BTC USD 79,899.5 Gold USD 4,349.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sejarah Permainan Dam Ular

Luqmanul Hakim

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,318
Joined
Mar 17, 2010
Messages
23,318
Reaction score
4,848
Points
196
Sejarah Permainan Dam Ular


pic230251_lg.jpg


Dam Ular adalah permainan yang diperkenalkan dan dimain oleh orang-orang India sejak dahulu kala. Di India, Dam Ular popular dengan nama MOKSHA PATAMU yang diberikan oleh Guru Spiritual Hindu. Permainan ini disebut "Leela" dan mencerminkan kehidupan Hindu di mengharungi kehidupan sehari-hari.

Nama lainnya adalah "Tangga Keselamatan" yang telah dibawa ke Victoria Inggris di mana versi baru telah dibuat dan diperkenalkan oleh John Jacques di tahun 1892. Selepas itu, Dam Ular dibawa ke Amerika oleh seorang pembuat mainan bernama Milton Bradley di tahun 1943 dan telah diberi nama "Snakes n Ladder" yang bermaksud "Tangga Ular".

Moksha Patam dikaitkan dengan Falsafah Tradisional Hindu bererti: "Karma dan Kama" atau yang bermaksud dengan "Takdir dan Keinginan". Permainan ini juga berkaitankan dengan Pembelajaran Kesan dari Perbuatan Baik Melawan Perbuatan Buruk. Tangga mewakili kebaikan seperti kemurahan hati , iman , dan kerendahan hati (diri). Ular mewakili keburukan dan kejahatan seperti nafsu, kemarahan, pembunuhan, dan kecurian.

Moral pengajaran daripada permainan ini adalah Moksh, seseorang dapat mencapai keselamatan melalui berbuat baik. Sementara itu, dengan melakukan sesuatu yang jahat akan mengalami kelahiran semula ke bentuk kehidupan yang rendah.

Jumlah tangga kurang daripada jumlah ular sebagai peringatam bahawa jalan ke arah kebaikan adalah jauh lebih sukar daripada berbanding dengan jalan dosa. Biasanya angka "100" diwakili Moksha (keselamatan).

Di Andhra Pradesh, Dam Ular dimainkan dalam nama Vaikuntapali.





 
Stress main dam ular ni. Dah elok2 dapat naik sampai atas, alih2 baling dadu kena patuk ular, dah kena start balik dari bawah. Siot jerk. :))
 
Ingatkan ada unsur-unsur freemason kah kah kah
 
ooo..made in india rupanya...
 
ni memang game fav mase kecik-kecik dulu...baling dadu...

pelabur => zaman kanak-kanak yang tidak dapat kembali lagi...
 
rupe nye ada unsur pengajaran dlm tu..

bleh di semaikan pada budak2 zaman skng
 
Saya pun baru tau ada nilai Hukum Karma dalam permainan Dam Ular...
 
permainan yg ada tersirat & tersurat....
fav aku masa kecik2.. siap main tipu lg bila baling buah dadu..
 
Back
Top
Log in Register