PDA

View Full Version : Johan Bakal Timang Anak Ketiga


Luqmanul Hakim
30-07-2012, 06:59 AM
Johan Bakal Timang Anak Ketiga


http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.51046.1337992543%21/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_400/image.jpg


RAMADAN yang penuh berkat ini diserikan dengan berita gembira buat pasangan suami isteri, Johan dan Ozlyn apabila bakal menerima orang baru tidak lama lagi. Ternyata hasrat pasangan ini untuk menambah cahaya mata dimakbulkan Tuhan.

Ozlyn yang kini hamil empat bulan, meluahkan rasa teruja menantikan anak ketiga mereka. Walaupun tanggungjawabnya kini bertambah, namun tidak menghalangnya menjalani ibadah puasa dengan kesabaran.

“Alhamdulillah, setakat ini saya berjaya puasa. Di awal kehamilan dulu, memang ada alahan teruk. Tapi, sekarang dah makin hilang.

“Saya harap, kalau tak ada halangan, saya dapat berpuasa penuh tahun ini. Setakat ini, kandungan saya baik dan tiada masalah.

“Saya ada gastrik yang teruk, tapi bulan puasa, gastrik saya hilang. Mungkin itu kelebihan Ramadan,” katanya.

Sejak disahkan hamil, Ozlyn berkata, Johan semakin mengambil berat tentangnya. “Sebelum ini, saya yang ikut Johan. Tapi, sejak saya hamil, dia banyak ikut saya ke pasar malam, kedai dan klinik. Sekarang, banyak masa dia bersama keluarga,” katanya.

Terdahulu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki yang kini berusia tujuh dan dua tahun.





sumber : http://www.suarapeople.com/2012/07/johan-bakal-timang-anak-ketiga/

bawie
30-07-2012, 07:00 AM
moga kekal bahagia smpai bila2..

WMComm
30-07-2012, 07:08 AM
namakan anak WMComm ye johan

tjbumi
30-07-2012, 07:46 AM
acaner tu johan.... wah dah nak masuk 3 dah yek..... tahniah...

perfumeborong
30-07-2012, 07:48 AM
laju betul da anak ketiga da.. cepat je masa berlalu

Vadeh_A_Bonda
30-07-2012, 07:56 AM
aik,asl kejap sgt da dpt anak ketiga?ke bini dia janda anak dua masa sblm
dia kawin?

perfumeborong
30-07-2012, 07:57 AM
aik,asl kejap sgt da dpt anak ketiga?ke bini dia janda anak dua masa sblm
dia kawin?

bini cantik, tu cepat je.. hari2 mau

cilox
30-07-2012, 08:00 AM
sepantas halilintar membelah awan nanononanonanonaoooo

manggis10
30-07-2012, 08:10 AM
tahniah...da masuk 3 ,isteri johan cantik

muridmurid
30-07-2012, 08:15 AM
dia kahwin tahun berapa ye?
macam baru lg je dia kawin dgn ozlyn.

perfumeborong
30-07-2012, 08:19 AM
dia kahwin tahun berapa ye?
macam baru lg je dia kawin dgn ozlyn.

tahun lepas atau 2 tahun lepas.. lupe da... tapi tu la, terasa macam cepat je tngk

wan4755
30-07-2012, 08:30 AM
anak tu punca rezeki, lg bnyak anak lg bnyak rezeki sampai..

azrulazman
30-07-2012, 09:37 AM
tahniah bro............