BTC USD 61,649.4 Gold USD 4,222.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sumbat lembu dalam kereta

irsaffy

CG Top Poster Club
gem
Messages
42,961
Joined
May 13, 2007
Messages
42,961
Reaction score
268
Points
131
KULIM: “Sukar untuk dibayangkan bagaimana mereka boleh memasukkan seekor lembu ke dalam tempat duduk belakang kereta Proton Wira.”

Demikian persoalan yang berlegar dalam fikiran sebahagian penduduk Kampung Pondok Labu, Mukim Keladi, di sini, mengenai cubaan pencuri lembu yang melarikan seekor lembu milik penduduk kampung terbabit dengan memasukkannya ke ruang tempat duduk belakang sebuah kereta, malam kelmarin.

Bagaimanapun, tindakan itu gagal apabila kereta yang dinaikinya terbabas selepas berjaya dipintas sekumpulan penduduk kampung yang mengejarnya.

Sumber polis berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, sekumpulan penduduk kampung yang menyedari kejadian itu bertindak mengejar kereta terbabit sebelum ia terbabas dan melanggar pokok kelapa sawit.

Sebaik ditahan, penduduk terkejut apabila mendapati seekor lembu diletakkan di bahagian tempat duduk belakang kereta itu dengan kepalanya terjulur keluar melalui tingkap.

Bahagian tempat duduk belakang itu turut ditanggalkan bagi memuatkan lembu terbabit.

Difahamkan, lembu terbabit mahu dibawa ke satu lokasi rahsia untuk disembelih oleh pencuri terbabit.

Bagaimanapun, suspek yang memandu berseorangan ketika itu dapat melarikan diri meskipun dikejar beberapa penduduk.

“Kita percaya kegiatan itu dilakukan lebih daripada seorang. Sebahagiannya mungkin menaiki kenderaan lain dan turut berjaya melarikan diri,” katanya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Ghuzlan Saleh, mengesahkan kejadian itu dan akan menyiasat.

mainpix.jpg

Macam nih punya pencuri pun ada ker?????:)) :))

Sumber:http://www.hmetro.com.my/Thursday/BeritaUtama/20080124092547/Article
 
Last edited:
alahai.. lombu pon layan free ride la neh hahahaha

ps.. sapo yg lombu sebnrnye neh :-? :eek: :eek: :eek:
 
hahaha....tak tau la mcmana perasaan lembu dpt naik proton wira...yg lawak kepala siap terjulur kuar tingkap...:eek: :eek: :eek: . pencuri nih cerdik skit jer dr lembu..
 
dah habis raya haji baru nak curi:)) ..
 
bodoh punya pencuri...pakai lori la
:eek:
 
pehal pencuri nih bodo sangt....ingat baja subsidi ker nk sumbat dlm wira...:)) :))
 
sbb pencuri la ko dapat jumpe lembu dalam kete ehehe klu die bawak lori da korang x jumpe lembu tu dlm kete
 
Sebenarnya pencuri tu saje nak buktikan kat kengkawan dia yg wira ni kete pelbagai guna atau omputeh ckp MPV la... he..he..he.. :)) :eek:
 
sib baik dia sembelih kalau tak, tak pasal2 kita makan bangkai............ kira beriman gak pencuri ni.......
 
Back
Top
Log in Register