PDA

View Full Version : Kalau nak sihat, elakkan makan krimer (non dairy creamer)


jimbajimbi
04-11-2012, 12:05 PM
Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar tahun
akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya.
Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan.

Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya. Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat dikenalpasati:

Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.

1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh

2. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.

3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun
mencungap.

4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.

5. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari.

6. Tapak tangannya.semakin basah.

Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat
permakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan penjelasan "Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau sudah bermasalah. Punca masalah engkau ini adalah kerana engkau kerap meminum Nescafe 3 in one. Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung.
Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)"

Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk merawat jantungnya:

1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer)

2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer

3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimer yang tinggi

4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu.

5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine

6. Elakkan memakan burger, nugget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya

7. Elakkan mandi selepas makan

8. Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.

9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda

10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.

11. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.

Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.

Sekian wassalam wallahuaqlam._,

:)


SUMBER:
dari kawan saya...

jamtulenmurah
04-11-2012, 12:07 PM
thanks for info. :)

notepad
04-11-2012, 12:27 PM
bagilah sumber asal posting itu diambil. nanti orang ingat itu semua awak yang tulis.

sumber asal dari blog prof utm skudai.

jimbajimbi
04-11-2012, 12:31 PM
bagilah sumber asal posting itu diambil. nanti orang ingat itu semua awak yang tulis.

sumber asal dari blog prof utm skudai.


yup..itu dari lecturer kawan saya....

nanti saya letak sumber ye...hehheh:)

just utk share...:)

zurivas
04-11-2012, 12:44 PM
rasa mcm terlebih kafein je ni.. pada kalu nk minum, berpada2 jelah...bersedehana.

mhajri
04-11-2012, 01:10 PM
terbaik....boleh share gak nih

azrulazman
04-11-2012, 01:17 PM
Nice sharing. Pasni abam tak boleh makan burger la ea.. Kkeke

zaqwsx
04-11-2012, 01:20 PM
Nice sharing. Pasni abam tak boleh makan burger la ea.. Kkeke

Sempat nyampuk :)):))

amie71
04-11-2012, 01:25 PM
tq tt.. mudah2an berguna utk semua

jaws_am
04-11-2012, 01:32 PM
not valid anymore

skYnEt-gEnIUs
04-11-2012, 02:43 PM
smue yg perlu dielakkan tu mmg jarang bebenor aku hadap n makan....

Abdul wahob
04-11-2012, 02:55 PM
penah baca ni pak emjay yg pny....

cre8tive
05-11-2012, 07:57 AM
Beberapa hari lepas
......

Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat
permakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan penjelasan "Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau sudah bermasalah. Punca masalah engkau ini adalah kerana engkau kerap meminum Nescafe 3 in one. Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung.
Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)"

......

Sekian wassalam wallahuaqlam._,

:)


SUMBER:
dari kawan saya...

mmg ada yg ckp non dairy creamer bahaya utk kesihatan, saya setuju. tp saya ada soalan sket utk TT. kalau non dairy creamer dari kelapa sawit tak bagus utk kesihatan, bagaimana dgn santan dari kelapa sawit? kajian pengeluar santan tu maklum'n santan dari kelapa sawit baik utk kesihatan b'banding santan kelapa. TT ada maklumat x mengenai santan sawit ni?

tq

david.cronenberg
06-11-2012, 01:20 PM
suke makan krimer. selalu letak kat dalam neskopi. camne ek?

jimbajimbi
06-11-2012, 01:27 PM
suke makan krimer. selalu letak kat dalam neskopi. camne ek?

kurangkan jer lah kot....:)

tsunami*
06-11-2012, 01:32 PM
susu isian pekat manis pun kira krimer jugalah kan. ada tak jenis susu isian pekat manis jenis susu betul? mahal pun tak pe asalkan selamat

azrulazman
06-11-2012, 01:37 PM
Amalkan minum air suam... Lagi bagus.

jimbajimbi
06-11-2012, 02:43 PM
Amalkan minum air suam... Lagi bagus.

bagus bagus bagus....hehehe

:)

breezyhmd
08-11-2012, 11:35 AM
Wah saya pun mesti campur krimer kalau bancuh nescafe. Ada alternatif lain tak?