PDA

View Full Version : Dawai Sang Sufi (Al Futuhat)


Pages : [1] 2

potensipips
22-05-2011, 04:10 PM
Dawai Sang Sufi (Al Futuhat)
Hidup adalah ibadah
Dalam ayatNya Allah berfirman,
Wama kholaqtul jinna wal insa illa liya'bududun
Lama aku tidak percaya dengan ayat ini
Fikirku aku hanya disuruh sholat, puasa dan zikir
Apalagi ketika aku berfikir tentang ayat,
Wa'bud robbaka hatta ya'tiyakal yakin,
Demi Allah, aku tidak sanggup untuk beribadah terus menerus
Aku bingung
Aku takut
Aku lari dari pendapatku sendiri
Suatu hari aku bertanya kepada guruku
Guruku mengatakan, "Tidak salah pendapatmu, tapi kurang".
Ketahuilah
Dalam ayat lain Allah juga berfirman
Wala tansa nasibaka minaddunya
Dan La yukallifullahu nafsan illa wus'aha
Jelas Allah tidak hanya menyuruh kita untuk sholat dan puasa
Allah juga menyuruh kita untuk mencari dunia
Bahkan Allah melarang kita untuk membebani diri kita dengan beban yang berat
Sehingga kita tidak mampu memikulnya
Walaupun itu ibadah
Ketauhillah
Ibadah itu bukan bentuk lahirnya
Banyak perkara dunia yang berubah menjadi amal dunia kerana niat
Banyak perkara yang kadang menurut kita tidak ada nilainya tetapi
Disisi Allah sangat berharga
Engkau makan,minum, tidur, cari nafkah, menikah
Tetapi di niati untuk menguatkan ibadah
Itulah erti Wama kholaqtul jinna wal insa illa liyakbudun
Dan engkau dapat istiqomah sholat, puasa, zikir
Dengan bantuan makan,minum & menikah
Itulah erti Wa'bud robbaka hatta ya'tiyakal yaqin
Jika engkau sholat, puasa tetapi tidak makan dan minum
Pasti engkau akan mati
bukankah ini bunuh diri dan jelas tidak ibadah?
Engkau hanya sholat, puasa dan zikir tetapi tidak menikah
Sehingga suatu ktika terjerumus zina,apakah erti semua ibadahmu ?
Ingatlah Allah pencipta manusia dengan ukuran & aturan
Janganlah engkau mempertahankan ke*****anmu
Janganlah engkau hancur hanya kerana pemahamanmu yg salah
Dan ingatlah pesan Allah Alladzina yastami'unal qoula
Fayattabi'una ahsanah
Orang-orang yang mendengarkan pendapat
Kemudian mengikuti pendapat yang paling bagus
Merekalah yang diberi petunjuk Allah
Dan merekalah orang-orang yg beruntung

C I N T A

Ya Aziz
Jika Cinta Adalah Ketertawanan
Tawanlah Aku Dengan Cinta Kepada-Mu
Agar Tidak Ada Lagi Yang Dapat
Menawanku Selain Engkau

Ya Rohim
Jika Cinta Adalah Pengorbanan
Tumbuhkan Niat Dari Semua Pengorbananku
Semata-mata Tulus UntukMu
Agar Aku Ikhlas Menerima Apapun KeputusanMu

Ya Robbii
Jika Rindu Adalah Rasa Sakit
Yang Tidak Menemukan Muaranya
Penuhilah Rasa Sakitku
Dengan Rindu Kepada-Mu
Dan Jadikan Kematianku Sebagai
Muara Pertemuanku Dengan-Mu

Ya Robbii
Jika Sayang Adalah Sesuatu Yang Mempesona
Ikatlah Aku Dengan Pesona-Mu
Agar Damai Sentiasa Kurasakan
Saat Terucap Syukurku Atas Nikmat DariMu

Ya Allah
Jika Kasih Adalah Kebahagiaan
Yang Tiada Bertepi
Tumbuhkan Kebahagiaan Dalam Hidupku
Di saat Kupersembahkan Sesuatu UntukMu

Ya Allah
Hatiku Hanya Cukup Untuk Satu Cinta
Jika Aku Tak Dapat Mengisinya Dengan Cinta KepadaMu
Kemanakah Wajahku Hendak Kusembunyikan DariMu

Ya Ar-Rahman
Dunia Yg Engkau Bentangkan Begitu Luas
Bagai Belantara Yg Tak Dapat Kutembus
Di Malam Yang Gelap Gulita
Agar Tidak Tersesat Dalam Menapakinya

Ya Ar-Rahhim
Berikan Alas Kaki Buat Hamba Agar Jalan Yg Kutapaki Terasa Nikmat
Meski Penuh Dengan Bebatuan Runcing & Duri Yang Tajam
Hamba Sedar Semua Ini Milikmu Dan Suatu Saat
Jika Kau Kehendaki Semuanya Akan Kembali Jua KepadaMu
Hamba pasrahkan kehidupan hamba kepadaMu.

Ku persembahkan kepadaMu harapanku wahai Tuhan.Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai Zat yang Maha pemberi dan pemurah.Tatkala sesak dadaku dan sempit perjalanan hidupku.Jadikan rayuanku sebagai jalan mengharap keampunanMu.Hanya Engkau sahaja yg memiliki keampunan untuk dosa yang tidak akan terhapus ini.bila Engkau belas & Engkau ampun; itu kebaikanMu & kasih sayangMu.

Bukankah Engkau yg memberi aku makan &hidayah?dan memang selamanyalah Engkau yang memberi anugerah dan ni'mat itu kepadaku.Semoga sesiapa yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku dan menutup dosa-dosaku & setiap perkara yang telah lalu.Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan kezaliman, penganiayaan yang tak pernah terpisah dariku dan jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa sekalipun kesemuanya memasukkan diriku bersama salahku ke dalam neraka

Dia menjadi ramah ketika mengingat tuhannya tetapi bila bersama yang lain di dunia ini dia membisu dia berkata: Kekasih, Engkaulah harapanku cukuplah hanya Engkau bagi orang2 yang berharap; harapan dan kekayaan.kupelihara kasihku yang dicemari nafsu

Dan aku jaga janji kasih yang telah tercalar di saat kujaga, aku rindu, dan di saat kulelap aku berharap yang selalu mengiringi langkahku;bersemangat dan berirama,maka dosaku adalah besar dari dulu dan kini dan keampunanMu yang mendatangi hamba..meninggikan dan memuliakan (martabatnya).
__________________
Lelaki Acuan Al-Quran

lalah Seorang Lelaki Yang Beriman Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah swt
Yang Sentiasa Haus Dengan IImu
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu

Lelaki Acuan AI-Quran
lalah Lelaki Yang Menjaga Tuturkatanya
Yang Tidak Bermegah Dengan IImu Yang Dimilikinya
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung
Yang Mempunyai Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai Musuh

Lelaki Acuan AI-Quran
lalah Lelaki Yang Menghormati Ibubapanya
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga
Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri Mendalami Agama Islam
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan Kerana Dunia Baginya
Adalah

Rumah Sementara Menunggu Akhirat
Lelaki Acuan AI-Quran
Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya
Yang Hidup Di Bawah Naungan AI-Quran Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya

Lelaki Acuan AI-Quran
Tidak Pemah Membazirkan Masa
Yang Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan
Yang Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan

Lelaki Acuan AI-Quran
Sentiasa Mengingati Mati
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat
Yang Mana Buah Kehidupan ltu Perlu Dibajai Dan Dijaga Meneruskan
Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian

Lelaki Acuan AI-Quran
Ialah Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona Dengan BuaianDunia Kerana

Dia
Mengimpikan Syurga
Di Situlah Rumah Impiannya
Bersama Wanita Acuan AI-Quran

3 Doa Penting Dalam Kehidupan Kita
1. Ya Allah, ampunkanlah segala dosa terdahulu yang telah ku lakukan dan segala dosa yang baru ku lakukan ( tanpa sengaja ).
2. Ya Allah, yakinkanlah dalam diriku tentang azab kubur dan seksaan api neraka.
3. Ya Allah, masukkanlah daku dalam Syurga Firdaus dan terimalah permintaanku di dunia dan di akhirat.

Dengan nama Allah kami mula membaca

Dengan nama Allah kami mula membaca,
Segala rahmat bagi tuhan kami,
Rahmat dan keselamatan,bagi nabi kekasih kami.

Ya Allah tuhan kami,
Engkau tujuan kami,
RedhaMu yang kami cari,
Di dunia dan di akhirat kami.

Wahai yang maha pengasih,yang maha penyayang,
Wahai yang maha berkuasa,yang maha suci,
Wahai yang maha sejahtera,yang maha terpecaya,Wahai yang maha memelihara,yang maha perkasa.

Wahai yang kehendaknya tidak diingkari.
yang memiliki kebesaran,
Wahai yang maha mencipta,
yang mengadakan dari yang tiada,
Wahai yang membuat bentuk,yang maha pengampun,
Wahai yang maha perkasa,yang maha pemberi.

Wahai yang maha pemberi,yang maha pembuka,
Wahai yang maha mengetahui,yang maha menyempitkan,
Wahai yang maha melapangkan,yang merendahkan,
Wahai yang maha meninggikan,yang memuliakan.

Wahai yang menghinakan,yang maha mendengar,
Wahai yang maha melihat,yang memutuskan hukuman,
Wahai yang maha adil,yang maha lembut,
Wahai yang maha mengetahui,yang maha penyantun


Wahai yang maha agung,yang maha pengampun,
Wahai yang maha menerima syukur,yang maha tinggi,
Wahai yang maha besar,yang maha memelihara,
Wahai yang maah memelihara,yang maha mencukupkan.

Wahai yang maha luhur,yang maha mulia,
Wahai yang maha mengawasi,yang maha memperkenankan,
Wahai yang maha luas,yang maha bijaksana,
Wahai yang maha mencintai,yang maha mulia.

Wahai yang membangkitkan,yang maha menyaksikan,
Wahai yang maha benar,yang maha mewakili,
Wahai yang maha kuat,yang maha kukuh,
Wahai yang maha melindungi,yang maha terpuji


Wahai yang maha menghitung,yang maha memulakan,
Wahai yang maha mengembalikan,yang maha menghidupkan,
Wahai yang maha mematikan,yang maha hidup,
Wahai yang maha berdiri sendiri,yang maha menemukan.

Wahai yang maha mulia,yang maha tunggal,
Wahai yang maha esa,yang maha diperlukan,
Wahai yang maha kuasa,yang sangat berkuasa,
Wahai yang mendahulukan,yang mengakhirkan


Wahai yang pertama,yang terakhir,
Wahai yang maha nyata,yang maha tersembunyi,
Wahai yang maha memerintah,yang maha tinggi,
Wahai yang maha dermawan,yang maha menerima taubat.

Wahai yang maha mengancam,yang maha pemaaf,
Wahai yang maha melimpahkan kasih,yang maha menguasai,
Raja yang maha berdaulat,pemilik keluhuran dan kemuliaan
Wahai yang maha adil,yang maha menghimpun,
Wahai yang maha kaya,yang memberi kekayaan,
Wahai yang maha mencegah,yang memberi derita,
Wahai yang memberi manfaat,yang maha memberi cahaya
Wahai yang maha memberi petunjuk,pencipta pertama,
Wahai yang maha kekal,yang maha mewarisi,
Wahai yang maha tepat tindakannnya,yang maha penyabar,
Yang memulakan,yang maha agung,itulah sebutannya.

Terima Kasih kepada semua pengunjung CG saya, sama-samalah kita mengabdikan diri kepada Allah SWT dengan sebenar-benar pengabdian, marilah kita korbankan harta, masa dan jiwa untuk mencari habuan Allah SWT.

potensipips
22-05-2011, 04:11 PM
Ya Allah... Inilah hamba-Mu
yang meratap mengharap percikan cinta-Mu
Engkau tahu
betapa jelaga nista terus memburu
dosa dan dosa dan dosa
melagukan sonata hawa nafsu
kelu lidahku untuk mengaku di hadapan-Mu
malu jiwaku untuk menatap-Mu
Ya Allah...
Dalam gundah penuh ragu aku menghampiri-Mu
Menatap diriku sendiri yang selalu berpaling
Sesekali dosa-dosa kusesali
Tetapi berjuta kali kuulangi
Betapa daku harus menghadap-Mu
Sedang seluruh syaraf batinku hanyalah kisah kepalsuan
Sungguh tiada yang mendesakku, kecuali sebuah pengampunan-Mu
Ya Allah, Ya Tuhanku…


Perkenankanlah aku mencintaiMu semampuku…

Tuhanku…
Aku masih ingat saat pertama dulu aku belajar mencintaiMu
Lembar demi lembar kitab kupelajari
Untai demi untai kata-kata para ustaz kuresapi
Tentang cinta para nabi
Tentang kasih para sahabat
Tentang mahabbah para sufi
Tentang kerinduan para syuhada

Lalu kutanam di jiwa dalam-dalam
Kutumbuhkan dalam mimpi-mimpi
dan pada sudut pandang yang mengawang di awan

Tapi Rabbi…
Berbilang detik, minit, jam, hari, bulan dan kemudian tahun berlalu
Aku berusaha mencintaiMu dengan cinta yang paling utama,
Tapi… Aku masih juga tak menemukan cinta tertinggi untukMu
Aku makin merasakan gelisahku membadai
Dalam cita yang mengawang
Sedang kakiku mengambang tiada menjejak bumi
Hingga aku terhempas dalam jurang nan kegelapan

Wahai Ilahi…
Kemudian berbilang detik, minit, jam, hari, bulan dan tahun berlalu
Aku mencuba merangkak, menggapai permukaan bumi
Dan menegakkan jiwaku kembali menatap, memohon
dan menghiba di keharibaanMu:
“Allahu Rahim, Ilahi Rabbi, Perkenankanlah aku mencintaiMu semampuku”.

Allahu Rahman, Ilahi Rabii…
Perkenankanlah aku mencintaiMu sebisaku
Dengan segala kelemahanku Ilahi…
Aku tak sanggup mencintaiMu dengan kesabaran menanggung derita
Umpama Nabi Ayyub, Musa, Isa hingga Al-Musthafa
Kerana itu izinkan aku mencintaiMu
Melalui keluh kesah pengaduanku padaMu
Atas derita batin dan jasadku
Atas sakit dan ketakutanku

Rabbi…
Aku tak mampu mencintaiMu seperti Abu Bakar,
Yang menyedekahkan seluruh hartanya
Dan hanya meninggalkan Engkau dan RasulMu bagi diri dan keluarga.
Atau layaknya Umar yang menyerahkan separuh harta demi jihad Atau Utsman yang menyerahkan 1000 ekor kuda untuk syiarkan DeenMu Atau seperti Ali KarramallahuWajha yg hebat semangat kepahlawanannya.

Maka Ya Allah… Izinkan aku mencintaiMu
Melalui seratus-dua ratus perak yang terhulur
Pada tangan-tangan kecil di perempatan jalan
Pada wanita-wanita tua yang menadahkan tangan di tepi-tepi jambatan
Pada makanan-makanan sederhana yang terkirim ke handai taulan.

Ilahi… Aku tak mampu mencintaiMu
Dengan khusyuknya solat salah seorang sahabat NabiMu
Hingga tiada terasa anak panah musuh terhunjam di kakinya
Kerana itu Ya Allah…
Perkenankanlah aku tertatih menggapai cintaMu
Dalam solat yang cuba kudirikan teragak-agak
Meski ingatan kadang melayang ke pelbagai permasalahan dunia

Rabbi..
Aku tak dapat beribadah ala para sufi rahib
Yang membaktikan seluruh malamnya untuk bercinta denganMu
Maka izinkanlah aku untuk mencintaimu dalam satu-dua rakaat lailku
Dalam satu-dua sunnah nafilahMu.
Dalam desah nafas kepasrahan tidurku.

Ya Maha Rahman…
Aku tak mampu mencintaiMu Bagai para al hafiz dan hafizah
Yang menuntaskan kalamMu dalam satu putaran malam
Dari itu.. Perkenankanlah aku mencintaiMu
Melalui selembar dua lembar tilawah harianku
Lewat lantunan seayat dua ayat hafazanku

Ya Rahim… Aku tak mampu mencintaiMu semisal Sumayyah
Yang mempersembahkan jiwa demi tegaknya DeenMu
Seandai para syuhada yang menjual dirinya dalam jihad
Maka perkenankanlah aku mencintaiMu
Dengan mempersembahkan sedikit bakti dan pengorbanan untuk dakwahMu
Maka izinkanlah aku mencintaiMu
Dengan sedikit pengajaran bagi tumbuhnya generasi baru.

Allahu Karim… Aku tak mampu mencintaiMu di atas segalanya
Bagai Ibrahim yang rela tinggalkan putera dan zaujahnya,
Dan patuh mengorbankan pemuda penyejuk matanya
Maka izinkanlah aku mencintaiMu di dalam segalanya
Dengan mencintai keluargaku
Dengan mencintai sahabat-sahabatku
Dengan mencintai manusia dan alam seluruhnya

Allahu RahmanuRahim, Ilahi Rabbi…
Perkenankanlah aku mencintaiMu semampuku..
Agar cinta itu mengalun dalam jiwa
Agar cinta ini mengalir di sepanjang nadiku selamanya.

potensipips
22-05-2011, 04:14 PM
*الكلام . . قد يوصلك لما تحبـ،،
Kata-kata kadang-kadang dapat menyampaikan sesuatu kepada orang yang kita cintai.
و البكــآء . . قد يوصلك لمن تحبــ،،
Tangisan kadang-kadang dapat menyampaikan sesuatu kepada orang yang kita cintai.
و الورود . . قد توصلك لمن تحبــ،،
Bunga kadang-kadang dapat menyampaikan sesuatu kepada orang yang kita cintai.
لــــكـــــــن الصــلـآـ ة . . تصـلكـ، بمن تحــبــ،،
Solat dapat menyampaikan sesuatu kepada orang yang kita cintai ( Allah SWT ) .
الصــلـآـ ة . . صـِـلـتك بالخــآلق
Solat dapat menyampaikan sesuatu kepada Pencipta yang kita cintai.


potensipips
22-05-2011, 04:16 PM
قال الله سبحانه وتعالى: [يَا أَيُّهَا الَذِينَ آمَنُوا اسْتَجِيبُوا لِلَّهِ ولِلرَّسُولِ إذَا دَعَاكُمْ لِمَا يُحْيِيكُمْ واعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ يَحُولُ بَيْنَ المَرْءِ وقَلْبِهِ وأَنَّهُ إلَيْهِ تُحْشَرُونَ ][الأنفال: 24]
Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Dia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan.
Sebesar-besar nikmat adalah anugerah Allah SWT kepada kita Agama Islam
ما أعظم المِنة التي امتنها الله تعالى على عباده، عندما أكمل لهم الدين، وأتم عليهم النعمة، ورضي لهم الإسلام ديناً: [اليَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي ورَضِيتُ لَكُمُ الإسْلامَ دِيناً ][المائدة: 3].
Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih) dan darah (yang keluar mengalir) dan daging **** (termasuk semuanya) dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi dan yang mati ditanduk dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya) dan yang disembelih atas nama berhala dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang dia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah dia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Berdoalah kepada Allah yang mampu membantumu di dunia dan didalam kubur.
[أَمْوَاتٌ غَيْرُ أَحْيَاءٍ ومَا يَشْعُرُونَ][النحل:21]،
Makhluk-makhluk itu tetap akan mati, bukanlah kekal hidup dan mereka tidak mengetahui bilakah masing-masing akan dibangkitkan (menerima balasan).
BUKTI ALLAH ALLAH SWT SAHAJA YANG MAMPU MEMENUHI KEPERLUAN KITA DI DUNIA DAN KEPERLUAN KITA UNTUK HIDUP DI AKHIRAT
[قُلْ مَنْ حَرَّمَ زِينَةَ اللَّهِ الَتِي أَخْرَجَ لِعِبَادِهِ والطَّيِّبَاتِ مِنَ الرِّزْقِ قُلْ هِيَ لِلَّذِينَ آمَنُوا فِي الحَيَاةِ الدُّنْيَا خَالِصَةً يَوْمَ القِيَامَةِ كَذَلِكَ نُفَصِّلُ الآيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ][الأعراف:32]
Katakanlah (wahai Muhammad): "Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkaNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya?" Katakanlah: "Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang beriman (dan juga yang tidak beriman) dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang-orang yang beriman sahaja) pada hari Kiamat". Demikian Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui.
[وابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّهُ الدَّارَ الآخِرَةَ ولا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا وأَحْسِن كَمَا أَحْسَنَ اللَّهُ إلَيْكَ][القصص:77
Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan

potensipips
22-05-2011, 04:17 PM
8 Langkah Menjamin Ke Syurga

1-Aku melihat kepada manusia, maka aku dapati mereka amat mencintai dunia, apabila akau pergi ke kubur aku dapati apa yang mereka cintai terpisah daripada mereka. Maka aku jadikan amalan kebajikan sebagai sesuatu yang paling aku cintai.
Apabila aku merenung ayat dibawah
Surah An-Naziat. Ayat :40. Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya,

2 -Aku berusaha meninggalkan hawa nafsu sehingga aku tenang beramal kepada Allah SWT

3-Aku melihat semua manusia berusaha menjaga apa yang mereka miliki agar tidak hilang
Maka aku melihat Firman Allah SWT " Apa disisi kamu akan binasa dan apa yang terdapat disisi allah SWT akan kekal selama-lamanya.فكلما وقع في يدي شيء ذو قيمة وجهته لله ليحفظه عنده.Oleh yang demikian aku mengambil keputusan setiap sesuatu yang bernilai yang ada pada disisiku, aku serahkan kepada Allah SWT untuk menyimpannya.

4-Aku melihat manusia bermegah dengan ribuan kemegahan
Maka aku lihat Furman Allah SWT " Sesuatu yang amat Allah muliakan adalah Taqwa "
Maka aku beramal dan berusaha ke arah Taqwa supaya Allah SWT memuliakan daku.

5- Aku melihat manusia saling melaknati diantara satu sama lain
semuanya ini berpunca daripada hasad maka aku merenung Firman Allah SWT " Kamilah yang akan membahagikan segala keperluan hidup mereka ".
Maka aku tinggalkan perasaan hasad dan menjauhi manusia kerana aku tahu Allah SWT akan membahagikan bahagianku untuk diriku.

6- Aku melihat manusia bermusuhan dan berbunuhan diantara satu sama lain
Maka aku merenung Firman Allah SWT " Sesungguhnya syaitan adalah musuh kamu, maka jadikanlah ianya sebagai musuh "
Maka aku tinggalkan sifat permusuhan diantara manusia, aku biarkan sifat permusuhan tersebut kepada syaitan.

7-Aku melihat manusia berlumba diantara satu sama lain, sehingga mereka menjadi hina kerana mengejar rezeki
Sehingga mereka mengambil sesuatu yang tidak halal
Maka aku melihat Firman Allah SWT " Setiap sesuatu yang melata dipermukaan bumi mempunyai rezekinya "
Maka aku ketahui bahawa aku juga sebahagian dari ciptaan Allah di muka bumi, lalu aku berusaha dengan apa yang Allah SWT telah tetapkan padaku, Aku biarkan Allah memberi padaku bahagianku.

8- Aku melihat manusia bertawakkal atau berserah kepada makhluk
هsehingga berlaku berbagai penyelewengan
Maka aku merenung Firman Allah SWT " Sesiapa bertawakkal kepada Allah SWT adalah cukup baginya "
Maka aku tinggalkan tawakkal sesama makhluk dan aku berusaha bersungguh-sungguh untuk bertawakkal kepada Allah SWT.

potensipips
22-05-2011, 04:19 PM
Abul Laits berkata Rasulullah s.a.w. telah mengumpulkan atau menyimpulkan semua kebaikan dalam enam macam tersebut iaitu:
Berkata benar dan ia meliputi ucapan Tauhid iaitu benar-benar setelah mengucap dua kalimah syahadah, benar terhadap Allah s.w.t. dan juga terhadap manusia
Menepati janji baik terhadap Allah s.w.t. atau terhadap sesama manusia
Menunaikan amanat, amanat dari Allah s.w.t. merupakan kewajipan-kewajipan yang diwajibkan atas semua hamba dan amanat dari sesama munusia iaitu perkataan atau anak atau harta atau kehormatan
Menjaga kemaluan dari semua yang syubhat dan haram dan memelihara jangan terlihat orang lain sebab Rasulullah s.a.w. telah mengutuk orang yang melihat dan yang dilihat (kemaluan)
Pejamkan matamu dari aurat sesama manusia atau kecantikan wanita yang haram dilihatnya dan jangan membelalak kedunia, sebagaimana ayat (Yang berbunyi): "Wala tamuddanna linaftinahum fihi." (Yang bermaksud): "Dan jangan membelalakkan matamu kepada apa yang Kami beri perlengkapan mereka dari dunia untuk Kami uji mereka dengan kemewahan itu.
Jagalah tanganmu dari segala yang haram, baik berupa harta atau lain-lainnya


potensipips
22-05-2011, 04:21 PM
Lirihku semoga jadi doa
Tangisanku semoga jadi sesal
Nafasku semoga jadi tasbih
Tatapanku semoga jadi rahmat
Perkenankanlah Ya Rabb...
Harapanku semoga jadi kenyataan
Resahku semoga jadi jawapan
Deritaku semoga jadi kesabaran
Pelitaku semoga jadi impian
Kabulkanlah Ya Rabb...
Doa di dalam sujud dan ruku
Telah menghadirkan cahaya
Melaksanakan kepingan sisa harapan
Untuk meraih ampunanMu ... Ya Rabb

potensipips
22-05-2011, 04:22 PM
Lelaki idaman saya adalah:

1.seorang lelaki yang beriman Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam

2.Yang sentiasa haus dengan ilmu...

3. Yang sentiasa dahaga akan pahala

4. Yang solatnya adalah maruah dirinya

5. Yang tidak pernah takut untuk berkata benar

6. Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu

7 Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah

8.Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tuturkatanya

9. Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya

10. Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya

11.Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang

12.Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang

13. Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya

14.Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga

15.Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam

16. Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat

17. Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk menjadi imam

18. Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah

19.Yang boleh diajak berbincang dan berbicara

20.Yang menjaga matanya dari berbelanja

21. Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya

22.Lelaki idaman saya tidak pernah membazirkan masa

23.Matanya kepenatan kerana penat membaca

24. Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir

25.Tidurnya lena dengan cahaya keimanan

26.Bangunnya subuh penuh kecergasan Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

27.Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati

28. Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Lelaki idaman saya adalah lelaki Yang tidak terpesona dengan buaian dunia Kerana dia mengimpikan syurga Di situlah rumah idamannya Dan dia ingin membawa saya bersama Dialah lelaki idaman saya

potensipips
22-05-2011, 04:25 PM
Selalu ku ukir kata cinta di dalam hatimu
Bahawa cintaku suci untukmu
Bawalah diriku selalu didalam mimpimu
Hanyalah untukmu.......
Malamku....Bawalah cinta dan hatiku
Dan sampaikan pada dirinya
Bahawa aku begitu mencintainya
Anginku...Bawalah nafas cintaku
Dan hembuskan pada dirinya
Bahawa aku sangat merindukannya
Bulanku....Begitu indah dan terangnya cahayamu
Sinari hati dan jiwanya untuk cintaku
Terangi setiap langkahnya menuju cintaku
Bintangku.....Begitu indah cahaya gemerlapmu
Tebarkan rasa cintaku dihatinya
Sedarkan dirinya akan cintaku
Abadi untuk selamanya

potensipips
22-05-2011, 04:30 PM
Wanita Solehah Mengatasi Paras Rupa

Sabda Rasullah s.a.w:


“Dunia itu adalah kenikmatan dan sebaik-baik kenikmatan dunia ialah wanita yang solehah.” – Riwayat Muslim, Kitaab al-Ridha.


Agama merupakan faktor terpenting dalam mendapatkan kebahagiaan rumah tangga. Namun, tidak ramai di kalangan umat manusia pada zaman ini yang meneliti dan mengambil faedah daripada panduan agama dalam memilih calon isteri. Ramai di kalangan kita yang masih tidak menyedari bahawa faktor ini berupaya memberikan kebahagiaan dan keuntungan dunia dan akhirat.

Wanita yang beragama sentiasa mentaati ALLAH dan Rasul-NYA. Menjaga maruah diri dan ibu bapa, menundukkan pandangan di hadapan lelaki yang bukan mahram, berusaha menuntut ilmu, memahami dan mengamalkan apa yang difahaminya. Sentiasa bertaubat dan mendekatkan diri kepada ALLAH dengan melakukan pelbagai amalan wajib dan sunat.

Wanita yang terdidik dengan agama akan sentiasa memastikan dirinya bersih, kemas dan cantik. Ini kerana agama memerintahkan dia melakukan demikian. Semua itu dilakukan ikhlas kerana ALLAH berserta keyakinan bahawa dia akan dibalas dgn pahala di sisi TUHANnya.

Dia sentiasa memelihara diri dan menutup aurat dari pandangan lelaki yang bukan mahram. Percakapan yg lembut dan tepat seringkali menjadikan dirinya disukai dan disayangi oleh sesiapa sahaja yg mengenalinya. Masa yg terluang sentiasa dipenuhi dengan aktiviti yg berfaedah dan demi kebaikan diri serta agama.

Melakukan Aktiviti yg Berfaedah
Menuntut ilmu amat penting utk mempersiapkan diri dgn ilmu yang bermanfaat untuk diri dan rumah tangganya. Setiap saat yang berlalu tidak dibiarkan terbuang begitu sahaja. Malah, dipenuhi dengan apa sahaja aktiviti yang boleh menambahkan ilmu pengetahuan sama ada berbentuk majlis ilmu, membaca bahan bacaan yang melibatkan isu semasa umat Islam atau kitab-kitab muktabar. Ilmu yang diterima bukan sahaja untuk faedah diri sendiri. Malah, dikongsi bersama ahli keluarga dan sahabat handai.

Dia tidak mudah dipengaruh oleh penyakit sosial yang sedang hebat melanda wanita lain di masa kini. Tidak dilalaikan oleh hiburan yang melampau. Tidak pernah terpengaruh dengan sekelilingnya yang sentiasa mengajak kepada kemungkaran. Sentiasa menjaga batas pergaulan lelaki dan wanita dan berwaspada terhadap budaya berseronok-seronok yg sedang menyerang muda-mudi masa kini.

Ketika rakan sebaya sedang asyik menikmati masa muda dengan cara berpeleseran, berpacaran, membuat janji temu dengan pasangan masing-masing, dia sibuk dengan kerja-kerja yang berguna untuk agama. Dia banyak menghabiskan masa dengan beribadah, mendirikan solat, menuntut ilmu pengetahuan, berbakti kepada ibu bapa dan mengisi masa senggangnya dengan pelbagai jenis aktiviti yang berfedah.

Keinginan untuk menyintai dan dicintai yang merupakan fitrah manusiawi tidak pernah dinafikan. Namun, kepada ALLAH jualah dia meminta agar dipermudahkan jalan untuk menyintai dengan cara yang halal dan diredhai ALLAH. Jiwa remajanya yang meruntun ke arah itu ditepisnya dengan iman dan takwa serta keyakinannya terhadap ALLAH. Kecintaan kepada ALLAH dan Rasul-NYA serta kegigihan untuk menjauhi segala yang diharamkan oleh ALLAH membantu dia menjalani zaman remaja yang penuh cabaran dengan benteng iman dan takwa.

Mana mungkin dia melayan semua bisikan syaitan ke arah itu. Sedangkan dia amat jelas tentang hukumnya. Dia amat sedar akan batasan hubungan itu. Dalam al-Quran, surah al-Nur ALLAH memerintahkan agar wanita-wanita yang beriman menundukkan pandangan. Melalui sabda Rasulullah s.a.w pula, jelas bahawa baginda melarang berdua-duaan antara dua kaum yang berlawanan jenis kerana syaitan akan mencelah di antara mereka, lalu mendorong ke arah maksiat yang lebih besar, iaitu zina.

Mentaati Ibu Bapa

Kedua-dua ibu bapa ditaati dengan sepenuh hati sebagai memenuhi perintah ALLAH agar berbuat baik kepada mereka dalam perkara makruf. Dia tidak pernah meninggikan suara jauh sekali menyakiti hati kedua-duanya.
Ini bersesuaian dengan perintah ALLAH yang berbunyi:


“Dan tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan pada-NYA semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik terhadap ibu bapa. Jika salah seorang dari kedua-duanya atau kedua-duanya sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaan-MU, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “ah” dan janganlah engkau menengking dan menyergah mereka. Tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada kedua-duanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (mereka, dengan berkata): Wahai TUHANku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayang dalam memelihara dan mendidikku semasa kecil.” – Surah al-Israak: 23 – 24.

potensipips
22-05-2011, 04:30 PM
Redha dan Syukur dengan Apa yang Ada

Harta benda bukanlah matlamat utama hidupnya. Jika dia diberikan kekayaan, dia bersyukur dan tidak sombong. Malah seboleh mungkin melakukan kebajikan dengan bersedekah kepada yang kurang upaya. Sebaliknya jika dia ditakdirkan miskin, dia juga bersyukur dan bersabar. Dirinya sentiasa sedar bahawa di luar sana masih ramai yang diuji dengan kemiskinan yang lebih dahsyat daripada apa yang dialaminya. Segala yang ditentukan oleh ALLAH buat dirinya diterima dengan penuh redha. Yakin bahawa setiap sesuatu yang telah ditentukan oleh ALLAH ke atasnya adalah baik untuk kehidupan dunia dan agamanya.

Sabda Rasulullah s.a.w:


“Sungguh mengkagumkan sifat orang mukmin. Apa sahaja keadaannya pasti baik. Ia tidak pernah dialami oleh sesiapa pun melainkan orang mukmin. Jika dia senang, dia bersyukur dan ia baik untuk dirinya. Dan jika dia susah dia bersabar dan itu baik untuk dirinya.” – Riwayat Muslim.

Dia juga sentiasa mengikut teladan wanita-wanita pada zaman sahabat dan salafussoleh. Mereka berjaya melahir dan mendidik generasi yang bijak pandai. Antaranya, dengan mencontohi Fatimah binti Muhammad r.a yang sabar menghadapi kemiskinan, mencontohi Ummul Mukminin Aisyah binti Abu Bakar r.a dalam kebijaksanaan dan kecintaan kepada ilmu, mencontohi Ummu Sulaim binti Milhan r.a dalam kecintaan dan kesetiaan kepada suami dan kejayaan mendidik, mencontohi Asma bin Abu Bakar r.a dalam semangat yang kental dan ketabahan menghadapi pelbagai ujian hidup.

Wanita Solehah Adalah untuk Lelaki Mukmin

Oleh itu, adalah tidak wajar bagi seorang mukmin sejati melupakan kesemua ciri wanita solehah ini dalam memilih pasangan lalu menilai semata-mata dari sudut paras rupa yang menarik tetapi buruk akhlaknya. Ini amat merugikan wanita-baik1suami dan rumah tangga muslim yang bakal dibina.

Segala ciri di atas menggambarkan betapa indahnya sifat wanita solehah. Dan alangkah bahagianya lelaki yang memiliki hati wanita ini. Keindahan ini tidak dapat ditandingi oleh mana-mana ratu cantik dunia. Sekalipun pada pandangan manusia lain dia tidak memiliki paras yang cantik.

Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud:


“(Kebiasaannya) wanita-wanita yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat. Lelaki-lelaki yang jahat juga adalah untuk wanita-wanita yang jahat. Dan sebaliknya wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik serta lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik.” – Surah al-Nur: 26.

Walau bagaimanapun, ini bukanlah bermakna agama melarang sama sekali seseorang itu memilih calon isteri yang cantik paras rupanya. Tiada siapa menafikan bahawa paras rupa yang menarik boleh menambahkan lagi keinginan seorang lelaki untuk menikahi seorang wanita. Ini merupakan fitrah dan diperakui oleh agama.

Sabda Rasulullah s.a.w:


“Apabila salah seorang kamu meminang seorang wanita sekiranya dia dapat melihat wanita itu, dia hendaklah melihatnya agar bertambah keinginannya untuk berkahwin.” – Riwayat Ahmad, Abu Daud dan al-Bazzar. Disahihkan oleh al-Hakim dan Ibn Hibban.


Juga berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w:


“Wanita itu dinikahi kerana empat perkara. Kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Oleh itu, pilihlah yang beragama nescaya kamu akan beruntung.” – Riwayat al-Bukhari dan Muslim.


Paras Rupa Bukanlah Segala-galanya

Namun, apa yang dilarang ialah sikap seorang lelaki mukmin yang mengabaikan pemilihan isteri dari sudut agama kerana mengutamakan rupa paras. Sehinggakan sanggup memilih wanita yang tidak berakhlak semata-mata kerana kecantikannya. Dan mengabaikan wanita mukminah lain yang lebih baik dari segi akhlak.

Ini bersesuaian dengan firman ALLAH yang menyebut bahawa seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik 1_806739581l1untuk dijadikan pasangan hidup berbanding wanita musyrik. Walaupun rupa paras wanita musyrik itu lebih menawan hati lelaki mukmin.

Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud:


“Sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu.” – Surah al-Baqarah: 221.



Isteri Adalah Pemimpin di Rumah Suami

Wanita yang beragama berupaya mendidik anak-anaknya dengan sempurna. Dia tahu dan sedar bahawa dirinya adalah ketua di rumah suaminya. Bertanggungjawab dalam memastikan anak-anak diberikan didikan agama yang secukupnya. Oleh itu, dia sentiasa memastikan anak-anaknya membesar dengan sempurna dari segi rohani dan jasmani. Jadi, suami yang meninggalkan anak-anaknya bersama isteri kerana mencari rezeki tidak akan bimbang kerana dia sedar bahawa isteri solehah lagi beragama yang dipilihnya itu berupaya menjaga dan mendidik anaknya dengan amanah sepanjang ketiadaannya di rumah.

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap orang akan ditanya terhadap apa yang dipimpinnya. Seorang imam adalah pemimpin dan akan ditanya terhadap apa yang dipimpinnya. Seorang suami adalah pemimpin keluarganya dan akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya. Wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya tentang orang yg dipimpinnya. Setiap seorang kamu adalah pemimpin dan akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya.” – Riwayat al-Bukhari dan Muslim.


Paling baik ialah memilih wanita yg mempunyai kedua-dua ciri yg dinyatakan di atas, iaitu cantik dan beragama. Perlulah berupaya menjaga maruah diri dan suami, menggembirakan hati suami, membina keluarga Islam yang harmoni dan membimbing keluarga menuju ALLAH. Namun, jika seorang lelaki berada dalam keadaan di mana dia perlu memilih salah satu daripada di atas, dia hendaklah mengutamakan agama.

potensipips
22-05-2011, 04:32 PM
Kekasih Rinduku

wahai malam..........
jangan kau redupkan sinar dihatinya
untuk selalu menjadi cahaya cinta dihatiku
ungkap segala gundah dan resah dalam jiwa
mekarkan bunga-bunga kerinduan dalam asmara

wahai sepi.........
jangan kau sembunyikan cintanya dariku
kerana yang kuharap besar sayangnya kepadaku
bangunkan rindu yang resah dalam kalbu
usik lamunan di gelap asa yang tak mengaku

wahai dingin........
jangan kau bekukan kerinduan di antara kami
kerana dia selalu hadir dalam mimpi-mimpi
getarkan dawai-dawai cinta dalam hati
nyanyikan desir angin di tiap sudut sepi

wahai kekasih......
berikan aku setangkai kelembutan jiwa
untuk mampu ungkap tirai-tirai asa tersisa
sampaikan ungkap jiwa dalam relung-relung rindu
kepadamu..........
wahai kekasih rinduku......

potensipips
22-05-2011, 04:35 PM
Cintaku dirimu seorang...
Tak kan ada cinta tanpa pengorbanan....
Tak kan ada bahagia tanpa cubaan...
Tak kan ada rindu tanpa perpisahan...
Tak kan ada luka tanpa duka...
Cintaku setulus sang suria slalu menyinari dunia...
Perhatianku kan slalu abadi bagai bintang menemani sang rembulan...
Kukan slalu setia disisimu disetiap malam-malam yang mencekam...
Tulusnya cintaku tak kan dapat diukur bagai dalamnya lautan...
Cinta ini kan slalu abadi tak seperti musim yang slalu silih berganti...
Cinta ini tak kan pernah padam seperti nyala liliin yang akan padam dimakan oleh gelapnya malam...
Cinta ini tak kan pernah pudar seperti goresan tinta yang dimakan oleh waktu...
Cinta ini hanya untukmu,walau kau terlalu sering mencampakanku... Panasnya gurun pasir takkan melelehkan cintaku padamu...
Terpaan angin taufan takkan mengoyahkan cintaku padamu...
Dalamnya lautan samudra tak kan menghanyutkan cintaku padamu...
Rasa cinta ini padamu kan slalu abadi walau raga ini telah binasa oleh waktu

p/s..ni kalo korang bg kat awek korang..ni kompom lentok..tp kalo dia dah lentok jgnla pulak korang ambik kesempatan..

potensipips
22-05-2011, 04:46 PM
Bila ada perbuatan sebesar biji sawi
yang tersembunyi di dalam batu,
atau tersembunyi di dalam bumi,
atau tersembunyi di atas langit,
dalam selimut kegelapan malam
dan kabut hitam kelam
Allah pasti mengetahuinya
dan akan membalasnya
Kerana Allah Maha Halus
kerana Allah Maha Mengetahui
tak seorangpun dapat sembunyi
dan sia-sia saja cuba menghindari..
bEribadahlah untuk melatih kesedaran diri
akan penglihatan-Nya yang tak tertabiri
akan pengetahuan-Nya yang tak tertandingi
Disiplinkan diri jalani beribadah
walau tak seorangpun melihat kita

potensipips
22-05-2011, 04:48 PM
Penyakit Rohani
Sebuah hadis yang menjadi pesanan Rasulullah s.a.w kepada Saidina Ali r.a: "Wahai Ali, setiap sesuatu pasti ada penyakitnya: Penyakit bicara adalah bohong, penyakit ilmu adalah lupa, penyakit ibadah adalah riak, penyakit akhlak mulia adalah kagum kepada diri sendiri, penyakit berani adalah menyerang, penyakit dermawan adalah mengungkap pemberian, penyakit tampan adalah sombong, penyakit bangsawan adalah membanggakan diri, penyakit malu adalah lemah, penyakit mulia adalah menyombongkan diri, penyakit kaya adalah kikir, penyakit royal adalah hidup mewah dan penyakit agama adalah nafsu yang diperturutkan..."

Ketika berwasiat kepada Ali bin Abi Thalib r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: "Wahai Ali, orang yang riak itu mempunyai tiga ciri iaitu: 1. Rajin beribadat ketika dilihat orang. 2. Malas ketika sendirian. 3. Ingin mendapat pujian dalam segala perkara. Wahai Ali, jika engkau dipuji orang, maka berdoalah: "Ya Allah, jadikanlah diriku lebih baik daripada yang dikatakannya, ampunilah dosa-dosaku yang tersembunyi darinya dan janganlah kata-katanya mengakibatkan seksaan bagiku..."

Ketika ditanya bagaimana cara mengubati hati yang sedang resah dan gundah gulana, Ibnu Mas'ud r.a berkata: "Dengarkanlah bacaan al-Quran atau datanglah ke majlis zikir atau pergilah ke tempat yang sunyi untuk berkhalwat dengan Allah s.w.t. Jika belum terubat juga, maka mintalah kepada Allah s.w.t hati yang lain kerana sesungguhnya hati yang kamu pakai bukan lagi hatimu...."

potensipips
22-05-2011, 05:01 PM
Yahya bin Mu’aadz berkata: “Jadikanlah bagian orang mukmin daripadamu tiga macam supaya tergolong orang yang baik iaitu:

* Jika kau tidak dapat menguntungkan kepadanya maka jangan merugikannya (merosakkan)
* Jika engkau tidak dapat menyenangkannya maka jangan menyusahkannya
* Jika engkau tidak memujikannya maka jangan mencelanya

potensipips
22-05-2011, 05:06 PM
Abul-Laits berkata: “Siapa yang ingin mendapat kehormatan itu hendaklah menepati lima perkara ini iaitu:

1. Menahan dari maksiat kerana firman Allah s.w.t.: “Wa nahannafsa anil hawa fainnal jannat hiyal ma’wa yang bermaksud “ Dan menahan nasfu dari maksiat maka syurga tempatnya.“
2. Rela dengan pemberian yang sederhana sebab telah disebut dalam hadis: “Harga syurga itu ialah orang tidak rakus pada dunia.“
3. Rajin melakukan perkara ketaatan dan semua amal kebaikan sebab kemungkinan amal itu yang menyebabkan pengampunan dan masuk syurga seperti firman Allah s.w.t. : “Syurga itu diwariskan kepadamu kerana amal perbuatanmu.“
4. Cinta pada orang-orang yang soleh dan bergaul dengan mereka sebab mengharapkan syafaatnya sebagaimana dalam hadis: “Perbanyaklah kawan kerana setiap kawan itu ada syafaatnya pada hari kiamat.“
5. Memperbanyakkan doa dan memohon untuk memasuki syurga dan berharap mati dalam keadaan husnul khotimah.

Sumber Kitab Tanbihul Ghafili

potensipips
22-05-2011, 05:09 PM
Peliharalah Ya Allah
mataku yang suka melihat perkara yang haram
supaya mataku dapat
memandang alam
penuh rindu dendam
sebagai nikmat yang lazat
dan bukti adanya Engkau

Peliharalah Ya Allah
telingaku yang suka mendengar
cerita-cerita kosong
termasuk yang bohong
supaya telingaku peka menangkap
kisah-kisah nasihat tentang agama

Peliharalah Ya Allah
tanganku daripada kerja yang merosak
supaya ia dapat berbuat kebajikan umat

Peliharalah Ya Allah
kakiku daripada melangkah
menuju jalan maksiat
supaya ia dapat pergi
mencari rezeki
yang halal yang Kau beri

Ya Allah peliharalah juga
mulutku daripada kata-kata dusta
yang tak terduga malah berbahaya
supaya ia tetap dapat mengucap namaMu

Peliharalah Ya Allah
jasad seluruh tubuhku daripada
sifat jahil dan alpa
supaya ia dapat menghimpun ilmu
dan amal sebanyak-banyaknya

Ya Allah peliharalah
kalbuku daripada kemusyirikan
kekafiran dan sifat syaitan

Ya Allah peliharalah juga
kalbuku daripada sifat khianat
dengki,amarah dan kejahatan
supaya ia sabar dan bersyukur
ramah,ikhlas dan tafakur

Ya Allah peliharalah
Zikirku padamu
Zikirku Ya Allah
Zikirku padamu Ya Allah

fiqru82
22-05-2011, 05:11 PM
tq atas post yang diberi..semoga Allah merahmatimu..

potensipips
22-05-2011, 05:13 PM
أول ذنب عُصي الله به في السماء هو الحسد

Dosa pertama yang menyebabkan Kemurkaan Allah SWT di langit adalah Hasad, iaitu apabila iblis hasad dan dengki dengan Nabi Adam A.S.
(يوم حسد إبليس آدم)
وهو أيضاً أول ذنب عُصي الله به في الأرض

Dosa yang menyebabkan Kemurkaan Allah SWT dibumi juga adalah apabila anak Nabi Adam A.S. membunuh saudaranya sendiri.
(يوم حسد ابن آدم أخاه فقتله) .

potensipips
22-05-2011, 05:14 PM
tq atas post yang diberi..semoga Allah merahmatimu..

trima kasih..sama2 kita berkongsi apa yg ada seadanya..

potensipips
22-05-2011, 05:16 PM
"...Dialah Yang Maha Halus (Lembut)..."
Surah al-An'am ayat 103

Allah Maha Lembut terhadap hamba-hambanya,Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakinya dan Dialah Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa(Surah as Syura, ayat 19)

" Ya Allah,Wahai yang maha lembut,wahai yang maha lembut.wahai yang maha lembut,Tuhan yang mencakupi kelembutannya pada seluruh penghuni langit dan bumi.Aku mohon kepadamu,engkau bukakan untukku rahsia,rahsia,rahsia kelembutanmu.(Iaitu)rahsia,rahsia yang apabila diberikan kelembutan kepada seseorang antara makhlukmu,tetaplah ia padanya.Sesungguhnya Engkau sudah berkata,dan kata-katamu itu adalah kebenaran,"Sesungguhnya Allah maha lembut terhadap hamba-hambanya,Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakinya;dan dia maha kuat lagi maha perkasa."Kemudian,semoga Allah melimpahkan selawat dan rahmat serta kesejahteraan kepada junjungan kami Nabi Muhammad beserta keluarga dan sahabatnya.Dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam."

potensipips
22-05-2011, 05:20 PM
1. Ya Allah, ampunkanlah segala dosa terdahulu yang telah ku lakukan dan segala dosa yang baru ku lakukan ( tanpa sengaja ).
2. Ya Allah, yakinkanlah dalam diriku tentang azab kubur dan seksaan api neraka.
3. Ya Allah, masukkanlah daku dalam Syurga Firdaus dan terimalah permintaanku di dunia dan di akhirat.

.

Terima Kasih kepada semua pengunjung cg saya, sama-samalah kita mengabdikan diri kepada Allah SWT dengan sebenar-benar pengabdian, marilah kita korbankan harta, masa dan jiwa untuk mencari habuan Allah SWT

potensipips
22-05-2011, 05:24 PM
C I N T A

Ya Aziz..........
Jika Cinta Adalah Ketertawanan
Tawanlah Aku Dengan Cinta Kepada-Mu
Agar Tidak Ada Lagi Yang Dapat
Menawanku Selain Engkau

Ya Rohim..........
Jika Cinta Adalah Pengorbanan
Tumbuhkan Niat Dari Semua Pengorbananku
Semata-mata Tulus UntukMu
Agar Aku Ikhlas Menerima Apapun KeputusanMu

Ya Robbii..........
Jika Rindu Adalah Rasa Sakit
Yang Tidak Menemukan Muaranya
Penuhilah Rasa Sakitku
Dengan Rindu Kepada-Mu
Dan Jadikan Kematianku Sebagai
Muara Pertemuanku Dengan-Mu

Ya Robbii..........
Jika Sayang Adalah Sesuatu Yang Mempesona
Ikatlah Aku Dengan Pesona-Mu
Agar Damai Sentiasa Kurasakan
Saat Terucap Syukurku Atas Nikmat DariMu

Ya Allah..........
Jika Kasih Adalah Kebahagiaan
Yang Tiada Bertepi
Tumbuhkan Kebahagiaan Dalam Hidupku
Di saat Kupersembahkan Sesuatu UntukMu

Ya Allah..........
Hatiku Hanya Cukup Untuk Satu Cinta
Jika Aku Tak Dapat Mengisinya Dengan Cinta KepadaMu
Kemanakah Wajahku Hendak Kusembunyikan Dari-Mu

Ya Ar-Rahman.........
Dunia Yg Engkau Bentangkan Begitu Luas
Bagai Belantara Yg Tak Dapat Kutembus
Di Malam Yang Gelap Gulita
Agar Tidak Tersesat Dalam Menapakinya

Ya Ar-Rahhim…….
Berikan Alas Kaki Buat Hamba Agar Jalan Yg Kutapaki Terasa Nikmat
Meski Penuh Dengan Bebatuan Runcing & Duri Yang Tajam
Hamba Sedar Semua Ini Milikmu Dan Suatu Saat
Jika Kau Kehendaki Semuanya Akan Kembali Jua KepadaMu
Hamba pasrahkan kehidupan hamba kepada-Mu.

potensipips
22-05-2011, 05:26 PM
بسم الله الرحمن الرحيم

1.

الأخــــلاق : كن خلوقاً تنل ذكراً جميلاً.
1-Hiasilah akhlak anda dengan sebaik-baik akhlak sehingga anda sentiasa diingati apabila orang berbicara tentang kemuliaan akhlak.
يقول الرسول عليه الصلاة والسلام:
(أكمل المؤمنين إيماناً أحسنهم خلقاً
، الموطؤون أكتافاً ، الذين يألفونويؤلفون ، ولا خير فيمن
لا يألف ولايؤلف).

2.

الاهتمام : اظهر اهتمامكبالآخرين. حتى يظهروا الاهتمام بك
2-Mengambil berat tentang permaslahan orang lain dan bersedia membantu sehingga orang lain mengakui sikap jujur anda dalam membantu mereka yang berhajat.
.يقول الشاعر :
أحسن إلى الناس تستعبدقلوبهم**** فطالما استعبد الإنسانَ إحسانُ

أحسن إذا ما كان إمكان ومقدرة**** فلن يدوم على الإنسان إمكان.ُ

3.

التفاؤل والحماس .
3-Berfikiran positif serta sentiasa bersemangat dalam melakukan kebajikan.
قال الرسول عليه الصلاة والسلام: (تفاءلو بالخير تجدوه).
سئل نابليون بونابرت : كيف استطعتأن تمنح الثقة في أفراد جيشك؟ فقال : كنت أرد بثلاث : من قال :
لا أقدر ، قلت له : حاول، ومن قال : لا أعرف ، قلت له : تعلَم، ومن قال : مستحيل ، قلت له : جرِب .

4.

التواضع : تواضع لكل الناس.
4-Merendah diri kepada semua manusia.
قال الشاعر :تواضع تكن كالنجم لاحل ناظر**** على صفحات الماء وهو رفيع
ولا تك كالدخان يعلو بنفسه**** علىطبقـــات الجو وهو وضيــع.

5.

الحلم : لاتغضب أبداً.
5-Lemah-lembut dan sentiasa tidak marah.
قال الرسول عليه الصلاة والسلام: (ليس الشديد بالصرعة ، إنما الشديد الذي يملك نفسه عندالغضب).

6.

الابتسامة : وهي ما يسمى أيضاً بالسحر الحلال.
6-Sentiasa mengukirkan senyuman, kata pepatah arab, senyuman adalah sihir yang halal.
يقول الرسول عليه الصلاة والسلام: (تبسمك في وجه أخيك صدقة)ويقول جرير بن عبدالله رضي الله عنه : ما حجبني رسول الله عليه الصلاة والسلام منذ أسلمت ولارآني إلاَ تبسَم فيوجهي.

ويقول شواب(وهو مدير أحد مصانع الصلب بالولايات المتحدة الامريكيه ،ويتقاضى مليون دولار سنوياً :
لقد أكسبتني ابتسامتي مليوندولار)

اضحـــك للحياة تضحك لك.

7.

التهادي : لا تنسى تقديم الهدايا.(رمز الصداقة)
7-Memberi hadiah sebagai tanda persahabatan.

قال الله تعالى :”وإذا حييتم بتحيةٍ فحيوا بأحسن منهاأو ردوها” سورة النساء الآية 86.

وقال الرسول عليه الصلاة والسلام: (تهادواتحابوا).

8.

الأناقه: اهتم بشكلك ومظهرك.
Semat atau sentiasa kemas dari segi pandangan zahir.

يقول الله تعالى فيمحكم تنزيله :”يا بني آدم خذوا زينتكم عند كل مسجد وكلو واشربوا ولا تسرفوا إنه لايحب المسرفين”سورة الأعراف الآية 31.

يقول عليه الصلاة والسلام: (أن اللهجميل يحب الجمال ، الكبر بطر الحق وغمط الناس).

يقول الشاعر :

إنالعــــيون رمتك إذ فــــاجأتها**** وعليك من مهن الثيـاب لـــباسُ

أماالطعام فكل لنفسك ما اشتهت**** واجعل لباسك ما اشتهته الناسُ

9.

التحدث :
9-Menjaga tutur kata dan sentiasa berkata-kata dengan kebaikan.
أتقن فن الكلام.

يقول عليه الصلاة والسلام (من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليقل خيراً أو ليصمت).

ويقول كذلك: (الكلمة الطيبةصدقة)

10.

الإنصات : أتقن فن الإستماع والإصغاء.
10- Sentiasa bersedia mendengar permasalahan orang lain.
يقول أبو تمام :

من لــــــي بإنســــان إذا أغضبته**** وجهلتُ كان الحلمُ ردَجوابه

وإذا صبوت إلى المدام ****شربت من أخلاقه ، وسكرت منآدابه

وتراه يصغي للحـــــــــديث**** بطرفه وبقلبه ، ولعـــــله أدرىبه

ذكر عن عطاء بن رباح أحد العلماء أنه قال :
إن الشاب ليحدثني حديثاًفاستمع له كأني لم أسمعه وقد سمعته قبل أن يولد

potensipips
22-05-2011, 05:29 PM
1-Mengenal Allah SWT dengan sebenar-benar kenal bukan sekadar lisan, tetapi kenal bersama cinta, takut kepada amaran Allah SWT, sebagaimana ulamak takut kepada Allah SWT.

2-Bertadabbur kepada Al-Quran Al-Karim sehingga apabila mendengar kalimah-kalimah Al-Quran dia akan bertambah imannya.

Bibir membaca, telinga mendegar, hati memerhati setiap patah perkataan. hati memahami maksud dan kehebdak Al-Quran, segala anggota melaksanakan kandungan ayat-ayat Al-Quran.

3-Mengenal dan mencintai Rasulullah SAW serta mengikuti setiap pergerakkan Rasulullah SAW.

4-Berfikir kepada kejadian atau penciptaan Allah SWT yang amat unik, sehingga cara kita berfikir tersebut termasuk dalam kategori ibadat kepada Allah SWT.

5-Memperbanyakkan solat-solat sunat dan perkara-perkara sunat seperti sedekah, Qiamullail dan puasa sunat hari Isnin dan Khamis setelah sempurna menunaikan perkara-perkara fardhu dan solat-solat Fardhu.

6-Mendekati Allah SWT melalui perkara-perkara ketaatan kepada Allah SWT dan menjauhi segala larangan Allah SWT seperti perkara-perkara maksiat, perkara mngurangkan iman, mendengar nyanyian wanita dan memandang aurat wanita,.

7- Sentiasa berzikir kepada Allah SWT agar hati sentiasa hidup, yakni setiap detik dan pergerakkan hati di arahkan kepada ketaatan kepada perintah Allah SWT.

8-Menjadikan Dakwah sebagai tugas rasmi dalam kehidupan walaupun pada zahir kita bertugas dengan kerajaan atau majikan.
Tidak ada perkataan yang keluar daripada mulut seorang pendakwah yang Allah SWT tidak bayar dengan pahala dan Keredahaan Yang Maha Esa. Malah semuanya lebih berharga dari permata dan berlian di Sisi Allah SWT

jimiee
22-05-2011, 05:52 PM
aduhai panjangnya
aku ni dah la pemalas
apapun islam itu mudah

wiraZ
22-05-2011, 05:57 PM
dah tu jgn baca!

wiraZ
22-05-2011, 05:58 PM
islam itu tidak semudah apa yg dituturkan..kalau ia mudah kenapa org lebih suka solat sendiri dirumah dari berjemaah di masjid?

jimiee
22-05-2011, 06:01 PM
islam itu tidak semudah apa yg dituturkan..kalau ia mudah kenapa org lebih suka solat sendiri dirumah dari berjemaah di masjid?

klo kau rasa payah itu kau punya pasal
jgn libatkan orang lain jd payah mcm kau.

potensipips
22-05-2011, 06:07 PM
Mu’az Ra. bertanya kepada Rasulullah saw.: Apakah akan di pertanggung jawabkan apa yang telah di ucapkan oleh lidah kita? Mu’az Ra. Berkata: lalu Rasulullah saw. memukul paha Mu’az Ra. Kemudian bersabda: “Ya Mu’az, ibumu kehilangan kamu, apakah manusia melemparkan diri mereka ke dalam neraka jahannam (dengan pasrah tanpa ada sebab), kecuali kerana apa yang telah di ucapkan oleh lidah mereka, maka barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaknya berkata baik atau diam dari perkataan yang buruk, katakanlah yang baik maka kamu akan mendapatkan pahala dan diamlah dari perkataan yang buruk maka kamu akan selamat”. (1).

Dengan makhluk yang kecil ini (lidah) seorang manusia dapat mengungkapkan keinginannya,menyampaikan perasaannya, dengan lidahnya dia meminta keperluannya, membela dirinya, & dgn lidah manusia mengungkapkan isi hatinya.dengan lidah seseorang berbicara dgn teman rapatnya, dgn lidah seseorang boleh mengucapkan (kata-kata) yg membuat sejuk temannya,dgn lidah seseorang boleh jatuh, rendah & dengan lidah seseorang boleh terangkat darjatnya. (2)

Rasulullah saw. bersabda: “Siapa yang dapat berjanji kpd saya untuk menjaga apa yg terdapat diantara dua tulang di mulutnya (yang di maksud lidahnya atau mulut itu sendiri), & juga dapat menjaga apa yg terdapat diantara kedua pahanya (kemaluannya) maka saya akan menjamin dia masuk surga”.(3).

Berapa banyak orang yg sedang berpuasa, puasanya jadi rosak ketika dia tidak dapat mengawal lidahnya dari perkataan2 yg tidak benar? Puasa di kerjakan bukan hanya untuk menahan lapar & haus akan tetapi puasa di kerjakan untuk mendidik (pribadi seseorang menjadi lebih baik).

sebab pada lidah (ucapan) terdapat lebih dari sepuluh kesalahan-kesalahan jika ia tidak terkawal dengan baik, diantara aib yang di timbulkan lidah ialah: dusta, gibah (menggangjing atau gossip), adu domba, ucapan cabul, menghina atau mengherdik, berkata kotor, bersumpah palsu, melaknat, mengolok-olok, mengejek dan sebagainya “.(4),.

sedangkan muslim yg benar ialah seperti yang telah di sabdakan oleh Baginda Rasulullah saw.: “Seorang muslim ialah yg dapat menjaga lidah dan tangannya”. (5).

Rasulullah saw. bersabda: “Sesungguhnya seorang hamba mengucapkan suatu kalimat yang di redhoi oleh Allah Swt. Tanpa dia sedari dengan kalimat tersebut Allah Swt. Telah meninggikan darjatnya dgn kalimatnya itu, & sesungguhnya seorang hamba mengucapkan suatu kalimat yang tidak di sukai oleh Allah Swt. Tanpa dia sedari dengan kalimat tersebut Allah Swt. Akan menjerumuskannya ke dalam Neraka jahannam”.(6). Kita meminta perlindungan kepada Allah Swt. Dari api neraka jahannam.

Jadi, apa petunjuk Rasulullah saw. mengenai ucapan atau perkataan?

Petunjuk Rasulullah saw. mengenai perkataan ialah:

Pertama: Rasulullah saw. melarang untuk berdiam (dari pagi) sampai malam hari, dari Ali Ra. Dia berkata: “Aku telah menghafal (hadis) dari Rasulullah saw.: “laa yatimmu ba’da ihtilaam, dan tidak diam sampai malam hari .(7). Ertinya berdiam tidak mengucapkan perkataan mulai dari pagi sampai malam hari.

Kedua: Adalah Rasulullah saw. diamnya panjang, dari Jabir bin Samura Ra. Dia berkata: “Adalah Rasulullah saw. diamnya panjang dan sedikit ketawanya”. (8).

Jadi, bagaimana menggabungkan makna kedua hadis di atas (kerana pada zahirnya keduanya bertolak kebelakang)?

Jawab: Rasulullah saw. lebih banyak diam dan hanya mengucapkan ucapan jika hal itu di perlukan.

Ketiga: Diantara ciri-ciri perkataan Rasulullah saw., ialah:

1. Beliau di beri jawaami’ul kalam, Rasulullah saw. bersabd: “aku di utus dengan di beri jawaami’ul kalam & aku di beri pertolongan dengan rasa takut (yang di rasakan oleh pihak musuh)”.(9).

Yang di maksud dengan “jawaami’ul kalam” Imam Nawawi mengatakan, al Harawi mengatakan: yang di maksud dengan “jawaami’ul kalam” ialah Al Qur’anul karim, Allah Swt. Telah mengumpulkan lafaz-lafaz yang singkat dan mudah Pada al Qur’an akan tetapi mengandung banyak makna, begitupun perkataan Rasulullah saw. adalah al jawaami’ sebab lafaznya sedikit akan tetapi mengandungi makna yang banyak. (10).

2. Dari Anas Ra. Ia berkata: “adalah Rasulullah saw. mengulangi kalimat agar engkau mengerti dari (ucapan) beliau”.(11).

3. Dari Aisyah Ra. Ia berkata: “tiadalah Rasulullah saw. (mengucapkan perkataan seperti apa yg telah kamu lakukan ini), akan tetapi beliau mengucapkan perkataan dengan jelas, dan dapat di hafal oleh orang yang duduk (mendengarkannya)”. (12).

Aisyah Ra. Berkata : “adalah perkataan Rasulullah saw. adalah perkataan al Fashl sehingga dapat di fahami oleh orang yang mendengarnya”. (13).

Yang di maksud dengan kata al Fashl ialah: tidak menyambung antara (dua) kalimat, akan tetapi beliau memisah-misahkan sebahagian yang lain dengan sebahagian kalimat yang lain. (14).

4. Dari Aisyah Ra. Ia berkata: “Adalah Rasulullah saw. jika beliau mengucapkan suatu perkataan kemudian (sekiranya) di hitung seseorang maka ia dapat menghitungya”. (15). Hal ini adalah suatu bentuk kinaayah (kiasan) bahawasanya beliau tidak terlalu banyak bicara.

5. Dari Jabir Ra. Ia berkata: “perkataan Rasulullah saw. adalah (ibarat) tartil dan tarsil (iaitu indah dan bersambung kemudian dapat di fahami).

6. Dari Jabir Ra., bahawasasanya Rasulullah saw. bersabda: ”Sesungguhnya orang yang paling aku cintai dari kamu dan yang paling dekat tempatnya denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling bagus akhlaknya, dan sesungguhnya orang yg paling aku benci dari kamu dan yg paling jauh tempatnya denganku pada hari kiamat ialah atstsartsaarun, al Mutasyaddiquun dan al mutafaihaquun, mereka berkata: wahai Rasulullah kami telah mengetahui atstsartsaarun dan al Mutasyaddiquun, maka apakah yg di maksud dengan al mutafaihaquun? Rasulullah saw. menjawab: “orang-orang yang sombong”. (17).

Atstsartsaar: orang yg banyak bicara (tanpa data yang benar).

Al mutasyaddiq: orang yg sombong kepada orang lain dengan perkataannya, dia berbicara dengan pembicaraan yg di penuhi dengan kesombongan.

Al mutafaihaq: dari kata al fahqu yang bererti penuh, aitu orang yang mulutnya penuh dengan perkataan yg dia buat-buat sebagai bentuk kesombongan dan agar nampak kelebihannya atas orang lain.

7. Rasulullah saw. Melarang beberapa hal, aitu:

Pertama: Orang yang senang menyebarkan khabar yang tidak jelas (rumor), Rasulullah saw. Bersabda: “cukuplah seseorang (tercap) sebagai pendusta jika ia menceritakan setiap yang ia dengar”. (18).

Imam Nawawi mengatakan: “Adapun makna hadits yang terdapat pada bab di atas ialah larangan untuk menceritakan seluruh yang di dengarkan oleh seseorang, kerana pada biasanya (pembicaraan) yang ia dengar mungkin benar mungkin juga salah, maka jika ia menceritakan setiap apa yang ia dengar maka ia berdusta kerana telah mengkhabarkan apa yang tidak sesuai dengan fakta, telah di terangkan bahawasanya mazhab ahlul haq mengatakan bahawa yang di maksud dengan dusta ialah memberitakan tentang sesuatu yg berbeza dengan kenyataan yang ada, tidak di syaratkan di dalamnya unsur kesengajaan, akan tetapi kesengajaan adalah suatu syarat bahawasanya hal itu adalah suatu dosa, wallahu a’lam”. (19).

Imam Malik mengatakan: “ketahuilah bahawasanya tidak akan di terima (perkataannya) orang yang mengatakan setiap apa yang ia telah dengar (tanpa ada bukti yang nyata), dan ia tidak boleh di kategorikan sebagai imam jika ia mengatakan segala sesuatu yang ia dengar. (20).

Imam Nawawi mengatakan: ertinya ialah orang yang menceritakan setiap apa yang ia dengar maka akan banyak kesalahannya dalam periwayatannya, maka orang tidak lagi berpegang dengan perkataannya dan tidak lagi meriwayatkan dari dia”. (21).

Kedua: Dari seseorang, ia berkata: “aku (berjalan ) di belakang unta Rasulullah saw. Kemudian untanya tersungkur, lalu aku mengatakan: syaithan tersungkur, kemudian beliau bersabda: jangan kamu mengatakan syaithan tersungkur,kerana jika engkau mengatakan hal itu maka akan semakin besar (perkataanmu) sehingga bboleh menyamai sebuah rumah besarnya, dan beliau mengatakan: (dan jangan juga engkau mengatakan) dengan kekuatanku, akan tetapi katakan: dengan Nama Allah, kerana jika engkau mengatakan hal tersebut maka akan semakin mengecil (perkataanmu) sehingga menyamai seekor lalat.(22).

Ketiga : Dari Abi Hurairah Ra. Bahwasanya Rasulullah saw. Bersabda: “jika seseorang mengatakan kebinasaan (buat) manusia, maka ia termasuk bagian dari mereka yg tertimpa kebinasaan”. (23).

Imam Malik mengatakan: “jika ia mengatakan hal tersebut kerana merasa sedih (prihatin) terhadap apa yg ia lihat terhadap manusia –ertinya dalam hal urusan agama mereka- maka pendapat saya hal itu tidak apa-apa, akan tetapi jika ia mengatakan hal itu kerana sombong dan menganggap remeh orang lain maka yang hal tersebut di larang”. (24).

1. As shahiha 413.

2. 40 darsan liman adraka ramadhan li Abdil Malik al Qasim, hal: 83.

3. Di keluarkan oleh Imam al Bukhari.

4. Tsalaatsuna darsan li sshaimin oleh ‘Aid al Qarni, hal 30-31.

5. Shahihul jaami’ as shagir 6709 dan hadis ini shahih.

6. Hadis di riwayatkan oleh Imam al Bukhari.

7. Abud Daud dengan sanad yang hasan.

8. Imam Ahmad dan di hasankan oleh al Baani.

9. Di riwayatkan oleh Imam al Bukhari dan Imam Muslim.

10. Syarhul muslim 5/5.

11. Hadis riwayat Imam Bukhari.

12. Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim.

13. Di riwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Daud dan di hasan kan oleh Syekh al Baani.

14. Asyraful wasaail ilaa fahmi syamaail, oleh Ibn Hajar al Haitsami bi tashrif, hal 3.3.

15. Di riwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim serta Abud Daud.

16. Di riwatkan oleh Abu Daud dan di hasan kan oleh al Baani.

17. Di riwayatkan oleh Tirmidzi dan di shahih kan oleh al Baani.

18. Muslim.

19. Syarhil muslim.1/75.

20. Muslim 5 bab annahyu ‘anil hadits bi kulli maa sami’a.

21. Syarhil muslim1/75.

22. Di riwayatkan oleh Abu Daud dan di shahih kan oleh Imam Al Baani.

23. Muslim dan Abu Daud.

24. Shahih Abu Daud 4169.

potensipips
22-05-2011, 06:11 PM
menjaga mulut termasuk daripada salah satu akhlakul karimah.

potensipips
22-05-2011, 06:13 PM
paling sedikit 5 orang di dunia ini yang kita tidak kenali yang mengasihi kamu dan sanggup berkorban untuk kamu.
15 orang sentiasa mencintai kamu.
Diantara sebab orang membenci kita adalah kerana dia tidak mampu menjadi seperti kita.
Senyuman memberi kebahgiaan kepada mereka disekeliling kita.
Setiap malam sebelum lena, paling sedikit seorang akan mengingati kamu.
kamu lebih mengetahui sesuatu daripada orang lain
Kamu adalah penyambung kehidupan kepada seseorang.
kamu adalah istimewa dan pelik kepada seseorang.
Seseorang yang kamu tidak ketahui kedudukannya telah memberi banyak kasih sayang kepada kamu.
Ketika kamu melakukan sesuatu kesalahan, kamu akan dibantu olehnya.
Ketika kamu berada dalam kegelapan, lihatlah persekitaran kamu dan diri kamu, kamu akan dapati bintik hitam pada hidung kamu.
Ketika kamu beranggapan, kamu tidak akan mendapati sesuatu yang kamu sayang padanya, tetapi kamu mempunyai keyakinan pada diri kamu, kamu pasti akan berhasil mendapatnya dalam masa terdekat atau memerlukan tempoh yang agak lama.
Ingatlah perkataan yang menggembirakan dan lupakan perkataan yang mendukacitakan.
Sebarkan perkataan yang melahirkan kasih sayang terhadap orang lain dan ajarkan mereka perkataan tersebut pasti mereka akan merasai ketenangan.
Jika kamu memiliki kawan yang hebat, berilah peluang kepada dirimu untuk mengetahui kehebatannya.

potensipips
22-05-2011, 06:15 PM
Manisnya
Taubat....

Wahai sahabatku sekalian, ayuh, bersangka baiklah
dengan Allah. Sebagaimana kita gembira bertemu dengan kekasih hati, malah Allah
lebih gembira daripada itu. Sebagaimana kita menyayangi kekasih hati
sepenuh jiwa, namun sayangnya Allah lebih daripada itu, betapa luasnya nikmat
pemberian Allah, tapi sayang hanya kita sahaja yang tidak tahu untuk menghargai
pemberiannnya.Banggalah menjadi hamba Allah, tanamkanlah rasa cinta pada
Allah dalam diri kita, kerana cinta Allah pada hambaNya sangat tidak ternilai.

Demi cinta Allah pada hambaNya, Allah telah berfirman,

" dan
Dialah Tuhan yang menerima taubat daripada hamba-hambaNya yang bertaubat, serta
memaafkan kejahatan-kejahatan yang telah mereka lakukan dan Dia mengetahui apa
yang kamu kerjakan", surah an-nisa (4:16)...

Sungguh, Allah telah membukakan pintu rahmatNya di siang hari untuk menerima
taubat hamba-hambaNya di waktu siang, dan membukakan pintu rahmat pada malam
hari hari, untuk menerima taubat hamba-hambaNya pada malam hari.

Tapi,
melihat keadaan kita pada hari ini, yang masih lagi dengan ego dan sombong yang
menebal pada diri..cita-cita tinggi dijulang, mengimpi syurga Allah, namun tanpa
sedar, amalan- amalan yang kita lakukan itu semakin membuatkan kita jauh dari
syurgaNya, jauh dari rahmatNya..

Amatlah rugi bagi mereka yang telah
diberi peringatan, tapi masih bermegah-megah dengan diri sendri, tanpa sedar apa
yang kita miliki ini semuanya adalah milik Allah. Alangkah sedihnya Allah,
seakan tiada siapa lagi yang memerlukanNya, seakan tiada siapa yang mahukan
taubatnya diterima, seakan tiada siapa yang mahu dosanya diampunkan, dan..seakan
tiada siapa yang berlumba-lumba untuk meraih cintaNya Yang Maha Pengasih, lagi
Pemurah itu..

potensipips
22-05-2011, 06:25 PM
Sabar Dan Bersyukur


قال -تعالى-: ﴿اعْمَلُوا آلَ دَاوُدَ شُكْراً وَقَلِيلٌ مِنْ عِبَادِيَ الشَّكُورُ﴾ [سبأ:13]

13. Para jin itu membuat untuk Sulaiman apa yang dikehendakinya dari gedung-gedung yang tinggi dan patung-patung dan piring-piring yang (besarnya) seperti kolam dan periuk yang tetap (berada di atas tungku). Bekerjalah wahai keluarga Daud untuk bersyukur (kepada Allah). Dan sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang berterima kasih.

potensipips
22-05-2011, 06:35 PM
1. Makan makanan yang baik iaitu makanan yang halal, bersih, suci dan berzat yang diperlukan oleh setiap tubuh badan manusia.
2. Udara dan Persekitaran yang bersih kerana Rasulullah bersabda : “Kebersihan adalah sebahagian daripada iman”, orang yang beriman sangat mementingkan kebersihan, kebersihan tubuh badan, pakaian dan minuman.
3. Kecergasan Jasmani, bagi mereka yang tidak berkerja menggunakan tulang empat kerat, hendaklah melakukan riadah yang mencukupi pada zaman Rasulullah SAW , umat Islam digalakkan menunggang kuda dan bermain pedang.
4. Amalan makanan yang baik, jangan makan terlalu banyak sehingga mendatangkan penyakit, Rasulullah SAW memberi peringatan berhenti makan sebelum kenyang dan jangan jadikan perut sebagai sarang penyakit.
5. Hindari dari meminum minuman yang memabukkan, Rasulullah meriwayatkan ” Mabuk adalah punca segala kejahatan “, kerana dalam keadaan mabuk biasanya manusia akan melakukan beberapa kejahatan tambahan iaitu berzina dan membunuh manusia, sedangkan dosa membunuh manusia adalah dosa besar selepas Syirik kepada Allah SWT.

potensipips
22-05-2011, 06:41 PM
إِلَهِيْ أَنْتَ مَقْصُوْدِيْ
Ilâhî Anta maqshûdî / Tuhanku, Engkaulah yang kumaksud,

وَرِضَاكَ مَطْلُوْبِيْ
Wa ridhâka mathlûbî / dan ridhaMU yang kucari,

أَعْطِنِيْ مَحَبَّـتَكَ وَ مَعْرِفَتَكَ
A`thinî mahabbataka wa ma`rifataka/ limpahkan daku cintaMU dan makrifahMU

1.
اَللَّـهُمَّ يَا قَاضِيَ الْحَاجَاتِ
Allahumma yâ qâdhiya l-hâjât / Wahai Allah, pemenuh segala hajat & keperluan…

Hajat kami banyak, ya Allah…
penuhilah hajat dunia kami, juga hajat akhirat kami…

2.
اَللَّـهُمَّ يَا كَافِيَ الْمُهِمَّاتِ
Allahumma yâ kâfiya l-muhimmât / Wahai Allah, pencukup segala kepentingan…

Cukupkanlah kepentingan rumah tangga kami…
Cukupkanlah kepentingan pendidikan anak-anak kami…
Cukupkanlah kepentingan usaha dan pekerjaan kami…
Cukupkanlah kepentingan ibadah kami…
Cukupkanlah bekal kami untuk berhaji,
sebelum mati mendatangi…

3.
اللَّـهُمَّ يَا دَافِعَ الْبَلِيَّاتِ
Allahumma yâ dâfi‘a l-baliyyât / Wahai Allah, penolak segala bala’…
penepis segala bencana…

Jauhkanlah kami dari berbagai bala’ dan bencana…
- bencana natural, mahupun bencana moral…
- bencana finansial, maupun bencana spiritual…
Jauhkan kami dari bencana rumah tangga, ya Allah…

4.
اللَّـهُمَّ يَا رَافِعَ الدَّرَجَاتِ
Allahumma yâ râfi‘a d-darajât / Wahai Allah, pengangkat derajat…
peninggi martabat…

Angkatlah derajat dan martabat kami…
Muliakanlah umat Muhammad ini di hadapan umat-umatMu yang lain…
Jangan Engkau perhinakan kami,
hanya karena banyaknya dosa dan maksiat yang kami buat…
Tutuplah segala cacat, aib, cela, dan kekurangan-kekurangan kami…

5.
اللَّـهُمَّ يَا شَافِيَ الْأَمْرَاضِ
Allahumma yâ syâfiya l-amrâdl / Wahai Allah, penyembuh dari segala penyakit…

Sembuhkanlah kami dari penyakit-penyakit jismani…
juga penyakit-penyakit ruhani…
Jauhkanlah kami dari penyakit munafik…

6.
اللَّـهُمَّ يَا مُجِيْبَ الدَّعَوَاتِ
Allahumma yâ mujîba d-da‘awât / Wahai Allah, penjawab segala doa…

Engkau pengabul segala permohonan…
Perkenankanlah segala permintaan kami…
Sampaikanlah anak-cucu kami pada cita-cita dan harapan mereka…

7.
اللَّـهُمَّ يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Allahumma yâa arhama r-râhimîn / Wahai Allah, Maha Penyayang di antara para penyayang

Sayangilah kami ya Allah…
Jadikanlah kami orang-orang yang Engkau cintai,
sekaligus orang-orang yang mampu untuk saling mencintai…
Sebagaimana kami selalu mengharap ampunan dan maaf dariMu…
jadikan pula kami orang-orang yang mampu memaafkan orang lain…
Angkatlah segala marah & iri, benci & dendam,
serta kekecewaan dari diri kami

potensipips
22-05-2011, 06:45 PM
1-Kunci Syurga ialah : لاإله إلا الله

عن معاذ بن جبل رضى الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : مفتاح الجنة لا إله إلا الله .

2-Kunci Solat adalah Toharah ( Suci ).

3-Kunci Haji adalah Pakaian Ihram dan perkara yang diharamkan semasa haji.

4-Kunci kebajikan adalah Sedekah.

5-Kunci Kejayaan adalah Kesabaran.

6-Kunci Kemajuan adalah Kesyukuran

potensipips
22-05-2011, 06:47 PM
Surah Al-Hajj, Ayat :46. maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada

potensipips
22-05-2011, 06:49 PM
Surah Ar-Ra’du. Ayat : 35.

Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka

potensipips
22-05-2011, 06:52 PM
Apabila umatku melakukan 15 perkara maka mereka layak ditimpa bala:

1. Apabila harta rampasan bertukar tangan.
2. Apabila amanah dianggap satu keuntungan.
3. Apabila zakat dianggap sebagai denda.
4. Apabila suami mentaati kata isteri (suami yang dayus).
5. Apabila Ibu diderhakai.
6. Apabila kawan lebih diutamakan.
7. Apabila bapa diabaikan.
8. Apabila masjid tidak lagi dihormati, suara-suara sumbang kedengaran di masjid.
9. Orang yang tidak bermaruah memimpin negara.
10. Melantik orang ***** sebagai pemimpin bangsa.
11. Apabila orang jahatdimuliakan kerana takut kepadanya.
12. Apabila lelaki memakai sutera.
13. Apabila lelaki meminum arak.
14. Apabila penyanyi wanita didewa-dewakan.
15. Apabila umat zaman tersebut melaknat umat terdahulu.

Maka tunggulah angin panas atau gempa bumi atau wajah-wajah akan diubah.

Hadis Riwayat At-Tirmizi -1001 Hadis Pilihan.

potensipips
22-05-2011, 06:54 PM
Tuhanku,
Engkau menundukkan dan menjinakkan seluruh alam,
Yang tinggi mahupun yang rendah,Yang dekat mahupun yang jauh,
Jadikan aku mampu mengyingkup namaMu AL QAHHAR
Sehingga aku mampu mewujudkanNya untuk diriku
Dan orang lain
Namun,aku berharap padaMu,
Jangan sampai AL QAHHARMu membuatkan aku sombong sebagaimana Firaun,
Jangan,jangan Ya Allah.
Aku tidak sanggup bertanggungjawab ke atas semua ini
Di hadapanMu kelak.
Aku malu, kerana memang aku tidak layak berbangga dengan
Kuasa yang ada padaku,lantaran ia adalah amanahMu.

potensipips
22-05-2011, 06:58 PM
Dengan nama Allah kami mula membaca,
Segala rahmat bagi tuhan kami,
Rahmat dan keselamatan,bagi nabi kekasih kami.

Ya Allah tuhan kami,
Engkau tujuan kami,
RedhaMu yang kami cari,
Di dunia dan di akhirat kami.

Wahai yang maha pengasih,yang maha penyayang,
Wahai yang maha berkuasa,yang maha suci,
Wahai yang maha sejahtera,yang maha terpecaya,Wahai yang maha memelihara,yang maha perkasa.

Wahai yang kehendaknya tidak diingkari.
yang memiliki kebesaran,
Wahai yang maha mencipta,
yang mengadakan dari yang tiada,
Wahai yang membuat bentuk,yang maha pengampun,
Wahai yang maha perkasa,yang maha pemberi.

Wahai yang maha pemberi,yang maha pembuka,
Wahai yang maha mengetahui,yang maha menyempitkan,
Wahai yang maha melapangkan,yang merendahkan,
Wahai yang maha meninggikan,yang memuliakan.

Wahai yang menghinakan,yang maha mendengar,
Wahai yang maha melihat,yang memutuskan hukuman,
Wahai yang maha adil,yang maha lembut,
Wahai yang maha mengetahui,yang maha penyantun


Wahai yang maha agung,yang maha pengampun,
Wahai yang maha menerima syukur,yang maha tinggi,
Wahai yang maha besar,yang maha memelihara,
Wahai yang maah memelihara,yang maha mencukupkan.

Wahai yang maha luhur,yang maha mulia,
Wahai yang maha mengawasi,yang maha memperkenankan,
Wahai yang maha luas,yang maha bijaksana,
Wahai yang maha mencintai,yang maha mulia.

Wahai yang membangkitkan,yang maha menyaksikan,
Wahai yang maha benar,yang maha mewakili,
Wahai yang maha kuat,yang maha kukuh,
Wahai yang maha melindungi,yang maha terpuji


Wahai yang maha menghitung,yang maha memulakan,
Wahai yang maha mengembalikan,yang maha menghidupkan,
Wahai yang maha mematikan,yang maha hidup,
Wahai yang maha berdiri sendiri,yang maha menemukan.

Wahai yang maha mulia,yang maha tunggal,
Wahai yang maha esa,yang maha diperlukan,
Wahai yang maha kuasa,yang sangat berkuasa,
Wahai yang mendahulukan,yang mengakhirkan


Wahai yang pertama,yang terakhir,
Wahai yang maha nyata,yang maha tersembunyi,
Wahai yang maha memerintah,yang maha tinggi,
Wahai yang maha dermawan,yang maha menerima taubat.

Wahai yang maha mengancam,yang maha pemaaf,
Wahai yang maha melimpahkan kasih,yang maha menguasai,
Raja yang maha berdaulat,pemilik keluhuran dan kemuliaan
Wahai yang maha adil,yang maha menghimpun,
Wahai yang maha kaya,yang memberi kekayaan,
Wahai yang maha mencegah,yang memberi derita,
Wahai yang memberi manfaat,yang maha memberi cahaya
Wahai yang maha memberi petunjuk,pencipta pertama,
Wahai yang maha kekal,yang maha mewarisi,
Wahai yang maha tepat tindakannnya,yang maha penyabar,
Yang memulakan,yang maha agung,itulah sebutannya.

potensipips
22-05-2011, 07:27 PM
Ku persembahkan kepadaMu harapanku wahai Tuhan.Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai Zat yang Maha pemberi dan pemurah.Tatkala sesak dadaku dan sempit perjalanan hidupku.Jadikan rayuanku sebagai jalan mengharap keampunanMu.Hanya Engkau sahaja yang memiliki keampunan untuk dosa yang tidak akan terhapus ini.bila Engkau belas dan Engkau ampun; itu kebaikanMu dan kasih sayangMu.

Bukankah Engkau yang memberi aku makan dan hidayah?dan memang selamanyalah Engkau yang memberi anugerah dan ni'mat itu kepadaku.Semoga sesiapa yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku dan menutup dosa-dosaku dan setiap perkara yang telah lalu.Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan kezaliman, penganiayaan yang tak pernah terpisah dariku dan jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa sekalipun kesemuanya memasukkan diriku bersama salahku ke dalam neraka

Dia menjadi ramah ketika mengingat tuhannya tetapi bila bersama yang lain di dunia ini dia membisu dia berkata: Kekasih, Engkaulah harapanku cukuplah hanya Engkau bagi orang2 yang berharap; harapan dan kekayaan.kupelihara kasihku yang dicemari nafsu....

Dan aku jaga janji kasih yang telah tercalar di saat kujaga, aku rindu, dan di saat kulelap aku berharap yang selalu mengiringi langkahku; bersemangat dan berirama,maka dosaku adalah besar dari dulu dan kini dan keampunanMu yang mendatangi hamba..meninggikan dan memuliakan (martabatnya).
__________________

potensipips
22-05-2011, 07:29 PM
1. Pilihlah rakan berakhlak mulia dan Taat kepada Allah SWT.
2. Pilihlah rakan yang tidak mementingkan diri sendiri.
3. Pilihlah rakan yang Ikhlas dalam semua perkara.
4. Pilihlah rakan yang mahu membantu diwaktu senang dan susah.
5. Pilihlah rakan yang rajin dan mahu diajak mengulangkaji pengajian.
6. Pilihlah rakan yang suka memaafkan kesalahan.
7. Pilihlah rakan yang bersifat rendah diri dan tidak sombong.
8. Pilihlah rakan yang mengingatkan kita kepada Allah SWT dan perkara kebaikan.
9. Hindarilah teman yang suka berdusta dan tidak jujur.
10. Hindarilah teman yang malas dalam semua perkara.

potensipips
22-05-2011, 07:35 PM
Inilah amalan Rasulullah s.a.w untuk sentiasa sihat…

1.
SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasul selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan sholat sunah dan sholat Fardhu, sholat subuh berjamaah. Hal ini memberi hikmah yg mendalam antara lain:
- Berlimpah pahala dari Allah
- Kesegaran udara subuh yg bagus utk kesehatan / terapi penyakit TB
- Memperkuat pikiran dan menyehatkan perasaan

2.
AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN

Rasul selalu senantiasa rapi & bersih, tiap hari kamis atau Jumaat beliau mencuci rambut-rambut halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi.
“Mandi pada hari Jumat adalah wajib bagi setiap orang-orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman “(HR Muslim)

3.

jimiee
22-05-2011, 08:15 PM
ada lg ke tt
sedap plak baca ni.

BlueDream
22-05-2011, 10:07 PM
Saudara TT byk ilmu :)paid:)cgrock

potensipips
23-05-2011, 12:10 AM
1. Allah SWT memuji orang yang bertaqwa.
2. Allah SWT melindunginya daripada musuh.
3. Mendapat Pertolongan Allah SWT.
4. Mendapat Keselamatan dan Rezeki yang halal.
5. Amalannya menpadat kebaikan.
6. Mendapat keampunan daripada Allah SWT.
7. Allah SWT mencintainya.
8. Allah SWT menerima amalannya.
9. Mendapat kehormatan dan Kemuliaan daripada Allah SWT.
10. Allah memberi khabar gembira untuknya.
11. Terhindar daripada neraka.
12. Berkekalan di dalam syurga.

Wasiat Imam Ghazali. m/s: 148.

potensipips
23-05-2011, 12:11 AM
ada lg ke tt
sedap plak baca ni.

lpas isyak tidur jap td..baru bangun..:D

potensipips
23-05-2011, 12:11 AM
Saudara TT byk ilmu :)paid:)cgrock

mkasih..sama2 kita sharing apa yg ada...:)cgrock

potensipips
23-05-2011, 12:18 AM
Astaghfirullaahal’azhiimi.
Rabbanaa zhalamnaa anfusanaa wain lam taghfir lanaa wa tarhamnaa lanakuunanna minal khaasiriina. Rabbana aghfirlanaa dzunuubanaa wa kaffir’annaa sayyiaatinaa wa tawaffanaa ma,al abraari. Laa ilaaha illa anta subhaanaka inni kuntu minadhdhaalimiina.
Allahummaghfirlii dzanbii kullahu diqqahu wa jillahu wa awwalahu wa aakhirahu wa’alaa niyatahu wa sirrahu.
Allahumma inni zhallamtu nafsii zhulman katsiiran kabiiran.Walaa yaghfirudz dzunuuba illa anta, faghfirlii maghfiratan min ‘indika warhamnii innaka antal ghafuurur rahiimu.

Ertinya:
“Aku memohon ampun atas segala dosaku kepada Allah Yang Maha Agung. Ya Tuhan Kami, kami terlanjur berbuat aniaya terhadap diri kami sendiri, jika Engkau tidak mengampuni kami dan tidak mengasihi kami, pastillah kami ini tergolong orang yang rugi. Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan hapuskanlah kesalahan-kesalahan kami, serta wafatkanlah kami bersama orang-orang yang baik. Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang yang zhalim. Ya Allah, ampunilah dosaku semuannya, baik yang halus maupun yang kasar, yang terdahulu dan yang kemudian, yang nyata dan yang tersembunyi. Ya Allah, aku telah menganiaya diriku sendiri dengan aniaya yang banyak lagi besar, padahal tak ada yang dapat mengampuni dosaku selain Engkau, karena itu ampunilah segala dosaku dengan ampunan dari hadirat-Mu dan kasihanilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Penyayang

potensipips
23-05-2011, 12:26 AM
Para Ulamak mengatakan, tiga cara untuk mengalahkan nafsu:

1. Mengekang keinginan kerana binatang yang ganas akan lemah apabila dikurangkan pemakanannya.
2. Dibebani dengan berbagai ibadat kerana keldai pun jika ditambah bebanannya dan dikurangkan makanannya akan tunduk dan menurut sahaja.
3. Berdoa dan memohon pertolongan Allah SWT.

Minhajil Abidin.m/s: 145.

potensipips
23-05-2011, 12:28 AM
Apabila para sahabat bertanya tentang amalan yang paling afdhal, maka Rasulullah SAW menjawab : Puasa kerana puasa tidak ada bandingan baginya

potensipips
23-05-2011, 12:30 AM
Cintakan Allah SWT.
Ikhlaskan segala amalan semata-mata kerana Allah SWT.
Takut dan sentiasa berharap kepada Allah SWT.
Bersyukur apabila diberi nikmat.
Bersabar apabila ditimpa kesusahan.
Melihat Taufiq dan Hidayah daripada Allah SWT apabila dapat melakukan ibadat dan ketaatan.
Sentiasa berzikir mengingati Allah SWT dan sentiasa bertaubat memohon keampunan dariNya.
Tidak berputus asa, malah sentiasa mengharapkan rahmat daripadaNya.
Melakukan segala perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya.
Beriman dengan penuh keyakinan terhadap Qada’ dan Qadar Allah SWT kerana setiap perkara yang berlaku ada hikmah disebaliknya yang tidak diketahui

potensipips
23-05-2011, 12:33 AM
Rasulullah SAW yang terlalu menyintai umatnya telah memberi kepada kita sesuatu yang lebih berharga dari emas dan perak, lebih luas ilmunya dari 7 lautan dan sinarnya lebih cerah dari matahari kerana dapat menyinari hati-hati yang terpilih dan kubur-kubur para pejuang Islam serta para pencinta Allah SWT serta Rasulullah SAW semasa di Perhimpunan Mahsyar, iaitu AL-QURAN DAN AL-HADIS YANG DILENGKAPI DENGAN SUNNAHNYA

potensipips
23-05-2011, 12:38 AM
Syurga Hanya Untuk Mereka Yang Bersih

ألاسلام نظيف , فتنظفوا , فإنه لا يدخل الجنة إلا نظيف رواه الديلمى

Islam itu bersih, maka hendaklah kamu bersih, sesungguhnya seseorang itu, tidak dapat masuk syurga melainkan orang yang bersih.
تحذيب أطراف الحديث: 56

potensipips
23-05-2011, 12:41 AM
Tujuh Golongan Insan Contoh

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata:” Aku takut kepada Allah!”, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.”


Huraian
Pengajaran hadis:
i) Terdapat tujuh golongan yang bakal mendapat naungan di hari akhirat kelak iaitu :
a) Pemerintah yang adil- Ini kerana tanggungjawab yang dipikul oleh pemerintah dalam melaksanakan keadilan itu adalah perkara yang amat berat dan bukanlah mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyatnya. Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan, ganjarannya adalah amat besar sekali. Namun jika gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab menanti di akhirat kelak.

b) Pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya – Ini kerana sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika di alam remaja kerana di usia muda seseorang itu mendapat peluang yang banyak untuk menghadapi masa hadapannya, badannya sentiasa sihat, tenaganya kuat, pendengaran dan penglihatannya tajam dan sempurna. Bahkan di masa muda juga berbagai-bagai ujian dan godaan terpaksa ditempuhi. Maka beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan-rintangan ini bahkan usia mudanya itu diisi dengan amal ibadat serta memberikan khidmat cemerlang kepada agama, masyarakat dan negara.

c) Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid
- Sesungguhnya terdapat hadis yang menyebutkan bahawa dua hayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi Allah S.W.T dan diketegorikan sebagai suatu sedekah. Maka apatah lagi bagi orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid dan sentiasa mengunjunginya untuk beribadah, ganjarannya tentulah lebih besar lagi.

d) Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah
- Hubungan yang terjalin di atas dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas-batas agama, adab kesopanan dan sebagainya adalah hubungan yang menjurus ke arah dosa dan maksiat. Seharusnya ikatan kasih sayang yang dijalinkan sesama manusia mestilah ikhlas kerana Allah agar perhubungan tersebut mendapat pahala, restu dan keberkatan daripada-Nya.

e) Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu (berzina) dengannya lalu ia menolak dengan berkata:” Aku takut kepada Allah!”
- Ini menunjukkan tentang keimanan dan ketaqwaan yang sebenar telah berjaya menangkis segala bentuk godaan yang datang. Hal ini bukanlah mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina tanpa takut tentang dosanya.

f) Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya
-Ia menggambarkan mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah. Sesungguhnya tidak ramai orang yang dapat menyembunyikan kebaikan yang dilakukannya melainkan akan terdapat jua perasaan riya’ dan ingin menunjuk-nunjuk supaya mendapatkan pujian atau sanjungan dari orang ramai atau sekurang-kurangnya ada orang yang mengetahui kebaikan yang dilakuknnya itu.

g) Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah
- Inilah sifat muslim mukmin sejati yang mempunyai perasaan cintakan Allah dengan sepenuh hatinya. Dia sentiasa memikirkan dan menghayati tentang kejadian dan keagungan ciptaan Allah serta sifat-sifat-Nya yang Maha Agung. Oleh yang demikian hati, fikiran dan jiwanya terhindar daripada perkara-perkara yang melalaikan.

potensipips
23-05-2011, 12:44 AM
4 Cara Mencapai Makrifat ( معرفة الله تعالى ).

1. Mengenal dirinya.
2. Mengenal Tuhannya.
3. Mengenal Dunia.
4. Mengenal Akhirat.

Wasiat Imam Ghazali.m/s: 43.

Nota :

Manusia yang melakukan maksiat adalah manusia yang terlalu hebat, lebih hebat dari Rasulullah dan Para Malaikat, kerana Setinggi-tinggi Rasulullah dan Para Malaikat, Baginda dan Para Malaikat tidak sanggup melakukan maksiat kepada Allah SWT walaupun sebesar zarah, syaitan yang pernah menjadi Ketua malaikat dan hidup di Syurga,tidak pernah melakukan dosa kecuali hanya Enggan sujud kepada nabi AdamA.S. tetapi tetap sujud setia kepada Allah SWT. Betapa hebatnya manusia yang tidak mengenal Allah SWT atau tidak mencapai makam Makrifat.

potensipips
23-05-2011, 12:48 AM
4 Jenis Bisikan Hati

1. Bisikan pertama dinamakan khatir خاطر (bisikan hati ),datang daripada Allah SWT yang dipenuhi dengan kebaikan dan ianya adalah hujjah untuk kita.
2. Bisikan hati yang biasa diterima oleh manusia.
3. Bisikan daripada Malaikat Mulhin, bisikan membawa kebaikan,ianya adalah penasihat kepada kita yang boleh dipanggil juga إرشاد.
4. Bisikan syaitan yang dinamakan waswasah خاطر النفس merupakan keburukan yang menghalang kebaikan dan menyesatkan.

Wasiat Imam Ghazali. m/s: 132.

potensipips
23-05-2011, 12:51 AM
Di Damaskus,Syria. ada sebuah mesjid besar, namanya mesjid Jami’ At-Taubah. Dia adalah sebuah masjid yang penuh keberkatan. Di dalamnya ada ketenangan dan keindahan. Sejak tujuh puluh tahun, di masjid itu ada seorang syeikh pendidik yang alim dan mengamalkan ilmunya. Dia sangat fakir sehingga menjadi contoh dalam kefakirannya, dalam menahan diri dari meminta, dalam kemuliaan jiwanya dan dalam berkhidmat untuk kepentingan orang lain.

Saat itu ada pemuda yang bertempat di sebuah bilik dalam masjid. Sudah dua hari berlalu tanpa ada makanan yang dapat dimakannya. Dia tidak mempunyai makanan atau pun wang untuk membeli makanan. Saat datang hari ketiga dia merasa bahawa dia akan mati, lalu dia berfikir tentang apa yang akan dilakukan. pada pandangannya, saat ini dia telah sampai pada keadaan terpaksa yang membolehkannya memakan bangkai atau mencuri sekadar untuk membolehkanya menegakkan tulang punggungnya. Itulah pendapatnya pada keadaan sebegini ini.

Masjid tempat dia tinggal itu, atapnya bersambung dengan atap beberapa rumah yang ada disebelahnya. Keadaan ini memungkinkan sesorang pindah dari rumah pertama sampai terakhir dengan berjalan di atas atap rumah-rumah tersebut. Maka, dia pun naik ke atas atap masjid dan dari situ dia pindah ke rumah sebelah. Di situ dia melihat beberapa orang wanita, maka dia memalingkan pandangannya dan menjauh dari rumah itu. Lalu dia lihat rumah yang di sebelahnya lagi. Keadaannya sedang sepi dan dia mencium bau masakan berasal dari rumah itu. Rasa laparnya makin kuat , seolah-olah bau masakan tersebut menariknya.
Rumah-rumah dimasa itu banyak dibina dengan satu lantai, maka dia melompat dari atap ke dalam serambi. Dalam sekejap dia sudah berada di dalam rumah dan dengan cepat dia masuk ke dapur lalu mengangkat tutup kunci yang ada di situ. Dilihatnya sebiji terong besar dan sudah dimasak. Lalu dia ambil satu, kerana rasa laparnya dia tidak lagi merasakan panasnya, digigitlah terong yang ada ditangannya dan saat itu dia mengunyah dan hendak menelannya, dia ingat dan timbul lagi kesadaran tentang larangan agama. Terus dia berkata, ‘Audzu billah! Aku adalah penuntut ilmu dan tinggal di mesjid , dengann pantaskah aku masuk kerumah orang dan mencuri barang yang ada di dalamnya?’ Dia merasa bahawa ini adalah kesalahn besar, lalu dia menyesal dan beristigfar kepada Allah, kemudian mengembalikan lagi terong yang ada di tangannya. Akhirnya dia pulang kembali ke tempat semula. Lalu ia masuk ke dalam masjid dan mendengarkan syeikh yang saat itu sedang mengajar. Kerana terlalu lapar dia tidak dapat memahami apa yang dia dengar.

Ketika majlis itu selesai dan orang-orang sudah pulang, datanglah seorang perempuan yang menutup tubuhnya dengan hijab -saat itu memang tidak ada perempuan kecuali dia memakai hijab-, kemudian perempuan itu bercakap dengan syeikh. pemuda tidak boleh mendengar apa yang sedang dibincangkan. Akan tetapi, secara tiba-tiba syeikh itu melihat ke sekelilingnya. Tak nampak olehnya kecuali pemuda itu, dipanggilah ia dan syeikh itu bertanya, ‘Apakah kamu sudah menikah?’, dijawab, ‘Belum,’. Syeikh itu bertanya lagi, ‘Apakah kamu ingin menikah?’. Pemuda itu diam. Syeikh mengulangi lagi pertanyaannya. Akhirnya pemuda itu mula bercakap, ‘Ya Syeikh, demi Allah! Aku tidak punya wang untuk membeli roti, bagaimana aku akan benikah?’. Syeikh itu menjawab, ‘Wanita ini datang membawa khabar, bahawa suaminya telah meninggal dan dia adalah orang asing di kota ini. Di sini bahkan di dunia ini dia tidak mempunyai siapa-siapa kecuali seorang bapa saudara yang sudah tua dan miskin’, kata syeikh itu sambil menunjuk seorang lelaki yang duduk di suatu sudut.

Syeikh itu meneruskan perbincangan, ‘Dan wanita ini telah mewarisi rumah suaminya dan hasil kekayaan suaminya. Sekarang, dia memerlukan seorang lelaki yang mahu menikahinya, agar dia tidak sendirian dan tidak mahu diganggu orang. Mahukah kamu menikahi dengannya? Pemuda itu menjawab ‘Ya’. Kemudian Syeikh bertanya kepada wanita itu, ‘Apakah engkau mahu menerimanya sebagai suamimu?’, ia menjawab ‘Ya’. Maka Syeikh itu mendatangkan bapa sudaranya dan dua orang saksi kemudian melangsungkan akad nikah dan membayarkan mahar untuk muridnya itu. Kemudian syeikh itu berkata, ‘peganglah tangan isterimu!’ Dipeganglah tangan isterinya dan si isteri membawanya kerumahnya. Setelah keduanya masuk ke dalam rumah, si isteri membuka kain yang menutupi wajahnya. Nampaklah oleh pemuda itu, bahawa dia adalah seorang wanita yang masih muda dan cantik. Rupanya pemuda itu sedar bahawa rumah itu adalah rumah yang tadi telah dia masuki.

Si isteri bertanya, ‘Kamu ingin makan?’ ‘Ya’ jawabnya. Lalu dia membuka tudung saji didapurnya. Ketika melihat buah terong di dalamnya dia berkata: ‘hairan siapa yang masuk ke rumah dan menggigit terong ini?!’. Maka pemuda itu menangis dan menceritakan kisahnya. Isterinya berkata, ‘Ini adalah hasil dari sifat amanah, kamu jaga kehormatanmu dan kamu tinggalkan terong yang haram itu, lalu Allah berikan rumah ini dan semuanya sehingga pemiliknya dalam keadaan halal. Barang siapa yang meninggalkan sesuatu ikhlas kerana Allah, maka akan Allah menggantikanya dengan yang lebih baik dari itu.

potensipips
23-05-2011, 12:59 AM
1. Dunia.- Cara menghadapinya adalah bulatkan tekad sehingga kesenangan dunia tidak mampu merosakkan kita.
2. Manusia. -Cara penyelesaiannya ialah sentiasa berwaspada dan menjaga diri agar tidak sesat dengan sebarang godaan.
3. syaitan.-Agar tidak tertipu dengan godaan syaitan maka kita mesti berusaha memerangi segala tipu daya syaitan.
4. Hawa Nafsu.- bagi menghadapi hawa nafsu kita mesti mampu mengendalikan hawa nafsu dengan cara terbaik.

Wasiat Imam Ghazali.m/s:10.

potensipips
23-05-2011, 01:00 AM
1. Ilmu Makrifat iaitu ilmu untuk mengenal Allah SWT.
2. Ilmu Tasawwuf iaitu ilmu yang berkaitan dengan ibadat batin seperti ikhlas, tawakkal dan sebagainya.
3. Ilmu Syarak iaitu masalah halal dan haram yang merupakan 1/4 daripada ibadat, muamalat, munakahat dan jinayat.

Wasiat Imam Ghazali. m/s: 48.

potensipips
23-05-2011, 01:02 AM
Allah Memiliki 3000 Nama Yang Istimewa

1-1000 Nama hanya diketahui oleh Para Malaikat.

2-1000 Nama untuk diketahui oleh Para Nabi-Nabi.

3-300 Nama Allah turunkan dalam kitab Injil.

4-300 Nama Allah turunkan dalam kitab Taurat.

5-300 Nama Allah turunkan dalam kitab Zabur

6-99 Nama Allah sebutkan dalam Al-Quran

7-1 Nama Allah rahsiakan dan dianugerahkan kepada sesiapa yang Allah Kasihi.


Betapa besarnya kekuasaan yang Allah miliki sehingga nama yang memiliki segala khasiat berjumlah 3000 nama.

Untuk umat nabi Muhammad cukuplah kita beriman dengan nama Allah yang 99 itu pun kita tidak sebut malah kita sentiasa sebut nama-nama lain selain dari nama Allah yang sentiasa meniti di atas bibir kita.

potensipips
23-05-2011, 01:05 AM
HADIS YANG PALING DITAKUTI DI ARAB SAUDI

Hadis Najd – Kebenaran Yang Digeruni dan Pembohongan Fakta

Terdapat sepotong hadis yang amat digeruni oleh sesetengah pihak hinggakan mereka sanggup mengeluarkan pelbagai helah termasuk memalsukan fakta serta memutarbelitkan kesahihan maksud supaya tidak terkena pengertian hadith tersebut kepada mereka.

Hadis yang saya maksud itu adalah hadis yang popular disebut sebagai “hadis Najd”.

Sebelum saya teruskan penghujahan ini izinkan saya maklumkan kepada para pembaca sekelian bahawa saya bukan seorang ustaz mahupun seorang “protaz” yang mahir bab hadiS. Apa yang saya cuba tulis hanyalah semata-mata setakat kadar kemampuan orang umum seperti saudara semua yang mampu untuk berfikir serta meneliti fakta yang ada secara akademik.

Saya tidak mengulas dari aspek Fiqh dan Syariah yang cukup kemas telah dihujahkan oleh ilmuan Ahlus Sunnah wal Jamaah. Pendekatan saya lebih kepada “common-sense” menurut fakta geografi dan yang berkaitannya.

Hadis dari Sahih Bukhari tersebut adalah seperti berikut (terjemahannya):

Ibn 'Umar meriwayatkan bahwa Nabi s.a.w. berdoa, “Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! berkatilah negeri Yaman kami”. Mereka (para Sahabat) berkata: “Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri Najd kami”. Baginda (terus) berdoa: “Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Yaman kami”. Mereka (para Sahabat) berkata: “Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri Najd kami”. Aku agak pada (permintaan) yang ketiga Baginda bersabda: “Padanya (Najd) (berlaku) gempa bumi, fitnah dan tempat terbit tanduk syaitan”

Hadis tersebut dengan jelas menyatakan bahawa tiada apa yang boleh diharapkan dari Najd kecuali mala petaka dan fitnah yang dahsyat serta tempat keluarnya tanduk shaytan.

Bagi menjustifikasi tempat yang dimaksudkan dalam hadits tersebut bukan terkena kepada kepada mereka yang gerun dilabel dari pengikut ajaran berasal dari Najd, mereka akan cuba mencari helah serta memalsukan fakta agar Najd itu diterjemahkan sebagai terletak di Iraq bukan di Hijaz Arab.

Bagi orang-orang arab dari zaman dahulu lagi, Najd memang difahami bahawa ianya ialah tanah tinggi sebelah timur Madinah di tengah-tengah Hijaz. Dan sememangnya terdapat tempat yang bernama sedemikian sejak dari zaman itu lagi. Malah di zaman Rasulullah s.a.w. telah pun berlaku Peperangan Najd pada tahun 4H.

Najd terletak di timur Madinah al Munawwarah

Dalam banyak hadis lain, Najd itu disebut sebagai terletak di sebelah timur Madinah. Dan sememangnya jika dilihat kedudukan koordinat geografi, Najd/Riyadh terletak pada 2443N 04644E, manakala Madinah terletak pada 2433N 03942E. Kedudukan Riyadh/Najd hampir pada garis darjah latitude yang sama (beza 10 minit sahaja – bukan ukuran waktu tetapi ukuran latitude) dengan Madinah betul-betul sebelah timur.

Helah yang digunapakai bagi mereka yang gerun dengan hadis ini ialah mereka mengatakan bahawa Iraq sememangnya di sebelah timur. Tetapi yang sebenarnya, latitude yang paling rendah bagi Iraq ialah sekitar 3040N (kota Basrah). Baghdad pula 3340N.

Dengan kedudukan latitude sedemikian, Iraq terletak di antara 0 – 40 darjah ke utara Medinah. Bukan timur. Kalau nak dikatakan timur, ianya sepatut disekitar 90 +/- 20 darjah dari Medinah.

Saya petik di sini pemalsuan fakta yang dilakukan seorang yang bergelar ustaz dalam sebuah artikel beliau “Maksud Najd”:

“Dari sudut geografi pula, kawasan Najd yang meliputi daerah Hijaz dan Al-Yamamah (tempat lahir Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab) secara tepatnya terletak di sebelah Timur Makkah, dan bukannya di sebelah Timur Madinah. Justeru oleh kerana Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam telah mengisyaratkan bahawa fitnah itu datang dari sebelah Timur Madinah, maka ia sudah tentu bermaksud negeri Iraq kerana ia sememangnya terletak pada arah yang berkenaan. Dengan mengambil kira tafsiran daripada keseluruhan riwayat hadith, penjelasan para ulama, asal usul bahasa, geografi dan realiti sejarah, maka sahlah bahawa perkataan Najd yang dimaksudkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dalam hadith itu ialah negeri Iraq dan kawasan persekitarannya yang turut merangkumi negeri Iran pada masa kini.”

Bandingkan fakta geografi yang beliau kemukakan dengan apa yang telah saya perturunkan di atas. Cari di mana kedudukan Mekah dan Medinah dan bandingkan dengan kedudukan Riyadh/Najd dan Iraq. Bagaimana pula Riyadh/Najd boleh dikatakan terletak di timur Mekah?

Saya rasa peta di bawah ini mampu memberi gambaran yang amat jelas kecuali bagi mereka yang tidak bersedia menerima penghujahan yang:

Lihat garis latitude (biru) Madinah dengan Riyadh/Najd. Bandingkan kedudukan Iraq yang sebelah utara Madinah. Saya serahkan kepada para pembaca yang arif untuk membuat kesimpulan apa yang kedudukannya di timur Medinah dan apa yang di utara Medinah.

Najd terletak di tanah tinggi

Sememangnya Najd/Riyadh di Hijaz terletak di kawasan tanah gurun yang dipanggil pergunungan Najd (memang nama asalnya) yang terletak di sebelah timur Madinah. Ianya pada paras sekitar dari 2,500-5,000 kaki dari paras laut.

Helah Najd dimaksudkan kawasan tanah tinggi itu yang dikatakan mereka sebagai terletak di Iraq adalah tidak benar. Ini kerana permukaan topologi Iraq lebih banyak tanah rendah dari tanah tinggi. Ternyata hujah itu sekali lagi tidak benar. Sebagai contoh Baghdad terletak sekitar 100+ kaki dari paras laut dan begitu juga Karbala dan Najaf yang berdekatan dengan Baghdad.

Kawasan yang dikatakan tanah tinggi di Iraq (berdasarkan peta politik kini) hanya terdapat kawasan tingginya di sempadan Turki (yang dikira sebagai Kurdistan) dan sempadan Iran. Ianya merangkumi sekitar 1/5 dari seluruh topologi bumi Iraq moden. Dan kawasan-kawasan tinggi Iraq ini jauh lebih utara lagi.

potensipips
23-05-2011, 01:05 AM
Izinkan saya petik tulisan ustaz yang saya rujuk itu lagi:

“Sumber rujukan bahasa yang utama seperti Lisan Al-’Arab, Mu’jam Maqayis Al-Lughah dan Al-Qamus Al-Muhi telah mengesahkan bahawa makna asal perkataan najd ialah kawasan tanah tinggi, sama seperti yang telah dinyatakan oleh Al-Khattabi dan Al-Hafiz Ibn Hajar. Justeru gelaran Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam kepada negeri Iraq dengan nama najd mesti dilihat sebagai penjelasan bagi bentuk muka bumi negeri berkenaan yang berada di kawasan tanah tinggi dan bukannya panggilan bagi suatu tempat yang khusus.”

Apakah ustaz itu hendak menolak fakta geografi yang menunjukkan “Plateau of Nejd” ini adalah kawasan tanah rendah yang tidak pula terletak di timur Madinah?

Najd memang tempat mula berlaku fitnah dan kacau-bilau pertama

Kemudian disabitkan pula dengan Iraq kerana di Iraq itu berlakunya pelbagai peperangan, pembunuhan dan sebagainya termasuk yang dikaitkan dengan pembunuhan cucunda Rasulullah s.a.w. dan kejatuhan kota Bahgdad oleh Tartar.

”Begitu juga dengan fitnah yang berlaku di kalangan umat Islam, bermula dari zaman Sahabat sehinga ke hari ini, kebanyakannya berpunca di Iraq. Gerakan bughah (penentang khalifah), Khawarij dan Syiah pada zaman Khalifah ‘Uthman dan ‘Ali radhiallahu ‘anhuma yang menjadi punca tercetusnya fitnah perselisihaan di kalangan umat Islam bermula di Kufah. Begitu juga Perang Jamal, Siffin, Nahrawan, fitnah pembunuhan Husain cucunda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, fitnah Mukhtar Ath-Thaqafi yang mendakwa kenabian dan serangan tentera Tartar pada zaman kerajaan Bani Abbasiyyah, semuanya berlaku di Iraq.”

Jelas yang amat ketara mereka ini sengaja melupakan peristiwa yang lebih besar dan lebih awal dari peristiwa-peristiwa yang beliau petik iaitu peristiwa pemberontakan Musailamah al-Kadzab. Pemberontakan itu adalah antara yang pertama berlaku selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Apakah pemberontakan Musailamah itu lebih kecil lagi dari perselisihan yang berlaku di zaman terkemudian?

Kenapa “peristiwa Musailamah” ini cuba diperkecilkan oleh mereka? Sebenarnya Musailamah al-Kadzab ini juga dari Najd. Ini jelas sekali puak mereka ini berusaha sesungguhnya untuk mengelakkan peristiwa besar pemberontakkan Musailamah yang tempat asalnya juga Najd dikaitkan dengan Hadith Najd yang amat digeruni mereka.

Garis gempa bumi – “Najd Fault System”

Disebutkan dalam hadis tersebut peristiwa yang akan berlaku antaranya ialah gempa bumi. Dan dikatakan mereka yang gerun dengan hadis Najd ini bahawa Najd tidak pernah berlaku gempa bumi.

Pertamanya, dari sudut tidak pernah berlaku tidak menjamin gempa tidak akan berlaku.

Keduanya, tidak terletak digarisan yang kerap berlaku gempa tidak juga menjamin gempa tidak akan berlaku.

Namun, kedua-dua hujah yang diguna di atas ialah satu lagi contoh mereka gemar memalsukan fakta.

Di tengah-tengah negara Saudi terdapat satu garisan “fault” yang berpotensi untuk berlaku gerak gempa yang para ahli geologis memanggil garisan itu dengan nama yang mereka geruni - Najd Fault System. Malah satu letupan gunung berapi pernah tercatat pada tahun kurun 13 masehi. Dan gegaran yang terakhir dikesan dari “fault-line” ini ialah pada tahun 1999.

Walaubagaimanapun, jika tiada “fault system” di kawasan Najd pun apakah kita boleh jamin 100% bahawa gempa tidak boleh berlaku? Apakah pula kemungkinan gempa yang disebut dalam hadis itu sebagai suatu gambaran kepada peristiwa lain yang mengambarkan suasana seolah-olah gempa yang berlaku yang menjadikan masyarakat dan segala sistem perjalanan hidup kacau-bilau?

Hadis Albani disandarkan untuk mengantikan Hadis Najd dengan perkataan Iraq

Hujah yang dipegang kuat oleh mereka bagi mengatakan hadis tersebut sebenarnya dimaksudkan sebagai Iraq dan bukan Najd disandarkan kepada hadith yang dikeluarkan oleh Albani. Tidak ada seorang pun pengumpul hadith yang besar meriwayatkan hadith tersebut dalam kitab-kitab mereka.

Dan selain dari menukarkan Najd kepada Iraq, hadis Albani itu ditokok tambah lagi mengaitkan keberkatan kepada Mekah dan Madinah di samping Syams dan Yaman.

Apa kaitan Najd dengan Riyadh

Dalam tulisan ini saya kerap mengguna perkataan Riyadh bersilih-ganti dengan Najd. Nanti ada pula yang menuduh apakah saya tidak tahu bahawa itu adalah dua perkataan yang berbeza. Nanti ada pula mereka yang menuduh saya tidak tahu fakta.

Sebelum saya dituduh sedemikian dan bagi mereka yang kurang tahu kedudukan bandar-bandar dan wilayah di Saudi biar saya perjelaskan di sini.

Bandaraya Riyadh lahir dan membangun hasil dari mula pemerintahan gandingan kuasa keluarga Ibn Saud dan Ibn Wahhab. Ianya terletak di wilayah yang dulunya dipanggil sebagai Wilayah Najd. Namun kini, wilayah tersebut telah turut ditukar (saya tidak dapat mencari tarikh penukarannya) dan secara rasminya kini dipanggil Wilayah Riyadh.

jimiee
23-05-2011, 01:08 AM
tt... bagaimana nak bezakan antara menurut hawa nafsu dan tipu daya dari syaitan?

potensipips
23-05-2011, 01:13 AM
KECANTIKAN BIDADARI DAN KEAGUNGAN PUASA

Allah jadikan Muka Bidadari 4 warna:

1-Putih 2-Hijau 3-Kuning 4-Merah

Semuanya boleh berubah mengikut citarasa Penghuni Syurga.

Allah jadikan Badan Bidadari daripada KASTURI DAN AMBAR

Rambut daripada SUTERA.

Dari Bahagian Lutut sehingga ke Susu daripada KASTURI

dari bahagian Susu sehingga ke Leher daripada AMBAR

daripada leher hingga ke kepala daripada KAPUR.

Itulah asal kejadian Bidadari yang lebih cantik kejadianya manusia yang bentuk daripada Tanah. Pasti perubahan kejadian sekarang lebih cantik daripada manusia yang kita lihat begitu cantik sedangkan asalnya daripada tanah yang tidak bernilai.

Jika Bidadari meludah ke dunia air ludahnya menjadi Kasturi.Jika diludah kelaut air laut akan mejadi tawar. Allah telah menulis pada dada Bidadari nama-nama bakal yang memilikinya bersama nama Allah sebagaimana NAMA ORANG YANG TELAH MELAKUKAN MAKSIAT WALAUPUN SEDIKIT TELAH TERTULIS DI PINTU NERAKA. sebab itulah Rasulullah yang Ma'sum tidak ingin melakukan maksiat agar nama tidak tertulis di salah satu pintu NERAKA.

Sebelah tangan Bidadari berhias 10 gelang Emas Syurga. setiap jari -jemari disarung cincin permata.Bidadari memakai gelang permata lu'lu' pada kakinya.Bidadari dalam Syurga dipanggil Al-Aina' العيناء .

Rasulullah meminta umatnya beribadat sepertinya kerana Rasulullah juga menyintai Bidadari.

Ibnu Masud Meriwayatkan:

Setelah Allah jadikan Syurga, Allah arahkan Malaikat Jibril melihat kejadian Syurga, lalu Malaikat Jibril mengelilingi Syurga, Apabila Bidadari tersenyum pada Malaikat Jibril, Syuga Adnin menjadi terang-benderang lalu Malaikat Jibril sujud pada Bidadari yang disangkakan Nur Allah, lalu Bidadari berkata : Wahai Aminullah angkatlah kepalamu.Maha Suci Allah yang telah menjadikan aku. Aku dicipta adalah untuk mereka yang sentiasa memilih keredhaan Allah apabila diberi pilihan dalam sesuatu perkara.Aku bukanlah untuk mereka yang sentiasa memilih NAFSU semasa diuji.

Rasulullah melihat Para Malaikat sedang membina Istana daripada Emas dan Perak didalam Syurga tiba-tiba Para Malaikat berhenti membina Istana tersebut kerana hamba Allah yang sedang berzikir telah berhenti berzikir.

Allah akan mengahwinkan orang yang benar-benar berpuasa, yang berpuasa zahir dan batin di dalam Khemah Permata Putih di dalam Syurga " حور مقصورات فى الخيام "

Disediakan juga untuk Bidadari dan Isteri Solehah:

1-70 Helai pakaian

2-70 Katil dari permata Yaqut Merah berserta 70 permaidani dan 70 orang khadam wanita. .

3-Setiap wanita akan dibantu seribu Khadam yang memegang Talam Emas yang sedia berkhidmat untuk orang-orang yang soleh.

Keistimewaan untuk Orang-orang yang Soleh yang berpuasa:

1-Khadam yang sedia mengurut setiap kesakitan yang telah dirasai di dunia semasa menunaikan puasa.

2-Seribu Dulang Emas untuk menyediakan makanan yang diidamkan oleh orang-orang soleh yang telah melaksanakan ibadat puasa dengan sempurna.

Begitulah Allah SWT menghargai Orang telah berpuasa dengan segala anggotanya dan tidak berhari-raya dengan kelakuan binatang yang melompat-lompat di khalayak ramai sambil menyebut nama-nama kuih yang mereka idamkan... meraka merasakan pemergian Ramadhan suatu kebebasan dan boleh bermaksiat kembali... sedangkan orang-orang soleh akan merasa kesedihan kerana kehilangan bulan kerahmatan,bulan keberkatan dan bulan pengampunan lalu mereka layani perasaan mereka dengan takbir dan Tahmid memuji Ilahi.

:)cgrock Biarlah hanya Bangsa Yahudi yang menjadi MONYET DAN KERA.. jangan ada bangsa lain didunia yang juga menjadi monyet dan kera.

potensipips
23-05-2011, 01:21 AM
tt... bagaimana nak bezakan antara menurut hawa nafsu dan tipu daya dari syaitan?


Adakah anda merasa malas? Jika benar, cepat-cepatlah berusaha melawan sikap malas. Malas ialah attitude yang negatif wajib dihindari oleh semua orang Islam. Sesetengah kita mungkin tidak dapat melepaskan diri dari sikap ini. Ada yang diuji dengan tahap malas yang keterlaluan, ada yang diuji dengan tahap malas yang sedikit. Apa pun bentuk malas yang ada, hakikatnya malas bukan satu ajaran Islam. Malas menurut al-Quran adalah attitude orang munafiqin. Firman Allah Taala [al-Nisa’ : 140] :

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap ugama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).

Ibn Kathir menafsirkan ayat di atas : “Ini adalah sifat orang munafikin dalam amalan paling baik da paling mulia iaitu solat. Apabila mereka hendak solat, mereka solat dengan malas kerana mereka tiada niat, tidak beriman dengannya, tidak takut (khashyah) dan tidak memahami maksud solat”.

Oleh itu, jika anda ada sikap malas, cepat-cepat buangkannya kerana ia sifat orang munafik. Orang yang munafik ialah orang yang cuba menipu Allah Taala. Tetapi, bagaimanakah cara hendak buangkan sikap malas? Saya cuba bawakan beberapa kaedah menghilangkan rasa malas menurut al-Quran dan al-Sunnah.

Pertama : Doa dan perbanyakkan doa
Gunalah senjata utama orang mukmin iaitu doa. Tokoh terkenal, Ibn Qayyim dalam karya beliau al-jawab al-kafi li man sa’ala an al-dawa’ al-shafi, menjelaskan ubat pertama dan kedua untuk mengubati jiwa mukmin ialah berdoa dan bersungguh-sungguh dalam doa.
Doa ialan ubat paling mujarab dan bermanfaat untuk mengubati semua bentuk ujian dan penyakit. Antara doa yang diajar oleh baginda s.a.w ialah :

اللهم إني أعوذ بك من الهرم والحزن، والعجز والكسل، والبخل والجبن، وغلبة الدين، وقهر الرجال
Maksudnya : “Ya Allah, aku berlindung denganMu dari penyakit tua dan kesedihan, dari lemah dan malas, dari bakhil dan penakut, dan kalah dengan hutang dan kekuatan lelaki”. [al-Bukhari]

Antara doa Nabi juga :
اللهم إني أسألك الثبات في الأمر، والعزيمة على الرشد

Maksudnya : “Ya Allah, aku memohon dariMu ketetapan dalam urusan kerja dan keazaman atas hidayat”.
Semuanya menunjukkan bahawa doa yang dapat menghalang sikap malas seseorang. Kalaulah Nabi boleh berdoa sebegini, inikan pula kita umatnya. Wajiblah kita mencontohi Rasulullah s.a.w. dalam semua sunnahnya.

Kedua : Lawanlah syaitan dan nafsu
Malas sebenarnya berpunca dari syaitan. Syaitan melatih nafsu manusia agar menjadi malas sama ada malas beribadat atau malas menunaikan tanggungjawab dan amanah yang dipikul.Tidakkah kita pernah mendengar hadis Nabi s.a.w. :

يعقد الشيطان على قافية رأس أحدكم إذا هو نام ثلاث عقد يضرب مكان كل عقدة عليك ليل طويل فارقد فإن استيقظ فذكر الله انحلت عقدة فإن توضأ انحلت عقدة فإن صلى انحلت عقدة فأصبح نشيطا طيب النفس وإلا أصبح خبيث النفس كسلان
Maksudnya : “Syaitan mengikat atas belakang kepala seseorang kamu ketika ia tidur sebanyak tiga ikatan. Sambil syaitan berkata pada setiap ikatan, ‘malam masih panjang maka tidurlah’. Apabila seseorang kamu terjaga dari tidur, lalu menyebut nama Allah nescaya akan terlerai satu ikatan. Jika ia mengambil wuduk nescaya terlerai satu ikatan lagi dan sekiranya ia solat nescaya terlerailah semua ikatan. Maka ia bangun waktu pagi dalam keadaan rajin cergas serta baik hatinya. Jika ia tidak (melakukan begitu), nescaya ia bangun pagi dalam keadaan buruk jiwanya sambil rasa malas”.

Hadis ini menunjukkan bagaimana kita perlu mencegah malas dengan cara yang diajar oleh Nabi s.a.w. Malas itu puncanya datang dari syaitan. Sememangnya syaitan sentiasa mencuba untuk menipu daya dan menyebabkan manusia lalai dari perintah Allah Taala.

Ketiga : Carilah ilmu
Saya akhiri tulisan kali ini, dengan kaedah ketiga untuk menghapuskan sikap malas. Iaitu timbalah ilmu sebanyak mungkin. Dengan ilmulah seseorang itu menjadi orang yang rajin dan cergas dalam hidupnya. Sebagai contoh, ilmu tentang fadilat dan kelebihan ibadat, menyebabkan seseorang rajin beribadat dengan syarat adanya keyakinan yang kuat tentang apa yang dipelajari. Oleh itu, orang yang mempunyai ilmu berkenaan fadilat solat jemaah, sangat rajin mengerjakan solat jemaah. Orang yang mempunyai ilmu tentang kelebihan dan fadilat solat Duha, akan menjadi rajin dan cergas untuk melaksanakannya.
Sebab itu, Rasulullah s.a.w. bersabda :

أثقل الصلاة على المنافقين صلاة العشاء وصلاة الفجر، ولو يعلمون ما فيهما لأتوهما ولو حبواً
Maksudnya : “Solat paling berat bagi orang munafiqin ialah solat isyak dan subuh. Sekiranya mereka mengetahui apakah (ganjaran) yang ada pada kedua-duanya, nescaya mereka akan datang bersolat walaupun dalam keadaan merangkak”.

Lihat kepada kata-kata Nabi : “Sekiranya mereka mengetahui apakah ganjaran”, menunjukkan pentingnya ilmu tentang kelebihan dan fadilat sesuatu ibabdat, kerana ia membantu anda menjadi rajin dan cergas dalam melakukannya.

Akhirnya, marilah sama-sama kita bermuhasabah diri sendiri adakah kita masih malas? Sekiranya masih bergelumang dengan malas, ayuhlah kita hilangkan sikap malas yang ada pada diri kita. Janganlah menjadi pengikut syaitan dan nafsu, tetapi jadilah pengikut iman dan akal.

potensipips
23-05-2011, 01:26 AM
KENALILAH NAFSU PADA DIRI ANDA
1. AMMARAH.
i) Bakhil atau kedekut.
ii) Tamak dan loba kepada harta benda.
iii) Berlagak sombong dan takabbur.
iv) suka bermegah megah dan bermewah mewah.
v) ingin namanya terkenal dan masyur.
vi)Hasad dengki.
vii)Berniat jahat dan khianat.
viii)Lupa kepada Allah swt.
ix)Dam lain lain sifat tercela.

2. LAWWAMAH.
i)Menyesali kesalahan diri atau menyesal berbuat kejahatan.
ii)Timbul perasaan takut kalau bersalah.
iii)Kritis terhadap apa yang dinamakan kejahatan.
iv)Hairan kepada diri sendiri,mengira dirinya lebih baik dari orang lain (ujub).
vi)Memperbuat sesuatu kebaikan agar dilihat dan dikagumi orang (riak).
vii)Menceritakan kebaikan yang telah diperbuatnya supaya mendapat pujian orang (sam'ah).
viii) Dan lain lain sifat tercela.

3. MULHAMMAH.
i) Tidak menyayangi harta benda (pemurah)
ii) Merasa cukup dengan apa yang ada(qana'ah)
iii)Mempunyai ilmu ladunni,yakni ilmu yang didapati dari ilham.
iv)Timbul perasaan merendah diri pada Allah (tadharuk)
v)Taubat ,memohon ampun pada Allah dari dosa yang telah dikerjakan.
vi)Sabar dalam segala hal yang menimpa.
vii)Tenang menghadapi segala kesulitan.
vii)Dan lain lain sifat terpuji.

4. MUTHMAINNAH.
i)Pemurah dan selalu tidak punya wang ditangan kerana suka bersedekah.
ii)Menyerahkan diri pada Allah(Bertawakkal).
iii)Bersifat arif dan bijaksana.
iv)Kuat beramal dan kekal mengerjakan ibadat.
v)Mensyukuri nikmat yang diperolehi dengan membesarkan Allah.
vi)Menerima dengan rasa puas apa yang dianugerahkan Allah(redha menerima qada dan qadar)
vii)Takwa kepada Alllah(takwallah)
viii)Dan lain lain sifat mulia.

5.RADHIYAH.
i)Zuhud dari dunia.
ii)Ihklas kerana Allah.
iii)Warak dalam ibadat.
iv)Meninggalkan sesuatu yang bukan pekerjaannya.
v)Menunaikan dan menetapkan hukum hukum Allah.
vi)Dan lain lain perangai terpuji dan mulia.

6.MARDHIYAH.
i)Baik budi pekertinya seperti akhlak Nabi Nabi.
ii)Ramah tamah dengan pergaulan dengan masyarakat sebagaimana perangai para nabi.
iii)Sentiasa merasa berdamping dengan Allah.
iv)Selalu berfikir pada kebesaran Allah.
v)Redha dengan apa saja pemberian Allah.
v)Dan lain lain budi pekerti yang luhur dan terpuji.

7.KAMILAH.
Cantuman semua sifat sifat terpuji dari lawammah ke mardhiyah.

Wallahu a'lam dan salam uhkwa untuk semua.

potensipips
23-05-2011, 01:29 AM
ALLAH MENOLAK DOA RASULULLAH

ALLAH MENOLAK 1 DARI 3 DOA RASULLULLAH

'Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : "Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit.

Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.

Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T : Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.

1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.

2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.

3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).
Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini cantik kita melihatnya ?

potensipips
23-05-2011, 01:32 AM
CARA MENJAUHKAN DIRI DARI MAKSIAT

MAKSIAT DAN CARA-CARA MENGHINDARINYA


"Sampaikan dariku walau pun satu ayat" - (Bukhari dan Tarmizi)
Segala pujian bagi Allah S.W.T., selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W., keluarganya, para sahabat serta tabiin sekalian.

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

Meninggalkan maksiat adalah lebih berat daripada mengerjakan taat (yang diperintah oleh Allah dan Rasul Nya), kerana mengerjakan taat senang dibuat oleh setiap orang tetapi meninggalkan syahwat (maksiat)hanya dapat dilaksanakan oleh para siddiqin (orang-orang yang benar.

Rasulullah S.A.W. bersabda : "Orang yang berhijrah dengan sebenarnya ialah orang yang berhijrah dari kejahatan. Dan mujahid yang sebenarnya ialah orang yang memerangi hawa nafsunya."

Apabila sesaorang melakukan sesuatu maksiat, maka sebenarnya ia melakukan maksiat itu dengan menggunakan anggota badan nya, bermakna ianya telah menyalahgunakan nikmat anggota yang dianugerahkan dan mengkhianati terhadap amanah yang telah diberikan kepada nya.

Rasulullah S.A.W. bersabda : "Maka kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan ditanyai akan kepimpinannya". Riwayat Bukhairi dan Muslim dari Ibnu Umar R.A.

Semua anggota akan menjadi saksi diatas segala perbuatan di Padang Mahsyar.

Firman Allah S.W.T :

"Dihari itu (Kiamat) akan bersaksilah keatas kamu oleh segala lidah mu, tangan mu dan kakimu dengan segala sesuatu yang telah kamu perbuat (di Dunia dahulu)." - Surah An Nur : Ayat 24.

"Pada hari ini (Kiamat) Kami akan kunci mulut-mulut mereka dan akan bercakap kepada Kami tangan-tangan mereka dan bersaksi dihadapan Kami kaki-kaki mereka terhadap apa-apa yang mereka telah lakukan (di Dunia dahulu)." Surah Yassin : ayat 65.

1) Menjaga Mata
Peliharalah mata daripada perkara-perkara seperti melihat perempuan yang bukan mahram, melihat gambar-gambar lucah, melihat orang lain dengan pandangan penghinaan dan melihat keaiban orang lain.

2) Menjaga Telinga
Menjaga telinga daripada mendengar perkara bida'ah, perkataan-perkataan yang jahat, perkataan yang sia-sia atau menyebut keaiban / kejahatan orang lain. Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sesungguhnya orang yang mendengar (seseorang yang mengumpat orang lain) adalah bersekutu (didalam dosa)dengan orang yang berkata itu. Dan dia juga dikira salah seorang daripada dua orang yang mengumpat."

3) Menjaga lidah
Lidah adalah anggota yang paling berkesan keatas diri sendiri dan juga terhadap orang lain. Berapa ramai nanti manusia yang akan dihumban kedalam api neraka dengan sebab jenayah lidah mereka. Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sesungguhnya sesaorang itu terkadang bercakap dengan satu percakapan dengan tujuan supaya orang lain menjadi tertawa dari sebab percakapannya itu. Dia tidak menyangka bahawa perkataan nya itu akan menyebabkan dirinya dihumbankan kedalam api neraka selama tujuh puluh tahun." - Riwayat At Tirmizi daripada Abu Hurairah R.A. Jagalah lidah mu dari perkara-perkara seperti bercakap bohong, mungkir janji, mengumpat, bertengkar / berdebat / membantah perkataan orang lain, memuji diri sendiri, melaknat makhluk Allah, mendoakan celaka bagi orang lain dan bergurau / memperolok atau mengejek orang lain.

4) Menjaga perut
Memelihara perut daripada memakan makanan yang haram atau yang syubahat ATAU berlebihan dalam memakan yang halal.

5) Menjaga Kemaluan
Menjaga kemaluan daripada apa-apa yang diharam kan oleh Allah S.W.T. Firman Allah S.W.T. :"Dan mereka yang selalu menjaga kemaluan mereka, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau apa-apa yang mereka miliki (daripada hamba jariah) maka mereka tidak tercela." Surah Al Mukminun : Ayat 5-6.

6) Menjaga Dua Tangan
Menjaga kedua tangan daripada memukul seseorang muslim dan daripada mencapai sesuatu yang diharamkan atau menyakiti sebarang makhluk Allah atau menulis sesuatu yang diharamkan atau menyakiti perasaan orang lain.

7) Menjaga Dua Kaki
Memelihara kedua kaki dari berjalan ketempat yang diharamkan atau berjalan menuju kepada pemerintah yang zalim tanpa ada darurat atau paksaan kerana dianggap menghormati diatas kezaliman mereka, sedangkan Allah menyuruh kita berpaling daripada orang yang zalim. Firman Allah S.W.T. : "Dan jangan kamu cenderung hati kepada orang yang zalim, nanti kamu akan disentuh oleh api neraka." - Surah Hud : ayat 113.

Kesimpulannya : Apabila kamu menggunakan anggota tubuh kamu bagi tujuan yang lain daripada yang dimaksudkan oleh Allah S.W.T. bermakna kamu tidak bersyukur(kufur)terhadap nikmat yang diberikan Nya kepada kamu.

Sabda Rasulullah S.A.W. : "Orang yang cerdik ialah orang yang selalu memperhitungkan dirinya dan ia suka beramal untuk bekalan sesudah mati, sedangkan orang yang Ahmaq (*****)ialah orang yang selalu mengikut hawa nafsunya dan hanya banyak berangan-angan kepada Allah S.W.T. (berangan untuk mendapatkan kebaikan diakhirat dan pengampunan tetapi ia tidak mahu beramal atau bertaubat). - Riwayat At Tirmizi.

Petikan dari Bidayatul Hidayah (Imam Al Ghazali) - Jazakumullahu khairan
Sesungguhnya yang baik itu daripada Allah dan sebarang salah dan khilaf, disengaja atau tidak adalah daripada saya sendiri... Mudah-mudahan ianya dapat dijadikan panduan dalam mendapatkan keredhaan Allah S.W.T. WabiLlahi Taufik Wal Hidayah, . - - "Aku tinggalkan dikalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada kedua nya, iaitu kitab Allah dan Sunnah Rasulullah S.A.W." - (Imam Malik)

potensipips
23-05-2011, 01:38 AM
RASULULLAH MENYELESAI PERSOALAN SAHABAT

Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu
anhu telah berkata : Telah datang seorang arab desa
kepada Rasulullah S.A.W yang mana dia telah menyatakan
tujuannya : Wahai Rasulullah! sesungguhnya kedatangan
aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku di dunia dan akhirat

. Maka baginda S.A.W telah berkata kepadanya Tanyalah apa
yang engkau kehendaki :

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang alim
Baginda S.A.W menjawab : Takutlah kepada Allah maka
engkau akan jadi orang yang alim

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang paling kaya
Baginda S.A.W menjawab : Jadilah orang yang yakin pada
diri maka engkau akan jadi orang paling kaya

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang adil
Baginda S.A.W menjawab: Kasihanilah manusia yang lain
sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri maka
jadilah engkau seadil-adil manusia

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang paling baik
Baginda S.A.W menjawab: Jadilah orang yang berguna
kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik
manusia

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang istimewa di
sisi Allah
Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan zikrullah nescaya
engkau akan jadi orang istimewa di sisi Allah

Dia berkata : Aku mahu disempurnakan imanku
Baginda S.A.W menjawab : Perelokkan akhlakmu nescaya
imanmu akan sempurna

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan orang
yang muhsinin (baik )
Baginda S.A.W menjawab : Beribadatlah kepada Allah
seolah-olah engkau melihatNya dan jika engkau tidak
merasa begitu sekurangnya engkau yakin Dia tetap
melihat engkau maka dengan cara ini engkau akan
Termasuk golongan muhsinin
Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka
yang taat
Baginda S.A.W menjawab : Tunaikan segala kewajipan
yang difardhukan maka engkau akan termasuk dalam
golongan mereka yang taat

Dia berkata : Aku mahu berjumpa Allah dalan keadaan
bersih daripada dosa
Baginda S.A.W menjawab : Bersihkan dirimu daripada
najis dosa nescaya engkau akan menemui Allah

dalam keadaan suci daripada dosa

Dia berkata : Aku mahu dihimpun pada hari kiamat di
bawah cahaya
Baginda S.A.W menjawab : Jangan menzalimi seseorang
maka engkau akan dihitung pada hari qiamat di bawah
cahaya

Dia berkata : Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari
Kiamat
Baginda S.A.W menjawab : Kasihanilah dirimu dan
kasihanilah orang lain nescaya Allah akan
mengasihanimu pada hari qiamat

Dia berkata : Aku mahu dihapuskan segala dosaku
Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan beristighfar
nescaya akan dihapuskan (kurangkan ) segala dosamu

Dia berkata : Aku mahu menjadi semulia-mulia manusia
Baginda S.A.W menjawab : Jangan mengesyaki sesuatu
perkara pada orang lain nescaya engkau akan jadi
semulia-mulia manusia

Dia berkata : Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia Baginda S.A.W menjawab : Sentiasa menyerah diri
(tawakkal) kepada Allah nescaya engkau akan jadi
segagah-gagah manusia

Dia berkata : Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah
Baginda S.A.W menjawab : Sentiasa berada dalam

keadaan bersih ( dari hadas ) nescaya Allah akan

memurahkan rezeki kepadamu

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka
yang dikasihi oleh Allah dan rasulNya
Baginda S.A.W menjawab : Cintailah segala apa yang
disukai oleh Allah dan rasulNya maka engkau termasuk
dalam golongan yang dicintai oleh Mereka

Dia berkata : Aku mahu diselamatkan dari kemurkaan
Allah pada hari qiamat
Baginda S.A.W menjawab : Jangan marah kepada orang
lain nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan
Allah dan rasulNya

Dia berkata : Aku mahu diterima segala permohonanku
Baginda S.A.W menjawab : Jauhilah makanan haram
nescaya segala permohonanmu akan diterimaNya

Dia berkata : Aku mahu agar Allah menutupkan segala
keaibanku pada hari qiamat
Baginda S.A.W menjawab : Tutuplah keburukan orang lain
nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari qiamat

Dia berkata : Siapa yang terselamat daripada dosa?
Baginda S.A.W menjawab : Orang yang sentiasa mengalir
air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada
kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan

Dia berkata : Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi
Allah?
Baginda S.A.W menjawab : Elok budi pekerti, rendah
diri dan sabar dengan ujian (bala )

Dia berkata : Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi
Allah?
Baginda S.A.W menjawab : Buruk akhlak dan sedikit
ketaatan

Dia berkata : Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di
dunia dan akhirat ?
Baginda S.A.W menjawab : Sedekah dalam keadaan

sembunyi ( tidak diketahui ) dan menghubungkan kasih
sayang
Dia berkata: Apakan yang akan memadamkan api neraka
pada hari qiamat?
Baginda S.A.W menjawab : sabar di dunia dengan bala
dan musibah Telah berkata Imam Mustaghfirin: aku tidak pernah menjumpai hadis yang besar dan merangkumi kesempurnaan agama dan bermanfaat selain hadis ini....

jimiee
23-05-2011, 01:40 AM
terima kasih byk2 tt
semoga Allah merahmati tt dan keluarga.

potensipips
23-05-2011, 01:42 AM
terima kasih byk2 tt
semoga Allah merahmati tt dan keluarga.

sama2 kita beroleh rahmat dariNYa

potensipips
23-05-2011, 01:42 AM
Tika ini,

langkah terasa payah,
nafas terasa lelah,
hati teramat gelisah,
menghadapi ujian yang Maha Esa..
Kalbuku,
yakinlah pada janji ar-Rahim,
kau tak pernah sendiri,
tidak mungkin jua terasa sunyi,
mustahil jua tandus tanpa cinta,
kerana kasih Nya sentiasa ada buatmu...
Nuraniku,
tabahlah kau menjamah getir ujian buatmu,
teguhlah kau terus berdiri,
kerana kau pasti mampu hadapinya,
itu janji Tuhan yang Esa...
Penawar,
biar perih terasa mengejar cinta Yang Esa,
dari terleka mencari fatamorgana yang fana,
berimanlah ini terbaik untukmu,
segala tersurat sudah,
kerana Dia Khaliqmu,
Maha mengetahui segala sesuatu,
pasti ada sebabnya setiap kisah hidupmu...

potensipips
23-05-2011, 01:47 AM
Semakin gemar berdoa untuk kebaikan bagi orang lain, semakin mustajab doa kita. Saat itu para malaikat turut berdoa untuk kebaikan kita

potensipips
23-05-2011, 01:48 AM
Sebuah musibah akan menjadi kenikmatan jika kita berhasil menyikapinya dengan syukur, sabar dan tawakal serta mampu mengambil hikmah dari setiap kejadian

potensipips
23-05-2011, 01:50 AM
SENYUM adalah bahasa dunia.
Ia menunjukkan keceriaan.

SENYUM adalah perhiasan batin yang dapat membantu
mengindahkan perhiasan
lahir yang tidak sempurna.

Setiap kali berhubung dengan orang lain, sewajarnyalah
kita SENYUM.

SENYUM adalah jalan pintas bagi menyatakan anda
menyukai seseorang.

"SENYUM" yang kamu berikan apabila berhadapan dengan
sahabatmu adalah satu
sedekah.

SENYUM adalah jambatan persahabatan.

SENYUM adalah satu perlabuhan yang pastinya tidak akan
merugikan.

Di Moscow, Rusia, ada sekolah yang mengajar untuk
SENYUM.

SENYUM harus ada ketululusan.

SENYUM yang dibuat-buat pasti tidak akan menyenangkan,
sama saja dengan
kening yang berkerut.

Adalah diperakui, setiap kali terSENYUM kita hanya
menggerakkan 15 otot
manakala ketika marah kita akan mengedutkan 63 otot di
bahagian muka.
Perbuatan mengerutkan dahi saja memerlukan gerak kerja
40 otot.
Bayangkanlah !!!

"SENYUM" juga adalah malaikat rahmat yang turun ke dunia.

Kebanyakkan SENYUM adalah jangkitan.

Apabila kita SENYUM orang akan SENYUM balik kepada kita.

Orang akan merasa dihargai bila kita SENYUM padanya,
sekligus ia akan
memberi tanggapan yang baik kepada diri kita. Lantas
.... kenapa kita tidak
muliakan ? Muliakan dengan diri kita.
SENYUMlah kepada orang yang tidak anda kenali hari ini.
Insya-Allah dia akan membalas SENYUMan anda itu.

Alangkah mudahnya membina rangkaian
persahabatan........ Willian Shakespere
mengatakan : "Apa yang anda kehendaki akan lebih cepat
diperolehi dengan
SENYUM daripada memotong dengan pedang"

Semasa bekerja, semasa belajar, SENYUMlah.
Ia akan menumbuhkan rasa keriangan dan kegembiraan.

Bila berhadapan dengan keadaan sukar SENYUMlah.
Bukankah ketawa yang sopan itu sehat.

Pujangga menyebut : "SENYUMan itu kelopak.
Tertawa itu bunga yang sempurna kembangnya

potensipips
23-05-2011, 01:53 AM
Terlebih dahulu izinkan saya panjatkan rasa syukur dan puji-pujian ke hadrat Allah swt. di atas restu dan izinNya yang mengatur dan memberi kekuatan untuk terus menyumbang dan bersama-sama para sahabat yang dirahmati. Selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad ibni Abdullah saw., kepada para ahli keluarganya dan para sahabat baginda, para tabi'in dan tabi' attabi'in serta seluruh muslimin dan muslimat yang dirahmati dan dikasihi Allah swt. Kepada semua penggerak wadah dakwah tercinta, saya doakan agar kalian terus-terusan mendapat panduan, kerahmatan dan bantuan dari Allah swt. Tidak lupa juga salam kerberkatan untuk semua sahabat yang lain yang mencintai akan kebenaran dan memperjuangkan akan keadilan.

Ketahuilah hikmah ditentukan solat ditetapkan lima waktu berserta rakaatnya. Hukama' ada berkata "Ditentukan tiap-tiap solat itu (kerana) setiap solat (diwakilkan) oleh seseorang Nabi daripada Anbiya Allah swt. pada waktunya"


Solat Subuh
Nabi yang pertama sekali solat fardhu Subuh ialah Nabi Adam as. tatkala baginda keluar daripada syurga. Melihat akan zulmah (kegelapan), Nabi Adam as. menjadi takut yang amat sangat. Di kala Subuh dan pecah (terbit) fajar, solatlah Nabi Adam as. dua rakaat


Rakaat pertama bermaksud syukur Nabi Adam as. kerana dilepaskan daripada kelam (kegelapan)
Rakaat kedua bermaksud syukur Nabi Adam as. kerana kembali siang hari (terbit fajar)
Solat Zuhur


Firman Allah swt. di dalam Surah As-Saaffaat ayat 102 dan 103

[102] Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar"

[103] Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami)



Nabi yang pertama sekali yang menunaikan solat Zuhur ialah Nabi Ibrahim as. tatkala keluar perintah Allah swt. yang menyeru Nabi Ibrahim as. menyembelih anakandanya Nabi Ismail as. Datangnya perintah Allah swt. pada ketika gelincir (sedikit) matahari. Maka bersolatlah Nabi Ibrahim as. empat rakaat


Rakaat pertama bermaksud syukur bagi penebusan
Rakaat kedua bermaksud membukakan (meleraikan) dukacita anakandanya
Rakaat ketiga bermaksud menuntut keredhaan Allah swt.
Rakaat keempat bermaksud sebab diberi penebus (tukar ganti) yang amat besar seperti mana firman Allah swt. di dalam Surah As-Saaffaat ayat 107


[107] Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan (kibasy) yang besar;

Nota: Kibasy yang dibawa turun daripada syurga iaitu kibasy Habil


Solat Asar
Nabi Yunus as. adalah nabi yang pertama sekali menunaikan solat Asar ketika Allah swt. mengeluarkan baginda daripada perut ikan Nun ibarat burung yang tidak berbulu. Keadaan Nabi Yunus as. ibarat berada di dalam empat kelam
i. Kelam zulmah kesalahan
ii. Kelam airnya
iii. Kelam malam
iv. Kelam perut ikan

Ketika Nabi Yunus as. berjaya keluar daripada perut ikan Nun pada waktu Asar dan bersolatlah Nabi Yunus as. sebagai tanda kesyukuran kepada Allah swt. daripada terlepasnya empat zulmah (kegelapan) itu tadi


Solat Maghrib
Solat Maghrib adalah solat Nabi Isa as. tatkala baginda diangkat oleh Allah swt. daripada kaumnya. Pada waktu itu matahari telah jatuh (maghrib)


Rakaat pertama bermaksud menafkan adanya tuhan selain daripada Allah swt.
Rakaat kedua bermaksud menafikan tohmahan terhadap bondanya, Mariam daripada dituduh kaumnya
Rakaat ketiga bermaksud memberi bukti tuhan itu satu iaitu Allah swt. Kerana dengan ini juga kedua-dua rakaat dia atas itu saling berhubung. Manakala yang ketiga itu tinggal sendirinya
Solat Isya

Nabi Musa as. adalah nabi yang pertama menunaikan solat Isya tatkala baginda sesat sewaktu keluar daripada negeri Madyan (perbatasan Hijaz dan Syam). Pada saat itu juga isteri Nabi Musa as., Shafura (anakanda Nabi Syu’aib as.) berada di dalam keadaan berdukacita dan begitu juga saudaranya Nabi Harun as. turut di dalam keadaan berdukacita, musuh Nabi Musa as., Firaun turut berdukacita berserta beberapa orang anaknya.

Maka dilepaskan oleh Allah swt. mereka daripada keadaan dukacita dengan janjNYA dan berlaku pada waktu Isya yang akhir. Maka solatlah Nabi Musa as. sebagai tanda syukur terlepas daripada segala bentuk dukacita yang empat itu.


Pada riwayat yang lain ada juga menyebut solat Subuh itu solat Nabi Adam as., solat Zuhur itu solat Nabi Daud as., solat Asar bagi Nabi Sulaiman as., Nabi Ya'akub solat Maghrib dan Isya itu solat Nabi Yunus as.

potensipips
23-05-2011, 01:58 AM
Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para
hadirin memikirkan
sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit
sebanyak "Dalam diri-diri kamu ada kebesaran
Tuhan". Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak
tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan
kita. Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan
angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1
dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu
bilangan nama Allah. Berikut adalah antara
intipati syarahannya secara ringkas:-

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?
Mengikut cara Rasulullah s.a.w, beliau akan
menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya
dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah
saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari
kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan
menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah
makan nasi dan lauknya.

Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada
mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di
tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini
adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu
merupakan enzim yang dapat menolong proses
penghadaman (digestion), ia merupakan the first
process of digestion.

Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah
sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan
kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah
sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari
tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi
(tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.

Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber
mineral, garam juga adalah penawar yang paling
mujarab bagi keracunan, mengikut Dr,
dihospital-hospital, the first line of treatment
for poisoning adalah dengan memberi Sodium
Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang
sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin
menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan
mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan
makanan itu betul-betul lumat agar perut kita
senang memproseskan makanan itu.

3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim).
Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan
penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat
perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah
dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari
sumber makanan itu.

Cara Rasulullah minum.

Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh
tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram.
Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan
bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita
minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan
meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu
akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung
kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan
mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang
apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3,
iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu
menjadi acidic.

Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas.

Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas
sehingga habis. Mengapa Islam menyuruh di sebat100 kali rang belum berkahwin yang berzina, dan
merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina?


Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah
putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit.
Dansel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang,
berdekatan dengan sum-sum tulang manusia.

Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat
mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki
yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10
unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah
kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan
suami isteri. Jadi apabila lelaki yang belum
berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah
disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia
disebat di belakangnya, suatu amaran tentang
kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu
sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika
ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi
melawan virus HIV itu. Tetapi jika lelaki itu
sudah berkahwin, walaupun disebat
100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit
antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannya
direjam hingga mati agar dia tidak dapat
merebakkan virus HIV itu.

Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg
disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar. Harap ia akan
memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit
informasi yang diberikan oleh Mudaris(guru) ana,
Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah.

Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan
mengapa ia empat persegi (cube). Ia terletak di
posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian
oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab,
didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu,
adalah betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia
empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah
yang bergerak maju bersama, equality and unity,
tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia
diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg
berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain.
Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi
melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi
dan Syafi'i, melambangkan kebenaran keempat-empat
Imam tersebut.

Sekian buat renungan bersama

potensipips
23-05-2011, 02:00 AM
JANJI -JANJI SYAITAN

IBLIS dan syaitan adalah musuh kita yang nyata manusia. Kedua-duanya termasuk golongan jin yang dijadikan daripada api sangat panas dan tergolong dalam spesies makhluk ghaib, iaitu tidak kelihatan dengan mata kasar manusia biasa, kecuali apabila ia menjelma dalam bentuk tertentu.

Syaitan dan iblis mempunyai empayar kerajaan yang besar, malah ada pihak mendakwa nisbah seorang manusia 99 jin, manakala satu jin 99 malaikat, menunjukkan banyaknya makhluk terbabit yang mempunyai tugas masing-masing.


Antara tugas syaitan ialah:

1. Menghasut manusia untuk melakukan kejahatan. Sebab itu Allah mengingati manusia supaya berwaspada dengan hasutan terbabit.

“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. Ia hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara yang keji, dan menyuruh kamu berkata dusta terhadap Allah, apa yang kamu tidak ketahui.” (al-Baqarah:168-169)

2. Menakut-nakutkan manusia. Syaitan juga bekerja menakutkan dan membimbangkan manusia, terutama berdepan persoalan rezeki, dengan hidup miskin dan susah.

“Syaitan itu menjanjikan kamu dengan kemiskinan dan kepapaan, dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji; sedangkan Allah menjanjikan kamu keampunan daripada-Nya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah kurnia-Nya, lagi Maha Mengetahui.” (al-Baqarah:268)

3. Menyesatkan manusia. “Tidakkah engkau melihat orang yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya ingkar kepada taghut itu. Dan syaitan hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya.” (an-Nisa’:60)

4. Menimbulkan permusuhan sesama manusia. Cara syaitan ialah menimbulkan syak wasangka, hasad dengki dan kebencian. “Sesungguhnya syaitan itu berkehendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan arak dan judi…” (al-Maidah:91)

5. Melalaikan dan menghalang manusia daripada mengingati Allah. “…dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan solat. Oleh itu, mahukah kamu berhenti?” (al-Maidah: 91)

6. Mencari calon penghuni neraka. “Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagimu, maka jadikanlah dia musuh; sebenarnya dia hanya menyeru golongannya supaya menjadi penduduk Neraka.” (Fathir:6)

7. Berusaha merayu manusia supaya mencintai dan memujanya. “Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata bagimu!” (Yasin: 60)

8. Disebabkan tidak senang dengan ketenangan manusia, syaitan mengada-adakan pelbagai onar, termasuk membisikkan sesuatu ke telinga dan hati manusia.
“Dari kejahatan pembisik, penghasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. Dari kalangan jin dan manusia.” (an-Nas: 4-6)

fitlite
23-05-2011, 02:46 AM
klo kau rasa payah itu kau punya pasal
jgn libatkan orang lain jd payah mcm kau.

payah sbb kita ambik mudah..
contohnya sng saje..
klo xpegi keje...ape kate bos kita?
klo kate hari kerja xleh p sbb pnat..
hari cuti mner plak?..

thanks tt, byk ilmu kt sini:)cgrock

jimiee
23-05-2011, 02:57 AM
payah sbb kita ambik mudah..
contohnya sng saje..
klo xpegi keje...ape kate bos kita?
klo kate hari kerja xleh p sbb pnat..
hari cuti mner plak?..

thanks tt, byk ilmu kt sini:)cgrock

aku x paham la mksd ayat ko ni bro
boleh tolong jelaskan ckit

potensipips
23-05-2011, 03:29 AM
CARA MENGHADAPI MUSIBAH

Allah s.w.t berfirman, mafhumnya,

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayatNya. (QS. al-Baqarah:155-157)

Di dalam musnad Imam Ahmad, Nabi s.a.w bersabda,

"Tidaklah seorang hamba yang ditimpa musibah mengucapkan, "Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un, ya Allah berilah aku pahala dalam musibahku ini dan gantilah untukku dengan sesuatu yang lebih baik," kecuali Allah akan memberikan pahala dalam musibahnya dan akan memberikan kepadanya ganti yang lebih baik." (HR. Ahmad 3/27)

Kita Milik Allah Dan Kembali Kepada-Nya

Jika seorang hamba benar-benar menginsafi bahwa dirinya adalah milik Allah s.w.t. dan akan kembali kepada-Nya maka dia akan terhibur tatkala ditimpa musibah. Kalimat istirja' ini merupakan penyembuh dan penawar paling mujarab bagi orang yang sedang ditimpa musibah. Dia memberikan manfaat baik dalam waktu dekat maupun di waktu yang akan datang. Kalimat tersebut memuat dua prinsip yang sangat agung. Jika seseorang mampu merealisasikan dan memahami keduanya maka dia akan terhibur dalam setiap musibah yang menimpanya. Iaitu,

Pertama; Bahwasanya manusia, keluarga dan harta pada hakikatnya adalah milik Allah s.w.t. . Ianya bagi manusia tidak lebih hanya sebagai pinjaman, sehingga jika Allah s.w.t. mengambilnya dari seseorang maka ia ibarat seorang pemilik barang yang mengambilnya kembali dari si peminjam. Demikian juga manusia sebenarnya tidak mempunyai apa-apa , sebelumnya (ketika lahir) dia tidak memiliki apa-apa dan setelahnya (ketika mati) ia pun tidak memiliki apa-apa lagi.

Dan segala sesuatu yang dimiliki oleh seorang hamba tidak lebih hanya seperti barang pinjaman yang bersifat sementara. Seorang hamba juga bukanlah yang telah menjadikan dirinya memiliki sesuatu setelah sebelumnya tidak punya. Dan diapun bukanlah menjadi penjaga terhadap segala miliknya dari kebinasaan dan kelenyapan, dia tidak mampu untuk menjadikan miliknya tetap terus kekal bersamanya . Walau apapun usaha seorang hamba dia tidak akan mampu untuk menjadikan miliknya kekal abadi, juga tidak mampu menjadikan dirinya sebagai pemilik hakiki.

Dan juga seseorang itu hendaklah membelanjakan apa-apa yang dimilikinya berdasarkan perintah pemiliknya yang hakiki, memperhatikan apa yang diperintahkan dan apa yang dilarang. Dia membelanjakan bukan sebagai pemilik, kerana Allah-lah Sang Pemilik, maka tidak boleh baginya membelanjakan pinjaman itu kecuali dalam hal-hal yang sesuai dengan kehendak Pemilik Yang Hakiki.

Ke dua; Bahwa kesudahan dan tempat kembali seorang hamba adalah kepada Allah Pemilik yang Haq. Dan seseorang sudah pasti akan meninggalkan dunia ini lalu menghadap Allah s.w.t. sendiri-sendiri sebagaimana ketika mula-mula diciptakan, tidak memiliki harta, tidak membawa keluarga dan anak isteri. Akan tetapi manusia menghadap Allah dengan membawa amal kebaikan dan keburukan.

Jika awal mula dan kesudahan seorang hamba adalah demikian maka bagaimana dia akan berbangga-bangga dengan apa yang dia miliki atau berputus asa dari apa yang tidak dimilikinya. Maka memikirkan bagaimana awal dirinya dan bagaimana kesudahannya nanti adalah merupakan penawar paling mujarab untuk mengubati sakit dan kesedihan. Demikian juga dengan mengetahui secara yakin bahwa apa yang akan menimpanya pasti tidak akan sia-sia atau luput dan begitu juga sebaliknya.

Allah s.w.t. berfirman, mafhumnya,

Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.

(QS. al-Hadid:22-23)

Ingat Nikmat Yang Masih Ada

Bandingkan besarnya musibah dan besanya nikmat yang telah diterima. Maka akan didapati bahwa Allah s.w.t masih memberikan nikmat seumpama musibah malah sebenarnya lebih banyak lagi. Dan jika seseorang bersabar dan redha maka Allah s.w.t. akan memberikan sesuatu yang lebih baik dan besar daripada apa yang hilang dalam musibah, bahkan mungkin dengan berlipat ganda. Dan jika Allah s.w.t. menghendaki maka akan menjadikan lebih dan lebih lagi dari yang ada.

Musibah Menimpa Semua Orang

Sedarlah bahawa musibah itu pasti dialami oleh semua orang. Lihatlah ke kanan, maka akan didapati di sana orang yang sedang diberi ujian, dan jika menengok ke kiri maka di sana ada orang yang sedang ditimpa kerugian dan malapetaka. Dan seorang yang berakal, sekiranya ingin memperhatikan sekelilingnya maka dia tidak akan mendapati kecuali di sana pasti ada ujian hidup, entah dengan hilangnya barang atau orang yang dicintai atau ditimpa sesuatu yang tidak disukai dalam hidup.

Kehidupan dunia tidak lain adalah ibarat kembangnya tidur atau bayang-bayang yang pasti lenyap. Jika dunia mampu membuat orang tersenyum sesaat maka dia mampu mendatangkan tangisan yang panjang. Jika ia membuat bahagia dalam sehari maka ia pun membuat duka sepanjang tahun. Kalau hari ini memberikan sedikit maka suatu saat akan menahan dalam waktu yang lama. Tidaklah suatu rumah dipenuhi dengan keceriaan kecuali suatu saat akan dipenuhi pula dengan duka.

Ibnu Mas'ud r.a berkata, "Pada setiap kegembiraan ada duka, dan tidak ada satu rumah pun yang penuh dengan kebahagiaan kecuali akan dipenuhi pula dengan kesedihan. Berkata pula Ibnu Sirin, "Tidak akan pernah ada senyuman yang berterusan , kecuali setelahnya pasti akan ada tangisan."

Hindun binti an-Nu'man berkata, "Kami melihat bahwa kami adalah termasuk orang yang paling mulia dan memiliki harta paling banyak, kemudian matahari belum sampai terbenam sehingga kami telah menjadi orang yang tidak punya apa-apa. Dan merupakan hak Allah s.w.t. bahwa tidaklah Dia memenuhi suatu rumah dengan kebahagiaan, kecuali akan mengisinya pula dengan kesedihan." Dan ketika seseorang bertanya tentang apa yang menimpanya maka dia mengatakan, "Kami pada suatu pagi, tidak mendapati seseorang pun di Arab kecuali berharap kepada kami, kemudian kami di petang harinya tidak mendapati mereka kecuali menaruh belas kasihan kepada kami."

Keluh Kesah Menambahkan Penderitaan

Sedarlah bahawa keluh kesah tidak akan dapat menghilangkan musibah. Bahkan hanya akan menambah serta melipatgandakan sakit dan penderitaan.

Musibah Terbesar Adalah Hilangnya Kesabaran

Ingatlah bahwa hilangnya kesabaran dan sikap berserah diri adalah lebih besar dan lebih berbahaya daripada musibah itu sendiri. Kerana hilangnya kesabaran akan menyebabkan hilangnya keutamaan berupa kesejahteraan, rahmat dan hidayah yang Allah s.w.t. kumpulkan tiga hal itu dalam sikap sabar dan istirja' (mengembalikan urusan kepada Allah).

potensipips
23-05-2011, 03:31 AM
KEPERLUAN TIDUR

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi telah bersabda:

"Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri."

Hadis ini menampakkan tentang kaitan di antara mengantuk dan penurunan kualiti amal serta produktiviti seseorang. Kesan Mengantuk Ke Atas Ekonomi Dan Juga Produktiviti. Banyak kes-kes kemalangan dilapurkan berpunca dari mengantuk dan kurang tidur. Justeru itu kerana kepentingannya, Kerajaan Amerika telah menubuhkan sebuah yayasan yang bernama Yayasan Tidur Negara (National Sleep Foundation) untuk mengkaji tentang kesan tidur terhadap produktiviti kerana masalah ketiduran
(insomnia and sleeping problems) telah memberikan banyak kesan negatif kepada manusia dan ekonominya. Pada tahun 1995, Jabatan Pengangkutan Amerika telah melaporkan bahawa 100,000 kemalangan di jalan raya dan industri di Amerika adalah berkaitan dengan masalah tidur yang melibatkan kehilangan 1500 nyawa setahun.

(Dr. Stanley Coren; 'Sleep Deprivation, Psychosis and Mental Efficiency,' Psychiatric Times, March 1998)

Suruhanjaya khas untuk mengkaji tentang masalah ketiduran di Amerika telah melapurkan bahawa masalah ini telah menjejaskan produktiviti dan menyebabkan kerugian $100 - $150 billion setahun. (Dr. Stanley Coren; Ibid) Saintis-saintis dari Universiti Chicago telah mendapati bahawa kekurangan tidur akan menyebabkan gangguan kepada proses pengeluaran hormon, melemahkan kemampuan badan untuk memanfaatkan kabohidrat di dalam badan, dan mengujudkan keadaan yang seakan penyakit kencing manis.

(Rujukan: Tinker Ready (2000); 'Naps: The Art of Snoozing')

Seseorang yang tidur 3-4 jam kurang daripada kadar tidurnya yang biasa, akan mudah mengalami tekanan perasaan (stress) dan akan mudah dijangkiti kuman, disebabkan oleh sistem pertahanannya yang menjadi lemah. Penemuan ini telah dilapurkan di dalam majalah perubatan 'Lancet' pada pada bulan Oktober, 1999.

(Rujukan: Lancet: 'Impact of Sleep on Metabolic & Endocrine Function)

Tidur Dan Kerehatan Yang Berpatutan Adalah Ibadah

Islam adalah satu agama yang seimbang. Ia mementingkan tidur dan kerihatan agar ibadah dan aktiviti akan dapat dilakukan dengan baik. Dalam sebuah hadis disebutkan tentang kisah Abu Darda' yang, di antaranya, tidak mahu tidur malam kerana ingin melakukan ibadah. Salman, sahabatnya, telah menegurnya dengan berkata:

"Tuhanmu ada hak ke atasmu, badanmu ada hak ke atasmu dan isterimu ada hak ke atasmu. Berikan kepada semua ini haknya." Ketika Nabi mendengar perkataan Salman, Baginda berkata: "Benarlah Salman." (Bukhari)

Islam tidak hanya menyuruh seseorang itu tidur, malah menekankan bahawa ia adalah hak badan yang perlu ditunaikan. Dalam hadis yang lain diceritakan bahawa Baginda Nabi telah memasuki Masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, Baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan sembahyang. Nabipun terus mengeluarkan arahan:

"Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk hendaklah tidur."

(Bukhari-Muslim)

Semua ini menunjukkan bahawa Islam amat mementingkan produktiviti yang berkualiti dalam setiap amalan. Ia juga menampakkan tentang perkaitan di antara produktiviti dan kualiti dengan tahap kecergasan diri seseorang. Tidur secara yang mansabah adalah merupakan salah satu cara untuk mengembalikan kecergasan diri.

Sunnah Tidur Tengahari Dan Penemuan Semasa

Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya. Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi: "Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya."

Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat zohor."

Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji.

potensipips
23-05-2011, 03:32 AM
UBATILAH ANAK ANDA

tip yang biasanya diamalkan oleh ibu bapa yang ingin menjadikan anak mereka hamba Allah yang baik dan taat padaNya. Berikut adalah waktu-waktu yang mustajab doa:

1. 10 minit sebelum anak tidur




* Baca Fatihah (1 kali)



* Baca Ayat Kursi (1 kali)



* Baca Surah al-Insyirah (1 kali)



* Baca Surah Toha ayat 1-5 (1 kali)

Kemudian hembuskan diubun-ubun anak sambil niatkan supaya dia menjadi anak yang soleh, cemerlang, lembut hati, rajin belajar rajin solat dan lain-lain.

2. Semasa anak-anak sedang tidur, lakukan perkara di atas .

3. Waktu anak bangun tidur

4. Waktu anak selepas mandi

5. Waktu anak selepas solat

6. Waktu anak selepas baca Quran

7. Waktu anak selepas riadah

potensipips
23-05-2011, 03:35 AM
Di kiri kekufuran di kanannya iman
Di sisi suami di hati seorang ayah
Di antara hukum dan di antara cinta
Berdirinya dikau di tengah-tengahnya
Bukan mudah menjadi putri Rasulullah
Ketika suamimu masih jahiliyyah

SUAMI DAN AYAH VS KUFUR DAN ISLAM

Apa yg dpt saya ceritakan di sini adalah, semasa mula2 Rasulullah menerima wahyu dari Allah buat pertama kalinya membawa agama Islam di bumi Mekah, Zainab sudahpun mendirikan rumahtangga dengan Abul Asy iaitu sepupu beliau, anak kepada kakak Khadijah (ibu Zainab) yang bernama Halah ibnu Khuwailid. Abul Asy pada ketika itu sedang berdagang di luar Mekah. Zainab merasa ketenangan apabila menganut agama Islam yang dianutinya dan beliau amat tidak sabar untuk berkongsi kegembiraan itu bersama suaminya. Apabila suaminya pulang, beliau cukup berdukacita apabila suaminya enggan memeluk Islam bersama. Oleh sebab enggan bertengkar, Abul Asy ke Bandar Mekah untuk melihat sendiri apa yg telah berlaku dan bertemu dengan bapa mertuanya iaitu Rasulullah. Namun, Abul Asy masih lagi enggan menerima Islam sebagai agama barunya.

Hijrah kau tertahan
Engkau keseorangan
Memelihara iman
Di tengah kekufuran
Takdir menentukannya suamimu tertawan
Di medan Badar yang sangat menggetirkan
(Zainab kau sungguh tabah dipenuhi kesabaran)

HIJRAH RASULULLAH MENDUKACITAKAN ZAINAB

Di Mekah, ramai penduduk yang tidak menerima malah memusuhi Rasulullah. Selepas Rasul berdukacita disebabkan kematian bapa saudaranya Abu Talib (yang tidak sempat memeluk Islam) dan kemudiannya kematian isterinya Khadijah menyebabkan baginda bertekad untuk berhijrah ke Madinah. Zainab ditinggalkan bersama suaminya. Zainab cukup sedih dengan pemergian bapanya dan adik-beradiknya yang lain. Zainab berasa seperti hilang tempat bergantung. Terasa juga serba salahnya apabila melihat ramai orang Islam yang menyusul berhijrah. Dia masih lagi bersama suaminya yang masih kufur. Perit sekali hati Zainab ketika itu.

2 tahun selepas itu, Abu Sufyan mengumpulkan 1000 tenteranya untuk menyerang orang Islam di Madinah. Suaminya juga turut serta. Sedih dan berdebar kerana memikirkan bapanya di Madinah dan suaminya yang mahu menyerang. Namun, peperangan pertama yang dipanggil Perang Badar memberi kemenangan kepada tentera islam yang hanya 303 org menewaskan 1000 org kafir. Abul Asy telah ditawan di dalam perang itu. Lega di hati Zainab kerana bapanya terselamat, tetapi sebak apabila mengetahui suaminya adalah di antara tentera kafir yang menjadi tawanan.

Lalu kau hulurkan kalungan kenangan
Sebagai penebus suami tersayang
Menitis airmata rasul melihatnya
Melihat si khadijah seolah berbicara
Ya, binta Rasulullah

KALUNG ZAINAB DAN AIRMATA RASULULLAH

Lalu, Zainab menghantar seutas kalung pusaka yang pernah diberi oleh ibunya untuk dijadikan penebus suaminya. Terkedu baginda Rasulullah menerimanya, kerana baginda memang kenal dengan kalung pemberian allahyarhamah isterinya kepada Zainab sempena walimahnya dengan Abul Asy.

Tika sampailah waktu dibebaskan suaminya
Namun perintah allah memisahkan keduanya
Bahang panasnya gurun manusuk hingga ke sukma
Zainab mulakan hijrah yang disambut demi cinta
Tika perjalanannya unta dibunuh
Dan berguguran kandungan

HIJRAH ZAINAB DAN WAHYU

Maka, Abul Asy pun dilepaskan dengan disuruh membawa kalung tersebut kepada Zainab semula. Namun, Abul Asy dikehendaki untuk melepaskan Zainab dan membawanya pada Rasulullah ke Madinah. Pada masa itu, baru turun ayat mengharamkan suami isteri berlainan agama tinggal bersama.

Abul Asy menerima arahan tersebut dan mengarahkan adiknya untuk membawa Zainab pulang kepada bapanya di madinah. Beliau sebenarnya tidak tergamak untuk membawa Zainab pulang tetapi oleh kerana sudah berjanji dengan Rasulullah, beliau terpaksa melakukannya jua. Maka, Kinanah (adik Abul Asy) mengiringi Zainab keluar dari Mekah dan Abul Asy berpesan agar dapat menjaganya bagaikan menjaga nyawa Kinanah sendiri. Kebetulan Zainab ketika itu sedang hamil 4 bulan.

Dalam perjalanan, Abu Sufyan telah menghalang perjalanan Zainab sehinggakan unta yang ditunggangi Zainab ditombak. Maka, jatuhlah Zainab sehinggakan gugur kandungannya. Jadi, Zainab terpaksa dibawa semula ke mekah untuk dirawat. Setelah itu, barulah diserahkan kepada Rasulullah melalui Zaid bin Harithah. Kedatangannya disambut dengan kegembiraan sanak saudara dan Rasulullah sendiri. Namun jauh disudut hatinya, beliau masih rindukan Abul Asy.

Zainab kau sungguh tabah dipenuhi kesabaran
Tidak rasa keliru antara dua persimpangan
Antara dua kasih suami dan juga ayah
Juga antara cinta dan taat pada tuhan
Berjaya kau menempuhi segala rintangan
Demi cinta

BERPISAH DAN BERTEMU KERANA ISLAM

Sehinggalah pada satu ketika, mereka disatukan semula apabila Abul Asy menerima Islam sebagai agama anutannya. Zainab gembira tidak terhingga, kesabaran beliau membuahkan hasil. Namun mereka hanya sempat bersama sebagai suami isteri selama 1 tahun dan dalam 1 tahun itu Zainab dikatakan sering sakit-sakit kesan dari keguguran yang pernah dialaminya dulu. Dan selepas 2 tahun pemergian Zainab, Abul Asy pula menyusul mengikut jejak langkahnya. Begitulah berakhirnya kisah cinta Zainab. Cinta seorang isteri pada suaminya dan juga agamanya. Zainab dan Abul Asy berpisah kerana Islam dan bertemu juga kerana Islam.

potensipips
23-05-2011, 03:43 AM
LAPAN PERHIASAN

1-Tidak meminta perhiasan untuk mengelak dari kefakiran
2-Bersyukur adalah perhiasan pada nikmat agar terus diberkati.
3-Sabar adalah perhiasan yang boleh mengelak dari bencana.
4-Banyak Sabar adalah perhiasan yang mendatang pelbagai ilmu.
5-Tawadduk merupakan perhiasan yang dapat menyucikan keturunan.
6-Rendah diri adalah pakaian untuk penuntut ilmu.
7-Meninggalkan pemberian adalah perhiasan membawa kebaikan.
8-Khusyuk adalah perhiasan pada solat.

wokyoh fx
23-05-2011, 03:45 AM
huuuh hebatlah TT .. tokdan ambo nak menyelit smpai berpage2 laa .. terbaik ni .. :)cgrock:)cgrock

potensipips
23-05-2011, 03:46 AM
Hati yang sudah mati ialah hati tidak berfungsi sebagaimana fitrahnya hati itu dijadikan. Fitrah kejadian hati ialah untuk menerima aqidah dan keimanan kepada Allah swt. Hati yang mati telah ditutup dan dihijab oleh Allah swt daripada menerima iman dan hidayah Allah swt. Hati diselubungi dan dikuasai oleh hawa nafsu syaitaniah yang sentiasa mendorong manusia untuk melakukan dosa, maksiat dan kejahatan.


Apabila hati sudah tidak berfungsi, maka hawa nafsulah yang menerajui kekuasaan hati, Justeru kehidupan mereka bergelomang dengan dosa dan maksiat. Kehidupan mereka penuh dengan kesombongan dan ketakabburan. Kehidupan mereka tiada panduan, apa yang mereka lakukan berdasarkan kepada perasaan. Mereka berada dalam kesesatan dan kedurjanaan sedangkan mereka tidak menyedari kesesatan dan kedurjanaan yang mereka lakukan disebabkan hati mereka sudah mati dan tertutup.


Firman Allah swt;

الَّذِينَ يُجَادِلُونَ فِي آَيَاتِ اللَّهِ بِغَيْرِ سُلْطَانٍ أَتَاهُمْ كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ وَعِنْدَ الَّذِينَ آَمَنُوا كَذَلِكَ يَطْبَعُ اللَّهُ عَلَى كُلِّ قَلْبِ مُتَكَبِّرٍ جَبَّارٍ (35)) [غافر:

Maksudnya; Dan orang-orang yang menyanggah ayat-ayat Allah tanpa mendatangkan bukti, kemurkaan amat amat besar disisi Allah swt dan orang-orang yang beriman. Begitulah Alllah menutup hati yang sombong dan takabbur.

Ciri-ciri hati yang mati.

Orang yang hatinya mati ialah orang yang tidak menerima iman dan hidayah Allah swt. Itulah orang-orang kafir dan musyrik yang dimurkai Allah swt. Justeru antara sifat-sifat orang yang hatinya telah mati ialah seperti berikut;

1. Menolak keimanan kepada Allah swt dan Rasulnya serta perkara-perkara yang wajib diimani sebagai orang Islam.
2. Menyekutukan Allah swt .
3. Menolak ajaran Islam dan memilih kekufuran.
4. Tidak ada perasaan rasa bersalah apabila melakukan dosa dan maksiat.
5. Menjadikan akal dan fikiran dan logik semata-mata dalam membuat penilaian dan keputusan.
6. Menjadikan dunia sebagai matlamat hidup mereka.
7. Tidak mempercayai dosa dan pahala serta kehidupan alam akhirat.
8. Sentiasa melakukan penindasan dan kezaliman di atas muka bumi.
9. Tidak mengenal halal dan haram dalam kehidupan mereka.


Ya Allah ya Tuhan kami, lindungilah kami dari hati yang mati, hati yang tidak mengenaliMu ya Allah, hati yang jauh dari hidayahMu ya Allah.

potensipips
23-05-2011, 03:57 AM
huuuh hebatlah TT .. tokdan ambo nak menyelit smpai berpage2 laa .. terbaik ni .. :)cgrock:)cgrock

segala pujian bagi ALLAH Taala...sebenarnya tulisan2 ni saya petik dari FB saya sambil mengfreshkan fb YG LAMA NI. cuma disini xdpt disertakan sekali gambar2nya..dah cuba upload..masih juga xdpt..

potensipips
23-05-2011, 03:59 AM
DIALOG NABI MUSA DENGAN SYAITAN

Usaha-usaha syaitan untuk menjerumuskan manusia ke kancah maksiat dan dosa, kemudian ke Neraka merupakan usaha yang tidak kesudahan selagi manusia hidup di muka bumi ini. Pendek kata, syaitan adalah makhluk Tuhan yang paling jahat. Hidupnya hanyalah untuk merosak dan menjahanamkan manusia semata-mata. Justeru itu, Allah SWT telah berfirman di dalam Al-Quran bahawa syaitan itu adalah musuh manusia yang nyata, maka jadikanlah ia sebagai musuh. Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Sesungguhnya syaitan itu musuh bagimu, maka jadikanlah dia sebagai musuh. Sesungguhnya ia hanya mengajak golongannya supaya menjadi ahli Neraka”. (Surah Fatir, ayat 6)

“Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin kepada orang-orang yang tidak beriman”. (Surah Al-A’raaf, Ayat 27).

Itu adalah beberapa pesanan dan peringatan Allah SWT kepada manusia supaya berhati-hati agar tidak dapat diperdaya oleh syaitan. Manakala di pihak syaitan pula, mereka tidak ragu-ragu memecahkan rahsia peribadi mereka kepada Rasul-rasul tentang cara syaitan mempergaruhi dan memenangi hati umat manusia untuk menambahkan lagi bilangan pengikut-pengikutnya ke Neraka.

Tujuan syaitan mendedahkan rahsianya di samping mendedahkan kelemahan manusia bukan didorong oleh rasa keikhlasannya untuk memberi peringatan dan pesanan kepada manusia supaya berhati-hati dalam menghadapi godaannya tetapi merupakan manifestasi tentang ketakburan, kesombongan dan kemegahannya bahawa meskipun semua itu diketahui oleh anak Adam namun dengan kekuasaan dan kepintarannya, di samping kelemahan dan kekurangan diri manusia, syaitan akan dapat menguasai dan melawan manusia kecuali manusia yang benar-benar bertakwa kepada Allah SWT sahaja.

Untuk mengetahui perkara itu dengan lebih jauh, mari kita ikuti dialog Nabi Musa a.s dengan syaitan yang menunjukkan syaitan mendedahkan caranya untuk memerangkap manusia.

Syaitan :

Hai Musa! Engkaulah yang telah dipilih Allah untuk membawa risalah-risalah-Nya dan engkaulah yang diajak-Nya berkata-kata dengan sebenarnya dan aku salah satu makhluk Allah yang telah berdosa dan aku ingin bertaubat. Maka mohonkanlah kepada Tuhanku supaya diberi taubat kepadaku. Maka Nabi Musa a.s segera memohon kepada Allah, lantas mendapat jawapan :

Allah SWT :

Hai Musa! Aku telah perkenankan permintaanmu. Lantas Nabi Musa a.s menemui syaitan dan berkata kepadanya :

Nabi Musa a.s :

Engkau telah diperintahkan sujud hormat kepada kubur Adam dan akan diberi taubat ke atasmu! Mendengar nama Adam itu, syaitan tiba-tiba bersikap takbur dan marah.

Syaitan :

Aku tidak mahu sujud kepada Adam waktu hidupnya, apakah pula sekarang aku diminta sujud kepadanya sesudah matinya? Katanya lagi dengan rasa marah dan penuh sombong. Hai Musa! Sesungguhnya sekarang engkau berhak mendapatkan balasan daripadaku kerana engkau telah memohon syafaat kepada Allah buat keampunanku. Ingatlah kepadaku terhadap 3 perkara, nescaya tidak akan membuatkan perlaksanaannya.

PERTAMA, ingatlah daku pada waktu engkau sedang marah kerana aku akan datang membawa bisikan ke dalam hatimuk dan ketika itu aku berada dalam tubuhmu dan aku berjalan di dalam tubuhmu menurut perjalanan darah.

KEDUA, ingatlah kepadaku pada waktu engkau sedang bertempur di medan perang menghadapi musuhmu kerana aku akan datang kepada manusia yang sedang bertempur di medan perang dan aku impikan kepadanya akan anak-anak isterinya dan keluarganya supaya lari bersama mereka secara teratur.

KETIGA, berhati-hatilah ketika engkau sedang duduk dengan perempuan yang bukan muhrimmu kerana aku akan datang membawa perutusannya kepadamu dan perutusanmu kepadanya.

Suatu ketika pula, mengikut Abdul Rahman Zoyad, sewaktu Nabi Musa berada di tempat duduknya, tiba-tiba datang syaitan dengan memakai tudung kepala yang dicelup dengan bermacam-macam warna. Sampai dekat kepada Nabi Musa a.s, dibukanya tutup kepala itu dan ditaruhnya.

Syaitan :

Assalamualaikum, ya Musa.

Nabi Musa :

Waalaikumussalam, siapakah engkau?

Syaitan :

Aku ini syaitan.

Nabi Musa :

Kalau begitu semoga Allah tidak hidupkan engkau! Apakah tujuanmu datang kepadaku?

Syaitan :

Kedatanganku ini ialah untuk memberi salam kepadamu, melihatkan kedudukanmu dan darjatmu yang tinggi di sisi Allah.

Nabi Musa :

Apakah itu yang engkau pakai sebagai penutup kepala?

Syaitan :

Dengan ini aku akan menangkap dan menawan segala hati manusia.

Nabi Musa :

Kalau begitu apa yang engkau lakukan kepada manusia sehingga engkau dapat memperdayakannya?

Syaitan :

Apabila manusia merasai takjub (terpesona) terhadap dirinya. Manusia merasa banyak amal baiknya dan ia lupa akan dosanya dan aku pun hendak memperingatkan engkau terhadap 3 perkara.

PERTAMA, jangan sekali-kali engkau bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak halal sama sekali bagimu. Kerana sesungguhnya tidaklah bersunyi-sunyian seorang lelaki dengan seorang perempuan yang tidak halal baginya melainkan aku akan menjadi sahabatnya, lain dari sahabat-sahabatku sehingga aku fitnah ia dengan perempuan itu.

KEDUA, janganlah engkau sekali-kali berjanji kepada Allah untuk melakukan kebaikan atau meninggalkan kejahatan yang hendak dilakukannya kerana sesungguhnya tidaklah seorang berjanji kepada Allah melainkan aku akan menjadi sahabatnya, lain dari sahabat-sahabatku sehingga aku menghalanginya antara dia dan antara penunaian janjinya itu.

KETIGA, jangan sekali-kali engkau mengeluarkan sedekah yang engkau hendak melaksanakannya kerana sesungguhnya tidaklah seorang lelaki yang hendak mengeluarkan sedekah dan hendak dilaksanakannya itu melainkan aku akan menjadi sahabatnya, lain dari sahabat-sahabatku sehingga aku menghalangi antaranya dan antara yang mengeluarkannya. Kemudian syaitan pergi dan berkata “Celakalah manusia terhadap 3 perkara itu”.

Dengan itu tahulah Nabi Musa a.s tentang apa yang harus manusia berhati-hati. Secara umumnya, dapatlah disimpulkan tujuan syaitan itu :

PERTAMA : Jika seorang lelaki bersendirian dengan seorang perempuan bukan muhrimnya, maka syaitan akan menjadi orang ketiga untuk memfitnah agar kedua-duanya melakukan perbuatan hina dan curang.

KEDUA : Jika seorang itu berjanji kepada Allah akan melakukan kebaikan, maka syaitan akan menghalangnya berbuat demikian.

KETIGA : Jika seorang itu hendak mengeluarkan sedekah, maka syaitan akan menghalangnya berbuat demikian.
Itulah di antara rahsia yang didedahkan oleh syaitan kepada Nabi Musa a.s dan ia akan sentiasa mencari peluang untuk memusnahkan manusia

potensipips
23-05-2011, 04:02 AM
DIALOG IBLIS DENGAN RASULULLAH

Allah s.w.t. telah memerintahkan seorang Malaikat berjumpa Iblis supaya dia berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. untuk memberitahu segala rahsianya; samada yang disukai mahupun yang dibencinya. Hikmatnya ialah untuk meninggikan darjat Nabi Muhammad s.a.w. dan juga sebagai peringatan dan perisai kepada umat manusia.

Maka Malaikat itu pun berjumpa Iblis dan berkata, "Hai Iblis! Bahawa Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar menyuruh engkau menghadap ke hadrat Rasullullah s.a.w. Hendaklah engkau buka segala rahsia engkau dan apa-apa yang disoal oleh Rasulullah hendaklah engkau jawab dengan sebenar-benarnya. Jikalau engkau berdusta walau satu perkataan pun, nescaya akan diputuskan segala suku-suku anggota badanmu, uratmu serta disiksa dengan azab yang amat keras".

Demi mendengar sahaja kata Malaikat yang dahsyat itu, Iblis sangat ketakutan. Maka segeralah dia menghadap Rasulullah s.a.w. dengan menyamar sebagai seorang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih 10 helai; panjangnya seperti ekor lembu. Iblis pun memberi salam, sehingga 3 kali tidak juga dijawab oleh Rasulullah s.a.w. Maka sembah Iblis (alaihi laknat),"Ya Rasulullah! Mengapa tuan hamba tidak mejawab salam hamba? Bukankah salam itu sangat mulia di sisi Allah?"

Maka jawab Nabi dengah marah "Hai Aduwullah seteru Allah! Kepada aku engkau menunjuk baikmu? Jangan engkau cuba hendak tipu aku sebagimana engkau tipu Nabi Adam a.s sehingga keluar dari syurga Habil mati teraniaya dibunuh Qabil dengan sebab hasutan engkau, Nabi Ayub engkau tiup dengan asap racun ketika dia sedang sujud sembahyang hingga dia sengsara beberapa lama, Nabi Daud dengan perempuan Urya, Nabi Sulaiman meninggalkan kerajaannya kerana engkau menyamar sebagai isterinya dan begitu juga beberapa Anbiya dan pendita yang telah menanggung sengsara akibat hasutan engkau. Hai Iblis! Sebenarnya salam itu sangat mulia di sisi Allah azza wajalla, cuma salam engkau saja aku tidak hendak menjawabnya kerana diharamkan Allah. Maka aku kenal baik-baik engkaulah Iblis, raja segala iblis, syaitan dan jin yang menyamar diri. Apa kehendak engkau datang berjumpa aku?"

Sembah Iblis,"Ya Nabi Allah! Janganlah tuan hamba marah. Kerana tuan adalah Khatamul Anbiya maka tuan dapat kenal akan hamba. Kedatangan hamba adalah disuruh Allah untuk memberitahu segala tipu daya hamba terhadap umat tuan dari zaman Nabi Adam hingga akhir zaman. Ya Nabi Allah! Setiap apa yang tuan tanya hamba sedia menerangkan satu persatu dengan sebenarnya, tiadalah hamba berani sembunyikan." Maka Iblis pun bersumpah menyebut nama Allah dan berkata "Ya Rasulullah! Sekiranya hamba berdusta barang sepatah pun nescaya hancur leburlah badan hamba menjadi abu" Apabila mendengar sumpah Iblis itu, Nabi pun tersenyum dan berkata dalam hatinya, inilah satu peluang aku untuk menyiasat segala perbuatannya agar didengar oleh sekelian sahabat yang ada di majlis ini dan menjadi perisai kepada sekelian umatku.

Soalan Nabi pertama - "Hai Iblis! Siapakah sebesar-besar musuh engkau dan bagaimana aku terhadap engkau?" Jawab Iblis - "Ya Nabi Allah! Tuanlah musuh hamba yang paling besar di antara segala musuh hamba di muka bumi ini" Maka Nabi pun memandang muka Iblis, dan Iblis pun mengeletar kerana ketakutan. Sambung Iblis,"Ya Khatamul Anbiya! Adapun hamba dapat merupakan diri hamba seperti sekelian manusia, binatang dan lain-lain hingga rupa dan suara pun tidak salah sepertinya, kecuali diri tuan sahaja yang tidak dapat hamba tiru kerana ditegah oleh Allah. Kiranya hamba menyerupai diri tuan, maka terbakarlah diri hamba menjadi abu. Hamba cabutkan iktikad anak Adam supaya menjadi kafir kerana tuan berusaha memberi nasihat dan pengajaran supaya mereka kuat untuk memeluk agama Islam; begitu jugalah hamba berusaha menarik mereka kepada kafir, murtad atau munafik. Hamba akan tarik sekelian umat Islam dari jalan benar kepada jalan yang salah supaya masuk ke dalam neraka dan kekal di dalamnya bersama hamba"

Soalan Nabi ke 2 - "Hai Iblis! Betapa perbuatanmu kepada makhluk Allah" Jawab Iblis - "Adalah satu kemajuan bagi perempuan yang merenggangkan kedua pehanya kepada lelaki yang bukan suaminya, setengahnya hingga mengeluarkan benih yang salah sifatnya. Hamba goda segala manusia supaya meninggalkan sembahyang, leka dengan makan minum, berbuat durhaka, hamba lalaikan dengan harta benda daripada emas, perak dan permata, rumahnya, tanahnya, ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan kejalan haram. Demikian juga ketika temasya yang bercampur lelaki perempuan. Di situ hamba lepaskan sebesar-besar godaan supaya hilang maruah dan minum arak. Apabila terminum arak itu maka hilanglah akal, fikiran dan malunya. Lalu hamba hulurkan tali cinta dan terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar, datang perasaan hasad dengki hingga kepada pekerjaan zina. Apabila terjadi kasih antara mereka, terpaksalah mereka mencari wang hingga menjadi penipu, peminjam dan pencuri. Apabila mereka teringat akan salah mereka lalu hendak bertaubat atau amal ibadat, hamba akan galang mereka supaya mereka menangguhkannya. Bertambah keras hamba goda supaya menambahkan maksiat dan mengambil isteri orang. Bila kena goda hatinya, datanglaah rasa riak, takbur, megah, sombong dan melengahkan amalnya. Bila pada lidahnya, mereka akan gemar berdusta, mencela dan mengumpat. Demikianlah hamba goda mereka setiap saat."

Soalan Nabi ke 3 - "Hai Iblis! Mengapa engkau bersusah payah dan berpenat melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah bahkan menambahkan laknat yang besar serta siksa yang besar di neraka yang paling bawah? Hai kutuk Allah! Siapa yang menjadikan engkau? Siapa yang melanjutkan usia engkau? Siapa yang menerangkan mata engkau? Siapa yang memberi pendengaran engkau? Siapa yang memberi kekuatan anggota badan engkau?" Jawab Iblis - "Sekelian itu adalah anugerah daripada Tuhan Yang Maha Besar juga. Tetapi hawa nafsu dan takbur menceburkan hamba menjadi sebesar-besar jahat. Tuan lebih tahu bahawa hamba telah beribu-ribu tahun menjadi ketua kepada sekelian Malaikat dan pangkat hamba telah dinaikkan dari satu langit ke satu langit yang tinggi. Kemudian hamba tinggal di dunia ini beribadat bersama sekelian Malaikat beberapa lama. Tiba-tiba datang firman Allah s.w.t. hendak menjadikan seorang Khalifah di dunia ini, maka hamba pun membantah. Lalu Allah mencipta lelaki (Nabi Adam) lalu dititahkan sekelian Malaikat memberi hormat kepada lelaki itu, kecuali hamba yang ingkar. Oleh itu Allah murka kpd hamba dan muka hamba yang cantik molek dan bercahaya itu bertukar menjadi keji dan hodoh. Hamba berasa sakit hati. Kemudian Allah menjadikan Adam raja di syurga dan dikurniakan seorang permaisuri (Siti Hawa) yang memerintah sekelian bidadari. Hamba bertambah dengki dan berdendam kepada mereka. Akhirnya dapat juga hamba tipu melalui Siti Hawa yang menyuruh Adam memakan buah Khuldi, lalu keduanya dihalau dari syurga ke dunia. Kedua mereka berpisah beberapa tahun dan kemudian dipertemukan Allah (di Padang Arafah), hingga mereka mendapat beberapa orang anak. Kemudian kami hasut anak lelakinya Qabil supaya membunuh saudaranya Habil. Itu pun hamba masih tidak puas hati dan berbagai tipu daya hamba lakukan hingga Hari Kiamat.

Sebelum tuan lahir ke dunia, hamba serta bala tentera hamba dengan mudah dapat naik ke langit untuk mencuri segala rahsia serta tulisan yang menyuruh manusia berbuat ibadat serta balasan pahala dan syurga mereka. Kemudian hamba turun ke dunia, dan memberitahu manusia yang lain daripada apa yang sebenarnya hamba dapat, dengan berbagai tipu daya hingga tersesat dengan berbagai kitab bidaah dan karut-marut. Tetapi apabila tuan lahir sahaja ke dunia ini, maka hamba tidak dibenarkan oleh Allah untuk naik ke langit serta mencuri rahsia, kerana banyak Malaikat yang menjaga di setiap lapisan pintu langit. Jika hamba berkeras juga hendak naik, maka Malaikat akan melontar dengan anak panah daripada api yang menyala. Sudah banyak bala tentera hamba yang terkena lontaran Malaikat itu dan semuanya terbakar menjadi abu. Maka besarlah kesusahan hamba dan tentera hamba untuk menjalankan tugas hasutan."

Soalan Nabi ke 4 - "Hai Iblis! Apakah yang pertama engkau tipu akan manusia?" Jawab Iblis - "Pertama sekali hamba palingkan iktikadnya imannya kepada kafir sama ada dari segi perbuatan, perkataan, kelakuan atau hatinya. Jika tidak berjaya juga, hamba akan tarik dengan cara mengurangkan pahala. Lama-kelamaan mereka akan terjerumus mengikut kemahuan jalan hamba"

Soalan Nabi ke 5 - "Hai Iblis! Jika umatku sembahyang kerana Allah, bagaimana hal engkau?" Jawab Iblis - "Sebesar-besar kesusahan kepada hamba. Gementarlah badan hamba dan lemah tulang sendi hamba. Maka hamba kerahkan berpuluh-puluh iblis datang menggoda seorang manusia, pada setiap anggota badannya. Setengah-setengahnya datang pada setiap anggota badannya supaya malas sembahyang, was-was, terlupa bilangan rakaatnya, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat habis solat, hilangkan khusyuknya - matanya sentiasa menjeling ke kiri kanan, telinganya sentiasa mendengar orang brcakap serta bunyi-bunyi yang lain. Setengah Iblis duduk di belakang badan orang yang sembahyang itu supaya dia tidak kuasa sujud lama-lama, penat atau duduk tahiyat dan dalam hatinya sentiasa hendak cepat habis sembahyang, itu semua membawa kpd kurang pahala. Jika para Iblis itu tidak dapat menggoda manusia itu, maka hamba sendiri akan menghukum mereka dengan seberat-berat hukuman"

Soalan Nabi ke 6 - "Jika umatku membaca Al-Quran kerana Allah, apalah rasa engkau?" Jawab Iblis - "Jika mereka membaca Al-Quran kerana Allah, maka rasa terbakarlah tubuh hamba, putus-putus segala urat hamba lalu hamba lari daripadanya."

Soalan Nabi ke 7 - "Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah, bagaimana rasa engkau?" Jawab Iblis - "Binasalah diri hamba, gugurlah daging dan tulang hamba kerana mereka telah mencukupkan rukun Islamnya"

potensipips
23-05-2011, 04:03 AM
Soalan Nabi ke 8 - "Jika umatku berpuasa kerana Allah, bagaimana hal engkau?" Jawab Iblis - "Ya Rasulullah! Inilah bencana yang paling besar bahayanya kepada hamba. Apabila masuk awal bulan Ramadhan, maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi, bahkan sekelian Malaikat menyambut dengan kesukaan. Bagi orang yang berpuasa, Allah akan mengampunkan segala dosa yang lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar serta tidak dicatatkan dosanya selama dia berpuasa. Yang menhancurkan hati hamba ialah segala isi langit dan bumi; yakni Malaikat, bulan, bintang, burung dan ikan-ikan semuanya siang malam mendoakan keampunan orang yang berpuasa. Satu lagi kemuliaan orang berpuasa ialah dimerdekakan pada setiap masa dari azab neraka. Bahkan semua pintu neraka ditutup manakala semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya, serta dihembuskan angin dari bawah Arasy yang bernama Angin Syirah yang amat lembut ke dalam syurga. Pada hari umat tuan mula berpuasa, dengan perintah Allah datanglah sekelian Malaikat dengan garangnya menangkap hamba dan tentera hamba; jin, syaitan dan ifrit lalu dipasung kaki dan tangan dengan besi panas dan dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam. Di sana pula beberapa azab yang lain telah menunggu kami. Setelah habis umat tuan berpuasa barulah hamba dilepaskan dengan amaran agar tidak mengganggu umat tuan. Umat tuan sendiri telah merasa ketenangan berpuasa seperti mana mereka bekerja dan bersahur seorang diri di tengah malam tanpa rasa takut berbanding bulan biasa."

Soalan Nabi ke 9 - "Hai Iblis! Bagaimana sekelian sahabatku kepada engkau?" Jawab Iblis - "Sekelian sahabat tuan hamba juga adalah sebesar-besar seteru hamba. Tiada upaya hamba melawannya dan tiada satu tipu daya yang dapat masuk kepada mereka. Kerana tuan sendiri telah berkata yang "Sekelian sahabatku adalah seperti bintang di langit, jika kamu mengikut mereka, maka kamu akan mendapat petunjuk." Saidina Abu Bakar al-Siddiq sebelum bersama tuan lagi, hamba tidak dapat hampir kepadanya inikan pula setelah berdamping dengan tuan. Beliau begitu percaya atas kebenaran tuan hingga dia menjadi wazirul a'zam. Bahkan tuan sendiri telah mengatakan jika ditimbang sekelian isi dunia ini dengan amal kebajikan Abu Bakar, maka akan lebih berat amal kebajikan Abu Bakar. Tambahan pula dia telah menjadi mertua tuan kerana tuan berkahwin dengan anaknya, Saiyidatina Aisyah yang juga banyak menghafaz Hadis tuan. Saiyidina Umar Al-Khattab pula tidaklah berani hamba pandang akan wajahnya kerana dia sangat keras menjalankan hukum syariat Islam dengan saksama. Jika hamba pandang wajahnya, maka gementarlah segala tulang sendi hamba kerana sangat takut. Ini kerana imannya sangat kuat apalagi tuan telah mengatakan, "JIKALAU adanya Nabi sesudah aku maka Umar boleh menggantikan aku" kerana dia adalah orang harapan tuan serta pandai membezakan antara kafir dan Islam hingga digelar 'Al-Faruq'. Saiyidina Usman Al-Affan lagi hamba tidak boleh hampir, kerana lidahnya sentiasa bergerak membaca Al-Quran. Dia penghulu orang sabar, penghulu orang mati syahid dan menjadi menantu tuan sebanyak dua kali. Kerana taatnya, banyak Malaikat datang melawat dan memberi hormat kepadanya kerana Malaikat itu sangat malu kepadanya hingga tuan mengatakan,"Barang siapa menulis Bismillahir rahmanir rahim pada kitab atau kertas-kertas dengan dakwat merah, nescaya mendapat pahala seperti pahala Usman mati syahid" Saiyidina Ali Abi Talib pun itu hamba sangat takut kerana hebatnya dan gagahnya dia di medan perang, tetapi sangat bersopan, alim orangnya. Jika iblis, syaitan dan jin memandang beliau, maka terbakarlah kedua mata mereka kerana dia sangat kuat beribadat serta beliau adalah budak pertama memeluk agama Islam dan tidak pernah menunduk kan kepalanya kepada sebarang berhala. Digelar 'Ali Karamullahu Wajhahu' - dimuliakan Allah akan wajahnya dan juga 'Harimau Allah' dan tuan sendiri berkata "Akulah negeri segala ilmu dan Ali itu pintunya". Tambahan pula dia menjadi menantu kepada tuan, lagilah hamba ngeri kepadanya.

Soalan Nabi ke 10 - "Bagaimana tipudaya engkau kepada umatku?" Jawab Iblis - "Umat tuan itu ada tiga macam. Yang pertama seperti hujan dari langit yang menghidupkan segala tumbuhan iaitu ulama yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah serta meninggalkan laranganNya seperti kata Jibrail a.s "Ulama itu adalah pelita dunia dan pelita akhirat" Yang kedua umat tuan seperti tanah iaitu orang yang sabar, syukur dan redha dengan kurniaan Allah. Berbuat amal soleh, tawakal dan kebajikan. Yang ketiga umat tuan seperti Firaun; terlampau tamak dengan harta dunia serta dihilangkan amal akhirat. Maka hamba pun sukacita lalu masuk kedalam badannya, hamba putarkan hatinya ke lautan derhaka dan hamba hela ke mana sahaja mengikut kehendak hamba. Jadi dia sentiasa bimbang kepada dunia dan tidak hendak menuntut ilmu, tiada masa beramal ibadat, tidak hendak mengeluarkan zakat, miskin hendak beribadat. Lalu hamba godanya minta kaya dulu, dan apabila diizinkan Allah dia menjadi kaya, maka dilupakan beramal, tidak berzakat seperti Qarun yang tenggelam dengan istana mahligainya. Bila umat tuan terkena penyakit tidak sabar dan tamak, dia sentiasa bimbang akan hartanya dan setengahnya asyik hendak merebut dunia harta, cakap besar sesama Islam, benci dan menghina kepada yang miskin, membelanjakan hartanya untuk jalan maksiat, tempat judi dan perempuan lacur"

Soalan Nabi ke 11 - "Siapa yang serupa dengan engkau?" Jawab Iblis - "Orang yang meringankan syariat tuan hamba dan membenci orang belajar agama Islam"

Soalan Nabi ke 12 - " Siapa yang mencahayakan muka engkau?" Jawab Iblis - "Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji"

Soalan Nabi ke 13 - "Apakah rahsia engkau kepada umatku?" Jawab Iblis - Jika seorang Islam pergi buang air besar serta tidak membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sedari"

Soalan Nabi ke 14 - "Jika umatku bersatu dengan isterinya, bagaimana hal engkau?" Jawab Iblis - "Jika umat tuan hendak bersetubuh dengan isterinya serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya. Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang."

Soalan Nabi ke 15 - "Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau?" Jawab Iblis - "Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada Allah, menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya."

Soalan Nabi ke 16 - "Siapakah orang yang paling engkau lebih suka?" Jawab Iblis - "Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari(bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situ lah hamba mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu"

Soalan Nabi ke 17 - "Hai Iblis! Siapakah saudara engkau?" Jawab Iblis - "Orang yang tidur meniarap, orang yang matanya celik di waktu subuh tetapi menyambung tidur semula. Lalu hamba ulit dia lena hingga terbit fajar. Demikian jua pada waktu zohor, asar, maghrib dan isyak, hamba beratkan hatinya untuk solat"

Soalan Nabi ke 18 - "Apakah jalan yang membinasakan diri engkau?" Jawab Iblis - "Orang yang banyak menyebut nama Allah, bersedekah dengan tidak diketahui orang, banyak bertaubat, banyak tadarus Al-Quran dan solat tengah malam"

Soalan Nabi ke 19 - "Hai Iblis! Apakah yang memecahkan mata engkau?" Jawab Iblis - "Orang yang duduk di dalam masjid serta beriktikaf di dalamnya"

Soalan Nabi ke 20 - "Apa lagi yang memecahkan mata engkau?" Jawab Iblis - "Orang yang taat kepada kedua ibubapanya, mendengar kata mereka, membantu makan-pakai mereka selama mereka hidup, kerana tuan telah bersabda,'Syurga itu di bawah tapak kaki ibu' ".

potensipips
23-05-2011, 04:06 AM
Hati yang merajai dan memimpin anggota manusia terbahagi kepada tiga jenis;

Hati yang sejahtera ( qalbun salim )

Hati yang sakit ( qalbun saqim)

dan hati yang mati ( qalbun mayyit )


Hati yang sejahtera ( qalbun salim )

Firman Allah swt;
(يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ (88) إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ (89) [الشعراء: 88، 89].

Maksudnya; Pada hari itu harta dan anak-anak tidak berguna, kecuali mereka yang dating kepada Allah dengan hati yang sejahtera.


Hati yang baik di dalam ayat di atas bermaksud orang yang meninggal dunia dengan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah swt, akhir kehidupannya dapat mengucap kalimah syahadah, kehidupan mereka di akhirat nanti akan mendapat kebahagiaan dan keredhaan Allah swt. Itulah kesudahan bagi mereka yang memiliki hati yang baik ( qalbun salim ). Ya Allah anugerahkanlah kami hati yang sejahtera, hati yang baik yang dapat memimpin kami ke jalan yang yang Engkau redhai.



Antara ciri-ciri hati yang sejahtera;

* Sentiasa mengingati Allah swt dalam apa jua keadaan, ketika berdiri, duduk mahupun ketika berbaring, lidahnya sentiasa basah mengingati Allah swt.
* Sentiasa membaca al-Quran dan mentadabburkan makna-maknanya.
* Sentiasa peka dengan kewajipan-kewajipan yang ditaklifkan serta menunaikannya dengan cara yang paling sempurna.
* Sentiasa berhati-hati terhadap larangan-larangan agama dan menjauhkannya.
* Sentiasa bermuhasabah diri dan segera bertaubat kepada Allah swt.
* Berperibadi dengan akhlak yang mulia.
* Sentiasa berbaik sangka dan menjauhkan dari berburuk sangka, hasad dengki dan semua sifat-sifat mazmumah dalam hati.
* Sentiasa bersyukur kepada Allah swt dan redha dengan ketetapan ilahi.

potensipips
23-05-2011, 04:12 AM
Hati yang sihat, tidak berpenyakit akan memancarkan sinar kebahagiaan pada dirinya, Kerana itulah kita melihat orang yang hatinya sihat akan sentiasa tenang, bahagia, ceria tidak stres, sebagaimana orang yang tubuhnya sihat akan sentiasa gembira, aktif dan bahagia. Itulah yang diinginkan oleh setiap manusia.

Firman Allah swt;


الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ


Maksudnya; Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, Hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram. (al-Ra'd:28)


Sabda Rasulullah saw;


قال رسول الله صلى الله عليه وسلم عجبا لأمر المؤمن إن أمره كله خير إن أصابته سراء شكر فكان خيرا له وإن أصابته ضراء صبر وكان خيرا له وليس ذلك لأحد إلا للمؤمن.


Maksudnya; Sungguh menghairankan urusan orang beriman, Semua urusanya baik, apabila mendapat nikmat kesenengan, ia bersyukur, maka baiklah baginya dan apabila ditimpa kesusahan, ia bersabar maka baik jugalah baginya. Dan sifat tersebut tidak ada melainkan bagi orang yang beriman.


Sebaliknya orang yang hatinya sakit, hatinya sentiasa gelisah dan keluh kesah dalam menghadapi kerenah kehidupan, hidupnya tidak pernah bahagia bahkan sentiasa stres dan tertekan. Keadaan ini disebabkan penyakit yang ada dalam hati mereka.


Penyakit hati ialah sifat-sifat mazmumah yang ada dalam hati rohani manusia. Kita mesti bermujahadah untuk melawan sifat-sifat mazmumah, (penyakit hati yang dihidupkan oleh nafsu) setiap kali ia menyerang kita. Penyakit dalam hati Rohani boleh dibahagikan kepada dua bahagian;


1. Penyakit hati terhadap Allah.

2. Penyakit hati terhadap manusia.


Antara penyakit hati terhadap Allah


1. Lalai dalam beribadah

2. Lalai dari mengingati Allah

3. Ragu-ragu terhadap dengan Allah

4. Tidak ikhlas dengan Allah

5. Tidak takut pada ancaman Allah

6. Tidak harap pada rahmat Allah

7. Tidak redha akan takdir Allah

8. Tidak puas dengan pemberian Allah

9. Tidak sabar atas ujian Allah

10.Tidak syukur atas nikmat Allah

11.Tidak terasa diawasi Allah

12.Tidak terasa hebatnya Allah

13.Tidak rindu dan cinta dengan Allah

14.Tidak tawakal pada Allah

15.Tidak rindu pada syurga dan tidak takut pada neraka

16.Cintakan dunia.

17.Penakut (takut pada selain Allah)

18.Ujub

19.Riak

20.Sukakan pujian dan kemasyhuran

potensipips
23-05-2011, 04:13 AM
Antara penyakit hati terhadap manusia


1. Benci membenci

2. Gembira atas kesusahan orang lain.

3. Dukacita atas kejayaan orang lain.

4. Harap keburukan terhadap orang lain.

5. Tidak mau minta maaf dan tidak memaafkan orang lain

6. Hasad dengki

7. Dendam

8. Bakhil

9. Buruk sangka

10.Tidak bertolak ansur

11.Tidak bertimbang rasa

12.Rasa Berat Tulang,Tidak tolong-menolong

13.Tamak

14.Degil dan keras hati

15.Mementingkan diri sendiri

16.Sombong

17.Tidak sabar dengan ragam manusia

18.Memandang hina kepada seseorang

19.Riak

20.Ujub

21.Rasa diri bersih dan suci.

potensipips
23-05-2011, 04:16 AM
Al-Quran telah menerangkan yang setiap makhluk diciptakan berpasangan, menunjukkan keajaiban pada angka 2. Termasuklah dengan angka 7, yang antaranya simbolik kepada 7 lapis langit dan bumi, 7 hari dalam seminggu, 7 nama syurga dan neraka, Al-Quran diturunkan dalam 7 cara dan sebagainya.

Dengan itu tidak hanya angka 19 ssahaja yang dianggap ajaib dalam Al-Quran, ternyata juga banyak lagi ‘hint/clue’ yang menunjukkan bahawa pemilihan kata dalam Al-Quran oleh Pencipta Pengarang (Allah) dibuat “seimbang”, misalnya fakta-fakta berikut:

Jumlah kata dihitung dari teks arabnya:

Jumlah Kata Yang Berlawanan

Hidup (al-haya_h): 145

Mati (al-mawt) : 145

Perbuatan baik (ash-sha_liha_t) : 167
Perbuatan buruk (as-sayyi’a_at) : 167

Dunia (ad-dun-ya_) : 115

Akhirat (al-a_khirah): 115

Ucapan terang (al-jahr): 16

Ucapan tersembunyi (al-alaniyah): 16

.

Jumlah Kata Yang Berhubungan

Syaitan (syaytha_n) atau (syaya_thi_n): 80

Malaikat (mala_ikah) atau (malak) : 80

Mereka berkata (qa_lu_) : 332

Katakanlah! (qul) : 332

Kecintaan (al-muhabbat): 83

Keta’atan (ath-tha’aat): 83

Hidayah (al-hida_yah): 79

Rahmat (ar-rahmat) : 79

Keselamatan (as-salaam) : 50

Kebaikan (ath-thayyibaat): 50

Kesukaran (asy-syaddah) : 102

Kesabaran (ash-shabr) : 102

Musibah (al-mushi_bah) : 75

Bersyukur (asy-syukr) : 75

Iblis (al-ibli_s) : 11

Memohon perlindungan Allah (dari iblis):

(al-sti’a_dhatu billaah) : 11

.

Berkaitan dengan fakta zaman

Jumlah kata “jam” : 48

Jumlah kata “hari [tunggal/singular]” (yawm): 365

Jumlah kata “hari-hari (jamak/plural)” : 30

Jumlah kata “bulan” (sahar) : 12

Jumlah kata “tahun” (sanah) dan bentukannya: 19

Jumlah kata “tahun [tunggal/singular]” (al-sanah) : 7

Jumlah kata “tahun-tahun [jamak/plural]” (sanah) : 12

potensipips
23-05-2011, 04:18 AM
Solat sahabat-sahabat Nabi saw begitu khusyuk dan nikmat sehinggakan selemah-lemah sahabat pun diriwayatkan sekurang-kurangnya mereka solat 200 rakaat setiap hari.

Kisah 1:

Pada suatu ketika, peha Sayyidina Ali r.a. Telah terkena panah. Apabila cuba dicabut, beliau merasa begitu sakit. Seseorang telah mencadangkan supaya panah itu dicabut ketika beliau sedang solat. Apabila selesai solat, beliau bertanya sudahkah mereka mencabut panah tersebut. Mereka menjawab ya. Apabila ditanya, apakah beliau tidak merasa sakit? Beliau menjawab, beliau sedikit pun tidak merasa sakit.

Kisah 2:

Pada suatu ketika di medan jihad, Nabi telah bertanya kepada para sahabatnya, siapakah yang bersedia untuk menjaga khemah beliau pada waktu malam. Dua orang sahabat telah bersetuju. Seorang bernama Ammar bin Yasir r.a dan seorang lagi bernama Abbad bin Basyir r.a. Pada malam itu mereka telah berkawal. Abbad telah mencadangkan kepada Ammar supaya mereka berkawal secara bergilir. Beliau akan menjaga pada sebahagian malam dan Ammar akan berkawal pada sebahagian malam lagi. Ammar telah bersetuju.

Maka Abbad telah berkawal. Sementara berkawal beliau telah mendirikan solat. Dalam solatnya itu, beliau telah membaca surah Al Kahfi. Seorang peninjau musuh telah melihat beliau sedang solat lalu melepaskan panah kepadanya. Satu anak panah telah kena pada badannya. Apabila melihat beliau masih tetap solat, maka musuh telah melepaskan panah yang kedua. Bagaimanapun, Abbad tetap juga solat. Musuh tersebut melepaskan panah yang ketiga, lalu Abbad memberhentikan solatnya. Apabila melihatkan keadaan itu dan terlihat Ammar yang berada di situ, maka pihak musuh menyangkakan masih ramai lagi tentera Islam yang berkawal di situ. Lalu musuh tersebut telah melarikan diri.

Dengan badan yang berlumuran darah, Abbad telah mengejutkan Ammar yang sedang tidur. Melihatkan badan sahabatnya yang berlumuran darah itu, Ammar begitu terkejut. Ammar bertanya mengapa beliau lambat membangunkannya. Dia menjawab, ketika itu beliau merasa sungguh nikmat dan malu dengan Allah untuk menghentikan solatnya. Tetapi apabila panah yang ketiga mengenai dirinya, beliau bimbang akan keselamatan Nabi saw, maka kerana itulah dia memberhentikan solatnya. Kalau tidak sudah pasti dia tidak akan menghentikan solatnya dan rela mati dalam keadaan demikian.

Lihatlah mutu solat para sahabat. Bagaimana pula dengan solat kita hari ini? Seekor nyamuk pun boleh merosakkan solat kita. Firman Allah yang bermaksud: “Dan neraka Waillah bagi orang yang lalai dalam solatnya.” (Surah Al-Ma’un) Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk mengamalkan apa yang kita tahu dan dapat menyampaikannya di antara satu sama lain.

potensipips
23-05-2011, 05:59 AM
JANGAN ROSAKAN ORGAN PEMBERIAN ALLAH

Hidung bekerja sebagai makmal analisis bahan-bahan kimia. Hidung sangat peka sehingga mampu mengenali hingga 10.000 bau yang berbeza. Yang sungguh menarik adalah kecepatan menakjubkan dari semua proses ini. Antara saat molekul kopi memasuki hidung kita hingga kita mengenali baunya hanya memerlukan waktu sedikit sahaja.

Berfikirlah dahulu sebelum kita merosakkan tubuh sendiri dengan berbagai cara penggunaanya kerana tubuh kita dicipta oleh Allah dengan begitu canggih dan sangat menakjubkan. Apa yang akan saya sampaikan, mudah-mudahan dapat menghentikan rencana kita menghancurkan diri sendiri dan tersentuh hati kita untuk mulai menyayangi diri sendiri.

Otak/Komputer.

Setiap neuron (sel saraf) terdiri dari satuan-satunya yang hanya bertanggung jawab untuk meneruskan informasi atau menyampaikan maklumat. Satu otak sahaja boleh memproses kerja yang sama dengan 4,5 juta transistor pada mikroprosesor moden. Jumlah jutaan ini menjadi tak bererti jika dibandingkan dengan sepuluh juta neuron-neuron yang menanggung dalam memindahkan informasi dalam otak. Tambahan lagi, tidak ada produk industri yang mampu meniru mengenal rasa dan bau seperti dalam otak.

Otak manusia memiliki sistem yang mampu menjalankan sejumlah tugas sekaligus pada saat yang sama contohnya, dengan struktur otaknya yang sempurna, seseorang yang sedang memandu kereta dapat sambil mengikuti siaran radio keretanya dan membelok stering dengan mudah. Walaupun sedang melakukan berbagai tugas secara serentak dalam satu masa, kita tidak melanggar kereta orang lain. Selain itu, kita dapat menambah kelajuan kereta dengan kaki kita. Kita dapat memahami berita yang didengar dari radio. Kita dapat menyambung kembali pembicaraannya dari tempat percakapan itu terhenti. Dan yang terpenting, kita dapat mengarahkan semua hal ini secara sempurna, pada saat yang sama. Secara ringkasnya, dengan bantuan kemampuan luar biasa otak, seseorang dapat mengendalikan berbagai pekerjaan dalam satu situasi. Keselarasan ini boleh berlaku dengan adanya sambungan antara sel saraf di dalam otak.

Jutaan rangsangan yang sampai ke otak dari dunia luar diterima dan diproses di dalam otak dengan terperinci, lalu diperiksa dan dinilai oleh otak lalu memberi arahan yang diperlukan kepada setiap sumber rangsangan. Operasi sistem yang rumit ini terus berfungsi dalam kehidupan seseorang tanpa berhenti. Kemampuan semua proses inilah yang menjadikan kita mampu melihat, mendengar serta merasakan dan kehidupan kita pun terus berlaku.

Salah satu unsur terpenting penyusunan sistem yang sempurna di dalam otak adalah sel-sel saraf yang berjumlah hampir mendekati angka 10 juta sel-sel saraf otak, belum termasuk sel-sel lainnya, yang berfungsi mengirimkan dan mentafsir maklumat dengan cara membentuk arahan dan menyalurkan arahan secara berkesan.

Apakah yang menyebabkan terjadinya hubungan di antara sel-sel dan menghasilkan keselarasan di dalam otak? Jawapannya terletak pada struktur istimewa sel saraf. Sekitar 10 juta sel di dalam otak memiliki sekitar 120 bilion sambungan. Dan 120 bilion sambungan ini benar-benar berada di tempat yang sesuai. Bila terdapat kesalahan pada salah satu sahaja dari sambungan ini, akibatnya akan memberikan yang besar. Seseorang yang mengalami hal ini tidak akan mungkin menjalankan kehidupannya dengan baik. Namun hal seperti ini tidak akan terjadi, dan manusia sihat menjalani kehidupannya secara normal. Ia menjalani kehidupan dengan sebaik-sebaiknya sementara bilion proses ajaib yang tidak disedarinya sedang berlangsung di dalam otaknya manusia.

Struktur yang bekerja secara automatik di dalam otak ini, sebagaimana halnya sistem-sistem lain di dalam tubuh manusia, memiliki rancangan sempurna di setiap peringkatnya. Kenyataan bahwa otak dapat menjalankan berjuta fungsinya tanpa kesalahan atau kerancunan menjadi bukti bahwa Allah, Pemilik Ilmu tak terbatas, telah menciptakannya beserta semua cirinya yang amat istimewa.

“Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang yakin. Dan (juga) pada dirimu sendiri, maka apakah kamu tidak memperhatikan? (Adz Dzaariyaat, 51:20-21)

Dapat kita bayangkan, apa akibatnya jika otak kita rosak. Tentunya kita akan mengalami banyak sekali masalah dalam hidup kita. Sebab itu, jangan rosakkan otak kita dengan dadah.

Hormon/Maklumat.

Segala hal dalam tubuh merupakan suatu bentuk komunikasi. Banyak maklumat dalam bentuk hormon yang tersusun atas molekul-molekul besar. Tidak ada alat penerima pada susunan maklumat yang dibawa oleh hormon, molekul yang bergerak bebas dalam sistem peredaran darah dan di antara sel-sel neuron. Akan tetapi, susunan maklumat tersebut sentiasa berada ditempatnya kerana alat-alat tubuh yang menerima maklumat tersebut dilengkapi dengan sensor-sensor khusus.

Otot dan Pengeluaran peluh/Penapis udara.

Gerakan otot menyebabkan pemanasan tubuh dalam cuaca dingin. Otot-otot dapat menyebabkan 90% tubuh menjadi panas dengan cara ini. Pengeluaran peluh, di sebaliknya berguna sebagai cara penyejukan melawan pemanasan berlebihan. Dua sistem penyeimbang ini bekerja bersama untuk mempertahankan suhu tubuh yang mantap. Sistem ini bekerja jauh lebih cepat dan tepat melebihi sistem penapis udara yang ada.

Sistem Kekebalan/Angkatan Bersenjata.

Tubuh kita dipertahankan oleh sekitar 200 juta sel-sel darah putih. Seperti askar, sel-sel darah ini memiliki sistem kebijaksanaan, persenjataan mematikan, dan strategi pertempuran khusus. Namun, tidak ada askar di dunia ini yang menepati waktu dan sempurna serta sebaik sistem kekebalan.

Sekitar 250 tahun lalu, dengan penemuan mikroskop, para cendekiawan mendapati bahwa kita hidup bersama banyak makhluk kecil, yang tidak dapat kita lihat dengan mata kasar. Makhluk ini ada di mana-mana, dari udara yang kita sedut, sampai benda apa pun yang bersentuhan dengan permukaan tubuh kita, juga dijumpai bahwa makhluk-makhluk ini menembusi tubuh manusia.

Walaupun kewujudan musuh ini telah dijumpai kira-kira dua setengah abad yang lalu, sebahagian besar rahsia “sistem pertahanan” yang berlawan dengan gigih belum dapat dijumpai. Begitu ada benda asing memasuki tubuh, secara sepontan sistem molekular tubuh ini diaktifkan. Dengan rancangan strategi hebat, ia menyatakan perang mati-matian melawan musuh. Kalau kita lihat sekilas cara kerja sistem ini, nampak bahwa setiap tahap berlaku berdasarkan suatu perancangan yang sangat cermat.

Setiap sistem, organ, atau kelompok sel di dalam tubuh mewakili keseluruhan di dalam suatu pembahagian kerja yang sempurna. Setiap kegagalan dalam sistem menghancurkan tentangan ini. Oleh itu, sistem kekebalan sangat diperlukan oleh tubuh manusia.

Mungkinkah kita bertahan hidup kalau sistem pertahanan tidak ada? Atau, kehidupan yang bagaimanakah yang akan kita jalani jika sistem ini gagal berfungsi?

Sel/Mesin.

Sel adalah mesin yang sangat efisyen menggunakan tenaga. Sel menggunakan molekul-molekul kecil yang disebut ATP untuk bahan bakar. Keefisyenannya dalam pembakaran bahan bakar ini lebih besar dibanding mesin mana pun yang dikenal manusia. Di samping itu, sel-sel ini secara serentak mengerjakan berbagai tugas berbeza, yang tak mampu dilakukan oleh mesin yang dibuat manusia.

Tangan

Tangan berfungsi sebagai organ pengangkat sesuatu di mana siku adalah sendi sokongan kepada tangan, dan di sekelilingnya otot-otot menyokong gerakan melalui pengerutan dan rehat.

Rangka Tubuh

Dua akibat utama yang mungkin terjadi pada sistem apa pun yang menerima getaran. Hal ini boleh menyebabkan lubang atau menyebabkan bahagian tertentu akan patah. Rangka makhluk hidup dan rangka kereta telah direka untuk mengurangkan getaran pada tubuh manusia. Namun rangka kereta atau kenderaan kemampuannya tidak sama seperti tulang yang dapat memperbaiki dirinya sendiri apabila patah.

potensipips
23-05-2011, 05:59 AM
Mata.

Retina mata adalah alat yang paling peka kepada cahaya di antara semua jenis zat. Berbagai jenis sel sensor telah dibuat dengan kedudukan terbaik untuk menangkap gambar dalam fotografi. Namun, mata secara automatik menyesuaikan fokus dan penglihatan atas kekuatan cahaya luaran. Oleh kerana itu, mata jauh lebih baik ciptaanya dari seluruh kamera.

Mata makhluk hidup sangatlah peka terhadap cahaya, dan mudah rosak dari kesan cahaya. Tapi kita masih mampu melihat matahari dan sekeliling kita dengan baik dan berkat sejumlah kemudahan yang memberi perlindungan yang secara khusus yang dicipta oleh Allah. Salah satu kemudahan atau bahan pelindung tersebut adalah sekumpulan molekul pigmen yang ada pada mata.

Hidung dan Lidah

Struktur yang amat mengagugkan ini pancaindera pengecap rasa telah memberi sumber ilham yang banyak kepada ilmuan. Peralatan yang meniru fungsi lidah manusia telah dibangunkan seperti lidah elektronik misalnya. Penemuan ini membantu kita membezakan antara makanan segar dan makan tidak segar serta menemukan bau busuk pada makanan akibat pertumbuhan bakteri. Pada lidah buatan ini, aliran elektroniknya mempunyai 100 lubang teramat kecil, masing-masing dirancang menyerupai bintik pengecap pada lidah manusia. Tetapi jika dibandingkan dengan lidah manusia dan lidah buatan ini merupakan alat pengecap yang sangat kuno. Lidah kita jauh lebih baik dibanding lidah elektronik dan ini hanyalah menunjukkan betapa besar nikmat pancaindera pengecap ini.

Hidung bekerja bagaikan makmal analisis kimia. Hidung amat peka sehingga mampu mengenali hingga 10.000 bau yang berbeza. Yang amat menarik adalah kecepatan menakjubkan dari semua proses ini. Antara saat molekul kopi memasuki hidung kita hingga kita mengenali baunya hanya memerlukan waktu kurang dari sesaat.

Telinga/Hi-Fi Stereo.

Rambut yang sangat halus dalam telinga bahagian dalam badan manusia mengubah suara menjadi isyarat-isyarat eletrik seperti yang terdapat pada mikrofon. Telinga hanya boleh merasakan suara antara frekuensi 20 hingga 20.000 Hz. Spektrum ini paling tepat untuk manusia. Seandainya manusia mendapat spektrum yang lebih besar, kita akan dapat mendengar langkah-langkah kaki semut hingga suara frekuensi tinggi di atmosfera. Keadaan ini tidak akan memberi ketenangan kepada manusia akan sentiasa merasakan suasana bising.

Jantung/Sistem Pompa.

Jantung mulai berdetik dalam rahim ibu dan terus berdetik pada berbagai peringkat, 70-200 kali per minit tanpa rehat sepanjang hidup. Selama tiap detikan, jantung boleh istirehat sekitar setengah saat. Jantung berdetik sekitar 10,000 kali sehari. Jantung yang dimiliki oleh manusia seberat 132 Ib (60 kilogram) mengepam sekitar 1,7 gelen (6.5 liter) darah setiap hari. Seumur hidup jantung mengepam darah dengan cukupnya untuk mengisi 500 kolam renang dengan isi 300 meter kubik. Mesin pam buatan manusia tidak mampu bekerja begitu lama tanpa diperbaiki sepanjang masa tetapi ciptaan Allah mampu melaksanakan tugas dengan sempurna.

Steven Vogel, seorang perekayasa dari Duke University di Amerika, menyatakan bahawa jantung manusia tidak akan dapat ditiru:

”Ini kerana mesin yang kita miliki, sebanyak mana pun keluaran tenaga atau daya-kerjanya, bekerja dengan sangat berbeza… Otot (jantung) adalah mesin yang lembut, basah, sentiasa mengembang dan mengerut dan ia memang tidak menyerupai dengan apa pun yang ada dalam perbendaharaan teknologi kita. Jadi, anda tidak akan mampu meniru sebuah jantung. (Robert Kunzig, “The Beat Goes On,” Discover, Januari 2000)

Ringkasnya, dengan semua teknologinya manusia tidak akan mampu membuat jantung. Mereka yang menyatakan bahawa jantung dan keseluruhan tubuh yang menyeluruh pasti ada yang menciptanya dengan sengaja, jelas adalah menjadi kesalahan besar jika tidak mengakui penciptaNya. Allah memerintahkan kita untuk merenungkan bukti-bukti penciptaanNya dan bersyukur kepadaNya:

Ginjal/Sistem Penapisan Limpa.

Ginjal manusia menapis sekitar 37 gelen (140 liter) darah setiap hari, melalui satu juta unit penapisan kecil yang disebut nefron, dan terus berlanjut hingga sekitar lapan puluh tahun tanpa rehat. Pusat pengolahan limpa yang dirancang untuk pengilangan boleh menangani jumlah yang jauh lebih lama tetapi usianya sangat pendek. Seterusnya, campuran kimia zat yang ditapisnya jauh lebih sederhana jika dibandingkan dengan darah. Ginjal jauh lebih rumit dan efisien dibandingkan dengan lain-lain organ penapisan.

Ingatlah, dadah dapat menghancurkan organ-organ tubuh kita. Oleh itu, sayangi diri kita sendiri dengan cara menjauhkan diri daripada dadah.

Aura Dhuha
23-05-2011, 09:11 AM
mak aih, ade aje sambungan die. makin seronok pulok nak bace. asal tt tak buat format PDF je? huhu

potensipips
23-05-2011, 09:31 AM
mak aih, ade aje sambungan die. makin seronok pulok nak bace. asal tt tak buat format PDF je? huhu

dahwat..xlpas nak ltk kat sini..xtau knp...pic pun xlpas..ntila bg link utk download pdfnya..

potensipips
23-05-2011, 09:39 AM
Apabila hamba-hambaKu bertanya kepada engkau (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku hampir. Aku memperkenankan permohonan orang yang meminta jika dia meminta kepada Aku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan aku serta beriman kepada Aku supaya mereka sentiasa berada dalam kebenaran.Al-Baqarah 2:186


Serahlah hati anda yang hancur kepada Allah SWT pasti Allah akan mengubatinya, tetapi jika anda menyerah hati anda yang sihat kepada kekasih anda, hati tersebut belum tentu dia akan dapat dirawatinya dengan selamat.

potensipips
23-05-2011, 09:43 AM
Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu(Asy-Syuura 42:30)

potensipips
23-05-2011, 09:48 AM
Dan Dialah Tuhan yang menerima taubat dari hamba-hambaNya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang mereka lakukan) dan Dia mengetahui akan apa yang kamu semua kerjakan(Asy-Syuura 42:25)

potensipips
23-05-2011, 10:01 AM
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesaran) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

(A-li'Imraan 3:185)

potensipips
23-05-2011, 10:05 AM
Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh,
merekalah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya(Al-Baqarah 2:82)

potensipips
23-05-2011, 10:20 AM
SABAR-Rahsia dan Nikmatnya

MAKSUD “sabar” dalam konteks amalan batin ialah menahan hawa nafsu daripada dipengaruhi oleh sebarang gelora atau kegemparan hati atau tekanan jiwa atau perasaan atau rangsangan yang menimbulkan rasa marah atau berontak, resah- gelisah, tidak rela, sugul, kecewa atau putus asa, akibat daripada pengalaman menghadapi kesusahan, ketidak- selesaan atau sesuatu keadaan yang tidak disukai atau tidak diingini.

Kesabaran itu harus meliputi empat tindakan, iaitu:

* tabah dan tekun dalam mengerjakan taat atau ibadat kepada Allah;
* menahan diri daripada melakukan maksiat atau kemungkaran;
* memelihara diri daripada dipukau oleh godaan dunia, nafsu dan syaitan;
* tenang / teguh hati menghadapi cubaan atau musibat.

Sabar yang demikian itu adalah suatu tuntutan dalam agama dan merupakan satu ibadah, malah segala ibadat itu didirikan di atas sabar, kerana dalam mengerjakan ibadat itu kita terpaksa menanggung kepayahan dan pengorbanan.

Malah, dalam segala lapangan, kita perlu bersabar dan menangani segala kesukaran dan rintangan yang dihadapi. Orang yang gagal bersabar tidak akan tercapai matlamat dan manfaat ibadatnya.

Antara tujuan kita disuruh mempertahankan kesabaran itu ialah:

Pertama, supaya dapat mengerjakan ibadat dengan tenteram dan dapat mencapai kesempurnaan dan seterusnya mencapai matlamatnya. Jika tidak bersabar, tekanan dan ekoran daripada pelbagai kesukaran atau daripada padah pelbagai musibat menjadikan kita keluh-kesah, lalu kehilangan punca kekusutan dan pertimbangan. Keadaan ini tentulah akan mengganggu konsentrasi dan penghayatan dalam kerja ibadat, khususnya. Kadang-kadang sampai tidak dapat meneruskannya.

Kedua, untuk mencapai kejayaan (kebajikan dunia dan akhirat).

Antara firman Allah Taala tentang hal ini ialah: “Dan Kami jadikan antara mereka itu pemimpin yang memberi pertunjuk dengan perintah kami ketika mereka bersabar”. (QS. 32:24); “Mereka itulah orang- orang yang dibalas (dikurniakan) bilik (martabat yang tinggi di syurga) kerana mereka bersabar (menjunjung taat kepada Allah), dan mereka dialu-alukan di dalamnya
(syurga) dengan penghormatan dan ucapan salam kesejahteraan (oleh para malaikat)”. (QS. 25:75); “Sesungguhnya orang-orang yang bersabar itu dicukupkan ganjaran pahala mereka tanpa batas”. (QS.
39:10);

Allah Taala menganjurkan kita supaya bersabar. Firman-Nya
(mafhumnya): “Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu
(melakukan taat dan menghadapi musibat), teguhkanlah kesabaran kamu, tetapkanlah kewaspadaan serta siap siaga dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung (merebut syurga dan bebas dari neraka).
(QS. 3:200).

Apabila seseorang itu berjaya mempertahankan kesabarannya dalam keempat-empat keadaan tersebut di atas, maka tercapailah darjat istiqamah dan taat dengan mendapat ganjaran pahalanya yang besar. Orang itu tidak akan terjatuh ke jurang maksiat.

Saiyidina Ali Abu Talib k. a. w pernah bermadah, maksudnya: Jika engkau bersabar, takdir itu berlaku juga ke atas diri mu, tetapi engkau dikurniakan ganjaran pahala. Jika engkau tidak sabar pun, takdir tetap berlaku juga ke atas dirimu dan engkau berdosa.

DALAM konteks menghadapi ujian (qadhak) atau musibat atau mala petaka, seseorang hamba Allah itu, insya Allah, akan berjaya mengekalkan kesabarannya , jikalau dia sentiasa mengingati atau mengekalkan kesedaran tentang hakikat atau hikmat musibat itu, atau jika hamba Allah itu sentiasa menaruh sangkaan baik terhadap Allah Taala. Malah, dengan yang demikian, kesabaran dan keimanannya akan bertambah teguh.

Sebagai perbandingan tentang hakikat musibat itu, kita katakan ada seorang bapa yang melarang keras anaknya memakan sejenis makanan yang amat digemari oleh anaknya itu. Sebaliknya sang bapa itu memaksa anaknya memakan makanan biasa daripada bahan yang murah, walaupun dia cukup mampu membeli makanan istimewa yang menjadai kegemaran anaknya itu. Apakah penerimaan atau reaksi sang anak terhadap tindakan bapanya itu?

Dan apakah kata kita terhadap sang bapa itu? Mungkin ramai antara kita akan mengatakan sang bapa itu kedekut, bakhil, tidak bertimbangrasa dan sebagainya. Akan tetapi kita tidak harus menuduh sebarangan kepada sang bapa itu sebelum kita tahu apa tujuan dia bertindak demikian. Kita harus mencari sebab-musababnya.

Inilah tindakan wajar orang yang bersabar. Demikianlah antara cara kita berhadapan dengan keadaan yang tidak menyenangkan kita atau apabila menerima cubaan atau musibat yang ditakdirkan oleh Allah Taala ke atas diri kita. Kita tidak harus terus melenting marah atau kesal mengikut arus perasaan atau rangsangan nafsu dan syaitan, kerana kita tidak tahu rahsia hakikat dan hikmat di sebalik takdir itu.

Bandingannya, katakan kita tahu, tujuan sang bapa tersebut bertindak demikian adalah kerana anaknya itu sedang mengidap suatu penyakit yang mengikut doktor, sang anak itu akan menghadapi bahaya apabila memakan makanan kegemarannya itu.

Sekarang apa kata kita? Tidakkah tuduhan-tuduhan terhadap sang bapa tadi tergugur dengan sendirinya? Dan, sang anak itu pula, apa bila mengetahui tujuan bapanya itu, apakah wajar memarahi bapanya atau berkecil hati atau menyesali tindakan bapanya itu? Sekarang tentulah kita akan mengatakan, sang bapa itu adalah seorang bapa yang bertanggungjawab dan anaknya pula tidak sepatutnya menyesali tindakan bapanya yang demikian. Katakan lagi, sang bapa membawa anaknya itu ke hospital, lalu ditahan di wad hospital itu. Maka itu terpenjaralah sang anak di hospital, terpaksa berpisah dengan keluarga dan kawan-kawanya. Selain itu dia terpaksa minum dan menelan ubat-ubat yang pahit dan disuntik. Rawatan seterunya ialah pembedahan.

Pada zahirnya, sang anak itu menderita terseksa, tetapi apabila diyakini, bahawa ’seksaan’ itu adalah untuk menyelamatkannya daripada ancaman dan seksaan sebenar yang berpanjangan daripada penyakit yang dihidapinya itu, maka ’seksaan’ sementara itu seharusnya diterima dengan hati terbuka, penuh rela, tenang, dan sabar.

Demikianlah semestinya penerimaan kita terhadap musibat atau ujian drpd Allah Taala. Sebenarnya penyakit itu sendiri merupakan suatu cubaan atau musibah. Melalui penyakit, kita diuji oleh Allah Taala sejauh mana kesabaran dan keimanan kita, sejauh mana dan bagaimana usaha atau ikhtiar kita merawatinya, sama ada dengan cara yang bersendikan tawakal dan tafwid atau melibatkan perbuatan syirik, yakni bergantung kepada yang lain daripada Allah dan melakukan perkara-perkara mungkar yang lain.

Dan, kalau ditakdirkan usaha rawatan itu gagal dan penyakit itu bertambah tenat, maka itu adalah ujian yang lebih besar, khususnya kepada pengidap penyakit itu. Kalau penyakit itu akhirnya membawa maut, maka ujian itu melibatkan keluarga pula. Hikmat dan hakikat di sebalik apa yang ditakdirkan Allah itu, sama ada yang baik ataupun yang buruk, kita tidak tahu.

Sebab itu kita perlu bersabar menerima dan menanggungnya. Kita sebagai hamba Allah hendaklah menghadapinya dengan hati yang tenang, penuh kerelaan, penuh kesabaran; di samping berikhtiar mengatasinya dengan seberapa daya mengikut kemampuan kita sebagai manusia, hamba Allah.

Untuk mewujudkan kesabaran, kita hendaklah sentiasa menyedari, bahawa kadar dan waktu berlakunya kesusahan atau musibat itu adalah di bawah takdir Allah Taala yang maha berkuasa. Ketetapan kadar itu tidak bertambah atau berkurang dan waktunya tidak terdahulu atau terkemudian.

Dan, untuk memelihara atau mengekalkan kesabaran itu pula, kita hendaklah sentiasa mengingati bahawa kesabaran itu bakal dibalas dengan ganjaran kebajikan dan pahala yang disimpan khas oleh Allah Taala.

Demikianlah, kesabaran itu merupakan ubat yang paling pahit tetapi paling mujarrab.

Yakinlah, keberkatan daripada kesabaran itu membawa manfaat kepada kita sekali gus menolak mudarat daripada kita. Sebagai ubat, pahitnya hanya sesaat, tetapi manisnya berpanjangan. Wallahu a’lam.

===== Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

potensipips
23-05-2011, 10:22 AM
Mudahnya Menjadi Wanita Solehah.

Ciri-Ciri Wanita Solehah

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita untuk menerima gelar solehah dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah SWT.

Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat sahaja iaitu:
1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut:

1- Taat kepada Allah dan RasulNya

Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah SWT ?
- Mencintai Allah SWT dan Rasulullah SAW. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada muhrim atau mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan ketaqwaan
- Berbuat baik kepada ibu bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah atau pun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga

2. Taat kepada suami
- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya
selama suami tiada di rumah.
- Tidak cemberu di hadapan suami.
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami.
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya jika dalam kebenaran
- Tidak menerima tetamu yang dibenci suaminya.
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan fizikal & kecantikannya serta rumah tangga

potensipips
23-05-2011, 10:26 AM
Batu Memberi Salam

Dari Jabir bin Samurah r.a katanya, rasulullah s.a.w bersabda:”Sesungguhnya akulah yang paling mengenali batu-batu di Mekah. Batu-batu itu memberi salam kepadaku sebelum aku diutus menjadi Rasul. Kini aku ingat peristiwa itu.”

potensipips
23-05-2011, 10:27 AM
Dari Aisyah r.a katanya:”Rasulullah s.a.w solat malam di kamarnya, padahal dinding kamar itu rendah (pendek) sehingga orang lain dapat melihat baginda. Kerana itu mereka solat sepertimana baginda. Setelah hari pagi, mereka memperkatakan hal itu. Malam keduanya, nabi solat lagi. Orang lain pun solat juga seperti baginda. Mereka lakukan hal seperti itu dua atau tiga malam dan sesudah itu baginda solat sambil duduk dan tidak keluar. Ketika hari telah Subuh, orang ramai menanyakan hal tersebut kepada baginda. Jawab baginda:”Aku takut kalau-kalau kamu menganggap solat malam itu wajib.”

(al-Bukhari)

potensipips
23-05-2011, 10:29 AM
سبحان الله

100 kali mendapat 1000 pahala dan diampunkan 1000 dosa.

سبحان الله وبحمده

100 kali diampunkan segala dosa walau seperti buih di lautan.

لااله إلا الله وحده لا شريك له , له الملك وله الحمد وهو على كل شىء قدير

100 kali mendapat seribu pahala dan dihapuskan 1000 dosa dan dilindungi daripada gangguan syaitan.

سباحان الله وبحمد , سبحان الله العظيم

sebanyak mungkin mendapat timbangan mizan yang berat dan lafaz yang paling disukai oleh Allah YangBersifat Ar-Rahman.

لا حول ولا قوة إلا بالله

sebanyak mingkin mendapat khazanah daripada segala khazanah Syurga Allah SWT.

Buih di lautan

potensipips
23-05-2011, 10:39 AM
Riwayat dalam kitab jauhar Mauhub apabila dihantar mayat ke dalam kubur akan datang kepadanya empat api, maka:

1. Api pertama akan dipadam oleh solatnya.
2. Api kedua akan dipadam oleh puasanya.
3. Api ketiga akan dipadam oleh sedekahnya.
4. Api yang ke empat akan dipadam oleh sabarnya.

potensipips
23-05-2011, 10:42 AM
5 Perkara Tanda Pendustaan Kita Kepada Allah SWT

1. Beribadat kepada Allah SWT tetapi melakukan maksiat dengan anggota badannya.
2. Melakukan Ibadat kepada Allah SWT tetapi disertai bidaah dalam ketaatan kepada Allah SWT.
3. Beribadat kepada Allah SWT tetapi Haloba dengan sesuatu yang dimiliki oleh orang lain.
4. Menyakini tentang kebenaran Islam tetapi kurang beribadat kepada Allah SWT.
5. Mengaku persaudaraan sesama Islam tetapi tidak menjaga kehormatan umat Islam mengikut dengan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT.

Tazkiah an-Nufus. m/s: 47

potensipips
23-05-2011, 10:47 AM
SURAH AL FATIHAH MENCAKUP SEGALA ILMU PENGETAHUAN
Menurut Imam Al Ghazali bahawa Al Quran mengandung sepuluh dasar ilmu pengetahuan umum dan tiap-tiap ilmu itu membawahi beberapa macam ilmu :
1. Ilmu untuk mengenal zat Allah swt.

2. Ilmu untuk mengenal sifat-sifat Allah swt. Mengenai zat Allah swt, kita mengagungkan dan mensucikanNya dari segala sifat kekurangan : Dia tida serupa dengan sesuatu apapun. Adapun mengenal sifat-sifatNya iaitu : Dia Maha Kuasa, Maha Berkehendak, Maha Mengetahui, Hidup, Mendengar, Melihat dan Berbicara.

3. Dialah Khalik alam semesta dan Penciptanya dan Dialah Yang meninggikan langit dan membentangkan bumi.

4. Menjelaskan tempat kembali manusia seperti : syurga sebagai tempat pahala, neraka sebagai tempat siksa.

5. Menjelaskan Siratal Mustaqim (jalan yang lurus) dengan meninggalkan segala perbuatan yang tercela dan segala perbuatan yang tercela dan segala perangai yang rendah.

6. Menghiasi diri dengan segala perbuatan yang mulia dan segala sifat yang utama.

7. Menjelaskan orang-orang yang telah dianugerahi nikmat atas mereka dan memuji mereka itu.

8. Menerangkan (akibat) orang-orang yang zalim, orang-orang yang melanggar hukum-hukum agama dan orang-orang yang kafir.

9. Menyebutkan perbantahan orang-orang kafir.

10. Menerangkan undang-undang hukum Allah.

Inilah semuanya ilmu-ilmu yang tersebut di dalam Al Quran dan lapan diantaranya telah tercakup di dalam surah Al Fatihah. Demikian pandangan Imam Al Ghazali.

Untuk jelasnya adalah sebagai berikut :
1. Zat Allah swt yang tercantum dalam kalimah : ( Bismillahi) = Dengan nama Allah

2. Sifat-sifat Allah dalam kalimah :
(Arrahmaanirrahimi Malikiyaumiddiini) = Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Yang menguasai hari Pembalasan.

Bahawasanya sifat Rahmah (Pengasih dan Penyayang) dan kekuasaan itu, keduanya menghendaki adanya Qudrat (sifat Maha Kuasa), Iradah (Maha Berkehendak) dan Ilmu (Maha Mengetahui). Itulah diantara sifat-sifat Allah yang tercantum didalam kebanyakan surah didalam Al Quran seperti firmanNya : ” Almalikul kudduusussalamul mu’minullmuhaeminul ‘aziizul jabbarul mutakabbiru. Yang Ertinya : “Dia Maha Raja Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Menganugerahkan Keamanan Yang Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa dan Yang Maha Agung. Q. S Al-Hasyr : 23

3 Ilmul af’al (ilmu perbuatan Allah) iaitu : ilmu yang telah kami huraikan dahulu yang tercakup dalam firmanNya : Rabbil’alamiina = Yang Memelihara Semesta Alam.

Dan tersirat di dalamnya berbagai macam ilmu dan kami telah jelaskan bahawa alam itu ada dua macam : alam tinggi dan alam rendah ; Pada kedua alam tersebutlah berhubungan berbagai macam ilmu pengetahuan dan teknologi kerana semuanya itu adalah “Af’alullah” (Perbuatan Allah) yang masuk didalam pengaruh rahmat dan pendidikanNya bagi semesta alam. Bahawasanya ilmu pasti dan ilmu pengetahuan alam yang keduanya telah masuk di dalam “Tarbiayatul ‘alamin” (Pendidikan semesta alam) keduanya diikuti lagi oleh berbagai ilmu teknik yang diantaranya seperti : alat pengukur waktu (jam dan sebagainya), ilmu tentang mesin penggerak (penarik benda yang berat) seperti : lokomotif dan sebagainya, ilmu penggerudi air dan minyak, ilmu tentang alat-alat persenjataan yang berat seperti : roket meriam dan sebagainya.

Ilmu tentang gas beracun dsb. Ilmu-ilmu itulah yang menggugah bangsa-bangsa yang masih tidur dan membangunkan bangsa-bangsa Timur (Asia) dari tidur nyenyak mereka. Semuanya ini termasuk di antara keajaiban pendidikan. Demikian juga ilmu pembuatan senjata berat seperti meriam yang dapat menghancurkan orang-orang yang lalai. Ilmu tentang alat pembakar, ilmu tentang alat pembakar, ilmu untuk bangunan perumahan yang kuat; ilmu pembuatan (menggali) terusan (sungai); ilmu tentang juluran dalam bentuk dan letaknya; ilmu gaya gravitasi; ilmu ukur ruang; ilmu kedoktoran dan ilmu pertanian. Kedua ilmu terakhir ini (Kedoktoran dan pertanian) termasuk dalam lingkungan ilmu pengetahuan alam, sedangkan ilmu-ilmu sebelumnya termasuk dalam lingkungan ilmu pasti (matematika) dan semuanya itu terkandung di dalam. Tarbiayatul ‘alamin Ertinya : “Pendidikan Alam Semesta”

Ketahuilah bahawa semua industri yang telah ada sekarang mahupun yang akan datang semuanya bersumber dari benda-benda yang telah ada (diciptakan Allah) di dunia ini.

4. Keterangan tentang hari akhirat yang meliputi syurga, neraka, kenikmatan dan kesengsaraan, pahala dan siksa. Al Quran telah membuat segala keterangan mengenai hal tersebut dan semunya itu termasuk di dalam ayat : Maliki yaumiddiini. Ertinya : “Yang memiliki hari pembalasan (hari kemudian).”

5 & 6. Keterangan tentang siratal mustaqim (jalam yang lurus) ini ada dua bahagian :
a. Meninggalkan kesesatan, kefasikan dan berbagai maksiat seperti : bohong, khianat, khianat dan zina.

b. Menghiasi diri dengan dengan segala akhlak yang mulia seperti sifat-sifat mulia, ilmu pengetahuan, tolong-menolong, menyebarkan ilmu dan sebagainya.

7. Keterangan tentang sejarah para Nabi, orang-orang yang sholeh, orang-orang mukmin dan intelektual, semuanya ini termasuk dalam ayat : Allaziina an’amta ‘alaihim Ertinya : “Orang-orang yang telah Engkau berikan nikmat atas mereka”.

8. Cerita orang-orang yang telah dimurkai dan orang-orang yang sesat. Di dalam Al Quran banyak tersebut cerita tentang orang-orang yang sesat dan sejarah tingkah laku dan perbuatan mereka yang membawa kepada kehancuran dan kebinasaan. Itulah berbagai ilmu yang terkandung di dalam Al Quran dan telah tersirat di dalam surah Al Fatihah.

potensipips
23-05-2011, 10:53 AM
1. Takrif Fitnah Kubur.

Bahasa : Ujian dan `ibtilaa

Syarak : Soalan terhadap si mati tentang tuhannya, nabinya dan amalannya.

2. Dalil tentang kewujudan fitnah kubur.

“ Dari Anas bin Malik r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda : (( Sesungguhnya seseorang hamba itu apabila diletakkan di dalam kuburnya dan keluarganya meninggalkannya, ketika mana dia masih lagi dapat mendengar bunyi selipar/kasut mereka, datang kepadanya dua malaikat lalu mereka mendudukkannya lantas bertanya : Apa yang kamu katakan tentang lelaki ini iaitu Muhammad s.a.w?

Seandainya dia seorang mukmin maka dia menjawab : Aku bersaksi bahawa dia (Muhammad) adalah hamba Allah dan rasulNya. Kemudian dikatakan kepadanya: Lihatlah tempat kamu di dalam neraka, sesungguhnya Allah telah tukarkan ia kepada suatu tempat di dalam syurga. Lalu dia melihat kepada kedua-duanya. Kemudian diluaskan kuburnya seluas tujuh puluh hasta dan dipenuhkan dengan tanaman-tanaman sehinggalah hari dia dibangkitkan.

Seandainya dia seorang munafiq maka dia menjawab : Aku tidak tahu, aku berkata tentangnya sebagaimana dikatakan oleh orang lain. Kemudian dikatakan kepadanya: Tidaklah kamu tahu dan tidaklah kamu membaca. Maka dia dipukul dengan tukul-tukul daripada besi satu pukulan di antara kedua telinganya lantas dia bertempik dengan tempikan yang didengari oleh semua melainkan jin dan manusia.)) Bukhari dan Muslim.(Dipetik dari kitab At-Tazkirah, Al-Qurtubi)

3. Beberapa persoalan / fasal mengenai fitnah kubur.

1- Menurut pendapat yang paling sahih, ruh adalah satu jisim yang halus yang berkait / berhubung dengan jisim yang nyata. Fitnah kubur akan berlaku pada ruh dan juga jasad.

2- Beriman dengan fitnah kubur dan azabnya adalah wajib berdasarkan perkhabaran Rasulullah s.a.w.

3- Para penentang agama menolak kewujudan azab kubur dengan hujjah bahawa ianya tidak dapat dibuktikan pada pandangan manusia.

Jawapan terhadap mereka :

a. Allah Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.

b. Banyak perkara yang ada di dunia ini tidak dapat dilihat oleh pandangan mata.

4. Kubur dari taman syurga @ jurang neraka,

potensipips
23-05-2011, 11:06 AM
Semasa di Padang Mahsyar semua insan akan mementingkan dirinya sendiri tetapi Rasulullah tidak lupa umatnya malah Baginda bersedia memberi Syufaat pada umatnya yang mengikut jejaknya atau sunnahnya,, Baginda setia menunggu umatnya di tiga tempat yang amat penting di Padang Mahsyar :


1. Rasulullah SAW setia menunggu memberi syafaat kepada umatnya semasa manusia ditimbang amalan mereka.
2. Rasulullah SAW setia menunggu umatnya ketika manusia menerima buku catatan amalan dan akan memberi syafaat kepada umatnya kurang amalan kebajikan.
3. Rasulullah bersedia mempimping umatnya melalui titian Sirat Mustaqim dengan selamat untuk ke Syurga, jika umatnya adalah umat yang benar-benar cinta kepada Sunnahnya.

Salam & Selawat pada junjungan Baginda RasuluLLAH, para sahabat Baginda, mereka yang mengikut sunnahnya dari dahulu hingga ke hari Kiamat.

potensipips
23-05-2011, 11:09 AM
(Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (Neraka) Saqar?

Orang-orang yang bersalah itu menjawab: Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang;

Al-Muddasthir : 42 & 43

potensipips
23-05-2011, 11:15 AM
Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!

potensipips
23-05-2011, 11:22 AM
AMALAN DAN ZIKIR MEREHATKAN BADAN

Bagi mengatasi kepenatan semasa melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri
kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya
Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya
kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti.

Saidina Ali berkata :

“Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang.
Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu.”

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan
hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu
tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w.
tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu.
Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu.

Baginda s.a.w. berkata:

“Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik
daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali,
bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali.

Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam.”

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada
anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan
kesusahan hidup mereka berdua.

Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w.
ini.

Katanya “Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku.”

AAlangkah baiknya amalan ini dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca ‘Subhanallah’ (33 kali), ‘Alhamdulillah’ (33 kali)
dan ‘Allahuakbar’ (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata.

Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya Allah – Allah dari petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.

“Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun” (Sabda Rasulullah SAW)

“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan
mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati
Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat
kemenangan yang besar.”

potensipips
23-05-2011, 11:31 AM
AYAT-AYAT BIDADARI DAN NIKMAT ORANG BERTAQWA

Surah Al-Dukhan
إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي مَقَامٍ أَمِينٍ

[51] Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa (akan ditempatkan) di tempat tinggal yang aman sentosa.

كَذَلِكَ وَزَوَّجْنَاهُم بِحُورٍ عِينٍ

[54] Demikianlah keadaannya dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya.

Surah Tur
إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ وَنَعِيمٍ

[17] Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, di tempatkan dalam taman-taman Syurga dan nikmat kesenangan (yang tidak ada taranya).

مُتَّكِئِينَ عَلَى سُرُرٍ مَّصْفُوفَةٍ وَزَوَّجْنَاهُم بِحُورٍ عِينٍ

[20] Mereka duduk berbaring di atas pelamin-pelamin yang berderet dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya.

وَيَطُوفُ عَلَيْهِمْ غِلْمَانٌ لَّهُمْ كَأَنَّهُمْ لُؤْلُؤٌ مَّكْنُونٌ

[24] Dan mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang sentiasa beredar di sekitar mereka, (yang cantik parasnya) seolah-olah anak-anak muda itu mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya. [Round about them will serve, (devoted) to them, youths (handsome) as Pearls well-guarded]

Surah Al-Waqiah

وَالسَّابِقُونَ السَّابِقُونَ
[10] Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);

أُوْلَئِكَ الْمُقَرَّبُونَ
[11] Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),

يَطُوفُ عَلَيْهِمْ وِلْدَانٌ مُّخَلَّدُونَ
[17] Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka. [Round about them will (serve) youths of perpetual (freshness).]

وَحُورٌ عِينٌ
[22] Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya,

كَأَمْثَالِ اللُّؤْلُؤِ الْمَكْنُونِ
[23] Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.

Surah Al-Insan

إِنَّ الْأَبْرَارَ يَشْرَبُونَ مِن كَأْسٍ كَانَ مِزَاجُهَا كَافُورًا
[5] Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan kebajikan), akan meminum dari piala: Sejenis minuman yang bercampur dengan “Kafur”.

عَيْنًا يَشْرَبُ بِهَا عِبَادُ اللَّهِ يُفَجِّرُونَهَا تَفْجِيرًا

[6] Iaitu sebuah mata air (di Syurga), yang diminum daripadanya oleh hamba-hamba Allah (yang taat); mereka boleh mengalirkannya (di tempat-tempat tinggal mereka) dengan aliran yang semudah-mudahnya dan menurut kemahuannya.

وَيَطُوفُ عَلَيْهِمْ وِلْدَانٌ مُّخَلَّدُونَ إِذَا رَأَيْتَهُمْ حَسِبْتَهُمْ لُؤْلُؤًا مَّنثُورًا

[19] Dan mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka; apabila engkau melihat anak-anak muda itu, nescaya engkau menyangkanya mutiara yang bertaburan. [And round about them will (serve) youths of perpetual (freshness): if thou seest them, thou wouldst think them scattered Pearls.]

potensipips
23-05-2011, 11:34 AM
Siapa yg mengawini seorang wanita kerana memandang kedudukannya maka Allah akan menambah baginya kerendahan, memandang harta-bendanya maka Allah akan menambah baginya kemelaratan, memandang keturunannya maka Allah akan menambah baginya kehinaan, tetapi bila kerana ingin mengelak pandanagn mata & menjaga kesucian seksualnya …atau ingin mendekatkan ikatan kekeluargaan maka Allah akan memberkahinya dan isterinya.(HR Bukhari)

potensipips
23-05-2011, 11:39 AM
Nabi SAW bersabda, “5 Kunci-kunci ghaib yang tidak ada yg mengetahuinya selain Allah SWT:
1. Tidak ada yg mengetahui apa yg ada dalam rahim, kecuali Allah SWT.
2. Tidak ada yang mengetahui apa yang akan terjadi esok hari, kecuali Allah SWT.
3. Tidak seorang pun tahu bila hujan akan turun, kecuali Allah SWT.
4. Tidak ada yang mengetahui di mana ia akan mati, kecuali Allah SWT.
5. dan tidak ada yang tahu bila kiamat akan terjadi, selain Allah SWT . (HR Bukhari)

potensipips
23-05-2011, 11:43 AM
Manusia mesti melakukan dosa dan pasti memerlukan keampunan Allah SWT. Oleh kerana itu Allah memberikan keutamaan dan kemurahan kepada hambaNya dengan mensyariatkan amalan-amalan yang dapat menghapus dosa disamping bertaubat. Sebagiannya dijelaskan dalam Al Quran dan sebahagian lagi dalam Sunnah Rasulullah SAW.

Diantaranya sebagai berikut:

1. Menyempurnakan wuduk dan berjalan ke masjid,

sebagaimana disampaikan Rasulullah SAW:

أَلَا أَدُلُّكُمْ عَلَى مَا يَمْحُو اللَّهُ بِهِ الْخَطَايَا وَيَرْفَعُ بِهِ الدَّرَجَاتِ قَالُوا بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ إِسْبَاغُ الْوُضُوءِ عَلَى الْمَكَارِهِ وَكَثْرَةُ الْخُطَا إِلَى الْمَسَاجِدِ وَانْتِظَارُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الصَّلَاةِ فَذَلِكُمْ الرِّبَاطُ

“Mahukah kamu sekalian aku tunjukkan sesuatu yang dapat menghapus dosa dan mengangkat derajat. Mereka menjawab: ya wahai Rasulullah. Baginda bersabda: menyempurnakan wuduk ketika masa sulit dan memperbanyak langkah kemasjid serta menunggu solat satu ke solat yang lain, kerana hal itu adalah ribath ( merapatkan hubungan dengan Allah SWT)” (HR Muslim dan Al Tirmidzi).

Juga dalam sabda Baginda yang lain:

إِذَا تَوَضَّأَ الرَّجُلُ فَأَحْسَنَ الْوُضُوءَ ثُمَّ خَرَجَ إِلَى الصَّلَاةِ لَا يُخْرِجُهُ أَوْ قَالَ لَا يَنْهَزُهُ إِلَّا إِيَّاهَا لَمْ يَخْطُ خُطْوَةً إِلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ بِهَا دَرَجَةً أَوْ حَطَّ عَنْهُ بِهَا خَطِيئَةً

“Jika seseorang berwudhu lalu menyempurnakan wudhunya kemudian berangkat sholat dengan niatan hanya untuk sholat, maka tidak melangkah satu langkah kecuali Allah angkat satu derajat dan hapus satu dosa” (HR. Al Tirmidzi).

2. Puasa pada hari Arafah dan Asyura :\

dalilnya:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ وَ صِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ

“Nabi Bersabda: Puasa hari Arafah saya berharap dari Allah untuk menghapus setahun yangsebelumnya dan setahun setelahnya dan Puasa hari A’syura saya berharap dari Allah menghapus setahun yang telah lalu” (HR. At Tirmidzi dan di-shahih-kan Al Albani dalam Shahih Al Jaami’ no. 3853)

3. Solat terawih di bulan Ramadhan,

dengan dalil sabda Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam:

مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيْمَانًا وَ احْتِسَابًا غفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

“Siapa yang menegakkan romadhon (shalat tarawih) dengan iman dan mengharap pahala Allah maka diampunilah dosanya yang telah lalu” (Muttafaqun ‘Alaihi)

4. Haji yang mabrur,

dengan dalil:

مَنْ حَجَّ فَلَمْ يَرْفُثْ وَ لَمْ يَفْسُقْ رَجَعَ كَيَوْمِ وَلَدَتْهُ أُمُّهُ

“Siapa yang berhaji lalu tidak berkata keji dan berbuat kefasikan maka kembali seperti hari ibunya melahirkannya” (HR. Al Bukhari)

dan sabda beliau:

الْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلَّا الْجَنَّةُ

“Haji mabrur balasannya hanyalah surga” (HR. Ahmad).

5. Memaafkan hutang orang yang sukar membayar,

dengan dalil:

عَنْ حُذَيْفَةَ قَالَ أُتِيَ اللَّهُ بِعَبْدٍ مِنْ عِبَادِهِ آتَاهُ اللَّهُ مَالًا فَقَالَ لَهُ مَاذَا عَمِلْتَ فِي الدُّنْيَا قَالَ يَا رَبِّ آتَيْتَنِي مَالَكَ فَكُنْتُ أُبَايِعُ النَّاسَ وَكَانَ مِنْ خُلُقِي الْجَوَازُ فَكُنْتُ أَتَيَسَّرُ عَلَى الْمُوسِرِ وَأُنْظِرُ الْمُعْسِرَ فَقَالَ اللَّهُ أَنَا أَحَقُّ بِذَا مِنْكَ تَجَاوَزُوا عَنْ عَبْدِي

“Dari Hudzaifah beliau berkata Allah memanggil seorang hambaNya yang Allah karuniai harta. Maka Allah berkata kepadanya: Apa yang kamu kerjakan didunia? Ia menjawab: Wahai Rabb kamu telah menganugerahkanku hartaMu lalu aku bermuamalah dengan orang-orang. Dan dahulu akhlakku adalah memaafkan, sehingga aku dahulu mempermudah orang yang mampu dan menunda pembayaran hutang orang yang sulit membayar. Maka Allah berfirman: Aku lebih berhak darimu maka maafkanlah hambaKu ini” (HR. Muslim).

6. Melakukan kebaikan setelah berbuat dosa,

dengan dalil:

اتَّقِ اللَّهِ حَيْثُمَا كُنْتَ وَأَتْبِعْ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ

“Bertakwalah kepada Allah dimanapun kamu berada, ikutilah kejelekan dengan kebaikan yang menghapusnya dan pergauli manusia dengan etika yang mulia” (HR Al Tirmidzi dan Ahmad dan dishohihkan Al Albani dalam Shohih Al Jaami’ no. 97.)

7. Memberi salam dan berkata baik,

dengan dalil sabda Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam:

إِنَّ كِمْ كُوْجِبَاتِ الْمَغْفِرَةِ بَذْلُ السَّلاَمِ وَ حُسْنُ الْكَلاَمِ

“Sesungguhnya termasuk sebab mendapatkan ampunan adalah memberikan salam dan berkata baik” (HR Al Kharaithi dalam Makarim Al Akhlak dan di-shahih-kan Al Albani dalam Silsilah Al Ahadits Al Shahihah, no. 1035)

8. Sabar di atas musibah yang menimpa,

dalil sabda Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam:

إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يَقُولُ إِنِّي إِذَا ابْتَلَيْتُ عَبْدًا مِنْ عِبَادِي مُؤْمِنًا فَحَمِدَنِي عَلَى مَا ابْتَلَيْتُهُ فَإِنَّهُ يَقُومُ مِنْ مَضْجَعِهِ ذَلِكَ كَيَوْمِ وَلَدَتْهُ أُمُّهُ مِنْ الْخَطَايَا

“Sesungguhnya Allah Azza Wa Jalla berfirman: Sungguh Aku bila menguji seorang hambaKu yang mukmin, lalu ia memujiku atas ujian yang aku timpakan kepadanya, maka ia bangkit dari tempat tidurnya tersebut bersih dari dosa seperti hari ibunya melahirkannya” (HR Ahmad, dan dihasankan Al Albani dalam Silsilah Al Ahadits Al Shohihah no. 144).

9. Menjaga solat lima waktu dan jumaat serta puasa Ramadhan, dengan dalil sabda Rasulullah:

الصلوات الخَمْسُ وَ الجُمْعَةُ إِلَى الْجُمْعَةِ وَ رَمَضَان إِلَى رَمَضَان مُكَفِّرَاتُ مَا بَينَهُمَا إِذَا اجْتُنِبَتِ الْكَبَائِرُ

“Sholat lima waktu dan jum’at ke jum’at dan Romadhon ke Romadhon adalah penghapus dosa diantara keduanya selama menjauhi dosa besar” (HR Muslim)

10. Mengumandangkan azan,

dengan dalil sabda Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam:

إِنَّ الْمُؤَذِّنَ يُغْفَرُ لَهُ مَدَى صَوْتِهِ

“Seorang Muadzin diampuni dosanya sepanjang (gema) suaranya” (HR Ahmad dan dishohihkan Al Albani dalam Shahih AL Jaami’ no. 1929)

11. Solat wajib,

dengan dalil sabda Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam:

أَرَأَيْتُمْ لَوْ أَنَّ نَهَرًا بِبَابِ أَحَدِكُمْ يَغْتَسِلُ فِيهِ كُلَّ يَوْمٍ خَمْسًا مَا تَقُولُ ذَلِكَ يُبْقِي مِنْ دَرَنِهِ قَالُوا لَا يُبْقِي مِنْ دَرَنِهِ شَيْئًا قَالَ فَذَلِكَ مِثْلُ الصَّلَوَاتِ الْخَمْسِ يَمْحُو اللَّهُ بِهِ الْخَطَايَا

“Bagaimana pendapat kalian seandainya ada sungai di pintu yang digunakan untuk mandi setiap hari lima kali, pa yang kalian katakan apakah tersisa kotorannya? Mereka menjawab: Tidak sisa sedikitpun kotorannya. Beliau bersabda: sholat lima waktu menjadi sebab Allah hapus dosa-dosa” (HR. Al Bukhari).

12. Memperbanyakkan sujud,

dengan dalil sabda Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam:

عَلَيْكَ بَكَثْرَنِ السُّجُوْدِ فَإِنَّكَ لاَ تَسْجُدُ لِلَّهِ إِلاَّ رَفَعَكَ اللهُ بِهَا دَرَجَةً وَ حَطَّ عَنْكَ بِهَا خَطِيْئَةً

“Hendaklah kamu memperbanyak sujud kepada Allah, karena tidaklah kamu sekali sujud kepada Allah kecuali Allah mengangkatmu satu derajat dan menghapus satu kesalahanmu (dosa)” (HR Muslim).

13. Solat malam atau Tahjjud dengan Qiamullail,

dengan dalil:

عَلَيْكَ بِقِيَامِ اللَيْلِ فَإِنَّهُ دَأْبُ الصَّالِحِيْنَ قَبْلَكُمْ وَهُوَ قُرْبَةٌ لَكُم لإِلَى رَبِّكُمْ وَ مُكَفِّرَةٌ للسَّيْئَاتِ وَ مَنْهَاةٌ عَنِ الإِثْمِ

“Hendaklah kalian sholat malam, karena ia adalah adat orang yang sholeh sebelum kalian dan amalan yang mendekatkan diri kepada Robb kalian serta penghapus kesalahan dan mencegah dosa-dosa” (HR Al Haakim, dan dihasankan Al Albani dalam Irwa’ Al Ghalil 2/199).

14. Berjihad dijalan Allah,

dengan dalil:

يُغْفَرُ للشَّهِيْدِ كُلَّ ذَنْبٍ إلاَّ الدَّيْن

“Semua dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutang” (HR Muslim)

15. Mengiringkan haji dengan umrah,

dengan dalil:

تَابِعُوْا بَيْنَ الحَجِّ وَ الْعُمْرَةِ فَإِنَّ مُتَابَعَةَ بَيْنَهُمَا تَنْفِيْ الْفَقْرَ وَ الذُّنُوْبِ كَمَا تَنْفِيْ الْكِيْرُ خَبَثَ الْحَدِيْدِ

“Iringi haji dengan umroh, karena mengiringi antara keduanya dapat menghilangkan kefakiran dan dosa sebagaimana Al Kier (alat pembakar besi) menghilangkan karat besi” (HR Ibnu Majah dan dishohihkan Al Albani dalam Shohih Al Jaami’ no,2899)

16. Sedekah,

dengan dalil:

إِن تُبْدُوا الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ وَإِن تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَآءَ فَهُوَ خَيْرُُ لَّكُمْ وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِّن سَيِّئَاتِكُمْ وَاللهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرُُ

“Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebagian kesalahan-kesalahanmu; dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan” (QS. Al Baqarah: 271)

Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam pun bersabda:

الصَّدَقَةُ تُطْفِىءُ الْخَطِيْئَةَ كَمَا يُطْفِىءُ الْمَاءُ النَّارَ

“Shadaqah menghapus dosa seperti air memadamkan api” (HR Ahmad, Al Tirmidzi dan selainnya dan di-shahih-kan Al Al Bani dalam Takhrij Musykilat Al faqr no. 117)

17. Menegakkan hukum hudud yang sesuai dengan syariat Islam,

dengan dalil:

أَيُّمَا عَبْدٍ أَصَابَ شَيْئَاً مَمَا نَهَى اللهُ عَنْهُ ثُمَّ أُقِيْمَ عَلَيْهِ حَدُّهُ كَفَرَ عَنْهُ ذَلَكَ الذَّنْبُ

“Siapa saja yang melanggar larangan Allah kemudian ditegakkan padanya hukum hudud maka dihapus dosa tersebut” (HR Al Haakim dan dishohihkan Al Albani dalam Shahih Al Jaami’ no,2732)
Sumber Rujukan :

http://www.syabaabussunnah.co.cc/

syam82s
23-05-2011, 11:49 AM
best plk baca ayat nie.

potensipips
23-05-2011, 11:50 AM
Lelaki Acuan Al-Quran

lalah Seorang Lelaki Yang Beriman Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah swt
Yang Sentiasa Haus Dengan IImu
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu

Lelaki Acuan AI-Quran
lalah Lelaki Yang Menjaga Tuturkatanya
Yang Tidak Bermegah Dengan IImu Yang Dimilikinya
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung
Yang Mempunyai Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai Musuh

Lelaki Acuan AI-Quran
lalah Lelaki Yang Menghormati Ibubapanya
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga
Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri Mendalami Agama Islam
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan Kerana Dunia Baginya

Adalah

Rumah Sementara Menunggu Akhirat
Lelaki Acuan AI-Quran
Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya
Yang Hidup Di Bawah Naungan AI-Quran Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya

Lelaki Acuan AI-Quran
Tidak Pemah Membazirkan Masa
Yang Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan
Yang Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan

Lelaki Acuan AI-Quran
Sentiasa Mengingati Mati
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat
Yang Mana Buah Kehidupan ltu Perlu Dibajai Dan Dijaga Meneruskan
Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian

Lelaki Acuan AI-Quran
Ialah Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona Dengan BuaianDunia Kerana

Dia

Mengimpikan Syurga
Di Situlah Rumah Impiannya
Bersama Wanita Acuan AI-Quran

potensipips
23-05-2011, 11:54 AM
ZIKIR ADALAH SATU KEPERLUAN

Di antara ayat-ayat al-Quran, firman Allah Ta’ala

“Maka berzikirlah (ingatlah) kepadaKu, nescaya Aku akan mengingati kamu sekalian…..” (al-Baqarah: 152)

Berzikirlah (ingatlah) kepada Allah dengan sebutan zikir yang banyak.”

(al-Ahzab: 41)

“Mereka yang berzikir kepada Allah dalam keadaan berdiri duduk dan sedang berbaring.” (al-Imran: 191)

“Dan apabila kamu telah selesai menunaikan sembahyang maka berzikirlah kepada Allah dalam keadaan berdiri, duduk dan sedang berbaring.”

(an-Nisa’: 103)

Berkata Ibnu Abbas: Maksud ayat di atas, hendaklah seseorang itu berzikir kepada Allah pada malam hari dan siangnya, di daratan dan di lautan ketika dalam pelayaran dan di dalam keadaan kaya dan miskin, sakit dan sihat, sama ada dengan suara rendah (dalam hati) mahupun dengan suara nyaring yang didengar oleh ramai.

Allah berfirman:

“Berzikirlah pada Tuhanmu dalam dirimu (hatimu) dengan penuh perasaan rendah hati dan takut dan bukan dengan suara nyaring di waktu pagi dan petang dan janganlah engkau sampai dikira orang-orang yang lalai.”

(al-A’raf: 205)

Allah berfirman lagi pada mencela orang-orang munafikin:

“Mereka itu tiada mengingati Allah melainkan sedikit sekali.”

(an-Nisa: 142)

Di antara Hadis-hadis yang membicarakan hal-hal ini ialah:

“Berfirman Allah azzawajalla: Aku sentiasa bersama hambaKu selagi ia mengingatiKu, dan selagi kedua kelopak bibirnya bergerak-gerak (kerana berzikir kepadaKu).”

Sabda Rasulullah s.a.w.:

“Barangsiapa yang ingin bersenang-senang di dalam taman-taman syurga maka hendaklah ia memperbanyakkan zikir Allah Azzawajalla.”

Apabila Rasulullah s.a.w ditanya: Mana satu amalan yang paling utama sekali?, baginda lalu menjawab:

“Iaitu apabila engkau menghadap maut sedangkan lidahmu lembut berzikir kepada Allah Azzawajalla.

Sabda Rasulullah SAW :

“Telah berfirman Allah Tabaraka Ta’ala. Andaikata hambaKu mengingatiKU dalam dirinya, niscaya Aku akan mengingatinya di dalam diriKu. Andaikata dia mengingatiKu di hadapan orang ramai, niscaya Aku akan mengingatinya di hadapan orang ramai yang lebih baik dari kumpulannya. Andaikata dia mendekatiKu sejengkal, niscaya Aku akan mendekatinya sehasta.”

Dari kata-kata atsar pula, berkata al-Hasan:

Zikir itu ada dua jenisnya: Berzikir kepada Allah Azzawajalla di antara dirimu dan antara Allah Azzawajalla. Alangkah baiknya ini dan besar pula pahalanya. Dan lebih utama dari itu ialah berzikir kepada Allah SWT pada ketika Allah mengharamkan sesuatu kepadanya.
Keutamaan majlis zikir.

Berkata Rasulullah s.a.w.

“Tiada sesuatu kaum pun yang duduk di dalam satu majlis sedang mereka berzikir kepada Allah Azzawajalla, melainkan para Malaikat berkerumun di sisi mereka dan rahmat akan mencucuri mereka, dan Allah akan menyebut-nyebut mereka kepada sesiapa yang ada di sisinya.”
Keutamaan bertahlil.

Bersabda Rasulullah s.a.w.

“Sepenting-penting yang saya katakan, begitu juga para Nabi yang sebelumku ialah: Laa Ilaha Illallahu Wahdahuu Laa Sayariikalah (Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya),”

Bersabda Nabi s.a.w lagi:

“Barangsiapa mengucapkan: Laa Ilahaa Illallahu Wahdahuu Laa Syarikalah, Lahul Mulku Walahul Hamdu Wahuwa ‘Alaa Kullu Syai’in Qadir (Tiada Tuhan melainkan Allah, yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya kepunyaanNya segala kerajaan dan bagiNya segala kepujian dan dia Berkuasa atas segala sesuatu) setiap kali 100 kali Pahalanya sama seperti pahala memerdekakan 10 hamba sahaya, dan dicatitkan baginya 100 hasanah (keabaikan) dan dipadamkan daripadanya 100 saiyi’ah (keburukan).”

Keutamaan tasbih, tahmid dan zikir-zikir lain.

Bersabda Rasulullah SAW :

“Barangsiapa membaca subhaanallah selepas setiap sembahyang 33 kali, dan membaca Alhamdulillaah 33 kali dan membaca Allahu Akhbar 33 kali, kemudian mencukupkan bilangan 100 dengan Laailaha Illallaahu Wahdahu Laa Syarikalah, Lahul Mulku Walahul hamdu Wahuwa ‘Alaa Kulli syai’in Qadir diampunkan dosa-dosanya.”

Rasulullah s.a.w bersabda lagi:

“Barangsiapa yang membaca: Subhaanallahi Wa Bihamdhi sehari 100 kali akan dileburkan segala kesalahan-kesalahannya.”

Rasulullah s.a.w bersabda lagi:

“Sebaik-baik pertuturan kepada Allah Ta’ala empat:

(1) Subhaanallah,

(2) Alhamdulilaah,

(3) Laa Ilaha Illallaah,

(4) Allaahu Akbar.

Tidak ada halangannya untuk memmulakan yang mana satu dari empat itu terlebih dulu.”

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi:

“Dua kalimah yang ringan disebutkan oleh lidah, tetapi amat berat dalam timbangan, juga amat dicintai oleh yang Maha Pengasih iaitu:

(1) Subhaanallaahi Wa Bihamdihi

(2) subhaanallahi ‘Azhiim.”

Rahsia Keutamaan zikir

Sekiranya ada berkata: Mengapa zikir kepada Allah itu, meskipun amat ringan disebutkan oleh lidah dan amat ringan disebutkan oleh lidah dan amat mudah untuk dilakukan, menjadi lebih utama dan lebih berfaedah dari berbagai-bagai ibadat yang lain yang lebih berat dan sukar melakukannya. Ketahuilah bahwa untuk mentahkikkan (menerangkan) perkara ini tidak sempurna, melainkan dengan ilmu mukasyafah (ilmu penyingkapan). Tetapi di dalam ilmu mu’amalah tentang tingkatan zikir kepada Allah s.w.t. bahwasanya zikir yang menginggalkan kesan dan yang berfaedah ialah zikir yang dilakukan dengan tetap dan berterusan dengan hati yang hadir. Adapun bezikir dengan lidah sedangkan hati lalai yang hadir. Adapun berzikir dengan lidah sedangkan hati lalai tidaklah memberikan apa-apa kesan atau faedah, malah ditetapkan bahwasanya kehadiran hati dengan mengingati Allah s.w.t selalu atau pada kebanyakkan waktum ialah lebih dipentingkan dari segala ibadatnya, bahkan dengannya jugalah dapat dijamin terpeliharanya seluruh peribadatan; dan yang dinamakan buah atau hasil dari peribadatan amaliah.

Dan bagi zikir itu ada permulaannya dan ada pula pengakhirannya. Permulaannya menimbulkan kelapangan dalam diri serta kecintaan dan pengakhirannya yakni sesudah dilakukan zikir itu berkali-kali dan menjadi kelazimannya pula, dia tidak akan merasakan ketenangan dan kesenangan diri serta kecintaannya melainkan dengan berzikir. Itulah peringkat yang harus dituntut dalam berzikir.
Keutamaan berdoa.

Allah telah berfirman:

“Apabila hamba-hambaKu bertanya engkau tentang ZatKu, maka (katakanlah) Aku amat hampir, sentiasa memperkenankan permohonan orang yang bermohon ketika bermohon kepadaKu. Oleh kerana itu, hendaklah mereka berkenaan memohon kepadaKu.” (al-Baqarah: 186)

Allah berfirman lagi:

“Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendahkan diri dan suara perlahan-lahan, sesungguhnya Dia (Allah) tiada suka kepada orang-orang yang melanggar batas.” (al-A’raf : 55)

Allah berfirman lagi:

“Dan Tuhan kamu telah berfirman: Mohonlah kepadaKu niscaya Aku memperkenankan permohonan kamu.” (al-Mu’minun: 60)

Berfirman Allah lagi:

“Katakanlah: Berdoalah kamu kepada Allah atau berdoalah kepada ar-Rahman (Tuhan Pengasih) dengan nama yang mana pun kamu berdoa, (kerana) bagi Allah nama-nama yang terbaik.” (al-Isra’: 110)

Nabi s.a.w telah bersabda:

“Doa itu intinya segala ibadat.”

Nabi s.a.w bersabda lagi:

“Memohonkan kepada Allah Ta’ala dari kelebihan-kelebihanNya, sesungguhnya Allah Ta’ala suka jika Dia dimohoni, dan sebaik-baik ibadat itu menantikan kelapangan.”

potensipips
23-05-2011, 11:56 AM
Adab dan tertib berdoa

Dalam berdoa kepada Allah Ta’ala itu ada sepuluh adab iaitu:

(1) Sebaik-baiknya, ia memilih waktu-waktu yang mulia untuk memanjatkan doanya ke hadrat Allah Ta’ala. Misalnya di waktu wukuf di Hari Arafah setahun sekali, atau pada bulan Ramadhan di antara bulan-bulan yang lain. Atau pada hari Jum’at dari hari-hari yang lain dalam masa seminggu dan di waktu tengah malam dalam masa malam hari. Allah telah berfirman:

“Dan pada waktu-waktu tengah malam, mereka memohon keampunan.”

(as-Zariat: 18)

(2) Hendaklah ia mencari ketika dan keadaan yang baik, seperti masa berkecamuknya barisan-barisan hadapan pada sabiullah (peperangan untuk meninggikan syiar Allah), dan pada masa turunnya hujan lebat (di negara yang sukar dituruni hujan) dan pada masa mendirikan sembahyang-sembahyang fardhu dan sesudahnya dan masa-masa di antara azan dan iqamah, dan pada ketika bersujud dalam masa sembahyang. Pendekata dikira mulianya sesuatu waktu itu kembali kepada kemuliaan keadaannya. Misalnya di waktu tengah malam, ketika itu hati sedang dalam keadaan bersih suci dan ikhlas serta terjatuh daripada segala perkara yang meruncingkannya. Begitu juga waktu di Hari Arafah dan pada hari Jum’at, ketika itu seluruh perhatian sedang berkumpul dan hati sedang tolong-menolong pada mencapai kerahmatan yang menyeluruh dari Allah azzawajalla.

(3) Hendaklah menghadapkan mukanya ke arah kiblat ketika memohonkan sesuatu doa, mengangkat tinggi kedua belah tangan sehingga boleh terlihat bahagian ketiak, kemudian selesai berdoa, ia pun menyapu kedua belah tangan itu ke muka.

Berkata Umar Ibnul-Khattab r.a: Seringkali Rasulullah s.a.w ketika mengangkat kedua belah tangannya waktu berdoa tidak meleraikannya melainkan sesudah disapukan dengan kedua belah tangan itu kewajahnya.

Ibnul Abas pula berkata: Biasanya bila Rasulullah s.a.w berdoa dirapatkan kedua belah tapan tangannya dan dijadikan bahagian dalam tapak tangan itu bersetentangan dengan wajahnya. Demikianlah cara-cara tangan itu ketika dalam berdoa dan baginda tidak pula mengangkatkan pemandangannya ke arah langit.

(4) Hendaklah merendahkan suara antara perlahan dan kuat. Siti Aisyah berkata dalam memberikan penerangan tentang maksud ayat berikut:

“Dan janganlah engkau mengangkkat suaramu di dalam sembahyang dan jangan pula merendahkannya sangat.” (al-Isra’ 110)

Kata Siti Aisyah maksudnya ialah ketika membaca doa-doanya: Allah s.w.t telah memuji Nabi Zakaria a.s. dengan firmanNya:

“Ketika ia menyeru Tuhannya dengan seruan perlahan-lahan.”

(Maryam: 3)

Firman Allah Ta’ala lagi:

“Serulah Tuhan kamu dengan merendahkan diri dan suara perlahan-lahan.” (al-A’raf: 55)

(5) Janganlah sampai ia memaksa-maksakan dirinya dalam berdoa dengan bersajak-sajak. Sebaik-baiknya janganlah sampai malampaui doa-doa ma’tsurah (doa-doa yang dihafal dari Rasulullah s.a.w.) sebab dikhuatiri ia akan melampaui batas di dalam doanya, lalu ia meminta apa yang tak patut dimintanya. Perlu diketahui bahwa bukan semua orang pandai menyusun doa terhadap Allah s.w.t.

(6) Hendaklah ia berdoa dengan penuh perasaan rendah diri, penuh kekhusyukan, penuh harapan dan kecenderungan dan juga penuh ketakutan.

Allah telah berfirman:

“Serulah Tuhan kamu dengan merendah diri dan suara perlahan-lahan.” (al-A’raf: 55)

(7) Hendaklah bersikap tetap d dalam doanya dan meyakini bahwa doanya itu akan di kabulkan oleh Allah s.w.t. serta membenarkan harapannya itu. Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Janganlah seseorang kamu berkata ketika berdoa: Ya Allah! Ya Tuhanku! Ampunilah aku jika Engkau menghendaki! Atau berkata: Ya Allah! Ya Tuhanku! Rahmatilah aku jika Engkau menghendaki Malah hendaklah menguatkan keazaman dalam doanya itu, kerana Allah tiada pernah di paksa atas pengabulan ( Penerimaan )doa.

Berkata Rasulullah s.a.w

“Bila seseorang kamu berdoa, hendaklah ia memperbesarkan permohonannya, sebab tiada sesuatu pun yang dianggap besar di hadrat Allah s.w.t.

Bersabda lagi Rasulullah s.a.w.

“Berdoalah kepada Allah dalam keadaan kamu penuh keyakinan akan dikabulkan permintaan kamu itu dan ketahuilah bahwasanya Allah Azzawajalla tidak akan mengabulkan doa orang yang lalai hatinya.”

(8) Hendaklah ia bersungguh-sungguh dan jangan berputus asa dalam doanya. Dan sebaik-baiknya diulang-ulangkan sampai tiga kali, dan jangan sampai merasa terlalu lambat menerima pengabulan (Diterima Oleh Allah).

(9) Hendaklah ia memulakan doanya dengan sebutan nama Allah dan janganlah sekali-kali memulakan dengan permintaan dulu. Sesudah menyebut nama Allah disebut pula salawat atas Nabi SAW. dan menutup doanya juga dengan sebutan salawat atas Rasulullah SAW juga.

(10) Mengerjakan adab kebatinan dan itulah punca pengabulan dalam semua doa; iaitu bertaubat dan menghentikan segala macam penganiayaan serta menuju kepada Allah Azzawajalla dengan sepenuh hati dan perasaan. Yang demikian itu adalah sebab yang paling hampir kepada terkabulnya segala permintaan.
Keutamaan salawat atas nabi (s.a.w)

potensipips
23-05-2011, 11:56 AM
Allah telah berfirman:

“Sesungguhnya Allah dan para MalaikatNya mengucapkan salawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlan salawat ke atasnya (Nabi) dan berikanlah salam dengan sempurna-sempurna salam.” (al:Azhab: 56)

Berkata Nabi s.a.w.

“Barangsiapa yang mengucapkan salawat ke atas ummatku, dituliskan baginya sepuluh hasanah (kebaikan). Para sahabat bertanya: Bagaimana boleh kamu mengucapkan salawat ke atasmu. Berkata Rasulullah: Ucapkanlah Ya Allah! Ya Tuhanku! Kurniakanlah salawat (kerahmatan) ke atas hambaMu Muhammad dan ke atas keluarganya dan isteri-isterinya serta keturunannya, sebagaimana Engkau mengurniakan selawat keatas Muhammad dan isteri-isterinya serta keturunannya, sebagaimana Engkau memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Mulia.”

Diriwatkan bahwasanya Saidina Umar Ibnul-Khattab r.a, apabila sampai kepadanya berita kewafatan Rasulullah SAW., terus meratap seraya berkata: Demi bapaku dan ibuku duhai Rasulullah! Sebenarnya keutamaanmu di sisi Tuhan telah sampai kemuncaknya sehingga dijadikan ketaatan kepadamu sama seperti ketaatan kepada Tuhan, sebagaimana firman Allah Azzawajalla:

“Barangsiapa yang mentaati Rasul, maka sebenarnya dia telah mentaati Allah.” (an-Nisa’: 80)

Demi bapaku dan ibuku duhai Rasulullah! Sebenarnya keutamaanmu di sisi Allah telah meningkat sampai Dia (Allah) memberitahukan engkau keampunanNya terhadapmu, sebelum Dia memberitahukanmu tentang dosamu. Allah berfirman:

“Allah telah mengampunimu (Muhammad) mengapa engkau izinkan mereka (tinggal) tidak menurut pergi berperang.” (at-Taubah: 43)

Demi bapaku dan ibuku duhai Rasulullah! Sebenarnya keutamaanmu telah memuncak di sisi Allah, sehingga ahli neraka berangan-angan hendak mentaatimu (menurutmu), padahal mereka berada di lapisan-lapisan neraka disiksa mereka berkata (dalam firman):

“Aduhai alangkah baiknya jika kita dulu mentaati Allah dan mentaati RasulNya.” (al-Ahzab: 66)

Demi bapaku dan ibuku duhai Rasulullah! Jika Musa dikurniakan oleh Allah batu yang memancar daripadanya matair-matair, maka adakah yang lebih menakjubkan lagi daripada jari-jemarimu, apabila terpancar daripadanya air, mudah-mudahan Allah merahmatimu.

Demi bapaku dan ibuku duhai Rasulullah! Jika sulaiman dikurniakan oleh Allah angin yang menerbangkannya sebulan perjalanan pergi dan sebulan pula perjalanan kembali, maka adakah yang lain lebih menakjubkan daripada Burak (kenderaan kilat) yang membawamu mendaki hingga langit ketujuh, kemudian kembali semula pada malam yang sama ke Abtah (Makkah) untuk bersembahyang subuh di situ pula moga-moga Allah merahmatimu.

Demi bapaku dan ibuku duhai Rasulullah! Jika Isa bin Maryam dikurniakan oleh Allah kuasa menghidupkan orang mati (dengan izin Allah), maka adakah lain perkara yang lebih menakjubkan lagi daripada kambing yang beracun ketika ia berkata-kata denganmu, padahal ia telah menjadi daging yang sudah dipanggang. Bukankah rusuk kambing itu telah berkata kepadamu: Jangan makan aku kerana aku ini telah disira dengan racun.

Demi bapamu dan ibuku duhai Rasulullah! Meskipun amat pendek umurmu dan amat sedikit masa kepimpinanmu, akan tetapi orang-orang yang menurutimu lebih jauh bandingannya dengan orang yang menuruti Nuh, padahal amat lanjut umurnya dan amat panjang pula masa kepimpinannya. Sebenarnya orang yang mempercayai risalahmu amat banyak sekali, padahal orang yang mempercayai risalahnya amat sedikit pula. Engkau telah mengenakan pakaian bulu, mengenderai keledai dan membiarkan orang lain menunggang di belakangmu pula. Engkau meletakkan makananmu di atas tanah bila memakannya, kemudian engkau menjilat pula jari-jemarimu sesudah makan sebagai tanda rendah diri. Moga-moga Allah mengurniakan ke atasmu salawat dan salam.
Keutamaan istighfar (mohon keampunan)

Berfirman Allah azzawajalla:

“Dan mereka pada ketika melakukan keburukan ataupun menganiyai diri, mereka segera mengingati Allah, maka mereka pun meminta keampunan di atas dosa-dosa mereka.” (ali-Imran: 135)

Berfirman Allah SWT lagi:

“Barangsipa yang melakukan kejahatan ataupun menganiayai dirinya, kemudian ia meminta keampunan kepada Allah, niscaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampunan dan Maha Mengasihani.”

(an-Nisa’: 110)

Allah juga berfirman:

“Maka bertasbihlah dengan kepujian terhadap Tuhanmu dan mintalah keampunan, sesungguhnya Ia Maha Pengampunan.” (an-Nasr: 3)

Berfirman Allah lagi:

“Dan orang-orang yang memohn keampunan pada waktu tengah malam.”

(ali-Imran 17)

Allah SWT berfirman:

“Mereka itu sedikit sekali tidur di waktu malam, dan pada waktu tengah malam itu mereka meminta keampunan.” (adz-Dzariat: 17-18)

Rasulullah SAW. sendiri sering memperbanyakkan sebutan:

“Maha Suci Engkau, ya Allah, ya Tuhanku! Aku memujiMu. Ya Allah, ya Tuhanku! Ampunilah aku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Maha Mengasihani.”

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi:

“Barangsiapa memperbanyakkan memohon keampunan, niscaya Allah akan menukarkan segala kesulitannya menjadi kelapangan, dan segala kesempitannya diberikan jalan kelua, dan Dia akan memberinya rezeki tanpa terkira banyaknya”.

Berkata Rasulullah s.a.w.:

“Sesungguhnya aku sentiasa memohon keampunan kepada Allah Ta’ala dan bertaubat kepadaNya dalam sehari sebanyak 70 kali.”

Dalam istighfarnya, baginda Rasulullah sentiasa menyebut:

“Ya Allah! Ya Tuhanku! Ampunilah aku terhadap semua dosa yang telah aku lakukan terdahulu dan kemudian yang tersembunyi dan yang terang, dan juga terhadap semua dosa yang Engkau Amat Mengetahui mengenainya. Engkaulah yang terdahulu dan yang terkemudian dan Engkau Berkuasa di atas setiap sesuatu.”

Dari al-Fudhail r.a katanya: Meminta keampunan tanpa berhenti dan membuat dosa adalah taubatnya para pendusta. Dan dari Rabi’ah al-Adawiah pula, katanya: Permohonan keampunan yang kami lakukan memerlukan kepada permohonan keampunan yang lebih banyak.

potensipips
23-05-2011, 11:57 AM
Tata-tertib tidur.

(1) Bersuci (berwudhu’) dan bersiwak

(2) Menyediakan penyuciannya (untuk wudhu’ atau tayamum) dan siwak, lalu berniat untuk melakukan ibadat di waktu bangun dari tidur nanti.

(3) Orang yang ingin mewasiatkan sesuatu untuk keluarganya jangan sampai tertidur, melainkan sesudah ditulis wasiat itu dan disimpan dibawah kepalanya sebab bukan mustahil ia boleh meninggal dunia di dalam tidur.

(4) Sebelum tidur, hendaklah terlebih dulu ia bertaubat dari segala dosa, bersih hati terhadap sekalian kaum Muslimin, tiada menyimpan dendam terhadap seseorang dan tiada berazam untuk melakukan maksiat kelak bila bangun dari tidur nanti.

(5) Hendaklah jangan terlalu mengambil berat sangat tentang tempat tidurnya supaya ia dari yang empuk dan halus.

(6) Jangan cuba tidur segera, selagi mata belum mengantuk dan jangan cuba memaksa-maksakan mata untuk tidur, kecuali jika bermaksud supaya senang bangun untuk beribadat di tengah malam.

(7) Hendaklah tidur berhadapan dengan kiblat.

(8) Hendaklah membaca doa-doa yang warid ketika hendak tidur. Di antaranya membaca doa-doa yang warid ketika hendak tidur. Di antaranya membaca Surah al-Ikhlas dan mu’ awwidzataini (Surah-surah al-Falaq dan an-Nas) dan sesudah baca, menyemburkan kedua tangan lalu menyapu dengan keduanya pada wajah dan seluruh tubuh. Selanjutnya boleh membaca pula Ayat Kursi dan membaca Subhaanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahu Akbar 33 kali juga.

(9) Hendaklah mengingat ketika mahu tidur, bahwa tidur itu adalah semacam mati, manakala bangun daripadanya semacam ba’ats. Dan hendaklah meyakini pula, bahwa manusia itu diwafatkan ats adat kebiasaannya sama ada di dalam hatinya mencintai Allah dan cinta untuk kembali kepadaNya ataupun bersarang di dalam hatinya kecintaannya dunia, dan kelak ia akan dibangkitkan seperti ketika diwafatkan.

(10) Berdoa ketika bangun dari tidur. Hendaklah ia dimulakan dengan:

“Segala kepujian bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami da kepadaNyalah kami akan dikembalikan”

Kemudian membaca ayat terakhir dari Surah al-Imran iaitu ayat 190 hingga akhir ata 200, sebanuak sepuluh ayat kesemuanya.

190 Sesungguhnya dalam kejadian langit dan bumi dan pergantian malam dan siang adalah menjadi keterangan bagi orang-orang yang mengerti.

191 Iaitu orang-orang yang mengingati Tuhan ketika berdiri duduk dan berbaring serta memikirkan tentang kejadian petala langit dan bumi sambil berkata: Duhai Tuhan kami! Tiadalah Engkau menjadikan semua ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau peliharalah kami dari siksa api neraka.

192 Duhai Tuhan kami, Sesiapa yang engkau masukkan ke dalam api neraka itu, sebenarnya Engkau telah menghinakannya. Dan tiadalah orang-orang yang zalim itu mempunyai penolong.

193 Duhai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendegar penyeru yang mengajak untuk beriman. Berimanlah dengan Tuhanmu! Maka kami segera beriman. Duhai Tuhan kami ampunlah dosa-dosa kami dan tebuskanlah kesalahan-kesalahan kami, dan wafatkankanlah kami bersama-sama orang–orang yang baik.

194 Duhai Tuhan kami kurniakanlah kami-kami apa-apa yang kau janjikan kami menerusi para Rasul Engkau, dan janganlah engkau tidak akan memungkiri janji.

195 Maka tuhan telah memperkenalkan permohonan mereka bahawa aku (Tuhan) tidak akan mengsia-siakan amalan sesaorang yang beramal diantara kamu dari kaum lelaki mahupun perempuan, setengah kamu kepad setengah yang lain. Sebab itu orang yang berpindah negeri atau orang-orang yang diusir dari rumah-rumah mereka dan mereka dianiaya pada jalan Aku, mereka yang berjuang mati-matain dan terbunuh, niscaya Aku akan menebus mereka dari segala keburukan-keburukan mereka. dan akan aku masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai sebagai pahala dan balasan dari Allah dan pada Allah ada sebaik-baik pahala.

196 Janganlah engkau sampai terpengaruh tentang perubahan sikap orang-orang yang kafir dalam beberapa negeri.

197 Kesenangan yang sebentar (yang mereka rasakan), kemudian nanti akan disediakan bagi mereka tempat tinggal di Neraka Jahanam dan itulah tempat tinggal yang amat buruk.

198 Akan tetapi orang-orang yang patuh kepada Tuhannya akan memperoleh syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di situ. Mereka mendapat sambutan yang baik di sisi Allah, dan apa yang ada pada sisi Allah itu adalah baik bagi orang-orang yang baik.

199 Dan sesungguhnyaa orang-orang yang ahli kitab (Nasrani dan Yahudi) itu ada di antara mereka yang berimana kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada kamu dan apa yang diturunkan kepada mereka, mereka tunduk kepada Tuhan, tiada menukarkan keterangan-keterangan Allah dengan harga yang murah. Mereka itu memperoleh pahala dari Tuhan mereka. Sesungguhnya Allah itu cepat perhitungannya.

200 Wahai orang-orang yang beriman bersabalah kamu serta anjurkanlah sabar kepada orang lain dan perteguhkanlah serta patuhlah kepada Allah, moga-moga kamu sekalian menjadi orang-orang yang beruntung.

Kemudian membaca pula subhaanallaah 10 kali, Alhamdulillaah 10 kali, Allahu Akbar 10 kali dan Laa Illaaha Illallaah 10 kali.

Berkata Siti Aisyah r.a.: Biasanya Rasulullah s.a.w. ketika bangun di tengah malam, baginda memulakan sembahyangnya dengan bacaan:

“Ya Allah! Ya Tuhanku! Tuhannya Jibril dan Mikail dan Israfil, Tuhan Pencipta petala langit dan bumi, Maha Mengetahui segala yang ghaib dan yang terang. Engkaulah yang memutuskan antara hamba-hambaMu tentang apa yang mereka perselisihkan. Oleh itu berikanlah aku petunjuk yang benar dari mana-mana yang di peselisihkan itu dengan izzinMu. Sesungguhnya Engkau memberi petunjuk kepada orang yang Engkau kehendaki ke jalan yang lurus.”

Kemudian baginda memulakan sembahyangnya dengan dua rakaat yang ringan dan sesudah itu barulah baginda bersembahyang terus dua rakaat, dua rakaat menurut kemahuannnya dan di akhiri dengan sembahyang witir kiranya baginda belum bersembahyang witir pada awal mala.

Dalam sembahyang tersebut kadang-kadang baginda membaca dengan suara tinggi dan kadang-kadang membaca perlahan-lahan saja. Kebanyakan riwayat yang sahih mengatakan sembahyang baginda di tengah malam itu ialah sebanyak 13 rakaat.
Wirid untuk orang beribadat semata-mata

Ketahuilah bahwa wirid-wirid dan zikir-zikir yang warid dan ibadat-ibadat yang ddibuat pada waktu malam dan siang itu, adalah sunnat yang dituntut bagi orang yang tidak mempunyai kerja lain selain beribadat. Orang itu kiranya bukan kerjanya beribadat dia tiada mempunyai kerja lain dan menganggur manakala semua waktunya terbuang sia-sia saja.

Adapun orang alim yang boleh memberikan manfaat kepada orang ramai dengan ilmunya seperti memberikan fatwa agama atau mengajar atau mengarang buku-buku, maka susunan wirid-wiridnya adalah berlainan dengan susunan wirid seorang abid atau orang yang kerjanya beribadat sepanjang masa. Orang alim itu memerlukan banyak masa lain untuk bermutalaah buku-buku dan memerlukan masa juga untuk mengarang buk-buku yang berfaedah. Kerja-kerja semacam ini tentulah memakan masa yang banyak. Oleh itu kalau semua masanya habis dalam kerja-kerja serupa itu, maka yang demikian itu aadlah lebih utama sesudah dikerjakan semua sembahyang-sembahyang yang fardhu dan sunnat-sunnatnya,pentingnya mengenai keutamaan pelajaran dan pengajaran kerana dengan ilmu sajalah seseorang itu dapat mengamalkan zikir kepada Allah dengan sunguh-sunguh. Cubalah perhatikan apa yang difirmankan oleh Allah atau yang disabdakan oleh Rasulullah niscaya kita akan mendapati berbagai faedah dan manfaat bagi manusia yang boleh membimbingnya ke jalan akhirat.

Betapa tidak terkadang-kadang satu masalah saja yang dipelajari oleh seseorang pelajar boleh memberi manfaat untuk beribadat seumur hidupnya. Andaikata tiada dipelajari, tentulah segala amalannya itu akan menjadi sia-sia dan tidak berguna.

Adapun orang awam dan para penuntut maka hadirnya mereka di dalam majlis-majlis ilmu pengetahuan dan muhadharah-muhadharah agama adalah lebih utama daripada kerja berwirid semata-mata. Begitu juga dengan pekerja-pekerja yang memerlukan sara hidup untuk anak isteri maka tidak wajarlah baginya untuk menghabiskan semua masa kerana beribadat dan berwirid saja. Bahkan wiridnya dalam waktu bekerja itu ialah menghadirkan diri untuk bekerja di pasar-pasar ataupun mencari sara hiddup yang wajib, tetapi dalam pada itu janganlah sampai ia melupakan tuhan dan melupakan zikir kepadaNya di waktu pekerjaan dan mencari sara hidup itu.

potensipips
23-05-2011, 11:58 AM
Keutamaan bangun di tengah malam.

Bangun di tengah malam untuk beribadat memanglah menjadi perkara yang paling utama sekali. Di antara dalil-dalil yang menunjukkan keutamaan ini ialah ayat-ayat al-Quran berikut:

“Mereka meninggalkan tempat tidur kerana berdoa kepada Tuhan dengan perasaan penuh ketakutan dan penuh harapan, dan mereka membelanjakan dari rezeki yang Kami (Allah) kurniakan kepada mereka.” (as-Sajdah: 16)

Allah berfirman:

“Adakah orang yang merendahkan diri (kerana beribadat) selama beberapa masa di waktu malam.” (az-Zumar: 9)

Allah berfirman lagi:

“Dan mereka yang berbakti di waktu malam dalam keadaan bersujud dan berdiri.”

(al-Furqan: 64)

Berfirman Allah:

“Mereka itu sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan mereka memohonkan keampunan di sepanjang malamnya. Dalam harta benda mereka, ada ditentukan hak yang tertentu bagi orang yang meminta dan orang susah.”

(adz-Dzariat: 17-19)

Adapun Hadis-Hadis yang ada hubungannya dengan perkara yang dibicarakan ini ialah:

“Dua rakaat yang dilakukan oleh seseorang hamba di tengah malam, adalah lebih utama daripada dunia dan seisinya.”

“Sesungguhnya ada suatu masa di waktu malam, yang jika ditemui oleh seorang hamba Muslim, lalu dia meminta sesuatu yang baik kepada Allah Ta’ala, niscaya Allah akan mengurniakan kebaikan itu kepadanya.”

Akhir seklai Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

“Beribadatlah kamu di waktu malam, kerana ia adalah perilaku para salihin sebelum kamu.”
Sebab yang memudahkan
beribadat di tengah malam.

Di antara sebab-sebab yang boleh menggalakkan seseorang untuk beribadat di tengah malam ialah:

(1) Jangan mengenyangkan sangat perutnya, sehingga ia tidak banyak minum pula. Kerana yang demikian itu akan menyebabkan ia terlalu mengantuk dan akan menjadi beratlah baginya untuk bangun beribadat di tengah malam.

(2) Hendaklah ia melazimkan tidur sebentar di siang hari, kerana yang demikian itu dapat menolong ia bangun di tengah malam.

(3) Hendaklah ia memahamkan dirinya tentang keutamaan beribadat di tengah malam dengan mempelajari ayat-ayat al-Quran dan Hadis-hadi yang menerangkan peri keutamaannya, sehingga keazaman menjadi kuat dan kecenderungan untuk mendapatkan pahalanya tersemat di dalam hati. Di waktu itu tentulah keinginan bangun di tengah malam akan berlonjak-lonjak untuk menuntut kelebihan pahala dan untuk mencapai tingkatan-tingkatan syurga yang tinggi.

(4) Beribadat di tengah malam itu adalah suatu pertanda yang mulia, kerana ia menunjukkan kecintaan hati terhadap Allah dan membuktikan betapa kukuh keimanannya. Sebab kerjanya di waktu malam itu tiada lain melainkan semata-mata kerana bermunajat kepada Tuhan, sedangkan Allah menyaksikan segala gerak-lakunya dan menyingkap segala isi hatinya. Dan ketahuilah, bahwa segala gerak-laku hati di waktu itu adalah datangnya dari Allah Ta’ala, seolah-olah Allah sedang berkata-kata dengannya. Andaikata ia tergolong orang yang dikasihi Allah Ta’ala, tentulah dia akan berminat untuk berkhalwat ditengah malam dengan Tuhannya, dan ia akan merasa amal lazat bermunajat, manakala kelazatan bermunajat itu akan menyebabkan ia semakin cenderung dan kuat untuk bangun beribadat di tengah malam.

potensipips
23-05-2011, 12:00 PM
Kenikmatan bermunajat
dengan hukum akal dan naqal.

Tiada syak laagi orang yang bermunajat itu merasakan sepenuh kelazatan dan kenikmatan dalam munajat-munajatnya, kerana yang demikian itu dapat dibuktikan dengan hukum-hukum akal dan naqal.

Adapun dengan hukum akal dapat diumpamakan seorang yang mencintai seorang lain kerana kecantikannya, ataupun terhadap seorang raja kerana kemurahan hatinya dan kerana banyak harta yang dibelanjakannya. Dalam kedua-dua misal tadi, dapat dibayangkan betapa orang yang tercinta itu merasa nikmat bila dapat bertemu dan berkhalwat dengan orang yang dikasihinya dan tidak mustahil juga, dia akan merasa redha untuk bercumbu-cumbuan dengannya sepanjang malam, tanpa tidur oleh kerana terlalu mendalam cintanya terhadap orang itu.

Andaikata ada orang berkata: Memang benar itu, tetapi jika orang yang cantik atau kekasihnya itu dapat dilihat dengan mata secara berhadapan-hadapan, bagaimana pula dengan Zat Allah yang tidak boleh dilihat itu?

Ketahuilah, bahwasanya jika kekasihnya itu memang benar-benar dicintai, tidak mengapa walaupun ia berada di balik tabir. Ataupun jika ia berada di tempay yang gelap-gelita. Namun orang yang mencintainya itu tetap merasakan kenikmatan dengan semata-ata berada dekat dengannya, meskipun tanpa dapat melihat kekasihnya itu. Manakala hatinya akan merasa puasa dengan yang demikian itu dan tiada mengharapkan selain dari itu. Memadalah merasa kenikmatan dengan melahirkan cintanya itu terhadap kekasihnya dan cukuplah menyebut-nyebutkan dengan lidah ketika berdekatan dengannya sehingga perkara itu menjadi termaklum.

Andaikata orang itu berkata lagi: Mungkin orang yang bercinta itu menunggu jawaban kekasihnya, dan tentu seklai dia akan merasa senang bila mendengar jawabannya itu, sedangkan orang yang mencintai Allah, tidak mungkin mendengar percakapan (firman) Allah Ta’ala?

Ketahuilah, kiranya ia mengetahui bahwa kekasihnya itu (Allah) tidak akan memberi jawaban dan akan terus berdiam diri, tentulah ia masih merasa nikmat juga dengan mendedahkan segala hal-ehwalnya serta membukakan segala rahsia hatinya kepada Allah yang dikasihiNya itu. Betapa tidak! Kerana orang yang hatinya penuh kayakinan terhadap Allah Ta’ala akan merasa sesuatu perasaan tindak balas di dalam sanubarinya di waktu bermunajat kepada Allah, maka tentulah ia akan merasa nikmat itu.

Contohnya yang semisal ialah orang yang berkhalwat dengn raja di waktu malam seraya mendedahkan segala hajat dan keperluannya kepada raja itu, tentulah ia akan merasa gembira kerana dapat berdua-duaan bersamanya, dengan berharap pula akan mendapat pengurniaan daripada raja itu.

Ini adalah satu harapan kepada seorang raja akan memberinya pengurniaan secara terbatas saja. Apatah lagi jika harapan itu ditujukan kepada Allah Ta’ala tentulah tiada terbatas sama sekali, kerana apa yang diberikan oleh Allah itu lebih kekal dan lebih banyak manfaatnya daripada yang diberikan oleh manusia. Jadi bagaimana boleh dikatakan seseorang itu tidak akan merasa nikmat dengan mendedahkan segala keperluannya kepada Allah di dalam khalwat dan munajatnya?

Adapun menurut hukum naqal, maka halnya dapat disaksikan oleh orang-orang yang bangun di tengah malam itu sendiri, betapa mereka merasa nikmatnya beribadat di waktu itu. Betapa pula mereka merasakan malam yang panjang itu menjadi pendek, laksana seorang yang bercinta bertemu dengan kekasihnya di tengah malam, sehingga setengah mereja berkata kepada kekasihnya setangahnya: Bagaimana anda dengan malam anda? Dijawabnya: Tak pernah dapat aku meraikannya sama sekali. Ia menunjukkan mukanya sekejap lalu pergi semula, sehingga tak sempat aku hendak memerhatikannya sama sekali.

Berkata Ali bin Bakkar: Selama 40 tahun tak pernah ada sesuatu yang menyedihkan aku selain daripada terbitnya fajar.

Berkata al-Fudhail bin Iyadh: Setiap kali matahari terbenam aku merasa gembira dengan tibanya kegelapan malam, kerana ketika itu ake dapat berkhalwat dengan Tuhanku. Kemudian apabila matahari itu terbit semula, berdukacitalah aku kerana aku terpaksa berhadapan dengan orang ramai.

Berkata Abu Sulaiman: Orang-orang yang beribadat di tengah malam lebih menikmati dengan waktu malamnya daripada orang yang bersukaria dengan alat- alat yang memerdukan jiwa. Dan kalaulah tidak kerana adanya malam, niscaya aku tiada ingin hidup di dunia ini.

Yang lain pula berkata: Tiada sesuatu barang di dunia ini yang dapat menyerupai kenikmatan ahli syurga, kecuali apa yang dirasakan oleh orang yang menggantungkan hatinya dengan waktu malam, disebabkan kelazatan bermunajat kepada Allah.

Yang lain lagi berkata: Kelazatan bermunajat itu bukanlah berasal dari duni, tetapi ia berasal dari syurga yang dirasakan Allah kepada para walinya, dan tiada seorang pun selain mereka yang dapat merasakan keindahan bermunajat itu.

Berkata Ibnul Munkadir pula: Tiada lagi yang tinggal dari kelazatan dunia melainkan tiga saja: (1) Bangun kerana beribadat di tengah malam, (2) Bertemu dengan sahabat, dan (3) Bersembahyang dengan berjemaah.

Ada yang bertanya pula, dan aku menggunakan kesempatan dengan fajarnya bila ia terbit dan kini aku masih belum penuh gembira dengannya sama sekali.*

_________________________

potensipips
23-05-2011, 12:01 PM
* Untuk menguatkan perbahasan yang dibicarakan oleh pengarang dalam pelajaran-pelajarannya untuk umum kamu suka menyebutkan apa yang dikutip oleh pengarang dalam karangannya yang lain dari Ibnul Qaiyim ad-Dimasyqi dalam kitab “Ighatsatul-Lahfaan” bunyinya: Berkata Ibnul Qaiyim: Hakikat manusia itu adalah hatinya dan rohnya dan tiada sempurna bagi manusia itu melainkan sengan mentauhidkan Tuhannya, beribadat kepadaNya, takut kepada siksaNya serta berharap penuh kepada rahmatNya. Itulah kemuncak kelazatan manusia. Kebahagiaannya dan kenikmatannya, kerana tiada sesuatu benda pun di dalam alam ini selain Allah azzawajalla, yang mana hati akan merasa tenang dan tenteram kepadaNya manakala diri akan merasa senang dan nikmat bila menuju kepadaNya. Hakikat iman dengan Allah itu sendiri serta kecintaan, peribadatan, kebesaran dan berzikir kepada Allah itu adalah makanan jiwa bagi manusia. Disitulah terletaknya kekuatan, kebaikan dan ketulusan hati, sebagaimana yang telah ditunjuk oleh Hadis dan al-Quran serta disaksikan oleh fitrah manusia sendiri. Bukan seperti yang didakwakan oleh orang yang kurang penelitannya, bahwasanya beribadat dan berzikir itu adalah suatu perintah yang berat untuk tujuan menduga manusia, ataupun untuk tujuan memberi pahala, ataupun kerana mendidik jiwa dan membiasakannya, agar ia dapat meningkat daripada darjat kebinatangan. Oleh itu dikatakan, bahwa beribadat kepada Allah, mengenal dan mentauhidkan ZatNya serta mensyukuriNya diumpamakan sebagai cahaya mata manusia dan sebaik-baik nikmat yang boleh dirasakan oleh roh dan seluruh anggota. Bukanlah maksud dari ibadat dan perintah itu untuk menyusahkan dan memberatkan, sebagaimana yang diambil dari maksud pertama tadi, walaupun sebenarnya dalam menjalankan terdapat semacam keberatan, tetapi itu sudah menjadi semacam kelaziman. Oleh kerana itu maka segala perintah Allah s.w.t. dan kewajiban-kewaiban yang dibebankan ke atas hamba-hambaNya, dan juga syariat-syariatNya yang ditentukan ke atas mereka itu adalah sebagai cahaya mata dan kelazatan hati serta kenikmatan roh dan kegembiraannya. Padanya terselit kebahagian dan kemenangan serta kesempurnaan manusia dalam urusan dunia dan akhiratnya. Malah tiada kebahagiaan dan tiada kenikmatan yang hakiki, melainkan dengan semua itu sebagaimana Allah telah berfirman:

“Wahai sekalian manusia, sesunguhnya telah datang kepada kamu nasihat daripada Tuhan kamu serta penawar bagi hati yang di dalam dada, juga petunjuk dan rahmat bagi orang-orang Mu’minin. Katakanlah: Dengan kurnia Allah dan rahmatNya hendaklah dengan itu mereka bergembira. Hal itu adalah lebih baik dari (harta) yang mereka kumpulkan.” (Yunus: 57-58)

Berkata Abu Said al-Khudri: Yang dimaksudkan dengan kurnia Allah itu ialah al-Quran dan rahmatNya, bahwa Dia (Allah) telah menjdikan kamu dari ahli al-Quran. Demikianlah kebanyakan pendapat para ulama yang lain, kesemuanya telah menafikan bahwa perintah-perintah Allah, kewajiban-kewajiban serta syariat-syariatNya sebagai bebanan ke atas manusia, sebab Allah Ta’ala telah berfirman:

“Allah tiada membebankan ke atas diri manusia, melainkan sekadat keampunannya.”

(al-Baqarah: 286)

Firman Allah ini telah membuktikan penafian bebanan ke atas manusia dan Allah tiada menamakan perintah-perintah wasiat-wasiat dan syariat-syariatNya, sebagai bebanan, malah dinamakannya sebagai rohani, nurani, penawar dan ubat, petunjuk, rahmat, kehidupan, perjanjian wasiat dan sebagainya dalam firman-firmanNya.
Pembahagian Waktu Malam

Menghidupkan malam, yakni memenuhkan waktu-waktunya dengan amalan-amalan ibadat ada tujuh peringkatnya:

(1) Menghidupkan sepanjang waktu malam. Yang dapat memenuhinya ialah orang-orang yang kuat keazamannya yang benar-benar telah menetapkan dirinya untuk beribadat kepada Allah azzawajalla. Kerjanya itu menjadi semacam makanan bagi jiwa dan kehidupan bagi hati. Sebab itu mereka tidak merasa letih atau lelah untuk beribadat di sepanjang malam, manakala tidurnya ditukarkan pada waktu siang pula. Dikatakan ada sebanyak 40 tabi’in terkenal dengan amalannya dalam cara ini.

(2) Bangun untuk beribadat separuh dari malam.

(3) Bangun untuk beribadat dalam sepertiga masa dari separuh malam yang terakhir.

(4) Bangun untuk beribadat dalam seperenam malam yang terakhir atau seperlimanya.

(5) Tidak menurut cara-cara yang telah lalu, dia tidur kemudian bangun malam pada masa-masa yang tidak tetap waktunya.

(6) Bangun malam setakat cukup untuk melakukan sembahyang empat rakaat ataupun dua rakaat saja.

(7) Kiranya memang sukar baginya untuk bangun malam, maka hendaklah jangan sampai terlalai terus, sehingga masuk waktu subuh, ia masih di atas tempat tidur juga. Tetapi sekurang-kurangnya, hendaklah ia bangun ketika masuk waktu subuh atau waktu orang bersahur.

Adapun bangun di waktu malam yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. maka caranya tidaklah tetap dalam tertib yang sama, tetapi ada kalanya baginda separuh malam dan adakalanya sepertiga malam dan ada kala dua pertiga malam dan ada juga seperenam malam saja, dan hal itu berbeda antara satu sama yang lain. Perkata ini dipandukan kepada ayat al-Quran dalam dua tempat, iaitu:

“Sesungguhnya Tuhanmu Mengetahui bahwa engkau bangun (mengerjakan sembahyang) kurang dari dua pertiga malam, ada pula separuhnya dan sepertiganya.” (al-Muzammil: 20)

Perkataan kurang dari dua pertiga malam dalam ayat di atas itu, seolah-olah maksudnya ialah: Separuhnya dan separuh dari seperenamnya. Jika kalimat wanisghfahuu watsulutsihii, maka maksudnya ialah: Separuh dari dua pertiga dan sepertiga dari dua pertiga, jadi hampir mendekati sepertiga dan seperempat. Jika kalimat di atas itu diberikan baris fathah (atas) maka maksudnya ialah: Separuh malam dan sepertiganya.

Berkata Siti Aisyah r.a.: Rasulullah s.a.w. bangun dari tidur apabila baginda mendengar kokokan ayam, dan ini maknanya seperenam malam atau kurang sedikit daripadanya.

potensipips
23-05-2011, 12:05 PM
Tersungkur Sujud dalam Sajadah BUMIMU


Pagi yang cerah ketika burung-burung meliuk diangkasa
Bersembunyi diawan-awan putih pada pelataran birunya langit
Bak bersautan dengan tengadahnya tanganku menjulang tinggi
Alunan zikirku melebihi riuhnya nyanyian mega
Dalam rasa dalam jiwa qalbuku melebihi dalamnya samudera
Titis darah rindu bolak balik dalam bongkahan hati
Semakin jernih sampai dijantungtubuh dan,
Duduk terdiam dalam nadi qalbuku.

Helahan nafas silih berganti berirama mengeringi nyanyian zikir
Semakin jauh masuk dalam qalbujiwaku akhirnya sampai pada ruhqalbuku.
Semakin dalam semakin jernih darahrinduku, dan…
Semakin tenang bermukim rinduku padaMu.

Rabbi,
Kadang kakiku sudah mulai gontai dilangkahkan,
Kadang nafasku mulai sesak,
Itu tubuh milikMu.
Tapi Rab,
Kaki jantungku semakin tegap melangkah
Nafas qlbujiwaku semakin teratur
Mengiringi tetesdarah rindu menuju ArsyMu
Ohh, melayangkan jauh melebihi burung-brung itu
Bersautanlah rindu cinta dalam rulqalbu jiwaku
Keharibaan-Mu melebih sautan mega dalam pelataran langit biru.

Aku tertegun dalam aliran nada zikir,
Tersungkur sujud dalam sajadah bumiMu.
Berlipattangan dalam dekapan rindu,
Tersenyum dalam lambaian wajah-Mu dihatiku
Satu kata,…. satu kalimah,….. satu rasa…..
Yang mengantarkan melayang jiwakurinduku padaMu
Laa Ilaaha Illa Allah

potensipips
23-05-2011, 12:09 PM
Demi bapaku dan ibuku duhai Rasulullah! Jika Musa dikurniakan oleh Allah batu yang memancar daripadanya matair-matair, maka adakah yang lebih menakjubkan lagi daripada jari-jemarimu, apabila terpancar daripadanya air, mudah-mudahan Allah merahmatimu

potensipips
23-05-2011, 12:10 PM
Demi bapaku dan ibuku duhai Rasulullah! Jika sulaiman dikurniakan oleh Allah angin yang menerbangkannya sebulan perjalanan pergi dan sebulan pula perjalanan kembali, maka adakah yang lain lebih menakjubkan daripada Burak (kenderaan kilat) yang membawamu mendaki hingga langit ketujuh, kemudian kembali semula pada malam yang sama ke Abtah (Makkah) untuk bersembahyang subuh di situ pula moga-moga Allah merahmatimu.

potensipips
23-05-2011, 12:11 PM
Demi bapaku dan ibuku duhai Rasulullah! Jika Isa bin Maryam dikurniakan oleh Allah kuasa menghidupkan orang mati (dengan izin Allah), maka adakah lain perkara yang lebih menakjubkan lagi daripada kambing yang beracun ketika ia berkata-kata denganmu, padahal ia telah menjadi daging yang sudah dipanggang. Bukankah rusuk kambing itu telah berkata kepadamu: Jangan makan aku kerana aku ini telah disira dengan racun.

potensipips
23-05-2011, 12:11 PM
Demi bapamu dan ibuku duhai Rasulullah! Meskipun amat pendek umurmu dan amat sedikit masa kepimpinanmu, akan tetapi orang-orang yang menurutimu lebih jauh bandingannya dengan orang yang menuruti Nuh, padahal amat lanjut umurnya dan amat panjang pula masa kepimpinannya.

potensipips
23-05-2011, 12:12 PM
Sebenarnya orang yang mempercayai risalahmu amat banyak sekali, padahal orang yang mempercayai risalahnya amat sedikit pula. Engkau telah mengenakan pakaian bulu, mengenderai keledai dan membiarkan orang lain menunggang di belakangmu pula. Engkau meletakkan makananmu di atas tanah bila memakannya, kemudian engkau menjilat pula jari-jemarimu sesudah makan sebagai tanda rendah diri. Moga-moga Allah mengurniakan ke atasmu salawat dan salam.

potensipips
23-05-2011, 12:14 PM
ZIKIR DAPAT MENCERAHKAN WAJAH

Zikir utama adalah yang diucap dengan hati dan lisan secara serentak. Di antara kedua-duanya, zikir dengan hati adalah lebih utama daripada berzikir dengan lisan semata-mata.

Imam al-Ghazali berkata zikir itu terbahagi kepada empat kategori.

Pertama – Zikir dengan lisan saja.

Kedua – Zikir dengan hati serta lisan secara paksa.

Ketiga – Zikir dengan hati yang dibantu dengan lisan tanpa paksaan.

Menguasai zikir dalam hati dan menumpukannya. Seterusnya Imam al-Ghazali memberikan pandangannya dengan berkata : Yang sedikit faedahnya dan lemah kesannya iaitu apabila lisan berzikir sedangkan hati di dalam keadaan lalai. Firman Allah Petikan dari Surah al-Ahzab, ayat 35 yang bermaksud :

“Dan orang lelaki yang banyak menyebut (mengingati) Allah dan orang perempuan yang banyak menyebut Allah, maka Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan ganjaran pahala yang besar”.

Rasulullah S.A.W yang bersabda maksudnya : “Sesiapa yang mengucapkan ‘Subahanallah hil’azimi Wabihamdih’ maka akan ditanamkan untuknya sepohon pokok tamar dalam Syurga” – Petikan dari Hadis riwayat Muslim.

Hikmat lain adalah berturutan seperti :-

Pertama – Akan mendapat keredaan Allah dan memperoleh ketenangan pada hati serta dapat merasakan kelazatan iman dalam jiwa.

Kedua – Menimbulkan kejernihan,

Ketiga – kemanisan pada hati dan wajah.

Keempat – Mendapat kasih sayang, kecintaan serta keampunan dari Allah serta dimurahkan rezekinya.

Kelima – Dapat merasakan betapa besar, agung, hebat dan berkuasanya kerajaan Allah. Segera mendapat pembelaan daripada Allah apabila seseorang itu berada dalam kesusahan dan kedukaan.
Ini terbukti dalam menjana kehidupan seharian sepanjang hayat yang kita lalui sama ada kita sedar atau sebaliknya.

Keenam – Mendapat penghormatan dan doa daripada sekalian Malaikat. Memperoleh pohon tamar dalam Syurga kelak, semakin banyak berzikir maka semakin banyak pohon tamar itu untuknya.

Ketujuh – Mendapat nur (cahaya) daripada Allah dalam kehidupan di dunia ini, di alam barzakh(kubur) dan juga pada titian sirat nanti.

Kelapan – Dapat membina rumah dan juga istana dalam Syurga. Apabila kita berhenti berzikir maka berhentilah pembinaannya di Syurga.

Kesembilan – Dapat menjadi pendinding dan juga perisai daripada Neraka jahanam. Dapat mendekatkan diri kepada Allah untuk membuka pintu masuk segala kebaikan.

Kesepuluh – Dapat menghalau dan mematahkan gangguan Syaitan terhadap dirinya. Dapat menghilangkan perasaan runsing yang bersarang dalam hatinya.

Kesebelas – Dapat membersihkan hatinya daripada segala jenis kotoran dan juga penyakit. Dapat menjauhkan dirinya daripada segala jenis ketakutan dan kebimbangan.

Kedua belas – Dapat menghapuskan dosa kecil serta maksiat kecil . Dapat melepaskan seseorang yang berzikir itu daripada sifat munafik.

Ketiga belas – Apabila seseorang itu menyertai majlis bacaan yassin, tahlil, zikir dan selawat , dia sebenarnya menyertai majlis yang di hadiri oleh Malaikat.

Dengan berzikir juga seseorang itu akan sentiasa diingati oleh Allah sepertimana dalam firmanNya bermaksud : Ingatlah kamu kepadaKu ketika kamu senang dan susah , maka Aku akan mengingatimu.

potensipips
23-05-2011, 12:25 PM
Hikmat Berdiam Diri

Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kpd manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati org lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.

Bagi mereka yg beriman, lidah yg dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan utk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan utk mengeluarkan mutiara-mutiara yg berhikmah.

Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia drp mengucapkan perkataan yang sia-sia.

HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayan tanpa meminta maaf kpd orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Hadis2 Rasullulah mengena! i kelebihan diam yg bermaksud:
* “Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya”. ( RW ABU NAIM )
* “Barangsiapa yg beriman kpd Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yg baik atau diam”. ( RW BUKHARI & MUSLIM )
* “Barangsiapa diam maka ia terlepas dr bahaya”.( RW AT-TARMIZI )

Madah Dari Hukama:
* BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA *****, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KRN KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORG CERDIK YG PENDIAM LEBIH BAIK DR ORG ***** YG BANYAK CAKAP.
* MENASIHATI ORANG YG BERSALAH , TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG..
* KALAU ORG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YG SEBENARNYA ORG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dgn diam. Jalan yg terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap! kearah perkara2 yg baik. Bicara yg baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kpd kekuatan iman pada diri manusia.

potensipips
23-05-2011, 12:28 PM
KEMURNIAN AKHLAK DAPAT DIBENTUK

Ketahuilah bahwasanya setengah orang yang telah dipengaruhi oleh kerosakan peribadi merasa sangat berat sekali untuk berjuang, melatih diri atau berusaha untuk membersihkan diri dan mendidik budi pekerti. Selalunya orang seperti itu tidak meyakini, bahwa akhlak yang jahat itu dapat diubahnya, disebabkan kelalaian atau sempit pandangan atau buruk percampuran. Ia menganggap, bahwa akhlak seseorang itu mustahil dapat diubah, kerana tabiat manusia itu mungkin berubah-ubah.

Kalau begitu sikap orang itu, maka kita berkata: Kiranya akhlak dan kelakuan itu tidak mungkin berubah, maka sudah tentulah tidak ada gunanya peringatan yang kita dituntut untuk menyampaikannya, atau nasihat-menasihati antara satu dengan yang lain,

“Mereka itu amat keras terhadap orang-orang kafir, tetapi belas kasihan antara sesama sendiri.” (al-Fath:29)

Allah s.w.t, telah mensifatkan kaum Mu’minin dari para sahabat Rasulullah s.a.w. itu sebagai berwatak keras, sedang sifat kekerasan itu terbit daripada sifat marah. Andaikata sifat marah itu telah lenyap dari sikap mereka itu, bagaimana pula dapat dilaksanakan perjuangan dan jihad fi-sabilillah. Bagaimana boleh dicabut sifat-sifat marah dan syahwat sekaligus dari akar-umbinya, padahal para Nabi alaihimussalam sendiri tidak terlepas dari kedua-dua sifat tersebut:

Pernah Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sebenarnya aku ini ialah seorang manusia, Aku marah seperti mana orang lain marah.”

Selalu juga bila seseorang berbicara dengan sesuatu yang dibenci oleh baginda, niscaya baginda akan marah sehingga kedua pipinya menjadi merah padam. Tetapi baginda tidak berkata melainkan yang benar saja. Dan marah baginda juga tidak pernah keluar dari yang hak dan benar semata-mata.

Allah telah berfirman:

“Dan orang-orang yang sanggup menahan marah dan orang-orang yang suka memaafkan manusia.” (ali-Imran: 134)

Firman tadi tiada pula mengatakan: Dan orang-orang yang telah menghilangkan marahnya.

Jadi nyatalah yang dimaksudkan itu, ialah mengembalikan sifat marah dan syahwat itu ke batas kesederhanaan, sehingga salah satu dari kedua-dua sifat itu tidak memaksa dan mengalahkan akal, tetapi sebaliknya akallah yang menjadi pengendali terhadap keduanya dan menguasai keduanya. Itulah yang diartikan dengan perubahan akhlak dan kelakuan.

Boleh jadi juga, sekali-sekala syahwat itu dapat menguasai jiwa manusia, sehingga akal terlepas dari kendalinya dan tidak sanggup untuk menahannya dari berfoya-foya dan tercebur ke dalam berbagai-bagai kekejian, tetapi apabila segera dijalankan latihan, ia akan kembali semula kepada batas kesederhanaannya. Ini membuktikan bahwa perubahan dan pengalaman juga telah menunjukkan kemungkinan berlakunya perubahan itu tanpa syak dan ragu lagi.

Dan yang menunjukkan bahwa yang dituntut itu ialah kesederhanaan dalam akhlak dan kelakuan dan bukan kedua hujungnya, ialah bahwa sifat murah hati itu adalah suatu kelakuan yang terpuji menurut ukuran syara’, sebab ia adalah sifat pertengahan antara kedua hujung; iaitu antara sifat terlalu boros dan sifat terlalu kikir. Allah Ta’ala telah memuji orang yang bersifat murah hati dalam firmanNya yang berbunyi:

“Dan mereka yang apabila membelanjakan hartanya, mereka tidak terlalu boros dan tidak pula terlalu kikir, dan mereka dalam hal itu bersifat pertengahan.” (al-Furqan: 67

FirmanNya lagi:

“Dan janganlah engkau menjadikan tanganmu itu terbelenggu pada tengkukmu (terlalu kikir) dan jangan pula melepaskannya seluas-luasnya (terlalu boros).” (al-Isra’: 29)

Begitu pula yang dituntut dalam syahwat makanan, hendaklah sederhana tidak terlalu gelojoh dan serakah ataupun membeku saja.

Firman Allah Ta’ala:

“Dan makanlah dan minumlah, tetapi jangan melampaui batas, sesungguhnya Allah tiada suka kepada orang-orang yang melampaui batas.” (al-A’araf: 31)

Firman Allah pula dalam membicarakan sifat marah:

“Mereka itu amat keras terhadap orang-orang kafir, tetapi belas kasihan antara sesama sendiri.” (al-Fath:29)

Sabda Rasulullah s.a.w. pula:

“Sebaik-baik perkara ialah pertengahannya.”

potensipips
23-05-2011, 12:43 PM
Doa Nur
Allahummaj' al lii nuuron fii qolbii
wa nuuron fii qobrii

wa nuuron fii sam 'ii
wa nuuron fii bashorii

wa nuuron fii sya' rii
wa nuuron fii basya rii

wa nuuron fii da mii
wa nuuron fii lah mii
wa nuuron fii 'i zho mii

wa nuuron min baini yadayya
wa nuuron min kholfi

wa nuuron an ya miinii
wa nuuron an syi maalii

wa nuuron min fauqii
wa nuuron min tahtii

birohmatika
Ya Arhamarahimin
.................................................. ..........................

Ya Allah! berikanlah cahaya dalam hatiku
dan cahaya dalam kuburku

dan cahaya dalam pendengaranku
dan cahaya pada penglihatanku

dan cahaya pada rambutku
dan cahaya pada kulitku

dan cahaya pada darahku
dan cahaya pada dagingku
dan cahaya pada tulangku

dan cahaya di hadapanku
dan cahaya di belakangku

dan cahaya di kananku
dan cahaya di kiriku

dan cahaya di atasku
dan cahaya di bawahku

dan dengan belas kasihanMu
sesungguhnya Engkau Tuhan Maha Pengasih

potensipips
23-05-2011, 12:46 PM
http://www.muftiselangor.gov.my/E-Book/KoleksiDoa/SenaraiDoa.htm
http://doaharian.blogspot.com/

raxzious
23-05-2011, 12:56 PM
tq 4 sharing...:-)

fxfreakstar
23-05-2011, 01:55 PM
Alhamdullilah.....terima kasih kerana berkongsi :)

potensipips
23-05-2011, 06:57 PM
Malam Pertama.....

Malam Pertama Di Alam Kubur

Malam pertama...
Malam itu ialah Malam Pertama Di Alam Kubur
Pernahkah engkau melihat kuburan?
Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan?
Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahat?
Pernahkah engkau membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur?
Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu dan untuk orang-orang selain darimu?
Bukankah telah silih berganti engkau melihat
teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga terdekatmu diusung dari dunia fana ini ke kuburan?

Apakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur Nanti Asyik dan Nikmat atau Penuh Derita dan Sengsara?"
Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur?
Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan.
Malam yang kerananya para ulama' serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh.
Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza.
"Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu.
Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana?"

Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai,
dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran,
dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai,
tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita,
lilin-lilin yang menerangi
dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan,
dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah.

Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur,
segala-galanya amat menyedihkan,
tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir.
Itukah yang kita mahukan?
Pastinya tidak bukan?
Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi Malam Pertama Di Alam Kubur!
Di dalam usahanya mempersiapkan diri menghadapi malam pertama tersebut, adalah diceritakan bahawa Rabi' bin Khutsaim menggali liang kubur di rumahnya. Bila ia mendapati hatinya keras,
maka ia masuk ke liang kubur tersebut.
Ia menganggap dirinya telah mati,
lalu menyesal dan ingin kembali ke dunia,
seraya membaca ayat:
"Ya Rabbku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu)." (Surah Al-Mu'minun, ayat 99-100)

Kemudian ia menjawab sendiri; "Kini engkau telah dikembalikan ke dunia wahai Rabi'.." Dan disebabkan hal tersebut, Rabi' bin Khutsaim didapati pada hari-hari sesudahnya sentiasa dalam keadaan beribadah dan bertaqwa kepada Allah!
Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu?
Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya?
Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan?
Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti?
Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya. "Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!"

Kematian itu pasti. Ia tidak meleset meski hanya sedetik. Ia biasa datang menyerap dengan tiba-tiba. Ia misteri. Kerananya setiap orang semestinya selalu siap. Dan tentu, husnul khatimah harus menjadi pilihan. Untuk mencapai itu, harus melalui jalan syari'at dengan menjalankan segala perintah dan menjauhi segala larangan Allah Ta'ala. Tanpanya, husnul khatimah itu nihil. Bukankah, perahu tak akan berjalan di daratan?

Wahai orang tua yang telah bongkok punggungnya dan dekat ajalnya, apakah engkau telah bersiap-siap menghadapi malam pertama? Wahai pemuda gagah yang bergelimang harta dan sejuta asa, apakah engkau telah bersiap-siap menghadapi malam pertama? Ia adalah malam pertama dengan dua wajah, mungkin menjadi malam pertama bagi malam-malam syurga berikutnya, atau menjadi malam pertama bagi malam-malam neraka selanjutnya.

(Dipetik dari buku Malam Pertama Di Alam Kubur karya Dr Aidh Abdullah Al-Qarni)

potensipips
23-05-2011, 06:58 PM
Alhamdullilah.....terima kasih kerana berkongsi :)

sama2 beroleh Rahmat..aminn

potensipips
23-05-2011, 06:59 PM
tq 4 sharing...:-)

sama2 beroleh Rahmat..aminn

potensipips
23-05-2011, 07:03 PM
Taubat Sebelum Tertutup Pintunya...

Kalau anda pernah menziarahi perkuburan keluarga, sahabat kawan jiran tetangga atau sesiapa saja, cuba perhatikan perbuatan si mayat tersebut sewaktu beliau masih hidup.

Jika semasa hayat hidupnya dulunya ia adalah orang yang tidak lurus hidupnya dalam erti kata ia beragama,sambil lalu, sekali-kali melanggar larangan dan meninggalkan perintah, sholat ya sholat, bohong jalan terus, dosa-dosa dikumpulkan, atau kalau pun berbuat kebaikan ia
lakukan setengah-setengah.CUba tanya diri sendiri, apa yang kira-kira si mayat tersebut akan lakukan apabila diberikan kesempatan untuk hidup kembali oleh Allah SWT.

Apakah menurut anda ia akan berbuat baik terus-menerus? Insya Allah, jawapannya ialah YA.

Firman Allah SWT dalam Al Qur’an surat Al Mukminun ayat 99
Hingga apabila datang kematian kepada seorang dari mereka, dia berkata: "Ya Tuhanku
kembalikanlah aku (ke dunia), (QS. Al Mukminun [23]: 99).

(Lihat juga QS 7:53; 14:44; 23:107; 32:12)

Atau cuba bayangkan kematian itu menggunakan prosedur yang memperbolehkan calon mati mengetahui hari kematiannya. Umpamanya prosedur kematian menyatakan bahawa setiap satu
pekan/bandar/kampung sebelum hari kematian, dikeluarkan pengumuman mengenai siapa yang akan meninggal pekan/bandar/kampung depan.

Menurut anda apa yang akan dilakukan oleh manusia dalam situasi prosedur permakluman kematian seperti ini?

Taubat. YA, Insya Allah masjid-masjid akan selalu dipenuhi
oleh orang-orang yang bertaubat.


Ikhwan fillah, Sayangnya kedua perumpamaan di atas tidak berlaku. Dan sayangnya juga, seperti jodoh dan rezeki, ajal juga termasuk sesuatu yang misteri yang tidak ada seorang pun
mengetahui bila dan di mana ia akan meninggal.

Oleh kerana itu, sepatutnyalah kita yang
sekarang ini masih diberikan kesempatan hidup melakukan perbuatan-perbuatan baik, melaksanakan perintah-perintah Allah dan menjauhi segala larangannya. Sepatutnya kita yang
masih hidup ini memanfaatkan usia kita dengan taubat sebelum tertutup pintu taubat itu.


Allah SWT berfirman dalam surat Al Baqarah

Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya'kub. (Ibrahim
berkata):"Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam". (QS. Al Baqarah [2]: 132).

Dalam ayat terakhir, janganlah kamu mati kecuali dalam
memeluk agama Islam. Kerana mati adalah sesuatu yang misteri

dan tidak dapat kita ketahui,

tidak dapat kita atur sesuai keinginan kita,

tidak dapat ditunda-tunda kalau memang
saatnya tiba,

Apa yang dapat kita lakukan adalah mempersiapkan diri. Kita harus BERKEADAAN tetap dalam keadaan Muslim.


Dalam semua ASPEK kehidupan kita, kita harus siap dalam
keadaan Islam, berserah diri.

Sehingga kalaupun kematian itu datang menjemput kita, kita sudah
siap dengan jawapan..


fasyhad bianna muslimun maka saksikanlah bahwa kami ini orang-orang Muslim

potensipips
23-05-2011, 07:14 PM
TANDA-TANDA SEBELUM KITA MENINGGAL

" Tanda 100 hari menjelang meninggal " Ini adalah tanda pertama dari ALLAH SWT kepada hambanya dan hanya akan di sedari oleh mereka yang dikehendakinya. ..... Walau bagaimanapun semua orang islam akan mendapat tanda ini hanya saja mereka menyedari atau tidak.....


Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu ashar, seluruh tubuh aitu dari hujung rambut hingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil, contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti, kita akan mendapati daging tersebut seakan -akan bergetar.... .. Tanda ini rasanya nikmat dan
bagi mereka yang sedar dan berdetik dihati bahwa mungkin ini adalah tanda mati, maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut
dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa sembarang manfaat...

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini, maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

" Tanda 40 hari "
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu ashar, bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut,pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya diatas arash ALLAH SWT, maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mulai mengikuti kita sepanjang masa ...

Akan terjadi malaikat maut ini memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika...

Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.. .......

" Tanda 7 hari "

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji
dengan musibah kesaktian dimana orang sakit yang tidak makan, secara tiba-tiba ia berselera untuk makan...

" Tanda 3 hari " Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian
tengah dahi kita yaitu diantara dahi kanan dan kiri, jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.... Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi... Telinganya akan layu dimana bagian hujungnya akan Beransur-ansur masuk ke dalam... Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan...

" Tanda 1 hari " Akan berlaku sesudah ashar dimana kita akan
merasakan satu denyutan di sebelah belakang aitu di kawasan
ubun-ubun dimana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu ahsar keesokan harinya....

" Tanda akhir "
Akan terjadi keadaan dimana kita akan merasakan sejuk dibahagian
pusat dan rasa itu akan turun kepinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian Halkum... Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimat SYAHADAT dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada ALLAH SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula...

SESUNGGUHNYA MENGINGAT MATI ITU ADALAH BIJAK

potensipips
23-05-2011, 07:21 PM
4 Jenis Hati

1. Hati Hidup dan Sempurna atau selamat Sejahtera – ialah hati yang tenang diselaputi dengan iman dan dipenuhi dengan cahaya.Yakin dan Ikhlas serta dipenuhi dengan cinta kepada Allah SWT. Mencintai apa sahaja yang Allah Cintai serta Redha kepada Allah SWT.

2. Hati Mati- ialah hati yang dipenuhi dengan kegelapan dan bersifat ganas, seperti rumah yang ditinggalkan dan didiami oleh syaitan, Dipenuhi dengan sifat munafiq, kafir dan maksiat. hatinya adalah seperti hati orang kafir.

3. Hati Sakit- Imannya sentiasa berubah, kadang-kadang menjadi munafiq dan kadang-kadang berminat kepada Islam, Hatinya sentiasa dibelai dengan nafsu, bergelombang dengan fitnah dan tergoda dengan syaitan, ia adalah hati yang terlalu lemah iman.

4. hati yang kosong- apa jua diisi ia tidak membawa apa-apa faedah,tidak mengenal kebaikan dan tidak mengenal kejahatan, apa yang menjadi matlamatnya adalah nafsu semata-mata, inilah hati orang munafiq.

potensipips
23-05-2011, 07:23 PM
5 Cahaya Ilahi

Hafis Ibnu Hajar R.A dalam Kitab Al-Munabihat menulis Abu Bakar berkata:

Kegelapan adalah lima perkara , Cahaya yang dapat menghilangkan kegelapan tersebut ialah :

1-Orang yang mencintai dunia adalah berada dalam kegelapan cahaya yang dapat menghilang kegelapan tersebut ialah Taqwa kepada Allah Azzawajal.

2-Maksiat adalah kegelapan dan Cahaya yang dapat menghilang dosa maksiat ialah Taubat Nasuha.

3-Kubur adalah Alam Kegelapan, Cahaya yang dapat menerangi Alam Kubur ialah Kalimah La Ila IllAllah ( Tiada Penyembahan dan Ketaatan serta kepatuhan dalam kehidupan manusia dan jin melainkan hanya kepada Allah Azzawajal )

4-Di Alam Akhirat manusia akan hidup dalam serba kegelapan, mereka akan merasa tenang dan cerah apabila Amalan Soleh datang menemani mereka.

5-Kita akan menempuh Sirat Mustaqim dalam keadaan gelap gelita tetapi kita akan merasa tenang menitinya apabila langkah kita ditemani KEYAKINAN kepada Allah semasa hidup di dunia dahulu

potensipips
23-05-2011, 07:25 PM
Bertaubat dipraktik atau dilakukan sebagaimana berikut :

1. Menyebut dengan lidah : Iaitu mengaku berlaku zalim dengan menyebut : رَبِّ , ظَلَمْتُ نَفْسِيْ , وَعَمَلْتُ سُوْءَ فَاغْفِرْلِيْ ذُنُوْبِي Maksudnya : Tuhanku, ku telah menzalimi diriku, ku telah melakukan kejahatan, maka ampunilah segala dosaku. Dan juga dengan beristighfar (menyebut mana-mana Istighfar).

2. Melakukan dengan anggota iaitu berbuat sebarang amalan ketaatan kepada Allah, bersedekah dan jenis-jenis ibadat yang lain. Mengikut atsar Sahabat cara bertaubat yang lebih kepada mendapat keampunan daripada Allah apabila diikuti dengan lapan amalan, empat daripadanya amalan hati dan empat lagi amalan anggota.

Empat daripada amalan hati :

1. Taubat yang disebatikan dengan azam.

2. Kerelaan hati membuang dosa.

3. Menimbulkan perasaan takut kepada seksa di akhirat.

4. Menaruh harapan mendapat keampunan Allah.

Empat daripada amalan anggota :

1. Sembahyang sunat Taubat dua rakaat.

2. Beristighfar kepada Allah 70 kali (selepas salam). Dan mengucapkan (100 kali)”سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِ”

3. Memberi sedekah.

4. Berpuasa satu hari (selain puasa bulan Ramadhan). (Ihya’ Ulumuddin , Juzu’ 12, M/s 2145) Kata Imam Ghazali Rahimahullah, kata setengah hukama’ : Sesiapa yang diberi oleh Allah empat perkara nescaya tiada ditegahkan daripada empat perkara : * Sesiapa yang diberi oleh Allah akan syukur, nescaya tiada ditegahkan tambahan nikmatnya. * Sesiapa yang diberi oleh Allah akan taubat, nescaya tiada ditegahkan kebajikan. * Sesiapa yang diberi oleh Allah musyawarah, nescaya tiada ditegahkan kebenarannya. (Hidayah As-Salikin fi Suluk Maslak Al-Muttaqin m/s 262)

8. Taubat meninggalkan yang fardu Jika dosa yang berhubung dengan meninggal yang fardu seperti sembahyang, puasa, zakat maka hendaklah segera qadha’, bahkan hendaklah diutamakan qadha’ yang fardu dari mengerjakan amalan-amalan sunat. Ini berlainan dengan sunat di bulan Ramadhan, kerana sunat terawih yang berpahala besar, juga sunat muakkadah tidak patut ditinggalkan.

9. Taubat dosa yang bersangkut dengan manusia. – Jika doa itu yang berkaitan dengan harta benda hendaklah dikembalikan kepada empunyanya. Jika yang empunya harta benda itu sudah tiada lagi maka hendaklah harta itu dibuat kebajikan atau disedekahkan dengan meniatkan pahala bagi empunyanya. – Jika yang berkaitan dengan mengumpat dan mencabuli kehormatan hendaklah minta halalkan dari yang kena umpat dan yang kena cabul. – Jika dosa membunuh hendaklah menyerahkan diri kepada warisnya yang kena bunuh / minta halalkan. – Jika dosa meluka / mencedera hendaklah membayar ganti rugi / minta halalkan jika ia masih hidup.

10. Taubat dosa yang bersangkut paut dengan binatang. Mintalah keampunan dengan Allah, kerana Allah sahaja yang mengampun dan Dialah (Allah) yang menjadikan binatang.

11. Rintihan dalam bertaubat. Iringilah dalam bertaubat doa rintihan berikut : اللَّهُمَّ مَغْفِرَتَكَ أَوْسَعُ مِنْ ذُنُوْبِنَا ” Hai Tuhanku ! Keampunan Engkau terlebih luas daripada segala dosa kami” وَرَحْمَتَكَ أَرْجَى عِنْدَنَا مِنْ أَعْمَالِنَا ” Dan rahmat Engkau dan kasihan Engkau lebih besar daripada harapan kami kepada amalan kami” وَكَرَمَكَ وَجُوْدَكَ مَسْبُوْلٌ عَلَيْنَا وَعَلَى الْمُذْنِبِيْنَ ” Dan kemuliaan Engkau dan kemurahan Engkau terlepas dan terhampar ke atas kami dan ke atas hamba Engkau yang berdosa”

12. Contoh istighfar Nabi SAW. الّلَهُمّ اغْفِرْ لِي خَطِيْئَتِي وَجَهْلِي. وَإِسْرَافِي فِي أَمْرِي. وَمَا أَنَتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي. الّلَهُمَّ اغْفِرْ لِي هَزْلِي وَجِدِّي. وَخَطَئِي وعَمْدِي. وَكُلُّ ذَلِكَ عِنْدِي. الّلَهُمَّ اغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ. وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ. وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي. أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ. وَأَنْتَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ Maksudnya : Ya Allah ! Ampunilah daku kesalahanku, kejahilanku dan perbuatanku yang melampau-lampau, dalam urusanku, dan perkara yang Engkau lebih tahu daripadaku. Ya Allah ! Ampunilah daku sendaanku, kesungguhanku, salahku dan sengajaku, semuanya itu dariku. Ya Allah ! Ampunilah daku dosaku yang telah kulakukan dahulu dan yang akan kulakukan kemudian, dosaku yang tersembunyi dan yang nyata padaku dan dosa yang Engkau lebih mengetahui dariku. Engkaulah yang terdahulu dan Engkaulah yang terakhir. Engkaulah ya Allah, berkuasa ke atas segala sesuatu.

potensipips
23-05-2011, 07:29 PM
Ketika Hati Menangis

Tuhanku….

ketika hati menangis, hanya kau saja yg tahu

Tuhanku….

Ketika mereka meninggalkan aku sendiri

Ketika dunia tiada simpati, Kau tetap mendengar rintihanku

PadaMu tempatku menagih kasih

Ketenangan kurasa mendekatiMu

Syahdu malam tak terasa sunyi

Tuhanku….

Ketika aku dalam kepayahan, dalam kesendirian dihimpit cubaan

Kau beri aku kesabaran, pengalaman mengajar erti kematangan

Lantas Kau membuka pintu hatiku, untuk memberi kemaafan

Pada mereka yang pernah melupakanku.....

Tuhanku….

Ketika aku buntu

Kau berikan aku kekuatan, kau tunjukkan aku jalan

Kau tak biarkan aku sendirian

Tuhanku….

Yang Maha Pengasih, Rahmatmu tak terkira

Syukurku melangit pun tak tercapai

Sungguh aku merasa berdosa kerana dulu sering lalai....

Semoga penyesalanku Kau terima
THANK YOU ALLAH FOR THE BLESSINGS YOU HAVE GIVEN

Aura Dhuha
23-05-2011, 07:32 PM
dahwat..xlpas nak ltk kat sini..xtau knp...pic pun xlpas..ntila bg link utk download pdfnya..

terima kasih tt. saya boleh ajar kalau tt nak buat. maksud saya ajarkan sampai boleh masuk kan link untuk download kat thread tt ni. :)cgrock:)cgrock:)cgrock sama sama beroleh keberkatan serta rahmat dari-Nya InsyaAllah...:):):)

potensipips
23-05-2011, 07:34 PM
Ya RaBB...
Penatku remuk semalam suntuk
Mahsyuk dalam jiwa yang khusyuk
Asmara ku mabuk dibujur rukuk
Rembuk Qalbuku menusuk
Mengurai benang bening yang terpuruk
Dari noda hitam yang kian membusuk.
Tapak-tapak tua mengecam ancam
Yang diandalkan pun timbul dan tenggelam
Dari asa yang kian resah
Dari harap yang mulai gelisah.
Tapak-tapak itu berlari semu
Mengejar waktu yang mulai jenuh
Bersabar diatas uji dan puji
Qalbu menata malu
Namun,
Malu menata Qalbu
Maafkan..
Tak sempat ku berbenah

jimiee
23-05-2011, 10:41 PM
boleh buat sesi untuk soal jawab ke tt
aku ada benda nak tanya ni

potensipips
24-05-2011, 01:56 AM
boleh buat sesi untuk soal jawab ke tt
aku ada benda nak tanya ni

boleh..ada yg mampu saya jawab..I-Allah sya akan jwb..:D

potensipips
24-05-2011, 01:57 AM
terima kasih tt. saya boleh ajar kalau tt nak buat. maksud saya ajarkan sampai boleh masuk kan link untuk download kat thread tt ni. :)cgrock:)cgrock:)cgrock sama sama beroleh keberkatan serta rahmat dari-Nya InsyaAllah...:):):)

trima kasih..sya bersedia menerima tunjuk ajar tuan..:)cgrock

potensipips
24-05-2011, 02:01 AM
“wahai tuhan jauh sudah
lelah kaki melangkah
aku hilang tanpa arah
rindu hati sinarmu

wahai tuhan aku lemah
hilang terlumur noda
hapuskanlah terangilah
jiwa di hitam jalanku

ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya engkau
yang maha pengampun dosa

Ya robbi, izinkanlah
aku kembali padamu
meski mungkin takkan sempurna
aku sebagai hambamu

ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya engkau
yang maha pengampun dosa

berilkanlah aku
kesempatan waktu
aku ingin kembali
kembali....

dan meski aku tak layak
sujud padamu
dan sungguh tak layak
aku.....

potensipips
24-05-2011, 02:06 AM
ALLAH MENCINTAI ORANG MUDA YANG BERTAUBAT



Di dalam sebuah hadith qudsi, Allah S.W.T. telah berfirman, Aku cintakan tiga jenis manusia, tetapi Aku jauh lebih cinta kepada tiga jenis manusia yang lainnya: "Aku cintakan orang yang bersifat pemurah, tetapi Aku lebih cinta lagi kepada orang miskin yang pemurah"; "Aku cintakan orang yang rendah hati/diri, tetapi Aku lebih cinta orang kaya yang rendah hati/diri"; "Aku cintakan orang yang bertaubat, tetapi Aku lebih cinta lagi orang muda yang bertaubat". Huraian ringkas: Orang kaya mudah memperolehi wang yang banyak dan menjadi kebiasaan bagi si kaya bersedekah dan bermurah hati. Berbeza dengan orang miskin terpaksa berhempas pulas dan mebanting tulang untuk mendapatkannya tetapi jika si miskin itu pemurah maka Allah lebih mencintainya. Orang muda mudah terdorong untuk mengikuti hawa nafsu, jika dilihat sekarang ini jarang dilihat orang-orang muda memiliki ketekunan beribadah dan beramal soleh. Inilah sebabnya Allah menyintai orang muda yang bertaubat kerana jikalau orang tua yang bertaubat, memang sepatunya dia berbuat demikian. Janganlah kita menjadi hamba-hamba yang sombong, bongkak dan ego kerana kita hanyalah makhluk yang dijadikan oleh Allah agar beribadat kepadaNYa yang mana akhirnya kepadaNya jualah kita akan kembali dan akan diperhitungkan nasib dan amalan kita.

potensipips
24-05-2011, 02:26 AM
APABILA HATI MENJADI KERAS

Sepotong hadis riwayat Bukhari dan Muslim yang berbunyi “Sesungguhnya di dalam jasad ada segumpal daging, bila ia baik, maka baik pula seluruh jasad, dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah bahawa gumpalan itu adalah hati,” membincangkan bagaimana cara untuk merawat hati yang keras.


Hati merupakan cerminan sejati seorang manusia, pangkal kepada segala gerak-geri manusia. Hati dari segi mediknya berfungsi untuk menyaring dan meneutralkan toksid-toksid dalam tubuh. Hati yang rosak dan tidak mampu berfungsi dengan baik boleh memudaratkan kesihatan seseorang malah boleh menyebabkan kematian. Sebagaimana pentingnya hati kepada manusia dalam kehidupan dunianya, begitu jugalah kepentingannya untuk kehidupan akhirat seperti yang dijelaskan ALLAH dalam firmanNYA dan Rasulullah S.A.W melalui lisannya. Jika baik hatinya, maka akan baik pula perangainya dan jika rosak hatinya maka akan rosaklah perangainya.Oleh itu, hati manusia harus sentiasa dijaga sebaik mungkin sebagaimana menjaga organ-organ zahir yang lain. Tidak sepatutnya kita mengabaikan penyakit hati, tetapi bertungkus-lumus mengubati penyakit-penyakit zahir sehingga sanggup ke luar negara untuk menyembuhkan penyakit zahir yang dideritai. Sikap tidak mahu berusaha dan tidak mahu mengambil tahu tentang penyakit hati boleh menyebabkan hati menjadi keras dan hitam untuk menerima petunjuk dan hidayah ILLAHI.

Rawatan Bagi Hati Yang Keras

Syeikh Muhammad bin Husain Ya’Qub pernah menulis dalam bukunya “Tragedi Alam Kubur”, 6 kaedah rawatan untuk hati yang keras menurut para ulama adalah seperti berikut:

1. Membaca al-Quran dan Zikrullah

Di dalam al-Quran ada menyebut, “Wahai manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamtan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.” (Yunus: 57). Dalam surah al-Israa’ ayat 82 pula ALLAH berfirman, “Dan KAMI turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya dan (sebaliknya) al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian juga.” Hati yang tidak pernah membaca al-Quran akan mudah dipengaruhi oleh nafsu dan tipu daya syaitan dan akhirnya akan tertutup dari rahmatNYA.

2. Merendah Diri dan Menangis di Hadapan ALLAH

Pohonlah hanya kepada ALLAH dengan sikap dan perasaan yang selayaknya sebagai seorang hamba yang amat memerlukan dan bergantung harap kepadaNYA apabila menghadapi masalah atas kerosakan hati. Apabila merasa kesulitan, bolehlah ‘berpura-pura’ atau berusaha menangis jika itu akan mencapai tujuan mendekatkan diri kepadaNYA,yang dimaksudkan ialah berusaha bersungguh-sungguh untuk menangis dan menghinakan diri di hadapan ALLAH. Mengharap maghfirah daripadaNYA memerlukan hati yang suci dan ikhlas. Ingatlah betapa besar dosa kita yang akhirnya memisahkan kita dengan ALLAH S.W.T.




3. Menghadiri Majlis Ilmu

Bersatu dengan orang-orang soleh dan bersama-sama menghadiri majlis ilmu boleh melunakkan dan menyembuhkan hati. Hindari majlis-majlis yang lagha semata-mata. Sabda Rasulullah S.A.W: “Barangsiapa menempuh jalan untuk mencari ilmu, nescaya ALLAH akan memudahkan baginya jalan menuju syurga. Dan tidaklah suatu kaum berkumpul dalam rumah ALLAH, mereka membaca al-Quran dan mempelajarinya, kecuali akan diturunkan ketenangan kepada mereka dan akan diliputi oleh rahmat ALLAH, serta malaikat akan menaunginya. ALLAH akan sentiasa mengingati mereka yang di dalamnya.” (HR Muslim).

4. Mengingati Mati

Rasulullah S.A.W berwasiat kepada para sahabat untuk mengingati mati. Dari Ubay bin Ka’ab r.a, berkata: “Ketika masuk sepertiga malam, Rasulullah S.A.W bangun dan berkata: “Wahai manusia ingatlah ALLAH, ingatlah ALLAH. Telah datang tiupan pertama sangkakala yang menghancurkan alam, diikuti tiupan kedua. Telah datang kematian dengan (segenap kengerian) yang dibawanya.”” (HR Tirmidzi). ‘Dzikrul maut’ dapat mencegah perbuatan maksiat, melunakkan hati dan menghilangkan rasa cinta kepada dunia yang menjadi faktor perlakuan maksiat.

5. Menyaksikan Sakaratul Maut

Dari Anas r.a, berkata: “Nabi S.A.W mendatangi seorang pemuda yang sedang nazak. Baginda bertanya: “Bagaimana keadaanmu?”. Pemuda itu menjawab, “Demi ALLAH wahai Rasulullah, aku sangat mengharap ALLAH dan aku takut atas dosa-dosaku.” Lalu Rasulullah bersabda: “Tidak akan bertemu keduanya (rasa harap kepada ALLAH dan takut atas dosa) dalam hati seorang hamba pada saat-saat seperti ini (sakaratul maut), kecuali ALLAH akan mengabulkan apa yang dia harapkan dan melindunginya dari apa saja yang membuatnya takut.”” (HR Tirmidzi). Kesusahan dan kengerian saat menghadapi sakaratul maut akan menyedarkan kita untuk kembali ke jalanNYA.

6. Ziarah Kubur

Setelah melakukan kelima-lima perkara di atas, hati kita masih juga keras kerana telah berkarat dan tertutup dari cahaya oleh dosa-dosa yang menggunung, maka ziarahilah kubur. Itulah penawar mujarab bagi mengubati hati yang telah hitam. Rasulullah S.A.W bersabda: “Ziarahilah kubur kerana ia akan mengingatkan kamu kepada kematian/akhirat.” (HR Muslim & al-Hakim). Lakukan dengan hati yang ikhlas dan niat yang tulus semata-mata mengharap rahmat ALLAH dan untuk mengambil iktibar daripadanya, nescaya hati yang keras dapat disembuhkan.

Keenam-enam cara di atas diusulkan oleh para ulama silam sebagai panduan buat kita menghadapi cabaran Islam di akhir zaman.

potensipips
24-05-2011, 02:38 AM
Seorang ahli hikmah ditanya mengenai taubat. Bagaimanakah kita hendak mengetahui taubat kita telah diterima Allah atau tidak? Maka jawabnya, ini adalah urusan Allah,kita tidak berupaya menentukannya,…tetapi kita boleh melihat pada tanda-tandanya iaitu:

1. Bagi hamba-hamba yang bertaubat itu bila dia merasakan di dalam dirinya masih ada dosa-dosa yang masih belum terhakis.

2. Hatinya lebih tenteram dan suka mendekati orang-orang yang solih daripada mendekati mereka-mereka yang fasik.

3. Bila dia merasakan di dalam dirinya telah hilang perasaan gembira, sebaliknya sentiasa datang perasaan sedih kerana takutkan azab Allah.

4. Bila dia melihat pada dirinya yang sentiasa sibuk dengan menunaikan kewajipan terhadap Allah sebaliknya sedikit pun dia tidak sibuk meguruskan rezekinya yang telah dijamin oleh Allah.

5. Sungguhpun sedikit rezeki yang dia dapat di dunia ini namun ia tetap melihatnya banyak, tetapi walaupun banyak amalan untuk akhirat yang telah dikerjakannya namun ia tetap merasa sedikit.

6. Bila dia melihat pada dirinya yang sentiasa menjaga lidah dan ucapannya, sering bertafakur dan selalu berada di dalam keadaan sedih dan menyesal.

11:52. Dan, wahai kaumku, mintalah ampun kepada Pemelihara kamu, kemudian bertaubatlah kepada-Nya, dan Dia akan mengutus langit dengan hujan lebat kepada kamu, dan Dia akan menambahkan kamu dalam kekuatan ke dalam kekuatan kamu; dan janganlah kamu berpaling sebagai orang-orang yang berdosa."

potensipips
24-05-2011, 02:47 AM
Ya Allah
Seringkali Kau uji diri ini
Kadangkala aku rasa seperti tidak mampu ya Allah
Aku rasa seperti mahu lari dari kehidupan ini
Lari sekuat-kuat hatiku
Sehingga tiada siapa yang dapat mengejarku lagi

Aku tahu Kau menyanyangi hamba2 yang sering diuji
Sebab itulah Engkau mengujiku ya Allah
Aku juga tahu bahawa setiap ujian yang mendatang
Pasti terdapat hikmah disebaliknya

Engkau rindukan sedu sedan hamba yang menangis memohon kepadaMu
Engkau rindukan hamba yang betul2 ikhlas berdoa kepadaMu
Engkau beri ujian kerana hamba itu sering melakukan dosa yang tidak disedari sehari2
Engkau beri ujian kerana hamba itu sering melupaiMu

Kerana itu ya Allah..

Aku meminta dan memohon keampunan daripadaMu
Sebelum aku meninggalkan dunia ini
Sebelum kedua mataku tertutup rapat
Sebelum kedua tanganku tidak mampu menadah tangan dan berdoa lagi kepadaMu

Ampunkan aku ya Allah
Ampunkan aku ya Rahim
Ampunkan aku ya Rahman

Aura Dhuha
24-05-2011, 02:53 AM
wahhh. tt dah boleh attach dah. hehehe. kira ok lah tu.

potensipips
24-05-2011, 02:56 AM
Ulama mengatakan sujud yang sempurna ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakkan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang.

1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.

2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

3. Melegakan sakit hernia.

4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.

6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

7. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

8. Meringankan bahagian pelvis.

9. Memberi dorongan supaya mudah tidur.

10. Menggerakkan otot bahu, dada,leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.

11. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

12. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.

13. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin. Organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut.(Convulsions).

14. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

15. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.


Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak takbur dan sebagainya. Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.

potensipips
24-05-2011, 02:58 AM
wahhh. tt dah boleh attach dah. hehehe. kira ok lah tu.

Berkat niat tulus pertolongan tuan.Allah permudahkan saya..Amin..sebelum ni tak boleh..setelah tuan ingin menolong,semuanya menjadi mudah..

Alhamdulillah

potensipips
24-05-2011, 03:10 AM
MANUSIA MENENTANG ALLAH

Sejak akhir-akhir ini, para ulama’ sering menekankan keprihatinan dan kepekaan mereka mengenai telatah serta gelagat umat Islam, khususnya yang melibatkan gaya hidup masyarakat umat Islam yang semakin tersasar daripada landasan Islam sebenar.Ia dapat disingkap dalam aspek hiburan dan sukan yang keterlaluan yang disuburkan oleh pihak tertentu yang bertopengkan Islam, sedangkan realiti hidup mereka (pihak penganjur sesuatu program hiburan atau sukan tertentu) tidak mencerminkan minat mendalam kepada gaya hidup Islam.Benarlah kenyataan ayat 7-9 daripada surah as-Syams (91), Allah berfirman yang bermaksud : 7. Demi diri manusia dan yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); 8. serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; – 9. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan).

Kecenderungan jiwa atau hati manusia kepada perkara jahat merupakan naluri dan lumrah biasa, sebab itu al-Quran mendedahkan bahawa penghuni Neraka lebih ramai daripada penghuni Syurga.

Kejahatan manusia menjangkau apa yang tidak dapat dicapai oleh pemikiran, kerana penentangan bukan sekadar menolak kerasulan baginda Nabi Muhammad s.a.w, menolak al-Quran, terlibat dalam rasuah, judi, meninggalkan solat, tidak berpuasa, merosakkan alam sekitar dan yang lebih parah lagi ialah menentang Allah dengan menghina hukum-hukum-Nya.

Sebab Penentangan Manusia terhadap Allah

Justeru, mari kita menyingkap pandangan ulama berhubung faktor yang menyebabkan penentangan manusia terhadap Allah SWT selaku Pencipta mereka.

1- Alpa terhadap matlamat sebenar penciptaan manusia di muka bumi ini.

2- Iman yang amat lemah terhadap rukun-rukun iman yang enam.

3- Jahil mengenai Allah, suruhan dan larangan-Nya, pahala dan dosa serta Syurga dan Neraka.

4- Tidak waspada terhadap bisikan syaitan yang sentiasa mengajak untuk melakukan kejahatan.

5- Tertipu dengan habuan dunia hingga tidak mahu memohon ampun dan bertaubat kepada Allah.

6- Berputus asa dari rahmat Allah (kasih sayang-Nya).

7- Tidak mempercayai qada dan qadar Allah malah mempertikainya.

8- Berbangga dengan maksiat dan tidak memperakui dosa besar yang dilakukannya.

9- Panjang cita-cita (banyak berangan-angan dalam perkara dunia).

10- Berlebihan cinta kepada dunia hingga tidak menjalankan tugas utama sebagai manusia bernama Islam.

11- Tersungkur dengan mengikut hawa nafsu yang rosak.

12- Terlibat dalam perkara-perkara syubhat yang menjurus kepada kemurkaan Allah SWT.

13- Ego dan sombong diri terhadap Allah, Rasul dan manusia seluruhnya.

14- Suka bergaul (bercampur) dengan ahli maksiat dan menolak untuk bersama golongan yang soleh.

15- Suka melakukan fitnah dalam masyarakat hingga memporak-perandakan hubungan sesama mereka.

16- Merosakkan gambaran Islam dengan penggunaan istilah yang menyalahi konsep sebenar seperti melabelkan orang Islam yang berjanggut dengan pengganas dan lain-lain.

17- Bergelumang dengan ada-adat yang menyalahi hukum Syariat Islam.

18- Meninggalkan tugas utama Amar Ma’ruf dan Nahi Munkar.

Bagaimana boleh jadi seorang muslim yang baik?

Setiap insan bernama Islam, sama ada lelaki ataupun perempuan, berusaha meningkatkan diri dengan pelbagai amal ibadat yang boleh mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Ini kerana masing-masing mahukan diri mereka mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah sebagai hamba-Nya yang taat dengan melakukan segala titah perintah-Nya dan meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya dengan penuh rasa rendah diri dan berserah diri kepada-Nya.

Justeru, mengetahui kaedah terbaik bagi tujuan di atas, adalah sesuatu yang amat digalakkan, agar setiap muslim/muslimah mencapai status hamba Allah yang diterima di sisi-Nya, antara kaedah berkenaan yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut :

� Melakukan solat lima waktu dengan baik (sama ada dari sudut pada awal waktu pelaksanaannya, kaifiat serta tata-cara bagi menjamin penerimaannya).

� Mengetahui sedalam-dalamnya bahawa meninggalkan solat dengan sengaja boleh membawa kepada kekufuran, kerana ia adalah tiang agama dan perkara pertama yang akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak.

� Melaksanakan seluruh hukum-hukum syariat Islam, bagi kaum muslimah, memakai hijab, kerana ia adalah arahan Allah dalam al-Quran, membaca al-Quran dengan memahami isi kandungannya.

� Mengkaji secara mendalam serta mentelaah sirah Nabi Muhammad s.a.w, sirah para sahabat Nabi, bagi muslimah, perlu memilih serta bercampur wanita-wanita solehah bagi menjamin pegangan dan akidah mereka.

� Sentiasa melakukan muhasabah diri, khususnya memerhatikan persiapan buat hari esok di akhirat dengan amalan, sumbangan kepada agama, perkara-perkara kebajikan buat umat Islam, menjauhi perkara yang menjadi kemurkaan Allah dan sebagainya.

� Perbanyakkan program kebaikan yang membawa ketaatan kepada Allah dan banyak berdoa kepada Allah agar diri diberi petunjuk ke jalan kebenaran dengan tetap dan cekal terhadapnya.

Mudah-mudahan kita sentiasa mendapat rahmat dan naungan daripada Allah agar boleh mati pada jalan yang diredai-Nya.

potensipips
24-05-2011, 03:18 AM
6 TANGGUNGJAWAB TERHADAP AL-QURAN

Sekiranya kita mahu menjadi hamba Allah yang menghayati dan mencintai al-Quran maka kita mesti melakukan 6 kewajipan terhadap al-Quran iaitu :

1. kita mesti membaca al-Quran sehingga pandai.
2. kita mesti membaca al-Quran sehingga memahami isi kandungannya.
3. kita mesti membaca al-Quran dan menghafaz keseluruhan atau yang termampu kita hafazkan.
4. kita mesti membaca al-Quran mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
5. kita mesti membaca al-Quran dan menerapkan semua nilai-nilai Al-Quran dalam masyarakat.
6. kita mesti membaca al-Quran dan meletakkanya ditempat yang paling tinggi dalan kehidupan kita samada zahir atau batin

potensipips
24-05-2011, 03:26 AM
الألماس في الفضاء
اكتشف العلماء وجود كميات كبيرة من الألماس تزين السماء ولكن حبات الألماس هذه صغيرة جداً وغير مرئية بالنسبة لنا … لنقرأ ونسبح الخالق عز وجل….

sains mengakui kewujudan sejumlah besar berlian di ruang angkasa tetapi bentuknya terlalu kecil dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar

في مقالة بعنوان Diamonds in Space وجد العلماء أن الألماس موجود في الفضاء بكميات كبيرة جداً، وهو يتشكل على الأرض في درجات الحرارة والضغوط العالية. ولكنه يتشكل في الفضاء تحت ظروف مختلفة، حيث درجات الحرارة منخفضة جداً (240 درجة تحت الصفر) والضغط شبه معدوم! طبعاً الألماس ببساطة هو نفسه عنصر الفحم الذي نعرفه، ولكنه يختلف عن الفحم العادي أن ذراته تتوضع بطريقة خاصة لتمنحه الصلابة والبريق.

Allah memelihara berlian di angkasa dengan cara merendahkan suhu sehingga 240 darjah dibawah sifar


في هذه الصورة التخيلية نرى حبيبات الألماس الصغيرة جداً تسبح بالقرب من أحد النجوم. وسبحان الله حتى السماء لم يتركها الخالق تبارك وتعالى، فزينها بالنجوم وزينها بالألماس!! وهنا أتذكر قوله تعالى مخاطباً المشككين:
(أَفَلَمْ يَنْظُرُوا إِلَى السَّمَاءِ فَوْقَهُمْ كَيْفَ بَنَيْنَاهَا وَزَيَّنَّاهَا وَمَا لَهَا مِنْ فُرُوجٍ) [ق: 6]
(Kalaulah mereka menyangka Kami tidak berkuasa mengembalikan mereka hidup semula) maka tidakkah mereka memandang ke langit yang ada di sebelah atas mereka (dengan tidak bertiang) bagaimana Kami membinanya (dengan rapi) serta Kami menghiasinya (dengan bintang-bintang) dan dengan keadaan tidak ada padanya retak-renggang?

، ومعظم حبات الألماس توجد بالقرب من النجوم الحارة وكأنها تزينها.

وفي هذه الآية يتجلى معنى جديد لكلمة (وَزَيَّنَّاهَا) التي تعبر تعبيراً دقيقاً عن حقيقة هذه السماء، فكما أن الألماس هو زينة للنساء، كذلك هو زينة للسماء، والله أعلم!

Maksud perkataan menghiasi langit pada peringkat awal kita menyangka bagaimana Allah menghiasi langit tetapi sekarang sains telah membuktikan bahawa Allah telah menghiasi langit dengan sebaik-baik hiasan iaitu berlian yang memancarkan cahaya

Aura Dhuha
24-05-2011, 03:44 AM
Berkat niat tulus pertolongan tuan.Allah permudahkan saya..Amin..sebelum ni tak boleh..setelah tuan ingin menolong,semuanya menjadi mudah..

Alhamdulillah

Alhamdulillah. yang penting, download and baca sampai abis. :)paid:)paid:)paid

potensipips
24-05-2011, 05:17 AM
UMATKU DI AKHIR ZAMAN

قال رسول الله صلى الله عليه وآله و سلم:
يأتي زمان علي أمتي يحبون خمس و ينسون خمس…

Akan datang pada umatku zaman mereka cinta lima perkara dan lupa lima perkara
يحبون الدنيا و ينسون الآخرة

Cinta dunia dan lupa pada Akhirat
يحبون المال و ينسون الحساب

Mencinta harta dan lupa pada hitungan Akhirat
يحبون المخلوق و ينسون الخالق

Mencintai Makhluk tetapi lupa pada Allah yang Khalik(Pencita kepada makhluk).
يحبون القصورو ينسون القبور

Mencinta Mahligai dan Istana tetapi lupa pada kubur.
يحبون المعصية و ينسون التوبة

Mencintai Maksiat tetapi lupa pada TAUBAT.

فإن كان الأمر كذلك

ابتلاهم الله بالغلاء و الوباء و موت الفجأة و جور الحكام.
Jika demikian telah berlaku, Allah memberi Bala kepada mereka dengan

1. kenaikkan harga barang,
2. Wabak-wabak penyakit,
3. Mati secara tiba-tiba- stres dan diakhiri dengan strok,
4. Pemimpin yang tidak bermaruah.

potensipips
24-05-2011, 05:22 AM
JIKA BERSAMA ALLAH
°•ㄨمــع اللهㄨ•°
Apabila bersama Allah
يصبح القليل كثيرا ,, وقد قالها محمد عليه الصلاة والسلام لصاحبه:
sedikit atau seorang diri menjadi ramai seperti kata Rasulullah:
” لا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا ” .

°•ㄨمــع للهㄨ•°
Apabila bersama Allah
يصبح الضعيف قوياوقد قالها نوح عليه السلام:
Yang dhaif menjadi kuat seperti doa Nabi Noh:
” فَعَلَى اللَّهِ تَوَكَّلْتُ فَأَجْمِعُوا أَمْرَكُمْ وَشُرَكَاءَكُمْ ثُمَّ لا يَكُنْ أَمْرُكُمْ عَلَيْكُمْ غُمَّةً ثُمَّ اقْضُواإِلَيَّ وَلا تُنْظِرُونِ “
¤

°•ㄨمــع اللهㄨ•°
Apabila bersama Allah yang jauh menjadi dekat seperti Firman Allah:
يصبح البعيد قريبا وقد قالهالأوليائه الصابرين:
” أَلا إِنَّ نَصْرَ اللَّهِ قَرِيبٌ “
°•ㄨمــع اللهㄨ•°
Apabila bersama Allah orang yang fakir akan menjadi kaya seperti dalam firman Allah:
يصبح الفقير غنيا وقد قال سبحانه:
“إِنْ يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ “

°•ㄨمــع اللهㄨ•°
Apabila bersama Allah walaupun seorang diri tetap beriman:
يصبح الفرد أمّـه وهكذا وصف عبده وخليله فقال:
“إِنَّ إِبْرَاهِيمَ كَانَ أُمَّةً قَانِتاً لِلَّهِ حَنِيفاً وَلَمْ يَكُ مِنَ الْمُشْرِكِينَ “

°•ㄨمــع اللهㄨ•°
Apabila bersama Allah mendapat hidayah dan perlindungan seperti kata-kata Nabi Syuib:
ينال المرء التوفيق والسداد وقد قالها شعيب عليه السلام:
” وَمَا تَوْفِيقِي إِلَّا بِاللَّهِ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْهِ أُنِيبُ “

°•ㄨمــع اللهㄨ•°
Apabila bersama Allah yang duka dan sedih akan hilang seperti
kata-kata nabi Yunus:
يزول الغم وينكشف الهم وقد قالها يونس عليه السلام:
” فَنَادَى فِي الظُّلُمَاتِ أَنْ لا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ “

فإلى الله ,,, ياعباد الله توبةً إليه ..
وعملاً صالحاً من أجله ..
وتصفية للقلب ليكون محلا لكلامه و ذكره ..وبحثا عن مواطن رضاه وتمسكا بشرعه وعضا بالنواجذ على سنة خليله صلى الله عليه وسلم ,,,

potensipips
24-05-2011, 05:45 AM
Dalil Dari Sunnah Bukti Keperluan Solat Tasbih

عن ابن عباس رضي الله عنهما قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( يا عباس ! يا عماه ! ألا أعطيك ? ألا أمنحك ألا أحبوك ? ألا أفعل بك عشر خصال إذا أنت فعلت ذلك غفر الله ذنبك أوله و آخره ، قديمه و حديثه ، خطأه و عمده ، صغيره و كبيره ، سره و علانيته ? عشر خصال : أن تصلي أربع ركعات تقرأ في كل ركعة فاتحة الكتاب و سورة ، فإذا فرغت من القراءة في أول ركعة و أنت قائم قلت : سبحان الله و الحمد لله و لا إله إلا الله و الله أكبر خمس عشرة مرة ، ثم تركع فتقولها و أنت راكع عشرا ، ثم ترفع رأسك من الركوع فتقولها عشرا ، ثم تهوي ساجدا فتقولها و أنت ساجد عشرا ، ثم ترفع رأسك من السجود فتقولها عشرا ، ثم تسجد فتقولها عشرا ، ثم ترفع رأسك فتقولها عشرا ، فذلك خمس و سبعون في كل ركعة تفعل ذلك في أربع ركعات . فلو كانت ذنوبك مثل زبد البحر ، أو رمل عالج غفرها الله لك ، إن استطعت أن تصليها في كل يوم مرة فافعل ، فإن لم تفعل ففي كل جمعة مرة ، فإن لم تفعل ففي كل شهر مرة ، فإن لم تفعل ففي كل سنة مرة ، فإن لم تفعل ففي عمرك مرة . )1
——————————————–
1 [ صحيح الجامع الصغير وزيادته ص 1314]

يمكنكم الإستزادة بالإستماع إلى الدرسين التاليين من درس صحيح الجامع كتاب الصلاة :
1- باب صلاة التسابيح الحديث الأول
2

potensipips
24-05-2011, 05:55 AM
Ya ALLAH, Jika inilah dugaan yang aku kena lalui, aku lebih rela
melaluinya agar aku lebih dekat dengan MU Ya ALLAH, daripada aku tidak
laluinya dan aku semakin jauh dari Hidayah MU. Berikanlah kekuatan untuk
aku menempuhi dugaan dariMU. Sesungguhnya ALLAH swt lebih maha
mengetahui mana yang terbaik untukku

jimiee
24-05-2011, 02:30 PM
tuan tt yg bijaksana..
boleh x tuan huraikan sedikit mengenai dgn sifat2 riak,ujub,takbur,sombong dan sebagainya lg
dan cara2 untuk menjauhkannya.
dan mcmana kita nak tahu sifat2 ini ada pada kita?

potensipips
24-05-2011, 04:27 PM
Tolong Sampaikan Pada Si Dia:..

Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri…

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti…

potensipips
24-05-2011, 04:52 PM
Benarlah ayat ALLAH…tundukkanlah pandanganmu terhadap yang bukn muhrim kerana sering berlaku “panahan syaitan” di mata. ….wanita itu fitnah bagi kaum lelaki…berapa ramai lelaki yang ke neraka kerana fitnah seorang wanita….seorang lelaki yg jahil boleh bertukar menjadi seorang yang soleh kerana seorang wanita…dan begitu juga seorang hamba yang ‘abid juga boleh bertukar kepada seburuk2 manusia kerana seorang manusia bernama wanita… takutlah kamu pada ALLAH…InNi AkhafuLah….

potensipips
24-05-2011, 04:55 PM
tuan tt yg bijaksana..
boleh x tuan huraikan sedikit mengenai dgn sifat2 riak,ujub,takbur,sombong dan sebagainya lg
dan cara2 untuk menjauhkannya.
dan mcmana kita nak tahu sifat2 ini ada pada kita?

I-Allah ..tajuk mengenai ni pernah saya huraikan di Fb saya tahun lpas..:)cgrock

potensipips
24-05-2011, 05:00 PM
MENGAIS SATU CINTA

Ya Rabb,
Entah untuk kesekian kali
Mata, lisan, telinga diperintahkan untuk
ikuti kata hati yang tak lurus
Berbalut nafsu syahwati
Hanya untuk seteguk manisnya dunia
Telah sekian kali Kau hadapkan diri
Menempuh perjalanan panjang
Bersama hati yang ringkih
Dan Kau ajarkan hamba untuk mengerti
Tentang makna cinta hakiki

Ya Rabb,
Di malam ini
Aku bersimpuh, dengan khauf dan rojaku
Basuhlah hati penuh luka ini
Dengan kucuran ampunanMu
Bersihkan hati yang ternoda ini
Dengan luas Kasih sayangMu
Gantilah hati ini......dengan sebuah hati baru dariMu

Ya Rabb,...
aku tak kuasa berlari lagi
Kini aku akan berhenti ....
Dan mulai berbenah diri
Bukankah Kau selalu menemani?
Jadikan setiap bisikan hati adalah bisikan kebaikan
Yang menyelimuti dunia dalam cahaya TerangMu

Ya Rabb....
Jangan biarkan satu cinta
Mengalahkan seribu cinta
Yang khusus kupersembahkan untukMu...
Kali ini izinkanku melangkah pasti
Bersandar hanya padaMU
Menggantungkan seluruh harap hanya pada kuasaMu
Untuk menjemput
Satu cinta syar'i yang hakiki bagiku
Hanya keranaMu
Hanya dengan skenarioMu
Hanya dengan keredhoanMu

Rabbku....
HambaMu mengais cintaMu
Hati ini hanya milikMU
Cinta inipun hanya pantas dipersembahkan untukMu
TELAH KUJUAL SEMUA RASA
Untuk membayar hari-hari pertemuan denganMu
Dan saat menantapMu dengan SELURUH RASA
CINTAKU.....

Mencintai Rabb , untuk ma'rifatullah, mahhabahtullah.kuatkan azzam ku untuk menjual semua diriku, jasad, ruh dan cintaku hanya untuk apa-apa yang disisi Allah.Jiwa ini begitu rapuh dan ringkih, akal ini pun begitu bdh untuk fahami semua rencana Allah,,,namun kemanakah hati kan berpaling jika tidak padaNya....

( Yang sedang mengais cinta Rabbnya, yang sedang menyakinkan diri tuk berserah diri hanya padaNya....yang belajar untuk mengejar cinta...)

potensipips
24-05-2011, 05:17 PM
“Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Yusuf:53)

Sesiapa yang menjadikan dunia itu perkara utama baginya, maka Allah jadikan fakir dihadapannya, dan dipecah-pecahkan hajatnya dan hartanya; ia tidak akan mendapatinya kecuali apa yang telah dituliskan. Dan sesiapa yang menjadikan akhirat itu perkara utamanya, maka Allah jadikan dia kaya di dalam hatinya, dan mencukupkan hajatnya, dan dunia datang kepadanya dengan keadaan hina – Riwayat Ibnu Majah



Ya ALLAH…Jadikanlah sahabatku pejuang dakwah-MU. Di manapun KAU campakkan dia dimuka bumi-MU ini, berilah dia kekuatan dan masukkanlah dalam hatinya semangat jihad yang tinggi, agar setiap sisa hidup yang berlalu dapat digunakan untuk berbakti pada agama-MU. Ya ALLAH.. kurniakanlah sahabatku kecerdasan akal dan kebijaksanaan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah di bumi-MU. Masukkanlah dalam hatinya CINTA, RINDU, & TAKUT pada-MU, melebihi segala kenikmatan di dunia yang sementara ini. Izinkanlah Ya ALLAH untuk dia menjadi pejuang mujahid pemegang panji2 Islam dan mudahkanlah segala urusan dunianya. Allahumma Amin… ‘wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu menghadapi segala kesukaran dalam mngerjakan perkara-perkara kebajikan dan kuatkanlah kesabaran kamu menghadapi ujian.’

potensipips
24-05-2011, 05:35 PM
Ya Rabb

Ya Allah ya Tuhanku berdayakan segala potensi diri kami untuk mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau kurniakan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku, berdayakan aku untuk beramal soleh yang Engkau redhai, dan masukkan aku dengan rahmat-Mu bersama-sama hamba-hambaMu yang soleh



Ya Allah ya Tuhan semester alam
berdayakan aku untuk zikir kepada-Mu,
mensyukuri nikmat-Mu dan perelokkan ibadah kepada-Mu





"Ya Allah ampunilah kesalahan ke*****an dan perbuatanku yg berlebihan dalam urusanku, dan ampunilah kesalahanku yg KAU lebih mengetahui daripada aku, ya Allah ampunilah aku dalam kesungguhanku kemalasanku dan kesengajaanku yg semua itu ada pada diri ku, ya Allah ampunilah aku atas dosa yg lalu dan yang akan datang, dosa yg aku samarkan, dosa yg aku perbuat dgn terangan dan dosa yg Kau lebih mengetahui dari pada aku, PadaMU aku mengajukan dan hanya Engkau lah yg mengakhirkan dan Kau maha kuasa atas segala sesuatu"

potensipips
24-05-2011, 05:44 PM
Allah subhanahu wa ta'ala memuji makhluk-Nya yang paling mulia di dalam firman-Nya,
"Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis." (QS Maryam: 58)

Ibnu Sa'di berkata berkenaan dengan ayat di atas, "Firman Allah subhanahu wa ta'ala, "Maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis, maksudnya adalah mereka khudhu' dan khusyu' dengan ayat-ayat tersebut, karena menggoreskan iman, cinta dan takut di hati mereka, sehingga membuat mereka menangis, berserah diri dan sujud kepada Tuhan mereka."

Allah subhanahu wa ta'ala juga berfirman mengenai para ahli kitab yang shalih,
"Sesungguhnya orang-orang yang diberi pengetahuan sebelumnya apabila Al-Qur'an dibacakan kepada mereka, mereka menyungkur atas muka mereka sambil bersujud, dan mereka berkata, 'Maha Suci Tuhan kami, sesungguhnya janji Tuhan kami pasti dipenuhi.' Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyu'." (QS al Israa': 107 – 109)

Menangis, menurut Al-Ghazali, disunahkan saat membaca Al-Qur'an. Cara untuk memaksakan tangisan adalah membayangkan hal-hal yang dapat menyebabkan kita menangis, iaitu dengan merenungi ancaman dan janji yang ada di dalam Al-Qur'an, kemudian merenungi kealpaan sikap kita terhadap berbagai perintah dan larangan Allah subhanahu wa ta'ala.

Rasa sedih dan tangis hanya menghampiri hati seseorang yang bersih. Hilangnya kesedihan dan tangisan hendaknya membuat kita bersedih (dan menangis), kerana hal tersebut merupakan tanda musibah terbesar yang telah menimpanya.

maligun
24-05-2011, 10:57 PM
..BagUSlah kalau telah diberi FAHAM akan DIA....Huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu uuu

potensipips
25-05-2011, 03:39 AM
Ikhlas kerana Allah

Imam Tirmidzi rahimahullah meriwayatkan dari Syufai al-Ashbahi bahawa suatu ketika, ia masuk ke kota Madinah. Di sana, ia melihat ada seseorang yang sedang dikerumuni oleh banyak orang. Syufai bertanya, “Siapakah orang itu?Mereka menjawab, “Abu Hurairah.” Syufai berkata, “Aku segera mendekatinya dan duduk di hadapannya.”

Ketika itu, Abu Hurairah masih sibuk menyampaikan Hadis kepada orang ramai yang mengelilinginya. Setelah selesai mengajar dan semua orang telah pergi, aku berkata kepadanya, “Aku memohon kepadamu dengan sebenar-benarnya, sampaikanlah kepadaku sebuah Hadis yang engkau dengar dari Rasulullah saw yang mudah kuhafal dan kufahami.

Abu Hurairah berkata, “Baiklah, aku akan sampaikan sebuah Hadis yang aku dengar dari Rasulullah saw dan mudah untuk kau hafal dan kau fahami.”

Tiba-tiba, Abu Hurairah terisak-isak sehingga nyaris pengsan. Tidak lama kemudian, Abu Hurairah sedar kembali seraya berkata, “Aku akan sampaikan sebuah Hadis yang aku dengar dari Rasulullah saw di rumah ini, dan ketika itu hanya ada kami berdua,” Kemudian Abu Hurairah terisak-isak lagi, dan setelah sedar kembali, ia mennyusap wajahnya, lalu berkata, “Aku akan sampaikan sebuah Hadis yang aku dengar dari Rasulullah saw. Ketika itu, hanya aku dan beliau yang berada di rumah ini.”

Abu Hurairah terisak-isak lagih, lalu setelah sedar, ia mengusap wajahnya dan berkata, “Baiklah, aku akan sampaikan sebuah Hadis yang aku dengar dari Rasulullah saw dan saat itu hanya aku dan beliau yang berada di rumah ini.” Abu Hurairah terisak-isak lebih keras, lalu tubuhnya terkulai pengsan. Aku menyandarkan tubuhnya kepada tubuhku dalam waktu yang cukup lama.

Setelah sedar kembali, Abu Hurairah berkata, “Rasulullah saw berkata kepadaku bahawa apabila hari kiamat tiba, Allah akan turun untuk menemui hamba-hamba-Nya untuk mengadili mereka. Saat itu, setiap makhluk tertunduk pasrah.Orang pertama yang dipanggil oleh Allah adalah orang yang menguasai Al-Quran, orang yang terbunuh dalam perang dijalan Allah, dan orang yang kaya raya.“

Allah bertanya kepada orang yang menguasai Al-Quran, “Bukankah Aku telah mengajarkan kepadamu Al-Quran yang diturunkan kepada RasulKu?” Ia menjawab, “Benar, wahai Tuhanku.” Allah bertanya lagi, “Apa yang kamu lakukan dengan apa yang telah Kuajarkan kepadamu itu?” Ia menjawab, “Aku membacanya sepanjang siang dan malam.” Allah befirman, “Kamu berbohong.” Malaikat pun menempelak, “Kamu berbohong.” Allah melanjutkan, “Sebenarnya, yang kamu inginkan dengan bacaanmu itu, adalah agar kamu dikenal sebagai pembaca (penghafal) Al-Quran. Dan gelaran itu telah kamu dapatkan.“

Lalu orang yang kaya raya dipanggil. Allah bertanya kepadanya, “Bukankah Aku telah membuat hidupmu senang, sehingga kamu tidak memerlukan bantuan dari sesiapa pun?” Ia menjawab, “Benar, wahai Tuhanku.” Allah bertanya lagi, “Apa yang kamu lakukan dengan harta yang telah Aku berikan kepadamu?” Ia menjawab, “Aku menggunakannya untuk menyambung hubungan kekeluargaan (silaturrahim) dan bersedekah” Allah befirman, “Kamu berbohong.” Malaikat pun menempelak, “Kamu berbohong.” Allah melanjutkan, “Sebenarnya, yang kamu inginkan dengan perbuatanmu itu, adalah agar kamu dikenal sebagai orang yang dermawan. Dan gelaran itu telah kamu dapatkan.“

Lalu orang yang terbunuh dalam perang di jalan Allah dipanggil. Allah bertanya kepadanya, “Kenapa kamu terbunuh?” Ia menjawab, “Aku diperintahkan agar berjihad dijalanMu, maku aku pun ikut berjihad hingga terbunuh.” Allah befirman, “Kamu berbohong.” Malaikat pun menempelak, “Kamu berbohong.” Allah melanjutkan, “Sebenarnya, yang kamu inginkan dari pengorbanan itu adalah agar kamu dikenal sebagai seorang yang gagah berani. Dan gelaran itu telah kamu dapatkan.“

Kemudian Rasulullah saw menepuk lututku seraya bersabda, “Hai Abu Hurairah, mereka bertiga adalah makhluk Allah yang pertama dijerumuskan ke dalam neraka pada hari Kiamat.“

(Dipetik dari Sunan Tirmidzi, tahqiq: Ahmad Syakir, no. Hadis 2382. Abu Isa at-tarmidzi berkata, “Hadis ini adalah Hadis Hasan Gharib.”)

potensipips
25-05-2011, 03:53 AM
Engkau mendengar luahanku,
ketika ku sedih.
Engkau memberi rahmat-Mu,
ketika ku gembira.
Engkau kurniakan hidayah-Mu,
ketika ku lalai.
Engkau mengampuniku,
ketika ku sujud..
bertaubat pada-Mu.

Ya Allah...aku cinta pada-Mu
Kuatkan hati ini dengan cinta,
Jernihkan jiwa ini dengan kerinduan,
Zahirkan perbuatan ini dengan ketaatan,
Bentengkan nafsu ini pada ketakutan..
pada Mu, ya Ilahi.
Teguhkanlah iman ku,
Bimbinglah ilmu ku,
Mudahkan lah urusanku..
dalam menghadapi ujian-Mu,ya Allah.
Tiada daya upaya melainkan
dengan izin-Mu
Bukakanlah hijab yang menghalangi,
dalam mengenali..makrifah pada Mu, ya Allah.

Agar diri ini..
mencapai derajat taqwa,
cinta dari Mu..
Oleh Mu,diri mendengar..
Oleh Mu,diri melihat..
Oleh Mu,diri bicara..
Oleh Mu,diri marah..
Oleh Mu,diri melangkah..
Supaya wajah ini dapat menghadap..
Wajah redha Mu..
Tuhan bagi segala keindahan.
Segala puji bagi-Mu,ya Allah.
Harumkan lah cinta ini mewangi,
di sepanjang kehidupan fana ku.
Aku rindu..aku mengharap..
pertemuan dengan Mu,
..bersama dengan keredhaan Mu.

potensipips
25-05-2011, 03:56 AM
Allaahumma a'inna 'alaa dzikrika wa syukrika wa husni 'ibaadatika waj'alnaa minalladziina yasma'uuna al-qaula fayattabi'uuna ahsanah. Allaahummarzuqna al-ikhlaas wa al-istiqaamah wa hubballaah wa hubba man ahabbah wa hubba al-rasuul wa hubba man ahabbah. Allaahummaj'al usratanaa min ahli al-'ilmi wa ahli al-khair balligh maqaashidanaa, Yaa Allah.

Ya Allah, tolonglah kami agar mampu sentiasa mengingat-Mu, mensyukuri segala nikmat kurnia-Mu, sentiasa meningkatkan kualiti ibadah kami kepada-Mu Ya Allah, jadikanlah kami orang yang mampu mendengarkan idea/pandangan,gagasan, lantas mengikuti apa yang terbaik darinya Ya Allah, kurniakanlah kami hati yang ikhlas, istiqamah, cinta Allah dan orang yang mencintai-Nya, cinta Rasulullah dan orang yang mencintai Rasul. Ya Allah, jadikanlah keluarga kami orang-orang yang berilmu dan beramal kebajikan, kabulkan segala maksud (baik) kami, Ya Allah,,
Amin,,amin,,amin,

potensipips
25-05-2011, 04:01 AM
Ya Ilahi Rabbi..

sejenak dalam kesedihan,
dalam linangan air mata,
Sesaat
daku terkesima..
akan anugerah Mu
yg tidak pernah putus
Ya Ilahi Rabbi..
betapa hikmahnya
setiap ujian Mu
mendorongku menjadi
lebih mengenal Mu
Ya Ilahi Rabbi..
ibadahku
hidupku
dan matiku
hanya untuk Mu
Ya Ilahi Rabbi
terima lah sembah sujud ku
dalam menuju
ribaan redha Mu
http://www.youtube.com/watch?v=V8vRQZbGfko

potensipips
25-05-2011, 04:38 AM
Biar harap & cinta ini kukembalikan pada Mu

Rabb… sampaikan salam ku padanya…
pada seseorang yg kutambatkan hatiku padanya…
sekadar salam.....
Pada seseorang yg tak sengaja kulabuhkan secercah harap…
andai harap itu jadi nyata…
segala puji kupanjatkan padaMu atas kemurahanMu…
andai harap itu tak menyata...
maka keredhoanMu atas kesabaranku memendamnya adalah lebih baik bagi ku dari segalanya...

Maka wahai Rabb ku...
kumohon tanamkan keredhoan dalam hatiku atas ujian Mu ini..
biar kuanggap semua ini menjadi masa lalu...
maka, akan kumatikan segala rasa...
kubunuh segala rasa......
kukembalikan cinta ini pada Mu,
biar kuharap balasan segala rindu yg meluka dgn redho Mu,
biar... biar berlalu bersama waktu...
biar... biar terbang bersama awan...
biar... biar mengalir bersama air...
maka biar!!! biar hilang bersama bayang...
biar... biar... biar ku kembalikan cinta ini pada Mu...
ku pasrahkan segalanya...

Dan kini akan ku tatap kembali masa depan ku...
dan yang lalu biar berlalu...
yang kan terjadi biar terjadi...
akan kubangun kembali 'rasa' walau tak lagi meng'angkasa'...
^_^ hingga senyumku kembali merekah......
hingga asa yang baru kan terbang meninggi membelah cakrawala...
Ya!!! membelah cakrawala kembali....

kerana aku sedar,
masih panjang jalan yang harus dilewati..
jalan kehidupan yang harus ditempuhi...
banyak hal yang harus diselesaikan..
banyak masalah yang harus kucari solusi.....
biar rasa itu hanya sekadar jenak di salah satu pelabuhan dari sekian pelabuhan kehidupan...
sebagai bukti bahwa aku manusia..
bahawa aku punya cinta…

Dan kini
akan kupersiapkan banyak bekal,
akan kuperbaiki perahu kehidupanku...
agar ia dapat berlayar lebih tegar..
tempuhi samudra yang entah bila kan berhujung...... .
hanya kau yang tahu wahai Rabb ku...
bahawa aku punya rasa…
bahawa aku punya rasa…

maka kumohon padaMu wahai Rabb ku...
sabarkan aku dalam tempuhinya..
kuatkan aku dalam menjalaninya...
tunjuki aku untuk selalu berada dalam jalanMu..
hingga sampai aku pada apa yang ku tuju......
yaitu Redho & Jannah Mu......
Sehinggakan aku dapat bersua dengan Mu.. ^_^

(amin...harap ku dgn sangat wahai Rabb ku...........ku panjatkan pada Mu..............................)

http://www.youtube.com/watch?v=i_S6wGEOXuw&feature=related

potensipips
25-05-2011, 05:00 AM
Wanita-wanita Dalam Syurga

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العالمين ، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين . أما بعد :
فإني لما رأيت كثرة أسئلة النساء عن أحوالهن في الجنة وماذا ينتظرهن فيها أحببت أن أجمع عدة فوائد
تجلي هذا الموضوع لهن مع توثيق ذلك بالأدلة الصحيحة وأقوال العلماء فأقول مستعينا بالله :

فائدة ( 1) :

Allah Memberi Kepingan-kepingan Emas kepada Wanita-wanita Solehah

لا ينكر على النساء عند سؤالهن عما سيحصل لهن في الجنة من الثواب وأنواع النعيم ، لأن النفس البشرية
مولعة بالتفكير في مصيرها ومستقبلها ورسول الله صلى الله عليه وسلم لم ينكر مثل هذه الأسئلة من صحابته
عن الجنة وما فيها ومن ذلك أنهم سألوه صلى الله عليه وسلم : ( الجنة وما بنائها ؟ ) فقال صلى الله عليه وسلم : ( لبنة من ذهب ولبنة من فضة …) إلى آخر الحديث .
ومرة قالوا له : ( يا رسول الله هل نصل إلى نسائنا في الجنة ؟ ) فأخبرهم بحصول ذلك.

فائدة (2) :

Allah Memilih Wanita Yang Bersedekah Untuk Mendiami Syurga.

أن النفس البشرية – سواء كانت رجلا أو امرأة – تشتاق وتطرب عند ذكر الجنة وما حوته من أنواع الملذات وهذا حسن بشرط أن لا يصبح مجرد أماني باطلة دون أن نتبع ذلك بالعمل الصالح فإن الله يقول للمؤمنين :
( وتلك الجنة التي أورثتموها بما كنتم تعملون ) الزخرف آية 72.
فشوّقوا النفس بأخبار الجنة وصدّقوا ذلك بالعمل .

فائدة ( 3 ) :

Allah Hanya Memilih Lelaki dan wanita Yang Beramal Soleh Sahaja Mendiami Syurga.

أن الجنة ونعيمها ليست خاصة بالرجال دون النساء إنما هي قد ( أعدت للمتقين ) – آل عمران آية 133-من الجنسين كما أخبرنا بذلك تعالى قال سبحانه : ( ومن يعمل من الصالحات من ذكر أو أنثى وهو مؤمن فأولئك يدخلون الجنة ) – النساء آية 124- .

فائدة ( 4 ) :

Wanita Solehah Akan Mendiami Syurga Dalam Keadaan Yang Sungguh Aman Dan Damai Serta Kekal Di Dalam Syurga Nikmat Allah..

ينبغي للمرأة أن لا تشغل بالها بكثرة الأسئلة والتنقيب عن تفصيلات دخولها للجنة : ماذا سيعمل بها ؟
أين ستذهب ؟ إلى آخر أسئلتها .. وكأنها قادمة إلى صحراء مهلكة !
ويكفيها أن تعلم أنه بمجرد دخولها الجنة تختفي كل تعاسة أو شقاء مر بها .. ويتحول ذلك إلى سعادة دائمة وخلود أبدي ويكفيها قوله تعالى عن الجنة :
( لا يمسهم فيها نصب وما هم منها بمخرجين ) – الحجر آية48-
وقوله : ( وفيها ما تشتهيه الأنفس وتلذ الأعين وأنتم فيها خالدون ) – الزخرف آية 71- .
ويكفيها قبل ذلك كله قوله تعالى عن أهل الجنة : ( رضي الله عنهم ورضوا عنه ) – المائدة 119-.

فائدة ( 5 ) :

Wanita Yang Paling Bersifat Pemalu terlebih dahulu memasuki Syurga.

Allah Telah Membina Tempat Khusus dalam Syurga Untuk Wanita Solehah.

Allah Menganugerahkan Syurga kepada wanita yang tidak menimbulkan fitnah pada kaum lelaki dengan kelebihan yang ada pada mereka.

Allah memberi peluang kepada wanita Solehah untuk mendiami dalam Syurga bersama suaminya tercinta.

عند ذكر الله للمغريات الموجودة في الجنة من أنواع المأكولات والمناظر الجميلة والمساكن والملابس فإنه يعمم ذلك للجنسين ( الذكر والأنثى ) فالجميع يستمتع بما سبق .
ويتبقى : أن الله قد أغرى الرجال وشوقهم للجنة بذكر ما فيها من ( الحور العين ) و ( النساء الجميلات )
ولم يرد مثل هذا للنساء .. فقد تتساءل المرأة عن سبب هذا !؟
والجواب :
1- أن الله : ( لا يسئل عما يفعل وهم يسئلون ) – الأنبياء 23- ولكن لا حرج أن نستفيد حكمة هذا العمل من النصوص الشرعية وأصول الاسلام فأقول :
2- أن من طبيعة النساء الحياء – كما هو معلوم – ولهذا فإن الله – عز وجل – لا يشوقهن للجنة بما يستحين منه .
3- أن شوق المرأة للرجال ليس كشوق الرجال للمرأة – كما هو معلوم – ولهذا فإن الله شوّق الرجال بذكر نساء الجنة مصداقا لقوله صلى الله عليه وسلم : ( ما تركت بعدي فتنة أضر على الرجال من النساء ) – أخرجه البخاري –
أما المرأة فشوقها إلى الزينة من اللباس والحلي يفوق شوقها إلى الرجال لأنه مما جبلت عليه كما قال تعالى ( أومن ينشأ في الحلية ) – الزخرف آية 18-
4- قال الشيخ ابن عثيمين : إنما ذكر – أي الله عز وجل – الزوجات للأزواج لأن الزوج هو الطالب وهو الراغب في المرأة فلذلك ذكرت الزوجات للرجال في الجنة وسكت عن الأزواج للنساء ولكن ليس مقتضى ذلك أنه ليس لهن أزواج .. بل لهن أزواج من بني آدم .

فائدة ( 6 ) :

Kelebihan pada Wanita:

1-Meninggal tanpa berkahwin Allah akan memuliakannya.

2-Allah tetap memuliakan wanita Solehah walaupun berkahwin dengan suami baru setelah kematian suami pertama.

3-Allah tetap membenarkan wanita Solehah memasuki Syurga walaupun suminya berada dalam neraka tatapi Allah tidak akan membenarkan suami memasuki Syurga sekira isterinya mendapat hukuman masuk neraka kerana isterinya adalah dibawah tanggungjawab suami.

4-Wanita Solehah tetap dibenarkan mendiami syurga walaupun telah berkahwin.

5-Allah memulikan wanita solehah yang tidak berkahwin setelah kematian suami kerana kesetiaan pada suaminya.

6-Allah tetap juga memulikan isteri solehah yang berkahwin dengan suami baru setelah kematian suami pertamanya.

potensipips
25-05-2011, 05:01 AM
المرأة لا تخرج عن هذه الحالات في الدنيا فهي :
1- إما أن تموت قبل أن تتزوج .
2- إما أن تموت بعد طلاقها قبل أن تتزوج من آخر .
3- إما أن تكون متزوجة ولكن لا يدخل زوجها معها الجنة – والعياذ بالله –
4- إما أن تموت بعد زواجها .
5- إما أن يموت زوجها وتبقى بعده بلا زوج حتى تموت .
6- إما أن يموت زوجها فتتزوج بعده غيره .

هذه حالات المرأة في الدنيا ولكل حالة ما يقابلها في الجنة :
1- فأما المرأة التي ماتت قبل أن تتزوج فهذه يزوجها الله – عزوجل – في الجنة من رجل من أهل الدنيا لقوله صلى الله عليه وسلم : ( ما في الجنة أعزب ) – أخرجه مسلم – قال الشيخ ابن عثيمين : إذا لم تتزوج – أي المرأة – في الدنيا فإن الله تعالى يزوجها ما تقر بها عينها في الجنة .. فالنعيم في الجنة ليس مقصورا على الذكور وإنما هو للذكور والإناث ومن جملة النعيم : الزواج .
2- ومثلها المرأة التي ماتت وهي مطلقة .
3- ومثلها المرأة التي لم يدخل زوجها الجنة . قال الشيخ ابن عثيمين : فالمرأة إذا كانت من أهل الجنة ولم
تتزوج أو كان زوجها ليس من أهل الجنة فإنها إذا دخلت الجنة فهناك من أهل الجنة من لم يتزوجوا من الرجال . أي فيتزوجها أحدهم .
4- وأما المرأة التي ماتت بعد زواجها فهي – في الجنة – لزوجها الذي ماتت عنه .
5- وأما المرأة التي مات عنها زوجها فبقيت بعده لم تتزوج حتى ماتت فهي زوجة له في الجنة .
6- وأما المرأة التي مات عنها زوجها فتزوجت بعده فإنها تكون لآخر أزواجها مهما كثروا لقوله صلى الله عليه وسلم : ( المرأة لآخر أزواجها ) – سلسلة الأحاديث الصحيحة للألباني .
ولقول حذيفة – رضي الله عنه – لامرأته : ( إن شئت أن تكوني زوجتي في الجنة فلا تزوجي بعدي فإن
المرأة في الجنة لآخر أزواجها في الدنيا فلذلك حرم الله على أزواج النبي أن ينكحن بعده لأنهن أزواجه في الجنة ) .

مسألة: قد يقول قائل : إنه قد ورد في الدعاء للجنازة أننا نقول ( وأبدلها زوجا خيرا من زوجها ) فإذا كانت متزوجة .. فكيف ندعوا لها بهذا ونحن نعلم أن زوجها في الدنيا هو زوجها في الجنة وإذا كانت لم تتزوج فأين زوجها ؟

والجواب كما قال الشيخ ابن عثيمين : إن كانت غير متزوجة فالمراد خيرا من زوجها المقدر لها لو بقيت وأما إذا كانت متزوجة فالمراد بكونه خيرا من زوجها أي خيرا منه في الصفات في الدنيا لأن التبديل يكون بتبديل الأعيان كما لو بعت شاة ببعير مثلا ويكون بتبديل الأوصاف كما لو قلت ك بدل الله كفر هذا الرجل بإيمان وكما في قوله تعالى : ( ويوم تبدل الأرض غير الأرض والسماوات ) – سورة إبراهيم آية 48- والأرض هي الأرض ولكنها مدت والسماء هي السماء لكنها انشقت .

فائدة ( 7 ) :

Walaupun terdapat banyak hadis yang menyebut kebanyak wanita mendiami neraka tetapi Allah sebenarnya mencipta keindahan dan kecantikan wanita adalah untuk menghiasai Syurga.. Sebenarnya pada sifat semula jadi mereka adalah penghuni Syurga Tetapi mereka mngubah kejadian mereka untuk menjadi penghuni neraka.

ورد في الحديث الصحيح قوله صلى الله عليه وسلم للنساء : ( إني رأيتكن أكثر أهل النار …) وفي حديث آخر قال صلى الله عليه وسلم : ( إن أقل ساكني الجنة النساء ) –أخرجه البخاري ومسلم – وورد في حديث آخر صحيح أن لكل رجل من أهل الدنيا ( زوجتان ) أي من نساء الدنيا .
فاختلف العلماء – لأجل هذا – في التوفيق بين الأحاديث السابقة : أي هل النساء أكثر في الجنة أم في النار ؟
فقال بعضهم : بأن النساء يكن أكثر أهل الجنة وكذلك أكثر أهل النار لكثرتهن . قال القاضي عياض : ( النساء أكثر ولد آدم ) .
وقال بعضهم : بأن النساء أكثر أهل النار للأحاديث السابقة . وأنهن – أيضا – أكثر أهل الجنة إذا جمعن مع الحور العين فيكون الجميع أكثر من الرجال في الجنة .
وقال آخرون : بل هن أكثر أهل النار في بداية الأمر ثم يكن أكثر أهل الجنة بعد أن يخرجن من النار – أي المسلمات –
قال القرطبي تعليقا على قوله صلى الله عليه وسلم : ( رأيتكن أكثر أهل النار ) : ( يحتمل أن يكون هذا في وقت كون النساء في النار وأما بعد خروجهن في الشفاعة ورحمة الله تعالى حتى لا يبقى فيها أحد ممن قال : لا إله إلا الله فالنساء في الجنة أكثر ) .
الحاصل : أن تحرص المرأة أن لا تكون من أهل النار .

فائدة ( 8 ) :

Allah Mengembalikan sifat Dara kepada wanita Solehah apabila mendiami syurga.. dan sifat dara tersebut kekal kerana tidak layak Wanita yang tidak dara untukm mendiami Syurga tetapi Wanita pelacur dan penzina layak mendiami neraka kerana neraka disediakan untuk wanita yang tidak memilki dara.

إذا دخلت المرأة الجنة فإن الله يعيد إليها شبابها وبكارتها لقوله صلى الله عليه وسلم : ( إن الجنة لايدخلها عجوز …. إن الله تعالى إذا أدخلهن الجنة حولهن أبكارا ) .

فائدة ( 9 ) :

Kecantikan Wanita Solehah di dalam Syurga Akan Mengalahkan Kecantikan Bidadari.. Subhanallah.. Bukti Akhlak mulia mendapat perhatian Allah SWT.

ورد في بعض الآثار أن نساء الدنيا يكن في الجنة أجمل من الحور العين بأضعاف كثيرة نظرا لعبادتهن الله .

فائدة ( 10 ) :

Mahar untuk Memasuki Syurga ADalah IMAN..oleh itu Wanita Solehah Adalah makhluk yang paling mulia… Apabila melangkah kaki memasuki Syurga Allah Maka Allah perintahkan Malaikat Membuka pintu untuknya, Apabila bercakap mulutnya harum kerana dipenuhi dengan ayat-ayat suci Al-Quran dan amalan-malan Soleh.. Tubuh dan jasadnya suci kerana dipenuhi dengan pahala puasa di dunia… Aapabila suami melihatnya didalam Syurga akan lahir rasa Cinta dan Sayang kerana sifatnya yang sentiasa TAAT dan PATUH serta sentiasa menjaga harta dan maruah suami disaat ketiadaan suami.

Lihatlah Penghormatan Allah Yang Paling Tinggi PADA WANITA SOLEHAH semasa mendiami Syurga Ciptaan Allah..

قال ابن القيم ( إن كل واحد محجور عليه أن يقرب أهل غيره فيها ) أي في الجنة .

وبعد : فهذه الجنة قد تزينت لكن معشر النساء كما تزينت للرجال ( في مقعد صدق عند مليك مقتدر ) فالله الله أن تضعن الفرصة فإن العمر عما قليل يرتحل ولا يبقى بعده إلا الخلود الدائم ، فليكن خلودكن في الجنة – إن شاء الله – واعلمن أن الجنة مهرها الإيمان والعمل الصالح وليس الأماني الباطلة مع التفريط وتذكرن قوله صلى الله عليه وسلم : ( إذا صلت المرأة خمسها وصامت شهرها وحصنت فرجها وأطاعت زوجها قيل لها : ادخلي الجنة من أي أبواب الجنة شئت ) .

واحذرن – كل الحذر – دعاة الفتنة و( تدمير ) المرأة من الذين يودون إفسادكن وابتذالكن وصرفكن عن الفوز بنعيم الجنة . ولا تُغررن بعبارات وزخارف هؤلاء المتحررين والمتحررات من الكتاب والكاتبات ومثلهم أصحاب ( القنوات ) فإنهم كما قال تعالى : ( ودوا لو تكفرون كما كفروا فتكونون سواء ) .
أسأل الله أن يوفق نساء المسلمين للفوز بجنة النعيم وأن يجعلهن هاديات مهديات وأن يصرف عنهن شياطين الأنس من دعاة وداعيات ( تدمير ) المرأة وإفسادها وصلى الله على نبينا محمد وآله وصحبه وسلم

http://www.youtube.com/watch?v=I2bDgykJVjk&feature=related

potensipips
25-05-2011, 05:05 AM
KENAPA HADIS QUDSI TIDAK DIMASUKKAN DALAM AL-QURAN

Mengenai ‘hadis qudsi’, untuk memahaminya perlu terlebih dahulu memahami struktur insan, kerana pemahamannya sangat rapat dengan struktur diri kita ini. Penjelasan struktur insan ini, sudah tentu terlalu panjang untuk dibahaskan, hanya melalui satu dua e-mail saja tidak cukup.

Tetapi inilah penjelasan sederhananya . kita mengenal ada tiga elemen dari struktur insan, iaitu ‘Jasad’ (tubuh, mental, unsur-unsur psikologi, termasuk syahwat dan hawa nafsu), kemudian ‘Nafs’ (jiwa, diri kita yang sebenar, diri kita sebenarnya yang diturunkan ke bumi untuk menyempurnakan jasad ini), terakhir adalah ‘Roh’. Tidak banyak yang diketahui tentang roh, sebagaimana disebutkan dalam QS. 17:85,

“Roh itu termasuk urusan Tuhanku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit”.

Terlalu sedikit manusia dapat mendekati dengan Allah, taubatnya mahupun kebersihan diri (keIslamannya) sudah sangat diterima oleh Allah ta’ala, ada yang dianugerahi Allah dengan elemen ke-empat, iaitu Roh Al-Quds. Contohnya boleh dibaca di QS 2:87, 2:253, 15:110, dll. Ada manusia yang pada dirinya diperkuat dengan Roh Al-Quds .

Roh Al-Quds ini kadang-kadang menyampaikan perkataan Allah yang langsung ditujukan pada hambanya ini. Contohnya Allah menjawab sebuah ‘dialog’ ataupun ‘persoalan’ tertentu yang ditanyakan kepada nabi atau laian-laian hamba pilihanya, baik untuk pribadi maupun ummat.

Perkataan Allah yang disampaikan melalui Roh Al-Quds ini disebut sebagai Pesanan Qudsi. Dan yang disampaikan kembali oleh Nabi apa yang diperolehnya dari Roh Al-Quds, inilah yang disebut ‘Hadis Qudsi’.

Mengapa tidak ada dalam Al-Quran? Kerana hadis Qudsi bukan termasuk kepada wahyu Al-Quran. Al-Quran merupakan petunjuk umum bagi seluruh alam semesta dan ummat manusia.Sebagai undang-undang dasar. Sudah tentu terlalu banyak dialog para Nabi dengan Allah yang sifatnya pribadi mahupun sifatnya personal ataupun berkaitan dengan sekelompok kecil orang sahaja dan bukan untuk seluruh ummat. Ada maklumat-maklumat yang bukan undang-undang. Jika kita perhatikan, kalimat-kalimat Allah dalam hadis-hadis Qudsi itu lebih lembut dan baik, lebih informal. Sedangkan dalam ayat-ayat Al-Quran terlihat lebih tegas dan umum. Wallahhu A’lam.

potensipips
25-05-2011, 05:31 AM
Hakikat Ilmu Allah Dan Kesannya
قال النبى الله عليه وسلم : العِلمُ امامُ والعملُ تابعُهُ
Ilmu adalah imam kepada amal dan amal adalah makmumnya.
قال النبى الله عليه وسلم : إن النور إذا دخل القلب انفسخ وانشرح
Sesungguhnya Nur atau Cahaya, apabila telah masuk ke dalam hati manusia, hatinya akan menjadi lapang dan lega.

potensipips
25-05-2011, 05:36 AM
Faedah Selawat Kepad Rasulullah SAW
**السلام عليكم ورحمة الله**
قال الرسول صلى الله عليه وسلم:”من صلى علي في يوم الف صلاة لم يمت حتى يبشر بالجنة”
Sesiapa berselawat kepada Rasulullah 1000 selawat setiap hari, dia akan dapat mendiami Syurga.
قال الرسول صلى الله عليه وسلم:
“من صلى علي في اليوم مائة مرة قضى الله له مائة حاجة سبعين منها لآخرته وثلاثين منها لدنياه”


Sesiapa berselawat 100 kali dalam sehari, Allah SWT akan menunaikan 100 hajatnya, Diantaranya 70 untuk hajat Akhirat dan 30 untuk hajat dunia.
قال الرسول صلى الله عليه وسلم:”من صلى علي حين يصبح عشرا وحين يمسى عشرا ادركته شفاعتي يوم القيامة“
Sesiapa berselawat 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali untuk waktu petang, dia akan mendapat shufaat daripada Rasulullah SAW pada hari Qiamat.
قال الرسول صلى الله عليه وسلم:
“من صلى علي واحدة صلى الله عليه عشر صلوات وحط عنه عشر خطيئات ورفع له عشرة درجات
Sesiapa berselawat satu kali,Rasulullah akan akan membalas kepadanya penghapusan 10 dosa di atas kesalahannya dan meninggikan 10 Darjat.

potensipips
25-05-2011, 05:43 AM
Bidadari Cinta

Bidadariku
Satu
Namamu tak terukir
Dalam catatan harianku
Asal usulmu tidak hadir
Dalam diskusi kehidupanku
Wajah wujudmu tak terlukis
Dalam sketsa mimpi-mimpiku
Indah suaramu tak terakam
Dalam pita batinku
Namun kau hidup mengaliri
Pori-pori cinta dan semangatku
Sebab
Kau adalah hadiah agung
Dari tuhan
Untukku Bidadariku.

Dua
Mas kahwin untuk bidadariku
Adalah sekuntum bunga melati
Yang aku petik
dari sujud sembahyangku
Setiap Hari

Tiga
Malam pertama
Bersama bidadariku
Adalah pesta madu di taman Firdausi
Yang aku peras
Dari keringatnya yang wangi
Setelah bertahun-tahun
Berlari-lari
Mengejar bulan dan bintang
Di hari-hari perang dan damai

Empat
Buah cintaku
Dengan bidadariku
Adalah lahirnya sejuta generasi teladan
Yang mengengdong tempayan-tempayan kemanfaatan
Bagi manusia dan kemanusiaan
Pada setiap tempat pada setiap zaman
Mereka lahir demi kesejatian sebuah pengabdian
Dalam abad-abad yang susah
Abad-abad yang tidak mengenal Tuhan
Abad-abad yang hilang naluri kemanusiaan
Abad-abad berkuasanya rejim-rejim kemunggkaran
Dan mereka tetap mekar dan setia
Membela kebenaran dan keadilan

Lima
Estafet perjuangan kami berterusan
Sambung-menyambung pada setiap generasi
Tak berpenghabisan
Terus bergerak
Mengaliri segenap ladang-ladang peradaban
Seperi cintaku
Pada bidadariku
Yang terus tumbuh
Semakin subur dari hari
ke hari
Laksana kalimat-kalimat suci
Di hati para solehin, di hati para nabi...

potensipips
25-05-2011, 05:54 AM
Pesanan Cinta Buat Wanita

Wahai insan
Bergelar wanita
Menjelang engkau kian dewasa
Pintallah
Benang-benang keimanan
Untuk pakaian seharianmu
Sebutlah nama tuhanmu
Dalam setiap tarikan nafasmu
Agar engkau selamat, tidak diperkosa dan dianiaya
Oleh kaum durjana, kaum jin, kaum iblis yang ingkar
Dan tidak diperdaya situasi zaman
Yang memang sudah gila tidak kenal hiba

Lindungilah takbir kesucianmu
Dengan sifat malu dan benteng Illahi
Yang wujud pesona cahaya
Yang terpancar pada Surat An-Nur
Ayat tiga puluh hingga tiga puluh tiga

Kelak, jika tiba masamu
Pilihlah suami yang soleh, bersederhana
Tidak kaya, tidak miskin papa
Fasih membaca Al-Quran
Fasih mengumandang kebenaran dan keadilan
Setia dalam cinta
Setia dalam suka dan duka
Setia dalam menjaga keluarga
Dari hal-hal yanf tidak direlakan tuhanmu

Lantas lahirkan dari kesucian rahimmu
Seribu generasi teladan, seribu generasi pilihan
Yang terukir dengan sekalam surah Al-Kahfi ayat tiga belas
Akhirnya jadilah engkau seorang ibu sejati
Engkau akan dikenang sebagai mentari sejati
Bagi peradaban umat manusia ini
Tiada hadiah yang lebih baik buatmu
Melainkan Syurga Illahi
Hasil keberkatan dan ketaatan
Pada suamimu..
http://www.youtube.com/watch?v=dIX5xzaSz5I&feature=related

potensipips
25-05-2011, 10:05 AM
Pertama, Surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan minta tunjukkan jalan yang betul.Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu jalan yang betul untuk kita

Kedua, Surah Al-Ikhlas. Surah ini,surah tauhid.
Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak
guna buat baik tapi tak ikhlas.

Ketiga, surah Al-Kafirun,surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman
sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak
mesti diajar supaya pegang betul-betul surah ini. Sebab, dalam zaman
globalisasi, anak2 kita mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana.

Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat,
Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar 'untukmu agamamu, untukku agamaku'.


Orang Islam, mesti ada 3 kekuatan.

Pertama, kekuatan minda

Minda,ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk
ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan > sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.

Kedua, kekuatan hati

Hati ialah iman.Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa
banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila
ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kala kita minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman.

Ketiga, kuat fizikal
Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam
minda,Kalau pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak
kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang.

potensipips
25-05-2011, 10:14 AM
LUANGKAN MASA ANDA SELAMA 15 - 20 MINIT UNTUK MENGETAHUI APAKAH MESEJ YANG DISAMPAIKAN SEBELUM ANDA KATAKAN TIDAK BERMINAT ATAU TIDAK PERCAYA.TETAPI ANDA JANGAN PANDANG SEPI NOTA INI SEBALIKNYA BERIKAN KEPADA SAUDARA ISLAM KITA YANG LAIN KERANA MEREKA MUNGKIN SANGAT MEMERLUKANNYA.. TERIMA KASIH. WASSALAM .

KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS

"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismillahirrahmannirrahim"

Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha
Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan
bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita
dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing
kepanasan.Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian bacalah
surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid
walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah
salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah
salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana
salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu
kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang
yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi
mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir
solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s..a.w :
"Barang siapa membaca Qul huwa"llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya
ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak
Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa si fulan iti telah menjadi
pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah,
Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka". Inilah yang dinamakan
membaca Qulhua"llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan
seberapa ribu kesanggupan kita sehari.

Sabda Rasulullah S..A.W yang bermaksud:

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal
dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia
dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap
mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian
diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). Rasulullah SAW pernah bertanya
sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara kamu yang dapat khatam
Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang
menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil
untuk
mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina
Ali (yang sedang kecil pada waktu itu)tidak tahu apa yang dikatakannya
itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah
SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah
Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran.
Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran
kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:


Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat
Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi
ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang
sahara
sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari
timur hingga ke barat.. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000
malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka
selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan
kami,sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang
yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi:


Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu
tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di
sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap
malaikat
Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat
Israfil a.s.
Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, and an-annas setiap satu
sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara
keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya.

Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang
nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.



Nota:
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah
ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW
'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak


Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

potensipips
25-05-2011, 10:45 AM
BENTENG PERTAHANAN DIRI, KELUARGA DAN HARTA BENDA

Ada lima jenis benteng pertahanan diri, keluarga dan harta benda yang boleh diamalkan seperti berikut;

i. Al-Muawwizat
ii. Ayatul Kursi
iii. Ayat 1 hingga 9 Surah Yaasin
iv. Ayat Berkubu
v. Ayat Penggerak


1.0 AL-MUAWWIZAT (PELINDUNG-PELINDUNG)

BACAAN

Al-Muawwizat iaitu;
1. Surah Al-Ikhlas
2. Surah Al-Falaq
3. Surah An-Naas

CARA
1. Lunjurkan kaki ke arah Qiblat
2. Mengangkat dua tangan seperti berdoa
3. Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membaca Surah Al-Fatihah)
4. Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas
5. Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangan keseluruh anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit.
6. Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari


2.0 AYATUL KURSI

BACAAN


Terjemahan;

Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup
kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak
tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.
(Surah Al-Baqarah ayat 255)

CARA
1. Baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf
2. Untuk melindungi diri sendiri: selepas baca
ayatul kursi tiup disekeliling mengikut pergerakan tawaf kaabah, dengan niat melindung diri.
3. Untuk melindungi rumah: baca ayatul kursi
sambil berjalan mengelilingi rumah (mengikut pergerakan seperti tawaf kaabah). Berjalan sama ada didalam atau diluar rumah.

3.0 AYAT 1 HINGGA 9 DALAM SURAH YAASIN

BACAAN


Terjemahan:
(1) Yaa Siin. (2) Demi Al Qur'an yang penuh hikmah, (3) sesungguhnya kamu salah seorang dari rasul-rasul, (4) (yang berada) di atas jalan yang lurus,
(5) (sebagai wahyu) yang diturunkan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang, (6) agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, karena itu mereka lalai.(7) Sesungguhnya telah pasti berlaku perkataan (ketentuan Allah) terhadap kebanyakan mereka, karena mereka tidak beriman. (8) Sesungguhnya Kami telah memasang belenggu di leher mereka, lalu tangan mereka (diangkat) ke dagu,
maka karena itu mereka tertengadah. (9) Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.


CARA
1. Untuk memagar diri, keluarga dan harta benda
2. Berdiri disatu penjuru rumah (katakan dihadapan rumah sebelah
kanan) sambil menghadap penjuru rumah satu lagi iaitu dikiri rumah. Baca surah Al-fatihah diikuti Surah Yaasin ayat 1~9. Sambil baca, sambil berjalan menuju kepenjuru rumah satu lagi. (Ikut arah Tawaf Kaabah). Baca kombinasi ini di setiap penjuru iaitu sampai bertemu penjuru yang mula-mula. Jumlahnya 4 kali. Akhir sekali baca kombinasi ini sambil mengisyarat mendinding keseluruhan bumbung rumah.


4.0 AYAT BERKUBU

BACAAN


Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam. Aku berkubu dengan kubu Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabi Muhamad RasululLah.

CARA


1. Berdiri menghadap kiblat (ke arah barat). Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
2. Pusing ke arah kiri (sekarang berdiri ke arah selatan), Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
3. Lakukan perkara yang sama untuk arah timur dan utara
4. Berpaling semula ke arah kiblat, baca lagi kemudian tiup kebawah sehingga habis nafas. Baca lagi kemudian tiup kearah atas sehingga habis nafas
5. Akhir sekali (bacaan yang ke-7), baca ayat ini kemudian tarik nafas dan tahan nafas seberapa lama yang boleh kemudian hembus.

5.0 AYAT PENGERAK

BACAAN



Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga dilangit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.

CARA


1. Bila hendak pergi kesesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya, atau bermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini tujuh kali.
2. Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga tujuh kali bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut.



Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda - Patutke aku biarkan .
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal
3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2 relax jer....

potensipips
25-05-2011, 10:47 AM
Ayat berkubu

potensipips
25-05-2011, 10:51 AM
aYAT pENGGERAK

potensipips
25-05-2011, 11:12 AM
Cara membaca Surah Yassin dgn betul sewaktu seseorang menghadapi Sakaratul Maut

Masyarakat Melayu telah lama buat salah dalam 'membantu' seseorang menghadapi sakaratul maut. Menjadi kebiasaan, kita akan mengelilingi orang yangtengah nazak dengan masing2 membaca surah Yasin, dengan bacaan yang tersendiri dan bermacam2 ragam (setengah dengan tartil, setengah bacaan laju). Perbuatan sebegini akan menjadikan orang yang tengah nazak merasa lebih kelam kabut sebelum datangnya kematian, kita 'disibukkan' dengan segala gambaran perbuatan kita di dunia).

Kaedah yang sepatutnya diamalkan ialah:-

i. Lantik seorang yang bacaan Alquran nya baik (dari segi tajwid) untuk membaca surah Yasin- yang lain2 bole bersama2 semak.

ii. Sebaik2orang yang dilantik itu adalah anak ataupun saudara terdekat yang mempunyai perasaankasih pada orang yang tengah nazak.

iii . Merenung wajah orangtengah nazak sebelum surah Yasin dibaca untuk menimbulkan rasa belaskasihan dan mudah2an surah yang dibaca boleh membantu pencabutannyawa beliau.

iv. Membaca3 hingga 4 kalimah Surah Yasin, berhenti, dan menolong (menuntun) beliau untuk melafaz"Laa ila ha illallah".

v . Kemudian menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4 kalimah, berhenti lagi, dan menolong beliau mengucap "Laa ila haillallah" lagi.

vi . Diteruskan sehinggalah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.

Semoga ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita dalam 'membantu' saudara mara atau makayah kita dalam menghadapi sakaratul maut. Dan semoga kita mendapat segala rahmat serta hidayah NYA dlm membuat amal kebajikan dengan cara yang betul bukan semata2 melalui ikutan adat.


Amiin.

Panjang2kanlah ARTIKEL ini pada rakan2 dan sanak saudara utk kebaikan kita bersama
(bukan dapat rezeki dlm 12jam tau).

Wassalam.
http://www.youtube.com/watch?v=v00RvxOZjTw

potensipips
25-05-2011, 11:20 AM
ISTERI-ISTERI SENTIASA DARA

PETUA DARI
Dr. Fatimah Az-Zahra

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa
jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat
ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar
dan dalam.

Caranya:
Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul
Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air
dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan
rumahtangga.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka
dengan ciptaan istimewa,

56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara
(yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Lanjutkan kepada kaum ibu dan isteri tuan2 semoga ada manafaatnya.

potensipips
25-05-2011, 11:25 AM
BAHAYA MICROWAVE OVEN???.

Ketuhar gelombang mikro atau lebih popular dengan nama inggerisnya microwave oven, ialah antara gajet moden yang popular dikalangan para suri rumah dan pengusaha restoran di dunia sebagai jalan pintas menyediakan makanan untuk keluarga dan pelanggan.

Ketuhar ini amat popular kerana kecekapannya memanaskan makanan dalam sekelip mata. Lebih-lebih lagi, amat membantu pada bulan puasa, waktu sahur. Para ibu dan isteri hanya perlu masukkan makanan ke dalam ketuhar dan tekan punatnya...nyit. ..nyit... nyit dan tinggg....! Makanan panas sudah pun terhidang. Justeru, hampir setiap rumah kini memiliki microwave oven.

Cara masak melawan fitrah
Cara memasak atau memanaskan makanan di atas api atau ketuhar biasa bermula dengan makanan panas di bahagian luar dahulu, kemudian barulah haba masuk ke bahagian dalam. Berlainan dengan penggunaan ketuhar gelombang mikro. Makanan yang dimasak atau dipanaskan akan menjadi panas di bahagian dalam dahulu, kemudian barulah haba bergerak ke luar.

Ini boleh dilihat dengan membakar kentang di dalam ketuhar gelombang mikro untuk satu tempoh yang agak lama, katakan sejam. Walaupun telah dimasak sejam, kentang kelihatan seperti belum masak. Tetapi jika dibelah, tiada apa di bahagian dalamnya melainkan arang!

Inilah yang dikatakan cara memasak melawan fitrah. Pastinya sesuatu yang melawan fitrah, lazimnya membawa keburukan..

Ketuhar pengancam nyawa
Ketuhar gelombang mikro diperkenalkan pada orang ramai sekitar pertengahan 1950-an. Ketika itu tidak banyak kajian saintifik terhadap kesan memakan makanan gelombang mikro. Cuma sejak kebelakangan ini barulah pelbagai
kajian dan penyelidikan dilakukan terhadap kesan memakan makanan gelombang mikro kepada kesihatan manusia.

Kesemuanya merumuskan bahawa ketuhar gelombang mikro menghasilkan makanan yang sangat bahaya. Ini agak mengejutkan kerana ketuhar ini baru bersama kita beberapa dekad sahaja. Namun dalam tempoh yang singkat itu, pelbagai penyakit yang berbahaya dan pelik-pelik muncul satu persatu. Ini secara teorinya, menjelaskan penggunaan ketuhar gelombang mikro turut menyumbang kepada meningkatnya pelbagai penyakit yang
mengancam nyawa!

Tidak hairan jika golongan remaja hari ini, banyak yang diserang sakit jantung, dan orang muda seusia20-an dan 30-an mati menghidap kanser.

Makanan jadi toksik

Dalam penggunaan ketuhar gelombang mikro, radiasi elektromagnetik menggerakkan molekul-molekul makanan.

Molekul-molekul ini 'dipaksa' berpusing sedangkan kalau memanaskan makanan cara biasa, molekul-molekul ini bergerak dari tepi ke tepi. Keadaan berpusing ini memusnahkan molekul dan kadang kala menyusunnya semula menjadi bahan-bahan toksik yang menyebabkan alahan kepada manusia.

Badan tak kenal makanan

Yang dibimbangkan tentang penggunaan ketuhar gelombang mikro, bukan radiasi yang terhasil, tetapi bagaimana ia merosakkan DNA makanan hingga badan manusia tidak kenal bahawa apa yang ditelan itu ialah makanan.

Kerana tidak mengenali makanan, badan bertindak menyalutinya di dalam sel-sel lemak sebagai perlindungan terhadap 'makanan mati'; atau badang mengumuhkannya dengan pantas.

Sesungguhnya telah banyak bukti saintifik yang didedahkan oleh saintis akan bahaya penggunaan ketuhar gelombang mikro, para pengeluar tetap mengatakan ia selamat kerana
keuntungan yang diperoleh daripada penjualan ketuhar ini berlipat ganda.

Penemuan mengejutkan

Dua orang penyelidik, Blanc dan Hertel telah mengesahkan bahawa memasak menggunakan ketuhar gelombang mikro, dengan ketaranya mengubah nutrisi makanan. Hertel telah bertahun-tahun menjadi saintis makanan dan berkhidmat di sebuah syarikat makanan Swiss terkemuka. Dia dibuang kerja kerana mempersoalkan prosedur memproses makanan
secara luar tabi'i. Lantas dia bergabung tenaga dan kepakaran dengan Blanc dari Swiss Federal Institute of Biochemistry dan University Institute for Biochemistry. .

Kedua-dua saintis ini mengkaji kesan makanan mikro gelombang terhadap lapan individu dengan mengambil darah mereka sejurus selepas mengambil makanan gelombang mikro. Blanc dan Hertel mendapati paras haemoglobin individu-individu ini telah menurun. Hasil kajian ini menunjukkan orang yang makan makanan gelombang mikro cenderung mendapat anaemia (kekurangan darah). Situasi bertambah jelas pada bulan kedua penyelidikan.

Itu baru dua bulan diberi makan makanan gelombang mikro, bagaimana kalau kita memakannya berbulan-bulan, bertahun-tahun?


Sepuluh sebab ketuhar gelombang mesti dibuang

Perhatikan fakta hasil kajian klinikal saintifik Swiss, Jerman dan Rusia di bawah ini:
1. Makan makanan yang melalui proses ketuhar gelombang mikro menyebabkan kerosakan otak dalam jangka panjang iaitu ia 'memendekkan' utusan elektrik di dalam otak (depolarizing atau demagnetizing tisu otak).
2. Badan manusia tidak mampu meleraikan (metabolize) bahan makanan yang dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro.
3. Pengeluaran hormon lelaki dan perempuan terhenti dan/atau berubah dengan mengambil makanan gelombang mikro.

Kesan makanan gelombang mikro
4 .sebenarnya ibarat sisa/sampah di dalam badan manusia.
5. Mineral, vitamin dan khasiat makanan gelombang mikro berkurang atau berubah. Jadi badan kita dapat sedikit sahaja manfaat makanan. Badan kita juga menyerap kompaun-kompaun yang berubah itu, dan tidak dapat meleraikannya.
6. Mineral-mineral di dalam sayuran berubah menjadi radikal bebas yang menyebabkan kanser apabila dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro. Ini antara punca
mengapa pengidap kanser meningkat.
7. Makanan gelombang mikro menyebabkan ketumbuhan kanser di dalam perut dan usus-juga menjadi punca meningkatnya penghidap penyakit ini.
8. Makan makanan gelombang mikro berpanjangan menyebabkan sel-sel kanser meningkat di dalam darah manusia.
9. Makan makanan gelombang mikro secara berterusan juga menyebabkan merosotnya sistem imun melalui kelenjar limpa dan pengubahan serum darah.
10. Makanan gelombang mikro menyebabkan hilang daya ingatan, tumpuan, kestabilan emosi dan mengurangkan kecerdikan.

Fikirkan...

Pernahkah kita terfikir mengapa anak-anak kita hari ini degil, keras dan gelap hati? Atau kerap berlaku 'haruan makan anak' serta amalan seks luar tabi'i? Atau pernahkah
terlintas di benak fikiran kita, mengapa makin ramai yang cenderung menukar jantina - perempuan mahu jadi lelaki dan yang lelaki mahu jadi perempuan?

Fenomenanya krisis identiti dan gender kini menular dan semakin menjadi kelaziman. Antara sebabnya ialah kecelaruan hormon di dalam badan yang selain disebabkan makan makanan yang berstatus syubhah, juga berkemungkinan besar berpunca daripada makanan yang ditelan melalui proses gelombang mikro.

Selain pengusaha restoran, siapa lagi yang menghidangkan makanan yang mengancam kesihatan ini kalau bukan kita sendiri? Kitalah isteri, kitalah ibu yang kononnya sentiasa sibuk.
Maka ketuhar gelombang mikrolah yang kita sandarkan untuk pantas menyediakan makanan keluarga tersayang.

Jika di rumah kita ada ketuhar ini dan telah tahu akan bahayanya, hentikanlah penggunaannya. Hanya mereka yang zalim sahaja sanggup menggadai nyawa sendiri dan ahli keluarganya.
Jika anda sedang berkira-kira mahu membeli ketuhar gelombang mikro, lupakan niat itu. Laburkan duit anda itu untuk sesuatu yang lebih bermanfaat untuk kesihatan keluarga. Jangan kita menjadi pembunuh kepada keluarga melalui penggunaan ketuhar gelombang mikro dengan memberi mereka makan makanan yang mengancam nyawa!

Terdapat banyak jurnal dan rencana kesihatan dan perubatan yang menjelaskan bahayanya ketuhar gelombang mikro kepada nyawa manusia. Antaranya:
http://www.mercola. com/article/ microwave/ hazards2. htm
http://www.cancersalves.com/ article/microwav e.html
http://www.indigosu n.com/august99/ microwave. htm

Sumber : ANIS, Mac 2008

potensipips
25-05-2011, 11:57 AM
Khas buat para isteri dan yang bakal bergelar isteri..semoga doa ini dapat mengubat hati anda semua dalam melayari alam rumahtangga yg ada 1001 mcm rintangan. Hanya pada Allah tempat kita mengadu...

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena
Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu
Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu
Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

potensipips
25-05-2011, 12:05 PM
Makan telur tingkat risiko diabetes


WASHINGTON: Sekumpulan saintis Amerika Syarikat mendakwa amalan memakan sebiji telur sehari boleh meningkatkan risiko penyakit diabetes atau kencing manis sebanyak 60 peratus.

Malah, bagi wanita, risikonya jauh lebih tinggi iaitu 77 peratus.

Penyelidik Fakulti Perubatan Universiti Harvard dan Hospital Wanita Boston, juga memberi amaran, penghidap diabetes jenis kedua atau jenis yang dialami dewasa, boleh berdepan keadaan jauh lebih serius jika memakan beberapa biji telur sehari.

Mereka membuat kesimpulan itu berdasarkan kajian ke atas 57,000 wanita dan lelaki dalam tempoh 20 tahun.

"Tindakan memakan cuma sebiji telur dalam masa seminggu tidak memberi sebarang ancaman," kata hasil penyelidikan mereka yang disiarkan edisi terbaru jurnal Diabetes Care.

Sehubungan itu, doktor kini menggesa penghidap diabetes Jenis Kedua atau yang berisiko menghidapnya, mengehadkan pengambilan telur kepada cuma tiga biji seminggu.

"Jika masih ada yang berminat menjadikan telur sebagai makanan utama, pilihlah yang mempunyai kandungan Omega 3 lebih tinggi."

Biarpun menjadi sumber pelbagai sumber vitamin dan khasiat lain, telur juga mengandungi kolesterol yang tinggi dan lemak tidak tepu yang menjadi antara risiko diabetes Jenis Kedua.

Diabetes adalah penyakit yang mana paras glukos dalam darah terlalu tinggi disebabkan kegagalan badan menggunakannya.

Ada dua jenis diabetes iaitu Jenis Pertama membabitkan kegagalan badan menghasilkan sebarang insulin dan lazimnya berlaku sebelum individu berusia 40 tahun

Diabetes Jenis Kedua pula merujuk kepada masalah badan yang masih boleh menghasilkan insulin, tetapi tidak cukup.

Majoriti kes membabitkan mereka yang mengalami masalah berat badan lazimnya muncul ketika mereka berusia lebih 40 tahun. - Agensi

potensipips
25-05-2011, 12:08 PM
1) Adalah disyorkan agar membersihkan bahagian luar selepas buang air kecil atau air besar,seeloknya menggunakan air.

2) Ketika haid,wanita dinasihatkan kerap menukar tuala wanita terutama pada hari-hari yang banyak darah.Ini kerana darah merupakan media yang sesuai untuk kuman membiak.Bagi wanita yang menggunakan 'tampon'mereka perlu ingat untuk menukarkannya.

3) Elakkan dari sering mengamalkan douching iatu iatu memasukkan jari atau pancutan ke dalam faraj dengan dengan tujuan membersihkan bahagian dalam faraj.Perbuatan ini akan menyingkirkan sejenis bacteria loctobacili dari faraj di samping mendedahkan faraj dan bahagian luar kemaluan kepada bahan kimia yang boleh mengakibatkan iritasi kulit.

4) Elakkan dari menggunakan sabun atau menyapu shower gel pada alat kelamin kerana ia mungkin menyebabka kekeringan dan iritasi kulit dan menjadi gatal.Sesetengah wanita sensitive dan alah pada pewangi dan buih sabun.

5) Pasangan suami isteri diggalakkan membersih alat kelamin dengan air sebelum dan selepas hubungan kelamin untuk kebersihan yang optimum.Amalkan membuang air kecil lebih kurang setengah jam selepas hubungan seks untuk mengurankan risikojangkitan kuman pada pundi kencing.

6) Seluar dalam perlu ditukar setiap hari dan pada hari-hari mengalami keputihan ,lebih baik memakai penty liner supaya ia tidak melekat pada pakaian dalam yang menyebabkan ketidakselesaan.

7) Selain dari itu,bengkak nanah dikaitkan dengan jangkitan kuman dan pesakit mengadu sakit serta demam.Rawatan adalah secara incisional dan drainage untuk menggeluarkan nanah dan pengambilan antibiotic.Bisul juga boleh terjadi pada wanita yang sering bercukur .Oleh itu kebersihan pencukur perlu dititikberatkan.

8) Wanita yang mengalami keputihan dengan penjagaan alat sulit seharusnya perlu tahu membezakan antara keputihan biasa dan yang berpenyakit.Keputihan normal boleh berlaku pada waktu –waktu berikut seperti beberapa hari sebelum haid,ketika ghairah seks,kehamilan dan klimakterik ataupun selepas menopause.

9) Tanda-tanda keputihan yang berpenyakit termasuklah pertukaran warna dari jernih,putih kekuningan atau kehijauan atau berdarah.Sekiranya keputihan terlalu banyak ,berketul-ketul kecil,gatal dan berbau,tanda-tanda bengkak,pedih atau sakit pada alat kelamin.Sekiranya jangkitan merebak ke pangkal rahim atau system peranakan,wanita akan mengadu sakit pada bahagian bawah abdomen serta demam.

10) Seelok-eloknya wanita yang mengalami masalah keputihan dinasihatkan berjumpa doctor untuk mendapatkan pengesahan sama ada ia berpenyakit atau tidak,supaya rawatan dapat diberikan sebelum penyakit lebih serius.

11) Kebanyakan wanita sebenarnya tidak memerlukan produk atau ubat penjagaan alat kelamin sekiranya langkah-langkah yang disarankan di atas diikut dengan bijak.Ubat hanya perlu diambil bagi merawat jangkitan kuman dan keputihan yang tidak normal.

12) Segelintir wanita berasa selesa dan puas apabila mereka membersih dan merawat alat kelamin dengan produk yang berada di pasaran.Mereka dinasihatkan memikirkan bahan pencuci yang tidak mendatangkan kesan sampingan,yang tidak mengubah ph faraj dan telah diuji kebersihannya.

13) Sekiranya selepas menggunakan produk tersebut dan timbul rasa gatal,pedih,kemerahan,wanita itu dinasihatkan tidak menggunakannya lagi dan berjumpalah doctor untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

potensipips
25-05-2011, 12:12 PM
" AIR SEMBAHYANG "


1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya
Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap
benda-benda yang tak berfaedah.


2.. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu
dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat
kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih
berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah
kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab
ku ditangan kanan ku ini".
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikanhisab-
hisabnya di tangan kanan .

4.. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu
dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-
hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-
hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu
dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik
matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar
macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu
dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang
mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu
dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi
titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian
dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu
dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke
masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-
tempat maksiat"
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di
tangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat
bahawa setiap yang dituntut dalam Islam
mempunyai hikmah nya yang tersendiri.

Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil
wuduk sedemikian rupa?
Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita
perolehi dalam menghayati Islam?

Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita
sebagai umat Islam?

Bersyukurlah dan bertaubat selalu

potensipips
25-05-2011, 12:17 PM
"Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak
Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai
tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan
purnama di hari berserinya wajah
orang-orang beriman...." Aaaammmmmiiiiin Ya Rabbal 'Alamin

potensipips
25-05-2011, 12:19 PM
ROMANTIKNYA RASULULLAH S.A.W.


Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami

yang mengamalkan sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya. disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapanbaginda lalu bertanya "siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda

yang paling disayangi". Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata,
"Saya akan beritahu kamu kemudian."


Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap
seorang daripada isteri-isteri baginda
sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada
isteri-isteri yang lain. Lalu suatu hari
mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama.



Rasulullah SAW lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yang
kuberikan cincin kepadanya".
Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri
mereka sahaja yang mendapat cincin dan
merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.



Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila pasangan suami isteri
berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar
melalui celah-celah jari mereka".



Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam
rumah. Baginda acap kali memotong
kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari
isteri baginda pergi musafir (mengikut
undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.



Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah SAW agar dapat kita
tauladani dan praktikkan dalam kehidupan
berumahtangga. . Pada suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu juga pada isteri-isteri solehah peganglah
tangan suami anda bagi menghapuskan
segala dosa-dosa.



Pada yang belum berumahtangga tu cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga
kerana dengan perkahwinan itu boleh
menjamin anda ke syurga.



"Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak
Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai
tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan
purnama di hari berserinya wajah
orang-orang beriman...." Aaaammmmmiiiiin Ya Rabbal 'Alamin



Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi
kebaikan, Insya Allah Tuhan akan
menggandakan 10 kali kepadanya

potensipips
25-05-2011, 12:21 PM
AIR AL-FATIHAH

Ibnu Abas r.a mennyatakan, Saidina Hassa bin Ali r.a cucu kepada Rasulallah telah sakit. Rasulullah melihat cucunya sakit, mengambil air dan membacakan fatihah dan membacakan 40 kali dalam saru bekas, kemudian air itu disapukan ke muka, kepala dan dua belah tangan dan kaki serta perut dan mana-mana anggota yang nyata. Dengan berkat Fathihah itu sembuhlah penyakitnya.



Demikianlah, sesiapa sahaja yang mengidap sesuatu penyakit bacakanlah Fatihah sebanyak yang tersebut setelah itu bacakan perkataan ini:



Ya Allah sembuhkanlah kerana Engkau Maha Penyembuh. Ya Allah lindungkan kerana Engkau Maha Pelindung. Ya Allah pulihkan kerana Engkau Maha Pemulih.



Diberi minum air Fatihah itu kepada orang yang mengidap penyakit dan sapukan ke mukanya serta ke serata tubuh badannya, inysaallah akan 'afiat.

potensipips
25-05-2011, 12:28 PM
KEBAHAGIAAN SEORANG SUAMI

Seorang lelaki telah berumah-tangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan, kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.

Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, ia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan ta'ziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: " semoga tidak ada sesiapapun dari kamu yang mengucapkan ta'ziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kata ku ini."

Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..

Si suami meneruskan kata-katanya: " Demi Allah yang tiada AIlah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.

Maha Suci Allah Ta'ala, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana ia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga ia telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi (salla 'Llahu 'alayhi wa aalihi wa sallam);

"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redho kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."[1]

Tatkala akan meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redho kepadanya, maka redhoilah ia." Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku..

Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat ku gambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang ku rasakan ini.

Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan ta'ziah kepada ku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redho kepadanya.. Semoga Allah Ta'ala menerima isteriku dengan keredhoan-Nya. "

Masyaallah… Alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami mcm nie… Adakah kita mampu lakukan seperti yg dilakukan terhadap suaminya sehingga pemergiannya diredhai dan membahgiakan suaminya…. Kebanyakkan sekarang nie ramai gak suami-2 yg redha dan bahagia jika isteri mereka meninggal dunia.tetapi bahagia kerana boleh kawin lagi…

potensipips
25-05-2011, 12:33 PM
Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang
ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan
mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air
sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari.
Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam mas jid sebelum azan lagi."
Kala Jengking Neraka
Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang
bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking.
Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti
jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa
yang kau cari?"
Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.
Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam mas jid.
Kelima, orang yang suka minum arak."
Simpanlah baik2 amanat ini dan sebagai peringatan kita setiap hari.
Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga
menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat , Insya'Allah

A langkah berbahagianya anda semua yang mempunyai anak lelaki dan dididik
pula melaungkan azan di mas jid2 maupun disurau2..Amin. Wasallam.

Semoga Allah merahmati kita semua dan mengampuni segala dosa2 kita yang
lalu dan hari ini.Azan adalah dakwah yang paling utama sekali kerana
ianya mengajak kita membuat kebaikan dan mengingati Allah swt. Secara
tidak sedar kita sentiasa didakwah sebanyak 5 X sehari. Cubalah hayati
setiap perkataan dan jawaplah seperti yang disarankan. Bagi orang yang
melaungkan azan pula jika dia berniat untuk seluruh alam (spt yang
disarankan olih Allah kepada Nabi Ibrahim alaihisallam) muazin itu akan
mendapat pahala umat islam seluruh alam yang bersolat pada hari itu.
begitulah kelebihannya yang Allah beri. Wassallam.

potensipips
25-05-2011, 12:36 PM
ADAB MENDENGAR AZAN
Kematian itu pasti menjelma. Hanya mas a dan waktunya yang tidak kita
ketahui.Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal
tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, k era s dan hanya mimik
mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' . Diriwayatkan sebuah
hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika
tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan
berkata apa-apa pun se mas a azan berkumandang . Sebagai orang b era gama
Islam kita wajib
menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu kebangsaan kita diajar
agar berdiri tegak dan diamkan diri.

Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang
berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita
takut dengan kelunya lidah kita se mas a ajal hampir tiba maka kita
tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." yang mana sesiapa yang
dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn
izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama
menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu
se mas a nyawa kitasedang dicabut.

"Ya Allah! Anug era hkanlah kematian kami dengan kematian yang baik
lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. .."
se mas a sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin
Yarobbala'lamin.."

Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan ' surat b era ntai' melalui SMS,
e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali
berfikir 2 atau 3 kali...FIKIRKAN LAH, tepuk dada tanya iman.

potensipips
25-05-2011, 12:41 PM
Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."

Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka. Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut." Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)
Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku." Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W"

Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu. Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. "Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.


Telah bersabda Rasulullah S.A.W, " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."

potensipips
25-05-2011, 01:05 PM
Tahniah Kepada Pembuat Movie Ini Kerana Berani Membuat Video Seperti Ini
(Bukan Senang Ooo..Cerita Movie MemBunuh Zionist Laknatulah)

Yang Aku Rasa..Orang2 MELAYU Sendiri Tak Akan Pernah Berani Buat..
Melainkan Membazir Duit Membuat Cerita2 Mistik,Hantu Dan Sihir....
Kah Kah Kah..

http://www.youtube.com/watch?v=ovnhXDNH4rw

potensipips
25-05-2011, 01:23 PM
Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkah mata yang meratap
Pada debu yang pastikan hinggap

Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba

potensipips
25-05-2011, 02:48 PM
Luasnya Neraka

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s. a. w.: “Mengapa aku melihat kau berubah muka?” Jawabnya: “Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.”

Lalu nabi s. a. w. bersabda: “Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.” Jawabnya: “Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur’an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.”

Nabi s. a. w. bertanya: “Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?” Jawabnya: “Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.” (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s. a. w.: “Siapakah penduduk masing-masing pintu?” Jawab Jibrail: “Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a. s. serta keluarga Fir’aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi’in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa’eir.”

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s. a. w. sehingga ditanya: “Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?” Jawabnya: “Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.”

Maka nabi s. a. w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s. a. w. di pangkuannya sehingga sadar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: “Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?” Jawabnya: “Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.”

Kemudian nabi s. a. w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s. a. w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab “Peringatan Bagi Yg Lalai”)

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua. Wallahua’lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A,

Rasulullah S. A. W bersabda:” Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..

potensipips
25-05-2011, 04:30 PM
Mimpi Rasullullah

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan.... ...."
1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.
6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan- kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.
7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-menderang..
8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFATSILATURRAHIMNY A DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.
9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW, "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

potensipips
25-05-2011, 05:45 PM
Al-Qur'an Sebagai Pembela Di Hari Akhirat

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."
Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."
Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"

Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.
Pada kedua ayanh dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"

Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

potensipips
25-05-2011, 07:46 PM
QUNUT NAZILAH

Assalamu'alaykum wbt.
Banyak organisasi yang menganjurkan

rally dan demonstrasi membantah kekejaman rejim zionis Israel. Rally aje x mencukupi. Kalau melibatkan org bukan Islam OK la. Tapi bagi kita yang mukmin, Rasulullah s.a.w. ada mengajar cara untuk "membantu" ummah yang tertindas disamping menderma dan berjuang bersama-sama mereka (like MERCY), jika mampu. Refer to the hadiths below... Marilah kita sama2 mengamalkannya.... dan sebar2kanlah amalan sunnah ini

HADITS-HADITS SHAHIH TENTANG QUNUT NAZILAH

HADITS PERTAMA
Dari Ibnu Abbas, ia berkata: Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam pernah qunut selama satu bulan secara terus-menerus pada shalat Zhuhur, 'Ashar, Maghrib, Isya dan Shubuh di akhir setiap shalat, (yaitu) apabila ia mengucap Sami'Allahu liman hamidah di raka'at yang akhir, beliau mendo'akan kebinasaan atas kabilah Ri'lin, Dzakwan dan 'Ushayyah yang ada pada perkampungan Bani Sulaim, dan orang-orang di belakang beliau mengucapkan amin.

Hadits ini telah diriwayatkan oleh Abu Dawud[1], Ibnul Jarud[2], Ahmad[3], al-Hakim dan al-Baihaqi[4]. Dan Imam al-Hakim menambahkan bahwa Ibnu Abbas radhiyallahu 'anhuma berkata: Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam pernah mengutus para da'i agar mereka (kabilah-kabilah itu) masuk Islam, tapi malah mereka membunuh para da'i itu. 'Ikrimah berkata: Inilah pertama kali qunut diadakan. [Lihat Irwaa-ul Ghalil II/163]

HADITS KEDUA
Dari Anas, ia berkata: "Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam pernah qunut selama satu bulan setelah bangkit dari ruku', yakni mendo'a kebinasaan untuk satu kabilah dari kabilah-kabilah Arab, kemudian beliau meninggal-kannya (tidak melakukannya lagi)."

Diriwayatkan oleh Ahmad[5], Bukhari[6], Muslim[7], an-Nasaa-i[8], ath-Thahawi[9].

Dalam hadits Ibnu Abbas dan hadits Anas dan beberapa hadits yang lainnya menunjukkan bahwa pertama kali qunut dilakukan ialah ketika Bani Sulaim yang terdiri dari Kabilah Ri'lin, Hayyan, Dzakwan dan 'Ushayyah meminta kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam agar mau mengajarkan mereka tentang Islam.

Maka, kemudian Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam mengutus kepada mereka tujuh puluh orang qurra' (para penghafal al-Qur'an), sesampainya mereka di sumur Ma'unah, mereka (para qurra') itu dibunuh semuanya. Pada saat itu, tidak ada kesedihan yang lebih menyedihkan yang menimpa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam selain kejadian itu. Maka kemudian beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam qunut selama satu bulan, yang kemudian beliau tinggalkan.

Di antaranya adalah hadits Ibnu 'Umar dan Abu Hu-rairah di bawah ini:

Dari Ibnu Umar, "Sesungguhnya ia pernah mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam ketika beliau mengangkat kepalanya dari ruku' di raka'at yang terakhir ketika shalat Shubuh, ia membaca: "Allahummal 'an fulanan wa fulanan wa fulanan (Ya Allah laknatlah si fulan dan si fulan dan si fulan) sesudah ia membaca Sami'allaahu liman hamidahu. Kemudian Allah menurunkan ayat (yang artinya): 'Sama sekali soal (mereka) itu bukan menjadi urusanmu, apakah Allah akan menyiksa mereka atau akan mengampuni mereka. Maka sesungguhnya mereka itu adalah orang-orang zhalim.'" [Ali 'Imraan: 128]

Hadits shahih riwayat Ahmad (II/147)

Dari Abu Hurairah, "Sesungguhnya Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam, apabila hendak mendo'akan kecelakaan atas seseorang atau mendo'akan kebaikan untuk seseorang, beliau mengerjakan qunut sesudah ruku', dan kemungkinan apabila ia membaca: Sami'allahu liman hamidah, (lalu) beliau membaca, 'Allahumma… dan seterusnya (yang artinya: Ya Allah, selamatkanlah Walid bin Walid dan Salamah bin Hisyam dan 'Ayyasy bin Abi Rabi'ah dan orang-orang yang tertindas dari orang-orang Mukmin. Ya Allah, keraskanlah siksa-Mu atas (kaum) Mudhar, Ya Allah, jadikanlah atas mereka musim kemarau seperti musim kemarau (yang terjadi pada zaman) Yusuf.'"

Abu Hurairah berkata, "Nabi keraskan bacaannya itu dan ia membaca dalam akhir shalatnya dalam shalat Shu-buh: Allahummal 'an fulanan… dan seterusnya (Ya Allah, laknatlah si fulan dan si fulan) yaitu (dua orang) dari dua kabilah bangsa Arab, sehingga Allah menurunkan ayat: 'Sama sekali urusan mereka itu bukan menjadi urusanmu... (dan seterusnya).'"

Hadits shahih riwayat Ahmad ii/255 dan al-Bukhari No 4560

Di dalam hadits shahih riwayat Imam al-Bukhari dalam kitab Shahih-nya no. 1004 disebutkan bahwa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam pernah qunut pada shalat Shubuh dan Maghrib.

Lafazhnya adalah sebagai berikut:

Dari Anas, ia berkata, "Qunut itu ada dalam shalat Maghrib dan Shubuh."

Dan dalam hadits yang shahih pula disebutkan bahwa Abu Hurairah pernah qunut pada shalat Zhuhur dan 'Isya sesudah mengucapkan Sami'allahu liman hamidahu (setelah bangkit dari ruku' (di saat sedang i'tidal).), ia berdo'a untuk kebaikan/kemenangan kaum Mukminin dan melaknat orang-orang kafir. Kemudian Abu Hurairah berkata: "Shalatku ini menyerupai shalatnya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam."

Lafazh haditsnya secara lengkap adalah sebagai berikut:

Dan dari Abu Hurairah, ia berkata, "Sungguh aku akan mendekatkan kamu dengan shalat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam. Maka, Abu Hurairah kemudian qunut dalam raka'at yang akhir dari shalat Zuhur, 'Isya dan shalat Shubuh, sesudah ia membaca: 'Sami'allahu liman hamidah.' Lalu ia mendo'akan kebaikan untuk orang-orang Mukmin dan melaknat orang-orang kafir."

Hadits shahih riwayat Ahmad (II/255), al-Bukhari (no. 797) dan Muslim (no.676 (296), ad-Daraquthni (II/37 atau II/165) cet. Darul Ma'rifah.

Memang Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam pernah qunut pada shalat Shubuh, begitu juga Abu Hurairah, akan tetapi ingat, bahwa hal itu bukan semata-mata dilakukan pada shalat Shubuh saja! Sebab apabila dibatasi pada shalat Shubuh saja, maka hal ini akan berten-tangan dengan riwayat yang sangat banyak sekali yang menyebutkan bahwa beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam melakukan qunut pada lima waktu shalat yang wajib. Menurut hadits yang keenam bahwa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam tidak qunut melainkan apabila beliau hendak mendo'akan kebaikan atau mendo'akan kebinasaan atas suatu kaum. Maka apabila beliau qunut itu menunjukkan ada musibah yang menimpa ummat Islam dan dilakukan selama satu bulan[10]

[Disalin dari kitab Ar-Rasaail Jilid-1, Penulis Yazid bin Abdul Qadir Jawas, Penerbit Pustaka Abdullah, Cetakan Pertama Ramadhan 1425H/Oktober 2004M]

potensipips
25-05-2011, 07:51 PM
Merenunglah dan Bersyukurlah

Setiap manusia seharusnya selalu mengingati nikmat yang Allah kurniakan kepada anda. Kerana nikmatNya telah meliputi dari hujung rambut hingga ke bawah kedua telapak kaki, kesihatan badan, keamanan negara, hutan belantara, udara dan air, serta masih banyak lagi lainnya adalah nikmat yang telah diberikan Allah kepada anda.

"... sekiranya kalian menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya ..." (Ibrahim: 34)

Demikian besar nikmat Allah yang telah dianugerahkan kepada anda. Dunia ini, beserta apa yang ada di dalamnya telah diciptakan Allah untuk anda, tetapi anda tidak pernah menyedarinya; anda menguasai kehidupan, tetapi tidak pernah mengetahuinya.

"... Dia telah memberikan nikmat-nikmatnya secara sempurna kepada kalian, baik yang zahir mahupun yang batin ..." (Luqman: 20)

Anda diberi sepasang mata, satu lidah, dua bibir, dua tangan dan dua kaki.

"Maka nikmat Tuhan kalian yang manakah yang layak anda dustakan?" (Ar-Rahman: 13)

Apakah anda mengira bahawa, berjalan dengan kedua kaki itu merupakan sesuatu yang biasa padahal masih banyak manusia lain yang tidak mempunyai kaki? Apakah anda mengira bahawa berdiri tegak dia atas kedua betis itu merupakan sesuatu yang mudah, padahal masih banyak manusia lain yang kehilangan kedua betisnya? Apakah anda merasai nikmat tidur dengan memenjamkan kedua mata, sementara masih banyak manusia lain yang tidak dapat tidur kerana sakit yang mengganggunya? Pernahkah anda merasa senang ketika anda dapat menyantapkan makanan yang lazat dan minuman yang dingin, sementara masih banyak orang lain yang tidak dapat makan dan minum hanya kerana penyakit yang mereka deritai?

Renungkanlah! Betapa besarnya fungi pendengaran, di mana Allah menjauhkan anda dari ketulian; penglihatan anda terhindar dari kebutaan; ingatlah kulit anda yang cantik terhindar dari penyakit gatal dan kudis. Perhatikan juga fungsi otak anda! Allah telah memberikan kesihatan akal sehingga terhindar dari kegilaan yang menghinakan. Apakah anda ingin menggantikan mata anda dengan emas sebesar gunung Uhud? Inginkan anda menjual pendengaran anda seharga perak satu bukit? Apakah anda mahu membeli istana-istana yang menjulang tinggi dengan lidah anda, namun anda bisu? Apakah anda mahu menukar kedua tangan anda dengan butiran-butiran permata dan berlian, tetapi tangan anda kudung?

Anda sebenarnya telah meraup kenikmatan yang tiada terhitung dan kesempurnaan tubuh badan tetapi sayangnya anda tidak menyedarinya. Bahkan, anda hidup dalam ketidakpastian dan terperangkap dalam kesedihan, padahal anda masih memilik roti yang segar untuk disantap, air yang segar untuk diteguk, dapat tidur dengan nyenyak, dan kesihatan anda yang stabil.

Anda kerapkali memikirkan sesuatu yang telah hilang, sehingga anda lupa mensyukuri apa yang ada di hadapan anda. Anda merasa sedih kerana kekurangan material, padahal anda masih memiliki kunci kebahagiaan, memiliki setumpuk kebaikan, kenikmatan, dan masih banyak yang lainnya. Oleh kerana itu, renungkanlah dan bersyukurlah!

"Pada diri kalian juga terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah. Apakah kalian tidak memperhatikannya?" (Adz-Dzariyat: 21)

Lihatlah diri anda, keluarga, tempat tinggal, pekerjaan, kesihatan, sahabat, dan dunia sekeliling anda. Dan janganlah termasuk di dalam golongan:

"Mereka mengetahui bahawa semua nikmat yang ada berasal dari Allah, tetapi mereka mengingkarinya ..." (an-Nahl: 83)

Sumber:
Laa Tahzan
Dr 'Aidh Al-Qarni

potensipips
25-05-2011, 07:56 PM
kenapa mesti cium anak


Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar
kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak
perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana
takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah
akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat
syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah
sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang
menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali
ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat
daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.
Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama

Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung
tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya
itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata;
"Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah
aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan
disayangi."

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganyadan
dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang
yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak
lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia
memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus akuberbakti? "
Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu."
Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi."
Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak
terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

potensipips
26-05-2011, 07:26 AM
LIMA PERKARA YANG MESTI DISEGERAKAN


“Terburu-buru itu termasuk sifat syaitan, kecuali pada lima tempat , maka ia termasuk sunnah Rasulullaah saw

1) Memebri makan tetamu, bila ia datang berkunjung.
2) Menyiapkan perkuburan mayat bila telah mati.
3) Mengahwinkan anak perempuan, bila cukup umur.
4) Membayar hutang, bilaa telah sampai masanya.
5) Bertaubat dari dosa, bila ia telah melakukannyaa.

LIMA PESANAN DARI SYAIKH AL -BALKHI

“Ambil olehmu lima perkara kemudian amalkan :
1) Sembahlah Allah sebanyak keperluanmu kepadaNya.
2) Ambil apa-apa dari dunia menurut keperluan selama umurmu didalamnya.
3) Lakukan maksiat kepada Allah, menurut kemampuanmu memikul azabNya.
4) Persiapkan bekal didunia untuk selama kamu tinggal didalam kubur.
5) Beramallah untuk syurga, menurut lamanya masa yang kamu inginkan untuk tinggal didalamnya.”

HARTA BERTIMBUN BOLEH MENYEBABKAN LIMA PERKARA

Dari Sufyan Sauri : “Tiada berkumpul harta disisi seseorang pada zaman ini, melainkan timbul didalam dirinya lima perkara :
1) Panjang angan-angan.
2) Sentiasa tamak.
3) Sangat kedekut.
4) Berkurang waraknya.
5) Lupa kepada akhirat.

potensipips
26-05-2011, 07:31 AM
Tanda-tanda kebahagiaan.

1.. Tiap bertambah ilmunya bertambah pula rendah hatinya.

2.. Tiap bertambah amalnya bertambah pula takutnya kepada Allah.

3.. Tiap bertambah umurnya, beransur kurang lobanya terhadap keduniaan.

4.. Tiap bertambah harta dan kekayaannya, bertambah pula pemurahnya.

5.. Tiap bertambah pangkat dan kedudukannya, bertambah dekatnya pada orang ramai.

Tanda-tanda kecelakaan.
1.. Tiap bertambah ilmunya, bertambah pula sombongnya.

2.. Tiap bertambah amalnya, bertambah congkaknya.

3.. Tiap bertambah umurnya, bertambah pula lobanya kepada harta.

4.. Tiap bertambah harta dan kekayaannya, bertambah bakhilnya.

5.. Tiap bertambah pangkat dan kedudukannya, bertambah jauhnya dari orang ramai.

Tiap orang akan memperolehi kesenangan selama ia tidak berhasrat menyusahkan orang lain.

Timbulkanlah lebih dahulu apa yang menjadi kesukaan orang itu, sebelum anda mengemukakan kesukaan anda.

potensipips
26-05-2011, 07:39 AM
KAEDAH MENGUATKAN INGATAN

Penyebab kepada lupa : -

- Makan kepala ikan
- Organ dalaman binatang seperti hati. Limpa, jantung, perut dan yang
seumpamanya melainkan atas nasihat doktor untuk keperluan kesihatan.
- Makan Makanan yang tercemar oleh semut kerana semut dipercayai
mengandungi sejenis kimia yang menyebabkan daya ingatan menjadi lemah.
- Jangan makan berlebihan (makan semasa lapar berhenti sebelum kenyang).
- Jangan minum air antara suapan makan. Maksudnya, jangan minum sebelum anda selesai makan.

Selain daripada itu, elakkan sukan yang boleh menyebabkan gegaran yang kuat kepada kepala seperti tinju, gusti dan sebagainya. Pergaduhan / berkelahi
sesama sendiri dengan memukul kepala juga boleh menyebabkan penyakit lupa.
Gegaran di kepala yang kuat dan terlalu kerap akan mengakibatkan kadar sejenis bahan kimia yang dipanggil ‘dopamin’akan berkurangan di dalam sel-sel otak. Lalu mengakibatkan daya ingatan yang lemah dan otot-otot yang kurang bermaya.

Rahsia Dan Cara Menguatkan Daya Ingatan

Untuk menguatkan daya ingatan,dengan rahmat dan sayang Allah SWT, kita
dikurniakan makanan yang baik dan dapat menguatkan sistem saraf kita.
Diantara jenis makanan yang boleh meningkatkan fungsi ingatan adalah: -

- Buah anggur hitam
- Madu lebah
- Halia
- Buah badam
- Susu
- Air zam zam
- Kismis
- Jus karot & madu
- Epal
- Kurma
- Ikan tuna
- Tempe
- Air soya

Itu hanyalah sebahagaian daripada makanan yang boleh meningkatkan daya ingatan manusia.

Selain daripada itu, oksigen juga amat penting untuk merangsang otak supaya
sentiasa cergas dan cerdas. Satu teknik mengawal pernafasan yang amat baik
diamalkan adalah dengan menarik nafas sebanyak 7 kiraan, kemudian tahan
nafas sebanyak 14 kiraan. Ulang selalu terutama sewaktu keletihan.

Keterang-keterangan di atas hanyalah sebahagian kecil daripada cara-cara
meningkatkan keupayaan ingatan/otak. Yang paling penting ialah ingat
Allah SWT selalu. Daya ingatan akan bertambah kukuh sekiranya tidak
sesaat untuk kita lupa kepada-NYA.

Amalan berpuasa sunat juga baik kerana puasa juga boleh menajamkan minda.
Disamping itu latihkan diri berzikir seperti berikut: -

1) Ya Rahman (Maha Pemurah) 100x selepas solat fardhu.
2) Ya Hakim (Maha Bijaksana) 300x setiap hari.

Insyallah jika selalu mengamalkannya, daya ingatan semakan kukuh dan
mudah menerima ilmu dan mengingatinya.

potensipips
26-05-2011, 03:47 PM
tuan tt yg bijaksana..
boleh x tuan huraikan sedikit mengenai dgn sifat2 riak,ujub,takbur,sombong dan sebagainya lg
dan cara2 untuk menjauhkannya.
dan mcmana kita nak tahu sifat2 ini ada pada kita?

Sifat Mazmumah Menghapus Kebahagiaan Hati

Antara puncanya adalah sifat mazmumah yg bersarang di dalam hati.

Antara mazmummah utama yang menghilangkan rasa kebahagiaan di hati ialah :

1. Pemarah – paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer.. bawak2lah senyum.. tentu org tak takut nak dekat punyer..)

2. Pendendam – tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam walaupun secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lahh nie..)

3. Hasad dengki – amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)

4. Bakhil – sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma)

** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tamak – orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak lagipun org tamak selalu rugi.. cam pantun zmn sekolah, dlm semak ada duri, ayam kuning buat sarang, org tamak selalu rugi, cam anjing ngan bayang-banayng

** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar – andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan.. cthnyer time keja banyak.. tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja.. heh.. heh..)

7. Ego – ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen).. pasal semua org ader egonya sendiri.. cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut

8. Riak – terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak.. takabbur dgn aper yg kita ada(harta, ilmu amal dll)

9. Cinta dunia – tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. dan biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah

** Cinta dunia merupakan “neraka dunia” kerana dunia itu “panas” akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So.. sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain sekian .

potensipips
26-05-2011, 03:55 PM
Sifat Mazmumah Menghapus Kebahagiaan Hati

Antara puncanya adalah sifat mazmumah yg bersarang di dalam hati.

Antara mazmummah utama yang menghilangkan rasa kebahagiaan di hati ialah :

1. Pemarah – paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer.. bawak2lah senyum.. tentu org tak takut nak dekat punyer..)

2. Pendendam – tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam walaupun secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lahh nie..)

3. Hasad dengki – amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)

4. Bakhil – sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma)

** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tamak – orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak lagipun org tamak selalu rugi.. cam pantun zmn sekolah, dlm semak ada duri, ayam kuning buat sarang, org tamak selalu rugi, cam anjing ngan bayang-banayng

** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar – andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan.. cthnyer time keja banyak.. tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja.. heh.. heh..)

7. Ego – ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen).. pasal semua org ader egonya sendiri.. cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut

8. Riak – terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak.. takabbur dgn aper yg kita ada(harta, ilmu amal dll)

9. Cinta dunia – tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. dan biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah

** Cinta dunia merupakan “neraka dunia” kerana dunia itu “panas” akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So.. sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain sekian .

potensipips
26-05-2011, 04:11 PM
Balasan Baik Hindari Sifat Marah

Balasan baik hindari marah ABU Hurairah dan Said Al-Magburi meriwayatkan: “Ada seseorang lelaki memarahi Saidina Abu Bakar. Ketikaitu Rasulullah duduk disebelahnya.

Nabi diam saja, begitu juga Abu Bakar.

Selepas orang itu selesai memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat, Abu Bakar membalas makian itu, tetapi Rasulullah bangun dan beredar dari situ.

Abu Bakar hairan dan terus mengekori Nabi Muhammad sambil berkata: “Ya Rasulullah, dia memaki saya dan engkau pula diam. Ketika saya menjawab maki hamun itu, tiba-tiba engkau bangun lalu pergi.”

Rasulullah lantas menjawab: “Sesungguhnya malaikat mengembalikan semua makian orang itu kepadanya ketika engkau diam, tetapi ketika engkau membalas makian itu, maka malaikat pergi dan syaitan pula masuk dan saya tidak suka duduk bersama syaitan.”

Rasulullah kemudian bersabda lagi: “Allah akan memuliakan hamba-Nya ketika sedang dianiaya lalu memberikan kemaafan sambil mengharapkan keredaan Allah.”

Abu Said al-Khurdi pula berkata: Rasulullah ada bersabda: “Awaslah kamu daripada sifat marah kerana marah itu menyalakan api dalam hati anak Adam.

“Maka sesiapa yang berasakan demikian ketika berdiri, hendaklah dia duduk dan jika dia duduk hendaklah ia berbaring.”

Abu Hurairah al-Bahili berkata bahawa Rasulullah pernah bersabda: “Sesiapa yang pemarah tetapi dapat menahan marahnya dengan sabar, maka Allah akan mengisi hatinya dengan keredaan pada hari kiamat.”

jimiee
26-05-2011, 04:28 PM
terima kasih daun keladi
jika ada persoalan
boleh tanya lg ke tt:D

potensipips
26-05-2011, 04:32 PM
Ya Allah, Ya Tuhanku…
Perkenankanlah aku mencintaiMu semampuku…

Tuhanku…
Aku masih ingat saat pertama dulu aku belajar mencintaiMu
Lembar demi lembar kitab kupelajari
Untai demi untai kata-kata para ustaz kuresapi
Tentang cinta para nabi
Tentang kasih para sahabat
Tentang mahabbah para sufi
Tentang kerinduan para syuhada

Lalu kutanam di jiwa dalam-dalam
Kutumbuhkan dalam mimpi-mimpi
dan pada sudut pandang yang mengawang di awan

Tapi Rabbi…
Berbilang detik, minit, jam, hari, bulan dan kemudian tahun berlalu
Aku berusaha mencintaiMu dengan cinta yang paling utama,
Tapi… Aku masih juga tak menemukan cinta tertinggi untukMu
Aku makin merasakan gelisahku membadai
Dalam cita yang mengawang
Sedang kakiku mengambang tiada menjejak bumi
Hingga aku terhempas dalam jurang nan kegelapan

Wahai Ilahi…
Kemudian berbilang detik, minit, jam, hari, bulan dan tahun berlalu
Aku mencuba merangkak, menggapai permukaan bumi
Dan menegakkan jiwaku kembali menatap, memohon
dan menghiba di keharibaanMu:
“Allahu Rahim, Ilahi Rabbi, Perkenankanlah aku mencintaiMu semampuku”.

Allahu Rahman, Ilahi Rabii…
Perkenankanlah aku mencintaiMu sebisaku
Dengan segala kelemahanku Ilahi…
Aku tak sanggup mencintaiMu dengan kesabaran menanggung derita
Umpama Nabi Ayyub, Musa, Isa hingga Al-Musthafa
Kerana itu izinkan aku mencintaiMu
Melalui keluh kesah pengaduanku padaMu
Atas derita batin dan jasadku
Atas sakit dan ketakutanku

Rabbi…
Aku tak mampu mencintaiMu seperti Abu Bakar,
Yang menyedekahkan seluruh hartanya
Dan hanya meninggalkan Engkau dan RasulMu bagi diri dan keluarga.
Atau layaknya Umar yang menyerahkan separuh harta demi jihad Atau Utsman yang menyerahkan 1000 ekor kuda untuk syiarkan DeenMu Atau seperti Ali KarramallahuWajha yg hebat semangat kepahlawanannya.

Maka Ya Allah… Izinkan aku mencintaiMu
Melalui seratus-dua ratus perak yang terhulur
Pada tangan-tangan kecil di perempatan jalan
Pada wanita-wanita tua yang menadahkan tangan di tepi-tepi jambatan
Pada makanan-makanan sederhana yang terkirim ke handai taulan.

Ilahi… Aku tak mampu mencintaiMu
Dengan khusyuknya solat salah seorang sahabat NabiMu
Hingga tiada terasa anak panah musuh terhunjam di kakinya
Kerana itu Ya Allah…
Perkenankanlah aku tertatih menggapai cintaMu
Dalam solat yang cuba kudirikan teragak-agak
Meski ingatan kadang melayang ke pelbagai permasalahan dunia

Rabbi..
Aku tak dapat beribadah ala para sufi rahib
Yang membaktikan seluruh malamnya untuk bercinta denganMu
Maka izinkanlah aku untuk mencintaimu dalam satu-dua rakaat lailku
Dalam satu-dua sunnah nafilahMu.
Dalam desah nafas kepasrahan tidurku.

Ya Maha Rahman…
Aku tak mampu mencintaiMu Bagai para al hafiz dan hafizah
Yang menuntaskan kalamMu dalam satu putaran malam
Dari itu.. Perkenankanlah aku mencintaiMu
Melalui selembar dua lembar tilawah harianku
Lewat lantunan seayat dua ayat hafazanku

Ya Rahim… Aku tak mampu mencintaiMu semisal Sumayyah
Yang mempersembahkan jiwa demi tegaknya DeenMu
Seandai para syuhada yang menjual dirinya dalam jihad
Maka perkenankanlah aku mencintaiMu
Dengan mempersembahkan sedikit bakti dan pengorbanan untuk dakwahMu
Maka izinkanlah aku mencintaiMu
Dengan sedikit pengajaran bagi tumbuhnya generasi baru.

Allahu Karim… Aku tak mampu mencintaiMu di atas segalanya
Bagai Ibrahim yang rela tinggalkan putera dan zaujahnya,
Dan patuh mengorbankan pemuda penyejuk matanya
Maka izinkanlah aku mencintaiMu di dalam segalanya
Dengan mencintai keluargaku
Dengan mencintai sahabat-sahabatku
Dengan mencintai manusia dan alam seluruhnya

Allahu RahmanuRahim, Ilahi Rabbi…
Perkenankanlah aku mencintaiMu semampuku..
Agar cinta itu mengalun dalam jiwa
Agar cinta ini mengalir di sepanjang nadiku selamanya.

jimiee
26-05-2011, 05:06 PM
betullah ustaz aku ada ckp
klo kita kata kt org boodoh
sebenarnya bkn org tu yg boodoh
tp kita sendiri yg boodoh
x gitu tt?:-?

potensipips
26-05-2011, 05:07 PM
Jika rindu ini bertatah, aku harap biarlah untuk Al-Qayyum. Andai rindu ini menarik resah kepadaMU aku pasrah. Andai pencarian ini masih belum kutemui Ya ALLAH damaikanlah hati. Biarlah resah menarik sepi. Biarlah kecewa meratap pergi. Biarlah kasih mengikat diri. Ya Muhaimin kepada MU aku mengadu. Serikanlah taman hati bukan pada fikirku tapi pada redhaMU...

potensipips
26-05-2011, 05:08 PM
betullah ustaz aku ada ckp
klo kita kata kt org boodoh
sebenarnya bkn org tu yg boodoh
tp kita sendiri yg boodoh
x gitu tt?:-?

huhu..lbh kurang gitu..:)

potensipips
26-05-2011, 05:10 PM
Syair Imam Shafi'e Mengenai Kesedihan Dan antara kesedihan itu ialah apabila engkau menyintai seseorang, akan tetapi si dia yang engkau cintai itu menyintai orang lain selainmu. Ataupun [kesedihan itu ialah] apabila engkau menghendaki perkara yang baik untuk seseorang, sebaliknya dia mahu menyakitimu

potensipips
26-05-2011, 05:10 PM
Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat -Khalifah
Abdul Malik Marwan

potensipips
26-05-2011, 05:27 PM
~OH R.I.N.D.U…~

Ku lakar rindu di langit,
bayangimu dengan awan sangat indah..
Ku kirim angin membawa rindu,
belaikanmu dengan lagu hati ku..
Ku pinta burung berkicau indah,
moga mu merasakan kehadiran roh ku..
Ku tiup kan wangian kasturi di puncak gunung,
moga mu sentiasa tersenyum..
Ku akan menjadi bintang paling akrab disisi bulan,
moga mu lena dalam kerlipan cahayanya..
sayangku
Inilah lafaz hati ku..
yang tersimpan..yang tak terungkap oleh bahasa..
sastera nya mungkin sumbang..
tapi rindu ku cukup mengembang..
telus..kasih..dari dasar hati..
sayangku
Inilah lagu kasihku..
yang terpendam..yang tak dapat di lirikkan oleh pena..
ayatnya mungkin tak berbunga..
namun wangian rindu ku cukup..
cukup semerbak untuk sampai di hatimu
Inilah...satu rindu, yang tak punya bahasa..
Inilah...satu kasih, yang tak punya sastera..
Inilah...satu cinta, yang tak tersusun bicara..
kerna hati mula berlagu tentang rindu yang tak tertanggung qalbu..
Inilah lafaz yang tersimpan..
dari dasar hatiku yang paling dalam..
Inilah...satu madah diri..
penanya hati..
yang menari tanpa irama..
sayangku ku rindu kan mu..
andai kita tak dapat bertemu di dunia..
akhirat yang abadi bersama mahligai indah menunggu kita di alam sana..

potensipips
26-05-2011, 05:41 PM
DOA ISTERI UNTUK MENYATUKAN HATI SUAMINYA DENGANNYA


أللّهُمّ لَكَ الَمْدُ وَلَكَ الشّكْرُ كَمَاأنْتَ أهْلَ لَهُ
وَكَمَا يَنْبَغِي لَِلَلِ سُلْطَانَكَ وَلِكَرِيِ وِجْهِكَ
وَعِزّ جَلَلِكَ اِذْ يَسّرْتَ لِ هَذَا الزّوْجَ, أللّهُمّ
أجْعَلْهُ قُرّةَ عَيٍْ لِ وَعَوْنا عَلَى طَاعَتِكَ
اللّهُمّ اجْعَلْنِ لَهُ سُكْنا وَعَلَيْهِ نَاصِيَةً مُبَاَرَكَةً
اللّهُمّ حَبّبْنِ اِلَيْهِ وَحَبّبْهُ اِلَّ
وارْزُقْنَا الذّرّيّةَ الصّاِلَةَ لّتِ بِصَلَحِهَا صَلَحَ دِيْنِنَا وَدُنْيَانَا
اللّهًمّ اجْعَلْ مَا بَيْنِ وَبَيْنَهُ مِثْلَ مَا بَيَْ عَلِيًا وَفَاطِمَةً
اللّهُمّ ألّفْ بَيَْ قَلْبِ وَقُلُوْبِ أهْلِهِ بِرَحَْتِكَ يَا ارْحَمَ الرّاحِِيَْ
اللّهُمّ اسْتُْ عَنْهُ عُيُوْبِي وَاسْتُْ عَنّ عُيُوْبَهُ
وأظْهَرْ لِ مََاسِنَهُ وارْضَنِ بَِا رَزَقْتَنِ وَبَارِكْ لِ فِيْهِِ
اللّهُمّ سَخّرْ لِ زَوْجِي,اللّهُمّ يَسّرْ أمُورِي مَعَهُ وَصَرّفْ عَنّ شَرّهُ
وَأقْنَعْنِ بِهِ وَأقْنَعْهُ بِي
أللّهُمّ اجْعَلْنِ بِعَيْنِهِ كَبِيَْهُ وَفِ عَيْنِ صَغِيَْهُ
أللّهُمّ أفْتَحْ بَيْنِ وَبَيَْ زَوْجِي وَأهْلِي وَأنْتَ خَيَْ الْفَاتِِيَْ
اللّهُمّ يَاجَامِعَ النّاسِ لِيَوْمِ لَ رَيْبَ فِيْهِ ,اجَْعْ بَيْنِ وَبَيَْ زَوْجِي عَلَى
خَيٍْ
اللّهُمّ اجْعَلْنِ لَهُ كَمَا يُِبّ وَاجْعَلْهُ لِ كَمَا اُحِبّ,وَاجْعَلْنَا لَكَ كَمَا
تُِبّ
اللّهُمّ اجْعَلْ قَلْبَ زَوْجِي مُعَلّقٌ بُِبّكَ ثُّ حُبّ نَبِيّكَ ثُّ حُبّ
اللّهُمّ يَا وَلِّ نِعْمَتِ وَيَامَلَذِي فِ كُرْبَتِ
اجْعَلْ نَقْمَتَهُ عَلَىّ بَرْداً وَسَلَماً كَمَا جَعَلْتَ النّارَ بَرْداً وَسَلَما عَلَى
أِبْرَاهِيْمَ
أللّهُمّ أهْدِيْهِ اِلَ مَاتُِبّ وَتَرْضَي
أللّهُمّ أيْقَنْتَ قَلْبِ بِكَ بِأنّي لَ أهْلِكَ وِانْتَ مَعِي
أللّهُمّ آمِي
أللهُمّ آمِي
أللهُمّ آمِي


Doa isteri

Ya Allah bagi Mu segala kepujian dan kesyukuran sebagaimana layak untuk Mu dengan
kebesaran kekuasaanMu dan kemulian wajahMu dan ketinggian kemulianMu yang bilamana
Engkau menjadikan dia sebagai suamiku.
Ya Allah Engkau jadikanlah dia penyejuk mataku dan pembantu untuk aku mentaati Mu
Ya Allah Engkau jadikanlah aku sebagai penenang untuknya dan penasihat yang
diberkati
Ya Allah Engkau kasihkan aku kepadanya dan kasihkanya kepada aku
Dan rezekikan kami zuriat yang soleh yang menjadi kebaikan kepada agama dan dunia
Ya Allah jadikan antara kami berdua sebagimana antara Ali dan Fatimah
Ya Allah satukan hatiku dengan hati-hati ahli keluarganya dengan rahmatMu Wahai
Yang Maha Pemurah
Ya Allah tutupilah keburukanku padanya dan tutupilah keburukannya kepada ku
Dan perlihatkanlah kepadaku kebaikannya dan redhakan aku apa yang telah Kamu beri
kepadaku dan berkati aku padanya
Ya Allah permudahkanlah ia bagi ku dan permudahkan urusanku bersamanya dan
jauhikanlah aku keburukannya
Jadikanlah aku berpuashati dengannya dan dia berpuashati denganku
Ya Allah jadikanlah aku dimatanya hebat dan jadikanlah ia dimataku kecil
Ya Allah bukakanlah antaraku dan suamiku dan ahli keluarganya sesungguhnya Engkau
sebaik-baik pembuka
Ya Allaha yang menghimpunkan manusia pada hari Kiamat, himpunkan aku dan suamiku
dalam kebaikan
Ya Allah Engkau jadikan aku sebagaimana yang ia sayangi dan jadikan ia sebagaimana
yang aku sayangi dan jadikan kami sebagaimana yang Engkau sayangi
Ya Allah Engkau jadikan hati suamiku tergantung kepadaMu dan kemudian tergantung
kepada rasulMu dan kemudian kepadaku
Ya Allah Engkaulah yang menguruskan kenikmatan dan kelazatan dalam kesusahanku,
Jadikanlah kegarangannya terhadapku suatu kesejukan dan keselamatan sebagaimana
engkau jadikan api ke atas nabi Ibrahim suatu kesejukan dan keselamatan
Ya Allah berikanlah petunjuk kepadanya sebagaimana yang Engkau kehendaki dan redha
Ya Allah Engkau yakinkanlah hatiku bahawa sesungguhnya aku tidak akan dicelakai
dan Engkau sentiasa bersamaku
Ya Allah perkenankanlah
Ya Allah perkenankanlah
Ya Allah perkenankanlah

potensipips
26-05-2011, 10:50 PM
PENYAKIT WANITA


baca hati2, kenali gejalanya, lebih baik mencegah dari pada mengobati kan?
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Penyakit Wanita

Berdasarkan sebuah survey, beberapa penyakit yang sering dan biasanya
dialami oleh wanita....


1. Nangisuitis
Akibat terlalu sensitif. Gejalanya bibir cemberut, mata kedip-kedip. Efek
sampingnya mata bengkak, saputangan banjir, hidung meler,bawaannya ngurung
diri atau terkena penyakit Curhatitis A. Penyakit ini bisa diobati dengan
obat Tegaridol, OBH (Obat Berhati Hamba).

2. Curhatitis
Bawaannya pengen nyerocos, Efek samping rahasia orang bisa bocor,terkena
Nangisuitis, Penyakit ini bisa diarahkan positif jika ia bercuhatitisnya ke
orang yang tepat, apalagi sama Tuhan.

3. Shooping Syndrome
Gejalanya pengen jalan mulu, mata melotot, Efek sampingnya lidah ngiler,
mulut nganga, dompet jadi tipis. Jika sudah masuk stadium 4 (parah
banget)dompet cowoknya ikut tipis. Coba minum hematcold atau tablet
PD(Pengendalian Diri).

4. Cerewetisme
Lebih parah dari Curha titis B, tidak mengandung titik koma. Efek samping
muncrat, telinga tetangga budek, dada cowoknya bisa jadi lebih halus karena sering mengelus. Lebih cepat makan pil dengar dan minum tablet bicara lebih diperlambat.

5. Lamanian Dandanitositis
Pengennya diem depan cermin. Tangan kiri gatel-gatel pengen pegang sisir,
tangan kanan kram-kram pengen teplok-teplok pipi pake bedak. Efek samping:
menor, telat, cowoknya berkarat, gak kebagian makanan. Minum segera Sari
Bawak (Bagi Waktu) dan Taperi (tambah percaya diri). Buat cowok minum
Toleransikipil 230 sendok sehari sesudah dan sebelum mandi.

6. Cemburunotomy
Gejala muka lonjong, tangan mengepal, alis menukik. Coba cegah dengan obat
sirup prasangka baik tiga sendok sehari, Pil pengertian dan tablet selidiki
dahulu.

7. Ngambekilation
Gejala hampir sama dengan Cemburubotomy. Minum Sabaron dan Bersyukurinis

petikan dari forum seberang

potensipips
26-05-2011, 10:55 PM
segunung mana pun harta, bukanlah kaya namanya, jika miskin budi bahasa..Segagah mana pun diri, bukanlah namanya pahlawan, jika nafsu tidak dapat di lawan..Secantik mana pun rupa nan ayu, bukanlah namanya ratu, jika buruk tingkahlaku..Setinggi mana pun darjatnya, bukanlah namanya mulia, jika tiada iman di dada..Melangit mana pun ilmu, bukanlah namanya bijaksana, jika tidak diamal & diguna..Sealim mana pun warak, bukanlah namanya ulama', jika takbur & riak.."

potensipips
26-05-2011, 11:06 PM
Sahabatku pejuang dakwah-MU

Ya ALLAH…Jadikanlah sahabatku pejuang dakwah-MU. Di manapun KAU campakkan dia dimuka bumi-MU ini, berilah dia kekuatan dan masukkanlah dalam hatinya semangat jihad yang tinggi, agar setiap sisa hidup yang berlalu dapat digunakan untuk berbakti pada agama-MU. Ya ALLAH.. kurniakanlah sahabatku kecerdasan akal dan kebijaksanaan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah di bumi-MU. Masukkanlah dalam hatinya CINTA, RINDU, & TAKUT pada-MU, melebihi segala kenikmatan di dunia yang sementara ini. Izinkanlah Ya ALLAH untuk dia menjadi pejuang mujahid/mujahidah pemegang panji2 Islam dan mudahkanlah segala urusan dunianya. Allahumma Amin… ‘wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu menghadapi segala kesukaran dalam mngerjakan perkara-perkara kebajikan dan kuatkanlah kesabaran kamu menghadapi ujian.’



“Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Yusuf:53)

Sesiapa yang menjadikan dunia itu perkara utama baginya, maka Allah jadikan fakir dihadapannya, dan dipecah-pecahkan hajatnya dan hartanya; ia tidak akan mendapatinya kecuali apa yang telah dituliskan. Dan sesiapa yang menjadikan akhirat itu perkara utamanya, maka Allah jadikan dia kaya di dalam hatinya, dan mencukupkan hajatnya, dan dunia datang kepadanya dengan keadaan hina – Riwayat Ibnu Majah

nadyasweet
26-05-2011, 11:13 PM
baca cite sumber tarak

potensipips
26-05-2011, 11:43 PM
baca cite sumber tarak

x fhm mksud tuan/puan ni..

...sumber dr israiliyat kot

biodata zaidi mokhtar

Majlis Agama Islam Johor 2000-2007
Daerah Batu Pahat/Muar.

Mempunyai tauliah syarahan Agama bg negeri Johor serta di iktiraf JAKIM.

ni salah satu jalan dakwah..ada byk tempat yg di tulis selain CG,FB,ada lg kat2 lain....ni antara yg sempat di sertakan yg mana di buat ..

Islamic Brain Power
http://www.facebook.com/home.php?sk=...008988125&ap=1

SAINS DAN ISLAM
http://www.facebook.com/group.php?v=...d=367330261498

POTENSI


http://www.facebook.com/pages/POTENS...1764628?ref=ts

RESEPI NUSANTARA
http://www.facebook.com/group.php?gid=312100956247

SAUDACARE
http://www.facebook.com/pages/SAUDACARE/305839744577

http://www.facebook.com/ibnumokhtar
http://www.facebook.com/qutuzm
Surah Al-Hajj, Ayat :46. maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada

__________________

jimiee
26-05-2011, 11:51 PM
baca cite sumber tarak

jgn suka membantah
yg baik buat la tauladan
yg buruk jdkan sempadan bro:-?

potensipips
27-05-2011, 12:17 AM
jgn suka membantah
yg baik buat la tauladan
yg buruk jdkan sempadan bro:-?

6 JENIS WANITA MALANG


“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”


Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.


Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.


Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.


Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.


Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya..


Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Surah Al-Hajj, Ayat :46. maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada

potensipips
27-05-2011, 12:22 AM
19 KEISTIMEWAAN WANITA
oleh Qutuz Mokhtar pada pada 02hb Oktober 2010 pukul 4.08 ptg

<span><span> </span><span>


1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."


2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.


3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.


4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.


5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.


6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.


7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.


8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.


9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.


10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.


11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.


12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."


13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.


14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).


15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.


16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.


17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.


18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.


19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

potensipips
27-05-2011, 12:33 AM
SukaTidak suka · · Kongsi
Azizah Bt Omar, Haili Alfarizy, Nur Kasih dan 73 yang lain suka ini
*
50 dari 73
Adeeba Aslamiah
Tazkirah yg baik..ya zaujii..
syukron..
ku ingin jdi milikMu
yg benar-benar mentaatiMu..
ku ingin jadi puteri tunggal ibuku..
...yg benar-benar solehah..
Ku ingin jadi zaujah suamiku..
yg benar-benar sempurna..

zaujahmu..adeebaLihat seterusnya..
pada 02hb Oktober 2010 pukul 10.13 ptg · SukaTidak suka · 2 orangSedang Memuatkan...
o
Unsia Rachman Mohon ijin share ya....sukron
pada 02hb Oktober 2010 pukul 11.08 ptg · SukaTidak suka · SeorangSedang Memuatkan...
o
Karthika Dewi Subhanallah... Blh di tag pak..???
pada 02hb Oktober 2010 pukul 11.52 ptg melalui Facebook Mudah Alih · SukaTidak suka · SeorangSedang Memuatkan...
o
Akim Qim subahanallah.
pada 02hb Oktober 2010 pukul 11.56 ptg · SukaTidak suka · SeorangSedang Memuatkan...
o
Qutuz Mokhtar bisa ditag hanya rakan2.
pada 03hb Oktober 2010 pukul 1.54 pagi · SukaTidak suka · 2 orangSedang Memuatkan...
o
Delima Cenderawasih Syukran for tagging.. alhamdulillah.. mohon disebarkan...
pada 03hb Oktober 2010 pukul 2.14 pagi · SukaTidak suka · SeorangSedang Memuatkan...
o
Wido Abieza Terima kasih tagnya.
*tapi jadi sedih juga ya,karena saya belum bisa jadi seorang ibu*
:'(
pada 03hb Oktober 2010 pukul 4.01 pagi melalui Facebook Mudah Alih · SukaTidak suka · SeorangSedang Memuatkan...
o
Maznah Yong subhanallah......
pada 03hb Oktober 2010 pukul 10.24 pagi · SukaTidak suka · SeorangSedang Memuatkan...
o
Zarinah Muis salam. mohon kongsi. tvm
pada 03hb Oktober 2010 pukul 10.46 pagi ·
o
Anas Rizal weooooooooooooou
pada 03hb Oktober 2010 pukul 11.56 pagi ·
o
Septique Woelandariie Subhanallah
pada 03hb Oktober 2010 pukul 1.31 ptg
o
Harum Wangi Semerbak Assalaamu'alaikum..
mhn ijin share yaa.. trmksh.. ^_^
pada 03hb Oktober 2010 pukul 2.20 ptg ·
o
Aprilinas Tuti subhanaullah... beruntung lh kita kaum hawa... klo msh bisa tlng d tag ya syukron...
pada 03hb Oktober 2010 pukul 2.21 ptg .
o
Zainab Abdullah ya Alloh jadikanlah kami para wanita sholihah yg mmpunyai semua kriteria di atas, amiiiin ya Robb.....
pada 03hb Oktober 2010 pukul 2.32 ptg
Wan Fatimah tinggi nya martabat seorang wanita di sisi agama Islam...
pada 03hb Oktober 2010 pukul 4.24 ptg ·
o
Noer Hatshanna alhamdallah,,,
q d lahirkan sebagai wanita:)
pada 03hb Oktober 2010 pukul 6.03 ptg .
o
Mayang Widya ‎.....^_^ .....Indahny dunia perempuan.......banyk syurga tuk dipilih......
pada 03hb Oktober 2010 pukul 6.05 ptg.
o
Maura Aura Abi wanita tuhan sayang lebih ........
pada 03hb Oktober 2010 pukul 6.11 ptg ·
o
Noarto To Kapan ya saya di tag tanpa sàya hrs meminta
pada 03hb Oktober 2010 pukul 6.23 ptg...
o
El BrhanDhalz karena aku pria ,,,
dan aku menyukai wanita ,,,
kasih jempol lagi deh :-D
pada 03hb Oktober 2010 pukul 6.41 ptg ..
o
Husna Ayyub Subhanallah . .
pada 03hb Oktober 2010 pukul 6.50 ptg
o
Hasmarani Fitria Subhanallah...smg kt trmasuk kdalamx...amiin
pada 03hb Oktober 2010 pukul 6.57 ptg
o
Anisa Zaria SUBHANALLAH, ALLAHUAKBAR
pada 03hb Oktober 2010 pukul 7.03 ptg
o
Mariska Holil ‎^_^
pada 03hb Oktober 2010 pukul 7.29 ptg
o
Yohana Ari Wardani Subhanallah, alhamdulillah, wa lailaha illallah... Allahu akbar...
pada 03hb Oktober 2010 pukul 8.43 ptg
o
Arif Wahyudi trims infonya,semakin sayang aja ni ama bini
pada 03hb Oktober 2010 pukul 9.02 ptg ·
o
Merita Gibran Harsono assalamualaikum,,,,,,,,,
subbahanalllah,,,,,,,,,,,,,,
terimakasih akhi,,,,,,,,,,,,,,
pada 03hb Oktober 2010 pukul 9.10 ptg ·
o
Riza Hermawan Laillahailalloh..subhanalloh...ya ALLOH..Bgtu istimewanya para wanita,,m0ga qt dpt menc0nt0hnya dng baekk,amiin,,m0h0n dtagg ustadz,,terima kasih,asalamu'alaikum
pada 03hb Oktober 2010 pukul 9.48 ptg
o
Ella Sandra sangat menghibur sekaligus melegakan bagi wanita yg membacanya, sayangnya tidak dilengkapi referensi yg cukup ..
pada 03hb Oktober 2010 pukul 10.39 ptg ·
o
Dina Rosita izin share y..syukron
pada 03hb Oktober 2010 pukul 10.42 ptg ·
o
Evha Slalu Senyum SubhanaAllah,betapa mulia dan istimewany seorang wanita,,smga qt sbgai wanita muslimah bs menjalani smw dgn baik dan Ridho Allah sllu menyertai,Amin
pada 03hb Oktober 2010 pukul 11.13 ptg .
o
Retrat Kamsuri ‎,,,
pada 03hb Oktober 2010 pukul 11.34 ptg .
o
Tjik Millian Satu sisi ya, karena ada tidak dimiliki pria hanya dimiliki wanita seperti melahirkan sehingga kasih sayang akan lebih besar terhadap anak ada pada ibu yang merasakan langsung getirnya pada saat berjuang melahirkan. Tetapi bukan berarti bapak lepas tanggung jawab, keturunan adalah hak bapak, maka wajib bapak melindungi keluarganya.
pada 03hb Oktober 2010 pukul 11.53 ptg..
o
Tjik Millian Satu sisi ya, karena ada tidak dimiliki pria hanya dimiliki wanita seperti melahirkan sehingga kasih sayang akan lebih besar terhadap anak ada pada ibu yang merasakan langsung getirnya pada saat berjuang melahirkan. Tetapi bukan berarti bapak lepas tanggung jawab, keturunan adalah hak bapak, maka wajib bapak melindungi keluarganya.
pada 03hb Oktober 2010 pukul 11.54 ptg .
o
Aanto Okey Amiiinnnn....
pada 04hb Oktober 2010 pukul 12.48 pagi melalui Facebook Mudah Alih ·
Chumit Uggie ‎:)
pada 04hb Oktober 2010 pukul 6.07 pagi
o
Dey Aza ijin share...
pada 04hb Oktober 2010 pukul 9.05 pagi ·
o
Hery Sagari Smoga kita bisa menjadi wanita yg benar2 sholikhah, amin
pada 04hb Oktober 2010 pukul 11.06 pagi ·
o
Neneng Evi tag..tag..tag...
pada 04hb Oktober 2010 pukul 2.49 ptg melalui
o
Yunita Dirgantari Agustian Subhanallah..
pada 04hb Oktober 2010 pukul 8.05 ptg melalui Facebook Mudah Alih · SukaTidak suka · SeorangSedang Memuatkan...
o
Tie Fazz Assalamu'alaikum
SUbhanallah itulah keistimewaan seorang wanita.
Semoga kita bisa menjasi wanita sholihah. amiiin
pada 04hb Oktober 2010 pukul 8.28 ptg · SukaTidak suka · SeorangSedang Memuatkan...
o
Susi Juniarti Tetap brusaha jdi wanita shaleha, bantu do,anya...
pada 04hb Oktober 2010 pukul 9.07 ptg melalui Facebook Mudah Alih · SukaTidak suka · SeorangSedang Memuatkan...
o
Qutuz Mokhtar إِنَّ اللَّهَ رَفِيقٌ يُحِبُّ الرِّفْقَ وَيُعْطِي عَلَى الرِّفْقِ مَا لَا يُعْطِي عَلَى الْعُنْفِ

“Sesungguhnya Allah Mahalembut, menyukai orang yang lembut. Dan sesungguhnya Allah memberikan kepada kelembutan apa yang tidak diberikannya kepada sikap kasar.” (HR. Muslim)
pada 05hb Oktober 2010 pukul 11.08 ptg · SukaTidak suka · 2 orangSedang Memuatkan...
o
Melly QueeNovia Lee thanks for sharing!
pada 07hb Oktober 2010 pukul 9.30 pagi · SukaTidak suka · SeorangSedang Memuatkan...
o
Poppy Rahmadini tag dunk...
pada 08hb Oktober 2010 pukul 4.29 ptg melalui Facebook Mudah Alih · SukaTidak suka · SeorangSedang Memuatkan...
o
Ria Arita Izin share ya......
pada 11hb Oktober 2010 pukul 2.02 ptg · SukaTidak suka · SeorangSedang Memuatkan...
o
Rika Purnama Bachdim Beruntungx jd seorang wanita, asal wanita yg soleha.
pada 13hb Oktober 2010 pukul 6.59 pagi melalui Facebook Mudah Alih · SukaTidak suka · SeorangSedang Memuatkan...
o
Azizah Bt Omar alhamdulillah semoga kita semua ini akan jadi wanitya solehah..amin..
pada 13hb Oktober 2010 pukul 5.05 ptg · SukaTidak suka · SeorangQutuz Mokhtar sukakan ini.
o
Noorain Umairah nk share jugak...
pada 15hb Oktober 2010 pukul 5.19 ptg · SukaTidak suka · Seorang



Kepada...nadyasweet
Active Member

INI CONTOH ORANG YG DAHAGAKAN ILMU..TERBUKA HIDAYAH..