PDA

View Full Version : DIY :: Rumah Kontena

Megat Sri Rama
10-08-2011, 09:53 PM
Assalamualaikum...

Objektif

Tujuan thread ini adalah untuk mengujudkan satu wadah perkongsian dan perbincangan tentang penggunaan kontena lusuh sebagai satu alternatif pembinaan tempat tinggal manusia serta binaan kegunaan lain (perniagaan, pejabat, sekolah, dll.)

Kos pemilikan rumah yang meningkat, perubahan gaya hidup di bandar yang tidak menyenangkan (trafik sibuk, jalan bertol, bising, dsb.) memerlukan kita kreatif dalam membina rumah untuk berteduh.

Rumah kontena terkait dengan imej buruk. Sebut saja rumah kontena, ramai yang terbayang ia berupa buruk, panas, dan sebagainya. Dalam fikiran ramai, ia hanya layak untuk orang miskin.

Realitinya keadaan sudah jauh berbeza... itulah yang akan diperlihatkan dalam thread ini.

Pastikan anda terus membaca.

Sumbangan Anda

Diharapkan para jurutera (awam, mekanikal, struktur) dan arkitek di CG ini dapat membantu memberikan input dari segi :

Teknikal (pengiraan kekuatan struktur, apa yang melemahkan struktur, tebatan haba, dll.)

By Law (keperluan perundangan, kerenah permit pembinaan)

Design Consideration (Estetika, Praktikalisme, dsb.)

Mereka yang bekerja dalam sektor perkapalan, lojistik, forwarding diharap dapat memberi input dari segi :

Keberadaan kontena (harga semasa kontena terpakai)

Maklumat tentang kontena (cara membaca kod badan kontena untuk mengetahui sejarah penggunaan kontena tersebut, jenis-jenis binaan kontena yang ada, dsb.)

Maklumat Dikongsikan

Jalur ini diharap akan mempunyai maklumat :

Galeri - projek-projek yang berjaya dari seluruh dunia
Maklumat mengenai sistem kontena

Apakah standard saiz kontena yang ada
Apakah kontena ISO
Bagaimanakah kontena mendapat kekuatan strukturnya
Apakah ubahsuai yang menjejaskan kekuatan kontena serta apa cara untuk mengimbal-balas ubah suai tersebut
Mengapakah kontena semakin popular sebagai kaedah membina rumah
dan sebagainya

Berapakah harga sebiji kontena di Malaysia, di mana mencarinya?
Dan lain-lain

Megat Sri Rama
10-08-2011, 09:55 PM
Kronologi Kemaskini

Kandungan sentiasa dikemaskini, periksa di sini jika takut ada maklumat yang ketinggalan.

1. 10/8/2011 - Tambah video/gambar di post Puma City

2. 11/8/2011 3:16AM - Entri baru (kategori Galeri), PLATOON KUNSTHALLE [Part 1 + Part 2]

3. 12/8/2011 9:15PM - Entri baru (kategori Galeri), KEETWONEN [Part 1 + Part 2 + Part 3]

4. 12/8/2011 9:30PM - Tambah video di post KEETWONEN [Part 3]

5. 12/8/2011 10:30PM - Entri baru (kategori Galeri), One Cool Habitat [Part 1 + Part 2]

6. 13/8/2011 3:22AM - Entri baru - Sejarah Kontena dan Pemiawaiannya.

7. 13/8/2011 5:14AM - Entri baru - Basic Information tentang Kontena ISO (jenis-jenis, ukuran, twistlock, material).

8. 13/8/2011 6:15AM - Entri baru - Weathering Steel.

9. 13/8/2011 1:00PM - Entri baru - Terminologi.

Concerns

1. Jangka hayat

wah sgt canggih..

kalau guna kontena ni brapa jangka hayat umah tu?:-?

2. Kos

kontena tak berapa elok untuk di buat kediaman ni....
1-xcon kena pasang 24jam....pasal panas
2-dari segi kos rasa tak lah jimat mn pun....masa buat jimat...tapi masa diami huhuhuhu...bill berjela
ni sekadar pandangan aku la.....baik bina guna ibs.....

3. Kelulusan dari PBT

Pejabat kontena tu adalah.
Tapi kerajaan nak bagi kelulusan ke rumah kontena macam ni kat Malaysia?
Nak follow thread ni, best gak.... ;)

Megat Sri Rama
10-08-2011, 10:00 PM
Indeks

Sentiasa datang semula ke sini untuk tambahan terbaru....

Galeri

Berikut adalah projek-projek yang telah berjaya.

Kedai/Showroom :: Mobile :: Puma City (http://carigold.com/portal/forums/showpost.php?p=10376826&postcount=7)

Pusat Komuniti :: Seoul, S.Korea :: PLATOON KUNSTHALLE [Part 1 (http://carigold.com/portal/forums/showpost.php?p=10379067&postcount=68)][Part 2 (http://carigold.com/portal/forums/showpost.php?p=10379083&postcount=69)]

Asrama Pelajar :: Amsterdam, Belanda :: KEETWONEN [part 1 (http://carigold.com/portal/forums/showpost.php?p=10399980&postcount=74)] [part 2 (http://carigold.com/portal/forums/showpost.php?p=10399985&postcount=75)] [part 3 (http://carigold.com/portal/forums/showpost.php?p=10400045&postcount=76)]

Guard House :: One Cool Habitat [part 1 (http://carigold.com/portal/forums/showpost.php?p=10400754&postcount=80)] [part 2 (http://carigold.com/portal/forums/showpost.php?p=10400763&postcount=81)]

Teknikal
Standard, Ukuran & Sifat

ISO Shipping Container :: Sejarah Kontena dan Pewiawaiannya [Pautan (http://carigold.com/portal/forums/showpost.php?p=10402643&postcount=93)]
ISO Shipping Container :: Terminologi Dunia Pengangkutan Intermodal [Pautan (http://carigold.com/portal/forums/showpost.php?p=10405714&postcount=100)]
ISO Shipping Container :: Kontena Intermodal ISO :: Ukuran (nominal), Jenis-jenis kontena, Twistlock, ISO 6346 (intro) [Pautan (http://carigold.com/portal/forums/showpost.php?p=10402967&postcount=96)]
ISO Shipping Container :: Weathering Steel (keluli kulit kontena) [Pautan (http://carigold.com/portal/forums/showpost.php?p=10403292&postcount=97)]

Megat Sri Rama
10-08-2011, 10:01 PM
reserved space

zamreda
10-08-2011, 10:01 PM
sapa yng kerja bahagian port taulah....

ade tgk pejabat di port johor tu pakai kontena..di struktur dgn besi besi....jadi atasnya ade kontena tapi bukan letak atas tul..tapi dikuatkan dgn besi..

azmi_tshirt
10-08-2011, 10:01 PM
location di mana?

Megat Sri Rama
10-08-2011, 10:02 PM
Puma City

Arkitek : LOT-EK (http://www.lot-ek.com/) - (New York, USA)

Puma City adalah struktur kedai milik Puma yang dilancarkan sempena menyambut World Cup 2010.

Ia dibawa mengelilingi kota-kota besar di Amerika dan Eropah dari 2008 sehingga 2010.

Antara kota persinggahannya adalah di Alicante, Boston dan juga Stockholm.

Walaupun ia bukan struktur "kekal", namun ia menarik untuk dijadikan bahan kajian kes kita.

Kita boleh mengambil pengajaran tentang susunan kontena, hiasan dalaman, penggunaan ruang, dll.

Puma City menggunakan 24 biji kontena untuk membina struktur kedai 3 tingkat.

Ia seluas 11,000 kaki persegi termasuk bar/lounge dan 2 dek.

Video :

Puma City Construction

http://www.youtube.com/watch?v=mib90dbYXlo

Gambar :

http://img854.imageshack.us/img854/7415/1503254400pumaretailpre.jpg

http://img26.imageshack.us/img26/7180/1573395373pumaretailpre.jpg

http://img231.imageshack.us/img231/3385/1067883925pumaretailpre.jpg

http://img804.imageshack.us/img804/9514/111605531pumaretailpref.jpg

http://img94.imageshack.us/img94/73/134837423picture2.png

http://img33.imageshack.us/img33/6905/1512800835pumaretailpre.jpg

gambar tambahan : 10:26PM 10/8/2011

http://img684.imageshack.us/img684/6654/pumainstallation.jpg

http://img688.imageshack.us/img688/4899/pumainterior.jpg

http://img692.imageshack.us/img692/7292/pumaretailprefab6.jpg

Musicaldeath_00
10-08-2011, 10:02 PM
menarik jugak ni.. :D

punkjunk86
10-08-2011, 10:04 PM
ni contoh kontena yang dikomersilkan menjadi chalet di langkawi. diaoang wat cantik gile luar n dalam..

http://www.thecabin.com.my/galeria.htm

zezebel
10-08-2011, 10:04 PM
Pejabat kontena tu adalah.
Tapi kerajaan nak bagi kelulusan ke rumah kontena macam ni kat Malaysia?
Nak follow thread ni, best gak.... ;)

jutawanzaman
10-08-2011, 10:07 PM
kalau ada tanah sendiri..then buat umah kontena..rasanya tak ada masalah kot..janji layout pelan camna kedudukan dalam dan luaran submit ngan PBT..kalau silap..harap betul kan...

AjuL
10-08-2011, 10:11 PM
ruth mana ...ni kepakaran ruth bab architecture ni :D

___KIPITOP___
10-08-2011, 10:14 PM
Menarik mmg menarik...
Tp xberapa selamat ni, kena angin ribut ni mmg berguling2 kontena tu...
Melainkan dia tertanam kukuh dlm tanah ler...

Megat Sri Rama
10-08-2011, 10:18 PM
Pejabat kontena tu adalah.
Tapi kerajaan nak bagi kelulusan ke rumah kontena macam ni kat Malaysia?
Nak follow thread ni, best gak.... ;)

itu yang nak kena tanya dengan arkitek kat CG ni...

mungkin ruth boleh jawabkan.

biasanya bangunan besi dikelaskan sebagai bangunan sementara, maka tidak perlu kelulusan pelan oleh kerajaan tempatan.

tapi... nak pasti, kena tanya dengan diorang le.

Megat Sri Rama
10-08-2011, 10:19 PM
Menarik mmg menarik...
Tp xberapa selamat ni, kena angin ribut ni mmg berguling2 kontena tu...
Melainkan dia tertanam kukuh dlm tanah ler...

nope.... kat Belanda atau Jerman, diorang buat hostel universiti lagi.... tak ada hal punya.

Janji cara buat tu betul

zamreda
10-08-2011, 10:21 PM
Menarik mmg menarik...
Tp xberapa selamat ni, kena angin ribut ni mmg berguling2 kontena tu...
Melainkan dia tertanam kukuh dlm tanah ler...

kereta tak berguling2 ke...

klau berat dah sama kereta kancil...kancil pon berguling2 gak..

Megat Sri Rama
10-08-2011, 10:21 PM
ni contoh kontena yang dikomersilkan menjadi chalet di langkawi. diaoang wat cantik gile luar n dalam..

http://www.thecabin.com.my/galeria.htm

thank you bro... selama ni ingat ada satu je projek di Malaysia (kat KL).

Akan saya bawa ke thread sini juga nanti...

RuthlessFairy
10-08-2011, 10:26 PM
kalau ada tanah sendiri..then buat umah kontena..rasanya tak ada masalah kot..janji layout pelan camna kedudukan dalam dan luaran submit ngan PBT..kalau silap..harap betul kan...

yup no prob...

tapi....
rumah. kalau untuk retreat place, mmg ok.
tapi untuk rumah kediaman rasanya tak berapa pratical.

boleh buat. bukan tak boleh buat.

interesting.

that's how u play with the box and space.

RuthlessFairy
10-08-2011, 10:28 PM
Menarik mmg menarik...
Tp xberapa selamat ni, kena angin ribut ni mmg berguling2 kontena tu...
Melainkan dia tertanam kukuh dlm tanah ler...

kalau follow kita punye climate, mmg tak sesuai.
sbb tu binaan ni digelas as "binaan sementara"

tapi boleh je kalau nak bagi kukuh.

RuthlessFairy
10-08-2011, 10:31 PM
itu yang nak kena tanya dengan arkitek kat CG ni...

mungkin ruth boleh jawabkan.

biasanya bangunan besi dikelaskan sebagai bangunan sementara, maka tidak perlu kelulusan pelan oleh kerajaan tempatan.

tapi... nak pasti, kena tanya dengan diorang le.

hurmm kene check ngan PBT ni..

sebb, as i concern temporary bulding mmg kene submit.
mcm setiap site kan ada pejabat kontena.
itu mmg kene submit sekali dengan Building plan.

and kalau kontena semata2 tak sure kene submit mcmne.

amer
10-08-2011, 10:40 PM
ni salah satu idaman aku..tmpt dh ader..ader peluang mmg nk wat rumah lepak..

KZ5
10-08-2011, 10:40 PM
wah bagus idea nie....tq tt

RuthlessFairy
10-08-2011, 10:49 PM
aku rasa kontena boleh dibuat rumah.

tapi bukanlah kontena yang seketul tu.
infact, binaan dari kontena ini lebih digalakkan untuk mencapai GBI

ba-e-segan
10-08-2011, 10:50 PM
Chalet contena dilangkawi...yo!

RuthlessFairy
10-08-2011, 10:51 PM
ini contoh di malaysia

http://www.youtube.com/watch?v=1IVYfdeNwnQ

RuthlessFairy
10-08-2011, 10:54 PM
orait..

kalau buat rumah dr kontena mcm dalam video, itu adalah SANGAT digalakkan.
sbb ianya enviro friendly.
still kene sumit kat authority.mcm rumah2 biasa yang lain.
and declare bahan binaan adalah dr "metal"

tgk kat video tu, akan terjjawab semua persoalan

zamreda
10-08-2011, 10:54 PM
ni salah satu idaman aku..tmpt dh ader..ader peluang mmg nk wat rumah lepak..

pastikan berairkon...lagi lelap...:)paid:)paid

RuthlessFairy
10-08-2011, 10:56 PM
arkitek kene study banyak kalau buat pojek ni :((

RuthlessFairy
10-08-2011, 10:57 PM
pastikan berairkon...lagi lelap...:)paid:)paid

create opening for natural air cross ventilation

taqi5007
10-08-2011, 11:17 PM
huhu. smart n menjimatkan. Menjimatken ke duit kite bile nak wat ek? mane jimat umah biasa atau umah dari kontena ni?

dar4582
10-08-2011, 11:20 PM
umah mcm nih aku mmg minat dr kecik lagik..semenjak tgk satu movie jackie chan zaman dulu2...

Megat Sri Rama
10-08-2011, 11:30 PM
kalau follow kita punye climate, mmg tak sesuai.
sbb tu binaan ni digelas as "binaan sementara"

tapi boleh je kalau nak bagi kukuh.

what if i tell you, i know of a technology that could deflect heat very well, such is so that if you fire a blow torch on one side of a 3mm steel it would still be safe to touch the other side of it.

cat tu memang mahal... harganya semakin murah dan murah sejak digunakan oleh industri pembinaan.

selama ni ia cuma diguna oleh industri yang menggunakan relau dan dandang untuk buat lining (lapisan nipis) di dalam mesin pembakaran.

even car/bike enthusiast pun dah mula guna cat tu untuk contain haba dalam paip ekzos dari keluar di sisi paip.

buya
10-08-2011, 11:30 PM
Aku pon nak tau gak brp kos rumah kontena ni? Besss gak, tapi bukan ke kontena tu panas?

buya
10-08-2011, 11:33 PM
what if i tell you, i know of a technology that could deflect heat very well, such is so that if you fire a blow torch on one side of a 3mm steel it would still be safe to touch the other side of it.

cat tu memang mahal... harganya semakin murah dan murah sejak digunakan oleh industri pembinaan.

selama ni ia cuma diguna oleh industri yang menggunakan relau dan dandang untuk buat lining (lapisan nipis) di dalam mesin pembakaran.

even car/bike enthusiast pun dah mula guna cat tu untuk contain haba dalam paip ekzos dari keluar di sisi paip.

Ape bende ko cakap ni? Tak paham laaaa

Buat la sebutharga rumah camtu

ignorexx
10-08-2011, 11:34 PM
beli tanah, beli kontena, menarik neh

Megat Sri Rama
10-08-2011, 11:35 PM
wah bagus, bagus.

ada banyak soalan...

harap bersabar... kita rungkaikan permasalahan tu satu persatu.

buat masa ni, kasi aku up 3-4 projek yang dah dibuat dahulu untuk naikkan minat korang semua.

aku pun minat nak buat rumah macam ni.

jadi kita sama-sama kaji, kita sama-sama dapat manfaat.

puma city adalah contoh bangunan komersil.

lepas ni aku up bangunan asrama kat Dresden (kalau tak salah aku).

kemudian kita lihat apartment pulak.

kemudian sekolah di england.

akhir sekali rumah-rumah perseorangan.

aku ada collect banyak ebook pasal benda ni...

video-video pun banyak.

nanti kita bincang sama-sama.

Megat Sri Rama
10-08-2011, 11:39 PM
Ape bende ko cakap ni? Tak paham laaaa

Buat la sebutharga rumah camtu

aku kata...

tentang masalah climate, kalau haba yang menjadi permasalahannya, ada jawapannya.

menggunakan cat seramik.

ini teknologi NASA, cat yang sama diguna untuk menebat shuttle angkasa.

cat tu boleh tahan sampai 1300 darjah celcius... dan masih tidak melepaskan haba.

contoh :

http://www.hytechsales.com/
http://www.insuladd.com/

tapi 2 jenis ni bukan brand yang top.

nanti aku ke situ... slow-slow.

jawa kata "alon-alon angger klakon".

kalau rasa mahal, ada solution lain....

guna bahan recycle juga.

lagi cantik.

encik-encik sabar... jangan merusuh kat sini.

kita explore sama-sama.

dar4582
10-08-2011, 11:42 PM
bpe agak2 kos rumah mcm ni... tanah dusun kampung pun best jgk letak mcm nih...
thanks a lots sebab membincangkan pasal rumah mcm ni....

ejoybaik
10-08-2011, 11:48 PM
one of dream house aku... huhuh very sempoi and sangat cepat siap

marlen
10-08-2011, 11:58 PM
aku kata...

tentang masalah climate, kalau haba yang menjadi permasalahannya, ada jawapannya.

menggunakan cat seramik.

ini teknologi NASA, cat yang sama diguna untuk menebat shuttle angkasa.

cat tu boleh tahan sampai 1300 darjah celcius... dan masih tidak melepaskan haba.

contoh :

http://www.hytechsales.com/
http://www.insuladd.com/

tapi 2 jenis ni bukan brand yang top.

nanti aku ke situ... slow-slow.

jawa kata "alon-alon angger klakon".

kalau rasa mahal, ada solution lain....

guna bahan recycle juga.

lagi cantik.

encik-encik sabar... jangan merusuh kat sini.

kita explore sama-sama.

wah sgt canggih..

kalau guna kontena ni brapa jangka hayat umah tu?:-?

otomen bujang
11-08-2011, 12:02 AM
kontena tak berapa elok untuk di buat kediaman ni....
1-xcon kena pasang 24jam....pasal panas
2-dari segi kos rasa tak lah jimat mn pun....masa buat jimat...tapi masa diami huhuhuhu...bill berjela
ni sekadar pandangan aku la.....baik bina guna ibs.....

RuthlessFairy
11-08-2011, 12:05 AM
what if i tell you, i know of a technology that could deflect heat very well, such is so that if you fire a blow torch on one side of a 3mm steel it would still be safe to touch the other side of it.

cat tu memang mahal... harganya semakin murah dan murah sejak digunakan oleh industri pembinaan.

selama ni ia cuma diguna oleh industri yang menggunakan relau dan dandang untuk buat lining (lapisan nipis) di dalam mesin pembakaran.

even car/bike enthusiast pun dah mula guna cat tu untuk contain haba dalam paip ekzos dari keluar di sisi paip.

nice product but that cat can absorb haba matahari dan membalik kan semula haba tu tak?
thnx for the info

RuthlessFairy
11-08-2011, 12:08 AM
aku kata...

tentang masalah climate, kalau haba yang menjadi permasalahannya, ada jawapannya.

menggunakan cat seramik.

ini teknologi NASA, cat yang sama diguna untuk menebat shuttle angkasa.

cat tu boleh tahan sampai 1300 darjah celcius... dan masih tidak melepaskan haba.

contoh :

http://www.hytechsales.com/
http://www.insuladd.com/

tapi 2 jenis ni bukan brand yang top.

nanti aku ke situ... slow-slow.

jawa kata "alon-alon angger klakon".

kalau rasa mahal, ada solution lain....

guna bahan recycle juga.

lagi cantik.

encik-encik sabar... jangan merusuh kat sini.

kita explore sama-sama.

ok now pasal heat dah hampir settle.

but for me, untuk menghalang heat, opening yang banyak pun perlu dan ruang perlulah tinggi untuk memudahkan perolakan haba dalam rumah,

dan memudahkan haba yang panas terus keluar. kerana haba panas adalah lebih ringan.
makanya a good Natural Ventilation adalah sangat pelu

ini subject Building Science and envormental sem 7.
banyakmye aku lupe :((

RuthlessFairy
11-08-2011, 12:11 AM
kontena tak berapa elok untuk di buat kediaman ni....
1-xcon kena pasang 24jam....pasal panas
2-dari segi kos rasa tak lah jimat mn pun....masa buat jimat...tapi masa diami huhuhuhu...bill berjela
ni sekadar pandangan aku la.....baik bina guna ibs.....

there's nothing possible. dearie.

1. aircond tak perlu pasang 24 jam. play with the space and opening

2. sad to say, mmg mahal compare dengan rumah biasa.but dia sangat selamat untuk bumi.

*QS, please correct me if im wrong ttg cost

xaimisa
11-08-2011, 12:12 AM
Huhu mana otai2 sila kuakan diri anda..kalau betul benda ni berkesan aku leh try pot kontena yang half tu kat umah ak..nak wat uji kaji :)

Megat Sri Rama
11-08-2011, 12:20 AM
nice product but that cat can absorb haba matahari dan membalik kan semula haba tu tak?
thnx for the info

okay...

kita selesaikan fundamental bahan dan haba

material vs heat.

sifat-sifat bahan berkaitan haba yang perlu kita tahu :

1. kekonduksian haba - seberapa efisien sesuatu bahan dalam mengalirkan haba dari satu titik ke satu titik pada satu jasad bahan tersebut.

2. haba pendam - berapa banyak haba boleh disimpan oleh bahan tersebut.

cat tersebut menggunakan butiran halus seramik kaolin.

sifat kaolin, adalah konduksi haba yang sangat lemah dan juga haba pendam yang hampir kepada sifar.

ia adalah penebat haba yang terbaik setakat ni yang praktikal... (selain aerogel, tapi aerogel sangat hampeh).

satu lagi bentuk aplikasi kaolin adalah dalam bentuk kapas.

kapas dia murah sikit.

nama yang biasa orang guna adalah Kaowool.

tapi kaowool tu sebenarnya jenama, bukan nama benda.

macam kita panggil Maggi untuk semua jenis mi segera.

1/2 inci punya kapas pun dah cukup.

boleh guna sebagai insulation material antara panel dinding dalam (gipsum) dan juga dinding kontena.

kalau guna cat, terus spray ke besi je.

cat tu aku belum jumpa lagi supplier kat malaysia.

tapi kalau kaowool tu kat mana-mana pembekal barang engineering pun ada.

kalau yang US mahal, boleh beli yang brand jepun atau china.

RuthlessFairy
11-08-2011, 12:23 AM

tapi kalau kaowool tu kat mana-mana pun ada.

kalau yang US mahal, boleh beli yang brand jepun atau china.

info ko ni udah mcm supplier plak :)
ok.. ttg bunyi plak mcm ne?
bunyi dari luar.
means.. kalau ada kucing cakar2 dinding.

how eh?

*supplier.... anda diperlukan.. cepat promote product anda.

zamreda
11-08-2011, 12:24 AM
tanam ajer pokok atas kontena tu....pokok menjalarlah...:D :D baru sejuk kot..

Megat Sri Rama
11-08-2011, 12:24 AM
i'm not saying that its definitely cheaper...

tapi untuk masa ni semua challenge teknikal ada penyelesaiannya.

kasi aku cerita sampai habis dulu...

kemudian kita senaraikan kos-kos bahan.

kemudian kita cari QS kat CG ni buktikan keterroran dia dengan tolong kirakan untuk satu projek dummy.

Megat Sri Rama
11-08-2011, 12:26 AM
info ko ni udah mcm supplier plak :)
ok.. ttg bunyi plak mcm ne?
bunyi dari luar.
means.. kalau ada kucing cakar2 dinding.

how eh?

*supplier.... anda diperlukan.. cepat promote product anda.

kalau kau pakai kaowool, nak pakai peredam bunyi lagi ke?

kalau pakai cat untuk insulate haba, boleh letak fiber biasa tu untuk insulate bunyi.

RuthlessFairy
11-08-2011, 12:31 AM
kalau kau pakai kaowool, nak pakai peredam bunyi lagi ke?

kalau pakai cat untuk insulate haba, boleh letak fiber biasa tu untuk insulate bunyi.

noce.
good info..

kat mana aku leh dpt detail kontena yang digunakan untuk project dummy ni.

nak study space la

flygrow
11-08-2011, 12:36 AM
bkn takat uma je leh buat neh,,kdai mkn,kdai cat kete bngkel,,menarik neh..

amer
11-08-2011, 12:52 AM
what if i tell you, i know of a technology that could deflect heat very well, such is so that if you fire a blow torch on one side of a 3mm steel it would still be safe to touch the other side of it.

cat tu memang mahal... harganya semakin murah dan murah sejak digunakan oleh industri pembinaan.

selama ni ia cuma diguna oleh industri yang menggunakan relau dan dandang untuk buat lining (lapisan nipis) di dalam mesin pembakaran.

even car/bike enthusiast pun dah mula guna cat tu untuk contain haba dalam paip ekzos dari keluar di sisi paip.

seramic coating..

kaberete
11-08-2011, 12:52 AM
submit sikit info bleh??
last skali aku berurusan dengan kontena ni boleh dapat 2-3K utk 20kaki. klu cntnr 40kaki lebih kurang 5-6K (2nd hand)

locos
11-08-2011, 12:58 AM
bagi aku la kalo bleh dapat kontena scrap berbaloi la.. kalo nak beli kontena baru nak wat mende ni memang costly..

sewa kren dah 700-1k sehari.

skang ni kalo nak semua baru boleh pakai dinding yg mcm kontena gak.. kire pasang siap gak hasil menabjubkan. dlm pakai partition plaster. Kukuh jer, frame pintu & tingkap semua besi.

Contoh yang dah siap Bilik lecturer pergigian HUSM kubang kerian, pakcik aku involve interior dlm projek tu. so aku pegi tengok memang jenis type pasang siap. Cat dia pun lain anti karat punya.

amer
11-08-2011, 01:01 AM
okay...

kita selesaikan fundamental bahan dan haba

material vs heat.

sifat-sifat bahan berkaitan haba yang perlu kita tahu :

1. kekonduksian haba - seberapa efisien sesuatu bahan dalam mengalirkan haba dari satu titik ke satu titik pada satu jasad bahan tersebut.

2. haba pendam - berapa banyak haba boleh disimpan oleh bahan tersebut.

cat tersebut menggunakan butiran halus seramik kaolin.

sifat kaolin, adalah konduksi haba yang sangat lemah dan juga haba pendam yang hampir kepada sifar.

ia adalah penebat haba yang terbaik setakat ni yang praktikal... (selain aerogel, tapi aerogel sangat hampeh).

satu lagi bentuk aplikasi kaolin adalah dalam bentuk kapas.

kapas dia murah sikit.

nama yang biasa orang guna adalah Kaowool.

tapi kaowool tu sebenarnya jenama, bukan nama benda.

macam kita panggil Maggi untuk semua jenis mi segera.

1/2 inci punya kapas pun dah cukup.

boleh guna sebagai insulation material antara panel dinding dalam (gipsum) dan juga dinding kontena.

kalau guna cat, terus spray ke besi je.

cat tu aku belum jumpa lagi supplier kat malaysia.

tapi kalau kaowool tu kat mana-mana pembekal barang engineering pun ada.

kalau yang US mahal, boleh beli yang brand jepun atau china.

tnye benkel yg ader wat ceramic coating..

piston, piping ekjos, byk org wat..

http://www.mudah.my/Ceramic+Coating-10507109.htm

ade jnis tuk wrap, tuk balut dr luar piping..

http://www.mudah.my/Sard+Ceramic+Thermal+Wrap+10m-10053413.htm

aku xtau bab pembinaan, bab automotif boleh laa, n soundproofing..

bajeng
11-08-2011, 01:09 AM
Perghhh menarik ni... Leh cuba... Agak2 brape kos ek?

amer
11-08-2011, 01:12 AM
aku nk simple je, kontena seketul tuk dduk, mcm bilik sudah..

seketul lg buh kete, muat tuk 2 buah nyer tuh..heaven..

tanah tuk port dh dpt..

dr kcik lg nk wat..hahaa..

Megat Sri Rama
11-08-2011, 01:23 AM
noce.
good info..

kat mana aku leh dpt detail kontena yang digunakan untuk project dummy ni.

nak study space la

ada beberapa standard yang dipakai untuk kontena.

biasanya ISO, disebut "ISO container".

ISO container pula ada yang ketinggian biasa, ada yang tinggi sikit.

Biasa untuk buat rumah, orang pakai yang tinggi sikit, supaya ada headroom untuk utilities (wiring and plumbing).

Ada orang nak pasang siling cantik.

but as the Puma City have shown to us, minimalism jika dibuat dengan "taste", juga boleh cantik.

semua detail tentang ISO container dan varian-variannya akan menyusul...

aku pun nak kena korek dulu PC aku.

dummy project tu kita buat la satu kat sini.

pakai sketchup je, tak payah nak autocad jadah semua.

kalau kau rasa ada yang perlu repair, kita repair.

once we've reached an agreement on design, kita cuba la kira berapa kosnya.

seperkara tentang kontena, kau tak boleh nak tebuk sana-sini.

walaupun dia ada tetulang, dia juga bergantung kepada kulit dia untuk kekuatan.

it was designed for strength AND economics.

untuk kontena kegunaan biasa (jenis yang bertetulang + kulit penuh) ia adalah hybrid (frame + monocoque).

kalau dia nak letakkan kekuatan hanya pada tetulang, saiz besi untuk tetulang harus besar atau tebal atau kedua-duanya sekali.

dia dah jadi berat.

apa-apa hal pun dia kena letak kulit juga untuk keselamatan produk yang dikandungkan.

jadi dia letak kulit dalam bentuk corrugated.

jadi ia mempunyai kekuatan vertikal pada sisi panjang, dan juga dapat mengurangkan piuhan (torsion? apa istilahnya... aku bukan budak mekanikal).

jadi untuk study design yang baik untuk penggunaan ruang, harus dikaji strukturnya dahulu....

ok?

jadi, sabar... kita go thru selangkah demi selangkah.

Megat Sri Rama
11-08-2011, 01:26 AM
aku nk simple je, kontena seketul tuk dduk, mcm bilik sudah..

seketul lg buh kete, muat tuk 2 buah nyer tuh..heaven..

tanah tuk port dh dpt..

dr kcik lg nk wat..hahaa..

ok no problem... tapi kau boleh belajar dari design orang lain untuk memaksimumkan penggunaan ruang.

aku nak cakap pun susah...

senang cerita dengan 2 kontena, kau boleh buat seolah-olah kau ada 3 kontena, dapat ruang 3 kontena.

Megat Sri Rama
11-08-2011, 01:29 AM
submit sikit info bleh??
last skali aku berurusan dengan kontena ni boleh dapat 2-3K utk 20kaki. klu cntnr 40kaki lebih kurang 5-6K (2nd hand)

pakai 2nd je...

ok dah tu.

yang penting kena tahu baca nombor kontena untuk tahu sejarah dia.

kita nak tahu kalau kontena tu dipakai untuk bawa racun ke, bahan radioaktif ke, sisa berbahaya ke, sisa biologi ke...

RuthlessFairy
11-08-2011, 01:33 AM
ada beberapa standard yang dipakai untuk kontena.

biasanya ISO, disebut "ISO container".

ISO container pula ada yang ketinggian biasa, ada yang tinggi sikit.

Biasa untuk buat rumah, orang pakai yang tinggi sikit, supaya ada headroom untuk utilities (wiring and plumbing).

Ada orang nak pasang siling cantik.

but as the Puma City have shown to us, minimalism jika dibuat dengan "taste", juga boleh cantik.

semua detail tentang ISO container dan varian-variannya akan menyusul...

aku pun nak kena korek dulu PC aku.

dummy project tu kita buat la satu kat sini.

pakai sketchup je, tak payah nak autocad jadah semua.

kalau kau rasa ada yang perlu repair, kita repair.

once we've reached an agreement on design, kita cuba la kira berapa kosnya.

seperkara tentang kontena, kau tak boleh nak tebuk sana-sini.

walaupun dia ada tetulang, dia juga bergantung kepada kulit dia untuk kekuatan.

it was designed for strength AND economics.

untuk kontena kegunaan biasa (jenis yang bertetulang + kulit penuh) ia adalah hybrid (frame + monocoque).

kalau dia nak letakkan kekuatan hanya pada tetulang, saiz besi untuk tetulang harus besar atau tebal atau kedua-duanya sekali.

dia dah jadi berat.

apa-apa hal pun dia kena letak kulit juga untuk keselamatan produk yang dikandungkan.

jadi dia letak kulit dalam bentuk corrugated.

jadi ia mempunyai kekuatan vertikal pada sisi panjang, dan juga dapat mengurangkan piuhan (torsion? apa istilahnya... aku bukan budak mekanikal).

jadi untuk study design yang baik untuk penggunaan ruang, harus dikaji strukturnya dahulu....

ok?

jadi, sabar... kita go thru selangkah demi selangkah.

thnx for the input

this project mencabar!!

perlu banyak study..
jom..

lets do it

azlanhussain
11-08-2011, 01:36 AM
Kalau buat rumah macam ni rasa2nya ada tak nak beli... kalau ada, buat perumahan murah macam ni sure laku... utk bujang2... :)

http://www.youtube.com/watch?v=qQZbxGRZpZ4

ignorexx
11-08-2011, 01:39 AM
sape ddk kat area pdg midin, terengganu sure tau ade sebijik cybercafe dlm kontena dekat institut memandu bitara

Megat Sri Rama
11-08-2011, 01:40 AM
ok now pasal heat dah hampir settle.

but for me, untuk menghalang heat, opening yang banyak pun perlu dan ruang perlulah tinggi untuk memudahkan perolakan haba dalam rumah,

dan memudahkan haba yang panas terus keluar. kerana haba panas adalah lebih ringan.
makanya a good Natural Ventilation adalah sangat pelu

ini subject Building Science and envormental sem 7.
banyakmye aku lupe :((

tentang ventilation, aku rasa tak perlu bimbang...

tebuk je lubang... cuma kena tahu di bahagian mana kita perlu reinforce sebanyak mana.

contoh, bahagian tepi perlu reinforcement yang mantap kalau nak tebuk.

bahagian atas dan lantai, tak perlu sangat (rasanya la, kena study lagi).

azlanhussain
11-08-2011, 01:50 AM
http://www.youtube.com/watch?v=XH49pHfJHj8

Megat Sri Rama
11-08-2011, 02:04 AM
http://www.youtube.com/watch?v=XH49pHfJHj8

huduh dia buat ni... yang kat German punya cantik.

akan menyusul lepas ni.

Megat Sri Rama
11-08-2011, 03:02 AM
PLATOON KUNSTHALLE

http://img846.imageshack.us/img846/508/platoonbackside1.jpg

Profail

Concept Design: Platoon Cultural Development

Location: Seoul, Korea

Architectural Consultancy: Graft Architects + Baik Jiwon

Executive Architect: U-il Architects & Engineers

Prefab Engineering: Ace special container, Korea

Structural Engineering: MIDAS IT, Korea

Interior Design: URBANTAINER, Korea

Main Contractor: Hyojung construction & development, Korea

Program: Exhibitions, Bar & Restaurant, Event Hall, Artist Studios, Library Lounge, Office Studios, Workshop Room, Roof Top Bar

Structure: M. Cabestany

Footprint Area: 415 sqm

Main hall Area: 272 sqm

Project year: 2008-2009

Photographs: Platoon

Latarbelakang

PLATOON KUNSTHALLE dibuka pada 11 April 2009.

Ia dibina di Seoul sebagai ruang untuk aktiviti subculture di Asia.

Orientasi programnya sebagai pusat pengembangan kebudayaan bawah tanah mencipta satu ruang dinamik untuk penghasilan dan persembahan idea-idea baru.

http://img62.imageshack.us/img62/4218/img9208h.jpg

PLATOON KUNSTHALLE bukanlah tentang hiburan.

Programnya menyediakan wadah komunikasi bagai sesiapa sahaja yang berminat dengan aktiviti kreatif subculture seperti seni jalanan, rekaan grafik, fesyen, seni video, pengaturcaraan, muzik, budaya kelab, aktivisme politik, dll.

Ia dibina menggunakan 28 unit kontena kargo ISO.

http://img94.imageshack.us/img94/5353/platoonmainhall3.jpg

Sebagai ikon senibina fleksibel dalam budaya global, tindihan kontena membentuk binaan unik yang boleh diadakan semula di mana-mana sahaja pada bila-bila masa.

http://img854.imageshack.us/img854/2461/platoonbackside2.jpg

http://img171.imageshack.us/img171/2488/platoonfrontside2.jpg

http://img691.imageshack.us/img691/2402/platoonsidedoor.jpg

http://img543.imageshack.us/img543/609/img0254xy.jpg

Megat Sri Rama
11-08-2011, 03:06 AM
PLATOON KUNSTHALLE

Gambar-gambar :
Sila klik thumbnail untuk saiz besar.

http://img560.imageshack.us/img560/305/img0777t.th.jpg (http://img560.imageshack.us/i/img0777t.jpg/) http://img837.imageshack.us/img837/8429/img0989md.th.jpg (http://img837.imageshack.us/i/img0989md.jpg/) http://img683.imageshack.us/img683/237/img7641a.th.jpg (http://img683.imageshack.us/i/img7641a.jpg/) http://img546.imageshack.us/img546/2936/platoonmainhall1.th.jpg (http://img546.imageshack.us/i/platoonmainhall1.jpg/) http://img856.imageshack.us/img856/9049/platoonmainhall2.th.jpg (http://img856.imageshack.us/i/platoonmainhall2.jpg/) http://img171.imageshack.us/img171/9112/img8160n.th.jpg (http://img171.imageshack.us/i/img8160n.jpg/) http://img696.imageshack.us/img696/8873/img9212ft.th.jpg (http://img696.imageshack.us/i/img9212ft.jpg/) http://img691.imageshack.us/img691/8308/img9326o.th.jpg (http://img691.imageshack.us/i/img9326o.jpg/) http://img854.imageshack.us/img854/8725/27404.th.jpg (http://img854.imageshack.us/i/27404.jpg/) http://img560.imageshack.us/img560/2474/27405.th.jpg (http://img560.imageshack.us/i/27405.jpg/) http://img846.imageshack.us/img846/4287/27406.th.jpg (http://img846.imageshack.us/i/27406.jpg/) http://img33.imageshack.us/img33/734/27407.th.jpg (http://img33.imageshack.us/i/27407.jpg/) http://img109.imageshack.us/img109/9415/27408.th.jpg (http://img109.imageshack.us/i/27408.jpg/) http://img825.imageshack.us/img825/5148/27409.th.jpg (http://img825.imageshack.us/i/27409.jpg/) http://img64.imageshack.us/img64/2190/27410.th.jpg (http://img64.imageshack.us/i/27410.jpg/) http://img844.imageshack.us/img844/1750/27411.th.jpg (http://img844.imageshack.us/i/27411.jpg/) http://img543.imageshack.us/img543/7863/27412.th.jpg (http://img543.imageshack.us/i/27412.jpg/) http://img708.imageshack.us/img708/6681/27413.th.jpg (http://img708.imageshack.us/i/27413.jpg/) http://img143.imageshack.us/img143/3265/27416.th.jpg (http://img143.imageshack.us/i/27416.jpg/) http://img19.imageshack.us/img19/4803/platoonfrontside1.th.jpg (http://img19.imageshack.us/i/platoonfrontside1.jpg/) http://img593.imageshack.us/img593/2780/27415.th.jpg (http://img593.imageshack.us/i/27415.jpg/)

mrfs1978
11-08-2011, 04:10 AM
menarik gak nie....hehehehe.....kalau buat utk rumah rasa tak sesuai sgt....tapi kalau buat utk kedai atau galeri nampak menarik....leh tarik perhatian orang ramai....lain dari yang lain....

RuthlessFairy
11-08-2011, 01:37 PM
tentang ventilation, aku rasa tak perlu bimbang...

tebuk je lubang... cuma kena tahu di bahagian mana kita perlu reinforce sebanyak mana.

contoh, bahagian tepi perlu reinforcement yang mantap kalau nak tebuk.

bahagian atas dan lantai, tak perlu sangat (rasanya la, kena study lagi).

tebuk lubang bukan sesuka hati tebuk.
planning sangat perlu.

study

1.arah angin
2.ruang dan hirakinya

khairuls
11-08-2011, 02:03 PM
sabar menanti info seterusnya......

:D

Megat Sri Rama
12-08-2011, 05:53 PM
---deleted---

Megat Sri Rama
12-08-2011, 08:52 PM
KEETWONEN

http://img846.imageshack.us/img846/5522/keetwonenheader.jpg

Arkitek/Pemaju : TempoHousing (http://www.tempohousing.com/projects/keetwonen.html)
Tahun disiapkan : 2006

Keetwonen adalah sebuah projek penempatan untuk para penuntut universiti di Amsterdam.

Ia menggunakan kontena perkapalan untuk dijadikan 1000 unit kediaman dan kemudahan-kemudahan untuk para penuntut.

Ia juga menggunakan bumbungnya sebagai objek tadahan air hujan yang efisyen. Dalam masa yang sama ia juga berfungsi sebagai penebat dan pembuang haba untuk kontena di bawahnya.

Ia dibina oleh TempoHousing dan siap tahun 2006.

Ia adalah projek kediaman menggunakan kontena yang terbesar di dunia.

http://img717.imageshack.us/img717/4175/prefabfridaykeetwonenco.jpg

http://img851.imageshack.us/img851/6108/keetwonencomplexhouses.jpg

http://img40.imageshack.us/img40/8054/unled23v.jpg

http://img823.imageshack.us/img823/9393/unled22cc.jpg

Megat Sri Rama
12-08-2011, 08:53 PM
KEETWONEN

http://img153.imageshack.us/img153/979/director01s.gif

http://img7.imageshack.us/img7/1050/professortypes.jpg

http://img822.imageshack.us/img822/4620/professor2.jpg

http://img89.imageshack.us/img89/8474/professor1.jpg

http://img824.imageshack.us/img824/4099/professor3.jpg

http://img64.imageshack.us/img64/4111/professor4.jpg

http://img15.imageshack.us/img15/4449/keetwonen1.jpg

http://img153.imageshack.us/img153/3037/keetwonenbewoner2.jpg

http://img703.imageshack.us/img703/566/keetwonen2.jpg

http://img217.imageshack.us/img217/7963/keetwonenbewoner.jpg

Megat Sri Rama
12-08-2011, 09:01 PM
KEETWONEN

http://www.youtube.com/watch?v=onhZxKzayA8

http://www.youtube.com/watch?v=puvZk_unaoI

Konsep pembangunan menggunakan kontena adalah asing di Belanda namun kota Amsterdam mengambil langkah berani dengan mengupah TempoHousing untuk membangunakan Keetwonen bagi pihak "De Key" (www.dekey.nl).

Keetwonen mendapat sambutan hangat para pelajar, ia adalah projek De Key yang kedua paling popular.

Pada mulanya terdapat banyak kebimbangan. Terlalu kecil, terlalu bising, terlalu sejuk, terlalu panas. Akhirnya semuanya terbukti tidak benar.

Ia lebih besar, lebih senyap, lebih nyaman, yang paling penting sekali lebih nilai untuk wang bila dibandingkan dengan lain-lain skim perumahan di kota itu.

Ia juga dilengkapi dengan kemudahan yang kerap tiada di dormitori pelajar... bilik air dan dapur sendiri, balkoni sendiri, ruang belajar yang berasingan dari ruang tidur, tingkap besar yang memberikan pencahayaan semulajadi dan pemandangan luar, malah sistem pengudaraan automaik dengan pelbagai kelajuan juga.

Sistem pemanasan datang dari sistem dandang gas semulajadi berpusat. Air panas dibekalkan oleh tangki 50 liter per rumah dan talian internet jalur lebar juga tersedia.

Turut disediakan adalah sistem audiophone untuk pelawat yang terletak di pintu utama di tingkat bawah.

Blok kediaman tersebut turut mempunyai ruang terbuka di bahagian dalam halaman untuk parkir basikal yang selamat.

Walaupun projek ini pada mulanya diniatkan untuk berada di situ selama 5 tahun (sebelum dipindahkan ke tapak lain - kontena memang ideal untuk itu, ia mudah dibawa pindah bersama anda!) dijangkakan perpindahan akan ditunda sehingga 2016. Projek ini dumulakan pada 2005 dan siap pada pertengahan 2006.

Musicaldeath_00
12-08-2011, 09:58 PM
x mustahil...untuk pengaliran haba mmg better buat opening untuk udara...dan maybe inner material kita tukar kepada material lain...outer je gune body kontena...technical issue biaseny on the spot boleh solve..sebab ianya bukan heavy punye construction..consider experimental + customization...

lelakiselamanya
12-08-2011, 10:00 PM
salam...kontena panas bro....aku penah keje dlm kontena...bilik keje dalm kontena.....kalo tengahhari & petang kena bukak aircond....bahang bro

Megat Sri Rama
12-08-2011, 10:09 PM
salam...kontena panas bro....aku penah keje dlm kontena...bilik keje dalm kontena.....kalo tengahhari & petang kena bukak aircond....bahang bro

isu ni dah diselesaikan di projek-projek yang high profile.

challenge untuk kita adalah menjadikannya lebih murah, guna cara yang lebih kreatif.

tapi untuk selesaikan isu panas, kita kena faham juga, kenapa ia boleh panas?

adakah semata-mata kerana pancaran matahari? atau mungkinkah kerana tiada olakan udara?

bijakkah jika mengandalkan kepada aircond?

jika haba mudah masuk, maka sejuk pun mudah keluar... adakah air-cond jawapannya? efisyenkah?

harus diingat, kontena dibina untuk isi barang... manusia cuma masuk masa isi dan keluarkan barang sahaja.

jadi harus ada pengubahsuaian.

kita akan pergi ke persoalan tebatan haba dan olakan udara nanti.

Megat Sri Rama
12-08-2011, 10:31 PM
One Cool Habitat

Yang ini mungkin sesuai sebagai tempat lepak, guardhouse, stor tambahan, bilik tetamu tambahan, dsb.

Apa pun, aku letak juga di sini sebagai contoh, bagaimana kontena boleh jadi cantik kalau pandai.

http://www.youtube.com/watch?v=MqEQEDKkzX4&feature=related

http://img805.imageshack.us/img805/9362/79700222.jpg
http://img820.imageshack.us/img820/8551/89587434.jpg
http://img842.imageshack.us/img842/7732/24668839.jpg
http://img820.imageshack.us/img820/6215/49216261.jpg
http://img811.imageshack.us/img811/5025/96438344.jpg

Megat Sri Rama
12-08-2011, 10:32 PM
One Cool Habitat

http://img196.imageshack.us/img196/5710/imgaboutweallneed.jpg
http://img225.imageshack.us/img225/5866/imgabouthowyoulikeit.jpg
http://img7.imageshack.us/img7/7554/57326468.jpg
http://img705.imageshack.us/img705/6460/91707113.jpg
http://img99.imageshack.us/img99/2896/55267275.jpg
http://img36.imageshack.us/img36/8526/78988675.jpg
http://img217.imageshack.us/img217/7467/14345400.jpg
http://img801.imageshack.us/img801/9562/26557638.jpg
http://img84.imageshack.us/img84/5155/75096609.jpg
http://img835.imageshack.us/img835/1899/52139667.jpg
http://img263.imageshack.us/img263/2689/96408705.jpg

Megat Sri Rama
12-08-2011, 10:58 PM
x mustahil...untuk pengaliran haba mmg better buat opening untuk udara...dan maybe inner material kita tukar kepada material lain...outer je gune body kontena...technical issue biaseny on the spot boleh solve..sebab ianya bukan heavy punye construction..consider experimental + customization...

aku punya idea, kat dinding luar, tutup dengan buluh atau recycle je pallet kilang tu.

dah ada mat salleh buat letak pallet... cantik gak.

kayu/buluh punya sifat tebatan haba memang cemerlang.

sebelah dalam boleh pakai plywood atau gypsum board.

cronk
12-08-2011, 11:20 PM
sesape pernah tgok my name is earl camtu ke?

aku nampak ia sesuai sebagai satu method dalam bantuan bencana... short term action.. ia sesuai berbanding khemah...

kalau ditambah dengan function portable nye,memudahkan bagi yang selalu berpeindah randah...( boleh wat kawasan kejiranan kontena).

memang memerlukan pengubah suaibadan kontena.. mungkin satu sistem macam paip air panas boleh dicadangkan (tp bagi aku, keadaan ni sesuai hanya keadaan suhu ekstrem dengan sifat air yang menyimpan dan melepaskan haba) dan aspek pengecutan dan pengembangan bahan berdasarkan haba...

penjimatan electric melalui solar panel dan pencahayaan melalui fiber optik juga boleh dijadikan alternatif jika nak buatr lebih environmental friendly..

Megat Sri Rama
13-08-2011, 01:53 AM

in fact, satu arkitek Australia pernah buat projek kontena untuk misi bantuan bencana.

cuma pada aku, terlalu mewah la sebenarnya (kalau melihat pada kemasan dalaman dia).

solar panel adalah idea yang bagus, cuma entry cost agak tinggi. Bagi yang bermodal tetapi nak jalankan projek ni untuk novelty, boleh saja...

Musicaldeath_00
13-08-2011, 01:56 AM
aku punya idea, kat dinding luar, tutup dengan buluh atau recycle je pallet kilang tu.

dah ada mat salleh buat letak pallet... cantik gak.

kayu/buluh punya sifat tebatan haba memang cemerlang.

sebelah dalam boleh pakai plywood atau gypsum board.

gypsum board mgkn boleh pkai untuk ceiling...untuk wall buat layering pkai plywood..dan mgkn boleh experimental dgn cork wool sbb ianya juga boleh berfungsi sbgai sound absorber yg bgus...paham2 je space dlm kontena..bunyi juga boleh jd 1 issue... :D

yinbyungheon
13-08-2011, 02:09 AM
kalo aku...aku nak buat garaj kete...

dums
13-08-2011, 02:10 AM
http://www.thecabin.com.my/ nie pun lawa gaks

AuraSuccess_88
13-08-2011, 02:31 AM
erm...cun jgk eh...

kaberete
13-08-2011, 02:48 AM
pakai 2nd je...

ok dah tu.

yang penting kena tahu baca nombor kontena untuk tahu sejarah dia.

kita nak tahu kalau kontena tu dipakai untuk bawa racun ke, bahan radioaktif ke, sisa berbahaya ke, sisa biologi ke...

klu cntnr yg bawak DG (dangerous good) dia bukan tulis kat no cntnr tuan, biasanya setiap cntnr yg bwk dg dilekatkan dgn sticker DG klu lepas tu nak guna utk angkut benda lain dorg akan inspect cntnr tu,biasanya cntnr yg dijual dorg da inspect n dorg akan kuarkan gasfree certificate. No cntnr tu setahu sy cuma mcm no plat keta je.. contoh MSKU2346543. MSKU tu biasanya kompeni yg charterd cntnr tu cnth mcm MSKU=Maersk Unit MSFU=Maersk Super Freezer Unit EMCU= Evergreen Marine Corp Unit dll, 7 digit no kat belakang tu no pengenalan cntnr.. ini setakat ilmu yg sy tau la...

green_maskman
13-08-2011, 03:04 AM
wt resort cantik nie...

Megat Sri Rama
13-08-2011, 03:13 AM
klu cntnr yg bawak DG (dangerous good) dia bukan tulis kat no cntnr tuan, biasanya setiap cntnr yg bwk dg dilekatkan dgn sticker DG klu lepas tu nak guna utk angkut benda lain dorg akan inspect cntnr tu,biasanya cntnr yg dijual dorg da inspect n dorg akan kuarkan gasfree certificate. No cntnr tu setahu sy cuma mcm no plat keta je.. contoh MSKU2346543. MSKU tu biasanya kompeni yg charterd cntnr tu cnth mcm MSKU=Maersk Unit MSFU=Maersk Super Freezer Unit EMCU= Evergreen Marine Corp Unit dll, 7 digit no kat belakang tu no pengenalan cntnr.. ini setakat ilmu yg sy tau la...

terima kasih... :)

nice info.

Saya pernah terbaca tentang ni, sebab tu saya kata macam tu. Sayangnya saya tak ingat saya baca di mana (ini projek saya beberapa tahun lepas). Nanti saya cari semula.

Nanti kita bincang sama-sama tentang hal ni.

Kerja port ke?

razif1224
13-08-2011, 03:15 AM
Banyak ilmu buat rumah kat sini....

Megat Sri Rama
13-08-2011, 03:22 AM
Sejarah Kontena Intermodal

Budaya kontena bermula seawal zaman kegemilangan perlombongan arang batu di England sedari akhir kurun ke-18 lagi. Pada 1975, Benjamin Outram memulakan syarikat Little Eaton Gangway yang menawarkan khidmat mengangkut arang batu. Beliau memperkenal konsep kontena (container, bekas) di mana arang batu diangkut dari lombong sehingga ke kapal di dalam bekas dan pmunggahan ke dalam kapal juga bersama dengan bekas itu sekali.

Kemudian dengan popularnya pula sistem keretapi, industri pengangkutan industri mula mencari kaedah untuk mengangkut komoditi dengan kecekapan (tenaga dan masa) yang tinggi. Awal 1900an bermulalah penggunaan bekas tertutup dari besi yang dicipta untuk pengangkutan keretapi dan juga kenderaan darat lain.

Pada 1920an Railway Clearing House mula membakukan (standardise) bekas/kontena RCH. Ia sepanjang 5 kaki atau 10 kaki, dibuat dari kayu, tidak boleh ditindan-tindan. Piawai ini boleh dikira berjaya namun ia hanya kekal sebagai piawai yang spesifik penggunaannya di UK sahaja.

Dari 1926 sehingga 1947, di Amerika Syarikat, pelbagai syarikat keretapi mula menggunakan pelbagai jenis bekas untuk mengangkut barangan yang juga akan perlu dibawa oleh kaedah pengangkutan lain seperti lori dan kapal-kapal. Setiap syarikat keretapi mempunyai piawai kontenanya sendiri.

Permulaan Sistem Konten Keluli

Pada 1955, bekas pemiulik sebuah syarikat pengangkutan lori, Malcolm McLean bekerjasama dengan jurutera Keith Tantlinger untuk membangunkan Intermodal Container.

Intermodal Container.

Modal di sini bukan bermaksud modal dalam bahasa Melayu.

Ia perkataan Inggeris, dengan kata akar MODE, iaitu Melayunya boleh dikatakan bermaksud "kaedah".

Intermodal di sini bermaksud "antara kaedah". Intermodal Container adalah container (bekas) yang boleh digunakan oleh banyak kaedah pengangkutan seperti keretapi, lori dan juga kapal.

Hasil kerja sama McLean dan Tantlinger, menghasilkan pemula kepada format kontena moden, 8 kaki lebar, 8 kaki tinggi, 10 kaki panjang, dibina dari keluli setebal 25mm (??? wtf.. tebal gila). Desain tersebut menampilkan mekanisma twist-lock di atas semua empat tiangnya. Ini membolehkan kontena tersebut di disemat dengan selamat dan juga diangkat menggunakan kren. Setelah menolong McLean menjadikan projek tersebut berjaya, Tantlinger meyakinkan McLean utuk memberikan desain yang telah dipaten itu kepada industri, maka bermulalah pemiawaian kontena perkapalan antarabangsa.

Permulaan Piawai Yang Dipakai Lebih Satu Negara

Di penghujung Perang Dunia ke-II, tentera Amerika Syarikat menggunakan kontena khusus untuk mempercepat pemunggahan kapal pengangkutan mereka, Kontena ini dipanggil "transporters". Transporters adalah kontena yang boleh dipakai ulang, 8.5 kaki panjang, 6.25 kaki lebar dan 6.83 kaki tinggi, dibuat dari keluli, mempunyai kapasiti 9000 paun. Penggunaan ini dimangkinkan lagi oleh kes-kes kerosakan barangan, kecurian dan waktu pengendalian yang terlalu panjang meyakinkan tentera bahawa kaedah kontena keluli sangat diperlukan.

Pada 1952 Tentera Amerika Syarikat mula menggunakan istilah "CONEX", Container Express. Pada trip pertama CONEX yang membawah alat ganti kejuruteraan dari Colombus General Depot di Georgia ke Pelabuhan San Francisco, kemudiannya menggunakan kapal ke Yokohama di Jepun, kemudian ke Korea, waktu pengangkutan dijimatkan hampir 50%. Jabatan Pertahanan A.Syarikat terus mempiawaikan keratan rentas 8'x8' dan gandaan 10' untuk kegunaan ketenteraan. Piawai ini diambil penggunaannya oleh industri perkapalan tanpa lengah lagi.

Piawai ini juga terus digunakan oleh United Kingdom dengan meluas sekali.

Piawai Penseragaman Antarabangsa Kontena Moden

Pada 20 tahun pertamanya, banyak saiz kontena dan fittings bucu digunakan, ada berdozen sistem kontena yang tidak serasi di Amerika Syarikat sahaja. Antara operator terbesar, Matson Navigation Company, menggunakan kontena 24 kaki sementara Sea-Land Service Inc menggunakan kontena 35 kaki. Saiz dan fitting bucu yang seragam sekarang adalah hasil dari beberapa insiden kompromi dan tolak ansur antara syarikat-syarikat perkapalan antarabangsa, keretapi Eropah, keretapi Amerika dan juga syarikat lori Amerika. Empat cadangan pempiawaian global oleh ISO (International Organization for Standardization) adalah :

Januari 1968 : R-668 - mentakrifkan istilah, ukuran dan pentarafan.
Julai 1968 : R-790 - mentakrifkan penandaan pengenalan (identification markings).
Januari 1970 : R-1161 - cadangan berkenaan fittings bucu kontena
Oktober 1970 : R1897 - menetapkan ukuran minimum bagi ruang dalaman bagi kontena penggunaan am.

kaberete
13-08-2011, 03:25 AM
terima kasih... :)

nice info.

Saya pernah terbaca tentang ni, sebab tu saya kata macam tu. Sayangnya saya tak ingat saya baca di mana (ini projek saya beberapa tahun lepas). Nanti saya cari semula.

Nanti kita bincang sama-sama tentang hal ni.

Kerja port ke?

yup! keje port tp mmg dah lama nak buat rumah cntnr ni, sy penah rancang nak buat rumah sewa gunakan cntnr tp mcm susah je sbb xde kepakaran.. by the way struktur cntnr yg paling penting bahagian tiang 4 penjuru kita panggil corner casting.. ketahanan boleh tampung lebih kurang 1k ton (anggaran)

Megat Sri Rama
13-08-2011, 03:32 AM

post berikutnya akan menyentuh bab ni, tapi secara am.

nanti-nanti saya akan sentuh juga bab peranan kulit kontena tu.

Di banyak laman web, berlaku banyak sindir menyindir antara arkitek dan jurutera struktur tentang manipulasi kontena yang tidak sepatutnya dan yang tak ekonomik. Arkitek mahu yang cantik dan penggunaan ruang maksimum, jurutera mahukan yang paling teguh yang mungkin.

Itu kita akan kupas, harapnya.

Megat Sri Rama
13-08-2011, 05:14 AM
Kontena Intermodal/ISO

Panjang kontena, yang mempunyai tanda laporan ISO 6346 (http://en.wikipedia.org/wiki/ISO_6346) yang unik, ada berbagai-bagai dari 8' sehingga 56' panjang dan ketinggian dari 8' sehingga 9.5'.

Ada 17 juta (anggaran) kontena intermodal di serata dunia dari pelbagai jenis untuk pelbagai jenis kargo berlainan.

Kapasiti agregat konena selalunya disebut sebagai Twenty-foot Equivalent Units (TEU/teu) di mana seunit berkapasiti bersamaan satu kontena standard 20'x8' (panjang x lebar).

Sejarah

Kontena keluli yang dibakukan tercipta pada 1950an bila pengendali pengangkutan komerisl dan tentera Amerika Syarikat mula membangunkannya.

Piawai ISO untuk kontena diterbitkan antara 1968 dan 1970.

Konvensyen Antarabangsa untuk Kontena Yang Selamat (The International Convention for Safe Containers) adalah peraturan oleh Organisasi Perundingan Maritim Antara-Kerajaan (Inter-governmental Maritime Consultative Organization) yang terhasil pada 1972 berkenaan keselamatan pengangkutan dan pengendalian kontena. Ia telah menentukan setiap kontena yang akan merentas sempadan antarabangsa haruslah mempunyai "CSC-Plate".

Keterangan

Sebuah kontena yang lazim dipasang pintu di satu hujung, dan dibina menggunakan "corrugated weathering steel". Kontena pada mulanya selebar 8' lebar, 8' tinggi, dan sama ada 20' atau 40' panjang. Ia boleh ditindan setinggi 7 unit. Di setiap bucu adalah acuan bongkah yang mempunyai lubang untuk pengikat twistlock.

Casting Block

http://img717.imageshack.us/img717/6022/container02kmj.jpg

Twistlock Mechanism
(Open)

http://img543.imageshack.us/img543/852/twistlockandlashingrods.jpg

Twistlock Mechanism
(Locked)

http://img508.imageshack.us/img508/5249/containerverriegelung2.jpg

Unit yang lebih tinggi telah diperkenalkan, termasuk 'hi-cube' atau 'high-cube", dengan ketinggian 9'6" dan 10'6". Di Amerika Syarikat selalunya digunakan unit yang lebih panjang iaitu 48' dan 53'.

Kontena "pallet wide" adalah 2 inci lebih lebar dari kontena baku untuk memuatkan Euro-pallet yang lazim di Eropah. Kontena ini mempunyai lebar dalaman 2440mm untuk memuatkan 2 pallet sepanjang 1200mm sebelah menyebelah - banyak pengendali kapal di eropah membolehkan hal ini memandangkan overhang pada kontena baku adalah mencukupi untuk memuatkan kontena jenis ini di ruang interlock yang biasa.

Kontena Australian RACE juga sedikit lebar untuk memuatkan Australian Standard Pallets.

Kontena pallet-wide high-cube 45 kaki juga semakin diterimapakai memandangkan kontena ini boleh menggantikan 'swap-bodies' (sejenis kontena di Eropah) 13.6m di yang lazim untuk trak-trak di Eropah. Kesatuan Eropah telah memulakan pemiawaian untuk kontena pallet-wide di dalam inisiatif EILU (European Intermodal Loading Unit).

Setiap kontena diberikan tanda laporan ISO 6346 (kod pemilikan), sepanjang 4 aksara berakhir dengan U,J atau Z, diikuti dengan 6 angka dan satu check digit.

http://img18.imageshack.us/img18/6861/containernumber.jpg

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/4/4a/Container_identificatie.JPG

Kapasiti kontena disebut sebagai Twenty-foot Equivalent Units (TEU). Satu unit diukur bersamaan dengan kontena 20'x8'. Memandangkan ini adalah ukuran anggara, ketinggian kontena tidak dikira. Misalnya, kontena high-cube 9'6" juga dikira 1 TEU. Begitu juga dengan ukuran panjang, kontena 45' juga dikira 2 TEU, walaupun ia 45 kaki panjang, bukan 40 kaki.

2 TEU adalah bersamaan dengan satu Fourty-foot Equivalent Unit (FEU).

Jenis

Pelbagai variasi kontena standard wujud untuk pelbagai kargo berlainan termasuk kontena berpenyejuk untuk barangan segar, tangki di dalam rangka untuk cecair pukal, unit open-top untuk pemunggahan dari atas, dan juga versi yang boleh dilipat. Kontena arang batu dan 'bin-liners' (kontena direka untuk membawa sampah dari kota ke tapak pelupusan) digunakan di Eropah.

Jenis kontena :

ISO boleh lipat
Botol gas
Generator
Kegunaan Am Kering
High-cube pallet-wide
Kontena berpenebat
Kontena berpenyejuk (untuk barang segar)
Kontena bukaan atas (open-top)
Kontena bukaan tepi (untuk kargo bersaiz besar)
Platform untuk tong, peti, cable drums, mesin dan produk kayu/balak siap proses
Lantai beroda untuk kargo yang susah dikendali
Swap-body (kontena eropah berkaki sendiri)
Kontena bertangki (untuk cecair pukal dan barangan berbahaya)
Kontena dengan pengudaraan (untuk produk organik)
Garmentainers (untuk penghantaran pakaian yang bergantung di penyidai), GOH.

Spesifikasi

Ukuran kontena yang lazim. Ukuran boleh berbeza antara satu pengeluar dengan yang lain.

http://img405.imageshack.us/img405/6884/wikidimension.png

Megat Sri Rama
13-08-2011, 06:15 AM
Weathering Steel

Weathering steel, lebih dikenali dengan nama dagangannya, keluli COR-TEN, adakalanya ditulis tanpa senggat sebagai "Corten Steel", adalah sekumpulan aloi keluli yang dibangunakan bertujuan menghapuskan keperluan untuk ianya dicatkan, dan membentuk rupa seperti berkarat apabila terdedah kepada cuaca untuk beberapa tahun.

United States Steel Corporation adalah pemegang hakcipta untuk nama COR-TEN. Walaupun ia telah menjual perniagaan kepingan kelulinya kepada International Steel Group (sekarang adalah Arcelor-Mittal) pada 2003, ia masih lagi menjual bahan berjenama COR-TEN dalam bentuk kepingan dan juga plat strip-mill.

COR-TEN asli telah menerima nama piawai A 242 daripada kumpulan piawai ASTM International. Gred baru ASTM adalah A 558 (COR-TEN B) dan juga A 606 untuk kepingan nipis. Semua aloinya masih di dalam pengeluaran dan digunakan meluas.

Sifat

"Weathering" bermaksud, dek kerana komposisi kimianya, keluli ini memperlihatkan peningkatan tentangan terhadap hakisan persekitaran berbanding keluli lain. Ini kerana keluli ini membentuk lapisan pertahanan di permukaannya di bawah pengaruh cuaca.

Kesan penggencat-hakisan lapisan pertahanan dihasilkan oleh kepadatan dan serakan unsur-unsur pengaloian di dalamnya.

Lapisan yang mempertahankan permukaan ini terbentuk dan terhasil semula secara berterusan bila dikenakan dengan pengaruh cuaca. Dalam lain perkataan, keluli itu dibiarkan untuk mengarat dengan tujuan membentuk lapisan pelindung.

Ironisnya, mengecat tidak melindunginya dari hakisan malah boleh menggalakkannya kerana lapisan patina tidak akan terbentuk secepat yang diperlukan untuk mengelak hakisan pada kawasan kecil misalnya pada kawasan kegagalan cat (terkupas, calar) yang kecil.

http://img194.imageshack.us/img194/8176/corten.png

ASTM A 242

Keluli A 242 asli mempunyai kekuatan alahan (yield strength) 50,000 psi (340,000 kPa) dan kekuatan tegangan mutlak (ultimate tensile strength) 70,000 psi (480,000 kPa) untuk light-medium rolled shapes and plates sehingga ketebalan 0.75 inci (19mm).

Ia mempunyai kekuatan alahan 46,000 psi dan kekuatan tegangan mutlak 67,000 psi (460,000 kPa) untuk medium weight rolled shape dan plat dari 0.75 inci - 1 inci (19-25mm) tebal.

Bagi ketebalan maksimum untuk 1.5"-4" (38-102mm), kekuatan alahan adalah 42,000 psi (290,000 kPa) dan kekuatan tegangan mutlak 63,000 psi (430,000 kPa).

edrais
13-08-2011, 07:04 AM
1. kalau tak nak panas pasang bumbung, satu lagi air kat bumbung tak bertakung, lama-lama bumbung kabin bocor.

2. jangan pakai yang heavy duty cabin, pakai light duty je, kalau heavy duty, masa siang, wall absorb haba, sampai malam panas,kecuali kalau ada bumbung, biasanya heavy duty guna untuk simpan simen etc, sebabnya kelembapan kurang.

3.standard sais dalam market, 20x10, 40x10 kaki untuk dua-dua jenis. berat dalam 1-3 tan(citation needed).

4. light duty cabin cabin biasanya dah siap dengan plywood lining untuk dinding bahagian dalam, kalau pasang ekon dah sejuk, jimat kat rockwool insulation.

5. nak install cabin kena atas dari aras tanah, dia datang dengan batu dia sekali, macam yang kita pasang kat kaki peti ais, penting untuk levelkan kabin, elevate cabin dari hujan dan karat.

6. Kalau nak duduk lama ganti la lantai dia dengan plywood yang tebal, biasa lantai 12mm, gantikan dengan 25mm-32mm plywood baru jalan tak berenjut.

7. Biasanya cabin datang dengan internal wiring, kita cuma pasang mentol je.

8. jangan risau sangat insulating dinding, khatulistiwa, matahari tepat atas kepala. utamakan bumbung.

9. nanti kalau ada gambar dalam simpanan aku upload

10. cuba check kat pacik google container city uk.

Megat Sri Rama
13-08-2011, 11:15 AM

kontena yang biasanya dibuat kabin, strukturnya sama dengan kontena perkapalan ke... dahulu bila keluar masuk kabin, saya tidak pernah beri perhatian penuh, tapi rasanya sewaktu melihat kelas sementara di sekolah-sekolah yang sedang dibina blok kelas baru, saya ada buat mental remark tentang betapa besi yang digunakan untuk struktur kabin tersebut sangat 'kurus'.

mungkin sebab ia dicipta dengan kesedaran bahawa ia tidak akan digunakan untuk menyokong superstructure yang berat (bumbung metal deck je), and it's not to be stacked.

distinction perlu ada, kerana kita tidak mahu jika ada yang gunakan kontena kabin, tapi membina struktur atas (bumbung) yang hanya sesuai dengan tiang-tiang kontena ISO perkapalan.

Megat Sri Rama
13-08-2011, 01:00 PM
TERMINOLOGI

Aku tak pasti perkara di bawah ni perlu atau tidak bagi kalian, tapi aku letak je sini, sebab untuk post berikutnya susah juga kalau masalah peristilahan tak diselesaikan dulu.

CTU : Cargo Transport Unit - bermaksud kontena angkutan (freight container), swap body, kenderaan, gerabak keretapi atau unit lain yang sepertinya.

Kontena angkutan (freight container), dalam kes ini adalah kontena kotak papan lapis 20' dengan pengudaraan separa.

http://img31.imageshack.us/img31/7079/strauch0301a001.jpg

Swap Body

http://img706.imageshack.us/img706/9481/strauch0301a002.jpg

Kenderaan

http://img18.imageshack.us/img18/8366/strauch0301a003.jpg

Railroad car, in this case a sliding wall bogie car

http://img825.imageshack.us/img825/6581/strauch0301a004.jpg

Lain-lain CTU : Roll trailers

http://img571.imageshack.us/img571/3594/strauch0301a005.jpg

Lain-lain CTU : Cassette

http://img155.imageshack.us/img155/4905/strauch0301a006.jpg

Kontena angkutan / Kontena - bermaksud sebuah peralatan pengangkutan yang bersifat kekal dan dari itu cukup kukuh untuk sesuai digunakan berulang kali; ia direkabentuk untuk mengangkut sejumlah bungkusan, unit loads, overpacks (means an enclosure that is used by a single consignor to provide protection or convenience in handling of a package or to consolidate two or more packages) dan/atau bekas secara bersepadu dari pusat pembungkusan hinggalah ke destinasi terakhir dengan melalui jalanraya, jalan keretapi, jalan air tawar (inland waterway) dan/atau laut tanpa perlu (di pertengahan jalan) dikendalikan pakej-pakej/unit load/ overpack di dalamnya.

Freight container/container, in this case 40' high-cube steel
corrugated container

http://img641.imageshack.us/img641/5646/strauch0301a008.jpg

... bagaimana pun, takrifan "bersifat kekal dan dari itu cukup kukuh untuk sesuai digunakan berulang kali" tidak berguna jika kontena tidak di'packing' dan disemat dengan rapi.

Damage to containers due to packing and securing deficiencies

http://img835.imageshack.us/img835/6530/strauch0301a009.jpg

Damage to containers due to packing and securing deficiencies

http://img10.imageshack.us/img10/4158/strauch0301a010.jpg

IBC : Intermediate Bulk Container, bermaksud pembungkusan mudah alih yang tegar, separa tegar atau fleksibe, yang :

1. mempunyai kapasiti tidak lebih dari 3.0 m≥ (3000 liter) untuk pepejal dan cecair.

2. direkabentuk untuk pengendalian mekanikal; dan

3. bersifat tahan kepada tekanan yang terhasil ketika pengendalian dan pengangkutan, seperti yang termaktub dalam ujian-ujian.

IBC Tegar
http://img854.imageshack.us/img854/6589/strauch0301a013.jpg

IBC Tegar
http://img23.imageshack.us/img23/7/strauch0301a012.jpg

IBC Separa Tegar
http://img683.imageshack.us/img683/5139/strauch0301a011.jpg

IBC Fleksibel
http://img163.imageshack.us/img163/7067/strauch0301a014.jpg

ITU : Intermodal Transport Unit - bermaksud kontena, swap body atau semitrailer yang sesuai untuk pengangkutan intermodal.

Freight container used for intermodal transport

http://img705.imageshack.us/img705/721/strauch0301a015.jpg

Swap-body used for intermodal transport

http://img546.imageshack.us/img546/1245/strauch0301a016.jpg

Articulated truck consisting of truck tractor and trailer used for intermodal transport

http://img17.imageshack.us/img17/4348/strauch0301a017.jpg

Swap-body - bermaksud sebuah CTU dengan sekurang-kurangnya 4 fitting yang akan menerima twistlock bersesuaian dengan piawai ISO 1161:1983 tidak tersambung secara kekal kepada underframe dan roda atau kepada chasis dan roda. Sebuah swap-body tidak semestinya perlu berupaya disusun bertimpa tetapi biasanya dilengkapkan dengan kaki penyokong, direkabentuk khusus untuk kombinasi pengangkutan jalanraya/keretapi.

Swap-body

http://img820.imageshack.us/img820/1449/strauch0301a018.jpg

Kenderaan - bermaksud sebuah kenderaan jalanraya atau gerabak keretapi, tersambung kekal kepada sebuah underframe dan roda atau kepada chasis dan roda, di mana pemunggahan masuk dan keluar dilakukan sebagai satu unit. Istilah ini juga merujuk kepada treler, semitreler, atau unit mudah alih yang lain kecuali yang digunakan khusus untuk kegunaan memunggah masuk dan keluar (loading and unloading).

Road vehicle

http://img192.imageshack.us/img192/505/strauch0301a019.jpg

Railroad car

http://img809.imageshack.us/img809/8730/strauch0301a020.jpg

Megat Sri Rama
13-08-2011, 01:55 PM
1. kalau tak nak panas pasang bumbung, satu lagi air kat bumbung tak bertakung, lama-lama bumbung kabin bocor.

2. jangan pakai yang heavy duty cabin, pakai light duty je, kalau heavy duty, masa siang, wall absorb haba, sampai malam panas,kecuali kalau ada bumbung, biasanya heavy duty guna untuk simpan simen etc, sebabnya kelembapan kurang.

3.standard sais dalam market, 20x10, 40x10 kaki untuk dua-dua jenis. berat dalam 1-3 tan(citation needed).

4. light duty cabin cabin biasanya dah siap dengan plywood lining untuk dinding bahagian dalam, kalau pasang ekon dah sejuk, jimat kat rockwool insulation.

5. nak install cabin kena atas dari aras tanah, dia datang dengan batu dia sekali, macam yang kita pasang kat kaki peti ais, penting untuk levelkan kabin, elevate cabin dari hujan dan karat.

6. Kalau nak duduk lama ganti la lantai dia dengan plywood yang tebal, biasa lantai 12mm, gantikan dengan 25mm-32mm plywood baru jalan tak berenjut.

7. Biasanya cabin datang dengan internal wiring, kita cuma pasang mentol je.

8. jangan risau sangat insulating dinding, khatulistiwa, matahari tepat atas kepala. utamakan bumbung.

9. nanti kalau ada gambar dalam simpanan aku upload

10. cuba check kat pacik google container city uk.

oh ya... kalau bab bumbung tu, saya rasa kalau buat platform di atas bumbung pun cantik juga...

kalau nak melepak, layan barbeque dengan awek/bini... letak kerusi malas satu.

untuk teduhan, pasang shade sail (http://www.google.com.my/search?hl=en&q=shade%20sail%20roof&gs_sm=e&gs_upl=10571l12028l0l12382l6l6l0l0l0l2l229l1162l0. 5.1l6l0&biw=1366&bih=624&um=1&ie=UTF-8&tbm=isch&source=og&sa=N&tab=wi) yang ringkas (DIY)..

kalau nak buat bumbung metal deck pun modal juga, pun nak pakai kayu juga. cantik tak juga.

lepas tu platform tu boleh buat stail cantilever untuk beri teduhan bagi sisi tepi kontena.

Shade Sail

Tapi yang aku maksudkan tu yang simple je, rectangular... tak perlu tegang, asal ada. Buat pakai hook, waktu nak lepak atas, bila angin tak kuat sangat kita pasang, kalau angin kuat kita buka.

http://img571.imageshack.us/img571/2821/shadesail.jpg

little_lily
13-08-2011, 02:09 PM
this is such a great idea.. kalo xbwk masuk lori konkrit, lori pasir sumer, its better for the environment kan? sesuai utk tempat yg secluded, mcm tmpat pelancongan.. boleh buat hotel, gerai jual air dgn snek, mcm2 yg nak cpt..
tmpt utk studen pun oki gak nie.. kt cyberjaya tu tmpt tinggal mmg xcukup..
kalo jd nie mmg nak bli la.. nk buat sewa..
ekceli kt mesia patut lg senang, sbb kter xperlukan sistem heater..

little_lily
13-08-2011, 02:12 PM
http://img40.imageshack.us/img40/8054/unled23v.jpg

yes! ader balkoni :D

little_lily
13-08-2011, 02:13 PM
kalau ada tanah sendiri..then buat umah kontena..rasanya tak ada masalah kot..janji layout pelan camna kedudukan dalam dan luaran submit ngan PBT..kalau silap..harap betul kan...

kalo ader tanah lot boleh wat townhouse nie :-?:-?

Megat Sri Rama
13-08-2011, 02:14 PM
this is such a great idea.. kalo xbwk masuk lori konkrit, lori pasir sumer, its better for the environment kan? sesuai utk tempat yg secluded, mcm tmpat pelancongan.. boleh buat hotel, gerai jual air dgn snek, mcm2 yg nak cpt..
tmpt utk studen pun oki gak nie.. kt cyverjaya tu tmpt tinggal mmg xcukup..
kalo jd nie mmg nak bli la.. nk buat sewa..
ekceli kt mesia patut lg senang, sbb kter xperlukan sistem heater..

actually untuk gerai, ada satu design yang dah live... diorang potong kontena tu serong.

bila buka kedai, bahagian yang serong tu akan ditopang, jadi teduhan.

nanti saya carikan gambar atau videonya...

cuba datang balik dalam esok ke...

asrama macam kat Belanda tu, pemajunya ada kilang di China... cuba la tanya harga, den pun nak tahu juga.

kalau mahal, boleh cuba kerjasama dengan arkitek tempatan.

dari segi viabiliti, asrama di IPTS, kalau di Uniten kali terakhir yang saya tahu satu apartment kongsi berempat (seorang sebilik, satu apartment ada 4 bilik), seorang bayar RM380 sebulan. Sekarang mesti dah lebih kut.

yang ini pula seorang satu unit. bilik air sendiri.

kalau RM40,000 seunit pun masih viable lagi.

cuma tak tahu bank nak tak finance...

kuhik
13-08-2011, 02:16 PM
macam besh je..
kalau buat kat luar bandar, kos dia jadi berapa?

little_lily
13-08-2011, 02:17 PM
beshnyer kalo 1 unit xsampai rm30k 8->8->

little_lily
13-08-2011, 02:20 PM
actually untuk gerai, ada satu design yang dah live... diorang potong kontena tu serong.

bila buka kedai, bahagian yang serong tu akan ditopang, jadi teduhan.

nanti saya carikan gambar atau videonya...

cuba datang balik dalam esok ke...

asrama macam kat Belanda tu, pemajunya ada kilang di China... cuba la tanya harga, den pun nak tahu juga.

kalau mahal, boleh cuba kerjasama dengan arkitek tempatan.

kalo boleh wat gerai nie mgkin leh liase dgn franchisor.. mcm hot n roll dgn cool blog milk tea.. leh letak gedebuk seketul kt langkawi, perhentian, batam island.. tepi2 jln jer :D

little_lily
13-08-2011, 02:25 PM
actually untuk gerai, ada satu design yang dah live... diorang potong kontena tu serong.

bila buka kedai, bahagian yang serong tu akan ditopang, jadi teduhan.

nanti saya carikan gambar atau videonya...

cuba datang balik dalam esok ke...

asrama macam kat Belanda tu, pemajunya ada kilang di China... cuba la tanya harga, den pun nak tahu juga.

kalau mahal, boleh cuba kerjasama dengan arkitek tempatan.

dari segi viabiliti, asrama di IPTS, kalau di Uniten kali terakhir yang saya tahu satu apartment kongsi berempat (seorang sebilik, satu apartment ada 4 bilik), seorang bayar RM380 sebulan. Sekarang mesti dah lebih kut.

yang ini pula seorang satu unit. bilik air sendiri.

kalau RM40,000 seunit pun masih viable lagi.

cuma tak tahu bank nak tak finance...

kalo kt cyberjaya, condo dgn apmt cikai2 pun dah lebih rm2k sewa dier,
kalo nk beli sumernyer dah lebih rm300k.. samer rege dgn rumah teres kat subang jaya
skrg nie nk wat unit soho/studio apmt 1 bilik, luas dlm450sf (kecik gler) pun dah rm188k opening price, giler ah
kalo leh wat kt cyber nie oki gak nie
hari tu kunun ader developer nk wat townhouse murah rm150k, tp smpai skrg xder biter, org kater mmg scam tu

tanah kat cyber byk lg yg tgh2 antara bangunan dgn main roads tp cover dgn lalang jer.. rasernyer nk drop 3 row kontena nie muat gak nie

little_lily
13-08-2011, 02:27 PM
pasnie leh usha2 material lain lak, re-use and save the environment hehe

http://www.wineexpedition.com/wp-content/2009/05/wine_hotels.jpg

Megat Sri Rama
13-08-2011, 02:29 PM
macam besh je..
kalau buat kat luar bandar, kos dia jadi berapa?

itu masih lagi sesuatu yang kelabu asap..

market kontena 40 kaki di Malaysia lebih kurang RM8k...

so agak-agak le berapa kosnya.

kalau 5 biji kontena 40 kaki, boleh dapat luas lantai 1500sqft. kos kontena dalam RM40k. Katakanlah kos semuanya jatuh RM100k (dengan kemasan dalam yang selesa), masih berbaloi sebab sekarang rumah apa dapat dengan RM100k? Flat murah dapat le kut... itu pun dalam 660sqft. Tapi itu kalau tuan jenis yang tak ambil port apa orang cakap la.

tapi kalau pakai 3 pun dah boleh dapat 1500 sqft. kos kontena RM24k, tapi kena beli besi sendiri. Tough work sebab kerja dengan besi yang berat.

the thing is, dengan kontena, jika seseorang tu memang kaki DIY, ada kemahiran kerja besi asas (welding, cutting, repainting) dia boleh buat sendiri, most of the time seorang diri. Sekali sekala sahaja perlu orang bantu.

bila buat rumah guna konkrit, yang tak tahan sekarang Indon-indon yang suka tekan harga borong. Kalau tak borong, alamatnya kerja seminggu jadi 2 minggu, sudah lari kos.

Kerja dengan konkrit perlu, formwork. Plywood. Harga plywood pun murah sikit sahaja dari gypsum board. Maka kalau pakai gypsum board untuk panel dinding dalaman, sama sahaja...

Apa yang saya cari dari kontena adalah ruang yang luas.

ruang 40 kaki lebar tanpa gangguan tiang (sekiranya jumpa kaedah untuk reinforce side rail kontena la)... jika nak buat benda yang sama dengan konkrit perlukan beam yang besar dan makanya tiang juga harus besar.

faridosman
13-08-2011, 02:30 PM
Saya rasa tak berbaloi.. sebab harga kontena secondhand 20 kaki pun dah Rm7500/unit, kontena seperti dlm gambar tu guna kontena 40 kaki bermakna harga seunit sekitar Rm15k darab plak ngan 24 unit kosnya jadi Rm360k, tak temasuklagi dgn kos transport, kos pemasangan dan deco lagi... pendek kata kos macam PUMA buat tu sekurang2nya memakan belanja Rm500k.... sedangkan kos kovensional buat banglo hanya sekitar Rm200k-Rm250k utk semewah itu...

Pak M
13-08-2011, 02:31 PM
menarik perbincangan thread nie. . harap2 dpt wak masuk kat malaysia.. :)

little_lily
13-08-2011, 02:33 PM
pastu nk design interior dier leh wat mcm nie, jimat space hehe

http://www.youtube.com/watch?v=LJLSoUkh1Vs

yinbyungheon
13-08-2011, 02:33 PM
tapi kene buat bilik air batu la jugak...mana mau nye dalam kontena

little_lily
13-08-2011, 02:36 PM
Saya rasa tak berbaloi.. sebab harga kontena secondhand 20 kaki pun dah Rm7500/unit, kontena seperti dlm gambar tu guna kontena 40 kaki bermakna harga seunit sekitar Rm15k darab plak ngan 24 unit kosnya jadi Rm360k, tak temasuklagi dgn kos transport, kos pemasangan dan deco lagi... pendek kata kos macam PUMA buat tu sekurang2nya memakan belanja Rm500k.... sedangkan kos kovensional buat banglo hanya sekitar Rm200k-Rm250k utk semewah itu...

banglo tu 1 pemilik jer leh tinggal, 24 unit tu 24 pemilik leh tinggal hehe.. strata title kan ler :D

500k/24 = dlm 21k 1 unit, jual 35k.. yahuuu i wanna buy

Megat Sri Rama
13-08-2011, 02:36 PM
Saya rasa tak berbaloi.. sebab harga kontena secondhand 20 kaki pun dah Rm7500/unit, kontena seperti dlm gambar tu guna kontena 40 kaki bermakna harga seunit sekitar Rm15k darab plak ngan 24 unit kosnya jadi Rm360k, tak temasuklagi dgn kos transport, kos pemasangan dan deco lagi... pendek kata kos macam PUMA buat tu sekurang2nya memakan belanja Rm500k.... sedangkan kos kovensional buat banglo hanya sekitar Rm200k-Rm250k utk semewah itu...

tak sampai rm15k bro... aku pernah jumpa yang RM8k.

Rumah sekarang RM300k, tak le besar mana. Rumah teres pulak tu. Kalau aku ada duit, aku beli pun setakat untuk pelaburan.

Puma City tu 11,000 kaki persegi bro....

gila bangkong besar ruang lantai dia.

mana nak dapat banglo 11,000 k.p RM200k tu.

little_lily
13-08-2011, 02:38 PM
ni contoh kontena yang dikomersilkan menjadi chalet di langkawi. diaoang wat cantik gile luar n dalam..

http://www.thecabin.com.my/galeria.htm

wow, lenkali nk g langkawi nk duduk sini la :-?:-?

Megat Sri Rama
13-08-2011, 02:47 PM
tapi kene buat bilik air batu la jugak...mana mau nye dalam kontena

rumah mat salleh, diorang pakai kayu je bro.

Dengan lantai bilik air pun kayu.

Sebab tu diorang pakai "shower-curtain".

Ada yang pakai lantai khas (macam bath tub, tapi rendah, empat segi).

Kalau tak pun mesti ada teknik diorang.

http://img707.imageshack.us/img707/8357/kerdidrain2.jpg

dan tak semestinya kalau pakai kontena, lantai tak boleh simen. Ada juga yang konkritkan lantai.

Dan kalau tak konkrit pun masih boleh pakai kemasan lantai macam laminate kayu, karpet, etc. tile pun boleh kut.

yinbyungheon
13-08-2011, 02:49 PM

kalo mcm tu leh la letak sebiji dalam kebun sawit mak aku nanti...hahaha:D

xtraez
13-08-2011, 06:52 PM
Tentang kabin nih.. aku pernah lihat ada satu resort pakai guna kabin nih.. masalah utama.. Panas..Tp dia orang pasang air con dan bumbung besar di atas Kabin tu..

Memang cantik kalau konsep di perbincangkan lagi.

Megat Sri Rama
13-08-2011, 07:00 PM
Tentang kabin nih.. aku pernah lihat ada satu resort pakai guna kabin nih.. masalah utama.. Panas..Tp dia orang pasang air con dan bumbung besar di atas Kabin tu..

Memang cantik kalau konsep di perbincangkan lagi.

panas tu, dari pengalaman bro/kawan tinggal di resort tu atau dari pengalaman tinggal di kabin?

kalau kabin yang biasa orang guna untuk pejabat di tapak pembinaan, itu langsung tiada penebatan haba.

saya bertanya sebab saya nak tahu seberapa efektif penebatan haba di resort tu... yang kat langkawi tu kan?

Pak M
15-08-2011, 11:06 AM
wow, lenkali nk g langkawi nk duduk sini la :-?:-?

aku pun nak try la dok sana... rase nk pi langkawi je..
rehat2 minda sket.. hehe :D

Pak M
15-08-2011, 11:08 AM
aku rase nk buat hostel la..
tanah dah ade walaupun xbesar. ingat nk buat 2 / 3 tingkat.

little_lily
15-08-2011, 11:15 AM
aku rase nk buat hostel la..
tanah dah ade walaupun xbesar. ingat nk buat 2 / 3 tingkat.

tanah ktner tu :-?:-?
buat la townhouse, 1 lot leh muat 6 unit :D

Pak M
16-08-2011, 06:32 AM
tanah ktner tu :-?:-?
buat la townhouse, 1 lot leh muat 6 unit :D

nk buat area KT.. kat gong badak. sini ade UDM, UMT dan Maktab.
permintaan rumah kat sini tinggi.. :D

xtraez
31-08-2011, 11:02 PM
panas tu, dari pengalaman bro/kawan tinggal di resort tu atau dari pengalaman tinggal di kabin?

kalau kabin yang biasa orang guna untuk pejabat di tapak pembinaan, itu langsung tiada penebatan haba.

saya bertanya sebab saya nak tahu seberapa efektif penebatan haba di resort tu... yang kat langkawi tu kan?

Memang panas dalam cabin bila mula2 kita masuk, sementara menunggu aircon menyejuk.
Berdasarkan pemerhatian pada cabin resort .. cabin di tebat dengan plywood jer dan bergantung pada bumbung besar yang menutupi kawasan cabin tu.

xtraez
31-08-2011, 11:12 PM
gambar2 contoh cadangan untuk bumbung.. sumber dari jiran sebelah.

whizjet
05-09-2011, 02:14 PM
masalah utama dgn container adalah utk mengeluarkan haba. sebabnya ia mmg tak di reka utk mengeluarkan haba. jadi langkah yg paling penting adalah utk mengelakkan haba dari memasuki container kita. teknologi terkini yg telah ada dimalaysia ia dgn "spray" foam. tp maaf sy sendiri tak berapa familiar dgn teknik ini.

mantoya
05-09-2011, 09:54 PM
kasi up mana otai2 ni....seronok jg tgk korang bincgkan kat sini...

ultrajenglot
07-09-2011, 12:18 PM
aiseh dah habis ke?xpe2 subscribe dulu bebenang ni:)cgrock:)cgrock:)cgrock

fuyoh13
20-09-2011, 02:30 AM
up skit... menarik betul nie.

muhafis
20-09-2011, 12:23 PM
kalau kat singapore,
yg kerja kat sentosa ade
die letak pekerja dok kat kontena,
tapi aku tak tau plak mcm mana dia bikin
kasi selesa dok dalam tue.

sehasta mungkin
20-09-2011, 09:11 PM
Saya sungguh tertarik dengan tajuk ini. Boleh joint

clorox_bersih
20-09-2011, 09:32 PM
perlu pakai exhaust fan tak untuk keluarkan haba tu??

xtraez
20-09-2011, 09:36 PM
kalau kat singapore,
yg kerja kat sentosa ade
die letak pekerja dok kat kontena,
tapi aku tak tau plak mcm mana dia bikin
kasi selesa dok dalam tue.

dapat ambik gambo cantik tu..boleh jadi bahan rujukan.

muiz_ismail
20-09-2011, 09:54 PM
smart gileeee...

azanhusni001
20-09-2011, 10:02 PM
nice idea gak rumah nih.....

kalau betul lagi murah dari rumah binaan batu dan kayu....idea ni boleh guna utk resort ataupun cabin homestay....

thumbs up!

CyberMachine
20-09-2011, 10:04 PM
dalam 10k kot...kabin, lampu, aircond semua...

sehasta mungkin
20-09-2011, 11:13 PM
Lagi ...gambar dan project yang telah berjaya...disini
HyBrid Architecture (http://www.hybridarc.com/remington-court-townhouses/#)

http://www.hybridarc.com/wp-content/gallery/remingtoncourt/swimmer_remcourt_006.jpg

http://www.hybridarc.com/wp-content/gallery/remingtoncourt/rem-c_floor1.jpg

http://www.hybridarc.com/wp-content/gallery/remingtoncourt/rem-c_floor2.jpg

http://www.hybridarc.com/wp-content/gallery/remingtoncourt/rem-c_floor3.jpg

http://www.hybridarc.com/wp-content/gallery/remingtoncourt/passive-section.jpg

Memang menarik...:">:D

MinumanKesihatan
26-09-2011, 08:08 AM
klu nak sewa sebulan agk2 byr berapa???

rahimi
26-09-2011, 08:31 AM
untuk short term boleh la.. tapi kalu untuk longterm.. x berapa nak sesuai kot.. thats why mostly construction site office pkai kontena utk wat ofis sbb average construction period lebih kurang 2-3 tahun sahaja.. then kelebihan dia senang nak dismantle @ demolish ofis tersebut selepas construction selesai.. kalu nak sebut pasal ventilation system mmg dalam sesebuah kontena mmg sgt teruk sbb kontena di rekabentuk untuk goods transportation bukan untuk didiami manusia.. so bayk yang perlu di buat @ ditambahbaik sebelum ianya sesuai untuk diduki manusia and thats will invole cost.. just my 2 cent .. peace

kunang
16-10-2011, 03:10 PM
xde sambungan lagi? menarik ni, boleh buat tgh2 utan sket, nk bela livestock, hehe

perwira
27-10-2011, 11:29 PM
aku nk tanya. kontena ni besi ke apa? dia x alirkan karen letrik ke? :D

yinbyungheon
04-01-2012, 11:43 AM
Assalamualaikum...

Objektif

Tujuan thread ini adalah untuk mengujudkan satu wadah perkongsian dan perbincangan tentang penggunaan kontena lusuh sebagai satu alternatif pembinaan tempat tinggal manusia serta binaan kegunaan lain (perniagaan, pejabat, sekolah, dll.)

Kos pemilikan rumah yang meningkat, perubahan gaya hidup di bandar yang tidak menyenangkan (trafik sibuk, jalan bertol, bising, dsb.) memerlukan kita kreatif dalam membina rumah untuk berteduh.

Rumah kontena terkait dengan imej buruk. Sebut saja rumah kontena, ramai yang terbayang ia berupa buruk, panas, dan sebagainya. Dalam fikiran ramai, ia hanya layak untuk orang miskin.

Realitinya keadaan sudah jauh berbeza... itulah yang akan diperlihatkan dalam thread ini.

Pastikan anda terus membaca.

Sumbangan Anda

Diharapkan para jurutera (awam, mekanikal, struktur) dan arkitek di CG ini dapat membantu memberikan input dari segi :

Teknikal (pengiraan kekuatan struktur, apa yang melemahkan struktur, tebatan haba, dll.)

By Law (keperluan perundangan, kerenah permit pembinaan)

Design Consideration (Estetika, Praktikalisme, dsb.)

Mereka yang bekerja dalam sektor perkapalan, lojistik, forwarding diharap dapat memberi input dari segi :

Keberadaan kontena (harga semasa kontena terpakai)

Maklumat tentang kontena (cara membaca kod badan kontena untuk mengetahui sejarah penggunaan kontena tersebut, jenis-jenis binaan kontena yang ada, dsb.)

Maklumat Dikongsikan

Jalur ini diharap akan mempunyai maklumat :

Galeri - projek-projek yang berjaya dari seluruh dunia
Maklumat mengenai sistem kontena

Apakah standard saiz kontena yang ada
Apakah kontena ISO
Bagaimanakah kontena mendapat kekuatan strukturnya
Apakah ubahsuai yang menjejaskan kekuatan kontena serta apa cara untuk mengimbal-balas ubah suai tersebut
Mengapakah kontena semakin popular sebagai kaedah membina rumah
dan sebagainya

Berapakah harga sebiji kontena di Malaysia, di mana mencarinya?
Dan lain-lain

salam bro...ada x org buat utk rumah burung walid?
TQ

fireshuffler94
04-01-2012, 11:59 AM
macam best je ni..

mantoya
24-02-2012, 12:32 AM
kasi up lagi bump...

kekez
24-02-2012, 09:19 AM
dari segi ventilation mmg x berapa sesuai, lagi satu kontene bukan struktur kekal, mmg la boleh diangkat,diubah sebab ia tidak menggunakan foating@piling sepeti bangunan atau rumah yang kite duduk,

misal kata banjir berlaku@ taufan, selambe jek konena hanyut@melayang :)

eday84
24-02-2012, 09:42 AM
Erm kat UPM dulu ada dewan kuliah dari kontena
kitorang masuk pun dalam ok jgk hehe.. Tapi mmg mcm kontena la pastu letak tingkap je.. ada asas batu dan ada tangga. ok la.. tapi airconditioned.

Ada jugak terfikir nak cari kontena ni tapi mungkin sebagai tempat kedua dan letak di halaman saja..

eday84
24-02-2012, 10:04 AM
Lagi ...gambar dan project yang telah berjaya...disini
HyBrid Architecture (http://www.hybridarc.com/remington-court-townhouses/#)

http://www.hybridarc.com/wp-content/gallery/remingtoncourt/swimmer_remcourt_006.jpg

http://www.hybridarc.com/wp-content/gallery/remingtoncourt/rem-c_floor1.jpg

http://www.hybridarc.com/wp-content/gallery/remingtoncourt/rem-c_floor2.jpg

http://www.hybridarc.com/wp-content/gallery/remingtoncourt/rem-c_floor3.jpg

http://www.hybridarc.com/wp-content/gallery/remingtoncourt/passive-section.jpg

Memang menarik...:">:D

Kalau macamni nak jugak satu huhu..
Beli tanah je.. Erm bila nak buat ni?

Lagi satu kalau plumbing tu air longkang dan air kumbahan pergi mana? Sistem sekarang simpan bawah tanah kan? Kena korek ke

mantoya
24-02-2012, 10:10 AM
Kalau macamni nak jugak satu huhu..
Beli tanah je.. Erm bila nak buat ni?

Lagi satu kalau plumbing tu air longkang dan air kumbahan pergi mana? Sistem sekarang simpan bawah tanah kan? Kena korek ke

boleh bikin punya....:D:D:D...
memang caralah guna kontena,cuma dari segi ketahahnn mcm ne pulak?

eday84
24-02-2012, 10:31 AM
itu masih lagi sesuatu yang kelabu asap..

market kontena 40 kaki di Malaysia lebih kurang RM8k...

so agak-agak le berapa kosnya.

kalau 5 biji kontena 40 kaki, boleh dapat luas lantai 1500sqft. kos kontena dalam RM40k. Katakanlah kos semuanya jatuh RM100k (dengan kemasan dalam yang selesa), masih berbaloi sebab sekarang rumah apa dapat dengan RM100k? Flat murah dapat le kut... itu pun dalam 660sqft. Tapi itu kalau tuan jenis yang tak ambil port apa orang cakap la.

tapi kalau pakai 3 pun dah boleh dapat 1500 sqft. kos kontena RM24k, tapi kena beli besi sendiri. Tough work sebab kerja dengan besi yang berat.

the thing is, dengan kontena, jika seseorang tu memang kaki DIY, ada kemahiran kerja besi asas (welding, cutting, repainting) dia boleh buat sendiri, most of the time seorang diri. Sekali sekala sahaja perlu orang bantu.

bila buat rumah guna konkrit, yang tak tahan sekarang Indon-indon yang suka tekan harga borong. Kalau tak borong, alamatnya kerja seminggu jadi 2 minggu, sudah lari kos.

Kerja dengan konkrit perlu, formwork. Plywood. Harga plywood pun murah sikit sahaja dari gypsum board. Maka kalau pakai gypsum board untuk panel dinding dalaman, sama sahaja...

Apa yang saya cari dari kontena adalah ruang yang luas.

ruang 40 kaki lebar tanpa gangguan tiang (sekiranya jumpa kaedah untuk reinforce side rail kontena la)... jika nak buat benda yang sama dengan konkrit perlukan beam yang besar dan makanya tiang juga harus besar.

bagus jgk ni
igt nak beli satu la letak kat laman hehe..
Leh buat jadi patio ke atau apa2 la yg terfikir

lg 1 klau ada tanah harga tanah nak kena kira juga kan

eday84
24-02-2012, 10:32 AM
boleh bikin punya....:D:D:D...
memang caralah guna kontena,cuma dari segi ketahahnn mcm ne pulak?

well kalau ada tanah dan kita punya,
setiap 5 tahun tukar la kontena bila dah berkarat..
rm 8 ribu je

2 kontena dah cukup, nak renovet tambah lagi 1 kontena hehe

eday84
24-02-2012, 10:37 AM
Memang panas dalam cabin bila mula2 kita masuk, sementara menunggu aircon menyejuk.
Berdasarkan pemerhatian pada cabin resort .. cabin di tebat dengan plywood jer dan bergantung pada bumbung besar yang menutupi kawasan cabin tu.

Cuba kita letak bawah pokok yang tinggi dan banyak daun
mungkin sejuk.. atau konsep kontena ni sesuai dalam hutan yg sejuk

azrulahmad
24-02-2012, 12:04 PM
menarik.. kat sini ada jual... http://www.steelhouse.cn/en/products.php?tid=3

kat sini info menarik http://containerhomess.com

mantoya
28-02-2012, 08:17 PM
kasi up bg en Megat n arkitek2 CG terang n bincangkan lg....

bimmers
28-02-2012, 08:23 PM
kebun den pun pakai kontena...

lelakiselamanya
28-02-2012, 08:28 PM
Aku pernah duduk dalam kontena....tempat kerja (bilik kerja)....kena wajib aircond bro....kalo xde aircond panas.....cuaca kita panas....lagi panas bila tengah hari...kalo blackout...meme kena kluar

dazzmine
28-02-2012, 08:38 PM
wah..menarik jugak ni..klo dpt best gak

T1000
28-02-2012, 08:40 PM
kalau ada petir. macam mane? tak kene sambar ke? :p

wakil
28-02-2012, 08:54 PM
salam bro...ada x org buat utk rumah burung walid?
TQ

salam...meh teman tlg jwbkan....
ade yg cuba buat pkai kontena...
tp hasilnya mengecewakan...
maybe sbb design dy xbtol...
hanya berharap semata2 penggunaan cat tahan panas yg agak mahal bagi 1 tong...
ttp tiada penambahan bahan2 lain yg boleh mengurangkan kadar heat transfer keatas kontena...
klo gune kontena nih heat dy tinggi,so kn guna bahan tambahan sebagai lapisan pelindung agar kadar heat transfernye kurang....
huhu...
sekian my 3sen jer...ekekkee

CyberMachine
28-02-2012, 09:07 PM
aku rasa ok kot buat ofis atau rumah....

pasang plywood kat dalam....letak aircond. pasang tingkap.

ok la...takde masalah.

dekat luar, buat bumbung....kalau taknak kena sambar petir. pasang copper.

eh..macam mudah jer plak...

azmann33
28-02-2012, 09:38 PM
bagus gak buat kalau buat opis dgn kontena.
buat bagi menarik macam ni..

ryusei
28-02-2012, 10:18 PM
bagus idea ni....boleh jimat ruang tanah...sebab boleh susun bertingkat....sekarang ni pun kalau nak buat rumah lebih dari setingkat dah berapa kos nye....
takde ke contoh plan layout untuk rumah kontena ni....

mantoya
12-03-2012, 12:53 PM
kasi up lg...

maxpda
21-03-2012, 06:54 PM
berminat la dengan rumah kontena ni..boleh jimat kos.
pasal panas tu mungkin boleh tambah bumbung kat atas dan sistem pengudaraan yang baik.

xgang
21-03-2012, 07:08 PM
bagi mereka yang dah ada tanah oklah. Tapi bagi yang takde tanah ini adalah sesuatu yang tidak praktikal. Lebih-lebih lagi kalau mereka memerlukan bank facility untuk fund pembelian tanah dan pembinaan rumah.

my 2 kupang

azarul
22-03-2012, 01:19 AM
Rase klau nak kurang kan panas buat penebat dari polistyrene.. rase dia bleh jd heat insulation..

nam3701
22-03-2012, 01:41 AM
kalu aku byk duit, rasa cam nak komersialkan jee...

Pak.Lang
24-03-2012, 08:49 PM
sekarang industri perkapalan slow

mungkin mereka akan menjual kotena harga lelong sbb nak bayar hutang bank

YooHoo
22-07-2012, 08:18 PM
Ini saya jumpa di mudah:

http://www.mudah.my/Kabin+mudah+alih-16505270.htm
Kabin mudah alih
Advertised by Esse Resources 7 Jul 12:12. List-ID: 16505270. Manage

http://103.10.43.132/images/27/2743128596.jpg

Price : -

Menyewa dan menjual semua jenis produk Kabin dan Kontena,termasuk Kabin Pejabat,Pekerja, Rumah Pengawal, Surau dan pelbagai lagi

Hubungi emry 012 3317195

YooHoo
22-07-2012, 10:23 PM
http://www.youtube.com/watch?v=AqLs2WCjiBo&feature=related

habiburrahman
22-07-2012, 10:40 PM
Tahun ni je saya dah handle 5 projek portable cabin (custom made) untuk syarikat.
Order kat Teluk Panglima Garang, Kuala Langat.
Harganya pun berpatutan.
Design simple2 je. Tapi bos suka, tu yg tambah sampai 5 biji.

kenoi
31-07-2012, 12:01 PM
den boli umah corner lot 20x60. luas corner lot tu lebey kuang bley buat rumah 20x60 sebijik lg dan masih ada lebihan kwsn utk anak≤ bermain. agaknya kalo guna konsep kotena ni perlu kelulusan PBT ke atau men redah je buat..

oimates
31-07-2012, 12:18 PM
anggaran sebijik kontena berapa ye harga?

maplebizz
28-10-2012, 11:18 AM
BUMP....
Sesape ade info lagi pasal umah kontena ni?
Sesape yg ada buat keje ni kalau bleh
quote harga, boleh nak review

on9shoppers
28-10-2012, 11:54 AM
nak pindah pon senang..hehe

buluhgading
28-03-2013, 04:29 PM
aku dah lama teruja tgk rumah nie dlm pak cik google..xsangka jugak ade yg memulakan perbincangan kat sini..tahniah TT.. teruskan.. aku xreti sgt bab pembinaan nie..jadi nk komen pun mcm xsesuai jek...

maxpda
12-07-2013, 03:44 PM
up thread bagus, harga rumah semakin mencanak..alternatif..

bebird_daddy
12-07-2013, 03:49 PM
letak kat kebun daddy menarik ni..

juweialhaj
12-07-2013, 03:55 PM
Puma City

Arkitek : LOT-EK (http://www.lot-ek.com/) - (New York, USA)

Puma City adalah struktur kedai milik Puma yang dilancarkan sempena menyambut World Cup 2010.

Ia dibawa mengelilingi kota-kota besar di Amerika dan Eropah dari 2008 sehingga 2010.

Antara kota persinggahannya adalah di Alicante, Boston dan juga Stockholm.

Walaupun ia bukan struktur "kekal", namun ia menarik untuk dijadikan bahan kajian kes kita.

Kita boleh mengambil pengajaran tentang susunan kontena, hiasan dalaman, penggunaan ruang, dll.

Puma City menggunakan 24 biji kontena untuk membina struktur kedai 3 tingkat.

Ia seluas 11,000 kaki persegi termasuk bar/lounge dan 2 dek.

Video :

Puma City Construction

http://www.youtube.com/watch?v=mib90dbYXlo

Gambar :

http://img854.imageshack.us/img854/7415/1503254400pumaretailpre.jpg

http://img26.imageshack.us/img26/7180/1573395373pumaretailpre.jpg

http://img231.imageshack.us/img231/3385/1067883925pumaretailpre.jpg

http://img804.imageshack.us/img804/9514/111605531pumaretailpref.jpg

http://img94.imageshack.us/img94/73/134837423picture2.png

http://img33.imageshack.us/img33/6905/1512800835pumaretailpre.jpg

gambar tambahan : 10:26PM 10/8/2011

http://img684.imageshack.us/img684/6654/pumainstallation.jpg

http://img688.imageshack.us/img688/4899/pumainterior.jpg

http://img692.imageshack.us/img692/7292/pumaretailprefab6.jpg

sebelum tol batu tiga dari klang menuju KL ada kontena2 ni. ada KFC. siapa dah sampai?:-?

NEOBALANOCARPUS_H
12-07-2013, 04:46 PM
sebelum tol batu tiga dari klang menuju KL ada kontena2 ni. ada KFC. siapa dah sampai?:-?

odal 1 kontena letak depan umah wat parking ayam..ok jugak:

kenshiroseiya
25-07-2013, 05:24 PM
haha saya ingat kontena yang used car pakai....

Nihar123
25-09-2013, 10:48 AM
Bumpu utk semua!!!

honda_primo
25-09-2013, 11:05 AM
Aku pnya dea nk wt kdai runcit kontena

maxpda
28-12-2013, 05:45 AM
bump, perbincangan yang menarik

sharemalaysia
28-12-2013, 07:59 AM
Dari awal follow thread ni sampai sekarang tak ada pun yang jual kontena terpakai..

maxpda
28-12-2013, 08:24 AM
Dari awal follow thread ni sampai sekarang tak ada pun yang jual kontena terpakai..

ada bro jual dekat mudah dan majalah :D

maxpda
30-12-2013, 09:49 AM
http://truthseekerdaily.com/wp-content/uploads/2013/12/h1.jpg
http://truthseekerdaily.com/wp-content/uploads/2013/12/h2.jpg
http://truthseekerdaily.com/wp-content/uploads/2013/12/h3.jpg
http://truthseekerdaily.com/wp-content/uploads/2013/12/h4.jpg
http://truthseekerdaily.com/wp-content/uploads/2013/12/h5.jpg
http://truthseekerdaily.com/wp-content/uploads/2013/12/h6.jpg

bahagian luar boleh touch up, lapis dengan plywood ke..memang cantik..nampak mewah.
cantik dan mungkin lagi murah dari kebanyakan rumah dengan keluasan yang sama.

sumber: thread 34 rumah kecil dan http://truthseekerdaily.com/

maxpda
03-01-2014, 04:26 AM
http://www.youtube.com/watch?v=0A1_PSzhVj0

budak universiti di uk buat rumah kontena 3x 20ft dengan bajet 12000 gbp

sebiji kontena kat sana kira2 700 gbp je untuk 40ft = rm3800
memang murah.

guna steel untuk kukuhkan kontena tu.
kemasan dalam guna plywood dengan kayu jer.

http://www.youtube.com/watch?v=1amB4aheLqk

yang ni lagi bijak, dia susun kontena tu bagi lagi luas.
guna 4biji kontena, tapi belah dalam dapat additional space sebab cara dia susun kontena tu..

cham ali
03-01-2014, 05:22 PM
salam. saya pun berhajat nak buat umah kontena ni. hajat nak pindah ke kemren.

zulkhairiroslan
19-06-2014, 02:53 PM
salam

Menarik≤.. kalo ada tanah sendiri, bleh try wat ni umah dr kontena..hehe

on9shoppers
26-08-2014, 10:43 AM
Kalau ada rumah corner lot sesuai kot tmbah kontena ni? ada terikat dgn peruntukan undang-undang tak?