PDA

View Full Version : Share/Info awak kolar apa? saya kolar putih. saya pula kolar biru.


david.cronenberg
07-11-2012, 04:00 PM
PERBEZAAN KOLAR PUTIH & KOLAR BIRU

KOLAR BIRU

Pekerja kolar biru merupakan pekerja yang mengerjakan kerja - kerja manual. Ia biasanya berbeza dengan kelas pekerja yang lain seperti pekerja kolar putih dan sebagainya.
pekerja kolar biru biasanya merupakan seorang pekerja mahir dan pekerja tak mahir dan terlibat dalam industri perlombongan,pembinaan,perniagaan,kerja mekanikal, dan kerja-kerja pembaikan.

http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRq3O6pldlZ57XqkcH-U6EkattUvhshUtUaR8o87cMk8f9P5dc16o9V8Cw


KOLAR PUTIH

Pekerja kolar putih merujuk kepada pekerja yang melakukan pekerjaan yang tidak melibatkan kerja manual. Ia berlawanan dengan pekerja kolar biru.
kerja yang dilakukan oleh golongan pengurusan (profesional, perkeranian dan sebagainya iaitu bukan kerja kasar yg memerlukan kekuatan tenaga);


http://www.open.edu/openlearn/files/ole/ole_images/people/unidentified-people/white-shirt/white%20shirt_5_1.jpg

JENAYAH KOLAR PUTIH

Jenayah kolar putih ialah jenayah yang dilakukan oleh seseorang terhormat dan berstatus tinggi dalam pekerjaannya. Disebabkan jenayah ini dilakukan oleh mereka yang berstatus tinggi dalam pekerjaan, jenayah kolar putih bertindan dengan jenayah korporat kerana kesempatan untuk melakukan penipuan, rasuah, perdagangan orang dalam, penggelapan wang, jenayah komputer, pencurian identiti, dan pemalsuan lebih mudah dibuat oleh pekerja kolar putih.


http://totalqualitymanagement.files.wordpress.com/2010/01/solutions-for-clients.jpg


GAMBAR beza kolar putih & biru

http://english.cri.cn/mmsource/images/2007/04/11/4352status.jpg


Si Kolar Putih dan Si Kolar Biru

Kolar Putih kerjanya lebih ekslusif. Di dalam ofis selain melibatkan diri dalam dokumen, pendek kata dalam ruang lingkup pejabat. Manakala si Kolar Biru pula lebih kepada co worker dalam industri atau field. Kuli atau mungkin si pengais pagi makan pagi, petang makan petang.

Skeptikal memandang hina pekerja pengutip sampah sangat tipikal dalam masyarakat kita.

Tapi bagaimana kalau ‘sampah’ itu sendiri dilakukan oleh mereka yang berkolar putih?
Busuknya tidak berbau
Tetapi tetap disanjung.

Pangkat dah makin tinggi kadang-kadang membuatkan manusia buta…

Minum air tin, tin nya usahkan di buang ke dalam tong, diletak sahaja kat sebelah tepi tempat dia duduk.
Makan kuih-kuih/keropok lekor, selamba saja buang plastic bungkus tu kat atas tanah.

Kesedaran harus lah ada di dalam diri tidak kira anda kolar putih atau kolar biru.

sumber dewan bahasa etc.

TokCu
07-11-2012, 04:06 PM
Pangkat dan darjat selalu dipandang dalam masyarakat
kadang kala boleh melemahkan institusi masyarakat

sedangkan rezeki itu anugerah Allah,
kedudukan pangkat darjat adalah rantaian sosial yang sepatutnya saling berkaitan dan bertolongan

Dzoolhelmi™
07-11-2012, 04:17 PM
saya kerja yg xda kolar

shah09
07-11-2012, 04:18 PM
saya round neck

dragger
07-11-2012, 04:19 PM
kolar baju berdaki:-)

Bro_Izantie
07-11-2012, 04:20 PM
aku berkolar biru...member aku ada yg hijau dan putih..:)

muridmurid
07-11-2012, 04:21 PM
harini kolar saya warna coklat

dah lama tak dengar istilah kolar2 ni

PipPip
07-11-2012, 04:23 PM
kolar baju berdaki:-)


kolar hitam ler tu :D

kasem_hashim
07-11-2012, 04:24 PM
sy hari ni kolar warna warni mcm pelangi :D:D:D

hohohohoho
07-11-2012, 04:25 PM
hari saye berkolar hitam

bimmers
07-11-2012, 04:27 PM
saya kolar teluk belanga..

skyside
07-11-2012, 04:28 PM
aku kolar putih.
kdg2 tak cukup org, pegi kover- kolar biru :)paid

MeGusta562
07-11-2012, 04:29 PM
dari dulu tertanya tanya. thanks TT

taufic
07-11-2012, 04:30 PM
pompuan macam mana?
yg pakai baju kurung, kebaya itu ini hehe
bila mai bab jenayah nampak bayang laki saja
diskriminasi ni

S.Y.E.D
07-11-2012, 04:33 PM
kalau tukang bang di mejid lagu mane plok.. kolar mende

Lancelot
07-11-2012, 04:37 PM
hari2 kolar aku berlainan warna :)) :)) :D

david.cronenberg
07-11-2012, 04:37 PM
kalau tukang bang di mejid lagu mane plok.. kolar mende
kira kolar biru (tak bergaji tapi insyaAllah berpahala) sebab menggunakan tenaga lebih.

viper207
07-11-2012, 04:41 PM
harinie den pakai kolar biru... semalam dah pakai kolar putih

besok mungkin nak try pakai kolar belang-belang plak :D

MHaffiezMNazri
07-11-2012, 04:43 PM
Prefer round neck :)

pengemis_pip90
07-11-2012, 04:46 PM
aku pakai kolar v hari ni..wakakakakaka..

Zulkarnine
07-11-2012, 04:56 PM
aku pakai t-shirt round neck je...

epozer
07-11-2012, 05:00 PM
kolar putih sekali "merompak" penjara maximum 2 tahun....

kolar biru sekali merompak penjara minimum 10 tahun......


true story...

viper207
07-11-2012, 05:33 PM
kolar putih sekali "merompak" penjara maximum 2 tahun....

kolar biru sekali merompak penjara minimum 10 tahun......


true story...

kolar putih sekali merompak xde sorang pown mati

kolar biru sekali merompak 2-3 orang mati :D

hani85
07-11-2012, 05:49 PM
yang kolar putih kalau buat jahat, boleh2 depa nak sorok. yang kolar biru, benda kecik pun tp dia punya berkokok, riuh satu dunia.

"drebar bawak lari duit artis RM200,000".
"konstabel didakwa atas kesalahan minta rasuah RM100 dari seorang jurutera"


what a stinky world we live in.

hani85
07-11-2012, 05:51 PM
nak suruh anak jangan kentut kuat2 tapi dia sendiri kentut kuat siap busuk lagi dengan ade bunyi prottttt prottt prottt macam bunyi bot.

viper207
07-11-2012, 05:55 PM
nak suruh anak jangan kentut kuat2 tapi dia sendiri kentut kuat siap busuk lagi dengan ade bunyi prottttt prottt prottt macam bunyi bot.

euuuw... xsenonoh laa kor nie hani :-&:-&:))

skYnEt-gEnIUs
07-11-2012, 08:12 PM
aku xde kolar,haha..

Mizz Adilla
07-11-2012, 08:17 PM
Aku xde baju yg berkolar.hehe..

cipakuk
07-11-2012, 11:35 PM
den tak da kolar...sbb masa keja den tak pakai baju...wakakakkaa

irsaffy
07-11-2012, 11:41 PM
biru ke putih xpenting..yg penting masyuk ke tak..

jak70
08-11-2012, 12:25 AM
bt kerja x pkai bju...jd kolar transparent :)) agak bahaya skop kerja..jenayah pun melampau:eek:

david.cronenberg
08-11-2012, 11:27 AM
kolar putih sekali "merompak" penjara maximum 2 tahun....

kolar biru sekali merompak penjara minimum 10 tahun......


true story...
kolar biru langgar lampu merah, kata tak tau undang2. padahal kolar putih pon langgar lampu merah.

xalimx
08-11-2012, 12:08 PM
hari ni kolar pink...semalam biru...esok hitam kowt...

david.cronenberg
19-11-2012, 11:23 AM
ramai gak yg komen kolar warna warni. uhm.

lokman80
19-11-2012, 11:32 AM
saya pakai pagoda je... sayurrr...sayuurrrr...sayurrrrr.....