BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,324.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jawapan - Scammer HEBAT, Sebab Kaki Online Penakut

Master Robocop

Active Member
Messages
1,042
Joined
Oct 6, 2011
Messages
1,042
Reaction score
36
Points
30
Dulu maybe aku agak gila main pasif promote gila plan2 pasif termasuk HYIP.. Lepas tu rajin gak beli barang online.. Tapi kegiatan online ni dah makin takut utk aku pelopori.. Sebabnya?

Hampir semua scammer ini bebas sebab kaki online ni semua penakut, kena tipu tapi tak nak pertahankan.. aku review thread2 kat forum2, fb termasuk kat carigold.. Semuanya cerita scammer2... tapi sayangnya takder satu pun aku baca scammer tu akhirnya ke muka pengadilan.. yang masuk suratkhabar pun dengan skim aku x penah jumpa.. owner ixusworld, 2kali, absmartrade, fasttrack, red taggy.. mana pegi? duit korang seronok diorang dah joli.. korang duk bertepek kat forum cerita aku kena tipuuuu memanjang, last2 ayat 'aku haramkan duit tu' macam pasrah.. lepas tu duk sambung main skim lain.. apa la bod0.. tapi yang biasa aku nak tergelak kalau yg dah kena tipu, ayat memula 'pulangkan duit aku' lepas tu 'aku haramkan duit aku'.. alih2 mintak lagi duit tu... kata dah haramkan/halalkan tapi lepas tu mintak lagi.. patut dah x leh mintak lagi kan? macam anjing menyalak kat bukit.. korang omong kosong..

kedua, dalam ribuan kes2 kat carigold (carigold pun dah x selamat, status tak menjamin keselamatan meniaga gak haha), hanya satu kes je aku baca sampai heret scammer tu ke balai polis (kes mus yg tengah hangat).. masa nak mengamuk semua sokong mengamuk kata kena tipu puluh ribu sampai aku tengok nilai penipuan dekat 100k lebih.. masing2 keluar ayat 'anjing' 'ba8i' 'si@l' dan memacam tapi kes polis cuma rm3.5k? itu pun sorang? jadi jelas dan ternyata.. yang balance 100k lebih tu hanya berbual macam anjing kat tepi pasar malam.. tau nak menyalak je tapi sorang x berani atau bacul dan penakut.. menghemtam kat forum dan facebook konon dia la hero.. segala adik beradik, tempat tinggal mak ayah dia bogelkan si scammer tu tapi tak der telur nak buat report?? haiiaaaaa... hahahah.. paling kuat pun hantam kat sms, dan phone.. itu je keberanian orang kita.. cakap macam tin kosong.. last2 ayat dia "aku doakan si dia tu dapat balasan" tapi aku yakin tak semua tadah tangan berdoa... setakat berdoa kat facebook atau forum (wahahahah..)

kadang2 polis pun malas nk ambik report korang.. kena tipu takat 20-90 ringgit nak kecoh.. sebab? isu ni tak nampak serius.. korang pun bila kena tipu puluh ringgit atau ratus pun anggap halal je.. kan kan?

sampai bila kita nak duduk jadi nerd, penakut, cakap kosong sahaja.. aku sendiri dah saksikan macammana program 2kali yang berjaya menipu satu malaysia tapi takder satu pun kes keluar kat surat khabar, report polis cuma beberapa ribu ringgit sahaja.. (tak percaya tanya polis tu), red tanggy , absmartrade, ixusworld takdak.. aku da tanya polis.. mean.. SCAMMER WILL NEVER DIE BECAUSE OF OUR STUUPIDITY! YUP!! THAT MEAN YOU!

AKU TAU POST AKU NI BUAT KORANG MARAH ATAU RASA NK TUTUP TAPI, CERMIN DIRI SENDIRI. BERAPA BANYAK KORANG KENA TIPU TAPI KORANG CUMA MARAH2 DEPAN CERMIN ATAU JADI ANJING MENYALAK RAMAI2.. HARAPKAN ORANG LAIN BUAT REPORT YANG BERTINDAK...

Jadi kepada scammer yang tengah baca post ni... well done.. korang terselamat didunia... banyak lagi masa nak menipu sebelum mati.. dan kepada yang biasa kena tipu.. teruskan menjadi anjing... korang berani maki scammer sebab taknampak muka, penakut duduk disebalik screen monitor..cuba face-to-face, penakut mengalahkan pondan.. yang perempuan pun sama, kat online je berani.. kekuatan korang hanya pada forum, blog, sms dan call.. lebih dari tu.. called penakut..

ah aku da bole agak, lepas ni semua akan kutuk aku kembali.. tapi baca ayat aku tu.. aku x tipu korang dan aku bukan jenis tak pernah take action setiap kali kena tipu tapi korang cermin diri dulu sebelum kutuk aku.. tanya diri sendiri "aku pernah tak kena tipu skim2 online atau beli barang online???" "kalau pernah, apa yg aku buat selain maki hamun, doa orang2 terinaya dan telifon atau sms dan just inform orang lain" tapi scammer tu masih hidup sihat walafiat, paling kurang pun gelak guling :eek: baca posting orang kena kencing..

p/s: skrang aku da fedup skim2 penipu ni.. cari duit offline. baik jadi jutawan titik peluh sendiri dari jutawan dari hasil tipu orang lain.. :)cgrock :)paid:)paid

Tuan,

Untuk makluman, pihak SKMM tidak dapat mengenalpasti kesahihan laman web yang wujud di internet memandangkan ianya boleh dicipta/dihantar oleh pelbagai pihak atau mana-mana individu untuk tujuan-tujuan tertentu.

Sebagaimana pihak tuan sedia maklum, internet sebagai medium perantaraan untuk berkomunikasi boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti termasuk yang salah disisi undang-undang. Oleh itu, umum adalah dinasihatkan untuk meneliti terlebih dahulu kesahihan dan mempertimbangkan kewajaran kandungan laman web tersebut.

Berdasarkan aduan yang dikemukakan, adalah didapati bahawa ianya adalah mengenai skim pelaburan yang mana walaupun ianya dilaksanakan melalui Internet, ianya tidak termasuk dalam aktiviti yang dikawalselia oleh SKMM dibawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 .

Untuk panduan tuan, jika skim pelaburan yang jelas menawarkan peluang pelaburan dengan mengutip wang orang ramai dan kutipan atau pelaburan tersebut diberi pulangan mengikut jangkamasa tertentu yang mana pelaburan asal juga boleh diambil semula, ianya mungkin menyalahi seksyen 25(1) Akta Bank Dan Institusi Kewangan (ABIK). Aktiviti pelaburan seperti yang disebut di atas adalah menyalahi undang-undang.

Sekiranya pengguna melabur, sebarang kerugian adalah ditanggung sendiri. Pihak pengguna adalah dinasihatkan untuk menghubungi pihak Bank Negara Malaysia untuk mengenal pasti sama ada sesebuah syarikat itu berlesen dengan Bank Negara Malaysia.

Bersama-sama ini disertakan juga beberapa agensi berkaitan yang boleh dirujuk berhubung perkara yang dibangkitkan:

1. Bank Negara
- Aduan melibatkan Skim Cepat Kaya/ Pengambilan wang deposit secara tidak sah

Jabatan Komunikasi Korporat,
Bank Negara Malaysia,
P.0.Box 10922,
50929 Kuala Lumpur.

Hotline : 1-300-88-LINK (5465)
Faks : 03-2174 1515
Website : http://www.bnm.gov.my/
Email : [email protected]


2. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
- Aduan melibatkan Skim Piramid, peraduan gores dan menang, cabutan bertuah
- Sebarang isu berkaitan hak cipta harta intelek, barangan tiruan serta cetak rompak

No 13, Persiaran Perdana,
Presint 2,Putrajaya,
62623, Malaysia.

Hotline : 1800-886-800
Telefon: 603-8882 5500
Faks : 603-8882 5762
Laman web: http://www.kpdnkk.gov.my/


3. Polis DiRaja Malaysia
- Laporan polis boleh di buat sekiranya ianya adalah disyaki menjurus kepada aktiviti penipuan yang mana boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 420, Kanun Keseksaan. Sila majukan maklumat-maklumat berkaitan suspek kepada pihak Polis untuk rujukan dan tindakan selanjutnya.

Pihak SKMM sentiasa bersedia berkerjasama dengan pihak polis atau pihak berkuasa lain sekiranya diperlukan bantuan di dalam penyiasatan mereka berhubung perkara ini.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

Salbiah Hashim
Biro Aduan Pengguna SKMM
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
63000 Cyberjaya, Selangor
 
apasal lepas ke cni plak???
 
kenaper kt sini yerk?
CariGold Forum > HIGH RISK SECTION - READ FORUM DISCLAIMER CAREFULLY BEFORE JOIN ! > Unrecognize Program Websites > Program Matrix Labu Peram, Merapu :o:o
 
maksudnya kalau dah kena tipu jgn tahu melalak jer.. tindakan harus dibuat... jangan ada perasan belas kasihan dan mengharapkan duit dikembalikan...

kenapa takut nak lapor?
1. Pemberi duit diugut kalau report duit anda tidak akan dikembalikan.. sudah sampai sudah langsung tak dapat.

2. Pemberi merasakan orang tu jujur dan tak tipu kerana atas kepercayaan..

3. Serahan duit tu itu tanpa sebarang dokumen atau bukti ni yang banyak berlaku.. main bagi jer cash atau slip hilang...

4. yang akhir KESIAN... dia pun kena tipu jgk takkan nak mintak balik kenalah faham.. bila maksud pelaburan biasalah ada untung ada rugi... kalau rugi maknya bukan rezeki kita lah... :((
 
aku masih tertunggu2 member cg yg ada pengalaman 'MELAPORKAN PENIPUAN PEMBELIAN DI INTERNET'..
>buat laporan polis
>prosedur lapor di bank terbabit
>dll..

::1001 cara utk menuntut hak/refund/bawa ke muka pengadilan - SECARA SAH !

PS: AKU GODEK/CARI PASAL NI TAK JUMPE.. KALAU DAPAT BUKA SATU THREAD KHAS UTK TATACARA MEMBAWA SCAMMER KE MUKA PENGADILAN RASANYA TERSANGAT LA BAGUSS.. BLH BERI PANDUAN KAT SEMUA WARGA CG..
 
Back
Top
Log in Register