BTC USD 86,366.8 Gold USD 4,369.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

::Misteri Nahas helikopter Tan Sri Yahya di Kuala Lipis! Sabotaj yang DiGelapkan!!!::

jamtulenmurah

CG Top Poster Club
gem
Messages
25,458
Joined
Mar 11, 2009
Messages
25,458
Reaction score
7,729
Points
316
Nostalgia : Nahas helikopter di Kuala Lipis


yahaya+ahmad+jurutera.jpg



b_23yahaya.jpg

AlFATIHAH untuk allahyarham Tan Sri Yahya Ahmad dan jugak mangsa2 khianat helikopter tersebut... :(:(:(



yahyaaa3.jpg

Nahas helikopter di hutan Kuala Lipis korbankan tokoh korporat bekas pengerusi DRB-HICOM, isteri dan juruterbang.

MAC lepas, genap 14 tahun negara kehilangan tokoh korporat yang juga Pengerusi Kumpulan DRB Hicom, Allahyarham Tan Sri Yahaya Ahmad yang terbabit dalam nahas helikopter terhempas di Kampung Atong, Jerangsang, Kuala Lipis, Pahang.

Secara kebetulan, kejadian itu berlaku pada tarikh 3.3.1997 yang dianggap sebagai 'Triple Three Tragedy' kerana membabitkan tiga angka tiga, iaitu berlaku pada hari ketiga di bulan tiga dan mengorbankan tiga nyawa.

Selain Yahaya, dua lagi mangsa ialah isterinya, Puan Sri Rohana Othman, 49, dan juruterbang, Mejar (B) Azlizan Abdul Manas, 32.

Helikopter Agusta A109E Power milik Gadek Aviation Services Sdn Bhd, anak syarikat DRB-Hicom, dilaporkan hilang pada skrin radar dan terputus hubungan pada jam 11.15 malam ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu, Terengganu.

Yahaya dan isteri dikatakan ingin pulang ke kampung halaman untuk menziarahi ibunya yang sakit, tetapi malang umurnya tidak panjang kerana dijemput Ilahi ketika dalam perjalanan pulang.


yahya2ob1.jpg

Pasukan penyiasat menjalankan siasatan di kawasan nahas.​


Beliau yang juga Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, kali terakhir dilihat menghadiri majlis makan malam anjuran Persatuan Bekas Pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada malam sebelum nahas.

Ketika dalam penerbangan, enjin pesawat malang itu dikatakan tidak berfungsi secara normal mengakibatkan kipas utama kehilangan kuasa dan berputar secara tidak seimbang lalu mengakibatkan tekanan terhadap struktur kipas.

Ketidakseimbangan ini menyebabkan kipas itu patah dan siasatan mendapati kipas utama helikopter patah sebelum pesawat terhempas. Tiga daripada kipas ditemui di tiga tempat berasingan, manakala satu bahagian lagi ditemui penduduk kampung beberapa hari kemudian.

Berdasarkan keadaan di tempat kejadian, helikopter itu dipercayai jatuh terhempas tanpa kipas utama kerana tidak ada kesan libasan kipas pada pokok sekitar kawasan kemalangan.

yahya3ly0.jpg

Jenazah mangsa dibawa untuk pengkebumian.​


Sebaik saja helikopter itu terputus hubungan dengan menara kawalan, gerakan mencari dan menyelamat dijalankan. Berdasarkan maklumat beberapa penduduk kampung berhampiran dikatakan mendengar dua letupan, iaitu sekali di udara dan sekali lagi di tempat pesawat itu menjunam.

Helikopter buatan Itali, Agusta A 109E, dengan nombor pendaftaran 9M-DRB dikatakan jatuh menjunam dan berkecai bertaburan di kawasan kebun getah.

Ketika anggota polis tiba di tempat kejadian, bangkai helikopter itu masih terbakar dan ada serpihan ekor yang tertulis perkataan DRB.

Kira-kira 20 anggota polis, lima pegawai, diketuai Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Mahmud Embi, menjalankan gerakan mencari mangsa di kawasan lingkungan 50 meter dari tempat kejadian, tetapi gagal menemui mayat berkenaan.

Gerakan yang turut dibantu kira-kira 10 anggota bomba dan penduduk kampung diteruskan hingga mayat ketiga-tiga mangsa ditemui pada jam 1 pagi di bawah serpihan helikopter itu.

Mayat ketiga-tiga mangsa ditemui di bawah cebisan bangkai helikopter itu, kira-kira dua jam selepas pesawat terhempas dengan jarak yang tidak berjauhan antara satu sama lain. Pasukan mencari dan menyelamat juga menemui sebelah kasut wanita dan sebuah beg tangan.

Semua mangsa yang rentung dibawa ke Hospital Kuala Lipis, kira-kira jam 5.20 pagi untuk dibedah siasat sebelum dibawa ke Marang, Terengganu. Jenazah kemudian diterbangkan dengan pesawat Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada jam 9.45 pagi ke Hospital Kuala Terengganu dan dikebumikan.

Di tempat kejadian, pasukan pencari serpihan dan barangan nahas menjumpai dua beg dipercayai milik tokoh korporat itu dan isterinya. Kedua-dua beg dijumpai di kawasan bukit kira-kira 300 meter dari tempat tragedi pada jam 1.30 tengah hari pada hari keempat nahas.

Pada hari ke-12 selepas nahas, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) menemui bilah rotor terakhir helikopter. Sebelum itu, satu daripada kipas helikopter dijumpai kira-kira satu kilometer dari bangkai pesawat, manakala tiga lagi dijumpai antara 200 hingga 300 meter dari situ.

Sebelum kejadian, Yahaya adalah antara tokoh perniagaan Asean yang diundang menghadiri `Sidang Kemuncak Perniagaan Asean' pertama di Jakarta, Indonesia yang dijangka diadakan seminggu selepas tarikh nahas.

Pada 3 Mac 2001, Mahkamah Koroner memutuskan tiada sebarang unsur niat jahat, perancangan atau sabotaj oleh mana-mana pihak dalam nahas helikopter itu dan tidak dapat menentukan punca sebenar menyebabkan kemalangan.

Inkues selama 32 hari itu bertujuan menentukan punca tragedi, sebab kematian mereka bertiga, dan sama ada kematian dan nahas itu disebabkan sebarang tindakan yang menyalahi undang-undang atau khianat.


Kronologi kejadian:

10.45 malam - Helikopter Agusta A 109E milik Gadek Aviation Helicopter Sdn Bhd berlepas dari pangkalan helikopter di Segambut, Kuala Lumpur. Pesawat itu dijadualkan tiba di Kuala Terengganu jam 11.52 malam.

11.07 malam - Pada kedudukan 49 batu nautika ke arah 039 darjah magnetik, helikopter itu kelihatan berpusing sedikit ke kanan.

11.11 malam - Helikopter itu kelihatan mengarah 090 darjah dari kedudukannya yang lalu.

11.15 malam - Pesawat itu terputus hubungan dengan menara kawalan Subang dan hilang dari skrin radar. Pusat Kawalan Udara dimaklumkan mengenai keadaan itu.

11.25 malam - Polis Pahang menerima laporan mengenai kemalangan pesawat Agusta-109 itu yang terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Atong di Jerangsang, Benta, 41 kilometer dari Kuala Lipis.

Gerakan mencari dimulakan.

12.05 tengah malam - Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lipis dimaklumkan polis mengenai nahas itu dan bergegas ke tempat kejadian.

1 pagi - Mayat mangsa dan bangkai pesawat ditemui. Semua mayat dihantar ke Hospital Kuala Lipis.

9.52 pagi - Semua mayat diterbangkan dengan pesawat Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke Hospital Kuala Terengganu untuk pemeriksaan forensik.

10.50 pagi - Semua jenazah tiba di Hospital Kuala Terengganu.

2.05 petang - Jenazah Mejar (B) Azlizan dibawa ke padang Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu untuk diterbangkan dengan helikopter Nuri ke kampungnya di Batu Pahat untuk pengebumian.

2.30 petang - Jenazah Yahaya dan isteri dihantar ke rumahnya di Marang dengan kenderaan jenazah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu untuk pengebumian.




...FIN...


PS: Sila Tekan BUTANG THANKS!... :">


 
Last edited:


Sedikit Kisah TSYahya Ahmad...

Tan Sri Yahya Ahmad satu nama yang cukup popular di tahun 90an.

Beliau adalah salah seorang usahawan atau tokoh koporat bumiputra yang berjaya dihasilkan di zaman Tun Dr Mahathir menjadi PM.

Beliau pernah menggegarkan dunia apabila membeli Lotus secara tunai. Pembelian tunai itu dilakukan setelah orang putih di Lotus tidak percaya kemampuan beliau untuk membelinya. Tanpa bercakap banyak beliau bawa wang tunai untuk membelinya.

Tan Sri Yahya semasa hidupnya mengetuai DRB Hicom. Banyak perniagaan yang dijalankan dibawah rangkaian DRB Hicom pada masa itu termasuklah Proton, Alam Flora, Intrakota dan banyak lagi.

Kejayaan Tan Sri Yahya banyak didokong oleh Tun Dr Mahathir. Boleh dikatakan beliau adalah anak emas Tun. Sewaktu melawat jenazahnya Tun menangis teresak-esak.

Tun banyak memberi serta meluluskan projek-projek perniagaan kepada DRB Hicom kerana sikap Allahyarham yang baik. Beliau tidak sombong, merendah diri serta menolong orang ramai. Satu projek yang kerajaan berikan kepadanya, seribu projek dia turunkan kepada usahawan-usahawan bumiputra yang lain.

Tun memang banyak bergantung kepadanya pada masa itu untuk menolong usahawan-usahawan bumiputra. Beliau tidak menipu Tun dan beliau boleh buat apa yang Tun arahkan dalam usaha menolong kaum bumiputra. Beliau lakukan dengan sejujur-jujurnya dan seikhlas-ikhlasnya.

Hubungan rapat antara Allahyarham dan Tun pada ketika itu menimbulkan ketidaksenangan ahli-ahli koporat lain yang berperangai lintah darat. Terutamanya kroni-kroni Menteri ca ya nun alif pada masa itu. Mereka dengki kerana semua projek-projek besar pada masa itu pergi kepada DRB Hicom.

Allahyarham pernah belajar di Maktab Melayu Kuala Kangsar bersama-sama dengan Anwar Ibrahim. Selain itu mengikut Wikipedia Anwar Ibrahim pernah berkrisis dengan Allahyarham semasa di UM.


---------------------------------------------------------------------------------

Berita pilu yang diterima di awal pagi bulan Mac 1996 oleh rakyat Malaysia disambut dengan rasa tidak percaya.

Cerita bagaimana seorang usahawan yang terkenal dengan kegigihannya disingkatkan kecemerlangan kerjayanya masih dirasai terutama oleh syarikat-syarikat Kumpulan DRB-Hicom dan kakitangannya.

Ketangkasan dan wawasan beliau lebih-lebih lagi dirindukan di dalam suasana kumpulan yang diasas beliau lemas tersempit oleh kegawatan ekonomi.

Ramai yang masih ingat akan kesungguhan beliau untuk menyelesaikan rungutan penumpang bas Intrakota terhadap tahap perkhidmatannya.

Dengan menunggang sendiri motosikal "cub" beliau meredah di celah-celah kesibukan kenderaan KL tanpa mengira di awal pagi sebelum matahari terbit ataupun sewaktu panas yang terik. Tiada protokol yang dipentingkan beliau.

Yang lebih menyayatkan hati orang ramai ialah kerana beliau terbunuh ketika dalam menziarahi ibunya yang sedang sakit tenat (dan meninggal beberapa ketika selepas itu).

Betapa di dalam kesibukan beliau mengejarkan jadual yang ketat dengan pelbagai perkara yang riuh bermain di dalam kepala, beliau masih sanggup terbang pada waktu larut malam demi menunaikan kesetiaan sebagai anak yang ingin membalas jasa ibu.

Siasatan tragedi memakan masa lebih setahun untuk siap. Selepas siap, laporan tersebut mengambil masa yang lama pula untuk diumumkan.

Pesawat Agusta-109P yang mempunyai 6-tempat duduk itu menjunam 2,900 meter ke celah-celah pokok getah berdekatan dengan sebuah kampung dekat Kuala Lipis.

Pesawat yang dengan rasminya dimiliki oleh syarikat TSYA, Gadek Aviation Helicopter Sdn Bhd, adalah sebuah pesawat yang baru dibeli dan adalah model tercanggih yang dikeluarkan oleh pembuat pesawat Agusta dari Itali.

Syarikat pembuat telah menghantar jurutera mereka untuk menyiasat punca kemalangan tersebut”

Moga-moga Allah swt mencucuri rahmat keatas rohnya.amin.

Al-Fatihah!




 
Last edited:


Teori Konspirasi... baca boleh percaya???... selidik dulu lah... :D

Qarun Dalangi Komplot Bunuh Tan Sri Yahya

Ingat tak dulu semasa temubual penduduk kampung selepas terhempasnya helikopter Tan Sri Yahya Ahmad yang disiarkan oleh TV3? Kesemuanya menyatakan bahawa terdapat dua letupan ketika kejadian tersebut. Satu di udara dan satu lagi apabila terhempas di tanah.

Pada akal saya seorang Jurutera Aeronautik (BSc Aero Eng. Northrop Univ, USA) ianya adalah letupan BOM yang menyebabkan ianya jatuh. Kalau terdapat permasalahan, helikopter tidak akan meletup diudara. Ianya akan meletup sebaik sahaja berlaku impak.

Tak payah belajar kat universiti. Cuba lihat filem-filem luar negara. Semuanya sama. Pokok pangkal nya helikopter ni terlalu payah nak meletup diudara. Kalau setakat komputer sistem atau flight navigation ianya akan jatuh terhempas. Bayangkan kipas helikopter bersepai pada jarak yang begitu jauh antara satu sama lain.

Satu source dari Augusta yang menyatakan bahawa para penyiasat dari Augusta telah dipaksa menukar laporan siasatan oleh pihak tertentu di Malaysia sekiranya mereka ingin terus melakukan perniagaan disini. Lantas laporan ditukar kepada komputer dan flight navigation problem.

Jelas bahawa bom telah diletak dalam helikopter tersebut.Siapa yang meletaknya? Helikopter tersebut diselenggarakan oleh syarikat kepunyaan kroni Daim. Oleh itu senang saja mereka meletakkannya kedalam helikopter tersebut. KENAPA BUNUH Tan Sri Yahya Ahmad (TSYA)?

Tan Sri Yahya merupakan org kepercayaan dan kesayangan KING DIR. Cuba lihat sebelum kematiannya kebanyakan projek dapat kepada DRB atau GADEK. Apa projek yang RENONG dapat? The last one ketika itu adalah projek yang sememangnya telah dijangka merugikan iaitu PUTRA LRT pada tahun 1994. Ini membuatkan Halim Saat begitu resah. Apatah lagi DAIM yang ketika itu sememangnya berada diluar Kerajaan.

Pengaruh TSYA ke atas KING DIR mengatasi semua menteri kabinet. Dan yang paling membimbangkan DAIM dan lain2 konspirator adalah TSYA adalah terlalu rapat dengan Anwar IBrahim. Sekiranya 50 Dalil dibentangkan ketika TSYA hidup, definitely KING DIR akan menolaknya disebabkan nasihat TSYA.

Oleh itudi mata DAIM dan balachi nya, TSYA perlu dibunuh sebelum Anwar dijatuhkan. MACAMANA NAK BUNUH YAHYA? Daim menjanjikan jawatan No 1 kepada Saleh Sulong yang pendek itu dalam DRB. Selagi TSYA hidup Saleh Pendek tidak akan merasa jadi No. 1. Ini adalah kerana Saleh Pendek sememangnya PENDEK AKAL. Beliau tidak berdaya memikirkan apa yang perlu dilakukan untuk mengembangkan perniagaan. Tugas beliau sebelum adalah sebagai 'BRAKE' bagi mengawal kelajuan perkembangan bisnes yang dibawa oleh TSYA.

Saleh Pendek adalah Akautan manakala TSYA adalah Engineer. Saleh Pendek oleh kerana ketamakannya bersetuju dengan rancangan DAIM.KOMPLOT BUNUH YAHYA.Sebagaimana yang diketahui oleh dunia korporat, pengambil alihan saham HICOM oleh syarikat keluarga milik TSYA adalah GIMMICK saja. Pemegang saham sebenarnya adalah KING DIR and Co. TSYA adalah nominee saja.

Begitu juga pengambilalihan LOTUS. Syarikat tersebut adalah milik MOKHZANI King Dir yang kemudiannya memaksa Proton membeli balik Lotus serta meraut keuntungan. KING DIR pula tidak berminat dengan HICOM. Beliau cuma berminat dengan saham PROTON yang di kontrol oleh HICOM. Sebab itu bila ekonomi merundum, beliau cuba memaksa Petronas membeli Saham tersebut. Duit itu akan pergi ke dalam lubang bontot KING DIR. Hasan Marican pula diugut supaya beli Proton. Bila beliau enggan, kontrak Presiden Petronas dengar khabarnya tidak akan disambung lagi.

Sambung balik pasal TSYA. Bila TSYA mati, harta beliau kebanyakan pergi kepada anak perempuannya iaitu Yatina bagi pihak adik2 beliau. 1/10 lagi dapat kepada abg beliau iatu Dato' Sulaiman ***** kerana emak TSYA belum meninggal lagi ketika itu (kepala mayat kata org Trg).Yatina telah dipaksa menyerahkan harta tersebut kepada KING DIR dan Daim. Apabila Yatina enggan mereka pun mulale mengugutnya.Akhirnya pada tahun 1998 Yatina mendapat perkhabaran bahawa helikopter TSYA bukannya terhempas, tapi adalah kerana bom yang diletak/rancang oleh DAIM/Saleh Pendek.

Beliau cuba memanggil wartawan utk menghebahkan cerita ini. Perkara ini sampai ke pengetahuan DAIM. YATINA telah diugut BUNUH dan terpaksa diseludup keluar oleh rakan2 baik TSYA menerusi Thailand sebelum berhijrah ke AUSTRALIA.SUNGGUH KEJAM ORANG YANG BERNAMA DAIM NI. KERANA KUASANYA BAKAL DICABAR OLEH ANWAR IBRAHIM MAKA SEORANG USAHAWAN MELAYU YANG BERKALIBER SANGGUP DIBUNUHNYA.

SUNGGUH PILU MENGENANGKAN SEORANG KAWAN KARIB SEPERTI SALEH PENDEK YANG SANGGUP BERSENGKOKOL DENGAN DAIM SEMATA INGINKAN GELARAN PRESIDEN DRB-HICOM. Berdasarkan cerita benar saya yang dirujuk dari kakitangan DRB, syarikat menyelenggara helikopter, kakitangan Jabatan Penerbangan Awam, jurutera dari Augusta, dan juga temubual para penduduk kampung ditempat hellikopter TSYA terhempas, saya merasa yakin TIADA SEORANG PUN RAKYAT MALAYSIA boleh terselamat sekiranya KING DIR dan bala tenteranya inginkan sesuatu.






Ada sesapa yg tahu hal sebenar?... boleh cite kat sini... :D

Tragedi TS Yahaya - Rahsia Dibongkar

Telah berlalu 20 bulan tragedi yang telah mengemparkan negara dimana Pengerusi Kumpulan DRB-Hicom, Tan Sri Yahaya Ahmad (TSYA) terbunuh bersama isterinya dan juruterbang helikopter peribadi beliau. Berita pilu yang diterima di awal pagi bulan Mac 1996 oleh rakyat Malaysia disambut dengan rasa tidak percaya.

Cerita bagaimana seorang usahawan yang terkenal dengan kegigihannya disingkatkan kecemerlangan kerjayanya masih dirasai terutama oleh syarikat-syarikat Kumpulan DRB-Hicom dan kakitangannya. Ketangkasan dan wawasan beliau lebih-lebih lagi dirindukan di dalam suasana kumpulan yang diasas beliau lemas tersempit oleh kegawatan ekonomi.

Ramai yang masih ingat akan kesungguhan beliau untuk menyelesaikan rungutan penumpang bas Intrakota terhadap tahap perkhidmatannya. Dengan menunggang sendiri motosikal "cub" beliau meredah di celah-celah kesibukan kenderaan KL tanpa mengira di awal pagi sebelum matahari terbit ataupun sewaktu panas yang terik. Tiada protokol yang dipentingkan beliau.

Yang lebih menyayatkan hati orang ramai ialah kerana beliau terbunuh ketika dalam menziarahi ibunya yang sedang sakit tenat (dan meninggal beberapa ketika selepas itu). Betapa di dalam kesibukan beliau mengejarkan jadual yang ketat dengan pelbagai perkara yang riuh bermain di dalam kepala, beliau masih sanggup terbang pada waktu larut malam demi menunaikan kesetiaan sebagai anak yang ingin membalas jasa ibu.

Siasatan tragedi memakan masa lebih setahun untuk siap. Selepas siap, laporan tersebut mengambil masa yang lama pula untuk diumumkan.

Pesawat Agusta-109P yang mempunyai 6-tempat duduk itu menjunam 2,900 meter ke celah-celah pokok getah berdekatan dengan sebuah kampung dekat Kuala Lipis. Pesawat yang dengan rasminya dimiliki oleh syarikat TSYA, Gadek Aviation Helicopter Sdn Bhd, adalah sebuah pesawat yang baru dibeli dan adalah model tercanggih yang dikeluarkan oleh pembuat pesawat Agusta dari Itali. Syarikat pembuat telah menghantar jurutera mereka untuk menyiasat punca kemalangan tersebut.

Pelbagai andaian telah dibuat tentang punca kemalangan. Laporan rasmi kerajaan menyatakan TSYA sendiri yang memandu pesawat tersebut dan akibat ketidakcekapan beliau memandu di waktu malam menyebabkan pesawat tersebut jatuh menjunam. Namun tidak ramai yang tahu rahsia yang terselindung disebalik tragedi tersebut.

Yang amat jelas di mata masyarakat ialah TSYA amat disenangi oleh PM DrM. Hampir setiap bulan kalau akhbar menceritakan pelbagai projek yang diusahakan dan juga diperolehi hasil hubungan rapat beliau dengan Dr. M.

Tetapi beliau turut juga rapat dengan DS Anwar Ibrahim. Telah diketahui ramai juga bahawa TSYA, sebelum berlepas ke Kuala Terengganu, telah menhadiri majlis jamuan di rumah DSAI. Jamuan yang dihadiri oleh rakan sedarjah MCKK berlarutan melampaui jam 10.00 malam. TSYA meninggalkan majlis tersebut menuju ke Helipad Segambut untuk menaiki pesawat yang malang dan berlepas pada jam 10.45 malam.

Memang benar, TSYA selalu memandu pesawat tersebut, tetapi pada malam tersebut beliau telah keletihan dan tidak bersedia untuk memandu kerana inginkan untuk berehat dalam perjalanan satu jam ke rumahnya di Marang.

Agenda beliau pada hari tersebut adalah antara yang tersibuk di hari-hari akhir beliau hidup dimuka bumi ini. Dalam seminggu tersebut beliau telah berulangkali terbang di antara KL-KT kerana ingin berbakti dengan ibu beliau di saat-saat akhir hayat ibunya dan menyempurnakan tugas perniagaan yang makin berkembang.

Siasatan yang dikumpul dan laporan yang dibuat menyatakan bahawa pesawat tersebut berlegar kerana masalah teknikal sebelum terhempas. Dan bukannya menjunam kerana kegagalan pemandu memandu dalam suasana gelap. Pesawat telah meletup sebelum jatuh ke bumi. Kalau seseorang yang cekap pun pasti tidak dapat berbuat apa-apa apabila injin pesawat berhenti dan meletup di udara walaupun kalau ianya dipandu oleh komputer sepenuhnya. Pesawat Augusta 109 turut dilengkapi dengan sistem instrumentasi ILS yang membolehkannya terbang dengan mudah di waktu malam.

Ingin saya bahawa pemerhatian pembaca ke beberapa perkara untuk difikirkan bersama:

1. TSYA tidak memandu pesawat tersebut pada masa tersebut (suatu percanggahan dengan laporan rasmi kerajaan). Beliau dilihat menaiki pintu penumpang dan bukan pintu pemandu. Beliau amat keletihan dan memerlukan kerehatan.

2. Pemandu pada masa itu adalah Mej Azlizan. Di kalangan rakan beliau semasa di TUDM, Mej Azlizan memang terkenal dengan kecekapannya dan pengalamannya. Sebab itu lebih mudah untuk mempersalahkan TSYA yang memandu ketika itu kerana "track record" kemahiran Mej. Azlizan.

3. Pesawat tersebut berlabuh dan di simpan di Segambut dan diservis oleh sebuah syarikat yang miliknya dikaitkan dengan tokoh ternama di Malaysia. (Saya ingin membiarkan pembaca mencari maklumat ini)l Tempat tersebut memang dikawal rapi - dan hanya perkeja di situ sahaja yang dibenarkan keluar masuk.

4. Suatu yang tidak dihebohkan sebelum ini ialah - Pada 4hb Mac DSAI dan TSYA dijadualkan terbang bersama di dalam pesawat yang malang tersebut. Nasib menyebelahi DSAI kerana pesawat tersebut jatuh sebelumnya. Pada malam yang malang itu, ketika di rumah DSAI, DSAI bersungguh merayu TSYA agar tidak terbang pada malam itu kerana terpaksa pulang ke KL untuk jadual mereka bersama keesokkannya. (Perbualan itu didengari oleh beberapa orang pada malam tersebut malah dilaporkan di dalam akhbar-akhbar tempatan.

5. Masih ramai yang ingat akan peristiwa pesawat VIP TUDM yang dalam perjalanan untuk mengambil DSAI dari lawatan ke utara terhempas di Kepala Batas membunuh beberapa kakitangan TUDM. Ajal belum tiba untuk DSAI pada ketika itu (yang pada ketika itu telah menjawat sebagai TPM hampir nyata bahawa beliau akan mengambil alih tapuk pemerintahan negara).


Kesimpulan:

Kalaulah benar bahawa DSAI memang tidak dikehendaki sejak sekian lama, saya tidak dapat menyangkal bahawa telah ramai korban yang digugurkan demi untuk menjaga kepentingan beberapa kerat manusia di Tanah Air yang tercinta.

Sama-sama kita berdoa kepada Allah Azzawajala agar bala dijauhkan dari kita dan bersembahyang hajat beramai-ramai (jika dihalang buat sendirian di masjid mahupun di rumah).









 
Last edited:
Asiaweek, artikel:

Satu tamparan UNTUK NEGARA
Kematian jutawan Yahaya Ahmad dan isterinya dalam kemalangan helikopter telah meninggalkan keluarga dan negara dalam kejutan. Siapakah yang akan Yahaya No. 1 penyokong, PM Mahathir Mohamad, kini beralih kepada membantu beliau mencapai wawasan Malaysia maju?
Oleh Matthew Fletcher dan Steven K.C. Poh / Kuala Lumpur


-------------------------------------------------- ------------------------------
MENGIMBAS KEMBALI, tragis SESUATU nampaknya hampir ditakdirkan berlaku. Yahaya Ahmad, berusia 50 tahun bos membunuh syarikat cip biru Malaysia, makan malam Mac 3 di Kuala Lumpur di rumah sahabat Karib Anwar Ibrahim, timbalan PM. Majlis tersebut adalah "Kelas '64" perjumpaan untuk alumni Kolej Melayu Kuala Kangsar, yang telah melahirkan ramai penggerak dan penggoncang negara. Itulah di mana Yahaya mendapat berita ibu yang uzur, yang tinggal di timur laut Trenggannu negeri, telah mengambil semakin parah. Beliau memutuskan untuk meninggalkan dunia pada helikopter korporat. Anwar memberitahu beliau menunggu sehingga siang hari, mengatakan bahawa malam terbang adalah terlalu bahaya. Tetapi Yahaya adalah dalam mood tidak kelewatan. Dia sentiasa dikesali tidak hadir apabila bapanya meninggal dunia.
Dalam perjalanan mereka untuk landas helikopter, Yahaya dan isteri Rohana, 48, menggunakan telefon bimbit untuk memanggil dua anak mereka, belajar di Universiti Birmingham di Britain. Mereka berbual-bual selama 30 minit yang luar biasa panjang, pemandu mereka kemudian memberitahu akhbar Utusan Malaysia. Biasanya perbualan, walaupun kerap, mengambil kurang daripada lima. Helikopter yang berlepas pada kira-kira 22:45 Setengah jam kemudian, ia hilang dari radar. Lebih daripada dua jam berlalu sebelum pihak berkuasa mendapati bangkai di bahagian yang terpencil di tengah-tengah negeri Pahang. Bersama-sama dengan perintis mati badan yang hangus dan remuk Yahaya dan Rohana, dikunci dalam pelukan akhir. Bagaimana helikopter itu terhempas adalah tidak jelas. Seorang penduduk kampung muda di kawasan itu berkata beliau pertama kali mendengar bunyi kapal terbang yang dalam kesusahan, melihat ia mengelilingi, kemudian meletup pada pertengahan udara sebelum memukul tanah. Kata ketua polis tempatan: "Kami akan mengambil semua faktor kira, termasuk sabotaj."

Kematian ketiga-tiga tragis dan terlalu cepat. Juruterbang meninggalkan seorang balu dan dua orang anak. Tetapi kematian Yahaya dan Rohana terutamanya menggelegar. Mereka mempunyai empat orang anak: dua orang anak perempuan - Yatina, 24, dan Nadiya, 13 - selain Othman lelaki, 22 dan Faez, 21. Yatina, seorang eksekutif perbankan, tidak lama lagi akan melahirkan anaknya sendiri. Yahaya adalah disebabkan untuk menerima Ijazah Doktor Kehormat musim panas ini dari alma mater British, Universiti Loughborough. Bencana adalah salah satu bahawa mana-mana keluarga boleh turut berduka cita dengan beberapa kasih sayang dan ibu bapa yang setia, tiba-tiba merampas.

Tetapi kerana yang dia adalah kawan Anwar, Prot?? PM Mahathir Mohamad, seorang industrialis yang syarikat tiang korporat Malaysia - kematian Yahaya merupakan penyebab kejutan kebangsaan dan berkabung. Beribu-ribu tersekat jalan ke kampung halamannya Marang di Terengganu untuk dikebumikan pasangan itu. Di tangan untuk memberi penghormatan mereka ialah Mahathir, yang menangis secara terbuka, Anwar, royalti dan tuan rumah ahli-ahli politik dan ahli perniagaan atas. "Ini adalah seksa yang besar," kata Marina Mahathir, anak perempuan. "Negara akan merindui beliau."

Kerana Yahaya adalah tidak kurang daripada seorang pembina negara. Kematiannya meninggalkan sesat beberapa syarikat yang paling penting di negara ini. Dilatih oleh Mahathir, dia adalah salah satu bulatan kecil digemari, terutamanya bumiputera (pribumi) perniagaan yang dipilih untuk memainkan peranan utama dalam wawasan Perdana Menteri Malaysia yang maju. Tiada meningkat dengan cepat atau jauh sebagai Yahaya. Empayarnya diperluaskan kepada pengedaran automotif, penerbangan, perbankan, dan harta. Permata di mahkota Proton pembuat kereta nasional.

Jika kenaikan Yahaya telah dramatik, ia tidak datang dengan perbelanjaan keluarga dan rakan-rakan. "Yahaya dan Rohana adalah dua daripada beberapa orang di kalangan korporat yang anda boleh bercakap tentang perkara-perkara selain daripada perniagaan," mengimbas kembali Marina. Yahaya adalah jarang berlaku: seorang ahli perniagaan yang arif yang telah meluas disukai. Beliau juga berazam untuk membuktikan beliau teliti berhak pertolongan PM. Kata Wong Yee Hui, seorang penganalisis kanan dengan pembrokeran Merrill Lynch di Kuala Lumpur: "Antara jutawan bumiputera, beliau adalah seseorang yang telah dinaikkan pangkat, dan dia telah menciptakan nilai dalam syarikat-syarikat yang dikawal."

Daripada latar belakang yang Trengganu luar bandar, Yahaya menunjukkan janji di masa hadapan dengan mendapatkan biasiswa untuk Kolej Melayu Kuala Kangsar yang berprestij. Dia memanggil kemudian bagaimana beliau terkejut untuk belajar di bawah lampu elektrik, bukan lampu gasolin yang dia dijadikan sandaran di kampung. Ia adalah di sekolah bahawa dia datang untuk mengetahui Anwar. Kedua-dua telah bertanding untuk merebut jawatan budak kepala - pertandingan Yahaya memenangi.

Manakala Anwar pergi untuk menjadi seorang pemimpin pelajar penghasut, Yahaya meletakkan cita-cita politik sendiri pada backburner. Di sekolah, dia dikatakan telah berikrar yang dia akan menjadi kaya dalam perniagaan sebelum memasuki politik. Tidak lama kemudian, beliau telah disapu dalam pusaran kehidupan korporat. Tetapi dalaman melaporkan bahawa Yahaya telah untuk beberapa waktu ditandakan sebagai bendahari yang paling mungkin seterusnya dominan parti UMNO, jawatan penting yang memerlukan calon yang diterima oleh kedua-dua Mahathir dan Anwar timbalannya.

Ia adalah di dalam industri kereta bahawa Yahaya membuktikan daya pendorong untuk kejayaan. Bermula sebagai seorang jurujual untuk pengedar Jaguar, beliau meninggalkan firma itu pada tahun 1979 dan menubuhkan syarikat sendiri, Automotif Corp, yang memperoleh francais untuk memasang model Isuzu, Mitsubishi dan Tata. Rehat yang besar itu datang pada tahun 1993 - lawatan daripada Mahathir. Masalah dengan kadar yang perlahan pengeluaran di Proton, Perdana Menteri telah terpengaruh dengan kemudahan pemasangan Yahaya dan keupayaan untuk menyampaikan. Khabar angin mempunyai bahawa Yahaya membina satu prototaip baru Proton dalam tempoh sebulan, untuk menarik perhatian PM. Tidak lama lagi satu lagi syarikat Yahaya, Sumber Terpelbagai, telah menandatangani perjanjian usaha sama dengan Proton untuk mengeluarkan model baru.

Pada bulan Oktober 1995 Yahaya memperoleh gelaran Malaysia "auto raja." Beliau membeli kerajaan kepentingan 32% di tersenarai Hicom Holdings, yang mengawal Proton - dan dengan itu lebih 60% daripada pasaran auto Malaysia. Paling mengambil bahawa sebagai pujian yang tertinggi Mahathir boleh memberi leftenan beliau, kepercayaan beliau dengan satu projek peliharaan: industri kereta nasional yang bertenaga untuk abad ke-21.

Melalui kumpulan Sumber Diversified itu, Yahaya juga dikawal pengedaran auto dan operasi pemasangan. Untuk menambah teknologi dan tanda ciri khusus kepada campuran, dia dan tahun lepas Proton membeli 80% daripada British sukan kereta pengilang Lotus. "Yahaya mempunyai visi besar untuk masa depan syarikat," kata pengarah Lotus dan bekas pengerusi Romano Artioli.

Pembantu rapat masih ingat kadar kerja yang tidak mengenal penat lelah Yahaya. Sebagai pemilik majoriti masih mentah Kuala Lumpur syarikat bas Intrakota Komposit, ahli perniagaan yang dibuat titik sekali - sekala melakukan pusingan bandar oleh motosikal untuk mengetahui betapa teruknya masalah perkhidmatan. Kata Ketua Pegawai Eksekutif Proton Corp Rashid Rahim: "Apabila anda telah diamanahkan dengan tugas besar untuk menyusun semula sistem pengangkutan negara dan membawa perubahan di Proton, ia mendapat adrenalin yang mengalir."

Apa yang kini empayar korporat yang luas? Kepada ramai dalam kalangan perniagaan Malaysia, menjulang Yahaya itu bahawa syarikat beliau hampir tidak dapat dipisahkan daripada usahawan itu sendiri. Takut sesetengah penggantinya akan kekurangan keberanian, atau sokongan kerajaan, untuk memegang semua bersama-sama. "Adakah sesiapa di sana dengan memandu dan kecerdasan Yahaya untuk menarik kumpulan melalui?" tertanya-tanya Wong Merrill Lynch. "Dia mungkin mempunyai pembantu yang mampu, tetapi ia tidak akan sama."

Proton juga menghadapi masa depan yang lebih sukar. Kemungkinan yen kuat boleh memukul kos import. Juga, Kuala Lumpur adalah di bawah tekanan untuk menghapuskan tarif yang tinggi kepada auto asing dan kit kereta yang telah disimpan Proton dalam hitam. Seorang ahli Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WHO), komited untuk merombak halangan kepada perdagangan bebas secara beransur-ansur. "Sebagai sebuah negara kecil sebanyak 20 juta, Malaysia percaya dalam pasaran terbuka," Yahaya sekali kepada pemberita. Tidak semua rakyat gembira mengenai prospek. "Kematian Yahaya tidak mungkin berlaku pada masa yang lebih kritikal," mencatatkan Wong. "Ia hanya apabila Proton semakin bersedia untuk menjadi pengeksport yang serius."

Dan manakala Proton sendiri adalah tunai berat, syarikat-syarikat Yahaya lain dipercayai menjadi terhutang budi. Beliau dikatakan telah mengadakan perbincangan dengan bank-bank untuk menyusun semula kumpulan dan mengurangkan hutangnya. Tetapi tanpa "cagaran yang tidak dapat dilihat" trek di dalam PM, bank pemiutang - kebanyakan cip biru - mungkin mula memanggil dalam pinjaman.

Ramai meramalkan penyusunan semula seluruh kumpulan. Ia boleh dibongkar dan bahagian-bahagian yang berlainan diberikan kepada ketua-ketua korporat yang segar. Seorang calon Nasaruddin Jalil, bekas setiausaha peribadi Anwar. Beliau adalah pemegang saham utama dalam Induk Pengangkutan, syarikat milik persendirian Yahaya memegang. Tetapi keputusan muktamad bergantung dengan Mahathir.

Siapa lagi yang boleh mengambil alih kumpulan yang dirombak? Saleh Sulong, pengarah urusan kedua-dua Sumber Diversified dan Hicom, telah dimasukkan ke dalam tempat sekarang. Beliau dijangka meneruskan rundingan untuk mengambil alih francais pemasangan untuk kenderaan Peugeot dan Cherokee dari MBf Holdings, meluaskan operasi auto kumpulan. Tetapi sedikit mengharapkan dia berada di tempat duduk pemandu selama-lamanya. "Yahaya mempunyai mandat kerajaan," kata Low Kwong Choong, pengurus penyelidikan di Sekuriti Pengkalen. "Kedudukan itu mengambil masa lebih daripada hanya orang yang mampu. Ia adalah satu soalan yang pendek." Dan untuk korporat Malaysia, soalan yang kini belajar untuk hidup tanpa Yahaya Ahmad.

- Laporan oleh Roger Mitton / Kuala Lumpur



 
Last edited:
tt dengar cakap den..:))

aku pun muskhil... ko cakap baru aku teringat... sampai skang cerita sebenar nahas nie digelapkan kerajaan...

Tuduh cuaca buruk la... padahal cuaca masa kemalangan baik...

tuduh kerosakan mekanikal la... walhal baru je servis kat airod... :">

wallahualam...


 
stakat yang ak dengar org ckp, sume kate org sabotaj...xpenah pon ckp psl mslh teknikal..wallua'lam...
 
Time balik kampung jumaat lepas..terserempak dgn bomba tengah tunda bot.. rupanya diorang gi cari mangsa helicopter terhempas kat area Sebuyau tak jauh dari kampung aku.. tak silap 2 tahun lepas pun ada pesawat ringan jatuh tak jauh dari kampung aku gak.. sori tt off topic jap.
 
yang aku tau diorang nak bunuh anwar tapi yahya yang naik..
 
Ini cerita arrr ... khabarnya nak target si A tapi kena si B ... :D Sian Si B yang kena
 
Back
Top
Log in Register