PDA

View Full Version : Gempar: Gadis Dua Jam Mati, Tapi Dihidupkan Kembali !!

mj12
27-04-2008, 03:31 PM
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya kejadian aneh dan ajaib sering diwar-warkan kepada manusia di dunia ini untuk memberi kesedaran dan keinsafan kepada kita agar kembali ke jalan yang benar, jalan yang diredhai oleh Allah SWT. Banyak kejadian aneh yang berlaku disekeliling kita, harus dijadikan ikhtibar dan tauladan. Mungkin ada diantara kita yang tidak mahu menerima perkabaran dan berita-berita aneh ini, lantara terusan melakukan kemungkaran dan enggan kembali kepadaNya. Namun, ramai juga yang bila mendapat berita dan perkabaran ini akan merasa takut dan keimanannya bertambah kuat untuk beribadah kepada Allah.

Dalam kita hanyut dibuai "Gelora Politik" yang melanda hari ini, kita juga harus ingat dan sedar bahawa usia dan mati itu semakin hampir dengan kita. Kita harus berusaha untuk "Menanti Hari Kemenangan Islam" di mukabumi ini. Tidak kira apa jua parti politik sekalipun, selagi kita bernama Islam maka wajib bagi kita untuk menanti tertegaknya hukum Allah dimuka bumi ini. Jika bukan kita yang dapat merasainya, sekurang-kurangnya biarlah anak cucu dan generasi kita yang akan datang ini dapat hidup dalam suasana masyarakat Islam sebenar dan bukannya Islam Hadhari yang sering dimomokkan kepada mereka. Peradaban umat Islam dan bangsa itu sendiri akan rosak jika senario yang berlaku hari ini terus dipertahankan. Umat Islam semakin keliru yang mana satu ajaran Islam sebenarnya dan yang mana satu palsu. Mereka juga bingung dengan situasi ini. Islam dicampur aduk dengan kemaksiatan dan kemungkiran atas nama "Islam Hadhari". Lantaran itulah apabila berlaku sesuatu musibah yang melanda, maka begitu cepat sekali pemimpin Islam Hadhari akan menolak kepercayaan bahawa ianya datang dari Allah. Segala yang melanda itu adalah "Bala" yang diturunkan oleh Allah akibat kedurjanaan dan kebiadapan pemimpin Islam dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai Khalifah di mukabumi ini.

Banyak juga perkara aneh yang sengaja dirahsiakan untuk pengetahuan umat Islam di negara ini. Kejadian-kejadian aneh yang didatangkan oleh Allah untuk memberi amaran kepada kita, dianggap boleh melemahkan orang Islam. Lantaran itulah kejadian seperti ini kalau boleh akan ditutup dan dirahsiakan. Contohnya lihat apa yang berlaku di sebuah hospital swasta di Melaka ini, perihal seorang gadis yang berasal dari Indonesia telah mati selama dua jam ketika menerima rawatan di hospital terbabit. Gadis yang berusia 26 tahun itu, bernama Azlina Bte Hassan Basri, dikatakan telah dibawa ke Malaysia oleh bapa saudaranya untuk menerima rawatan. Beliau dikatakan mengidap sejenis penyakit saraf yang sukar untuk diubati di tempatnya. Lantaran itu Azlina telah dibawa ke Melaka. Namun satu kejadian aneh telah berlaku, apabila beliau yang disahkan sudah "Mati" selama lebih dua jam akhirnya hidup kembali dan dapat menceritakan pengalamannya ketika meninggal dunia.

Azlina dikatakan telah menceritakan pengalaman nyawanya dicabut oleh dua malaikat, dibawa ke sebuah tempat yang memperlihatkan penyiksaan berlaku, dibawa ke satu tempat melihat orang sedang bersenang lenang dalam keadaan muda belaka, bahkan apa yang lebih menggemparkan beliau juga dikatakan telah dapat bertemu dengan Allahyarham ayahandanya yang telah sekian lama meninggal dunia. Semua ini dikatakan perjalanan "Roh"nya itu sendiri. Azlina telah diwawancara dalam satu rancangan TV di Indonesia selepas itu.

Apa yang agak menghairankan kita ialah berita ini biarpun berlaku di Melaka, namun ianya sengaja dirahsiakan oleh pihak-pihak tertentu untuk menggelakkan umat Islam insaf dan sedar akan ketibaan "Hari Pembalasan" yang semakin hampir dengan kita. Pun begitu, Cucu hanya memaparkan kisah ini yang dipaparkan menerusi TV Indonesia. Hanya pembaca sahaja yang dapat menilai apakah berita ini ada kebenarannya atau hanya rekaan semata-mata. Apa pun, sama-samalah kita mengambil ikhtibar atas kejadian ini. Semoga ianya akan mendekatkan lagi diri kita dengan Allah SWT kelak. Jangan hanya sibuk berpolitik sebaliknya kita lupa perjuangan yang lebih besar iaitu memastikan Islam tertegak di mukabumi ini.

:-? ..Kuasa Allah....:)

GilerGold
27-04-2008, 03:35 PM
dah lama cerita nih...nak vdo bro?

mj12
27-04-2008, 04:03 PM
dah lama cerita nih...nak vdo bro?

ada bro...kalau boleh?...:)

atlantis
27-04-2008, 04:08 PM
cayer ler ngan indon tu ! :))

rissa
27-04-2008, 04:16 PM
cam tak caye je :D :D :D

lanbai
27-04-2008, 04:20 PM
dah lama cerita nih...nak vdo bro?
aku nak video tu.. PM aku..!! :)

tomie

tq for info....:)cgrock

mj12
27-04-2008, 04:24 PM
tq for info....:)cgrock

sama-sama kongsi bro...:)

zCk
27-04-2008, 04:25 PM
Allah maha besar...semua yg berlaku atas kehendakNya...

atlantis
27-04-2008, 04:27 PM
zm0tI5U7EjU

ni hah video dia!
10sen pun aku tak caya !

rissa
27-04-2008, 04:28 PM
riss pun nak tengok video... pliss :D

atlantis
27-04-2008, 04:28 PM
ada 8 clip/
cari tajuk ni Dua Jam Mati hidup kembali

atlantis
27-04-2008, 04:30 PM
Dua Jam Mati
hidup kembali

jam yg mati ! :)) :eek:

rissa
27-04-2008, 04:31 PM
ada 8 clip/
cari tajuk ni Dua Jam Mati hidup kembali

a aaa la... lapan sungguh

rissa
27-04-2008, 04:34 PM
creepynya tengok muka ppuan tu :(( horror!

princesskhan
27-04-2008, 04:38 PM
Sesaje buat gempak je la tu...
Tak lojik dan tak percaya lngsung... :p

atlantis
27-04-2008, 04:39 PM
creepynya tengok muka ppuan tu :(( horror!

habis ler :D

zCk
27-04-2008, 04:41 PM
ada surat pengesahan doktor ker yg dia dh mati??

atlantis
27-04-2008, 04:45 PM
ada surat pengesahan doktor ker yg dia dh mati??

kena tengok sumer 8 clip ! :)) :eek:

rissa
27-04-2008, 04:46 PM
kena tengok sumer 8 clip ! :)) :eek:

tu yg lotih :))

princesskhan
27-04-2008, 04:47 PM
ada surat pengesahan doktor ker yg dia dh mati??

Ada... mesti la ada...
Pengesahan dr Dr K. Toyol... he..he..he.. :))

rissa
27-04-2008, 04:56 PM
cara ppuan tu bercakap mcm nak mengajar KAFA je :))

p.s semua nak cari make je lebey... kalau ada citer dah siap kapan tu bangun balik then riss caye kot :((

smate
27-04-2008, 05:02 PM
papehal igtlah ayat dia

"setiap yang hidup pasti akan mati"

atlantis
27-04-2008, 05:04 PM
cara ppuan tu bercakap mcm nak mengajar KAFA je :))

p.s semua nak cari make je lebey... kalau ada citer dah siap kapan tu bangun balik then riss caye kot :((

syabas!

memang kat situ kantoinyer.
tangan dia yg ligat tu menunjukkan dia sedang mengingati skrip ! :D

rissa
27-04-2008, 05:04 PM
papehal igtlah ayat dia

"setiap yang hidup pasti akan mati"

well thats not the right way to deliver, ada banyak lagi cara lain... ni khayal je lebey! apadaa... insaflah paman azlina ooi

mj12
27-04-2008, 05:13 PM
saya ada pengalaman sendiri...sekitar awal tahun 90'an dulu ada saudara saya yang belajar di Uitm Shah Alam dia di langgar motor di luar kampus..(kisah dia pernah masuk majalah Mastika dan pihak Mastika interview dia)...kecederaan nya parah dan terlantar di ICU selama kalau x silap saya sekitar 5 bulan..di beritakan tempurung kepala retak dan beliau patah beberapa anggota badan...Alhamdullillah umur dia panjang....selepas lebih kurang setahun baru beliau boleh bercakap dan ada tindak balas dari beliau...saya bersekempatan berbual dengan beliau..dalam perbualan itu saya tanya dia apa yang di alami waktu koma yang lama tu...beliau menceritakan beliau berada pada satu tempat...dan beliau merayau2 mencari jalan...tetiba dia nampak satu kawasan yang baru...dan kalau ingin memasuki kawasan baru tersebut beliau beritau saya ada seperti pintu gerbang..baru beliau melangkah..ada seperti tiang telepon di sebelah nya...dan telepon itu berdering2...beliau menceritakan pada saya..nak angkat ke atau nak terus kan perjalanan...beliau mengambil keputusan mengambil telepon tersebut...waktu tu di terdengar suara abang kandung beliau memohon pada beliau "adik balik lah adik...ayah mak dan semua rindu kan adik"...selepas itu dia mengambil keputusan tidak meneruskan perjalanan....saya jumpa abg beliau secara personal dan bertanya dia...apa doa dia selama adik dia terlantar di ICU..beliau tidak putus berdoa kepada Allah supaya adiknya sihat kembali sihat....

saya cuma berpegang pada apa yang Allah firman kan dalam surah Ya'sin ayat 82:-

"Sesungguhnya kekuasaan-Nya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada benda itu: Jadilah engkau! Maka jadilah ia."

(Ya-sin 82)

gihaz
28-04-2008, 08:47 AM
aku dah tgk video dia dari mula sampai abis... tipuuu:(scam :(scam :(scam
daripada apa yg dia ceritakan balik mmg nampak sgt tipu..
kalau x cayer korng tunjukkan video dia nie kat mane2 ustaz, msti ustaz tu pun kate tipuuu...
jaga2 dasat gak dia nie menipu, ade unsur2 x elok, bleh memesongkan akidah...
jangan terus tgk dan percaya... tanya pada alim ulama..
ade gak org camni...

mama_miya
28-04-2008, 09:12 AM
kalau kisah mati hidup semula tu aku percaya...
tapi kalau dia bercerita tentang alam dia semasa mati tu agak ragu skit...
sebab aku pernah dgr cerita org mati hidup semula dah beberape kali ..
2 kes kat kg aku mati lebih kurang 5 - 6 jam hidup semula ketika org tengah buat persiapan utk di kebumikan,namun x bleh bercerita papepun n meninggal semula dlm masa beberapa jam selepas tu...n
ade satu kes plak org tu masih hidup sampai skrg selepas mati selama beberapa jam beberapa tahun lalu tapi selepas beberapa hari dihidupkan semula dia mcm org tersampuk blur semacm x dpt berckp pape...n skrg ni dia jadi mereng dah...aku pernah jumpa org ni...wallahualam...

*semua kes ni dah disahkan meninggal oleh dr

rizzmerr76
28-04-2008, 09:23 AM
susah nak percaya....jln penceritaan dia tulus sgt....vcd ni byk jual kat pasar malam yg jual vcd ceramah agama....utk jadi pengajaran boleh la...utk percaya kena tanya yg cerdik pandai bab agama...

rafina_80
28-04-2008, 09:35 AM
kalau kisah mati hidup semula tu aku percaya...
tapi kalau dia bercerita tentang alam dia semasa mati tu agak ragu skit...
sebab aku pernah dgr cerita org mati hidup semula dah beberape kali ..
2 kes kat kg aku mati lebih kurang 5 - 6 jam hidup semula ketika org tengah buat persiapan utk di kebumikan,namun x bleh bercerita papepun n meninggal semula dlm masa beberapa jam selepas tu...n
ade satu kes plak org tu masih hidup sampai skrg selepas mati selama beberapa jam beberapa tahun lalu tapi selepas beberapa hari dihidupkan semula dia mcm org tersampuk blur semacm x dpt berckp pape...n skrg ni dia jadi mereng dah...aku pernah jumpa org ni...wallahualam...

*semua kes ni dah disahkan meninggal oleh dr

a ah..betul tu..aku selalu jugak dgr cam ni..

pcfx
28-04-2008, 09:37 AM
subahanallah...

tokputih
28-04-2008, 09:38 AM
subhanallah... tapi insaf ke kita

hazualuv
28-04-2008, 09:38 AM
aku da tgk da video ni....pompuan yang mati hidup blik ni tak berapa jelas la per yang dia sampaikan kat dalam video tu

hazualuv
28-04-2008, 09:39 AM
tp aper pun mmg insaf

hazualuv
28-04-2008, 09:39 AM
semoga aku barada di dalam landasan Allah

mama_miya
28-04-2008, 09:50 AM
subhanallah... tapi insaf ke kita

camnilah bro...
pd pendapat aku yg x seberapa ni...
pape kejadian yg pelik2 berlaku sebenarnya hanya utk menyedarkan kita bhwa ALLAH s.w.t Maha berkuasa yg mampu melakukan ape saje mengikut kehendakNYA n utk memberitahu tentang kewujudanNYA...
tapi keinsafan sepatutnya sentiasa ada dlm hati kita tanpa menunggu berlaku kejadian2 yg pelik2...WALLAHUALAM...

p/s:utk mengingatkan diri sendiri jgk :)

hazualuv
28-04-2008, 09:55 AM

ni aku sokong....:)cgrock

shah9744
28-04-2008, 02:03 PM
perkara mcm ni perlu disiasat dengan teliti kesahihan cerita mangsa terbabit..takut ada berlaku syrik..walauapa pun Allah maha berkuasa lagi bijaksana. Renung2 kan...

shariff812
28-04-2008, 05:26 PM
ALLAH maha besar....

fordLASER
28-04-2008, 06:35 PM
aku pulak.. kebelakangan ni asik pk pasal mati jer.sakit masa mati adalah sakit yg paling sakit beb..... hadui..
aku pk .. klau mati nanti mcmana la aku duk kat dalam... tu..
apa yg aku dah buat masa aku hidup... huh ... takoott..
http://www.youtube.com/watch?v=c6SVa1oPPWY

atlantis
28-04-2008, 06:42 PM
aku pulak.. kebelakangan ni asik pk pasal mati jer.sakit masa mati adalah sakit yg paling sakit beb..... hadui..
aku pk .. klau mati nanti mcmana la aku duk kat dalam... tu..
apa yg aku dah buat masa aku hidup... huh ... takoott..

ko tanak buat video macam pompuan indon tu ke !
buat style ngajor kafa :))

singo_lapar
08-05-2008, 10:51 PM
tipu ke betul, tu antara dia ngan Allah....kita yg masih hidup ni amik le pengajaran...nk d tgkkan mmg cam tipu je, tp hanya azlina dan Allah sahaja yg tahu kebenarannya..salam jumaat buat sume...

faridsylar
09-05-2008, 03:27 AM
hurmm... sejauh mana kebenarannya hanya Allah S.W.T yg tahu... :D

Nars
09-05-2008, 03:39 AM
ermm... tak pe laaa mengingati mati tu kan bagus...

apekehe
03-12-2010, 05:19 PM
Tiada yang mustahil bagi Allah

Bombastic
03-12-2010, 05:41 PM
menipu je indon ni , mcm x percaya je , bleh ke mcm tu?

kalau ajal die dh kt ctu , bleh plak nk dihidupkan blik , apa specialnya dia?

wallahualam..!!

wow93
03-12-2010, 05:51 PM
apasal benda2 pelik jadi kat indon jer..!!???
indon pun memang kuat kelentong..

wow93
03-12-2010, 05:53 PM
baca tajuk jer aku dah tau mesti kat indon atau orang indon atau seangkatan dengannya..

omgkenny
03-12-2010, 06:16 PM
baca tajuk jer aku dah tau mesti kat indon atau orang indon atau seangkatan dengannya..

hahahaha... mcm racist jer munyik.. =x

:)):)):)):))

akukurt
03-12-2010, 06:27 PM
kalau indon aku tak percaya...

kalau google nama Azlina Bte Hassan Basri pun tak kluar apa2 result

Jutawan
03-12-2010, 06:33 PM
kalau indon aku tak percaya...

kalau google nama Azlina Bte Hassan Basri pun tak kluar apa2 result

Berita disorokkan kan... sebab tu tak jumpa kat internet.:D

KLVIPER
03-12-2010, 06:57 PM
zm0tI5U7EjU

ni hah video dia!
10sen pun aku tak caya !

muka perempuan tu memang macam muka orang yang pernah mati..:p

ExAvantz
03-12-2010, 07:08 PM
aku yakin Allah bley buat apa saja yg dikehendakiNya

tapi cite pempuan ni aku x percaye ler... :D

mungkin kejadian tu yer... tp mcm tokok tambah byk

dan dia bkn nak cerita, nk ceramah plak...

mazri_myie
03-12-2010, 07:14 PM
bukan geng2 ESQ ke ni?

kipas
03-12-2010, 07:16 PM
Ya, betul. Memang Allah mampu buat segalanya. Tapi untuk kejadian ni, kena siasat. Mungkin tujuannya baik untuk insafkan orang, tapi kalau ceritanya itu tipu, tetap berdosa.

Ada juga yang sebenarnya tak mati. Otak masih boleh berfungsi. Mungkin sesilapan doktor. Tapi kalau siap pergi alam barzah, itu cerita yang boleh kita kaji semula. Memang zaman sahabat dulu, ada yang mati dan hidup semula.

Tapi.. pernah dengar cerita ini? Baru real...

SYDNEY - Seorang bayi lelaki pramatang yang telah disahkan meninggal dunia di Australia hidup kembali selepas dia dipeluk oleh ibunya selama dua jam, lapor sebuah akhbar semalam.

Dalam kejadian pada Mac lalu yang disifatkan sebagai keajaiban Tuhan, doktor-doktor memberitahu, bayi berkenaan yang diberi nama Jamie Ogg, tidak berpeluang untuk hidup setelah dia dilahirkan pada minggu ke-27 dengan berat badannya hanya 600 gram di sebuah hospital di sini.

Bagaimanapun, kembar Jamie iaitu Emily berjaya diselamatkan selepas dia diberikan bantuan pernafasan selama 20 minit.

Doktor kemudian menyerahkan Jamie yang disahkan telah meninggal dunia kepada ibunya Kate dan pasangannya David untuk penghormatan terakhir.

Sedih dan sukar menerima hakikat bahawa anaknya telah mati, Kate meletakkan Jamie di atas dadanya dan mengusap-usap anakya sambil menceritakan mengenai apa yang mereka ingin lakukan bersama jika dia dapat membesar bersama adik kembarnya, Emily.

Selepas dua jam dipeluk, tubuh Jamie kembali hangat dan dia mula menunjukkan tanda-tanda bernafas.

Kate kemudian memberikannya susu dengan menggunakan jari.

"Saya berasa sangat sedih apabila doktor memberitahu dia tidak dapat diselamatkan. Tanpa berfikir panjang saya terus memeluknya. Dia kemudian mula bernafas dan membuka mata. Sungguh ajaib," kata Kate.

Seorang doktor yang dipanggil untuk memeriksa Jamie mengesahkan bahawa bayi itu hidup, tetapi tidak dapat menerangkan bagaimana fenomena itu berlaku. - Agensi

ed_zero
03-12-2010, 07:32 PM
klu betul tu namanya mati suri...

bearbear putih
03-12-2010, 07:45 PM
aku tengok video dia kat youtube ada 7 ke 8 part ntah.. dah lama dulu.. erm entahlah.. macam meragui sikit dekat perempuan tu..allahua'lam

adoila
05-12-2010, 02:29 AM
err...orang indon ada pakai Binti ker?

langkawit
06-12-2010, 08:36 PM
subhannAllah.

AILA2002
06-12-2010, 08:50 PM
Kalau dari indon, sorry, banyak dakyah...tapi hari pembalasan, alam akhirat dan sebagainya adalah benar, tak payah la nak kaitkan dgn politik.

shane
06-12-2010, 09:40 PM
Mungkin video ni di zahirkan untuk membalas paparan video ni http://www.youtube.com/watch?v=kQZv0jl3xTU&feature=related