PDA

View Full Version : Peroleh ijazah sarjana, tiada kenaikan pangkat


helmisaman
31-10-2011, 08:48 AM
Peroleh ijazah sarjana, tiada kenaikan pangkat


2011/10/31
RAMAI pegawai kerajaan memperoleh ijazah Sarjana hasil usaha dan penat lelah mereka belajar. Selepas memperoleh ijazah sarjana itu, tiada kelebihan diperoleh sama ada dari segi kewangan mahu pun kenaikan pangkat.

Ramai juga yang berkhidmat di jabatan tertutup dan tidak ada banyak peluang kenaikan pangkat. Terpaksa tunggu sehingga seseorang pegawai itu pencen, baru berpeluang naik pangkat, itu pun kalau bernasib baik.

Saya mewakili rakan lain yang memperoleh ijazah sarjana lebih tujuh tahun tetapi tiada apa kelebihan yang diberikan. Malah ada rakan yang lebih rendah kelulusan mereka mendahului kami dinaikkan pangkat.

Saya mencadangkan supaya kerajaan memberi sedikit imbuhan kepada pemegang ijazah sarjana sebagai menghargai pengorbanan mereka, contohnya memberi satu atau dua kenaikan mata gaji.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sepatutnya mewujudkan peraturan apabila seseorang penjawat awam memperoleh ijazah sarjana atau Ijazah Sarjana Kedoktoran (PhD), beliau diberi kenaikan pangkat secara Khas Untuk Penyandang (KUP) atau setidak-tidaknya memberi satu atau dua kenaikan mata gaji sebagai ganjaran dan insentif.

Ini akan memberi lebih semangat atau rangsangan kepada pegawai berkenaan untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang. Kalau itu dapat dilakukan adalah amat baik sekali. JPA diminta memberi perhatian serius.

PENJAWAT AWAM SETIA, Segambut, Kuala Lumpur.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Perolehijazahsarjana_tiadakenaikanpangkat/Article

Ussf
31-10-2011, 08:54 AM
Sekarang nih apa matlamat sambung belajar tu?? Utk naik pangkat atau tambah ilmu?? Hehehe....

biisnesman
31-10-2011, 08:59 AM
Sekarang nih apa matlamat sambung belajar tu?? Utk naik pangkat atau tambah ilmu?? Hehehe....

untuk dapat gaji ribu-ribu la bro...:D:D

3gunHell
31-10-2011, 09:00 AM
biasa untuk naik pangkat la....

gombakman
31-10-2011, 09:01 AM
Sape kate dapat Masters boleh naik pangkat.....ada sape2 kate ke????

Niyang
31-10-2011, 09:02 AM
Sekarang nih apa matlamat sambung belajar tu?? Utk naik pangkat atau tambah ilmu?? Hehehe....

pendapatan akan meningkat jika ilmu bertambah....:D

Aku setuju sgt cadangan ituh... pasal... Aku salah sorang darinya.....:((:((~X(

Duffayoi14
31-10-2011, 09:02 AM
mmg xkn naik pangkat kalo tambah sijil etc...

cuma cv cantik dan ada kelebihan sket

faizk
31-10-2011, 09:04 AM
klo gomen die lbh kpd senioriti..
klo senioriti yg ade master & phd tu,kire bonus la.
lg mudah naik pgkat kot

gombakman
31-10-2011, 09:04 AM
pendapatan akan meningkat jika ilmu bertambah....:D

Aku setuju sgt cadangan ituh... pasal... Aku salah sorang darinya.....:((:((~X(

Masters tu hanya paper qualification sahaja.....aku kenal ramai yg ada Ph.D tapi kerja cam @#$%^^&*

mamataro
31-10-2011, 09:06 AM
aku keje dekat swasta, kalau ada master pun, gaji mcm degree je. Tapi, nak kisah apa. Praktikaliti lagi penting. Nanti kalau setakat ada master atau phd atau degree sekalipun tak tau buat kerja buat apa..

eein80
31-10-2011, 09:06 AM
Sekarang nih apa matlamat sambung belajar tu?? Utk naik pangkat atau tambah ilmu?? Hehehe....

tambah ilmu pun agak2 la, ingat saja2 ke naik belajar.. nak jg rasa pendapatan lebih hasil penat lelah belajar..

kainlangsir
31-10-2011, 09:10 AM
Sape kate dapat Masters boleh naik pangkat.....ada sape2 kate ke????

dua kenaikan gaji ke depan.:)paid

gombakman
31-10-2011, 09:12 AM
dua kenaikan gaji ke depan.:)paid

Tapi, kami naik pangkat lagi cepat dari org yg ada Masters....:)paid

AuraSuccess_88
31-10-2011, 09:13 AM
untuk dapat gaji ribu-ribu la bro...:D:D

ini yg betulnyer:D

periamuda
31-10-2011, 09:20 AM
Kalo dah tahu buat masters tak menjanjikan kenaikan pangkat kenapa buat eh?

lursa
31-10-2011, 09:28 AM
Kalo kat Mesia ni.tak guna belajar tinggi2 dan keja ngan gomen.Tak kemananya.

jku8505
31-10-2011, 09:34 AM
kalu org negara luar diorg belajar wat master atau PhD memang dorg
nak wat duit... care nye diorg belajar bukan semata2 nakkn kenaikkan
pangkat... tp ilmu tg diorg dapat diorg akan buat bsnz... bukan cam
menteliti org MALASia... hehehe

jgn marah...

mfonaa
31-10-2011, 09:38 AM
aku keje dekat swasta, kalau ada master pun, gaji mcm degree je. Tapi, nak kisah apa. Praktikaliti lagi penting. Nanti kalau setakat ada master atau phd atau degree sekalipun tak tau buat kerja buat apa..

aku sokong sebab walaupun aku ada degreen computer tapi aku tengok budak yang diploma lagi power..pasal diorng lebih kepada praktikal,degree leboh pada teori..sorry kalau salah..

spellbinder
31-10-2011, 09:39 AM
kat malaysia ni kabel lebih penting dari pendidikan. tak gitu? huhuhu

mandrake
31-10-2011, 09:41 AM
Ini semua cakap2 org yg tak ada master hahaha... silap2 yg cakap ni semua SPM pon cukup makan. Rezeki masing2 bro :) apa nak bising itu ini...

rocketeer999
31-10-2011, 10:01 AM
kat malaysia ni kabel lebih penting dari pendidikan. tak gitu? huhuhu

haha...yg ni sgt lah betol!!

JiwaTenang
31-10-2011, 10:44 AM
dah dia rajin belajar rajin, rajin usaha...patut dapat la apa yang sepatutnya dia dapat. takkan stakat spm jer tapi berharap nak gaji degree..atau degree tapi dapat gaji spm...mmg la x puas ati kan..so same la..dah ade masters/phD takkkan nak gaji degree..berapa banyak dah berkorban masa dan wang ringgit nak capat tahap tu..

syahays
31-10-2011, 10:47 AM
kalu ade master/phd...
hanya pensyarah je ade naik pangkat dsb...(aku rasa la)
kalu jawatan gomen len..cukup dengan ijazah...
lepas 2 bodek kaw2..kipas2...
dapatla naik pangkat...

alonso
31-10-2011, 10:49 AM
biasalah tu,sume org nak amik degree utk naik pangkat,takde niat lain dah tuh.

laharjaya
31-10-2011, 10:58 AM
budaya kabel ---> smp bila kita nk mewarisi

bangsa Korea semakin maju ...bangsa Cina begitu juga...

tp Melayu ...budaya kabel menebal .....

asuhan UMNNU masih berterusan

Nazren_80
31-10-2011, 10:58 AM
Yer betul-betul tu.....kalau ada semua tu pun kalau keje tak geti nak buat apa gunanay ....

babyblacky
31-10-2011, 11:00 AM
nak naik cepat gi jer swasta...

shapeshifter
31-10-2011, 11:05 AM
kerja yang dibuat sama,gaji beza kerana kelulusan.macam mana pulak?

mamataro
31-10-2011, 11:07 AM
since tajuk dia pasal Ijazah sarjana, aku komen untuk master ngan phd je.

Bagi aku degree tu penting, sebab ko akan belajar lebih satu tahap. Bukan setakat belajar bidang ko, bidang lain pun ada gak diajar.

Tapi dalam kes ni, masters level. Sepatutnya la kan, sebelum nak sambung master, ko kena fikir la dulu, peluang kenaikan pangkat dan gaji. Kalau ko duduk di jabatan yang memang tak perlu pun kelulusan, berbaloi ke sambung belaja?

Tapi kalau duduk di institut penyelidikan macam MARDI, atau universiti, benda ni memang wajib. Kenaikan gaji dan pangkat pun setara dgn kelulusan.

Kalau dah ada master pun, kalau dah terpaksa kena tunggu, tunggu je la. Nak buat mcm mana. Dah memang hierarki jawatan tu mcm tu. Dia takkan buat jawatan baru semata2 untuk staf yang dah ada master. Eloklah kalau dia cuba buat kerja seharian ikut master level. masa belajar pun dah kena tanggung kan?Ada rezeki ada lah.

calligrapher
31-10-2011, 11:14 AM
Kalo dah tahu buat masters tak menjanjikan kenaikan pangkat kenapa buat eh?

kalau x de org nak buat masters @ phd, x de la research. bila x de research, x de la penemuan baru. hanya org yg buat research je tau betapa payahnya buat research. especially bidang2 kritikal. kalau x de bdk2 master @ phd, byk research x jalan. ingat syrkt mcm telekom, pusat halal, dll 2 buat research sendiri ke? diorg wat kerjasama ngn universiti. diorg proposed idea baru. pastu soh universiti wat penyelidikan. mesia mmg x pandai nak menghargai org2 yg sepatutnya dihargai. bila org 2 dpt offer luar negara, baru terhegeh2 nak panggil balik. patu wat alasan x tau menghargai gomen la, apa la. sbbnya aku pun wat master nie. susah hati jugak bila pikir keje nanti. tp percayalah rezeki semua Allah yg tentukan... :):)

cantiik_02
31-10-2011, 11:17 AM
BIla duit jadi ukuran tu la pasai

echah8708
31-10-2011, 11:18 AM
apa yg penting sbnrnya ilmu dan kualiti...bkn kejar pangkat semata-mata....

siFoo41
31-10-2011, 11:20 AM
dah keje gomen pun byk komplen lagi, ape la punye orang x bersyukur langsung, nampak sgt gila pangkat, gaji tetap dapat, elaun ade, tahun ni siap ade bonus lg setngah bulan ape ce ni bro....pencen lagi....manusia x penah cukup dengan ape yg diorang ade..

ladyboss
31-10-2011, 11:22 AM
Huh bru tahu yer, den ni 10 tahun ada master, gaji degree je sebab vote jawatan tertutup. Hampeh tul kan, tapi tak pe, den wat phD le pulak dan tukar jawatan yg lebih menjamin masa depan. Kadang2 kalau kita tak leh harap sesuatu, kita yang kena gerak arah lain demi masa depan kita.

Niyang
31-10-2011, 11:23 AM
dah keje gomen pun byk komplen lagi, ape la punye orang x bersyukur langsung, nampak sgt gila pangkat, gaji tetap dapat, elaun ade, tahun ni siap ade bonus lg setngah bulan ape ce ni bro....pencen lagi....manusia x penah cukup dengan ape yg diorang ade..

manusia kebanyak cam tuh bro.... kalo bro keje gorment, agak2 nyer bro pun rase ape yg dorang rase....:-?#:-S

wow93
31-10-2011, 11:25 AM
Sekarang nih apa matlamat sambung belajar tu?? Utk naik pangkat atau tambah ilmu?? Hehehe....

kita berharap jugak pada kenaikan pangkat.. sekrg semua kos meningkat dan dgn kenaikan pangkat ada lar kenaikan gaji.

kalau ikut fikir nko belajar tinggi2 ambik degree lepas tu kerja jadi tukang sapu lar pun takpa lar.. sebab beljar semata2 nak tambah ilmu..!!! ~X( ~X( ~X(

locos
31-10-2011, 11:26 AM
nak tambah duit usaha..meniaga ke. bukan guna sijil jer..

kemolok
31-10-2011, 11:29 AM
ada sarjana nak gaji lebih, jadi pensyarah IPTA lor....

Ussf
31-10-2011, 11:30 AM
Dapat master or PhD pastu tunjukkan yg Master n PhD tu betul2 berguna meningkatkan prestasi kerja, barulah nak claim mcm2... Ini tidak, ms kerja xserius... pas2 smbg blaja ngan harapan leh la naik pangkat, tp lps habis blaja kembali kpd tabiat lama n tiada perubahan... so, mcm mn nk dipertimbangkan kenaikan tu?

okazaki
31-10-2011, 11:51 AM
kalau x de org nak buat masters @ phd, x de la research. bila x de research, x de la penemuan baru. hanya org yg buat research je tau betapa payahnya buat research. especially bidang2 kritikal. kalau x de bdk2 master @ phd, byk research x jalan. ingat syrkt mcm telekom, pusat halal, dll 2 buat research sendiri ke? diorg wat kerjasama ngn universiti. diorg proposed idea baru. pastu soh universiti wat penyelidikan. mesia mmg x pandai nak menghargai org2 yg sepatutnya dihargai. bila org 2 dpt offer luar negara, baru terhegeh2 nak panggil balik. patu wat alasan x tau menghargai gomen la, apa la. sbbnya aku pun wat master nie. susah hati jugak bila pikir keje nanti. tp percayalah rezeki semua Allah yg tentukan... :):)

hah...lagi satu. yang wat research tu (mostly master) soh budak degree lak yang buatkan...aku dh kena...wat degree sama je wat research ngn budak master...alih2 result aku kena ambik, coz budak master tu wajib ada "penemuan baru". aku lak bdk degree, ambik result dia yang x jadi...bdk degree la kan..lembu punya susu, kambing dapat nama......apa da....~X( belum lagi writing thesis aku kena cekau, formatting aku kena buat....hehe. xpe aku tetap halal...sama2 blaja kan, azab jadi junior, lgipun aku tumpang geran dia, funding dia...hehehehe. jadi, aku kurang respek la ckit segelintir org2 master nih..kalau dah PhD baru aku respek, aku rs org2 PhD ni research real punya. yang ambik master tu nk gaji lebih. hahahaha :)cgrock

hazri99
31-10-2011, 11:55 AM
tak guna la sambung belajr mcm tuh.. tambah kan hutang ajer..

syahays
31-10-2011, 11:58 AM
tak guna la sambung belajr mcm tuh.. tambah kan hutang ajer..

hutang sampai ijazah je cukup la..
yg ko p nk hutang sampai phd nape?? :)) :))
master/phd..biasanya org amek biasiswa..tajaan...

kena tau la..ape req. untuk kenaikan pangkat dsb..

da blaja tgi2..boleh pikir sendiri la...

orgbendang
31-10-2011, 12:03 PM
hehe..camne nk tambah productivi or improve efficency kann... system nk promote staff punn tk betoi... tk perlu "exceed expectation" mcm kt swasta...buat keje cukup2 sudah...cukup tahun perkhidmatan, confirm naek pangkat..may be tk sume camnie, tp generally betoi aku rasa

pokding
31-10-2011, 12:12 PM
pendapatan akan meningkat jika ilmu bertambah....:D

Aku setuju sgt cadangan ituh... pasal... Aku salah sorang darinya.....:((:((~X(

saya sokong anda...

zaralove
31-10-2011, 12:12 PM
keje bahagian engineering, amik master psikologi/ pentadbiran...camner nak naik?

syahays
31-10-2011, 12:15 PM
keje bahagian engineering, amik master psikologi/ pentadbiran...camner nak naik?

:)) :)) :))

ni banyak ade ni...
contoh la keje cikgu (DPLI)
mbr aku amek engineering..
jadi cikgu..ajar sejarah...camne 2??:-?

qhalid
31-10-2011, 12:15 PM
sambung belajar jer nak kira nak naik pangkat .. kadang ijazah yg diambil x berkaitan pun dgn keja .. selalunya yg aku nampak degree/master/PHD nih sesuai utk lecturer & guru2 .. or yg kerja dlm pendidikan .. yg keje biasa ni better amik professional cert mcm PMP, ACCA, IR & etc. yg tuh lebih berguna ..

kawebiz
31-10-2011, 12:23 PM
niat ajer laa kita belajar tu tuntutan agama..
kalu nak kejar pangkat..kena minta keja lain laa

masa belajar tu..kena pasang niat awal2..
kalu ada rezeki..insyaallah..tp x ada rezeki..redha ajer laa dgn jawatan dan pekerjaan sekarang..

periamuda
31-10-2011, 12:34 PM
kalau x de org nak buat masters @ phd, x de la research. bila x de research, x de la penemuan baru. hanya org yg buat research je tau betapa payahnya buat research. especially bidang2 kritikal. kalau x de bdk2 master @ phd, byk research x jalan. ingat syrkt mcm telekom, pusat halal, dll 2 buat research sendiri ke? diorg wat kerjasama ngn universiti. diorg proposed idea baru. pastu soh universiti wat penyelidikan. mesia mmg x pandai nak menghargai org2 yg sepatutnya dihargai. bila org 2 dpt offer luar negara, baru terhegeh2 nak panggil balik. patu wat alasan x tau menghargai gomen la, apa la. sbbnya aku pun wat master nie. susah hati jugak bila pikir keje nanti. tp percayalah rezeki semua Allah yg tentukan... :):)

Soalan aku kenapa buat masters kalo tak menjanjikan kenaikan pangkat (utk org yg dah bekerja)? Aku tahu la kalo xde org buat master/phd xde kajian baru dijalankan tapi bro jgn lupa masters & phd ada coursework,coursework & dissertation, fully research with thesis. Agak2 yg mana selalu org2 bekerja amek? Mestilah coursework atau coursework & dissertation pasal cepat habis. Kalo buat research dgn thesis aku rasa mahu 10 thn baru hbs pasal komitmennya banyak. So tak bermakna ramai buat masters maka byk kajian dilakukan pasal ada yg amek coursework sahaja.

SiRentap
31-10-2011, 12:48 PM
klu pasal gaji utk keje swasta nak aim RM10K dgn kelulusan degree pon dah cukup rasanya...pengalaman je kena timba...

aris
31-10-2011, 02:08 PM
yg ada ijazah takder kerja pun ramai...

arecent
31-10-2011, 02:17 PM
orng gomen keja mintak gji naik ja...lupa diri..

hatisuka
31-10-2011, 02:23 PM
ambik master sbb nak naik gaji ? :D

Doktor gaji besar kat hospital pun ramai yg takder master, tak berbaloi mereka nak amik master... kerja sama jer.

Yang ada master ni sepatutnya untuk tujuan inovasi, perkembangan ilmu dsbgnya... bukan untuk qualification kerja semata-mata...

anakrimau
31-10-2011, 02:38 PM
Bukan nak kondem pasal degree, master etc. Tapi orang kita ni rata - rata bila dah ada degree, master, phd, lagak agak tinggi. Kerja pun tak mau yang cikai - cikai. Gaji nak masyuk

Ada beberapa pekerja contractor bangla yang aku kenal, ada diantara mereka yang ada master, degree... Tapi buat kerja buruh tu!

orangseni
31-10-2011, 03:01 PM
cikgu sekolah rendah pun dah ramai yg ada master tp gaji masih gred 41 punya ...

zinedine
31-10-2011, 03:24 PM
Buang masa & tenaga jer belajor tinggi2 sampai MA, PhD zaman sekarang ni. Tinggi sampai BA cukup la. Buat apa mengada-ngada nak sambung sampai MA, PhD kalau dah kerja kat kerajaan tu. Kerja kerajaan, kerja kerajaan jer la. Toksah sibuk2 nak sambung ambik MA, PhD.

oimates
31-10-2011, 03:31 PM
yg 41 ke atas, sambung master nak naik pangkat..yg sokongan plak camne? ramai lagi yg ada ijazah sekalipun, tapi still kerja pakai spm..xde pun naik2 pangkat..

drpsychomereng
31-10-2011, 03:33 PM
silap ni.. blajar tinggi2 bkn laluan pangkat or gaji besar.. klu nak gaji besar, lebih baik ko keje lepas spm.. keje lame2 gaji naik tiap tahun.. lepas spm ko abis 6tahun utk segulung ijazah.. tp yg dah keje 6thn awal dr ko dah blh dpt gaji lebih besar dr ko.. keje tanpa pengalaman zaman skrg ni sape yg nk bg gj besar? even ko ade phd pun, klu baru nak mula kerja pastu susahkan org nak ngajar ko wat keje, xde gunenye..

drpsychomereng
31-10-2011, 03:37 PM
adik ipar aku n suami dia, isteri keje lepas spm skrg 3k, suami ader sijil skm autocad je baru kerja 3tahun gj 4k draftman.. bos suami dia plak keje26tahun draftman gj....55k, srp..adeih!!!

drpsychomereng
31-10-2011, 03:41 PM
rezeki dtg dari allah.. setiap manusia dah ade bahagian masing2. cari, usaha n bersyukur.. even yg keje kat dbkl mcm abg aku gaji baru 2.5k alhamdulillah sejahtera je.. byr umah semi-d 900, anak 4org sekolah.. isteri suri rumah, kete lg 400. kira lah.. just dia jenis tahu brsyukur n money management.. gaji 2k tp selera blanje 4k, ape cer..tq

farr1z
31-10-2011, 03:45 PM
hehe~ saja ja tu kerajaan nak bagi orang ikhlas belajaq. bukan belajaq semata2 nak pangkat. LOL

noonaka
31-10-2011, 03:47 PM
amik master or phd semata-mata nk duit yer :D
walaupon ade master or phd tahu teori ckp pang pong
tapi praktikal tak tahu or langsung tak tahu baik amik budak sijil je yg lebih tahu

hoyeea
31-10-2011, 04:31 PM
buat apa report reportin disini,poie ler or tulis la letter kat JPA kan senang,sekarang nie walaupun ada degree belum tentu dapat gaji yg bersesuaian dgn kelulusan,so bersyukur lah dan dengan apa yg diberikan Allah dan cuba ler berusaha mencari peluang yg lebih baik.

izniey
31-10-2011, 05:56 PM
nak naik cepat gi jer swasta...


heheh..yg ni pn btul jugakkk....every year ada naik gaji & bonus

nasilemakgoreng
31-10-2011, 06:58 PM
nak senang naik pangkat, tunggakan banyak... cikgu la.. hahahahhahahahhahhahaha

timizero
31-10-2011, 07:03 PM
pendapat aku: belajar master bukan mcm belajar degree....kena plak yg amek master by research....nak lepas proposal pon jenuh.....senang citer mmg susah la.....tapi yg silap nya dah tau takde kenaikan pangkat nape pg buat master tu??? kalau dapat biasiswa pon tak berbaloi pasal belajar susah ni kan plak dah terang2 tau takleh naik pangkat....melainkan kalau mmg sambung master atas alasan betul2 nak menimba ilmu yg mana aku pikir amatlah susahnya nak mencari org yg berniat begini...

royan
31-10-2011, 07:14 PM
kalau nak cepat naik pangkat.. jangan kerja admin kerajaan.. jadi pensyarah.. yang ada PhD tu.. jadi laa pensyarah.. gaji lagi banyak.. duk kerja dengan admin kerajaan.. memang takder peluang naik pangkat punya... so mereka yang ada sarjana atau PhD.. jadi laa ahli akademik.. peluang anda lebih cerah dalam bidang tersebut..

xxen
31-10-2011, 07:15 PM
kat tempat aku ada gak yg PHd. tapi keje mcm hampeh. kdg2 aku tgk dia tido dlm kelas..

waepy
31-10-2011, 07:45 PM
nak gaji tinggi berdasarkan kelulusan jd pensyarah la...
ada sijil sampai PhD pun kalau x reti buat kerja, tak guna jugak...
skrg nie praktikal penting, hafal teori sampai botak kepala pun x guna kalau x reti applikasikan teori tu...

real_rolls
31-10-2011, 07:49 PM
sesetngah swasta pun same je

epozer
31-10-2011, 09:23 PM
sijil2 jer melampau2..keja xpandai buat...org poli lagi power dari degree....penangan belajar kerana duit..bukan sebab nak pandai...

Ps:tapi bukan semua..cuma sebilangan kecil jer....

PedangSetiawan
31-10-2011, 09:32 PM
sijil2 jer melampau2..keja xpandai buat...org poli lagi power dari degree....penangan belajar kerana duit..bukan sebab nak pandai...

Ps:tapi bukan semua..cuma sebilangan kecil jer....

bro sijil ke dip ke degree? ke master or phD?

zia
31-10-2011, 09:53 PM
kenaikan pangkat di mana2 organisasi swasta mahupun kerajaan berdasarkan prestasi kerja dan recommendation dari boss dan bergantung juga kpd kekosongan jawatan..

Cuma apayg diminta adalah sedikit imbuhan dan return utk mereka..

Bukan senang nk dpt master apatah lagi Phd..siang malam memerah otak utk mencari idea dan jalan penyelesaian..

Siapa yg penah buat research..tau ler betapa susahnya..
Zaman degree dulu lain ..taktau ..boleh la menghafal
tapi tgk subject ler..kalu subjet calculation/enginering..kalu menghafal..alamat bungkus ler

alpine_star
31-10-2011, 10:39 PM
SPM fail pun bley amik MA skrang nih..per yg nak dibangga dengan MA...

wmrn1
31-10-2011, 10:46 PM
Gomen buat apa naik pangkat kalau ada Masters. Tak ada faedahnya sebab SOP gomen dok takat tu aja. Nak cari org gomen cari kat cafe atau kedai makan. Kalau tak percaya tengok sahaja hari khamis pakai batik dan hari jumaat pakai baju melayu lengkap bersepah kat kedai makan. Ingat sikit yang bayar gaji kamu tu pembayar cukai yang banyak dari golongan swasta macam kami ni, kalau ada MBA layak utk dipertimbangkan manager ke atas sebab pengalaman ada, pelajaran ada dan kerja kami melibatkan projek billion2 terutama dalam O&G.

adam85
31-10-2011, 11:02 PM
senang cte agak2 yg ad degree or master tuh elok lar join swasta lg syok bro.. tak pun bukak bisnes sendiri.. at least ilmu yg ade tak disia2kan dan dapat pulangan or gaji yg berbaloi tak gitu..