PDA

View Full Version : Koperasi Perumahan Rakyat Kelantan Berhad (KPRKB)


aiman27
22-06-2011, 03:04 PM
KOTA BHARU – Koperasi Perumahan Rakyat Kelantan Berhad (KPRKB) menjelaskan kekeliruan berhubung status projek rumah kos rendah yang dilaksanakan.

Pengerusinya, Nik Salman Nik Din berkata, ahli yang memiliki saham minimum RM1,000 sahaja yang layak memiliki harta hasil KPRKB.

Menurutnya, KPRKB mengalu-alukan rakyat Kelantan untuk berniaga secara bersama.

“KPRKB didaftarkan di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) terikat dengan undang-undang koperasi, projek yang kami laksanakan bukan projek Kerajaan Negeri dan bukan juga Kerajaan Pusat.

“Kita ada tiga aktiviti iaitu pembinaan bangunan dan prasarana, perladangan dan Industri Kecil dan Sederhana, kita beroperasi di seluruh Kelantan kecuali Gua Musang,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini, semalam.

Katanya, hanya ahli yang layak tahu butiran projek dilaksanakan dan rumah kos rendah itu semestinya diberi keutamaan kepada ahli membeli.

Nik Salman berkata, projek rumah kos rendah berharga RM35,000 setiap unit itu diputuskan dalam mesyuarat ahli lembaga kali ketiga.

“Projek dilaksanakan secara berperingkat dan untuk fasa pertama, sebanyak 10,000 unit bakal dibina,” katanya.

sumber: sinar harian.

Ada kawan2 ada maklumat berkenaan dgn koperasi tersebut? boleh pakai ker tak boleh pakai ni?

aiman27
22-06-2011, 03:13 PM
xde dalam list 100 koperasi terbaik pun.

http://skimcepatkayap.blogspot.com/2010/10/senarai-100-buah-koperasi-terbaik.html

haris4949
23-06-2011, 10:01 AM
aku ada kol org koperasi ni tny pasal rumah tu..diorang ckp rumah low cost..mcm rumah mesra rakyat..nk try pegi pjbt dia kat kb tny lbih detail..

aiman27
24-06-2011, 01:35 AM
projeknya ada beberapa tempat yg baru nak mula adlh dekat salor tp katanya dah sold out. yg tempat lain adalah di peringat,kok lanas dan Badang(jln PCB) tempat lain aku tak ingat. yang buat aku musykil tawaran ini terhad sehingga hujung bulan depan dan perlu sediakan wang bookg RM2.5K

bookg tp takut projek tak jalan jer...

aiman27
26-06-2011, 04:49 PM
aku ada kol org koperasi ni tny pasal rumah tu..diorang ckp rumah low cost..mcm rumah mesra rakyat..nk try pegi pjbt dia kat kb tny lbih detail..

harap berhati2 la bro... takut kerkena ajer.

aiman27
02-07-2011, 12:20 AM
kalau yg masih berminat juga cubalah tgk koperasi ini dgn lebih mendalam. harap jgn terkena tgk package yg ditawarkan agak murah RM35k luas 20'x35'. tp.......

aiman27
09-09-2011, 05:41 PM
yg tt tau rmi juga yg join beli rumah dgn koperasi ni.
tepuk dada tanya akal hati...
masing2 ada pendapat tersendiri..tt cuma minta berhati2 je.
wallahualam

kawebiz
12-09-2011, 12:00 PM
yg tt tau rmi juga yg join beli rumah dgn koperasi ni.
tepuk dada tanya akal hati...
masing2 ada pendapat tersendiri..tt cuma minta berhati2 je.
wallahualam

betul tu tuan..
sy pun harap2 sapa2 yg ada info..tolong berkongsi maklumat
sbb takut nanti ramai yg kantoi...

aiman27
12-09-2011, 02:40 PM
betul tu tuan..
sy pun harap2 sapa2 yg ada info..tolong berkongsi maklumat
sbb takut nanti ramai yg kantoi...

tt kesian tgk mangsa2 yg terkena scam

redza
12-09-2011, 02:52 PM
hati-hati jangan sampai kena cam kopedik (koperasi dinamik malaysia berhad) dulu dulu koperasi dinamik kelantan berhad sampai sekarang turun naik court...ahli yang rugi..termasuk aku la...ada pemantau dari skm (suruhanjaya koperasi malaysia) pun tak guna..bila kena skm tarik diri...aku tengah cuba nak su orang hq skm tu..en mohd rejab...

adiwira
12-09-2011, 03:42 PM
kawe dah bayar rm2500.00 tu.. dapat tarikh interviu bulan disember 11 atau januari tahun depan..

rm2500 tu sebagai deposit awal. kawasan ada banyak tempat.. kawe amik di kota bharu dan pilihan kedua di bachok dekat dgn Ukelantan.. gitu la di crita kan..

perjanjian LO atau SNP belum lagi di buat.. bayar jer dulu..


pendapat kawe:

bagi kawe duit tu sebenarnya koperasi dah masuk dalam akaun depa cam saham utk status sesebuah koperasi .. cam modal la.. nak dapat nanti mungkin susah.. kalu nak batalkan pembelian tu, boleh dapat balik duit rm2500 tu mungkin makan masa la..

duit yg dikumpul tu la akan dirolling setiap tahun oleh koperasi sebab ada peminjam yg beli..

ada individu boleh beli cash dgn harga rm35k<..



rumah tu tempoh pinjaman 25 tahun.. bulanan dalam rm2++.++.. kira2 dalam 75k la lebih kurang..


koperasi tu baru tubuh awal tahun ni, baru sangat.. mmg la tak de dalam senarai 100 koperasi paling femes.. risiko takut gulung tikar jer..

boleh cek di fesbuk ada gak perjalanan pembinaan .. samaada pecah tanah dan pembinaan..

aiman27
02-12-2011, 09:49 PM
ape citer perkembangan koperasi ini skg...

aiman27
10-12-2012, 12:59 PM
TUMPAT FA mensasarkan berada dalam kelompok empat pasukan terbaik apabila tampil buat julung kalinya beraksi dalam saingan Liga FAM musim 2013.

Pasukan yang diperkuatkan dengan barisan pemain muda serta gabungan dua bekas pemain Kelantan, Che Hishamudin Hassan dan Sarudy Aziz bakal menjadi pencabar kepada 12 pasukan lain yang bertanding dalam Liga FAM.


Jurulatih Tumpat FA, Husin Deraman berkata, pasukannya sudah membuat persediaan lebih setahun sebelum tampil dalam saingan liga ketiga terbaik ini malah percaya dengan pengambilan pemain muda yang pernah beraksi di peringkat negeri mampu membawa pasukan berkenaan ke peringkat lebih tinggi.

Katanya, khidmat bekas dua pemain Kelantan juga diserap dalam pasukan Tumpat FA bagi mengimbangi kekuatan tenaga dan dan pengalaman sebelum memulakan misi memburu kedudukan empat terbaik apabila saingan bermula Febuari ini.


“Untuk musim pertama kita mensasarkan berada dalam kelompok empat terbaik dan jika mempunyai peluang, kita mahu berada sebaris dengan pasukan senior, Kelantan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Memperkenalkan Pasukan Tumpat FA dan Penyerahan Cek Tajaan, semalam.


Turut hadir, Yang Dipertua Persatuan Bola Sepak Jajahan Tumpat (PBJT), Wan Hanapi Wan Yakob dan Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Perumahan Rakyat Kelantan (KPRK), Nik Salman Nik Din.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/TumpatFAsasarempatterbaikLigaFAM/Article/index_html