PDA

View Full Version : Rock kapak lagu ketuhanan..


userun
09-09-2012, 03:00 AM
Ya, umum mengetahui industri muzik tanah air kita pernah diwarnai dengan kegemilangan muzik rock yang dibawa oleh pelbagai kumpulan rock yang tumbuh bagaikan cendawan pada ketika itu. Setiap kumpulan rock pada ketika itu mempunyai satu atau lebih lagu 'killer' yg 'evergreen' sehingga kini.

http://4.bp.blogspot.com/_2w7mdSxWDMQ/TNbhVwB_mDI/AAAAAAAAADo/GdyPmiizMD8/s1600/RockKapak80an.jpg

Kebanyakkan lagu yang dibawa oleh mereka bertemakan cinta. Sebab itu kumpulan rock pada ketika itu dikenali juga sebagai Rock Jiwang dan Rock Leleh...

Tapi tahukan anda lirik cinta pada lagu rock ketika itu tidak ditujukan khas pada kekasih yang digelar wanita semata-mata. Lirik lagu rock cinta itu sebaliknya lebih indah jika kita tujukan khas pada Pencipta kita, Kekasih kita yang sebenar Allah S.W.T...

http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc6/277017_268902709806438_1211635672_n.jpg

Lagu rock cinta lebih 'feel' dan lebih indah jika kita dendangkan utk kekasih kita Allah S.W.T. Dengan petikan guitar yang mendayu diiringi ketukan dram menjadikan sesebuah lirik itu menjadi sebuah lagu yang indah untuk kita lebih menghayati dan merasai kecintaan kita kepada tuhan.

Amat malanglah bagi kita yang terus menghukum bermain alat muzik bertali itu adalah haram, sedangkan alat muzik bertali itu adalah alat yang mengeluarkan bunyi yang sedap didengar dan apakah salahnya kita bermain untuk kekasih kita iaitu Allah S.W.T...

http://guitaristguitarist.com/images/guitars/electric_guitar.jpg


Antara lagu2 rock yang liriknya sungguh puitis dan indah melodinya untuk mendalamkan lagi kecintaan kita kepada tuhan ialah...

1) Kumpulan Qiara - Hanya PadaMu

http://www.youtube.com/watch?v=YA4CTKDLpog


2) Kumpulan Wow - Engkau Tetap Satu

http://www.youtube.com/watch?v=I5v-eQjeRuM&feature=related

3) Kumpulan Ukays - Bila diri disayangi

http://www.youtube.com/watch?v=Bq5uHn02qI4

4) Kumpulan Stigma - Terpatri

http://www.youtube.com/watch?v=61oayIJWiT8

5) Kumpulan Search - Fantasia Bulan Madu

http://www.youtube.com/watch?v=0PcBxMngvF0

6) Kumpulan Krabat - Keinsafan

http://www.youtube.com/watch?v=FT8M7QY8GgE

...dan banyak lagi lagu rock purbakala melayu yang boleh dikorek untuk kita hayati bagi menambahkan lagi kerinduan dan kasih sayang kita kepada tuhan. Jangan korang fikir hanya lagu nasyid yang ada kompang dan bonggow saja yang boleh dikategorikan sebagai lagu ketuhanan. ok..hidup rock melayuu.....

http://2.bp.blogspot.com/-SQBWD9kk3FU/TvAa7rJWQbI/AAAAAAAAAV0/42tUtBwfGwc/s1600/man+at+sunset.jpg

cerner
09-09-2012, 03:04 AM
Amat malanglah bagi kita yang terus menghukum bermain alat muzik bertali itu adalah haram, sedangkan alat muzik bertali itu adalah alat yang mengeluarkan bunyi yang sedap didengar dan apakah salahnya kita bermain untuk kekasih kita iaitu Allah S.W.T...


erm.. bukan ke mmg haram alat muzik yg bertali..?? yang haram tetap haram.. xde alasan kecuali mampu meragut nyawa..

sile betulkan jika salah..

userun
09-09-2012, 03:12 AM
erm.. bukan ke mmg haram alat muzik yg bertali..?? yang haram tetap haram.. xde alasan kecuali mampu meragut nyawa..

sile betulkan jika salah..

http://www.youtube.com/watch?v=59Hv5LYrDZk&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=JTk7MmSr7s4&feature=related

keris Melayu
09-09-2012, 03:14 AM
Entah kenapa lagu ni buat aku rase dekat dengan tuhan.. cube korang dengar plak:D

http://www.youtube.com/watch?v=QsKgewKq-Bo

Ishak_91
09-09-2012, 03:15 AM
Lefthanded-seruan

userun
09-09-2012, 03:19 AM
Entah kenapa lagu ni buat aku rase dekat dengan tuhan.. cube korang dengar plak:D

http://www.youtube.com/watch?v=QsKgewKq-Bo

tuan kasi lagu versi karaoke nih tuan...:D

ape2 pun bagus lah mendengar lagu boleh mendekatkan diri kita kepada tuhan....bukan menyanyi untuk pumpuan semata-mata...

keris Melayu
09-09-2012, 03:19 AM
erm.. bukan ke mmg haram alat muzik yg bertali..?? yang haram tetap haram.. xde alasan kecuali mampu meragut nyawa..

sile betulkan jika salah..

sejak bile plak haram? :-? ~X(

userun
09-09-2012, 03:23 AM
Lefthanded-seruan

lirik yang bagus dengan muzik rock yang lebih berkesan dan menusuk jiwa, bagaimana jika lagu ini didendangkan dengan alat muzik kompang? kurang skit feel dia kan...:D

epi_san
09-09-2012, 03:28 AM
Betul ke main gitar haram???

rebellion
09-09-2012, 03:43 AM
erm.. bukan ke mmg haram alat muzik yg bertali..?? yang haram tetap haram.. xde alasan kecuali mampu meragut nyawa..

sile betulkan jika salah..

alat muzik bertali ni mende khilaf bro,

jangan sampai jadi najis (baham lagho) :D

userun
09-09-2012, 01:49 PM
Betul ke main gitar haram???

xlah....dah banyak diperbincangkan dah.

e.k.
09-09-2012, 02:00 PM
tgk pada sapa yg lirik lagu tu..

kalo arwah JS kevin lagu slow byk sentuh ketuhanan...paling sng nak check misteri mimpi syakila- wings dia cerita tentang hal2 kesufian..kalo sekali dgr mcm puja pompuan tapi sbnrnye bukan

arwah loloq, stone dan ramai lagi kekadang diorg ni ada nama pena bukan satu tapi ada dua 3 tapi org yg sama sebenarnye..

diorg ni mmg kreatif sbb byk membaca + kepala ada isi (bukan semua cuma sebahgian kecil je)....kalo mcm stone tu mmg dah nickname dan karaktor nye mmg kene la kih kih kih

just my sekupang

Lenkcai
09-09-2012, 05:52 PM
mari aku bagi list yang aku ingat berkaitan lagu rock yang berunsur ketuhanan atau tujuan dakwah atau menyeru kepada kebaikan


- mentari merah di ufuk timur (search)

- keadilan (lefthanded)

- seruan (lefthanded)

- dari tuhan (wings)

- belenggu irama (wings)

- sembunyi (wings)

- silaturrahim (bumiputera rockers)

- sudah sampai sini (bumiputera rockers)

- sedekah ( mael xpdc )

- aku masih disini (xpdc)



nanti kalau ingat lain , aku tambah lagi

mr.haha
09-09-2012, 07:00 PM
nak tambah satuu...bg meriah...:D:D

http://www.youtube.com/watch?v=PB37rd8_Hug

mdnor34
10-09-2012, 12:14 AM
Lagu "insan" nyanyian yantzen (bekas penyanyi kump rusty blade & may)

userun
10-09-2012, 12:54 AM
tgk pada sapa yg lirik lagu tu..

kalo arwah JS kevin lagu slow byk sentuh ketuhanan...paling sng nak check misteri mimpi syakila- wings dia cerita tentang hal2 kesufian..kalo sekali dgr mcm puja pompuan tapi sbnrnye bukan

arwah loloq, stone dan ramai lagi kekadang diorg ni ada nama pena bukan satu tapi ada dua 3 tapi org yg sama sebenarnye..

diorg ni mmg kreatif sbb byk membaca + kepala ada isi (bukan semua cuma sebahgian kecil je)....kalo mcm stone tu mmg dah nickname dan karaktor nye mmg kene la kih kih kih

just my sekupang

bro stone tu sape?

userun
10-09-2012, 12:56 AM
nak tambah satuu...bg meriah...:D:D

http://www.youtube.com/watch?v=PB37rd8_Hug

Penyanyi Arab sekarang nih pi mana dah?

cyberiz
10-09-2012, 12:56 AM
sufi ~ damasutra

http://www.youtube.com/watch?v=-4e_NSdbfqQ

BMD
10-09-2012, 01:01 AM
LovingBorn - Terima Kasih

siap cerita qiamulail lagi

userun
11-09-2012, 12:39 AM
perghhh..memang dasyat la rock dulo-dulo...

benartzam
11-09-2012, 01:26 PM
layan lagu ungu.. best gak.

ANAZUHUD
11-09-2012, 03:34 PM
http://www.youtube.com/watch?v=FZOxUi0mNKY

Fikirman
11-09-2012, 04:57 PM
bookmark dulu.........

Fikirman
13-09-2012, 02:08 AM
uGcrwfj6yQo


Dendam
Yang lama terpendam
Dari zaman ke zaman

Tersembunyi
Di balik gunungan
Menantikan arahan

Bertujuan
Membinasakan
Bertujuan
Untuk memesongkan
Manusia dipeluk rindu
Pada dunia yang palsu, palsu, palsu

Oh janganlah kau
Terpedaya dengan kalimah
Yang menyesatkan

Oh janganlah kau
Terpedaya dengan dajal
Yang menyesatkan

Dajal
Mungkin tak tersembunyi
Mungkin bermukim di hati

Tak punya belas
Tak punya simpati
Mata satu jinak dengan kemunafikan

Yang membela
Dajal dalam dada
Buta pada sumpah dan janjinya
Manusia dipeluk rindu
Pada dunia yang palsu, palsu, palsu

dark knight
13-09-2012, 02:16 AM
iklim - suci dalam debu
wings - dari tuhan
bpr - maghrib

sapa2 nk tambah silakan...

poyopo
13-09-2012, 02:50 AM
Lagu ASYIK dr damasutra...tntg fananya insan ketika berkasih dgn Rabbnya, mmg mengasyikkan sungguh lagu ni :)cgrock

Dgn bahasaaa..
kalimah yg sama, puji dan memuja..

Dilindung dan dibukaa...
Rahsiakan ttap rahsia...

Indah bukan rupaa..
Harom bukan bungaa...
Manis bukan gulaa..
Panas bukannya bara...

CINTAKAN TETAP CINTA... ila akhir.

http://www.youtube.com/watch?v=lURjd6t-y9g

Lenkcai
13-09-2012, 02:55 AM
iklim - suci dalam debu
wings - dari tuhan
bpr - maghrib

sapa2 nk tambah silakan...

yakjud dan makjud - bpr

ain zubaidah - projek

srikandi cintaku - bloodshed

samarkand - bloodshed

umpama mimpi dalam mimpi - damasutra

habil dan qabil - search

songsang - search

musafir - search

hijau bumi tuhan - search

untukmu ibu - exist:D

poyopo
13-09-2012, 03:08 AM
Kalo hati senantiasa berKASIH dgn Allah, dgrlah lagu apa
pun.....akan jadi ibadat pada kita, hatta dengar kicau
burung skali pun...

kalo hati dah lagho....speker masjid atas kepala pun
wak dunno jaaah.....apatah lagi quran langsung tak terkesan.
mcm aku niii arrghhh.....:~X(

http://www.youtube.com/watch?v=7l2gcxKDMew&feature=related

tomcat_apachee
13-09-2012, 03:19 AM
mark dulu thread ni, credit pd tt sbb buka thread mcm ni, kawan pun sll gak post lagu2 rock kapak yg berunsur ketuhanan kat wall FB kawan,

jom kita layan sambil menghayati lirik2 puitis seorang pujangga

xalimx
13-09-2012, 08:02 AM
lagu Damasutra - Sufi

Sufi selangkah tirai kasihmu ku buka
Engkau serahkan cinta hingga dirimu tiada
Kasih sufi kau rela pilih derita di dunia
Biar rebah di hina kau tak berubah

Kau menguasai selautan
Yang tersembunyi di genggaman
Nafi dan isbat kau sandingkan
Sebagai tali pegangan

Sufi kau hilang di pandangan
Ada di dalam kenikmatan
Engkau dan dia pasti tidak akan terpisah
Andai tertutup tirai sufi
Yang terang tidak nampak terang
Inilah siksa menyakitkan sepanjang jalan

Inginku tempuh titianmu
Dari kekasih ke kekasih
Pengabdianku bersamamu kasih
Biar rebah di hina kau tak berubah

thetu5
14-09-2012, 12:41 AM
Tajuk Lirik Lagu: Ke Pintu Kasihmu
Artis: Fotograf

Jernih berkilauan bagai titisan
Embun menghujan
Hening alam rasa bila namamu
aku lafazkan
Ku saksikan dengannya hati
penuh rindu yang syahdu
Dan berbisik tentangnya hasrat
jalinan cinta kasih
(*)
Dan dari pintu ke pintu
Jangan di langsiri
Dengan tabir kelam
Buka luaskan dengan cahaya
Segala dan semuanya
Tetapkan ku genggam
Penuh kepasrahan
Dan tanpa resah terhadap cinta
Di saat bercinta datang berbagai
bayang-bayang menjelma
Dan kerna saktinya
cinta ku teguh tidakkan luruh
(Ulang dari *)
Dan kerna saktinya
cinta ku teguh tidakkan luruh


MAI PEN RAI LYRICS

-MAY-
(LIRIK ALLAHARYAM LOLOQ)

MAI PEN RAI
HIDUP BAWAH LANGIT TUHAN
TERKADANG MESTI HUJAN
MAI PEN RAI
KITAPUN KATA NEVER MIND
WIN OR LOSE DITAKDIRKAN

BAGAI SEMUT YANG MEMIKUL GULA
TAK RASA BERATNYA
KITA ORANG YANG BIASA SUSAH
DAH TAK KISAH SUSAH

MAI PEN RAI
ATAS SANA ADA BINTANG
KUASA TAK KEPALANG
MAI PEN RAI
KAU NAK JADI HULUBALANG
LIVE AND DIE BUKAN RENTANG

MACAM LEBAH YANG MENGGUBAH SARANG
MALAM BAWA SIANG
KITA ORANG MISKIN YANG DIHINA
TAK KISAH DIHINA

JANGAN KAU TERTIPU DENGAN DUNIA
SAMPAI KAU TAK NAMPAK CAHAYANYA
CINTAMU SANA
DALAM GELAP YANG PALING GELITA
BARULAH KAU SEDARI
MANA SATU YANG DIKATAKAN
SINAR KASIH SEBENAR



Tajuk/Lirik Lagu: Luka Seribu Rindu
Penyanyi: Fotograf

Api dah menjadi bara
Bara menjadi debu
Mawar indah nan setangkai
Layu dan berguguran
Begitulah ibarat cinta
Terjalin sementara
Madu tak sempatku rasa manisnya
Pahit barganti
Terpaksa ku telan jua
Aku bagaikan tawanan
Di dalam perang rindu
Asyik berganti derita
Cinta tak kesudahan
Mesranya tingkahmu
Disamping dirinya
Menambah luka di hatiku
Senyumanmu di samping orang ketiga
Bagaikan sembilu
Menusuk di hatiku
Hati ku sakit tak tertahan lagi
Kasih
Sudahnya begini
Cinta murni nan sejati
Kemanakah hala
Yang akan kubawa
Hati sarat luka seribu rindu
Dia yang menanti
Setiaku menunggu
Tapi kepadanya kau pergi



Search

Mentari Merah Di Ufuk Timur

Ada yang tertinggal
Setelah terbenam Mentari
Ada yang tertinggal
Setelah kering air di kali

Alam telah menyakinkan
Kau mesti pergi
Kau mesti
Alam telah menyakinkan
Kau mesti kembali
Bagai yang telah dijanjikan Illahi
Ada yang tertinggal
Setelah musnah semua mimpi

Kekal selamanya
Cintaku dengan cahaya mu
Kekal selamanya
Tetap dalam ingatanku

Lemas dalam rindu
Tenggelam dalam tangisan
Engkau telah pergi
Tapi masih ada...
Yang kau tinggalkan dalam kalbuku
Yang tinggal...( 3x... 6x... )


SEARCH - Fantasia Bulan Madu

Demi cintaku pada mu
Ke mana saja kan ku bawa
Ku hujung dunia ke bintang Kejora

Demi cintaku padamu
Kukorbankan jiwa dan raga
Biar pun harus ku telan
Lautan bara

Bulan madu diawan biru
Tiada yang menggangu
Bulan madu diatas pelangi
Hanya kita berdua
Mengecap nikmat cinta
Yang putih tak terbendung
Sesuci embun pagi

Andai dipisah
Laut dan pantai
Musnahlah ilham
Hilang pedoman

Andai dipisah
Cahaya dan bulan
Gelap gulita
Musnah asmara

Penulis Lirik : M.Nasir



M. Nasir

Hati Emas

Berjalan di tanah gersang
Mentari mencekam dada
Debu-debu di jalanan
Menjadi teman setia

Tiada lain tujuanku
Hati emas yang ku cari
Kisahnya di hujung dunia
Mengapa tak ku temui

Oh! terdengar suara halus
Bagai dengar dan menghilang
Katanya pulanglah oh! anakku
Ia tiada di sini

Kembara
Puas sudah ku mengembara
Ke mana perginya oh! cahaya
Mencari hati emas bukannya mudah
Di masa kini adakah kau peduli

Mungkinkah dikau miliki
Hati emas murni suci
Inginku menjadi sahabatmu
Hingga akhir hayat nanti

Kembara
Puas sudah ku mengembara
Ke mana perginya oh! cahaya
Mencari hati emas bukannya mudah
Mungkin selamanya takkan aku temui




Tajuk/Lirik Lagu: Bayangan Baiduri
Penyanyi: Search
Album: Bikin Wilayah (1998)
Komposer/Lirik: M.Nasir/S.Amin Shahab


Mengenalimu
Nama ke hati
Apakah ia mecukupi
Memancing minda
Menyentuh indera
Menghamba diri
Masih meragui
Harap engkau nyatakan
Jangan bersembunyi di antara angan
Dan gerak naluri
Kau pengasih
Engkau yang ku sayang
Selama ini yang ku miliki
Hanya bayangan baiduri
(*)
Di mana sebenarnya sinar nuraini
penerang hati
Ku lihat bulan dan mentari
Kejar mengejar setiap hari
ooh.. Ku lihat tarian hidup
Mewarnakan lukisan mimpi
Ah..ah…ah.. (Hanya satu ilusi)
Ah..ah…ah.. (Hanya satu ilusi)
(Ulang *)
Ah…ah..ahh.. (Mengharap api cinta)
Ah…ah..ahh.. (Rindu yang mengasyikan)
Untukmu…
Untukmu…

byk lgi lgu yg berunsurkan ketuhanan yg mana dicipta oleh m.nasir,s.amin shahab,arwah loloq cme sedar dgn x jer..carilah..

userun
04-07-2013, 08:53 PM
Ok guys, ade sapa2 lagi yg boleh berkongsi lagu sebegini?

akeyrasta
04-07-2013, 08:59 PM
Cinta pada Allah.. Bagus tt disamping tersurat ada tersirat..

xfaiz86x
04-07-2013, 09:00 PM
parking dulu..hehehee

Sweet Rose
04-07-2013, 09:07 PM
thread yg menarik, i follow...:D

userun
04-07-2013, 10:35 PM
Dalam kesyahduan meniti mlm yg dingin sebegini, sambil mendengar lagu rock ketuhanan sungguh asyik sekali, Sesungguhnya Allah itu Maha seni, bermain lirik dan lagu sambil mengingatiNya sungguh indah hidup ini.

12jaj
05-07-2013, 01:45 AM
mentari merah di ufuk timur jgn dilupai....

rayz
05-07-2013, 01:50 AM
http://www.youtube.com/watch?v=rQgymoSCLDc

myrul369
05-07-2013, 08:58 AM
damasutra- sufi

John Nawi
05-07-2013, 09:09 AM
Lirik Tanya Sama itu Hud-Hud (Di Tulis oleh M.Nasir sendiri)

Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan
Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh
Ooh… Sang Algojo
Ooh… nanti dulu
Lihat dunia dari mata burung
Atau dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini
Ooh… Sang Algojo
Ooh… nanti dulu
Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai
Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerna dia yang terbangkan ku ke mari

penerangan...

Sebenarnya M.Nasir telah mengambil sebuah kisah yang di ceritakan di dalam sebuah kitab yang bertajuk Mantiq Al-Tayr (Musyawarah Burung) yang di karang oleh Fairududdin Attar seorang yang berbangsa Parsi.Kitab ni menceritakan pengalaman beliau mencari Tuhan.Maka pengalaman itu di kisahkan melalui kisah sekawan burung yang di ketuai oleh burung hud-hud untuk mencari raja burung yang bernama raja Simurgh (si Muraq) di puncak Gunung Qaf (tempat berhentinya bahtera Nabi Nuh setelah banjir besar).Sebenarnya M.Nasir telah mengambil sebuah kisah yang di ceritakan di dalam sebuah kitab yang bertajuk Mantiq Al-Tayr (Musyawarah Burung) yang di karang oleh Fairududdin Attar seorang yang berbangsa Parsi.Kitab ni menceritakan pengalaman beliau mencari Tuhan.Maka pengalaman itu di kisahkan melalui kisah sekawan burung yang di ketuai oleh burung hud-hud untuk mencari raja burung yang bernama raja Simurgh (si Muraq) di puncak Gunung Qaf (tempat berhentinya bahtera Nabi Nuh setelah banjir besar).

Bagaimanapun M.Nasir tidak membiarkan lirik ini berkisar tentang mencari Tuhan semata-mata sebaliknya beliau telah seimbangkannya dengan satu hadis Rasulullah yang di riwayatkan oleh Al_tarmidzi di dalam rangkap yang pertama ( 73 pintu,73 tiga jalan,yang sampai hanya satu jalan) yang berbunyi
"Sesungguhkan di kemudian hari nanti akan berpecah-pecah umatku sebagaimana berpecahnya kaum Yahudi dan Nesrani dalam ugama mereka. Berpecah umatku menjadi 73 firqah (atau golongan atau mazhab), 72 golongan atau firqah atau mazhab masuk Neraka dan satu (sahaja) masuk Syurga.
Maka bertanya para sahabat: ‘Siapa golongan yang satu itu, ya Rasulallah (s.a.w)?’
Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Iaitu yang mengikut jalanku (yakni, sunnah beliau atau as-Sunnah) dan jalan sahabat-sahabatku yang benar lagipun diberi petunjuk oleh Allah."

kapak
05-07-2013, 04:32 PM
rasanya dh banyak thread camni..


ambe tambah 1


http://www.youtube.com/watch?v=M4mV0Rq2u-o

samurai_liam
05-07-2013, 04:50 PM
parking dlu,,

akeyrasta
05-07-2013, 11:57 PM
Tt masuk kan sekali video klip kumpulan Samudera tajuk Silaturrahim kat 1st page.. Tyvm..

ed_zero
06-07-2013, 12:10 AM
penulis lirik dulu2 tulis dengan jiwa...skrg penulis lirik ikut emosi...hahaha..

zerodecibal
06-07-2013, 12:14 AM
lagu2 skrang cam hampeh... susah nak ingat ...popular jap je...lepas tu ilang

userun
17-10-2013, 12:28 PM
Bump for today, ade apa2 komen lagi? :D

Rishhana
17-10-2013, 12:36 PM
baru aku tahu thankzz t.t... hehehe langgam pak dogol..

Poziabb
17-10-2013, 12:50 PM
Bump for today, ade apa2 komen lagi? :D





Perjalanan - Ramli Sarip

Keliru - Ramli Sarip

BroAct
17-10-2013, 02:09 PM
Matahari - Amuk

Jernih - Amuk

Luhur - Kamikaze

xalimx
17-10-2013, 02:43 PM
Matahari - Amuk

Jernih - Amuk

Luhur - Kamikaze

aah laaa, baru perasan lagu2 ni mmg ada maksud tersendiri :)paid:)paid

BroAct
17-10-2013, 02:51 PM
aah laaa, baru perasan lagu2 ni mmg ada maksud tersendiri :)paid:)paid

lagu2 feveret sy tu...:)cgrock

dauskupang
17-10-2013, 03:06 PM
parking...

mhar_2086
17-10-2013, 03:12 PM
Lefthanded - Seruan pun ada unsur2 ketuhanan jgk boh

userun
17-10-2013, 03:13 PM
aah laaa, baru perasan lagu2 ni mmg ada maksud tersendiri :)paid:)paid

ahaaa kan, baru bro tersedar lagu rock melayu bukan hanya lirik yang kosong, relate kannya dengan tuhan..:)cgrock

xalimx
17-10-2013, 03:17 PM
ahaaa kan, baru bro tersedar lagu rock melayu bukan hanya lirik yang kosong, relate kannya dengan tuhan..:)cgrock

mostly lagu2 yg lama + ada beberapa band baru yg cam 6ixth sense yg menjerumus ke arah lagu2 jenis nih....

lagu2 kumpulan yg terkinja2 , yg ntah pape tu lagu sekadar emosi je.....

din guerreroz
17-10-2013, 03:20 PM
Wings - Rayuan Terakhir
Amuk - Aku Mahu Pulang

Best gak dua2 ni... :D

userun
17-10-2013, 03:20 PM
mostly lagu2 yg lama + ada beberapa band baru yg cam 6ixth sense yg menjerumus ke arah lagu2 jenis nih....

lagu2 kumpulan yg terkinja2 , yg ntah pape tu lagu sekadar emosi je.....

Memang benar tuan, tapi lagu rock lama lirik nya sungguh metafora..

BroAct
17-10-2013, 04:12 PM
Wings - Rayuan Terakhir
Amuk - Aku Mahu Pulang

Best gak dua2 ni... :D

Amuk banyak lagu2 yg penuh erti. Aku Mahu Pulang mmg layan... :)cgrock