PDA

View Full Version : ASaL UsuL " Seni GayuNg FaTAni " Seni Beladiri Melayu.

fathom11
13-05-2012, 11:51 PM
semoga dapat menambahkan pengetahuan kita dalam asal kewujudan silat (seni gayung fatani) di tanah melayu...

Seni Beladiri Melayu telah wujud sebelum kehadiran pengaruh luar di alam Melayu yang dikenali sebagai Ilmu Hulubalang atau Ilmu Parajurit yang menjadi penting untuk mengkuhkan pertahanan kerajaan Melayu tradisi seperti kerajaan Melayu Champa, Kemboja, Langkasuka, Kedah Tua dan Pattani yang meliputi Semenanjung Tanah Melayu.

Sejak kejatuhan kerajaan Melayu Tradisi di Semenanjung, silat telah terpinggir daripada istana dan pertahanan negara telah diperkenalkan dengan sistem pertahanan barat. Orang perang dan pahlawan telah kembali ke desa dan terus mengembangkan Ilmu Seni Perang Melayu atau institusi pendidikan kepahlawaan Melayu. Bagi mengelakkan ilmu kepahlawanan itu daripada pengetahuan penjajah lalu dijadikan satu permainan tradisi yang didalamnya terdapat serang dan beladiri, dinamakan Silat.

Oleh sebab silat ini diamalkan oleh orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu dan daerah yang bersempadan dengannya, maka dinamakan Silat Melayu. Oleh sebab ramai ulama yang mengajarkan silat terdiri daripada orang Pattani yang berhijrah ke Semenanjung Tanah Melayu maka Silat Melayu tersebut dikenali sebagai Silat Patani.

Kurikulum Silat Gayung Fatani adalah berdasarkan kandungan pelajaran Silat Melayu yang diasaskan Syeikh Abdul Rahman Tahir. Kemudian kurikulum ini disusun oleh Tn. Haji Anuar Bin Abd Wahab.

Sheikh Abdul Rahman menurunkan ilmu Silat Melayu kepada anaknya juga seorang guru agama iaitu Haji Ramli bin Abdul Rahman yang dikenali sebagai Tok Yah Ramli. Syeikh Abdul Rahman juga mengajar kepada beberapa murid yang lain termasuk Tuan Haji Pak Teh Mohd Ali.

Tuan Haji AnuarPak Teh Ali kemudian menurunkan ilmu ini kepada Haji Imam Mansor Bin Ismail. Kemudian Haji Imam Mansur menurunkan ilmu kepada Pak Andak Embong kemudian menurunkan ilmu ini kepada Tuan Haji Anuar Bin Abd Wahab pada tahun 1965. Tuan Haji Anuar Bin Abd Wahab kemudiannya melengkapkan pelajaran silat dengan Tuan Haji Ramli Bin Abdul Rahman. Dan sekarang ini merupakan Pengasas dan Guru Utama, Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia

Anak murid Haji Ramli Bin Abdul Rahman bernama Haji Abdullah Darus dan Haji Mat Isa(Awang Pendekar) telah membuka dan mengembangkan ilmu persilatan ini ke Batu Kurau, Perak dalam tahun 1948. Diantara anak murid Haji Mat Isa ialah Mohamad bin Mahat(Pak Long Aji).Tuan Haji Pak Teh Mohd Ali telah melahirkan Guru Tua Seni Gayung Fatani Perak iaitu Tuan Haji Imam Mansur Bin Ismail. Pak Andak embong, Guru Tua negeri Selangor telah melahirkan Tuan Haji Anuar Abd Wahab selaku Guru Utama dan Pengasas pertubuhan ini.

Tuan Haji Anuar Abd Wahab telah melahirkan guru-guru kanan seperti Tuan Haji Ismail Saad(Pulau Pinang), Abdul Rahman Ismail, Roslan Salam(Selangor), Zaihan Mohd Isa, Haji Khairuddin(Kelantan), Aminnuddin Anuar, Azi Wahija Yop(Antarabangsa), Wan Jaafar Wan Zainal(Terengganu), Masliza(Guru Wanita), Haji Khalid dan Rosman(Melaka), Roslan Aziz(Perak), Bambang(Negeri Sembilan), Zakaria(Thailand) dan lain-lain yang menjadi guru peringkat negeri seperti, Halim(Perlis), Mazlan(Kedah), Mohd Arif(Melaka) dan Mazlan(Johor). Belia juga telah melahirkan jurulatih peringkat antarabangsa.

http://www.4freeimagehost.com/uploads/7b9b8f15be38.jpg

fathom11
13-05-2012, 11:51 PM
Silat Seni Gayung Fatani merupakan aliran Silat Melayu yakni silat tempatan atau Seni Silat Melayu Tradisi Semenanjung dari yang serumpun dan sebenih dengannya, seperti yang diamalkan oleh masyarakat Melayu di Semenanjung Tanah Melayu dan daerah yang sempadan dengannya, dikenali sebagai Silat Pulut atau Gayung Pulut.

PSGFM telah berjaya meningkatkan mutu pendidikan silat tradisi gelanggang bangsal kepada kurikulum silat yang telus dan setara serta mengekalkan keaslian Silat Melayu versi Malaysia. Silat ini telah didaftarkan dengan nama Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia.

Perkhidmatan pendidikan silat PSGFM telah melalui evolusi iaitu bermula dengan kurikulum silat tradisi gelanggang bangsal, pada 1986 Kurikulum Baru PSGFM dan pada 2002 diperkenalkan Kurikulum Seni Silat Malaysia (KeKKWa/KPM/Pesaka Malaysia) yang diasaskan dan disusunkaqn oleh Tn.Hj. Tn.Hj.Anuar Abd.Wahab AMN) Kurikulum silat ini telah disusn semula dan diperturunkan kepada PSGFM, dinamalan kurikulum silat PSGFM moden piawai 2002.

Kurikulum silat ialah ilmu silat atau kandungan pelajaran silat yang disusun bagi mewujudkan sukatan pelajaran silat 7 tajuk pada 7 peringkat. 7 tajuk pada ialah Bunga, Jurus, Belebat, Tapak, Buah, Tempur Seni dan Tempur Bela diri. Tujuh peringkat ialah Anak Gelanggang, Pesilat Remaja, Pesilat Perkasa, Pesilat Muda, Pesilat, Pendekar Muda dan Pendekar. Kurikulum silat meneruskan amalan pergendangan silat Melayu (muzik silat baku Malaysia) dan mengekalkan gerak, kaedah, rupa dan bentuk keaslian silat Melayu tradisi Semenanjung.

Dengan itu kurikulum silat dapat mengisi seluruh aktiviti, pengetahuan dan kemahiran bersilat seperti silat pulut, silat buah, silat tempur, silat sukan dan Silat Kerohanian. Kurikulum seni silat Malaysia pernah diperturunkan kepada lebih daripada dua 200 guru silat dari perlbagai perguruan silat di Malaysia dan 33 orang daripadanya telah mencapai peringkat Pendekar Muda. Mulai tahun 2008 seluruh gelanggang tradisi, gelanggang umum atau kelas silat PSGFM hanya menggunakan satu sistem perkhidmatan pendidikan silat iaitu kurikulum silat PSGFM moden piawai 2002.

http://www.4freeimagehost.com/uploads/b242fd0a64f4.jpg
http://www.4freeimagehost.com/uploads/cf925e63e765.jpg
http://www.4freeimagehost.com/uploads/7ea756ebb9d1.jpg

FATANI NUSA BAKTI

fathom11
13-05-2012, 11:52 PM
TahAP PSGFM.

Berikut adalah merupakan tahap dan peringkat sukatan pelajaran Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia seperti yang telah ditetapkan oleh Guru Utama (Arwah Tn Hj Anuar Abd Wahab AMN) mengikut Kurikulum Silat PSGFM Piawai 2002:

http://www.4freeimagehost.com/uploads/bb8eaa326ec6.jpg

KURIKULUM PSGFM

http://www.4freeimagehost.com/uploads/eecda0e21a05.jpg

CARTA PERGURUAN DAN KEJURULATIHAN

http://www.4freeimagehost.com/uploads/a0177175d537.jpg

JURAI PERGURUAN

http://www.4freeimagehost.com/uploads/ea01140d5a43.jpg
http://www.4freeimagehost.com/uploads/4c304a2c9b25.jpg

fathom11
13-05-2012, 11:53 PM
reserve... untuk pic...

fathom11
13-05-2012, 11:54 PM
Beberapa fakta tentang Bunga Silat yang patut anda tahu:

1) Bunga Silat merupakan dasar dalam pelajaran silat itu sendiri kerana dalam pelajaran Bunga Silat terkandung pergerakan asas seperti Langkah, Kuda-kuda dan Limbai Tangan.

2) Bunga silat juga melatih ketahanan badan, regangan otot dan kawalan keseimbangan badan pesilat.

3) Secara tidak langsung, Bunga Silat memupuk sikap sabar dan teliti melalui kesempurnaan Bunga Silat yang dipamerkan oleh setiap pesilat.

4) Juga dikenali sebagai Bunga Sembah, Lela Sembah dan Sembah Lela.

5) Bunga Silat dilakukan pada sebelum dan selepas latihan sebagai tanda hormat kepada guru/jurulatih dan pertubuhan.

6) Boleh dilakukan dalam 3 aras iaitu aras tinggi, sederhana/biasa atau aras rendah.

7) Gayung Fatani mempunyai 6 jenis bunga yang berlainan mengikut tahap pelajaran/bengkung tetapi menerapkan asas yang sama dan dikembangkan mengikut peningkatan tahap/bengkung.

8) Pesilat yang sudah memakai bengkung hitam perlu mahir melakukan Bunga Silat dengan senjata seperti keris, parang, sabit, kerambit dan menggunakan 2 senjata yang sama atau berbeza.

10) Langkah bermaksud bergerak menggunakan satu atau kedua-dua kaki. Kuda-kuda bermakna kedudukan untuk menyerang atau beladiri manakala Limbai bermaksud pergerakkan tangan semasa bergerak.

11) Setiap pergerakan dalam Bunga mempunyai nama (7 asas pergerakan Bunga Silat-Peringkat 1 Bengkung Putih):

a) Pergerakan 1 - Langkah Serong, Kuda-kuda Serong, tangan kanan Limbai Rencong.

b) Pergerakan 2 - Langkah Tunjang, Kuda-kuda Serong, tangan kanan Limbai Kapit.

c) Pergerakan 3 - Langkah Terus, Kuda-kuda Terus, tangan kanan Limbai Empang dan tangan kiri Limbai Adang.

d) Pergerakan 4 - Langkah Undur, Kuda-kuda Kilas, tangan kanan Limbai Sangga tangan kiri Limbai Adang.

e) Pergerakan 5 - Langkah Ereng, Kuda-kuda Ereng, Limbai Lunjur.

f) Pergerakan 6 - Langkah Silang, Kuda-kuda Silang, Limbai Kacip.

g) Pergerakan 7 - Langkah Samping, Kuda-kuda Samping, Limbai Juak.

12) Kenapa Bunga Silat ada 7 Langkah?
Bunga Silat ada 7 Langkah kerana:
-Surah Al-Fatihah ada 7 ayat.
-Ada 7 petala bumi.
-Ada 7 petala langit.
- Dan sifat Allah ada 7. (Arwah Guru Utama PSGFM Tn. Hj. Anuar Abd Wahab A.M.N)

Rujuk:
1) Anuar Abdul Wahab, 2008. Silat: Sejarah Perkembangan Kurikulum Silat Melayu Tradisi dan Pembentukan Kurikulum Silat Malaysia Moden. Kajang: Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia.

kipaskertas_108
14-05-2012, 12:01 AM
ade section khas x utk silat/bela diri?
bagus info ni..
tggu TT update..

fathom11
14-05-2012, 12:07 AM
saya wujudkan thread nie sbb terlalu byk spekulasi yang timbul...

mengenai kefahaman asal usul silat nie... harap dapat berikan info berguna

tuk semua cg members trutama nye...

albxx83
14-05-2012, 12:19 AM
saya wujudkan thread nie sbb terlalu byk spekulasi yang timbul...

mengenai kefahaman asal usul silat nie... harap dapat berikan info berguna

tuk semua cg members trutama nye...

sy sokong usaha ini utk memertabatkan silat melayu.. silat 1st yg sy belaja adalah silat ini.. pastu ada lagi beberapa silat lain. tapi sy xtau sgt pasal sejarah silat gayung fattani.. setiap persatuan silat ada sejarah nyer yg tersendiri..

:)cgrock

faisal05
14-05-2012, 12:33 AM
Al-fatihah kpd Haji Anuar Abd Wahab dan Hj Basiron Hj Hamit

isrz
14-05-2012, 12:45 AM
salah satu pertubuhan silat asli tradisi yang masih mngekalkan ciri2 kepahlawanan melayu...gayung fatani menggabungkan silat2 tradisi dibawah satu persatuan..silat melayu lama yang disusun balik oleh Arwah Tn Hj Anuar Abd Wahab AMN...bagus belajar silat ni..lengkap dari bunga,buah,jurus,tapak dan macam2 lagi..

kipidap tt...

fathom11
14-05-2012, 12:47 AM
Al-fatihah kpd Haji Anuar Abd Wahab dan Hj Basiron Hj Hamit

al-fatihah... hj basiron last turun trg 2010..

beberapa bulan sebelum die kembali ke rahmatullah..

semoga roh mereka berdua ditempatkan dalam golongan ahli syurga..

fathom11
14-05-2012, 12:51 AM
salah satu pertubuhan silat asli tradisi yang masih mngekalkan ciri2 kepahlawanan melayu...gayung fatani menggabungkan silat2 tradisi dibawah satu persatuan..silat melayu lama yang disusun balik oleh Arwah Tn Hj Anuar Abd Wahab AMN...bagus belajar silat ni..lengkap dari bunga,buah,jurus,tapak dan macam2 lagi..

kipidap tt...

thanks bro... byk jugak bro tahu yer... hurmmm...

x kenal maka x cinta... apepon arwah selalu berpesan..

mempertahankan diri itu wajib,
membunuh itu berdosa..

Niyang
14-05-2012, 12:53 AM
Cantek bunga silat GF nih... member ramai la silat nih, cuma aku jerk aliran lain.hehhehe.. ape2 pun silat tetap silat...

fathom11
14-05-2012, 12:57 AM
Ilmu yang sama tetapi disebut dengan nama yang berbeza. Nama-nama lain silat yang patut anda tahu...

1) Semenanjung Tanah Melayu - Gayung atau Silat.

2) Sumatera - Silek atau Gayuang.

3) Jawa Barat - Penca atau Maempok.

4) Jawa Tengah dan Jawa Timur - Pencak.

5) Madura & Baween - Mancak.

6) Bali - Encak.

7) Dompu & Nusa Tenggara Barat - Mpaa Sila.

8) Bulungan & Kalimantan - Bermancek.

9) Bugis dan Sulawesi - Memencak.

10) Makasar - Akmencak.

11) Mindanao, Filipina - Basilat & Kali.

Rujuk:
1) Anuar Abdul Wahab, 2008. Silat: Sejarah Perkembangan Kurikulum Silat Melayu Tradisi dan Pembentukan Kurikulum Silat Malaysia Moden. Kajang: Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia.

mahir_tg
14-05-2012, 12:58 AM
hidup silat utk melayu...!!! :D

fathom11
14-05-2012, 01:01 AM
Beberapa fakta tentang Bunga Silat yang patut anda tahu:

1) Bunga Silat merupakan dasar dalam pelajaran silat itu sendiri kerana dalam pelajaran Bunga Silat terkandung pergerakan asas seperti Langkah, Kuda-kuda dan Limbai Tangan.

2) Bunga silat juga melatih ketahanan badan, regangan otot dan kawalan keseimbangan badan pesilat.

3) Secara tidak langsung, Bunga Silat memupuk sikap sabar dan teliti melalui kesempurnaan Bunga Silat yang dipamerkan oleh setiap pesilat.

4) Juga dikenali sebagai Bunga Sembah, Lela Sembah dan Sembah Lela.

5) Bunga Silat dilakukan pada sebelum dan selepas latihan sebagai tanda hormat kepada guru/jurulatih dan pertubuhan.

6) Boleh dilakukan dalam 3 aras iaitu aras tinggi, sederhana/biasa atau aras rendah.

7) Gayung Fatani mempunyai 6 jenis bunga yang berlainan mengikut tahap pelajaran/bengkung tetapi menerapkan asas yang sama dan dikembangkan mengikut peningkatan tahap/bengkung.

8) Pesilat yang sudah memakai bengkung hitam perlu mahir melakukan Bunga Silat dengan senjata seperti keris, parang, sabit, kerambit dan menggunakan 2 senjata yang sama atau berbeza.

10) Langkah bermaksud bergerak menggunakan satu atau kedua-dua kaki. Kuda-kuda bermakna kedudukan untuk menyerang atau beladiri manakala Limbai bermaksud pergerakkan tangan semasa bergerak.

11) Setiap pergerakan dalam Bunga mempunyai nama (7 asas pergerakan Bunga Silat-Peringkat 1 Bengkung Putih):

a) Pergerakan 1 - Langkah Serong, Kuda-kuda Serong, tangan kanan Limbai Rencong.

b) Pergerakan 2 - Langkah Tunjang, Kuda-kuda Serong, tangan kanan Limbai Kapit.

c) Pergerakan 3 - Langkah Terus, Kuda-kuda Terus, tangan kanan Limbai Empang dan tangan kiri Limbai Adang.

d) Pergerakan 4 - Langkah Undur, Kuda-kuda Kilas, tangan kanan Limbai Sangga tangan kiri Limbai Adang.

e) Pergerakan 5 - Langkah Ereng, Kuda-kuda Ereng, Limbai Lunjur.

f) Pergerakan 6 - Langkah Silang, Kuda-kuda Silang, Limbai Kacip.

g) Pergerakan 7 - Langkah Samping, Kuda-kuda Samping, Limbai Juak.

12) Kenapa Bunga Silat ada 7 Langkah?
Bunga Silat ada 7 Langkah kerana:
-Surah Al-Fatihah ada 7 ayat.
-Ada 7 petala bumi.
-Ada 7 petala langit.
- Dan sifat Allah ada 7. (Arwah Guru Utama PSGFM Tn. Hj. Anuar Abd Wahab A.M.N)

Rujuk:
1) Anuar Abdul Wahab, 2008. Silat: Sejarah Perkembangan Kurikulum Silat Melayu Tradisi dan Pembentukan Kurikulum Silat Malaysia Moden. Kajang: Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia.

BUnga Silat Yang Perlu Anda Tahu...:)cgrock:)cgrock

fathom11
14-05-2012, 01:03 AM
adess... mata dah ngantuk... esok saya sambung lagi...

as salam semua...

faisal05
14-05-2012, 01:25 AM
al-fatihah... hj basiron last turun trg 2010..

beberapa bulan sebelum die kembali ke rahmatullah..

semoga roh mereka berdua ditempatkan dalam golongan ahli syurga..

Aminnn..... Tanggal 25hb Oct 2011 arwah hj Basiron meninggal

fathom11
14-05-2012, 09:05 AM
susah untuk mencari pengganti mereka yang sanggup bersusah payah

membangunkan silat di mesia nie... :)

dare666
14-05-2012, 09:14 AM
ada video tak?

krol_terung
14-05-2012, 09:14 AM
Saya bekas ahli silat gayung fatani malaysia, cawangan sek seri ampang. Pernah berguru dgn Cikgu Azi wahijay yeop. Sehingga tali pinggang hijau kemudian saya tamatkan kelas saya dgn beliau. Kerana ketika itu keadaan kewangan yang sempit utk saya meneruskan tali pinggang merah dan hitam. Cikgu azi mmg pesilat yang berpengalaman. Saya pernah menjuarai seni silat seni dia selayang peringkat kanak2 ketika itu.

Jepang
14-05-2012, 09:15 AM
[COLOR="Navy"]
12) Kenapa Bunga Silat ada 7 Langkah?
Bunga Silat ada 7 Langkah kerana:
-Surah Al-Fatihah ada 7 ayat.
-Ada 7 petala bumi.
-Ada 7 petala langit.
- Dan sifat Allah ada 7. (Arwah Guru Utama PSGFM Tn. Hj. Anuar Abd Wahab A.M.N)

Rujuk:
1) Anuar Abdul Wahab, 2008. Silat: Sejarah Perkembangan Kurikulum Silat Melayu Tradisi dan Pembentukan Kurikulum Silat Malaysia Moden. Kajang: Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia.

Kalo nak belajar silat, ambik silat jer. Sebab itu penyelewengan agama banyak berlaku dalam belajar silat kerana di campur adukkan dengan pengetahuan dan pengamalan agama yang tidak betul.

belajar agama daripada Alim Ulama'

Zulkefli Mahmud
14-05-2012, 09:54 AM
setuju untuk fizikal aje....

fathom11
14-05-2012, 04:39 PM
dalam mempelajari ilmu silat...

ramai di kalangan orang beranggapan ilmu yang xbetul..

satu kesilapan yang harus di perbetulkan...

jejantas
14-05-2012, 04:44 PM
dalam mempelajari ilmu silat...

ramai di kalangan orang beranggapan ilmu yang xbetul..

satu kesilapan yang harus di perbetulkan...

Maaf yer tuan .... memang banyak silat nih mengamalkan ajaran yang bertentangan dengan islam ... terlalu sedikit persatuan silat yang benar2 mengikut ajaran islam yang sebenar..

fathom11
14-05-2012, 04:49 PM
Maaf yer tuan .... memang banyak silat nih mengamalkan ajaran yang bertentangan dengan islam ... terlalu sedikit persatuan silat yang benar2 mengikut ajaran islam yang sebenar..

saya sependapat dengan bro....

sbb tu saya cube nak memperbetulkan tanggapan orang ramai

mengenai silat nie terutama nya seni gayung fatani...

dan kerana itu la saya perlu memberikan info yang tepat..

asal usul sebuah pertubuhan silat..

sejujur nye bro sehingga kini... hanya satu saje pesanan guru

selalu die ulang....

" lakukan yang tuhan suruh"
" tinggalkan yang tuhan larang"

insyallah selamat... itu jer.. :)

jejantas
14-05-2012, 04:51 PM

yeah " lakukan yang tuhan suruh"
" tinggalkan yang tuhan larang"

tetapi akhirnya nanti lakukan apa yang mahaguru suruh :D

fathom11
14-05-2012, 04:56 PM
yeah " lakukan yang tuhan suruh"
" tinggalkan yang tuhan larang"

tetapi akhirnya nanti lakukan apa yang mahaguru suruh :D

hahaha.... itu lah bile pembawa nyer terpesong..

mintak jauh tu.... :)

Lancelot
14-05-2012, 04:57 PM
owh.. maknanya gayung fatanni tidak sealiran dengan gayung malaysia dan gayung pesaka la ea.. :)

ingatkan adik beradik.. :D

tapi silat tetap silat :)

fathom11
14-05-2012, 05:00 PM
owh.. maknanya gayung fatanni tidak sealiran dengan gayung malaysia dan gayung pesaka la ea.. :)

ingatkan adik beradik.. :D

tapi silat tetap silat :)

yes tepat skali....:)

sekurang2 nyer kite dapat tahu ape tu perkataan " gayung "

fathom11
12-12-2012, 08:17 PM
Kejohanan Seni Silat melayu/pulut akan mula di perkenalkan di sekolah2...

kepada jurulatih2 yang masih aktif boleh la bersedia... :)

alfursan27
27-01-2013, 06:40 AM
steady TT,info menarik :D

yudi299
27-01-2013, 06:46 AM
sangat menarik

jeghi
22-03-2013, 08:33 AM
hebatnya seni beladiri melayu...

fathom11
23-04-2014, 11:12 AM
musim pertandingan under KPM baru bermula....

semoga silat terus di martabatkan sebagai seni warisan bangsa..

fathom11
23-04-2014, 11:13 AM
hebatnya seni beladiri melayu...

nak tahu kelebihan seni beladiri melayu boleh la cuba mendalami nya,