PDA

View Full Version : Personal/Group Coaching Bagaimana Menjadi DropShipper


captainsky
23-09-2011, 11:16 AM
MENGAPA NEGARA KITA SANGAT PERLUKAN LEBIH RAMAI DROPSHIPPER?

Semua pakar ekonomi mengakui, usahawan-usahawan kecil merupakan penyelamat sesebuah negara yang diambang kemerosostan ekonomi dan bankrupsi. Peranan usahawan kecil amat penting untuk menggerakkan kembali ekonomi yang lumpuh dan meneruskan survival rakyat setempat. Oleh sebab itulah, kerajaan telah mengeluarkan berjuta-juta ringgit dana untuk membantu usahawan kecil dengan pelbagai jenis skim pinjaman dan kredit mikro. Semua ini untuk membantu mengukuhkan ekonomi dan mengelakkan inflasi. Negara yang mempunyai ramai usahawan sangat bagus untuk mengelakkan inflasi yang teruk kerana persaingan yang timbul diantara para usahawan akan mengawal inflasi.

Sebab itulah jika kita perhatikan Amerika, sejak negara Amerika dilanda krisis sub-prima bermula 2008, ramai rakyatnya yang kehilangan kerja, hutang tidak berbayar dan kos sara hidup meningkat. Krisis ini juga menyebabkan rakyatnya mula mengubah cara hidup mereka daripada suka makan gaji kepada menjadi usahawan. Kita boleh lihat, bilangan usahawan di Amerika boleh diibaratkan seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan. Usahawan-usahawan baru ini membantu negara mereka berada dalam tahap kompetitif dan mengelak daripada terjerumus ke kejatuhan yang lebih teruk.

DropShipper sangat-sangat membantu pertumbuhan usahawan kecil. Hal ini kerana, DropShipper merupakan komponen penting yang berada dalam kitaran ekonomi. Sebagaimana yang kita tahu, didalam kitaran ekonomi, terdapat 4 komponen penting iaitu sumber asli, pengilang, pembekal & penjual. DropShipper merupakan komponen yang tergolong didalam kategori 'pembekal'. Peranan pembekal yang dimainkan oleh DropShipper, telah berkembang maju. Kini DropShipper bukan saja membekal, tetapi juga membantu golongan usahawan terutamanya dalam hal modal dengan cara membenarkan para usahawan mengambil stok percuma untuk diniagakan pada harga borong. Hal ini mampu melahirkan lebih ramai usahawan dan membolehkan mereka berniaga tanpa modal, lebih-lebih lagi didalam perniagaan ONLINE. Oleh itu jangan terkejut jika ada diantara rakan anda yang memulakan perniagaan tanpa modal, kerana dengan konsep DropShip, perniagaan tanpa modal tidak mustahil lagi.



Mengapa kita perlu menjadi DropShipper?
Dengan menggunakan konsep DropShip, para usahawan cuma perlu menjual produk-produk yang ditawarkan oleh anda, ke laman web, blog, eBay, Facebook dan sebagainya. Anda tidak perlu menjual terus kepada pelanggan. Para usahawan yang akan berebut-rebut untuk menjualkan stok anda. Anda hanya perlu menjadi pembekal dan menghantar barang yang dipesan usahawan terus kepada pembeli-pembeli mereka. Dengan wujudnya konsep DropShip ini, maka anda sebagai DropShipper bukan sahaja akan turut mengaut keuntungan, malah anda juga akan melahirkan ramai usahawan dan secara langsung akan membantu memajukan ekonomi negara!



Bagaimana anda boleh menjadi DropShipper?
Anda boleh belajar secara 'hands-on' bagaimana menjadi DropShipper dengan menyertai Personal/Group Coaching yang kami tawarkan. Personal/Group Coaching ini adalah yang pertama seumpamanya di Nusantara. Dijamin, setelah tamat sesi pembelajaran, anda terus boleh buat sendiri. Kami amat pentingkan kualiti, hanya maksima 5 peserta sahaja setiap kali Personal/Group Coaching dijalankan. Yuran bagi Personal/Group Coaching adalah amat murah berbanding dengan keuntungan yang akan anda peroleh nanti. Personal/Group Coaching ini dikendalikan oleh DropShipper yang berpengalaman. Kepuasan anda dijamin!



Apakah Personal/Group Coaching ini tidak akan mengganggu periuk nasi DropShipper yang lain?
Sudah tentu tidak. Kek ekonomi untuk DropShipper sangat besar. Ianya tidak akan habis dimakan dan boleh dikongsikan bersama. Malah kita sebenarnya perlukan lebih ramai DropShipper untuk menguasai pelbagai niche industri. Oleh sebab itulah, didalam Personal/Group Coaching ini, anda akan diperkenalkan kepada beberapa jenis lubuk pemborong supaya anda boleh menilai dan memilih niche industri yang ingin anda ceburi sebagai DropShipper.



Semasa Personal/Group Coaching melawat lubuk pemborong di sekitar Kuala Lumpur, apakah jenis-jenis contoh barangan industri yang boleh didapati?
Kami ingin perkenalkan kepada anda beberapa buah lubuk pemborong yang menawarkan pelbagai niche perniagaan pada harga paling murah, mempunyai margin keuntungan yang paling tinggi dan mempunyai permintaan yang tinggi. Kami sendiri merupakan DropShipper yang mendapatkan barangan kami di lubuk ini. Ya, kami tidak akan berahsia dengan anda, kami dedahkan semuanya kepada anda! Kami akan membawa anda ke lubuk:
1. Barangan fesyen seperti pakaian lelaki, pakaian wanita & pakaian kanak-kanak dll.
2. Barangan elektronik seperti komputer, telefon pintar, gajet-gajet terkini dll.
3. Barangan kelengkapan harian seperti hiasan dalaman, aksesori wanita, produk penjagaan diri, aksesori lelaki, beg tangan, minyak wangi, dll.
4. Barangan keperluan dapur dan rumah dan juga untuk perniagaan makanan seperti pinggan mangkuk, kuali dll.



Apakah kebaikan lain yang anda dapat daripada Personal/Group Coaching ini?
1. Networking-Anda akan dapat network dengan dropshipper yang lain didalam rangkaian network kami. Ianya akan membantu anda nanti apabila barang yang dipesan oleh pelanggan tiada dalam stok anda, tapi mungkin ada dalam stok dropshipper yang lain.
2. Business Support-Kami akan support anda untuk membeli stok untuk anda. Jadi, walaupun anda berada di mana sahaja, anda boleh menjadi dropshipper. Dengan syarat, anda perlu menghadiri sesi Personal/Group Coaching ini. Bermakna, sekiranya anda di Kelantan anda perlu datang ke Kuala Lumpur untuk sesi bersama dengan kami. Kemudian, anda boleh memesan stok dan kami akan menghantarkan kepada anda stok yang anda telah beli. Anda akan cuma perlu membayar sedikit upah beli kepada kami.
3. DropShipper Nusantara-Anda akan membantu ramai usahawan kecil untuk berniaga dan meningkatkan jumlah eksport dari negara kita. Usahawan ini boleh mendapatkan stok terus dari anda dan boleh mengelakkan daripada menggunakan DropShipper luar negara seperti dari China dan sebagainya! Kita membantu memajukan ekonomi negara kita!
4. Anda juga boleh menjana duit atas angin dengan cara menjadi agent untuk Personal/Group Coaching ini. Komisyen lumayan untuk anda!



Kepuasan Dijamin! *Atau wang anda dikembalikan! Segera tempah tempat anda sekarang!



Info Personal/Group Coaching:

Part 1: Indoor (30 minit) 9.00am-9.30am
Cara pembungkusan produk
Anda akan diajarkan cara-cara membungkus barang untuk dropship

Part 2: Indoor (30 minit) 9.30am-10.00am
Cara penghantaran dropship produk
Anda akan diajarkan cara-cara penghantaran dropship produk, merekod pesanan & buku log

Part 3: Outdoor (6 jam) 10.00am-1.30pm. 2.30-5.00pm.
Lawatan ke lubuk-lubuk pemborong di sekitar Kuala Lumpur
Ekslusif! Anda akan diperkenalkan kepada lubuk pemborong yang jarang diketahui oleh orang ramai



Notis:
1. Makan: sendiri
2. Nota disediakan
3. Etika pakaian: Santai & Sopan
4. Kapasiti: 1 hingga 5 orang sahaja
5. Solat pada waktu rehat (1.30pm-2.30pm)
6. Yuran: Personal coaching RM1500 atau Group Coaching RM740 seorang.
7. Jangkamasa Personal/Group Coaching: 8 jam (1jam indoor/1jam rehat/6jam outdoor)
8. Pengambilan group pada 2/10/2011.( segala perubahan tarikh akan diberitahu.



P/s:
1. Personal/Group Coaching diadakan pada setiap hari, 9am hingga 5pm
2. *Wang anda akan dikembalikan sekiranya cukup satu jam, anda mahu balik
3. Suka diingatkan bahawa anda digalakkan membawa duit lebih untuk memborong nanti



Segera tempah tempat anda sekarang:
1. Bayar ke akaun Maybank 151258526047 diatas nama Mohd hafifi jamaludin
2. Emailkan bukti pembayaran, nama & no. telefon anda kepada mhafifi86@gmail.com
3. Untuk pertanyaan lanjut, sila sms ke 017-7311360

Ham
01-10-2011, 08:58 PM
Dah ade org join ke PC ni..