PDA

View Full Version : Freehold?? Leasehold??

sawamura
09-07-2012, 12:20 PM
Saya terima banyak PM tanya pasal ok ker tak nak beli tanah leasehold.. ataupon nak beli rumah siap bina tapi leasehold.. So harap kat sini, saya boleh jelaskan serba sedikit pasal leasehold vs freehold nih dan apa baik buruknya..

Bismillah..

http://i.imgur.com/GIUBu.jpg

Maksud Freehold dan Leasehold

Pertama, biar saya jelaskan perbezaan antara tanah freehold dengan leasehold. Sebenarnya perkataan freehold dan leasehold tuh sendiri dah menjelaskan maknanya

Freehold property ialah hak milik mutlak pemilik (bersyarat dia membayar quit rent). Dalam erti kata yang lain, selepas pemilikan, pemilik dia berhak sepenuhnya ke atas tanah tuh dan tidak ada tuntutan boleh dibuat tanpa persetujuan pemilik.

Leasehold pulak, daripada namanya sendiri, beerti pinjam (lease). Leasehold adalah status pemilikan yang dipinjamkan oleh kerajaan negeri kepada pembeli dalam tempoh yg tetap (kebiasaannya 99 tahun). Apabila status pemilikan telah tamat tempoh, tanah tersebut akan menjadi milik kerajaan negeri semula. Terang-terangan ini bukanlah yang kita mahu.
Apabila tempoh tamat sudah hampir, apa yang pemilik boleh buat adalah renew leasing tuh, ataupon tunggu hingga expired dan apply semula. Berita buruknya ialah kedua-duanya pon memerlukan kos yg banyak, dan dengan akdar inflasi Malaysia jangan terkejut kalau bila tempoh pemilikan dah tamat, kita tak mampu nk renew.
Kosnya mungkin sama dengan membeli tanah yang lain.

Kenyataannya, hampir keseluruhan tanah di kuala lumpur dan banyak tempat di petaling jaya sudah dimajukan, ataupun sudah dimiliki oleh pemaju dan menanti untuk dimajukan (developer mmg suka tanah freehold)
So yang tinggal untuk pembeli kebenyakannya cumalah tanah leasehold

Pun Begitu

Walaupon daripada penjelasan di atas nampak seperti leasehold adalah property yang perlu dielakkan, tetapi kenyataannya adalah sebaliknya.
Dalam perangkaan jangka masa panjang, nilai tanah di kawasan bandar (urban) akan meningkat tidak kira lease hold ataupon freehold. Oleh itu, tanggapan bahawa tanah leasehold perlu dielakkan adalah SALAH. Cuma pemilik perlu tahu bagaimana untuk mengendalikan tanah berstatus leasehold.

Sekiranya tanya pendapat saya, saya hanya akan membeli property leasehold hanya sekiranya baki tahun pemilikan tersebut masih ada sekurang2 50 tahun. Adalah lebih baik sekiranya tempoh ini sepanjang yang mungkin.

Dalam erti kata yang lain, selagi baki tahunan tersebut masih panjang, anda boleh mempertimbangkan untuk membelinya dengan syarat lokasinya 'panas' dan seeloknya dapatkan harga lebih rendah dari harga pasaran

Lokasi memainkan peranan penting dalam pembelian tanah berstatus leasehold. Seperti yang kita sedia maklum, kebiasaanya pembeli yang membeli tanah leasehold tidaklah berhajat untuk mindiami kawasan tersebut (ataupon diwariskan turun temurun), tetapi lebih kepada mengambil keuntungan setinggi yang boleh daripada pembelian tersebut.Oleh itu, sekiranya ada bercadang untuk menetap di suatu kawasan dan mewariskan pemilikan itu kepada anak anda, leasehold bukanlah pemilihan yang tepat.

Bagi mereka yang bijak, pembelian tanah leasehold di tempat yg panas dapat menaikkan 'yield and capitalisation rate'. Setelah tahun demi tahun berlalu, dan tempoh pemilikan berkurangan, maka perlulah mempertimbangkan penjualan property tersebut lebih tinggi daripada harga pembelian

Perlu diingatkan:
- harga tanah leasehold akan mula susut sekiranya baki tahunan kurang dari 50 tahun
- harga tanah leasehold dapat dijual semula pada harga lebih tinggi daripada harga beli, dengan syarat lokasi panas
- keuntungan daipada pemilikan tanah leasehold adalah kenaikan harga dari tempoh pembelian ker baki 50 tahun sahaja

Jadi, OK tak beli tanah kalo leasing tinggal kurang dari 50 tahun

Satu perkataan... ELAKKAN !

Perkataan elakkan bukanlah beerti tidak boleh.. Sudah tentu terpulang kepada kita untuk membelinya selagi tempoh tamat belum tiba.
Cuma adalah disarankan untuk mencari propoerty yang lain. Walaupon nampak seperti susah untuk mencari property yang lain, tapi percayalah ianya berbaloi daripada memili property leasehold yang berbaki kurang dari 50 tahun (baca balik di atas tentang renew pemilikan)

Kesimpulan

Disebabkan benda yang saya jelaskan kat atas, memang senang untuk kita faham kenapa:
1. Kenapa freehold properties lebih mahal
2. Kenapa leasehold ada nilai susut
3. Kenapa freehold ramai nak beli
4. Kenapa leasehold orang nk cepat2 let go

tapi seperti yang telah dijelaskan.. Leasehold dan Freehold ada baik dan buruknya. Mungkin perbandingan di bawah adalah cara paling sesuai untuk merumuskan persoalan leasehold vs freehold

Freehold (Pros)
- Pemilikan hartanah kekal, tiada pampasan boleh dibuat selama2nya
- Nilai hartanah sentiasa menaik
- Penjualan semula tidak dipengaruhi tempoh pendudukan
- Sesuai untuk pendudukan jangka masa panjang (pencen,

Freehold (Cons)
- Tanah Freehold biasanya lebih mahal dari segi kos pemilikan, cukai etc

Leasehold (Pros)
- Kos pemilikan lebih murah
- Bagus untuk short term investment (Hit and run) dengan syarat lokasi panas dan mudah disewakan.
- Capital gain yang lebih cepat berbanding freehold
- Penjualan pada harga yang bersesuaian adalah bagus dengan syarat tempoh baki pinjaman masih panjang

Leasehold (Cons)
- Pemilikan cuma 99 tahun.
- Kos renew dan apply baru pemilikan adalah sangat mahal
- Nilai hartanah menyusut dalam jangka masa panjang
- Kesusahan mencari sub-sale buyer bagi tempoh pinjaman berbaki kurang dari 50 tahun

Ingat:
1. Leasehold hanya untuk short term investment. Beli dan jual. jangan simpan sehingga tamat tempoh ataupon sehingga baki kurang dari 50 tahun
2. Konsep investment leasehold sesuai untuk sewakan hartanah. Beli pada harga murah, sewakan untuk dapat capital gain dan jual kembali pada harga lebih tinggi
3. Ingat target kita ialah dapatkan capital gain sebelum baki tanah mencapai 50 tahun sahaja
4. Untuk mendapat kesempurnaan item no.2 dan no.3, lokasi perlulah sesuai dan mendapat permintaan ramai

Harap membantu

hafizhanafiah
09-07-2012, 12:24 PM
thaks for the info!:)

xalimx
09-07-2012, 12:35 PM
let say dah beli leasehold, pastu sewakan dengan positive cash flow almost 80% (and maybe increase next2 year due to some reason - transportation etc)...
berapa maximum boleh hold sebelum di let-go ? atau perlu maintain sehingga berakhirnya tempoh pinjaman?

selepas berakhir tempoh pinjaman, dapat pampasan semula berdasarkan market value? atau tiada pampasan diberikan?

tebu
09-07-2012, 12:47 PM
rasanya tak de org yg masih hidup bila leasehold dah tamat

xalimx
09-07-2012, 12:50 PM
rasanya tak de org yg masih hidup bila leasehold dah tamat

ada kowt, kalo org tu beli leasehold dah ujung2 tanduk :)):))

sawamura
09-07-2012, 12:52 PM
let say dah beli leasehold, pastu sewakan dengan positive cash flow almost 80% (and maybe increase next2 year due to some reason - transportation etc)...
berapa maximum boleh hold sebelum di let-go ? atau perlu maintain sehingga berakhirnya tempoh pinjaman?

selepas berakhir tempoh pinjaman, dapat pampasan semula berdasarkan market value? atau tiada pampasan diberikan?

soal status lepas 99 tahun tuh dah termaktub dalam Kanun Tanah Negara (KTN) dan macam biasa, memang akan beratkan ke Pejabat tanah Galian (PTG)

kalo tamat tempoh, otomatik tanah tuh akan kembali menjadi milik kerajaan negeri (tanpa sebarang pampasan dibuat) - ini yg orang takut

tapi bergantung kepada budi bicara.. sama ada diorang nk sewakan balik, atau nak renew ownership ataupon runtuhkan bangunan sedia ada.. semuanya bergantung kepada diorang dan diorang ada hak mutalk untuk buat apa saja untuk tanah tuh lepas tamat tempoh leasing

sawamura
09-07-2012, 12:53 PM
rasanya tak de org yg masih hidup bila leasehold dah tamat

sesetengah orang beli tanah bukan hanya untuk dia duduk, tapi fikir jugak anak cucu..

saya pon kadang2 terfikir, esok anak saya dah besar adakah dia mampu nk beli tanah sendiri.. :(

so at least freehold menjamin :)

bintara80
09-07-2012, 01:03 PM
nice explanation, tq tt

tebu
09-07-2012, 01:06 PM
sebab bende ni masih belum pernah berlaku lg jadi aku rasa mesti ada kaedah win2 situation nnt... gerenti la.. cuba bayangkan perumahan yg ada 1000 bijik rumah.. masa tu tahun 2070.. takkan kerajaan nk amik tanah balik pastu cakap ko pepandai la cari rumah lain sebab bapak korang bukan beli tapi pajak 99 tahun je.. bila dah sampai masa silakan berambus.. 1000 org tu nk duduk kt mana? itu kalau 1000 pintu.. kat malaysia ni ada berjuta pintu yg status pajakan ni.. sama ada kerajaan bagi rumah lain yg leasehold jugak dgn separuh harga ke.. atau dpt sambung pajakan lg 99 tahun dgn boleh bayar bulanan ke.. dpt rumah flat free ke.. ape2 jela.. diorang pun nk jaga undi gak kann...

perkara tak berlaku lg mmg best buat cerita.. hehehehe...

zeapo
09-07-2012, 01:06 PM
sesetengah orang beli tanah bukan hanya untuk dia duduk, tapi fikir jugak anak cucu..

saya pon kadang2 terfikir, esok anak saya dah besar adakah dia mampu nk beli tanah sendiri.. :(

so at least freehold menjamin :)

da deal utk membeli tanah lot berstatus leasehold utk aset fmily tp blm cnfirm.tp thread ni membuka mataku seluas-luasnya..TQ tt
:)cgrock

elan
09-07-2012, 01:12 PM
nampaknya aku kena cari sebuah rumah lagi yang ststus tanahnya 'freehold', yang sekarang ni leesehold, sian anak aku nanti...

Berfikir
09-07-2012, 01:15 PM
ada rumah leasehold 1.
tapi tempat strategik.
masa aku tampal papan tanda "rumah untuk disewa" dulu.
dlm seminggu dekat 20 orang call.

jadi rumah tu untuk disewa.:D

tebu
09-07-2012, 01:16 PM
kat ampang ada 1 kampung setinggan 10-15 tahun lepas.. bila kerajaan amik tanah tu lebih dari 300 orang dpt rumah pangsapuri dgn separuh harga RM25k.. skrg rumah tu dah berharga rm70k

teringat cerita ayah aku dulu duduk setinggan tahun 70an.. pacak tiang/atap ..duduk je tak bayar apa2 pun tapi dah duduk 10 tahun.. bila kerajaan nk amik alih wat pembangunan diorang bagi tanah tempat lain .. mmg kena bayar premium RM25-30k.. tapi dpt tanah jadi hakmilik dpt geran..

itu setinggan yg tak bayar apa2..FREE duduk 10 thun.. ini siap beli bayar bulan2 beratus2 ribu buat pinjaman bank..

point aku ialah sangat tidak logik kerajaan amik tanpa apa2 pampasan atau kaedah menang2 ..

PELIKAN
09-07-2012, 01:17 PM
mana nak cari freeholds.......selangor tanah habis kena jual oleh XXXX

sawamura
09-07-2012, 01:21 PM
kat ampang ada 1 kampung setinggan 10-15 tahun lepas.. bila kerajaan amik tanah tu lebih dari 300 orang dpt rumah pangsapuri dgn separuh harga RM25k.. skrg rumah tu dah berharga rm70k

teringat cerita ayah aku dulu duduk setinggan tahun 70an.. pacak tiang/atap ..duduk je tak bayar apa2 pun tapi dah duduk 10 tahun.. bila kerajaan nk amik alih wat pembangunan diorang bagi tanah tempat lain .. mmg kena bayar premium RM25-30k.. tapi dpt tanah jadi hakmilik dpt geran..

itu setinggan yg tak bayar apa2..FREE duduk 10 thun.. ini siap beli bayar bulan2 beratus2 ribu buat pinjaman bank..

point aku ialah sangat tidak logik kerajaan amik tanpa apa2 pampasan atau kaedah menang2 ..

so far malaysia tak ada buat lagi tuntutan tanah leasing cara ganas..

masih lagi pujuk untuk keluar etc..

kat china, cukup masa, diorang kasik notis keluar.. tak berambus jugak, tunggu masa laa lori bawak bola besi datang.. ~X(

tebu
09-07-2012, 02:53 PM
ni di aku copy dari blog peguam hartanah

In fact, the tenure can be renewed and extended to another 30, 60 or 99 years.

The following info are obtained from the National House Buyers Association.

Section 197 of the National Land Code 1965 (Act 56 of 1965) governs the extension of land leases.

Before applying for an extension, the lease must be firstly surrendered back to the state government. Then, both the property developer and leasehold land owner(s) have to submit the Permohonan Serahbalik dan Mohon Semula Tanah Untuk Tujuan Melanjutkan Tempoh Pajakan form, together will all the required photocopied documents such as land title, site plan, quit rent receipt, assessment receipt, etc. to the state's land office.

If the lease already expired, the form need to submit will be Permohonan Pemberimilikan Tanah (Application for Land Re-alienation) instead.

The land will then be checked by a settlement officer, who will then submit a report to exco for approval.

After approval, the land will need to go through re-alienation process by the land administrator.

If the re-alienation is approved, the land office will issue a Notice that Land Revenue is Due (Form 5A) to the property owner to pay a premium.

The premium charged is based on a formula factoring the following into calculation:

* Premium rate (in percentage)
* Land size
* Market value per square feet
* Lease tenure period

For example, the renewal premium for a residential land at rate of 0.5% of size 25 x 80 with market value of RM20 psf for 99 years is:

0.5% x 25 x 80 x RM20 x 99 = RM19,800 (RM200 per year).

The land valuation is done by the Valuation and Property Services Department of Finance Ministry, and is based on the latest transaction values in the area.

If the owner feel that the premium is too high, he has the option to appeal to the state government for a reduction.

Upon payment of the premium, the land office will get the land title ready and inform the property owner when it is ready for collection.

If the owner does not renew the land tenure and let it expire, the land will revert back to the state government, and be available to anyone to apply for its new ownership.

Masih ada jalan utk sambung pajakan

joee
09-07-2012, 03:09 PM
thanks TT..aku pun br tau makna sbnr leasehold dan freehold

dr_alban
05-12-2013, 10:20 PM
Terbaik tt gudjob

luqalief
08-12-2013, 07:21 PM
Dekat shah alam perumahan leasehold pon harge lebih kurang macam freehold

xenoboy
08-12-2013, 07:29 PM
thanks bro..

hani85
20-01-2014, 09:05 PM
ada rumah leasehold 1.
tapi tempat strategik.
masa aku tampal papan tanda "rumah untuk disewa" dulu.
dlm seminggu dekat 20 orang call.

jadi rumah tu untuk disewa.:D

bagi aku yang penting ialah money in > money out, walaupun dia leasehold.

lampor_2003
05-02-2014, 09:47 AM
ni di aku copy dari blog peguam hartanah

In fact, the tenure can be renewed and extended to another 30, 60 or 99 years.

The following info are obtained from the National House Buyers Association.

Section 197 of the National Land Code 1965 (Act 56 of 1965) governs the extension of land leases.

Before applying for an extension, the lease must be firstly surrendered back to the state government. Then, both the property developer and leasehold land owner(s) have to submit the Permohonan Serahbalik dan Mohon Semula Tanah Untuk Tujuan Melanjutkan Tempoh Pajakan form, together will all the required photocopied documents such as land title, site plan, quit rent receipt, assessment receipt, etc. to the state's land office.

If the lease already expired, the form need to submit will be Permohonan Pemberimilikan Tanah (Application for Land Re-alienation) instead.

The land will then be checked by a settlement officer, who will then submit a report to exco for approval.

After approval, the land will need to go through re-alienation process by the land administrator.

If the re-alienation is approved, the land office will issue a Notice that Land Revenue is Due (Form 5A) to the property owner to pay a premium.

The premium charged is based on a formula factoring the following into calculation:

* Premium rate (in percentage)
* Land size
* Market value per square feet
* Lease tenure period

For example, the renewal premium for a residential land at rate of 0.5% of size 25 x 80 with market value of RM20 psf for 99 years is:

0.5% x 25 x 80 x RM20 x 99 = RM19,800 (RM200 per year).

The land valuation is done by the Valuation and Property Services Department of Finance Ministry, and is based on the latest transaction values in the area.

If the owner feel that the premium is too high, he has the option to appeal to the state government for a reduction.

Upon payment of the premium, the land office will get the land title ready and inform the property owner when it is ready for collection.

If the owner does not renew the land tenure and let it expire, the land will revert back to the state government, and be available to anyone to apply for its new ownership.

Masih ada jalan utk sambung pajakan

maksudnya xperlu bayar dengan nilai semasa tanah tuh ke???

hu3...

kawan dlm dilema nk amek umah nih....~X(~X(~X(

leasehold corner lot vs freehold middle lot..

harga loeasehold ngn freehold yg xjauh beza..

help me!!!

tsf
05-02-2014, 09:54 AM
maksudnya xperlu bayar dengan nilai semasa tanah tuh ke???

Hu3...

Kawan dlm dilema nk amek umah nih....~x(~x(~x(

leasehold corner lot vs freehold middle lot..

Harga loeasehold ngn freehold yg xjauh beza..

Help me!!!

ambik je la corner lot tu bro... Kalo ko nak jual ramai yg interest

lampor_2003
05-02-2014, 09:58 AM
ambik je la corner lot tu bro... Kalo ko nak jual ramai yg interest

tula pasal bro..

skang xduk kt ktn..family duk kl..

cadang nk duduk dlm 4-5 taun lg..

tp tula bila dgr2 citer pasal leasehold nih byk cons..jem jap aku...:((:((:((

kawasan 2 2 mmg strategik..perumahan bru nk membangun..dgn bdr pn dekat..kawasan dekat pantai..

tsf
05-02-2014, 10:41 AM

beli pastu ko try sewa or buat homestay...

kapandikapan
05-02-2014, 10:54 AM
Kalau dekat Catatan Carian Persendirian (Untuk maklumat geran di pejabat tanah) dia tulis Tempoh Pajakan TIADA, tarik luput Pajakan TIADA, ini maknanya Freehold kan?

Rumah pangsa (flat)..

tsf
05-02-2014, 10:56 AM
Kalau dekat Catatan Carian Persendirian (Untuk maklumat geran di pejabat tanah) dia tulis Tempoh Pajakan TIADA, tarik luput Pajakan TIADA, ini maknanya Freehold kan?

Rumah pangsa (flat)..

ye tuan... tu free hold...

lampor_2003
05-02-2014, 02:22 PM
beli pastu ko try sewa or buat homestay...

rasanya homestay...sbb dekat ngn bandar n pantai..

:D:D

ke mcmne???

tsf
05-02-2014, 02:42 PM
rasanya homestay...sbb dekat ngn bandar n pantai..

:d:d

ke mcmne???

ok tu janji ada org manage

peja510
05-02-2014, 02:53 PM
sesetengah orang beli tanah bukan hanya untuk dia duduk, tapi fikir jugak anak cucu..

saya pon kadang2 terfikir, esok anak saya dah besar adakah dia mampu nk beli tanah sendiri.. :(

so at least freehold menjamin :)

kawe xpikir pun sampai tahap ni
sebab kalo dah 99tahun, dah masuk kategori cucu dah
biarla anak yg dah bekerja sendiri menentukan rezeki dia..insyaallaha ada bahagiannya..
kita pun dah kat dalam..yg nak cuma anak2 yg soleh jer.. #:-S

tapi xpikir pun nak menetap kat rumah leasehold ni
nok balik kg...nok balik kg...nok balik kg:((:((

sapit87
05-02-2014, 09:13 PM
kalu beli tanah leasehold pastu buat rumah utk menetap agak2 berbaloi x,lg2 kat area gombak ni??

nak cri freehold kat area kl/slangor ni penin r harganye

tsf
05-02-2014, 11:00 PM
Kalo tanah worth it

sapit_87
06-02-2014, 12:51 PM
Kalo tanah worth it

kalu nanti dah buat rumah,katekan dah sampai mase kerajaan nk bangunkan kwsn tanah kite,adekah main roboh je ke tampa pampasan @ mcm mane??

takot jgk ni nk beli tanah leasehold ni

tsf
06-02-2014, 12:59 PM
kalu nanti dah buat rumah,katekan dah sampai mase kerajaan nk bangunkan kwsn tanah kite,adekah main roboh je ke tampa pampasan @ mcm mane??

takot jgk ni nk beli tanah leasehold ni

selalu kerajaan akan remind pasal premium ni tuan... dia akan panjangkan. tp kalo kena amik dia bayar pampasan gak

mazri_myie
06-02-2014, 01:31 PM
lot bumi dan lot antarabangsa mcm mn plk?

fadzliadnan
06-02-2014, 01:47 PM
Bagus info ni

siamanggagapp
06-02-2014, 01:57 PM
sebab bende ni masih belum pernah berlaku lg jadi aku rasa mesti ada kaedah win2 situation nnt... gerenti la.. cuba bayangkan perumahan yg ada 1000 bijik rumah.. masa tu tahun 2070.. takkan kerajaan nk amik tanah balik pastu cakap ko pepandai la cari rumah lain sebab bapak korang bukan beli tapi pajak 99 tahun je.. bila dah sampai masa silakan berambus.. 1000 org tu nk duduk kt mana? itu kalau 1000 pintu.. kat malaysia ni ada berjuta pintu yg status pajakan ni.. sama ada kerajaan bagi rumah lain yg leasehold jugak dgn separuh harga ke.. atau dpt sambung pajakan lg 99 tahun dgn boleh bayar bulanan ke.. dpt rumah flat free ke.. ape2 jela.. diorang pun nk jaga undi gak kann...

perkara tak berlaku lg mmg best buat cerita.. hehehehe...

butui tuh. samaada nnti kerajaan akan panjangkan tempoh dgn byrn tertentu ataupn depa akan bg pampasan jgk klau nk develop tanah tuh utk benda lain walaupn dr segi undang2 depa tkyh bg seduit pn. klau 1 taman beratus2 rmh tkkn depa nk main halau je melainkan tetiba israel jajah malaysia. huhu. oleh itu jgn la riso bab leasehold insyaallah hak anda tetap akan dilindungi tmbh2 org melayu. kena lak leasehold tanah rizab melayu lg la susah depa nak main halau ikut suka2 ati.

nazting
06-02-2014, 01:59 PM
kalu nanti dah buat rumah,katekan dah sampai mase kerajaan nk bangunkan kwsn tanah kite,adekah main roboh je ke tampa pampasan @ mcm mane??

takot jgk ni nk beli tanah leasehold ni

dia akan bagi pampasan berdasarkan harga semasa rumah, sebab bangunan tu kita punya..hanya tanah je leasehold..

kalau nak sambung premium tu ada kiraan dan juga borang yang perlu diisi..

boleh refer dekat pejabat tanah daerah..

sapit87
06-02-2014, 04:53 PM
selalu kerajaan akan remind pasal premium ni tuan... dia akan panjangkan. tp kalo kena amik dia bayar pampasan gak

bab bayar premium tu mcm mane plak ye,banyak ke kene bayar bile dah cukup tahun??

kalu kata kerajaan nak ambil,pampasan rumah yg dia nak bayar tu ikut harga semasa kawasan tu ke atau ikut kerajaan nak bayar je.

pening jgk andai kate kite dah buat rumah elok2 dan dah duduk lama2,dah selesa, tapi bile dah nak kne ambil rasa sedih pulak walaupun dia bg pampasan :((

tsf
06-02-2014, 05:09 PM

selalu tak kacau kawasan perumahan tuan.. lg pun kalo ikut mv makin mahal landed property

sapit87
06-02-2014, 07:18 PM
selalu tak kacau kawasan perumahan tuan.. lg pun kalo ikut mv makin mahal landed property

so mknenye ada value jgk la rumah kalu buat kat tanah leasehold ni ye,sebap sy bc yg awal2 post ni ckp value tanah akan turun dan elakkan yg dah lebih 50 tahun..takot rumah pon nanti dia bg pampasan murah je...ok thanks bro:)cgrock

sapit87
06-02-2014, 07:19 PM
dia akan bagi pampasan berdasarkan harga semasa rumah, sebab bangunan tu kita punya..hanya tanah je leasehold..

kalau nak sambung premium tu ada kiraan dan juga borang yang perlu diisi..

boleh refer dekat pejabat tanah daerah..

oh ye ke,agak2 kan kalu tanah area kat gombak kite beli ni berbaloi x utk buat rumah..tu je yg paling terdekat sy rase murah dan dekat sket gan kl

azrulazman
06-02-2014, 07:27 PM
tq tt. baru paham

nazting
06-02-2014, 09:13 PM
oh ye ke,agak2 kan kalu tanah area kat gombak kite beli ni berbaloi x utk buat rumah..tu je yg paling terdekat sy rase murah dan dekat sket gan kl

berbaloi kalau dpt harga yg murah..rasanya area sini semua leasehold...

tsf
07-02-2014, 09:38 AM
so mknenye ada value jgk la rumah kalu buat kat tanah leasehold ni ye,sebap sy bc yg awal2 post ni ckp value tanah akan turun dan elakkan yg dah lebih 50 tahun..takot rumah pon nanti dia bg pampasan murah je...ok thanks bro:)cgrock

value ikut semasa tuan... tarahal bos

sapit87
07-02-2014, 12:09 PM
berbaloi kalau dpt harga yg murah..rasanya area sini semua leasehold...

Em kt gombak semuanya kbanyakan mmg leasehold je :(...tp plan igt mcm nak beli tanah dlu dan bila dah ada rezeki lebih baru buat rumah,munkin time tu anak2 saya dah besar kot baru mampu buat rumah..mcm x berbaloi jgk kot kalu mcm ni,time tu value tanah munkin dah turun @ mcm mana :-?

nazting
07-02-2014, 12:15 PM

ada duit bole jugak beli..harga tu bergantung pada market jugak..

nanti bole jual balik kalau rasa xnak buat rumah situ..kat kl ni senang nak jual tanah lot..

mat_letop
07-02-2014, 12:22 PM
tak silap bayaran premium untuk sambungan pajakan di penang paling murah
ke 2 selangor
kalau salah tolong betulkan

PuTRa78
07-02-2014, 02:48 PM
freehold pun kene tgk jgk.. freehold rezab melayu or betul2 freehold..

sapit_87
12-02-2014, 01:05 PM
freehold pun kene tgk jgk.. freehold rezab melayu or betul2 freehold..

ape bezenye?

Pengedar Sah Shaklee
23-03-2014, 08:59 AM
ok. tq. kerana berkongsi :)

amie71
23-03-2014, 09:51 AM
freehold... leasehold.. ikut aku mmg check dulu status tanah tu sblm beli...
mcm mana kerajaan tentukan tanah tu freehold @ leasehold..

dari segi hukum agama, boleh ke kita membeli sesuatu tp bukan hakmilik mutlak pembeli...

seladang
24-03-2014, 09:40 AM
freehold terbaik.... boleh waris kat cucu , cicit , muit, piut, sampai ke generasi neolitik, bla.. bla..

mytrade
24-03-2014, 10:15 AM
freehold... leasehold.. ikut aku mmg check dulu status tanah tu sblm beli...
mcm mana kerajaan tentukan tanah tu freehold @ leasehold..

dari segi hukum agama, boleh ke kita membeli sesuatu tp bukan hakmilik mutlak pembeli...

leasehold tu pajakan....leasehold atau freehold adalah tanah saja..bkn rumah...

bermakna kita beli rumah yg dibina atas tanah yg dipajak.

rumah milik kita tp tanah pajak...
habis tempoh pajakan , kita renew lg pajakan dgn bayar premium...
klu tamat pajakan dan pihak berkuasa ingin ambil balik tanah, mereka kena bayar harga rumah kpd pemilik..

mytrade
24-03-2014, 10:27 AM
ape bezenye?

atas title atau geran , byk term sekatan ....

klu freehold pegangan bebas rezab melayu :
boleh dipindah , tanah adalah milik mutlak pemilik tp hanya untuk Melayu saja...term freehold adalah milikan penuh tp term rezab melayu untuk org melayu saja...

freehold tanpa tulis TRM (Tanah Rezab Melayu)..
pegangan bebas hak milikan penih pemilik dan ia boleh dipindahmilik kpd bukna melayu...ni mahal ni:D

bila mana sesebuah tanah dibuat perumahan plak..
kena check status tanah dan rumah...
macam kes client saya, tanah freehold dan bkn TRM...tp ada sekatan kepentingan atas rumah plak....dia tulis LOT BUMI PUTRA...tkboleh jual kpd nonbumi rumah tu....boleh appeal tp lambat dan perlukan alasan kukuh....

tanah pun ada status...
pertanian..
bangunan..
industri..
perdagangan..

putera555
03-05-2014, 06:37 PM
alamak??? berbaloi ke x nie?

mytrade
04-05-2014, 04:30 PM
alamak??? berbaloi ke x nie?

post pertama TT dah jelas pasal lease atau free....
key point ialah lokasi....

console
19-06-2014, 03:46 PM
leasehold tu pajakan....leasehold atau freehold adalah tanah saja..bkn rumah...

bermakna kita beli rumah yg dibina atas tanah yg dipajak.

rumah milik kita tp tanah pajak...
habis tempoh pajakan , kita renew lg pajakan dgn bayar premium...
klu tamat pajakan dan pihak berkuasa ingin ambil balik tanah, mereka kena bayar harga rumah kpd pemilik..
Mcm mana perkiraan harga rumah tu ya? sy pun beli rumah pajakan & ada buat renovation...tp tak kisah sgt..pasal bila pencen, balik kg..:)

simplest_box
19-06-2014, 03:58 PM
Nak renew pajakan 100 tahun lagi mmg mahal. Kalau tak silap aku lah, 1/4 daripada harga property tu. Contohnya harga property RM100k, jadi kena keluarkan RM25k utk renew utk 100 tahun lg.

Tapi berita baik utk property di selangor, kalau nak renew 100 tahun lagi cuma bayar Rm1k je, dengan syarat pemilik hanya boleh tukar nama hartanah tu kepada nama anak2 je.

Andai kata nanti anak2 nak jual plak hartanah yg telah di renew tadi, dia kena bayar balik premium asal berjumlah 1/4 dari nilai hartanah.

xSushi
25-06-2014, 10:23 PM
kalau boleh afford.. freehold lebih bagus.. leasehold nanti leceh...