PDA

View Full Version : Sapa Kat Sini Tau Procedure camana nak Apply Tanah Kerajaan/ Tanah TNB untuk di Sewa.

UlaQ_KaPaK
05-01-2008, 07:18 PM
Assalamualaikum...

Rasanya takde lagi kot thread ni kat sini...
So, aku tolong bukak la...mana tau kot-kot la dalam ramai-ramai forumer ni, ada jugak yang keja ngan Pejabat Tanah atau Sedara-mara dia Keja Pejabat Tanah dan sebagai nya...

Aku ada dengar pasai tanah kerajaan yang masih belum dimajukan....ada banyak dalam Malaysia ni...Tapi camana caranya nak apply untuk disewa tanah-tanah tu?

Procedure pejabat tanah untuk tiap-tiap negara sama ke tak...?

Diharap, sesapa yang ada ilmu tu, mintak-mintak la dikembangkan untuk pengetahuan kawan2 semua...

P/S - Fokus Untuk Tanah Pertanian Sahaja...tapi kalo ada untuk lain2 jenis tanah...bleh jugak share..:D

UlaQ_KaPaK
10-01-2008, 04:04 AM
Laa...tak dak ka orang yang tau pasal tanah kat CG nih...:-?

wak
10-01-2008, 10:53 AM
Laa...tak dak ka orang yang tau pasal tanah kat CG nih...:-?

Kalo x silap wak,utk tanah TNB yg ada High tension tower tu leh jmpa kat pejabat TMNB daerah.Rasanya x sewa tp kalu nak tanam pokok x leh tinggi lebih 2 meter kot(wak x sure had ketinggian tu)...tp kalo stakat nak tanam SERAI peha Ayam tu elok sgt la...:)paid

p/s:sumber dr kawan yg keje kat TNB joho.

fordLASER
10-01-2008, 11:01 AM
klau tanah rezab melayu... abg spupu aku penah teroka dan apply... caranya, cari member kat pejabat tanah, tanya mana kawasan tanah yg masih kosong (blum berhakmilik), dah dpt kawasan 2, teroka la, lpas 2 bayar licenced surveyor untuk buat survey dan plan demarkation, darpd plan 2 buat surat application memohon tanah tersebut... proses ambil masa lama.... tp masaalahnya... bila abg spupu aku check kat pejabat tanah lepas setahun apply... tanah 2 dah jd milik orang lain.... buang masa jer....

ToK_SeLamPit
10-01-2008, 01:46 PM
Procedure permohonan tanah ni berlainan dari satu negeri ke satu negeri... malahan ada juga kadang kala perbedzaan antara satu daerah dgn daerah yang lain....

Lebih dari itu permohonan persendirian dan syarikat pun berlainan. Malahan tujuan permohonan itu perlu dipastikan dulu
adakah permohonan untuk hakmilik, Lesen Pendudukan Sementara (LPS atau juga dipanggil Lesen Tumpangan Sementara _ Tanah TOL)
Pajakan dan sebagainya.
Samada di atas tanah KOSONG Kerajaan atau pun ditas Tanah RIZAB KERAJAAN....uihh cerita kang panjang nih...

Bebalik pada permohonan tanah diatas tanah LALUAN SIMPANAN ELEKTRIK..
Ini pun kena kepastian.....
Pastikan dulu sama Laluan talian tersebut sememangnya atas tanah kerajaan yang mana pengambilan balik tanah telah dibuat (bermaksud tanah tersebut asalnya tanah milik dan proses pengambilan balik selesai.
Tuan punya tanah telah mendapat bayaran nilaian yang dibuat atas pengambilan tersebut.
Kebiasaanya Pentadbir Tanah Daerah bole mengeluarkan Lesen Pendudukan Sementara atas kawasan tersebut bagi tujuan tanaman sayuran contohnya, tetapi berlainan sekiranya pemilik asal tanah tersebut diberikan hanya gantirugi akibat tanahnya digunakan bagi tujuan laluan simpanan elektrik tersebut.
Ini kerana pemilikan tanah tersebut masih kekal dipegang oleh tuanpunya asal oleh itu pentadbir Tanah tidak bole mengeluarkan satu lesen pendudukan sementara apalagi untk melupuskan tanah tersebut kepada orang lain.
cukup setakat ni dulu. ilmu pun kurang....tul tak chakkoi74 kih2.. sambung lain kali... perut sakit... heheh.

cakkoi74
10-01-2008, 01:59 PM
Procedure permohonan tanah ni berlainan dari satu negeri ke satu negeri... malahan ada juga kadang kala perbedzaan antara satu daerah dgn daerah yang lain....

Lebih dari itu permohonan persendirian dan syarikat pun berlainan. Malahan tujuan permohonan itu perlu dipastikan dulu
adakah permohonan untuk hakmilik, Lesen Pendudukan Sementara (LPS atau juga dipanggil Lesen Tumpangan Sementara _ Tanah TOL)
Pajakan dan sebagainya.
Samada di atas tanah Kerajaan atau pun ditas Tanah RIZAB KERAJAAN....uihh cerita kang panjang nih...

Bebalik pada permohonan tanah diatas tanah LALUAN SIMPANAN ELEKTRIK..
Ini pun kena kepastian.....
Pastikan dulu sama Laluan talian tersebut sememangnya atas tanah kerajaan yang mana pengambilan balik tanah telah dibuat (bermaksud tanah tersebut asalnya tanah milik dan proses pengambilan balik selesai.
Tuan punya tanah telah mendapat bayaran nilaian yang dibuat atas pengambilan tersebut.
Kebiasaanya Pentadbir Tanah Daerah bole mengeluarkan Lesen Pendudukan Sementara atas kawasan tersebut bagi tujuan tanaman sayuran contohnya, tetapi berlainan sekiranya pemilik asal tanah tersebut diberikan hanya gantirugi akibat tanahnya digunakan bagi tujuan laluan simpanan elektrik tersebut.
Ini kerana pemilikan tanah tersebut masih kekal dipegang oleh tuanpunya asal oleh itu pentadbir Tanah tidak bole mengeluarkan satu lesen pendudukan sementara apalagi untk melupuskan tanah tersebut kepada orang lain.
cukup setakat ni dulu. ilmu pun kurang....tul tak chakkoi74 kih2.. sambung lain kali... perut sakit... heheh.

betui tokkk... dah dapat ka casing digital cam tue... semalam pagi saya post....

ToK_SeLamPit
10-01-2008, 02:03 PM
off topic...

Lum bro... nunggu nih...
ko nak cari tanah tak...hehhehe

ToK_SeLamPit
10-01-2008, 02:12 PM
Sambung sikit lagi... pasai ada masa..
Tanah juga terbahagi kepada beberapa kategori...

1. Tanah Simpanan Melayu dan Bukan Rizab Melayu..
Kalau nak detail lagi kang...Kena baca Istilah Melayu mengikut KTN. ( Kanun Tanah Negara)
- (TSM Atau dipanggil Tanah Rizab Melayu)

2. Tanah Desa, Pekan dan Bandar....

Nih pun ada kaitan dalam kita membuat permohonan tanah..

3. Keluasan tanah yang dipohon....
Ini juga akan menentukan berapa bayaran permohonan..

4. Apakah Tujuan Permohonan...
untuk Lesen Pendudukan Sementara, Secara Hakmilik, atau Pajakan.

5. Permohonan Persendirian atau syarikat...
Tak semua syarikat yang bole mohon tanah....tambahan kalau stakat entprise ajer..
sepengetahuan saya Ent tak layak mohon...mesti SDN BHD.
Kalau mohon atas tanah RIZAB MELAYU...ada lain sikit...kita kena baca dia punya
memorandum of Article dia... tengok form 24, form 49 dll..
adakah layak syarikat tersebut bergelar syarikat Melayu...camner dia punya share holder..
uish lagi panjang lak... letih aku..... hehehe

cakkoi74
10-01-2008, 02:17 PM
off topic...

Lum bro... nunggu nih...
ko nak cari tanah tak...hehhehe

tanah kat tempat saya nih dah banyak... sampai dah runtuh hari tuh.... muehehehehehe :)) :))

ToK_SeLamPit
10-01-2008, 02:20 PM
aku seronok citer tanah...nih...
sapa2 ada masaalh...meh kita konsi sama2...
nambah pengetahuan...
TAnpa bayaran....jumpa nanti leh minum...tul tak cakkoi..?
best deal bro nih....habis semua dijualnya..tapi jgn sampai jual tanah mertua dah ler....sorry gurau..

ToK_SeLamPit
10-01-2008, 02:24 PM
untuk pengetahuan di melaka dan NS... ada satu kategori tanah lagi...tanah adat..Customary LAnd...hih..ni lagi panjang citer..
apa2 pun sekiranya diluluskan nanti pindaan pada KTN -Kanun tanah Negara... mengenai pecah bahagian atau Pecah sempadan bagi tanah pertanian yang kurang dari 1 ekar.. akan memberi banyak kebaikan kepada pemilik tanah yang selalu gaduh2..pasal sempadan tanah...hehe

cakkoi74
10-01-2008, 02:26 PM
aku seronok citer tanah...nih...
sapa2 ada masaalh...meh kita konsi sama2...
nambah pengetahuan...
TAnpa bayaran....jumpa nanti leh minum...tul tak cakkoi..?
best deal bro nih....habis semua dijualnya..tapi jgn sampai jual tanah mertua dah ler....sorry gurau..

hueheheheheh.... dah ratakan dah.... siap buat parit... mabe 3-4 bulan lagi start buat umah kot... insyaallah...

ToK_SeLamPit
10-01-2008, 02:27 PM
Tapi hebatnya di Perlis...negeri nih..takder...Pentadbir Tanah Daerah..

Sana ada Pengarah Tanah Negeri Ajer..Satu perlis dia jaga..
Jadik semua urusan tanah kena gi KAT PTG perlis ajer..kat bandar tuh...

cakkoi74
10-01-2008, 02:28 PM

betui.... pasai tuh service dia slow.... satu state dia jaga.... eheheheheehehe #:-S

ToK_SeLamPit
10-01-2008, 02:33 PM
Aku sambung sikit ajer lagi pasai permohonan tanah nih..
sebelum aku chowww..

Tanah pertanian tidak bole diberi milik kalau ianya kurang dari satu ekar untuk pertanian...nih memang ada tercatit dlm Kanun Tanah negara...kecuali tanah terpulau (tersepit) apa makna tanah tersepit atau terpulau...nanti aku citer.
dulu ada satu Perwakilan KUASA..yang mana PIHAK BERKUASA NEGERI membolehkan Pentadbir TAnah DAerah meluluskan tanah tersebut...
kalau ada masa nanti aku trangkan step2.. yang dilalui untuk kelulusan atau penolakan sesuatu permohonan tanah...
dari awal permohonan dibuat..... sampai terima jawapannya...
dan seterusnya pendaftaran hakmilik...dalam kes tanah nih..banyak istilah/takrifan..
harap penerangan yang tak seberapa nih dah dapat membantu...
Hang pi makan dulu sdr chakkoi..lauk sedap arinih..pasai cuti..

cakkoi74
10-01-2008, 02:38 PM
sebut pasai tanah pertanian.. nih ada satu kes sampai skrg belum settle....

Klik Sini >>Petronas Sungai Buluh<< (http://www.bloglah.org/Jeffooi/2007/10/23/Is_Petronas_Dagangan_above_the_law_)

ToK_SeLamPit
10-01-2008, 02:41 PM
Tapi aper pun Perlis nih hebatnya dia yang mula dulu bab tanah..
sebab Perlis negeri dia kecil ..Gov bole implement sesuatu dinegeri ni dulu..pastu baru turun kat negeri lain..Contoh Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer..SPTB..

ToK_SeLamPit
10-01-2008, 02:43 PM
Bro..I reserve my comment...hehhe..
Tu bab penguatkuasaan...
audit dah jumpa hehheee

cakkoi74
10-01-2008, 02:45 PM
Hang pi makan dulu sdr chakkoi..lauk sedap arinih..pasai cuti..

hueueueuee... ari nih bini masa best... ada pulak tuh ikan pari kering goreng... pehhhh ulam2.. campoq ayaq asam... pehhh...
:eek: :eek:

[p/s : mintak maap tuan tanah... merapu kat forum hang no... bukan apa... lama tak sembang dgn tok selampit nie... ehehehehehe]

ToK_SeLamPit
10-01-2008, 02:47 PM
Dan sepekara lagi bergantung pada state gov.
kes2 camnih banyak...
Ada negeri mengenakan premium yang tinggi sesuatu tujuan/kategori penggunaan tanah....ada yang murah..
APa yang penting Tanah adalah dibawah Bidang Kuasa Kerajaan Negeri..

Penah kita bacakan kerajaan Negeri meluluskan tanah dengan kadar Nominal...inggit ajer...
Ni sebab nak tarik pembangunaan ke sesuatu negeri tersebut..
apa yang perlu kita ingat Kuasa Siapa Meluluskan..

nofa
10-01-2008, 02:48 PM
Aku sambung sikit ajer lagi pasai permohonan tanah nih..
sebelum aku chowww..

Tanah pertanian tidak bole diberi milik kalau ianya kurang dari satu ekar untuk pertanian...nih memang ada tercatit dlm Kanun Tanah negara...kecuali tanah terpulau (tersepit) apa makna tanah tersepit atau terpulau...nanti aku citer.
dulu ada satu Perwakilan KUASA..yang mana PIHAK BERKUASA NEGERI membolehkan Pentadbir TAnah DAerah meluluskan tanah tersebut...
kalau ada masa nanti aku trangkan step2.. yang dilalui untuk kelulusan atau penolakan sesuatu permohonan tanah...
dari awal permohonan dibuat..... sampai terima jawapannya...
dan seterusnya pendaftaran hakmilik...dalam kes tanah nih..banyak istilah/takrifan..
harap penerangan yang tak seberapa nih dah dapat membantu...
Hang pi makan dulu sdr chakkoi..lauk sedap arinih..pasai cuti..

salam bro nak tanya sikit aku ada tanah yg aku usahakan menanam sayuran, tanah nie lebih 1 ekar n tanah terpulau(pulau) coz kiri kanan sungai, tanah kerajaan lah, jadi apa pendapat bro pasal tanah nie, nk wat rumah mmg x leh sbb banjir, kalau mohon utk milik cam mana, adakah melalui syrikat sdn bhd........ maaf la x reti nk susun ayat bab tanah nie:D
________
MERCEDES-BENZ W123 (http://www.mercedes-wiki.com/wiki/Mercedes-Benz_W123)

ToK_SeLamPit
10-01-2008, 02:56 PM
ok kenkawan..sy kuar dulu..
ada masa kita sambung lagi...
tapi kat sini kita citer sepintas lalu ajer..
dalam2 ..tak bole...kih2..
kita guna ruangan nih..untuk tukar2 pengalaman..

bro chakoi..aku org kampung
gulai sayur angkis dan goreng ikan lais ajer..
uih tu dah cukup best..hang banyak masuk bulan nih...hehhe

ToK_SeLamPit
10-01-2008, 02:58 PM
Bro Nofa..

Hang tinggal negeri maner?

ToK_SeLamPit
10-01-2008, 03:03 PM
oklah dia dah takder (nofa)

Pandangan saya...
Beliau seharusnya pergi ke Pejabat Tanah Berhampiran
dan buat permohonan untuk LPS/LTS atau TOL...sama jer maksudnya.

Pertama apa yang sya faham tanah nih berhampiran sungai..
sdr sendiri maklumkan kerap banjir..
dalam membuat penilaian setiap kes permohonan tanah..
pandangan jabatan mmg diambil kira..
JPS tentu kata.. tak sesuai..kawasan rendah mudah banjir..bagitu juga komen jab. Perancang Bandar dan Desa..
dan satu nasihat saya lagi buat permohonan secara persendirian ajer..tak memerlukan kita mendaftarkan sykt untuk memohon..

ToK_SeLamPit
10-01-2008, 03:06 PM
Tentang bayaran permohonan..
bergantung kepada negeri tersebut..
Ada negeri yang mengenakan bayaran mengikut kadar yang ditentukan oleh Kaedah Peraturan Tanah Negeri..
Ada negeri cuma mengenakan.
1. bayaran Pendaftaran permohonan RM 20
2. bayaran Pelan RM 11.00
3. Sertakan Salinan Photastat suami dan Isteri.
4. Isi borang Permohonan Tanah Secara Lesen Pendudukan Sementara..
selepas selesai membuat pembayaran tersebut...kalau bole cuba dapatkan
No fail Rujukan.... bagi memudahkan sebarang pertanayaan untuk menentukan status/kedudukan permohonan tersebut di masa akan datang... ada juga Pentadbir Tanah yang akan mengahantar No rujukan permohonan tersebut kumundian selepas fail didaftarkan...itu bergantung pada PTD daerah berkenaan.. tq.

ToK_SeLamPit
10-01-2008, 03:12 PM
Jawapan saya hanya sebagai panduan..
sebab Peraturan Tanah negeri berbedza2..
cuma sekadar panduan..

Dan Untuk makluman..
Permohonan secara LPS/TOL..bayaran cuma RM 20 ajer
tak kira luas kawasan yang dipohon berbedza secara pemberimilikan secara hakmilik (bergeran)
bayaran pendaftaran permohonan bergantung kepada luas kawasan yang dipohon..tq.

p/s. sekadar pandangan.

ToK_SeLamPit
10-01-2008, 03:15 PM
ok.... takder apa2 lagi ...babai..

nofa
10-01-2008, 05:12 PM
thank you bro, kerna bagi pendapat.... sy tinggal kat kelantan:) , bro nie keje bhgian nie ke?
________
BUY HOT BOX (http://www.vaporshop.com/hotbox-vaporizer.html)

ToK_SeLamPit
10-01-2008, 10:09 PM
Bro ini tidak bermaksud hang hanya bole mohon secara LPS sja.
hang jugak bole mohon secara hakmilik malahan bole mohon kedua2 nya skali..hakmilik dan LPS.
Secara LPS hang akan kena bayar tiap2 taun untuk renewal.
Lps tak bole di pindahmilik pada orang lain.
Perlu diperbaharui dan bila gomen nak dia bole batalkan LPS tersebut bila2 masa ajer tanpa gantirugi.
Cadangan saya kalau sukar dapat hakmilik ..mohon ajer LPS dulu pas tiga taun pegang LPS tu mohon lak secara hakmilik atas lot berkenaan...cuba2..mana tau dapat gran lak..hehhe
Lps nih hanya untuk tanaman jangka pendek...sayuran,tanaman kontan dll. bye..

p/s: skadar pandangan

UlaQ_KaPaK
10-01-2008, 10:36 PM
hueheheheheh.... dah ratakan dah.... siap buat parit... mabe 3-4 bulan lagi start buat umah kot... insyaallah...

Ko nak buat projek ape Bro..? :D
Share-share la sama kat sini..:D boleh bikin networking bumiputera..:D

UlaQ_KaPaK
10-01-2008, 10:46 PM
Bro ini tidak bermaksud hang hanya bole mohon secara LPS sja.
hang jugak bole mohon secara hakmilik malahan bole mohon kedua2 nya skali..hakmilik dan LPS.
Secara LPS hang akan kena bayar tiap2 taun untuk renewal.
Lps tak bole di pindahmilik pada orang lain.
Perlu diperbaharui dan bila gomen nak dia bole batalkan LPS tersebut bila2 masa ajer tanpa gantirugi.
Cadangan saya kalau sukar dapat hakmilik ..mohon ajer LPS dulu pas tiga taun pegang LPS tu mohon lak secara hakmilik atas lot berkenaan...cuba2..mana tau dapat gran lak..hehhe
Lps nih hanya untuk tanaman jangka pendek...sayuran,tanaman kontan dll. bye..

p/s: skadar pandangan

Waa..banyak ilmu Tok Selampit nih pasal tanah...terima kasih byk2.. Ni mambang tanah ke ni...hehehe :D.

Sy ada satu soalan la..contohnya sy anak watan Penang...tapi nak memohon tanah (LPS) kat kawasan negeri lain. Bleh ke tak..?
Selalunya proses untuk dapat kelulusan atau keputusan tu makan masa berapa lama ye Tok Selampit?
Soalan susulan..contoh nya saya nak pohon tanah di daerah kulim, boleh tak saya buat permohonan di Pejabat Tanah Daerah lain tapi satu negeri (Contoh Daerah Kota Setar)...adakah permohonan saya akan dihantar ke pejabat tanah kulim, atau memang saya perlu pergi ke pejabat tanah di daerah kulim sendiri.

Bila baca tiap2 post tok selampit ni...mak aihhh...poning palo ehh pasal tanah nih...:D

ToK_SeLamPit
10-01-2008, 10:59 PM
Sdr bole mohon tanah di Negeri lain...
Tapi ada Negeri yang tak membenarkan orang bukan asal Negeri itu untuk memohon tanah kalau dahulunya Negeri Kelantan.. tapi saya tak tau samada Undang2 tersebut telah dipinda atau sebaliknya..
Tapi setakat N.s dan selangor..still bole..

Proses permohonan itu untuk mendapat kelulusan bergantung pada jabatan berkenaan.. cepat dia proses..cepatlah dapat keputusan..
Proses ini panjang..
nak dapat pandangan Jabatan Teknikal atas kawasan yg dipohon..
Lawatan atas tanah...
Pertimbangan PTD ( Pentadbir Tanah Daerah)
Masuk JKTD _ Jawatankuasa Tanah daerah
Hantar PTG...
Masuk unit MMK
Exco bersidang...( Biasanya kat sini dah dapat jawapan..)

Turun semula PTG.
Turun PTD..
baru hantar surat kelulusan/penolakan.

Jawapan seterusnya..
Permohonan tanah hendaklah dikemukakan kepada Pentadbir Tanah Daerah Berkenaan..

Harap jawapan dapat membantu... tq

UlaQ_KaPaK
10-01-2008, 11:12 PM

Tq..Tok bagi penerangan...soalan tu plak camana ? :D

Soalan susulan..contoh nya saya nak pohon tanah di daerah kulim, boleh tak saya buat permohonan di Pejabat Tanah Daerah lain tapi satu negeri (Contoh Daerah Kota Setar)...adakah permohonan saya akan dihantar ke pejabat tanah kulim, atau memang saya perlu pergi ke pejabat tanah di daerah kulim sendiri.

cakkoi74
10-01-2008, 11:13 PM
Ko nak buat projek ape Bro..? :D
Share-share la sama kat sini..:D boleh bikin networking bumiputera..:D

bukan nak buat projek bro... aku nak buat umah... muehehehe

aidiryatim
10-01-2008, 11:14 PM
Assalamualaikum...

Rasanya takde lagi kot thread ni kat sini...
So, aku tolong bukak la...mana tau kot-kot la dalam ramai-ramai forumer ni, ada jugak yang keja ngan Pejabat Tanah atau Sedara-mara dia Keja Pejabat Tanah dan sebagai nya...

Aku ada dengar pasai tanah kerajaan yang masih belum dimajukan....ada banyak dalam Malaysia ni...Tapi camana caranya nak apply untuk disewa tanah-tanah tu?

Procedure pejabat tanah untuk tiap-tiap negara sama ke tak...?

Diharap, sesapa yang ada ilmu tu, mintak-mintak la dikembangkan untuk pengetahuan kawan2 semua...

P/S - Fokus Untuk Tanah Pertanian Sahaja...tapi kalo ada untuk lain2 jenis tanah...bleh jugak share..:D

wassalam.. saje tny . ni nk wat tanam serai ker:"> alhamdulillah.. moga berjaya

cakkoi74
10-01-2008, 11:18 PM
Waa..banyak ilmu Tok Selampit nih pasal tanah...terima kasih byk2.. Ni mambang tanah ke ni...hehehe :D.

Sy ada satu soalan la..contohnya sy anak watan Penang...tapi nak memohon tanah (LPS) kat kawasan negeri lain. Bleh ke tak..?
Selalunya proses untuk dapat kelulusan atau keputusan tu makan masa berapa lama ye Tok Selampit?
Soalan susulan..contoh nya saya nak pohon tanah di daerah kulim, boleh tak saya buat permohonan di Pejabat Tanah Daerah lain tapi satu negeri (Contoh Daerah Kota Setar)...adakah permohonan saya akan dihantar ke pejabat tanah kulim, atau memang saya perlu pergi ke pejabat tanah di daerah kulim sendiri.

Bila baca tiap2 post tok selampit ni...mak aihhh...poning palo ehh pasal tanah nih...:D

untuk pengetahuan ngko bro... tok selampit nih adalah menteri tanah.... muehehehe tak gitu tok? :p

UlaQ_KaPaK
10-01-2008, 11:19 PM
wassalam.. saje tny . ni nk wat tanam serai ker:"> alhamdulillah.. moga berjaya

Tak jugak..:D. Just sebagai pengetahuan awal untuk buat rizab projek2 akan datang :D. Cita-cita nak jadi usahawan tani plak...dah cemuih makan gaji...tak dapat kepuasan arr...:D.

Untuk serai tu dah ada tanah dah..:D.

UlaQ_KaPaK
10-01-2008, 11:20 PM
bukan nak buat projek bro... aku nak buat umah... muehehehe

Ooo..dah start ke? :D

cakkoi74
10-01-2008, 11:39 PM
Ooo..dah start ke? :D

baru tolak tanah... insyaallah 2-3 bulan lagi start... pulus belum cukup...

cakkoi74
10-01-2008, 11:41 PM
Tak jugak..:D. Just sebagai pengetahuan awal untuk buat rizab projek2 akan datang :D. Cita-cita nak jadi usahawan tani plak...dah cemuih makan gaji...tak dapat kepuasan arr...:D.

Untuk serai tu dah ada tanah dah..:D.

usahawan tani?? kalu nak info pasal pertanian leh contact aku bro... aku kat jabatan pertanian.. insyaallah aku boleh guide ngko kepada orang2 yg berkenaan...

ToK_SeLamPit
11-01-2008, 01:27 AM
bro...

Jawapan bkaitan kulim dan kota star dah jawap...sekali..
Kalau mohon tanah kat kota Star kena pegi kat kota star..
kalau kat kulim kena pegi kat kulim....mengikut Pentadbir Tanah daerah Berkenaan....
Kalau dah complete form tuh...sebenarnya kita poskan ajer bole...
Kanun tanah Negara tak menghendaki kita hadir...

Tapi kalau tak pegi camner nak nentukan lot yang nak dipohon..tul tak..
maksud saya bole poskan tadi...bila urusan awal dah dibuat kat Pejabat Tanah berkenaa,,,pastu kita bawak balik borang tuh..
kita boleh poskan pastu...

Menteri Pertanian pun ada kat sini...
ada peruntukan pinjaman modal tak....( yang tak perlu bayar semula...kih2...kih..sorry bro..gurau..musim chukanan kasik tau arrr antar kat sy selori...)

UlaQ_KaPaK
11-01-2008, 01:48 AM
usahawan tani?? kalu nak info pasal pertanian leh contact aku bro... aku kat jabatan pertanian.. insyaallah aku boleh guide ngko kepada orang2 yg berkenaan...

oo..ye ke...alhamdulillah..akhirnya tercipta jugak satu jaringan aku dgn orang jabatan pertanian..

keep in touch...:D Ada YM ?

aku punya YM - manai10

UlaQ_KaPaK
11-01-2008, 01:50 AM
bro...

Jawapan bkaitan kulim dan kota star dah jawap...sekali..
Kalau mohon tanah kat kota Star kena pegi kat kota star..
kalau kat kulim kena pegi kat kulim....mengikut Pentadbir Tanah daerah Berkenaan....
Kalau dah complete form tuh...sebenarnya kita poskan ajer bole...
Kanun tanah Negara tak menghendaki kita hadir...

Tapi kalau tak pegi camner nak nentukan lot yang nak dipohon..tul tak..
maksud saya bole poskan tadi...bila urusan awal dah dibuat kat Pejabat Tanah berkenaa,,,pastu kita bawak balik borang tuh..
kita boleh poskan pastu...

Menteri Pertanian pun ada kat sini...
ada peruntukan pinjaman modal tak....( yang tak perlu bayar semula...kih2...kih..sorry bro..gurau..musim chukanan kasik tau arrr antar kat sy selori...)

Hehehe..ada jugak no orang bagi pinjam duit...tapi tak yah bayar balik...:D

by the way, terima kasih atas segala info, amat berguna nih..:D. Semoga dimurahkan rezeQi. InsyaAllah...

ToK_SeLamPit
11-01-2008, 12:54 PM
aku hanya cuba membantu....setakat yang aku tau...
dan kalau salah....pasal lain negeri lain procedure aku minta maap...tapi tak jauh bezanya...insyALLAH...
babai.....

UlaQ_KaPaK
11-01-2008, 09:48 PM
aku hanya cuba membantu....setakat yang aku tau...
dan kalau salah....pasal lain negeri lain procedure aku minta maap...tapi tak jauh bezanya...insyALLAH...
babai.....

Ehh..ok la tu...at least direction tu dah ada...lepas ni senang la nak buat keja..:D.

TQ byk2..

Soalan tambahan...
Tok, Kalo tanah pusaka plak camana ? Let say la..ada tanah pusaka orang tua...takde geran..
Kalo nak buat geran terus pecah/bahagi ke anak-anak plak kena pi bahagian mana kat pejabat tanah tu..? Ke bahagian yang sama untuk urusan permohonan tanah..? :-?

ToK_SeLamPit
12-01-2008, 12:20 AM
ishhhh..
Thread nih..asal mohon tanah...dan kembang lak jadinya..
okeh...

Soalan pokok tanah pesaka geran hilang pastu nak pecah bahagian..
1. Mohon Bicara Kuasa.
Dapatkan borang permohonan
sertakan keperluannya...sijil mati, salinan kad pengenalan, salinan surat nikah..kalau tuntutan suami/isteri,sijil lahir penuntut pesaka. salinan hakmilik kekadang ada keperluan resit cukai tahunan dan ada sebahagian Pentadbiran Tanah Daerah dia nak Sijil Carian Resmi (bole dipohon di Pejabat Tanah Berkenaan)
Pastu waris2 yang menuntut akan dipanggil hadir untuk perbicaaran yang akan dikendalikan oleh Pegawai Pusaka. Mana waris yang tak dapat hadir dikehendaki mengisi satu borang perakuan yang mengatakan bersetuju dgn keputusan bicara, dan borang ini perlu ditandatangi di hadapan Pentadbir Tanah Daerah,pesuruhjaya sumpah atau majestret.
Selesaikan Kes Tuntutan Pesaka nih dulu...sehingga satu Perintah di keluarkan oleh Pentadbiran Pejabat Tanah Berkenaan yang mana perintah tersebut menyatakan bahawasenya tanah ini dapat oleh sipolan bin sipolan dangan bahagian sekian banyak....hehehheh.
Bawa perintah nih kat bahagian Pendaftaran Pejabat Tanah (Unit Pesaka Kecil) untuk didaftarkan.Setelah didaftarkan oleh PTD (Pentadbir Tanah Daerah) dia akan memaklumkan supaya ambil semula grant tanah tersebut.

Pastu tu nanti bolelah mohon proses kedua Pecah Bahagian Tanah...
Sebelum aku jelaskan kat sini....nak tau jugak berapa keluasan tanah tersebut dan berapa nama yang didaftarkan atas hakmilik (grant tersebut) sorang ke atau pemilik bersama....
nanti aku sambung...panjang sangat dah nih...

ToK_SeLamPit
12-01-2008, 12:21 AM
aiiii lupalak aku nak jawap pasai geran ilang...
aku minum duluuuuu..

ToK_SeLamPit
12-01-2008, 01:13 PM
Kebiasaannya pecah bahagian tanah diuruskan oleh
Jurukur Berlesen.

Tuan hanya perlu melantik Jurukur Berlesen yang mana pihak ini akan menguruskannya dan berhubung dengan Pihak Berkuasa Tempatan dan Pentadbir Tanah Daerah berkenaan.Dari segi bayaran perkhidmatan menggunakan JURUKUR BERLESEN tuan bole berhubung terus dgn pihak berkenaan untuk merundingkannya. Kebiasaanya Jurukur ini telah menentukan kadar bayaran mengikut Jadualnya yang sedia ada..tapi masih boleh mendapat sedikit pengurangan.Perlu dingatkan bahawa pecah bahagian tanah (Kegunaan pertanian) hanya boleh mengikut Kanun Tanah Negara sekiranya pegangan atau syer tanah ini tidak kurang dari 1 ekar.
Contoh.

Hakmilik: GERAN 11783
LOT: 18325
Luas: 1.6 hektar (4 ekar )
MUKIM: JEJAWI
Kegunaan: Pertanian
Syarat Nyata: Dusun
Pemilik:
1. Ali bin Abu 1/4 bahagian
2. Nyoya bin Apek 1/4 Bahagian
3. sawi binti bayam 1/4 Bahagian
4. Terung bin Bacang 1/4 bahagian

Tanah ini boleh dipecah bahagian kerana bahagiannya
setelah dipecahkan bersamaan 1 ekar (0.4047 ha)bagi tiap tiap lot.Tetapi sekiranya bahagian kurang dari 1 ekar/0.4047 ha setelah dipecahkan KTN tidak membenarkannya kecuali tanah tersebut perlu ditukar dari segi penggunaannya dari pertanian kepada Kediaman. Walaupun KTN membolehkan saudara memecahkan bahagian tanah tersebut dengan syarat ditukar dari segi penggunaan tanah dari pertanian kepada Kediaman tuan harus mengambil kira premium yang akan dikenakan berdasarkan nilaian tanah kediaman dan cukai tahunannya nanti yang sudah tentunya meningkat kerana cukai tanah pertanian amat berbedza dengan cukai tanah untuk kediaman...
sekian dahulu harap maklumat ini dapat membantu...
dan sekiranya ada pandangan yang berlainan meh kita kongsi..

UlaQ_KaPaK
12-01-2008, 07:56 PM
ishhhh..
Thread nih..asal mohon tanah...dan kembang lak jadinya..
okeh...

Soalan pokok tanah pesaka geran hilang pastu nak pecah bahagian..
1. Mohon Bicara Kuasa.
Dapatkan borang permohonan
sertakan keperluannya...sijil mati, salinan kad pengenalan, salinan surat nikah..kalau tuntutan suami/isteri,sijil lahir penuntut pesaka. salinan hakmilik kekadang ada keperluan resit cukai tahunan dan ada sebahagian Pentadbiran Tanah Daerah dia nak Sijil Carian Resmi (bole dipohon di Pejabat Tanah Berkenaan)
Pastu waris2 yang menuntut akan dipanggil hadir untuk perbicaaran yang akan dikendalikan oleh Pegawai Pusaka. Mana waris yang tak dapat hadir dikehendaki mengisi satu borang perakuan yang mengatakan bersetuju dgn keputusan bicara, dan borang ini perlu ditandatangi di hadapan Pentadbir Tanah Daerah,pesuruhjaya sumpah atau majestret.
Selesaikan Kes Tuntutan Pesaka nih dulu...sehingga satu Perintah di keluarkan oleh Pentadbiran Pejabat Tanah Berkenaan yang mana perintah tersebut menyatakan bahawasenya tanah ini dapat oleh sipolan bin sipolan dangan bahagian sekian banyak....hehehheh.
Bawa perintah nih kat bahagian Pendaftaran Pejabat Tanah (Unit Pesaka Kecil) untuk didaftarkan.Setelah didaftarkan oleh PTD (Pentadbir Tanah Daerah) dia akan memaklumkan supaya ambil semula grant tanah tersebut.

Pastu tu nanti bolelah mohon proses kedua Pecah Bahagian Tanah...
Sebelum aku jelaskan kat sini....nak tau jugak berapa keluasan tanah tersebut dan berapa nama yang didaftarkan atas hakmilik (grant tersebut) sorang ke atau pemilik bersama....
nanti aku sambung...panjang sangat dah nih...

Tanah pusaka tu ada la dalam 20 ekar tak salah aku...bilangan pewaris ade 10orang..kira layak la untuk pecah lot..:D. tak kurang dari 1 ekar untuk tanah pertanian kan...camana plak syarat untuk tanah kediaman..? Ada luas minima jugak ke...kalo ade berapa luas nye tok..?

mintak maaf la tok byk soalan, bukannya apa...sy ni anak sulung...besok ape2 hal kita la nak kena urus..so, baik belajar dari sekarang...kang esok dah tua dah tak larat nak lari sana sini...:D. tak gitu tok...:D?

ToK_SeLamPit
12-01-2008, 09:42 PM

Emmmmm..
tul tuh pengetahuan tu amat berguna nanti,,

aku sambung sikit lagi..
untuk tanah penggunaannya adalah bangunan
tak jadik masaalah..

kih2..luas tanah hang...20 ekar..
tapi kalau 20 ekar tuh nak dipecahkan pada 10 hakmilik
banyak kosnyer tuh...hehhee
aku tu ari 6 ekar pecah pada 2 hakmilik kena 6 ribu lebey...
hhii...kkkk bye,

ToK_SeLamPit
12-01-2008, 09:50 PM
lagi sambung...

Kategori tanah yang biasa
adalah.

1. Pertanian
2. Bangunan
3. Perushaan/perindustrian

Biasanya kat muka depan grant/hakmilik
tercatit menda ni..

ada jugak
Kategori penggunaan tanah: TIADA

heheh ni kena hati2..pasaaai cukai tanah akan tinggi..
apa perlu buat...
gi kat Pejabat Tanah mohon untuk meletakkan syarat..harus dingat meletakkan syarat dan tukar syarat adalah dua pekara yang berbedza...
contohnya kepada penggunaan pertanian dan letakkan syarat nyatanya ....dusun ker sawit ker..getah ke ikut kegunaan semasa..
salam.

aancuttt
12-01-2008, 10:16 PM
Quote
'Selesaikan Kes Tuntutan Pesaka nih dulu...sehingga satu Perintah di keluarkan oleh Pentadbiran Pejabat Tanah Berkenaan yang mana perintah tersebut menyatakan bahawasenya tanah ini dapat oleh sipolan bin sipolan dangan bahagian sekian banyak....hehehheh.
Bawa perintah nih kat bahagian Pendaftaran Pejabat Tanah (Unit Pesaka Kecil) untuk didaftarkan.Setelah didaftarkan oleh PTD (Pentadbir Tanah Daerah) dia akan memaklumkan supaya ambil semula grant tanah tersebut..'

nak tanye ade tempoh sah/valid tak selepas dapat perintah pembahagian nie?kalu lebih satu tahun dari dapat perintah, baru nak daftar perintah tersebut ,still valid tak atau kena buat tuntutan pesaka baru atau valid bila-bila mase

ToK_SeLamPit
13-01-2008, 02:32 AM

Perintah yang dikeluarkan adalah terpakai and still valid
walaupun ianya melebihi satu taun.....selagi tiada satu perintah baru dikeluarkan...

aku dh nak titun....

ToK_SeLamPit
13-01-2008, 11:52 AM
Bebalik kepada soalan pesaka kecil tuh..
Tuan adalah dinasihatkan menghubungi UNIT PESAKA KECIL
didaerah berkenaan untuk mendapat penerangan lanjut..
seperti yang saya katakan dulu...kadang-kala takrifan seseorang itu berbedza...walaupun undang2/aktanya adalah sama..

ToK_SeLamPit
14-01-2008, 10:59 PM
Dah senyap lak dah...hehhe

UlaQ_KaPaK
14-01-2008, 11:37 PM
Emmmmm..
tul tuh pengetahuan tu amat berguna nanti,,

aku sambung sikit lagi..
untuk tanah penggunaannya adalah bangunan
tak jadik masaalah..

kih2..luas tanah hang...20 ekar..
tapi kalau 20 ekar tuh nak dipecahkan pada 10 hakmilik
banyak kosnyer tuh...hehhee
aku tu ari 6 ekar pecah pada 2 hakmilik kena 6 ribu lebey...
hhii...kkkk bye,

Adehh...mahai nyaa...:(( :((. Ni boleh mengakibatkan 1 ekar terjual nanti nih...hahaha :)).

Anyway t.kasih banyak2 la tok..byk ilmu tok nih...keja pejabat tanah ke..? Ehh..lupa plak..menteri tanah rupanya...wakakaka :))

jantanhero
14-01-2008, 11:56 PM
Kawan saya banyak dpt tanah TNB kat KL ni sbb dia ade cable ngan kerabat. Kalau ikut prosedure nampak cam mudah. Mula pi usha mane2 tanah TNB yang kosong dan strategik. Pass tu pi check & ambil salinan geran kat pejabat tanah. Pass tu pi buat permohonan kat ibu pejabat TNB negeri yang berkenaan (lokasi tanah le). Bila dah dapat kelulusan pi bawak surat tersebut dan mohon pula dengan pejabat tanah untuk dapatkan status Tanah TOL (Temparary of Land) dan bayar cukai tanah tersebut. Selesai... Tapi kalau takde cable aku rasa payah kot sbb org Atasan TNB bukan boleh harap sangat.... huloq jgn tak huloq..... kalau tak ingat dose...

Al-maklumlah sebab aku pun kantoi...huk..huk..:((

aancuttt
15-01-2008, 12:11 AM
Quote:
Originally Posted by aancuttt View Post
Quote

nak tanye ade tempoh sah/valid tak selepas dapat perintah pembahagian nie?kalu lebih satu tahun dari dapat perintah, baru nak daftar perintah tersebut ,still valid tak atau kena buat tuntutan pesaka baru atau valid bila-bila mase

Perintah yang dikeluarkan adalah terpakai and still valid
walaupun ianya melebihi satu taun.....selagi tiada satu perintah baru dikeluarkan...

aku dh nak titun....

TIMEkasih TOK ateh explanation tok tuee..

ToK_SeLamPit
15-01-2008, 01:39 PM
Kawan saya banyak dpt tanah TNB kat KL ni sbb dia ade cable ngan kerabat. Kalau ikut prosedure nampak cam mudah. Mula pi usha mane2 tanah TNB yang kosong dan strategik. Pass tu pi check & ambil salinan geran kat pejabat tanah. Pass tu pi buat permohonan kat ibu pejabat TNB negeri yang berkenaan (lokasi tanah le). Bila dah dapat kelulusan pi bawak surat tersebut dan mohon pula dengan pejabat tanah untuk dapatkan status Tanah TOL (Temparary of Land) dan bayar cukai tanah tersebut. Selesai... Tapi kalau takde cable aku rasa payah kot sbb org Atasan TNB bukan boleh harap sangat.... huloq jgn tak huloq..... kalau tak ingat dose...

Al-maklumlah sebab aku pun kantoi...huk..huk..:((

Disini sy ada sikit keraguan.....
Mana-mana tanah hakmilik samada telah dikeluarkan hakmilik kekal atau sementara tidak boleh dikeluarkan TOL.../LPS

Tol hanya boleh dikeluarkan oleh Pejabat Tanah atas tanah Kosong Kerajaan atau tanah RIZAB sahaja..
berbalik kes TNB tadi tuh...bila disebut pergi kePejabat Tanah amik salinan hakmilik..bermakna tanah tersebut ada hakmilik.
Jadik Pejabat Tanah tidak bole mengeluarkan satu LPS atas tanah tersebut.Kemungkinan hanyalah...tanah tersebut dikhaskan untuk penggunaan TNB contohnya tapak Pencawang Letrik,, hakmilik belum didaftarkan dan tercatit didalam pelan tataatur untuk kegunaan TNB...Tanah ini mmg bole dipohon sbb, cuma ada kelulusan dari segi layout sahaja...tapak pencawang belum didirikan...
So bole mohon di Pej. Tanah dan Pandangan TNB akan diambil kira disamping pandang jabatan teknikal lain,,,. WAlaubagaimana pun kelulusan bergantung kepada PIHAK BERKUASA yang meluluskan. Adiossssssssssssss.

ToK_SeLamPit
15-01-2008, 01:44 PM
Sambung sikit lagi....

Walaubagaimana satu cara yang lebih baik,,adalah dgn mohon pajakan daripada TNB...itu yang biasa dilakukan...

roslinda
17-01-2008, 12:11 PM
klu are putrajaya dan sewaktu dengan nya cam ner nak mohon...sy x biasa skit benda2 cam niii... tp prjk punya pasal....hehehee

ToK_SeLamPit
17-01-2008, 07:32 PM
area Putrajaya...huh...huh...
Kita kena tau status tanah tuh dulu...

Contoh..
1. Adakah sebelum pembangunaan dijalankan tanah tersebut tanah milik?

2. Siapakah yang memohon untuk dibuat pengambilan balik tanah tersebut dan untuk tujuaan aper?

Katakan tanah itu dipohon untuk pengambilan balik tanah oleh Pemerbadanan PutraJaya...
Bermakna tanah tersebut telah dibuat pengambilan balik oleh kerajaan bagi tujuan pembangunan/awam dan bayaran/kos pengambilan balik tanah tersebut dibuat oleh Pemerbdanan Putrajaya....dan MUNGKIN selepas itu hakmilik didaftarkan atas nama Pemerbadanan PuteraJaya...Disini boleh dijangkakan tidak ada tanah kosong kerajaan kerana tuanpunya yang didaftarkan atas hakmilik tersebut sudah tentunya Pemerbadanan PUTRAJAYA.Sudah tentu Pemerbadanan Putrajaya tak akan meninggalkan baki tanah tersebut yang mana nilainya adalah tinggi....Cuma hubungi permerbadanan untuk menggunakan tanah tersebut yang belum dibangunkan lagi secara pajakan.Dan kalau atas tanah rizab yang tidak dikeluarkan hakmilik mohonlah LPS/TOL..

harap dpt membantu.

enche_azril
26-05-2008, 02:38 AM
Erkk...

ade sesape tak yang dah try mintak tanah tnb kat sini?

cemane respon? berjaye tak? berape lame proses?

... ke semua dah berjanggut nih? :-?

abahmu
26-05-2008, 02:41 AM
biasanya melalui UPEN

enche_azril
03-07-2008, 12:49 PM
selain pertanian, tanah ni kalau buat benda lain tak boleh ke? macam buat carwash ke... bisnes kecik2 la.

ha, ade sesape bleh jawab?

thariq_shahalam
04-08-2008, 08:27 AM
Salam semua,

Saya orang baru kat CG forums ini. Tgh dok surfing pastu terjumpa thread ni. Hebat la Tok, rasanya maklumat yang Tok bagi itu agak complete jugak la. Tok mesti kerja kat PTG kan? Tak pun lawyer! Hahaha!

PTG kat Selangor ini masalah sikit la. Sapa2 yang pernah pergi SUK kat Shah Alam mesti tau. Memang pening kepala punya. Anyway saya ingat nak put in my two cents gak.

Azril kalau tak silap saya, tanah TOL pun boleh digunakan untuk perkara lain dari pertanian. Rasanya saya pernah tengok kat website PTG yang kata boleh buat car-wash gak.

Saya taklah pandai sangat tapi saya ada kenal sorang lawyer hartanah ini, memang dia pandai pasal bab-bab tanah Rizab Melayu ngan hal-hal PTG. Nak pas kad dia kat korang tak leh lak tapi ini no opis dia 0355664357. Puan Salmiah nama dia. Dia punya bayaran pun ok boleh nego.

OK setakat tu jer hari ni. Wassalam.

yusry2007
04-08-2008, 04:18 PM
kalau nak sewa tanah kerajaan bleh sewa dgn syarikt kami...
for more details plz call my num..

darkkiller
24-02-2010, 03:48 PM
kalau tanah2 pertanian kat johor bahru ada tak??

sangkelembai2
10-08-2010, 01:55 PM
waaa....hebat la menteri tanah ni.
banyak knowledge dia bagi.
by the way...thakz yer.....
banyak info yang berguna....

ToK_SeLamPit
28-11-2010, 09:21 PM
Tanah LPS tak semestinya dipohon untuk pertanian....
Nak buat car wash pun bole...
LPS bermaksud Lesen Pendudukan Sementara...
Kalau guna untuk pertanian...ianya untuk tanaman sayuran dan lain..lain..
Kalau yang memerlukan untuk didirikan bangunan....ianya hanya untuk bangunan sementara sahaja atau separuh kekal...emm

ToK_SeLamPit
28-11-2010, 09:52 PM
lama aku x masuk sini yekk..

manyak keleja..

ToK_SeLamPit
28-11-2010, 10:04 PM
meh kita sembang bab tanah...

silvermaddness
29-11-2010, 09:36 AM
menarik gak thread nie...banyak maklumat

bobgedik
01-03-2011, 12:01 AM
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?p=8794624#post8794624

eboss
01-03-2011, 12:13 AM
nak tau panjang lebar kena pi BJ...kat sana dulu aku baca...tapi lebih kurang macam nie ler...memula hang kena kenal pasti tanah TNB kat kawasan mana...lepas tu hang kena risik2 sapa yg jaga kawasan tu...lepas tu kasi jadi kroni hang dulu...kawan ler setahun dua baru senang nam minta....kalau setakat hari nie kenal esok nak minta sorry lah ye...ramai dok tunggu macam boya :))

smithmagge
01-03-2011, 01:04 AM
Laa...tak dak ka orang yang tau pasal tanah kat CG nih...:-?

nak tau procedure ???
ni ha caranya .mula2 ko tebang je hutan kt mana2 tanah yg ko nak....pastu kalau ada orang pejabat tanah komplen ke apa ke ..terus hulur je berapa dia nak .2- 3 hari lepas tu geran akan terus di hantar terus ke depan pintu rumah...

Pay-Bux
31-05-2013, 01:20 AM
Assalamualaikum...

Rasanya takde lagi kot thread ni kat sini...
So, aku tolong bukak la...mana tau kot-kot la dalam ramai-ramai forumer ni, ada jugak yang keja ngan Pejabat Tanah atau Sedara-mara dia Keja Pejabat Tanah dan sebagai nya...

Aku ada dengar pasai tanah kerajaan yang masih belum dimajukan....ada banyak dalam Malaysia ni...Tapi camana caranya nak apply untuk disewa tanah-tanah tu?

Procedure pejabat tanah untuk tiap-tiap negara sama ke tak...?

Diharap, sesapa yang ada ilmu tu, mintak-mintak la dikembangkan untuk pengetahuan kawan2 semua...

P/S - Fokus Untuk Tanah Pertanian Sahaja...tapi kalo ada untuk lain2 jenis tanah...bleh jugak share..:D

Rujukan... http://www.moe.gov.my/bpsm/index.php?option=com_content&view=article&id=76%3Afaq-tk&catid=43%3Acawangan--unit&Itemid=45&limitstart=2

muarguy
23-11-2013, 11:35 AM
Salam sejahtera

Saya sedang mencari org perseorangan yg berminat membuat usahasama dan seterusnya melabur dlm bidang pertanian spt kelapa sawit dsb.

Saya mempunyai lokasi tanah kerajaan terbiar terutamanya di Johor yg tidak digunakan oleh kerajaan johor.

Oleh itu sy bercadang mencari org perseorangan yg berminat menjalinkan usahasama modal, mengusahakannya dan seterusnya memohon hakmilik tanah tersebut.

Mana2 pihak yg berminat boleh hubungi saya di 0173990311 utk ketetangan lanjut.
Sekian