PDA

View Full Version : Ternakan Cacing Kompos

Pages : [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11

tun fischer
27-12-2007, 09:49 AM
Salam semua,
rasanyer takder lagi tajuk ttg penternakan cacing kompos nie. Jom kita bincangkan disini. Setau aku projek nie dah lama juga berjalan kat M'sia nie, cuma info dier kurang sangat. ada pendapat???:)

+kOoL+
27-12-2007, 05:35 PM
ternakan cacing kompos??.. ade ke org ternak??.. macam2 skarang nie..

tun fischer
27-12-2007, 07:08 PM
ternakan cacing kompos??.. ade ke org ternak??.. macam2 skarang nie..

mmg ada... yg aku tau ada dah kursus ternakan cacing yg dibuat, sbb ada kawan aku dok kat Perak dah pegi pun kursus tu kat Morib 24/11/07 yg lpas.

aku tau pun baru nie waktu dia dtg kekampung aku kat Johor. maknenyer dah ade org yang mulakan projek nie cume info jer yg kurang....

fredo
27-12-2007, 07:13 PM
ternakan cacing compos yg buat baja organic tuh ke bro...
ini memamg bagus....

+kOoL+
27-12-2007, 10:30 PM
ternakan cacing compos yg buat baja organic tuh ke bro...
ini memamg bagus....

bro dah buat ke??.. ke ada apa2 pengalaman ke??.. blh a share2.. :-?

tun fischer
27-12-2007, 10:56 PM
ternakan cacing compos yg buat baja organic tuh ke bro...
ini memamg bagus....

haah.. mmg cam tulah yg kawan aku britau, dia kata kat aku skrg nie kan org nak ape tu... makanan organik??? jadi taknak guna baja kimia dah. ermm.. cenggituler lbh kurang.

fredo tau ker tentang nie....?? share skit bleh...:D

golden_user2006
28-12-2007, 02:02 AM
salam perkenalan,
pasal cacing...sebenarnya industri ni dah lama kat m'sia ...lebih kurang lewat 90'an/awal 2000. Diperkenalkan oleh jab pertanian dan projek perintis oleh HQ pertanian dibuat kat perlis...pernah masuk berita bab ternakan ni...cuma mungkin pengguna tak didedahkan apa yg sebenarnya hasil dari cacing tu.

hasil cacing pada awal pengenalannya cuma utk mendptkan baja dari sisa buangan najis cacing tu. Sisa tu adalah salah satu drp kategori baja organik...jika kita guna baja kimia, hasil tanaman kita berkemungkinan mempunyai sisa kimia dlm tanaman (kena buat ujikaji lab baru tahu), dan jika guna baja organik...hasil tanaman kita adalah yg semulajadi sbb baja organik adalah dari penguraian organik.

Trend semasa skrg, sayur organik adalah lebih mahal/3 kali ganda mahal dari sayur yg kita beli kat pasar mlm...kenapa? Krn sayur tu tidak mengandungi bahan yg kita tak perlukan. Ramai gol. berada mengambil sayur organik...lihat saja kat TTDI byk outlet/keadi jual sayur/bahan organik...hasil m'sia tak cukup terpaksa import.

potensi ternak cacing mmg besar, sbb ladang organik selalu guna bahan/baja dari cacing ni atau nama glamour 'vermikompos'. Sy telah guna kat pokok bunga kertas dsbnya...fuh, bunga cukup byk dan dan cukup sihat. nmpk perubahan yg sgt nyata. Kawan sy, jd agen jual baja vermi ni, semua customer dia puas hati.

itu sebhgaian dr ternak cacing, hasilkan baja. Tp sebenarnya, cacing itu sendiri byk khasiat...dah buat komestik,ubat dan byk lg. Cacing yg diguna bukan cacing m'sia, tp import dr indo& australia. Red worm/cacing merah.

Kursus kat morib...kalu tak silap...penganjur park man res.
Sy dah tgk tmpt dia ternak cacing, mmg menarik sbb sebelum ni ramai pengusaha buat teknik palong, dia buat/guna teknik rumah flat/bertingkat. Agak effisen dgn kos bangsal lebih kurang RM10k, tp dia boleh menghasilkan baja/benih cacing lebih dr itu. dia ant. pengusaha berjaya dan sampai kategori export kat jepun & china...masa bincang/jumpa dia, berhajat utk wujudkan jaringan pengusaha cacing bumi...utk target yg lebih luas dgn demand yg ada skrg.
nak tahu detail...contact pak man kat kg kanchong darat, banting. Bangsal & ldg dia betul2 hadapan rumah arwah dato' sidek (ayah misbun sidek) seberang jln.

sekadar membantu dan apa yg diketahui:)

jimR79
28-12-2007, 02:06 AM
ada gambar cacing tak?bagi post kan...hehehee

golden_user2006
28-12-2007, 03:47 AM
ada gambar cacing tak?bagi post kan...hehehee

sori...gambar cacing kecik...tak fokus dekat cacing, tp dapat gambaran la mana2 nampak merah dlm habuk kayu tu sebenarnya cacing....dlm satu rak byk cacing tu. mula2 letak je 3kg=1000ekor

plus gambar rak bertingkat.

harap membantu.

UlaQ_KaPaK
28-12-2007, 05:24 AM
Ini pon menarik jugak ni..:D.
Ada lagi ke maklumat contohnya..pemakanan cacing ni camne?
Kesesuaian tanah untuk cacing ni camne plak?
Ternak cacing ni means dia akan beranak pinak la kan...atau just ternak cacing pastu ambik baja sampai dia mati..pastu kene beli cacing lain plak?
Suhu untuk ternak camana plak?

Interested sgt nak tau.
Kursus sebelah utara ni takdak ka? :D

UlaQ_KaPaK
28-12-2007, 05:32 AM
Yang info yang aku jumpak dalam link ni:
http://www.mail-archive.com/jamaah@arroyyan.com/msg04429.html

Menarik gak :D

UlaQ_KaPaK
28-12-2007, 05:35 AM
Yang ni pon ok gak..dia tunjuk basic nak ternak cacing ni..ada gambar kartun lagi..hehehe :D

http://www.idepfoundation.org/indonesia/download_files/garden_compost/Fsheet_GDN_worm_indo.pdf

justduit
28-12-2007, 07:45 AM
Yang ni pon ok gak..dia tunjuk basic nak ternak cacing ni..ada gambar kartun lagi..hehehe :D

http://www.idepfoundation.org/indonesia/download_files/garden_compost/Fsheet_GDN_worm_indo.pdf

makasih ya pak! :D

tun fischer
28-12-2007, 08:09 AM
salam perkenalan,
pasal cacing...sebenarnya industri ni dah lama kat m'sia ...lebih kurang lewat 90'an/awal 2000. Diperkenalkan oleh jab pertanian dan projek perintis oleh HQ pertanian dibuat kat perlis...pernah masuk berita bab ternakan ni...cuma mungkin pengguna tak didedahkan apa yg sebenarnya hasil dari cacing tu.

hasil cacing pada awal pengenalannya cuma utk mendptkan baja dari sisa buangan najis cacing tu. Sisa tu adalah salah satu drp kategori baja organik...jika kita guna baja kimia, hasil tanaman kita berkemungkinan mempunyai sisa kimia dlm tanaman (kena buat ujikaji lab baru tahu), dan jika guna baja organik...hasil tanaman kita adalah yg semulajadi sbb baja organik adalah dari penguraian organik.

Trend semasa skrg, sayur organik adalah lebih mahal/3 kali ganda mahal dari sayur yg kita beli kat pasar mlm...kenapa? Krn sayur tu tidak mengandungi bahan yg kita tak perlukan. Ramai gol. berada mengambil sayur organik...lihat saja kat TTDI byk outlet/keadi jual sayur/bahan organik...hasil m'sia tak cukup terpaksa import.

potensi ternak cacing mmg besar, sbb ladang organik selalu guna bahan/baja dari cacing ni atau nama glamour 'vermikompos'. Sy telah guna kat pokok bunga kertas dsbnya...fuh, bunga cukup byk dan dan cukup sihat. nmpk perubahan yg sgt nyata. Kawan sy, jd agen jual baja vermi ni, semua customer dia puas hati.

itu sebhgaian dr ternak cacing, hasilkan baja. Tp sebenarnya, cacing itu sendiri byk khasiat...dah buat komestik,ubat dan byk lg. Cacing yg diguna bukan cacing m'sia, tp import dr indo& australia. Red worm/cacing merah.

Kursus kat morib...kalu tak silap...penganjur park man res.
Sy dah tgk tmpt dia ternak cacing, mmg menarik sbb sebelum ni ramai pengusaha buat teknik palong, dia buat/guna teknik rumah flat/bertingkat. Agak effisen dgn kos bangsal lebih kurang RM10k, tp dia boleh menghasilkan baja/benih cacing lebih dr itu. dia ant. pengusaha berjaya dan sampai kategori export kat jepun & china...masa bincang/jumpa dia, berhajat utk wujudkan jaringan pengusaha cacing bumi...utk target yg lebih luas dgn demand yg ada skrg.
nak tahu detail...contact pak man kat kg kanchong darat, banting. Bangsal & ldg dia betul2 hadapan rumah arwah dato' sidek (ayah misbun sidek) seberang jln.

sekadar membantu dan apa yg diketahui:)

fuhhh.. bagus penerangan tuh... siap bagi gambar lagi. klu dkt kanchong darat tu aku tau sangat, tak jauh dari rumah uncle aku.. nak kene tanya dia nie, kut dia tau.. thanks for the info, banyak membantu.. TQ, TQ..

jimR79
28-12-2007, 08:39 AM
mmm...market mcm mana?jual kat sape?rega bro??

+kOoL+
28-12-2007, 09:19 AM
sori...gambar cacing kecik...tak fokus dekat cacing, tp dapat gambaran la mana2 nampak merah dlm habuk kayu tu sebenarnya cacing....dlm satu rak byk cacing tu. mula2 letak je 3kg=1000ekor

plus gambar rak bertingkat.

harap membantu.

nie sapenya ternakan nie bro??.. bro punya sendiri ke??.. btw.. camne nak contact pak man kat kg kanchong darat, banting 2??.. :-?

+kOoL+
28-12-2007, 09:20 AM
mmm...market mcm mana?jual kat sape?rega bro??

betul2.. info ckit.. utk yg nie skali..

Ada lagi ke maklumat contohnya..pemakanan cacing ni camne?
Kesesuaian tanah untuk cacing ni camne plak?
Ternak cacing ni means dia akan beranak pinak la kan...atau just ternak cacing pastu ambik baja sampai dia mati..pastu kene beli cacing lain plak?
Suhu untuk ternak camana plak?

Interested sgt nak tau.
Kursus sebelah utara ni takdak ka?

golden_user2006
28-12-2007, 02:45 PM
Ini pon menarik jugak ni..:D.
Ada lagi ke maklumat contohnya..pemakanan cacing ni camne?
Kesesuaian tanah untuk cacing ni camne plak?
Ternak cacing ni means dia akan beranak pinak la kan...atau just ternak cacing pastu ambik baja sampai dia mati..pastu kene beli cacing lain plak?
Suhu untuk ternak camana plak?

Interested sgt nak tau.
Kursus sebelah utara ni takdak ka? :D

maklumat cacing ni dah lama tahu, cuma tak fokus je...kwn kat jab pertanian bertiahu.
ttg tanah,makanan...yg ni setiap pengusaha berlainan cara, ada cara msg2....tak caya tanya je kat peg pertanian, mesti ada beza sikit dgn pengusaha...sbb pengusaha kena kurangkan kos, max kan utg. Sy pun baru nak berjinak2 sbb tu g bincang dgn pak man.

kalau pak man, dia guna habuk kayu+baja organik semasa penyediaan media. dan sedikit lg proses ..
cacing 2 jantina....dia akan senyawa & bertelur...
ada beberapa potensi dlm cacing ni;
1. baja (hasil dari sisa buangan)
2. cacing yang dah mtg (usia 1thn ke atas)- sebagai induk & baka-jual benih
3. cacing itu sendiri - buat ubat & komestik (produk dari indon byk guna )

jd...tak de lah kita kena membeli induk setiap kali hasil dikeluarkan krn ia bertelur dgn byk...(tak ingat berapa byk)
pemakanan: ikut kuantiti cacing dlm rak...kalau tak silap 1:3 (kalau cacing 3kg: makanan kena 15 kg setiap kali beri mkn-itupun 3-5 hari sekali beri,bukannya hari2...)
suhu...cacing suka gelap,lembap...cuma lembapkan media ikut keadaan cuaca

mmg sng jika utk try sbgi partime sbb penjagaannya tak rumit cuma induk agak mahal...1kg= boleh cecah RM650-850/kg...tp cuba bincang dgn pak man dan penguhasa lain kat area banting...olak lempik (tlg betulkan) pun ada, kuala selangor,

nak tahu contact pak man

sekadar membantu...yg diketahui

golden_user2006
28-12-2007, 02:50 PM
mmm...market mcm mana?jual kat sape?rega bro??

kalau sebagai baja...jual je kat nursery, pasti dia org ambik sbb mmg bunga begitu menjadi. Kalau pemborong RM2.00 - RM3.00, runcit boleh cecah RM5.00/kg, majlis/bandaraya ambil RM8.5/kg(kontrak)

cacing: sebagai induk...ramai pengusaha sdg menunggu sbb bekalan tak cukup terpaksa import dr indon (pak man pun sama)

kwn saya, just jual runcit...mula2 mmg susah sbb org tak caya, tapi bila dah nmpk kesan ...order tak cukup pulok

mmg ada potensi, cuma kita tak promote dgn betul2 dan bersaing dgn produk baja organik lain spt bokasi, ffj, IMO, BMO...dsbnya.

golden_user2006
28-12-2007, 02:54 PM
nie sapenya ternakan nie bro??.. bro punya sendiri ke??.. btw.. camne nak contact pak man kat kg kanchong darat, banting 2??.. :-?

gambar tu pak man punya...sy belum lg sbb dah ada projek tgh run...(kat siggy tu)

contact pak man/kamaruzaman dahlan 0132332410 - kanchong darat, banting
atau
capt (rtd) Kamarul zaman Hj Bachik 0122072460 - sg balak, kajang

+kOoL+
28-12-2007, 05:50 PM

thx 4 da info bro.. kalo agak2 nak pegi tengok2 cacing ternakan dia blh tak??.. 2 2 org dkt atas nie blh contact ke??.. sama je nama depan dia.. :-?

golden_user2006
28-12-2007, 06:00 PM
thx 4 da info bro.. kalo agak2 nak pegi tengok2 cacing ternakan dia blh tak??.. 2 2 org dkt atas nie blh contact ke??.. sama je nama depan dia.. :-?

boleh contact terus dgn dia...buat appointment kalau nak g lawat . kalau tidak hanya boleh jumpa dgn pekerja bukannya onwer.

kebetulan 2 2 nama depan sama....tp berlainan orgnya.

p/s: dua2 dah sy jumpa, boleh dibawa berbincang.
>>adus....ari ni cuti, sbb tu boleh jawap cepat ni...layan

UlaQ_KaPaK
29-12-2007, 01:06 AM
maklumat cacing ni dah lama tahu, cuma tak fokus je...kwn kat jab pertanian bertiahu.
ttg tanah,makanan...yg ni setiap pengusaha berlainan cara, ada cara msg2....tak caya tanya je kat peg pertanian, mesti ada beza sikit dgn pengusaha...sbb pengusaha kena kurangkan kos, max kan utg. Sy pun baru nak berjinak2 sbb tu g bincang dgn pak man.

kalau pak man, dia guna habuk kayu+baja organik semasa penyediaan media. dan sedikit lg proses ..
cacing 2 jantina....dia akan senyawa & bertelur...
ada beberapa potensi dlm cacing ni;
1. baja (hasil dari sisa buangan)
2. cacing yang dah mtg (usia 1thn ke atas)- sebagai induk & baka-jual benih
3. cacing itu sendiri - buat ubat & komestik (produk dari indon byk guna )

jd...tak de lah kita kena membeli induk setiap kali hasil dikeluarkan krn ia bertelur dgn byk...(tak ingat berapa byk)
pemakanan: ikut kuantiti cacing dlm rak...kalau tak silap 1:3 (kalau cacing 3kg: makanan kena 15 kg setiap kali beri mkn-itupun 3-5 hari sekali beri,bukannya hari2...)
suhu...cacing suka gelap,lembap...cuma lembapkan media ikut keadaan cuaca

mmg sng jika utk try sbgi partime sbb penjagaannya tak rumit cuma induk agak mahal...1kg= boleh cecah RM650-850/kg...tp cuba bincang dgn pak man dan penguhasa lain kat area banting...olak lempik (tlg betulkan) pun ada, kuala selangor,

nak tahu contact pak man

sekadar membantu...yg diketahui

Wahh...byk info nih :D. Tq byk2 golden_user...dah jadi dilemma plak nak try cacing ni ke...nak try serai ke...hehehe..
Dedua sama menarik nih..:D

+kOoL+
29-12-2007, 02:49 AM
Wahh...byk info nih :D. Tq byk2 golden_user...dah jadi dilemma plak nak try cacing ni ke...nak try serai ke...hehehe..
Dedua sama menarik nih..:D

haha.. sama a macam ak.. byk sangat peluang nie.. tak tau nak pilih yg mana.. dah rambang mata.. kalo selonggok rm10 senang nak pilih.. :))

UlaQ_KaPaK
29-12-2007, 05:44 AM
haha.. sama a macam ak.. byk sangat peluang nie.. tak tau nak pilih yg mana.. dah rambang mata.. kalo selonggok rm10 senang nak pilih.. :))

Tu la pasai..tgk ini nak..tgk itu nak...tapi rasanya aku berat kat serai la kot sebab modal tak besar...:D. Nanti dah ok baru try yang lain..diversified :D.

tun fischer
29-12-2007, 10:27 AM
Tu la pasai..tgk ini nak..tgk itu nak...tapi rasanya aku berat kat serai la kot sebab modal tak besar...:D. Nanti dah ok baru try yang lain..diversified :D.

ulaq..,
hang klu nak bela cacing guna tempat kecik ja, kalau serai kena tanah besaq... betui dak..?? klu hang bela cacing, lepaih tu baja kompos tu hang buleh guna tuk pokok serai... sure subuq serai tu..

tp betui juga kan... part modai tu....:-?

znlftr
29-12-2007, 11:03 AM
buat serai dulu, pastu boleh buat loan kat bank pertanian.
dpt loan buat projek cacing pulak :D

sekadar cadangan:)

tun fischer
29-12-2007, 12:13 PM
buat serai dulu, pastu boleh buat loan kat bank pertanian.
dpt loan buat projek cacing pulak :D

sekadar cadangan:)

baguih.., baguih..., cadangan hang tu memang baik. buleh support antara satu dgn lain..:D

golden_user2006
29-12-2007, 03:20 PM
ulaq..,
hang klu nak bela cacing guna tempat kecik ja, kalau serai kena tanah besaq... betui dak..?? klu hang bela cacing, lepaih tu baja kompos tu hang buleh guna tuk pokok serai... sure subuq serai tu..

tp betui juga kan... part modai tu....:-?

Betul...serai/tanaman guna kwsn luas besar/luas.
Kos kasar nak tanam serai 1 ekar><RM4000, Utg kasar ><RM8K-10K sekali harvest...masa nak tunggu...dan lain2 kos belum lagi
tanah nak kena cari...min 1/2 ekar...nak max utg 5 ekar atas...
kalau tanah dah flat, dah dibersihkan tak pe tp kalau belum ...kos tolak/bersih kwsan...ribu2 jugok kos tu...nak sng cari tanah tnb (sbb kebykkan dah flat dan terjaga)

sy pun tgh cari tanah jugok...1-2 ekar (area bangi), nak tanam jagung ternakan...konsep sama jugok dgn serai, tanam,tinggal...mesti belum pernah dengarkan...projek potensi baru ni.

Cacing; kalau bina bangsal maha, buat je dlm rumah/sewa rumah yg kosong...modal sewa baru RM300-400/bulan...buat rak bertingkat/guna takungan plastik/bekas polisterin je...dah boleh buat...

projek perintis jab.pertanian (masa testing dulu), hanya guna bekas polsterin (kotak ais) je...modal satu baru RM8...

g je sewa rumah kat bukit beruntung (cendawan pun dah ada pengusaha buat kat sana)...semingg sekali...g beri mkn...sng kan...cuba kita sama2 kira kos...
tp yg ni sy tak buat lg sbb run projek cendawan, cuma tgh cari idea/modified dr pak man sikit supaya kos min, max hasil (spt sewa td)

tanya jiwa, pilih yg sesuai...

tun fischer
29-12-2007, 04:48 PM

ermm.. betui gak tu, kawan tu aku ada habaq cacing ni dia kuat makan. pemakanan dia sama ngan berat badan dia. klu 1kg cacing dia makan 1kg makanan utk satu hari. makna dia kalau kita bela 1kg sebulan kita buleh kumpui 30kg kompos. kata la kita bela 5kg, kalu sebulan buleh 150kg... kalu bela lebih lagi....:-?

kata la juai kompos harga runcit 1kg buleh RM4.00 X 150kg =RM600. :)paid
hermm.. satu fakta yg memberangsangkan :D
patut pun kawan aku tu duk iya iya ajak aku buat menda nie... baguih..., baguih... kna contact dia lepaih nie.. :D :D

tq golden_user2006, bagi ceq lebih berfikiran lebih terbuka la nie.....

znlftr
29-12-2007, 04:56 PM
tun,
bela cacing 1kg, dpt hasil baja kompos 1kg/hari?
tu min, average @ max output?

productive betul. +/- 1bln balik modal beli induk:D

betul ke aku kira?

tun fischer
29-12-2007, 05:14 PM
tun,
bela cacing 1kg, dpt hasil baja kompos 1kg/hari?
tu min, average @ max output?

productive betul. +/- 1bln balik modal beli induk:D

betul ke aku kira?

tu la yg kwn aku habaq kat aku. cacing nie memang burok lantaq. 1 hari depa buleh bedai makanan sama berat ngan berat badan depa. klu dia cong, aku tak tau la... pasai minat la aku mulakan thread nie...:D

tun fischer
29-12-2007, 05:21 PM
tun,
bela cacing 1kg, dpt hasil baja kompos 1kg/hari?
tu min, average @ max output?

productive betul. +/- 1bln balik modal beli induk:D

betul ke aku kira?

takpa kita tunggu kut golden_user2006 buleh bagi kita pendapat sebab dia ni banyak ilmu dlm bidang pertanian.

betui ka yg apa kawan aku dok habaq pasai pemakanan cacing tu......

znlftr
29-12-2007, 05:21 PM
info dari web yg ulaq kapak bagi, ada tulis pasal makan
sama macam ko cakap, 1:1

tapi, output - baja kompos pun 1 kg jugak ke?

macammana dgn medium? apa bahan dia?

tun fischer
29-12-2007, 05:48 PM
info dari web yg ulaq kapak bagi, ada tulis pasal makan
sama macam ko cakap, 1:1

tapi, output - baja kompos pun 1 kg jugak ke?

macammana dgn medium? apa bahan dia?

tu yg nak kena belajar dari kawan aku tu...

lan4280
29-12-2007, 09:44 PM
biasa nya menggunakan tahhi kanbing atau lembu..tapi yg makan rumput ....yg makan palet tak boleh...

semangkit
29-12-2007, 09:52 PM
kt mn nk belajar lg lanjut ttg benda ni ek..dr start mula smpi marketing...

+kOoL+
29-12-2007, 11:59 PM
banyak ilmu nie.. tun.. nanti hang dah siap projek ni.. blh a ak p usha2 ka noh.. hehe.. btw.. cacing nie dia mengkedarah apa??.. :-?

lan4280
30-12-2007, 01:10 PM
Saya dapati terdapat ramai orang yang mula berminat dalam bidang penternakan cacing tanah. Beberapa syarikat sudah membuat kursus dalam bidang ini dan sudah ramai perbincangan-perbincangan di internet tentang penternakan cacing tanah.

Namun apa yang saya muskil ialah terdapat terlalu banyak perbezaan pendapat dan pandangan terhadap hasil yang akan diperolehi. Menurut sesetengah orang setelah 6 bulan, sekilo cacing tanah boleh menghasilkan kira-kira 5-6 kilo cacing tanah. Manakala bagi sesetengah orang pula, mereka menyatakan bahawa hasilnya lebih kurang 20-100 kg setelah 6 bulan diternak. Nampaknya terlalu besar jurangnya - antara 5-6kg dengan 20-100kg.

Mengikut apa yang saya baca, cacing tanah jenis cacing tanah boleh menghasilkan kukun (telur) sebanyak 2-3 kali seminggu dan ia mampu menghasilkan telur selama 6-1 tahun secara berterusan. Setiap kukun boleh mengandungi antara 1-40 ekor anak cacing, namun biasanya lebih kurang 2-4 ekor sahaja yang menetas menjadi anak cacing.

Kalau berdasarkan maklumat tersebut, mungkin logik juga sekiranya ia mampu mencapai 100kg setelah 6 bulan. namun begitu, terdapat terlalu banyak faktor lain yang mungkin mempengaruhi kadar pembesaran dan jumlah cacing yang hidup. sekiranya banyak yang mati, memang ia tidak akan dapat mencapai 100kg dalam masa itu.

Biasanya cacing yang selalu diternah adalah dari jenis cacing merah (red worm), cacing harimau (tiger worm) serta cacing nighcrawler. Apa yang saya perhatikan, di Malaysia, biasanya penternah akan menternak cacing merah ataupun cacing harimau sahaja.

lan4280
30-12-2007, 05:17 PM
Pendahuluan

Vermes adalah perkataan Latin untuk cacing. Vermikultur adalah proses membiak cacing untuk penghasilan vermikompos

Vermikompos adalah bahan organik hasil daripada proses atau aktiviti mikrobial dan cacing tanah ke atas bahan organic mentah seperti sisa pertanian. Aktiviti mikrobial ke atas jerami padi yang baru dituai, contohnya menyebabkan berlakunya proses reputan. Sebelum proses pereputan ini tamat sebahagiannya dimakan oleh cacing tanah dan dikeluarkan sebagai vermicast atau tahi cacing dan yang sebahagian lagi terus reput sehingga menjadi kompos.

Vermikompos ini adalah lebih baik daripada kompos kerana, selain daripada faedah yang terdapat pada kompos dalam pertumbuhan pokok, komponen vermicast yang terdiri daripada aggregat-aggregat kecil dapat membaiki struktur tanah.

Vermicast ini mengandungi pelbagai jenis hormon dan enzim yang dikeluarkan oleh bakteria yang terdapat dalam perut cacing yang boleh membantu tumbesaran pokok.

Vermicast juga mengandungi lebih banyak jenis dan populasi bakteria yang berfaedah kepada pertumbuhan pokok.

Cacing Kompos

Cacing yang digunakan dalam proses pengkomposan dinamakan cacing kompos. Cacing ini suka tinggal di dalam bahan organan yang separuh reput.

Jenis-jenis cacing tanah yang digunakan sebagai cacing kompos mempunyai ciri-ciri seperti berikut:-

Suka memakan lapisan atas
Sifat ini sememangnya telah dikenalpasti semasa menjalankan aktiviti di plot penghasilan vermikompos di mana cacing akan berkumpul di dalam lapisan atas binca setiap kali bahan makanan ditambah. Sifat ini juga memudahkan kerja-kerja mengasingkan cacing dan vermikompos semasa menjalankan kerja-kerja mengutip hasil.

Selera makan yang tajam
Cacing kompos makan mengikut berat badannya. Contohnya, purata berat cacing ialah 4 gm seekor, jadi, jumlah makanan yang diperlukan ialah lebih kurang 4 gm seekor sehari. Proses pertambahan makanan akan lebih kerap selepas sebulan cacing dilepaskan di dalam plot penghasilan vermikompos. Ini bermakna,proses pembiakan telah berlaku dan akan meningkat dari semasa kesemasa. Dengan ini, kita perlu pastikan makanan asas yang digunakan perlulah sentiasa ada dan telah sedia untuk digunakan.

Membiak dengan cepat
Salah satu sifat cacing kompos ialah membiak dengan cepat. Sepasang cacing kompos boleh bertelur 50 biji kapsul setahun di mana, satu biji kapsul mengandungi 2-3 ekor anak cacing.

Jenis-jenis cacing kompos yang digunakan terdiri daripada beberapa spesis seperti berikut:-

. Lumbricus rubellus (Cacing merah)
. Eisenia fetida (Cacing harimau)
. Perionyx excavatus (Cacing biru)

lan4280
30-12-2007, 05:28 PM
http://i27.servimg.com/u/f27/11/69/22/30/cacing10.jpg (http://www.servimg.com/image_preview.php?i=40&u=11692230)http://i27.servimg.com/u/f27/11/69/22/30/cacing11.jpg (http://www.servimg.com/image_preview.php?i=41&u=11692230)

Maelstrom6121
30-12-2007, 05:34 PM
Menarik la pulak lepas tengok ni...huhu..cacing pon blh buat duit ek...rezeki allah kat mana2 jer

lan4280
30-12-2007, 05:39 PM
nota penghasilan vermicompos
- pengenalan cacing compos
- penyediaan tapak pembiakan
- bekas cacing
- bangsal cacing
- penyediaan bahan binca/makanan/sarang cacing
- bahan makanan dan penyediaan nya
- penjagaan
- ciri pungutan hasil dan cara nya
format word 20 pages
power point and pdf...
all 10 egold..email to nav7867@yahoo.com.my

golden_user2006
31-12-2007, 12:51 AM
takpa kita tunggu kut golden_user2006 buleh bagi kita pendapat sebab dia ni banyak ilmu dlm bidang pertanian.

betui ka yg apa kawan aku dok habaq pasai pemakanan cacing tu......

hah...ilmu lain ade le, cacaing tgh explore...tp dicubakan
apa yg pak man beritahu, cacing makan mmg kuat (cacing austrlia&indon je, m'sia tak) ikut kuantiti bekas/takungan/palong...kalau 1kg cacing=3kg makanan=3hari,
ikut pengiraan tu...mmg betullah 1kg=1hari, tp...bukannya dia menghasilkan 1kg sisa buangan (ni pendapat sy) sbb cacingpun nak membesar perlukan nutrien dlm proses pembesaran/bertelur/aktiviti dsbnya...jd mungkin hasilkan kurang dr 1kg (nanti cuba confirm..kalau silap)

kalau anda megira utg dr baja yg akan dihasilkan...sbenarnya ada 2 kategori...1 btk pepejal, 1 cecair...ingat spt yg diberitahu sblum ni...cacing perlukan kelembapan, air kena siram (lembap saja)...tp ada pengusaha...dia siram sehingga air meleleh kluar...dan air itu ditakungnya dan itupun baja...dlm btk cecair...bj ini lebih mahal dr pepejal (biasanya kos baja organik cecair 1liter melebihi RM15...),,,cuba kira utg sebenar kalau yg ni pulok...

itulh sebabnya...sebelum ni apa yg diberitahu, pengusaha cacing mempunyai idea yg kreatif dan inovatif...setiap pengusaha lain caranya...carilah 'tok' guru yg mempunyai semua ilmu tu...kalu nak yg free je...contact lah jab. pertanian (pm sy kalau nak tahu contact person)...sbb mereka memp kepakaran dlm bidang tu...lupa nak beritahu...pak man (banting) dan kapten kamalzaman (kajang) adalah dibawah bimbingan jab pertanian sebenarnya...cuma mereka memp stail msg2...

kalau pak man...targetnya adalah penghasilan baka dan cacing matang...

sekadar memberitahu...mmg nak try jugok, tp kwn dah try dulu tgk hasilnya bagaimana.

golden_user2006
31-12-2007, 12:55 AM
kt mn nk belajar lg lanjut ttg benda ni ek..dr start mula smpi marketing...

contact pak man (selak page sblum ni) atau nak free contact jab pertanian

sori...sy bukan promote sbb sy tak de apa2 dgn contact tersebut cuma itu info yg sy ada dan telah berbincang dgn beliau
sekadar membantu disini saja.
kita sama2 berbincang...

golden_user2006
31-12-2007, 01:02 AM
macammana dgn medium? apa bahan dia?

medium...guna habuk kayu+sisa buangan kambing/lembu dgn sedikit proses
mknan...campur bahan td dan sedikit bahan sisa buangan/hampas yg memp protien (apa ye...sisa proses tauhu kut)
dan ada juga sy dgr (tak ingat kat mana), ada pengusaha guna media cendawan yg dah habis tempoh tuaian...sbb dlm media tu byk mesilium yg berkhasiat...cuba siasat dulu...jangan try lagi...tgk kesan dulu

media cendawan sama dgn media cacing , guna habuk kayu...cuma ada guna kapur sikit...yg ni mungkin boleh memanaskan cacing...tak tahu le...kena try dulu.

+kOoL+
31-12-2007, 02:35 AM
hah...ilmu lain ade le, cacaing tgh explore...tp dicubakan
apa yg pak man beritahu, cacing makan mmg kuat (cacing austrlia&indon je, m'sia tak) ikut kuantiti bekas/takungan/palong...kalau 1kg cacing=3kg makanan=3hari,
ikut pengiraan tu...mmg betullah 1kg=1hari, tp...bukannya dia menghasilkan 1kg sisa buangan (ni pendapat sy) sbb cacingpun nak membesar perlukan nutrien dlm proses pembesaran/bertelur/aktiviti dsbnya...jd mungkin hasilkan kurang dr 1kg (nanti cuba confirm..kalau silap)

kalau anda megira utg dr baja yg akan dihasilkan...sbenarnya ada 2 kategori...1 btk pepejal, 1 cecair...ingat spt yg diberitahu sblum ni...cacing perlukan kelembapan, air kena siram (lembap saja)...tp ada pengusaha...dia siram sehingga air meleleh kluar...dan air itu ditakungnya dan itupun baja...dlm btk cecair...bj ini lebih mahal dr pepejal (biasanya kos baja organik cecair 1liter melebihi RM15...),,,cuba kira utg sebenar kalau yg ni pulok...

itulh sebabnya...sebelum ni apa yg diberitahu, pengusaha cacing mempunyai idea yg kreatif dan inovatif...setiap pengusaha lain caranya...carilah 'tok' guru yg mempunyai semua ilmu tu...kalu nak yg free je...contact lah jab. pertanian (pm sy kalau nak tahu contact person)...sbb mereka memp kepakaran dlm bidang tu...lupa nak beritahu...pak man (banting) dan kapten kamalzaman (kajang) adalah dibawah bimbingan jab pertanian sebenarnya...cuma mereka memp stail msg2...

kalau pak man...targetnya adalah penghasilan baka dan cacing matang...

sekadar memberitahu...mmg nak try jugok, tp kwn dah try dulu tgk hasilnya bagaimana.

kalo reveal je dkt cni tak blh ke bro??.. bminat gak nie.. tapi nampak cam complicated n kena ada bimbingan @ sifu nie.. kalo tak komfom sesat nie.. jalan dia nampak berliku..

UlaQ_KaPaK
31-12-2007, 07:36 PM
Betul...serai/tanaman guna kwsn luas besar/luas.
Kos kasar nak tanam serai 1 ekar><RM4000, Utg kasar ><RM8K-10K sekali harvest...masa nak tunggu...dan lain2 kos belum lagi
tanah nak kena cari...min 1/2 ekar...nak max utg 5 ekar atas...
kalau tanah dah flat, dah dibersihkan tak pe tp kalau belum ...kos tolak/bersih kwsan...ribu2 jugok kos tu...nak sng cari tanah tnb (sbb kebykkan dah flat dan terjaga)

sy pun tgh cari tanah jugok...1-2 ekar (area bangi), nak tanam jagung ternakan...konsep sama jugok dgn serai, tanam,tinggal...mesti belum pernah dengarkan...projek potensi baru ni.

Cacing; kalau bina bangsal maha, buat je dlm rumah/sewa rumah yg kosong...modal sewa baru RM300-400/bulan...buat rak bertingkat/guna takungan plastik/bekas polisterin je...dah boleh buat...

projek perintis jab.pertanian (masa testing dulu), hanya guna bekas polsterin (kotak ais) je...modal satu baru RM8...

g je sewa rumah kat bukit beruntung (cendawan pun dah ada pengusaha buat kat sana)...semingg sekali...g beri mkn...sng kan...cuba kita sama2 kira kos...
tp yg ni sy tak buat lg sbb run projek cendawan, cuma tgh cari idea/modified dr pak man sikit supaya kos min, max hasil (spt sewa td)

tanya jiwa, pilih yg sesuai...

Hmm..pandangan yang amat bernas :-?. Apa2 pon kena bincang ngan family dulu..:D. Pak mentua aku ada tanah kat area meru 3 suku ekar...separuh dok ada kepala sawit. Separuh lagi semak...nak tebas/perata semak tu yang sakit sikit.

Nak try tanya orang kampung yang sanggup buat & upah dia berapa..:D .

waknadi
31-12-2007, 09:10 PM
medium...guna habuk kayu+sisa buangan kambing/lembu dgn sedikit proses
mknan...campur bahan td dan sedikit bahan sisa buangan/hampas yg memp protien (apa ye...sisa proses tauhu kut)
dan ada juga sy dgr (tak ingat kat mana), ada pengusaha guna media cendawan yg dah habis tempoh tuaian...sbb dlm media tu byk mesilium yg berkhasiat...cuba siasat dulu...jangan try lagi...tgk kesan dulu

media cendawan sama dgn media cacing , guna habuk kayu...cuma ada guna kapur sikit...yg ni mungkin boleh memanaskan cacing...tak tahu le...kena try dulu.

nak tambah sikit..,

semua sisa dapur/pertanian/industri yg organik boleh dijadikan makanan cacing. cth seperti hampas tebu, kulit pisang, sayuran terbuang, kulit buah-buahan, Biskut & roti (jgn guna terlalu banyak), jerami padi, pokok jagung (setelah buahnya dituai) boleh dijadikan makanan.
bagaimanapun semua bahan ini perlu distabilkan dan dibersihkan daripada sebarang bahan kimia.

elakkan drpd menggunakan buahan yg berasid spt nenas, limau dan buah yg masam, bahan yg mengandungi minyak, sisa daging, najis ayam (ammonia tinggi), bahan yg non bio-degradable spt getah, span dll.

krebo
31-12-2007, 09:30 PM
Best gak idea ni... tp kalu dah ada hasil nak jual kat ner ni..:-?

Maelstrom6121
31-12-2007, 10:47 PM
Yeah...Selamat Tahun 2008...Mulakan dengan bismillah...Gudluck!!!

golden_user2006
31-12-2007, 11:00 PM
kalo reveal je dkt cni tak blh ke bro??.. bminat gak nie.. tapi nampak cam complicated n kena ada bimbingan @ sifu nie.. kalo tak komfom sesat nie.. jalan dia nampak berliku..

k, lihat attactment...sbenornya contact tu dah ada kat site jab pertanian, cuma tak tahu nak pilih yg mana betul2 direct contact,
ni yg diketahui, yg urus pasal ni...bah perlindungan&kuarantin tumbuhan

http://www.doa.gov.my/doa_bm/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=8&VertSectionID=2&IID=

waknadi
31-12-2007, 11:14 PM
kalau anda megira utg dr baja yg akan dihasilkan...sbenarnya ada 2 kategori...1 btk pepejal, 1 cecair...ingat spt yg diberitahu sblum ni...cacing perlukan kelembapan, air kena siram (lembap saja)...tp ada pengusaha...dia siram sehingga air meleleh kluar...dan air itu ditakungnya dan itupun baja...dlm btk cecair...bj ini lebih mahal dr pepejal (biasanya kos baja organik cecair 1liter melebihi RM15...),,,cuba kira utg sebenar kalau yg ni pulok...

baja cecair yg golden_user2006 sebutkan tu dinamakan vermicompost tea. sebenarnya ada banyak pendapat tentang vermicompost tea nie.

yg saya belajar, utk membuat vermicompost tea dgn menggunakan vermicompost + molases + air bersih (paling elok air hujan)dicampurkan dgn nisbah tertentu dan di`brew' dgn udara selama sekurangnya 24jam.

adapun air yg meleleh dari takungan/kolah cacing adalah air lelehan campuran antara makanan cacing, najis cacing dan tinja/najis ternakan.

saya pun masih musykil mana satu yg betul2 dipanggil vermicompost tea nie....

waknadi
01-01-2008, 10:48 AM
link dibawah menunjukkan cara utk membuat compost tea tapi dlm English

http://www.taunton.com/finegardening/how-to/articles/brewing-compost-tea.aspx

palek
01-01-2008, 02:05 PM
assalamualaikum.
saya nak tanye lan.
sekarang ni dah mula ternak cacing ke?
pasaran macam mana.
saya telah mencari syarikat yang membeli cacing & permasalahan pemasaran selama hampir 4 bulan.
tapi hanya ade beberapa sahaja.
itu pon tak berapa pasti.
orang kita memang lah begitu berminat untuk menternak,modal pun agak besar.
last2 takde sape nak beli.
harap lan dapat membantu

golden_user2006
01-01-2008, 04:17 PM

cuba contact pak man atau jab pertanian...
yg sy tahu jab pertanian boleh bantu..tp biasanya projek diba/wah bimbingan dia...jd kalu boleh mana2 bakal pengusaha yg nak bergiat dlm bisness ...(pendapat sy), ilmu kita cari/dptkan guru tp mesti ada link dgn agensi kerajaan...
byk agensi dah sy temui, kebanyakan akan bantu projek bimbingan dia dulu lepas tu baru projek lain...
byk yg menawarkan perkhidmatan dlm pertanian, cth...kem pertanian, kem belia, kem luar bandar (yg ni byk budget)...LPP (peladang)...biasanya dari segi pemasaran mereka akan bantu cthnya bagi lot/ruang dalam pameran (skrg ni byk pameran pertanian MAHA,Hari Peladang Negeri/Kebangsaan, Hari Jab Pertanian, Karnival Pertenakan (2007 kat tapak MAHA-mardi serdang), Kem Luar Bandar (pameran keusahawanan)...byk lg

jd walaupum ilmu kita dah ada, tp kita masih perlukan agensi kerajaan untuk lebih mara/maju kedepan...tak caya lihat saja mereka yg berjaya ...sebenarnya mereka adalah dibawah projek bimbingan, peluang dibawa keluar negara utk cari pasaran baru (sy tahu sbb ada kawan kat matrade)...jangan segan silu...mesti dptkan khidmat agensi kerajaan...kaum lain byk guna khidmat agensi sbb mereka guankan sepenuhnya (lihat berapa ramai pengusaha yg dah pegi jumpa kat agensi berita/taya projek)

tp kadang2 kita rasa ada karenah birokrasi...ni yg kita tak berapa paham mengenai cara pentadbiran agensi...biasanya kita kena jumpa daerah/kawasan yang kita buat projek dahulu...bukanya terus ke HQ mereka...daftar kat kws/daerah dan pemantauan akan dibuat

mmg cerewet, tp itu adalah satu laluan ke peringkat jaringan pengusaha yg lebih luas krn mereka mempunyai maklumat lengkap pengusaha

kalau nak tanah/cari tanah, kita pegi survey kat pejabat tanah, tp bila buat projek, kita lupa dgn agensi kerajaan...bukan nak backing mereka, tp itu adalah tugas mereka...biar susah tp senang kemudian. bukan lepas ada masalah baru nak cari mereka, itu yg mereka susah nak tlg (adat manusia)

pemasaran mmg 'subjektif', dan tujuan kerajaan adakan pameran adalah satu tmpt utk pasarkan produk, cari buyer/seller, cari/beritahu maklumat...dsbnya...tp kita jarang2/kdg2 je pegi pameran...sy baru tahu...kat kem luar bandar boleh bagi ruang/lot pameran dgn percuma (biasanya Rm2k/lot)...ni lepas pegi dpt maklumat kat pameran keusahaan 2007 kat stadium shah alam lepas. ramai yg tak tahu, betul....?

pemasaran; adakah kita masih guna cara konvensional? tak guna saluran internet/laman web? agrolink (semua tahu), disediakan oleh kerajaan. kita kena buat berbagai cara;
1. jualan terus...pameran
2. internet/laman web...jimat kos/masa
3. pasar tani...duit cash dpt cepat
4. pasar mlm...cuba taya berapa income sipenjual
5. iklankan produk kita....mahal tp kdg2 berbaloi, diketahui umum
6. contract farming...hangat skrg pasal serai
7. byk lg...

adakah kita telah/lakukan? sy dah lakukan separuh dr itu, tp sy tak masalah krn bukannya lakukan secara komersil lg...partimer je...satu hari nanti...insyaallah (doakan)

satu lg, zaman moden, sy sarankan semua pengusaha ada laman web/blog sendiri...itu pun satu cara customer nak tahu produk kita...dan letak kat siggy msg2, nanti semua tahu apa yg kita usaha/projek yg dilakukan...

sekadar pendapat...

golden_user2006
01-01-2008, 04:43 PM
link dibawah menunjukkan cara utk membuat compost tea tapi dlm English

http://www.taunton.com/finegardening/how-to/articles/brewing-compost-tea.aspx

ilmu2, tkasih...:D
sbb bab baja ni ramai yg tak tahu...termasuk sy jugok (ramai pengusaha rahsiakan formula/caranya)

waknadi
01-01-2008, 06:59 PM
link dibawah menunjukkan cara utk membuat compost tea tapi dlm English

http://www.taunton.com/finegardening/how-to/articles/brewing-compost-tea.aspx

dan ada satu lagi. rasanyer yg ini lebih detail lagi..

http://www.dep.state.pa.us/dep/deputate/airwaste/wm/recycle/Tea/tea1.htm

UlaQ_KaPaK
02-01-2008, 08:35 PM
Wah...banyak nye info berguna dah dipos dalam ni...bagus2..:D

waknadi
03-01-2008, 05:26 PM
cara memulakan ternakan cacing secara kecil-kecilan utk dapatkan vermikompos bagi kegunaan sendiri.

http://whatcom.wsu.edu/ag/compost/Easywormbin.htm

lan4280
06-01-2008, 12:26 AM
kepada sesiape yg ingin menjual ternakan cacing anda bleh berhubung dgn no 012-3677909...kami ambil harga berpatutan..bawah 5kg kami ambil rm100/kg...dan kalau 5kg keatas kami ambil rm120/kg,trima kasih...

palek
07-01-2008, 11:10 AM
assalamualaikum.
lan hang nak cacing pe?
kat malaysia ni banyak jenis cacing.
tapi yang top red word & tiger worm.
hampir kesemua kat malaysia diorang jual kedua-dua ni bercampur.
hang ambik banyak ke?
ne tau stok aku de 100kg.
hang leh ambik semua ke?

lan4280
07-01-2008, 04:51 PM
hang ada jenis pe..tiger ke..location hang maner geng..hang ada banyak kg ke,,

lan4280
07-01-2008, 04:53 PM
tak banyak pun tak pe..10-15kg pun ok je...sbb bos aku tak bg aku ambil banyk lg..ye la aku br kerja dgn dia..

buah_kedondong
07-01-2008, 06:07 PM
nak tanyer lah...baja compos ni boleh bertahan berapa lama bile di letakkan pada tanaman???

golden_user2006
11-01-2008, 09:31 PM
nak tanyer lah...baja compos ni boleh bertahan berapa lama bile di letakkan pada tanaman???

yg diketahui, biasanya baja/nutrien kalau tanam dlm pasu...1 minggu/kali/kuantiti(sudu ke)....kena letak
mungkin sama jugok dgn baja organik kut...sbb kena paham, baja organik biasanya main peranan menguraikan/ menyuburkan tanah sbb NPK dia rendah....tak sama dgn baja kimia yg dah tahu NPK yg ditetapkan.

itu yg dipahamkan...

golden_user2006
16-01-2008, 01:14 PM
baru balik pgi tgk kat seorang pengusaha.
masa sdg pisahkan/ambil kompos dan asingkan kompos/cacing, tiba2... keluar musuh dlm campuran tu...lipan sebesar jari anak.
taya kat pengusaha, itu ant. musuh dan akan makan cacing. hati2
ada lg, kaedah yg dia buat adalah palung, ada biawak, tikus, burung masuk dan makan jugok cacing.

tu ant. musuh2 cacing.:-?
gambar lipan nanti akan updated

golden_user2006
17-01-2008, 08:47 AM
lipan dlm kompos

waknadi
17-01-2008, 08:58 AM
lipan dlm kompos

golden_user, nak tanya skit.. macamana agaknye lipan tu boleh masuk dlm tu yer?? kolah tu takde tutup ke..? macam pakai mosquito net yg ada frem besi atau kayu?

golden_user2006
17-01-2008, 01:47 PM
golden_user, nak tanya skit.. macamana agaknye lipan tu boleh masuk dlm tu yer?? kolah tu takde tutup ke..? macam pakai mosquito net yg ada frem besi atau kayu?

byk sbb boleh berlaku ni...yg ni dah guna sistem palung/kolah...tinggi jugok, lebih kurang dekat 2 kaki, cuma net belum pakai...
tp jumpa lipan ni semasa sedang ayak guna alat pegayak...mungkin lipan datang/masuk selepas kompos diambil dari palung dan letak sekejap dalam baldi/bekas sebelum ke tempat ayak...mungkin time tu ia masuk
byk nak kena kaji ttg perosak/musuh cacing selain dr burung dsbnya

wakjeman
18-01-2008, 08:39 AM
sy nak tanya dari ko org mcm mana nak mulakan ternakan ini kalo duit aku ada ciput jer. apa yg perlu diutamakan dulu masa nak start ?

wakjeman
18-01-2008, 08:50 AM
mcm mana nak pastikan cacing tu cepat membesar ke saiz maksimum, makanan apa yang paling sesuai ? kalau ikut forum ni ia tak konsisten pasal makan, tak tau mana satu aku nak ikut? boleh gila aku nak ikut mana satu. aku baru nak gi kursus ni, nak cari pengetahuan, kalo siapa yang sudi ajar aku aku sedia menjadi anak murid nya. zaman sekarang kena cari guru yang power.

golden_user2006
18-01-2008, 11:52 AM
sy nak tanya dari ko org mcm mana nak mulakan ternakan ini kalo duit aku ada ciput jer. apa yg perlu diutamakan dulu masa nak start ?

ahak2....apa2 bisness pun kena modal dlu...tp kalu dah skit/tiada baik cari ilmu/maklumat dulu...kaji ptrend pasaran...semua tu free kan...
tgk skrg byk syarikat dah anjur buat kursus cacing...apakah maknanya dari segi trend pasaran?
dan setghnya dah buat kontrak farming...adakah ni petanda menunjukan potensi bisness cacing?
marilah kta sama2 pikir...

golden_user2006
18-01-2008, 12:36 PM
mcm mana nak pastikan cacing tu cepat membesar ke saiz maksimum, makanan apa yang paling sesuai ? kalau ikut forum ni ia tak konsisten pasal makan, tak tau mana satu aku nak ikut? boleh gila aku nak ikut mana satu. aku baru nak gi kursus ni, nak cari pengetahuan, kalo siapa yang sudi ajar aku aku sedia menjadi anak murid nya. zaman sekarang kena cari guru yang power.

mknan?...kena paham tujuan utama cacing sebanarnya? sebelum ni diguna utk menguraikan sisa buangan tanaman, jika ada ladang besar la...jd pengusaha ldg tak brape pikir ttg bagimana nak gemuk dan sebgainya...janji terurai cepat sisa tu.

baru jumpa seorag pengusaha yg pikir mcm ni juga...bab mkn mengikut keperluan cacing...samada buat benih, kompos, jual cacing mtg (utk perubatan dsbnya)...itu kena tahu dulu, sbb tu lah lain keperluan, lain formula mknannya.

carilah guru yg sesuai ....

hisham5632
19-01-2008, 02:15 AM
Sy pin brminat dgn penternakan cacing ni. kemusykilan dr segi umur matang berapa umurnya. jd utk tujuan kosmetik ms bile boleh di jual, utk mnjadi ibu/induk pula brape umurnyer

hisham5632
19-01-2008, 02:18 AM
golden_user2006 ada jual induk tak, kalu jual brape harge sekilo, kalu byk brape pula hrge nyer. kalu nk start brape kilo minimum

lan4280
19-01-2008, 09:51 AM
harga biasa yg dijual oleh penternak adalah rm450/kg..untuk memulakan terpulang lah pada kite..ikutlah kemampuan sendiri...mulakan dgn yg kecil dahulu agar anda dapat pelajari dan pengalaman dalam kehidupan cacing ni..bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah...

hisham5632
20-01-2008, 11:25 PM
itu kalu beli, lps ternak byk2 berapa harga sekilo org brani angkat, brape umurnye br bleh jual. rm450/kg tu harga induk ke

golden_user2006
20-01-2008, 11:59 PM
golden_user2006 ada jual induk tak, kalu jual brape harge sekilo, kalu byk brape pula hrge nyer. kalu nk start brape kilo minimum

induk...sy tak de tp kalu nak boleh sy tlg2 carikan...harga ...nanti PM sy

nak start...tgk pada budget, dan apa fokus utama, tu kena 'set' dulu samada mula2 ni nak jadi pengeluar kompos ke, penjual induk, penjual anak cacing ke...yg ni kena tahu sbb semua tu libatkan masa dan akan memberi ganguan pd cacing tu sendiri

cuba pikir2 bersama; kalu sbgi pengeluar kompos...bila time nak asingkan kompos, cacing tergangu...mungkin akan merencatkan sedikit tumbesaran ke, telur cacing tak sempat menetas ke dsbnya ...

kalu nak jadikan anak benih, masa la pulok lama...nak tunggu...hampir 6 bln tp skrg ni ramai pengusaha dah terpaksa anak cacing yg kurang dari tempoh sebenar krn faktor permintaan..dah ada org nak beli...jual saja lah.

induk matang ...lagi lama...hampir setahun mungkin lebih...

pikir2 lah mana yg sesuai dulu.....:-?

ni yg patut dibuat dulu...
1. mendalami/cari ilmu
2. buat plan bisness ...ni semua faktor diambil kira...

hisham5632
22-01-2008, 02:12 AM
sori tk dpt nk pm td, thread ni tak bg. Apa2 pun trime kaseh ats tnjuk ajr td. ada tmpt tak yg bleh dptkn induk yg murah dan produktif

TOWER_AGROTECH
23-01-2008, 09:21 AM
Sesiapa yang berminat dalam ternakan cacing tanah sila hubungi saya Tower Agrotech 019-3357005 / 0133333251

TOWER_AGROTECH
23-01-2008, 09:22 AM
Senang aje, mula kan dengan membeli 1kg induk dulu, maklumat lanjut hubungi tower agrotech 013-3333251

golden_user2006
24-01-2008, 10:43 PM
Senang aje, mula kan dengan membeli 1kg induk dulu, maklumat lanjut hubungi tower agrotech 013-3333251

tower agrotech..buat sistem bgimana?..palung @...?buleh tahu
kalu 1 kg = brape kos keseluruhan?:-?

asripetaling
25-01-2008, 04:13 PM
macam mana dengan ternakan lintah.. tolong sahabat..

golden_user2006
26-01-2008, 02:26 PM
macam mana dengan ternakan lintah.. tolong sahabat..

tgk kat sini...dah ada thread sendiri
http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=22342&highlight=lintah

semangkit
26-01-2008, 06:15 PM
tadi ada masuk berita jam 1.30 kt tv3 kan ttg penternakan cacing nie...

zCk
26-01-2008, 10:22 PM
macammana aku buleh terbaca "termakan cacing kompose" :)) :))
ngantuk sngt kot....

golden_user2006
26-01-2008, 11:15 PM
tadi ada masuk berita jam 1.30 kt tv3 kan ttg penternakan cacing nie...

ni yg akan buat semua pandang bisness ni pulok...
rugi tak tgk td...buleh crita sikit...kongsi apa yg di'beritakan'

thereds
26-01-2008, 11:18 PM
kat buletin utama pon ade tadi citer pasal ternak cacing ni..
boleh dapat 6k sebulan kalau kena gayanya..

golden_user2006
26-01-2008, 11:28 PM
kat buletin utama pon ade tadi citer pasal ternak cacing ni..
boleh dapat 6k sebulan kalau kena gayanya..

buleh crita sikit...sapa pengusaha tu...kat mana, dsbnya...apa yg sy tahu...capt (bersara) dr kajang dah buat besar2an kat perak...yg ni ke? tlg crita...terlepas lg bab2 berita TV...jap lg kena tgk nightline (12am) kut...:-?

Shukz Isma
27-01-2008, 12:01 AM
wah,aku amat-amat berminat nak join kelab cacing nie?harap ada otai sini yang sudi membantu

golden_user2006
27-01-2008, 12:10 AM
wah,aku amat-amat berminat nak join kelab cacing nie?harap ada otai sini yang sudi membantu

sila2...kita kongsi sama2 apa yg diketahui

NEMO
27-01-2008, 12:27 AM
nape xcarik je cacing kat kampung....xyah modal..ke kena ada baka cacing yg elok..

golden_user2006
27-01-2008, 12:33 AM
nape xcarik je cacing kat kampung....xyah modal..ke kena ada baka cacing yg elok..

btul...modal kurang, cuma cacing kg/m'sia tak kuat mkn...ambil byk masa utk buat penguraian sisa bahan/mknan yg diberikan

cacing luar jugok yg takat ni mmg diketahui cara dia mkn mmg kuat & cepat...kalu nak buat bisness mmg kena guna jenis ni...
ado 3 jenis takat ni...red worm, tiger, crawler.....negara australia,indonesia, india....msg2 ada kelebihannya...

NEMO
27-01-2008, 12:41 AM

owh itu mcm...kuat makan..maknanya kos makanan akan bertambah la....pening gak tu..

huhu..baru je layan kat TV3 pasal ternakan cacing ni

golden_user2006
27-01-2008, 01:31 AM
owh itu mcm...kuat makan..maknanya kos makanan akan bertambah la....pening gak tu..

huhu..baru je layan kat TV3 pasal ternakan cacing ni

sapa2 boleh cerita sikitkat berita tu....terlepas td.
kos bertambah??? nak jimat guna bahan2/sisa buangan yg telah dikenalpasti....kesannya terhadap cacing...
tgk gambar...cth 2jenis mknan yg kita buang saja...kertas putih & kulit pisang......kena tahu cara penyediaan mknannya la pulok...
kalau nak cepatkan proses penguraian menjadi kompos...bahan2 mestilah dlm keadaan lembut, tidak kasar, tidak toksik...dsbnya

gambar tu...sdg direndam dalam air utk lembutkan

haney5151
27-01-2008, 09:07 AM
bagaimana saya gblh mendapat kursus tentang cacing dan bagaimana pula saya hendak memasarkan cacing2 itu nanti?

Ija
27-01-2008, 11:00 AM
Ada tak sesiapa yg membeli cacing komersial atau yg tahu kontak mereka yg berkenaan

hafeasy
27-01-2008, 05:07 PM
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Memandangkan Penternakan Cacing masih baru di Malaysia. Jadi saya mengambil inisiatif untuk membuat satu forum bagi memudahkan semua bumiputra malaysia untuk berkongsi maklumat mengenai Penternakan Cacing Di Malaysia.
Sila layari dan daftarkan diri anda di:

www.createforum.com/cacing

Kedatangan Tuan-Puan amat di galakkan di Forum ini.. Sila sebarkan maklumat-maklumat mengenai kewujudan forum ini agar kita sama-sama dapat berkongsi maklumat mengenai bidang bussiness yang pasti akan meletup ini. Terima Kasih. Moderator and Admin: hafeasy 0172361609

Shukz Isma
27-01-2008, 05:20 PM

DAH kira bagus nie:D

hafeasy
27-01-2008, 05:35 PM
thank for the supporter

hafeasy
27-01-2008, 05:36 PM
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Memandangkan Penternakan Cacing masih baru di Malaysia. Jadi saya mengambil inisiatif untuk membuat satu forum bagi memudahkan semua bumiputra malaysia untuk berkongsi maklumat mengenai Penternakan Cacing Di Malaysia.
Sila layari dan daftarkan diri anda di:

www.createforum.com/cacing

Kedatangan Tuan-Puan amat di galakkan di Forum ini.. Sila sebarkan maklumat-maklumat mengenai kewujudan forum ini agar kita sama-sama dapat berkongsi maklumat mengenai bidang bussiness yang pasti akan meletup ini. Terima Kasih. Moderator and Admin: hafeasy 0172361609

TOWER_AGROTECH
28-01-2008, 12:43 PM
tower agrotech..buat sistem bgimana?..palung @...?buleh tahu
kalu 1 kg = brape kos keseluruhan?:-?

Saya guna outdoor, saya boleh bagi harga pakej untuk 1kg pada u, jika u benar2 berminat. Didalam pakej tersebut ada 1 kg cacing, 3 rak dan medium sekali. Pihak kami juga akan mengajar dan menerangkan secara terperinci. Saya berharap pihak saudari/saudara hadir ke tempat penternakan kami, agar lebih mudah dan faham
Sila hubungi pihak kami 0193537005 untuk temujanji. Kami mempunyai dua lokasi, di sijangkang dan kanchong darat

mrkuriang
30-01-2008, 08:32 AM
Sedikit info pasal cacing

http://rapidshare.com/files/87697719/Vermiculture.zip.html

Alagapass
31-01-2008, 01:14 PM
mariii kita bersama-sama buat bis ternak cacing sekilo rm450 lumayan woooo
:o

GABAN_Z
31-01-2008, 08:51 PM
hey...heeyy..tumpngs lalus..
ada buyer ke nak beli cacing 2..takut gak aku nie nak wat tp minat 2 mdlm gak tahap gaban...expl la klu aku bela lepas 6-10 bln nnt ada org nak beli ke...

irama
31-01-2008, 09:16 PM
mariii kita bersama-sama buat bis ternak cacing sekilo rm450 lumayan woooo
:o

yeap!! bukan sahaja untung..tp penggunaan vermicompost sebagai organic fertilizer memang baik utk sustainable agriculture..:)

golden_user2006
01-02-2008, 12:53 AM
Sila hubungi pihak kami 0193537005 untuk temujanji. Kami mempunyai dua lokasi, di sijangkang dan kanchong darat

saja taya.....u ada kaitan ke dgn pak man kanchong darat?

golden_user2006
01-02-2008, 12:58 AM
hey...heeyy..tumpngs lalus..
ada buyer ke nak beli cacing 2..takut gak aku nie nak wat tp minat 2 mdlm gak tahap gaban...expl la klu aku bela lepas 6-10 bln nnt ada org nak beli ke...

set ur mind first.......mana nak jdkan kor biznes? jual cacing/kompos?...kaji yg ni dulu baru tahu kelebihan bizznes ni...

tak survey mmg tak tahu.....cth...byk ke vermikompos yg dijual kat nursery?.....cuba tanya customer nursery...pernah dgr ke vermicompost...kalu tak byk dijual...tu tandanya bisness ni belum jauh berkembang...dan market pun sng nak cari......

kan dah masuk TV...promote le tu...apa yg takut lg......teruskan jika mahu berjaya terutamanya pertanian ni...cari byk lg info sesuatu industri baru terjun masuk......jangan terus terjah

just pendpt..

lan4280
02-02-2008, 01:37 PM
mcm best dah semua ni

zavk
02-02-2008, 01:44 PM
kepada mereka yg ingin membeli cacing kompos..kami sedia menjual cacing compos

Lumbricus rubellus (Cacing merah)
Eisenia fetida (Cacing harimau)

dengan harga yang berpatutan dan harga borong..
jika berminat sila hubungi atau sms
pada 012-3601665 (zack)

golden_user2006
02-02-2008, 03:54 PM

bro, buleh tahu harga/kg....runcit & borong...

zavk
02-02-2008, 04:31 PM
normal mane mane pun akan jual antara 450-500/kg...kami menjual mengikut jumlah pembelian..cthnya below 5kg is 430/kg dan more 5kg is 400/kg..so if more 10kg...can deal for the best price..
012-3601665 (zack)

syahzzzz
03-02-2008, 02:31 PM
A"kum sumer...

Boleh citer cket tak...mcm mana nak marketkan cacing ni....kat mana kita boleh jual hasil keluaran dia ni?ke kenan jual direct kat petani?atau ada pihak yang sanggup beli secara pukal?

golden_user2006
03-02-2008, 06:04 PM
A"kum sumer...

Boleh citer cket tak...mcm mana nak marketkan cacing ni....kat mana kita boleh jual hasil keluaran dia ni?ke kenan jual direct kat petani?atau ada pihak yang sanggup beli secara pukal?

adus....makin ramai yg minat dgn bisness cacing ni....dan makin ramai jugok lah yg tak paham apa sebenarnya kor bisness ni...sila2 baca thread dari awal dan cuba selami & fahamkan...

bisness cacing ni pd peringkat awal & mmg kor bisness nya adalah utk penghasilan kompos...vermikompos bukannya kita nak market cacing kecualilah kita ada kontrak/terlebih induk matang...

apa yg penting disini, vermikompos masih ada potensi utk diketegahkan...cthnya kat ladang organik...dan di sel fruit valley di'wajib'kan guna vermikompos kalau nak declare sebgi tanaman organik....kan menarik tu...

mmg kena pikir pasaran tp biarlah pelbagai...short,medium dan long term...vermikompos 3bulan, anak cacing/benih 6 bulan, induk matang 1 tahun...pilihlah mana nak sebagai kor bisness

jual terus lagi baik...cth masuk pameran...MAHA kan dah dekat...mesti ramai yg berminat

kalau tak silap, ari tu ada kursus kat kel dan syarikat tu ada buat kontrak farming (tgk npapers tp tak ingat dah),,,tu selamat tp harga jualan pulok rendah...

buatlah networking sama2 pengusaha lebih baik...ari tu pak man nak buat networking...cuba2lah kontak dia. (networking bukannya kontrak farming)

just pendpt

TOWER_AGROTECH
04-02-2008, 02:26 PM
pihak kami akan membeli cacing anda, jika anda bernaung dibawah syarikat kami

burukayangan
04-02-2008, 05:16 PM
pihak kami akan membeli cacing anda, jika anda bernaung dibawah syarikat kami

MACAM MANA NAK JOINT SYARIKAT ANDA...ADA X KURSUS DLM MASA TERDEKAT NI

golden_user2006
05-02-2008, 03:11 PM
pihak kami akan membeli cacing anda, jika anda bernaung dibawah syarikat kami

adakah 'bernaung' tu bermaksub 'kontrak farming' atau 'skim payung'?

zavk
07-02-2008, 08:15 PM
kepada mereka yg ingin membeli cacing kompos..kami sedia menjual cacing compos

Lumbricus rubellus (Cacing merah)
Eisenia fetida (Cacing harimau)

dengan harga yang berpatutan dan harga borong..
jika berminat sila hubungi atau sms
pada 012-3601665 (zack)

MoneyGear
07-02-2008, 08:39 PM
em kat umah saya ada buat cacing ni.. juge.. tapi bukan saya yang buat.. tu biz kakak saya..

so soalan saya kepada en zack..

1.kat area mana hang jual tu..
2.berapa rege sekilo cacing merah ?

P:S
kalo kasi rege rendah sikit leh aer saya rekemen kan kat kakak saya tu.. sofar dia ambik 1Kg Cacing merah = RM 80

lan4280
07-02-2008, 10:56 PM
kepada sesiape yg ingin menjual ternakan cacing anda bleh berhubung dgn no 012-3677909...kami ambil harga berpatutan..bawah 5kg kami ambil rm100/kg...dan kalau 5kg keatas kami ambil rm120/kg,trima kasih...

lan4280
07-02-2008, 10:57 PM
em kat umah saya ada buat cacing ni.. juge.. tapi bukan saya yang buat.. tu biz kakak saya..

so soalan saya kepada en zack..

1.kat area mana hang jual tu..
2.berapa rege sekilo cacing merah ?

P:S
kalo kasi rege rendah sikit leh aer saya rekemen kan kat kakak saya tu.. sofar dia ambik 1Kg Cacing merah = RM 80

geng...maner dia dapat harga cacing merah 1kg=80..ko biaR betul

muamalahdotnet
08-02-2008, 12:34 PM
Tower Agrotech

Saya berminat untuk menternak cacing tanah nie..

Boleh ke sy ternak di kawasan rumah pangsa@apartment?

Untuk makluman, kawasan saya di area Mantin.

golden_user2006
08-02-2008, 04:22 PM
geng...maner dia dapat harga cacing merah 1kg=80..ko biaR betul

same soalan...mana dpt tu? jauh sgt dr harga pasaran semasa ni...:-?

MoneyGear
08-02-2008, 05:09 PM
entah le.. saya salah dengar ke ape.. saya salah dengar kot.. tapi kalau tak silap itu le yang kakak saya ambil.. dari pembekal mungkin ada yang kenal kot Pembekal ni... kat sini

tatan
08-02-2008, 05:17 PM
ada tak agen d area sabah untuk urusan jual dan beli cacing...

golden_user2006
08-02-2008, 11:02 PM
entah le.. saya salah dengar ke ape.. saya salah dengar kot.. tapi kalau tak silap itu le yang kakak saya ambil.. dari pembekal mungkin ada yang kenal kot Pembekal ni... kat sini

wahhh, kalu betui buleh kita share kat sini ...sapa pembekal tu, buleh?

alhan
08-02-2008, 11:14 PM
erm..bidang baru yg perlu diceburi

golden_user2006
09-02-2008, 11:19 AM
erm..bidang baru yg perlu diceburi

bidang dah lama, cuma baru skrg heboh...potensi sdg berkembang

leenda
09-02-2008, 06:21 PM
so boleh ker? ternak cacing, kat umah flat @ pangsapuri....
asal kan ade cahaya matahari dan malam kite nyalakan lmpu?

golden_user2006
09-02-2008, 11:34 PM
so boleh ker? ternak cacing, kat umah flat @ pangsapuri....
asal kan ade cahaya matahari dan malam kite nyalakan lmpu?

apa yg sy tahu...mana2 pun kita buleh ternak cuma sistem mana kita nak guna...sistem palung @ sistem bertingkat...mcm rumah flat jugok
yg ni kena set dulu...msg2 ada teknik tersendiri...sbb palung ambik ruang yg besar, sistem tingkat amat2 sedikit ruang yg diguna
kalu mcm tu, mungkin boleh apply kat rumah flat tp bab makanan pulok, kena cari yg tak/kurang berbau...yg ni susah sikit, tp kalu nak buat jugok, guna kertas yg dicarik2kan yg dah lembut...kena kaji jugok bab permknan cacing ni...:-?

golden_user2006
09-02-2008, 11:36 PM
termiss pulok, bab cahaya...cacing amat tak suka cahaya...gelap amat sesuai...tak perlu psg lampu, nanti cacing lari dr tempat takungan tu...buleh panjat/lari jika keadaan tempat tak sesuai

VermHunter
10-02-2008, 08:59 PM
Sapa-sapa yang minat nak dapatkan maklumat tentang penternakan cacing sila layari - worm1blog.blogspot.com

golden_user2006
10-02-2008, 10:11 PM
Sapa-sapa yang minat nak dapatkan maklumat tentang penternakan cacing sila layari - worm1blog.blogspot.com

waa.......tambah satu lg blog pasal cacing...mmg semakin berpotensi.
cepat, jangan ketinggalan bg mereka yg benar2 minat dgn bisness pertanian ni...dptkan ilmu secukupnya

leenda
11-02-2008, 09:38 AM
termiss pulok, bab cahaya...cacing amat tak suka cahaya...gelap amat sesuai...tak perlu psg lampu, nanti cacing lari dr tempat takungan tu...buleh panjat/lari jika keadaan tempat tak sesuai?

DOUBLE CNFRM YE, YER KE CACING TAK SUKA PADA CAHAYA? SO MLM2 TAK PAYAH BUKAK LMPU? SURE YER CACING TU TAK AKAN LARI?

silondeh
12-02-2008, 03:15 AM
utk hasilkan kompos 2 kite kne ade cacing dan bahan2 makanan utk cacing 2 makan. bende yang cacing 2 buang 2 yg jd kompos ke? pening ckit...camne ngan pengiraan die ek? sape2 ade rp utk biz cacing ni...meh le kongsi2...

golden_user2006
12-02-2008, 11:50 AM
termiss pulok, bab cahaya...cacing amat tak suka cahaya...gelap amat sesuai...tak perlu psg lampu, nanti cacing lari dr tempat takungan tu...buleh panjat/lari jika keadaan tempat tak sesuai?

DOUBLE CNFRM YE, YER KE CACING TAK SUKA PADA CAHAYA? SO MLM2 TAK PAYAH BUKAK LMPU? SURE YER CACING TU TAK AKAN LARI?

kita lihat secara logik...tgk kat cacing biasa dlm tanah, bila kita korek, dia lari masuk dalam lubang...menyorok sbb sensitif pd cahaya...sama jugok dgn cacing yg ternak...sifat cacing...cuma kdg2 bila dah lama/cara kita ternak secara terbuka dgn persekitaran yg berbeza dr keadaan asalnya, cacing akan menyesuaikan diri dgn keadaan tersebut tp masih sensitif cuma sikit2 sensitif je...

sebab tulah kita lihat pengusaha ada yg guna netting hitam, plastik hitam...utk pelbagai keadaan supaya cacing sesuai dgn asalnya...jd tak perlu lah kita psg lampu....

ni yg diketahui...sekadar membantu

leenda
12-02-2008, 01:42 PM
thankz golden_user2006....

nway ade sape2 yang berminat nak join TEMPAT penternkan cacing di ampang?

golden_user2006
12-02-2008, 02:00 PM
thankz golden_user2006....

nway ade sape2 yang berminat nak join TEMPAT penternkan cacing di ampang?

join?...lawatan ke atau ? sila jelaskan...

A-Phon
13-02-2008, 12:04 AM
salam berkenalan. saya minat sgt nak buat projek ternak cacing ni.

A-Phon
13-02-2008, 12:05 AM
salam berkenalan. saya minat sgt nak buat projek ternak cacing ni.

A-Phon
13-02-2008, 12:06 AM
mana therad yg lain ni.kalau tak silap posting lebih lagi ni...hrmmmm

A-Phon
13-02-2008, 12:43 AM
teringin pulak nak pi jengok2 projek Pak Man dan Cptn Zaman...nama lebih kurang.adakah sifu2 ni org yg sama?

leenda
13-02-2008, 09:35 AM
join?...lawatan ke atau ? sila jelaskan...

maksud saya, saya nak berminat nak buat cacing ni, ade sape nak share tempat kat arae ampang? save lah kos sewa tempat... :D :D

TOWER_AGROTECH
13-02-2008, 10:10 AM
Boleh ternak di mana-mana, persoalannya adakah anda sanggup membeli medium setiap bulan. Kami menggalakkan bulan pertama anda boleh membeli dan pada bulan kedua dan seterusnya pihak kami sudi untuk mengajar anda membuat medium sendiri,agar lebih menjimatkan kos, oleh itu saya berharap agar anda buat dirumah teres jika kuantiti cacing yang anda beli melebihi 10kg. Untuk rumah apartment atau pangsa beli 1 - 3 kg, boleh la

TOWER_AGROTECH
13-02-2008, 10:11 AM
Tower Agrotech

Saya berminat untuk menternak cacing tanah nie..

Boleh ke sy ternak di kawasan rumah pangsa@apartment?

Untuk makluman, kawasan saya di area Mantin.

Telah dijawab

TOWER_AGROTECH
13-02-2008, 10:13 AM
MACAM MANA NAK JOINT SYARIKAT ANDA...ADA X KURSUS DLM MASA TERDEKAT NI

Kami adalah subsidiaries of AZR Agro Centre, insyaallah AZR akan membuat kursus pada bulan 3 ni. Jika berminat sila hubungi IZAT 019-3537005 / atau Wati 0193357005

shamskyline
13-02-2008, 10:14 AM
Wah!!!ternak cacing boleh buat biz ke?:-?

Kasyidi
13-02-2008, 11:40 AM
Assalamualaikum...

Biasanya berapa harga cacing induk 1KG?

A-Phon
13-02-2008, 01:11 PM
join?...lawatan ke atau ? sila jelaskan...

maksud saya, saya nak berminat nak buat cacing ni, ade sape nak share tempat kat arae ampang? save lah kos sewa tempat... :D :D

leenda...i got a place. it's in my shop...very dark and the moisture level is very high. we do it in door first to make sure our cacing is mature enough then we could build up a wormbedding out door.

join utk pi melawat dan pi tgk2 cara2 saja.

leenda
13-02-2008, 01:16 PM
A-Phon.... ur palce@ ur shop kat mane?

A-Phon
13-02-2008, 01:31 PM
tempat saya jauh skit la...tapi selamat....kat sri muda,shah alam la...saya tggl kat keramat AU ja...tapi selalu gak pi sana.

A-Phon
13-02-2008, 01:34 PM
kalau nak kita share beli baka ja...barang2 ikut la kalau leenda nak beli baka package dgn medium dan rak, saya masuk share utk baka ja skit sbb rak n medium saya cari sendiri.

kita tgk baka dan study dulu SOP. cadang saya nak gerak lepas pi kursus dgn pengusaha.

skrg ni pun boring sbb tak tau nak buat apa.dari duduk saja baik saya buat projek ni.

leenda
13-02-2008, 01:35 PM
jauh tu.... cacing kena tengok hari2... u kedai ape kat sane?

leenda
13-02-2008, 01:38 PM
A-Phon pm plz

tq

A-Phon
13-02-2008, 01:41 PM
ooo..tak payah hari2 linda...sbb tak boleh godek2 sbb cacing sgt peka pada getaran...kalau getaran skit pun dia dah boleh sense.

kalau nak tgk hari2 kena buat kat umah la.setakat 3 ting kotak boleh la buat kat umah..kalau dah bertingkat2 tu susah jugak tu.

kat sana saya buat bilik sewa..kedai saya sewa tingkat 1 & 2..tingkat dua ada 10 bilik kosong lagi so kalau kita nak pakai bilik kosong kat sana boleh la.

A-Phon
13-02-2008, 01:43 PM
kalau tanah..saya ada seekar suku kat Penang dan 7 ekar kat Bkt Rambai, 5 ekar kat area janda baik dan 0.7 ekar kat Sg Besar.

semua nya tu jauh2 belaka.

A-Phon
13-02-2008, 01:45 PM
tak pun kita pi kursus dulu...pastu baru clear skit kot.setakat nak sewa tanah buat tapak area ampang dan hulu langat byk la...

A-Phon
13-02-2008, 01:48 PM
A-Phon pm plz

tq

tak bleh nak PM lagi la...saya punya posting kena cukup 20..skrg baru 11...

A-Phon
13-02-2008, 01:49 PM
ramai jugak yg berminat dgn cacing ni....harap2 cha ya nun alif belum buat lagi la...

A-Phon
13-02-2008, 01:50 PM
mak mertua saya kata saya non sense bila saya bgtau nak bela cacing..kahkahkah...hampeh betui

A-Phon
13-02-2008, 01:50 PM
pada hal bisan dia jugak yg dok terhegeh2 suruh saya buat projek cacing ni...

A-Phon
13-02-2008, 01:51 PM
hari tu kami tanam buah naga...pokok yg guna baja vermicompost naik lebih cepat dan subur...

A-Phon
13-02-2008, 01:51 PM
guna pun sikit ja...tu yg save tu...

A-Phon
13-02-2008, 01:52 PM
tapi harga mmg agak mahal la...tapi kalau dah semua org dok buat vermicompost...harga plak akan jatuh ( effect kepada pengusaha)

A-Phon
13-02-2008, 01:54 PM
tapi kalau nak ikut2...org bela cacing dah lama dah... sbb kecik2 dulu mmg saya ada bela kat kampung....bapak dia buat satu pondok kat area sawah...bela cacing untuk jual kpd org bela burung tiong. depa kata org singapore beli...so teknik2 yg sy dok ingat tu ada la skit...

A-Phon
13-02-2008, 01:55 PM
basic pun ada skit2 sbb dulu study bio waktu matrikulasi mmg ada bab Nematoda..ascaris ( cacing perumah) dll..hehehehe

A-Phon
13-02-2008, 01:55 PM
ok...dah cukup 20...dah boleh PM Pm org dah ni..saya nak PM ramai org kat sini..saja nak kenal2.

golden_user2006
13-02-2008, 07:32 PM
ok...dah cukup 20...dah boleh PM Pm org dah ni..saya nak PM ramai org kat sini..saja nak kenal2.

byk betul kome' post ...mmg cacing semakin berpotensi, mmg akan digelak org kalu tak tahu nilai komersilnya
apa2 pun, kita dah terlewat dr negara yg maju

betul, mmg byk terbukti penggunaan vemikompos kat pitaya, pokok bunga dsbnya ...kesan mudah nmpk...

A-Phon
13-02-2008, 10:18 PM
sorry sbb terpaksa post pendek2 byk2 sbb nak qualified PM.

mmg...negara2 lain dah pulun buat besar2an. InsyaAllah kita kat Malasyai ni akan follow ja. harap2 berkembang.Saya harap dapat berjaya buat besar2 sbb boleh pakai dat kebun sendiri dan projek2 saya yg lain.

VermiCompose
14-02-2008, 12:06 PM
Salam buat semua. Baru terjumpa forum nie. Boleh;lah dapatkan sedikit sebanyak maklumat tentang penternakan cacing disini. InsyaAllah jika semuanya berjalan seperti yang dirancang saya akan memulakan penternakan cacing nie Awal March atau pertengahan. Mohon juga bagi sesiapa yang berpengalaman untuk bertukar pendapat.

syaQtOwr
14-02-2008, 02:04 PM
besh betul bela cacing neh...

bukan nk kena jg sgt pun...

setakat wut part time sude...

;)

A-Phon
14-02-2008, 04:49 PM
try end error ja geng...kalau yg betul2 mana ada lagi. cuma dah lama2 bikin tu ada la mcm otai cacing yg lain.saya budak baru blajar je.

zavk
15-02-2008, 01:42 PM
kepada mereka yg ingin membeli cacing kompos..kami sedia menjual cacing compos

Lumbricus rubellus (Cacing merah)
Eisenia fetida (Cacing harimau)

dengan harga yang berpatutan dan harga borong..
jika berminat sila hubungi atau sms
pada 012-3601665 (zack)

A-Phon
15-02-2008, 01:45 PM
harga kasi kawtim la bro..

zavk
15-02-2008, 01:48 PM
brape kg mau..10kg ke

zavk
15-02-2008, 02:10 PM
kalu banyak bleh deal best price ...

mysoftware
15-02-2008, 05:32 PM
sapa nak ternak cacing di sabah. bole dapatkan induk cacing dengan saya. sila prive message. thanks. harga RM300 sekilo.

golden_user2006
15-02-2008, 09:45 PM
Salam buat semua. Baru terjumpa forum nie. Boleh;lah dapatkan sedikit sebanyak maklumat tentang penternakan cacing disini. InsyaAllah jika semuanya berjalan seperti yang dirancang saya akan memulakan penternakan cacing nie Awal March atau pertengahan. Mohon juga bagi sesiapa yang berpengalaman untuk bertukar pendapat.

buleh2...kita bincang kat sini...
harap apa yg dirancang tu menjadi...nanti updated kat sini bila dah start

zavk
16-02-2008, 10:31 PM
yg maner dah mula boleh la update sini

VermiCompose
18-02-2008, 09:25 AM
Salam.....InsyaAllah....saya akan update dari masa kesemasa. Bro Zavk....nak minta quotationlah tuk 10kg. Awat tak leh PM erk. Kena post 20 dulu ke baru leh PM.

fising
18-02-2008, 05:58 PM
geng nak tanye ader tak kertas kerja pasal cacing kompas nie...ingat nak try apply loan la...wat cacing nie secara komersial:D

zavk
18-02-2008, 09:49 PM
itu la pasal...kene post bebanyak ni

eimir.com
18-02-2008, 09:51 PM
boleh kaya ke nih?

zavk
18-02-2008, 09:53 PM
wow...cacing segera mcm ner tu

zavk
18-02-2008, 09:54 PM
boleh kaya ke nih?

blom cuba blom tau..dah cuba mau tambah lagi....

zavk
18-02-2008, 09:55 PM
Salam.....InsyaAllah....saya akan update dari masa kesemasa. Bro Zavk....nak minta quotationlah tuk 10kg. Awat tak leh PM erk. Kena post 20 dulu ke baru leh PM.

dah cukup 20 nanti leh la pm...

zavk
18-02-2008, 09:56 PM
Cacing yang digunakan dalam proses pengkomposan dinamakan cacing kompos. Cacing ini suka tinggal di dalam bahan organan yang separuh reput.

Jenis-jenis cacing tanah yang digunakan sebagai cacing kompos mempunyai ciri-ciri seperti berikut:-

Suka memakan lapisan atas
Sifat ini sememangnya telah dikenalpasti semasa menjalankan aktiviti di plot penghasilan vermikompos di mana cacing akan berkumpul di dalam lapisan atas binca setiap kali bahan makanan ditambah. Sifat ini juga memudahkan kerja-kerja mengasingkan cacing dan vermikompos semasa menjalankan kerja-kerja mengutip hasil.

zavk
18-02-2008, 09:57 PM
Selera makan yang tajam
Cacing kompos makan mengikut berat badannya. Contohnya, purata berat cacing ialah 4 gm seekor, jadi, jumlah makanan yang diperlukan ialah lebih kurang 4 gm seekor sehari. Proses pertambahan makanan akan lebih kerap selepas sebulan cacing dilepaskan di dalam plot penghasilan vermikompos. Ini bermakna,proses pembiakan telah berlaku dan akan meningkat dari semasa kesemasa. Dengan ini, kita perlu pastikan makanan asas yang digunakan perlulah sentiasa ada dan telah sedia untuk digunakan.

zavk
18-02-2008, 09:58 PM
Membiak dengan cepat
Salah satu sifat cacing kompos ialah membiak dengan cepat. Sepasang cacing kompos boleh bertelur 50 biji kapsul setahun di mana, satu biji kapsul mengandungi 2-3 ekor anak cacing.

zavk
18-02-2008, 09:58 PM
Jenis-jenis cacing kompos yang digunakan terdiri daripada beberapa spesis seperti berikut:-

. Lumbricus rubellus (Cacing merah)
. Eisenia fetida (Cacing harimau)
. Perionyx excavatus (Cacing biru

zavk
18-02-2008, 09:59 PM
Bahan Makanan

Sisa-sisa organik dari ladang-ladang pertanian, halaman rumah dan sisa-sisa dapur boleh dijadikan makanan cacing.

Sisa Ladang
Kebanyakan sisa organik dari pelbagai jenis tanaman boleh digunakan sebagai makanan cacing untuk pengeluaran vermikompos. Sisa-sisa organik tersebut adalah seperti jerami padi, batang jagung, tandan kelapa sawit, rumput kering dan baja kandang yang separuh reput atau telah diperam. Batang-batang pokok yang keras adalah kurang sesuai digunakan.

zavk
18-02-2008, 10:01 PM
Sisa dapur
Sisa dapur adalah sesuai untuk bekas cacing dan boleh dijalankan di rumah oleh suri rumah. Jika menggunakan sisa-sisa dapur untuk penghasilan vermikompos, adalah perlu menggunakan binca-binca seperti di atas sebagai bahan asas bagi menyesuaikan keadaan persekitaran cacing.

Sisa-sisa dapur perlulah ditanam di dalam binca tersebut mengikut keperluan makanan untuk cacing.
Sifat cacing adalah memakan makanan mengikut berat badannya. Jadi, sisa dapur yang ditanam di dalam binca perlulah bersesuaian dengan jumlah cacing yang ada.

Bahan-bahan yang disyorkan dan tidak disyorkan untuk cacing adalah seperti dalam Jadual 1.

Sebelum menggunakan salah satu bahan yang disyorkan di atas, kita perlulah mengetahui cara penyediaannya kerana ada di antara bahan di atas mempunyai cara penyediaan yang berbeza. Ini adalah penting supaya cacing tidak akan mati atau lari dari tempat yang disediakan.

zavk
18-02-2008, 10:04 PM
Sisa-Sisa Dapur
- Reja-reja sayur
- Kulit buah-
buahan
- Surat khabar
- Kulit telur

Sisa Halaman
- Rumpai
- Keratan rumput
halaman
- Daun-daun

Sisa Ladang
- Jerami padi
- Batang jagung

Baja Kandang
- Tahi lembu
- Tahi kuda
- Tahi kambing dan
tahi haiwan yang
makan rumput

zavk
18-02-2008, 10:05 PM
Sisa Ladang
Kebanyakan sisa organik dari pelbagai jenis tanaman boleh digunakan sebagai makanan cacing untuk pengeluaran vermikompos. Sisa-sisa organik tersebut adalah seperti jerami padi, batang jagung, tandan kelapa sawit, rumput kering dan baja kandang yang separuh reput atau telah diperam. Batang-batang pokok yang keras adalah kurang sesuai digunakan

zavk
18-02-2008, 10:07 PM
cepat...cepat...seblm terlambat...

golden_user2006
19-02-2008, 06:46 AM
itu la pasal...kene post bebanyak ni

byk nye kome' post tu.....apa2 pun sama2 kita memberi input kat sini

VermiCompose
19-02-2008, 09:40 AM
Thank you Zavk for the info.

A-Phon
19-02-2008, 12:37 PM
best...saya dah tersalah dah..sisa dapur yg ada protein tggi x boleh masuk mcm perut ikan dll yg berbau busuk sbb akan terjadi proses anerobik yg menyebabkan haba jadi tggi dan habiskan gas nitrogen dan CO2 ...kesannya suhu jadi panas dan pH jadi tggi dan paling teruk bau busuk mcm bangkai plak..isk isk isk..

pastu plak elakan sisa makanan yg berminyak dan berempah.

jaga kulit buah limau..tak boleh masuk.

mmg betul la ada 3 jenis bahan yg kita boleh buat medium/makanan cacing sisa ternakan, sisa halaman & tumbuhan dan sisa2 dapur.

tapi kena jadikan semi compost atau separa reput.

MoneyGear
19-02-2008, 08:51 PM
Kami adalah subsidiaries of AZR Agro Centre, insyaallah AZR akan membuat kursus pada bulan 3 ni. Jika berminat sila hubungi IZAT 019-3537005 / atau Wati 0193357005

kalau ada sesiapa yang berminat boleh lah call no ni ye.. nak tengok sendiri rumah cacing or nak belajar cara nak jaga nya pun boleh.

P:S
lokasi ternakan :
Kg Sijangkang > Telok Panglima Garang > Kuala Langat > Selangor
tekan [sini (http://maps.google.com/maps?f=d&hl=en&geocode=&saddr=&daddr=2.926926,101.444793&mra=mi&mrsp=0&sz=15&sll=2.92804,101.452603&sspn=0.022158,0.034504&ie=UTF8&ll=2.933441,101.465092&spn=0.088633,0.138016&z=13)] untuk tengok map lokasi bertanda B

golden_user2006
19-02-2008, 09:25 PM
Kami adalah subsidiaries of AZR Agro Centre, insyaallah AZR akan membuat kursus pada bulan 3 ni. Jika berminat sila hubungi IZAT 019-3537005 / atau Wati 0193357005

o..o.o..rupa2 tower agrotech cabang dr AZR....AZR adalah cabang dari PArk MAn yg mana semua marketing AZR buat...yg lain Park MAn buat....tu dia jaringan yg pak man pernah cerita yg dia nak buat networking bumi...mengenai cacing...hehehe.....dah tahu hujung pangkal......mungkin yg lain2 adalah hasilan dari kursus AZR + park man buat hari tu....

betul ke?

VermiCompose
20-02-2008, 09:50 AM
ooooo...kursus bulan 3 nie. Kali nie lokasi masih yang sama ke. Saya kira lokasi yang paling tepat adalah di tapak ternakan sendiri. Lagi terang dan jelas. Memang teori pun penting untuk pengetahuan perjalanan kehidupan cacinng, tapi praktikal lebihlah lagi kan.

golden_user2006
20-02-2008, 11:50 AM
k, lihat attactment...sbenornya contact tu dah ada kat site jab pertanian, cuma tak tahu nak pilih yg mana betul2 direct contact,
ni yg diketahui, yg urus pasal ni...bah perlindungan&kuarantin tumbuhan

http://www.doa.gov.my/doa_bm/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=8&VertSectionID=2&IID=

updated maklumat sikit....

no contact direct pegawai ni...019-2985769 emel zubidin@yahoo.com

sapa2 yg minat nak tahu lebih atau kursus, sila2 contact beliau...

TOWER_AGROTECH
20-02-2008, 05:11 PM
ooooo...kursus bulan 3 nie. Kali nie lokasi masih yang sama ke. Saya kira lokasi yang paling tepat adalah di tapak ternakan sendiri. Lagi terang dan jelas. Memang teori pun penting untuk pengetahuan perjalanan kehidupan cacinng, tapi praktikal lebihlah lagi kan.

Insyaallah pihak kami akan mengadakan kursus praktikal di tapak

TOWER_AGROTECH
20-02-2008, 05:12 PM
ooooo...kursus bulan 3 nie. Kali nie lokasi masih yang sama ke. Saya kira lokasi yang paling tepat adalah di tapak ternakan sendiri. Lagi terang dan jelas. Memang teori pun penting untuk pengetahuan perjalanan kehidupan cacinng, tapi praktikal lebihlah lagi kan.

Insyaallah pihak kami akan mengadakan kursus praktikal di tapak, sesiapa yang berminat sila hubungi 019-3537005

heri
20-02-2008, 05:15 PM
cam menarik je...

golden_user2006
21-02-2008, 09:17 AM
cam menarik je...

mmg menarik ...sila2

pronx_834
21-02-2008, 10:47 AM
assalamualaikum semua,

nak tau ada x sesapa kat sini yang ada info lanjut @ yang dh buat contract farming ngan Kitab Waima?

kalo ada leh x kalo kongsi detail kat sini....trima kasih

golden_user2006
22-02-2008, 07:56 PM
assalamualaikum semua,

nak tau ada x sesapa kat sini yang ada info lanjut @ yang dh buat contract farming ngan Kitab Waima?

kalo ada leh x kalo kongsi detail kat sini....trima kasih

oo...co. ni, dulu2 pernah jugok ada urusan dgn salah seorng staff situ...dia org tgh kumpul maklumat masa tu pasal pertanian.

krang ni nmpknya makin mantap dgn adanya kontak tu tp tak tahu lah secara detail......tu kena nilai baik2, bagus jugok ada yg tanyakan pasal co ni...esok2 buleh buat jv/kontrak pulok

lela
23-02-2008, 03:08 PM
Salam semua,
rasanyer takder lagi tajuk ttg penternakan cacing kompos nie. Jom kita bincangkan disini. Setau aku projek nie dah lama juga berjalan kat M'sia nie, cuma info dier kurang sangat. ada pendapat???:)

penternakan cacing tengah aktif d kg olak lempit dan banting. ramai dah jadi pembekal. sila contact cacina enterprise di 014 2610467 atau e-mail ke cacina08@gmail.com.

saya dpt bekalan dan khidmat nasihat dari company ini. harga juga menarik yg pentingnya.

lela
23-02-2008, 03:11 PM
utk penternak cacing baru boleh contact cacina enterprise di 014-2610467 atau e-mail ke cacina08@gmail.com. bekal dan dapat khidmat nasihat.
atau contact en yup 03-31494185 (after 6 pm)

tengah buat reasearch and dev untuk industri cacing. I will let every body in one month time.

lela
23-02-2008, 03:16 PM
dptkan bekalan cacing di cacina enterprise di 0142610467 atau email ke cacina08@gmail.com

zavk
24-02-2008, 10:58 AM
kepada mereka yg ingin membeli cacing kompos..kami sedia menjual cacing compos

Lumbricus rubellus (Cacing merah)
Eisenia fetida (Cacing harimau)

dengan harga yang berpatutan dan harga borong..
jika berminat sila hubungi atau sms
pada 012-3601665 (zack)

fising
24-02-2008, 11:01 AM
kepada mereka yg ingin membeli cacing kompos..kami sedia menjual cacing compos

Lumbricus rubellus (Cacing merah)
Eisenia fetida (Cacing harimau)

dengan harga yang berpatutan dan harga borong..
jika berminat sila hubungi atau sms
pada 012-3601665 (zack)

bro ader kertas kerja pasal cacing kompos nie tak...:-?

zavk
24-02-2008, 11:28 AM
kepada mereka yg ingin membeli cacing kompos..kami sedia menjual cacing compos

Lumbricus rubellus (Cacing merah)
Eisenia fetida (Cacing harimau)

dengan harga yang berpatutan dan harga borong..
jika berminat sila hubungi atau sms
pada 012-3601665 (zack)

pronx_834
25-02-2008, 12:22 PM
oo...co. ni, dulu2 pernah jugok ada urusan dgn salah seorng staff situ...dia org tgh kumpul maklumat masa tu pasal pertanian.

krang ni nmpknya makin mantap dgn adanya kontak tu tp tak tahu lah secara detail......tu kena nilai baik2, bagus jugok ada yg tanyakan pasal co ni...esok2 buleh buat jv/kontrak pulok

itula pasal, ingat nak survey dlu semua co yg ada wat kontrak farming pasal cacing ni, bukan apa utk permulaan ni sy rs elok kalo ada market tetap..

lela
25-02-2008, 01:09 PM
sila e-mail ke cacina08@gmail.com utk mendapat khidmat nasihat tentang penternakan cacing. kepada yg baru nak mula, dptkan data dan infor tentang cacing.

TOWER_AGROTECH
25-02-2008, 02:22 PM
penternakan cacing tengah aktif d kg olak lempit dan banting. ramai dah jadi pembekal. sila contact cacina enterprise di 014 2610467 atau e-mail ke cacina08@gmail.com.

saya dpt bekalan dan khidmat nasihat dari company ini. harga juga menarik yg pentingnya.

Boleh tau lokasi cacina di mana

golden_user2006
25-02-2008, 07:31 PM
wah, byknya pembekal kat sini...

nmpknya thread ni dah promote-mempromote

sy terjumpa thread kat section classified...rasanya kat situ lebih sesuai kut dgn maklumat pembekal...
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=30240&highlight=cacing

kat sini kita bincang,kat section tui kita promote...boleh tak? :-?

just pendapat....sbb sini kita kongsikan ilmu utk mereka memahami keadaan industri cacing ni...sbb takat ni dah lari matlamat industri cacing berkembang, bukannya utk vermikompos tp gayanya penjualan cacing pulok yg laku, nanti bila dah tepu dgn pengusaha ...pengusaha yg terakhir nak jual kat sapa pulok? itu pikir2kan bersama....

golden_user2006
25-02-2008, 07:52 PM
itula pasal, ingat nak survey dlu semua co yg ada wat kontrak farming pasal cacing ni, bukan apa utk permulaan ni sy rs elok kalo ada market tetap..

btul, setuju...tak de le penat2 buat nanti, tak de market pulok...kalu kontrak dah 'sure' le dah terjual nanti...

bisnezz ni mmg perlu modal agak besar...harga makin lama makin ada 'demand'...
td baru 'attend' satu bengkel pasal keusahawanan,,,jumpa pulok dgn peg kerajaan yg handle cacing...ada borak2 dgn dia dan buleh mohon utk latihan 'hand-on' secara percuma lak tu...cuma tulis surat kat boss dia, nanti mereka akan uruskan......

satu lg maklumat utk networking dgn pg kerajaan pasal cacing...nak detail, pm sy

leenda
26-02-2008, 11:39 AM
golden_user20006....

boleh email saya dengan lebih lanjut berminat lah

gurl_leen2000@yahoo.com atau leen83z@gmail.com

kerjasama anda amat memerlukan

tq

pronx_834
26-02-2008, 11:43 AM

askum bro, nk mintak tolong pm kat sy, bleh x bg detail pasal latihan tu, sy nk pm x cukup post lg ni...hehehe

thanks..

mikebravo2
26-02-2008, 02:39 PM
boleh x sape2 bantu kadar pembiakan cacing dalam tempoh sebulan

izamyazan
26-02-2008, 03:18 PM
bagus maklumat menarik...ada yang lain lagi tak

lela
26-02-2008, 04:15 PM
penternakan cacing sebenarnya murah kalau anda ikut cara yg betul. saya bermula dgn kos 6000 utk 10 kg cacing termasuk rumahnya. Pada sapa yg nak bermula. ajak join dgn pembela kambing. habuk kayu ambil kat kilang free. tempat takung air beli di kedai second hand. penapis buat sendiri. kayu beli tempat second hand kat labu negeri sembilan. if you smart, buat bawah rumah kg. bayar le sewa sikit. tapi saya dapat free.

golden_user2006
26-02-2008, 07:38 PM
boleh x sape2 bantu kadar pembiakan cacing dalam tempoh sebulan

cuba contact peg ni...
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=26146&page=6

atau yg ni....kat serdang,sel...03-89486302

cakap nak tahu detail pasal cacing...khidmat mereka amat berguna utk semua...lagipun free...

tu peg2 kerajaan yg handle cacing ...area kl& sel...terpaksa declare kat sini sbb ramai dah pm ...kita sama2 bantu mana yg tahu...

golden_user2006
26-02-2008, 07:38 PM
golden_user20006....

boleh email saya dengan lebih lanjut berminat lah

gurl_leen2000@yahoo.com atau leen83z@gmail.com

kerjasama anda amat memerlukan

tq

k...contact tu telah diberikan...cuba check post atas

golden_user2006
26-02-2008, 07:40 PM
askum bro, nk mintak tolong pm kat sy, bleh x bg detail pasal latihan tu, sy nk pm x cukup post lg ni...hehehe

thanks..

telah di'declare' tu...tgk post

leenda
26-02-2008, 07:48 PM
cik lela....

penapis buat sendiri? boleh ajar saya....
nway cik lela buat cacing di mane?

dan golden_user2006... thanzx saya akan col secepat mungkin

panglima
27-02-2008, 08:46 AM
bro golden_user2006
sila check PM:">

golden_user2006
27-02-2008, 11:51 AM
cik lela....

penapis buat sendiri? boleh ajar saya....
nway cik lela buat cacing di mane?

dan golden_user2006... thanzx saya akan col secepat mungkin

penapis pe tu?
ke yg ni (dlm gambar tu)

pronx_834
27-02-2008, 12:29 PM
telah di'declare' tu...tgk post

ok thanks bro

leenda
27-02-2008, 02:02 PM
wah besarnyer.... berapa harga nyer tu?
takde yang kecik simple ker? atau semua memang berbentuk mcm tu?

golden_user2006
27-02-2008, 04:18 PM
wah besarnyer.... berapa harga nyer tu?
takde yang kecik simple ker? atau semua memang berbentuk mcm tu?

ado...buat sendiri...
tgk pic...tp ni utk ayak pd peringkat permulaan, sbb mesh dia besar,
kalu nak ayak bila nak asingkan cacing, gunakan ayak mesh yg kecil sesuai dgn anak2 cacing/telur & sebagainya...lg kecil lg baik cuma tempoh ayak lambat la sikit....

yg td mmg mahal tp...agak efisen...kalu attach dgn enjin bermotor...lebih stabil & jimat masa/buruh kut

leenda
27-02-2008, 04:39 PM
oooohhh....
emm... yang kecik mcm tu berapa harganyer yer kat mane nak beli
nway thnxz byk info yang u kasi

lanbai
27-02-2008, 04:42 PM
mende tuh?

golden_user2006
27-02-2008, 04:52 PM
oooohhh....
emm... yang kecik mcm tu berapa harganyer yer kat mane nak beli
nway thnxz byk info yang u kasi

yg ni tak yah beli, upah org buat...jimat kos

lela
27-02-2008, 07:17 PM
olak lempit. but tempat saya under renovation. blm boleh melawat. baru pindah dari perak. penapis buat as simple as possible. dlm gambar tu mahal sikit. mungkin saya akan design something like in the picture dan jual. boleh.

golden_user2006
28-02-2008, 08:45 AM

byk pengusaha sdg berkembang kat olak lempit tu, betul ke?
atau bro under mana2...AZR/PArk MAn atau sape....sbb mereka tackle bahagian sana...

nanti nak gi lawat jugok lah kat sana, nak tgk sistem yg diguna, buleh?
penapis tu...setiap pengusaha ada cara tersendiri nak asingkan cacing dari medianya...mari kita pikirkan bersama dptkan yg terbaik, sbb model yg diberi itu masih ada kelemahan bila nak harvest vermikompos, byk anak cacing yg masih halus terlepas dari lubang jaring walaupun lubang mesh dah kecil...mungkin kena ada byk peringkat penapis yg berlapis2...

mari pikir2kan........barulah lepas tu kalu nak jual pun utk produk yg terbaik...

just pendpt

leenda
28-02-2008, 10:02 AM
nanti nak gi lawat jugok lah kat sana, nak tgk sistem yg diguna, buleh?
penapis tu...setiap pengusaha ada cara tersendiri nak asingkan cacing dari medianya...mari kita pikirkan bersama dptkan yg terbaik, sbb model yg diberi itu masih ada kelemahan bila nak harvest vermikompos, byk anak cacing yg masih halus terlepas dari lubang jaring walaupun lubang mesh dah kecil...mungkin kena ada byk peringkat penapis yg berlapis2

BETUL TU....

nway golden_user2006 pun buat ternk cacing ker?

zulfazubir
28-02-2008, 11:58 AM
Jerami Padi Untuk makanan cacing. 500kg RM110. Lokasi di Kedah.
Call: Zulfa- 0126770189

zulfazubir
28-02-2008, 11:59 AM
Jerami padi yang baru dituai(FRESH). 500kg = RM110.
Lokasi di Kedah.
Hubungi: Zul-0126770189

suchi_7266
28-02-2008, 12:06 PM
Cacing ni berat sangat ke %00 kg banyak tu?

golden_user2006
28-02-2008, 12:28 PM
nway golden_user2006 pun buat ternk cacing ker?

yup, tgh buat pemerhatian dgn member...byk maklumat diperlukan...
byk jugok survey kat pengusaha lain ....

krg ni guna pakai teknik park man...

RyuWirata
28-02-2008, 05:12 PM
aku baru2 jer nak terjebak dlm arena mternak cacing kompos ni..dah register nak pi kursus ternak cacing..ada sapa2 kat sini penah pegi kursus ternak cacing anjuran Kitab Waima Group ??

lela
28-02-2008, 06:36 PM
parkman, azr, agroquest dan cacina semua pakai cara berbeza. dtg kesemua tempat ni. semua kat banting. cacina blm terima pelawat tgh renovate. dan cara yg terlalu simple supaya semua penternak mampu buat. cacina buat di bawah rumah dgn kos kurang rm 1000.

zavk
28-02-2008, 07:05 PM

lokasi kat mane

lela
28-02-2008, 10:46 PM
lokasi kat mane
zavk, kami di hadapan kilang perabot olak lempit. tapi prasarana belum siap. tunggu siap baru boleh lawat. cara saya cuma alternatif dlm penternakan cacing. tapi bukan kaedah terbaik, tapi murah. medium saya juga lain. suka buat lain dari org lain.

yop - abg si lela

TOWER_AGROTECH
29-02-2008, 09:02 AM
zavk, kami di hadapan kilang perabot olak lempit. tapi prasarana belum siap. tunggu siap baru boleh lawat. cara saya cuma alternatif dlm penternakan cacing. tapi bukan kaedah terbaik, tapi murah. medium saya juga lain. suka buat lain dari org lain.

yop - abg si lela

insyaallah saya akan datang pada rabu ni

lela
29-02-2008, 09:21 PM
insyaallah saya akan datang pada rabu ni
thanks, by wednesday, our place might not yet ready. still under renovation unless u wish to discuss anything related to the industry. our cacing still in perak. only 5 kg left today in olak lempit. this business is now over demanding. MELETUP.