PDA

View Full Version : Kolonel Jihad : Antara Mitos dan Realiti

jamtulenmurah
29-11-2012, 02:37 AM
http://img593.imageshack.us/img593/2718/coverkoloneljihad.jpg

Penahanan Kolonel Jihad!

Abdul Manaf Kasmuri seorang bekas pegawai kanan tentera berpangkat leftenan kolonel yang amanah dalam melaksanakan tanggungjawab sosialnya kepada beberapa buah negara yang bergolak. Sehingga pada 20 Februari 2003, seluruh lensa kamera media menghala kepadanya. Beliau telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana disyaki telah bekerjasama dengan Al-Qaeda dan menjadi penasihat Jemaah Islamiah!

Ketika ditahan, beliau telah pun bersara secara opsyenal pada awal Januari 1995. Sepanjang dua dekad khidmatnya bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), beliau telah menyandang pelbagai jawatan antaranya menjadi Ketua Divisyen Putera Maktab Tentera Diraja, Jurulatih Pusat Latihan Darat (PULADA) dan menjadi Pegawai Turus Kanan di Bosnia dan Crotia ketika bertugas di bawah panji PBB - United Nations Protection Force [UNPROFOR] sekitar tahun 1993-1994.

http://img59.imageshack.us/img59/8199/451128061.jpg

Persaraannya dalam ATM juga agak kontroversi kerana setelah pulang daripada berkhidmat di Bosnia, beliau sering dipanggil untuk soal siasat tentang beberapa tindakannya dan keraguan beberapa pegawai ATM terhadap reputasi baiknya semasa berkhidmat di sana (actions prejudice to good conduct of the service). Selain itu, beliau turut menerima nota ringkas yang ditandatangan oleh Panglima ATM yang menyarankan agar beliau dipecat!

Demi menjaga nama baik ATM, beliau tidak memanjangkan kes tersebut atau meminta sebarang mengadilan di mahkamah. Oleh itu, pada 5 Januari 1995 secara rela hati beliau telah meninggalkan ATM secara rasmi.

Abdul Manaf Kasmuri is one of the most interesting. He was a Malaysian army colonel, educated at Sandhurst, UK where he won three batons of honor on graduation, including best foreign student. In the early1990s, he led Malaysia’s peacekeeping unit in Bosnia where, after witnessing the UN and the West’s inaction, started to secretly support the Bosnian Mujihidin. He was recalled and forced to retire in 1995, but immediately returned to Bosnia, where under the guise of being an aid worker, he continued to support the Mujihidin. He was a frequent traveler to Pakistan, and admired the Taliban. At the time of his arrest he was the human resources manager for an Islamic youth organization based in Kuala Lumpur, and the director of Excelsetia, a JI/AQ front company, registered in the financial black hole of Labuan, Malaysia’s offshore banking center. The other directors were Zulkifli Marzuki, one of Al Qaeda and JI’s most important money men in Southeast Asia, and Yazid Sufaat, who was part of Al Qaeda’s anthrax production team and in whose apartment the USS Cole and 9/11 operations were planned. Yazid Sufaat is still under ISA detention while Marzuki is still at large.

http://4.bp.blogspot.com/_TxyWz6SlfTg/TOvMKf3lAGI/AAAAAAAAApg/4beG2C90Cao/s400/Snapshot_20100312_1.jpg

1) Beliau yang bertanggungjawab membawa ATM menjejaki bumi Eropah pertama kali.

2) Semasa latihan di Turki, pemerintah tentera Turki amat mengagumi keupayaan ATM - Bat ke-23 RAMD, asalnya Pihak Turki yang sepatut memberi latihan kepada ATM, sekali ATM berlatih sendiri sahaja, & mengajar pihak Turki cara-cara counter-insurgency. ATM berjaya menewaskan ' musuhnya ' (Turki) dalam latihan Special Ops.

3) Tentera Malaysia dihormati di Bosnia oleh kawan & lawan (Serbia).

4) Selepas peristiwa pembunuhan kejam di kampung Bosnia, bermulanya perasaan ingin membantu bantu saudara se-Islam di Bosnia .. under UNPROFOR, ATM masih terikat dengan peraturan, & mereka tidak boleh sewenang-wenangnye membantu tentera Serbia / Croatia / Bosnia .. beliau pernah dituduh Serbia, membekalkan senjata berat yang hebat kepada Bosnia dan menyerang kedudukan & kereta kebal Serbia.

5) Tahun 1995, beliau telah dipanggil pulang, secara ringkasnya - ditamatkan tugas di Bosnia. Kepulangan beliau tidak disambut red carpet, tetapi kerap dipanggil soal siasat oleh risikan Kementah dimana beliau dituduh membuat tindakan yang membantu kerajaan Bosnia sehingga menjejaskan nama negara.

6) Akhirnya beliau dinasihatkan berenti ATM setelah berkhidmat 20 tahun.. Segala curah & penghargaan PBB di Bosnia tidak langsung dipandang oleh pegawai atasan ATM..
Namun hikmah disebaliknya, beliau mempunyai kenalan ABIM di Bosnia seterusnya meneruskan niatnya membantu Bosnia ..

7) Bantuan itu adalah, menolong & menguruskan pejuang-pejuang yg cedera perang Bosnia, pejuang kebanyakkan sukarela, iaitu MUSLIM, tak kira bangsa lah ...
pejuang yg cedera itu akan terbang masuk Malaysia & dirawat di hospital2 swasta, lepas sembuh, keluar dari Malaysia, di bawah pengurusan & tanggungan Lt Kol (B) Manaf dan juga bantuan-bantuan lain..

Walaupun beliau tidak merawat secara langsung pesakit-pesakit ini, tapi beliau amat dikenali oleh dunia ISLAM, termasuklah mendapat kiriman salam dari ' Osama Laden ' melalui agen-agen.
dan pada akhirnya beliau akan dituduh seterusnya kena ISA akibat usaha beliau ini ...

Beliau menegaskan : " Saya menolong atas dasar sesama Muslim. Saya tidak tahu kemana mereka & apa mereka buat selepas di rawat di Malaysia ...Selepas ada antara mereka ditangkap Amerika semasa perang Al-Qaeda, tiba-tiba saya dikaitkan sebagai merawat & penaja pengganas. "

Sapa ada baca buku ni??? :)

Kapten aku satu batch di RMC dengan dia ni

Masa reunion dia datang, kaki tempang sebelah akibat perang di Bosnia, orangnya kecik aje tapi semangatnya besar.

Buku dia ada cover up sikit kalau tak, mana boleh lepas publish

Nama dia still ada kat laman web UN sebagai pengganas, kalau tak dia dah ke Bosnia atas jemputan presiden bosnia skang yg sama2 berjuang sekali dulu, kalau travel ke luar juga mmg kena tangkap la

Bab ISA tu dia beritahu kepada kapten den dan jugo kawan2 lain, dia berterima kasih kepada tun kerana mmg tun masukkan dia dalam ISA utk elakkan dia kena cekup dengan MI5 dan Mossad. Sewaktu dalam ISA, MI5 dan Mossad ada datang buat soal siasat tapi takat tu je la, diorang request utk bawak kuar Malaysia tapi ISA jadi batu penghalang.

Ada banyak juga kapten aku citer tapi baca buku lagi menarik rasanya

Anak2 dia mmg menjadi betul, alhamdulillah

jamtulenmurah
29-11-2012, 02:37 AM
BELI DI MPH ONLINE (http://mphonline.com/books/nsearchdetails.aspx?&pcode=9789675863004)

Synopsis:
Buku ini adalah memoir peribadi seorang bekas pegawai tentera yang telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Ia menceritakan pengalamannya sebagai seorang aktivis bantuan kemanusian dan ketika di dalam tahanan.
Biodata Penulis
Abdul Manaf bin Kasmuri dilahirkan pada 28 Mei 1955 di Kampung Batu 7 Jalan Kebun, Klang Selangor. Beliau mendapat pendidikan ketenteraan di Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi sebagai seorang Putera. Seterusnya menghadiri latihan Pegawai Kadet di Port Dickson dan melanjutkan pelajaran di Royal Academy of Sanhurst di England,UK. Pulang ke Malaysia pada tahun 1976 dan ditauliahkan sebagai Pegawai di dalam Rejimen Askar Melayu Diraja, sepanjang berkhidmat di dalam Angkatan Tentera Malaysia beliau telah memegang beberapa jawatan pemerintah sehinggalah sebagai Ketua Divisyen Putera Maktab Tentera Diraja. Beliau bersara secara opsyenal pada awal Januari 1995, seterusnya menceburkan diri dalam bantuan kemanusiaan terutamanya di kawasankawasan konflik dan peperangan.

jamtulenmurah
29-11-2012, 02:42 AM
http://img150.imageshack.us/img150/4104/iforkifvmortaratmkifvdimp4.jpg

Lt Kol (B) Manaf Kasmuri merupakan Pegawai Pemerintah (OC~ Officer Commanding) semasa bertugas di Maktab Tentera Diraja. Berpangkat Mejar menguruskan Divisyen Putera MTD tersebut semenjak 1991 setelah tamat kursus Command and Staff College di Queensland, Australia.

Memohon dari Kementah utk bertugas di rantau Balkan ketika Malaysia belum membuat keputusan untuk menyertai PBB. Selepas 3 bulan dari tarikh permohonan,beliau diarahkan bertukar ke Battalion ke 23 RAMD (mekanis) Ipoh sebagai Penolong Pegawai Pemerintah. (800 anggota dan 150 kenderaan berperisai)

Keutamaan beliau adalah latihan kepada anggota dengan penyesuaian keadaan terutamanya suhu, tempat pertama pilihan ialah Cameron Highland. Selepas itu mendapat arahan untuk berlatih di Turki (anggota NATO). Ini penting kerana Malaysia sebagai negara "dunia ketiga" perlukan pengiktirafan dari negara yang lebih maju utk mengelakkan keraguan terhadap keupayaan tentera kita.

Penerbangan menggunakan pesawat Beoing 747 dan mendarat di Lapangan
Terbang Tentera (Murted) yang terletak di barat Ankara. Lapangan ini pernah digunakan sebagai markas tentera NATO semasa misi mengebom Iraq.

http://img210.imageshack.us/img210/5830/1994mifvdari2kompeni23r.jpg

Cuaca sejuk menyebabkan anggota tentera kita dicap sebagai tidak bersungguh dan mudah hilang tumpuan semasa latihan yang dikendalikan tentera Turki. Bermula dari sini, Lt Kolonel Manaf mula merancang sesuatu.( gua pun sama gak....kalau sejuk baik tarik selimutt jerr...hehehe)

Beliau memohon supaya tentera Malaysia diberi latihan di kem komando mereka yg tidak jauh dari kem yang sedang mereka duduki. Latihan intensif mula menampakkan hasil, tentera Malaysia dipandang tinggi oleh Ketua Komandan pusat latihan tersebut, biarpun sebelumnya beliau tidak percaya tentera Malaysia mampu melepasi latihan dipusat tersebut. Paling mengejutkan mereka ialah apabila doa dibacakan didalam 3 bahasa, Melayu, Arab dan Turki (Turki negara sekular...x de doa dlm tentera, walaupun seseorang itu muslim...bahkan sambahyang dan solat juga diabaikan)

Latihan tempur (serangan kilat) diadakan, latihan pertama; sebuah pemancar yang berada diatas puncak gunung yang penuh dengan salji menjadi sasaran tentera Malaysia dalam latihan ini. Menurut perkiraan tentera Turki, latihan ini mengambil masa selama 2/3 hari untuk dilaksanakan.

Ternyata tentera Malaysia berjaya menyempurnakan sasaran hanya dalam masa setengah jam sahaja. Pasukan bantuan musuh (Turki) berputih mata kerana tidak menyangka serangan dari tentera Malaysia. Mereka telah tersalah perkiraan. latihan kedua juga sangat mengagumkan. Manakala latihan ketiga telah menyebabkan tentera Turki menjadi seperti "haiwan buruan" yang bercelaru dicelah2 pokok fir!

Latihan besar2an pula membabitkan gempuran kereta perisai, disaksikan oleh orang2 kenamaan. Latihan yang dianggarkan selama 3 jam oleh pemerintah tentera Turki berjaya diselesaikan hanya dalam masa 10 minit. Mereka sangat kagum dengan keupayaan tentera Malaysia sehingga segala gedung peralatan yang ada dikem mereka dibuka untuk digunakan oleh tentera Malaysia.

Walaupun asalnya mereka (tentera Turki) yang sepatutnya mengajar tentera kita, akhirnya tentera kita yang mengajar mereka taktik melawan pemberontakan bersenjata. Dalam pada itu Lt Kol (B) Manaf sempat juga mempersembahkan KESBAN kepada mereka.

SUMBER (http://www.yastro.net/2011/04/tentera-malaysia-di-balkan-lt-kolonel-b.html)

jamtulenmurah
29-11-2012, 02:49 AM
Buku ini adalah memoir peribadi seorang bekas pegawai tentera yang telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Menceritakan pengalamannya sebagai seorang tentera, aktivis bantuan kemanusian dan ketika di dalam tahanan ISA.

Kolonel Jihad : Antara Mitos dan Realiti
PROLOG

Banyak sekali yang mendesakku dengan persoalan apakah
sebenar-benarnya yang menyebabkan aku dihumban ke Kem
Tahanan Kamunting untuk tiga tahun lapan bulan lamanya mulai awal 2003. Justeru, aku terpanggil untuk menitipkan senarai pertuduhan rasmi yang mensabitkan aku di bawah Akta KeselamatanDalam Negeri (ISA) bagi menjawab persoalan yang mendakapi minda kalian yang menginginkan kepastian dari ungkapan perkataan seorang bekas tahanan sepertiku.

“ Bahawa kamu,...............telah bersubahat membawa masuk secara berperingkat seramai lebih 10 anggota Al-Qaeda terdiri dari warganegara Arab Saudi, Pakistan dan Afghanistan untuk mendapatkan rawatan di beberapa hospital dan pusat perubatan dengan tujuan untuk meneruskan perjuangan perang jihad .....

dan “.............telah mengendalikan latihan ala ketenteraan secara sulit kepada 6 ketua kem tentera Arakan Rohingya National Organisation berasal dari Myanmar bagi menyemai dan menanam semangat jihad....”

dan “............telah mengadakan satu perjumpaan sulit untuk memberi latihan ketenteraan kepada sebuah negara militan dari negara jiran yang ada hubungan dengan kumpulan Al-Qaeda ......”

dan “.............bersama-sama dengan seorang rakyat Indonesia yangdikenali telah mengadakan latihan ketenteraan secara sulit kepada 18 militan Indonesia ......”

dan “.............telah Menjadi Penasihat kepada sebuah organisasi hadapan (Front Organisation) Jemaah Islamiah dalam cara-cara mengurus dan menjana dana kumpulan tersebut ....”

Satu demi satu untaian pertuduhan itu dibacakan. Dakwaan
yang tercungkil dari persepsi mereka yang kabur ke atas apa yang aku lakukan demi keamanan sejagat. Namun, aku tidak berpeluang untuk membicarakan kekhilafan yang telah aku lakukan dan apayang sebenarnya yang terjadi sebelum aku ditahan. Rentetan dakwaan tersebutlah yang membawa aku bermukim di Kamunting selama 3 tahun 8 bulan. Apakah ia sekadar alasan yang berpaksikan andaian atau mungkinkah rencana tahanan ini sekadar mencegah bencana yang lebih besar umpama mengkandang kambing dari rakusan serigala yang sedang menggila mencari mangsanya?

Seingatku, hari Khamis malam Jumaat tanggal 20 Februari tahun 2003 merupakan waktu yang mengubah banyak aspek kehidupanku. Bermula dari detik lebih kurang jam 10.30 itulah aku menjadi sedar akan kewujudan bahawa andaian dan sangkaan boleh mewahamkan erti keikhlasan di dalam perjuangan. Dengan menggunakan akta polis aku diseret ke pusat reman untuk disoal-siasat dan kemudian dihumban ke Kem Tahanan Perlindungan (KEMTA) berdasarkan pertimbangan yang amat sukar ditakrifkan oleh skala keadilan asasi. Mungkin kepada yang berkenaan dengan merujuk nasihat dari ‘pakar keselamatan’ sudah cukup untuk
menghukum kalian di bawah akta keselamatan dalam negeri. Persis pendapat pakar perubatan yang memungkinkan pembedahan amputasi dilakukan kepada pesakit yang perlu menyerahkan nasib tanpa mempersoalkan kesahihannya. Agaknya, keperluan pendapat kedua (second opinion) hanya menunda masa!

Sejujurnya, aku tidak tahu adakah penjelasan yang aku
nukilkan di sini mampu melempiaskan jawapan bagi setiap persoalanyang acapkali kalian lumpukkan kepadaku. Aku sedar, bahasaku tidak sepuitis sasterawan negara yang bisa menguasai bait-bait ungkapan menjadi suatu coretan yang meruntun jiwa-jiwa yang membacanya.Aku hanya seorang manusia biasa yang tiada upaya menganyambahasa berbunga-bunga. Aku termegun memikirkan entah dari bahagian mana perlu aku memulakan agar ia menjadi jelas dan dapat difahami akan segenap perasaan yang telah aku pendam tujuh tahun lamanya.

Aku menghela nafas panjang yang membawa bersama
harapan dan kesedihan dan begitu sukar untukku menterjemahkan kepada mereka yang telah melabelkan aku dengan pelbagai gelarandan sisipan yang menyakitkan hati setelah aku dikuburkan di Kamunting dan ditalkinkan sebagai pengganas!

Lantas, aku menggerakkan pena untuk memberitahu dunia kerana aku sering dihakimi dan bukan dimengerti.
http://coloneljihad.blogspot.com/

Sedikit Biodata:
Abdul Manaf Bin Kasmuri

Dilahirkan pada 28 Mei 1955 di Kampung Batu 7 Jalan kebun, Klang, Selangor. Berkahwin pada tahun 1978 dan dikurniakan 3 orang cahaya mata, seorang lelaki dan 2 orang perempuan. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jalan Kebun sebelum meneruskan pelajaran di Sekolah anglo Chinese School di bandar klang.

Beliau kemudiannya terpilih memasuki Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi sebagai seorang putera. Seterusnya menghadiri latihan Pegawai Kadet di Port Dickson dan Sungai Besi pada tahun 1973 sebelum melanjutkan pengajian di Royal Academy of Sandhurst di England UK. Pulang ke Malaysia pada 1976 dan ditauliahkan sebagai seorang Pegawai di dalam Rejimen Askar Melayu Diraja. Sepanjang berkhidmat di dalam Angkatan Tentera Malaysia, beliau telah memegang beberapa jawatan pemerintah dari peringkat platun hingga ke battalion, pegawai turus dari peringkat battalion hingga ke brigade, sebagai ketua divisyen Putera Maktab Tentera Diraja dan jurulatih di Pusat Latihan Tentera Darat (PULADA). Pernah bertugas di bawah panji panji PBB sebagai Pegawai Turus Kanan di Bosnia dan di Crotia pada tahun 1993/1994

Beliau bersara secara opsyenal pada awal Januari 1995. Seterusnya menceburkan diri di dalam lapangan kemanusiaan membantu pelarian pelarian terutamanya di kawasan kawasan konflik dan peperangan seperti di Bosnia, Kosovo, Afghanistan, Pakistan, Azad Kashmir, Bangladesh / Myanmar ( Rohingya ) dan Ambon. Selain itu beliau juga bergiat didalam bidang perusahaan dengan menjadi pengurus dan pengarah kepada beberapa firma. Beliau telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA ) selama 3 tahun lapan bulan bermula pada Februari 2003 sehingga dibebaskan pada Oktober 2006. Kini beliau bertugas di sebuah syarikat swasta sebagai Pengurus Besar dan menjawat Exco di dalam Global Peace Mission, sebuah organisasi bantuan kemanusiaan. Selangor. Berkahwin pada tahun 1978 dan dikurniakan 3 orang cahaya mata, seorang lelaki dan 2 orang perempuan. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jalan Kebun sebelum meneruskan pelajaran di Sekolah anglo Chinese School di bandar Klang.
Setakat ini dulu, Insyaallah gua sambung kemudian hari.

green_maskman
29-11-2012, 02:49 AM
semakin menarik.......thanks tt......

jamtulenmurah
29-11-2012, 02:51 AM
semakin menarik.......thanks tt......

sharing is caring.

Kalau bos berani cuba la cek thread sebelah. Cara ngorat mak lampir. :))

green_maskman
29-11-2012, 03:04 AM
sharing is caring.

Kalau bos berani cuba la cek thread sebelah. Cara ngorat mak lampir. :))

nti saya try................. kekkekee:D

AuraSuccess_88
29-11-2012, 03:38 AM
cian plk biler kena isa

jamtulenmurah
29-11-2012, 09:17 AM
cian plk biler kena isa

bila kena tekan dek kuasa luar, kerajaan sendiri jadi talibarut menikam belakang seorang pejuang. #:-S

valentinik
29-11-2012, 06:24 PM
Bagi aku,atm x salah,l.kolonel ni pun x salah,cuma untuk mengelakkan negara kita dituduh membantu pengganas tindakan terpaksa diambil..sp tau apa dia buat lepas keluar dari atm..

tokebalak
29-11-2012, 07:26 PM
http://img593.imageshack.us/img593/2718/coverkoloneljihad.jpg

Penahanan Kolonel Jihad!

Abdul Manaf Kasmuri seorang bekas pegawai kanan tentera berpangkat leftenan kolonel yang amanah dalam melaksanakan tanggungjawab sosialnya kepada beberapa buah negara yang bergolak. Sehingga pada 20 Februari 2003, seluruh lensa kamera media menghala kepadanya. Beliau telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana disyaki telah bekerjasama dengan Al-Qaeda dan menjadi penasihat Jemaah Islamiah!

Ketika ditahan, beliau telah pun bersara secara opsyenal pada awal Januari 1995. Sepanjang dua dekad khidmatnya bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), beliau telah menyandang pelbagai jawatan antaranya menjadi Ketua Divisyen Putera Maktab Tentera Diraja, Jurulatih Pusat Latihan Darat (PULADA) dan menjadi Pegawai Turus Kanan di Bosnia dan Crotia ketika bertugas di bawah panji PBB - United Nations Protection Force [UNPROFOR] sekitar tahun 1993-1994.

http://img59.imageshack.us/img59/8199/451128061.jpg

Persaraannya dalam ATM juga agak kontroversi kerana setelah pulang daripada berkhidmat di Bosnia, beliau sering dipanggil untuk soal siasat tentang beberapa tindakannya dan keraguan beberapa pegawai ATM terhadap reputasi baiknya semasa berkhidmat di sana (actions prejudice to good conduct of the service). Selain itu, beliau turut menerima nota ringkas yang ditandatangan oleh Panglima ATM yang menyarankan agar beliau dipecat!

Demi menjaga nama baik ATM, beliau tidak memanjangkan kes tersebut atau meminta sebarang mengadilan di mahkamah. Oleh itu, pada 5 Januari 1995 secara rela hati beliau telah meninggalkan ATM secara rasmi.

Abdul Manaf Kasmuri is one of the most interesting. He was a Malaysian army colonel, educated at Sandhurst, UK where he won three batons of honor on graduation, including best foreign student. In the early1990s, he led Malaysia’s peacekeeping unit in Bosnia where, after witnessing the UN and the West’s inaction, started to secretly support the Bosnian Mujihidin. He was recalled and forced to retire in 1995, but immediately returned to Bosnia, where under the guise of being an aid worker, he continued to support the Mujihidin. He was a frequent traveler to Pakistan, and admired the Taliban. At the time of his arrest he was the human resources manager for an Islamic youth organization based in Kuala Lumpur, and the director of Excelsetia, a JI/AQ front company, registered in the financial black hole of Labuan, Malaysia’s offshore banking center. The other directors were Zulkifli Marzuki, one of Al Qaeda and JI’s most important money men in Southeast Asia, and Yazid Sufaat, who was part of Al Qaeda’s anthrax production team and in whose apartment the USS Cole and 9/11 operations were planned. Yazid Sufaat is still under ISA detention while Marzuki is still at large.

http://4.bp.blogspot.com/_TxyWz6SlfTg/TOvMKf3lAGI/AAAAAAAAApg/4beG2C90Cao/s400/Snapshot_20100312_1.jpg

1) Beliau yang bertanggungjawab membawa ATM menjejaki bumi Eropah pertama kali.

2) Semasa latihan di Turki, pemerintah tentera Turki amat mengagumi keupayaan ATM - Bat ke-23 RAMD, asalnya Pihak Turki yang sepatut memberi latihan kepada ATM, sekali ATM berlatih sendiri sahaja, & mengajar pihak Turki cara-cara counter-insurgency. ATM berjaya menewaskan ' musuhnya ' (Turki) dalam latihan Special Ops.

3) Tentera Malaysia dihormati di Bosnia oleh kawan & lawan (Serbia).

4) Selepas peristiwa pembunuhan kejam di kampung Bosnia, bermulanya perasaan ingin membantu bantu saudara se-Islam di Bosnia .. under UNPROFOR, ATM masih terikat dengan peraturan, & mereka tidak boleh sewenang-wenangnye membantu tentera Serbia / Croatia / Bosnia .. beliau pernah dituduh Serbia, membekalkan senjata berat yang hebat kepada Bosnia dan menyerang kedudukan & kereta kebal Serbia.

5) Tahun 1995, beliau telah dipanggil pulang, secara ringkasnya - ditamatkan tugas di Bosnia. Kepulangan beliau tidak disambut red carpet, tetapi kerap dipanggil soal siasat oleh risikan Kementah dimana beliau dituduh membuat tindakan yang membantu kerajaan Bosnia sehingga menjejaskan nama negara.

6) Akhirnya beliau dinasihatkan berenti ATM setelah berkhidmat 20 tahun.. Segala curah & penghargaan PBB di Bosnia tidak langsung dipandang oleh pegawai atasan ATM..
Namun hikmah disebaliknya, beliau mempunyai kenalan ABIM di Bosnia seterusnya meneruskan niatnya membantu Bosnia ..

7) Bantuan itu adalah, menolong & menguruskan pejuang-pejuang yg cedera perang Bosnia, pejuang kebanyakkan sukarela, iaitu MUSLIM, tak kira bangsa lah ...
pejuang yg cedera itu akan terbang masuk Malaysia & dirawat di hospital2 swasta, lepas sembuh, keluar dari Malaysia, di bawah pengurusan & tanggungan Lt Kol (B) Manaf dan juga bantuan-bantuan lain..

Walaupun beliau tidak merawat secara langsung pesakit-pesakit ini, tapi beliau amat dikenali oleh dunia ISLAM, termasuklah mendapat kiriman salam dari ' Osama Laden ' melalui agen-agen.
dan pada akhirnya beliau akan dituduh seterusnya kena ISA akibat usaha beliau ini ...

Beliau menegaskan : " Saya menolong atas dasar sesama Muslim. Saya tidak tahu kemana mereka & apa mereka buat selepas di rawat di Malaysia ...Selepas ada antara mereka ditangkap Amerika semasa perang Al-Qaeda, tiba-tiba saya dikaitkan sebagai merawat & penaja pengganas. "

Sapa ada baca buku ni??? :)

buku ni memang betol.. aku dengaq kata banya lagi cita dia x tulis dalam buku tu... sebab x masuk akal.. tapi tu pertolongan dari Allah:)

hafizuka
29-11-2012, 07:41 PM
bila kena tekan dek kuasa luar, kerajaan sendiri jadi talibarut menikam belakang seorang pejuang. #:-S

Kapten aku satu batch di RMC dengan dia ni

Masa reunion dia datang, kaki tempang sebelah akibat perang di Bosnia, orangnya kecik aje tapi semangatnya besar.

Buku dia ada cover up sikit kalau tak, mana boleh lepas publish

Nama dia still ada kat laman web UN sebagai pengganas, kalau tak dia dah ke Bosnia atas jemputan presiden bosnia skang yg sama2 berjuang sekali dulu, kalau travel ke luar juga mmg kena tangkap la

Bab ISA tu dia beritahu kepada kapten den dan jugo kawan2 lain, dia berterima kasih kepada tun kerana mmg tun masukkan dia dalam ISA utk elakkan dia kena cekup dengan MI5 dan Mossad. Sewaktu dalam ISA, MI5 dan Mossad ada datang buat soal siasat tapi takat tu je la, diorang request utk bawak kuar Malaysia tapi ISA jadi batu penghalang.

Ada banyak juga kapten aku citer tapi baca buku lagi menarik rasanya

Anak2 dia mmg menjadi betul, alhamdulillah

tukunkayu
29-11-2012, 08:16 PM
terima kasih

jamtulenmurah
29-11-2012, 09:59 PM

Member saya pun ada cite lebih kurang. X komando. So antara nak caye n tak je. Pepun takde butang thanks pulak untuk info bagus ni. Tq bos. :)

PS: ooooo. kepten ye. Bos regimen mana? :">:">:">

ulam
29-11-2012, 11:29 PM
Teman dah baca buku ni...
I like..

TokCu
30-11-2012, 02:53 PM
Terima kasih TT... TokCu ada dengar buku tu tapi belum baca

sebenarnya banyak kebenaran terlindung disebalik nama demokrasi...
pejuang sebenarnya diertikan dengan pengganas
inilah sebahagian episod perjalanan menuju ke akhir dunia...

slvrchair
30-11-2012, 03:09 PM
Kisah kelasik hang jebat...versi modern ....i like +1

jamtulenmurah
30-11-2012, 03:11 PM
Terima kasih TT... TokCu ada dengar buku tu tapi belum baca

sebenarnya banyak kebenaran terlindung disebalik nama demokrasi...
pejuang sebenarnya diertikan dengan pengganas
inilah sebahagian episod perjalanan menuju ke akhir dunia...

Beli kat MPH ada jual bos.

Lepas baca kasi reviu kat sini. :)

Lobey
30-11-2012, 03:15 PM
kawe check kat web us...mmg ada nama dia. :(

akhbar
30-11-2012, 03:19 PM
setiap perkara yang berlaku keatas diri kita ada hikmah yang tersurat dan tersirat.

Nazj
30-11-2012, 03:30 PM
kawe check kat web us...mmg ada nama dia. :(

Tp nama dia di pandangan Allah lebih penting...

letstorque
30-11-2012, 03:52 PM
Ini la cerita yang aku cari selama ni.
Thanks TT.

jamtulenmurah
30-11-2012, 04:00 PM
Ini la cerita yang aku cari selama ni.
Thanks TT.

tambah la ramuan lagi. Apa yg bos cari pasal kolonel ni? :-?

jamtulenmurah
30-11-2012, 04:03 PM
http://3.bp.blogspot.com/_u2XuqW5Hheg/TBh3ovniiUI/AAAAAAAAACY/KPDNhHw7Lt4/S420/Bosnia8.jpg
Di Logistic HQ, Bosnian Armija

Kolonel Jihad : Antara Mitos dan Realiti
PROLOG

Banyak sekali yang mendesakku dengan persoalan apakah
sebenar-benarnya yang menyebabkan aku dihumban ke Kem
Tahanan Kamunting untuk tiga tahun lapan bulan lamanya mulai awal 2003. Justeru, aku terpanggil untuk menitipkan senarai pertuduhan rasmi yang mensabitkan aku di bawah Akta KeselamatanDalam Negeri (ISA) bagi menjawab persoalan yang mendakapi minda kalian yang menginginkan kepastian dari ungkapan perkataan seorang bekas tahanan sepertiku.

“ Bahawa kamu,...............telah bersubahat membawa masuk secara berperingkat seramai lebih 10 anggota Al-Qaeda terdiri dari warganegara Arab Saudi, Pakistan dan Afghanistan untuk mendapatkan rawatan di beberapa hospital dan pusat perubatan dengan tujuan untuk meneruskan perjuangan perang jihad .....

dan “.............telah mengendalikan latihan ala ketenteraan secara sulit kepada 6 ketua kem tentera Arakan Rohingya National Organisation berasal dari Myanmar bagi menyemai dan menanam semangat jihad....”

dan “............telah mengadakan satu perjumpaan sulit untuk memberi latihan ketenteraan kepada sebuah negara militan dari negara jiran yang ada hubungan dengan kumpulan Al-Qaeda ......”

dan “.............bersama-sama dengan seorang rakyat Indonesia yangdikenali telah mengadakan latihan ketenteraan secara sulit kepada 18 militan Indonesia ......”

dan “.............telah Menjadi Penasihat kepada sebuah organisasi hadapan (Front Organisation) Jemaah Islamiah dalam cara-cara mengurus dan menjana dana kumpulan tersebut ....”

Satu demi satu untaian pertuduhan itu dibacakan. Dakwaan
yang tercungkil dari persepsi mereka yang kabur ke atas apa yang aku lakukan demi keamanan sejagat. Namun, aku tidak berpeluang untuk membicarakan kekhilafan yang telah aku lakukan dan apayang sebenarnya yang terjadi sebelum aku ditahan. Rentetan dakwaan tersebutlah yang membawa aku bermukim di Kamunting selama 3 tahun 8 bulan. Apakah ia sekadar alasan yang berpaksikan andaian atau mungkinkah rencana tahanan ini sekadar mencegah bencana yang lebih besar umpama mengkandang kambing dari rakusan serigala yang sedang menggila mencari mangsanya?

Seingatku, hari Khamis malam Jumaat tanggal 20 Februari tahun 2003 merupakan waktu yang mengubah banyak aspek kehidupanku. Bermula dari detik lebih kurang jam 10.30 itulah aku menjadi sedar akan kewujudan bahawa andaian dan sangkaan boleh mewahamkan erti keikhlasan di dalam perjuangan.

http://3.bp.blogspot.com/_u2XuqW5Hheg/TBh2pvkmWfI/AAAAAAAAACQ/_giHmCfd1fU/S420/Bosnia10.jpg
With wounded Bosnian soldiers at Sarajevo

Dengan menggunakan akta polis aku diseret ke pusat reman untuk disoal-siasat dan kemudian dihumban ke Kem Tahanan Perlindungan (KEMTA) berdasarkan pertimbangan yang amat sukar ditakrifkan oleh skala keadilan asasi. Mungkin kepada yang berkenaan dengan merujuk nasihat dari ‘pakar keselamatan’ sudah cukup untuk menghukum kalian di bawah akta keselamatan dalam negeri. Persis pendapat pakar perubatan yang memungkinkan pembedahan amputasi dilakukan kepada pesakit yang perlu menyerahkan nasib tanpa mempersoalkan kesahihannya. Agaknya, keperluan pendapatkedua (second opinion) hanya menunda masa!

Sejujurnya, aku tidak tahu adakah penjelasan yang aku
nukilkan di sini mampu melempiaskan jawapan bagi setiap persoalanyang acapkali kalian lumpukkan kepadaku. Aku sedar, bahasaku tidak sepuitis sasterawan negara yang bisa menguasai bait-bait ungkapan menjadi suatu coretan yang meruntun jiwa-jiwa yang membacanya.Aku hanya seorang manusia biasa yang tiada upaya menganyambahasa berbunga-bunga. Aku termegun memikirkan entah dari bahagian mana perlu aku memulakan agar ia menjadi jelas dan dapat difahami akan segenap perasaan yang telah aku pendam tujuh tahun lamanya.

Aku menghela nafas panjang yang membawa bersama
harapan dan kesedihan dan begitu sukar untukku menterjemahkan kepada mereka yang telah melabelkan aku dengan pelbagai gelarandan sisipan yang menyakitkan hati setelah aku dikuburkan di Kamunting dan ditalkinkan sebagai pengganas!

Lantas, aku menggerakkan pena untuk memberitahu dunia kerana aku seringdihakimi dan bukan dimengerti........... :(:(:(

AureLia
30-11-2012, 04:23 PM
So dlm buku tu, dia ada sebut tak yg dia berterimakasih kpd Tun sebab menghumbankan dia ke dlm ISA?

jamtulenmurah
30-11-2012, 04:33 PM
So dlm buku tu, dia ada sebut tak yg dia berterimakasih kpd Tun sebab menghumbankan dia ke dlm ISA?

takde sebut la pulak. Maybe Confidential kot. :)

TokCu
30-11-2012, 04:36 PM
So dlm buku tu, dia ada sebut tak yg dia berterimakasih kpd Tun sebab menghumbankan dia ke dlm ISA?

nape? isa telah menyelamatkan dia daripada dihantar ke guantaanamo ke?

AureLia
30-11-2012, 04:39 PM
takde sebut la pulak. Maybe Confidential kot. :)

Ooo.. ok, thank you.. :">

nape? isa telah menyelamatkan dia daripada dihantar ke guantaanamo ke?

Entahlah.. ada forumer kata, tun masukkan dia ke ISA utk selamatkan dia dari MI5/Mossad... :-?

jamtulenmurah
30-11-2012, 04:41 PM
Ooo.. ok, thank you.. :">

Entahlah.. ada forumer kata, tun masukkan dia ke ISA utk selamatkan dia dari MI5/Mossad... :-?

idak la gitu. Mossad kalau dah aim takde sapa leh halang. terus terminate mcm tu je.

kalau tokcu ckp guantanamo ada possible, sebab beliau ni dikehendaki pasal penglibatan di Afghan, indon dan moro. So memang ada dalam list wanted tu.

Sekarang dah clear kot. Entahla. :)

ikanjos79
30-11-2012, 04:52 PM
Ooo.. ok, thank you.. :">

Entahlah.. ada forumer kata, tun masukkan dia ke ISA utk selamatkan dia dari MI5/Mossad... :-?

zaman tun, kalo nak jihad islam, memang konfom masuk isa. ramai tokoh agama yg dah masuk situ... ibrahim libya kena tembak sbb tak benarkan dirinya ditangkap polis zaman tun.

ikanjos79
30-11-2012, 04:53 PM
nak cari la buku ni.
brape harga?
selain beli online, kat kedai buku ada ke?

AureLia
30-11-2012, 04:55 PM
idak la gitu. Mossad kalau dah aim takde sapa leh halang. terus terminate mcm tu je.

kalau tokcu ckp guantanamo ada possible, sebab beliau ni dikehendaki pasal penglibatan di Afghan, indon dan moro. So memang ada dalam list wanted tu.

Sekarang dah clear kot. Entahla. :)

Kan ada forumer tadi tu bgtau yg dia berterima kasih kpd Tun sebab masukkan dia dlm Isa..

zaman tun, kalo nak jihad islam, memang konfom masuk isa. ramai tokoh agama yg dah masuk situ... ibrahim libya kena tembak sbb tak benarkan dirinya ditangkap polis zaman tun.

Tapi yg ni katanya Tun masukkan dlm ISA sebab nak selamatkan org tu..

danzaimar
30-11-2012, 04:59 PM
kawe check kat web us...mmg ada nama dia. :(

bahaya ni..kot2 die kuar je konfem kena tangkap...

ikanjos79
30-11-2012, 06:20 PM
Kan ada forumer tadi tu bgtau yg dia berterima kasih kpd Tun sebab masukkan dia dlm Isa..

Tapi yg ni katanya Tun masukkan dlm ISA sebab nak selamatkan org tu..

saya rasa maksud dia cam nie (dlm perbandingan mudah):

Ali duk perlis nak ke KL naik bas. tiket bas dah beli. ali minta tolong bapak dia hantar ke stesen bas naik motor. tengah jalan, motor bapak dia pancit. dia pun terlepas bas tu. bvalik rumah dia tengok berita di tv bagitau bas yg dia nak nai tu xcdent. suma mati.

ali terselamat sebab motor bapak dia pancit. bapak dia pun bukan saja2 nak pancitkan motor.

tapi kerana allah nak selamatkan ali. Motor pancit tu hanya sbg jalannya sj...
:D:D:D

lambda123
30-11-2012, 06:37 PM
bila kena tekan dek kuasa luar, kerajaan sendiri jadi talibarut menikam belakang seorang pejuang. #:-S

nie namanya politik antarabangsa. baik korban kan satu hero dari terkorban satu negara. hero jadi kambing hitam tetap di sanjung sampai bila2.

mamaimran
30-11-2012, 07:03 PM
org kampung mama ni,org jalan kebun..low profile orgnya dengor citer dari org2 ATM sektar shah alam ni mengatakan beliau ni pernah dianugerahkan sebagai tentera terbaik bagi seluruh tentera komanwel.:)cgrock

Rishhana
30-11-2012, 07:11 PM
terbaik dan menarik

CyberMachine
30-11-2012, 07:25 PM
nie namanya politik antarabangsa. baik korban kan satu hero dari terkorban satu negara. hero jadi kambing hitam tetap di sanjung sampai bila2.

tepat sekali

ibeceivy
30-11-2012, 08:13 PM
apapun kagum dengan semangatnya yg membantu sesama Islam walaupun sukar..

abalin
30-11-2012, 09:13 PM
Memang low profile dan otak berisi orangnya. Kalau tak silap, family background dia pun bukan calang2, very strong, ada bisnes, kilang bagai.

jamtulenmurah
30-11-2012, 09:14 PM
nak cari la buku ni.
brape harga?
selain beli online, kat kedai buku ada ke?

MPH ada bos. Dalam RM30 je kot.

iwanawi
30-11-2012, 09:22 PM
oh senior sekolahku rupanya..baru tau cerita dia..

insyaAllah cari masa ajak dia keluar...mesti best ni dpt korek cerita

jamtulenmurah
30-11-2012, 09:24 PM
oh senior sekolahku rupanya..baru tau cerita dia..

insyaAllah cari masa ajak dia keluar...mesti best ni dpt korek cerita

Jgn lupa hapdate sini nanti bos. :)

iwanawi
30-11-2012, 09:39 PM
Jgn lupa hapdate sini nanti bos. :)

insyaAllah tuan :)cgrock

thanks jgk share cite ni..baru la tau :)paid

bukan pe..kitorang selalu gather...tp xpenah tau latar blkg masing2...segala jawatan tan sri, dato sri, datuk, dr., prof, panglima, kolonel, imam, ustaz letak tepi bila dh keluar minum teh sama2...panggil aku kau je...lebih2 pn panggil abg :))

so bila dh tau ni boleh la attack yg mana org nye :)cgrock

Rishhana
30-11-2012, 10:01 PM
Memang low profile dan otak berisi orangnya. Kalau tak silap, family background dia pun bukan calang2, very strong, ada bisnes, kilang bagai.

kilang plastic kalau tak silap

abalin
01-12-2012, 12:22 AM
kilang plastic kalau tak silap

Yup, betul tu. Kilang plastik.

jokolungo
01-12-2012, 03:22 AM
BELI DI MPH ONLINE (http://mphonline.com/books/nsearchdetails.aspx?&pcode=9789675863004)

Synopsis:
Buku ini adalah memoir peribadi seorang bekas pegawai tentera yang telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Ia menceritakan pengalamannya sebagai seorang aktivis bantuan kemanusian dan ketika di dalam tahanan.
Biodata Penulis
Abdul Manaf bin Kasmuri dilahirkan pada 28 Mei 1955 di Kampung Batu 7 Jalan Kebun, Klang Selangor. Beliau mendapat pendidikan ketenteraan di Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi sebagai seorang Putera. Seterusnya menghadiri latihan Pegawai Kadet di Port Dickson dan melanjutkan pelajaran di Royal Academy of Sanhurst di England,UK. Pulang ke Malaysia pada tahun 1976 dan ditauliahkan sebagai Pegawai di dalam Rejimen Askar Melayu Diraja, sepanjang berkhidmat di dalam Angkatan Tentera Malaysia beliau telah memegang beberapa jawatan pemerintah sehinggalah sebagai Ketua Divisyen Putera Maktab Tentera Diraja. Beliau bersara secara opsyenal pada awal Januari 1995, seterusnya menceburkan diri dalam bantuan kemanusiaan terutamanya di kawasankawasan konflik dan peperangan.

sepupu mak aku ni.... kira 2 sepupu aku. tapi aku tak tau ape ape citer.

TokCu
01-12-2012, 09:04 AM
sepupu mak aku ni.... kira 2 sepupu aku. tapi aku tak tau ape ape citer.

sepupu mak ko maknenya dia tu pangkat bapak sepupu ko le:)

jamtulenmurah
01-12-2012, 10:00 AM
sepupu mak aku ni.... kira 2 sepupu aku. tapi aku tak tau ape ape citer.

sepupu mak ko maknenya dia tu pangkat bapak sepupu ko le:)

Bapak sedara je la senang cite. :))

jgn peningkan kepala. Bos joko boleh hadate sini kisah selanjutnya. :)

Apa dah jadi ngan pahlawan Melayu ni sekarang?

TokCu
01-12-2012, 10:07 AM
Bapak sedara je la senang cite. :))

jgn peningkan kepala. Bos joko boleh hadate sini kisah selanjutnya. :)

Apa dah jadi ngan pahlawan Melayu ni sekarang?

beza benar tu bang...
dalam susur galur salasilah keturunan setiap hubungan mempunyai pangkat tertentu
dalam bab Munakahat pula bapa saudara dan anak saudara perempuan haram kahwin
tetapi bapa sepupu dan anak sepupu perempuan yang masih bujang hukumnya harus kahwin

... kita orang Melayu zaman sekarang kena hidupkan balik mengenal salasilah keturunan untuk merapatkan silaturraahim disamping memperkuatkan institusi masyaraakat

AureLia
01-12-2012, 01:32 PM
saya rasa maksud dia cam nie (dlm perbandingan mudah):

Ali duk perlis nak ke KL naik bas. tiket bas dah beli. ali minta tolong bapak dia hantar ke stesen bas naik motor. tengah jalan, motor bapak dia pancit. dia pun terlepas bas tu. bvalik rumah dia tengok berita di tv bagitau bas yg dia nak nai tu xcdent. suma mati.

ali terselamat sebab motor bapak dia pancit. bapak dia pun bukan saja2 nak pancitkan motor.

tapi kerana allah nak selamatkan ali. Motor pancit tu hanya sbg jalannya sj...
:D:D:D

paham... tapi dlm cerita forumer seblm ni, seolah2 tun mcm sengaja masukkan dia ke sana... anyway, let it be.. nak berspekulasi pun payah gak... :D

muaqall
01-12-2012, 02:42 PM
..hmmm..OC aku dulu kat RMC...

..aku ingat lagi kate2 dia..hahaha

.."pisau kalau di beri pada doktor boleh menyelamatkan nyawa, akn tetapi jika di beri pada pembunuh..you pon tau apa akan jadi.."

..kes aku bertumbuk waktu camping..hahaha'

..terus kene mengadap dia waktu tu jugak...best..

..salute to the armed forces....

habiburrahman
01-12-2012, 02:45 PM
thumbs up for TT.

jokolungo
01-12-2012, 11:07 PM
paham... tapi dlm cerita forumer seblm ni, seolah2 tun mcm sengaja masukkan dia ke sana... anyway, let it be.. nak berspekulasi pun payah gak... :D

patut dia saman kerajaan malaysia kerana masukkan isa. macam 4 pemimpin pakatan yang menang rm4juta tu..

Jess.Malik
02-12-2012, 01:45 AM
Kapten aku satu batch di RMC dengan dia ni

Masa reunion dia datang, kaki tempang sebelah akibat perang di Bosnia, orangnya kecik aje tapi semangatnya besar.

Buku dia ada cover up sikit kalau tak, mana boleh lepas publish

Nama dia still ada kat laman web UN sebagai pengganas, kalau tak dia dah ke Bosnia atas jemputan presiden bosnia skang yg sama2 berjuang sekali dulu, kalau travel ke luar juga mmg kena tangkap la

Bab ISA tu dia beritahu kepada kapten den dan jugo kawan2 lain, dia berterima kasih kepada tun kerana mmg tun masukkan dia dalam ISA utk elakkan dia kena cekup dengan MI5 dan Mossad. Sewaktu dalam ISA, MI5 dan Mossad ada datang buat soal siasat tapi takat tu je la, diorang request utk bawak kuar Malaysia tapi ISA jadi batu penghalang.

Ada banyak juga kapten aku citer tapi baca buku lagi menarik rasanya

Anak2 dia mmg menjadi betul, alhamdulillah

Kalau ikutkan Tun M pun dah lama patut kena bunuh kerana kerja belakang tabir beliau...

qba437
02-12-2012, 01:51 AM
cian plk biler kena isa

ada sebab dia kena ISA tuh..bukan atas alasan seperti yang semua orang sangkakan..kalu tak tahu hal sebenar..jangan buat spekulasi..

qba437
02-12-2012, 01:52 AM
Kapten aku satu batch di RMC dengan dia ni

Masa reunion dia datang, kaki tempang sebelah akibat perang di Bosnia, orangnya kecik aje tapi semangatnya besar.

Buku dia ada cover up sikit kalau tak, mana boleh lepas publish

Nama dia still ada kat laman web UN sebagai pengganas, kalau tak dia dah ke Bosnia atas jemputan presiden bosnia skang yg sama2 berjuang sekali dulu, kalau travel ke luar juga mmg kena tangkap la

Bab ISA tu dia beritahu kepada kapten den dan jugo kawan2 lain, dia berterima kasih kepada tun kerana mmg tun masukkan dia dalam ISA utk elakkan dia kena cekup dengan MI5 dan Mossad. Sewaktu dalam ISA, MI5 dan Mossad ada datang buat soal siasat tapi takat tu je la, diorang request utk bawak kuar Malaysia tapi ISA jadi batu penghalang.

Ada banyak juga kapten aku citer tapi baca buku lagi menarik rasanya

Anak2 dia mmg menjadi betul, alhamdulillah

skang nih ISA dah tak ada...:D..

qba437
02-12-2012, 01:54 AM
patut dia saman kerajaan malaysia kerana masukkan isa. macam 4 pemimpin pakatan yang menang rm4juta tu..

dia tuh kene ISA atas sebab keselamatan negara..banyak rahsia negara dia pegang..terutamanya operasi terselindung..

AuraSuccess_88
02-12-2012, 07:50 AM
ada sebab dia kena ISA tuh..bukan atas alasan seperti yang semua orang sangkakan..kalu tak tahu hal sebenar..jangan buat spekulasi..

eh mana de saya buat spekulasi..takkan simpati ngan yang tertuduh pon spekulasi? memanglah disebaliknya kita tak tahu..hanya Allah yang tahu akan kebenarannya..

letstorque
03-12-2012, 01:41 AM
tambah la ramuan lagi. Apa yg bos cari pasal kolonel ni? :-?

Dulu pernah terbaca, tapi dah lama, dah lupa cerita pasal dka ni.
Walaupun aku baca paper, tapi aku tahu dia ni benar, berani dan aku sangat respect kat dia.

Aku baca buku pasal orang perang kat Bosnia, banyak cakap kena sekat bekalan oleh Israel, Russia.

Dan masa kat Kosovo pun, walaupun US hantar askar, Apache pun ada, tapi Apache tak ada operational sorties, buat show je.

jamtulenmurah
03-12-2012, 11:55 PM
http://4.bp.blogspot.com/-7AYzkqjzoOQ/ULV-bQcHhRI/AAAAAAAACMA/GwoaQkj-hm8/s640/mmw14.jpg
Jeneral UK Sir John Cheshire tulis guna bahasa melayu kepada komander Malaysia di Bosnia

ikmal_putra
17-07-2013, 08:29 AM
terbaik buku ni

fitxleaf
17-07-2013, 09:01 AM
mna jamtulen skg eh? syok r klo dia kuarkn artikel2 cmni. atleast dpt mgajak kita berfikir.