BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,324.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Berita Sahih / Ribena Ada Kandungan Arak 0.01%

eTiQa2u

Fun Poster
Messages
150
Joined
Dec 14, 2007
Messages
150
Reaction score
2
Points
15
BERITA SAHIH / RIBENA ADA KANDUNGAN ARAK 0.01%


LONDON : Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan
menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita
menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak.
Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena
dan Lucozade selepas penggun! a mendapati ramuan perisa air minuman itu
mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan
tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan
arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada! kadar
yang rendah.

Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa
semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan
yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers,
sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya
; selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya
mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan
Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu
Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka
sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah.

Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa
terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam
makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label. "Kita
amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan
seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya," katanya.

Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman
Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa
minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya.
Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan
pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi
penyediaan makanan itu dinyatakan. "Sesetengah bahan perasa mengandungi
lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna
dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami," katanya.

Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika
dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga deng! an lima perasa
yang disediakan untuk Ribena. – Agensi


from General discussion mod
==REMOVED==

FOR YOU TOLONG JGN AMIK KESEMPATAN UTK PROMOT YOU PNYE PERKHIDMATAN
 
Last edited by a moderator:
uik.. sahih ke nih?? aku rajin gak bancuh ribena nih kat umah.. kes parah camnih :mad: :mad: :mad:
 
kalau kat UK, i rasa pasti la.Tapi kat Malaysia kawe tak sure. Macam manapun, baik kita elak jer minum benda alah tu. Tongkat ali dan kacip fatimah kan ader.....rasa lebih power daripada minuman Rebinna tu...pasti ditanggung HALAL punyer...
 
uik.. sahih ke nih?? aku rajin gak bancuh ribena nih kat umah.. kes parah camnih :mad: :mad: :mad:

CUBA EKSPLEN SIKIT PASAL ARAK TU APA? MAKSUD I APA BRG YANG ADA KAT RIBENA TU YANG DIPANGGIL ARAK, AND MACAM MANA BOLEH WUJUD KAT MAKANAN TU?

KALAU SEMULAJADI MENGANDUNGI ALKOHOL JENIS ETHANOL TANPA PROSES PENAPAIAN YANG DISENGAJAKAN DAN MEMANG UNTUK MEMPROSES MINUMAN RIBENA DAH TAKDE CARA LAIN KENA CARA TU JUGA HUKUMNYA HALAL.... SEBAB KEHADIRAN ETHANOL (ALKOHOL) DALAM MAKANAN BUKANLAH SEBAB UTAMA MENYEBABKAN MAKANAN ITU DIHUKUM SEBAGAI AL-KHAMAR TETAPI ASASNYA IALAH BENDA ITU BOLEH MEMABUK JIKA DIMINUM SAMA ADA SEDIKIT ATAU BANYAK DAN PENGAMBILANNYA WALAU SETITIS PUN (MUNGKIN TAK MABUK) JUGA HARAM KERANA SIFAT ASALNYA YANG MEMABUKAN...

SAYA AMBIL CONTOH MAKANAN YANG MENGADUNGI ALKOHOL TETAPI HALAL DIGUNA:

1. PUDINA
2. CUKA ANGGUR

SEKIAN.
 
bahaya tu gila baban ler macam ni.tapi alhamdulillah anak aku dah tak minum lagi ribena skrg ni
 
MasyaAllah....#:-S #:-S .. Persatuan pengguna Malaysia camner..? dah sahkan ker..?:-? :-? :-?
 
Sebagai Tambahan...

Jakim Telah Mengeluarkan Fatwanya Tentang Boleh Menggunakan Sedikit Alkohol Dalam Bahan Perisa Ke Atau Pewarna Sebagai Conditioner Dan Hukumnya Halal...
 
biar betul.. kat rumah aku ada lg separuh bab adik aku suka minum tu..
 
benda ni x boleh main2.Kalo mmg sah ada arak mmg sure x boleh minum.Jgn main2 hukum Allah.Akhirat esok tanggung sendiri.Dah di bagitau kenalah waspada.
 
Back
Top
Log in Register