View Full Version : LIMA 2007 - Sape pegi!!
myafham20
01-12-2007, 12:14 PM
Memandang LIMA O7 bakal menggegarkan Malaysia di mata dunia..Elok benar kalo kite sembang - sembang mengenai pesawat ke? Sape yang pegi leh la update cite kt sini tentang pengalaman korang..huhuhu..sedeh la tk dapat pegi.nk pegi gak..:((
aku dah pegi red arrow kt subang aritu..
mmg best..sape tk pegi aku ade update sket gambar kt sini..
Dont promote URL website/blog here
:)cgrock
tar_wow1983
01-12-2007, 03:11 PM
Untuk menghilangkan rasa tensen ko, kat sini aku perkenalkan beberapa aerobatic team dari seluruh negara...
BLUE ANGELS - USA
e12kOFAdsEk
RED ARROWS - GREAT BRITAIN
WNOzOc27PqA
THUNDERBIRDS - USA
Eym1yJnAmPs
SURYAKIRANS - INDIA
ReCY6_rC1x8
RUSSIAN KNIGHTS - RUSSIA
FufJH5qc7R8
kainlangsir
01-12-2007, 03:20 PM
perghhh bestlah korang...aku teringan gak nak gi takpi belom ada rezeki lagi.
jutaONEfami
01-12-2007, 03:26 PM
perghhh bestlah korang...aku teringan gak nak gi takpi belom ada rezeki lagi.
aku pulak dah tentu pergi kekekeke tahun ni LIMA ke 3 aku:D
pacificstorm
01-12-2007, 03:27 PM
perghh..rugi tak pegi..nampak macam syokk ja ~X(
debtfreedom
01-12-2007, 03:38 PM
LIMA....erm sesuatu yang menyeronokkan dan boleh menaikan tahap adrenalin dalam diri. Teringat ketika saya penah terlibat secara langsung dan berada dlm pertunjukan LIMA sekitar tahun 2001 dan 2003 sebagai salah seorang pelabur dan juruterbang satu masa dahulu. Semenjak TUN DR MAHATHIR tidak lagi menjadi PM LIMA makin suram.
jutaONEfami
01-12-2007, 03:44 PM

yup aku setuju sgt..sejak TUN resign LIMA dah kurang meriah..LTDL pun dah x buat kat langkawi..#:-S
ZAL77
01-12-2007, 03:51 PM
Aku penah gi, tahun 2002 ke 2003, x ingat lak. Dari KLIA g pagi, balik ptg, naik AirAsia. Masa 2 zaman Dr M, meriah.
myafham20
01-12-2007, 04:46 PM
Aku penah gi, tahun 2002 ke 2003, x ingat lak. Dari KLIA g pagi, balik ptg, naik AirAsia. Masa 2 zaman Dr M, meriah.
kuikuikuikui..zaman pak lah leh challenge kot..
myafham20
01-12-2007, 04:48 PM
Untuk menghilangkan rasa tensen ko, kat sini aku perkenalkan beberapa aerobatic team dari seluruh negara...
BLUE ANGELS - USA
e12kOFAdsEk
RED ARROWS - GREAT BRITAIN
WNOzOc27PqA
THUNDERBIRDS - USA
Eym1yJnAmPs
SURYAKIRANS - INDIA
ReCY6_rC1x8
RUSSIAN KNIGHTS - RUSSIA
FufJH5qc7R8
de video..kalo cm ni..tk rugi la kalo gi..kuikuikui..
tar_wow1983
01-12-2007, 11:25 PM
LIMA....erm sesuatu yang menyeronokkan dan boleh menaikan tahap adrenalin dalam diri. Teringat ketika saya penah terlibat secara langsung dan berada dlm pertunjukan LIMA sekitar tahun 2001 dan 2003 sebagai salah seorang pelabur dan juruterbang satu masa dahulu. Semenjak TUN DR MAHATHIR tidak lagi menjadi PM LIMA makin suram.
Fly aircraft aper dulu?
debtfreedom
02-12-2007, 03:32 AM
Microlight, cessna 175, piper warrior, eagle, MD3, PC7, augusta, eurocopter, bell. Saya pemegang PPL dan penah juga try rotor type tapi saya lebih kepada fixed wing type kena dengan lesen saya. Adakalanya hujung minggu saya akan bawa cessna 175 di TUDM Sg Besi bawah Royal Selangor Flying Club just for fun tgk KL dari udara so fantastic.
Fly aircraft aper dulu?
myafham20
02-12-2007, 04:02 AM
Microlight, cessna 175, piper warrior, eagle, MD3, PC7, augusta, eurocopter, bell. Saya pemegang PPL dan penah juga try rotor type tapi saya lebih kepada fixed wing type kena dengan lesen saya. Adakalanya hujung minggu saya akan bawa cessna 175 di TUDM Sg Besi bawah Royal Selangor Flying Club just for fun tgk KL dari udara so fantastic.
hebat la bro!!
nk follow naik aircraft leh tak!!
ZamzRepublic
02-12-2007, 01:52 PM
perghhh bestlah korang...aku teringan gak nak gi takpi belom ada rezeki lagi.
samalah aku teringin nak pgi...
maybe len kali... takde rezki tahun ni...:(( :((
myafham20
02-12-2007, 03:00 PM
samalah aku teringin nak pgi...
maybe len kali... takde rezki tahun ni...:(( :((
cam ne ni bro....kes kte same..teringin siot nk pegi!!
mije77
02-12-2007, 06:00 PM
haha..aku x payah pegi tgk lima...tiap2 arie jet shukoi wat latihan kat dkat umah aku..macam skill ade..beshh bangat..jimat duet..huhu
frozentribe
02-12-2007, 10:05 PM
minat aku tak pernah pudar kat aviation ni..:) tapi LIMA tak pernah pegi:p lom ada rezeki..huhuhhu
anbusan
02-12-2007, 10:25 PM
pape pun nak ucapkan takziah pada kuarge 3 org tentera wanita yg terbunuh masa wat latihan payung terjun untuk pembukaan LIMA td semoga rohnye dicucuri rahmat
erieadn
02-12-2007, 10:46 PM
LANGKAWI 2 Dis. - Tiga anggota tentera, termasuk dua wanita, yang menjalani latihan payung terjun untuk pertunjukan Pameran Antarabangsa Maritim dan Udara Langkawi (LIMA 2007) mati lemas, manakala 11 yang lain cedera apabila penerjunan mereka tersasar ke dalam laut berhampiran pantai Kuala Muda pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Supt Mohamed Ali Jamalludin berkata, anggota Pasukan 10 Briged Para dari Kem Terendak, Melaka yang terbunuh itu ialah Siti Hajar Yaakob, 24; dan Nurul Wahida Yusof, 20; serta seorang anggota lelaki, Raymond Duncan, 25.
Salah seorang daripada 11 anggota yang cedera, Suraya Ali, 23, dilaporkan kritikal dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Langkawi.
“Anggota-anggota lain yang cedera dilaporkan berkeadaan baik. Mereka terdiri daripada enam anggota wanita dan empat anggota lelaki,” katanya ketika ditemui pemberita di hospital selepas melawat mangsa.
Mereka adalah sebahagian daripada 138 anggota pasukan itu yang dilaporkan sedang membuat penerjunan apabila angin kencang yang bertiup secara tiba-tiba menyebabkan mereka tersasar dari lokasi pendaratan yang ditetapkan.
Berikutan itu, ada yang terjatuh ke laut berhampiran Pantai Kuala Muda dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan ada yang tersasar di luar lapangan terbang itu hingga tersangkut di atas pokok.
Mohamed Ali berkata, sebelum kejadian, kesemua anggota itu menaiki dua buah pesawat C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari lapangan terbang itu, masing-masing pada pukul 10.15 pagi dan 10.20 pagi bagi membuat penerjunan.
“Bagaimanapun antara 18 dan 20 anggota tentera itu terjatuh ke laut. Mereka termasuk tiga anggota yang maut itu,” katanya.
Berikutan kejadian itu, katanya, operasi menyelamat menggunakan beberapa buah helikopter dan pesawat digerakkan segera melibatkan empat pasukan terdiri dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Marin dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM).
Katanya, pasukan penyelamat yang tiba beberapa minit kemudian mendapati Siti Hajar meninggal dunia di tempat kejadian ketika diangkat keluar dari laut, manakala yang lain dikejarkan ke hospital.
Mayat ketiga-tiga anggota itu kini ditempatkan di bilik mayat Hospital Langkawi dan akan diserahkan kepada tentera selepas bedah siasat.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Zulkiflee Abdul Latiff berkata, kesemua yang terlibat dalam kemalangan itu merupakan antara 138 anggota Pasukan 10 Briged Para yang menjalani latihan sempena majlis perasmian LIMA 2007 esok.
Beliau berkata, semasa operasi penerjunan, keadaan angin yang tidak menentu menyebabkan ada di antara anggota penerjun tersasar dari lokasi pendaratan.
Maklumat lanjut mengenai kejadian itu akan dikeluarkan dari semasa ke semasa, katanya.
Takziah diucapkan & Al-Fatihah di sedekahkan untuk Jenazah beragama Islam.:( :(
wakson
03-12-2007, 12:40 AM
:(( :((
Catatan terburuk LIMA....
Anggota PARA payung terjun kemalangan;
TIGA meninggal & 11 cedera
Al-Fatihah...
:-?
Kita tunggu sapa plak yg kaut untung???
Komisen Helikopter la....Ganti Nuri
myafham20
03-12-2007, 10:22 AM
takziah juga dari saya...sedey tul la...
myafham20
04-12-2007, 04:52 PM
sape ade gmbr para yg meninggal aritu??
vBulletin® v3.7.3, Copyright ©2000-2010, Jelsoft Enterprises Ltd.