PDA

View Full Version : Pendapatan isi rumah semakin meningkat, menurut kerajaan


dragger
03-10-2012, 04:26 PM
KUALA LUMPUR, 2 Okt — Pendapatan isi rumah rakyat Malaysia telah meningkat dari tahun ke tahun, kata Datuk S.K. Devamany di Parlimen hari ini.

Beliau berkata, peningkatan pendapatan isi rumah meningkat lebih tinggi berbanding dengan kadar inflasi.

“Peningkatan pendapatan isi rumah, secara purata telah meningkat berbanding inflasi sebanyak 3.4 peratus setiap tahun,” kata timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Purata pendapatan isi rumah negara telah meningkat daripada RM264 sebulan pada 1970 kepada RM4,025 sebulan pada tahun 2009, kata ahli parlimen Cameron Highlands itu.

Beliau berkata, angka itu diambil dari kajian kerajaan mengenai pendapatan isi rumah sejak 1970 dan kali terakhir pada tahun 2009.

Beliau menjawab soalan daripada ahli parlimen Sri Gading Datuk Mohamed Aziz yang mahu mengetahui kadar pertumbuhan pendapatan isi rumah rakyat Malaysia.

Menjawab soalan tambahan dari ahli parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw bagaimana kebajikan rakyat Malaysia dapat dipertingkatkan, Devamany menjawab, “Jauh di sudut hati, anda tahu yang kami telah lakukan yang terbaik kepada golongan miskin.”

p/s: Tlg percayalah kenyataan di atas:p

tenungskrin
03-10-2012, 04:28 PM
alhamdulillah...

XDERNAMA
03-10-2012, 04:32 PM
pendapatan meningkat = harga barang turut meningkat...tiada kesudahannya

kadol
03-10-2012, 04:33 PM
pendapatan meningkat = harga barang turut meningkat...tiada kesudahannya

betull..betul...:D

akuna_matata
03-10-2012, 04:34 PM
alasan nak naik harga minyak la tu..

Faizudin
03-10-2012, 04:34 PM
harga barang pun makin meningkat dari tahun ke tahun.

terompah
03-10-2012, 04:37 PM
Kt KL nih gaji 3k pn masih ditaraf miskin

TokCu
03-10-2012, 04:39 PM
Setelah mendengar rungutan harga barang naik

barulah sebarkan statistik kenaikan pendapatan isi rumah

macam ayat harga gula naik sebab kadar pengidap diabites meningkat laaa ni...

hurairah01
03-10-2012, 04:39 PM
Kt KL nih gaji 3k pn masih ditaraf miskin

ambe 4 k ... laki bini pung sesak ... area shah alam

balqis07
03-10-2012, 04:42 PM
nasib baik duduk luar K.L....masih boleh bernafas walaupun kadang2 semput gak memandang pebelanjaan semakin meningkat berikutan dgn penigkatan harga2 barangan setiap tahun yang entah ke berapa kali.

Lenkcai
03-10-2012, 04:44 PM
satu lagi lawak jenaka yang tidak menggelikan hati dari bn

goal_hunter
03-10-2012, 04:50 PM
jauh di sudut hati aku makin nyampah dah...

Ran
03-10-2012, 04:55 PM
ambe 4 k ... laki bini pung sesak ... area shah alam

perghh 4k pun sesak lagi..mtk simpang laa duk KL nih..tkut lak dengor nye..huhu..

wazir
03-10-2012, 04:56 PM
ni kenyataan nak memper*****kan rakyat..

Pendapatan isi rumah memang meningkat, contoh 100%. Tetapi harga barang keperluan meningkat 200%...cuba anda jawab..makin kaya ke makin miskin?

Keyroll
03-10-2012, 05:00 PM
pendapatan meningkat bermakna makin kuat la kerajaan nk songlap duit rakyat... sama je... pendapatan meningkat harga barang melonjak... 2x5 5x2... xde ape yg beza... :)paid

khairuls
03-10-2012, 05:02 PM
pendapatan ke bebanan yg meningkat sebenarnya ni????

harga barang toksah cakap la...kompom meningkat punya.

LilinSticks
03-10-2012, 05:06 PM
Pendapatan utang isi rumah ader la...ape jenis kerajaan neh, takleh nengok rakyat senang, ade jer nak blasah utk kroni mereka senang. kalihamputt BN

Lenkcai
03-10-2012, 05:09 PM
macha yang bagi komen ni bandingkan gaji dia dengan gaji majoriti rakyat malaysia
memanglah dia tak terasa lol

abangbeca
03-10-2012, 05:09 PM
TT.....tajuk salah tuh...patutnya


Pendapatan isi rumah kroni semakin meningkat, menurut kerajaan

capgajah
03-10-2012, 05:10 PM
pendapatan isi rumah naik, tapi barang naik lagi tinggi..

Toxic2010
03-10-2012, 05:11 PM
Kadar kemiskinan yg semakin meningkat boleh beri kenyataan pendapatan isi rumah meningkat. Apa fakta yg ada. macam tk betol je

ko'bek
03-10-2012, 05:13 PM
KL 10K belum tentu cukup..hehhe

boyz371
03-10-2012, 05:20 PM
aku dulu dekat rm1.5k pon miskin dok KL
last2 balik kelantan
alhamdulillah boleh idup walaupon xcecah rm1000 sebulan

anoyz
03-10-2012, 05:32 PM
purata tak boleh diambil kira jika sesebuah negara tu terdapat jurang pendapatan yg ketara.

ambil contoh negara BlaBla ,3 orang rakyat je la..sorang gaji 20ribu, sorang lagi 5ribu, sorang lagi 1ribu.
then secara kesimpulan, pendapatan isi rumah (purata) 8ribu++

then dgn hasil purata ni, disimpulkan negara ni rakyat hidup senang dah..
poor that 1k guy...#:-S

azrulazman
03-10-2012, 05:34 PM
petanda nak naik barang la ni

mazaziman
03-10-2012, 05:35 PM
pendapatan isi rumah naik 3.4%, harga brg naik 10%-20%

mana kesudahan dia?

anoyz
03-10-2012, 05:39 PM
Pendapatan isi rumah semakin meningkat

Ada 2 punca je:

1) orang miskin makin berkurangan

2) orang kaya makin bertambah kaya

Sebagai kerajaan, tak boleh deduct drpd prinsip ni..kalau nak basmi kemiskinan, kena detail sampai ke lubang cacing..bukan purata!

khirul_nizam
03-10-2012, 05:42 PM
ni auta bukan fakta..

Berfikir
03-10-2012, 08:22 PM
bersyukur semakin meningkat.
tu belum sembang bab hutang isi rumah lagi.

Aqua-man
03-10-2012, 08:39 PM
itu yang naik, yang tak naik macam mana...

zinedine
03-10-2012, 09:24 PM
Pendapatan semakin menigkat? kah kah kah kah kah :))....lawak betul la keterangan menteri ni..pendapatan dia jer yg meningkat!

LilinSticks
03-10-2012, 10:09 PM
purata tak boleh diambil kira jika sesebuah negara tu terdapat jurang pendapatan yg ketara.

ambil contoh negara BlaBla ,3 orang rakyat je la..sorang gaji 20ribu, sorang lagi 5ribu, sorang lagi 1ribu.
then secara kesimpulan, pendapatan isi rumah (purata) 8ribu++

then dgn hasil purata ni, disimpulkan negara ni rakyat hidup senang dah..
poor that 1k guy...#:-S

Rumusan terbaik so far :)paid Memang teruk calculation mereka utk rakyat neh....

dragger
03-10-2012, 10:13 PM
kalau kerajaan kata nk kaji harga elektrik/gas, maknanya akan naik harga la tu. 1970-an harga kereta 7k saja, masa tu gaji cuma 1k. skrg harga kereta 70k(naik 10x ganda), gaji cuma 2x ganda, 2k

kaka8
04-10-2012, 01:40 AM
kesian rakyat malaysia isi pendapatan rumah meningkat tp laki-bini terpaksa keje.ada anak org lain jaga.bahagia ke rakyat malaysia idop camni?

kloromonokarbon
04-10-2012, 01:51 AM
Satu lagi kenyataan mem.ban.gangkan rakyat.org dulu boleh la kencing sekarang rakyat dah bijak.cuma ada gak sesetengah tu yang sengaja membo.dohkan diri percaya apa yan be end cakap ni.....masih menghambakan diri menjadi cacai umnoi/be end..hahahahahha

copy left
04-10-2012, 07:14 AM
yg meningkat hanya golongan kakitangan awam,profesional,tokey2 dan pekerja2 atasan tapi yg keje swasta bawahan x naik2 pun,gaji minimum masih lagi di takuk sama.

copy left
04-10-2012, 07:15 AM
kalau kerajaan kata nk kaji harga elektrik/gas, maknanya akan naik harga la tu. 1970-an harga kereta 7k saja, masa tu gaji cuma 1k. skrg harga kereta 70k(naik 10x ganda), gaji cuma 2x ganda, 2k

gila babas tahun 70an gaji 1k byk siot.

c105
06-10-2012, 09:49 PM
jika gaji naik RM1, perbelanjaan yg ditanggung dh naik Rm5..makin miskin sebenarnya...dulu roti canai baru 50sen..skrg dh seringgit

azriusre
06-10-2012, 09:50 PM
KUALA LUMPUR, 2 Okt — Pendapatan isi rumah rakyat Malaysia telah meningkat dari tahun ke tahun, kata Datuk S.K. Devamany di Parlimen hari ini.

Beliau berkata, peningkatan pendapatan isi rumah meningkat lebih tinggi berbanding dengan kadar inflasi.

“Peningkatan pendapatan isi rumah, secara purata telah meningkat berbanding inflasi sebanyak 3.4 peratus setiap tahun,” kata timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Purata pendapatan isi rumah negara telah meningkat daripada RM264 sebulan pada 1970 kepada RM4,025 sebulan pada tahun 2009, kata ahli parlimen Cameron Highlands itu.

Beliau berkata, angka itu diambil dari kajian kerajaan mengenai pendapatan isi rumah sejak 1970 dan kali terakhir pada tahun 2009.

Beliau menjawab soalan daripada ahli parlimen Sri Gading Datuk Mohamed Aziz yang mahu mengetahui kadar pertumbuhan pendapatan isi rumah rakyat Malaysia.

Menjawab soalan tambahan dari ahli parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw bagaimana kebajikan rakyat Malaysia dapat dipertingkatkan, Devamany menjawab, “Jauh di sudut hati, anda tahu yang kami telah lakukan yang terbaik kepada golongan miskin.”

p/s: Tlg percayalah kenyataan di atas:p


Isi rumah sape yang semakin meningkat tu:-?:-? isi rumah menteri ke:-?:-?

Scorpions10
06-10-2012, 09:54 PM
sape la bg angka tu kt menteri hayun tuh..puiiii

~Jack~
06-10-2012, 09:56 PM
di bandingkan dengan 1970.. -.-

john_pablo
06-10-2012, 09:58 PM
Cait...pak muntri xpa la..gaji bnyak...hrga brg naik pn x terasa.yg rakyat bawah ni hidop pon nyawa2 ikan