PDA

View Full Version : Bagaimana cara solat jamak?

kongcidea
27-11-2011, 07:09 PM
salam...sorry ye kalau thread ni dh ada..

nak taw cara2 solat jamak...ada blaja time sekolah dulu..dh lupa..~X(..ada tgok kt pak cik gugel tp still kabur2 lagi

kalau xsilap ada taqdim n takhir...mcm mana cara tu?..buat dua rakaat asing2 or terus 4 rakaat?..

tq yg sudi share...:)cgrock

mytrade
27-11-2011, 08:17 PM

aku kongsi sikit knowledge..klu ada kurang silap, rakan lain sila tegur tambah..

Jamak : himpunkan solat...kita leh tunaikan dua solat dlm waktu yg sama.
Jamak Takdim : kita buat solat dlm waktu yg pertama iaitu Zohor dan Asar didalam waktu Zohor....contoh jam pukul 2.00petang...so kita boleh solat Zohor dan Asar siap2..
DAN
Solat magrib dan Isyak dalam waktu magrib....contoh jam 7.30petang...kita tunaikan magrib dan isyak siap2.

Jamak Takhir : kita tunaikan solat dalam waktu yg kedua iaitu Zohor dan Asar dalam waktu asar.Contoh jam 5.00petang, kita tunaikan solat Zohor dan Asar.
DAN
solat magrib dan isyak dalam waktu isyak...contoh jam 9.00 malam.kita tunaikan magrib dan isyak.

Rakaat??
Kita boleh buat 4 rakaat setiap satu atau niat Qasar iaitu setiap solat dipendekkan kpd 2 rakaat kecuali magrib yg kekal 3 rakaat.

Solat SUbuh saja yg yg tk boleh jamak dan Qasar.

kasimo
27-11-2011, 08:24 PM
bila masa baca niat tu?

katakan nak solat jamak takdim... jamak zohor dan isyak... waktu zohor...

niat tu masa nak solat johor atau dikedua-dua solat....

ikhmal_ok
27-11-2011, 09:07 PM
bila masa baca niat tu?

katakan nak solat jamak takdim... jamak zohor dan isyak... waktu zohor...

niat tu masa nak solat johor atau dikedua-dua solat....

qamat diikuti dengan,

niat dalam hati waktu takbiratul ihram (takbir)

kedua2 solat, cnth aku solat fardu zohor dikumpulkan dengan asar tunai kerana Allah taala.

qamat kedua diikuti dengan niat,

aku solat waktu asar dikumpulkan dengan zohor tunai kerana AllaH taala. (jamak takdim, afdal solat zohor dahulu)

jika diwaktu asar; (jamak takhir)

qamat diikuti dengan niat,

aku solat waktu asar digabungkan dengan zohor tunai kerana allah taala.

qamat ke2 diikuti dengan niat,
aku solat waktu zohor digabungkan dengan asar tunai kerana Allah taala.

(afdal solat asar dahulu)

kongcidea
27-11-2011, 10:08 PM
aku kongsi sikit knowledge..klu ada kurang silap, rakan lain sila tegur tambah..

Jamak : himpunkan solat...kita leh tunaikan dua solat dlm waktu yg sama.
Jamak Takdim : kita buat solat dlm waktu yg pertama iaitu Zohor dan Asar didalam waktu Zohor....contoh jam pukul 2.00petang...so kita boleh solat Zohor dan Asar siap2..
DAN
Solat magrib dan Isyak dalam waktu magrib....contoh jam 7.30petang...kita tunaikan magrib dan isyak siap2.

Jamak Takhir : kita tunaikan solat dalam waktu yg kedua iaitu Zohor dan Asar dalam waktu asar.Contoh jam 5.00petang, kita tunaikan solat Zohor dan Asar.
DAN
solat magrib dan isyak dalam waktu isyak...contoh jam 9.00 malam.kita tunaikan magrib dan isyak.

Rakaat??
Kita boleh buat 4 rakaat setiap satu atau niat Qasar iaitu setiap solat dipendekkan kpd 2 rakaat kecuali magrib yg kekal 3 rakaat.

Solat SUbuh saja yg yg tk boleh jamak dan Qasar.

maksudnya 2x solat n semuanya 8 rakaat?..contohnya zuhur n asar..jamak taqdim..mula2 4 rakaat untuk zuhur then lepas bagi salam..bangun n buat 4 rakaat lagi untuk asar..?

kongcidea
27-11-2011, 10:10 PM
qamat diikuti dengan,

niat dalam hati waktu takbiratul ihram (takbir)

kedua2 solat, cnth aku solat fardu zohor dikumpulkan dengan asar tunai kerana Allah taala.

qamat kedua diikuti dengan niat,

aku solat waktu asar dikumpulkan dengan zohor tunai kerana AllaH taala. (jamak takdim, afdal solat zohor dahulu)

jika diwaktu asar; (jamak takhir)

qamat diikuti dengan niat,

aku solat waktu asar digabungkan dengan zohor tunai kerana allah taala.

qamat ke2 diikuti dengan niat,
aku solat waktu zohor digabungkan dengan asar tunai kerana Allah taala.

(afdal solat asar dahulu)

maksudnya...buat dua rakaat setiap satu?..

jutawanzaman
27-11-2011, 10:16 PM
maksudnya 2x solat n semuanya 8 rakaat?..contohnya zuhur n asar..jamak taqdim..mula2 4 rakaat untuk zuhur then lepas bagi salam..bangun n buat 4 rakaat lagi untuk asar..?

hang ni...pernah belajar tapi lupa...atau tak tahu langsung?..hehehe

ryusuke
27-11-2011, 10:17 PM
kalau niat jamak sahaja, setiap solat kena buat 4 rakaat.
untuk solat jamak dan qasar, setiap solat jadi 2 rakaat shj.
perlu diingat qasar hanya untuk solat 4 rakaat sahaja.

ryusuke
27-11-2011, 10:18 PM
hang ni...pernah belajar tapi lupa...atau tak tahu langsung?..hehehe

jgn gitu bro, sian kt tt tuh..:)

zamreda
27-11-2011, 10:19 PM
masih aku tak paham...

NEMO
27-11-2011, 10:25 PM
jamak - himpunkan... qasar - pendekkan..so kalu nak himpunkan dlm 1 waktu dan pendekkan jadi 2 rakaat..kena niat jamak dan qasar

mrfs1978
27-11-2011, 10:30 PM
yang aku paham jamak qasar nie buat spt nie

Jamak Qasar Takdim:

1.)Solat 2 rakaat Zohor sehingga selesai salam dan sambung 2 rakaat Asar sehingga selesai salam

2.)Solat 3 rakaat Magrib* sehingga selesai salam dan sambung 2 rakaat Isyak sehingga selesai salam

* Solat Magrib boleh solat secara jemaah seperti biasa dengan jemaah lain.

Jamak Qasar Taakhir:

1.)Solat 2 rakaat Asar sehingga selesai salam dan sambung 2 rakaat Zohor sehingga selesai salam

2.)Solat 2 rakaat Isyak sehingga selesai salam dan sambung 3 rakaat Magrib** sehingga selesai salam

** Solat Magrib tidak boleh dilakukan secara jemaah dengan jemaah biasa melainkan boleh solat secara jemaah dengan rakan musafir yang lain sahaja.

Magrib tak boleh kurangkan jadi 2 rakaat perlu kekal pada 3 rakaat. Subuh tak boleh jamak qasar.

kongcidea
27-11-2011, 10:34 PM

ok...tq..:)cgrock

ryusuke
27-11-2011, 10:35 PM
nk lebih jelas, tt kena pegi tanya imam atau ustaz kt masjid..
buleh buat praktikal terus kt situ.

jutawanzaman
27-11-2011, 10:35 PM
jgn gitu bro, sian kt tt tuh..:)

bukan apa...kalau TT ni kata tak tahu...senang crita...ni dah bagi penerangan sedikit sebanyak..masih lagi tertanya2..adalah lebih baik...jumpa terus dgn org yg mahir ttg bab jamak qasar ni...

jamak dan qasar ni...adalah keringanan bersolat... cth kalau musafir...boleh jamak solat sekiranya melebihi 85 KM...dan berada diluar mukim...musafir kalau lebih dari 5 hari...wajib solat mengikut waktu.

mcm aku yg selalu bermusafir..sbb aku kerja drebar..niat pulak...dah ada yg post...bahasa melayu pun tak apa..janji niat..

nak huraikan solat jamak dan qasar ni...mmg panjang juga la...dan jugak..nak terang lebih2...nanti ramai ustaz dan ustazah dlm CG ni..hentam aku pulak..kihkihkih

kongcidea
27-11-2011, 10:36 PM
jamak - himpunkan... qasar - pendekkan..so kalu nak himpunkan dlm 1 waktu dan pendekkan jadi 2 rakaat..kena niat jamak dan qasar

adui...pening...cmner nk himpun dan pendekkan?..jgn mare..:D

kongcidea
27-11-2011, 10:40 PM
bukan apa...kalau TT ni kata tak tahu...senang crita...ni dah bagi penerangan sedikit sebanyak..masih lagi tertanya2..adalah lebih baik...jumpa terus dgn org yg mahir ttg bab jamak qasar ni...

jamak dan qasar ni...adalah keringanan bersolat... cth kalau musafir...boleh jamak solat sekiranya melebihi 85 KM...dan berada diluar mukim...musafir kalau lebih dari 5 hari...wajib solat mengikut waktu.

mcm aku yg selalu bermusafir..sbb aku kerja drebar..niat pulak...dah ada yg post...bahasa melayu pun tak apa..janji niat..

nak huraikan solat jamak dan qasar ni...mmg panjang juga la...dan jugak..nak terang lebih2...nanti ramai ustaz dan ustazah dlm CG ni..hentam aku pulak..kihkihkih

ala..aku ada blaja la dulu masa sekolah..ingat2 lupa..kata forum...ingat nk tya...aduyai niat baik pon kena hentam...malu bertanya sesat jalan...

ok mooderator sila la tutup thread ni...t aku usaha dkat lain...kepada yg sudi kongsi ilmu atas niat ALLAH aku ucapkan ribuan terimakasih..:)cgrock

mamu penang
27-11-2011, 10:46 PM
maksudnya 2x solat n semuanya 8 rakaat?..contohnya zuhur n asar..jamak taqdim..mula2 4 rakaat untuk zuhur then lepas bagi salam..bangun n buat 4 rakaat lagi untuk asar..?

ni bukan jamaq tamam ker ..???

mohdfitri
27-11-2011, 10:55 PM
TT gini citenye:

jamak:
jamak - himpunkan
dilakukan bagi individu yang musafir (2 marhalah ; lebeh kurang 96 km >)

jamak ada 2 jamak taqdim dan jamak takhir

jamak taqdim dilakukan dalam 'waktu sebelum'
contoh:
1. zohor dan asar dilakukan dalam waktu zohor
2. maghrib dan isyak dilakukan dalam waktu maghrib

jamak takhir dilakukan dalam 'waktu selepas':
contoh:
1. zohor dan asar dilakukan dalam waktu asar
2. maghrib dan isyak dilakukan dalam waktu isyak.

qasar:
qasar - pendekkan (memendekkan kepada 2 rakaat)bagi solat yang ada 4 rakaat (zohor, asar dan isyak)

jamak & qasar:
* kebanyakan / kebiasaan dilakukan oleh individu bermusafir
* melakukan solat dengan 2 salam(paham ke tak ni?)..okeh baca baik2

KES 1: TT berhenti sembahyang (dalam waktu zohor)-->maksudnya jamak taqdim lah:

niat : "sahaja aku sembahyang fardhu Zohor 2 rakaat qasar himpun KEPADANYA Asar jamak taqdim kerana Allah Ta'ala"

siap 2 rakaat bagi salam,kmudian bangun qamat,dan sambung untuk solat Asar.

niat : "sahaja aku sembahyang fardhu Asar 2 rakaat qasar himpun KEPADA Zohor jamak taqdim kerana Allah Ta'ala"

KES 2: TT berhenti sembahyang (dalam waktu asar)-->maksudnya jamak takhir lah:

niat : "sahaja aku sembahyang fardhu Asar 2 rakaat qasar himpun KEPADANYA Zohor jamak takhir kerana Allah Ta'ala"

siap 2 rakaat,bagi salam,bangun qamat, dan sambung untuk sembahyang Zohor

niat : "sahaja aku sembahyang fardhu Zohor 2 rakaat qasar himpun KEPADA Asar jamak takhir kerana Allah Ta'ala"

kes 1 dan 2 ini sama lah bagi solat maghrib dan isyak,tapi jangan lak TT qasar solat maghrib lak (maghrib tetap 3 rakaat).nanti orang sekeliling terpinga-pinga tgk TT solat maghrib 2 rakaat.
p/s yang saya capital letter kepadanya/kepada tu jaga2,nanti lari maksud.(saya berkali-kali tanya tok guru hal ni,dia pn menekankan berkenaan hal tu)tgk remeh je.

yang selebihnye TT kena banyak baca,kalau boleh kena tanya orang yang lebeh arif secara lisan.kalau baca susah nak paham.

yang baik datang dari Allah,yang kurang saya mintak tolong bagi pencerahan.Insyaallah

meijin
27-11-2011, 11:07 PM
yang ni aku bru tau...

kalau kite mulakan perjalanan kite SELEPAS subuh pd hari JUMAAT,

kite wajib solat jumaat kt masjid...xboleh jamak dgn asar..

mohdfitri
27-11-2011, 11:10 PM
maksudnya 2x solat n semuanya 8 rakaat?..contohnya zuhur n asar..jamak taqdim..mula2 4 rakaat untuk zuhur then lepas bagi salam..bangun n buat 4 rakaat lagi untuk asar..?

saya paham maksud TT.,kalau jamak saja memang akan jadi 8 rakaat (4 rakaat zohor dan 4 rakaat asar);

tapi nak meringankan lagi juga boleh di qasarkan(pendekkan 4 rakaat kepada 2 rakaat)

so, lebeh baik kita pendekkan jadi jamak & qasar (2 rakaat zohor dan 2 rakaat asar)

untuk solat jamak (sekiranya TT da sampai ke tempat tujuan)

1. ada mengatakan boleh sampai 3 hari;bermula dari hari perjalanan, ada 5 hari, ada seminggu..yang ni saya kurang ilmu lagi(tak pasti)..lebih baik bertanya kepada yang lebih mengetahui.

2. tidak berimam dengan orang yang solat tamam (solat sempurna).contoh nya imam sembahyang zohor 4 rakaat,so TT p la sembahyang sorang2 kat belakang sket..tapi kalau TT tau imam tu sembahyang jamak jugak,boleh angkat dia sebagai imam.

zeman
27-11-2011, 11:21 PM
Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut:

1.0 Solat Qasar

1.1 Takrifan

Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.

1.2 Hukum Qasar

Harus berdasarkan kepada dalil berikut:

i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;
“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”

ii. Al-Sunnah yang bermaksud;

‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al- Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah- Nya”
(Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)

1.3 Jarak Dibenarkan Qasar

Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.

1.4 Syarat Solat Qasar

i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.

ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).
iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).
v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.

1.5 Contoh Niat

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)

2.0 Solat Jama'

2.1 Takrifan

Solat Jama’ terbahagi kepada :

i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.

ii.Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.
2.2 Syarat Solat Jama’

2.2.1.Solat Jama’ Taqdim

i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.
ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).
2.2.2. Solat Jama’ Ta’khir

i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.
2.3 Contoh Niat

2.3.1 Jama’ Taqdim

i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

2.3.2 Jama’ Ta’khir

i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

HARAP DAPAT MEMBANTU

sasuke88
27-11-2011, 11:24 PM
lg elok, cari buku tentang solat, mcm2 jenis solat ada,

:D

MrSempoi
27-11-2011, 11:25 PM
TT gini citenye:

jamak:
jamak - himpunkan
dilakukan bagi individu yang musafir (2 marhalah ; lebeh kurang 96 km >)

jamak ada 2 jamak taqdim dan jamak takhir

jamak taqdim dilakukan dalam 'waktu sebelum'
contoh:
1. zohor dan asar dilakukan dalam waktu zohor
2. maghrib dan isyak dilakukan dalam waktu maghrib

jamak takhir dilakukan dalam 'waktu selepas':
contoh:
1. zohor dan asar dilakukan dalam waktu asar
2. maghrib dan isyak dilakukan dalam waktu isyak.

qasar:
qasar - pendekkan (memendekkan kepada 2 rakaat)bagi solat yang ada 4 rakaat (zohor, asar dan isyak)

jamak & qasar:
* kebanyakan / kebiasaan dilakukan oleh individu bermusafir
* melakukan solat dengan 2 salam(paham ke tak ni?)..okeh baca baik2

KES 1: TT berhenti sembahyang (dalam waktu zohor)-->maksudnya jamak taqdim lah:

niat : "sahaja aku sembahyang fardhu Zohor 2 rakaat qasar himpun KEPADANYA Asar jamak taqdim kerana Allah Ta'ala"

siap 2 rakaat bagi salam,kmudian bangun qamat,dan sambung untuk solat Asar.

niat : "sahaja aku sembahyang fardhu Asar 2 rakaat qasar himpun KEPADA Zohor jamak taqdim kerana Allah Ta'ala"

KES 2: TT berhenti sembahyang (dalam waktu asar)-->maksudnya jamak takhir lah:

niat : "sahaja aku sembahyang fardhu Asar 2 rakaat qasar himpun KEPADANYA Zohor jamak takhir kerana Allah Ta'ala"

siap 2 rakaat,bagi salam,bangun qamat, dan sambung untuk sembahyang Zohor

niat : "sahaja aku sembahyang fardhu Zohor 2 rakaat qasar himpun KEPADA Asar jamak takhir kerana Allah Ta'ala"

kes 1 dan 2 ini sama lah bagi solat maghrib dan isyak,tapi jangan lak TT qasar solat maghrib lak (maghrib tetap 3 rakaat).nanti orang sekeliling terpinga-pinga tgk TT solat maghrib 2 rakaat.
p/s yang saya capital letter kepadanya/kepada tu jaga2,nanti lari maksud.(saya berkali-kali tanya tok guru hal ni,dia pn menekankan berkenaan hal tu)tgk remeh je.

yang selebihnye TT kena banyak baca,kalau boleh kena tanya orang yang lebeh arif secara lisan.kalau baca susah nak paham.

yang baik datang dari Allah,yang kurang saya mintak tolong bagi pencerahan.Insyaallah

:)cgrock terng dan jelas

apokalipso
27-11-2011, 11:25 PM
info bagus nie..

ikhmal_ok
27-11-2011, 11:25 PM
maksudnya...buat dua rakaat setiap satu?..

ya betul:)

ikhmal_ok
27-11-2011, 11:28 PM
maksudnya 2x solat n semuanya 8 rakaat?..contohnya zuhur n asar..jamak taqdim..mula2 4 rakaat untuk zuhur then lepas bagi salam..bangun n buat 4 rakaat lagi untuk asar..?

4 rakaat sahaja (2 + 2)

zeman
27-11-2011, 11:34 PM
gini TT

waktu zohor, jamak takdim
waktu asar, jamak ta'khir

niat senang, x pandai dalam arab, boleh je BM pun...igt ALLAH Maha Mengetahui..

mudah je...sahaja aku solat zuhur,2 rakaat jamak dengan asar kerana Allah Taala..

kalo waktu asar, ubah jela niat...sahaja aku solat asar dua rakaat jamak dengan zuhur kerana Allah Taala..

niat ni x pyah nk sebut2 dgn mulut xpe...lintasan hati sahaja..padahal masa ambik air sembahyang pun dah niat...masa naik kereta nk bertolak pun dah niat..yg penting LILLAHI TAALA...

gunungemas
27-11-2011, 11:37 PM
Menurut ahli fiqh pemberatan hukum adalah seperti berikut:

Hukum melakukan solah secara jamak adalah lebih ringan daripada solah qasar.

Ringkasnya, qasar hanya boleh dilakukan apabila musafir. Sedangkan jamak boleh dilakukan tanpa musafir dengan keadaan-keadaan tertentu. Contohnya hujan.

mr.dede
27-11-2011, 11:47 PM
jamak tu himpun.qasar tu pendekkan..nak buat jamak saja buley,nak buat qasar saja buley,nak buat dua2 buley.

cth ko skang on the way balik kg.waktu zuhur dah masuk,tp ko mls nak benti,ko psg niat nak smyang zuhur dlm waktu asar.ni org paggil jamak taakhir...tiba waktu asar...ko smyg le dua2 zuhur dan asar..klu ko bijak,ko qasar la skli,mksdnye 2 rakaat setiap waktu...klu ko pernah bljr,msti ko phm ni..

sayacomel
06-12-2011, 06:55 PM
bile boleh buat jamak?
mskd aku..
ms kt uma sblm memulakan perjalanan, blh ker kite buat jamak takdim nie?
atau selepas kite keluar dr uma?
n tok jamak takhir plak, kite dh smp uma blh ker buat
o sblm smp uma?
sbb sblm nie, aku sllu buat jamak takhir diuma.. pastu ditego abg aku, x blh buat jamak takhir bile dh smp uma, maknenyer sblm smp uma/destinasi..
minta pencerahan..

mohdfitri
06-12-2011, 10:07 PM
bile boleh buat jamak?
mskd aku..
ms kt uma sblm memulakan perjalanan, blh ker kite buat jamak takdim nie?
atau selepas kite keluar dr uma?

semayang jamak ini dilakukan apabila MUSAFIR (perjalanan melebihi dua marhalah ~ 89km)..dilakukan ketika masih 'dalam' perjalanan..

n tok jamak takhir plak, kite dh smp uma blh ker buat
o sblm smp uma?
sbb sblm nie, aku sllu buat jamak takhir diuma.. pastu ditego abg aku, x blh buat jamak takhir bile dh smp uma, maknenyer sblm smp uma/destinasi..
minta pencerahan..

ok saya ada kawan dengan kes demikian:

isteri dia sarat mengandung dengan keadaan letih/lesu yang melampau,dan juga anak2 yang 'buas'/hyperactive..dia risau bila berhenti di mesjid tak terkawal anak2 dia dalam keadaan isteri dia letih sarat macam tu sapa nak jaga,jadi diteruskan perjalanan sehingga sampai dirumah baru menunaikan solat jamak takhir..

dari kes ini dia ajukan persoalan kepada seorang ustaz boleh atau tak boleh?jawapan diberikan ustaz berkenaan: boleh..dengan atas keadaan yang tidak mengizinkan dia berhenti..dan kalau kita masih mampu biarlah kita menunaikan ketika masih dalam perjalanan (mengikut hukum dan syarat menunaikan jamak dan mengelakkan was-was)

sayacomel
06-12-2011, 10:25 PM

ok. thanks..
:)

Zordeck
06-12-2011, 10:37 PM
bile boleh buat jamak?
mskd aku..
ms kt uma sblm memulakan perjalanan, blh ker kite buat jamak takdim nie?
atau selepas kite keluar dr uma?
n tok jamak takhir plak, kite dh smp uma blh ker buat
o sblm smp uma?
sbb sblm nie, aku sllu buat jamak takhir diuma.. pastu ditego abg aku, x blh buat jamak takhir bile dh smp uma, maknenyer sblm smp uma/destinasi..
minta pencerahan..

Solat jamak bukan untuk bermusafir jer sebenarnya..

ada lg keadaan2 yg membolehkan kita solat jamak.:):)

ada 4 keadaan yang boleh kita solat jamak

1- Musafir
2- Suasana yg sukar dan sulit
3- Jamak kerana hajat yang benar2 mendesak
4- Jamak ketika hari hujan

Untuk penerangan detail 3 dan 4 boleh lawat sini
http://hati-seorang-ummi.blogspot.com/2010/05/solat-jamak-bukan-ketika-bermusafir.html

Zordeck
06-12-2011, 10:40 PM
ok saya ada kawan dengan kes demikian:

isteri dia sarat mengandung dengan keadaan letih/lesu yang melampau,dan juga anak2 yang 'buas'/hyperactive..dia risau bila berhenti di mesjid tak terkawal anak2 dia dalam keadaan isteri dia letih sarat macam tu sapa nak jaga,jadi diteruskan perjalanan sehingga sampai dirumah baru menunaikan solat jamak takhir..

dari kes ini dia ajukan persoalan kepada seorang ustaz boleh atau tak boleh?jawapan diberikan ustaz berkenaan: boleh..dengan atas keadaan yang tidak mengizinkan dia berhenti..dan kalau kita masih mampu biarlah kita menunaikan ketika masih dalam perjalanan (mengikut hukum dan syarat menunaikan jamak dan mengelakkan was-was)

Kalo keadaan mcm nie boleh jer sebabnya kerana hajat yang benar-benar mendesak

sayacomel
07-12-2011, 01:23 PM
Solat jamak bukan untuk bermusafir jer sebenarnya..

ada lg keadaan2 yg membolehkan kita solat jamak.:):)

ada 4 keadaan yang boleh kita solat jamak

1- Musafir
2- Suasana yg sukar dan sulit
3- Jamak kerana hajat yang benar2 mendesak
4- Jamak ketika hari hujan

Untuk penerangan detail 3 dan 4 boleh lawat sini
http://hati-seorang-ummi.blogspot.com/2010/05/solat-jamak-bukan-ketika-bermusafir.html

terima kasih.
:)

lost_soul2878
07-12-2011, 02:04 PM
Semua info sangat berguna, terima kasih, takde butang thanks pulak

keppar
07-12-2011, 02:15 PM
setakat yang saya tahu la.. kita boleh buat solat jamak dan qasar bila kita melepasi sempadan kg/ladang/taman kita tinggal. tapi mestilah kita keluar dari rumah kita sebelum masuk waktu solat yang kita nak jamak/ qasar itu..

fnd75
08-12-2011, 11:38 AM
setakat yang saya tahu la.. kita boleh buat solat jamak dan qasar bila kita melepasi sempadan kg/ladang/taman kita tinggal. tapi mestilah kita keluar dari rumah kita sebelum masuk waktu solat yang kita nak jamak/ qasar itu..

sedikit pembetulan,

solat jamak dan solat qasar adalah 2 perkara berbeza, kesamaannya hanyalah pemberian/izin dari Allah S.W.T utk kemudahan org islam utk menunaikan solat (maknanya jgn tinggal solat langsung):

1. solat jamak atau menghimpunkan solat dibenarkan kerana keperluan mendesak/pekerjaan meliputi waktu-waktu solat spt sdg bekerja (yg halal ye, bukan maksiat) atau buat kenduri/open house (juga bukan berunsurkan maksiat)& ramai tetamu dtg dsbnya so boleh jamak dlm rumah atau kat mana2.

dalil hadis:

Hadis riwayat al-Imam Muslim, Ibn ‘Abbas menyebut: “RasululLah s.a.w solat jamak Zohor dan Asr, Maghrib dan Isyak di Madinah tidak kerana ketakutan, juga tidak kerana musafir”. Ditanya Ibn ‘Abbas mengapa baginda melakukan demikian?. Jawabnya:“Kerana tidak mahu menyusahkan umatnya”

2. solat qasar atau memendekkan rakaat solat hanya terpakai bagi org yg sedang musafir (masih lagi bukan kerana utk bermaksiat) disebabkan mengejar waktu utk sampai dsbnya. di sini, ramai ulamak khilaf ttg jarak atau had yg membenarkan solat diqasarkan, ada yg letak 2 marhalah, lepas sempadan negeri tpt tinggal dsbnya. jamak dan qasar boleh dilakukan serentak apabila berada dlm situasi benar2 memerlukan.

terima kasih

Duffayoi14
08-12-2011, 11:54 AM
boleh x kalo dlm musafir....

niat nk solat jamak qasar (xkisah la takdim atau takhir)...

tp solat yg pertama tu kita solat ikut imam yg solat tamam....

rujuk link ni

http://qasolatjamakqasar.blogspot.com/2008/12/jamak-berimamkan-orang-yang-solat-tamam_09.html

kalo ada yg xbtul..sila maklumkan ye

ezul82
08-12-2011, 12:00 PM
Solat jamak bukan untuk bermusafir jer sebenarnya..

ada lg keadaan2 yg membolehkan kita solat jamak.:):)

ada 4 keadaan yang boleh kita solat jamak

1- Musafir
2- Suasana yg sukar dan sulit
3- Jamak kerana hajat yang benar2 mendesak
4- Jamak ketika hari hujan

Untuk penerangan detail 3 dan 4 boleh lawat sini
http://hati-seorang-ummi.blogspot.com/2010/05/solat-jamak-bukan-ketika-bermusafir.html

contohnya seorang doctor yg sedang melakukan pembedahan, bertempur dlm peperangan,