PDA

View Full Version : Kualiti Udara Di Nilai, Negeri Sembilan, Tidak Sihat


TXT
09-09-2011, 07:49 PM
KUALA LUMPUR, 9 Sept -- Nilai di Negeri Sembilan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat apabila IPU di kawasan itu terus meningkat kepada 105 pada pukul 5 petang berbanding 101 pada pukul 11 pagi dan 98 pada pukul 7 pagi ini.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), Nilai merupakan satu-satunya kawasan yang berada pada tahap IPU tidak sihat manakala sebanyak 34 kawasan di seluruh negara berada pada tahap IPU sederhana dan 14 lagi pada tahap IPU baik.

IPU pada tahap antara 0 dan 50 merupakan bacaan IPU baik, IPU sederhana (51-100), IPU tidak sihat (101-200), IPU sangat tidak sihat (201-300) dan IPU berbahaya (lebih 301).

Menurut laman web itu lagi, IPU di Shah Alam turut meningkat kepada 95 berbanding 93 pukul 11 pagi dan 87 pukul 7 pagi ini. Selain itu IPU di Petaling Jaya, turut mencatat peningkatan iaitu 95 berbanding 94 pukul 11 pagi dan 87 pukul 7 pagi ini.

Semalam Jabatan Alam Sekitar (JAS) menjangkakan keadaan berjerebu berterusan beberapa hari akan datang dan menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka serta bekerjasama untuk memadamkan kebakaran kecil.

Sementara itu di MELAKA, beberapa kawasan didapati berjerebu dengan jarak penglihatan antara empat dan enam kilometer manakala Bukit Rambai yang mencatat IPU tertinggi di negeri itu, merekodkan penurunan iaitu 94 berbanding 98 pukul 11 pagi dan 96 pukul 7 pagi ini.

Pengarah JAS Melaka Abd Hapiz A Samad berkata jabatan itu sentiasa memantau kualiti udara melalui dua buah stesen pengawasan ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Tuah di Bachang dan SMK Bukit Rambai di sini.

Mereka yang menghidapi penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata atau penyakit paru-paru dinasihatkan mendapatkan rawatan segera sekiranya keadaan kesihatan bertambah buruk akibat terdedah kepada jerebu, katanya ketika dihubungi Bernama.

jimie lee
09-09-2011, 08:00 PM
jgn salahkan anwar ibrahim pulak.

TXT
09-09-2011, 08:01 PM
sampai cam tu skali IPU nilai :o

CyberMachine
09-09-2011, 08:02 PM
sampai cam tu skali IPU nilai :o


cerobong asap kat kilang2 pun DOE nilai maa

TXT
09-09-2011, 08:07 PM
cerobong asap kat kilang2 pun DOE nilai maa

mmg x sihat la nmpk ny kualiti udara kat Nilai

ckmuin86
09-09-2011, 08:19 PM
ishk3x teruk la cmtu...kilang bnyk sangat kott..kete pn bnyk

TXT
09-09-2011, 08:33 PM
kat nilai byk kilang
keta lalu lalang pon byk

syoknyadownload
09-09-2011, 08:44 PM
jgn kawin org Nilai..nanti dapt baka tak baik..huhu

S.Y.E.D
09-09-2011, 08:45 PM
jgn kawin org Nilai..nanti dapt baka tak baik..huhu

tips ke nih :-?

hafis_81
09-09-2011, 08:47 PM
Aku dok smpdn dgn nilai pn jerebu gak..otw nk ke cyberjaya n ptrajaya pn jerebu..

ignorexx
09-09-2011, 08:48 PM
jgn kawin org Nilai..nanti dapt baka tak baik..huhu

ades, skali warning punya ayat daaaaaaaaaaaaa :eek: :eek: :eek:

TXT
09-09-2011, 08:48 PM
jgn kawin org Nilai..nanti dapt baka tak baik..huhu

ni fakta ke hanya cakap2

S.Y.E.D
09-09-2011, 08:57 PM
Aku dok smpdn dgn nilai pn jerebu gak..otw nk ke cyberjaya n ptrajaya pn jerebu..

bukan sana je.. area KL ni pon dah macam hari nk ujan je

TXT
09-09-2011, 09:04 PM
bukan sana je.. area KL ni pon dah macam hari nk ujan je

area KL jerebu gak skrg ni
mendung je

akuslamberjer
09-09-2011, 10:49 PM
woit..nilai sebelah jer ngan area aku ni..kutuk forum view2 sket.. :p

pecot85
09-09-2011, 10:55 PM
seremban oun jerebu juga

reeez80
09-09-2011, 10:59 PM
1. kebakaran hutan @ ladang kat sumatera...
2. Kete dah semakin banyak skrg...
3. Asap2 dari kilang, kuari ngan sampah2 yang dibakar
4. Cuaca panas
5. bumi ni dah semakin tua...:((:((

selalunya jerebu nie datang sekali je dalam setahun... musim panas yang tak menentu campur ngan keadaan cuaca sekarang... dalam tahun nie dah 3 kali dah jerebu datang...