM
ko try carik tiket time2 cuti sekolah..ko akan nmpak bezanya..pastu plak..apayg free pd mas..ko amik pd air asia..ko akan nmpk murah..cntoh mcm bagasi 20kg pd mas free..kalo air asia rm25++mkn 1 set meal air asia rm 12..(mas nye mkn 1 set..tp minuman blh minum smpai lebam..kalo bawak budak2/anak2 lg untung..siap dpt mainan untuk budak2..air susu kotak..coklat tmbahan..mcm2 la..

Time cuti sklh la aku ambik. Kolumpo-sdkn, kk-kolumpo hujung bln mac rm 86inggit. Kalau mas seribu lebih katanya promosi. Setakat mkn mcm yg diberi tu xkan smpai 4,5 ratus

mamaimran
03-12-2012, 10:29 AM
kalo include..kira murah la kn..??cuba dia kasi asing2..sama je ngan air asia murahnya..

AA ni akan dapat nikmat murahnya kalau kite rancang perjalanan,kalau time itu nak travel time tu jugak jerkah tix harga tix pun leh sama mahai ngan MAS.

pengemis_pip90
03-12-2012, 11:07 AM
Time cuti sklh la aku ambik. Kolumpo-sdkn, kk-kolumpo hujung bln mac rm 86inggit. Kalau mas seribu lebih katanya promosi. Setakat mkn mcm yg diberi tu xkan smpai 4,5 ratus

yg dia ckp tu biz class bro..x sama..biz class kalo x de promo..tiket pegi ja dh 1k++..AA ni murah bila kitab tempah awal sngt2 dari tarikh penerbangan..kalo mas ni..masih 1/2 minggu dari tarikh flight..masih masuk akal harga dia..

pengemis_pip90
03-12-2012, 11:08 AM
AA ni akan dapat nikmat murahnya kalau kite rancang perjalanan,kalau time itu nak travel time tu jugak jerkah tix harga tix pun leh sama mahai ngan MAS.

btl tu mamaimran..tp..kalo kita terdesak nk travel..memang AA membunuh harga dia..