PDA

View Full Version : Sejarah kehidupan Rasulullah (sebelum dan selepas menjadi Rasul Allah)

Nizam Safuan
06-11-2012, 10:30 PM
Salam sahabat2 yg dikasihi. Disini saya nk share sedikit sebanyak ttg perjalanan kehidupan Rasulullah (pada sebelum dan selepas diangkat menjadi Rasul.

Sejarah nabi Muhammad sebelum diangkat menjadi Rasul

Umur 0 - Nabi dilahirkan pada 12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan dgn 20 April 571 Masihi, kira-kira 571 tahun selepas kelahiran Nabi Isa as. Keturunan Bani Hashim yg dihormati dari kalangan suku-suku arab. Bapanya Abdullah bin Abdul Mutalib seorang usahawan yg berpengaruh dan ibunya Aminah datang dari keluarga keturunan bangsawan yg baik-baik, yang mempunyai susur galur dengan keturunan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.

Umur 1 - disusukan oleh Halimatussaddiah. Budaya org kaya Arab hantar bayi kpd ibu susuan diluar kota mekah agar bayi-bayi dpt menghirup udara yg bersih, terhindar dari penyakit kota dan dapat berbicara dgn bahasa yg murni dan fasih.

Umur 3 - diajar menggembala kambing. Budaya org kaya Arab sebagai satu bentuk pendidikan

Umur 5 - dihantar semula kepada ibu kandungnya Aminah binti Wahab

Umur 6 - Aminah wafat, nabi dibela oleh datuknya Abdul Mutalib ketua pemimpin kaabah di kota mekah. Masyarakat arab pada zaman itu adalah masyarakat yg bertamadun, punya struktur pemerintahan sendiri dan pusat pentadbiran yg dikenali sebagai Darunnadwah.

Umur 8 - Datuknya wafat dan nabi dibela oleh bapa saudaranya Abu Talib juga seorang pemimpin di kota mekah berketurunan bangsawan. Bapa saudara nabi yg lain seperti Al-Harith, Qutham, Az-Zubair, Hamzah, Al-Abbas, Abu Lahab, Abdul Kaabah, Hajl, Dhirar, Al-Ghaidak (sebelah bapanya)

Umur 12 - Diajar berniaga ke Syam oleh bapa saudaranya Abu Talib

Umur 15 – Diberikan tanggungjawab mengendalikan bantuan logistik dalam perang yang dikenali sbg Harbul Fijar (Nabi belajar selok belok peperangan)

Umur 17 - Nabi menyertai sebuah pertubuhan ala-NGO yg dikenali sebagai Halful Fudhul yg berperanan membenteras masalah sosial di kota mekah. Pertubuhan ini masih wujud sampai sekarang

Umur 20 - Mengetuai berpuluh kabilah unta berdagang dari mekah ke syam yg jaraknya kira-kira 900km

Umur 25 - Berkahwin dgn Siti Khadijah, seorang janda yang kaya raya

Umur 33 - Nabi dilantik menjadi hakim menyelesaikan masalah perletakan Hajaratul Aswad di kota mekah

Umur 35 - Dianugerahkan gelaran Al-Amin

Umur 37 - Mengasingkan diri dgn bertahnud (pemusatan jiwa) di Gua Hirak

Umur 40 - Nabi mendapat wahyu pertama dan secara rasminya diangkat menjadi Rasul.

Perjalanan selepas diangkat menjadi Rasul Allah

Umur 40 - Mendapat wahyu yg pertama iaitu surah Al-Alaq (ayat 1-7). 3 tahun selepas itu turun wahyu yg seterusnya iaitu Surah Al-Qalam (ayat 1-7), surah Al-Muzammil (ayat 1-7), surah Al-Mudatsir (ayat 1-7) dan seterusnya surah Al-Fatihah (surah pertama yg diturunkan lengkap. Inilah surah yg dikenali sebagai ummul-kitab dan dikatakan sebagai perkataan yg berat dalam 73:5)

Umur 40-53 - Baginda menyampaikan wahyu secara senyap-senyap dan bersembunyi di rumah2 sahabatnya yg dikenali sebagai Abu Abdillah al-Arqam bin Abi al-Arqam, seorang ahli perniagaan berpengaruh dari kalangan suku Makhzum. Wahyu yg diturunkan pada waktu ini dikenali sebagai surah makiyyah.

Umur 45 - mencari bantuan perlindungan dari Raja Habsyah yg beragama Nasrani kerana Nabi dan pengikut2nya ditindas oleh kaum musyrikin mekah. Umar Al-Khattab dan bapa saudaranya Hamzah masuk Islam.

Umur 50 - Tahun kesedihan bagi Nabi. Abu Talib dan Siti Khadijah wafat.

Umur 51 - Peristiwa Isra Mikraj. Nabi diperturunkan perintah solat dari Allah.

Umur 52 - Perjanjian Aqabah yg pertama. 13 org dari Yathrib bertemu Rasulullah di kota mekah utk masuk islam dan menyatakan janji setia (berbaiah) kepada Allah dan Rasulullah

Umur 53 - Nabi berhijrah ke Yathrib utk proklamasi kerajaan Islam yg dinamakan sebagai Madinah. Merangka dan melaksanakan undang-undang Piagam Madinah. Mendirikan masjid Quba sebagai tempat beribadah, bermesyuarat, berniaga, pentadbiran dsb. Wahyu yg diturunkan pada waktu ini dikenali sebagai surah madaniyyah.

Umur 55 - Perang Badar. Amr bin Hisyam (atau nama gelarannya Abu Jahal, ketua org musyrikin) mati dalam peperangan ini. Abu Sufyan ambil alih pemerintahan kota mekah.

Umur 56 - Perang Uhud
Umur 58 - Perang Khandak/Ahzab
Umur 58 - Kaum musyrikin kalah dalam perang Khandak. Perjanjian Hudaibiyah diadakan antara kaum muslimin dan kaum musyrikin bagi membolehkan umat islam mengerjakan haji di kaabah.

Umur 61 - Kaum musyrikin mekah memungkiri Perjanjian Hudaibiyah. Mekah diperangi dan ditakluki oleh kaum muslimin dalam peperangan yg dikenali sebagai peperangan Al-Fath. Abu Sufyan masuk islam. Syiar islam disebarkan ke seluruh dunia.

Siri-siri peperangan selepas Penaklukan kota Mekah

Umur 61 – Perang Mut’ah (Pembawa utusan, Harith b. Umair al-Azdi dibunuh oleh Raja Basrah, wakil Hercules)
Umur 61 – Perang Hunain (Puak Hawazin dan Thaqif menyerang Makkah bagi mengelakkan puak mereka diserang)
Umur 62 – Perang Tabuk (Raja Rom Hercules ingin menyerang Madinah mendengarkan siri kemenangan umat Islam dalam perang-perang sebelumnya)

Umur 63 - Nabi wafat kesan daripada diracun.

Semoga memberi manfaat. Yg baik datang dari Allah, yg buruk datang dari kelemahan diriku ini.
Terima kasih

Nizam Safuan
06-11-2012, 10:46 PM
Harap memberikan manfaat. Saya ringkaskan agar mudah difahami

MHaffiezMNazri
06-11-2012, 10:53 PM
Umur 0 - Nabi dilahirkan pada 12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan dgn 20 April 571 Masihi, kira-kira 571 tahun selepas kelahiran Nabi Isa as. Keturunan Bani Hashim yg dihormati dari kalangan suku-suku arab. Bapanya Abdullah bin Abdul Mutalib seorang usahawan yg berpengaruh dan ibunya Aminah datang dari keluarga keturunan bangsawan yg baik-baik, yang mempunyai susur galur dengan keturunan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.
Umur 5 - dihantar semula kepada ibu kandungnya Aminah binti Wahab

Sekadar bertanya:

Abdullah bin Abdul Mutalib - tapi ini zaman Jahiliah... Allah, bermaksud Tuhan yang Satu telah lama digunakan walau sebelum baginda menjadi nabi.....

Ada juga tuhan bulan yang disembah yang diberi nama Allah
http://alisina.org/wp-content/uploads/2010/11/allah-moon-god.jpg

Aminah binti Wahab - wahab salah satu nama Tuhan... pun zaman jahiliah.....

Kenapa bila orang kafir guna perkataan Allah ramai orang di sini melenting? Sedangkan perkataan Allah yang bermaksud Tuhan yang Satu telah lama digunakan masyarakat Arab Kristian, Malta Kristian, dan Arab Jahiliah (dan beberapa yang lain)...

(sekadar bertanya, nak melihat apa jawapan TT atau saudara2 lain :)

amuk293
06-11-2012, 10:54 PM
yg last skali tu nabi wafat kesan diracun??betul ke ni??

MHaffiezMNazri
06-11-2012, 10:56 PM
Umur 63 - Nabi wafat kesan daripada diracun.

yg last skali tu nabi wafat kesan diracun??betul ke ni??

Oh my God! Ya Allah! :(scam

Ibn Raffar
06-11-2012, 10:58 PM
TT, tarikh kelahiran 12 Rabiul Awal tu tiada dalil yang sahih kan...

p/s: cadangan ambe, bila mengisahkan apa2 tentang Nabi kita mestilah berlandaskan dalil sahih supaya niat baik kita tidak terjerumus ke dalam perbuatan 'berbohong mengenai diri Baginda SAW'.wallahu 'alam.

Nizam Safuan
06-11-2012, 11:00 PM
yg last skali tu nabi wafat kesan diracun??betul ke ni??

Yes. nabi wafat sbab pernah diracun oleh seorg wanita yahudi

Nizam Safuan
06-11-2012, 11:01 PM
TT, tarikh kelahiran 12 Rabiul Awal tu tiada dalil yang sahih kan...

Wallahua'lam. Allah lebih mengetahui

amuk293
06-11-2012, 11:01 PM
setahu saya ramai yg cuba racun Rasulullah tapi semuanya tak berjaya..adalah mustahil rasulullah wafat kesan dri diracun...agak2 laa nk copy and paste TT...klu betul,tepek ceritanya kat sini biar sama2 kita menilai......

Nizam Safuan
06-11-2012, 11:02 PM
Sekadar bertanya:

Abdullah bin Abdul Mutalib - tapi ini zaman Jahiliah... Allah, bermaksud Tuhan yang Satu telah lama digunakan walau sebelum baginda menjadi nabi.....

Ada juga tuhan bulan yang disembah yang diberi nama Allah
http://alisina.org/wp-content/uploads/2010/11/allah-moon-god.jpg

Aminah binti Wahab - wahab salah satu nama Tuhan... pun zaman jahiliah.....

Kenapa bila orang kafir guna perkataan Allah ramai orang di sini melenting? Sedangkan perkataan Allah yang bermaksud Tuhan yang Satu telah lama digunakan masyarakat Arab Kristian, Malta Kristian, dan Arab Jahiliah (dan beberapa yang lain)...

(sekadar bertanya, nak melihat apa jawapan TT atau saudara2 lain :)

Saya xtahu org lain. saya percaya sewaktu nabi diutuskan, pada waktu itu sudah ada org islam yg dikenali sebagai Milah Ibrahim :)

Nizam Safuan
06-11-2012, 11:03 PM

Saya x copy paste. Saya taip semula daripada rujukan Al-Quran terjemahan Rasm Uthmani dan sedikit bantuan wikipedia. Dr Asri pun kata Nabi wafat sbab diracun. Tuan maybe boleh mintak tolong Dr Google sbg bantuan :)

MHaffiezMNazri
06-11-2012, 11:03 PM
Yes. nabi wafat sbab pernah diracun oleh seorg wanita yahudi

Ya Allah jahilnya aku :( Tatau pun part ni!

Nizam Safuan
06-11-2012, 11:05 PM
Ya Allah jahilnya aku :( Tatau pun part ni!

Xpe. saya pun dlu jahil jugak :)

amuk293
06-11-2012, 11:07 PM
Saya x copy paste. Saya taip semula daripada rujukan Al-Quran terjemahan Rasm Uthmani dan sedikit bantuan wikipedia. Dr Asri pun kata Nabi wafat sbab diracun. Tuan maybe boleh mintak tolong Dr Google sbg bantuan :)

tolong bg linknya TT..aku nk baca..sebab aku google rata2 ckp tidak benar...

MHaffiezMNazri
06-11-2012, 11:07 PM
Saya xtahu org lain. saya percaya sewaktu nabi diutuskan, pada waktu itu sudah ada org islam yg dikenali sebagai Milah Ibrahim :)

Memang ada... yang beribadah sendiri - yang tidak menyembah berhala... tapi bagi kes ayah Rasulullah yang namanya Abdullah, dia bukan salah seorang dari mereka sebab:

Satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, iaitu ketika Nabi SAW ditanya oleh seseorang dengan katanya:

“Wahai Rasulullah, dimana bapaku?”. Nabi SAW menjawab, “dalam neraka”.

Ketika dia berpaling pergi, Nabi SAW memanggilnya dan berkata;

إِنَّ أَبِي وَأَبَاكَ فِي النَّارِ

Maksudnya;
“Sesungguhnya bapaku dan bapa kamu dalam Neraka."

MHaffiezMNazri
06-11-2012, 11:09 PM
Sorry, this is posted in English...

Narrated Anas bin Malik r.a.:
A Jewish woman brought a poisoned (cooked) sheep for the Prophet (peace and blessings be upon him) who ate from it.

He recognised that it was poisoned, so he sent for her and asked her:
“What induced you to do what you have done?"
She answered:
“I purposely wanted to kill you.”

The Prophet (peace and blessings be upon him) said:
“Allah s.w.t. will not allow you to do such.”

Then Ali r.a. asked: “Shall we kill her?”
The Prophet (peace and blessings be upon him) said: “No.”

Anas r.a. further said: “We continued to see the effect of the poison on the palate of the mouth of Allah’s Apostle.”
(Muslim)

Berfikir
06-11-2012, 11:10 PM
selalu tengok history channel.
tentera rom ni askar pro.
bukan calang-calang buleh lawan tentera rom nih.

hebat tentera islam zaman dulu.

TT
06-11-2012, 11:10 PM
Kenapa bila orang kafir guna perkataan Allah ramai orang di sini melenting?

takut nanti jadi mcm post bawah ni..seolah menyamakan..oh my god (biase digunakan oleh kristian)..Ya Allah (kita org Islam)

:D peace

Oh my God! Ya Allah! :(scam

Nizam Safuan
06-11-2012, 11:11 PM
tolong bg linknya TT..aku nk baca..sebab aku google rata2 ckp tidak benar...

tuan maybe buleh tgok youtube syarahan Dr Asri sbg bantuan. Bg saya mmg logik kerana nabi wafat pd usia yg muda iaitu umur 63 sedangkan baginda dikenali sbg manusia yg sgt pentingkan kesihatan. Kan? :)

Duffayoi14
06-11-2012, 11:11 PM
Sekadar bertanya:

Abdullah bin Abdul Mutalib - tapi ini zaman Jahiliah... Allah, bermaksud Tuhan yang Satu telah lama digunakan walau sebelum baginda menjadi nabi.....

Ada juga tuhan bulan yang disembah yang diberi nama Allah
http://alisina.org/wp-content/uploads/2010/11/allah-moon-god.jpg

Aminah binti Wahab - wahab salah satu nama Tuhan... pun zaman jahiliah.....

Kenapa bila orang kafir guna perkataan Allah ramai orang di sini melenting? Sedangkan perkataan Allah yang bermaksud Tuhan yang Satu telah lama digunakan masyarakat Arab Kristian, Malta Kristian, dan Arab Jahiliah (dan beberapa yang lain)...

(sekadar bertanya, nak melihat apa jawapan TT atau saudara2 lain :)

Kalo ko nk bertanya,

Better bukak thread lain,

Buat panas thread org je

Lagipn topic berbeza

syahays
06-11-2012, 11:12 PM
yg last skali tu nabi wafat kesan diracun??betul ke ni??

itu la..den baru tau ni..betol ke x..

Nizam Safuan
06-11-2012, 11:13 PM
Kalo ko nk bertanya,

Better bukak thread lain,

Buat panas thread org je

Lagipn topic berbeza

Takpe, boleh saja bertanya. saya tiada halangan :)

TT
06-11-2012, 11:14 PM
Yes. nabi wafat sbab pernah diracun oleh seorg wanita yahudi

tahu pasal Nabi disihir ppuan yahudi yg upah sape entah utk dapatkan rambut Nabi..tp pasal kena racun mmg xpernah dengar

MHaffiezMNazri
06-11-2012, 11:14 PM
takut nanti jadi mcm post bawah ni..seolah menyamakan..oh my god (biase digunakan oleh kristian)..Ya Allah (kita org Islam)

:D peace

Ianya hanya bahasa. Sebagai seorang yang bahasa ibunda Inggeris dan Melayu, aku selalu guna term Lord (Rabb) dan God (Allah) malah di luar negara pun sama... maksud terjemahan Quran pun sama:

http://c00022506.cdn1.cloudfiles.rackspacecloud.com/1_2.png
Praise is to God, Lord of the worlds

tak pe, yang penting Dia tahu siapa hambaNya yang bertaqwa

(saya tahu jawapan, cuma nak tengok siapa yang leh jawab)

Nizam Safuan
06-11-2012, 11:16 PM

Boleh aje guna term GOD. tiada masalah bg saya :)

MHaffiezMNazri
06-11-2012, 11:16 PM
Kalo ko nk bertanya,
Better bukak thread lain,
Buat panas thread org je
Lagipn topic berbeza

Takpe, boleh saja bertanya. saya tiada halangan :)

Bila tak bertanya, gelaplah minda... amarah itu dari Syaitan saudara :)

MHaffiezMNazri
06-11-2012, 11:18 PM
Berbalik pada topik asal...

Wow! Hari2 dapat ilmu baru... alhamdulillah!

Nizam Safuan
06-11-2012, 11:20 PM
Siapa pernah dengar nabi terlibat dlm perang harbul fijar dan join Halful fudhul sebelom diangkat jadi rasul? :)

Nizam Safuan
06-11-2012, 11:21 PM
Berbalik pada topik asal...

Wow! Hari2 dapat ilmu baru... alhamdulillah!

Alhamdulillah semoga memberi manfaat pada saudara :)

MHaffiezMNazri
06-11-2012, 11:23 PM
Siapa pernah dengar nabi terlibat dlm perang harbul fijar dan join Halful fudhul sebelom diangkat jadi rasul? :)

Tak :(

Bab sirah ni hamba masih banyak kekurangan...

Perjanjian Hilful Fudhul (Sokongan Rasulullah Terhadap Kafir Quraisy) (http://www.szlihin.com/2012/05/perjanjian-hilful-fudhul-sokongan.html)

League of Virtuous (Hilful-Fudhul) (http://www.al-islam.org/lifeprophet/6.htm)

Pasal Hilful ini saya faham sedikit tapi pasal Harbul ni saya tak tahu sangat...

dua-dua lemah.. boleh tuan cerita secara ringkas, padat dan tepat disini?

Jazakallah Khayran

myafham20
06-11-2012, 11:24 PM
copy tuan tanah..

MHaffiezMNazri
06-11-2012, 11:29 PM
Adik ni lagi tahu dari aku :(

http://www.youtube.com/watch?v=Yr4TONP99jU

Erm tapi cerita adik ni lain plak dari hadis tu... mungkin sebab dia kecik... salah cerita kot sebab hadis berbunyi:

Sahabat bertanya mau membunuh perempuan itu dan nabi melarang...

tapi adik ni cakap, nabi yang nak bunuh dia...

wallahu alam!

Ibn Raffar
06-11-2012, 11:30 PM
ambe ada terdengar hadits tentang wanita yahudi gagal meracuni Nabi setelah makanan yang diberikan kepada Baginda berkata2 bahawa ianya telah diracuni. nanti ambe cari dan update balik hadits tu..

MHaffiezMNazri
06-11-2012, 11:33 PM
ambe ada terdengar hadits tentang wanita yahudi gagal meracuni Nabi setelah makanan yang diberikan kepada Baginda berkata2 bahawa ianya telah diracuni. nanti ambe cari dan update balik hadits tu..

Hamba ada ini tapi dalam bahasa Inggeris:

Narrated Anas bin Malik r.a.:
A Jewish woman brought a poisoned (cooked) sheep for the Prophet (peace and blessings be upon him) who ate from it.

He recognised that it was poisoned, so he sent for her and asked her:
“What induced you to do what you have done?"
She answered:
“I purposely wanted to kill you.”

The Prophet (peace and blessings be upon him) said:
“Allah s.w.t. will not allow you to do such.”

Then Ali r.a. asked: “Shall we kill her?”
The Prophet (peace and blessings be upon him) said: “No.”

Anas r.a. further said: “We continued to see the effect of the poison on the palate of the mouth of Allah’s Apostle.”
(Muslim)

dari perenggan terakhir tu 'effect of the poison' Wallahu alam ia kategori gagal atau berjaya... kerana baginda kekal hidup... tapi hamba tatau jarak waktu antara kejadian ini dengan kewafatan baginda dan apakah ia penyebabnya.

Nizam Safuan
06-11-2012, 11:33 PM
Tak :(

Bab sirah ni hamba masih banyak kekurangan...

Perjanjian Hilful Fudhul (Sokongan Rasulullah Terhadap Kafir Quraisy) (http://www.szlihin.com/2012/05/perjanjian-hilful-fudhul-sokongan.html)

League of Virtuous (Hilful-Fudhul) (http://www.al-islam.org/lifeprophet/6.htm)

Pasal Hilful ini saya faham sedikit tapi pasal Harbul ni saya tak tahu sangat...

dua-dua lemah.. boleh tuan cerita secara ringkas, padat dan tepat disini?

Jazakallah Khayran

Masa perang Harbul Fijar ni umur nabi 15 tahun. dikatakan berlaku perang dari kalangan suku-suku arab, iaitu peperangan antara suku quraisy dan Kinanah di satu pihak, dgn suku Qais 'Ailan di lain pihak. Nabi ikut aktif dlm perang ini dgn beri bantuan pada pakcik2nya dgn menyediakan keperluan peperangan.

Xbyk rujukan pasal ni dlm internet. saya rujuk ni pun kat Al-Quran Rasm Uthmani. Page bahagian hadapan byk cerita ttg sejarah :)

Nizam Safuan
06-11-2012, 11:34 PM
copy tuan tanah..

Silakan... yg baik2 boleh share pada rakan2 yg lain :)

Nizam Safuan
06-11-2012, 11:44 PM
Adik ni lagi tahu dari aku :(

http://www.youtube.com/watch?v=Yr4TONP99jU

Erm tapi cerita adik ni lain plak dari hadis tu... mungkin sebab dia kecik... salah cerita kot sebab hadis berbunyi:

Sahabat bertanya mau membunuh perempuan itu dan nabi melarang...

tapi adik ni cakap, nabi yang nak bunuh dia...

wallahu alam!

Saya berpendapat ada banyak yg xbetul dgn apa yg budak ni katakan dalam video ni. antaranya Allah gelarkan Yahudi sebagai 'Apes and Pigs' (Beruk dan ****) dlm Al-Quran. Sebenarnya tiada pun. Saya dah cek :)

MHaffiezMNazri
06-11-2012, 11:48 PM

Itulah pendapat saya :D Mungkin adik ni terlebih excited :) Wallahu alam! Brainwashing ni bahaya... kalau silap leh jadi fitnah... sebab Allah dah firman tak semua Yahudi itu sama jahatnya...

TXT
06-11-2012, 11:49 PM
Info yg bermanfaat ni TT
ringkasan sirah Nabi Muhammad S.A.W :)cgrock

Nizam Safuan
07-11-2012, 12:41 AM
Info yg bermanfaat ni TT
ringkasan sirah Nabi Muhammad S.A.W :)cgrock

Terima kasih. Harap dpt panjangkan kpd sahabat2 yg lain ya :)

Nizam Safuan
07-11-2012, 12:42 AM
Itulah pendapat saya :D Mungkin adik ni terlebih excited :) Wallahu alam! Brainwashing ni bahaya... kalau silap leh jadi fitnah... sebab Allah dah firman tak semua Yahudi itu sama jahatnya...

Hehehe. maybe ada salah info yg dibagi pada budak ni.

MHaffiezMNazri
07-11-2012, 09:22 AM
Bump untuk perkongsian pagi

Nizam Safuan
07-11-2012, 09:50 AM
Bump untuk perkongsian pagi

terima kasih hehehe

cagar11th
07-11-2012, 11:16 AM
baru terbaca last week....Rasullullah xpenah sakit disebabkan kesihatan diri sendiri dan hanya 3 kali jatuh sakit disebabkan sihir.... betol ke x buku sy baca nie?....

ceklifxsniper
07-11-2012, 11:33 AM
... wahabi kata , menyambut mauludilrasul bidaah ...

MHaffiezMNazri
07-11-2012, 11:42 AM
... wahabi kata , menyambut mauludilrasul bidaah ...

Golongan salafi juga berpendapat sedemikian kerana baginda tidak pernah menyambutnya...

Ia bukan sunnah nabi, juga bukan sunnah khalifah rashidin ber-4

"Setiap bid'ah itu sesat walaupun (semua) manusia telah berpendapat satu-satu bid'ah (yang mereka lakukan itu) hasanah (baik)".
(Muslim)

"Aku berwasiat kepada kamu sekelian supaya bertakwa kepada Allah, mendengar dan taat sekalipun diperintah oleh hamba Habsyi. Sesungguhnya, sesiapa yang hidup selepas ini di antara kamu selepasku akan melihat perbalahan yang banyak, maka kembalilah kamu kepada sunnahku dan sunnah para khulafa ArRasyidin selepas peninggalanku, berpegang teguhlah dengannya, maka gigitlah dengan gigi geraham, kemudian berjaga-jaga dengan hal yang baru (bid'ah) sesungguhnya setiap ciptaan yang baru (dalam agama) itu adalah bid'ah dan setiap yang bid'ah adalah sesat."
(Ahmad Abu Daud At Tarmizi)

Ingatlah pesan Rasulullah dalam Khutbah Terakhirnya... dia tinggalkan dua benda... Quran dan Sunnah... berpegang teguhlah... pada dua ini... segala ibadah agama selepas zaman khulafah rashidin adalah ciptaan dan setiap ciptaan itu sesat dan yang sesat adalah ke neraka...

ps - zaman bidaah dan zaman ujian besar ini hampir tamat... bila khalifah terakhir muncul, inshaAllah dia akan mengembalikan umat islam pada ajaran islam sebenar sebelum kemunculan dajjal dan nabi isa :) inshaALLAH!

Wallahu alam :)

Mawlid di cipta oleh pembesar Mesir kerana melihat orang Kristian menyambut Krismas, kononnya hari lahir Isa...

lalu mereka ingin melakukan hal sama seperti mereka... kemudian fahaman mawlid ini tersebar ke seluruh dunia...

Wallahu alam!

fatwa (http://islamqa.info/en/ref/books/95)

kalamsiber
07-11-2012, 12:37 PM
Sekadar bertanya:

Abdullah bin Abdul Mutalib - tapi ini zaman Jahiliah... Allah, bermaksud Tuhan yang Satu telah lama digunakan walau sebelum baginda menjadi nabi.....

Ada juga tuhan bulan yang disembah yang diberi nama Allah
http://alisina.org/wp-content/uploads/2010/11/allah-moon-god.jpg

Aminah binti Wahab - wahab salah satu nama Tuhan... pun zaman jahiliah.....

Kenapa bila orang kafir guna perkataan Allah ramai orang di sini melenting? Sedangkan perkataan Allah yang bermaksud Tuhan yang Satu telah lama digunakan masyarakat Arab Kristian, Malta Kristian, dan Arab Jahiliah (dan beberapa yang lain)...

(sekadar bertanya, nak melihat apa jawapan TT atau saudara2 lain :)

:-?:-? ceq lak ingat2 lupa.., kalu xsilap cikgu ada cakap agama yg dianut sblom ISLAM agama HANIF tol ker erk??:-?

afifdaud
07-11-2012, 12:38 PM

pada zaman tu bukan semua sembah berhala
ada 1 golongan yg masih berpegang kepada agama nabi ibrahim
depa masih mentauhidkan Allah..
bapa nabi s.a.w. xpernah sembah berhala
ibu nabi s.a.w. pun xpernah sembah berhala

pada org Arab,Allah bermaksud Tuhan
sedangkan pada org melayu,Allah spesifik hanya pada islam..
tu pendapat aku la (tanpa mengira mana2 fahaman politik)

actually mende ni xsalah pun
cuma bagi org melayu
depa marah sbb takut terkeliru
tapi ada jgk pemimpin melayu cuba eksploitasi situasi ni
sbb nk jadi hero di mata masyarakat melayu

klau yg xbersetuju penggunaan Allah oleh org lain kerana
takut masyarakat islam di malaysia ni terkeliru,aku sokong la....

kawan aku pun ada jgk kata
klau depa nk guna jgk perkataan Allah ni
depa kena beriman dgn Allah org islam
jgn beriman dgn Allah org kristian

wallahu'alam

p/s: komen aku ni xde kena mengena dgn politik :)cgrock

afifdaud
07-11-2012, 12:39 PM
:-?:-? ceq lak ingat2 lupa.., kalu xsilap cikgu ada cakap agama yg dianut sblom ISLAM agama HANIF tol ker erk??:-?

btul dah tu
agama yg diamalkan oleh pengikut nabi ibrahim

MHaffiezMNazri
07-11-2012, 12:42 PM
kawan aku pun ada jgk kata
klau depa nk guna jgk perkataan Allah ni
depa kena beriman dgn Allah org islam
jgn beriman dgn Allah org kristian

wallahu'alam

p/s: komen aku ni xde kena mengena dgn politik :)cgrock

Bahaya kawan tuan tu! Cara dia cakap tu macam ada dua Allah bagi dia... sedangkan Allah itu Tuhan yang Satu!

http://c00022506.cdn1.cloudfiles.rackspacecloud.com/2_139.png

Say: Will ye dispute with us about Allah, seeing that He is our Lord and your Lord; that we are responsible for our doings and ye for yours; and that We are sincere in Him?

Katakanlah: "Patutkah kamu membuat bantahan terhadap kami mengenai Allah? Padahal Dia lah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagi kamu pula amal kamu, dan kami adalah ikhlas kepadaNya;

ceklifxsniper
07-11-2012, 12:42 PM
Golongan salafi juga berpendapat sedemikian kerana baginda tidak pernah menyambutnya...

Ia bukan sunnah nabi, juga bukan sunnah khalifah rashidin ber-4

"Setiap bid'ah itu sesat walaupun (semua) manusia telah berpendapat satu-satu bid'ah (yang mereka lakukan itu) hasanah (baik)".
(Muslim)

"Aku berwasiat kepada kamu sekelian supaya bertakwa kepada Allah, mendengar dan taat sekalipun diperintah oleh hamba Habsyi. Sesungguhnya, sesiapa yang hidup selepas ini di antara kamu selepasku akan melihat perbalahan yang banyak, maka kembalilah kamu kepada sunnahku dan sunnah para khulafa ArRasyidin selepas peninggalanku, berpegang teguhlah dengannya, maka gigitlah dengan gigi geraham, kemudian berjaga-jaga dengan hal yang baru (bid'ah) sesungguhnya setiap ciptaan yang baru (dalam agama) itu adalah bid'ah dan setiap yang bid'ah adalah sesat."
(Ahmad Abu Daud At Tarmizi)

Ingatlah pesan Rasulullah dalam Khutbah Terakhirnya... dia tinggalkan dua benda... Quran dan Sunnah... berpegang teguhlah... pada dua ini... segala ibadah agama selepas zaman khulafah rashidin adalah ciptaan dan setiap ciptaan itu sesat dan yang sesat adalah ke neraka...

ps - zaman bidaah dan zaman ujian besar ini hampir tamat... bila khalifah terakhir muncul, inshaAllah dia akan mengembalikan umat islam pada ajaran islam sebenar sebelum kemunculan dajjal dan nabi isa :) inshaALLAH!

Wallahu alam :)

Mawlid di cipta oleh pembesar Mesir kerana melihat orang Kristian menyambut Krismas, kononnya hari lahir Isa...

lalu mereka ingin melakukan hal sama seperti mereka... kemudian fahaman mawlid ini tersebar ke seluruh dunia...

Wallahu alam!

fatwa (http://islamqa.info/en/ref/books/95)

...klu ada masa tu , cuba dengar dan faham apa yg dimaksudkan ...waallahu a'lam....

sama2 berlapang dada ...

http://www.youtube.com/watch?v=MsLK_dJWBuY

afifdaud
07-11-2012, 12:45 PM
perang khaibar xde ke?
ke perang khaibar ni lepas Nabi s.a.w. wafat?

:-?

MHaffiezMNazri
07-11-2012, 12:46 PM
btul dah tu
agama yg diamalkan oleh pengikut nabi ibrahim

Tapi ayah baginda bukan salah seorang pengikut agama nabi Ibrahim itu sebab ada hadis baginda sabda:

diriwayatkan oleh Imam Muslim, iaitu ketika Nabi SAW ditanya oleh seseorang dengan katanya, “Wahai Rasulullah, dimana bapaku?”. Nabi SAW menjawab, “dalam neraka”.

Ketika dia berpaling pergi, Nabi SAW memanggilnya dan berkata;

إِنَّ أَبِي وَأَبَاكَ فِي النَّارِ

Maksudnya;
“Sesungguhnya bapaku dan bapa kamu dalam Neraka"

afifdaud
07-11-2012, 12:53 PM
Bahaya kawan tuan tu! Cara dia cakap tu macam ada dua Allah bagi dia... sedangkan Allah itu Tuhan yang Satu!

http://c00022506.cdn1.cloudfiles.rackspacecloud.com/2_139.png

Say: Will ye dispute with us about Allah, seeing that He is our Lord and your Lord; that we are responsible for our doings and ye for yours; and that We are sincere in Him?

Katakanlah: "Patutkah kamu membuat bantahan terhadap kami mengenai Allah? Padahal Dia lah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagi kamu pula amal kamu, dan kami adalah ikhlas kepadaNya;

klau org xfaham
mmg akan kata Allah ada dua,atau tiga,atau empat,atau.....

sbb bagi kristian
Allah - tuhan bapa yg ada dlm diri jesus

sbb tu dia kata,kena beriman dgn Allah dlm agama islam
sbb Allah xpernah bergabung dgn isa (jesus) pun

p/s: susah nk sampaikan maksud bila menulis gini..xtau susun ayat..

kalamsiber
07-11-2012, 01:00 PM
Tapi ayah baginda bukan salah seorang pengikut agama nabi Ibrahim itu sebab ada hadis baginda sabda:

diriwayatkan oleh Imam Muslim, iaitu ketika Nabi SAW ditanya oleh seseorang dengan katanya, “Wahai Rasulullah, dimana bapaku?”. Nabi SAW menjawab, “dalam neraka”.

Ketika dia berpaling pergi, Nabi SAW memanggilnya dan berkata;

إِنَّ أَبِي وَأَبَاكَ فِي النَّارِ

Maksudnya;
“Sesungguhnya bapaku dan bapa kamu dalam Neraka"

syarah hadis xde ker:-?:-?:-?

MHaffiezMNazri
07-11-2012, 01:03 PM
klau org xfaham
mmg akan kata Allah ada dua,atau tiga,atau empat,atau.....

sbb bagi kristian
Allah - tuhan bapa yg ada dlm diri jesus

sbb tu dia kata,kena beriman dgn Allah dlm agama islam
sbb Allah xpernah bergabung dgn isa (jesus) pun

p/s: susah nk sampaikan maksud bila menulis gini..xtau susun ayat..

Alhamdulillah, sebenarnya tuan hamba pun tahu yang hamba tahu :)

Cuma hamba sekadar nak tengok apa jawaban tuan hamba... suka hamba cari kenalan yang mampu menjawab soalan2 macam ini sebab soalan macam inilah yang selalu digunakan Kristian untuk memvodohkan atau menggelakkan orang Islam yang tak reti nak menangkan agama yang terang2 telah Allah sahkan sebagai agama yang diterimaNya

JAZAKALLAH KHAYRAN!

Oh, bagi mereka yang jenis berlapang dada, jemput tonton ini... yang sukar berlapang dada, tak digalakkan tonton sebab nanti akan terasa marah sebab Paus Kristian Koptik Mesir guna terma Allah

http://www.youtube.com/watch?v=jCuo4fInGOI

MHaffiezMNazri
07-11-2012, 01:06 PM
syarah hadis xde ker:-?:-?:-?

Ya Allah! ~X( :(scam

http://www.surah.my/assets/s024/a031-972b81695713cf280b3d73fdfffb8931.png

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
(An-Nuur 24:31)

adapun begitu... tak apa lah... kerana

http://www.surah.my/assets/s002/a256-11fc5c85e1dd6ad16b90b30abd9b180a.png
Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
(Al-Baqarah 2:256)

lonely_soldier
07-11-2012, 01:26 PM
Rasulullah Diracun

Tarikh: Apr 02, 2009
Riwayat: (Muslim)
Kategori: Akidah
Hadith:
Dari Anas r.a katanya:¯Seorang perempuan Yahudi menghantar daging yang telah dimasukkan racun kepada nabi s.a.w lalu baginda makan sebahagiannya. Kemudian perempuan itu dibawa orang ke hadapan Rasulullah s.a.w lalu baginda bertanya kepadanya berkenaan dengan racun tersebut. Jawabnya:¯ Aku sengaja hendak membunuh anda.¯ Sabda nabi s.a.w :¯Tidak mungkin Allah S.W.T akan memberikan sewenang-wenangnya kepadamu untuk berbuat demikian. Kemudian Ali bertanya:¯Bolehkan kami membunuh perempuan itu?¯ jawab baginda:¯Jangan!.¯ Kata Anas selanjutnya:¯kami melihat kesan racun itu jelas kelihatan di leher Rasulullah s.a.w .¯

Rujukan : JAKIM - http://www.islam.gov.my/e-hadith/rasulullah-diracun

ceklifxsniper
07-11-2012, 01:38 PM
Alhamdulillah, sebenarnya tuan hamba pun tahu yang hamba tahu :)

Cuma hamba sekadar nak tengok apa jawaban tuan hamba... suka hamba cari kenalan yang mampu menjawab soalan2 macam ini sebab soalan macam inilah yang selalu digunakan Kristian untuk memvodohkan atau menggelakkan orang Islam yang tak reti nak menangkan agama yang terang2 telah Allah sahkan sebagai agama yang diterimaNya

JAZAKALLAH KHAYRAN!

Oh, bagi mereka yang jenis berlapang dada, jemput tonton ini... yang sukar berlapang dada, tak digalakkan tonton sebab nanti akan terasa marah sebab Paus Kristian Koptik Mesir guna terma Allah

http://www.youtube.com/watch?v=jCuo4fInGOI

...puak syiah pun kata macam tu jugak , sbb tu di turunkan nabi Muhammad S.A.W utk membawa kebenaran di atas agama2 yg diturunkan dan dipesongkan ...

kalamsiber
07-11-2012, 03:28 PM
Ya Allah! ~X( :(scam

http://www.surah.my/assets/s024/a031-972b81695713cf280b3d73fdfffb8931.png

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
(An-Nuur 24:31)

adapun begitu... tak apa lah... kerana

http://www.surah.my/assets/s002/a256-11fc5c85e1dd6ad16b90b30abd9b180a.png
Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
(Al-Baqarah 2:256)

:D xmenjawap persoalan

kalamsiber
07-11-2012, 03:30 PM
Rasulullah Diracun

Tarikh: Apr 02, 2009
Riwayat: (Muslim)
Kategori: Akidah
Hadith:
Dari Anas r.a katanya:¯Seorang perempuan Yahudi menghantar daging yang telah dimasukkan racun kepada nabi s.a.w lalu baginda makan sebahagiannya. Kemudian perempuan itu dibawa orang ke hadapan Rasulullah s.a.w lalu baginda bertanya kepadanya berkenaan dengan racun tersebut. Jawabnya:¯ Aku sengaja hendak membunuh anda.¯ Sabda nabi s.a.w :¯Tidak mungkin Allah S.W.T akan memberikan sewenang-wenangnya kepadamu untuk berbuat demikian. Kemudian Ali bertanya:¯Bolehkan kami membunuh perempuan itu?¯ jawab baginda:¯Jangan!.¯ Kata Anas selanjutnya:¯kami melihat kesan racun itu jelas kelihatan di leher Rasulullah s.a.w .¯

Rujukan : JAKIM - http://www.islam.gov.my/e-hadith/rasulullah-diracun

nak bold ayat tuh

MHaffiezMNazri
07-11-2012, 03:35 PM
:D xmenjawap persoalan

Bukankah telah diberi hadis? Anda terlepas pandang?

Diriwayatkan oleh Imam Muslim, iaitu ketika Nabi SAW ditanya oleh seseorang dengan katanya, “Wahai Rasulullah, dimana bapaku?”. Nabi SAW menjawab, “dalam neraka”.

Ketika dia berpaling pergi, Nabi SAW memanggilnya dan berkata;

إِنَّ أَبِي وَأَبَاكَ فِي النَّارِ

Maksudnya;
“Sesungguhnya bapaku dan bapa kamu dalam Neraka"

TokCu
07-11-2012, 03:56 PM
pada zaman tu bukan semua sembah berhala
ada 1 golongan yg masih berpegang kepada agama nabi ibrahim
depa masih mentauhidkan Allah..
bapa nabi s.a.w. xpernah sembah berhala
ibu nabi s.a.w. pun xpernah sembah berhala

pada org Arab,Allah bermaksud Tuhan
sedangkan pada org melayu,Allah spesifik hanya pada islam..
tu pendapat aku la (tanpa mengira mana2 fahaman politik)

actually mende ni xsalah pun
cuma bagi org melayu
depa marah sbb takut terkeliru
tapi ada jgk pemimpin melayu cuba eksploitasi situasi ni
sbb nk jadi hero di mata masyarakat melayu

klau yg xbersetuju penggunaan Allah oleh org lain kerana
takut masyarakat islam di malaysia ni terkeliru,aku sokong la....

kawan aku pun ada jgk kata
klau depa nk guna jgk perkataan Allah ni
depa kena beriman dgn Allah org islam
jgn beriman dgn Allah org kristian

wallahu'alam

p/s: komen aku ni xde kena mengena dgn politik :)cgrock

setuju sangat... orang melayu marah sebab takut mengelirukan.
sudah ratusan tahun bangsa melayu diajar Allah itu satu... maha esa

Keturunan Rasulullah SAW menganut ajaran Nabi Ibrahim as, disebut Hanif.

Nak tanya forumer cg, Adnan adalah salah seorang buyut Rasulullah (cucu cicit Nabi Ismail as), adakah beliau ini juga seorang Nabi?

f-zan
07-11-2012, 04:04 PM
setahu saya ramai yg cuba racun Rasulullah tapi semuanya tak berjaya..adalah mustahil rasulullah wafat kesan dri diracun...agak2 laa nk copy and paste TT...klu betul,tepek ceritanya kat sini biar sama2 kita menilai......

setahu aku Baginda wafat bukan sbb di racun..ikut sejarah..malaikat maut yg nk cabut nyawa nabi pun kena minta izin dengan baginda dulu..di takdir Baginda jatuh sakit..tp bkn sebab racun..

ceklifxsniper
07-11-2012, 04:06 PM
Ya Allah jahilnya aku :( Tatau pun part ni!

...memang benar nabi pernah terkena sihir dan racun , tetapi tidak pasti tarikh berlakunya dan bukan sbb utama kewafatan nabi muhammad s.a.w.

MHaffiezMNazri
07-11-2012, 04:10 PM
Mohon rakan2 cari tahun berapa kisah wanita Yahudi ini meracuni baginda... apakah sama dengan tahun kewafatan baginda?

UPDATE: Setelah diracun oleh Zeynab bint Al-Harith di Perang Khaibar... baru 4 tahun kemudian baginda wafat akibat menanggung sakit racun itu... Wallahu alam!

Sorry, hadith is in English

Narrated 'Aisha: The Prophet in his ailment in which he died, used to say, "O 'Aisha! I still feel the pain caused by the food I ate at Khaibar, and at this time, I feel as if my aorta is being cut from that poison."
Sahih Bukhari 5:59:713

Saya cuba translate:

Diriwayatkan oleh Aisha: Rasulullah ketika gering yang mana baginda meninggal disitu pernah bersabad: 'O Aisha! Aku masih merasa sakit akibat makanan yang aku makan di Khaibar, dan kali ini sakitnya seperti tekakku dipotong oleh racun itu'

TokCu
07-11-2012, 04:30 PM
Mengenai Perang Khaibar

Dari Anas bin Malik ra., katanya : Rasulullah s.a.w. memasuki Khaibar pagi hari. Waktu itu mereka keluar kelapangan. Setelah mereka melihat beliau mereka berkata :”Muhammad dan tentara”. Lalu mereka segera menempati benteng mereka. Nabi s.a.w mengangkat kedua belah
tangannya dan berdoa : “Allahu Akbar”! Hancurlah Khaibar! Bila kami duduki lapangan suatu kaum, maka amat buruk pagi hari orang yang diberi peringatan (tetapi) tidak menurut.” (HR. Bukhari 1550)

Dari Abu Hurairah r.a., katanya : Setelah Khaibar diduduki, ada orang yang menghadiahkan daging kambing yang beracun kepada Nabi saw. Lalu beliau bersabda :
Rasulullah SAW : “ Saya hendak bertanya kepadamu tentang satu hal ! Adakah kamu mau memberikan keterangan yang sebenarnya kepada saya!”.
Mereka menjawab : “Ya”
Nabi SAW bertanya kepada mereka :”Siapa ayahmu?”
mereka itu menjawab : ”Si Anu !”
Lalu beliau bersabda : ” kamu dusta, akan tetapi ayah kamu si “Anu”.
Mereka itu berkata : ”Benar Tuan!”
Beliau bertanya : ”Adakah kamu mau menjawab dengan benar kepada saya tentang sesuatu yang saya tanyakan ?”
Mereka berkata : “Ya, hai Abu Qasim! Sekiranya kami berdusta, tuan ketahui dusta kami sebagaimana tuan ketahui tentang ayah kami”.
Beliau menanyakan kepada mereka : “Siapa ahli neraka”?”
Mereka itu menjawab : “Kami berada didalamnya dalam masa yang singkat, kemudian kamu gantikan kami didalamnya”.

Nabi saw lalu bersabda : ”Kamu akan tetap disika dalam neraka itu, demi Allah! Kami tidak akan pernah menggantikan kamu didalam neraka itu”.
Kemudian beliau bersabda lagi : “ Adakah kamu mau menjawab dengan benar kepada saya tentang sesuatu yang saya tanyakan?”
Jawab mereka : “Ya, hai Abu Qasim!”
Beliau bertanya : “Adakah kamu isikan racun dalam daging kambing ini?”
Jawab mereka : ”Ya”.
Tanya beliau : “Apakah yang mendorong kamu berbuat demikian?”
Jawab mereka : ”Maksud kami ialah, kalau sekiranya tuan seorang pendusta, kami akan senang. Dan kalau sekiranya tuan seorang Nabi, racun itu tidak akan membahayakan tuan.” (HR. Bukhari 1412)

Pembuktian bahwa Rasulullah SAW tidak meninggal terkena racun tersebut.

* Perang Khaibar terjadi pada tahun 628 M (tahun ke 7 H) dan pada bulan February 629 M (Zul Qa’dah 7 H) Nabi dan kaum Muslimin melaksanakan Umratul Qadha’.
* Setelah perang Khaibar dapat ditaklukkan, Rasulullah menikah dengan Shafiyah binti Huyaiy bin Akhtab. Pada tahun yang sama.
* Bulan January 630 M (Ramadhan 8 H) Nabi Muhammad pun masih SEHAT WAL ‘AFIAT. Beliau membuka kota Makkah dan menghancurkan semua berhala-berhala yang ada disekitar Ka’bah. Peristiwa ini dikenal dengan “FATHUL MAKKAH”.
* 4 (Empat tahun) dari peristiwa Khaibar Rasulullah masih HIDUP!! Dan pada bulan maret 632 M, atau tepatnya Dzulhijjah 10 H) Rasulullah

melaksanakan Haji Wada’ bersama-sama dengan kira-kira 114.000,- orang kaum muslimin untuk menunaikan ibadah haji.
* Pada bulan Mei 632M, atau bulan safar 11 H, Rasulullah menyiapkan Tentara Usamah untuk pergi ke Negri Syam.
* Pada tgl 7 Juni 632 M atau pada hari senin12 Rabi’ul awal (bertepatan dengan hari kelahiran beliau) Nabi Muhammad wafat.
3. Meninggalnya Rasulullah SAW
Sebelum beliau wafat, Rasulullah tetap melaksanakan Dak’wah :
Dari Aisyah ra., katanya : “Ketika sakit Nabi bertambah berat, beliau meminta kepada semua istri beliau, supaya ia diizinkan selama sakit ia dirawat dirumahku, dan mereka semua mengizinkannya. Lalu Nabi pergi ke rumah Aisyah dipapah oleh dua orang laki-laki, sedangkan kedua belah kaki beliau tercecah menggaris tanah dinatara kedua orang laki-laki

itu, yaitu Abbas dan seorang lagi.”Kata Ubaidillah, “Cerita Aisyah itu kuceritakan kepada Abbas, lalu dia enanyakan kepadaku, tahukah engkau siapa laki-laki yang seorang lagi
itu?”
Jawabku, “Tidak!”
Katanya, “Dia adalah Ali”.

Selanjutnya Aisyah menceritakan juga, bahwa setelah nabi saw. berada dirumahnya, sedangkan sakit nabi bertambah keras juga, maka beliau bersabda, “Siramkanlah kepadaku tujuh girbag air yang masih utuh, mudah-mudahan aku segera dapat melaksanakan da’wah kembali kepada orang
banyak.”
Lalu Nabi didudukkan kedalam sebuah bak mandi terbuat dari kuningan, kepunyaan hafshah, istri nabi saw, kemudian beliau kami sirami dengan air yang disuruhkan Nabi, sampai beliau memberi isyarat kepada kami, ‘Sudah cukup.“Sesudah itu beliau pergi ke Mesjid menemui jamaah” (HR Bukhari 135)

http://musahadi.blogspot.com/2012/02/menjawab-tuduhan-nabi-muhammad-mati.html

MHaffiezMNazri
07-11-2012, 04:39 PM

Tapi dalam hadis ini Aisha melaporkan

Narrated 'Aisha: The Prophet in his ailment in which he died, used to say, "O 'Aisha! I still feel the pain caused by the food I ate at Khaibar, and at this time, I feel as if my aorta is being cut from that poison."
Sahih Bukhari 5:59:713

Saya cuba translate:

Diriwayatkan oleh Aisha: Rasulullah ketika gering yang mana baginda meninggal disitu pernah bersabad: 'O Aisha! Aku masih merasa sakit akibat makanan yang aku makan di Khaibar, dan kali ini sakitnya seperti tekakku dipotong oleh racun itu'

TokCu
07-11-2012, 04:55 PM

NABI MUHAMMAD MENINGGAL BUKAN KARENA DIRACUN

Pada waktu sakitnya sebelum dia mati, sang Nabi sering mengatakan, “Wahai Aisha! Aku masih merasa kesakitan karena daging yang kumakan di Khaybar, dan sekarang aku merasa urat nadiku dipotong oleh racun itu.”

yang diatas itu Hadits Palsu. Ini Hadits yang benar :

44.427/4081. Telah menceritakan kepadaku Muhammad bin Basyar Telah menceritakan kepada kami Gundar Telah menceritakan kepada kami Syu’bah dari Sa’ad dari Urwah dari Aisyah dia berkata; Aku pernah mendengar bahwa seorang nabi tidak akan meninggal hingga dia di suruh memilih antara dunia dan akhirat. Aisyah berkata; Kemudian ketika Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam sakit yang menyebabkan kematiannya, aku mendengar beliau menuturkan dengan terputus-putus, beliau bersabda: Bersama orang-orang yang telah Allah beri nikmat kepada mereka, baik dari para nabi, orang-orang yang jujur, orang-orang yang mati syahid, dan orang-orang yang shalih dan mereka itulah sebaik-baik teman. Aisyah berkata; Aku mengira pada waktu itulah beliau diberi pilihan.

45.107/4220. Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin ‘Abdullah bin Hausyab Telah menceritakan kepada kami Ibrahim bin Sa’ad dari Bapaknya dari ‘Urwah dari ‘Aisyah radliallahu ‘anha ia berkata; Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Tidaklah seorang nabi sakit kecuali akan diberi pilihan antara dunia dan akhirat. Aisyah berkata; Dan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam ketika sakit yang menyebabkan kematiannya, aku mendengar beliau menuturkan dengan terputus-putus, beliau bersabda: Bersama orang-orang yang telah Allah beri nikmat kepada mereka, baik dari para nabi, orang-orang yang jujur, orang-orang yang mati syahid, dan orang-orang yang shalih dan mereka itulah sebaik-baik teman. Maka aku tahu bahwa waktu itu beliau sedang diberi pilihan.

http://mamduudun.wordpress.com/2012/03/19/nabi-muhammad-meninggal-bukan-karena-diracun/

MHaffiezMNazri
07-11-2012, 05:04 PM

The Prophet in his ailment in which he died, used to say, "O `Aisha! I still feel the pain caused by the food I ate at Khaibar, and at this time, I feel as if my aorta is being cut from that poison."
Vol. 5, Book 59, Hadith 713

Kalau benarlah sahih bukhari ini palsu... semoga Allah mengampunkan hambaNya yang satu ini :((

satio
07-11-2012, 05:09 PM
Sekadar bertanya:

Abdullah bin Abdul Mutalib - tapi ini zaman Jahiliah... Allah, bermaksud Tuhan yang Satu telah lama digunakan walau sebelum baginda menjadi nabi.....

Ada juga tuhan bulan yang disembah yang diberi nama Allah
http://alisina.org/wp-content/uploads/2010/11/allah-moon-god.jpg

Aminah binti Wahab - wahab salah satu nama Tuhan... pun zaman jahiliah.....

Kenapa bila orang kafir guna perkataan Allah ramai orang di sini melenting? Sedangkan perkataan Allah yang bermaksud Tuhan yang Satu telah lama digunakan masyarakat Arab Kristian, Malta Kristian, dan Arab Jahiliah (dan beberapa yang lain)...

(sekadar bertanya, nak melihat apa jawapan TT atau saudara2 lain :)

Allah itu bukan tuhan utk org islam..
tapi tuhan sekelian alam.

satio
07-11-2012, 05:12 PM
Saya xtahu org lain. saya percaya sewaktu nabi diutuskan, pada waktu itu sudah ada org islam yg dikenali sebagai Milah Ibrahim :)

ada lagi..
org yg pertama sekali men benarkan ke rasulan naib..
waraqah bin naufal..

ezeynet
07-11-2012, 05:34 PM
apa kata kita rujuk ust nazmi karim..dia terer bab2 ni..

ceklifxsniper
07-11-2012, 06:48 PM
setahu aku Baginda wafat bukan sbb di racun..ikut sejarah..malaikat maut yg nk cabut nyawa nabi pun kena minta izin dengan baginda dulu..di takdir Baginda jatuh sakit..tp bkn sebab racun..

...salawat ke atas junjungan nabi Muhammad s.a.w dan kaum keluarganya....

Diriwayatkan bahawa surah AI-Maa-idah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu asar iaitu pada hari Jumaat di padang Arafah pada musim haji penghabisan [Wada*].
Pada masa itu Rasulullah s.a.w. berada di Arafah di atas unta. Ketika ayat ini turun Rasulullah s.a.w. tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersandar pada unta beliau, dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan.
Setelah itu turun malaikat Jibril a.s. dan berkata:
"Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.dan demikian juga apa yang terlarang olehnya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu."
Sebaik sahaja Malaikat Jibril a.s. pergi maka Rasulullah s.a.w. pun berangkat ke Mekah dan terus pergi ke Madinah. Setelah Rasulullah s.a.w. mengumpulkan para sahabat beliau, maka Rasulullah s.a.w. pun menceritakan apa yang telah diberitahu oleh malaikat Jibril a.s.. Apabila para sahabat mendengar hal yang demikian maka mereka pun gembira sambil berkata: "Agama kita telah sempurna. Agama kila telah sempuma."
Apabila Abu Bakar r.a. mendengar keterangan Rasulullah s.a.w. itu, maka ia tidak dapat menahan kesedihannya maka ia pun kembali ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar ra. menangis dari pagi hingga ke malam.

Kisah tentang Abu Bakar r.a. menangis telah sampai kepada para sahabat yang lain, maka berkumpullah para sahabat di hadapan rumah Abu Bakar r.a. dan mereka berkata: "Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga begini sekali keadaanmu? Sepatutnya kamu berasa gembira sebab agama kita telah sempuma." Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar r.a. pun berkata:

"Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesualu perkara itu telah sempuma maka akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahawa ianya menunjukkan perpisahan kila dengan Rasulullah s.a.w. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri nabi menjadi janda."

Setelah mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar r.a. maka sedarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar r.a., lalu mereka menangis dengan sekuat-kuatnya. Tangisan mereka telah didengar oleh para sahabat yang lain, maka mereka pun terus beritahu Rasulullah s.a.w. tentang apa yang mereka lihat itu. Berkata salah seorang dari para sahabat: "Ya Rasulullah s.a.w., kami baru bailk dari rumah Abu Bakar r.a. dan kami mendapati banyak orang menangis dengan suara yang kuat di hadapan rumah beliau." Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar keterangan dari para sahabat, maka berubahlah muka Rasulullah s.a.w. dan dengan bergegas beliau menuju ke rumah Abu Bakar r.a..

Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. sampai di rumah Abu Bakar r.a. maka Rasulullah s.a.w. melihat kesemua mereka yang menangis dan bertanya: "Wahai para sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?." Kemudian Ali r.a. berkata: "Ya Rasulullah s.a.w., Abu Bakar r.a. mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahawa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar ya Rasulullah?." Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: "Semua yang dikata oleh Abu Bakar r.a. adalah benar, dan sesungguhnya masa untuk aku meninggalkan kamu semua telah hampir dekat."

Sebaik sahaja Abu Bakar r.a. mendengar pengakuan Rasulullah s.a.w., maka ia pun menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pengsan, sementara Ali r.a. pula mengeletar seluruh tubuhnya. Dan para sahabat yang lain menangis dengan sekuat-kuat yang mereka mampu. Sehingga gunung-gunung, batu-batu, semua malaikat yang dilangit, cacing-cacing dan semua binatang baik yang di darat mahu-pun yang di laut turut menangis.

Kemudian Rasulullullah s.a.w. bersalam dengan para sahabat satu demi satu dan berwasiat kepada mereka. Kisah Rasulullah s.a.w. mengalami hidup selepas turunnya ayat tersebut, ada yang mengatakan 81 hari, ada pula yang mengatakan beliau hidup sehingga 50 hari selepas turunnya ayat tersebut, ada pula yang mengatakan beliau hidup selama 35 hari dari ayat tersebut diturunkan dan ada pula yang mengatakan 21 hari.
Pada saat sudah dekat ajal Rasulullah s.a.w., beliau menyuruh Bilal azan untuk mengerjakan solat, lalu berkumpul para Muhajirin dan Anshar di masjid Rasulullah s.a.w.. Kemudian Rasulullah s.a.w. menunaikan solat dua raka'at bersama semua yang hadir. Setelah selesai mengerjakan solat beliau bangun dan naik ke atas mimbar dan berkata:

"Alharndulillah, wahai para muslimin, sesungguhnya saya adalah seorang nabi yang diutus dan mengajak orang kepada jalan Allah dengan izinnya. Dan saya ini adalah sebagai saudara kandung kamu, yang kasih sayang pada kamu semua seperti seorang ayah. Oleh itu kalau ada sesiapa yang mempunyai hak untuk menuntut, maka hendaklah ia bangun dan membalasi saya sebelum saya dituntut di hari kiamat."

Rasulullah s.a.w. berkata demikian sebanyak 3 kali kemudian bangunlah seorang lelaki yang bernama 'Ukasyah bin Muhshan dan berkata: "Demi ayahku dan ibuku ya Rasulullah s.a.w., kalau anda tidak mengumumkan kepada kami berkali-kali sudah tentu saya tidak mahu mengernukakan hal ini." Lalu 'Ukasyah berkata lagi:

"Sesungguhnya dalam Perang Badar saya bersamamu ya Rasulullah, pada masa itu saya mengikuti unta anda dari belakang, setelah dekat saya pun turun menghampiri anda dengan tujuan supaya saya dapat mencium paha anda, tetapi anda telah mengambil tongkat dan memukul unta anda untuk berjalan cepat, yang mana pada masa itu saya pun anda pukul pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya hendak tahu sama ada anda sengaja memukul saya atau hendak memukul unta tersebut."

Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai 'Ukasyah, Rasulullah s.a.w. sengaja memukul kamu." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata kepada Bilal r.a.: "Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fatimah dan ambilkan tongkat aku ke mari." Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fatimah sambil meletakkan tangannya di alas kepala dengan berkata: "Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk dibalas [diqishash]."

Setelah Bilal sampai di rumah Fatimah maka Bilal pun memberi salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fatimah r.a. menyahut dengan berkata: "Siapakah di pintu?." Lalu Bilal r.a. berkata: "Saya Bilal, saya telah diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. unluk mengambil tongkat beliau."Kemudian Fatimah r.a. berkata: "Wahai Bilal, untuk apa ayahku minta tongkatnya." Berkata Bilal r.a.: "Wahai Fatimah, Rasulullah s.a.w. telah menyediakan dirinya untuk diqishash." Bertanya Fatimah. r.a. lagi: "Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk menqishash Rasulullah s.a.w.?."Bilal r.a. tidak menjawab perlanyaan Falimah r.a., sebaik sahaja Fatimah r.a. memberikan tongkat tersebut, maka Bilal pun membawa tongkat itu kepada Rasulullah s.a.w.
Setelah Rasulullah s.a.w. menerima tongkat tersebut dari Bilal r.a. maka beliau pun menyerahkan kepada 'Ukasyah. Melihatkan hal yang demikian maka Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. tampil ke hadapan sambil berkata: "Wahai 'Ukasyah, janganlah kamu qishash baginda s.a.w. tetapi kamu qishashlah kami berdua."

Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar kata-kata Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. maka dengan segera beliau berkata: "Wahai Abu Bakar, Umar, duduklah kamu berdua sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatnya untuk kamu berdua." Kemudian Ali r.a. bangun, lalu berkata: "Wahai "Ukasyah! Aku adalah orang yang sentiasa berada di samping Rasulullah s.a.w. oleh itu kamu pukullah aku dan janganlah kamu menqishash Rasulullah s.a.w." Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai Ali, duduklah kamu sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu."

Setelah itu Hasan dan Husin bangun dengan berkata: "Wahai 'Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahawa kami ini adalah cucu Rasulullah s.a.w., kalau kamu menqishash kami sama dengan kamu menqishash Rasulullah s.a.w." Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai buah hatiku, duduklah kamu berdua." Berkata Rasulullah s.a.w. "Wahai 'Ukasyah pukullah saya kalau kamu hendak memukul." Kemudian 'Ukasyah berkata: "Ya Rasulullah s.a.w., anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju." Maka Rasulullah s.a.w. pun membuka baju, sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. membuka baju maka menangislah semua yang hadir.

Sebaik sahaja 'Ukasyah melihat tubuh badan Rasulullah s.a.w. maka ia pun mencium beliau dan berkata; "Saya tebus anda dengan jiwa saya, ya Rasulullah s.a.w. siapakah yang sanggup memukul anda. Saya melakukan begini adalah sebab saya hendak menyentuh badan anda yang dimuliakan oleh Allah s.w.t dengan badan saya. Dan Allah s.w.t. menjaga saya dari neraka dengan kehormatanmu." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Dengarlah kamu sekalian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya."
Kemudian semua para jemaah bersalam-salaman atas kegem-biraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu para jemaah pun berkata: "Wahai 'Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah s.a.w. di dalam syurga."Apabila ajal Rasulullah s.a.w. makin hampir maka beliau pun memanggil para sahabat ke rumah Siti Aisyah r.a. dan beliau berkata: "Selamat datang kamu semua semoga Allah s.w.t. mengasihi kamu semua, saya berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa kepada Allah s.w.t. dan mentaati segala perintahnya. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu semua hampir dekat, dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba kepada Allah s.w.t dan menempatkannya di syurga. Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang memandikanku, Fadhl bin Abas hendaklah mcnuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong keduanya. Setelah itu kamu kapanilah aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kapanilah aku dengan kain yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu letakkan aku di atas balai tempat tidurku dalam rumahku ini. Setelah itu kamu semua keluarlah sebentar mening-galkan aku. Pertama yang akan menshalatkan aku ialah Allah s.w.t., kemudian yang akan menshalat aku ialah Jibril a.s., kemudian diikuti oleh malaikat Israfil, malaikat Mikail, dan yang akhir
sekali malaikat lzrail berserta dengan semua para pembantunya. Setelah itu baru kamu semua masuk beramai-rarnai bershalat ke atasku."

Sebaik sahaja para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu maka mereka pun menangis dengan nada yang keras dan berkata: "Ya Rasulullah s.a.w. anda adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua, yang mana selama ini anda memberi kekuatan dalam penernuan kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila anda sudah tiada nanti kepada siapakah yang akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?."Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Dengarlah para saha-batku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah AI-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada AI-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil pengajaran dari mati."

Setelah Rasulullah s.a.w. berkata demikian, maka sakit Rasulullah s.a.w. bermula. Dalam bulan safar Rasulullah s.a.w. sakit selama 18 hari dan sering diziaiahi oleh para sahabat. Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa Rasulullah s.a.w. diutus pada hari Isnin dan wafat pada hari Isnin. Pada hari Isnin penyakit Rasulullah s.a.w. bertambah berat, setelah Bilal r.a. selesaikan azan subuh, maka Bilal r.a. pun pergi ke rumah Rasulullah s.a.w..

Sesampainya Bilal r.a. di rumah Rasulullah s.a.w. maka Bilal r.a. pun memberi salam: "Assalaarnualaika ya rasulullah." Lalu dijawab oleh Fatimah r.a.: "Rasulullah s.a.w. masih sibuk dengan urusan beliau." Setelah Bilal r.a. mendengar penjelasan dari Fatimah r.a. maka Bilal r.a. pun kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fatimah r.a. itu.

Apabila waktu subuh hampir hendak lupus, lalu Bilal pergi sekali lagi ke rumah Rasulullah s.a.w. dan memberi salam seperti permulaan tadi, kali ini salam Bilal r.a. telah di dengar oleh Rasulullah s.a.w. dan baginda berkata; "Masuklah wahai bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimarnkan solat subuh berjemaah dengan mereka yang hadir." Setelah mendengar kata-kata Rasulullah s.a.w. maka Bilal r.a. pun berjalan menuju ke masjid sambil meletakkan tangan di atas kepala dengan berkata: "Aduh musibah." Sebaik sahaja Bilal r.a. sarnpai di masjid maka Bilal r.a. pun memberitahu Abu Bakar tentang apa yang telah Rasulullah s.a.w. katakan kepadanya.
Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan dirinya apabila ia melihat mimbar kosong maka dengan suara yang keras Abu Bakar r.a. menangis sehingga ia jatuh pengsan. Melihatkan peristiwa ini maka riuh rendah dalam masjid, sehingga Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Fatimah r.a.; "Wahai Fatimah apakah yang telah berlaku?."

Maka Fatimah r.a. pun berkata: "Kekecohan kaum muslimin, sebab anda tidak pergi ke masjid." Kemudian Rasulullah s.a.w. memanggil Ali r.a. dan Fadhl bin Abas, lalu Rasulullah s.a.w. bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke masjid. Setelah Rasulullah s.a.w. sampai di masjid maka beliau pun bersolat subuh bersama dengan para jemaah.

Setelah selesai solat subuh maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai kaum muslimin, kamu semua sentiasa dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah, oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kcpada Allah s.w.t. dan mengerjakan segala perintahnya. Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia."
Setelah berkala demikian maka Rasulullah s.a.w. pun pulang ke rumah beliau. Kemudian Allah s.w.t. mewahyukan kepada malaikat lzrail: "Wahai lzrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak mencabut rohnya maka hendaklah kamu melakukan dengan cara yang paling lembut sekali. Apabila kamu pergi ke rumahnya maka minta izinlah lerlebih dahulu, kalau ia izinkan kamu masuk, maka masukiah kamu ke rumahnya dan kalau ia tidak izinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali padaku."

Sebaik sahaja malaikat lzrail mendapat perintah dari Allah s.w.t. maka malaikal lzrail pun turun dengan menyerupai orang Arab Badwi. Setelah malaikat lzrail sampai di hadapan rumah Rasulullah s.a.w. maka ia pun memberi salam: "Assalaamu alaikum yaa ahia baitin nubuwwati wa ma danir risaalati a adkhulu?" [Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu semua sekalian, wahai penghuni rumah nabi dan sumber risaalah, bolehkan saya masuk?" Apabila Fatimah mendengar orang memberi salam maka ia-pun berkata; "Wahai hamba Allah, Rasulullah s.a.w. sedang sibuk sebab sakitnya yang semakin berat."

Kemudian malaikat lzrail berkata lagi seperti dipermulaannya, dan kali ini seruan malaikat itu telah didengar oleh Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Falimah r.a.: "Wahai Fatimah, siapakah di depan pintu itu." Maka Fatimah r.a. pun berkata: "Ya Rasulullah, ada seorang Arab badwi memanggil mu, dan aku telah katakan kepadanya bahawa anda sedang sibuk sebab sakit, sebaliknya dia memandang saya dengan tajam sehingga saya merasa mcnggigil badan saya."

Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata; "Wahai Fatimah, tahu-kah kamu siapakah orang itu?." Jawab Fatimah; "Tidak ayah." Dia adalah malaikat lzrail, malaikat yang akan memutuskan segala macam nafsu syahwat yang memisahkan perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta meramaikan kubur." Fatimah r.a. tidak dapat menahan air matanya lagi setelah mengetahui bahawa saat perpisahan dengan ayahandanya akan berakhir, dia menangis sepuas-puasnya.

Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar tangisan Falimah r.a. maka beliau pun berkata: "Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, engkaulah orang yang pertama dalam keluargaku akan bertemu dengan aku." Kemudian Rasulullah s.a.w. pun menjemput malaikat lzrail masuk. Maka malaikat lzrail pun masuk dengan mengucap: "Assalamuaalaikum ya Rasulullah." Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab: "Wa alaikas saalamu, wahai lzrail engkau datang menziarahi aku atau untuk mencabut rohku?" Maka berkata malaikat lzrail: "Kedatangan saya adalah untuk menziarahimu dan untuk mencabut rohmu, itupun kalau kamu izinkan, kalau kamu tidak izinkan maka aku akan kembali." Berkata Rasulullah s.a.w.: "Wahai lzrail, di manakah kamu tinggalkan Jibril?" Berkata lzrail: "Saya tinggalkan Jibril di langit dunia, semua para malaikat sedang memuliakan dia."

Tidak beberapa saat kemudian Jibril a.s. pun turun dan duduk dekat kepala Rasulullah s.a.w. Apabila Rasulullah s.a.w. melihat kedatangan Jibril a.s. maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, tahukah kamu bahawa ajalku sudah dekat" Berkata Jibril a.s.: "Ya aku memang tahu." Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: "Wahai Jibril, beritahu kepadaku kemuliaan yang menggembirakan aku disisi Allah s.w.t." Berkata Jibril a.s.: "Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para malaikat bersusun rapi menanti rohmu dilangit. Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua para bidadari sudah berhias menanti kehadiran rohmu."
Berkala Rasulullah s.a.w.: "Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti." Berkata Jibril a.s.: "Allah s.w.t. telah berfirman yang ber-maksud: "Sesungguhnya aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga." Berkata Rasulullah s.a.w.: "Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai lzrail, dekatlah kamu kepadaku."

Selelah itu Malaikat lzrail pun memulakan tugasnya, apabila roh nya sampai pada pusat, maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya rasa mati." Jibril a.s. mengalihkan pandangan dari Rasulullah s.a.w. apabila mendengar kata-kata beliau itu. Melihatkan telatah Jibril a.s. itu maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?" Jibril a.s. berkata: "Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut?"

Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah saw.

Penderitaan baginda yang sangat semasa menghadapi maut itu adalah untuk menghibur umatnya, apabila kelak mereka mengalaminya pula. Diriwayatkan bahawasanya baginda tidaklah sesuatu penyakit pun kecuali memohon afiat kepada Allah.
Setelah baginda wafat, para sahabat banyak yang kehilangan akal. Kemudian Abu Bakar naik ke mimbar , lalu mengucapkan kata-kata yang mampu menenangkan jiwa kaum muslimin dan memantapkan hati mereka. Setelah itu barulah baginda dimandikan oleh kaum kerabat baginda. Di dalam Al-Mawahib disebutkan bahwa memandikan, mengafani dan menyembahyangkan baginda itu terjadi pada hari selasa. Lantas para sahabat selisih faham tentang tempat baginda akan dikebumikan.

Maka Sayyidina Abu Bakar terus berkata “Saya ada mendengar Rasulullah saw bersabda bahawa Nabi-Nabi itu dimakamkan di tempat mereka wafat. ” Maka dengan itu putuslah di manakah baginda akan disemadikan , iaitu di dalam rumah Siti Aisyah, di mana baginda menghembus nafas terakhir.
Saidina Abu Bakar yang masih lagi dapat mengawal jiwanya, masuk menziarahi Rasulullah s.a.w yang kaku dikelubungi (selimut) di atas katilnya. Beliau mengucupi Baginda lalu berkata:

“Aku tebus kamu dengan bapa dan ibuku, wahai Rasulullah! Alangkah eloknya kamu ketika hidup mahupun mati! Kematian yang Allah suratkan kepadamu telah kamu rasai. Kamu tidak akan ditimpa kematian lagi selepas ini untuk selama-lamanya. Wahai Rasulullah, ingatlah kami di sisi Tuhanmu.”

Kemudian, Abu Bakar menemui orang ramai lalu berkata: “Wahai manusia! Sesiapa yang menyembah Muhammad. Muhammad telah meninggal. Sesiapa yang menyembah Allah, sesungguhnya Allah Maha Hidup dan tidak mati.” Kemudian beliau membacakan firman Allah:
"Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikitpun, dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur”
(Ali Imran:144)

Lalu terjagalah orang ramai daripadaa kacau bilau itu, kemudian kebingungan, seolah-olah tidak pernah mendengar ayat tersebut. Lantas mereka sedar bahawa Rasulullah s.a.w telah meninggal.

Nizam Safuan
08-11-2012, 08:42 PM
Panjangnya komen. Hahaha

Nizam Safuan
09-11-2012, 08:39 PM
Ada sapa2 nk komen? Harap post saya ni membantu tuan-tuan yg ingin mencari kebenaran :D