PDA

View Full Version : Sufiah tidak menghampakan...


alonso
20-05-2008, 11:46 AM
SEPANJANG menuntut di Kolej Teknologi Perak (ITP) di Ipoh, Perak, Sufiah Angah, 25, jarang sekali menguzurkan diri untuk ke kuliah. Katanya, adalah sesuatu yang merugikan sekiranya peluang melanjutkan pelajaran yang diperolehinya disia-siakan sebegitu rupa.

Malahan anak Orang Asli dari Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kemar, Gerik, Perak ini sentiasa mengingatkan diri bahawa hanya melalui pelajaran, nasib diri, keluarga dan masyarakat di kampungnya akan berubah.

Menempuh pelbagai suka dan duka terutama mengatasi perasaan malu ketika mula-mula menjejakkan kaki ke kolej tersebut, beliau juga terpaksa berjauhan dengan keluarga.

Ternyata, pengorbanan gadis ini yang menumpang kasih sementara bersama keluarga bapa angkatnya, Che Harun Hussin di Ipoh, Perak akhirnya berbalas baru-baru ini.

Bersama-sama 274 graduan lain daripada pelbagai bidang, Sufiah yang menamatkan pengajian dalam bidang Mekatronik, program kelolaan Jabatan Pembangunan Kemahiran dianugerahkan Sijil Lanjutan (Tahap 3) pada Majlis Konvokesyen ITP Kelima di Dewan Bankuet, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Ipoh, Perak.

"Pada hari ini, saya telah buktikan bahawa anak Orang Asli khususnya daripada RPS Kemar mampu berjaya dalam pelajaran dan saya akan membuktikan diri saya boleh pergi lebih jauh lagi," katanya kepada Kosmo!.

Tambahnya, kejayaan itu merupakan hadiah peribadi beliau kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkalan Hulu, Datuk Seri Mohamad Tajol Rosli Ghazali yang merupakan bekas Menteri Besar Perak.

"Mohamad Tajol Rosli sejak dulu lagi berhasrat melahirkan seramai mungkin graduan daripada kalangan Orang Asli. Tanpa dorongan dan semangat berterusan daripada beliau, saya tidak mungkin berada di sini," katanya yang berhasrat menyambung pengajian di peringkat diploma dalam bidang yang sama.

Katanya, sebagai anak kepada masyarakat Orang Asli, tiada apa yang mampu mendorongnya, selain kata-kata semangat Mohamad Tajol Rosli sehingga beliau mampu menamatkan pengajian meskipun selama ini, beliau mengakui tidak pernah mengimpikan untuk 'belajar' apatah lagi berada di dewan konvokesyen yang penuh kebanggaan ini.

"Masih terdengar kata-kata semangat yang disampaikan oleh Mohamad Tajol Rosli ketika beliau melawat perkampungan saya tidak lama dahulu. Itulah kata-kata yang membakar semangat saya.

"Di sebalik itu, ketua kami di RPS, Che Harun juga merupakan individu terpenting dalam perjalanan hidup saya. Sejak beberapa tahun lalu, beliau telah memberi inspirasi yang tidak ternilai. Beliau jugalah yang sentiasa memberi bimbingan kepada saya untuk terus berjaya," katanya.

Dibesarkan dalam kehidupan kelompok masyarakat terpencil nun jauh di ceruk pedalaman, Sufiah bagaimanapun bersyukur kerana Che Harun yang dianggapnya bapa sendiri itu sentiasa mengambil berat sepanjang beliau menuntut di ITP sejak tiga tahun lalu.

"Memang susah kalau nak sesuaikan diri dengan dunia luar apatah lagi berada di kuliah bersama rakan-rakan lain. Tetapi dorongan dan semangat yang diberikan beliau, sedikit demi sedikit membuatkan saya dapat menerima perubahan tersebut dan apabila mengingatinya, ia bagaikan kenangan terindah dalam hidup saya," kata Sufiah.

Menurutnya, beliau turut menjadikan kejayaan kakaknya yang bertugas sebagai guru di Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan adiknya, seorang jururawat terlatih sebagai motivasi untuk berjaya menamatkan pengajian.

"Mereka telah berjaya dan dapat membantu meningkatkan kualiti hidup kami sekeluarga. Saya jadikan kejayaan mereka sebagai pendorong," katanya.

Che Harun yang juga Ketua Umno bagi Orang Asli Zon RPS Kemar dan RPS Banun ketika ditemui pula nyata terharu dengan pencapaian Sufiah sambil berharap lebih ramai anak-anak Orang Asli akan mengikut jejak langkah gadis itu.

"Sebagai individu yang diamanahkan oleh Menteri Besar sebelum ini untuk memajukan RPS berkenaan, anak-anak Orang Asli yang mempunyai potensi besar itu akan saya bawa ke Ipoh dan layan mereka seperti anak-anak sendiri. Yang pasti, segala komitmen yang dicurahkan selama ini telah mula membuahkan hasil," katanya.

Menurutnya, apa yang dilakukannya itu adalah untuk membantu masyarakat Orang Asli dan katanya, beliau pasti akan tersenyum sendirian apabila terkenangkan senario RPS Kemar yang diketuainya sejak tahun 2003.

"Sejak diamanahkan berkhidmat di RPS Kemar dan RPS Banun, saya sentiasa cuba mencari jalan bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat di sana. Pastinya, komitmen ini memerlukan seribu satu kesabaran," ujarnya.

Katanya, ketika ini, RPS Kemar sudah berubah wajah dan sesiapa yang berkunjung ke situ lima tahun lalu, pasti akan terkesima melihat senario terbaru di penempatan Orang Asli ini.

"Kini, RPS tersebut mempunyai enam buah kedai runcit yang diusahakan sendiri masyarakat di situ. Dalam masa terdekat, sebuah bengkel membaiki motosikal akan dibuka dan perubahan ini tentunya memberi kesan kepada sosio-ekonomi penduduk setempat," katanya.

Yang pasti, katanya, kejayaan Sufiah akan terus menyuntik semangat kepada rakan-rakannya yang kini sudah semakin 'terbuka' pemikiran mereka.

"Pembangunan modal insan di RPS Kemar kini mula menampakkan keberkesanannya. Secara peribadi, saya percaya, kejayaan Sufiah akan menyemarakkan lagi kecemerlangan pendidikan dalam kalangan Orang Asli.

"Cuma dalam hal ini, semua pihak harus berganding bahu membantu dan pada masa yang sama, memberi lebih banyak peluang kepada anak-anak Orang Asli terutama tempat di institusi pengajian tinggi. Sufiah telah membuktikan bahawa anak Orang Asli Hulu Perak mampu berdiri sama tinggi dengan graduan lain," katanya.

Jelas Che Harun, selain Sufiah, dua lagi anak jati RPS Kemar iaitu Rodi a/l Chua Chin Huat dan Afzanizam Omar turut menamatkan pengajian masing-masing, namun tidak dapat menghadiri majlis konvokesyen berkenaan kerana mempunyai komitmen lain.




p/s:sape yg bace tajuk ni mst ingat cite psl Sufiah Pisang.
:)) :)) :)) :))

akay
20-05-2008, 11:47 AM
SEPANJANG menuntut di Kolej Teknologi Perak (ITP) di Ipoh, Perak, Sufiah Angah, 25, jarang sekali menguzurkan diri untuk ke kuliah. Katanya, adalah sesuatu yang merugikan sekiranya peluang melanjutkan pelajaran yang diperolehinya disia-siakan sebegitu rupa.

Malahan anak Orang Asli dari Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kemar, Gerik, Perak ini sentiasa mengingatkan diri bahawa hanya melalui pelajaran, nasib diri, keluarga dan masyarakat di kampungnya akan berubah.

Menempuh pelbagai suka dan duka terutama mengatasi perasaan malu ketika mula-mula menjejakkan kaki ke kolej tersebut, beliau juga terpaksa berjauhan dengan keluarga.

Ternyata, pengorbanan gadis ini yang menumpang kasih sementara bersama keluarga bapa angkatnya, Che Harun Hussin di Ipoh, Perak akhirnya berbalas baru-baru ini.

Bersama-sama 274 graduan lain daripada pelbagai bidang, Sufiah yang menamatkan pengajian dalam bidang Mekatronik, program kelolaan Jabatan Pembangunan Kemahiran dianugerahkan Sijil Lanjutan (Tahap 3) pada Majlis Konvokesyen ITP Kelima di Dewan Bankuet, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Ipoh, Perak.

"Pada hari ini, saya telah buktikan bahawa anak Orang Asli khususnya daripada RPS Kemar mampu berjaya dalam pelajaran dan saya akan membuktikan diri saya boleh pergi lebih jauh lagi," katanya kepada Kosmo!.

Tambahnya, kejayaan itu merupakan hadiah peribadi beliau kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkalan Hulu, Datuk Seri Mohamad Tajol Rosli Ghazali yang merupakan bekas Menteri Besar Perak.

"Mohamad Tajol Rosli sejak dulu lagi berhasrat melahirkan seramai mungkin graduan daripada kalangan Orang Asli. Tanpa dorongan dan semangat berterusan daripada beliau, saya tidak mungkin berada di sini," katanya yang berhasrat menyambung pengajian di peringkat diploma dalam bidang yang sama.

Katanya, sebagai anak kepada masyarakat Orang Asli, tiada apa yang mampu mendorongnya, selain kata-kata semangat Mohamad Tajol Rosli sehingga beliau mampu menamatkan pengajian meskipun selama ini, beliau mengakui tidak pernah mengimpikan untuk 'belajar' apatah lagi berada di dewan konvokesyen yang penuh kebanggaan ini.




p/s:sape yg bace tajuk ni mst ingat cite psl Sufiah Pisang.
:)) :)) :)) :))

:)paid :)paid :)paid :)paid

BOCK
20-05-2008, 11:48 AM
apa yang aku sedar .......... alonso memang peminat cerpen yang setia hahahaha

akay
20-05-2008, 11:49 AM
apa yang aku sedar .......... alonso memang peminat cerpen yang setia hahahaha

cume aku muskil arini dia sopan sgt lak...dtg bulan ke :eek: :eek:

marley
20-05-2008, 11:51 AM
cerpen ke?leerr..aku dah guling2 nangis terharu td..ceh..

gOdFeLLa
20-05-2008, 11:52 AM
aku kurang paham ni
:-? :-? :-? :-? :-?

alonso
20-05-2008, 11:55 AM
ni kisah org asli yg berjaya dlm pelajaran..haha

alonso
20-05-2008, 11:55 AM
cerpen ke?leerr..aku dah guling2 nangis terharu td..ceh..

ko nak cerpen ke?
kang tak terbaca ko nnt..
asik pegi tandas plk je kang..:)) :))

BOCK
20-05-2008, 12:00 PM
cume aku muskil arini dia sopan sgt lak...dtg bulan ke :eek: :eek:

agaknya kot .... :eek: :eek: :eek:

atlantis
20-05-2008, 12:03 PM
tajuk sufiah!

cerita, tajol !

puyong
20-05-2008, 12:09 PM
aku ingatkan Sufiah mana tadi..rupanye Sufiah anak org asli..:D

wak
20-05-2008, 12:13 PM
ingatkan si sufiah rewang tu