PDA

View Full Version : Ramai Orang Angkat Tangan Setiap Kali Bangun Dari Sujud

highway
07-08-2012, 03:11 PM
Ramai orang angkat tangan setiap kali bangun dari sujud...
yang sunatnya bila bangun daripada Tahiyat awal je (maksudnya masuk rakaat ke 3 jer)....
rakaat ke 2 dan rakaat ke 4 tak perlu angkat tangan.....:):):)

http://www.youtube.com/watch?v=H0pfgkj1ZvA

kalau angkat jadi ape?...dosa ker?...ke tak sah solat??

angkat tangan ketika rakaat ke2 dan ke4 tu saya tak pernah dengar. yang tsabit ketika rakaat ke3.

lebih baik tinggalkan. tak mahu pula mengada-adakan yang baru dalam solat.
sumber (http://soalsolatumum.blogspot.com/2010/02/angkat-tangan-takbir-ketika-rukuk-dan.htm)

1) Apa hukum angkat tangan sewaktu nak rukuk dan bangun dari rukuk? Macam mana kalo tertinggal

2) Bagaimana pula untuk bangun pada rakaat ke-3 dan ke-4. Wajib ke sunat? Selama ni tau yg bangun dari rakaat ke-3 tu sunat je.Macam mana kalo tertinggal

3) Bagaimana cara utk angkat tangan bangun dari rakaat ke-3. Bangun dan berdiri tegak dulu - tangan ke bawah baru angkat tangan dan selepas jatuhkan mula fatihah? Atau semasa nak bangun tu tangan terus angkat takbir bila dah berdiri?

**************************************
Abu_Umair »

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

1) Dituntut mengangkat kedua-dua tangan ketika (i) takbiratul Ihram, (ii) hendak rukuk (iii) bangun dari rukuk.

Malah, Imam Nawawi menukilkan ijmak bahawa sunat mengangkat tangan pada takbiratul ihram. Kata beliau:

اجمعت الامة على استحباب رفع اليدين عند تكبيرة الاحرام واختلفوا فيما سواها فقال الشافعي واحمد وجمهور العلماء من الصحابة رضي الله عنهم فمن بعدهم يستحب رفعهما ايضا عند الركوع وعند الرفع منه

"Ijmak umat bahawa sunat mengangkat dua tangan ketika takbiratul ihram. Dan mereka khilaf pada selain takbiratul Ihram. Syafie, Ahmad dan majoriti ulama dari kalangan sahabat dan tabien selepas mereka berpendapat sunat mengangkat dua tangan ketika mahu rukuk dan ketika bangkit darinya". (Syarah Sahih Muslim 4/95).

Walaubagaimana pun, nukilan ijmak bahawa ia sunat dipertikaikan oleh sebahagian ulama. Kerana ada ulama mengatakan wajib. Pun begitu, menurut Ibn Abdil Barr, walaupun ada ulama mengatakan wajib, tetapi tidak ada yang menghukum sesiapa tidak mengangkat tangan batal solatnya, kecuali Al-Humaidy, setengah pengikut Daud dan riwayat dari Auzaie.

Secara kesimpulan, hukumnya di sisi ramai ulama ialah: SUNAT.

2. Hukum mengangkat tangan ketika bangkit dari tasyahhud awal (untuk masuk ke rakaat ke-3) juga adalah sunat. Kerana sabit perbuatan tersebut dalam hadis yang sahih.

Abdullah bin Nafie menceritakan perbuatan Ibn Umar:

وإذا قام من الركعتين رفع يديه ورفع ذلك ابن عمر إلى نبي الله صلى الله عليه و سلم

"Apabila beliau bangkit dari dua rakaat, beliau mengangkat dua tangannya. Dan Ibn Umar menyandarkan hadis ini sebagai marfuk kepada Nabi Sallallahu Alahi Wasallam". (Sahih Bukhari 706).

3- Mengenai cara mengangkat tangan untuk bangun ke rakaat ke-3, ialah bangkit tegak dahulu barulah mengangkat tangan. Bukan mengangkat ketika duduk. Kerana sabit dalam hadis sahih:

وَلاَ يَرْفَعُ يَدَيْهِ فِى شَىْءٍ مِنْ صَلاَتِهِ وَهُوَ قَاعِدٌ

"Dan baginda tidak mengangkat dua tangannya dalam mana-mana bahagian solatnya ketika baginda duduk".
Direkod oleh Abu Daud (no: 744), Tirmizi (no: 3423). Kata Tirmizi: "hadis hasan sahih". Disahihkan juga oleh Imam Nawawi dalam Majmuk 3/447.

sumber (http://soalsolatumum.blogspot.com/2010/02/angkat-tangan-takbir-ketika-rukuk-dan.html)

dragger
07-08-2012, 03:14 PM
yg xtau tu yg angkat jgk

powell
07-08-2012, 03:15 PM
alhamdulilah, itu la yg diamalkan selama ni..

fyzReE
07-08-2012, 03:15 PM
aku buat rakaat kedua masuk ketiga je..
sebb aku dah lupe..dulu penah tnye cikgu.

angah83
07-08-2012, 03:19 PM
perkongsian yg bagus untuk mereka yg xtau..

faris_sn
07-08-2012, 03:21 PM
alhamdulillah...ilmu ptg ini...

Duffayoi14
07-08-2012, 03:24 PM
syukur.....

sama mcm yg diamalkan....

berkat tngk cite agama

eijamir
07-08-2012, 03:24 PM
Ramai orang angkat tangan setiap kali bangun dari sujud...
yang sunatnya bila bangun daripada Tahiyat awal je (maksudnya masuk rakaat ke 3 jer)....
rakaat ke 2 dan rakaat ke 4 takpayah le angkat tangan.....:):):)

http://www.youtube.com/watch?v=H0pfgkj1ZvA

kalau angkat jadi ape?...dosa ker?...ke tak sah solat??

IZZANMUAR
07-08-2012, 03:25 PM
perkongsian yg bgs. aku mmg angkat sokmo cam kata UAI:eek::eek:. dah tau ni kena praktikal gak ni

blankoguy85
07-08-2012, 03:27 PM
kalau angkat jadi ape?...dosa ker?...ke tak sah solat??

baru nak tanya soklan yg sama.. :D

Lenkcai
07-08-2012, 03:28 PM
bukan rukun solat kan ?

jiji89
07-08-2012, 03:29 PM
kalau angkat jadi ape?...dosa ker?...ke tak sah solat??

kalu tak silap aku, takde la sampai dosa or tak sah solat...just makhruh je...

kenzo816
07-08-2012, 03:31 PM
thanks brkongsi ilmu...

hurairah01
07-08-2012, 03:31 PM
kalu tak silap aku, takde la sampai dosa or tak sah solat...just makhruh je...

kalo angkat jugak, bukan ke batal ke solat sebab berlaku pergerakan? betulkan kalo salah.

blankoguy85
07-08-2012, 03:32 PM
kalu tak silap aku, takde la sampai dosa or tak sah solat...just makhruh je...

uishhh..makruh kerr??
kalau camtu..

bulan2 puasa ni..
buat bnda makruh berulang kali..

mau jatuh batal puasa ni..
betoll kerr mcm tue??:o

HelangMerah
07-08-2012, 03:35 PM
Nasihat untuk diri sendiri...jangan jatuh kan hukum kalo tak tau...

mint
07-08-2012, 03:36 PM
ilmu nih..

alhamdulillah..

azrulazman
07-08-2012, 03:37 PM
tak tahu lak..

jiji89
07-08-2012, 03:38 PM
kalo angkat jugak, bukan ke batal ke solat sebab berlaku pergerakan? betulkan kalo salah.

pergerakkan yg lbh 3 kali je akan batalkn solat kan..so jom kita kira..

ni ak ambik yg solat 4rakaat la sbb paling banyak rakaat kan..
nak masuk rakaat ke2 = 1
nak masuk rakaat ke3 tak kira sbb bnda sunat
nak masuk rakaat ke4 = 1

so kiranya 2 kali je la pergerakkan tuh...ni apa yang aku paham la time belajar dulu2...kalu salah tlg betulkan..:)cgrock

Lenkcai
07-08-2012, 03:43 PM
Salam ,

boleh tak panel ahkam nyatakan sumber bagaimana terjadinya pendapat batas pergerakan maksimum dalam satu rukun solat ialah 3 kali shj??dan bagaiman pula komentar fuqaha muktabar dalamh hal ini??
syukran..

Wassalam
_________________
thtl
Wassalam

al-Jawab:

Sebenarnya tiada dalil dalam isu pergerakan dalam solat yang mengakibatkan solat menjadi batal. Oleh kerana tiada dalil, maka terjadilah perbahasan fuqaha'. Yang masyhur dalam madzhab Syafi'iy ditetapkan solat batal jika tiga (3) kali pergerakan secara berturut-turut (Abu Ishaq al-Syirazi, al-Muhadzaab (1/125). Maka setiap madzhab membataskan dan merincikan skop pergerakan dalam solat ini mengikut penyelidikan dan ijtihad masing-masing.

http://soalsolatumum.blogspot.com/2009/01/pergerakan-dalam-solat.html

HelangMerah
07-08-2012, 03:43 PM
pergerakkan yg lbh 3 kali je akan batalkn solat kan..so jom kita kira..

ni ak ambik yg solat 4rakaat la sbb paling banyak rakaat kan..
nak masuk rakaat ke2 = 1
nak masuk rakaat ke3 tak kira sbb bnda sunat
nak masuk rakaat ke4 = 1

so kiranya 2 kali je la pergerakkan tuh...ni apa yang aku paham la time belajar dulu2...kalu salah tlg betulkan..:)cgrock

maafkan saya kalo salah...adakah pergerakan itu berturut2?bagi saya pergerakan yang saudara nyatakan itu masih satu sebab tidak berturut2...contoh kalo rakaat pertama kita garu2 kulit sebanyak dua kali, pastu rakaat ketiga kita garu2 kulit lagi sebanyak dua kali, so kalo campur jadi empat la...tak ker dah batal solat tu...?

saifin
07-08-2012, 03:43 PM
pergerakkan yg lbh 3 kali je akan batalkn solat kan..so jom kita kira..

ni ak ambik yg solat 4rakaat la sbb paling banyak rakaat kan..
nak masuk rakaat ke2 = 1
nak masuk rakaat ke3 tak kira sbb bnda sunat
nak masuk rakaat ke4 = 1

so kiranya 2 kali je la pergerakkan tuh...ni apa yang aku paham la time belajar dulu2...kalu salah tlg betulkan..:)cgrock

pergerakan berturut2 yang batal. ini bukannya berturutan

hampeh88
07-08-2012, 03:44 PM
untuk rujukan sahabat2 cg, boleh refer kitab fiqh 'ala mazahib arbi'ah (kitab fiqh 4 mazhab) juz 1 m/s 226..

lihat pada explanation bagi setiap mazhab tatacara pelaksanaan takbir2 sunat tersebut..

sebagai tambahan:
paras anak2 jari atas telinga
paras ibujari di cuping telinga
paras tapak tangan atas bahu

Lenkcai
07-08-2012, 03:53 PM
http://c00022506.cdn1.cloudfiles.rackspacecloud.com/49_1.png

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
( Al Hujurat - ayat 1)

tumpanglalu
07-08-2012, 03:57 PM
aku kaji ttg solat ni dh lama.. dulu pun penah bg kuliah di kampus. ttg hal angkat tgn ni disunatkan >> UNTUK PERKARA YANG TIDAK BERKAITAN DGN SUJUD <<. kena ingt tu. jd lepas tahyat awal nk ke rakaat ke tiga hukum nye sunat. selain tu hukum nye makruh. cth la dr sujud ke 2 rakkat ke 3 nak berdiri ke rakaat ke 4. tu hukum nya makruh. cth dr iktidal nak sujud, hukum nye makruh. dlm kate lain, ape2 yg ade kaitan dgn sujud, x sunat angkat tgn.

soyabean84
07-08-2012, 03:57 PM
Alhamdulillah... bagus perkongsian ni. Marilah kita sam2 memperbaiki lagi solat kita, semoga amalan kita di terima Allah... Amin.

tumpanglalu
07-08-2012, 03:59 PM
kalau nak tau ttg hukum sunat, makruh, haram dlm solat boleh la PM aku. kongsi ilmu ni bagus. boleh jadi saham aku di akhirat nnt :). InsyaALLAH yg aku tau, aku jwp trus. kalau xtau, aku mmg ade rujukan khas bab feqah ni.

niko
07-08-2012, 04:00 PM
yes,ilmu ni aku dpt time skolah dulu,dri sorng lecturer kusza yng slalu dtg bgi kuliyah maghrib

fahmifaizah
07-08-2012, 04:01 PM
dalam bab agama kita xblh main agak2 ja..xsemua hal boleh ditentukan oleh logik akal semata2..pada yg mempunyai sebarang kemusykilan tntang permasalahan ni,cri la guru & belajar..xpyah la kita nak kuarkan pendapat berdasarkan logik akal semata2..

KaTipanZ
07-08-2012, 04:15 PM
cmna pula klu solat subuh?

skYnEt-gEnIUs
07-08-2012, 04:34 PM
nice sharing....

tumpanglalu
07-08-2012, 10:56 PM
kalau solat subuh? xpyh la. dari rakaat pertama ke ke 2 tu dr sujud jugak. kalau 4 rakaat kan ade tahyat awal. tu yg sunat angkat tgn.

fxfreakstar
08-08-2012, 02:46 AM
thx tt...:) pada yg x tahu xpa...skang dah tau...amalkan :)

Loeb
08-08-2012, 03:04 AM
lepas rukuk plak kalau angkat tgn camna plak hukumnya??? maaf soklan nubie

highway
08-08-2012, 07:30 AM
lepas rukuk plak kalau angkat tgn camna plak hukumnya??? maaf soklan nubie

sunat angkat tangan bro....:)

jackstan
08-08-2012, 07:36 AM
kalau nak tau ttg hukum sunat, makruh, haram dlm solat boleh la PM aku. kongsi ilmu ni bagus. boleh jadi saham aku di akhirat nnt :). InsyaALLAH yg aku tau, aku jwp trus. kalau xtau, aku mmg ade rujukan khas bab feqah ni.

buka thread baru la..tanyalah uztaz versi CG..:D

helmi1984
08-08-2012, 12:54 PM
dalam mazhab Syafii'e kalau kita angkat tgn selepas sujud maka kita dah buat dua pergerakkan..iaitu tgn kanan satu pergerkkan, tgn kiri pergerakkan kedua.kadang ada yg xperasan bila abis je angkat tgn terus usap lak janggut dia maka terjadi 3 pergerakkan berturut2 maka terbatal sembahyang.

ada mazhab lain lak pergerakkan tgn ni kiraan lain. cth masa berdiri tgn kita nak garu kepala.masa angkat tgn ke rambut satu pergerakkan, masa tangan dari rambut lak ke kedudukan asal tu pergerakkan kedua.jd ms angkat tgn selepas sujud kita dah buat 4 pergerakkan berturut2 kalau angkat tgn selepas sujud ikut mazhab lain

p/s.ini ceramah masa aku dgr dulu.kalau salah tegur ye

tumpanglalu
09-08-2012, 10:03 AM
buka thread baru la..tanyalah uztaz versi CG..:D

aku try buat.. ilmu ni kalau dikongsi baru ingt smapai bila2...
InsyaALLAH dari awal smpai akhir

ezul82
09-08-2012, 12:37 PM
byk pendapat berkenaan mengangkat tgn ketika bertakbir ni. mcm2...
x berani den nak ckp salah ke x? sbb ulama terdahulu dh kaji dh...perselisihan pendapat kekal sbg perselisihan sbb sumber kajian semua berdasarkan hadis nabi.

1. mengangkat tgn time takbiratul ihram sahaja (mazhab hanafi)

2. time takbiratul ihram, hendak rukuk & bangkit dari rukuk sahaja (mazhab shafie)

“Rasulullah shallallahu alaihi wasallam biasa mengangkat kedua tangannya setentang bahu jika hendak memulai sholat, setiap kali bertakbir untuk ruku’ dan setiap kali bangkit dari ruku’nya.”
(Muttafaqun ‘alaihi).

3. pendapat lain, tambahan ketika hendak sujud & bangkit dari sujud.

“Terkadang beliau mengangkat kedua tangannya ketika hendak sujud.”
(Hadits dikeluarkan oleh Al Imam An-Nasa’i dan Daraquthni)

Hadits dari nasr bin ashim, bahwasanya malik bin al—huwayritsi telah melihat nabi SAW mengangkat tangannya pada shalatnya ketika akan ruku’ , ketika mengangkat kepalanya dari ruku’, ketika sujud dan ketika mengangkat kepalanya dari sujud, sehingga kedua tangannya setentang ujung-ujung dua telinga”. (HR. Ibn ‘Adiy. Sanad shahih /al-muhalla : IV, halaman 92)

4. Hadits diriwayatkan dari Ayyub as-Sakhtayaniy, ia berkata’ aku telah melihat Thawus dan Nafi’ (maula Ibnu Umar) mengangkat kedua tangannya diantara dua sujud’, Hammad berkata dan Ayyub biasa mengerjakannya” (HR. Ibn Hajm, shahih, al-muhalla : IV,halaman 94).

jadi aku berpegang pada no right & no wrong, selagi bersumberkan hadis. yg wajib ketika takbiratul ihram, yg lain2 diatas tu klu buat sunnah, x buat pn sunnah...

ezul82
09-08-2012, 12:53 PM
sbb tu ulama2 besar terdahulu sgt menghormati pendapat sesama mereka, sbb mereka berilmu luas asbab berguru dgn sgt byk guru & banyak sumber hadis.

copy left
09-08-2012, 03:46 PM
baru aku tau,patut la aku nengok pak arab semayang x angkat tangan pun

jumatmajid
09-08-2012, 03:58 PM
بسم الله الرحمن الرحيم
اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sy nak tanya saudara2 yg lbh arif dlm thread nih, mcm mana plak klu makmum masbuk yer, dia kena utamakan rakaat Imam atau rakaat sendiri. Cth mcm nih, sy masbuk mengikut imam ketika imam membaca al-Fatihah di rakaat ke-2, hjg rakaat kedua imam baca tahiyat awal, bgn utk rakaat ke-3 imam angkat tgn sbb bg imam ia adalah sunat, tp bg sy baru shj masuk rakaat ke-2. Adakah sunat bg sy mengangkat tgn krn mengikut bilangan rakaat imam atau makruh krn mengikut bilangan rakaat sy?

Hrp saudara2 semua blh fhm soalan sy. Klu blh bg jwpan berdsrkan imam syafie shj. X nak pening2kan kepala dgn kaedah mazhab lain. جزاك الله خير كثر

ezul82
09-08-2012, 11:36 PM

wajib follow imam, even lepas imam memberi salam imam sujud sahwi, wajib sujud sajwi bersama dulu sebelum bangkit utk rakaat saudara seterusnya...

contoh lebih ekstreem, nabi(imam) solat zohor 5 rakaat...sahabat/makmum tetap follow nabi/imam...habis salam baru sahabat menegur nabi...

“Bahawa Nabi SAW pernah melakukan solat Zohor sebanyak lima rakaat, lalu dikatakan kepada baginda: Apakah ada penambahan di dalam solat? lalu baginda bersabda: Apakah itu? Para sahabat berkata: Anda menunaikan solat Zohor sebanyak lima rakaat. Lalu baginda melakukan dua kali sujud setelah baginda tadinya memberi salam.” Di dalam riwayat lain dinyatakan: “Baginda membetulkan dua kaki untuk duduk, kemudian menghadap kiblat dan melakukan sujud dua kali, kemudian memberi salam.” (al-Bukhari dan Muslim dan juga al-Jamaah)

namaku
09-08-2012, 11:53 PM
setiap kali angkat tangan lepas bangun sujud dapat pahala...tak buat tak dapat pahala
sama juga baca qunut waktu subuh..dapat pahala..tak buat tak dapat pahala.. :P

korek me if wrong..

ezul82
10-08-2012, 12:10 AM
setiap kali angkat tangan lepas bangun sujud dapat pahala...tak buat tak dapat pahala
sama juga baca qunut waktu subuh..dapat pahala..tak buat tak dapat pahala.. :P

korek me if wrong..

ada hadis khusus ke berkenaan, buat dpt pahala & x buat x dpt pahala? sedangkan nabi kadang2 je buat perkara tu (angkat tgn slps bangun dari sujud).

jumatmajid
10-08-2012, 11:08 AM
بسم الله الرحمن الرحيم
اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
wajib follow imam, even lepas imam memberi salam imam sujud sahwi, wajib sujud sajwi bersama dulu sebelum bangkit utk rakaat saudara seterusnya...

contoh lebih ekstreem, nabi(imam) solat zohor 5 rakaat...sahabat/makmum tetap follow nabi/imam...habis salam baru sahabat menegur nabi...

“Bahawa Nabi SAW pernah melakukan solat Zohor sebanyak lima rakaat, lalu dikatakan kepada baginda: Apakah ada penambahan di dalam solat? lalu baginda bersabda: Apakah itu? Para sahabat berkata: Anda menunaikan solat Zohor sebanyak lima rakaat. Lalu baginda melakukan dua kali sujud setelah baginda tadinya memberi salam.” Di dalam riwayat lain dinyatakan: “Baginda membetulkan dua kaki untuk duduk, kemudian menghadap kiblat dan melakukan sujud dua kali, kemudian memberi salam.” (al-Bukhari dan Muslim dan juga al-Jamaah)

جزاك الله خير كثر saudara. Semoga الله سبحانه و تعالى sentiasa memberikan petunjuk, hidayah & rahmat-Nya kpd saudara & kita semua.

tumpanglalu
10-08-2012, 05:23 PM
setiap kali angkat tangan lepas bangun sujud dapat pahala...tak buat tak dapat pahala
sama juga baca qunut waktu subuh..dapat pahala..tak buat tak dapat pahala.. :P

korek me if wrong..

salah ni bro.. angkat tangan lps sujud hukum nya makruh (biase rakaat 1st nk ke rakaat 2 @ rakaat 3 ke rakaat ke 4). bg rakaat ke 2 ke rakaat ke 3 = hukum angkat tgn adalah sunat. sbb tu dr lps tahyat awal. bkn dari lps sujud.

jadi jika kita masbuk (imam tgh tahyat awal). ikut je. bila bgn imam angkat tgn. kita pun ikut je la. dpt pahala sunat. sbb ms tu lps dari tahyat awal. bkn dr lps sujud. paham kan?

wawan 00
10-08-2012, 08:32 PM
bgus perkongsian ini..:)

Luqmanul Hakim
10-08-2012, 08:33 PM
thank TT for this good info...

nationagainstzionist
11-09-2013, 05:49 PM
Nasihat untuk diri sendiri...jangan jatuh kan hukum kalo tak tau...

bagus2..hehe

nationagainstzionist
11-09-2013, 06:03 PM
baru aku tau,patut la aku nengok pak arab semayang x angkat tangan pun

tp kadang2 solat dorg express la aku tgk..toma'ninah langsung xda...ni yg parah ni...err..melayu pun ada jg yg espress