PDA

View Full Version : Need Help! : Apakah hak dan tindakan pembeli jika rumah lambat siap?

bahas18
09-10-2011, 05:45 AM
As Salam...

Saya beli rumah ni masa under construction thn 2007...
Jangkaan siap tahun 2010...
Tapi ntah kenapa projek x dpt disiapkan sehinggalah skrg..
Kalo dilihat dr mata kasar semcm projek tu stop...
Dah kol KPKT, diorg ckp projek ni bkn status terbengkalai lg..
Dah kol pemaju, dia just ckp tgh melantik kontraktor baru..

Yg saya nak tau apa perlu sy buat?
Tanya lawyer dia wat2 bengong plak...ni lawyer pemaju lantik but kami gak bayar...

1. Apa prosedur nak tuntut gantirugi atas kelewatan?(bole ke?hehe)

2. Apa sbnrnya peranan lawyer tu bila dah jd camni?(byr riban2 takkan keje wat doc je)
3. Kalo lawyer mcm haprak mana sy nak komplen/mengadu?
4. Lain2 tindakan yg perlu sbb sy xde pengalaman lg...

Minta tlg otai2 sekalian...
Letih membyr tiap2 bulan...adoii

Thanks in advance

arzaraza
09-10-2011, 06:42 AM
bukan hang sorang saja terjadi kes macam ni,
ramai yang dah jadi mangsa.

aku dah tanya sedara aku yang ditimpa kes spt hang kena ni, dia kata pihak pembeli iaitu kita tidak baca/faham agreement yang kita sign. jadi kita tak boleh buat apa-apa.

sebenarnya agreement tersebut berat sebelah iaitu dlm agreement tersebut pembeli saja yang akan dikenakan tindakkan sekiranya melanggar syarat-syarat yg dikenakan.

ameant
09-10-2011, 07:12 AM
kes tt sama cam aku...

2007 - apply rumah tahun 2007,
2008 - projek perumahan start
2009 - terbengkalai
2010 - projek diteruskan , loan rumah dah start bayar
2011 - start contact lawyer, pemaju, majlis bandaran setiap minggu utk
push perkara di atas (check kat database, sykt pemaju = bermasalah)

2011 oktober - esok atau lusa akhirnya dapat kunci, tapi smalam tengok
rumah byk gak defect n perlu dibaiki.

tt..pemaju ada caj kita tentang kelewatan loan, dan kita pon boleh caj kelewatan serahan kunci . sila lihat snp tt. aku tak tau dpt banyak atau sikit. esok/lusa aku p opis pemaju utk ambil segala dokumen/kunci dan cheque denda.

bahas18
09-10-2011, 07:30 AM

Tu le pasal... aku pun dah start baca snp dah..
Cuba nak fahamkan dan rujuk jabatan berkenaan..
Rujuk web and so on termasuk minta pandangan kat sini...

Snp tu dahlah panjang berjela...
Bahasa english advance plak..
X bole ke tuka r bahsa melayu standard, kesian makcik2 kat kampung..
Atau sengaja supaya kita tak baca snp tu...huhu

ameant
09-10-2011, 07:33 AM
sama la tt..aku pon tak baca..
time ada masalah baru nak baca :D .. biar status sykt tu bermasalah.. jangan terbengkalai.. mmg haru.

bahas18
09-10-2011, 07:37 AM
kes tt sama cam aku...

2007 - apply rumah tahun 2007,
2008 - projek perumahan start
2009 - terbengkalai
2010 - projek diteruskan , loan rumah dah start bayar
2011 - start contact lawyer, pemaju, majlis bandaran setiap minggu utk
push perkara di atas (check kat database, sykt pemaju = bermasalah)

2011 oktober - esok atau lusa akhirnya dapat kunci, tapi smalam tengok
rumah byk gak defect n perlu dibaiki.

tt..pemaju ada caj kita tentang kelewatan loan, dan kita pon boleh caj kelewatan serahan kunci . sila lihat snp tt. aku tak tau dpt banyak atau sikit. esok/lusa aku p opis pemaju utk ambil segala dokumen/kunci dan cheque denda.

Tahniah bro...at least dpt gak kunci..
Yg sy ni still dlm pembinaan..
Kalo dr apa yg sy baca2..
Bro boleh claim gantirugi kelewatan...
Mesti ada tulis kat snp tu...
24 atau 36 bln lewat dr sign agreement tu bro dah bolehh claim gantirugi ikuut harian..
Kebiasaan kadarnya 10% per anum..
rujuk snp bro...

Tapi prosiding xtau la...
Defect tu pon bole claim sblm 12 bln dr serahan kunci..
Minta dia repair semula...

Minta bro updated sini k...

Tapi yg sy nak tau bole ke claim gantirugi kelewatan semasa rumah still dlm pembinaan?

ameant
09-10-2011, 07:43 AM
tt.. mmg tak buleh claim time dlm pembinaan.

pasal kes aku.. time call, mmg pemaju dah sediakan cheque gantirugi kelewatan. dia akan bagi time kita amik kunci. mujur pemaju tu bertanggungjawab.

Dobit127
09-10-2011, 07:52 AM
kawan Beli rumah lewat jugak

Beli April 2007
Siap Dec 2010.. siap jugak...

So, lewat 20 bulan dari jadual asal.... Minta ganti rugi kat pemaju dia buat dek jer...

So, Kawan p ke Tribunal Perumahan Negara dan claim untuk serahan lewat sebanyak kadaran 10% per amum darab total jumlah rumah...

So, kawan claim RM31,000 lebih kurang..

Tetapi setelah menunggu lebih kurang 4 bulan prosiding dan pelbagai aturan tribunal, maka akhirnya atas persetujuan kedua pihak, presiden Tribunal member iaward RM 20,000 ... ok ler...

di sini, kawan nak ingatkan kepada sesiapa yang ingin markup loan rumah anda, bersedia untuk hilang wang denda kerana mengikut akta perumahan, anda didapati bersalah kerana bersubahat menipu kerajaan.

So, selalunya pemaju akan gunakan trip ini menekan pembeli agar menerima offer mereka kerana rumah lambat siap... Kawn pon tak tahu, presiden Tribunal tu suruh beritahu kepada orang ramai....

Tapi, dalam kes ko yang masih belum siap dibina... rasa ko boleh buat macam bro ameant ... push setiap minggu... lama2 dia boring ler...dia marah ker , maki ker..ko buat tak reti jer.... call jer setiap minggu, nanti dia mengalah ler....

ameant
09-10-2011, 09:31 AM
aku dah buat kira2 guna form di web

http://ehome.kpkt.gov.my/ehome/input/borang1_panduan.pdf

aku maybe boleh claim min RM18k - max RM20k (selepas tolak bil/caj dari pemaju)

so nak tgk compare yg aku dpt nanti.. kalau lebih kurang, kira ok. kalau beza byk mmg kene fight la :D

bahas18
09-10-2011, 10:27 AM

Info berguna..thanks bro...

Masakle aku nak kena tunggu rumah siap...
Sampai skrg xde progress lg...

Terpaksa byr je la dulu..
Huhu...
Pemaju ni tersohor gak..SPNB tu!
Boleh plak lambat

ameant
11-10-2011, 06:42 PM
aku update kat tt ...

hari ni seharian settle bab rumah. ambil kunci selepas membuat bayaran aku kelewatan sign loan 2007 hampir rm2k.
lepas tu staff pemaju kata mmg ada kelewatan penyerahan kunci , sebagai denda dia bagi aku cheque RM5,100.

aku tak ambik cheque tu sbb sepatutnya denda lewat penyerahan kunci RM21k untuk 491 hari.

bos dia p oversea, so tak boleh buat apa. aku push lagi, maybe dia boleh bagi max 50%. aku sound la, aku lewat sign kene denda full payment, apsal time dia lewat serah kunci bagi 25% je.. max 50% .aku bagitau minimum mau 70%. kalau pemaju tak mau, so aku akan buat filing ke tribunal tuk full payment.

kaleck
12-10-2011, 08:42 AM
Info berguna..thanks bro...

Masakle aku nak kena tunggu rumah siap...
Sampai skrg xde progress lg...

Terpaksa byr je la dulu..
Huhu...
Pemaju ni tersohor gak..SPNB tu!
Boleh plak lambat

Boleh saya tahu projek SPNB kat mana yang ada masalah ni?

bahas18
13-10-2011, 12:15 AM

teruskan...
nak tau citer pasal tribunal plak...
bagus utk rujukan mereka3 yg terlibat nanti..hihi:)paid

bahas18
13-10-2011, 12:16 AM
Boleh saya tahu projek SPNB kat mana yang ada masalah ni?

Semua projek perumahan spnb di sabah...try google mesti jumpa:((

kuda-kuda
13-10-2011, 01:17 AM
bagus2 info kat sini..aku pun tgh taggung rumah yg x siap gak ni..

kaleck
13-10-2011, 07:51 AM
Semua projek perumahan spnb di sabah...try google mesti jumpa:((

semua projek spnb kat sabah? dasyat nyer.. haish. parah parah.. ni mesti kes contractor lari ni, ataupun spnb lmbat bayar diorng. sebab tu diorang stop. hurm.:mad:

PELIKAN
13-10-2011, 07:54 AM
sorry beb...
we have bimbo government for this matter

bahas18
13-10-2011, 03:48 PM
bagus2 info kat sini..aku pun tgh taggung rumah yg x siap gak ni..

jomle join..cer cer cerita story bro lak..:D

bahas18
13-10-2011, 03:50 PM
sorry beb...
we have bimbo government for this matter

i also heard like that also...
tapi..
kami pembeli gak jadi mangsa...
:((

green_maskman
03-11-2011, 08:41 AM
i also heard like that also...
tapi..
kami pembeli gak jadi mangsa...
:((

Skrg ape cite????

ameant
03-11-2011, 10:56 PM
aku update skit kepada tt..

- setelah pemaju tak nak bayar gantirugi fullpayment (dah 2 kali aku mintak), aku dah buat filing kat tribunal di putrajaya.
1 salinan aku dah hantar ke pemaju.

- minggu ni pemaju hantar surat yg berisi cek. amount sama yg aku tolak haritu. dan tadi aku baru hantar cek kembali ke pemaju bersama surat penolakan( sebarang penghantaran di buat pos berdaftar sebagai bukti nnti)

- petang tadi boss pemaju call nak ajak berbincang. minggu depan aku akan jumpa tapi tempat tak mau di opis, mau dirumah utk aku tunjukkan defect yg tak perbaik lagi.

- aku akan tetap minta late fullpayment , sbb dulu time aku mintak 70-80% dia tolak mentah˛. sekarang baru mau nego dgn aku.

- bab tribunal, maybe awal bulan desember ni akan dibuka kes.

bahas18
11-11-2011, 04:50 PM
Skrg ape cite????

Skrg cite tang tu jugak...
Dah contact lawyer..dia jawab mcm org ***** jer...
Nanti aku nak serbu opis dia ngan kawan aku..same prob..
Skrg bz lg..insyaAllah minggu depan...

bahas18
11-11-2011, 04:53 PM
aku update skit kepada tt..

- setelah pemaju tak nak bayar gantirugi fullpayment (dah 2 kali aku mintak), aku dah buat filing kat tribunal di putrajaya.
1 salinan aku dah hantar ke pemaju.

- minggu ni pemaju hantar surat yg berisi cek. amount sama yg aku tolak haritu. dan tadi aku baru hantar cek kembali ke pemaju bersama surat penolakan( sebarang penghantaran di buat pos berdaftar sebagai bukti nnti)

- petang tadi boss pemaju call nak ajak berbincang. minggu depan aku akan jumpa tapi tempat tak mau di opis, mau dirumah utk aku tunjukkan defect yg tak perbaik lagi.

- aku akan tetap minta late fullpayment , sbb dulu time aku mintak 70-80% dia tolak mentah˛. sekarang baru mau nego dgn aku.

- bab tribunal, maybe awal bulan desember ni akan dibuka kes.

bgs bro...
nanti update lg...

Nak tau kisah selanjutnya nnti utk rujukan...:)cgrock

Jumbo
11-11-2011, 05:50 PM
Cuba baca Perjanjian Jual Beli baik-baik ada klausa kata boleh tuntut gantirugi kelewatan.Kira hari lewat hingga dapat kunci rumah.

Di Malaysia memang risiko besar bila beli rumah belum siap dari Pemaju.
Peguam tu dah memang peguam Pemaju bukan Peguam u. Tapi kalau u bayar legal fees penuh boleh buat aduan kat Bar Council sebab bila u bayar maka dia kenalah jaga kepentingan u.

Kalau dia peguam Pemaju maka Pemajulah yang bayar fees tu.

ameant
09-01-2012, 07:13 PM
Seperti yg dijanjikan kpd tt. Aku update.

Harini 9-1-2012 kes aku didengarkan di tribunal putrajaya. Dan berjaya mendapat 100% payment, pemaju buat installment 8 kali bayaran.

Sblom ni aku minta max 70-80% tuk settle , pemaju tak mau n nak bagi 50% max. Skrg pemaju kene bayar 100% LAD + deposit .

jaws_am
09-01-2012, 07:37 PM
post deleted :D

bahas18
09-03-2012, 06:42 AM
Seperti yg dijanjikan kpd tt. Aku update.

Harini 9-1-2012 kes aku didengarkan di tribunal putrajaya. Dan berjaya mendapat 100% payment, pemaju buat installment 8 kali bayaran.

Sblom ni aku minta max 70-80% tuk settle , pemaju tak mau n nak bagi 50% max. Skrg pemaju kene bayar 100% LAD + deposit .

tahniah.. padan muka pemaju tu..heehe

twisterz
09-03-2012, 12:41 PM
tahniah.. padan muka pemaju tu..heehe

ni pun sebab kenkawan punya doa gak...takkan takda tempias teh tarik segelas ke bro...hehe

Quantum Success
09-03-2012, 12:44 PM
baca balik salinan undertaking yg dihantar kepada tt & snp..
klu ikut den punye stated yg pembeli dapat pampasan sekiranya umah tak siap ikut tempoh tertentu n bla bla bla..

skafever69
09-03-2012, 11:22 PM
Mcm mak aku, dia biar je kalau rumah xsiap lagi.... bila rumah dah siap, lepas tempoh tarikh yg dia janji siap, dia saman la.. dapat duit..

aishac
19-03-2012, 04:23 PM
boleh tak nak tau camne your procedure you dapatkan bayaran gantirugi lewat dapat kunci?

kita anta surat minta ganti rugi bila dapat kunci or if tak dapat apa yang u buat?

natalie
09-04-2012, 01:51 AM
Bila dah buat surat tuntutan. Pemaju x byar gak. 14 hari cukup. Fail saman je. Dlm kes Camni, biasanya purchaser bleh menang kes la. Itu standard

mamaimran
16-04-2012, 02:04 PM
Info berguna..thanks bro...

Masakle aku nak kena tunggu rumah siap...
Sampai skrg xde progress lg...

Terpaksa byr je la dulu..
Huhu...
Pemaju ni tersohor gak..SPNB tu!
Boleh plak lambat

bape % progress umah ni dah siap???Buat loan dgn bank mana??? Utk makluman SPNB adalah diantara pemaju yg bermasalah dalam menyiapkan projek2 mereka,syarikat ni jugak telah dilistkan oleh KPKT diantara ratusan pemaju2 yg bermasalah.:mad:

p/s:Syarikat GLC pun scam pembeli,tak tau lah nak kata ape lagi :(

mamaimran
16-04-2012, 02:07 PM
Bila dah buat surat tuntutan. Pemaju x byar gak. 14 hari cukup. Fail saman je. Dlm kes Camni, biasanya purchaser bleh menang kes la. Itu standard

99.9% dlm kes tuntutan pembeli boleh menang,99.9% pemaju pula tidak akan mampu bayar balik segala bentuk kerugian walaupun perkara itu dah dijelaskan dlm surat perjanjian jual beli.:(

p/s: Berapa ramai pemaju&arkitek yg menipu nih dihumban kedalam penjara???jawapannya....takda

azmir438
16-04-2012, 02:07 PM
developer sapa? TALAM KER ??

mamaimran
16-04-2012, 02:15 PM
developer sapa? TALAM KER ??

Talam punyer projek byk dah ok since kerajaan negeri bertukar tangan.

bahas18
18-04-2012, 11:13 PM
bape % progress umah ni dah siap???Buat loan dgn bank mana??? Utk makluman SPNB adalah diantara pemaju yg bermasalah dalam menyiapkan projek2 mereka,syarikat ni jugak telah dilistkan oleh KPKT diantara ratusan pemaju2 yg bermasalah.:mad:

p/s:Syarikat GLC pun scam pembeli,tak tau lah nak kata ape lagi :(

yeke?:o mak aih...

progress baru dlm 20%, baru2 ada perjumpaan pemaju dan pembeli..
kiranya spnb nak negotiate dan byr pampasan..
But i dont know mungkinkah kerana dekat pilihanraya?~X(

abeInc
12-09-2013, 02:39 PM
haaa jumpa jgak thread ni.. aku nyer snp sign 30 July 2013..skrg ni depa x kasi kunci lagi..rumah dh siap..maybe tggu CF kot..aku buat pekak je dulu nnti lepas depa kasi kunci aku mintak depa bayar la denda lewat hehehee

arecent
14-09-2013, 01:23 AM

beware bro,,nnti waktu nk amik kunci...tup2...developer tunjuk bil late charge payment..:D:D

danx
14-09-2013, 01:28 AM
Banyak hal pelik kat malaysia ni...
Hak pengguna/ pembeli mcm xde je..
Lagi2 bila babitkan co yg besar..

abeInc
14-09-2013, 09:00 PM
beware bro,,nnti waktu nk amik kunci...tup2...developer tunjuk bil late charge payment..:D:D

risau jugak yg ni tapi buat masa skrg ni bayar semua ontime

arecent
15-09-2013, 02:37 AM
risau jugak yg ni tapi buat masa skrg ni bayar semua ontime

hahaha...xda kaitan pun late payment charge tu ngn kita..ni semua keja bank ngn developer ngn lawyer...duit progress rumah..kalu diorang slap jer..owner umah lah bayaq interest..hahaha

kancil2020
15-09-2013, 03:08 AM
dulu waktu aku ngan wife dapat kunci rumah.. dia nak bayar denda
lewat serah kunci dalam 50% sahaja dari nilai sebenar..
bila aku cakap adik aku ada kerja ngan jabatan perancangan
bandar dan desa terus bagi penuh..:D

abeInc
15-09-2013, 03:34 PM
aku ada baca contoh cara kira denda lewat kt pemaju.. http://ehome.kpkt.gov.my/ehome/input/borang1_panduan.pdf

Butir-butir tuntutan :
1. Tarikh S&P ditandatangani (Bayaran 10% deposit) = 1
Januari 2000
2. Tarikh serahan sepatutnya dalam S&P (36 Bulan) = 1
Januari 2003
3. Tarikh serahan sebenar Milikan Kosong oleh Pemaju =
31 Mei 2003
* (Kiraan hari lewat bermula dari tarikh 1 Januari 2003 HINGGA 31 Mei 2003)
Pengiraan Kelewatan Serahan Milikan Kosong :-
= 10 % x (Harga Rumah) x (Bilangan Hari Kelewatan) / 365
Hari
= 10% x RM 100,000 x 151 hari / 365 hari
= RM 4,136.98
Pengiraan Kelewatan COMMON FACILITY (KEMUDAHAN MASYARAKAT)
:-
= 10 % x (20% daripada Harga Rumah) x (Bilangan Hari
Kelewatan) / 365 Hari
= 10% x (RM 20,000) x 151 hari / 365 hari
= RM 827.4
Lain-lain kos yang difikirkan sesuai :-
a) Kos Penginapan/ Lojing & Pengangkutan (Tol, Petrol &
Parking)= RM 100.00
b) Kos Pemfailan & Perhubungan dan lain-lain = RM 30.00

yg aku bold tu memang kita boleh claim jugak ke kt pemaju?

hartanah_tender
15-09-2013, 03:42 PM

apa2 yg ada dalam SPA semua boleh claim..untuk common facility tu rasanya untuk strata building

abeInc
18-09-2013, 03:52 PM

yg ni kita boleh claim tak?

elenaa
20-09-2013, 10:02 AM
kawan Beli rumah lewat jugak

emoney
20-09-2013, 02:36 PM
:D:D:D

Baru pergi Tribunal Perumahan kat Purtajaya Presint 4 hari Rabu .

lewat since 2005 sampei 2013...under anak sykt Talam. Sykt baru amik alih.
Total tuntututan RM85K....layak bayaran RM50K sahaja..

Sykt pun pandai pusing..amik pelepasn & perintah mahkamah.

Pembeli tak leh buek apo..pemohonan ditolak mcm sampah..:((:((:((

emoney
20-09-2013, 02:38 PM

Macam naik court ler pulak...
Kalau sykt yg tak cerdik..jenuh membayar beb.

emoney
20-09-2013, 02:41 PM
Kes amber beli rumah kat kedah..lewat jugak dalam 4 tahun..Tajung Upaya Sdn Bhd.

Sykt istihar bangkrup..walhal baik jer dia bukak sykt baru..

dengan duit markup loan RM9K amber pun depa sebat..
makan loti lorr..:((~X(

nazting
20-09-2013, 02:43 PM
bole claim, tak silap ada dalam SnP..sebab pemaju pun akan claim daripada contractor hehe...

dulu penah jaga akaun pemaju..

abir
20-09-2013, 02:44 PM
abg aku menang kes. rumah lmbt siap.50k boustead holding sbb langgar akta ape nth

emoney
20-09-2013, 02:45 PM
bole claim, tak silap ada dalam SnP..sebab pemaju pun akan claim daripada contractor hehe...

dulu penah jaga akaun pemaju..

mmg ler boleh....coz dlm s&p ada tarikh penyerahan milikkan kosong..tapi tgk kapadda kecerdikan pemaju ler..:D

nazting
20-09-2013, 02:51 PM
mmg ler boleh....coz dlm s&p ada tarikh penyerahan milikkan kosong..tapi tgk kapadda kecerdikan pemaju ler..:D

Biasanya pemaju ni menipu pandai lar :eek::eek:

tapi takut jugak lar kalau ngadu kat KPKT tu..

emoney
20-09-2013, 02:51 PM
abg aku menang kes. rumah lmbt siap.50k boustead holding sbb langgar akta ape nth

tahniah bro..dia bagi post dated check ker...RM10K x 5 ?

ameant
20-09-2013, 02:55 PM
kes aku yg menang kes lewat serah kunci diawal thread ni..
dah dekat setahun aku buat file sbb pemaju `engkar award tribunal`.. ada lagi tunggakan dlm 8k.

yusli
21-09-2013, 09:55 AM
Sy menang award rm38k. Pemaju bawa ke mahkamh tinggi, Pemaju bagkrap 1 sen pun tk dpt

xylene
05-10-2013, 08:28 PM
Senang jer pemaju nak larikan diri. Plg senang Syarikat SDN BHD istihar bankrup.

Menang la kes berjuta pon, satu sen pon xkan dpt.
Byk kes dah aku perhati, syarikat induk power & ternama. Bukak anak syarikat milik penuh utk handle satu projek perumahan. Kalo menang saman pon, duit & aset yg ada pada ank syarikat tu jer boleh kita dpt. kita xdak hak utk tuntut pada syarikat induk.

Selalunya org mmg xder letak duit & aset dlm anak syarikat. So jika ada projek apa2 yg failed, duit syarikat induk xkan terjejas sesen pon kalo ada org nak saman.