BTC USD 86,608.0 Gold USD 4,361.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kesan Membunyikan Sendi-Sendi Jemari

seether

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,415
Joined
Jul 30, 2010
Messages
28,415
Reaction score
6
Points
311
smallhands.jpg


Menurut Brian Cassaza, MD, dari Universiti California, Amerika, kesan membunyikan sendi-sendi jemari apabila salah satu urat saraf tersepit di antara tulang ekor leher.

Maka, kesannya boleh bemacam-macam, bergantung kepada rangkaian saraf itu menuju ke mana.

Tapi, pada umumnya, akan mengakibatkan organ tubuh seperti kaki dan tangan sukar diarah oleh otak.

Orang yang mengalami hal tersebut, biasanya berjalan seperti robot, kerana, otak gagal memberi arahan kepada organ-organ tubuh untuk melakukan apa yang diiinginkan.


artritis330.jpg


Sama halnya dengan membunyikan tulang leher, gerakan membunyikan sendi di jari juga merupakan kebiasaan yang salah kerana menyalahi peraturan sendi biasanya dan boleh menghancurkan tulang-tulang rawan di dalamnya.

Jika kebiasaan ini dilakukan terus menerus maka dapat menimbulkan penyakit sendi yang kronik di kemudian hari.

Para saintis bioperubatan telah mempelajari Kesan Membunyikan Sendi-Sendi Jemari apa yang sebenarnya berlaku ketika kita menekuk tulang sendi jari dengan menggunakan mikrofon yang sensitif.



Rheumatoid+Arthritis2.jpg


Di dalam ruang sendi antara tulang-tulang terdapat cecair dan ikatan sendi (ligamen) di setiap sisi ruang sendi yang menyatukan tulang.

Saat anda menarik jari, hal ini membuat ruang sendi makin besar.

Akibatnya, tekanan dalam ruang sendi makin menurun.

Maka, ikatan sendi tersedut ke dalam.

Ketika tekanan menurun, muncullah gelembong (karbon dioksida), hanya dalam satu per ribuan saat.

Gas inilah yang menimbulkan bunyi letupan yang merupakan suara pertama.


Suka-Gemeretak-Jari-Tangan-Hati-hati-Kecanduan.jpg


Gelembong itu mengisi 15% ruang sendi yang sekarang menjadi lebih besar.

Kerana ruang sendi diisi oleh gelembong, cairannya tiba-tiba mendorong ikatan sendi dan menolaknya ke posisi semula.

Pada saat ligamen “didorong kembali” muncullah bunyi kedua.



buku-jari.jpg


Tenaga yang hilang dalam sendi sangat rendah, hanya sekitar 7% daripada yang diperlukan untuk merosakkan tulang.

Tetapi, bila terlalu sering melakukannya, boleh dikira sendiri dan hasilnya tentu sangat berbahaya.

Sebuah penelitian melibatkan 300 orang yang telah membunyikan buku jarinya selama 35 tahun.

Kesan Membunyikan Sendi-Sendi Jemari Memang, hasilnya tidak ada kes artritis pada tangan mereka.

Namun, kesan lain adalah mereka mempunyai sendi yang membesar, tangan mereka menjadi lebih lemah, berkurang satu perempat dari kekuatan tangan yang seharusanya.



olahraga-sederhana-atasi-jari-jari-lelah.jpg


Jadi, membunyikan buku jari tangan dan sendi tulang yang lain akan terasa saat kita tua nanti, 35 hingga 40 tahun akan datang.



Sumber : PenPatah
 
ye ke ni.. ish dah la best bunyi2 jari ni.. lagi2 time lepas penat menulis.. :))
 
dulu aku pun mcm ketagih buat benda ni.....tapi dah lama stop.
 
apa agaknya kesan mamak kedai gunting putaq leher ... :-?
 
bunyi2kan jari pun kira amalan kegemaran syaitan kan? :D
 
Oh gitu ke? Tp yg best dan mengasyikkan tu le yg selalunya salah dan ditegah.. dan apa yg dilarang itu le yg manusia suka buat ...:D
 
bende kalau dah tabiat setiap kali lepas
kita buat sesuatu mmg x bole nak hindar..
ade yg kate regangkan tangan la ape la..
aku pon x terkecuali :)
 
Back
Top
Log in Register